You are on page 1of 5

SEKOLAH KEBANGSAAN PANGGAU

JALAN TEBING TINGGI


01000 KANGAR, PERLIS.

KERTAS KERJA
MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH
PELANTIKAN PEMIMPIN MURID
2023/2024

TARIKH:
10 APRIL 2023 (ISNIN)

TEMPAT:
DEWAN SEJAHTERA SEKOLAH KEBANGSAAN PANGGAU

ANJURAN:
UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING DAN HAL EHWAL MURID
1.0 PENGENALAN
Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Pengawas BOSS serta Ketua dan
Penolong Ketua Kelas merupakan satu badan khidmat sokongan kepada pihak
pentadbiran sekolah. Setiap unit tersebut mempunyai peranan yang amat penting
dalam membantu pihak sekolah untuk memastikan peraturan dan pengurusan
sekolah berjalan dengan lancar. Justeru, majlis penyerahan watikah pelantikan ini
diwujudkan bagi menghargai sumbangan murid yang terlibat dan membentuk
mereka untuk menjadi pemimpin yang berwibawa dan berketerampilan.

2.0 OBJEKTIF PROGRAM


2.1 Memberi pengiktirafan dan semangat kepada Pengawas Sekolah, Pengawas
Pusat Sumber, Pengawas BOSS serta Ketua dan Penolong Ketua Kelas
supaya melakukan tugas yang diamanahkan oleh pihak sekolah dengan
dedikasi dan penuh bertanggungjawab.
2.2 Meningkatkan tahap motivasi murid yang terpilih untuk menjalankan tugas
dengan baik.
2.3 Memberi contoh teladan dan motivasi kepada murid-murid yang lain untuk
menjadi pemimpin yang berwibawa.

3.0 KUMPULAN SASAR


Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Pengawas BOSS, Ketua Kelas dan
Penolong Ketua Kelas seramai 53 orang.

4.0 BUTIRAN PELAKSANAAN

4.1 Tarikh : 10 April 2023 (Isnin)


4.2 Masa : 7.40 pagi – 8.40 pagi
4.3 Tempat : Dewan Sejahtera Sekolah Kebangsaan Panggau
5.0 SENARAI JAWATANKUASA
Pengerusi: En. Mofizam bin Mat Russ Guru Besar
Tim. Pengerusi: Pn. Narimah binti Mohd Noor PK Pentadbiran
Naib Pengerusi 1: En. Yusrizal bin Yusoff PK Hal Ehwal Murid
Naib Pengerusi 2: Pn. Nurfaizah binti Mahmud PK Kokurikulum
Setiausaha: Pn. Syamira binti Md Dahin Kertas Kerja/Sijil/Pengacara
AJK: Pn. Azlina binti Mohamed Guru Pengawas Sekolah/Ikrar
Pn. Zunuraini binti Mohd Bahari Guru Pengawas Pusat
Sumber/Dokumentasi
Pn. Ruhaniza binti Ismail Guru Pengawas BOSS
En. Ahmizun bin Ahmad Bacaan doa
En. Nordelizan bin Abdul Rahim Pengacara/Penyelia Pengawas
Pn. Anita binti Ibrahim Banner
Pn. Hizma Funira Bt Mohd Radzi Penyampaian Sijil
En. Anuar Bin Mokhtar PA Sistem
En. Mohamad Rizal bin Mohamad Kawalan Murid
En. Noorazaharin Bin Mat Ros Persiapan tempat
En Sham Effendi bin Mustafa Fotografi
Pn. Sohanah Bt Yusoff Brosur

6.0 TENTATIF PROGRAM


7.40 pagi - Perhimpunan rasmi
8.10 pagi - Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pemimpin Murid
- Ucapan Aluan
- Bacaan doa
- Ucapan Tuan Guru Besar
- Penyampaian Watikah Pelantikan Pemimpin Murid
- Bacaan Ikrar oleh Ketua Murid
- Sesi bergambar
- Bersurai
7.0 IMPLIKASI KEWANGAN

7.1 SUMBER KEWANGAN:


Peruntukan PCG Bimbingan dan Kaunseling :RM 30.00

7.2 PERBELANJAAN:
BIL PERKARA ANGGARAN KOS JUMLAH
(RM) (RM)

1. Kertas Sijil 1 rim x RM 30.00 RM30.00

JUMLAH 30.00

8.0 PENUTUP
Semoga majlis ini akan menjadi satu kenangan manis bagi Pengawas Sekolah,
Pengawas Pusat Sumber, Pengawas BOSS dan Ketua dan Penolong Ketua Kelas serta
guru-guru yang terlibat. Manakala, bagi murid yang baharu dilantik diharap akan lebih
berkeyakinan dalam menjalankan tugasan di samping dapat mewujudkan semangat
kerjasama dan permuafakatan yang lebih jitu bagi membantu pihak sekolah dalam bidang
tugas masing-masing.
DISEDIAKAN OLEH: DISEMAK OLEH:

........................................................... ..............................................................
(SYAMIRA BINTI MD DAHIN) (YUSRIZAL BIN YUSOFF)
Guru Bimbingan dan Kaunseling, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
Sekolah Kebangsaan Panggau, Sekolah Kebangsaan Panggau,
Kangar, Perlis. Kangar, Perlis.

DISAHKAN DAN DILULUSKAN:

............................................
(MOFIZAM BIN MAT RUSS)
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Panggau,
Kangar, Perlis.
Tarikh:

You might also like