You are on page 1of 9

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MALIM 75250 MELAKA Laporan Unit :

1. Pengenalan: Pusat Sumber Sekolah atau PSS kini merupakan nadi dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam usaha mempertingkatkan kualiti pendidikan para pelajar dan memperkembangkan potensi pelajar selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. PSS menjadi tunjang dalam mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran melalui penggunaan peralatan eletronik, teknologi maklumat dan sebagainya disamping menyemai dan memupuk minat membaca dalam kalangan pelajar. Selain itu, pelbagai program yang menjurus ke arah memupuk budaya ilmu yang berterusan dalam kalangan pelajar turut dilaksanakan bagi meningkatkan pencapaian dan kecemerlangan pelajar dalam bidang akademik. Sehubungan ini, pembangunan fizikal dan koleksi bahan PSS perlu dipertingkatkan dan diuruskan dengan lebih efektif agar PSS SMK Malim mampu menjadi gedung ilmu dan maklumat yang menjadi tumpuan warga SMK Malim sekaligus mampu merealisasikan visi dan misi Pusat Sumber Sekolah yang sejajar dengan misi dan visi SMK Malim. 2. Matlamat Umum: Menyediakan dan melengkapkan kemudahan pengajaran dan pembelajaran kepada para pelajar dan guru mengikut keperluan sumber serta peralatan rujukan ke arah membantu mencapai visi dan misi sekolah seiring dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. 3. Objektif Khusus: 3.1 3.2 3.3 3.4 Memastikan koleksi bahan bacaan dan sumber rujukan mencapai piawaian yang ditetapkan, terkini dan berkualiti untuk kegunaan para guru dan pelajar. Meningkatkan kemahiran pengurusan PSS dan bahan PSS. Meningkatkan kemahiran maklumat dalam kalangan guru dan pelajar. Menyediakan bahan pengajaran yang mencukupi untuk membantu proses P&P para guru. Mewujudkan budaya membaca dalam kalangan warga SMK Malim. Menggalakkan penggunaan PSS yang maksimum dalam kalangan warga SMK Malim. Meningkatkan penggunaan media dan aplikasi teknologi maklumat dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Mewujudkan suasana PSS yang kondusif untuk para guru dan pelajar.

Pusat Sumber Sekolah 2012

3.5 3.6
3.7 3.8

4. Strategi:
Mesyuarat dan perbincangan bersama Jawatankuasa Induk, Jawatankuasa Kerja dan Jawatankuasa Pengawas Pusat Sumber Sekolah. Mengadakan taklimat, kursus dalaman dan khidmat bantu PSS Mendapat khidmat nasihat pentadbiran sekolah. Mendapat khidmat bantu dan nasihat daripada PKG Cheng dan BTPNM. 5. Pelan Tindakan: Penilaian: Melalui gerak kerja yang dijalankan oleh Jawatankuasa Induk, Sila rujuk Lampiran Pelan Tindakan, Pengurusan dan Perancangan Mesyuarat. Perancangan

Jawatankuasa Kerja dan Jawatankuasa Pengawas Pusat Sumber Sekolah. Melalui kecepatan pencarian dan dapatan semula maklumat. Memalui kaedah penyusunan bahan yang sistematik. Melalui data/ rekod / statistik peminjaman dan penggunaan PSS. Melalui laporan aktiviti / program dan dokumentasi PSS. 7. Sumber Kewangan: 7.1 7.2 7.3 Peruntukan PK PSS Peruntukan PIBG Denda PSS

8. Penyeliaan: 8.1 8.2 8.3 GPK 1 Pengetua PKG Cheng BTPN Melaka

8.4
1.

Struktur Jawatankuasa: Pengerusi Naib Pengerusi Setiausaha Naib Setiausaha : : : : Dr. Hjh. Rosnanaini binti Sulaiman (Pengetua) En. Jasmi bin Husin (GPK 1) En. Mohd. Rezel bin Masah (GPK HEM) Pn. Paridah binti Omar (GPK Koku) En. Muhammad Iqram bin Nasir (GPM) Pn. Maizatul Akmal binti Musa : : : : : : Pn. Rohaini binti Hashim Pn. Manisah binti Saru Pn. Nurain bintiSaripan Pn. Tan Ai Yue Pn. Nurul Zawana binti Mohd Noor Pn. Maznah binti Mohamad Kudong Pn. Suhaida binti Muhamad En. Mohd Danil bin Mohd Nadzir En. Jamal Mohamed bin Gulam Rasol Pn. Ida @ Norlida binti Awang Pn. Fatimah binti Ismail Pn. Sharifah Fauziah Syed Hassan Pn. Nor As Semah binti Abdul Malip Pn. Rosmini binti Mat Aishah Pn. Azwana binti Ali Pn. Mawar binti Ali Pn. Masturah binti Zainal Abidin Pn. Soo Kia Lan Pn. Mastura binti Abdul Baki Pn. Nani Rahayu binti Othman Pn. Rozana binti Mustaffa

