You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN ULU BERANANG

71750 LENGGENG,
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
NO. TEL: 03-87610207

MINIT TAKLIMAT PERTANDINGAN KEMAHIRAN UNIT LINK BSMM


SEREMBAN 1 TAHUN 2019
TARIKH : 11 APRIL 2019 (KHAMIS)
MASA : 2.30 PETANG
TEMPAT : DEWAN TERTUTUP, SEKOLAH KEBANGSAAN ULU BERANANG

KEHADIRAN:
Seperti Lampiran A.

AGENDA:
1. UCAPAN ALU-ALUAN
2. UCAPAN PENGERUSI PENGELOLA – PN. SITI SALMI BINTI MOHD SALEH
3. UCAPAN WAKIL PPD – EN. ZULKARNA’IN BIN MOHAMED
4. TAKLIMAT PEGAWAI TEKNIKAL PERTANDINGAN KEMAHIRAN UNIT LINK
BSMM SEREMBAN 1 2019
5. PENGESAHAN PENYERTAAN
6. KEWANGAN
7. HAL-HAL LAIN
8. PENANGGUHAN MESYUARAT

1.0 UCAPAN ALU-ALUAN


1.1 Pengerusi mengucapkan selamat datang kepada semua yang sudi hadir ke Sekolah
Kebangsaan Ulu Beranang untuk taklimat ini.
2.0 UCAPAN WAKIL PENGERUSI PENGELOLA – PN. SITI SALMI BINTI
MOHD SALEH
2.1 Pn. Siti Salmi selaku GPK Kokurikulum SK Ulu Beranang merakamkan kata alu-
luan dan penghargaan pihak guru besar kepada semua guru yang hadir. Beliau
berharap semoga program ini akan dapat berjalan dengan lancar serta mendapat
sokongan dan kerjasama daripada semua pihak.

3.0 UCAPAN WAKIL PPD – EN. ZULKARNA’IN BIN MOHAMED


3.1 En. Zulkarna’in merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih puan PPD, Puan Hjh
Rodiah binti Mohd Jan kepada semua guru yang dapat hadir. Beliau sangat
menyokong semua program kokurikulum yang dilaksanakan di Seremban.
Mesyuarat dimaklumkan bahawa Seremban adalah daerah kedua tercorot dari segi
markah PAJSK. Oleh yang demikian, semua sekolah di Seremban digalakkan
menghantar murid kumpulan sokongan untuk turut mengikuti pasukan sekolah
menyertai pertandingan. Mereka boleh diberi tugasan untuk membuat catatan dan
boleh juga dilantik sebagai jurulatih di sekolah. Mereka juga boleh diberi markah
penglibatan 3 untuk penilaian PAJSK. Oleh yang demikian, GPS untuk sekolah
dan daerah Seremban akan dapat ditingkatkan. Walau bagaimanapun, makan dan
minum murid ini akan disediakan oleh pihak sekolah masing-masing. Surat punca
kuasa adalah daripada pihak guru besar sekolah masing-masing. Seorang guru
pengiring bersama empat orang murid kumpulan sokongan perlu membawa
bersama surat kebenaran ibu bapa bersama salinan surat arahan guru besar yang
dicop hidup.

4.0 TAKLIMAT PEGAWAI TEKNIKAL


4.1 Pertandingan yang akan dijalankan mengikut format kebangsaan iaitu relay
bandaging, ikatan dan simpulan, membina kad ucapan dan kuiz bee.
4.2 Pakaian murid peserta pertandingan adalah t-shirt BSMM dan seluar trek. Panduan
serta bahan yang perlu dibawa telah diedarkan kepada guru yang menghadiri
taklimat.
4.3 Dua guru dengan dua kenderaan akan menghantar 6 orang murid peserta setiap
sekolah. Peserta boleh terdiri daripada murid lelaki dan perempuan. Hanya seorang
sahaja guru yang akan menunggu sepanjang pertandingan dijalankan.
4.4 Setiap murid akan menerima satu sijil sahaja, sama ada sijil penyertaan atau sijil
pemenang. Sijil penghargaan akan diberi kepada tiga orang guru termasuk guru
yang membawa murid sokongan.
4.5 Hadiah yang disediakan untuk setiap pertandingan adalah hadiah tempat pertama,
kedua dan ketiga. Selain itu disediakan hadiah untuk Ketua Platun Terbaik dan
Sekolah Terbaik.
4.6 Setiap sekolah akan menyediakan dan membawa barang keperluan untuk
pertandingan dari sekolah masing-masing. Sekolah pengelola akan menyediakan
soalan, tali dan kertas lukisan sahaja.

5.0 PENGESAHAN PENYERTAAN


5.1 Setakat sepanjang taklimat ini dijalankan sebanyak 25 sekolah yang telah
menyatakan persetujuan untuk menyertai pertandingan. Mesyuarat bersetuju
supaya tarikh akhir untuk sekolah lain mengesahkan penyertaan pertandingan
adalah sehingga hari Rabu, 17 April 2019.

6.0 KEWANGAN
6.1 Mensyuarat bersetuju yuran penyertaan setiap peserta adalah RM15.00 untuk
seorang peserta menggunakan duit SUWA atau Bantuan Kokurikulum atau PIBG.
Bayaran bolehlah dibuat menggunakan cek atas nama
SEKOLAH KEBANGSAAN ULU BERANANG.
Hanya tiga buah sekolah yang dibenarkan membuat bayaran tunai iaitu SK
Temiang, SK Convent dan SK LB Johnson atas alasan tiada guru besar dan tiada
pembantu tadbir.

7.0 HAL-HAL LAIN


7.1 Sekolah pengelola akan menyediakan tempat letak kereta tambahan di padang
sekolah.

8.0 PENANGGUHAN MESYUARAT


8.1 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.50 petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

______________________ ________________________________
(RUSTAM BIN A TALIB) (SITI SALMI BINTI MOHD SALEH)
Setiausaha Kokurikulum Guru Penolong Kanan Kokurikulum
SK Ulu Beranang SK Ulu Beranang

Disahkan oleh,

______________________
(HISHAM BIN MOHAMED)
Guru Besar
SK Ulu Beranang

You might also like