You are on page 1of 10

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-22

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN RAKAN


TAHUN 2020

Tarikh: 1 Februari 2020


Hari: Sabtu
Masa: 8.00 pagi - 12.40 tengah hari
Tempat: Dataran Berbumbung, SK Taman Rakan
Kehadiran: 240 orang

AGENDA MESYUARAT

1. UCAPAN YDP PIBG SESI 2019/2020 (EN. AZLAN BIN MAT SAID)
1.1. Pengerusi mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua ibu bapa dan
guru yang hadir ke mesyuarat pada hari ini.
1.2. Pengerusi mengajak semua ibu bapa supaya menyokong pihak sekolah
dalam apa jua program yang dianjurkan. Ibu bapa diharapkan tidak
memburuk-burukkan nama baik guru dan sekolah.
1.3. Beliau juga mengingatkan ibu bapa agar terus ke pejabat sekolah sekiranya
terdapat sebarang masalah berkenaan dengan hal ehwal sekolah dan tidak
menyelesaikannya dengan cara mereka sendiri
1.4. Beliau menyatakan rasa terkilan kerana terdapat segelintir ibu bapa yang
rancak memberi komentar berkaitan makanan di kantin namun malangnya
tiada seorang pun yang sanggup berdepan apabila diminta memberikan
aduan.
1.5. Beliau mengucapkan syabas dan tahniah di atas kejayaan kutipan yuran
PIBG sebanyak 60% pada tahun 2019.

2. MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG


KALI KE-21
2.1 En. Azlan Bin Mat Said selaku YDP PIBG membentangkan minit mesyuarat 

dengan merujuk buku program PIBG pada halaman 15-17
Pembentang: En. Azlan Bin Mat Said
Cadangan: En. Zahari Bin Muhamad
Sokongan: En. Abdul Jabal Bin Jalisan

!1
3. MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN LAPORAN AKTIVITI PIBG
SEPANJANG TAHUN 2019
3.1 Pn. Romna Binti Rosli selaku Guru Besar SKTR membentangkan laporan
aktiviti PIBG sepanjang tahun 2019 merujuk buku program PIBG pada 

halaman 23-27
Pembentang: Pn. Romna Binti Rosli
Cadangan: Pn. Zureni Binti Ismail
Sokongan: En. Muhammad Zakwan Bin Abd. Rahim

4. MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN PENYATA KEWANGAN PIBG KALI


KE-21
4.1. En. Kamarul Endra selaku wakil Bendahari Kehormat PIBG membentangkan
penyata kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2019 yang melibatkan
pelbagai perbelanjaan yang telah diluluskan sebagaimana yang dinyatakan
dalam penyata kewangan merujuk buku program PIBG pada halaman
39-42.
Pembentang: En. Kamarul Endra Bin Abdul Rahim
Cadangan: Dato’ Ibrahim bin Haji Zulkifli
Sokongan: Pn. Nurdalila Binti Samsudin

5. MELANTIK PENGERUSI SEMENTARA MESYUARAT AGUNG PIBG KE-22


5.1. YDP membubarkan AJK PIBG sesi 2019/2020 dan melantik En. Kamarul
Endra Bin Abd Rahim sebagai Pengerusi Sementara Mesyuarat Agung
pada kali ini.
5.2. En. Kamarul Endra Bin Abd Rahim mengucapkan terima kasih di atas 

perlantikan ini dan seterusnya membuka cadangan kepada ahli untuk
memilih AJK PIBG bagi sesi 2020/2021.

!2
6. PEMBUBARAN AJK 2019/2020 DAN PELANTIKAN AJK PIBG BAGI SESI
2020/2021

Penasihat: Romna Binti Rosli

Yang DiPertua PIBG: Syed Mohd Hatta Bin Haji Syed Mustafa.
Cadangan: Mohamad Zulkarnain Bin Mohamed Nore
Sokongan: Khairuddin Bin Abdul Kadir

Naib Yang DiPertua: Dato Mohamad Shahril Bin Abu Samah


Cadangan: Mohd. Fadzil Bin Mohd Aris
Sokongan: Azlan Bin Mat Said

Setiausaha Kehormat: Anis Wardah Binti Yusri


Bendahari Kehormat: Sanisah Binti Anuar

Ahli Jawatankuasa Ibu Bapa: 1) Moktar Bin Hashim


2) Rose Suziana Binti Ismail
3) Khairudin Bin Abdul Kadir
4) Siti Balqies Binti Abdullah
5) Mohd Hasni Bin Md Hashim
6) Zaidah Binti Abd. Rani

