You are on page 1of 13

BBD18003 Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI

1.0 PENDAHULUAN

2013

Malaysia diharap menjadi Negara maju pada 2020 dan bagi mencapai impian itu, negara memerlukan tenaga kerja mahir dan berkualiti dalam semua bidang. Kerajaan telah melancarkan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) pada September 2009 sebagai satu usaha meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat. Bagi mencapainya, bidang pendidikan perlu diperkukuh dan melalui Program Transformasi Kerajaan (GTP), menetapkan empat aspek asas Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) pendidikan iaitu pra sekolah, celik huruf dan nombor, sekolah prestasi tinggi dan insentif kepada pendidik Inisiatif Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) program Transformasi Kerajaan (GTP) berjaya meningkatkan taraf pendidikan dan prestasi pencapaian pelajar-pelajar sekolah kebangsaan dan dijangka bertambah baik tahun ini. Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abd. Ghafar Mahmud berkata, ia dibuktikan melalui pencapaian cemerlang empat NKRA yang melepasi sasaran asal iaitu prestasi prasekolah, literasi dan numerasi serta Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) termasuk Program Pembangunan Prestasi Sekolah (SIP). Katanya, aspirasi NKRA Pendidikan memberi penekanan kepada meningkatkan pencapaian pelajar secara holistik dari segi intelektual, emosi, rohani dan jasmani. Pada peringkat awal Kementerian Pelajaran Malaysian telah mengumumkan 20 buah Sekolah Berprestas Tinggi (SBT) membabitkan 10 buah sekolah berasrama penuh, 4 sekolah menengah harian dan 6 sekolah rendah seluruh negara. Sekolah Berprestasi tinggi ditakrifkan sebagai sekolah yang mempunyai etos, watak, identiti yang tersendiri dan unik serta menyerlah dalam semua aspek pendidikan. Sekolah ini mempunyai tradisi budaya kerja yang tinggi dan cemerlang dengan modal insan nasional yang berkembang secara holistik dan berterusan serta mampu berdaya saing di persada antarabangsa. Sasaran utama Kementerian Pelajaran adalah untuk meletakkan semua SBT sebagai penanda aras dalam soal kecemerlangan pendidikan, supaya menjadi contoh dan teladan kepada semua sekolah di negara ini.

KUMPULAN 5

BBD18003 Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah


2.0 OBJEKTIF

2013

2.1 MENGANGKAT KUALITI SEKOLAH-SEKOLAH YANG TERBAIK:


Meningkatkan kualiti pencapaian institusi pendidikan melalui peningkatan tahap autonomi dan akauntabiliti, membenarkan sekolah melaksanakan inovasi dalam pengurusan masing-masing (pemusatan dalam aspek kurikulum dan anggota perkhidmatan)

2.2 MENGHASILAN PELAJAR YANG CEMERLANG:


Sebagai tempat untuk melatihkan pelajar cemerlang bertaraf antabangsa dan yang menjadi personaliti unggul dalam semua bidang.

2.3 MERAPATKAN JURANG ANTARA SEKOLAH-SEKOLAH DI DALAM SISTEM:


Sebagai inspirasi kepada sekolah-sekolah lain untuk membangunkan kecemerlangan tahap yang lebih tinggi melalui bimbingan dan jaringan antara sekolah-sekolah tersebut. 3.0 CIRI-CIRI SBT 3.1 Pemimpin Sekolah: Boleh menyampaikan, mempunyai akauntabliti dan kredibiliti dalam pengurusan sekolah. SKT disediakan berpandukan Pengurusan Berasaskan Sekolah. Melibatkan sekolah ke peringkat antarabangsa. Membangunkan bakat kepimpinan guru dan murid. Sentiasa bersedia. Proaktif dalam melaksanakan perubahan dan pembaharuan

KUMPULAN 5

BBD18003 Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah


3.1 GURU:

2013

Boleh deliver, mempunyai akauntabliti dan kredibilit dalam pengurusan bilik darjah dan sekolah SKT disediakan berpandukan Pengurusan Berasaskan bilik darjah dan sekolah. Membantu melibatkan murid ke peringkat antarabangsa. Membangunkan bakat kepimpinan murid. Sentiasa bersedia. Proaktif dalam melaksanakan perubahan dan pembangunan dalam proses P&P

