You are on page 1of 22

TEMA 2: SEJARAH PENDIDIKAN

 TAJUK:
SEJARAH PERKEMBANGAN
PENDIDIKAN DI SMK SERI JENGKA DARI
TAHUN 1991-2013

NAMA: MUHAMMAD FARHAN BIN ABDUL


HALIM
KELAS: 6 KHAZINI
PENGENALAN

 Pendidikan merupakan salah satu aspek yang terpenting dalam


sesebuah negara. Pendidikan dilihat mampu mengubah negara
kepada tahap yang lebih baik dari segi peningkatan ekonomi,
budaya, politik, sosial, dan sebagainya.

 Melalui pendidikan juga dapat membentuk masyarakat yang


berakhlak tinggi, berpengetahuan luas, bijak dalam membuat
keputusan, dan tegas dalam mengendalikan emosi seterusnya dapat
memacu kegemilangan dan kecemerlangan sesebuah negara
OBJEKTIF KAJIAN

 OBJEKTIF 1: Mengenal pasti sejarah penubuhan Smk Seri


Jengka dari tahun 1991-2013

 OBJEKTIF 2: Mengkaji pencapaian yang telah dicapai oleh


Smk Seri Jengka dari tahun 1991-2013.

 OBJEKTIF 3: Menjelaskan mengenai halangan dan cabaran

yang dihadapi Smk Seri Jengka dari tahun 1991-2013


KAEDAH KAJIAN

Temubual secara tidak formal

Melakukan kajian lapangan

Rujukan kepustakaan, internet dan buku


LOKASI KAJIAN
Pekan Tajau terletak di dalam Mukim Chenor dalam daerah Maran yang
merupakan salah satu daerah terbesar di dalam negeri Pahang Darul Makmur.
Kemudahan prasarana asas adalah lengkap dengan mempunyai bekalan
bekalan elektrik 24 jam yang disediakan oleh pihak Tenaga Nasional Berhad
(TNB). Segala kemudahan asas bagi keselamatan dan kesihatan juga dapat
diakses oleh penduduk di bandar terdekat iaitu Bandar Maran yang jaraknya
adalah 10 Km dari Pekan Tajau.
LATAR BELAKANG SMK SERI
JENGKA
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Jengka atau lebih dikenali sebagai Smk Seri Jengka

 Smk Seri Jengka ini telah dibuka pada 2 Disember 1991 di atas sebidang tanah seluas 35 ekar.

 Smk Seri Jengka ialah sebuah sekolah rancangan khas iaitu sekolah berasrama penuh di bawah
kawalan Jabatan Pendidikan Negeri Pahang dan kesemua pelajarnya tinggal di asrama.

 Pada awal penubuhannya,sekolah ini hanya mempunyai 4 blok bangunan sahaja. Pengetuanya
yang pertama ialah En. Wan Mustafa Bin Abdul Hayat dan dibantu oleh 13 orang guru dengan
bilangan pelajar seramai 163 orang

 Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Jengka telah dinaikkan taraf sebagai sekolah gred A pada
tahun 1998. Pada tahun tersebut, sekolah ini berpindah ke bangunan baru ada ada sekarang. Ia
mengandungi 8 buah kelas dengan bilangan murid yang bertambah kepada 434 orang, sebuah
makmal sains, pejabat dan kantin.
PENCAPAIAN YANG DICAPAI OLEH SMK SERI
JENGKA

 Semenjak pembukaaan Sekolah Kebangsaan Seri Jengka, sekolah tersebut telah mencapai pelbagai

kecemerlangan dalam pelbagai aspek kurikulum dan kokurikulum. Pada tahun 2000-2013, bermulanya era

kecemerlangan Smk Seri Jengka dalam aspek kurikulum terutamanya dalam Peperiksaan Menengah

Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di mana dalam tempoh beberapa tahun tersebut,

terdapat pelajar-pelajar yang telah mencapai kecemerlangan dalam kurikulum. Dalam aspek kokurikulum

pula, sekolah ini telah mencapai pencapaian dalam peringkat daerah, negeri, kebangsaan atau antarabangsa

tidak kira sama ada pencapaian dalam unit beruniform, kelab dan persatuan atau sukan dan permainan.


