You are on page 1of 7

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-38

SMKA AL-MASHOOR (LELAKI), 10460 AIR ITAM, PULAU PINANG

Tarikh : 13 Mac 2020


Hari : Jumaat
Masa : 4.30 Petang
Tempat : Dewan An- Najah SMKA Al-Mashoor (Lelaki)
Dipengerusikan : YB Dato’ Norazmi Bin Mohd Narawi

AGENDA BUTIRAN MESYUARAT


1 1.0 Kata-kata Aluan Pengerusi

1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih dan memberi penghargaan kepada


Pengetua, barisan pentadbir, guru-guru dan juga para ibu bapa kerana dapat
bersama-sama berkumpul untuk membincangkan program kecemerlangan
anak-anak.

1.2 Beliau juga bersyukur kerana guru-guru sangat mengambil berat


terhadap tahap akademik dan menerapkan nilai-nilai keagamaan yang tinggi
dalam diri anak-anak.

1.3 Beliau juga memohon supaya ibu bapa tidak memberikan telefon bimbit
kepada anak-anak kerana mereka banyak menghabiskan masa untuk bermain
“game” dan beliau juga meminta perkara ini disampaikan kepada ibu bapa
yang tidak hadir ke mesyuarat ini.

2 2.0 Pembentangan laporan aktiviti PIBG sesi 2019/2020

2.1 Minit mesyuarat Agung kali ke-37 pada muka surat 21 hingga 31
dibentangkan oleh YB Dato’ Norazmi Bin Mohd Narawi selaku pengerusi
PIBG.

2.2 Minit Mesyuarat Agung kali ke- 37 diterima dan disahkan oleh En.
Azhar Bin Hanapi serta disokong oleh En. Mohamad Rosli bin Salleh.

3 3.0 Membentangkan laporan aktiviti PIBG sesi 2019/ 2020

3.1 Puan Heidi Aimie Amalyna Binti Habibuddin, setiausaha PIBG sesi
2019/2020 membentangkan laporan aktiviti PIBG pada muka surat 21.
3.2 En. Azhar menyatakan senarai aktiviti adalah baik dan boleh ditambah
baik pada masa akan datang.

4 4.0 Pembentangan Laporan Kewangan PIBG sesi 2019/2020

4.1 Pn. Nur Hafizah Binti Md Azni, Bendahari PIBG sesi 2019/2020
membentangkan laporan kewangan tahunan PIBG sesi 2019/2020 pada
muka surat 22 hingga 26 yang berbaki RM 80,742.75. Laporan kewangan
disahkan dengan pindaan oleh En. Azhar Bin Hanapi dan disokong oleh En.
Wan Fadzhil.

4.2 En. Azhar menyatakan persoalan mengenai penggunaan komputer oleh


pelajar dalam masa sebulan. En. Arman menjelaskan bahawa pelajar
tingkatan 1, 2 dan 3 akan menggunakan komputer dalam makmal komputer
untuk subjek Asas Sains Komputer (ASK) mengikut masa PDPC dalam
jadual sekolah. Pelajar tingkatan 4 dan 5 akan menggunakan komputer untuk
subjek Sains Komputer (SK). Beliau juga menjelaskan bahawa terdapat 2
buah makmal komputer iaitu makmal komputer Sheikh Abbas Rafie’ dan
makmal “Chrome Book”.

4.3 En. Arman memaklumkan bahawa Penang Sains Cluster akan


membekalkan 20 buah komputer bagi kegunaan pelajar STEM, RBT dan
ASK untuk Program Maker Lab (3D design) sebelum bulan Mei 2020. Kelas
asas akan diadakan 2 kali seminggu seperti dalam jadual kelas. En. Mohd
Norferzly menyatakan bahawa asrama telah membeli 3 buah komputer
baharu dan akan ditambah lagi 3 buah komputer yang akan dimuat turun
sistem “freeze”. Fokus penggunaan komputer tersebut adalah untuk pelajar
menyiapkan tugasan kerja kursus.

4.4 Pengerusi bertanyakan tentang kos penyelenggaraan komputer-komputer


tersebut. En. Mohd Norferzly memberitahu kos penyelengaraan akan
dimohon kepada PIBG kerana tiada peruntukan disediakan untuk kos
penyelenggaraan.