3.2 MURID:
Boleh menyediakan sasaran tahunan bagi peningkatan diri sendiri. Boleh bertanggungjawab untuk pembelajaran kendiri. Berupaya mengendalikan dan menguruskan diri dan aktiviti sekolah. Boleh bekerjasa dalam kumpulan dan berkomunikasi dengan berkesan. Boleh menggunakan kuasa autonomi yang diberikan dengan berkesan. 4.0 CIRI-CIRI PEMBANGUNAN BERTERUSAN SBT: Peningkatan pelan strategik, pengurusan, program akademik dan kokurikulum sokongan. Peningkatan tahap prestasi( akademik,kokurikulum dan sukan) Peningkatan program jalinan dengan universiti Menambahkan jaringan dengan institusi tempatan dan antarabangsa. Menjayakan lebih banyak program yang melibatkan komuniti Menjadi penanda aras dan contoh bagi sekolah-sekolah lain dari dalam dan luar negara. Peningkatan jumlah murid cemerlang serta meningkatkan keberhasilan untuk semua pelajar Peningkatan jumlah murid cemerlang serta meningkatkan keberhasilan untuk semua pelajar. Peningkatan jumlah murid yang memasuki Universiti dan institusi yang terkemuka. Peningkatan jumlah guru cemerlang Peningkatan program immersion untuk Pengetua/Guru Besar dan Guru KUMPULAN 5 3

BBD18003 Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah

2013

5.0 PENCAPAIAN AKADEMIK YANG CEMERLANG: Skor komposit yang berasaskan Skor GPS(pemberatan 70%) Skor verifikasi SKPM(pemberatan 30%) 6.0 TARGET SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI Peningkatan ke taraf dunia. SKPM 90% Membina aspirasi untuk semua sekolah Peluasan sasaran 20 SBT menjelang 2010

6.1 Senarai Sekolah Berprestasi Tinggi 2010


Senarai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) yang terpilih bagi 2010 adalah sebanyak 20 buah sekolah seperti di bawah :Sekolah Berasrama penuh 1. Sekolah Tun Fatimah (STF) Johor Bahru 2. Sekolah Datuk Abdul Razak (SDAR) Seremban 3. Kolej Melayu Kuala Kangsar (KMKK) Perak 4. Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya 5. Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim, Kedah 6. Kolej Tunku Kurshiah (TKK) Seremban 7. Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang 8. Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putera, Perlis 9. Sekolah Sultan Alam Shah Putrajaya 10. Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah, Melaka

KUMPULAN 5

BBD18003 Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah

2013

Sekolah Menengah Harian 1. Sekolah Menengah Kebngsaan Perempuan Sri Aman, Petaling Jaya 2. Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki, Kuala Lumpur 3. Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Asma, Kedah 4. Sekolah Menengah Kebangsaan (P) St George, Pulau Pinang

Sekolah Rendah 1. Sekolah Kebangsaan Seri Bintang Utara Kuala Lumpur 2. Sekolah Kebangsaan Zainab (2) Kota Baharu, Kelantan 3. Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr ismail, Kuala Lumpur 4. Sekolah Convent Kota Taiping, Perak 5. Sekolah Kebangsaan Bukit Damansara Kuala Lumpur 6. Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Uda 2, Johor Bahru

KUMPULAN 5

BBD18003 Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah


6.2 Senarai Sekolah Berprestasi Tinggi 2011
23 buah Sekolah Berprestasi Tinggi

2013

telah diumumkan oleh Kementerian

Pelajaran bagi tahun 2011 berbanding 20 pada tahun 2010. Ini membabitkan 1 sekolah menengah harian, 12 sekolah berasrama penuh, 8 sekolah kebangsaan dan 2 sekolah jenis kebangsaan. Senarai SBT 2011 ini dimaklumkan kepada umum oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Sekolah Kebangsaan Ulu Lubai, Limbang yang merupakan sekolah pedalaman pertama mendapat pengiktirafan Sekolah Berprestasi Tinggi. Sekolah Menengah Harian 1. Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Empat, Selangor

