You are on page 1of 5

SEKOLAH KEBANGSAAN SALAK

43900 SEPANG, SELANGOR DARUL EHSAN

KOD SEOLAH : BBA 9204

NO.TEL : 03-87061226

KERTAS KERJA
MAJLIS BACAAN YASIN
DAN SOLAT HAJAT SIRI 2
TAHUN 2017

ANJURAN BERSAMA :

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

BADAN DISIPLIN DAN PENGAWAS

PUSAT SUMBER SEKOLAH

SEKOLAH KEBANGSAAN SALAK

0
UBK SKS
1.0 NAMA PROGRAM : MAJLIS BACAAN YASIN DAN SOLAT HAJAT SIRI 2

TAHUN 2017

2.0 RASIONAL :

2.1 Majlis Bacaan Yasin dan Solat Hajat merupakan salah satu daripada inisiatif
pihak sekolah dan PIBG untuk membantu murid mengukuhkan aspek rohani,
disamping solat berjemaah, berdoa dan memohon restu daripada ibu
bapa/penjaga dan guru-guru.

2.2 Program ini turut menggarapkan pendekatan perjumpaan bersama ibu bapa agar
wujud semangat kolaborasi untuk sama-sama bertanggungjawab memastikan
kejayaan murid-murid. Hal ini akan menambahkan keyakinan murid-murid
untuk terus berjuang demi kejayaan yang cemerlang.

3.0 MATLAMAT :

3.1 Melahirkan murid-murid yang lebih berkeyakinan dari segi emosi, rohani dan
jasmani serta lebih terarah untuk mencapai kecemerlangan dalam hidup.

3.2 Melahirkan murid yang mempunyai semangat juang yang tinggi dan
mendekatkan diri murid dengan masyarakat dan komuniti.

4.0 OBJEKTIF :

4.1 Membantu murid-murid untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah dan
bertawakkal kepadaNya setelah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai
kejayaan.

4.2 Meningkatkan semangat juang murid ( dari aspek kerohanian) untuk berjuang
sebaik mungkin untuk mencapai kejayaan.

4.3 Membina hubungan yang baik diantara ibu bapa/penjaga dengan guru-guru dan
pihak sekolah.

1
UBK SKS
5.0 SASARAN :

5.1 Murid Tahun 6 : 132 orang


5.2 Ibu bapa Murid Tahun 6 : 132 orang
5.3 Guru-guru : 30 orang

6.0 CADANGAN PELAKSANAAN


6.1 Tarikh/Hari : 07 September 2017/ Khamis
6.2 Masa : 7.15 malam 9.30 malam
6.3 Tempat : Masjid Jamek Salak, Kampung Salak Tinggi

7.0 Sumber Kewangan

Peruntukan Kewangan : PCG Bimbingan dan Kaunseling


Anggaran Perbelanjaan

8.1 Makan Minum Murid RM 5.00 x 132 orang = RM 660.00

8.5 Jumlah = RM 660.00

8. JAWATANKUASA PELAKSANA

Pengerusi Bersama : Encik Ishak bin Noh (Guru Besar)


Tuan Haji Che Abdul Majid bin Che Omar (YDP PIBG)
Timbalan Pengerusi : Puan Hajah Aida binti Abdullah (GPK Pentadbiran)
Naib Pengerusi : Encik Tarmizi bin Soik (GPK HEM)
Puan Nik Asmazura binti Nik Ahmad
(GPK Kokurikulum)
Puan Yatimah binti Ahmad(GPK Petang )
Penyelaras : Puan Suria binti Hassan
(Guru Bimbingan dan Kaunseling)
Setiausaha : Puan Lenny Nor Lindawaty binti Powdzi
Penolong Setiausaha : Puan Siti Noraisah binti Sanusi
Bendahari : Puan Norlin Binti Mat Salleh

2
UBK SKS
AJK TUGAS

Penyambut Tetamu
Encik Ishak bin Noh Menyambut kehadiran ibu bapa dan
penjaga.
Tuan Haji Che Abdul Majid bin Che
Omar
Puan Hajah Aida binti Abdullah
Encik Tarmizi Bin Soik

Pendaftaran Menyediakan borang kehadiran murid,


Puan Siti Noraisah bt. Sanusi ibu /bapa dan penjaga.
Puan Rozana bt. Aziz Menyediakan meja pendaftaran dengan
kemas.
Puan Kamariah bt. Ali
Menyerahkan senarai kehadiran murid
kepada AJK Dokumentasi.

Pengacara Majlis

Ustaz Wan Aswandi bin Wan Supian Mengendalikan majlis dengan teratur
dan lancar.

9.0 TENTATIF PROGRAM

7.15 malam Pendaftaran Murid dan ibu bapa

7.30 malam Solat Maghrib berjemaah/ Bacaan Yasin

Solat Isyak berjemaah /Solat Hajat

9.15 malam Jamuan

9.40 malam Bersurai

3
UBK SKS
10. PENUTUP

Pihak sekolah berharap majlis bacaan yasin yang dianjurkan ini akan memberi peluang
kepada ibu bapa dan penjaga untuk sama-sama membantu meningkatkan keyakinan diri
murid serta mengukuhkan aspek kerohanian dalam diri mereka . Hasilnya diharap dapat
membuahkan peningkatan keputusan UPSR dari yang lebih cemerlang pada tahun ini.

11.0 ULASAN KETUA JABATAN

.......................................................................................................................................

.......................................................................................................................................

.......................................................................................................................................

Permohonan ini dipersetujui / tidak dipersetujui

Disediakan oleh, Disahkan Oleh :

. ...
( SURIA BINTI HASSAN ) ( ISHAK BIN NOH )
Guru Bimbingan dan Kaunseling, Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Salak Sekolah Kebangsaan Salak
43900 Sepang, Selangor. 43900 Sepang, Selangor

4
UBK SKS

You might also like