4.5 En. Sabri memaklumkan bahawa terdapat kesilapan dalam label bawa
baki (b/b) yang sepatutnya hujung bulan (h/b) pada muka surat 22 untuk
Tabung PIBG dan label (h/b) yang sepatutnya (b/b) untuk Tabung
Peperiksaan. Pengerusi menyatakan setiap baki juga perlu dinyatakan tarikh.

4.6 Pengerusi menjelaskan bahawa semua sumber kewangan dari PIBG


digunakan untuk menjayakan program-program dan perlu sokongan
daripada ibu bapa. Beliau juga menyatakan bahawa setiap sumbangan dan
sedekah akan mendapat ganjaran dan pulangan kepada anak-anak.
5 5.0 Membentang dan membahaskan usul

SEKOLAH
5.1 Gerai makanan di luar sekolah

5.1.1 Pn. Zuraida Bt. Aziz memohon supaya gerai makanan di luar kawasan
sekolah dibenarkan kerana pelajar yang pulang lewat dapat membeli
makanan sementara menunggu ibu bapa mengambil mereka.

5.1.2 En. Md. Nor memaklumkan bahawa gerai makanan di luar kawasan
sekolah sedia ada dan pelajar selalu membeli makanan di gerai berkenaan.
Selain itu, kantin sekolah juga beroperasi sehingga 4 petang. Pengerusi
menyatakan bahawa gerai di luar kawasan adalah tidak dibenarkan namun
atas sifat tolak ansur dan budi bicara pihak pengurusan sekolah
membolehkan gerai di luar sekolah masih beroperasi.

5.1.3 En. Puzi memberi cadangan kepada ibu bapa supaya berurusan dengan
pihak kantin sekolah untuk menyediakan makanan kepada anak-anak yang
pulang lewat untuk mengelakkan sebarang masalah. En. Shahrul menambah
bahawa pihak kantin sekolah telah menyediakan makanan yang mencukupi
namun pelajar suka membeli makanan di luar kawasan sekolah.

5.1.4 Pn. Zuraida Bt. Aziz bertanya tentang makanan yang dijual di kantin
pada waktu petang. En. Md. Nor memaklumkan bahawa makanan yang
dijual di kantin pada waktu petang adalah seperti bihun, mee dan laksa.

5.2 Pembukaan “whatsaap group”


5.2.1 Pn. Zuraida Bt. Aziz meminta kepada guru subjek-subjek penting
membuka satu “whatsaap group” untuk memudahkan ibu bapa memantau
pelajaran anak-anak.

5.2.2 En. Md. Nor memaklumkan bahawa perkara tersebut adalah cadangan
yang baik dan akan dilaksanakan.
ASRAMA
5.3 Isu air
5.3.1 En. Shahrul Bin Mohamad Salleh memaklumkan terdapat masalah air
di bilik air Blok Dinamik.

5.3.2 En. Mohd Norferzly menyatakan masalah air ini berlaku kerana
tekanan air yang rendah seperti yang dimaklumkan oleh PBAPP.
Tambahnya lagi, tangki dan pam dalam keadaan yang baik dan bebola
tangki di blok tingkatan 6 juga telah dibaiki. Pengerusi juga mengesahkan
bahawa berlaku masalah air di Pulau Pinang kerana air sungai berada di
bawah paras di Empangan.

5.4 Infrastruktur

5.4.3 En. Pauzi Bin Rashidi meminta pihak asrama untuk menyelesaikan
masalah seperti kipas angin, tandas, penyidai pakaian dan pintu dorm yang
tidak berfungsi dengan baik.

5.4.4 En. Mohd Norferzly memaklumkan bahawa pihak asrama perlu


menunggu peruntukkan dan kerja membaik pulih akan dilakukan sejurus
selepas peruntukkan diterima.

5.5 Sumbangan PIBG

5.5.1 En. Puzi bertanyakan tentang nilai sumbangan PIBG pada muka surat
30. Pengerusi memohon persetujuan nilai tersebut daripada semua ibu bapa.

5.5.2 En Azhar Bin Ramli memohon supaya nilai bayaran dikekalkan seperti
tahun sebelumnya kerana kenaikan kos sara hidup dan memohon supaya ibu
bapa dapat membuat bayaran secara ansuran.

5.5.3 En. Puzi memohon supaya sumbangan PIBG dikekalkan seperti dalam
muka surat 30 sehingga mesyuarat Agung PIBG akan datang.

