You are on page 1of 24

JAWAPAN BAHAGIAN B ABK S3 2020

KANDUNGAN
Tajuk Muka Surat
Kandungan 1
Muka Depan Q n A 2
Latihan 1 [Pola Perubahan Lazim] 3
Latihan 2 [Pola Perubahan Bandingan] 7
Latihan 3 [Pola Perubahan Bandingan] 9
Latihan 4 [Pola Perubahan Hubung Kait] 11
Latihan 5 [Pola Bandingan] 15
Latihan 6 [Pola Umum] 19
Latihan 7 [Pola-pola Lain] 22
Latihan 8 [Tafsiran Carta Aliran] 24

JAWATANKUASA PEMIKIR PENGAJIAN AM STPM PULAU PINANG


1
JAWAPAN BAHAGIAN B ABK S3 2020

JAWAPAN

JAWATANKUASA PEMIKIR PENGAJIAN AM STPM PULAU PINANG


2
JAWAPAN BAHAGIAN B ABK S3 2020

a.Pola Perubahan Lazim


Latihan 1 [Pola Prubahan Lazim]
Pengenalan
●Jadual menunjukkan perubahan pola tangkapan rakyat M’sia di negara-negara ASEAN
terpilih berkaitan dengan kes jenayah narkotik bagi tahun 2018 dan tahun 2019.
●Terdapat beberapa faktor rakyat Malaysia ditangkap di luar negara atas kesalahan kes jenayah
narkotik.

A.Analisis Data
Bil. Idea Huraian
Pola Perubahan
1. ●Keseluruhan ●Menurun daripada 143 orang (tahun 2018) kepada 127 orang
Jumlah (tahun 2019) iaitu menurun sebanyak 16 orang atau 11.19%.
tangkapan
menurun

2. ●Pola tangkapan ●Indonesia


menurun Menurun daripada 49 orang (tahun 2018) kepada 21 orang (tahun
*Brunei 2019) iaitu menurun sebanyak 28 orang atau 57.14%.
*Laos
*Indonesia
*Filipina
*Myanmar

3. ●Pola tangkapan ●Singapura


meningkat Meningkat daripada 21 orang (tahun 2018) kepada 50 orang
*Singapura (tahun 2019) iaitu meningkat sebanyak 29 orang atau 138.10%.
*Thailand

B.Analisis Pengetahuan
Faktor-faktor rakyat Malaysia ditangkap di luar negara atas kesalahan kes jenayah narkotik
Bil. Idea
4. ●Habuan yang besar
5. ●Kewujudan sindiket dadah antarabangsa
6. ●Jerat cinta siber
7. ●Kenaifan/mudah mempercayai
8. ●Kemiskinan

Penutup
●Imej baik M’sia terjejas akibat tangkapan rakyat M’sia berkaitan dengan kes jenayah narkotik
●Tindakan-tindakan wajar perlu diambil bagi menangani masalah tersebut

Skema
2+2

JAWATANKUASA PEMIKIR PENGAJIAN AM STPM PULAU PINANG


3
JAWAPAN BAHAGIAN B ABK S3 2020

Latihan 1 [Pola Prubahan Lazim[

Jadual menunjukkan perubahan pola tangkapan rakyat Malaysia di negara-negara ASEAN terpilih
berkaitan dengan kes jenayah narkotik bagi tahun 2018 dan tahun 2019. Terdapat beberapa faktor rakyat
Malaysia ditangkap di luar negara atas kesalahan kes jenayah narkotik.

Secara keseluruhan, jumlah tangkapan rakyat Malaysia di negara-negara ASEAN terpilih berkaitan
dengan kes jenayah narkotik bagi tahun 2018 dan tahun 2019 telah mencatatkan penurunan.
Bilangannya telah menurun daripada 143 orang (tahun 2018) kepada 127 orang (tahun 2019) iaitu
menurun sebanyak 16 orang atau 11.19%.

Pola tangkapan rakyat Malaysia di negara-negara ASEAN terpilih berkaitan dengan kes jenayah
narkotik bagi tahun 2018 dan tahun 2019 yang mencatatkan penurunan melibatkan Brunei, Laos,
Indonesia, Filipina, dan Myanmar. Bilangan rakyat Malaysia yang ditangkap di Indonesia telah
menurun daripada 49 orang (tahun 2018) kepada 21 orang (tahun 2019) iaitu menurun sebanyak 28
orang atau 57.14%.

Pola tangkapan rakyat Malaysia di negara-negara ASEAN terpilih berkaitan dengan kes jenayah
narkotik bagi tahun 2018 dan tahun 2019 yang mencatatkan peningkatan melibatkan Singapura dan
Thailand. Bilangan rakyat Malaysia yang ditangkap di Singapura telah meningkat daripada 21 orang
(tahun 2018) kepada 50 orang (tahun 2019) iaitu meningkat sebanyak 29 orang atau 138.10%.

Antara faktor rakyat Malaysia ditangkap di luar negara atas kesalahan kes jenayah narkotik ialah
habuan yang besar. Habuan berbentuk ganjaran wang ringgit. Habuan diberikan setelah dadah yang
dibawa melepasi pemeriksaan keselamatan. Habuan yang besar menyebabkan rakyat Malaysia
mengambil risiko mengedar dadah. Kegagalan berbuat demikian menyebabkan rakyat Malaysia
ditangkap di luar negara.

Faktor seterusnya ialah kewujudan sindiket dadah antarabangsa. Malaysia telah menjadi sasaran
sindiket dadah antarabangsa dari Nigeria. Ahli sindiket menyamar sebagai pelajar antarabangsa.
Mereka telah memperdaya rakan pelajar lain untuk mengedar dadah. Kesannya, rakan pelajar yang
terpedaya ditangkap di luar negara kerana gagal berbuat demikian.

Faktor berikutnya ialah jerat cinta siber. Rakyat Malaysia berkenalan dengan kekasih siber menerusi
aplikasi media sosial. Hubungan cinta memutik selepas suatu tempoh perkenalan. Ramai terjerat untuk
mengedar dadah setelah dipujuk kekasih. Mereka ditangkap di luar negara kerana gagal melepasi
pemeriksaan keselamatan di lapangan terbang.

Faktor selanjutnya ialah kenaifan. Rakyat Malaysia naif kerana kurang pendedahan. Keadaan ini
disebabkan kurang kempen kesedaran untuk meningkatkan kesedaran. Mereka mudah mempercayai
pujuk rayu ahli sindiket dadah antarabangsa untuk mengedar dadah. Kegagalan mengedar dadah
menyebabkan mereka ditangkap di luar negara.

Faktor terakhir ialah kemiskinan. Ramai rakyat Malaysia hidup dibawah paras kemiskinan.
Kemiskinan menyebabkan mereka mengalami kesempitan wang dan hidup. Mereka terdesak untuk
mendapatkan wang. Mereka mengambil risiko mengedar dadah dan ditangkap di luar negara kerana
gagal berbuat demikian.

Imej baik Malaysia telah terjejas akibat tangkapan rakyat Malaysia berkaitan dengan kes jenayah
narkotik. Tindakan-tindakan wajar perlu diambil bagi menangani masalah tersebut.

