You are on page 1of 3

H

MySG : SM TEKNIK TUANKU JA’AFAR

PORTFOLIO BERJAWATAN
Jawatan hakiki PPP dan AKP yang disenaraikan dalam kelulusan Penyata Perjawatan Sekolah

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PdP)


HM15 : GURU PENYELARAS BESTARI

RUJUKAN :

I. Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bilangan 3/2005: Penyelarasan Waktu Mengajar bagi
Guru Penyelaras Bestari serta Guru Perpustakaan dan Media Sekolah (Guru
Penyelaras Pusat Sumber Sekolah).
II. Modul Mengoptimum Peranan Guru Penyelaras Bestari dan Guru Penyelaras ICT,
Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia.
III. Surat Pekeliling ICT KPM Bilangan 1 Tahun 2018: Garis Panduan Tatacara
Permohonan Kelulusan Teknikal Inisiatif Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)
Kementerian Pendidikan Malaysia.

TUGAS UTAMA ( UMUM )


1. Mengendalikan PdP mata pelajaran yang ditetapkan antara enam (6) hingga lapan (8)
waktu seminggu bagi jadual 40 minit satu (1) waktu ATAU lapan (8) hingga sebelas (11)
waktu seminggu bagi jadual 30 minit satu (1) waktu.
2. Memahami, menghayati dan mengamalkan kehendak sukatan pelajaran dan
melaksanakan pentaksiran PdP dan mengambil tindakan susulan yang sewajarnya.
3. Bertanggungjawab terhadap pembangunan sahsiah dan disiplin murid.
4. Menjadi guru penasihat kepada aktiviti kokurikulum.
5. PGB boleh melantik Guru Penyelaras Bestari memegang portfolio tanpa jawatan dan
menganggotai jawatankuasa-jawatankuasa sekiranya ada keperluan.
6. Guru-guru boleh ditugaskan secara bergilir mengawas kelakuan dan keselamatan murid
apabila ada aktiviti di luar sekolah seperti di masjid, kompleks sukan, tempat-tempat
lawatan dan sebagainya.
7. Melaksanakan tugas lain yang diarahkan oleh PGB/pentadbir dari semasa ke semasa.

TUGAS UTAMA ( KHUSUS )

A. PENGURUSAN ICT SEKOLAH


1. Merancang dan menyelaraskan program bimbingan pengintegrasian teknologi
dalam pengajaran dengan kerjasama guru cemerlang di sekolah.
2. Merancang, mengurus, membimbing dan bekerjasama dengan panitia mata
pelajaran untuk menyediakan kemudahan ICT yang terdapat di sekolah bagi
tujuan pengintegrasian dalam pengajaran dan pembelajaran.
3. Merancang, mengurus, membimbing dan bekerjasama dengan panitia mata
pelajaran untuk menyelaraskan pembekalan perisian-perisian aplikasi pendidikan

Teknologi Asas Kemajuan


MySG : SM TEKNIK TUANKU JA’AFAR

di sekolah berdasarkan keperluan bagi tujuan pengintegrasian dalam pengajaran


dan pembelajaran.
4. Mengurus, menyelaraskan dan menyediakan akaun pengguna emel bagi warga
sekolah untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan
pentadbiran sekolah.
5. Merancang, menyelaraskan, mengurus dan menjadualkan penyelenggaraan
(corrective and preventive) kemudahan ICT dan perisian-perisian aplikasi
pendidikan oleh Juruteknik Komputer serta menyelesaikan masalah teknikal
yang mungkin timbul dari semasa ke semasa
6. Mengurus, memantau dan melaksanakan program bagi mempromosi penyaluran
maklumat berkaitan integriti, etika penggunaan, isu-isu sosial dan keselamatan
data yang berkaitan dengan teknologi di sekolah.
7. Menyediakan laporan dan maklumat perkembangan aktiviti Pembestarian
Sekolah kepada pihak yang berkenaan.