Ahli Jawatankuasa Guru: 1) Hasvini A/P Parameswaran


2) Ummi Kalthum Binti Zulkifli
3) Suganya A/P K. Loganathan
4) Mohd Azmir Bin Mohd Ali
5) Mohd Fazly Bin Omar
6) Kamarul Endra Bin Abd. Rahim
7) Ahmad Safwan Bin Muhamad Yusof

Juru Audit Ibu Bapa: Ismadi Bin Jaffar


Juru Audit Guru: Norashikin Binti Abdul Rahman

!3
7. MEMBAHASKAN USUL DAN CADANGAN

7.1. Isu 1 : Tempat Simpanan buku dan masalah beg berat


En. Sharifuddin bin Hamid , En. Mohd Nor dan Pn. Punaweswary
mencadangkan supaya menyediakan tempat simpanan buku supaya beg
anak-anak tidak terlalu berat.
Guru Besar mengharapkan ibu bapa bersama dengan anak-anak dapat
menyemak jadual sebelum ke sekolah. Murid perlu membawa buku yang
diperlukan sahaja. Beliau memaklumkan sekiranya mengikut jadual yang
betul, hanya 6 buah buku teks sahaja yang akan murid bawa setiap hari.

Usul disokong tanpa bahas.

7.2. Isu 2 : Solat Zohor Berjemaah di Laman Bestari



Pn. Siti Arina binti Mat Zin mencadangkan supaya mengadakan solat zohor
dan asar secara berjemaah di Laman Bestari bagi murid sesi petang. 

Guru Besar memaklumkan buat masa ini, biarlah murid solat di surau yang
mana memang telah diketahui kebersihannya. Hal ini kerana Laman Bestari
tidak cukup bersih untuk digunakan sebagai tempat solat disebabkan terdapat
anjing berkeliaran pada waktu malam. 

Usul disokong tanpa bahas.

7.3.Isu 3 : Perjumpaan Lebih Kerap Dengan Guru



Pn. Paraneswary juga turut mencadangkan supaya diadakan perjumpaan
antara ibu bapa dan guru lebih kerap dapat mengetahui tahap penguasaan
anak-anak dalam pembelajaran.

YDP PIBG memaklumkan bahawa sekolah telah mengadakan perjumpaan
sebanyak dua kali setahun iaitu selepas mendapat keputusan peperiksaan.
Perjumpaan dua kali ini telah memadai. Sekiranya ibu bapa masih tidak puas
hati atau inginkan maklumat lebih lanjut, mereka boleh berhubung terus
dengan guru tersebut di sekolah. 

Usul disokong tanpa bahas.

!4
7.4.Isu 4 : Kebersihan Tandas

En. Abdul Rashid mengusul supaya kebersihan tandas murid sentiasa dijaga
dan dipantau. Guru Besar memaklumkan bahawa seramai 1400 murid meng-
gunakan tandas yang ada di sekolah. Setakat ini, tandas telah diseleng-
garakan dengan menggunakan duit sumbangan pertandingan silat. Beliau
berharap agar ibu bapa boleh turut membantu dan menyumbangkan buah
fikiran dalam menyelesaikan isu ini. 

Usul disokong tanpa bahas.

8. HAL-HAL LAIN
8.1. Kelas Bahasa Cina / Bahasa Tamil

En. Zamri menginginkan pencerahan mengenai kelas bahasa yang diadakan
di sekolah. Anak beliau telah mempelajari Bahasa Cina semenjak tahun satu,
namun sekarang perlu belajar Bahasa Arab pula. Hal ini menjadi kekeliruan
kerana murid tidak diberikan makluman awal serta menerangan yang jelas
mengenai hal tersebut. Bagi beliau, Bahasa Arab telah dipelajari di sekolah
Agama. Jadi, beliau berharap agar anaknya dapat menguasai bahasa yang
lain di sekolah ini. Guru Besar memaklumkan bahawa murid Islam wajib
mengambil Bahasa Arab. Bahasa Tamil dan Bahasa Cina, pihak sekolah akan
mengadakan kelas secara POL iaitu kelas selepas waktu PdPc. 

Usul akan dibincangkan dalam Mesyuarat AJK PIBG yang baharu.

8.2. Tandas Mesra-OKU


Pn. Yasmin Abdullah mencadangkan supaya disediakan tandas untuk murid
PPKI bagi kemudahan murid PPKI. Perkara ini disuarakan kerana murid-
murid tersebut sukar menggunakan tandas yang sedia ada serta kedudukan
tandas tersebut yang jauh dari kelas. Pn. Yasmin memaklumkan pihak ibu
bapa murid PPKI telah mencari dana untuk pembinaan tandas sekolah dan
memerlukan sokongan. Selain itu, kedudukan kelas tidak sesuai untuk
membina tandas di dalamnya kerana masalah pembentungan. Buat masa ini,
ibu bapa perlu menggangkat kerusi roda dari pagar dan tolak apabila
melepasi tangga.
Usul akan dibincangkan dalam Mesyuarat AJK PIBG yang baharu.

