You are on page 1of 63

Pusat Sumber

dan
Agensi-Agensi
Maklumat
Umumnya sumber pengajaran di bahagikan kepada 2
komponen iaitu :-
Sumber manusia
Sumber bukan manusia
SUMBER PENGAJARAN

SUMBER BUKAN MANUSIA

Baha Bahan Bahan Siste


Bahan
n Audio
Tayan Bukan m
Cetak g Tayang Video
AGENSI-
AGENSI
MAKLUMAT

Perpusta
kaan

Bahagian Pusat
Teknologi
Pendidikan Sumber
(BTP) Sekolah

Pusat Sumber Pusat


Pendidikan Kegiatan
Negeri (PSPN) Guru
PUSAT SUMBER SEKOLAH

 Pusat Sumber sekolah adalah sebuah tempat yang


menyediakan kemudahan serta koleksi bahan pengajaran
dan pembelajaran yang diurus secara sistematis.
  Pusat Sumber menyediakan maklumat perkhidmatan
dan peluang bagi memperkukuhkan pengajaran-
pembelajaran untuk penguasaan kemahiran asas serta
kemahiran maklumat pendidikan kearah pembentukan
masyarakat berbudaya ilmu, gemar membaca dan
berkemahiran belajar sepanjang hayat
OBJEKTIF PUSAT SUMBER SEKOLAH

 Meningkatkan mutu pengajaran pembelajaran dan potensi


individu serta sahsiah.
 Menggalakkan pelajar dan guru menggunakan pelbagai
kemudahan pembelajaran supaya mereka tidak hanuya
bergantung kepada buku teks dan kaedah tradisional sahaja.
 Memupuk tabiat belajar sendiri,membaca dan menyelidik
melalui pencarian dan penggunaaan makljmat secara sistematis.
 Membantu pelajar dan guru menghasilka, menilai dan
menggunakan pelbagai alatan dan bahan pengajaran dan
pembelajaran
 Mengadakan perkhidmatan untuk memenehi keperluan
pembelajaran yang berbeza di kalangan pelajar-pelajar
 Melatih pelajar mengguna kemahiran maklumat dalam proses
pembelajaran.
FUNGSI PUSAT SUMBER SEKOLAH
 Mengenalpasti dan menyediakan koleksi bahan utk
keperluan kurikulum dan ko-kurikulum
 Berkhidmat sebagai pusat bahan dan alatan yg boleh
digunakan dalam proses pembelajaran
 Tempat pemilihan dan penilaian bahan sebelum
digunakan
 Pintu masuk maklumat dari agensi luar

 Mendapatkan panduan mencari, mengguna,


menghasil dan mempersembahkan maklumat
keperluan kurikulum
 Menggalak aktiviti membaca dan kemahiran
maklumat
 Mengembangkan kemahiran pembelajaran kendiri

 Menyedia keperluan terkini teknologi pendidikan

 Menyedia perkhidmatan reprografi dan rakamsalin


CONTOH :-
 PUSAT SUMBER SMK SEAFIELD
PENGENALAN

      Pusat Sumber Sekolah (PSS) ialah sebuah pusat yang


dilengkapi dengan
 bahan cetak, peralatan dan kemudahan sebagai bantuan
atau sokongan
 bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran yang
disesuaikan dengan keperluan
 kurikulum sekolah bagi mencapai matlamat pengajaran
dan pembelajaran
 yang berkesan untuk individu dan kumpulan.

 
OBJEKTIF
 a)  Membantu pelajar menggunakan bahan-bahan 
 pelajaran tambahan yang mendalam dan   kemaskini.

 

 b)  Memupuk kemahiran menggunakan bahan- bahan PSS


dengan berkesan di kalangan pelajar.
 

 c)  Memupuk dan menanamkan kemahiran pelajar

  agar mereka dapat menjadi pelajar yang dedikasi, matang


dan berdisiplin.
 

 d)  Membantu memupuk dan mengembangkan bakat dan


kebolehan pelajar berdasarkan minat   dan kecenderungan.
 
 e)  Memupuk dan menanamkan tabiat gemar membaca dan
menyelidik di kalangan pelajar.
  

 f)  Membantu guru-guru memilih dan mendapatkan

 bahan-bahan yang sesuai dan berkesan untuk

 pengajaran.

