You are on page 1of 18

ISI KANDUNGAN

BIL

PERKARA

PENDAHULUAN

VISI PUSAT SUMBER

MISI PUSAT SUMBER

OBJEKTIF PUSAT SUMBER

PELAKSANAAN AKTIVTI

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN

KECERIAAN

STRATEGI MENINGKATKAN PRESTASI

CARTA GANTT

10

PENUTUP

MUKA SURAT

PENDAHULUAN
Pusat Sumber Sekolah Kolej Vokasional Keningau ditubuhkan pada tahun 1981.
Pada ketika itu lokasinya adalah bersebelahan dengan bilik guru. Walau bagaimanapun
bilangan

guru

yang

semakin

bertambah

menyebabkan

bilik

guru

memerlukan

pengubahsuaian dan ia melibatkan bilik PSS. Oleh itu pada tahun 1996, Pusat Sumber
Sekolah terpaksa berpindah dan menumpang di bangunan katering. Keprihatinan pihak
pentadbir tentang pentingnya Pusat Sumber sebagai penjana kecemerlangan akademik telah
membawa era baru kepada Pusat Sumber Kolej Vokasional Keningau.
Perpindahannya ke bangunan baru pada bulan Mei 2001 membuktikan kesungguhan
pihak pentadbir untuk mewujudkan sebuah Pusat Sumber yang selesa dan ceria dan mampu
membantu meningkatkan kecemerlangan akademik sesuai dengan moto "Khazanah Informasi
Anda". Ruang belajar yang luas boleh menampung seramai 150 orang dalam satu waktu dan
ini memberi peluang lebih ramai pelajar untuk menggunakan perkhidmatan Pusat Sumber.
Pembukaan rasmi Pusat Sumber Sekolah yang baru telah disempurnakan oleh pengetua
SM. Teknik Keningau, Pn. Siti Aisa Hj.Maidin pada 27 Julai 2001.
Pada awal penubuhannya bilangan buku di Pusat Sumber hanyalah berjumlah 1050
buah sahaja. Walau bagaimanapun sikap keprihatinan pentadbiran pada ketika itu telah
berjaya menambah bilangan buku melalui sumbangan daripada PIBG serta Dewan Bahasa
dan Pustaka. Di samping itu Pusat Sumebr juga telah melanggan majalah-majalah seperti
Dewan Masyarakat, Dewan Siswa dan sebagainya.
Setelah berusia 20 tahun lebih, kini koleksi Pusat Sumber telah bertambah menjadi
lebih kurang 16,000 nashkah.Jumlah koleksi ini sebenarnya telah mencukupi nisbah pelajar
tetapi pihak PSS ingin menjadikan jumlah koleksi melebihi nisbah yang diperlukan. Oleh itu
pihak Pusat dengan kerjasama pihak pentadbiran sedang berusaha untuk menambah bilangan
buku terutamanya buku rujukan untuk kursus vokasional sehingga mencukupi nisbah yang
diperlukan pada tahun hadapan.

