You are on page 1of 20

Mesyuarat Agong

Persatuan Ibu Bapa & Guru [PIBG]


SMK Seri Tanjong
Kali ke-48

TARIKH : 10 APRIL 2021 [SABTU]


TEMPAT: LOKASI MASING-MASING
DAN DEWAN TANJONG
MASA : 9.00 PAGI
#seritanjongPOWER
ATUR CARA MAJLIS

9.00 pagi : Ucapan alu- aluan Pengerusi Majlis


 Bacaan doa
 Ucapan Yang Dipertua PIBG Sesi 2020/ 2021
 Ucapan Perasmian Mesyuarat Agong PIBG kali ke 48
 MESYUARAT AGONG PIBG BERMULA
 Ucapan alu- aluan YDP PIBG sesi 2020/ 2021
 Ucapan Penasihat ( Pengetua )
 Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat
agong PIBG sesi 2020/ 2021
STRUKTUR ORGANISASI
Persatuan Ibu Bapa dan Guru
SMK Seri Tanjong
Sesi 2020/ 2021

PENASIHAT
Pn. Hajah Salina binti Muhamad Said

YANG DIPERTUA
En. Maarof bin Mohd Taib

NAIB YANG DIPERTUA


En. Sathival a/l Arumugam
SETIAUSAHA
En.Azha bin Ismail

BENDAHARI
Pn. Siti Zaihasni binti Hassan

AJK IBU BAPA


En. Shaharani bin Kassim
Pn. Siti Zubaidah binti Musa
En. Amalanathan a/l Savirimuthu
Pn. Fauzi binti Hussain
Pn. Suziana binti Mohd Sofi
Pn.Prem a/p Suppiah
AJK GURU
En. Riduwan bin Musa
En. Ifarezan bin Alis
Pn. Nurida binti Ibrahim
Cik Tee Cheng Huee
Pn. Sembagam a/p Muniandy
PEMERIKSA KIRA- KIRA
Pn. Asni binti Othman
En. Pannier Selvam a/l Veloo

JAWATANKUASA PELAKSANA
Mesyuarat Agong PIBG Kali ke 48
SMK Seri Tanjong
Sesi 2020/ 2021

PENASIHAT
Pn.Hajah Salina binti Muhamad Said
(Pengetua)

PENGERUSI
En.Maarof bin Mohd Taib

TIMBALAN PENGERUSI
En. Sathival a/l Arumugam
( NYDP PIBG )
En. Wan Muhammad Zaini bin Wan Hassan
( PK Pentadbiran )

NAIB PENGERUSI
Tn. Hj. Aziz bin Bohari
( PK HEM )
Pn.Hjh.Zahrah binti Hamzan
( PK Ko Kurikulum )
Pn.Hjh. Zunairah binti Md Shahid
( PK Petang )

PENYELARAS/ SETIAUSAHA
En. Azha bin Ismail

BENDAHARI
Pn. Siti Zaihasni binti Hassan

 JAMUAN
SOP
Pn. Asni binti Othman
En. Ifarezan bin Alis
Pn. Nor ‘Alia binti Mohd Nor
En.Mohd Bahauddin bin Ahmad Kurtubi
Pn. Nazliah binti Yahya
En. Mansor bin Yahya
Pn. Normala binti Adnin
 BUKU PROGRAM
MODERATOR GOOGLE MEET/PENGERUSI MAJLIS
Pn. Dian binti Hamsah
En. Muhammad Syafiq bin Sebery
 
 
CENDERAMATA PERASMI & AJK PIBG
 PEMBACA DOA
En. Riduwan bin Musa (K)
Ustaz Mohd Al Mutanggali bin Tamami
Pn. Ruzila binti Kassim