JAWATANKUASA PEMIKIR PENGAJIAN AM STPM PULAU PINANG


4
JAWAPAN BAHAGIAN B ABK S3 2020

b.Pola Perubahan Bandingan


Latihan 2 [Pola Perubahan Bandingan]

Bil. Negara Tahun 2018 Tahun 2019


Jumlah nilai % Jumlah nilai FDI %
FDI (RM juta)
(RM juta)
1. Amerika Syarikat 2 347.1 45.0 11 732.5 74.3
2. Taiwan 714.6 13.7 1 263.3 8.0
3. Singapura 1 992.4 38.2 2 163.3 13.7
4. China 161.7 3.1 631.6 4.0
Jumlah 5 215.8 100.0 15 790.7 100.0

Pengenalan
●Carta pai menunjukkan jumlah nilai FDI dari negara2 terpilih ke Malaysia pada tahun 2018
dan tahun 2019.
●Aliran masuk FDI ke Malaysia membantu meningkatkan pertumbuhan ekonomi Malaysia

A.Analisis Data
Bil. Idea Huraian
Pola Perubahan
1. ●Keseluruhan ●Tahun 2018 = RM5 215.8juta
Jumlah nilai ●Tahun 2019 = RM15 790.7juta
FDI bagi tahun ●Kadar peningkatan ialah RM10 574.9juta @ 202.70%
2018-2019
mencatatkan
peningkatan

2. ●Peningkatan ●Amerika Syarikat


nilai FDI *Tahun 2018 = RM2 347.1juta
melibatkan *Tahun 2019 = RM11 732.5 juta
semua negara *Kadar peningkatan ialah RM9 385.4 juta @ 399.90%
*AS
*Taiwan
*Singapura
*China

3. ●Peningkatan ●Amerika Syarikat


paling *Tahun 2018 = RM2 347juta
tinggi *Tahun 2019 = RM11 732.5juta
*Kadar peningkatan ialah RM9 385.4juta @ 399.90%

4. ●Peningkatan ●Singapura
paling *Tahun 2018 = RM1 992.4 juta
rendah *Tahun 2019 = RM2 163.3juta
*Kadar peningkatan ialah hanya RM170.9juta @ 8.58%

B.Analisis Pengetahuan
Kepentingan diperoleh oleh M’sia menerusi aliran masuk FDI
Bil. Idea
5. ●Menambahkan peluang pekerjaan
6. ●Meningkatkan pendapatanl negara

JAWATANKUASA PEMIKIR PENGAJIAN AM STPM PULAU PINANG


5
JAWAPAN BAHAGIAN B ABK S3 2020

7. ●Meningkatkan pemindahan teknologi


8. ●Meningkatkan taraf hidup rakyat
9. ●Meningkatkan pengeluaran negara

Penutup
●Aliran masuk FDI membawa pelbagai kepentingan kepada negara.
●Pelbagai usaha perlu dilakukan bagi meningkatkan aliran masuk FDI ke negara kita.

Skema
2+2

JAWATANKUASA PEMIKIR PENGAJIAN AM STPM PULAU PINANG


6
JAWAPAN BAHAGIAN B ABK S3 2020

Latihan 2 [Pola Perubahan Bandingan]

Carta pai menunjukkan jumlah nilai pelaburan langsung asing (FDI) dari negara2 terpilih ke
Malaysia pada tahun 2018 dan tahun 2019. Aliran masuk FDI ke Malaysia membantu meningkatkan
pertumbuhan ekonomi Malaysia.

Secara keseluruhan, jumlah nilai FDI dari negara2 terpilih ke Malaysia pada tahun 2018 dan tahun
2019 telah mencatatkan peningkatan. Jumlah nilai FDI pada tahun 2018 yang bernilai RM5 215.8juta
telah meningkat kepada RM15 790.7juta (tahun 2019). Kadar peningkatan ialah RM10 574.9juta atau
202.7%.

Jumlah nilai FDI ke Malaysia pada tahun 2018 dan tahun 2019 telah mencatatkan peningkatan
melibatkan semua negara seperti AS,Taiwan, Singapura, dan China. Sebagai contoh, jumlah nilai FDI
dari AS ke Malaysia pada tahun 2018 ialah RM2 347 juta. Jumlah nilai FDI ini telah meningkat pada
tahun 2019 menjadi RM11 732.5juta. Kadar peningkatan ialah RM9 385.4juta atau 399.90%.

Peningkatan paling tinggi jumlah nilai FDI ke Malaysia pada tahun 2018 dan tahun 2019 melibatkan
AS. Jumlah nilai FDI dari AS ke Malaysia pada tahun 2018 ialah RM2 347 juta. Jumlah nilai FDI ini
telah meningkat pada tahun 2019 menjadi RM11 732.5 juta. Kadar peningkatan ialah RM9 385.4 juta
atau 399.90%.

Peningkatan paling rendah jumlah nilai FDI ke Malaysia pada tahun 2018 dan tahun 2019
melibatkan Singapura. Jumlah nilai FDI dari Singapura ke Malaysia pada tahun 2018 ialah RM1 992.4
juta. Jumlah nilai FDI ini hanya meningkat kepadaRM2 163.3juta pada tahun 2019. Kadar peningkatan
ialah hanya RM170.9juta atau 8.58%.

Antara kepentingan yang diperoleh Malaysia menerusi aliran masuk FDI ialah menambahkan
peluang pekerjaan. Pelabur asing membina kilang di zon industri. Pembinaan kilang menjana peluang
pekerjaan. Peluang pekerjaan daripada jawatan pengurusan tertinggi hingga ke jawatan operator kilang
ditawarkan. Meningkatkan taraf hidup rakyat tempatan.

Kepentingan seterusnya ialah meningkatkan pendapatan negara. Pelabur asing membina kilang-
kilang di Malaysia. Kilang-kilang ini menghasilkan produk siap industri. Produk industri kemudian
dieksport ke pasaran global. Kerajaan dapat meningkatkan pendapatan menerusi sumber percukaian
seperti duti eksport.

Kepentingan berikutnya ialah meningkatkan pemindahan teknologi. Pelabur asing memiliki


teknologi terkini. Negara kita kekurangan teknologi. Teknologi tersebut dipindah masuk menerusi
aliran masuk FDI ke negara kita. Pihak industri berpeluang mempelajari dan menguasai teknologi
tersebut.

Kepentingan selanjutnya ialah peningkatan taraf hidup rakyat. FDI menjana pertumbuhan ekonomi
negara. Ekonomi negara mencatatkan pertumbuhan yang memberangsangkan. Kemampuan ekonomi
meningkat dan rakyat hidup mewah. Taraf hidup rakyat meningkat secara drastik.

Kepentingan terakhir ialah meningkatkan pengeluaran negara. Pemindahan teknologi hasil daripada
FDI mentransformasikan sektor ekonomi negara. Ekonomi orientasi tenaga manusia menjadi ekonomi
orientasi teknologi. Penggunaan teknologi moden dalam proses pengeluaran meningkat. Pengeluaran
dan ekonomi negara meningkat.

Aliran masuk FDI membawa pelbagai kepentingan kepada negara. Pelbagai usaha perlu dilakukan
bagi meningkatkan aliran masuk FDI ke negara kita.

