You are on page 1of 2

PERLEMBAGAAN KELAB CATUR

SEKOLAH KEBANGSAAN SALAK


43900 SEPANG, SELANGOR.

PENUBUHAN KELAB CATUR

1. Kelab ini ditubuhkan pada Tahun 2004.


2. Penubuhan kelab ini bertujuan memberi peluang kepada murid-murid yang berminat dan
berbakat dalam memperkembangkan bakat mereka dalam permainan catur.
3. Dua orang guru telah dilantik sebagai Guru Penasihat Kelab Komputer.

SYARAT-SYARAT KEAHLIAN

1. Semua murid tahap dua lelaki dan perempuan yang berminat boleh menyertai kelab ini.
2. Setiap ahli wajib menghadiri setiap aktiviti dan latihan yang telah ditetapkan oleh guru
penasihat.
3. Murid yang tidak hadir mesti menyatakan sebab dan surat pengesahan dari doktor atau ibu
bapa / penjaga.
4. Murid yang tidak menghadiri aktiviti tiga kali berturut-turut tanpa sebab boleh dikenakan
tindakan disiplin atau dilucutkan keahlian.

PAKAIAN

1. Semua ahli mesti memakai pakaian yang sesuai semasa aktiviti dijalankan.

1.1 Murid lelaki


1.1.1 Berbaju T sekolah atau putih dan berseluar track.

1.2 Murid perempuan


1.2.1 Berbaju T sekolah atau bewarna putih dan berseluar track.
1.2.2 Jika memakai tudung hendaklah dimasukkan ke dalam baju.

KAWASAN AKTIVITI

1. Aktiviti akan diadakan di Makmal Komputer sekolah.


KEWANGAN

1. Setiap kali perjumpaan atau setiap bulan ahli diwajibkan membayar RM 0.50 untuk tabung
kelab dan kegunaan bagi mengadakan aktiviti.
2. Kutipan mingguan akan dibuat oleh bendahari yang telah dilantik semasa mesyuarat.
3. Bendahari perlu menyerahkan semua kutipan kepada guru penasihat untuk disimpan.
4. Bendahari mesti menyediakan buku khas untuk mencatat kenyataan kewangan keluar dan
masuk kelab.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

……………………….. ……………………
(PN. SHUHAILA BT. AMAN) (EN. AZMAN BT. MOKHTAR)
Guru Penasihat Kelab Komputer Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Salak Sekolah Kebangsaan Salak

You might also like