You are on page 1of 12

NAMA : SITI NURHALIZA BINTI SAMAT

NO I/C : 020202-11-0222
ANGKA GILIRAN : ST0203/1014
TAJUK : PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI
(PPKI) DALAM KALANGAN MURID BERMASALAH
PEMBELAJARAN DI SK SUNGAI LEREK, SETIU,
TERENGGANU.
PENGENALAN
■ Pendidikan khas ialah pendidikan yang disediakan untuk murid-murid yang
menghadapi masalah pembelajaran kerana masalah penglihatan, pertuturan, dan
pendengaran serta masalah dalam pembelajaran, ataupun murid-murid yang pintar-
cerdas yang memerlukan pendidikan yang lebih mencabar.
■ Program Pendidikan Khas Integrasi adalah istilah baru bagi Program Pendidikan Khas
Percantuman. Program ini dijalankan untuk murid yang berkeperluan khas. Program ini
menempatkan murid berkeperluan khas di kelas khas di dalam sebuah sekolah biasa.
■ Rasional kajian ini dijalankan adalah kerana semakin ramai penglibatan murid dalam
PPKI di SK Sungai Lerek, Setiu, Terengganu.
OBJEKTIF KAJIAN
 Mengenal pasti faktor-faktor yang mendorong ibu bapa menghantar anak-anak
mengikuti Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di SK Sungai Lerek,
Setiu, Terengganu.

 Mengkaji kesan-kesan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) terhadap


murid bermasalah pembelajaran di SK Sungai Lerek, Setiu, Terengganu.
LOKASI KAJIAN
■ Lokasi kajian terletak di Sekolah Kebangsaan Sungai Lerek, Setiu,
Terengganu Darul Iman.
■ Sekolah Kebangsaan Sungai Lerek terletak di Kampung Sungai Lerek,
Mukim Chalok, Setiu, Terengganu.
■ Sekolah ini juga terletak kira-kira 47 kilometer dari Bandar Kuala
Terengganu dan 19 kilometer dari Bandar Permaisuri.
U U

Peta Daerah Setiu Peta Sekolah Kebangsaan Foto Sekolah Kebangsaan


Sungai Lerek Sungai Lerek
KAEDAH KAJIAN

 SOAL SELIDIK
- Borang soal selidik telah diedarkan secara bancian kepada 25 orang responden di kawasan kajian.
- Terdiri daripada tiga bahagian iaitu bahagian A (demografi responden), bahagian B (objektif
kajian 1) dan bahagian C (objektif 2) dengan menggunakan skala Likert lima aras.

 TEMU BUAL
- Kaedah yang digunakan oleh pengkaji adalah tidak formal iaitu secara bersemuka yang
melibatkan 3 orang responden yang terdiri daripada 2 orang guru dan seorang bapa murid PPKI.
- Tujuan temu bual dijalankan adalah untuk mengetahui faktor-faktor yang mendorong ibu bapa
menghantar anak-anak mengikuti PPKI dan kesan-kesan PPKI terhadap murid bermasalah
pembelajaran di SK Sungai Lerek.
- Temu bual ini direkodkan dengan menggunakan telefon pintar.
 PEMERHATIAN

- Pengkaji menjalankan pemerhatian di sekitar SK Sungai Lerek.

- Pengkaji telah menjalankan pemerhatian sebanyak dua kali.

 KEPUSTAKAAN

- Bahan ilmiah seperti buku dan kamus.

- Sumber internet.

- Keratan akhbar.
DAPATAN
KAJIAN
DEMOGRAFI RESPONDEN
■ Faktor-faktor yang mendorong ibu bapa menghantar anak-anak mengikuti Program Pendidikan
Khas Integrasi (PPKI) di SK Sungai Lerek.

1) PPKI SK Sungai Lerek berdekatan dengan rumah.

2) Kemudahan peralatan dan prasarana yang disediakan di SK Sungai Lerek lengkap dan mencukupi.

3) PPKI SK Sungai Lerek mempunyai tenaga pengajar yang berkemahiran.

4) PPKI SK Sungai Lerek mempunyai bilangan guru yang mencukupi.

5) Kos pembelajaran PPKI yang murah.

6) Kelas yang kondusif dan selesa.

7) Modul pembelajaran PPKI yang sesuai.


■ Kesan-kesan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) terhadap murid
bermasalah pembelajaran di SK Sungai Lerek, Setiu, Terengganu.

1) Murid dapat membaca.


2) Murid dapat mengira.
3) Murid dapat menulis.
4) Murid dapat menguruskan diri dalam kehidupan seharian.
5) Murid dapat mengembangkan potensi, bakat, daya kreativiti dan intelek.
6) Murid dapat berinteraksi dengan orang ramai.
7) Murid rajin hadir ke sekolah.
RUMUSAN
 Kesimpulannya, PPKI sewajarnya dilaksanakan dalam menyediakan peluang dan kemudahan
pendidikan khas bagi murid yang berkeperluan khas. Jumlah kanak-kanak yang mengalami
masalah pembelajaran ini semakin meningkat dari tahun ke tahun. Sehubungan dengan itu,
pelbagai kemudahan perlu disediakan bagi menampung keperluan kanak-kanak yang
berkeperluan khas khususnya yang mempunyai masalah dalam pembelajaran. Justeru itu, semua
pihak perlu bekerjasama dalam menangani anak-anak bermasalah pembelajaran ini untuk
menjamin masa depan yang lebih baik. Oleh yang demikian, pengkaji berharap agar PPKI ini
terus dilaksanakan supaya dapat melahirkan generasi yang cemerlang dan tidak tercicir.

 
SEKIAN,
TERIMA KASIH.

You might also like