 PENCATAT MINIT MESYUARAT


 MONTAJ/KAWALAN ICT
Pn. Pn. Sharifah Nor Aisyah binti Syed Abd Aziz
Pn.Noor Hidayah binti Mokhtar
Pn. Ramlah binti Zain
En. Mohd Ramzan bin Jawaluddin
Pn. Sarimah binti Aris Fadilah
Pn. Norhaida binti Mohd Kasran

 DOKUMENTASI
Pn. Nur Farhana binti Mohd Fadzil
En. Mohd Noh bin Yassin
PENYEDIAAN TEKS UCAPAN
Pn. Rosliza binti Daud
 
 

MINIT MESYUARAT AGUNG


PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SMK SERI TANJONG, KUALA SELANGOR
KALI KE 47 SESI 2020/2021

Tarikh : 7 Mac 2020


Hari : Sabtu
Tempat :Dewan Anggerik SMK Seri Tanjong
Perasmi : Encik Ahmad Daud bin Manap
Pengurus cawangan Co-opbank Pertama Kuala Selangor
Kehadiran : 275 orang ( ibu bapa, 178 : guru 97 )

1.0 Ucapan alu-aluan Pengerusi (Yang Dipertua PIBG)

1.1 YDP PIBG Encik Kharul Zamri bin Hj Jamal mengucapkan terima kasih
kepada
semua ibu bapa dan mengalu-alukan kehadiran mereka ke mesyuarat agung
pada
PIBG kali ke-47.
1.2 Bagi tempoh Januari – Disember 2019, pelbagai aktiviti telah dijalankan dan
telah menjalankan beberapa kali mesyuarat. Namun kehadiran AJK dan
terutamanya ibu bapa ke mesyuarat Agung PIBG kurang memuaskan. Beliau
berharap agar AJK yang bakal dilantik akan terlibat aktif, hadir dalam
meyuarat yang diadakan dan dapat berkerja dalam satu pasukan. Penglibatan
dalam PIBG tidak memberi keuntungan peribadi tetapi memberi manfaat atau
keuntungan kepada komuniti iaitu ibu bapa atau penjaga yang anak-anaknya
bersekolah di SMK Seri Tanjong. Namun PIBG mempunyai suara yang besar
dan juga menjadi platform bagi membantu sekolah menyelesaikan masalah.
1.3 YDP PIBG memaklumkan, daripada segi pendanaan PIBG tiada masalah
kewangan dan amat bertuah kerana mempunyai bendahari yang sangat
berdedikasi. Beliau amat berbangga kerana PIBG telah menyumbang hampir
RM6000 untuk membaik pulih sekolah secara berperingkat. Memandangkan
dana daripada kerajaan sangat terhad, oleh itu PIBG perlu berganding bahu
dengan pihak sekolah untuk kebaikan bersama sebagai satu pasukan tanpa
wujud perkauman.
1.4 YDP PIBG memandang berat tentang masalah murid-murid yang tidak tahu
membaca dan menulis di SMK Seri Tanjong. Masalah ini telah menyumbang
kepada kegagalan dalam PT3 dan SPM. Oleh itu, sebanyak RM2000 telah
diperuntukkan oleh PIBG untuk mengadakan kelas tambahan bagi membantu
murid-murid yang tidak tahu membaca dan menulis.
1.5 YDP PIBG turut menyentuh isu disiplin murid. Terdapat segenlintir murid
yang terlibat dengan pergaduhan dan kes-kes lain. Walaupun melibatkan
bilangan yang kecil tetapi isu ini boleh menjatuhkan imej SMK seri Tanjong.
Beliau berharap ibu bapa dapat memantau aktiviti anak-anak.
1.6 YDP PIBG memaklumkan kepimpinan PIBG 2019/2020 sedang berusaha
membuat permohonan mendapat dewan sekolah. Proses untuk membina
dewan telah sampai ke fasa ke-2 iaitu permohonan telah dibuat dan dalam
pertimbangan. Beliau berharap pengurusan PIBG yang akan dilantik bagi sesi
2020/2021 dapat meneruskan perjuangan untuk mendapatkan dewan.
Sekiranya semuanya berjalan lancar sekolah akan dapat membina dewan pada
tahun ini.
1.7 YDP PIBG mengucapkan syabas dan tahniah atas peningkatan dalam PT3 dan
SPM 2019. Beliau turut berharap mesyuarat pada sesi ini akan berlangsung
dengan lancar.

