You are on page 1of 8

SEKOLAH KEBANGSAAN ISKANDAR PERDANA

BANDAR BARU SERI ISKANDAR


32610 SERI ISKANDAR
PERAK

KERTAS KERJA

MAJLIS PERMUAFAKATAN UNIT PRASEKOLAH DENGAN


IBU BAPA / PENJAGA
MURID PRASEKOLAH TAHUN 2017

ANJURAN :
UNIT PRASEKOLAH
SK. ISKANDAR PERDANA
1.0 PENDAHULUAN

Majlis permuafakatan pihak prasekolah dengan ibu bapa / penjaga murid prasekolah
tahun 2014 merupakan salah satu daripada inisiatif pihak prasekolah untuk meningkatkan
prestasi akademik dan kesediaan murid pada tahun 2014 khususnya peningkatan kualiti dan
kuantiti. Program ini menggarapkan pendekatan perjumpaan bersama ibu bapa agar wujud
semangat kolaborasi untuk sama-sama bertanggungjawab memastikan kejayaan para pelajar.
Hal ini akan menambahkan keyakinan pelajar untuk terus berjuang demi kejayaan yang
cemerlang.
Pihak prasekolah berharap dengan usaha yang murni ini akan melahirkan pelajar yang
sedar potensi diri dan lebih terarah untuk mencapai kecemerlangan dalam hidup. Hasilnya nanti
diharap mampu meningkatkan prestasi dan sifar linus dan numerasi dari segi kualiti dan kuantiti.

2.0 RASIONAL

2.1 Yakin bahawa pelajar-pelajar mempunyai motivasi yang tinggi untuk berjaya jika diberi
dorongan dan bimbingan secara berterusan.
2.2 Percaya bahawa pelajar-pelajar mampu mencapai prestasi akademik yang baik jika
dibimbing dan dipantau khususnya oleh ibu bapa.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Menentukan peratus pencapaian sifar linus dan numerasi 90 %


3.2 Majlis ini dapat memberi gambaran yang jelas tentang hala tuju dan matlamat yang
ingin di capai kepada ibu bapa.
3.3 Majlis ini dapat mewujudkan hubungan silaturahim antara pelajar, ibu bapa dan
pemimpin setempat.
3.4 Memberi semangat kepada pelajar agar mencapai keputusan cemerlang dalam
prestasi akademik prasekolah.

4.0 TARIKH / MASA

15 Februari 2017 / 8.00 pagi

5.0 TEMPAT
Dewan Makan Prasekolah, SK Iskandar Perdana.

6.0 SASARAN

Melibatkan ibu bapa / pelajar seramai 50 orang murid prasekolah tahun 2014.

7.0 SUMBER KEWANGAN

Sumbangan Jawatankuasa Permuafakatan Ibubapa Prasekolah

Anggaran Perbelanjaan :

Makanan Ibu bapa : RM3.00 x 100 orang = RM 300.00


Runcit = RM 50.00
Jumlah Perbelanjaan = RM 350.00

8.0 AHLI JAWATANKUASA :

Penasihat : En.Azli bin Hashim (Guru Besar)


Pengerusi : En.Abdul Aziz b. Abdul Rahman (YDP Permuafakatan Pra)

Naib Pengerusi : En. Ismail b. Haji Udin (NYDP Permuafakatan Pra)


Pn Norsamsuniah Bt Musa (Penolong Kanan Pentadbiran)
Tn.Hj Mohd Ruduan b. Dahalan (Penolong Kanan HEM)
En. Mohd Yusof b. Sudin (Penolong Kanan Kokurikulum)

Setiausaha : Pn. Sarinah bt Madjit (Guru Prasekolah )

Penolong setiausaha : Pn. Marina bt Razali (Guru Prasekolah)

Bendahari : Pn. Rabihah bt Shamsudin (PPM Prasekolah)


Pn. Siti Sabibah bt Hassan (PPM Prasekolah)

AJK : Pn.Hjh Aniah bt Noh


Pn. Shamilah bt Abd Karim
Pn.Mazneta
En.Ghazali

9.0 ATURCARA MAJLIS

8.00 pagi - Pendaftaran


8.30 pagi - Bacaan Doa

- Ucapan alu-aluan oleh :


En.Shahari bin Embon
Guru Besar

- Ucapan Perasmian oleh :


En. Abdul Aziz bin Abdul Rahman
YDP Permuafakatan Pra

- Persembahan Multimedia –Penerangan KSPK

- Taklimat Program Kecemerlangan Prasekolah


Kemenjadian murid dari aspek :

- Kurikulum

- Hal Ehwal Murid

- Kokurikulum

- Hal-hal lain

- Jamuan

12.30 tengah hari - Bersurai

10.0 PENUTUP

Pihak prasekolah berharap agar ibu bapa dapat menggunakan peluang yang ada ini untuk
berinteraksi dengan pihak prasekolah mengenai program-program yang telah disusun atur untuk
kemajuan anak masing-masing. Hasilnya diharap dapat membuahkan kemenjadian murid
prasekolah yang lebih cemerlang pada tahun ini.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

(SARINAH BT MADJIT)
Penolong Setiausaha Majlis permuafakatan
SK Iskandar Perdana
32610 Seri Iskandar
Perak
SEKOLAH KEBANGSAAN ISKANDAR PERDANA
BANDAR BARU SERI ISKANDAR
32610 SERI ISKANDAR
PERAK

LAPORAN

MAJLIS PERMUAFAKATAN UNIT PRASEKOLAH DENGAN


IBU BAPA / PENJAGA
MURID PRASEKOLAH TAHUN 2017

ANJURAN :
UNIT PRASEKOLAH
SK. ISKANDAR PERDANA

LAPORAN BERGAMBAR
Nama Program : Majlis Permuafakatan Unit Prasekolah dengan Ibu bapa Murid
Prasekolah
Tarikh : 15 Mac 2014
Hari : Sabtu
Masa :8.00 pagi
Tempat : Dewan Makan Prasekolah
Kehadiran : 85 orang

Laporan aktiviti program :

Antara ibubapa yang hadir


Sesi Taklimat program dijalankan
Sesi soal jawab antara ibu bapa
murid dengan pihak sekolah
mengenai program-program
akademik yang akan dijalankan
oleh unit prasekolah.

Para ibubapa sedang mejamu


selera selepas tamat program
REFLEKSI :
Secara keseluruhan program bersama ibubapa ini mendapat sambutan yang
menggalakkan. Semua ibubapa memberi respon dan maklum balas yang membina.
Dengan adanya, program seumpama ini, pihak prasekolah lebih mudah dan mampu
untuk merancang program yang terbaik untuk membantu kecemerlangan murid-murid
prasekolah.

PENUTUP

Pihak prasekolah berharap agar ibu bapa dapat menggunakan peluang yang ada
ini untuk berinteraksi dengan pihak prasekolah mengenai program-program yang telah
disusun atur untuk kemajuan anak masing-masing. Hasilnya diharap dapat membuahkan
kemenjadian murid prasekolah yang lebih cemerlang pada tahun ini.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

(SARINAH BT MADJIT)
Setiausaha Majlis permuafakatan
Prasekolah
SK Iskandar Perdana
32610 Seri Iskandar
Perak

You might also like