Sekolah Berasrama Penuh (Kementerian Pelajaran) 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Perak Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak, Selangor Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kubang Pasu, Kedah Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Pekan, Pahang Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Kuala Lumpur Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra, Kelantan Sekolah Menengah Sains Miri, Sarawak Sekolah Menengah Sains Seri Puteri, Kuala Lumpur Sekolah Menengah Sains Selangor, Kuala Lumpur

10. Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah, Pahang 11. Sekolah Menengah Sains Muar, Johor Sekolah Berasrama Penuh (Kerajaan Negeri) 1. Sekolah Menengah Imtiaz, Terengganu

KUMPULAN 5

BBD18003 Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah


Sekolah Kebangsaan 1. Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Lubai, Sarawak 2. SK Convent Muar, Johor 3. SK Seri Biram, Pahang 4. SK Sultan Ahmad Tajuddin, Kedah 5. SK Setiawangsa, Kuala Lumpur 6. SK (Perempuan) Methodist Kuantan, Pahang 7. SK Sultan Ismail, Terengganu 8. SK Jalan Tiga, Selangor Sekolah Jenis Kebangsaan 1. Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) (C) Perempuan China, Pulau Pinang 2. SJK(C) Lick Hung, Selangor

2013

Sekolah Kebangsaan Ulu Lubai SK Ulu Lubai adalah sekolah pedalaman pertama di negara ini diiktiraf sebagai SBT. SK Ulu Lubai membuktikan berada di luar bandar bukan halangan mencapai kejayaan. Walaupun keadaan sekolah yang sederhana dan bangunan kayu, sekolah ini menunjukkan pencapaian akademik amat cemerlang apabila Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) mendapat 100 peratus lulus sejak 2006 sehingga kini dan sentiasa menjadi sekolah terbaik di Sarawak. SK Ulu Lubai menduduki tempat ke-54 pada 2009 dan melonjak naik ke tempat pertama pada 2010, SK Ulu Lubai juga memenangi dua anugerah pada peringkat antarabangsa iaitu johan anugerah Commonwealth Education Good Practice Awards 2009; finalis Commonwealth Education Good Practice Awards 2009 yang dianugerahkan Sekretariat Komanwel dan Kerajaan Malaysia, serta terkini ialah pencalonan UNESCO Education of International Best Practices 2010. Sekolah ini juga merangkul lima anugerah di peringkat kebangsaan, 14 di peringkat negeri dan 46 di peringkat bahagian dan daerah.

KUMPULAN 5

BBD18003 Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah

2013

Di samping itu SK Ulu Lubai juga aktif dalam mewujudkan program jalinan dan jaringan dengan institusi luar negara pada 2009 dan 2010 membabitkan Universiti Bristol United Kingdom (UK); Jin Shan Primary School Singapore; Kingsford Community School UK dan Deptford Green School UK.

6.3 Senarai Sekolah Berprestasi Tinggi 2012


14 sekolah lagi diiktiraf Sekolah Berprestasi Tinggi

Lima sekolah dari Johor, tiga dari Kedah, dua dari Terengganu, dua dari Pulau Pinang, serta masing-masing satu dari Pahang dan Negeri Sembilan, berada dalam kohort ketiga yang mendapat pengiktirafan sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) hari ini, menjadikan jumlahnya kini 66 sekolah. Semua pengetua dan guru besar 14 sekolah berkenaan tampil menerima watikah pengiktirafan dan peruntukan dana khas di Auditorium Parcel E di sini, yang disampaikan sendiri oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata SBT bukan bertujuan mengiktiraf kecemerlangan sekolah semata-mata, tapi yang lebih penting ialah memastikan kecemerlangan itu dapat memberi impak positif kepada pencapaian pelajar. "Menerusi usaha-usaha terkini kerajaan, saya jangka selepas fasa penilaian semula, dan hala tuju sistem pendidikan negara dimuktamadkan, tanggungjawab kecemerlangan yang akan dipikul warga SBT akan menjadi lebih mencabar lagi," katanya ketika berucap pada majlis itu. Beliau berkata SBT dilaksanakan dalam usaha mengangkat kualiti sekolah yang terbaik dengan cara meningkatkan kualiti pencapaian institusi pendidikan menerusi peningkatan tahap autonomi dan akauntabiliti, di samping membenarkan ia melaksanakan inovasi dalam pengurusan masing-masing.