  

 g)  Membantu, bekerjasama dan menasihat guru-guru dalam


perancangan dan penyediaan bahan-bahan dan aktiviti-aktiviti
untuk pengajaran.
  

 h)  Membantu guru menyedia dan menghasilkan 

bahan-bahan untuk pengajaran.


FUNGSI

 a)  Mengenalpasti dan menyediakan koleksi bahan untuk keperluan


kurikulum dan ko-kurikulum
 
 b)  Berkhidmat sebagai pusat bahan dan alatan  yang boleh digunakan
secara individu atau kumpulan dalam proses pembelajaran

 c)  Menyediakan alatan repografi dan rakam salin serta memberi


perkhidmatannya bagi memudahkan proses pembelajaran
 
 d)  Merupakan tempat bahan pengajaran –  pembelajaran dapat dipilih dan
dinilai untuk   kegunaan dalam kelas atau di rumah
 
 e)  Membuat perancangan supaya koleksi bahan   dan perkembangan
terkini dalam bidang pendidikan dan teknologi
 
 f)   Menjadikan pusat sumber pusat perhubungan   di antara sekolah
dengan agensi maklumat   lain bagi tujuan perolehan atau pinjaman bahan
yang diperlukan
 
 g)  Menyediakan kemudahan untuk menyokong aktiviti pembelajaran

 h)  Memberi panduan mencari, mengguna,  menghasil dan


mempersembahkan maklumat selaras dengan kurikulum

 i)  Menyediakan peluang pelajar mengembangkan  kemahiran


pembelajaran kendiri
 
 j)  Menggalakkan dan mempromosikan aktiviti membaca dan kemahiran
maklumat
 
PUSAT KEGIATAN GURU (PKG)
 Pusat Kegiatan Guru adalah pemangkin untuk
merangsang pembangunan professional guru-guru
khususnya bagi meningkatkan pengetahuan dan
pembudayaan teknologi pendidikan dalam pengajaran
dan pembelajaran serta penggunaan dan pengurusan
pusat sumber sekolah. Ia selaras dengan matlamat
pendidikan bestari dan Falsfah Pendidikan Negara.
 Pusat Kegiatan Guru juga dijadikan pusat perkembangan
professional untuk guru-guru dan masyarakat setempat.
OBJEKTIF PUSAT KEGIATAN GURU.

 Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru-guru dalam


teknopen.
 Mengumpulkan dan menyebar maklumat profesionalk
pendidikan khususnya dalam kenopen ke sekolah-sekolah.
 Meningkatkan keberkesanan pengurusan dan penggunaan
Pusat Sumber Sekolah (PSS).
 Membantu dalam penghasilan bahan sumber pengajaran dan
pembelajaran untuk sekolah-sekolah.
 Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru-guru dalam
teknologi maklumat.
 Menyediakan kemudahan-kemudahan bagi aktiviti
professional pendidikan untuk guru-guru dan masyarakat
setempat.
FUNGSI PUSAT KEGIATAN GURU
 Sebagai pusat kegiatan profesional dan kurikulum
serta pusat melaksanakan aktiviti-aktiviti iktisas dan
kurikulum yg berkait rapat dgn keperluan sekolah.
 Pusat yang menyediakan kemudahan dan
perkhidmatan bahan-bahan pendidikan, alat bantu
dan penghasilan bahan P & P.
 Sebagai pusat sosial bagi meningkatkan proses
sosialisasi antara pendidik, pentadbir dan guru
CONTOH:-
PUSAT SUMBER PENDIDIKAN NEGERI (PSPN)

 Pusat Sumber Pendidikan Negeri mempunyai konsep yang


bertujuan untuk mengendalikan dua fungsi, iaitu sebagai pusat
sumber dan juga sebagai pusat kegiatan guru. Oleh itu dari
segi konsepnya PSPN boleh dianggap sebagai satu tempat di
mana guru-guru dengan bimbingan ahli-ahli perunding pakar-
pakar atau kakitangan sumber kesemuanya sama-sama
mengeluarkan bahan-bahan kurikulum (dalam bentuk
kebendaan dan bukan kebendaan) mengguna dapatan-dapatan
penyelidikan, dan menyedia atau menerima pendidikan dalam
perkhidmatan dengan pertimbangan untuk menambahkan lagi
kecekapan ikhtisas guru-guru bagi memenuhi keperluan
pendidikan myang semakin bertambah (BPPP, 1980).
  