JAWATANKUASA PEMIKIR PENGAJIAN AM STPM PULAU PINANG


7
JAWAPAN BAHAGIAN B ABK S3 2020

Latihan 3 [Pola Perubahan Bandingan]

MALAYSIA: JUMLAH PENDUDUK MENGIKUT KUMPULAN UMUR DARI TAHUN 2005 HINGGA
TAHUN 2009

Umur 2005 2006 2007 2008 2009


0-14 8525.3 8632.0 8748.6 8876.2 9014.7
15-64 16483.0 16859.0 17237.0 17620.0 18006.0
65 dan lebih 1119.4 1149.6 1187.0 1232.3 1286.3
Jumlah 26127.7 26640.6 27172.6 27728.5 28307.0

Catatan
Jumlah penduduk dalam ribu orang

Disesuaikan daripada Buku Maklumat Perangkaan Malaysia 2009,


Jabatan Perangkaan Malaysia

JAWATANKUASA PEMIKIR PENGAJIAN AM STPM PULAU PINANG


8
JAWAPAN BAHAGIAN B ABK S3 2020

Latihan 3 [Pola Perubahan Bandingan]


Pengenalan
●Graf bar komponen bilangan menunjukkan jumlah penduduk mengikut kumpulan umur di
Malaysia dari tahun 2005 hingga tahun 2009
●Jumlah penduduk telah dikelompokkan kepada 3 kumpulan umur

Bil. Analisis Data Analisis Pengetahuan


Idea Huraian
1. Keseluruhan ●Meningkat daripada 26 127.7 ●Peningkatan kadar kelahiran
●Meningkat ribu orang (tahun 2005) menjadi
28 307.0 ribu orang (tahun
2009)
●Meningkat sebanyak 2 179.3
ribu orang atau 8.34%

2. Semua kumpulan ●15-64 tahun ●Dasar kerajaan menggalakkan


umur meningkat +Meningkat daripada 16 483.0 kelahiran
●0-14 tahun ribu orang (tahun 2005)
●15-64 tahun kepada 18 006.0 ribu orang
●≥65 tahun (tahun 2009)
+Meningkat sebanyak 1 523.0
ribu orang atau 9.24%

3. ●Peningkatan ●Meningkat daripada 1 119.4 ●Kemajuan perkhidmatan


paling tinggi ribu orang (tahun 2005) kepada penjagaan kesihatan dan
●≥65 tahun 1 286.3 ribu orang (tahun 2009) perubatan
●Meningkat sebanyak 166.9 ribu
orang atau 14.91%

4. Peningkatan ●Meningkat daripada 8 525.3 ●Kadar kelahiran yang rendah


paling rendah ribu orang (tahun 2005) kepada berbanding kumpulan umur
●0-14 tahun 9 014.7 ribu orang (tahun 2009) lain
●Meningkat sebanyak 489.4 ribu
orang atau 5.74%

Penutup
●Penduduk merupakan aset pembangunan negara
●Namun usaha perlu dilakukan bagi melahirkan penduduk yang produktif terhadap
pembangunan negara

JAWATANKUASA PEMIKIR PENGAJIAN AM STPM PULAU PINANG


9
JAWAPAN BAHAGIAN B ABK S3 2020

Latihan 3 [Pola Perubahan Bandingan]


Graf bar komponen bilangan menunjukkan jumlah penduduk mengikut kumpulan umur di
Malaysia dari tahun 2005 hingga tahun 2009. Jumlah penduduk telah dikelompokkan kepada
3 kumpulan umur.

Secara keseluruhan, jumlah penduduk di Malaysia telah meningkat dari tahun 2005 hingga
tahun 2009. Jumlah penduduk di Malaysia telah meningkat daripada 26 127.7 ribu orang (tahun
2005) menjadi 28 307.0 ribu orang (tahun 2009). Kadar peningkatan ialah sebanyak 2 179.3
ribu orang atau 8.34%. Peningkatan jumlah penduduk adalah disebabkan peningkatan kadar
kelahiran.

Peningkatan jumlah penduduk di Malaysia dari tahun 2005 hingga tahun 2009 melibatkan
semua kumpulan umur seperti 0-14 tahun, 16-64 tahun dan 65 tahun dan lebih. Jumlah
penduduk di Malaysia dalam kumpulan umur 15-64 tahun telah meningkat daripada 16 483.0
ribu orang (tahun 2005) kepada 18 006.0 ribu orang (tahun 2009). Kadar peningkatan ialah
sebanyak 1 523.0 ribu orang atau 9.24%. Peningkatan penduduk dalam kumpulan umur ini
adalah disebabkan dasar kerajaan menggalakkan kadar kelahiran.

Kumpulan umur 65 tahun dan lebih merupakan kumpulan umur yang mencatatkan
peningkatan jumlah penduduk paling tinggi dari tahun 2005 hingga tahun 2009. Jumlah
penduduk di Malaysia dalam kumpulan umur 65 tahun dan lebih telah meningkat daripada 1
119.4 ribu orang (tahun 2005) kepada 1 286.3 ribu orang (tahun 2009). Kadar peningkatan
ialah sebanyak 166.9 ribu orang atau 14.91%. Peningkatan penduduk pada kadar tertinggi bagi
kumpulan umur ini adalah disebabkan kemajuan perkhidmatan penjagaan kesihatan dan
perubatan.

Kumpulan umur 0-14 tahun merupakan kumpulan umur yang mencatatkan peningkatan
jumlah penduduk paling rendah dari tahun 2005 hingga tahun 2009. Jumlah penduduk di
Malaysia dalam kumpulan umur 0-14 tahun telah meningkat daripada 8 525.3 ribu orang (tahun
2005) kepada 9 014.7 ribu orang (tahun 2009). Kadar peningkatan ialah sebanyak 489.4 ribu
orang atau 5.74%. Peningkatan penduduk pada kadar terendah bagi kumpulan umur ini adalah
disebabkan kadar kelahiran yang rendah berbanding kumpulan umur lain.

Penduduk merupakan aset pembangunan negara. Namun usaha perlu dilakukan bagi
melahirkan penduduk yang produktif terhadap pembangunan negara

JAWATANKUASA PEMIKIR PENGAJIAN AM STPM PULAU PINANG


10
JAWAPAN BAHAGIAN B ABK S3 2020

c.Pola Perubahan Hubung Kait


Latihan 4 [Pola Perubahan Hubung Kait]
Pengenalan
●Jadual menunjukkan jumlah kes tangkapan warga asing dan nilai denda atas pelbagai
kesalahan mengikut negara asal
●Warga asing yang ditangkap merupakan pendatang asing tanpa izin (PATI)
Analisis Data
Bil. Idea Huraian
1. Keseluruhan ●Kes tangkapan meningkat daripada 36 955 kes (2000) kepada 57 735
●Kes tangkapan ↑ kes (2010) iaitu meningkat sebanyak 20 780 kes atau 56.23%.
Nilai denda ↑ ●Nilai denda pula meningkat daripada RM 19 398 062 juta (2000)
kepada RM 29 521 200 juta (2010) iaitu meningkat sebanyak RM 10
123 138 juta atau 52.19%

2. Kes tangkapan ↑ ●Indonesia


Nilai denda ↑ ●Kes tangkapan meningkat daripada 13 258 kes (2000) kepada 28 004
●Indonesia kes (2010) iaitu meningkat sebanyak 14 746 kes atau 111.22%.
●Filipina ●Nilai denda pula meningkat daripada RM 6 727 900 juta (2000) kepada
RM 11 509 200 juta (2010) iaitu meningkat sebanyak RM 4 781 300 juta
atau 71.07%

