You are on page 1of 6

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU

Ruj. Kami: SKBK 600/03/1(76)


Tarikh : 23 Januari 2018

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 25/ 2018


SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT KUANG, KEMAMAN

TARIKH : 21 JANUARI 2018


HARI : AHAD
MASA : 11.30 PAGI
TEMPAT : DEWAN SK BUKIT KUANG
PERASMI : YB. DATO’ SERI HAJI AHMAD BIN SAID
AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI (ADUN) KIJAL

1.0 UCAPAN ALUAN TUAN GURU BESAR

1.1 Tuan Guru Besar memberi salam dan mengucapkan selamat datang kepada semua hadirin
ke mesyuarat agung PIBG kali ke -25. Seterusnya beliau mengalu-alukan kehadiran Yang
Berhormat Dato’ Seri Haji Ahmad Bin Said, Tuan Hj Faldli b.Ibrahim, Tuan Hj Ahmad Rostam b.
Mohamad dan semua AJK PIBG.

1.2 Beliau mengucapkan kesyukuran dan terima kasih kepada ibu bapa kerana memberi
sokongan pada Sekolah Kebangsaan Bukit Kuang dengan menghadirkan diri ke Mesyuarat
Agung PIBG dan penyerahan bantuan awal persekolahan walaupun dalam keadaan hujan.

1.3 Seterusnya beliau memaklumkan bahawa pihak sekolah dan PIBG akan mengadakan gotong
royong bersama ibubapa untuk membersihkan surau. Beliau juga memberitahu surau hampir
95% siap.

1.4 Guru besar memberi penerangan tentang perubahan dalam gelombang 2 PPPM iaitu
berkaitan Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR) yang merangkumi 4 komponen:
1. UPSR: minimum 3A3B untuk layak ke SBP dan sekolah kawalan.
2. PAJSK: penglibatan murid dalam aktiviti jasmani, sukan dan kokurikulum.
3. Psikometrik: bidang yang berkaitan dengan teori dan teknik dalam pengukuran
pendidikan dan psikologi- pengukuran pengetahuan, kemampuan sikap dan sifat
keperibadian diambil kira.

4. PBD : Pentaksiran bilik darjah – untuk kemasukan ke SBP dan sekolah kawalan
sekurang-kurangnya band 4.

2.0 UCAPAN YDP PIBG (En.Mohd Faldli bin Ibrahim)

2.1 Memulakan ucapan dengan lafaz Bismillah dan Assalamualaikum. Beliau juga memberi
penghargaan dan mengucapkan selamat datang kepada perasmi majlis iaitu YB. Dato’ Seri Haji
Ahmad Bin Said dan juga ibu bapa yang hadir.

2.2 Beliau memaklumkan tentang pengutipan program kutipan RM1 Satu Rumah untuk
menyiapkan surau sekolah serta mengadakan gotong-royong di sekitar surau bersama-sama
PIBG.

2.3 Beliau meminta agar ibu bapa cakna dengan memantau jadual kelas anak-anak agar mereka
membawa buku teks atau latihan mengikut jadual harian yang telah ditetapkan.

2.4 Beliau menekankan agar ibu bapa prihatin terhadap saiz beg anak-anak ke sekolah untuk
keselesaan mereka sepanjang PdPc dijalankan.

2.5 Akhir sekali, beliau mengucapkan terima kasih kepada YB Dato’ Seri Haji Ahmad Bin Said
atas keprihatinan beliau terhadap sekolah.

3.0 UCAPAN PERASMI (YB Dato’ Seri Haji Ahmad Bin Said)

3.1 Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengerusi majlis, Guru besar, Ajk PIBG
serta ibu bapa yang hadir. Beliau berasa kagum dengan kehadiran yang sangat membanggakan
pada hari ini.
3.2 Beliau menekankan agar pembelajaran melalui internet agar seiring dengan teknologi
terkini.

3.3 Ibu bapa perlu memberi perhatian lebih terhadap pembelajaran murid terutamanya dari
segi pembahagian masa iaitu meluangkan masa selama 2 jam untuk belajar di rumah.

3.4 Beliau menyatakan bahawa murid-murid perlu ditekankan dengan sahsiah diri serta
kokurikulum yang baik dalam ilmu pendidikan dan bukan hanya sekadar akademik semata-
mata.

3.5 Beliau menyarankan agar gotong-royong dijalankan bersama-sama PIBG dan beliau
menyumbangkan sebanyak 50 batang pokok bunga berserta pasu kepada pihak sekolah.

3.6 Beliau merasmikan mesyuarat dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim dan mengucapkan


tahniah dan terima kasih kepada pihak sekolah.

4.0 MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN YANG LALU

4.1 Dicadang oleh : Pn Nor Hafizah Binti Mat Jusoh


4.2 Disokong oleh : Pn Raja Kamisah Binti Raja Ngah

5.0 PERKARA BERBANGKIT

5.1 Tiada perkara berbangkit

6.0 MEMBENTANGKAN DAN MENERIMA LAPORAN TAHUNAN AKTIVITI PIBG

6.1 En Megat Iskandar Shah bin Abdul Malek memberi laporan sarana ibu bapa iaitu
peratusan kehadiran ibu bapa dalam 6 aktiviti utama sekolah menunjukkan peningkatan yang
telah dilaksanakan berdasarkan buku mesyuarat pada muka surat 11.
7.0 MEMBENTANGKAN DAN MENERIMA PENYATA KEWANGAN

7.1 En Mohd Shoufizam b. Shafie selaku bendahari PIBG membentangkan penyata


kewangan dari bulan Januari 2017 hingga Disember 2017 dengan merujuk buku mesyuarat
pada muka surat 13 dan 14.