OBJEKTIF PUSAT SUMBER
PENDIDIKAN NEGERI
 Menyediakan perancangan bagi aktiviti membina dan menyebarkan
bahan pengajaran dan pembelajaran dalam pelbagai media kepada
sekolah-sekolah.
 Merancangkan, melaksanakan, dan mengawal selia projek inovasi,

projek perintis, dan projek khas yang berkaitan dengan teknologi


pendidikan dan teknologi maklumat di sekolah.
 Merancangkan, melaksanakan, dan menilai keberkesanan program

kemajuan staf di Pusat Sumber Pendidikan Negeri dan Pusat Kegiatan


Guru.
 Merancangkan dan menjalankan penyelidikan dan penilaian terhadap

produk, pelaksanaan program dan projek, dan keberkesanan


penggunaan media dan teknologi dalam proses pengajaran dan
pembelajaran di sekolah.
 Memberikan sokongan, bimbingan, dan galakan kepada sekolah dalam

hal-hal yang berkaitan dengan pembinaan dan pemilihan bahan yang


sesuai untuk proses pengajaran dan pembelajaran; dan pengurusan
serta penggunaan pusat sumber.
FUNGSI PUSAT SUMBER PENDIDIKAN
NEGERI
 Melatih pakar-pakar dalam merancang,
merekacipta, mengguna dan mengurus sumber-
sumber P&P
 Menyebar dan menggalakkan penggunaan
teknologi pendidikan terkini dlm proses P&P
 Menjalankan penyelidikan dan penilaian berkaitan
dengan proses P&P dgn kerjasama pendidik
 Memberi bimbingan dan penyeliaan berterusan ke
atas PKG
 Membangun bidang Sains, Matematik dan
Komputer melalui projek-projek latihan
kemahiran penghasilan bahan-bahan P&P dan
pengkaedahan
CONTOH:-
 
BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN (BTP)

 Bahagian Teknologi Pendidikan diwujudkan dalam tahun


1972 dengan nama Bahagian Perkhidmatan Sebarang
Pendidikan untuk memberi perkhidmatan siaran radio
pendidikan, perkhidmatan alat pandang dengar, dan
perkhidmatan siaran TV Pendidikan ke sekolah-sekolah.
Dalam tahun 1988, Bahagian Perkhidmatan Sebaran
Pendidikan bertukar nama kepada Bahagian Teknologi
Pendidikan apabila fungsinya diperluas bagi
merangkumi perkhidmatan pusat sumber.
 

OBJEKTIF BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN

 Mewujudkan kesedaran dan memupuk sikap pentingnya peranan


teknologi pendidikan di dalam perkembangan dan kemajuan pendidikan
di negara ini.
 Memberi khidmat bantuan yang boileh mengukuhkan proses pengajaran
dan pembelajaran, khususnya untuk faedah sekolah-sekolah di luar
Bandar.
 Menggalakkan guru-guru menyampaikan pelajaran dengan cara kreatif
dan inovatif melalui penggunaan pelbagai jenis media pendidikan.
 Menggayakan program pendidikan dan melaksanakan sebarang
pembaharuan dalam system pendidikan yang berkaitan dengan
penggunaan media teknologi.
 Memberi khidmat nasihat dan bantuan teknikal ke arah penggunaan
media teknologi pendidikan secara berkesan.
 Menyebarkan maklumat mengenai pembaharuan dan perkembangan
dalam bidang pendidikan kepada pelajar, guru dan ibu bapa.
FUNGSI BAHAGIAN TEKNOLOGI
PENDIDIKAN
 Mengkaji dan mentafsir dasar keperluan
pendidikan yg berkaitan dg peranan media dan
teknologi bagi mengukuh proses P&P di
sek.ren.dan men.
 Merancang, menyediakan dan menerbitkan bahan
P&P dlm pelbagai media
 Menyebarkan bhn P&P yg diterbitkan melalui
media yg sesuai
 Mengesan, menilai dan mengkaji keberkesanan
penggunaan media dan teknologi dlm proses P&P
di sek ren dan men.
 Merancang, menyelaras dan memantau
pelaksanaan pembangunan fizikal, program,
aktiviti dan pengurusan kewangan Pusat Sumber
Pendidikan Negeri (PSPN/ BTPN) dan Pusat
Kegiatan Guru (PKG)
 Menguruskan pelaksanaan Sekolah Bestari
 Menguruskan mesyuarat di peringkat KPM
berkaitan dg dasar dan pelaksanaan program TP
di sek ren dan sek men.
PERPUSTAKAAN & AGENSI MAKLUMAT
LAIN