3. Kes tangkapan ↓ ●Kes tangkapan menurun daripada 1 189 kes (2000) kepada 1 101 kes
Nilai denda tidak konsisten (2010) iaitu meningkat sebanyak 88 kes atau 7.40%.
iaitu naik turun ●Nilai denda pula meningkat daripada daripada RM 2 404 500 juta
●Myanmar (2000) kepada RM 3 011 500 juta (2005) iaitu meningkat sebanyak RM
607 000 juta atau 25.24% sebelum menurun menjadi RM 2 933 500 juta
(2010) iaitu menurun sebanyak RM 78 000 juta atau 2.59%

4. Kes tangkapan tidak ●Kes tangkapan menurun daripada 10 813 kes (2000) kepada 8 801 kes
konsisten iaitu turun naik (2005) iaitu menurun sebanyak 2 012 kes atau 18.61% sebelum naik
Nilai denda ↑ menjadi 8 878 kes (2010) iaitu meningkat sebanyak 77 kes atau 0.87%.
●Thailand ●Nilai denda meningkat daripada RM 3 145 662 juta (2000) kepada RM
4 400 500 juta (2010) iaitu meningkat sebanyak RM 1 254 838 juta atau
39.89%

5. Kes tangkapan dan nilai ●Kes tangkapan menurun daripada 5 389 kes (2000) kepada 5 225 kes
denda tidak konsisten iaitu (2005) iaitu menurun sebanyak 164 kes atau 3.04% sebelum naik
turun naik menjadi 7880 kes (2010) iaitu meningkat sebanyak 2 655 kes atau
●Bangladesh 50.81%.
●Nilai denda pula menurun daripada RM 3 967 000 juta (2000) kepada
RM 2 325 000 juta (2005) iaitu menurun sebanyak RM 1 642 000 juta
atau 41.39% sebelum naik menjadi RM 4 119 000 juta (2010) iaitu naik
sebanyak RM 1 794 000 juta atau 77.16%

Analisis Pengetahuan
Punca warga asing mudah memasuki Malaysia
Bil. Idea
6. ●Kelemahan penguatkuasaan undang-undang
7. ●Letakan geografi berdekatan Malaysia
8. ●Bentuk muka bumi garisan pantai
9. ●Kelemahan kawalan pintu masuk
10. ●Ketidakprihatinan masyarakat

Penutup

JAWATANKUASA PEMIKIR PENGAJIAN AM STPM PULAU PINANG


11
JAWAPAN BAHAGIAN B ABK S3 2020

●Jumlah tangkapan warga asing yang memasuki Malaysia semakin meningkat


●Langkah-langkah tertentu perlu diambil bagi menangani kebanjiran warga asing

Skema
2+2

JAWATANKUASA PEMIKIR PENGAJIAN AM STPM PULAU PINANG


12
JAWAPAN BAHAGIAN B ABK S3 2020

Latihan 4 [Pola Perubahan Hubung Kait]

Jadual menunjukkan jumlah kes tangkapan warga asing dan nilai denda atas pelbagai
kesalahan mengikut negara asal. Warga asing yang ditangkap merupakan pendatang asing
tanpa izin (PATI)

Secara keseluruhan, jumlah kes tangkapan warga asing atas pelbagai kesalahan mengikut
negara asal dan nilai denda warga asing atas pelbagai kesalahan mengikut negara asal
meningkat bagi tahun 2000, 2005 dan 2010. Kes tangkapan meningkat daripada 36 955 kes
(2000) kepada 57 735 kes (2010) iaitu meningkat sebanyak 20 780 kes atau 56.23%. Nilai
denda pula meningkat daripada RM 19 398 062 juta (2000) kepada RM 29 521 200 juta (2010)
iaitu meningkat sebanyak RM 10 123 138 juta atau 52.19%.

Jumlah kes tangkapan warga asing atas pelbagai kesalahan mengikut negara asal dan nilai
denda warga asing atas pelbagai kesalahan mengikut negara asal meningkat bagi tahun 2000,
2005 dan 2010 melibatkan warga asing dari negara Indonesia dan Filipina. Kes tangkapan
warga asing Indonesia meningkat daripada 13 258 kes (2000) kepada 28 004 kes (2010) iaitu
meningkat sebanyak 14 746 kes atau 111.22%. Nilai denda pula meningkat daripada RM 6 727
900 juta (2000) kepada RM 11 509 200 juta (2010) iaitu meningkat sebanyak RM 4 781 300
juta atau 71.07%.

Jumlah kes tangkapan warga asing atas pelbagai kesalahan mengikut negara asal menurun
tetapi nilai denda warga asing atas pelbagai kesalahan mengikut negara asal tidak konsisten
iaitu naik dan turun bagi tahun 2000, 2005 dan 2010 melibatkan warga asing dari negara
Myanmar. Kes tangkapan menurun daripada 1 189 kes (2000) kepada 1 101 kes (2010) iaitu
meningkat sebanyak 88 kes atau 7.40%. Nilai denda pula meningkat daripada daripada RM 2
404 500 juta (2000) kepada RM 3 011 500 juta (2005) iaitu meningkat sebanyak RM 607 000
juta atau 25.24% sebelum menurun menjadi RM 2 933 500 juta (2010) iaitu menurun sebanyak
RM 78 000 juta atau 2.59%.

Jumlah kes tangkapan warga asing atas pelbagai kesalahan mengikut negara asal tidak
konsisten iaitu turun dan naik tetapi nilai denda warga asing atas pelbagai kesalahan mengikut
negara asal meningkat bagi tahun 2000, 2005 dan 2010 melibatkan warga asing dari negara
Thailand. Kes tangkapan menurun daripada 10 813 kes (2000) kepada 8 801 kes (2005) iaitu
menurun sebanyak 2 012 kes atau 18.61% sebelum naik menjadi 8 878 kes (2010) iaitu
meningkat sebanyak 77 kes atau 0.87%. Nilai denda meningkat daripada RM 3 145 662 juta
(2000) kepada RM 4 400 500 juta (2010) iaitu meningkat sebanyak RM 1 254 838 juta atau
39.89%.

Jumlah kes tangkapan warga asing atas pelbagai kesalahan mengikut negara asal dan nilai
denda warga asing atas pelbagai kesalahan mengikut negara asal tidak konsisten iaitu turun
naik bagi tahun 2000, 2005 dan 2010 melibatkan warga asing dari negara Bangladesh. Kes
tangkapan menurun daripada 5 389 kes (2000) kepada 5 225 kes (2005) iaitu menurun
sebanyak 164 kes atau 3.04% sebelum naik menjadi 7880 kes (2010) iaitu meningkat sebanyak
2 655 kes atau 50.81%. Nilai denda pula menurun daripada RM 3 967 000 juta (2000) kepada
RM 2 325 000 juta (2005) iaitu menurun sebanyak RM 1 642 000 juta atau 41.39% sebelum
naik menjadi RM 4 119 000 juta (2010) iaitu naik sebanyak RM 1 794 000 juta atau 77.16%.

JAWATANKUASA PEMIKIR PENGAJIAN AM STPM PULAU PINANG


13
JAWAPAN BAHAGIAN B ABK S3 2020

Antara punca warga asing mudah memasuki Malaysia ialah kelemahan penguatkuasaan
undang-undang. Undang-undang imigresen tidak dikuatkuasakan dengan tegas dan penuh.
Rasuah menghalang kuatkuasa undang-undang. Anggota penguatkuasa yang menerima rasuah
membelakangi tanggungjawab yang diamanahkan. Tindakan penguatkuasaan undang-undang
tidak diambil terhadap warga asing yang memasuki negara secara haram.