2.0 UCAPAN PENGETUA

2.1 Pengetua mengalu-alukan kehadiran ibu bapa dan guru-guru dan mengucapkan jutaan
terima kasih kepada semua ibu bapa dan penjaga yang hadir ke Mesyuarat Agung
PIBG Sesi 2020/2021. Kehadiran ibu bapa pada mesyuarat ini sangat penting agar
dapat sama-sama bermuafakat untuk membincangkan kemajuan anak- anak di SMK
Seri Tanjong.
2.2 Pengetua meminta para hadirin untuk merujuk buku sarana ibu bapa yang telah
diberikan semasa pendaftaran.
2.2.1 Dasar Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia Gelombang kedua sangat menekankan Kumpulan
Sokongan Ibu Bapa (KSIB). Kumpulan ini ialah hubungan atau kerjasama
antara pihak sekolah dengan ibu bapa dan penjaga murid sekolah berkenaan.
Hubungan yang dijalinkan diharap dapat membentuk satu kerjasama dalam
pelbagai aspek. Sebagai contoh SMK Tuanku Jaafar, Negeri Sembilan.
Sekolah ini telah menjadi juara dalam KSIB pada tahun 2013. Pihak pengetua-
pengetua telah membuat lawatan ke sekolah tersebut. Ibu bapa murid sekolah
tersebut bekerjasama untuk menceriakan sekolah menggunakan kemahiran
masing-masing. Antara kerjasama yang telah diberikan oleh ibu bapa kepada
sekolah tersebut ialah kerja-kerja pembaikan kecil sekolah seperti membaiki
perabot dan sebagainya mengikut kemampuan dan kemahiran yang dimiliki.
Terdapat juga ibu bapa yang sukarela untuk menceriakan kelas anak-anak
mereka. KSIB sekolah tersebut telah menjadi contoh di peringkat kebangsaan
pada tahun 2013.
2.2.2 Pengetua mengharapkan ibu bapa di SMK Seri Tanjong mampu mencontohi
KSIB sekolah tersebut. Diharapkan agar bermula pada tahun 2020 ibu bapa
dapat bersama-sama terlibat dalam aktiviti-aktiviti sekolah seperti penglibatan
dalam aktiviti gotong-royong. Setiausaha PIBG akan memasukkan data KSIB
melaui sistem online. SMK Seri Tanjong masih belum mencapai KPI yang
telah ditetapkan oleh KPM kerana kurangnya penglibatan ibu bapa dalam
aktiviti sekolah. Diharapkan ibu bapa dapat hadir dan memberi sokongan
dalam aktiviti dan program yang dijalankan oleh pihak sekolah demi
kecemerlangan anak-anak.

2.3 Pengetua mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa atas sumbangan ibu bapa
sehingga sekolah dapat menyediakan kemudahan prasarana seperti menyediakan bilik
darjah yang kondusif. Contohnya seperti membaiki tingkap dengan memasang jaring
bagi mengelakkan gangguan monyet.
2.4 Pengetua juga mengucapkan ribuan terima kasih atas sumbangan ibu bapa dalam
sumbangan PIBG, keceriaan dan kokurikulum pada tahun 2019 hingga sekolah dapat
meningkatkan prestasi akademik dengan cemerlang.
2.5 Pengetua memaklumkan peningkatan prestasi keputusan SPM 2019 dengan gred
purata sekolah daripada 5.77 (2018) kepada 5.61 (2019). Sekolah juga telah
melahirkan 4 pelajar cemerlang yang memperoleh semua A. Pelajar- pelajar tersebut
ialah:
i) Sarvin Raj a/l Gunasekar (11 A)
ii) Ong Kai Sin (10 A)
iii) Chow Yee Xuan (10 A)
iv) Wee Lu Shuang (10 A)