Guru Perkhidmatan Perpustakaan Guru Perkhidmatan BBM / Rujukan Guru Perkhidmatan Bilik Tayang / Astro Guru Perkhidmatan ICT Guru Siaraya / Radio Sekolah Guru Program Nilam

Guru Automasi

Guru Stok dan Perlupusan

Guru Promosi dan Pameran Guru Rakam Salin Bank Soalan / Bilik SAL Pembantu PSS Pengawas-Pengawas PSS

: : : :

Pn. Corrina Tan Siew Eng Semua Ketua Panitia Pn. Tew Mei Yin Pn. Siow Swee Lian Pn. Kalsom binti Busman Pn. Mastura binti Abdul Baki

2. Program/ Aktiviti yang telah dilaksanakan : Bil 2.1 Aktiviti Kemudahan asas, kebersihan dan keceriaan PSS Tarikh laksana Sepanjang tahun Sasaran Struktur fizikal PSS Penilaian/ Impak Auwning telah berjaya dipasang di sepanjang kaki lima di hadapan PSS bagi mengatasi masalah air yang bertakung apabila hujan. Papan Info PSS telah dikemaskini. Selain itu, semua meja PSS telah diletakkan dengan maklumat daripada keratan majalah dan dibalut dengan plastik bagi menggantikan pembalut meja yang telah koyak. Skirting meja juga telah diganti bagi memastikan PSS berada dalam keadaan kondusif dan mudah dibersihkan. Railing dan langsir yang baru turut telah dipasang di PSS. Selain itu sebuah kiosk ICT telah diwujudkan di hadapan pintu masuk PSS. Mesyuarat J/Kuasa Induk dan Kerja dijalankan 3 kali. Mesyuarat J/Kuasa NILAM tidak dapat dijalankan secara formal tetapi telah dibincangkan dalam Mesyuarat J/Kuasa Kerja. Walau bagaimanapun, perbincangan secara tidak formal dilakukan dari masa ke semasa bersama J/Kuasa Perkhidmatan. Hampir 95 % pelajar Tingkatan Satu yang hadir telah mendapat pendedahan mengenai Pusat Sumber Sekolah dan Program

2.2

Mesyuarat Jawatankuasa

Februari, Jun

Semua J/Kuasa Induk, J/Kuasa Kerja, J/Kuasa NILAM dan J/Kuasa Perkhidmatan

2.3

Orientasi dan Khidmat Bantu PSS Pelajar Tingkatan Satu

Januari

Semua pelajar Tingkatan 1

NILAM. 2.4 Belanjawan Tahunan PSS JanuariNovember J/Kuasa Induk J/Kuasa Kerja Kerani Kewangan GPM Panitia Penyata anggaran belanjawan telah dihasilkan. Perbelanjaan telah berjalan dengan lancar. Koleksi bahan telah bertambah daripada 15880 buah pada tahun 2011 kepada 16847 buah (data sehingga 31 Disember 2012) iaitu pertambahan sebanyak 967 buah. Perolehan PSS adalah berdasarkan data dalam buku stok dan sistem automasi SMK Malim. Pertambahan koleksi PSS berdasarkan pembelian buku melalui peruntukan PCG, PIBG, sumbangan KPM, sumbangan Asia Foundation, sumbangan panitia, pembekal, serta sumbangan individu khususnya daripada guruguru. Berjalan mengikut keperluan. Hampir semua bahan mentah yang dibeli seperti kertas mahjung, pen marker, kad manila dimanfaatkan sepenuhnya oleh guru-guru.

