You are on page 1of 2

SJK (T) SIMPANG LIMA

LAPORAN KURSUS DALAMAN 2011

Nama Program : Pengurusan Pusat Sumber Sekolah

Tarikh : 25.06.2011 (Sabtu)

Masa : 8.00 pagi – 1.00 tengah hari

Matlamat : Memberi pendedahan kepada para guru tentang Pengurusan Pusat

Sumber sekolah.

Objektif : 1. Memahami Pengurusan Pusat Sumber Sekolah

2. Mengetahui cara pengendalian dan pengurusan pusat sumber

Sekolah secara berkesan.

Sasaran : Guru-guru SJK(T) Simpang Lima

Ringkasan Latihan Dalam Perkhidmatan

Pengacara majlis mengalukan kehadiran para guru dan penceramah. Taklimat dimulakan
dengan Tamil Valthu. Pengacara majlis memperkenalkan penceramah iaitu En. Chandra
Sekaran Manickam, Penolong Pengarah (Ketua Unit) Bahagian Teknologi Pendidikan, dari
Kementerian Pelajaran Malaysia.

Pn.K.Kogilavany (Guru Besar SJKT Simpang Lima)

Beliau mengalu-alukan kehadiran semua guru dan tetamu khas yang dijemput sebagai
penceramah untuk LADAP ini. Beliau memberikan pengenalan tentang penceramah yang
dijemput. Beliau menyatakan bahawa program ini diadakan supaya taraf Pusat Sumber di
sekolah ini dapat ditingkatkan dengan bantuan para guru untuk meningkatkan taraf
pembacaan murid pada masa hadapan. Beliau juga berterima kasih kepada pengelola
program LADAP ini.

En.Chandra Sekaran Manickam (Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan)

Beliau mengadakan aktiviti permainan sebagai “ice-breaking”. Menerusi aktiviti permainan


ini beliau menyarankan para guru supaya berfikiran yang berbeza. Beliau mulakan ceramah
beliau dengan memberikan pengenalan kepada Pusat Sumber Sekolah (PSS). Di mana, ia
merupakan tempat yang memberikan perkhidmatan, menyimpan koleksi bahan, dan juga
menjadi agen perubahan kepada pelanggan yang menggunakanya. Pusat Sumber Sekolah
(PSS) merupakan satu perkhidmatan berpusat yang menggabungkan bahan-bahan buku
(bercetak) dan bahan-bahan bukan buku (bukan bercetak) dengan penggunaan kemahiran
sains perpustakaan dan teknologi pendidikan supaya mutu pengajaran dan pembelajaran
akan dapat dipertingkatkan.

Beliau menceritakan serba sedikit tentang sejarah perkembangan pusat sumber di Negara
ini yang bermula dari tahun 1950-an sebagai khutubkhanah sehingga pada tahun 1983
istilah PSS digunakan secara rasmi dan berkembang sehingga sekarang. Beliau juga
menekankan kepentingan Falsafah PSS, Visi PSS, Misi PSS, matlamat PSS, dan objektif
PSS ditubuhkan di sekolah. Peranan PSS adalah seperti berikut:

1. Pusat Ilmu – mempunyai perbendaharaan ilmu yang banyak.


2. Pusat Pembelajaran – menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran yang
boleh digunakan secara individu ataupun kumpulan.
3. Pusat Pengajaran – tempat untuk guru mengajar dengan berkesan
4. Pusat professional – latihan dalaman atau perbincangan kumpulan
5. Sumber kemahiran kepakaran – bahan rujukan

Fungsi PSS adalah mengumpul bahan pelbagai jenis bentuk yang sesuai bagi pembelajaran
individu atau kumpulan. Serta mengorganisasi bahan-bahan tersebut secara sistematik
supaya dapat digunakan secara maksimum oleh semua murid dan guru dan menyebarkan
maklumat tersebut kepada mereka dengan taklimat dan panduan. Sekolah harus wujudkan
ciri-ciri PSS yang berkesan dengan mengadakan pelbagai aktiviti yang mengalakkan
pengguna serta wujudkan tempat yang strategik. Untuk mewujudkan ciri-ciri yang berkesan
maka pihak sekolah harus memberikan penekanan dalam unsur-unsur asas iaitu
kemudahan fizikal, koleksi bahan, sumber manusia, dan kewangan.

Pengurusan PSS yang berkesan dapat diwujudkan apabila rekod-rekod mengenai tugas,
perolehan bahan, penggunaan bahan, penggunaan bilik, serta peminjaman dan
pemulangan bahan direkodkan dengan teliti dan mudah dirujuk. Selain itu Guru
Perpustakaan dan Media (GPM) juga perlu menyediakan 10 jenis sistem fail PSS. GPM juga
perlu merancang aktiviti PSS sepanjang tahun.

Guru GPM dan sumber manusia PSS harus mengorganisasi bahan PSS dengan melakukan
pengelasan, proses teknik dan pengkatalogan. Penceramah menyarankan untuk
menggunakan system pengelasan perpuluhan Dewey.

Akhirnya beliau memberikan langkah-langkah pembentukan PSS yang berkesan. Antaranya


ialah, penubuhan AJK, merancang pengoperasian dan pengurusan perkhidmatan,
mengadakan latihan untuk AJK, mengurus kemudahan fizikal dan keceriaan, member
penerangan kepada pelanggan, kemaskini rekod pengurusan, mempromosikan dan
menggalakkan penggunaan, serta penyemakan dan penyediaan laporan tahunan.

Majlis bersurai pada pukul 1.00 tengah hari.

Disediakan Oleh, Disemak Oleh, Disahkan Oleh,

……………………. ……………………. ……………………


(Purani Warataraju) (Pn.C.Thamilselvi) (Pn.K.Kogilavany)
AJK Dokumentasi Setiausaha LADAP Guru Besar

You might also like