You are on page 1of 4

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI TELOK


JALAN KAMPUNG PARIT BANYUMAS, PARIT YAANI,
83710 YONG PENG, JOHOR.

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-46 SESI 2023/2024.

Tarikh : 8 Julai 2023


Hari : Sabtu
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Dewan Gemilang, SK Seri Telok
Kehadiran : ( Rujuk Lampiran )

1.0 Ucapan Yang Dipertua PIBG 2022/2023

1.1 En. Azizul Hakim bin Abd Samad, selaku setiausaha PIBG mewakili Encik Fahrurazi bin Sarimin
mengucapkan terima kasih kepada semua pihak sekolah dan ibu bapa di atas persiapan Mesyuarat PIBG
kali ke-46.

2.0 Ucapan Penasihat

2.1 Penasihat, En Abd Talef bin Awang merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada barisan AJK
PIBG 2022/2023 kerana membantu pengurusan sekolah dalam merealisasikan program sama ada dalam
bidang akademik, Hal Ehwal Murid (HEM), mahupun bidang ko-kurikulum juga memberi sokongan moral
dalam menjalankan pelbagai aktiviti.

2.2 En. Abd Talef bin Awang meminta bantuan ibu bapa dan penjaga untuk membantu pihak sekolah
mencapai sasaran kehadiran murid ke sekolah yang telah ditetapkan.

2.3 En. Abd Talef bin Awang turut mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada
Masjid Sri Bengkal atas sumbangan yang dihulurkan bagi anak-anak yatim di SK Seri Telok.

3.0 Membentangkan dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Kali ke-45 Sesi 2022/2023

3.1 En. Azizul Hakim bin Abd Samad selaku setiausaha PIBG telah membentangkan Minit Mesyuarat
Agung PIBG kali ke-45 untuk disahkan.

3.2 Pn Amalina binti Ponicho mengesahkan minit dan disokong oleh Pn. Yunaidah binti Abd Rahim.

5.0 Membentangkan dan Menerima Laporan Penyata Kewangan PIBG Tahun 2022

5.1 Cik Najwa binti Md. Nasir membentangkan Laporan Penyata Kewangan yang berakhir pada 31
Disember tahun 2022 untuk diterima.
5.2 En. Muhd Razi bin Mastor mengesahkan Laporan Penyata Kewangan bagi tahun 2022 dan disokong
oleh En. Muhd Hafiz bin Ahmad Saleh.

6.0 Pembentangan usul

6.1 Usul dari Pn Rozita binti Sonan


- Kebenaran untuk pengecualian kehadiran ke sekolah agama bagi pelaksanaan Kejohanan Olahraga
SK Seri Telok 2023
Penerangan oleh En. Muhammad ‘Asri bin Mohd Noor (AJK Pengurusan Sukan)
- Surat kebenaran akan diedarkan.

6.2 Usul dari Pn Juliza binti Mohd Yusof


- Pelaksanaan Dual Language Programme (DLP) di sekolah
Penerangan oleh Pn Siti Zarinah binti Jameseri (GPK Pentadbiran)
- SK Seri Telok tidak terlibat dalam pelaksanaan DLP kerana kekurangan cikgu opsyen, sumber buku
teks bagi program DLP mengambil masa untuk dibekalkan kepada murid dan pihak sekolah turut
mengambil kira bebanan kepada ibu bapa untuk menghantar anak-anak ke pusat tuisyen untuk
meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris.

Makluman : Semua

7.0 Pembubaran Jawatankuasa PIBG Sesi 2022/2023

7.1 Pengerusi mengumumkan pembubaran AJK PIBG bagi sesi 2022/2023.


Makluman : Semua

8.0 Pembentukan AJK PIBG sesi 2022/2023

Penasihat : En. Abd Talef bin Awang

Yang Dipertua PIBG : En. Fahrurazi bin Sarimin

NYDP PIBG : Pn. Mazlina binti Samuri

Setiausaha Kehormat :

Bendahari Kehormat :

AJK Ibu Bapa : En. Mohd Razi bin Mastor


: En. Nazaruddin bin Did
: Fauziah binti Mohd Sukaimi
: Pn. Yunaida binti Abd Rahim

AJK Guru :
:
Juruaudit Guru :
:

Makluman : Semua

9.0 Hal-hal lain

9.1 Pengerusi membentangkan usul perdana sekolah iaitu menaikkan sumbangan PIBG berjumlah RM
50.00 setiap keluarga bagi tahun 2023 dan tahun-tahun berikutnya dan disokong oleh Pn Juliza binti
Mohd Yusof.

9.2 En. Muhd Hafiz bin Mohd Salleh mencadangkan agar undian dijalankan dan majoriti menyokong
sebulat suara.

9.3 En. Muhd Hafiz bin Salleh mengutarakan penjelasan tentang kelayakan dan proses bagi pemiihan
kontrak kerja pembaikian prasarana sekolah.

9.4 En. Fahrurazi menjelaskan bahawa kerja pembaikian prasarana sekolah dijalankan oleh En. Mohd
Azri bin Amir di bawah penyeliaan Jawatankuasa Prasarana dan AJK PIBG.

9.5 En. Fahrurazi turut menggalakkan ibu bapa untuk menghulurkan sumbangan atau khidmat kepada
pihak sekolah sama ada dari segi kerja pembaikian atau khidmat-khidmat lain.

Tindakan : Semua Ibu Bapa/Penjaga

10.0 Ucapan Penangguhan

10.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah dan semua ibu bapa serta guru yang
hadir dalam Mesyuarat Agung PIBG sesi 2023/2024.

10.2 Pengerusi mengucapkan tahniah kepada semua AJK PIBG yang baru dilantik.

10.3 Pengerusi berharap dapat menggabungkan idea dan kerjasama dari semua AJK PIBG sama ada yang
baharu atau yang lama.

Tindakan : Semua Ibu Bapa/Penjaga

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.30 tengah hari


Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh

.................................... ............................................. .....................................


Azizul Hakim bin Abd Samad Fahrurazi bin Sarimin Abd Talef bin Awang

Setiausaha Yang Dipertua PIBG Penasihat


Persatuan Ibu bapa Dan Guru Persatuan Ibu bapa Dan Guru Persatuan Ibu bapa Dan Guru
SK Seri Telok 2023/2025 SK Seri Telok 2023/2025 SK Seri Telok 2023/2025

Tarikh : 14 Julai 2023 Tarikh : 14 Julai 2023 Tarikh : 14 Julai 2023

You might also like