Sekolah juga mencatat 9A (Seorang), 8A (2 orang), 7A(6 orang), 6A (10 orang)


dan 5A (16 orang)
2.6 Pengetua memaklumkan bahawa pada tahun 2019, SMK Seri Tanjong merupakan
sekolah ketiga yang mempunyai jumlah calon SPM paling ramai di daerah Kuala
Selangor iaitu sebanyak 340 calon selepas SMK Saujana Utama dan SMK Puncak
Alam. Walaupun mempunyai jumlah calon yang ramai, namun terbukti sekolah ini
mampu meningkatkan prestasi akademik. Mengikut rekod, pencapaian terbaik adalah
pada 6 tahun yang lalu iaitu pada tahun 2013 dengan GPS 5.40. Pengetua berharap
dengan adanya kerjasama dan sumbangan yang diberikan oleh ibu bapa prestasi
murid-murid di SMK Seri Tanjong dapat terus ditingkatkan.

2.7 Pada akhir tahun 2019 sekolah telah mendapat bantuan cat bangunan tetapi hanya
untuk satu blok sahaja. Pengetua memaklumkan sehingga ke hari ini iaitu bulan Mac
sekolah masih belum menerima sebarang peruntukan kewangan daripada
Kementerian Pendidikan Malaysia. Oleh hal yang demikian, segala perbelanjaan yang
dilaksanakan pada tahun ini adalah menggunakan duit sumbangan daripada PIBG.

2.8 Pengetua memaklumkan bahawa pada tahun ini SMK Seri Tanjong telah menjadi tuan
rumah untuk Kejohanan MSSD Kuala Selangor dan seterusnya akan membawa
pasukan Kuala Selangor ke peringkat negeri di USJ. Kos perbelanjaan untuk
membawa atlet ditanggung oleh sekolah ini sepenuhnya dengan meminta sedikit
sumbangan daripada PIBG dan sumbangan daripada badan koporat serta individu
yang bermurah hati. Pengetua mengucapkan terima kasih atas sumbangan tersebut.
Pada tahun ini juga SMK Seri Tanjong telah diamanahkan untuk menjadi tuan rumah
Majlis Tilawah Al-Quran (MTQ) untuk pelajar-pelajar Islam daerah Kuala Selangor.

2.9 Pada tahun ini, SMK Seri Tanjong telah terpilih sebagai Sekolah Transformasi.
Sekolah transformasi menjurus kepada teknologi dalam sistem pengurusan sekolah.
Sebagai contoh, seperti ibu bapa boleh mengakses secara online keputusan
peperiksaan anak melalui sistem SAPS dan ibu bapa boleh memantau kehadiran
anak-anak ke sekolah menggunakan sistem APDM. Aplikasi yang disediakan oleh
kerajaan ini membolehkan ibu bapa mengetahui sebarang perkara yang berlaku di
sekolah. Pengetua mengharap pada masa akan datang, kerjasama para ibu bapa sangat
diharapkan dalam menjayakan aktiviti dan program di SMK Seri Tanjong.

Pengetua mengucapkan syabas dan tahniah kepada ibu bapa yang hadir pada hari ini.
Jumlah kehadiran ibu bapa ialah seramai 275 orang.

3.0 Lantikan 4 Orang Pencatat Minit Mesyuarat dan 2 Jurukira Undi

3.1 Pencatat minit mesyuarat:


1. Pn Nor Khamila bt Muhamad Sauji
2. Pn Nor `Alia binti Mohd Nor
3. Pn Norhaida bt Kasran
4. Pn Sarimah bt Aris Fadillah

3.2 Juru kira undi:


1. En Mansor b Yahya
2. En. Sri Ramachandran a/l Perumal

4.0 Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-46

4.1 Setiausaha PIBG Encik Azha bin Ismail telah membentangkan minit mesyuarat agung
kali ke-47.
4.2 Encik Pannier Selvam Vello mencadangkan supaya minit mesyuarat agung kali ke-46
disahkan dan disokong oleh majoriti yang hadir.

