You are on page 1of 6

MINIT MESYUARAT PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU

SMK TELOK AIR TAWAR


KALI KE 29 SESI 2017/2018

Tarikh : 25 Februari 2017


Tempat : Dewan Saujana
Masa : 8.30 pagi
Kehadiran : 122

Catatan Mesyuarat:

1.0 Ucapan Alu-Aluan Pengurusan Majlis

1.1 Merakamkan ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan atas


kehadiran para waris ke mesyuarat Agung PIBG kali ke-29.

1.2 Penglibatan ibu bapa dapat membantu sekolah untuk membuat perancangan
dan perbincangan demi untuk kebaikan sekolah dan anak-anak.

1.3 Kerjasama antara ibu bapa dan sekolah amat penting untuk menjayakan
program sekolah. Pihak waris yang mempunyai kemahiran atau kepakaran
boleh tampil ke hadapan untuk memberi sumbangan demi kejayaan sekolah.

2.0 Membentang, Membahas dan Menerima Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali
Ke-28

2.1 Puan Kamilah Binti Jaafar selaku Setiausaha membentangkan mini mesyuarat
Agung dan laporan aktiviti PIBG yang lepas.

Disahkan oleh : Encik Azri Bin Yahaya


Disokong oleh : Pn Norazah Binti Baduri.

3.0 Perkara-Perkara Berbangkit

3.1 Tiada perkara berbangkit.

4.0 Membentang, Membahas dan Menerima Laporan Aktiviti PIBG Sesi 2016/2017

4.1 Puan Kamilah Binti Jaafar, selaku Setiausaha membentangkan laporan


aktiviti PIBG yang berakhir pada 31 Disember 2016.
Disahkan oleh : Puan Suhana Binti Ahmad
Disokong oleh : Encik Palaniandy A/L Mariemuthoo

5.0 Membentang, Membahas dan Menerima Laporan Kewangan PIBG Berakhir 31


Disember 2016

5.1 Puan Azirah Binti Taib, selaku Bendahari membentangkan laporan kewangan yang
berakhir pada 31 Disember 2016.

Disahkan oleh : Puan Norhayati Binti Osman


Disokong oleh : Puan Jamilah Binti Said

6.0 Membahas dan Menerima Usul/Cadangan

6.1 Tn Hj Amir Shaharuddin Bin Mohd Hassan mencadangkan supaya


sumbangan PIBG dikekalkan seperti tahun 2016/2017:
Pendidikan Khas, tingkatan 1, 2 dan 4 RM50.00
Tingkatan 3 RM100.00
Tingkatan 5 RM 125.00
Usul diterima sebulat suara

6.2 Pn Faizah Bt A.Bakar mencadangkan Kem Smart Solat untuk pelajar Islam
tingkatan 3 dan 5 dengan sumbangan sebanyak RM25.00
Usul diterima sebulat suara

7.0 Pembubaran Jawatankuasa PIBG Sesi 2016/2017

7.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli jawatankuasa sesi
2016/2017 dan memohon maaf atas sebarang kesilapan yang telah dilakukan.

8.0 Penyampaian Sijil Penghargaan Kepada Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi


2016/2017

8.1 Rujuk lampiran 1 (Struktur Organisasi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)
SMK Telok Air Tawar Sesi 2016/2017)

9.0 Pelantikan Pengerusi Sementara Mesyuarat

9.1 Encik Rosli Bin Md Zin dilantik sebagai pengerusi sementara untuk
mengendalikan mesyuarat PIBG kali ke-29.
10.0 Pemilihan Jawatankuasa dan Juruaudit Dalaman PIBG Sesi 2017/2018

10.1 Rujuk lampiran 2 (Ahli Jawatankuasa dan Juruaudit Dalaman PIBG


2017/2018)

11.0 Ucapan Penangguhan

11.1 Yang di-Pertua PIBG, Tn Hj Amir mengucapkan terima kasih di atas


pelantikan ahli jawatankuasa baru dan ahli jawatankuasa yang terdahulu.

11.2 Beliau juga menyampaikan ucapan persaraan kepada pengetua yang akan
bersara pada hujung bulan Mac nanti.

11.3 Beliau juga mengharapkan pihak waris memberi kerjasama dan


sumbangan kepada pihak sekolah demi kejayaan pelajar dalam pelbagai
bidang dan menjadi insan yang mulia pada masa akan datang.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.30 pagi.

Pencatat minit, Disediakan oleh,

1. Pn Khairul Fadzilah Bt Mohamad ..


2. Pn Fatimah Bt Shaik Dawood (KHAIRUL FADZILAH MOHAMAD)

Disemak oleh, Disahkan oleh,

.
(PN NOOR HALIZA BT AHMAD) (TN HJ AMIR SHAHARUDDIN MOHD HASSAN)