JENIS-JENIS PERPUSTAKAAN

Perpustakaan Perpustakaan Perpustakaan Perpustakaan


Akademik Khas / Khusus Awam Negara Malaysia
PERPUSTAKAAN AKADEMIK

 Dasar kerajaan yang memberi perhatian utama kepada sektor


pendidikan di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) dengan memberi
peruntukan kewangan yang besar membolehkan perpustakaan akademik
dianggap sebagai perpustakaan yang termaju di negara ini jika
dibandingkan dengan perpustakaan-perpustakaan lain seperti
perpustakaan awam, perpustakaan sekolah atau perpustakaan khusus.

 Perpustakaan akademik terdapat di semua institusi pengajian tinggi,


maktab-maktab perguruan, politeknik-politeknik, kolej-kolej
matrikulasi, kolej-kolej awam dan kolej-kolej swasta

 Perpustakaan akademik telah wujud lebih daripada 10 tahun di mana


perolehan bahannya melebihi 200, 000 koleksi termasuk buku, jurnal,
bahan elektronik dan bukan elektronik.
OBJEKTIF PERPUSTAKAAN
AKADEMIK

 Memenuhi keperluan maklumat Institusi Pendidikan atau


Latihan dalam kegiatan pembelajaran, pengajaran,
penyelidikan dan perundingan
 Mengoptimumkan penggunaan pelbagai kemudahan dan
sumber maklumat
 Memperkukuhkan program pendidikan pelanggan ke
arah pembelajaran sepanjang hayat
PERPUSTAKAAN KHAS / KHUSUS

 Perpustakkan Khas merupakan sebuah organisasi atau


badan Kerajaan yang menyediakan perkhidmatan khusus
kepada pengguna organisasi atau mempunyai koleksi
khusus dalam bidang berkaitan dengan atau bagi
kepentingan organisasi induk. Perpustakaan Khas juga
dikenali sebagai Pusat Sumber,Pusat maklumat dan
Pusat rujukan
 Bekerjasama di kalangan ahli dengan Perpustakaan Negara Malaysia ke
OBJEKTIF PERPUSTAKAAN KHAS / KHUSUS
 

arah meningkatkan serta mengukuhkan pembangan perkhidmatan


Perpustakaan Khusus Perkhidmatan Guna sama.
 Bekerjasama di kalangan ahli dan Perpustakaan Negara Malaysia ke arah
pembangunan sumber manusia di Perpustakaan Khusus Perkhidmatan Guna
sama.
 Sebagai saluran untuk mengemukakan masalah perkhidmatan dan yang
berkaitan dengan Perpustakaan Negara Malaysia dan mengatasinya
bersama.
 Menghubungkan siraturrahim pegawai perpustakaan khusus perkhidmatan
guna sama melalui perjumpaan dan program-program yang berbentuk
professional dan separa professional
 Mewujudkan satu panduan pengurusan perkhidmatan khidmat nasihat dan
khidmat perundingan.
 Memastikan khidmat nasihat dan perundingan yang cemerlang dan berkesan
serta memenuhi keperluan pengguna mengikut perkembangan semasa.
PERPUSTAKAAN AWAM
 Perpustakaan awam terdapat di seluruh negeri dengan
tujuan untuk memastikan semua masyarakat tanpa
mengira kaum dan peringkat umur mendapat kemudahan
membaca dan menggunakaan peralatan moden yang lain
seperti perkakasan dan perisian komputer, televisyen,
radio, pemain kaset video dan sebagainya bagi
menambahkan ilmu pengetahuan maklumat mutakhir
dalam menjalani kerja seharian mereka. Bahan rujukan
di perpustakaan awam tidak kira buku atau media
elektronik moden sentiasa diperbaharui dari masa ke
semasa untuk memastikan pengguna mendapat
perkhidmatan terbaik.
OBJEKTIF PERPUSTAKAAN AWAM