5.0 Pembentangan dan Penerimaan Laporan Aktiviti Tahunan 2019/20220

5.1 Setiausaha PIBG Encik Azha bin Ismail membentangkan aktiviti tahunan 2019/2020
5.2 Puan Loganayagi a/p Obayappan mencadangkan agar laporan tahunan diterima dan
disokong oleh majoriti yang hadir.

6.0 Pembentangan dan Penerimaan Laporan Penyata Kewangan 2019/2020

6.1 Bendahari PIBG Puan Siti Zaihasni bt Hassan membentangkan laporan penyata
kewangan bagi tahun 2019/2020.
6.2 Encik Sathival a/l Arumugam mencadangkan agar laporan penyata kewangan
diterima dan disokong oleh majoriti yang hadir

7.0 Pembubaran AJK PIBG sesi 2019/2020

7.1 YDP PIBG memohon kemaafan sepanjang tempoh beliau dan barisan AJK PIBG
menjalankan amanah yang diberi.
7.2 Beliau juga mnegucapkan jutaan terima kasih kepada semua atas kerjasa yang telah
dijalinkan.
7.3 YDP PIBG membubarkan AJK sesi 2020/2021.
8.0 Pelantikan Pengerusi Sementara Mesyuarat

8.1 En Wan Muhammad Zaini bin Wan Hassan mencadangkan Encik Khairul Zamri bin
Hj Jamal untuk menjadi pengerusi sementara dan disokong oleh majoriti yang hadir.

9.0 Pelantikan AJK PIBG sesi 2020/2021

9.1 Ucapan alu-aluan oleh Encik Khairul Zamri bin Hj Jamal sebagai pengerusi
sementara mesyuarat agung PIBG.
9.2 Pemilihan YDP PIBG sesi 2020/2021
Encik Saiful Faizal bin Jamaluddin mencadangkan agar Encik Maarof bin Mohd Taib
sebagai YDP PIBG bagi sesi 2020/2021
Cadangan disokong oleh majoriti yang hadir
Encik Amalananthan mencadangkan agar Encik Sathival a/l Arumugam sebagai YDP
PIBG sesi 2020/2021.
Cadangan disokong oleh majoriti yang hadir.
Encik Aziz bin Bohari mencadangkan agar cadangan ditutup dan disokong sebulat
suara oleh majoriti yang hadir.
Encik Maarof bin Mohd Taib menang sebagai NYDP PIBG sesi 2020/2021 dengan
undian majoriti.
9.3 Pemilihan Naib YDP PIBG sesi 2020/2021
Encik Sahtival a/l Arumugam telah dipilih sebagai NYDP PIBG sesi 2020/2021
setelah mendapat undian kedua tertinggi dan disokong sebulat suara oleh majoriti
yang hadir.

9.4 Keputusan akhir bagi pelantikan AJK PIBG sesi 2020/2021


9.4.1 Yang Dipertua : Encik Maarof bin Mohd Taib
Pencadang : Encik Saiful Faizal bin Jamaluddin
Penyokong : Sebulat Suara

9.4.2 Naib Yang Dipertua : Encik Sathival a/l Arumugam


Pencadang : Encik Amalanathan a/l Savirimuthu
Penyokong : Sebulat suara

9.4.3 Setiausaha : En Azha b Ismail


9.4.4 Bendahari : Siti Zaihasni bt Hassan
9.4.5 AJk Guru : Pn. M.Sembagam a/p Muniandy
En. Ridwan b Musa
En. Ifarizen b Alis
Pn. Nurida bt Ibrahim
Cik Tee Cheng Hue

