You are on page 1of 2

Pegawai Pendidikan Daerah

Daerah Kinta Utara,


Leboh Catur,
31400 Ipoh

Melalui:
Pengetua
SMK Methodist (ACS) Ipoh
Jalan Lahat
30200 Ipoh

Tuan,
Rayuan Penempatan Semula Guru Renang (En. S. Alageasan A/L Singaram) di SMK
Methodist (ACS)

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa saya merupakan Pengerusi Teknik dan
Pembangunan Sukan Akuatik MSSPK dan juga Kinta Utara. Selain itu saya juga merupakan
guru renang di SMK Methodist (ACS) Ipoh.

2. Di sini saya ingin memohon jasa baik tuan untuk menempatkan semula En. S. Alageasan A/L
Singaram di sekolah ini. Rayuan ini adalah berdasarkan sebab-sebab berikut:

a. Saya merupakan pengerusi teknik dan pembangunan sukan akuatik yang


bertanggungjawab membantu pihak JPN Perak menganjurkan kejohanan akuatik MSSM
2019 di mana pegawai tersebut di atas (En. S. Alageasan ) telah menjadi tulang belakang
dalam menjayakan kejohanan tersebut. Untuk makluman tuan, pada tahun ini juga
MSSPK Perak telah diberikan tanggungjawab untuk menganjurkan kejohanan yang sama.
Oleh itu ketidakhadiran beliau di sekolah ini banyak menjejaskan persediaan kami untuk
mengajurkan kejohanan tersebut.

b. Selain itu, sebagai sebuah sekolah dengan kemudahan kolam renang, semua kelas di ACS
mempunyai pendidikan renang. Namun begitu kelas-kelas ini hanya dapat dikendalikan
oleh guru-guru yang mempunyai kemahiran renang iaitu diri saya dan juga En. S.
Alageasan. Untuk pengetahuan tuan, En. S. Alageasan merupakan seorang guru yang
memiliki Sijil Kejurulatihan Renang Tahap 1daripada ASUM dan Sijil Kejurulatihan
Penyelamat Kelemasan daripada LSSM. Dengan ketiadaan beliau, kini saya terpaksa
memikul keseluruhan beban mengajar renang di sekolah ini. Akibatnya, hingga ke
penghujung bulan Febuari, sekolah ini masih belum memulakan kelas renang untuk
sesetengah tingkatan.
3. Dengan ini besarlah harapan saya yang rayuan ini akan mendapat pertimbangan yang
sewajarnya daripada pihak tuan. Bantuan tuan amat besar ertinya kepada kami yang sedang
berusaha sedaya-upaya untuk menjayakan Kejohanan Akuatik MSSM 2020 dan pelbagai
program berkaitan akuatik untuk peringkat negeri, daerah dan juga sekolah. Bagi segala
pertimbangan tuan saya dahului dengan ucapan ibuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

……………………………………..

(Maheswaran A/L A. Nadeson

No. KP 640911-08-6243

You might also like