You are on page 1of 5

SET 4 Bahagian B

Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini. Jawapan hendaklah dibuat pada kertas graf.
[20]

1. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan graf yang
sesuai bagi menunjukkan hasil eksport industri berasaskan pertanian di Malaysia pada
tahun-tahun yang dinyatakan.

Sumbangan hasil eksport sektor pertanian kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)
dijangka menurun dari 7.0 peratus pada tahun 2005 kepada hanya 6.8 peratus pada tahun
2010. Namun demikian, sumbangan KDNK industri berasaskan pertanian dijangka
meningkat dari 7.0 peratus kepada 7.6 peratus pada tahun 2010. Peningkatan ini adalah
disokong oleh galakan yang diberikan oleh pihak kerajaan dengan mengurangkan duti
eksport komoditi tersebut. Maka tidak menghairankan apabila berlakunya peningkatan nilai
eksport industri makanan berasaskan pertanian daripada RM8,627 juta pada tahun 2005
kepada RM15,803 juta pada tahun 2010. Hasil eksport industri minuman dan tembakau juga
telah meningkat sebanyak 39.37 peratus kepada RM2,446 juta pada tahun 2010.

Dasar kerajaan mengurangkan eksport komoditi balak dan kayu gergaji menyebabkan hasil
eksportnya menurun masing-masing dari RM2465 juta kepada RM2100 juta dan RM4051
juta kepada RM2995 juta. Dalam masa yang sama kerajaan menggalakkan keluaran perabut
yang berinovatif dan mempelbagaikan jenis keluaran perabut yang berkualiti tinggi. Hal ini
telah menyebabkan peningkatan hasil eksport keluaran kayu dan perabut. Hasil eksport
industri keluaran kayu meningkat sebanyak RM4,244 juta kepada RM13,909 juta pada tahun
2010. Sementara hasil eksport industri perabut pula menyumbang sebanyak RM8,454 juta
pada tahun 2005 dan mengalami peningkatan sebanyak 69.56 peratus kepada RM14,335 juta
pada tahun 2010.

Dalam tempoh masa yang sama, hasil eksport industri keluaran getah telah meningkat
daripada RM6,923 juta kepada RM11,368 juta walaupun berlaku penurunan kepada hasil
eksport komoditi getah dari RM5,787 juta pada tahun 2005 kepada RM5,156 juta pada tahun
2010. Hal ini berlaku lanjutan dari langkah kerajaan menggalakkan pertumbuhan industri
hiliran untuk menghasilkan barangan sekunder berasaskan bahan mentah. Hasil eksport
industri kertas pula mencatatkan peningkatan sebanyak RM781 juta kepada RM2,799 juta
pada tahun 2010. Peningkatan hasil eksport industri berasaskan pertanian menggambarkan
pertumbuhan yang baik bagi industri pertanian di negara ini.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Laporan Rancangan Malaysia ke Sembilan, 2006 –


2010)
2. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang
sesuai bagi menunjukkan panjang jalan di Malaysia mengikut jenis dan bidang kuasa
pada tahun 2006, 2008 dan 2010.

Jalan raya memainkan peranan yang penting di Malaysia memandangkan kebanyakan


penduduk di Malaysia menggunakan jalanraya sebagai perhubungan seharian mereka.
Jalan yang baik memberi keselesaan dan keselamatan kepada orang ramai. Kerosakan
jalan pula akan memberikan kesan yang sebaliknya. Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri
merupakan dua kategori jalan utama di negara ini.

Hampir 75 peratus daripada jalan persekutuan dan negeri adalah jalan berturap. Pada
tahun 2006, 16,020 km atau 98.43 peratus jalan persekutuan adalah berturap sementara
55,272 km jalan negeri juga berturap. Panjang jalan persekutuan yang berturap terus
meningkat pada tahun 2008 dan 2010 masing-masing kepada 16,602 km dan 17,254km.
Bagi jalan negeri berturap pula meningkat sebanyak 26,141km pada tahun 2008 dan terus
meningkat lagi pada tahun 2010 kepada 98,915km.