Kekuatan Pusat Sumber SM Vokasional Keningau yang berupaya membantu pelajar


di dalam kecemerlangan akademik dan sahsiah ialah prasarana dan infrastruktur yang
terdapat di sekolah. Antara prasarana yang disediakan di Pusat Sumber ialah bilik bacaan,
bilik APD dan bilik bahan bantu mengajar yang dilengkapi dengan penghawa dingin.
Koleksi bahan yang terdiri daripada bahan bercetak dan bukan bercetak yang berjumlah
lebih kurang 11 ribu judul sangat membantu warga sekolah.
Suasana persekitaran sekolah yang ceria dan kondusif banyak meransang
pembelajaran pelajar. Dipenuhi taman informatif, laluan maklumat, pokok ilmu, papan
maklumat dan pelbagai sudut informasi bagi memastikan pelajar menjadi individu
informatif.
Nama SM Vokasional Keningau kini setaraf dengan sekolah sains dan sekolah
berasrama penuh kerana telah merangkul pelbagai anugerah di peringkat negeri mahupun
kebangsaan. Secara tidak langsung ia menjadi faktor untuk ibu bapa menghantar anak
mereka ke sekolah ini dan tidak ragu-ragu dengan keupayaan guru-guru untuk mendidik
anak mereka.
Guru-guru AJK kerja pusat sumber pula hampir keseluruhannya memiliki ijazah
sarjana muda serta memiliki pengetahuan dan kepakaran dalam bidang masing-masing.
Semua AJK Kerja PSS yang terdiri daripada penyelaras PSS, guru-guru pembantu,
pembantu PSS dan pengawas PSS telah dilatih dan diberi kursus serta pendedahan
tentang cara pengelolaan pusat sumber terutama pengelolaan bahan. Mereka juga terdiri
daripada golongan kreatif yang mampu merealisasikan pelbagai aktiviti dan program.

Pelajar merupakan aset yang penting. Datang daripada pelbagai kaum dan taraf hidup,
mereka mewujudkan budaya bersatu padu dan sistem sosialisasi yang berpaksikan tujuan
yang sama iaitu menuntut ilmu. Minat membaca yang dipupuk dalam diri mereka berjaya
dikembangkan lagi di sekolah ini. Pelbagai bahan bacaan seperti majalah, suratkhabar,
buku fiksyen dan bukan fiksyen mampu meransang minat membaca pelajar.

Lokasi sekolah yang berada di pedalaman dengan jarak perjalanan 100 km lebih
setelah merentasi banjaran gunung membuatkan cara memperolehi bahan agak susah.
Kedai-kedai yang ada di Keningau tidak dapat menampung keperluan bahan PSS
terutama sekali bahan bacaan. Selain itu harga yang agak mahal disebabkan kos
pengangkutan menyebabkan jumlah bahan yang dapat dibeli cumalah sedikit sahaja.
Selain itu, penyebaran bahan-bahan teknologi terkini yang melibatkan bahan bantu
mengajar agak lambat diterima kerana masalah perhubungan. Contohnya suratkhabar
hanya diterima pada waktu lewat petang. Kemudahan ICT juga masih kurang di pusat
sumber.
Lokasi Pusat Sumber di dalam sekolah yang terletak di tingkat 3, blok kejuruteraan
menjadi antara faktor ia kurang dikunjungi oleh warga sekolah. Mereka mengatakan
lokasinya terlalu jauh dan banyak mengambil masa untuk sampai ke Pusat Sumber. Guru
dan pengawas mempunyai terlalu banyak tugas lain hingga sukar untuk memberi sepenuh
perhatian kepada kerja-kerja di PSS.
Dari segi sikap, pelajar mempunyai motivasi yang sedikit kerana kurang pendedahan
tentang dunia luar terutama berkaitan prospek dan cabaran hidup masa depan pelajar.
Tabiat malas membaca dan membelek buku menyebabkan mereka tidak suka
mengunjungi Pusat Sumber. Sikap malas dan cuai dalam pelajaran juga sukar ditangani
dalam jiwa pelajar kerana kurangnya perasaan ingin bersaing dalam bidang akademik.

Sesungguhnya pihak pentadbir memberi peluang seluas-luasnya kepada Pusat Sumber


untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan membaca serta pelaksanaan P&P.
Peruntukan yang agak besar jumlahnya disediakan untuk perolehan bahan bantu mengajar,
peralatan, pelaksanaan projek dan lain-lain lebih-lebih lagi jika ia sangat membantu dalam
meningkatkan kualiti sekolah dan pelajar. Kerjasama pihak pentadbir sememangnya memberi
ruang kepada bidang untuk merancang aktiviti dengan lebih berkesan dan lancar.
Di samping itu, AJK Kerja PSS diberi akses kepada semua unit di sekolah kerana
semua unit diletakkan di bawah PSS. Latihan dan kursus berkenaan PSS sentiasa disediakan
kepada AJK Kerja. Pihak pentadbir juga seboleh mungkin cuba menambah prasarana di Pusat
Sumber seperti komputer, LCD, alat pandang dengar dan lain-lain lagi. Walaupun begitu
banyak peluang disediakan, semuanya terserah kepada guru dan pelajar untuk
memaksimakan peluang yang diberikan.