9.4.6 Pemeriksa Kira-kira ( wakil guru ): Pn. Asni bt Othman

9.4.7 AJK Ibubapa :

1- Pn Suziana bt Mohd Sofi


Pencadang : Puan Shuaimi bt Ahmad
Penyokong : sebulat suara

2- Puan Intan
Pencadang : Puan Norafidah bt Abd Hamid
Penyokong : sebulat suara

3- Encik Amalanathan a/p Savirimuth


Pencadang : Encik Sathival a/l Arumugam
Penyokong : sebulat suara

4- Encik Shaharani bin Kassim


Pencadang : Puan Shuaimi bt Ahmad
Penyokong : sebulat suara

5- Puan Siti Zubaidah binti Musa


Pencadang : En. Azha bin Ismail
Penyokong : sebulat suara

6- Puan Prema a/p Suppiaah


Pencadang : Encik Pannier Selvam Veloo
Penyokong : sebulat suara

9.4.8 Pemeriksa Kira-kira :

1. Encik Pannier Selvam Vello


Pencadang : Encik Amalanathan a/l Savirimuthu
Penyokong : Sebulat suara

10.0 Perbentangan usul

10.1 -Usul daripada pentadbir sekolah, Pengetua memohon sumbangan bayaran PIBG
sebanyak RM50 , bayaran kecemerlangan SPM sebanyak RM40, bayaran aktiviti ko-
kurikulum RM20, bayaran keceriaan bilik darjah RM5 dan bayaran aktiviti surau
(pelajar Islam sahaja) RM10.00 dikekalkan. Memohon bayaran sumbangan program
kecemerlangan pelajar Tingkatan 1,2,3 dan 4 sebanyak RM10.00 dan Program 1
murid 1 Rim kertas A4. Pengetua memaklumkan usul ini telah dipersetujui pada
tahun lepas dan perlu dipersetujui setiap tahun. Encik Paniselvam menyokong
bayaran dikekalkan. Usul dipersetujui dengan sebulat suara.

10.3 -Usul tambahan daripada Pentadbir Sekolah En Wan Muhammad Zaini bin W
Hassan. Atas kecemerlangan SPM tahun 2019, bayaran RM40.00 yang dikutip
daripada setiap pelajar tingkatan 5 dirasakan tidak dapat menampung kos
perbelanjaan seperti kertas yang semakin meningkat. Oleh itu pihak sekolah
mencadangkan agar bayaran dinaikkan sebanyak RM10.00 menjadi RM50.00 untuk
pelajar tingkatan 5 sahaja sebagai usaha menaikkan lagi keputusan SPM. Usul
dipersetujui dengan sebulat suara.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.40 petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

(AZHA BIN ISMAIL) (MAAROF BIN MOHD TAIB) ( BIBIT BIN HJ.MARZUKI)
Setiausaha PIBG Yang Dipertua PIBG Pengetua
SMK Seri Tanjong SMK Seri Tanjong SMK Seri Tanjong
LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN PIBG SESI 2020/ 2021
1. Mesyuarat Agung PIBG kali ke 47 tahun 2020
Mesyuarat Agung PIBG kali ke 47 telah berlangsung pada hari Sabtu 7 Mac 2020 di
Dewan Anggerik SMK Seri Tanjong. Mesyuarat telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia
Encik Ahmad Daud bin Manap , Pengurus cawangan Co-oBank Pertama Kuala Selangor

2. Mesyuarat Jawatankuasa PIBG Sesi 2020/ 2021


Mesyuarat Jawatankuasa PIBG telah diadakan sebanyak 4 kali. Membincangkan isu-isu
yang berhubung kait dengan aktiviti- aktiviti PIBG dan melaksanakan program- program
yang dirancang oleh PIBG.

Berikut adalah rekod kehadiran mesyuarat Jawatankuasa PIBG.