LAMPIRAN 1

STRUKTUR ORGANISASI
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)
SMK TELOK AIR TAWAR
SESI 2016/2017

Bil Nama Jawatan

1. Tn. Hj Amir Shaharuddin B. Mohd Hassan Yang di-Pertua

2. En. Rizal B. Rahim Naib Yang di-Pertua

3. Pn. Nur Kamilah Bt Jaafar Setiausaha

4. Pn. Nasriyah Bt Ahmad Naib Setiausaha

5. Pn. Azirah Bt Taib Bendahari

6. Pn. Saadiah Bt Jaafar Naib Bendahari

7. En. Wan Zulkifli B. Wan Shaari Pegawai Sarana

8. Pn. Yusmeda Bt Yuhani AJK Waris

9. En. Alies B. Abdullah AJK Waris

10. Pn. Halipah Bt Yusop AJK Waris

11. Pn. Sanmugavalli A/P Kumparady AJK Waris

12. Pn. Punitha A/P Nichulos AJK Waris

13. Pn. Sheela Clement Andrews AJK Guru

14. Cik Husnun Naimah Bt Abd Moin AJK Guru

15. Pn. Asmawati Bt Anuwa AJK Guru

16. Pn. Suzana Bt Aziz AJK Guru

17. Pn. Azuana Bt Abd Waris AJK Guru

18. Pn. Shukeri B. Abd Hamid Juruaudit Guru

19. En. Mishar B. Mohamad Juruaudit Ibu bapa


LAMPIRAN 2

AHLI JAWATANKUASA PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)


SMK TELOK AIR TAWAR
SESI 2017/2018

Bil Nama Jawatan

1. Tn. Hj Amir Shaharuddin B. Mohd Hassan Yang di-Pertua

2. Dr. L Ramalingam A/L Letchumanan Naib Yang di-Pertua

3. Pn. Noor Haliza Bt Ahmad Setiausaha

4. Pn. Niswah Bt Abdul Aziz Naib Setiausaha

5. Pn. Nurul Khalidah Bt Khalid Bendahari

6. Pn. Madihah Bt Bidin Naib Bendahari

7. Pn Nor Hidayah Bt Mohd Yusoff Setiausaha PIBK

8. Pn. Yusmeda Bt Yuhani AJK Waris

9. Pn Jamilah Bt Said AJK Waris

10. En. Mohd Fahmi B. Abdul Latif AJK Waris

11. Pn. Punitha Rachagamary A/P Nicholas AJK Waris

12. Pn.Fazilah Bt Salleh AJK Waris

13. Pn. Nor Salwana Bt Muhammad AJK Waris

14. Pn. Foziah Bt Hazari AJK Guru

15. Pn. Suhaili Bt. Abu Kassim AJK Guru

16. En. Rosli B. Md Zain AJK Guru

17. Pn. Ang Yok Lan AJK Guru

18. Pn. Azliha Bt Ismail AJK Guru

19. Pn. Shakiroh Bt. Hj Abd Hamid Juruaudit Guru

20. En. Mohd Isa B. Hashim Juruaudit Ibu bapa


1. Ucapan Puan Pengetua, Pn. Robiyah Bt Abu

Puan pengetua mengalu-alukan semua yang hadir termasuk ibu bapa ,waris dan guru
guru ke Majlis Mesyuarat Agung PIBG kali ke -29. Antara matlamat perjumpaan hari ini
adalah untuk menjana dan menggarap idea dalam kalangan para waris bagi mencari
solusi untuk meningkatkan kecemerlangan anak anak pelajar di sekolah ini. Puan
pengetua berharap agar semua ibu bapa yang hadir sama sama memasang niat untuk
membantu para pelajar ke arah prestasi yang lebih cemerlang dan dapat meraih kejayaan
untuk belajar di tempat yang lebih tinggi. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada
ibu bapa kerana turut hadir bersama-sama berganding bahu bagi menyuntik semangat
untuk anak anak pelajar. Para pelajar di sekolah ini merupakan asset Negara dan sumber
tenaga manusia pada masa hadapan. Ibu bapa merupakan rakan kongsi dalam perniagaan
pendidikan dan para pelajar mempunyai potensi untuk Berjaya dengan sokongan ibu bapa
dan guru-guru di sekolah ini. Ibu bapa menggalas tanggungjawab yang besar dari segi
membentuk akhlak, kecemerlangan akademik dan kokurikulum para pelajar. Dalam
Falsafah Pendidikan Kebangsaan dinyatakan bahawa anak- anak perlu dididik untuk
memberi sumbangan kepada negara. Beliau juga merakamkan ucapan terima kasih dan
tahniah kepada Yang Dipertua PIBG, Encik Amir, Naib Yang Dipertua En. Rizal dan
AJK PIBG 2016/2017 atas segala usaha dan sumbang bakti bagi melancarkan segala
program yang dirancang. Beliau berharap agar peluang pada hari digunakan oleh para
hadirin untuk memilih AJK bagi sesi 2017/2018 untuk membawas ekolah ke arah yang
lebih maju dan dapat membantu anak-anak pelajar dari segi buah fikiran, idea dan
kewangan. Sementara bagi Sarana ibu bapa diharapkan agar ibu bapa yang mempunyai
kepakaran dalam bidang tertentu seperti matematik, al-Quran , mereka bentuk landskap
boleh tampil menyumbang untuk kecemerlangan sekolah. Para hadirin juga diseru agar
memberi perhatian kepada Transformasi Pendidikan iaitu Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia 2013-2025 ( PPPM ). Selari dengan dasar PPPM, Program NILAM
baru ini iaitu setiap pelajar perlu membaca setiap hari satu bahan bacaan dan dipantau
oleh ibu bapa sekurang-kurangnya 15 minit sehari. Para pelajar juga diharapkan dapat
menguasai kemahiran bahasa temasuk bahasa Inggeris untuk persediaan pasaran
pekerjaan. Akhir sekali beliau berharap agar AJK PIBG yang baru dilantik akan terus
memberikan sokongan padu demi kecemerlangan dan kejayaan masa hadapan para
pelajar.

You might also like