7.2 Cadangan : En Wan Mohd Adilah bin Wan Mohd


Disokong : En Mohd Rahmat bin Zul
Bantahan : Tiada

8.0 PEMBUBARAN DAN PELANTIKAN JAWATANKUASA PIBG


8.1 Jawatankuasa PIBG bagi sesi 2017 telah dibubarkan secara rasmi pada jam 1.30 petang.
8.2 Pelantikan Jawatankuasa baharu sesi 2018/2019 sebagaimana berikut:
Penasihat : Tn Hj Sabri bin Abidin Sulong
Yang Dipertua : Tn Hj Mohd Faldli bin Ibrahim
Naib Yang Dipertua : Tn Hj Ahmad Rostam bin Mohamad
Setiusaha : Pn. Nurul Ezzah binti Alias
Naib setiusaha : Pn. Che Norizam binti Mat Rahim
Bendahari : En. Mohd Affindi bin Mohamed Ghazali
Naib Bendahari : Pn. Lizawini binti Hashim
AJK Ibubapa : Pn. Norizah binti Abdullah
: Pn. Sharifah Ani binti Syed Ibrahim
: Pn. Nor Azura binti Abdul Latif
: Pn. Nor Dalina binti Dalim
: Pn. Wan Azlina binti Wan Khalid
: Pn. Hjh Mahani binti Tawang
: En. Sabri bin Ali
: En. Mohamad Mukhsin bin Saari
: En. Mohd Nazrey bin Muhamed
: En. Tengku Mohd Faisal
: En. Wan Mohd Adilah bin Wan Mohd
: En. Mohd Rahmat bin Zul
: Pn. Noor Hamizah binti Yahaya
AJK Guru : Pn. Badariah binti Mohamad
: Pn. Rohana binti Hassan
: Pn. Siti Zaharah binti Jaffar
: En. Megat Iskandar Shah bin Abdul Malek
Juru Audit : Pn. Faranizan binti Abd Fatah

9.0 PEMBENTANGAN DAN PERBAHASAN USUL


9.1 usul 1 : Mengekalkan sumbangan PIBG RM 20 satu keluarga.
Cadangan : Pn. Suzana binti Seman
Disokong oleh : Pn. Nor Dalina binti Dalim
Tindakan: Bendahari PIBG
9.2 Usul 2 : Memohon agar tandas dibaikpulih untuk keselesaan murid-murid.
Sokongan : Sebulat suara
Tindakan: GPK HEM
9.3 Usul 3 : Mewujudkan group whatsapp untuk setiap kelas
Sokongan : Sebulat suara
Tindakan: Setiausaha PIBG dan guru kelas
9.4 Usul 4 : Mewujudkan laluan pejalan kaki berbumbung di tepi pagar utama untuk
mengelakkan kesesakan kenderaan dalam pagar sekolah pada hari hujan.
Sokongan : Sebulat suara
Tindakan: Guru Besar
9.5 Usul 5: Memastikan masakan dan harga di kantin bersesuaian dengan murid.
Sokongan : Sebulat suara
Tindakan: GPK HEM dan Pengusaha Kantin
9.6 Usul 6 : Meminta pihak sekolah memantau barangan yang dijual di koperasi sekolah yang
hanya berkaitan dengan pembelajaran.
Sokongan : Sebulat suara
Tindakan: GPK HEM
9.7 Usul 7: Menyerahkan segala urusan Bank Maybank no akaun: 5630 2800 2757 kepada Bendahari
dan Setiausaha baru seperti berikut:
1. En Mohd Affindi bin Mohamed Ghazali (810408-03-5069)- Bendahari PIBG
2. Pn. Nurul Ezzah binti Alias ( 821012-11-5162)-Setiausaha PIBG
Mandat operasi mana-mana dua daripada 3 penama.

Sokongan: sebulat suara

10.0 UCAPAN PENANGGUHAN


10.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih di atas kehadiran ibu bapa dan guru pada
mesyuarat kali ini.
10.2 Tuan Guru Besar juga merakamkan jutaan terima kasih di atas kerjasama, sokongan dan
sumbangan yang sentiasa dihulurkan kepada pihak sekolah.

11.0 PENUTUP
Majlis ditangguhkan pada jam 2.35 petang dengan bacaan tasbih kaffarah dan Surah al-Asr.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

………………………………….. ……………………………………….
(NURUL EZZAH BINTI ALIAS) ( HJ SABRI BIN ABIDIN SULONG)
Naib Setiausaha, Guru Besar,
Persatuan Ibu bapa & Guru, SK Bukit Kuang
SK Bukit Kuang, Kemaman. Kemaman, Terengganu.

Disahkan oleh,

………………………………….
(MOHD FALDLI BIN IBRAHIM)
Yang Dipertua,
Persatuan Ibu bapa & Guru,
Sk Bukit Kuang, Kemaman.

You might also like