!5
8.3.Cadangan Aktiviti Sekolah Sepanjang Tahun 2020

BULAN KURIKULUM HAL EHWAL MURID KOKURIKULUM

1. Program Transisi
1. Amalan Guru
bermula
Penyayang (B&K dan
2. Minggu Orientasi 1. Perhimpunan
Guru Bertugas)
Prasekolah Rasmi Badan
2. Pelancaran Guru
3. Minggu Orientasi Beruniform
Penyayang
Prasekolah 2. Taklimat JK
3. Program Mentor
4. Taklimat Kejohanan
Mentee
Pentaksiran Merentas Desa
4. Majlis Perlantikkan
Sekolah Rendah 3. Pengenalan Trek
JANUARI PENGAWAS / PRS
Tahun 4 Merentas Desa
5. Program Sahsiah
5. Pentaksiran PBD 4. Kejohanan
Tahun 1&4
bermula Merentas Desa
6. Program Sahsiah
6. Majlis Perlantikan 2020
Tahun 1 - 6
Pengawas Pusat 5. GERKO

7. Pemurnian Data Murid
Sumber BADAN
(Bantuan)
7. English Day BERUNIFORM
8. Sambutan Hari Lahir
8. Bijak Celik Fakta
Bulan Januari
Asas Bermula

1. Pelancaran Kempen
Sifar Ponteng
2. Sambutan Minggu
1. Bengkel Kemahiran
Antidadah/PPDa
Pengawas PSS
3. Pameran AADK
2. Program Cakna
4. Pertandingan
Bahasa Bermula
FEBRUARI Mewarna/Melukis
3. Kelas Tambahan
5. Ceramah AADK
Tahun 6 Bermula
6. Senam Robik
4. Kem Bestari Solat 1
7. Sambutan Hari Lahir
5. Pelancaran NILAM
Bulan Februari
8. Motivasi Tahun 4 -6—
Hala Tuju

!6
1. Permohonan 1. Pelancaran PPS -Jom
Prasekolah Bagi Ke Sekolah
Tahun 2021 dibuka 2. Kempen Budaya
2. Aktiviti Bulan Salam - 3S
Bahasa Bermula 3. Kem Kepimpinan
3. SEGAK Tahun 4, 5 4. Sambutan Hari Lahir
dan 6. Bulan Mac
4. UJIAN BULAN
MAC
5. Program Israk
MAC Mikraj
6. Bengkel Teknik
Menjawab Soalan
UPSR BI
7. Hayya Bil Arabiyah
- Bulan Bahasa
Arab bermula

1. Ujian Psikometrik 

Tahun 6
2. Pelancaran Program
1. Aktiviti Bulan SUKSESS 1. Klinik Sukan dan
APRIL
Bahasa Berakhir 3. Sambutan Hari Jadi Permainan
Bulan April
4. Outreach Bimbingan &
Kaunseling

1. Program Bijak Asas


1. Motivasi Tahun 4- 6 -
MEI Sifir Tahap 1 dan
Pengurusan Masa
Tahap 2 (Fasa 1

1. Hari Tanda Sayang


2. Sambutan Hari
Lahir Prasekolah
Penggal Pertama
(Jan-Jun) 1. Program Buli
3. Membaca Teks/ 2. Sambutan Hari Lahir 1. Kejohanan Sukan
JUN Sajak BC Bulan Mei&Jun SKTR Kali ke-17
4. Tulisan Cantik BC 3. Sambutan Hari Raya
5. Kem Cemerlang Peringkat Sekolah
Jawi
6. Bengkel Teknik
Menjawab UPSR

!7
1. Kelas GALUS/
Cemerlang
1. Ceramah Pengurusan
Matematik (Jul-
Stress - Tahun 1&4
Sept)
2. Ceramah Pengurusan
2. Eluthu Kuttu
Stress - Tahun 2&5
(Ejaan) BT
3. Ceramah Pengurusan
3. Kelas GALUS 1. Bengkel Kelab dan
JULAI Stress - Tahun 3&6
Sains Bermula Persatuan
4. Aktiviti Kelab PRS
4. Gerak Gempur
5. Taklimat Ujian
UPSR (Jul-Sept)
Psikometrik Tahun 6
5. Arivu Sudar
6. Sambutan Hari Lahir
(Membaca) BT
Bulan Julai
6. Lawatan
Prasekolah

