You are on page 1of 5

PROGRAM MOTIVASI

DAMAI MERENTASI SAHSIAH

1.0 PENGENALAN
Selari dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025
yang mahu melahirkan generasi cemerlang terutama dalam kala-ngan
pelajar supaya menjadi modal insan terpuji agar dapat menjadi pemimpin
pelapis negara suatu hari nanti. Sahsiah terpuji dan akademik cemerlang
adalah dua faktor penting perlu digilap kerana generasi muda kini yang
akan mewarisi tampuk kepemimpinan negara suatu hari nanti.
Sehubungan itu, memerlukan mereka mempunyai nilai integriti tinggi yang
perlu dipupuk bermula daripada sekarang, selain komited dalam apa jua
perkara dilakukan.

2.0 MATLAMAT
2.1 Melahirkan generasi Malaysia dengan penghayatan nilai rohani.
2.2 Meningkatkan semangat dalam mencapai konteks murid
cemerlang bukan sahaja dari segi akademik tetapi juga cemerlang
sahsiah dan peribadi.

3.0 OBJEKTIF
3.1 Meningkatkan kesedaran murid tentang pentingnya ilmu.
3.2 Menghindarkan murid daripada melakukan gejala yang tidak
sihat agar masa lapang dimanfaatkan sebaik mungkin.
3.3 Menyedari bahawa anak-anak adalah generasi yang perlu
disemai mengikut peredaran zaman agar mereka tidak lari daripada
landasan agama.
3.4 Mengisi masa dengan aktiviti-aktiviti yang menarik dan
menggalakkan interaksi sosial secara lebih positif.

4.0 SASARAN
Semua peserta perkhemahan.
5.0 TEMPOH MASA
Tarikh : 12 Oktober 2017 - Khamis
Masa : 7.00 malam 9.00 malam
Tempat : Dewan Ibnu Sina, SK Wan Ibrahim

6.0 JAWATANKUASA PELAKSANA PROGRAM

Pengerusi : Muhd Hasbi bin Ibrahim ( Guru Besar )


Naib Pengerusi I : Pn. Hasnoraidah bt Wan Azman ( GPK HEM )
Naib Pengerusi II : Pn. Dasimah bt Daud ( GPK Pentadbiran )
Naib Pengerusi III : Pn.Norjulita Asmara bt Mohd Nadzir ( GPK
Kokurikulum )
Naib Pengerusi IV : En.Mohd Bi Bin Mohd Samsuri ( GPK Pendidikan
Khas )
Setiausaha : Pn.Nur Hakimah bt Abdul Hamid

JAWATANKUASA KERJA
Melibatkan :
a.Panitia Agama Islam
b.Semua guru yang bertugas ketika perkhemahan berlangsung

7.0 TENTATIF PROGRAM


7.00 malam : Murid bersedia untuk solat berjemaah
7.15 malam : Solat Maghrib
7.45 malam : Tazkirah
8.20 malam : Solat Isyak
8.40 malam : Ceramah Motivasi ; Damai Merentasi Sahsiah
10.00 malam : Bersurai

8.0 ANGGARAN KOS PERBELANJAAN


PENDAPATAN RM PERBELANJAAN RM

Unit Bimbingan & 200.00 Bayaran 200.00


Kaunseling penceramah

JUMLAH BESAR 200.00

9.0 PENUTUP
Sokongan yang padu oleh pihak pentadbir dan guru-guru diharap akan dapat
melicinkan tugas jawatankuasa yang mengelola program ini. Dengan adanya
kewangan yang mencukupi dan perancangan yang teliti, InshaAllah semua
yang dirancang akan dapat dijalankan dengan jayanya hasil daripada
komitmen yang tinggi oleh semua pihak.

Disediakan oleh, Disemak oleh

. .
Nur Hakimah Bt Abdul Hamid Hasnoraidah bt Wan Azman
Setiausaha GPK Hal Ehwal Murid
Program Pasca UPSR SK Wan Ibrahim

Disahkan oleh,

.
Muhd Hasbi Bin Ibrahim
Guru Besar
SK Wan Ibrahim
Kuala Lipis, Pahang
SEKOLAH KEBANGSAAN WAN IBRAHIM
Sekolah Kluster Kecemerlangan

KERTAS KERJA MOTIVASI

DAMAI MERENTASI SAHSIAH


2017

TEMPAT
SK WAN IBRAHIM

TARIKH
12 OKTOBER 2017 - KHAMIS

ANJURAN
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Dengan kerjasama
UNIT BINA INSAN

You might also like