You are on page 1of 7

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG SMK POKOK SENA KALI KE-18

Tarikh : 13 Februari 2020


Hari : Khamis
Masa : 2.30 petang
Tempat : Dewan Anggerik, SMK Pokok Sena

Kehadiran Ibu bapa : 431


Guru : 94
Jumlah : 525

AGENDA
1. Ucapan Aluan Pengerusi Mesyuarat ( YDP PIBG )
2. Membentang dan Menerima Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-17
3. Membentang dan Menerima Laporan Tahunan PIBG Sesi 2019/2020
4. Membentang dan Menerima Laporan Kewangan PIBG Sesi 2019/2020
5. Membahas Usul-usul
6. Pembubaran AJK PIBG Sesi 2019/2020 dan Pelantikan Pengerusi Sementara
7. Pelantikan AJK PIBG Sesi 2020/2021
8. Hal-hal lain
9. Ucapan Penangguhan

1.0 UCAPAN ALUAN PENGERUSI MESYUARAT (YDP PIBG)

1.1 YDP PIBG iaitu Dato’ Hj Ahmad Bin Darus mengucapkan selamat
datang kepada semua ibu bapa dalam mesyuarat agung PIBG kali ke-
18. Beliau juga mengucapkan terima kasih atas kehadiran guru dan
para waris yang memberangsangkan pada tahun ini.

1.2 YDP PIBG juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua AJK
yang telah menjalankan aktiviti sepanjang sesi 2019/2020.

1.3 Beliau juga meminta supaya ibu bapa prihatin dengan pendidikan
anak-anak di SMKPS.Ibu bapa juga perlu hadir dan memberi sokongan
jika pihak sekolah menganjurkan apa-apa program. Sokongan
daripada ibu bapa akan menaikkan lagi semangat guru-guru untuk
terus melaksanakan pelbagai program untuk anak-anak SMKPS.

Tindakan : Makluman

1
2.0 MEMBENTANG DAN MENERIMA MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI
KE-17

2.1 Setiausaha PIBG iaitu Encik Syahizam bin Lope Ahmad Zambri
membentangkan minit mesyuarat agung PIBG kali ke-17 dan YDP PIBG
meminta pengesahan daripada pihak waris.

2.2 Puan Che Rahimah Binti Che Samsudin mencadangkan supaya minit
mesyuarat agung PIBG kali ke-17 disahkan dan disokong oleh Puan
Noraini Binti Abdullah.
Tindakan: Makluman

3.0 MEMBENTANG DAN MENERIMA LAPORAN TAHUNAN PIBG SESI


2019/2020,

3.1 Setiausaha PIBG iaitu Encik Syahizam bin Lope Ahmad Zambri
membentangkan laporan aktiviti yang telah dijalankan sepanjang sesi
2019/2020 termasuklah Program Kurikulum, Kokurikulum dan juga
Program Kebajikan untuk sekolah.

3.2 Beliau juga memaklumkan bahawa pihak sekolah dengan kerjasama


PIBG telah melaksanakan beberapa Aktiviti Utama Inisiatif Perluasan
Pelaksanaan Penglibatan Ibu Bapa dan Komuniti (PIBK) seperti yang
telah ditetapkan iaitu Hari Pendaftaran Tingkatan 1, Hari Penetapan
Target SPM, Mesyuarat Agung PIBG, Hari Pelaporan, Hari Sukan,Hari
KoKurikulum dan Hari Anugerah Kecemerlangan.

3.3 Beliau juga memaklumkan pihak sekolah telah membelanjakan lebih


RM26,788.00 hasil sumbangan PIBG untuk program-program sekolah.

Cadangan pengesahan : Encik Amirul Bin Mohd Nor


Sokongan : Encik Saiful Badri Bin Abu Bakar

Tindakan: Makluman

4.0 MEMBENTANG DAN MENERIMA LAPORAN KEWANGAN PIBG SESI


2019/2020

4.1 Bendahari PIBG iaitu Puan Zubaidah Binti Mustapha membentangkan


laporan kewangan PIBG sesi 2019/2020 dan YDP menerima
pengesahan daripada pihak waris.