KUMPULAN 5

BBD18003 Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah

2013

Kata beliau, program itu juga bermatlamat untuk menghasilkan pelajar holistik yang cemerlang dengan menjadikan SBT sebagai tempat melatih murid cemerlang bertaraf antarabangsa di samping menjadi personaliti unggul dalam semua bidang. Sepuluh sekolah rendah dan empat sekolah menengah yang menerima pengiktirafan SBT hari ini ialah SK(P) Sultan Ibrahim, Johor Baharu; SK Infant Jesus Convent, Johor Baharu; SK Ibrahim, Sungai Petani, Kedah; SK Sultan Sulaiman 1, Kuala Terengganu; SK Tengku Mahmud, Besut, Terengganu; SK Assunta Convent, Kuantan, Pahang; SK Minden Height, Pulau Pinang; SJKC Kwang Hwa, Pulau Pinang; SJKC Keat Hwa (H) Alor Setar, Kedah; SJKC Foon Yew 2 Johor Baharu, Johor; SM Sains Sultan Mohamad Jiwa, Sungai Petani, Kedah; SM Sains Tuanku Jaafar, Kuala Pilah, Negeri Sembilan; SM Sains Kota Tinggi, Kota Tinggi, Johor; dan SM Sains Johor, Kluang, Johor. Muhyiddin berkata, 14 sekolah itu menunjukkan pencapaian yang cukup hebat dengan ada antara pelajarnya menjadi juara dalam pelbagai pertandingan peringkat antarabangsa, dan mengharumkan nama negara. "Ini termasuk kejayaan menyandang gelaran johan dalam pertandingan menulis esei bahasa Jerman anjuran Goethe Institute Jerman dan menjadi johan Piala Barclay Ragbi di Singapura," katanya. Selain itu katanya, sebuah SBT pula mendapat anugerah emas pada Asian Youth Inventors Exhibition, manakala sebuah lagi mendapat tempat pertama dalam pertandingan menulis esei dalam bahasa Cina negara-negara Asia Tenggara. Muhyiddin turut berharap agar semua SBT akan terus berusaha untuk melonjak dan melestarikan kecemerlangan modal insan bagi memenuhi hasrat kerajaan dalam merealisasikan model baru ekonomi, demi mendukung gagasan "1Malaysia; Rakyat Didahulukan, pencapaian diutamakan".

KUMPULAN 5

BBD18003 Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah


SENARAI SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI 2012 66 BUAH

2013

Jumlah keseluruhan Sekolah Berprestasi Tinggi ( SBT ) 2012 di seluruh negara sebanyak 66 buah

Sekolah Rendah.
1. SK Seri Bintang Utara, Kuala Lumpur 2. SK Zainab (2), Kota Bharu, Kelantan 3. SK Taman Tun Dr. Ismail 1, Kuala Lumpur 4. SK Convent Kota, Taiping, Perak 5. SK Bukit Damansara, Kuala Lumpur 6. SK Bandar Baru Uda 2, Johor Bahru, Johor 7. SK Ulu Lubai, Sarawak 8. SK Convent Muar, Johor 9. SK Seri Biram, Pahang 10. SK Sultan Ahmad Tajuddin, Kedah 11. SK Setiawangsa, Kuala Lumpur 12. SK (Perempuan) Methodist Kuantan, Pahang 13. SK Sultan Ismail, Terengganu 14. SK Jalan Tiga, Selangor 15. SJKC Perempuan China, Pulau Pinang 16. SJKC Lick Hung, Selangor 17. SK Seksyen 9, Shah Alam, Selangor 18. SJKC Tung Hua, Sarawak 19. SK (Perempuan) Sultan Ibrahim Johor Bharu 20. SK Infant Jesus Convent, Johor Bharu, Johor 21. SK Ibrahim, Sungai Petani, Kedah 22. SK Sultan Sulaiman 1 Kuala Terengganu 23. SK Tengku Mahmud, Besut, Terengganu 24. SK Assunta Convent, Kuantan, Pahang 25. SK Minden Heights, Pulau Pinang 26. SJKC Kwang Hwa, Pulau Pinang 27. SJKC Keat Hwa (H), Alor Setar Kedah 28. SJKC Foon Yew 2, Johor Bharu, Johor KUMPULAN 5 10