 Menanam dan mengukuh tabiat membawa di kalangan


masyarakat awam supaya menjadi masyarakat yang
berilmu dan celik IT.
 Mengaplikasikan teknologi tinggi sebagai penjana
maklumat dengan efektif dan efisyen.
 Memberi perkhidmatan berorientasikan pengguna
sepenuhnya.
PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA
 Perpustakaan Negara Malaysia berperanan penting
sebagai teras khazanah ilmu dalam memupuk budaya
membaca di kalangan masyarakat terutamanya
menjelang alaf baru.  Justeru itu adalah menjadi
tanggungjawab Perpustakaan Negara Malaysia untuk
menyelaras pembangunan prasarana perkhidmatan
perpustakaan dan maklumat di seluruh negara bagi
memastikan agar seluruh masyarakat dapat menikmati
kemudahan perkhidmatan maklumat yang berkesan. 
OBJEKTIF PERPUSTAKAAN NEGARA
MALAYSIA
 Menyediakan bagi penggunaan generasi masa kini dan
masa depan satu koleksi sumber-sumber perpustakaan di
peringkat kebangsaan;
 Memudahkan penggunaan di seluruh negara sumber-
sumber perpustakaan yang terdapat di dalam dan di luar
negeri; dan
 Mengadakan kepimpinan dalam perkara- perkara yang
berkaitan dengan perpustakaan. 
AGENSI-AGENSI MAKLUMAT LAIN

Galeri Pusat Sumber


Arkib Muzium Internet
Seni Elektronik
ARKIB NEGARA

Arkib adalah rekod yang tidak aktif yang mempunyai nilai sejarah dan
kebangsaan, dipelihara dan disimpan kekal di Arkib Negara. Bahan Arkib adalah
amat penting sebagai bahan bukti dan sumber rujukan yang boleh digunakan
oleh kerajaan, penyelidik dan generasi akan datang.
Memastikan rekod negara yang bernilai kekal dipelihara, menyediakan perkhidmatan rujukan dan kemudahan penyelidikan  yang terbaik serta memasyarakatkan bahan arkib dan sejarah.

VISI ARKIB NEGARA MALAYSIA


 Menjadi Pusat Arkib dan Penyelidikan Negara yang
unggul.
MISI ARKIB NEGARA MALAYSIA

 Memastikan rekod negara yang bernilai kekal dipelihara,


menyediakan perkhidmatan rujukan dan kemudahan
penyelidikan  yang terbaik serta memasyarakatkan bahan
arkib dan sejarah.
OBJEKTIF
 Meningkatkan kecekapan pengurusan rekod kerajaan melalui khidmat nasihat
dan penguatkuasaan Akta Arkib Negara 2003.
 Meningkatkan kesedaran penjawat awam untuk memelihara rekod kerajaan
yang bernilai sebagai memori institusi.
 Memperolehi koleksi bahan arkib dari sumber tidak rasmi melalui hadiah,
sumbangan, derma, pembelian dan sebagainya.
 Memelihara bahan arkib sebagai warisan negara mengikut piawaian yang
telah ditetapkan.  
 Menggalakkan penggunaan bahan arkib sebagai sumber rujukan dan
penyelidikan melalui kemudahan capaian.
 Mempertingkatkan kesedaran dan penghayatan sejarah negara melalui
penggunaan bahan arkib.
 Memperluaskan penyebaran dan penggunaan bahan arkib melalui penggunaan
teknologi terkini, pameran, penerbitan dan sebagainya.
 Meningkatkan jumlah pelawat ke Arkib Negara dan Memorial melalui
program dan aktiviti yang terancang.
FUNGSI
 Memberi khidmat nasihat kepada jabatan-jabatan Kerajaan
mengenai pengurusan rekod awam yang sistematik dan
berkesan.
 Mengesan, mengumpul menyimpan dan memelihara rekod
dan bahan-bahan maklumat yang mempunyai nilai
kebangsaan dan sejarah sebagai warisan khazanah negara.
 Menyediakan kemudahan rujukan dan penyelidikan kepada
jabatan-jabatan Kerajaan dan orang awam.
 Menjalankan program penyelidikan dan pendokumentasian
bagi tujuan memperlengkapkan maklumat mengenai sejarah
tanahair.
 Menyebarkan ilmu dan maklumat bernilai sejarah dikalangan
orang ramai.
PERKHIDMATAN
 Arkib Negara Malaysia menawarkan perkhidmatan-perkhidmatan
pengurusan rekod kepada Kementerian / Jabatan / Agensi Kerajaan
seperti berikut:
 Memberi khidmat nasihat kepakaran Pengurusan Rekod.
 Menyediakan perkhidmatan penilaian rekod.
 Memberi kelulusan pemusnahan rekod.
 Memberi panduan penyediaan JPR.
 Memberi panduan penubuhan Bilik rekod / Pusat Rekod Agensi.
 Menyediakan ruang penyimpanan rekod bagi
Kementerian/Jabatan/Agensi.
 Menyediakan ruang penyimpanan rekod bagi
Kementerian/Jabatan/Agensi Kerajaan.
 Melatih Pegawai Rekod Jabatan/Pegawai Kerani Rekod dalam
Pengurusan Rekod.
MUZIUM NEGARA
 Muzium Negara, sebuah bangunan indah bercirikan
senibina Melayu tradisional berdiri megah di tengah-
tengah bandaraya Kuala Lumpur sebagai gedung
khazanah sejarah negara. Kini Muzium Negara yang
baru selesai dinaiktaraf  pada tahun 2008, tampil lebih
menarik dan interaktif dalam membawa pengunjung
menerokai sejarah Malaysia bermula dari era prasejarah
hingga ke Malaysia kini. 
OBJEKTIF MUZIUM NEGARA
 Menjalankan penyelidikan terhadap bahan dan artifak
yang mempunyai kepentingan kepada sejarah negara;
 Menjalankan aktiviti permuziuman seperti menyelidik,
mengumpul, merekod dan menerbitkan segala khazanah
warisan sejarah negara;
 Mempamerkan dan memanfaatkan bahan artifak warisan
sejarah negara bagi tujuan pendidikan masyarakat ke
arah pembinaan jati diri dan pembangunan bangsa, dan;
 Menjadikannya sebagai salah satu produk pelancongan
negara.
FUNGSI MUZIUM NEGARA
 Muzium negara berfungsi sebagai penyimpan warisan
sejarah dan kebudayaan serta sebagai pusat sumber
penyebaran ilmu pengetahuan mengenai sejarah dan
alam semulajadi Malaysia melalui aktiviti pameran,
penerbitan dan khidmat pendidikan.
PERKHIDMATAN
 Pendidikan & Khidmat Seranta
 Muzium Negara sentiasa melaksanakan pelbagai program
pendidikan dan khidmat seranta bagi melebarkan jangkauan
penerangan sejarah dan kebudayaan negara. Selain berpeluang
mempelajari sejarah dan kebudayaan negara di galeri tetap
dan pameran sementara, Muzium Negara turut menawarkan:
 Khidmat nasihat aktiviti pendidikan dan pengembangan