HALANGAN DAN CABARAN YANG
DIHADAPI SMK SERI JENGKA
 DISIPLIN DIRI PELAJARAN
ia merupakan suatu halangan dan cabaran yang besar bagi Smk Seri Jengka dalam
membentuk sahsiah diri murid-murid yang lebih baik. Hal ini kerana terdapat
segelintir pelajar yang tidak berdisiplin dan sering melanggar peraturan sekolah

 MASALAH PEMBELAJARAN
Smk Seri Jengka juga menghadapi masalah pembelajaran terutamanya ketika
pandemik covid 19 melanda negara. Murid-murid terpaksa belajar secara atas talian
selama beberapa bulan dan ia merupakan suatu tempoh yang agak Panjang. Akibat
daripada itu, pelajar mula hilang rasa minat untuk belajar dan reputasi pelajar akan
merosot
KESIMPULAN
 Smk Seri Jengka merupakan sebuah sekolah yang mempunyai keistimewaannya yang tersendiri dari segi
latar belakang,sejarah penubuhan dan juga pencapaian kurikulum dan kokurikulum sekolah tersebut

 Mengikut kajian ini juga, diharapkan para pelajar dapat mengekalkan kecemerlangan dari segi akademik
dan kokurikulum sehingga mampu meningkatkan lagi kecemerlangan sekolah dan memastikan sekolah
sentiasa berada dalam tahap terbaik

 Setiap pencapaian yang diperoleh Smk Seri Jengka mampu membakarkan semangat untuk pelajar-pelajar
lebih bersemangat dalam melakukan tanggungjawab mereka terhadap sekolah.

 Dengan adanya kajian ini, sekolah sekolah lain akan menjadikan Smk Seri Jengka sebagai contoh sebuah
sekolah yang cemerlang dari segi akademik dan juga kokurikulum dan berusaha untuk bersaing dalam
menjadi antara sekolah yang terbaik di daerah Maran

 diharapkan semoga kajian yang mendalam ini amat perlu digalakkan supaya masyarakat mengetahui
dengan lebih jelas asal-usul dan pencapaian Smk Seri Jengka yang masih belum diketahui oleh
masyarakat luar.
BIBLIOGRAFI
1) Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat

2) https://ms.wikipedia.org/wiki/Sekolah_Menengah_Kebangsaan_Seri_Jengka

3) https://www.wikiwand.com

4) Zuraidah wahid, Mari Kenali Smk Seri Jengka

5) Temu bual Bersama pelajar-pelajar Smk Seri Jengka, 16 Julai 2022

6) Wawancara Bersama Encik Abdul Razi Bin Jamaluddin selaku guru cemerlang Smk Seri Jengka, 16 Julai 2022

7) Wawancara Bersama Encik Baharuddin Bin Kamis selaku guru penolong kanan kokurikulum Smk Seri Jengka, 1

September 2022


LAMPIRAN

Foto 1: Kawasan Sekolah Kebangsaan Menengah Seri Jengka

Sunber: Kajian Lapangan 2022


Foto 2: Kawasan Asrama Smk Seri Jengka

Sumber : Kajian Lapangan 2022


Foto 3: Surau Al-Tolibin Smk Seri Jengka

Sumber: Kajian Lapangan 2022


Foto 4: Padang Smk Seri Jengka

Sumber: Kajian Lapangan 2022


Foto 5: Bilik Guru Di Smk Seri Jengka
Sumber: Kajian Lapangan 2022
Foto 6: Dewan Smk Seri Jengka
Sumber: Kajian Lapangan 2022
Foto 7: Bilik Darjah Smk Seri Jengka
Sumber: Kajian Lapangan 2022
Foto 8: Anugerah Pencapaian sekolah Smk Seri Jengka
Sumber: Kajian Lapangan 2022
Foto 8: Temubual Bersama Encik Abdul Razi Bin Jamaluddin,

guru cemerlang Smk Seri Jengka


Sumber: Kajian Lapangan 2022
Foto 9: Temubual Bersama salah seorang pelajar Smk Seri

Jengka
Sumber: Kajian Lapangan 2022
Foto 10: Temubual Bersama Guru Penolong Kanan

Kokurikulum Smk Seri Jengka, Encik Baharuddin Bin Kamis

Sumber: Kajian Lapangan 2022

You might also like