Penjagaan buku di PSS memerlukan perhatian yang lebih. Kes-kes kecurian buku
selalu berlaku di Pusat Sumber. Walaupun pengawas memeriksa keluar masuk pelajar tetapi
gejala kecurian buku sukar dikesan tambahan buku bersaiz kecil. Masalah ini boleh
mengurangkan koleksi bahan.
Kemudahan mencari maklumat adalah sangat terhad kerana hanya satu komputer
sahaja boleh digunakan untuk akses bahan. Selebihnya mereka terpaksa menggunakan rak
katalog.

Tahap sosio ekonomi di Keningau masih berada di tahap sederhana sesuai dengan
lokasinya di pedalaman Sabah. Rata-rata pelajar yang belajar di sekolah ini datang
daripada keluarga yang susah dan sederhana. Oleh kerana status ekonomi yang tidak
memberansangkan ini, maka motivasi pelajar untuk belajar juga di tahap sederhana.
Kesungguhan dan iltizam mereka terhadap ilmu tidak sehebat usaha mereka untuk
mendapat duit. Ini menjadi faktor kepada kelemahan pencapaian pelajar.

Dasar Kerajaan
Galakan dan sokongan yang diberi oleh kerajaan terutama Kementerian Pelajaran
Malaysia banyak membantu dalam pelaksanaan aktiviti Pusat Sumber. Melalui
peruntukan dan sokongan yang diberikan, semua aktiviti dan program Pusat Sumber
dapat dijalankan dengan lancar. Selain itu, dasar kerajaan yang menekankan aspek ilmu
banyak memberi inspirasi dan dorongan kepada masyarakat guru dan pelajar untuk
memcapai kecemerlangan.

Harapan Masyarakat
Sesuai dengan nama Sekolah Menengah Vokasional Keningau, kebanyakan ahli
masyarakat meletakkan persepsi yang tinggi bagi sekolah ini. Kebanyakan mereka
menyangka pelajar di sekolah ini adalah pelajar terpilih dan cemerlang. Oleh itu mereka
mengharapkan kejayaan yang cemerlang bagi pelajar tersebut. Sedangkan hakikat
sebenarnya, kebanyakan pelajar sekolah ini berada di tahap sederhana walaupun mereka
dipilih untuk belajar di sini. Usaha mendidik mereka memerlukan keringat yang bukan

sedikit. Untuk merealisasikan harapan masyarakat tersebut, sepenuh usaha telah diberikan
oleh guru-guru, namun keputusannya terpulang kepada pelajar sendiri.

Matlamat/ Sasaran

Sistem Organisasi PSS

Perancangan / Aktiviti

Struktur organisasi yang jelas


Perancangan yang teliti akan dapat membantu
meningkatkan kualiti perkhidmatan
Semua aktiviti dijalankan mengikut takwim
Semua guru PSS dan KTBM mempunyai fail meja .
Program orientasi yang teratur bagi AJK baru.
Menyediakan agihan tugas guru
Kerjasama sepenuhnya daripada AJK Induk dan AJK
Kerja

Pengurusan Pengawas yang


sistematik dan teratur

Pencalonan dan pemilihan pengawas tidak ada unsur


pilih kasih
Perlantikan mengikut prosedur
Perjumpaan bulanan
Pemantauan disiplin dari semasa ke semasa