5.5.4 En. Shahrul menyokong bayaran seperti dalam Muka surat 30.

TINGKATAN PIBG PROGRAM PROGRAM KOMPUTER TABUNG JUMLAH


PENINGKATAN PENINGKATAN KEBAJIKAN
AKADEMIK AKADEMIK ASRAMA
(PEPERIKSAAN) (BUKAN
AKADEMIK)

1 RM70 RM50 RM30 RM50 RM200

2 RM70 RM50 RM30 RM50 RM200

3 RM70 RM150 RM15 RM50 RM285

4 RM70 RM75 RM15 RM50 RM210

5 RM70 RM150 RM15 RM50 RM285

6 ATAS RM70 RM100 RM15 RM50 RM235

6 RENDAH RM70 RM75 RM15 RM50 RM210

6 6.0 Hal-hal lain


6.1 Pn. Zuraida Bt. Aziz ingin mengetahui sama ada pihak sekolah boleh
mengadakan kelas tuisyen berbayar kepada anak-anak di sekolah untuk
subjek-subjek kritikal.

6.2 Pengerusi mengalu-alukan kepada sesiapa yang sudi mengadakan kelas


tuisyen berbayar di sekolah.

7 7.0 Pembubaran Ahli Jawatankuasa PIBG 2019/2020

Majoriti ahli mesyuarat telah menyokong pelantikan

7.1 Pelantikan YDP PIBG


YB Dato’ Norazmi Bin Mohd Narawi
Dicadangkan oleh En. Mohamad Puzi Bin Awang
Disokong oleh Syazli Bin Anas

7.2 Pelantikan NYDP


En. Khalid Bin Nasar Habib
Dicadangkan oleh En. Mohamad Puzi Bin Awang
Disokong oleh Syazli Bin Anas

7.3 Pelantikan AJK Guru

Senarai nama guru-guru yang dilantik oleh pihak sekolah untuk


menganggotai PIBG sesi 2020/2021
1. Setiausaha – Cik Nur Farahanim Binti Mohd Amil
2. Pen. Setiusaha – Mohd Norferzly Bin Mohamad
3. Bendahari – Nadzirah Binti Akmar
4. Pen. Bendahari – Nor Hafiza Binti Yusoff
5. AJK
- En. Arman bin Abdul Talid
- Puan Suria Zunita Binti Nasrul
-En. Mohd Razak Bin Kamaldin

7.4 Pelantikan AJK PIBG Ibu bapa


1. Pn. Zuraida Binti Aziz
Dicadangkan oleh En. Zulkarnain Bin Muhamad
Disokong oleh Pn. Zarfah

2. Pn. Khuzaimah Binti Md Noor


Dicadangkan ole Pn. Zuraida Binti Aziz
Disokong oleh Pn. Zarfah

3. En. Azhar Bin Hanafi


Dicadangkan oleh En. Mohamad Puzi Bin Awang
Disokong oleh Pn. Khuzaimah

4. En. Murad Bin Hashim


Dicadangkan oleh En. Wan Azfar Syahmi
Disokong oleh Pn. Zarfah

5. En. Hadi Bin Idrus


Dicadangkan oleh En. Mohamad Puzi Bin Awang
Disokong oleh En. Wan Azfar Syahmi

6. En Mohamad Puzi Bin Awang


Dicadangkan oleh En. Hadi Bin Idrus
Disokong oleh En. Murad Bin Hashim

7. En. Ruslan Bin Kamaron Abidin


Dicadangkan oleh En. Murad Bin Hashim
Disokong oleh En. Azhar Bin Hanapi

8 8.0 Ucapan Penangguhan


8.1 YB Dato’ Norazmi Bin Mohd Narawi Selaku YDP PIBG yang baru
dilantik mengucapkan terima kasih atas kepercayaan ahli melantik beliau.
Beliau berharap ibu bapa dan guru akan memberikan kerjasama kepada
beliau untuk memimpin PIBG sesi 2020/2021.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.45 petang.

Disediakan Oleh, Disemak oleh,

……………………………………….. ………………………………..
CIK NUR FARAHANIM BINTI MOHD YB DATO’ NORAZMI BIN MOHD
AMIL NARAWI
SETIAUSAHA PIBG YDP PIBG
SESI 2020/2021 SESI 2020/2021

You might also like