You are on page 1of 2

Contoh Jawapan Soalan Bentuk Carta Pai.

Berikut merupakan perubahan jumlah nilai pelaburan asing dari negara


terpilih ke Malaysia pada tahun 2009 dan tahun 2010.

Jumlah keseluruhan nilai pelaburan asing dari negara terpilih ke


Malaysia meningkat pada tahun 2009 dan tahun 2010. Buktinya nilai
pelaburan asing dari negara terpilih ke Malaysia pada tahun 2009
mencatatkan RM 5215.8 juta dan tahun 2010 mencatatkan RM 15 790.7 juta.
Perbezaan ini sebanyak RM 10 574.9 juta bersamaan 202.75%.

Peratus nilai pelaburan asing dari negara terpilih ke Malaysia pada


tahun 2009 dan tahun 2010 meningkat dan nilai mutlak meningkat bagi
negara Amerika Syarikat dan China. Buktinya bagi negara Amerika
Syarikat pada tahun 2009 peratus nilai pelaburan asing ke Malaysia
sebanyak 45% meningkat kepada 74.3% pada tahun 2010 iaitu peningkatan
sebanyak 29.3%. bagitu juga dengan nilai mutlak pada tahun 2009
mencatatkan RM 2 347.11 juta meningkat kepada RM 11 732.49 juta pada
tahun 2010 iaitu peningkatan sebanyak RM 9 385.38 juta atau 399.87%.

Peratus nilai pelaburan asing dari negara terpilih ke Malaysia pada


tahun 2009 dan tahun 2010 menurun sebaliknya nilai mutlaknya
meningkat bagi negara Taiwan dan Singapura. Buktinya bagi negara
Taiwan pada tahun 2009 peratus nilai pelaburan asing ke Malaysia sebanyak
13.7% menurun kepada 8.0% pada tahun 2010 iaitu penurunan sebanyak
5.7%. Bagi nilai mutlak pada tahun 2009 mencatatkan RM 714.56 juta
meningkat kepada RM 1 263.26 juta pada tahun 2010 iaitu peningkatan
sebanyak RM 548.7 juta atau 76.79%.

Faedah yang diperoleh Malaysia daripada kemasukan pelaburan asing


ialah peluang pekerjaan. Hal ini demikian kerana kebanyakan pelabur akan
membuka perniagaan yang besar di Malaysia. Sebagai contoh syarikat dari
Jepun yang membuka kilang peralatan elektronik seperti Panasonic dan
Toshiba di Malaysia akan memerlukan tenaga kerja yang ramai bagi
melancarkan urusan syarikat. Oleh itu secara langsung akan meningkatkan
ekonomi individu dan masyarakat.

Selain itu, meningkatkan pendapatan kerajaan. Kemasukan


pelaburan asing ke Malaysia dapat meningkatkan pendapatan kerajaan
melalui pembayaran cukai syarikat oleh pelabur asing yang mendapat
keuntungan daripada syarikat mereka. Sebagai contoh Syarikat General
Elektrik telah menjana keuntungan yang besar dan telah menyumbangkan
cukai pendapatan syarikat kepada Malaysia. Justeru, kerajaan dapat
meningkatkan kemudahan infrastruktur seperti jalan raya, sistem perbankan
dan sekolah. Oleh itu rakyat Malaysia akan mendapatkan kemudahan yang
berkualiti hasil daripada cukai yang dibayar.

Kesimpulannya, pihak kerajaan perlulah menerima kemasukan


pelaburan asing ke Malaysia agar pelbagai faedah dapat dinikmati oleh
Malaysia.

You might also like