BBD18003 Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah


Sekolah Menengah
1. SMK (P) Sri Aman, Petaling Jaya, Selangor 2. Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru, Johor 3. Sekolah Dato Abdul Razak, Seremban, Negeri Sembilan 4. Kolej Melayu Kuala Kangsar, Perak 5. Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya, Selangor 6. SMK Aminuddin Baki, Kuala Lumpur 7. Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim, Jitra, Kedah 8. Kolej Tunku Kurshiah, Seremban, Negeri Sembilan 9. Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang 10. SMK Sultanah Asma, Alor Setar, Kedah 11. SMK (P) St. George, Pulau Pinang 12. Sekolah Menengah Sains (SMS) Tuanku Syed Putra, Perlis 13. Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya 14. SMS Muzaffar Syah, Melaka 15. Sekolah Menengah Imtiaz, Terengganu 16. SMK Jalan Empat, Bangi, Selangor 17. Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Perak 18. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak, Selangor 19. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kubang Pasu, Kedah 20. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Pekan, Pahang 21. Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Kuala Lumpur 22. Sekolah Menengah Sains Selangor, Kuala Lumpur 23. Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra, Kelantan 24. Sekolah Menengah Sains Sabah, Kota Kinabalu , Sabah 25. Sekolah Menengah Sains Tuanku Munawir, Negeri Sembilan 26. Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor, Selangor 27. Sekolah Menengah Sains Kuching, Sarawak 28. SM Agama Persekutuan Labu, Negeri Sembilan 29. SMK Lembah Bidong, Terengganu 30. SMK Agama Naim Lilbanat, Kelantan

2013

31. Sekolah Menengah Sains Sultan Mohamad Jiwa, Sungai Petani, Kedah KUMPULAN 5 11

BBD18003 Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah

2013

32. Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaatar, Kuala Pilah, Negeri Sembilan 33. Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi, Kota Tinggi, Johor 34. Sekolah Menengah Sains Johor, Kluang Johor 35. Sekolah Menengah Sains Miri, Sarawak 36. Sekolah Menengah Sains Seri Puteri, Kuala Lumpur 37. Sekolah Menengah Sains Muar, Johor 38. Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah, Pahang

7.0 KESIMPULAN Laporan Tahunan Program Transformasi Kerajaan (GTP) 2011 menyaksikan Inisiatif Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Mempertingkatkan Pencapaian Pelajar mencatatkan pelbagai kejayaan membanggakan merangkumi bandar serta luar bandar. Menyedari sekolah berkualiti merupakan kunci untuk meningkatkan tahap pendidikan di negara ini, inisiatif NKRA tersebut telah menganugerahkan status Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) kepada 32 sekolah rendah dan menengah pada tahun lalu berbanding 20 sekolah pada tahun 2010. kawasan

Pendidikan bukan sekadar pengajaran dan pembelajaran tetapi cabaran lebih besar kepada pimpinan sekolah dan guru ialah membina kemahiran berfikir, membina kemahiran kepimpinan dan juga kemahiran soft skill kepada murid-murid

KUMPULAN 5

12

BBD18003 Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah


8.0 BAHAN RUJUKAN Mahdi Shuib, Mohd Hanafi Zainal, Abd. Aziz Ismail dan Kamaruddin Ilias.

2013

2010. Pendidikan Negara Bangsa Malaysia . Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd. Portal Rasmi Utusan Malaysia. 2010-2012. Arkib Berita Utusan Malaysia. penerbitan Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd. Portal Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia-NKRA Pendidikan. 2013. Kementerian Pelajaran Malaysia. Diterbitkan Oleh Unit Komunikasi Korporat

KUMPULAN 5

13

You might also like