You are on page 1of 5

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI KECHIL ULU


34950 BANDAR BAHARU
KEDAH DARUL AMAN
TEL / FAX : 05 - 7167798

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG SKSKU KALI KE-34/2014

Tarikh : 30 Mac 2014


Hari : Ahad
Masa : 2.50 Petang
Tempat : Dewan SKSKU
Kehadiran : 75 orang
Perasmi :Yang Berhormat Dato` Abd. Aziz Bin Hj. Sheikh Fadzir, DSNS, BKM,
( Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu)

i. Melantik Pengerusi Mesyuarat

1. Majlis sebulat suara bersetuju melantik En. Borhan b. Jaafar selaku YDP
PIBG sebagai pengerusi mesyuarat.

ii. Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung PIBG ke-33

2. En. Shahril Nizam bin Ya`kob selaku Setiausaha PIBG membentangkan


Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke-33.
3. En. Abdul Halim bin Jahrill mencadangkan untuk disahkan Minit
Mesyuarat Agung PIBG kali ke 33.
4. Disokong oleh Pn. Rohani bt. Man.

iii. Perkara-Perkara Berbangkit.

Tiada perkara berbangkit.

iv. Membentang dan Mengesahkan Penyata Kewangan

5. Cik Siti Zuraina bt. Samsudin selaku bendahari PIBG membentangkan


Penyata Kewangan berakhir 31 Disember 2013.
6. Pn. Rotipah bt. Ramli mencadangkan Penyata kewangan yang bermula
Januari 2013 hingga Disember 2013 disahkan.
7. Disokong oleh En. Nasir bin Yusuf.
v. Pembubaran AJK PIBG sesi 2012-2014 Dan Perlantikan AJK PIBG SKSKU
Sesi 2014-2015 .

8. Yang DiPertua : En. Borhan bin. Jaafar


Naib Yang Dipertua : En. Abdul Halim bin Jahrill
Setiausaha : En. Shahril Nizam bin Ya`kob
Naib Setiausaha : En. Idris bin Hasan
Bendahari : Cik Siti zuraina bt. Samsudin
7 orang AJK Waris : 1) Pn. Rotipah bt. Ramli
2) Pn. Nor Syahida bt. Abdul Hamid.
3) Pn. Faudziah bt. Ahmad.
4) Pn. Rodziah bt. Zahid.
5) Pn. Hasipah bt. Samsuri
6) En. Mad Sarozi b. Hashim
7) En. Ramli b. Abd. Hamid
6 orang AJK Guru : 1) Pn. Rohaya bt. Jam
2) Pn. Che Siah bt. Hassan
3) En. Wan Najib b. Wan Nahar
4) En. Azhar b. Hamat
5) Pn. Rozana bt. Ismail
6) En. Ahmad Fuad b. Ahmad Diauddin

vi. Usul-usul yang diterima untuk dibentang dan dibahaskan.

9. Pn. Rotipah bt. Ramli selaku AJK PIBG mencadangkan supaya


menjadikan Sambutan Hari Raya sebagai acara tahunan yang melibatkan
waris serta Pihak sekolah dan waris perlu menyumbang Rm5 untuk tujuan
tersebut.

10. En. Borhan bin Jaafar selaku YDP PIBG memberi ulasan bahawa usul
tersebut amat baik untuk mengeratkan ukhwah di antara ibubapa dan guru.

11. Cadangan tersebut telah dipersetujui sebulat suara oleh Ahli Mesyuarat.

12. Guru Besar membuat ulasan mulai tahun ini Insyallah Majlis Sambutan
Hari Raya akan disambut bersama dengan PIBG dan waris.Namun
sekiranya program ini tidak mendapat sambutan maka ianya tidak akan
diteruskan pada masa akan datang.

13. Pn. Fatimah bt. Hamid selaku wakil daripada waris mencadangkan agar
diperbesarkan pondok tempat/ruang menunggu yang selesa untuk para
waris berteduh semasa menunggu anak-anak pulang dari sekolah.

14. En. Azizi bin Abu Bakar, Selaku Guru Besar Sk. Sg. Kechil Ulu memberi
ulasan oleh kerana pembawa usul ini tidak hadir dan cadangan tersebut
merupakan satu keperluan yang mendesak,maka beliau meminta En.
Borhan bin Jaafar Selaku YDP PIBG supaya membawa usul tersebut
dalam mesyuarat .

15. En Borhan bin Jaafar ( YDP ) memaklumkan bahawa Yang Berhormat


Dato` Abd. Aziz Bin Hj. Sheikh Fadzir sudi menyumbangkan RM5000
untuk pembinaan pondok menunggu waris.

vii. Perbahasan Usul-Usul

16. En. Noor Usman bin. Abd Aziz Mencadangkan Agar murid yang berjaya
menyertai pertandingan ke peringkat PKG dan Daerah diberi
hadiah/saguhati dan sijil penyertaan.

17. En Azizi bin Abu Bakar Selaku Guru Besar memaklumkan bahawa
perkara tersebut telah dilaksanakan iaitu kesemua penyertaan pelajar
dalam sebarang aktiviti diberi sijil dan hadiah.

18. En. Noor Usman bin. Abd Aziz juga Mencadangkan murid yang boleh
menghafaz sifir 1 hingga 12 dalam tempoh masa tertentu diberi hadiah
( sebagai galakkan)

19. En Azizi bin Abu Bakar Selaku GB memberi respon bahawa cadangan
tersebut adalah sesuatu yang baik untuk dilaksanakan dan sumber
kewangan untuk hadiah atau saguhati kepada murid yang Berjaya
menghafaz sifir dalam tempoh tertentu itu akan diberi melalui tabung
PIBG.