2.5

Perolehan Bahan buku dan bukan buku

JanuariNovember

2.6

Pembelian bahan mentah dan stok peralatan pejabat

Januari

GPM Pembantu PSS

2.7

Merekod Stok

JanuariNovember

GPM Guru Perkhidmatan Perpustakaan Pembantu PSS

100 % buku yang dibeli dan diterima melalui sumbangan KPM berjaya distokkan. 100 % CD yang diterima dalam tahun semasa telah distokkan. 100 % bahan yang dibeli mengikut peruntukan PCG pada tahun ini berjaya diproses dan digunakan. Hampir 30 buah buku dalam koleksi PSS yang rosak berjaya dibaik pulih. Bukubuku yang rosak dan tidak berjaya dibaikpulih telah dipilih buang dan

2.8

Proses Teknik Bahan Buku dan Bahan Bukan Buku

Sepanjang tahun

GPM Semua JK Pengawas PSS Pembantu PSS GPM JK Kerja PSS Pengawas PSS

2.9

Baik pulih dan pilih buang

JanuariNovember

ditempatkan dalam stor PSS untuk proses hapuskira.

2.10

Pengautomasian PSS

Sepanjang tahun

Guru Automasi Pengawas PSS Unit Automasi Pembantu PSS

Sistem Automasi iaitu Smart Library Lite oleh One Think Corporation telah digunakan mulai Jun 2007 didapati berjalan dengan lancar. Kemasukan data-data buku oleh Unit Automasi juga telah dijalankan dengan efisien. Guru Unit Promosi telah mempromosikan pertandingan-pertandingan dan buku-buku di tapak perhimpunan. Selain itu, bahan-bahan PSS yang baru juga dipamerkan di Papan Info PSS. Laporan Majlis Perlancaran telah dihantar ke PKG Cheng Melaka Aktiviti galakan membaca sempena Kempen Tahun Membaca telah diadakan. Program NILAM sudah semakin aktif. Pelajar telah semakin mahir mengisi data dan maklumat dalam buku NILAM. Namun masih terdapat segelintir pelajar yang kurang mahir mengisi maklumat tersebut dan masih boleh dibaiki pada masa akan datang. Segelintir guru yang membawa pelajar ke PSS untuk Program NILAM didapati tidak serius dan tidak membimbing pelajar untuk membuat catatan dalam buku NILAM. Namun senario ini didapati telah semakin baik berbanding tahun sebelumnya. Anugerah NILAM disampaikan sempena Majlis Anugerah Kecemerlangan. Jumlah pelajar yang mendapat pengiktirafan NILAM bagi tahun 2011 adalah seperti berikut: NILAM : 6 orang Emas: 2 orang Perak : 14 orang

2.11

Promosi PSS

Januari-Oktober

Semua guru dan pelajar

2.12

Program Nilam dan Galakan Membaca * Majlis Perlancaran * Taklimat NILAM * Data NILAM *Anugerah NILAM

27 Februari

Guru dan pelajar

Januari hingga Oktober Sepanjang tahun

Semua guru dan pelajar Penyelaras Program NILAM Semua Guru Tingkatan, Guru Bahasa dan pelajar

2.13

Majlis Anugerah Pengiktirafan NILAM

November

Tahap Jauhari Tahap Rakan Pembaca

Gangsa : 80 orang Sijil dan hadiah galakan telah dianugerahkan kepada Tokoh Nilam 2012 iaitu Tan Pei Yin dari Tingkatan 5 Emas dengan bacaan sebanyak 426 buah buku. 2.14 Program Kem Membaca 1 Malaysia 2012 dan Program Read 2012 One Nation Reading Together 22 hingga 25 Oktober 2012 Semua pelajar dan guru PSS juga telah berjaya menjalankan 7 jenis aktiviti. Secara keseluruhan, penglibatan pelajar pada kempen kali ini begitu memberangsangkan. Namun ada beberapa aktiviti yang tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna kerana faktor kekangan masa. Unit ini telah berjaya menfailkan soalan-soalan percubaan PMR dan SPM dan didapati koleksi berkenaan telah dijadikan sebagai rujukan terutamanya kepada para pelajar kelas peperiksaan. Keseluruhannya, di tahap memuaskan dan masih boleh dipertingkatkan. Infrastuktur bilik-bilik berkenaan perlu ditingkatkan. Kerusi dan meja di bilik-bilik berkenaan perlu digantikan kerana terdapat banyak kerusi dan meja yang telah rosak. Seramai 33 orang pelajar telah dilantik sebagai Pengawas PSS pada Majlis Perlantikan Pengawas dan Pemimpin Pelajar 2012. Taklimat dan latihan dalaman Automasi dijalankan khas untuk Pengawas Unit Automasi dan Pengawas yang baru dilantik oleh Guru Unit Automasi. Taklimat khas dan latihan dalaman secara informal dijalankan untuk Pengawas baru mengenai urusan peminjaman dan

2.15

Bank Soalan

Sepanjang tahun

Guru Bank Soalan

2.16

Pengurusan Makmal, Bilik Tayang dan BBM/ Rujukan

Sepanjang tahun

Guru Perkhidmatan ICT,Guru Perkhidmatan Bilik Tayang/ Astro, Guru Perkhidmatan BBM / Rujukan

2.17

Pemilihan dan Perlantikan Pengawas Pusat Sumber Latihan dalaman Pengawas PSS

Jan-Mac

33 orang pelajar

2.18

April-Mei

Semua Pengawas Unit Automasi dan Pengawas baru.

