You are on page 1of 4

KERTAS KERJA

PROGRAM JOM BANTU MEMBACA ANAKKU SAYANG


SEKOLAH KEBANGSAAN TUALANG
______________________________________________________________________

1.0 PENDAHULUAN
Program Jom Bantu Membaca Anakku Sayang KPM peringkat Sekolah Kebangsaan
Tualang merupakan program yang dirangka khusus untuk murid-murid yang belum
menguasai kemahiran asas membaca dan menulis dari tahun 1 hingga tahun 6. Program ini
perlu dilaksanakan dalam usaha berterusan pihak sekolah untuk memberi sokongan
pembelajaran kepada murid-murid bagi mengukuhkan penguasaan kemahiran asas
literasi Bahasa Melayu.

2.0 TEMA
“Melestarikan Literasi Sasaran Kami”

3.0 RASIONAL
Program ini perlu dilaksanakan sejajar dengan tuntutan semasa hari ini untuk mengurangkan
kadar murid belum menguasai kemahiran asas membac dan menulis dalam kalangan murid
sekolah rendah. Diharapkan murid-murid ini juga mampu bersaing dengan rakan-rakan yang
berprestasi cemerlang suatu masa kelak.

4.0 MATLAMAT
Program ini bertujuan untuk membantu murid menguasai kemahiran asas literasi Bahasa
Melayu iaitu khusus kepada kemahiran membaca.

5.0 OBJEKTIF
5.1 Untuk penguasaan kemahiran asas literasi Bahasa Melayu iaitu khusus kepada
kemahiran membaca.

5.2 Bagi membantu murid-murid Tahun 1 hinggaTahun 6 yang masih berada di kategori
belum boleh membaca dan boleh membaca sedikit dengan bimbingan berdasarkan data yang
dikutip oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH) .

1
6.0 SASARAN
Semua murid tahun 1 hingga 6 yang telah dikenal pasti tidak dapat menguasai kemahiran
membaca pada tahap yang memuaskan.

7.0 KAEDAH PELAKSANAAN


Murid-murid yang telah dikenal pasti dikumpulkan dalam kumpulan kecil mengikut tahap
penguasaan. Murid-murid ini akan dibimbing oleh guru Bahasa Melayu mengikut waktu
senggang guru yang terlibat. Masa dan tempat bimbingan ditentukan oleh guru.

8.0 AHLI JAWATANKUASA


8.1 Ahli Jawatankuasa Induk:

Pengerusi : Aisomuddin Bin Ahmad


(Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Tualang)

Timbalan Pengerusi :Suryani Bt Mohd Rohimi


(Penolong Kanan Pentadbiran , Sekolah Kebangsaan Tualang)

Naib Pengerusi I : Zaleha Binti Mohamed


(Penolong Kanan HEM, Sekolah Kebangsaan Tualang)
Merangkap Penolong Kanan Kokurikulum

Setiausaha : Salawati Binti Mohamad

Penyelaras : Rogayah Binti Saad

8.2 Ahli Jawatankuasa Kerja

PersediaanTempat / Alatan : Siti Norliza binti Abd Ghani


Buku Program : Kamalia binti Abdul Ghani
Jurufoto/ Dokumentasi : Mohamad Amin bin Abidin
Hadiah : Noriah bt Ismail
Siaraya : Suhaimi @ Ghazali bin Hisham
Program Kaunseling : Nurul Husna binti Mohd Taher
Program/ Aktiviti : Noor Bahayah bt Baharom
Penyelaras Modul : Ahmad Shukri bin Jamaludin
Pengurusan Mentor/Mentee : Salawati binti Mohamad

2
Penyediaan Modul
Tahun 1 : Noriah binti Ismail
Tahun 2 : Azuwar bin Ahmad
Tahun 3 : Mohammad Amin bin Abidin
Tahun 4 : Suhaimi @ Ghazali bin Hashim
Tahun 5 : Salawati binti Mohamad
Tahun 6 : Ahmad Shukri bin Jamaludin

Perekodan :Rogayah binti Saad

Mentor :Guru BM dan semua guru mata pelajaran

9.0 BUTIRAN PROGRAM

9.1 Program Jom Bantu Membaca Anakku sayang

10.0 Perbelanjaan

Modul RM 10 x 42 orang RM 420

Kad Bacaan Bergambar RM 420

Hadiah Galakan RM 300

Buku Cerita saiz A4 RM 206

Jumlah RM 1346

11. 0 Sumber Kewangan


Pendapatan : Sumbangan pihak luar / Individu

12.0 PENUTUP
Diharapkan melalui program yang dirangka ini, maka para murid yang tidak menguasai
kemahiran asas membaca dapat dibantu agar menguasai kemahiran asas literasi Bahasa
Melayu khususnya kemahiran membaca sebelum melangkah ke sekolah menengah. Terima
kasih atas sokongan dan dokongan daripada pihak-pihak yang terlibat memberikan
sumbangan bagi menjayakan program ini.

3
Disediakan oleh : Disemak oleh :

………………………………………… ……………………………………….
(ZALEHA BINTI MOHAMED) (SURYANI BINTI MOHD ROHIMI)
Penolong Kanan HEM, Penolong Kanan Pentadbiran,
Sekolah Kebangsaan Tualang, Sekolah Kebangsaan Tualang.
06400 Pokok Sena, 06400 Pokok Sena,
Kedah. Kedah.

Ulasan :
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________

 Diluluskan / Tidak diluluskan

…………………………………………..
( ENCIK AISOMUDDIN BIN AHMAD )
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Tualang,
06400 Pokok Sena,
Kedah.

You might also like