1. SEGAK Tahun 

4, 5, 6
1. Ceramah Disiplin
2. Program Bijak Asas 1. Sambutan Bulan
bersama Polis Angkat
Sifir Tahap 1 Kemerdekaan ke
2. Motivasi Program
OGOS (Fasa 2) 63
SUKSESS
3. Eluthu Kuttu 2. K a r n i v a l B a d a n
3. Sambutan Hari Lahir
(Ejaan) BT Beruniform
Bulan Ogos
4. Program Sambutan
Maal Hijrah

1. Eluthu Kuttu
(Ejaan) BT
SEPTEMBER 2. Arivu Sudar
(Membaca) BT
3. Kem Bestari Solat 2

1. Program Cakna 1. Sambutan Hari Lahir


Bahasa Berakhir Bulan Oktober 1. Karnival
OKTOBER
2. Arivu Sudar 2. Pemulangan Buku Kokurikulum
(Membaca) BT SPBT

1. Pendaftaran dan
1. Sambutan Hari Kanak-
Taklimat
kanak
NOVEMBER Prasekolah 2021
2. Sambutan Hari Lahir
dan Mesyuarat JK
Bulan Nov-Dis
Pewaris 1/2021

!8
8.4.Pembinaan Surau SK Taman Rakan (STaR)
Guru Besar memaklumkan bahawa telah menghantar permohonan ke
Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPN) untuk membina surau dan juga
tandas untuk murid PPKI di surau yang baharu. Beliau memaklumkan juga
mengenai Jawatankuasa Surau STaR yang akan membantu dalam
menguruskan segala perihal surau sekolah ini.

Senarai AJK Pembinaan Surau Sekolah Kebangsaan Taman Rakan:


Penasihat : Romna Binti Rosli
Pengerusi : Syed Mohd.Hatta Hj Syed Mustafa
Naib Pengerusi 1: Datuk Muhammad Shahril Abu Samah
Setiausaha Kehormat: Anis Wardah Yusri
Naib Setiausaha Kehormat (1): Azmir Bin Mohd.Ali
Naib Setiausaha Kehormat (2): Ummi Kalthum Binti Zulkifli
Bendahari Kehormat (1): Sanisah Binti Anuar
Ahli Jawatankuasa Ibu Bapa:
1. Moktar Bin Hashim
2. Rose Suziana Binti Ismail
3. Khairudin Bin Abdul Kadir
4. Siti Balqies Binti Abdullah
5. Mohd Hasni Bin Md Hashim
6. Zaidah Binti Abd. Rani
7. Ahmad Jefri Bin Sanip
Ahli Jawatankuasa Guru:
1. Muhammaed Edzhar Bin Mustapha
2. Suganya A/P K. Loganathan
3. Kamarul Endra Bin Abd. Rahim
4. Mohamad Fazly BIn Omar
5. Ahmad Safwan Bin Muhamad Yusof
6. Hasvini A/P Parameswaran

Juru Audit Guru: Norashikin Binti Abdul Rahman


Juru Audit Ibu Bapa: Ismadi Bin Jaffar

!9
9.PENANGGUHAN MESYUARAT
9.1.YDP PIBG mengucapkan terima kasih di atas lantikan beliau. Beliau akan
cuba membuat yang terbaik dalam menjalankan amanah beliau sebagai Yang
Di Pertua PIBG kali ini. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada AJK yang di
telah lantik iaitu bagi sesi 2020/2021.
9.2.Beliau juga mengucapkan terima kasih kerana pihak berkenaan dapat
memberi penjelasan dengan jelas dan mengucapkan tahniah kepada semua
ibu bapa kerana dapat meluangkan masa hadir pada mesyuarat semata-mata
untuk kebaikan anak-anak.
9.3.Beliau menyatakan bahawa PIBG harus digunakan sebaik-baiknya sebagai
saluran ibu bapa dan guru. Platform yang paling baik untuk menyuarakan
pendapat semua pihak.
9.4.Mesyuarat agung ditangguhkan pada jam 12.40 tengah hari.

Disediakan oleh:

…………………………………
(ANIS WARDAH BINTI YUSRI)
Setiausaha Kehormat,
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG),
Sesi 2020/2021,
SK Taman Rakan.

Disahkan oleh:

……………………………………………………….…

(SYED MOHD HATTA BIN HAJI SYED MUSTAFA)

Yang Dipertua,

Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG),
Sesi 2020/2021, 

SK Taman Rakan.

!10

You might also like