Punca seterusnya ialah letakan geografi berdekatan Malaysia. Kebanyakan warga asing
yang memasuki negara secara haram adalah warga asing dari negara jiran. Antaranya ialah
Indonesia. Indonesia terletak berdekatan dan bersempadan dengan Malaysia. Dengan itu,
warga asing dari Indonesia memasuki Malaysia dengan mudah.

Punca berikutnya ialah bentuk muka bumi garisan pantai. Malaysia memiliki garisan pantai
yang panjang, berteluk-teluk dan berhutan paya. Keadaan ini menyukarkan pihak berkuasa
mengawal garisan pantai dengan berkesan. Keadaan bentuk muka bumi ini juga memudahkan
warga asing mendarat dan bersembunyi di hutan paya. Dengan itu, warga asing mudah
membolosi dan memasuki Malaysia.

Punca selanjutnya ialah kelemahan kawalan pintu masuk. Warga asing mudah memasuki
Malaysia menerusi pintu masuk air. Keadaan ini disebabkan kelemahan kawalan pintu masuk
air. Kelemahan ini berpunca daripada kekurangan anggota dan lojistik pihak berkuasa maritim.
Kekurangan-kekurangan ini menyukarkan pihak berkuasa maritim mengawal pintu masuk air
negara daripada dibolosi warga asing.

Punca terakhir ialah ketidakprihatinan masyarakat. Masyarakat masa ini adalah masyarakat
kebendaan. Ahli masyarakat sibuk bekerja dan mengejar kemewahan hidup diri. Ahli
masyarakat tidak ambil tahu dan ambil berat masalah kebanjiran warga asing. Ahli masyarakat
tidak memberi kerjasama dan membantu pihak berkuasa menangani masalah kebanjiran warga
asing secara haram.

Jumlah tangkapan warga asing yang memasuki Malaysia semakin meningkat. Langkah-
langkah tertentu perlu diambil bagi menangani kebanjiran warga asing.

JAWATANKUASA PEMIKIR PENGAJIAN AM STPM PULAU PINANG


14
JAWAPAN BAHAGIAN B ABK S3 2020

Latihan 5 [Pola Bandingan]


Berdasarkan maklumat dalam jadual di bawah, BANDINGKAN eksport Malaysia ke
negara-negara ASEAN terpilih antara bulan Januari hingga Julai 2018 dan Januari hingga
Julai tahun 2019. Bincangkan langkah-langkah meningkatkan eksport M’sia.

Malaysia :Eksport Ke Negara-negara ASEAN Terpilih


Antara Bulan Januari hingga Julai
Tahun 2018 dan Januari hingga Julai Tahun 2019

Bil. Negara Bulan Jan-Julai 2018 Bulan Jan-Julai 2019


(RM juta) (RM juta)
1. Thailand 98 828 109 752
2. Singapura 141 531 144 804
3. Filipina 25 250 24 084
4. Indonesia 33 075 35 166
5. Vietnam 41 338 36 717
6. Brunei 14 771 14 314
7. Myanmar 10 387 9 884
8. Negara ASEAN lain 31 168 34 608
Jumlah 396 348 409 329

(Disesuaikan daripada Laporan Ekonomi 2018/2019,


Kementerian Kewangan Malaysia)

JAWATANKUASA PEMIKIR PENGAJIAN AM STPM PULAU PINANG


15
JAWAPAN BAHAGIAN B ABK S3 2020

Latihan 5 [Pola Bandingan]


Pengenalan
●Jadual menunjukkan eksport M’sia ke negara-negara ASEAN terpilih antara bulan Januari-
Julai 2018 dan Januari-Julai 2019
●Eksport merujuk kepada aktiviti penjualan barang dan perkhidmatan keluaran sesebuah
negara ke negara lain

A.Analisis Data
Bil. Idea Huraian
Pola Bandingan
1. ●Keseluruhan ●Jan-Julai 2019 – RM409 329 juta
Eksport bulan ●Jan-Julai 2018 – RM396 348 juta
Jan-Julai 2019 ●Berbeza sebanyak RM12 981 juta
lebih tinggi
dpd Jan-Julai
2018
atau atau
Eksport bulan ●Jan-Julai 2018 – RM396 348 juta
Jan-Julai 2018 ●Jan-Julai 2019 – RM409 329 juta
lebih rendah ●Berbeza sebanyak RM12 981 juta
dpd Jan-Julai
2019

2. ●Eksport ●Singapura
tertinggi bagi *Jan-Julai 2018 = RM141 531 juta @ 35.71% dpd RM396 348 juta
tempoh Jan- *Jan-Julai 2019 = RM144 804 juta @ 35.58% dpd RM409 329 juta
Julai 2018 dan
Jan-Julai 2019

3. ●Eksport ●Myanmar
terendah bagi *Jan-Julai 2018 = RM10 387 juta @ 2.62% dpd RM396 348 juta
tempoh *Jan-Julai 2019 = RM9 884 juta @ 2.41% dpd RM409 329 juta
Jan-Julai 2018
dan Jan-Julai
2019

4. ●Eksport ●Thailand; Singapura; Indonesia serta negara ASEAN lain


Jan-Julai 2019 ●Thailand
lebih tinggi *Jan-Julai 2019 = RM109 752 juta
dpd Jan-Julai *Jan-Julai 2018 = RM98 828 juta
2018 *Berbeza sebanyak RM10 924 juta

5. ●Eksport ●Filipina; Vietnam; Brunei serta Myanmar


Jan-Julai 2019 ●Filipina
lebih rendah *Jan-Julai 2019 = RM24 084 juta
dpd Jan-Julai *Jan-Julai 2018 = RM25 250 juta
2018 *Berbeza sebanyak RM1 166 juta

B.Analisis Pengetahuan
Langkah-langkah meningkatkan eksport Malaysia
6. ●Mengekalkan keamanan dan kestabilan politik
7. ●Meluaskan pasaran

JAWATANKUASA PEMIKIR PENGAJIAN AM STPM PULAU PINANG


16
JAWAPAN BAHAGIAN B ABK S3 2020

8. ●Mengadakan rombongan dagangan ke luar negara


9. ●Meningkatkan kualiti produk eksport negara
10. ●Memberi insentif percukaian

Penutup
●Eksport Malaysia perlu ditingkatkan menjangkau pasaran serantau
●Peningkatan eksport memajukan ekonomi negara.

Skema
2+2

JAWATANKUASA PEMIKIR PENGAJIAN AM STPM PULAU PINANG


17
JAWAPAN BAHAGIAN B ABK S3 2020

Latihan 5 [Pola Bandingan]


Jadual menunjukkan eksport Malaysia ke negara-negara ASEAN terpilih antara bulan Januari-Julai tahun
2018 dan bulan Januari-Julai tahun 2019. Eksport merujuk kepada aktiviti penjualan barang dan perkhidmatan
keluaran sesebuah negara ke negara lain.

Secara keseluruhan, eksport Malaysia bagi bulan Januari-Julai tahun 2019 lebih tinggi daripada bulan Januari-
Julai tahun 2018. Nilai eksport Malaysia bagi bulan Januari-Julai tahun 2019 ialah RM409 329juta. Nilai eksport
Malaysia bagi bulan Januari-Julai tahun 2018 pula ialah RM396 348juta. Perbezaannya ialah sebanyak RM12
981juta.