9 12 16 20
Bil Nama Jawatan Julai Sept Jan Mac
2020 2020 2021 2021
1. En.Bibit b. Hj.Marzuki ( berpindah ke Kolej Penasihat /
Sultan Abdul Aziz Shah )
Pn. Hjh Salina binti Muhamad Said / / /
2. En.Maarof bin Mohd Taib Yang Dipertua / / / /
3. En. Sathival a/l Arumugam Naib Yang / p / /
Dipertua
4. En.Azha b. Ismail Setiausaha / / / /
5. Pn.Siti Zaihasni bt. Hassan Bendahari / / / /
6. En. Shaharani bin Kassim AJK Ibu Bapa / / / /
7. En. Amalanathan a/l Savirimuthu AJK Ibu Bapa / / / /
9. Pn. Fauzi binti Hussain AJK Ibu Bapa p p p /
10. Pn. Siti Zubaidah binti Musa AJK Ibu Bapa / / p /
11. Pn. Suziana binti Mohd Sofi AJK Ibu Bapa / / / p
12. Pn. Prema a/p Suppiah AJK Ibu Bapa / / p /

13. En. Riduwan b. Musa AJK Guru / / / /


14. Pn. Sembagam a/p Muniandy AJK Guru / p P p

15. En. Ifarezan bin Alis AJK Guru / p / p


16. Pn. Nurida bt. Ibrahim AJK Guru / p / p
18. Cik Tee Cheng Huee AJK Guru / p / p

/ : HADIR P : PROKSI

2. Akademik

Bil. Aktiviti Butiran/ Sasaran/ Pengisian


1. Projek pertanian Tingkatan 4 dan 5 SPM Membaikpulih fasiliti kompleks mini
pertanian bagi keperluan pelajar untuk
melaksanakan kerja kursus bagi Tingkatan 4
dan 5
2. Program kecemerlangan SPM 2020 Program ini melibatkan teknik- teknik
menjawab SPM
3. Modul pintas Tingkatan 4 Modul ini sebagai soalan peperiksaan akhir
tahun pelajar Tingkatan 4 tahun 2020.

4. Modul pintas Tingkatan 5 Modul ini digunakan sebagai soalan


peperiksaan percubaan tahun 2020.
5. Program panitia daerah terbilang Program untuk murid SPM bawah Bidang
( PaDaT) Sains dan Matematik yang melibatkan
penyertaan 20 orang murid.

3. Kebajikan dan Pembangunan Insan


Bil. Aktiviti Butiran/ Sasaran/ Pengisian

1. Cenderahati untuk pelajar SPM 2019 Sekolah mengadakan Hari Anugerah


kecemerlangan SPM 2019 pada 14 Julai 2020
di Dewan SMKST
2. Program pendidikan dan pencegahan Program ini dilaksanakan dari Julai hingga
dadah Oktober 2020 yang melibatkan semua murid
dan warga sekolah dengan tema program ini
“Sekolah bebas dadah”.

Bil. Aktiviti Butiran/ Sasaran/ Pengisian


3. Program gotong royong Sarana Ibu Bapa Program ini di adakan pada 29 Ogos
dan guru 2020 2020 . program ini diadakan untuk
meningkatkan komitmen dan
keprihatinan ibu bapa terhadap
keceriaan sekolah.

4. Cenderamata majlis persaraan guru Majlis sanjungan budi untuk meraikan


persaraan 7 orang guru termasuk
seorang kakitangan sekolah

5. Program pengiktirafan sahsiah murid Diadakan pada 26 Januari 2021 di Dewan


2020 Tanjong. Sasaran program ini ialah
melibatkan semua murid yang telah
memberikan sumbangan kepada sekolah

6. Program Free Meal murid SPM Kohort Program ini diadakan mulai 22 Februari
2020 hingga 25 Mac 2021.program ini
bertujuan untuk memastikan calon SPM
berada dalam keadaan baik dan selamat
serta diberikan makanan yang berkhasiat
dan seimbang.