Jalan negeri berkelikir adalah lebih panjang berbanding jalan persekutuan berkelikir.
Panjang jalan negeri berkelikir adalah 21.19 peratus daripada panjang jalan negeri pada
tahun 2006 iaitu 73,852km. Jumlah panjang jalan negeri berkelikir terus meningkat
sebanyak 662km pada tahun 2008 dan terus menokok kepada 18,480km pada tahun 2010.
Namun demikian, kepanjangan jalan persekutuan berkelikir semakin merosot iaitu dari
56km pada tahun 2006 kepada hanya 10km pada tahun 2008 dan akhirnya terhapus pada
tahun 2010.

Jenis jalan tanah pula merupakan jalan yang paling pendek sama ada di peringkat jalan
persekutuan mahupun jalan negeri. Pada tahun 2008 dan 2010, jabatan kerja raya tidak
lagi membina jalan persekutuan jenis tanah. Jalan persekutuan jenis tanah pada tahun
2006 adalah sepanjang 199km. Namun demikian, jalan negeri jenis ini terus meningkat
dari tahun 2006 hingga tahun 2010. Pada tahun 2008, panjang jalan negeri jenis tanah
menunjukkan peningkatan sebanyak 5,351km kepada 8,280km berbanding tahun 2006.
Kepanjangannya terus meningkat kepada 9,754km pada tahun 2010.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Buletin Perangkaan Sosial, 2010)


SET 5 Bahagian B

Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini. Jawapan hendaklah dibuat pada kertas graf.
[20]

1. Berdasarkan petikan di bawah, lukis carta yang sesuai untuk menunjukkan perbandingan
pembiayaan kos pengajian pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) ke luar
negara dalam bidang perubatan dan pergigian mengikut negara-negara terpilih pada tahun
2011.

Kerajaan Malaysia telah membelanjakan sebanyak RM 39.5 bilion untuk membiayai sektor
pendidikan dalam Bajet 2011. Pendidikan yang dinikmati oleh rakyat negara ini, bukan setakat
dalam negara sahaja malahan turut diperluas ke luar negara. Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
merupakan agensi utama kerajaan yang membiayai kos pendidikan pelajarpelajar yang
melanjutkan pelajaran ke luar negara. Pada tahun 2011, JPA telah mengeluarkan kos pembiayaan
sebanyak RM4658.87 ribu dalam bidang perubatan mengikut negara-negara terpilih.

Kos pembiayaan dalam bidang pergigian yang dibiayai oleh pihak JPA ke negara-negara terpilih
yang sama lebih kecil berbanding bidang perubatan. Jumlah kos untuk bidang ini berkurang
sebanyak RM1020.9 ribu berbanding bidang perubatan ke negara-negara terpilih yang sama.

Kos pembiayaan pelajar-pelajar tajaan JPA ke Australia dalam bidang perubatan berjumlah
RM1067.35 ribu atau 22.91% daripada jumlah keseluruhan negara-negara terpilih. Negara India
adalah antara negara pilihan pelajar-pelajar tajaan JPA kerana kos hidup yang lebih rendah.
Keadaan ini mempengaruhi kos pembiayaan pendidikan perubatan yang hanya mencatat sebanyak
RM587.74 ribu sahaja. Manakala, kos yang dibiayai untuk pelajar-pelajar ke India dalam bidang
pergigian pula berkurang sebanyak RM206.05 ribu berbanding bidang perubatan.

Faktor geografi dan latar belakang budaya turut mempengaruhi pilihan pelajar-pelajar tajaan JPA
untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di negara Indonesia. Jumlah kos yang
dibiayai untuk ke negara ini pada tahun 2011 adalah sebanyak RM267.48 ribu. Perbezaan kos
pendidikan ke negara-negara Eropah berbanding Indonesia amat ketara. Kos pendidikan ke
negara-negara Eropah ini telah mencatat jumlah tertinggi sehingga mencecah 58.73%. Negara-
negara Eropah yang menjadi tumpuan pelajar dan 21 Soalan dan Skema Jawapan Pengajian Am
Penggal 2 Bahagian B diiktiraf oleh kerajaan khususnya JPA adalah Ireland dan United Kingdom
masing-masing mencatat RM1382.20 ribu dan RM1354.10 ribu.

