You are on page 1of 5

KERTAS KERJA

___________________
KEM PERMATA HARAPAN
SK KUALA KUBU BHARU

___________________
25 MAC 2020
DI
DEWAN PENDITA ZA’ABA
SK KUALA KUBU BHARU

DENGAN KERJASAMA PANITIA BAHASA MELAYU


PEMULIHAN KHAS,TAHUN 1,
PRASEKOLAH, MURID TAHUN 6 DAN
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
KERTAS KERJA
KEM PERMATA HARAPAN 2020
SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA KUBU BHARU

1.0 PENDAHULUAN

Kem Permata Harapan yang dianjurkan oleh Panitia Bahasa Melayu, Pemulihan Khas dan
Prasekolah SK Kuala Kubu Bharu ini merupakan satu program yang dirangka bagi melihat potensi daya
pemikiran dan proses pembelajaran murid yang lebih menyeronokkan dan menarik. Setiap kumpulan akan
melalui pelbagai halangan dan tugasan yang mencabar minda dan kreativiti mereka. Program ini juga
merupakan salah satu inisiatif Panitia Bahasa Melayu, Pemulihan Khas & Prasekolah dengan kerjasama
Guru Bahasa Melayu, Guru Tahun 1 dan murid Tahun 6 serta Unit Bimbingan dan Kaunseling untuk
memberi peluang kepada murid menguji minda, berkongsi idea di kalangan ahli kumpulan
dan mampu merangsang motivasi dan minda murid-murid ke tahap optimum.
Sehubungan itu, Panitia Bahasa Melayu, Pemulihan Khas & Prasekolah telah menganjurkan satu
program yang dapat memberi manfaat kepada peserta-peserta untuk mencungkil kebolehan dan keupayaan
mereka dalam penguasaan kemahiran membaca. .Penganjuran program ini diharapkan dapat merangsang
dan membangkitkan keseronokan serta minat murid-murid terhadap pembelajaran dan seterusnya dapat
mencapai sasaran 100% murid dalam kemahiran membaca. Program ini juga diharapkan dapat memberi
pengalaman yang berguna kepada murid-murid Tahun 6 sebagai Guru Muda. Mereka dapat menggunakan
kemahiran mereka untuk mengajar murid-murid yang lemah dalam kemahiran membaca. Di samping itu
mereka dapat mengisi masa lapang mereka berbakti kepada sekolah sebelum mereka memasuki
Persekolahan Menengah.

2.0 RASIONAL
Pelaksanaan Kem Permata Harapan ini bertujuan untuk memenuhi keperluan berikut:-

2.1 Meningkatkan perkembangan pembelajaran murid-murid melalui aktiviti bermain.


2.2 Memberi peluang kepada murid -murid pemulihan, dan prasekolah belajar dalam
suasana bebas, selamat, menggembirakan dan bermakna.
2.3 Mewujudkan kerjasama dan perkongsian dalam kalangan murid-murid
Pemulihan Khas, Prasekolah, Murid Tahun 1 dan Murid Tahun 6 di SK Kuala
Kubu Bharu.
2.4 Mengeratkan hubungan di dalam kalangan murid -murid Pemulihan Khas,
Prasekolah, Tahun 1 dan Tahun 6 di SK Kuala Kubu Bharu .
2.5 Melatih dan memberi pengalaman kepada murid Tahun 6 sebagai Guru Muda.
3.0 OBJEKTIF
Pada akhir Kem Permata Harapan, murid dapat :-

3.1 Mencapai pengunjuran 100% penguasaan kemahiran membaca.


3.2 Merangsang motivasi dan minda murid-murid ke tahap optimum melalui penerokaan, inkuiri,
pembinaan dan penemuan.
3.3 Menggalakkan penglibatan aktif murid-murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
3.4 Memberi perangsang untuk membangkitkan keseronokan dan minat murid-murid terhadap
pembelajaran mereka.
3.5 Meningkatkan keupayaan murid-murid untuk menyimpan maklumat atau pengetahuan yang
disampaikan dengan lebih lama.
3.6 Meningkatkan interaksi sosial dan membina hubungan murid terhadap guru dan rakan sebaya.
3.7 Meningkatkan kepercayaan dan kemampuan diri terhadap penguasaan sesuatu kemahiran.
3.8 Mengelakkan tekanan dan meningkatkan keyakinan diri murid-murid terhadap pembelajaran.
3.9 Melatih murid Tahun 6 menjadi Guru Muda kepada murid Pemulihan Khas, Prasekolah dan
murid Tahun 1.