Eksport tertinggi Malaysia antara bulan Januari-Julai tahun 2018 dan bulan Januari-Julai tahun 2019
melibatkan Singapura. Nilai eksport Malaysia ke Singapura bagi bulan Januari-Julai tahun 2018 ialah RM141
531juta atau 35.71% daripada nilai keseluruhan sebanyak RM396 348juta. Nilai eksport Malaysia ke Singapura
bagi bulan Januari-Julai tahun 2019 pula ialah RM144 804juta atau 35.58% daripada nilai keseluruhan sebanyak
RM409 329juta.

Eksport terendah Malaysia antara bulan Januari-Julai tahun 2018 dan bulan Januari-Julai tahun 2019
melibatkan Myanmar. Nilai eksport Malaysia ke Myanmar bagi bulan Januari-Julai tahun 2018 ialah RM10
387juta atau 2.62% daripada nilai keseluruhan sebanyak RM396 348juta. Nilai eksport Malaysia ke Myanmar
bagi bulan Januari-Julai tahun 2019 pula ialah RM9 884juta atau 2.41% daripada nilai keseluruhan sebanyak
RM409 329juta

Eksport Malaysia bagi bulan Januari-Julai tahun 2019 lebih tinggi daripada bulan Januari-Julai tahun 2018
melibatkan Thailand; Singapura; Indonesia serta negara-negara ASEAN lain. Sebagai contoh, eksport Malaysia
ke Thailand antara bulan Januari hingga Julai tahun 2019 dan tahun 2018 masing-masing ialah RM109 752juta
dan RM98 828juta dengan perbezaan sebanyak RM10 924juta.

Eksport Malaysia bagi bulan Januari-Julai tahun 2019 lebih rendah daripada bulan Januari-Julai tahun 2018
melibatkan Filipina; Vietnam; Brunei serta Myanmar. Sebagai contoh, eksport Malaysia ke Filipina antara bulan
Januari hingga Julai tahun 2019 dan tahun 2018 masing-masing ialah RM24 084juta dan RM25 250juta dengan
perbezaan sebanyak RM1 166juta.

Antara langkah-langkah meningkatkan eksport Malaysia ialah mengekalkan keamanan dan kestabilan politik.
Politik Malaysia stabil kerana Malaysia merupakan sebuah negara yang aman dan damai. Tiada peperangan dan
keadaan anarki dalam negara. Aktiviti ekonomi berjalan dengan lancar tanpa halangan. Produk industri yang
dihasilkan dieksport ke pelbagai negara ASEAN.

Langkah seterusnya ialah meluaskan pasaran. Pasaran merupakan destinasi pemasaran produk eksport negara.
Pasaran baharu perlu diterokai. Strategi pemasaran yang lebih agresif dan efektif juga perlu dilaksanakan. Dengan
itu, eksport negara dapat ditingkatkan menjangkau pasaran domestik.

Langkah berikutnya ialah mengadakan rombongan dagangan ke luar negara. Rombongan diketuai oleh
Perdana Menteri, menteri-menteri Kabinet dan tokoh-tokoh korporat. Pertemuan diadakan dengan ketua kerajaan,
pegawai-pegawai tinggi dan tokoh-tokoh korporat negara-negara pengimport. Penerangan dan perbincangan
dagangan diadakan. Misi utama rombongan adalah untuk menggalakkan pengeksportan produk eksport negara.

Langkah selanjutnya ialah meningkatkan kualiti produk eksport negara. Kualiti produk eksport negara perlu
ditingkatkan memenuhi standard antarabangsa. Kawalan kualiti perlu diperketat. Peningkatan kualiti akan
memberi nilai tambah kepada produk eksport negara. Eksport akan meningkat kerana produk eksport negara akan
menjadi lebih laris di pasaran.

Langkah terakhir ialah memberi insentif percukaian. Kerajaan harus memberi insentif percukaian kepada
produk eksport negara. Antaranya ialah pengurangan duti eksport. Insentif percukaian ini akan mengurangkan
harga produk eksport negara. Eksport akan meningkat kerana produk eksport negara akan menjadi lebih
kompetitif di pasaran.

Eksport Malaysia perlu ditingkatkan menjangkau pasaran serantau. Peningkatan eksport memajukan ekonomi
negara.

JAWATANKUASA PEMIKIR PENGAJIAN AM STPM PULAU PINANG


18
JAWAPAN BAHAGIAN B ABK S3 2020

Latihan 6 [Pola Umum]


Pengenalan
●Jadual menunjukkan bilangan kapal terbang yang mendarat di beberapa lapangan terbang
terpilih di Malaysia bagi tahun 2018 dan tahun 2019
●Lapangan-lapangan terbang tersebut ialah lapangan terbang di KLIA, Pulau Pinang, Ipoh,
Kota Kinabalu, Kuching dan Labuan

A.Analisis Data
Bil. Idea Huraian
Pola Perubahan
1. ●Pola pendaratan meningkat ●Pulau Pinang
*Pulau Pinang *1 715 buah (2007) meningkat kepada 2 538 buah
*Kota Kinabalu (2008) iaitu meningkat sebanyak 823 buah atau
*Labuan 48.00%

2. ●Pola pendaratan menurun ●KLIA


*KLIA *8 811 buah (2007) menurun kepada 7 701 buah
*Ipoh (2008) iaitu menurun sebanyak 1 110 buah atau
*Kuching 12.60%

Pola Bandingan
3. ●Pendaratan kapal terbang paling ●Pada tahun 2018
banyak dan paling sedikit mengikut *Pendaratan kapal terbang paling banyak ialah di
tahun Kota Kinabalu iaitu 8 874 buah sementara
pendaratan paling sedikit ialah di Labuan iaitu
1 081 buah
●Pada tahun 2019
*Pendaratan kapal terbang paling banyak ialah di
Kota Kinabalu iaitu 9 597 buah sementara
pendaratan paling sedikit ialah di Labuan iaitu
1 137 buah

4. ●Pendaratan kapal terbang tahun ●Lapangan Terbang Pulau Pinang


2019 lebih tinggi daripada tahun *Tahun 2008 = 2 538 buah
2018 *Tahun 2007 = 1 715 buah
*Pulau Pinang Berbeza sebanyak 823 buah
*Kota Kinabalu
*Labuan

5. ●Pendaratan kapal terbang tahun ●Lapangan Terbang KLIA


2019 lebih rendah daripada tahun *Tahun 2008 = 7 701 buah
2018 *Tahun 2007 = 8 811 buah
*KLIA Berbeza sebanyak 1 110 buah
*Ipoh
*Kuching

JAWATANKUASA PEMIKIR PENGAJIAN AM STPM PULAU PINANG


19
JAWAPAN BAHAGIAN B ABK S3 2020

B.Analisis Pengetahuan
Inisiatif-inisiatif MAHB memastikan jumlah kapal terbang yang mendarat meningkat.
Bil. Idea
6. ●Menyediakan kemudahan yang canggih
7. ●Jaminan keselamatan
8. ●Perkhidmatan efektif dan profesional
9. ●Kos perkhdimatan yang berpatutan

Penutup
●Jumlah kapal terbang yang mendarat perlu ditingkatkan
●Pelbagai inisiatif perlu dilaksanakan bagi meningkatkan pendaratan.