Negara-negara Eropah turut mencatat kos pendidikan yang tinggi dalam bidang pergigian pada
tahun yang sama. Kos pendidikan yang mengalir ke negara Ireland telah mencatat lebih kurang
30.17% daripada jumlah keseluruhan pembiayaan bidang pergigian. Jumlah yang ditanggung oleh
JPA untuk pelajar-pelajar tajaannya ke United Kingdom adalah sebanyak RM1104.99 ribu atau
kira-kira 30.37%. Seterusnya, kos pendidikan pelajar yang mengikuti bidang pergigian di
Indonesia hanya berjumlah sebanyak RM232.09 ribu iaitu lebih rendah berbanding kos
pendidikan di Australia dalam bidang yang sama. Kos yang dikeluarkan untuk pelajar-pelajar ke
Australia melebihi Indonesia sebanyak RM589.71 ribu. Kerajaan masih menghantar pelajar-
pelajar cemerlang untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara. Langkah ini bertujuan untuk
meningkatkan tahap kepakaran pelajar-pelajar negara ini terutama dalam bidang-bidang kritikal
seperti kejuruteraan.

(Disesuaikan daripada Risalah, Jabatan Penerangan Malaysia, Tahun 2012)


2. Berdasarkan petikan berikut, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan
jumlah warganegara mengikut kumpulan etnik dan jantina bagi tahun-tahun yang
dilaporkan.

Penduduk Malaysia terdiri daripada warganegara dan bukan warganegara. Jumlah


penduduk adalah berdasarkan kepada data Banci Penduduk dan Perumahan 2010 yang
telah disesuaikan daripada Penyiasatan Penilaian Liputan Banci.

Pada tahun 2008, keseluruhan warganegara Malaysia berjumlah 25 071.6 ribu orang.
Seramai 12 642.6 ribu orang daripadanya merupakan lelaki. Jumlah warganegara
meningkat pada tahun berikutnya kepada 25 423.8 ribu orang. Manakala pada tahun
2010, jumlah warganegara dijangka mencecah 25 776.7 ribu orang.

Warganegara lelaki mencatatkan 12 815.1 ribu orang pada tahun 2009 dan dijangka
meningkat menjadi 12 987.7 ribu orang pada tahun seterusnya. Jumlah warganegara
perempuan melonjak berterusan bagi tiga tahun berturut-turut. Pada tahun 2009
mencatatkan 12 608.7 ribu orang dan dijangka mencatatkan 12 789 ribu orang pada tahun
2010. Pada tahun 2008, lelaki bumiputera mencatatkan 8 310 ribu orang, berbanding
perempuan sebanyak 8200.9 ribu orang. Bagi kaum Cina, jumlah warganegara lelaki
seramai 3 224.8 ribu orang. Jumlah ini meningkat sebanyak 27.3 ribu orang pada tahun
berikutnya sebelum dijangka meningkat menjadi 3 278.3 ribu orang pada 2010. Bagi
warganegara lelaki berketurunan India pula menunjukkan pola yang semakin meningkat
dari tahun 2008 hingga 2010. Sebanyak 937.3 ribu orang dicatatkan pada tahun 2008,
menokok kepada 946.2 ribu orang dan 954.9 ribu orang bagi tahun 2009 dan 2010
masing-masing.

Warganegara Malaysia perempuan bumiputera merekodkan 8 333.5 ribu orang pada


tahun 2009 dan jumlah ini kurang sebanyak 108 ribu orang berbanding lelaki bumiputera
pada tahun yang sama. Bilangan warganegara perempuan dan lelaki bumiputera masing-
masing dijangka meningkat kepada 8 467.7 ribu orang dan 8 574.4 ribu orang pada tahun
2010.

Bilangan warganegara berketurunan Cina perempuan menunjukkan peningkatan setiap


tahun. Pada tahun 2008, bilangannya adalah sebanyak 3 111.1 ribu orang. Bilangan ini
terus meningkat pada tahun berikutnya menjadi 3 142.5 ribu orang. Seterusnya dijangka
menokok kepada 3 173 ribu orang pada tahun 2010. Manakala data bagi kaum India
perempuan mencatatkan 947.8 ribu orang, 958.8 ribu orang dan 969.9 ribu orang bagi
tahun-tahun yang terlibat. Selebihnya adalah untuk kaum-kaum lain.

(Dipetik dan disesuaikan daripada Buku Tahunan Perangkaan, Jabatan Perangkaan


Malaysia, 2010)

You might also like