Mei

33 orang Pengawas

pemulangan di Kaunter Sirkulasi berjaya dilaksanakan. Julai 55 orang Pengawas Bengkel Proses Teknik Bahan Buku telah berjaya dilaksanakan dan pengawaspengawas baru lantikan 2012 telah dapat menyempurnakan aktiviti yang telah dirancang dengan sempurna. Semua CD/CDRI/VCD/DVD yang diterima telah dapat dirakam salin dan distokkan sepenuhnya. Sebahagian Pengawas PSS dan sebahagian pelajar Tingkatan 3 yang terpilih telah terlibat dalam proses menyusun atur buku-buku di rak yang telah disediakan. Stor dan peralatan PSS telah dapat dikemas dan disusun atur semula. Semua bahan dan peralatan PSS tersusun rapi.

2.19

Rakam Salin

Sepanjang tahun

Guru Unit Rakam Salin PKG Cheng Semua Pengawas PSS dan sebahagian pelajar Tingkatan 3

2.20

Aktiviti Selepas PMR

OktoberNovember

2.22

Goyong - Royong

November

JK Kerja PSS JK Pengawas PSS Pembantu PSS Semua warga Malim Pembekal

2.23

Program Menambah Koleksi Bahan Buku di PSS

Sepanjang tahun

Semua panitia banyak membantu dalam proses penambahan koleksi buku di PSS pada tahun ini dengan menyumbang buku-buku rujukan PMR dan SPM. Selain itu, penambahan koleksi buku juga telah dibuat melalui sumbangan pembekal, peruntukan kerajaan, sumbangan daripada Asia Foundation dan KPM. Penubuhan Kelab ini telah berjaya meningkatkan kadar peminjaman buku di PSS khususnya dalam kalangan pengemar-pengemar novel.

2.24

Kelab Rakan Buku

Jan-Nov

Semua pelajar dan guru

3. Ulasan lain PSS SMK Malim yang pernah mendapat tempat keempat dalam pertandingan PSS Cemerlang Negeri Melaka bagi tahun 2008 telah menyuntik semangat untuk menguruskan PSS dengan lebih efisyen dan berdaya saing agar setanding dengan pencapaian PSS sekolah lain yang setaraf dengannya. Sehubungan itu, penekanan perlu diberi untuk memperbaiki kelemahan-kelemahan PSS. Antara kelemahan yang telah dikenalpasti ialah aspek pembangunan fizikal dan koleksi bahan agar dapat mencapai piawaian yang ditetapkan oleh BTP Kementerian Pelajaran Malaysia. Lantas, untuk merealisasikan matlamat ini, sokongan daripada semua pihak khususnya pihak Jawatankuasa Induk PSS amatlah penting. PSS masih memerlukan pendapat, idea, komen, sumbangan tenaga dan komitmen sepenuhnya daripada semua Jawatankuasa PSS untuk meneruskan misinya dan menjayakan setiap aktiviti dan program yang dirancang. Di samping itu, program pembangunan staf dan latihan dalaman tidak dapat dilaksanakan secara formal namun telah dilaksanakan secara informal semasa melatih AJK PSS dalam unit-unit tertentu contohnya Unit Automasi dan Unit Rakam Salin. Masalah bebanan tugas dan pertindihan tugas dalam kalangan AJK PSS merupakan salah satu sebab Jawatankuasa PSS tidak dapat bergerak dengan efektif dan efisien. Semoga pengurusan PSS pada tahun 2013 dapat dimantapkan lagi dan dapat bergerak seperti yang diharapkan seterusnya meraih kejayaan yang cemerlang di peringkat negeri dan kebangsaan pada masa akan datang. Disediakan oleh : Nama : En. Muhammad Iqram bin Nasir Jawatan : Guru Perpustakaan dan Media SMK Malim

You might also like