Skema
1+1+2

JAWATANKUASA PEMIKIR PENGAJIAN AM STPM PULAU PINANG


20
JAWAPAN BAHAGIAN B ABK S3 2020

Latihan 6 [Pola Umum]


Jadual menunjukkan bilangan kapal terbang yang mendarat di beberapa lapangan terbang terpilih di Malaysia bagi
tahun 2018 dan tahun 2019. Lapangan-lapangan terbang tersebut ialah lapangan terbang di KLIA, Pulau Pinang,
Ipoh, Kota Kinabalu, Kuching dan Labuan

Pola pendaratan kapal terbang di beberapa lapangan terbang terpilih di Malaysia bagi tahun 2018 dan tahun
2019 telah mencatatkan peningkatan seperti lapangan terbang di Pulau Pinang, Kota Kinabalu, dan Labuan.
Sebagai contoh, bilangan kapal terbang yang mendarat di Lapangan Terbang Pulau Pinang telah meningkat
daripada 1715 buah pada tahun 2007 kepada 2 538 buah pada tahun 2008. Kadar peningkatannya ialah sebanyak
823 buah atau 48.00%.

Pola pendaratan kapal terbang di beberapa lapangan terbang terpilih di Malaysia bagi tahun 2018 dan tahun
2019 telah mencatatkan penurunan seperti lapangan terbang di di KLIA, Ipoh, dan Kuching. Sebagai contoh,
bilangan kapal terbang yang mendarat di Lapangan Terbang KLIA telah menurun dari 8 811 buah pada tahun
2007 kepada 7 701 buah pada tahun 2008 iaitu menurun sebanyak 1 110 buah atau 12.60%

Pola pendaratan yang seterusnya ialah pendaratan paling banyak dan paling sedikit di beberapa lapangan
terbang terpilih di Malaysia bagi kedua-dua tahun 2018 dan tahun 2019 masing-masing melibatkan Lapangan
Terbang Kota Kinabalu dan Lapangan Terbang Labuan. Pendaratan kapal terbang paling banyak pada tahun 2018
ialah 8 874 buah di Lapangan Terbang Kota Kinabalu sementara pendaratan paling sedikit ialah 1081 buah di
Lapangan Terbang Labuan. Pendaratan kapal terbang paling banyak pada tahun 2019 pula ialah 9 597 buah di
Lapangan Terbang Kota Kinabalu sementara pendaratan kapal terbang paling sedikit ialah 1 137 buah di Lapangan
Terbang Labuan.

Pola pendaratan kapal terbang tahun 2019 lebih tinggi daripada tahun 2187 di beberapa lapangan terbang
terpilih di Malaysia melibatkan lapangan terbang di Pulau Pinang, Kota Kinabalu, dan Labuan. Sebagai contoh,
pendaratan kapal terbang di Lapangan Terbang Pulau Pinang pada tahun 2019 ialah 2 538 buah. Pendaratan kapal
terbang di Lapangan Terbang Pulau Pinang pada tahun 2018 pula ialah 1 715 buah. Perbezaannya ialah sebanyak
823 buah.

Pola pendaratan kapal terbang tahun 2019 lebih rendah daripada tahun 2018 di beberapa lapangan terbang
terpilih di Malaysia melibatkan lapangan terbang di KLIA, Ipoh, dan Kuching. Sebagai contoh, pendaratan kapal
terbang di Lapangan Terbang KLIA pada tahun 2019 ialah 7 701 buah. Pendaratan kapal terbang di Lapangan
Terbang KLIA pada tahun 2018 pula ialah 8 811 buah. Perbezaannya ialah sebanyak 1 110 buah.

Antara inisiatif MAH bagi memastikan jumlah kapal terbang yang mendarat meningkat ialah menyediakan
kemudahan yang canggih. Lapangan-lapangan terbang di Malaysia perlu dilengkapi kemudahan yang canggih.
Contoh ialah menara kawalan yang beroperasi menggunakan teknologi radar. Kemudahan tersebut memudahkan
dan mempercepat kerja-kerja pengurusan trafik udara. Dengan itu, lapangan-lapangan terbang tersebut dapat
menarik pendaratan kapal terbang menggunakan kemudahan yang disediakan.

Langkah seterusnya ialah memberi jaminan keselamatan. Kemudahan dan peralatan di lapangan terbang perlu
memenuhi piawaian keselamatan penerbangan antarabangsa. Kemudahan dan peralatan yang sedia ada di
lapangan terbang selamat diguna. Kemalangan yang tidak diingini dikurangkan ke tahap minimum. Dengan itu,
lapangan-lapangan terbang terpilih di Malaysia menjadi lapangan terbang pilihan untuk pendaratan kapal terbang.

Langkah berikutnya ialah perkhidmatan efektif dan profesional. Perkhidmatan trafik udara dan pemunggahan
kargo untuk menguruskan pelepasan dan pendaratan kapal terbang serta mengangkut dan menurunkan kargo udara
perlu efektif dan profesional. Perkhidmatan dikendalikan oleh kakitangan yang terlatih dan mahir. Kesilapan dan
ketidakcekapan kerja-kerja dikurangkan. Jumlah kapal terbang yang mendarat di lapangan terbang terpilih di
Malaysia meningkat.

Langkah terakhir ialah kos perkhidmatan yang berpatutan. Kos perkhidmatan perlu berpatutan. Kos tersebut
tidak harus membebankan syarikat-syarikat penerbangan. Kos operasi yang berpatutan menjimatkan
perbelanjaan. Langkah ini penting bagi meningkatkan daya saing lapangan-lapangan terbang terpilih di Malaysia
meningkatkan jumlah kapal terbang yang mendarat.

Jumlah kapal terbang yang mendarat perlu ditingkatkan. Pelbagai inisiatif perlu dilaksanakan bagi
meningkatkan pendaratan

JAWATANKUASA PEMIKIR PENGAJIAN AM STPM PULAU PINANG


21
JAWAPAN BAHAGIAN B ABK S3 2020

Latihan 7 [Pola-pola Lain]


Pengenalan
●Jadual menunjukkan aliran dagangan M’sia dengan beberapa negara terpilih pada bulan
Januari hingga Ogos tahun 2019
●Malaysia perlu berusaha untuk mengekalkan aliran dagangan lebihan

A.Analisis Data
Bil. Idea Huraian
1. ●Keseluruhan ●Jumlah eksport M’sia ialah USD5 002.6b manakala
Aliran dagangan defisit. jumlah import M’sia ialah USD5 069.8b. Mengalami
defisit sebanyak USD67.2b.

2. ●Aliran dagangan defisit ●Jumlah eksport M’sia ke AS ialah USD1 044.2b


*Amerika Syarikat (AS) manakala jumlah import M’sia dari AS ialah
USD1 333.0b. Mengalami defisit sebanyak
USD288.8b.

3. ●Aliran dagangan lebihan ●China


*Negara-negara EU *Jumlah eksport M’sia ke China ialah USD990.0b
*Jepun manakala jumlah import M’sia dari China ialah
*China USD885.8b. Mengalami lebihan sebanyak
*Singapura USD104.2b.

