You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN ULU LEMANAK

D/A PPD ULU LEMANAK 95900, LUBOK ANTU, SARAWAK


KOD SEKOLAH: YBB2322

MINIT MESYUARAT PEMILIHAN MURID-MURID PRASEKOLAH BAGI TAHUN 2020

TARIKH : 10 JULAI 2019


MASA : 12.00 TENGAHARI
TEMPAT : KELAS PRASEKOLAH GEMILANG

KEHADIRAN:
1. En. Lunie anak Sindung – GPK Pentadbiran
2. En. Mohd Faisal bin Jalil – GPK HEM
3. En. Hosen bin Eli – GPK Kokurikulum
4. En. Ahmad Faqih bin Pauzi – Penyelaras Prasekolah
5. Pn Stephanie anak Atong – Setiausaha Prasekolah

Agenda:
1. Ucapan Pengerusi Majlis
2. Ucapan GPK Pentadbiran
3. Pemilihan Murid-Murid Prasekolah Bagi Tahun 2020
4. Hal-hal lain
5. Ucapan Penangguhan

1. Ucapan Pengerusi Majlis


1.1 Terima kasih di atas kehadiran semua ahli jawatankuasa pemilihan murid-murid
Prasekolah bagi sesi 2020.
1.2 Tujuan mesyuarat ini adalah untuk membuat pemilihan murid-murid Prasekolah bagi
tahun 2020 mengikut senarai permohonan melalui E-Prasekolah yang telah diisi
oleh ibu bapa/penjaga masing-masing.
Tindakan: Makluman
2. Ucapan GPK Pentadbiran
2.1 Terima kasih kepada pengerusi majlis dan semua ahli jawatankuasa pemilihan
murid-murid Prasekolah bagi tahun 2020.
2.2 Mengikut permohonan secara online melalui E-Prasekolah hanya 5 orang sahaja.
Walaupun begitu mesyuarat masih perlu diadakan dan menyenaraikan semua
permohonan diterima masuk ke kelas prasekolah.
2.3 Murid-murid yang lewat mendaftar akan diterima dan didaftar masuk sebaik sahaja
SMPK di buka semula.
Tindakan: Makluman

3. Hal-hal lain
3.1 Penyelaras Prasekolah mencadangkan supaya dimasa akan datang guru
prasekolah turun padang bersama-sama ibu bapa untuk membersihkan Kawasan
prasekolah secara bergotong-royong.
3.2 Puan Stephanie memberitahu sudah menjadi kebiasaan orang kampung untuk
mendaftar anak-anak disaat akhir atau pun mendaftar awal tahun hadapan. Ada
juga borang yang baru dihantar secara manual.
3.3 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir di atas kerjasama
yang diberikan.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 1.00 petang.

Disediakan oleh, Disahkan Oleh,

……………………………. …………………………….
Setiausaha Prasekolah,
SK Ulu Lemanak

You might also like