You are on page 1of 2

KERTAS CADANGAN

PEMBANGUNAN DAN KECERIAAN PUSAT SUMBER


SK TAPAH
TAHUN 2022
 

1.  RASIONAL

Pusat Sumber merupakan pusat perkhidmatan akses maklumat bersepadu yang


mengandungi pelbagai sumber pendidikan dalam bentuk bahan cetak, bukan cetak dan
digital. Pusat Sumber Sekolah perlu mempunyai koleksi yang menepati piawaian dan
terkini, diurus dengan cekap dan berkesan, dan digunakan secara optimum bagi
meningkatkan kualiti proses pengajaran dan pembelajaran. 
 
2.   MATLAMAT

Menyediakan perpustakaan yang lengkap dan selesa untuk kegunaan para pelajar dan
guru untuk mengakses maklumat dengan lebih berkesan.
 
3.     OBJEKTIF
3.1   Menyediakan sebuah perpustakaan yang lengkap dengan penambahan beberapa
kemudahan asas yang penting supaya dapat berfungsi dengan sebaik-baiknya
disamping lebih mudah dan selesa digunakan sewaktu proses PdP.
3.2 Menambahkan keceriaan perpustakaan supaya lebih selesa dan menarik agar dapat
dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya oleh guru-guru dan murid-murid disamping
mewujudkan situasi PdP yang pelbagai serta berlainan daripada di bilik darjah.
3.3     Mewujudkan keadaan bilik atau ruang yang sesuai serta selesa di samping peralatan
yang lengkap dan mudah digunakan (mesra pengguna)
3.4      Menyediakan perpustakaan yang lebih kondusif dan menarik minat murid untuk lebih
kerap datang ke perpustakaan.
 
 
4. SASARAN
    Semua murid dan guru SK Tapah
 
5. TEMPAT    
Pusat Sumber Sk Tapah
 
6. TEMPOH GERAK KERJA   
Januari 2022 hingga Mac 2023
 
7. SUMBER KEWANGAN

Peruntukan Yuran Khas Sekolah – Pusat Sumber Sekolah


8. ANGGARAN BELANJA MENGURUS.

Bil. Perkara Butiran Jumlah (RM)

1 Banner RM 60 x 4 unit 240.00

2 Cat dan berus RM 70 x 4 unit 280.00

3 Buku 2500.00

JUMLAH 3020.00

Disediakan oleh: Diluluskan oleh:

(HAMIDAH BT ABDUL AZIZ) (Mohd Pauzi Bin Abd Rahman )


Guru Perpustakaan dan Media Guru Besar
SK Tapah SK Tapah

You might also like