Keceriaan Pusat Sumber

Membuat kata-kata hikmat atau helaian informasi


dengan tema tertentu di kawasan-kawasan tertentu
samada luar dan dalam PSS termasuk di pondok PIBG
dan Pondok Tajau
Melukis corak-corak pada tiang dan bim
Melukis mural pada dinding ruang perpustakaan
Mewujudkan lebih banyak hentian ilmu di kawasan

sekolah
Mengubah kedudukan kerusi meja, kedudukan sudut
akhbar dan sudut pameran mengikut keperluan
Laluan Ilmu di semua laluan di sekolah
Menambahkan signage di dalam dan di luar Pusat
Sumber selaras dengan amalan 5S.

Pembangunan Koleksi

Menyenaraikan keperluan mengikut keutamaan


70% pembelian buku adalah berdasarkan kepada
keperluan kursus-kursus vokasional.
Menyemak dan mengemaskini bahan Pusat Sumber
seperti buku, majalah, carta, CD dan video- tape.
Memfailkan majalah-majalah mengikut tajuk dan tahun
terbitan agar lebih sistematik.
Mewujudkan tempat penyimpanan majalah yang lebih
sesuai.

Keselamatan PSS

Mempunyai bilangan alat pemadam api yang sesuai


dengan kedudukan PSS
Kit pertolongan cemas lengkap
Pelan laluan keselamatan di sudut strategik (arahan bila
berlaku kecemasan jelas)

Peralatan/ kemudahan

Menambah bilangan printer, komputer projektor slaid


Alat hawa dingin
Meja karel digunakan secara maksimum

Mewujudkan Sudut-sudat Pusat

Sudut komputer

Sumber

Galeri sejarah sekolah

Sudut pembelajaran kendiri yang lebih banyak

Memantapkan pengurusan bilik-

Makmal komputer "Auto-Cad"

bilik Khas dan sedia ada

Makmal komputer Perdagangan


Makmal Kimia
Makmal Fizik
Makmal Sains
Bilik Kaunseling
Bilik Kontekstual
Perpustakaan Asrama
Bilik SAL
Bilik Dokumentasi
Bilik Galeri
Bilik Bestari

Pengautomasian PSS

Memastikan automasi sentiasa berfungsi dan


memuaskan pengguna
Mewujudkan rangkaian talian untuk bahan Pusat
Sumber
Mengemaskini sistem automasi

Rancangan memperolehi sumber

Tayangan

kewangan

Sumbangan daripada PIBG


Jualan penanda buku pada hari-hari istimewa seperti
BDBD, menjelang peperiksaan, Hari Jadi, Hari Guru
Perkhidmatan multimedia seperti percetakan,
pengimbasan, salinan cakera dan lain-lain

Latihan Perkembangan Staf

Memastikan semua guru PSS yang baru dilantik tahu


cara memproses buku dan sistem yang digunakan di
sekolah.

Memastikan guru yang pergi berkursus memberikan


kursus dalaman.
Memberi kursus Pengurusan Pusat Sumber kepada AJK
Kerja yang baru
Aktiviti Galakan Penggunaan PSS Minggu Pusat Sumber Sekolah
Bulan Membaca
Pameran unit/ kursus/ persatuan
Anugerah Pembaca Terbanyak Setiap Bulan
Program celik buku
Pertandingan Membaca Berita
"Info Hunt"
Mencari muka surat yang hilang
Ulasan buku
Pokok Ilmu
Hentian Ilmu
Pameran mini di PSS
Mini perpustakaan di dalam kelas
Kursus menjilid
Speed Reading
Syoknya Membaca/ Coupon Redemption
Mencari Harta Karun

Aktiviti Bidang/Panitia

Program Bahasa Inggeris


Pertandingan Pidato
Hari Patriotik
Klinik matematik
Buletin matematik
Program Bijak Sifir
Minggu Bahasa
Minggu Sains dan Matematik

Bulan Kemanusiaan

Sebuah Pusat Sumber yang baik dan berfungsi memerlukan pengurusan dan
pentadbiran yang cekap dan sistematik. Oleh itu semua Ahli Jawatankuasa Induk dan Kerja
hendaklah tahu tentang tugas dan peranan masing-masing. Selain daripada itu
pengembelingan tenaga serta kerjasama yang jitu dari semua warga sekolah khususnya
panitia, mampu membantu mempertingkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran melalui
strategi-strategi tertentu yang direalisasikan oleh program-program Pusat Sumber yang
dirancang dengan sistematik.