B.Analisis Pengetahuan
Langkah2 mengekalkan aliran dagangan lebihan
Bil. Idea
4. ●Meningkatkan kualiti produk eksport negara
5. ●Mempelbagaikan hasil keluaran negara
6. ●Mempastikan harga barangan M’sia berdaya saing
7. ●Mengadakan rombongan dagangan ke luar negara
8. ●Memperjuangkan prinsip perdagangan bebas, adil, dan terbuka

Penutup
●Inisiatif-inisatif perlu dilakukan untuk meningkatkan eksport
●Peningkatan eksport membolehkan Malaysia menikmati aliran dagangan lebihan

Skema
2+2

JAWATANKUASA PEMIKIR PENGAJIAN AM STPM PULAU PINANG


22
JAWAPAN BAHAGIAN B ABK S3 2020

Latihan 7 [Pola-pola Lain]

Jadual menunjukkan aliran dagangan Malaysia dengan negara-negara terpilih pada bulan Januari
hingga Ogos tahun 2019. Malaysia perlu berusaha mengekalkan aliran dagangan lebihan

Secara keseluruhan, aliran dagangan Malaysia dengan negara-negara terpilih pada bulan Januari
hingga Ogos tahun 2019 mencatatkan defisit apabila jumlah eksport kurang daripada jumlah import.
Jumlah eksport Malaysia ialah USD5 002.6b manakala jumlah import Malaysia ialah USD5 069.8b.
Keadaan ini menyebabkan Malaysia mengalami defisit sebanyak USD67.2b.

Aliran dagangan Malaysia dengan negara-negara terpilih pada bulan Januari hingga Ogos tahun
2019 yang mencatatkan defisit ialah Amerika Syarikat (AS). Jumlah eksport Malaysia ke AS ialah
USD1 044.2b manakala jumlah import M’sia dari AS ialah USD1 333.0b. Keadaan ini menyebabkan
Malaysia mengalami defisit sebanyak USD288.8b.

Aliran dagangan Malaysia dengan negara-negara terpilih pada bulan Januari hingga Ogos tahun
2019 yang mencatatkan lebihan melibatkan negara-negara EU, Jepun, China, dan Singapura. Jumlah
eksport Malaysia ke China misalnya ialah USD990.0b manakala jumlah import Malaysia dari China
hanya USD885.8b. Keadaan ini menyebabkan Malaysia mengalami lebihan sebanyak USD104.2b.

Antara langkah-langkah mengekalkan aliran dagangan lebihan ialah meningkatkan kualiti produk
eksport negara. Kualiti produk eksport negara perlu ditingkatkan. Kualiti dapat ditingkatkan menerusi
kawalan kualiti yang ketat menepati piawaian antarabangsa. Keyakinan dan permintaan pasaran
terhadap produk eksport negara meningkat. Eksport melonjak naik dan aliran dagangan lebihan
dikekalkan..

Langkah seterusnya ialah mempelbagaikan hasil keluaran negara. Malaysia perlu mengurangkan
pergantungan melampau terhadap eksport komoditi. Pergantungan melampau terhadap eksport
komoditi mendatangkan risiko terhadap ekonomi negara. Malaysia perlu mempelbagaikan hasil
keluaran. Dengan itu eksport negara dapat ditingkatkan dan aliran dagangan lebihan dikekalkan.

Langkah berikutnya ialah mempastikan harga barangan Malaysia berdaya saing. Harga produk
eksport negara perlu dikurangkan. Pengurangan harga barangan menjadikan barang eksport negara
lebih berdaya saing. Keadaan ini akan meningkatkan permintaan pasaran terhadap barang eksport
negara. Dengan itu, eksport barangan Malaysia di pasaran serantau dan global meningkat dan aliran
dagangan lebihan dikekalka. .

Langkah selanjutnya ialah mengadakan rombongan dagangan ke luar negara. Rombongan dagangan
diketuai oleh menteri dan tokoh korporat. Rombongan bertujuan mencari negara pengimport baharu.
Sesi penerangan diberikan bagi menarik negara pengimport meningkatkan import. Dengan itu, eksport
barangan Malaysia dapat ditingkatkan dan aliran dagangan lebihan dikekalkan.

Langkah terakhir ialah memperjuangkan prinsip perdagangan bebas, adil, dan terbuka (BAT).
Prinsip perdagangan BAT perlu diperjuangkan bagi menangani amalan dasar perlindungan. Pintu
ekonomi harus dibuka. Sekatan dagangan berbentuk tarif dan kuota harus dikurangkan. Dengan itu,
eksport negara ke pasaran global dapat ditingkatkan dan aliran dagangan lebihan dikekalkan.

Inisiatif-inisatif perlu dilakukan untuk meningkatkan eksport. Peningkatan eksport membolehkan


Malaysia menikmati aliran dagangan lebihan.

JAWATANKUASA PEMIKIR PENGAJIAN AM STPM PULAU PINANG


23
JAWAPAN BAHAGIAN B ABK S3 2020

Latihan 8 [Tafsiran Carta Aliran]


Pengenalan
●Carta aliran menunjukkan peranan pelbagai pihak yang terlibat dalam pembangunan alam
sekitar
●Alam sekitar perlu dipelihara dan dipulihara dengan baik

Idea 1 : Perancang projek pembangunan


●Projek pembangunan terdiri daripada projek bersifat jangka panjang atau jangka pendek
●Perancang projek perlu merujuk kepada kajian & penyelidikan tentang impak alam
sekitar projek terhadap kehidupan manusia, flora dan fauna
●Perancang projek juga boleh merujuk kpd maklumat lepas daripada kajian-kajian lepas dan
data-data penting daripada pihak-pihak lain berkaitan
●Tindakan-tindakan di atas perlu dilakukan oleh perancang projek sebelum memulakan projek
pembangunan bagi mengurangkan kesan negatif projek terhadap alam dan manusia.

Idea 2 : Pihak kerajaan


●Pihak kerajaan merupakan antara pihak yang memainkan peranan penting dalam
pembangunan alam sekitar
●Kerajaan boleh menggubal akta atau enakmen berkaitan dengan pembangunan alam sekitar
●Pemeriksaan harus dilakukan secara berkala bagi memastikan pemaju projek pembangunan
mematuhi peruntukan undang-undang berkaitan.
●Tindakan undang-undang harus diambil bagi meningkatkan penguatkuasaan undang-undang
agar pembangunan alam sekitar terpelihara

Idea 3 : Pihak media massa


●Media massa seperti media perdana dan media alternatif memainkan peranan penting
menjayakan kempen pembangunan alam sekitar
●Media massa berperanan menyalurkan maklumat penting mendidik masyarakat memelihara
kelestarian alam sekitar
●Kerajaan juga boleh meningkatkan kesedaran dan keprihatinan masyarakat terhadap aspek
pembangunan alam sekitar menerusi media massa
●Media massa dapat melahirkan masyarakat lestari yang mengutamakan aspek pembangunan
alam sekitar

Idea 4 : NGO dan persatuan alam sekitar


●Selain kerajaan, pihak-pihak lain seperti NGO dan persatuan dapat digerakkan untuk
memelihara aspek pembangunan alam sekitar
●Greenpeace merupakan NGO antarabangsa yang giat dalam aspek pembangunan alam sekitar
●Sahabat Alam Sekitar Malaysia pula merupakan contoh persatuan dalam negara yang turut
memainkan peranan penting dalam aspek pembangunan alam sekitar.
●NGO dan persatuan alam sekitar ini harus diberi peluang dan ruang membantu pihak kerajaan
dalam aspek pembangunan alam sekitar.

Penutup
●Ternyata terdapat pelbagai pihak yang terlibat dalam aspek pembangunan alam sekitar
●Sokongan padu harus diberikan kepada pihak-pihak berkenaan agar kelestarian alam sekitar
dan kesejahteraan hidup manusia terpelihara

JAWATANKUASA PEMIKIR PENGAJIAN AM STPM PULAU PINANG


24

You might also like