 Lawatan berpandu ke galeri-galeri Muzium Negara

 dan bersedia bekerjasama melaksanakan aktiviti pendidikan


dan pengembangan dengan pihak sekolah, IPTA, IPTS, agensi
kerajaan, agensi swasta dan badan bukan kerajaan
 Orang ramai adalah dialu-alukan merebut peluang bersama-
sama menyertai pelbagai program menarik yang dianjurkan. 
 Pameran & Rekabentuk
 Muzium Negara adalah komited dalam menyediakan
pameran-pameran yang berkualiti bagi tatapan umum.
Pelbagai pameran tetap dan sementara yang menarik sentiasa
dirancang dan diadakan di Muzium Negara bagi menarik
minat pengunjung untuk hadir beramai-ramai ke sini.
 Muzium Negara juga turut:

 Memberikan khidmat nasihat pameran dan rekabentuk

 Menyediakan maklumat dan sumber rujukan bagi Galeri dan


Pameran Muzium Negara
 Bersedia bekerjasama melaksanakan aktiviti pameran
sementara dengan pihak sekolah, IPTA, IPTS, agensi
kerajaan, agensi swasta dan badan bukan kerajaan
 Penyelidikan & Dokumentasi
Muzium Negara menerusi perkhidmatan penyelidikan
dan dokumentasi bersedia untuk:
 Memberikan khidmat nasihat penyelidikan lapangan dan
pameran
 Menyediakan maklumat dan sumber rujukan berkenaan
sejarah dan kebudayaan negara
 Bekerjasama melaksanakan aktiviti penyelidikan dengan
pihak sekolah, IPTA, IPTS, agensi kerajaan, agensi
swasta dan badan bukan kerajaan
BALAI SENI LUKIS NEGARA
 Balai Seni Lukis Negara yang telah dibuka dengan
rasminya oleh Y.T. M Almarhum Tunku Abdul Rahman,
Perdana Menteri Malaysia yang pertama pada 27 Ogos
1958 untuk menyingkap perkembangan seni lukis yang
telah berlaku di Malaysia. Balai seni lukis negara ini
akan dijadikan tempat peragaan karya lukisan yang
biasanya terletak di galeri, dewan, lobi, dan ruang legar.
VISI

