You are on page 1of 5

KERTAS KERJA

PENAMBAHBAIKAN PRASARANA DAN


KECERIAAN PUSAT SUMBER SEKOLAH

TARIKH : 20 Mac 2023 hingga 31 Disember


2023

0
1
1.0 PENDAHULUAN

Pusat Sumber Sekolah adalah sebuah tempat yang menyediakan kemudahan serta koleksi
bahan pengajaran dan pembelajaran yang perlu diurus secara sistematik. Hal ini supaya PSS
dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) berlaku dalam situasi yang
selesa, menarik dan mudah difahami serta mencapai objektifnya. Sehubungan dengan itu,
sumber dan prasana yang cukup serta keceriaan Pusat Sumber adalah aspek paling utama
bagi menarik minat seluruh warga SK(A) Datuk Haji Abdul Kadir Hassan untuk menggunakan
PSS dengan optimum.
Pertambahan bahan bacaan, alat bantu belajar dan menambah baik keadaan fizikal serta mutu
perkhidmatan Pusat Sumber Sekolah yang sedia ada boleh menjadikan sebuah pusat sumber
yang lengkap, bermaklumat, selesa serta berfungsi sepenuhnya bagi mencapai objektif proses
Pengajaran dan pembelajaran (P&P) selaras dengan kehendak Pusat Sumber Pendidikan
Negeri (PSPN) dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Mengadakan sebuah Pusat Sumber Sekolah yang lengkap dengan beberapa
kemudahan asas yang penting supaya dapat berfungsi dengan sebaik-baiknya
disamping lebih mudah dan selesa digunakan sewaktu proses P&P.

2.2 Menambah bilangan bacaan dan rujukan di perpustakaan selaras dengan fungsinya
sebagai gedung ilmu dan sumber rujukan murid-murid di sekolah.

2.3 Menambah pelbagai Bahan Bantu Mengajar yang berkualiti, mudah digunakan, mudah
disimpan, menarik, tahan lama serta serba guna lebih-lebih lagi sesuai dengan sukatan
pelajaran masa kini.

2.4 Menambahkan keceriaan PSS supaya lebih selesa dan menarik agar dapat
dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya oleh guru-guru dan murid-murid disamping
mewujudkan situasi P&P yang pelbagai serta berlainan daripada di bilik darjah.

2.5 Mewujudkan keadaan bilik atau ruang yang sesuai serta selesa di samping peralatan
yang lengkap dan mudah digunakan (mesra pengguna)

3.0 SASARAN

3.1 Guru-guru SK(A) Datuk Haji Abdul Kadir Hassan

3.2 Pengawas PSS 2023

2
4.0 TARIKH DAN TEMPAT

4.1 Tarikh : 20 Mac 2023

4.2 Tempat : Pusat Sumber Sekolah

5.0 AHLI JAWATAN KUASA INDUK

Pengerusi : Encik Ishak bin Haji Dahlan


Naib Pengerusi 1 : Ustaz Aali Mussalamshah bin Hamden
Penyelaras Program : Puan Maznah bt. Ibrahim
Setiausaha : Puan Junaidah bt. Shukor
Bendahari : Puan Rogayah bt. Suhaili
AJK : AJK PSS

6.0 RANCANGAN PEMBANGUNAN

6.1 Pembangunan Fizikal

BIL PERANCANGAN ANGGARAN


BELANJAWAN
1. Membaik pulih dan menyusun semula rak-rak buku -

2. Memasang karpet dinding pada papan kenyataan di pusat


sumber (bilik wall room)
Papan kenyataan 12 papan kenyataan 4X4m2
172m2 x RM 8 =
Papan kenyataan 2 papan kenyataan 6x4
24m2 x RM 8 =

3. Menambah sudut informasi dan melengkapkan papan


kenyataan di bilik pusat sumber, bilik unit Teknologi
Pendidikan dan bilik akses.

6.2 Aktiviti dan Program PSS

BIL PERANCANGAN ANGGARAN


BELANJAWAN
4. Melengkapkan maklumat PSS dan laluan tangga ke PSS
untuk projek mengindahkan sekolah.

5. Aktiviti bersama panitia atau kaunseling


contoh program anti dadah peringkat sekolah

3
7.0 PENUTUP

Besar harapan semoga projek ini dapat dilaksanakan dengan jayanya bersama-sama dan
mencapai objektif yang digariskan dalam menjadikan PSS sebagai pusat tumpuan ilmu di
sekolah ini dan seterusnya melahirkan pelajar yang cemerlang dari semua sudut. Semoga apa
jua sumbangan dan bantuan yang diberikan mendapat keberkatan dari Ilahi. Segala
perancangan, pengurusan dan pentadbiran yang teliti menjadikan pelaksanaan yang dibuat
berjalan dengan lancar berserta hidayah dan pertolongan Allah SWT.

DISEDIAKAN OLEH, DISAHKAN OLEH,

………………………………………. ……………………………………..

PUAN MAZNAH BT IBRAHIM Encik Ishak bin Haji Dahlan


Penyelaras Pusat Sumber Guru Besar

You might also like