B. KHIDMAT BANTU KEPAKARAN ICT SEKOLAH


B1. PENTADBIR, GURU DAN STAFF
1. Merancang dan menyediakan program bimbingan dan galak guna bagi
guru menggunakan kemudahan ICT secara efektif dalam
mengintegrasikan ICT dalam PdP.
2. Merancang dan menyediakan program bimbingan dan galak guna bagi
staf menggunakan kemudahan ICT secara efektif dalam aktiviti
pengurusan dan pentadbiran.
3. Merancang dan menyediakan khidmat bantu di sekolah sebagai pakar
rujuk berkaitan teknologi pendidikan untuk tujuan pengajaran,
pembelajaran dan pentadbiran.
4. Merancang, menyelaraskan dan melaksanakan program latihan dan
bimbingan untuk guru meningkatkan kemahiran abad ke21 dalam
pembelajaran murid dengan mengintegrasikan ICT melalui pengajaran
dan pembelajaran.
5. Membantu guru dalam pembangunan objek pembelajaran serta bahan
pengajaran dan pembelajaran yang boleh digunakan dalam pelbagai
platform, seperti laman web, pangkalan data, aplikasi interaktif, blog, wifi,
laman perkongsian video dan lainlain untuk membantu guru
mengintegrasikan ICT dalam PdP.
6. Menjadi pakar rujuk dalam pembangunan bahan PdP berasaskan ICT
dan memberi khidmat kepakaran dalam mengaplikasikan penggunaan
teknologi yang bersesuaian untuk proses PdP bagi mata pelajaran
tertentu.
7. Mengurus dan melestarikan kolaborasi di antara murid dan guru dalam
program pengantarabangsaan sekolah melibatkan PdP.

B2 MURID

Teknologi Asas Kemajuan


MySG : SM TEKNIK TUANKU JA’AFAR

1. Merancang dan menyediakan program yang sesuai bagi menggalakkan


murid untuk membaca, melihat, mendengar dan bertindak balas dalam
persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan melalui ICT.
2. Merancang, memantau dan melaksanakan program bagi mendidik dan
membimbing murid mengenai integriti, etika penggunaan, isu-isu sosial
dan keselamatan data dalam penggunaan ICT di sekolah.
3. Merancang, memantau dan melaksanakan program bagi melatih
kemahiran ICT tambahan kepada murid Briged Bestari secara
berterusan.
4. Merancang, memantau dan melaksanakan program bagi memupuk
kemahiran pembelajaran abad ke21 supaya murid dapat membina
kemahiran, ilmu dan sahsiah yang positif ke arah penggunaan teknologi
dalam pembelajaran sepanjang hayat agar mampu bersaing di peringkat
antarabangsa.
5. Merancang, memantau dan melaksanakan program bagi memupuk
pembelajaran secara kadar kendiri, akses kendiri dan terarah kendiri
menggunakan ICT sebagai pengupaya supaya murid bertanggungjawab
terhadap pembelajaran mereka sendiri.
6. Merancang, memantau dan melaksanakan program bagi membimbing
murid mengakses maklumat melalui pembelajaran ubiquitous (belajar di
mana-mana dan pada bila-bila masa) bagi tujuan melatih untuk
mengumpul, memproses dan menghasilkan laporan terhadap maklumat
tersebut.
7. Merancang, memantau dan melaksanakan program bagi membimbing
murid berkolaborasi bersama guru, rakan sekolah ataupun di luar negara
menggunakan teknologi komunikasi dan media.
8. Merancang, memantau dan melaksanakan program membimbing murid
menggunakan sumber teknologi yang sedia ada di sekolah untuk tujuan
merancang strategi penyelesaian masalah dalam pembelajaran mereka.

C PENGURUSAN PENARAFAN SEKOLAH MELALUI SMART SCHOOL


QUALIFICATION STANDARDS (SSQS)
1. Mengurus, menyelaraskan dan melaksanakan penarafan SSQS di sekolah.
2. Menyediakan laporan keputusan pencapaian SSQS di sekolah kepada pihak yang
berkenaan.
3. Merancang, mengurus dan melaksanakan program-program peningkatan budaya
ICT di sekolah berdasarkan pencapaian keputusan SSQS semasa.

Teknologi Asas Kemajuan

You might also like