 Menjadi pusat terunggul pengembangan serta


pengumpulan hasil seni visual tanahair dan pemegang
amanah warisan seni negara.
MISI

 Mengumpul, memulihara, memelihara, mempamer,


mempromosi, memupuk kesedaran, kefahaman dan
penghayatan yang tinggi terhadap seni kepada semua
lapisan mayarakat. 
OBJEKTIF

 Memperolehi hasil karya sebagai Himpunan Tetap Warisan


Seni Visual Negara yang mencerminkan kreativiti dan
aspirasi seni budaya di dalam negara dan juga dari luar
negara.
 Memulihara, memelihara, mendokumentasi dan
menyelidik Himpunan Tetap Warisan Seni Visual Negara
dan pensejarahan seni negara.
 Mempromosi dan meningkatkan mutu seni tampak negara
dengan menganjurkan pameran, seminar, bengkel,
pertandingan dan aktiviti seni dalam dan luar negara.
 Mewujudkan kesedaran, memupuk kefahaman,
penghayatan dan penghargaan terhadap seni.
FUNGSI BALAI SENI LUKIS NEGARA
MENGIKUT BAHAGIAN:-
 Khidmat Pengurusan
 Bahagian Khidmat Pengurusan adalah bahagian yang
bertanggungjawab terhadap penyediaan, pengurusan dan
kawalan prasarana serta sumber tenaga Balai Seni Lukis
Negara. Bagi mencapai ketelusan pengurusan, Balai Seni
Lukis Negara melalui bahagian ini turut terlibat dengan
pengauditan-pengauditan awam sebagaimana badan-
badan berkanun lain di Malaysia.
 Penyelidikan dan perkhidmatan pameran

 Bahagian ini memainkan fungsi mempersembahkan


pameran-pameran seni visual karya tempatan dan luar
negara. Malah, Balai Seni Lukis Negara turut
menyajikan koleksinya sendiri serta mewakili negara
menyertai pameran antarabangsa di luar negara. Selain
itu, bahagian ini menganjurkan pameran bergerak yang
diadakan dengan kerjasama galeri-galeri dan badan-
badan NGO di peringkat negeri.
PERKHIDMATAN
 Merancang, mengurus dan melaksanakan program
penggalakan dan kecemerlangan seni bagi menyokong
pembangunan industri pelancongan dan seni negara
 Menyediakan ruang dan pameran seni visual
PUSAT SUMBER ELEKTRONIK

Pada peringkat ini apabila Pusat Sumber dapat menyediakan bahan


teks dan elektronik dan pada masa yang sama menyediakan
kemudahan bagi mencari maklumat melalui jaringan telekomunikasi
komputer, maka pusat sumber ini di kenali sebagai Pusat Sumber
Elektronik
 Fungsi perpustakaan telah bertambah dengan adanya
bahan pendidikan seperti alat tayang,filem dan
mikrofilem.Ini menyebabkan namanya di tukar kepada
Pusat Sumber
 Kini koleksi pusat sumber juga mengandungi bahan
seperti bahan cakera liut dan cakera padat.
 Prasarana pusat sumber juga telah meningkat dengan
adanya penggunaan internet untuk memudahkan
pengguna memperolehi maklumat secara meluas di
seluruh dunia.
 Pada peringkat ini apabila Pusat Sumber dapat
menyediakan bahan teks dan elektronik dan pada masa
yang sama menyediakan kemudahan bagi mencari
maklumat melalui jaringan telekomunikasi komputer.
INTERNET
 Internet Kumpulan komputer peribadi yang terkait
satu dengan lainnya dalam bentuk jaringan.

 Jaringan tercipta melalui saluran telekomunikasi


 
 Setiap PC yang tergabung dalam jaringan dapat
berkomunikasi

 Internet milik masyarakat dunia tidak ada orang atau


lembaga yang dapat mengklaim internet sebagai
miliknya sendiri
FUNGSI INTERNET
 Internet berfungsi sebagai aspek komunikasi,penyedia
informasi,dan alat untuk promosi.Internet dapat
menghubungkan kita dengan berbagai pihak di berbagai
lokasi di seluruh dunia.
 digunakan sebagai alat penghubung yang praktikal untuk
komunikasi antara perusahaan dengan pelanggan,tanpa
harus memikirkan waktu dan lokasi.

You might also like