4.0 MATLAMAT
4.1 Mengesan kelemahan kemahiran murid Pemulihan Khas, Prasekolah dan Tahun 1.
4.2 Mengukuhkan dan memantapkan kemahiran murid untuk menguasai kemahiran 3M iaitu salah
satu darinya ialah membaca dengan teknik yang betul.
4.3 Mensasarkan sifar Pemulihan Khas murid-murid di akhir Tahun 3

5.0 KUMPULAN SASARAN


5.1 Murid Tahun 1 yang lemah membaca, 20 orang murid Pemulihan Khas Tahun 2, 9 orang murid
Pemulihan Khas Tahun 3, 25 orang murid Prasekolah.
5.2 Murid Tahun 6 sebagai Guru muda
5.3 Guru Bahasa Melayu, Guru Pemulihan Khas, Guru Prasekolah dan Pembantu Prasekolah.

6.0 TARIKH, MASA DAN TEMPAT PELAKSANAAN


Tarikh : 25 Mac 2020
Masa : 8.00 pagi hingga 12.00 tgh hari
Tempat : Dewan SK Kuala Kubu Bharu
7.0 SUMBER KEWANGAN
Unit Bimbingan dan Kaunseling

8.0 JAWATANKUASA

JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi : PN. HARIANI BINTI MOHD HAMDAN


(Guru Besar SK Kuala Kubu Bharu)

Timbalan Pengerusi : PN. NURSANTY BINTI HASSAN BERSERI


(PK Kurikulum)

Naib Pengerusi 1 : EN. ISMAIL BIN JAMIL


(PK Hal Ehwal Murid)

Naib Pengerusi 2 : PN. NUROL WAHIDAH BINTI HASSAN


(PK Kokurikulum)

Naib Pengerusi 3 : EN. MASWADI BIN MILATUSSAMSI


( PK Pendidikan Khas)

Penyelaras Program : PN. NORZULIANA BINTI AMIR

Setiausaha : PN. NORAZILA BINTI ISMAIL

JAWATANKUASA PELAKSANA

Jawatankuasa Tindakan
Pengacara majlis Pn. Norzuliana bt Amir

Bacaan doa En. Rohaizad b Aziz

Siaraya En. Azmir b Abdullah

Disiplin Murid Prasekolah:


Pn. Norazila bt Ismail
Tahun 1 :
Pn. Fadilah bt Ahmad
Murid Pemulihan Khas :
Pn. Norzuliana bt Amir

Buku Program Pn. Nurul Nazuha Bt Yahaya


Hadiah Pn. Noralasikin Bt Md Din
Pn. Nurul Imaniyah Bt Khairullah
Gimik Pn. Farah Maziz Bt Ghazali
Pn. Nur Atiqah Bt Adni
Dokumentasi Pn. Rosnah Bt Kamaruddin
Perhiasan Pentas Cik Nur Dalila Bt Khozari
Cik Nur Diana Bt Amran
9.0 TENTATIF PROGRAM

8.00 – 8.15 pagi Ucapan alu-aluan pengerusi majlis


8.15 – 8.20 pagi Bacaan doa
8.20 – 8.30 pagi Ucapan dan perasmian oleh Guru Besar SK Kuala Kubu Bharu
8.30 – 8.40 pagi Senamrobik
8.40 –9.40 pagi Aktiviti ‘Kem Permata Harapan’
9.40 – 10.00 pagi Rehat
10.00 pagi – 12.00 tgh Aktiviti ‘Kem Permata Harapan’
12.00 tgh – 12.30 tgh Perasmian penutup dan penyampaian hadiah
12.30 tgh Bersurai

10.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL 1TEM HARGA/ UNIT JUMLAH


1. Sijil Guru Muda RM 50.00 x 1 rim RM 50.00
2. Pensel 2B RM 8 x 8 kotak RM 64.00
3. Plastic Laminate RM 36.00 x 1 rim RM 36.00
JUMLAH RM 150.00

11.0 PENUTUP
Kem Permata Harapan ini diharapkan dapat meningkatkan lagi keupayaan dan perkembangan pembelajaran
murid-murid Pemulihan Khas, Prasekolah dan murid Tahun 1 dalam kemahiran membaca. Pendekatan
belajar melalui penerokaan dan permainan ini diharap dapat membantu mengurangkan masalah murid-murid
yang belum menguasai kemahiran membaca.

Disediakan Oleh Disemak oleh, Disahkan oleh,

………………………….. .......................................... ........................................


Norzuliana Binti Amir Nursanty Bt Hassan Berseri Hariani bt Mohd Hamdan
Penyelaras Kem Penolong Kanan Pentadbiran Guru Besar
Permata Harapan SK Kuala Kubu Bharu SK Kuala Kubu Bharu
SK Kuala Kubu Bharu

You might also like