4.2 Encik Ibrahim Bin Man mencadangkan supaya laporan kewangan


disahkan dan disokong oleh Encik Kassim Bin Saad.

Tindakan : Makluman

2
5.0 MEMBAHAS USUL-USUL

5.1 Usul daripada pihak jawatankuasa PIBG.

5.1.1 Memohon pihak waris yang anaknya terlibat dalam Program


Kecemerlangan PT3 dan SPM anjuran sekolah agar dapat
memberi sumbangan RM 100.00 bagi PT3 dan RM150.00 bagi
SPM untuk menampung perbelanjaan bagi mengadakan kelas
tambahan tersebut di sekolah dan pembayaran hendaklah
dijelaskan selewat-lewatnya bulan Jun
Cadangan: Pn Norhaiza binti Mohamad
Sokongan: Encik Mohd Fairus bin Rosli
Keputusan : Semua guru dan waris sebulat suara setuju.

5.1.2 Mencadangkan untuk mengadakan Program Ceriathon bagi


mengutip dana untuk keceriaan dan pembangunan sekolah.
Cadangan : Puan Rafeeza binti Abdul Rahim
Sokongan : Puan Siti Fatimah binti Zakaria
Keputusan : Semua guru dan waris sebulat suara bersetuju.

5.1.3 Kutipan daripada pelajar minima RM 30.00


Cadangan : Pn Rohanida binti Abd Manaf
Sokongan : Pn Sarina binti Salim
Keputusan : Semua guru dan waris sebulat suara bersetuju

5.1.4 Kutipan daripada guru dan staf minima RM 50.00


Cadangan : Pn Sapina binti Sahabudin
Sokongan : Pn Rosinita binti Abu Seman
Keputusan : Semua guru dan waris sebulat suara bersetuju.

5.1.5 Tarikh Program Ceriathon akan dilaksanakan pada


pertengahan bulan Jun hingga Julai.
Cadangan : Pn Marziah binti Md Yasin
Sokongan : Pn Aishah binti Alam
Keputusan : Semua guru dan waris sebulat suara bersetuju.

5.1.6 Tempoh pelaksanaan program Ceriathon selama satu bulan dan


setiap keluarga hanya menerima satu kad sahaja.
Cadangan : Pn Maznah binti Ahmad
Sokongan : Pn Norfadzilah binti Yahaya
Keputusan : Semua guru dan waris sebulat suara bersetuju

3
5.2 Pihak sekolah mencadangkan sumbangan PIBG dikekalkan sebanyak
RM 50.00 satu keluarga dan hendaklah dijelaskan selewat-lewatnya
pada bulan Jun.

Cadangan : Puan Aziera Binti Azemi


Sokongan : Puan Normah Binti Md Shahril
. Keputusan: Semua guru dan waris sebulat suara bersetuju.

5.3 Encik Mohd Faizal Bin Yusof mencadangkan supaya para pelajar yang
ada Pendidikan Jasmani(PJ) pada hari Isnin memakai terus baju PJ
atau waktu PJ ditukar kepada hari lain.

Maklum balas : Penolong Kanan Hem memberi respon dengan


memberi kebenaran kepada pelajar untuk memakai pakaian PJ terus
pada hari tersebut.

5.4 Encik Khairul Azli Bin Rosli memohon agar sekolah mengadakan
program untk meningkatkan “Soft and Social Skill” dalam kalangan
pelajar

Keputusan: Pihak sekolah menerima cadangan tersebut.

5.5 Permohonan kepada pihak PIBG agar memberi kebenaran kepada


pihak sekolah untuk memotong rambut pelajar yang panjang dan
diwarnakan pada tahap no 2 untuk memudahkan pelajar terutama
pelajar Kadet Polis yang terlibat dengan program di IPD. Seterusnya
memohon agar dapat memberi peruntukan membeli kerusi untuk
kegunaan majlis yang diadakan di dewan sekolah kerana sekolah
kekurangan kerusi yang kritikal.

