You are on page 1of 5

PROGRAM PASCA UPSR

SK WAN IBRAHIM
2019

1.0 PENGENALAN
Setiap tahun Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama Unit
Kecemerlangan UPSR sekolah ini telah merangka dan melaksanakan pelbagai
aktiviti untuk murid-murid tahun enam. Aktiviti-aktiviti yang dikelolakan saban
tahun adalah sebagai wadah bagi mengisi masa yang berfaedah untuk murid-
murid selepas mereka menduduki peperiksaan UPSR. Setiap aktiviti yang
dirancang menjurus kepada kesesuaian aktiviti murid yang menepati Falsafah
Pendidikan Negara. Dua pengisian besar yang dimurnikan dalam program
tersebut iaitu meliputi Aktiviti Dalaman dan Aktiviti Luaran.

2.0 MATLAMAT
2.1 Melahirkan generasi Malaysia dengan penghayatan nilai.
2.2 Meningkatkan semangat dalam mencapai konteks murid
cemerlang, Jasmani, Emosi, Rohani, dan Intelektual.

3.0 OBJEKTIF
3.1 Menanam minat kepada murid untuk terus datang ke sekolah
walaupun telah tamat peperiksaan UPSR.
3.2 Membina semangat bekerjasama dalam kumpulan melalui aktiviti
yang dijalankan.
3.3 Meningkatkan kesedaran murid tentang pentingnya kehadiran yang
memuaskan di sekolah.
3.4 Menghindarkan murid daripada melakukan gejala yang tidak sihat
agar masa lapang dimanfaatkan sebaik mungkin.
3.5 Memberi dorongan dan keyakinan kepada murid agar mereka
mampu menyelesaikan sesuatu masalah.
3.6 Menyedari bahawa anak-anak adalah generasi yang perlu disemai
mengikut peredaran zaman agar mereka tidak lari daripada landasan
agama.
3.7 Mengisi masa dengan aktiviti-aktiviti yang menarik dan
menggalakkan interaksi sosial secara lebih positif.
3.8 Memberi pengalaman baru, mengasah bakat dan menonjolkan
kreativiti serta kemahiran yang terpendam.

4.0 SASARAN
Semua murid tahun 6 seramai 83 orang murid.

5.0 TEMPOH MASA


Sepanjang tempoh persekolahan setelah tamatnya peperiksaan UPSR iaitu
bermula September hingga November 2019.

6.0 JAWATANKUASA PELAKSANA PROGRAM

Pengerusi : En. Mohd Fazli b. Abd Hamid( Guru Besar )


Naib Pengerusi I : Pn. Hasnoraidah bt Wan Azman ( GPK Pentadbiran )
Naib Pengerusi II : Pn. Arbaayah bt Shaari ( GPK HEM )
Naib Pengerusi III : Pn. Zahalina bt Mohamad ( GPK Kokurikulum )
Naib Pengerusi IV : En. Mohd Bi Bin Mohd Samsuri ( GPK PPKI)
Penyelaras : Pn. Noriah bt Mat Tahar
Setiausaha : Pn.Siti Hafizah bt Mohamad
Pen. Setiausaha : Pn. Nur Hakimah bt Abdul Hamid
Bendahari : Pn.Rohayati bt Hussin
JAWATANKUASA KERJA
Melibatkan :
semua guru yang mengajar Tahun Enam mengikut bidang tugas panitia masing-
masing.
Guru – guru mengikut Panitia masing – masing
1. Panitia BM
2. Panitia BI
3. Panitia MT
4. Panitia SNS
5. Panitia PAI / BA
6. Panitia Muzik
7. Panitia PSV
8. Panita RBT dan TMK
9. Panitia Sejarah
10.Panitia Moral
11.Panitia PJ / PK

7.0 TENTATIF PROGRAM


Rujuk Lampiran Jadual

8.0 ANGGARAN KOS PERBELANJAAN

PENDAPATAN RM PERBELANJAAN RM

Unit Bimbingan & 600.00 Penceramah RM 200 200.00


Kaunseling
Fasilitator RM 200 200.00

Unit
Hadiah Murid
Kecemerlangan 200.00
UPSR
9.0 PENUTUP
Sokongan yang padu oleh pihak pentadbir dan guru-guru diharap akan dapat
melicinkan tugas jawatankuasa yang mengelola program ini. Dengan adanya
kewangan yang mencukupi dan perancangan yang teliti, InshaAllah semua yang
dirancang akan dapat dijalankan dengan jayanya hasil daripada komitmen yang
tinggi oleh semua pihak.

Disediakan oleh, Disemak oleh

…………………………. ………………………….
Nur Hakimah Bt Abdul Hamid Hasnoraidah bt Wan Azman
Pen.Setiausaha GPK Pentadbiran
Program Pasca UPSR SK Wan Ibrahim

Disahkan oleh,

………………………….
Mohd Fazli b.Abd Hamid
Guru Besar
SK Wan Ibrahim
Kuala Lipis
SEKOLAH KEBANGSAAN WAN IBRAHIM
Sekolah Kluster Kecemerlangan

KERTAS KERJA

PROGRAM PASCA UPSR


2019

TEMPAT
SK WAN IBRAHIM

TARIKH
SEPTEMBER, OKTOBER DAN NOVEMBER

ANJURAN
UNIT KECEMERLANGAN UPSR
Dengan kerjasama
UNIT BIMBINGAN KAUNSELING

You might also like