20. Pn. Rodziah bt. Zahid Mencadangkan agar pihak sekolah dapat
mengadakan Program Qiamullail setiap bulan di sekolah.

21. Guru Besar membuat ulasan bahawa perkara tersebut sangat memerlukan
sokongan dan kerjasama dari ibubapa.Pihak sekolah tidak bercadang
untuk melaksanakannya pada setiap bulan disebabkab kekangan waktu
namun insyallah akan melaksanakanya setahun sekali.

22. Pn. Suhana bt Ismail Mencadangkan agar pagar di bahagian hadapan


sekolah ditukar kerana terdapat kerosakkan yang boleh berbahaya kepada
keselamatan murid.

23. Guru Besar memaklumkan pihak sekolah akan membuat pemeriksaan dan
sekiranya terdapat kerosakkan maka tindakan segera akan diambil.

24. Pn. Noor Lela bt. Omar dan En. Saifullizam bin Abdul Rahman
mencadangkan diadakan kelas tambahan pada setiap hari jumaat
untuk murid tahun 4 dan 5 sebagai persedian awal untuk menghadapi
peperiksaan UPSR.

25. Guru Besar memberi respon bahawa setakat ini kelas tambahan hanya
melibatkan murid tahun 6 sahaja.Manakala kelas tambahan untuk tahun 4
dan 5 amat baik untuk dilaksanakan sekiranya mendapat sokongan padu
serta kerjasama dari waris dan ibubapa.Sehingga kini ianya tidak dapat
dilaksanakan lagi memandangkan masih terdapat banyak kekangan
antaranya sikap pelajar sendiri yang tidak mahu hadir ke kelas tambahan
dan peruntukan sumber kewangan yang terhad.

viii. Hal-Hal Lain

26. Pn. Noor Lela bt. Omar mencadangkan agar diadakan cabutan bertuah
untuk menarik kehadiran waris ke Mesyuarat Agung PIBG.

27. En. Borhan bin Jaafar membuat ulasan bahawa cadangan tersebut
insyaallah akan cuba dilaksanakan pada tahun hadapan.

28. Pn. Rosda bt. Yahya mencadangkan agar perjalanan mesyuarat tidak
terlalu lama dan tidak perlu rehat.

29. YDP PIBG En. Borhan bin Jaafar memberi respon bahawa perjalanan
mesyuarat perlu mengikut protokol atau garis panduan tambahan
memandangkan pada tahun ini adanya pembubaran dan pemilihan AJK
baru tentutnya memerlukan masa untuk pemilihan tersebut.Namun
kemungkinan jangkamasa dapat dipendekan sekiranya waris memberi
kerjasama yang sepatutnya.

ix. Ucapan Penangguhan

30. Ucapan waris

a. Pn. Sabariah bt. Othman mengucapkan terima kasih kepada semua


waris yang hadir pada mesyuarat pada kali ini dan menggesa
ibubapa agar memainkan peranan penting dalam mengukuhkan
ukhwah antara waris dan pihak sekolah.Beliau meluahkan
kekecewaan atas kurangnya sokongan dan kerjasama ibubapa
dalam membantu melaksanakan aktiviti sekolah.Beliau berharap
ibubapa dapat memberi perhatian yang serius dan sokongan padu
demi kejayaan anak-anak mereka dan tidak meletakkan 100%
tanggungjawab tersebut pada guru.
31. Ucapan YDP PIBG

a. Encik Borhan Bin Jaafar mengucapkan terima kasih kepada semua


guru dan ibubapa yang hadir dalam mesyuarat pada kali ini. Beliau
mengharapkan semua pihak bekerjasama demi kecemerlangan
SKSKU dan berharap pencapaian sekolah dapat ditingkatkan pada
tahun-tahun akan datang. En Borhan bin Jaafar juga
memaklumkan setiap program haruslah mendapat sokongan penuh
ibubapa dan keterlibatan mereka dalam setiap program akan
mendorong kejayaan anak-anak didik SKSKU.

32. Ucapan Guru Besar

a. En Azizi bin Abu Bakar mengucapkan terima kasih kepada semua


guru dan waris serta ibubapa dalam menjayakan aktiviti PIBG dan
juga sekolah.
b. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat
Dato` Abd. Aziz Bin Hj. Sheikh, Ahli Parlimen Kulim Bandar
Baharu atas sumbangannya sebanyak RM5000 untuk pembinaan
pondok menunggu waris.
c. Beliau juga memaklumkan Pihak Sekolah akan memberi khidmat
yang terbaik untuk tingkatkan prestasi dari segi akhlak mahupun
akademik.
d. Guru Besar juga meminta kepada semua agar dapat memelihara
hubungan baik di antara semua pihak.
e. Beliau juga telah memaklumkan tentang Program TRIM yang baru
dilancarkan di peringkat Negeri Kedah.Program tersebut
merupakan program kemudahan belajar di rumah secara talian dan
ibubapa disaran untuk memantau anak-anak mereka belajar.

x. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 6.15 petang.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

(En. Shahril Nizam bin Ya`kob) (En.Borhan Bin Jaafar)


Setiausaha PIBG SKSKU YDP PIBG SKSKU
Sesi 2014-2015 Sesi 2014-2015

You might also like