Cadangan : Puan Salwani Binti Ahmad


Sokongan : Encik Khairul Ismail

5.6 Cadangan agar PPKI mendapat sumbangan yang bersesuaian untuk


melaksanakan aktiviti atau program-program bagi tahun 2020.

Cadangan : Puan Hazita Binti Adam


Sokongan : Puan Noraini Abdullah

Tindakan: Setiausaha/ Bendahari PIBG

4
6.0 PEMBUBARAN AJK PIBG SESI 2019/2020 DAN PELANTIKAN
PENGERUSI SEMENTARA MESYUARAT AGUNG

6.1 YDP PIBG membubarkan AJK PIBG Sesi 2019/2020. Beliau


mengucapkan terima kasih dan tahniah kerana para AJK telah
menjalankan mandat yang telah diberikan. Pn Norhaiza Binti Mohamed
mencadangkan agar Encik Shahrin Bin Nordin dilantik sebagai
pengerusi sementara dan disokong oleh Pn Hazita Binti Adam.

Tindakan: Makluman

7.0 PELANTIKAN AJK PIBG SESI 2020/2021

Yang Dipertua PIBG : Dato’ Hj Ahmad Bin Darus


( Dicadang oleh: Encik Asrul Affendy bin Ahmad)
( Disokong oleh: Ibrahim Bin Man)

Naib YDP : Tuan Haji Yahaya bin Wan Chik


( Dicadang oleh: Encik Ibrahim Bin Man )
( Disokong oleh: Pn Rozita Binti Abdul Rahman)

Setiausaha : Encik Syahizam Bin Lope Ahmad Zambri

Penolong Setiausaha : Puan Suzaida Binti Mohd Noor

Bendahari : Puan Norhayati Binti Abd Razak

AJK Guru : 1. Encik Mohd Zaidi Bin Said


2. Puan Logeswary A/P Arumugan
3. Encik Yaafar Bin Abu Bakar
4. Puan Masita Binti Abd Rahim

( Puan Pengetua mencadangkan jawatan AJK Guru dan Juru Audit


sekolah dan disokong sebulat suara oleh guru dan waris.)

AJK Waris 1. Puan Rohaiza Binti Khalid


2. Puan Mawarni Binti Wan Teh
3. Encik Azrol Bin Idris
4. Encik Asrul Effendi Bin Ahmad

(Semua AJK waris dikekalkan kecuali Puan Haslina diganti dengan Encik
Asrul Affendi bin Ahmad kerana masalah kesihatan)
Cadangan : Encik Hazrul Bin Idris
Sokongan : Puan Nurnisaha

5
Juruaudit ( Guru ) : Puan Sarizah Bt Samsudin
Juruaudit ( Waris ) : Puan Parimala Devi A/P Gopal

Tindakan : Makluman

8.0 HAL-HAL LAIN


Keputusan mesyuarat telah bersetuju memutuskan Encik Syahizam Bin Lope
Ahmad Zambri sebagai Setiausaha PIBG 2020/2021 dan Puan Norhayati
Binti Abd Razak sebagai Bendahari PIBG tahun 2020/2021. Urusan
pengeluaran wang/cek PIBG di Bank Islam Kepala Batas wajib
ditandatangani oleh Yang Dipertua PIBG dan Bendahari PIBG.

9.0 UCAPAN PENANGGUHAN

9.1 Dato’ Hj Ahmad Bin Darus mengucapkan terima kasih atas


kepercayaan pihak guru dan waris kerana memberi laluan kepada
beliau dan barisan AJK PIBG yang baru dilantik untuk menerajui PIBG
sesi 2020/2021.

9.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru dan waris
yang hadir.

Tindakan : Makluman

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.30 petang.

Disediakan oleh:

Pencatat Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-18


SMK Pokok Sena
Kepala Batas
Pulau Pinang.

You might also like