Aspek keceriaan akan terus menjadi agenda utama PSS kerana ia mampu
menarik penguna untuk terus mengunjungi PSS. Pengubahsuaian dari segi susunan rak,
kerusi meja akan dilakukan agar para pengguna Pusat Sumber tidak akan bosan dengan
dengan kedudukan yang sama. Selain daripada itu, Pusat Sumber telah dicat semula dan
langsir telah ditukar untuk memberikan suasana yang lebih selesa kepada para
pengguna.

1. Memastikan semua AJK Kerja PSS diberi pendedahan tentang pengurusan Pusat
Sumber.
2. Memastikan semua guru dan kerani Pusat Sumber tahu dan faham akan tugas masingmasing berdasarkan senarai tugas yang diberikan.
3. Melantik pelajar yang betul-betul berminat untuk menjadi pengawas pusat sumber.
4. Memberikan penghargaan kepada pengawas Pusat Sumber yang menunjukkan
prestasi yang cemerlang.
5. Memberi penghargaan pembaca terbanyak samada guru atau pelajar setiap bulan.
6. Memberi penghargaan kepada pengunjung terbanyak.
7. Menambah koleksi bahan yang menarik hati warga sekolah untuk berkunjung ke
Pusat Sumber.
8. Mengadakan kelas kemahiran literasi maklumat kepada semua pengguna PSS.
9. Mengatasi masalah pelajar yang malas membaca dengan mempelbagaikan aktiviti
galakan membaca.
10. Mengadakan perbincangan di kalangan guru setiap masa bagi mengatasi masalah di
Pusat Sumber.
11. Sentiasa memberi penghargaan dan galakan kepada pelajar yang menunjukkan
prestasi yang membanggakan dan memberi peransang serta motivasi kepada pelajar
yang lemah untuk berjaya.
12. Membantu panitia menyediakan bahan bantu mengajar dengan bantuan
pentadbir.

pihak

13. Mengadakan program-program yang boleh menggalakkan pelajar mengunjungi pusat


sumber seperti tayangan, cabutan bertuah dan lain-lain.
14. Menggunakan pendekatan mengenalpasti pelajar yang kurang minat membaca dan
memberi motivasi pada pelajar tersebut.

Faktor Penentu Kejayaan

Penilaian ke atas keberkesanan semua strategi yang dirancang dibuat berdasarkan


beberapa kaedah. Penilaian ke atas pelajar dibuat berdasarkan semakan buku Nilam dan
analisa pinjaman. Selain itu, kekerapan penggunaan bahan yang terdapat di pusat sumber juga
menjadi penilaian penggunaan PSS. Selain itu penilaian juga akan berdasarkan susun atur
perabot, kemudahan, pelaksanaan program dan lain-lain.

Sebagai sebuah pusat yang menyimpan kebanyakan kemudahan pengajaran dan


pembelajaran, fungsi yang dimainkan oleh pusat sumber sangat penting. Kalau pusat
sumber tidak berfungsi sebagaimana yang sepatutnya, nescaya aktiviti Pengajaran dan
Pembelajaran akan terencat. Oleh yang demikian, dengan adanya semangat berpasukan
dan perancangan yang teliti, Pusat Sumber SM Vokasional Keningau akan dapat
memenuhi keperluan warganya untuk menjadi tempat rujukan sesuai dengan motonya
iaitu Khazanah Informasi Anda.

You might also like