4. Kemudahan dan prasarana


Bil. Aktiviti Butiran/ Sasaran/ Pengisian
1. Pembelian LCD projektor Untuk kegunaan PdPC.

2. Membina landskap dan hardskap taman Menambah baik taman lestari dan
lestari pelajar menceriakan taman dengan struktur
landskap dan hardskap yang baru.
3. Menaiktaraf Dewan Tanjong Mewujudkan tempat perjumpaan atau
mesyuarat yang kondusif dan
melaksanakan pelbagai program
kemenjadian murid.

4. Pembelian khemah pelajar Untuk kegunaan pelajar menjalankan


aktiviti ko kurikulum.
5. Servis pendingin hawa PSS 8 unit pendingin hawa PSS diservis untuk
memberi keselesaan yang kondusif
kepada PdPC pelajar.

6. Penyenggaraan gajah menyusu Membaiki dan membina laluan gajah


menyusu dari pintu utama ke bangunan
blok A.
7. Penyenggaraan makmal komputer Bagi melancarkan program pentaksiran
kompentensi dan literasi (PKL) dan
pentaksiran kemasukan sekolah khusus
(PKSK) 2020.

Disediakan oleh,

……………………………..
( AZHA BIN ISMAIL )
Setiausaha PIBG
SMK Seri Tanjong 45000 Kuala Selangor
Tarikh : 29 Mac 2021

LAPORAN
KEWANGAN
USUL DAN CADANGAN
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 48 TAHUN 2021

BIL. PENCADANG USUL/ CADANGAN


1. PENTADBIR SEKOLAH  Bayaran sumbangan PIBG RM50.00
dikekalkan.
 Bayaran kecemerlangan SPM RM50.00
dikekalkan.
 bayaran aktiviti ko kurikulum RM20.00
dikekalkan .
 bayaran keceriaan bilik darjah RM5.00
dikekalkan .
 bayaran aktiviti surau ( pelajar Islam
sahaja ) RM10.00 dikekalkan.
 bayaran sumbangan program
kecemerlangan pelajar Kelas
Peralihan dan Tingkatan 1,2,3 dan 4
sebanyak RM10.00 dikekalkan.
 Bayaran yuran majalah RM15.00
dikekalkan.
dan
 Program 1 Murid 1 Rim kertas A4
dikekalkan.
2. VANIDA A/P KRISHNAN  Mengharapkan sekolah memberi
( SREETHAR A/L CHANDRASEGAR – 4R) pelajaran yang terbaik kepada pelajar.
3. DEVI A/P SELLAMUTHU  Mencadangkan mesyuarat PIBG di
( MALATHI A/P KARTHIK – 5R) adakan pada hari Ahad.
4. ZUHRA MOHAMAD  Mengharapkan sekolah kerap
( MUHAMMAD ZARITH AKHTAR -3T) memberi tugasan sekolah kepada
murid.
5. NOR HISHAM B. MD NABIBON  Mengcadangkan murid islam memakai
( MUHAMMAD IRFAN – 1O ) songkok agar nampak lebih kemas.
6. MUHAMMAD NIZAM B. ABD AZIZ  Bersihkan tandas dan baiki sinki serta
( Muhammad Aqeef Danish – 4S ) menyediakan cermin , pam tandas
dan sabun.
7. NUR MAZNIWATI BT ZUL ABIDI  Dicadangkan bayaran PIBG disertakan
( NUR DAMIA UMAIRAH BT JUHAIRI – 1S ) terus.
8. AZZLEN BINTI KAMAL  Penambahbaikan tandas pelajar.
( NURINSYAM DANIELLA BT ROMEYSYAM –
1S )

SekalungPenghargaan
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih
diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara
langsung atau tidak langsung dalam menjayakan

Mesyuarat Agong PIBG SMK Seri Tanjong Kali


ke-48.

Kalau ada sumur di ladang,


Bolehlah saya menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi.

You might also like