You are on page 1of 81

GGGC6033 ISU-ISU PENDIDIKAN DI MALAYSIAA

MENYEDIAKAN KESAMARATAAN AKSES KEPADA PENDIDIKAN BERKUALITI BERTARAF ANTARABANGSA (PPP 2013-2025).
NAMA AHLI P63722 NAJIHAH BINTI NAZARUDIN P63743 MAWARNIEE BT. MOHD YUNUS P63747 SITI HURUL AIN BINTI ZULROFLI P69188 IDAYUSNI BINTI ISMAIL P63782 YURLI DERNITA BINTI MOHD SALIM P63802 FIRDZAUS BIN SAID

PENSYARAH: PM DR MAIMON AQSHA LUBIS

GGGC6033 ISU-ISU PENDIDIKAN DI MALAYSIA

DEFINISI KESAMARATAAN
Bermaksud memastikan individu atau kumpulan individu dilayan dengan adil dan sama-sama baik, khusus untuk keperluan mereka, termasuk kawasan bangsa, jantina, kecacatan, agama atau kepercayaan dan umur. (Karl Marx, 1998) Equality basically means access or provision of equal opportunities, where individuals are protected from being discriminated against. Discrimination in equality can occur in race, sex, health, religion, family structure, age, politics, disability, culture, sexual orientation or in terms of believes.

Ideologi merupakan alat untuk mencapai kesamarataan dan kesejahteraan bersama dalam masyarakat

DEFINISI PENDIDIKAN

GGGC6033 ISU-ISU PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Pendidikan merupakan kombinasai dari pertumbuhan dan perkembangan insani dengan warisan sosial. Kohnstamm dan Gunning (1995)
Kamus dewasan edisi ke 4 Pendidikan diertikan sebagai pertama perihal mendidik, kedua; ilmu pendidikan dimaksudkan sebagai ilmu didik, ilmu mendidik pengetahuan mendidik dan yang ketiga; diertikan sebagai didikan, latihan, ajaran Menurut Frederick J. Mc Donald dan M.J. Langeveld, pendidikan merupakan suatu proses atau kegiatan yang diarahkan untuk mengubah kebiasaan (behaviour) manusia

DEFINISI PENDIDIKAN
Pendidikan merupakan asas kpd sesebuah negara untuk membangunkan masyarakat dari segi ekonomi, sosial dan politik melalui sistem persekolahan (Mior Khairul Azrin,2011). Sejak merdeka, sistem pendidikan di Malaysia telah mengalami pelbagai perubahan demi menyesuaikan pelaksanaan sistem persekolahan bagi memenuhi keperluan dan kesesuaian masyarakat di Malaysia yang berbilang kaum.

Oleh yg demikian, berdasarkan penyelidikan & penilaian yg mendalam & menyeluruh thdp sistem pendidikan di Malaysia KPM telah menghasilkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Pelan ini berhasrat merintis peluang yg lebih luas ke arah keberhasilan rakyat yg berpendidikan tinggi dan berdaya saing.

11 anjakan untuk transformasi sistem pendidikan negara


1 Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa 2 Memastikan setiap murid profisien dlm Bahasa Malaysia & Bahasa Inggeris 3 Melahirkan rakyat Malaysia dgn pengayatan nilai.

ANJAKAN
4 Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan 5 Memastikan kepimpinan berpretasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah. 6 Mengupaya JPN, PPD & sekolah utk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan

7 Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia.

8 Mentransformasi kebolehupayaan dan kapasiti penyampaian kementerian

9 Bekerjasama dgn ibubapa, komuniti dansektor swasta secara meluas

ANJAKAN
10 Memaksimumka n keberhasilan murid bagi setiap ringgit

11 Meningkatkan ketelusan untuk akauntabiliti awam secara langsung

Pendidikan Di Malaysia Pendidikan ialah penyumbang utama pembangunan modal sosial dan ekonomi negara. Pendidikan juga merupakan pencetus kreativiti dan penjana inovasi yang melengkapkan generasi muda dengan kemahiran yang diperlukan untuk bersaing dalam pasaran kerja, dan menjadi pengupaya perkembangan ekonomi keseluruhannya. Sehubungan dengan itu, kerajaan perlu memastikan sistem pendidikan negara berfungsi secara berkesan untuk menjayakan Model Baru Ekonomi, Program Transformasi Ekonomi dan Program Transformasi Kerajaan yang menjadi asas perkembangan ekonomi negara dalam persaingan ekonomi global.
YAB Dato Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (September, 2012) Dalam usaha mencapai matlamat tersebut, Malaysia telah melakukan satu anjakan besar untuk membangunkan satu sistem pendidikan yang berkualiti.

DASAR & AKTA PENDIDIKAN


1. Penyata Razak (1956) Perpaduan ++ 2. Rahman Talib (1960) - Perpaduan ++ 3. Akta Pendidikan 1961 Perpaduan ++ 4. Falsafah Pendidikan Kebangsaan (1987) - JERI 5. Akta Pendidikan 1996 Dasar Liberalisasi pendidikan (Sufean Hussin, 2004)- pembentukan budaya ilmu dan PSH. 6. PIPP (2006-2010)- BI/Linus/Nilai 7. PPPM (2013-2025)- BI/BM/Tek & Vok / World/PBS/Holistik 8. IPT- Softskill/ Kemahiran Insaniah

Enrolmen Enrolmen murid pada peringkat pendidikan rendah, termasuk di sekolah swasta, telah mencapai 96 peratus (%) berbanding hanya 40% pada tahun 1950. Kadar enrolmen pada peringkat menengah rendah pula telah mencapai 91%, dan menengah atas 82%. Pencapaian Kadar literasi remaja telah meningkat daripada 88% pada tahun 1990 kepada 99% masa kini. Kadar literasi dewasa juga telah meningkat secara mendadak, iaitu daripada 52% semasa negara mencapai kemerdekaan kepada 93% pada tahun 2010.

Kerajaan telah memperuntukkan secara tekal sebanyak 16% daripada bajet negara setiap tahun untuk Kementerian Pelajaran. Pelaburan yang besar telah dibuat dalam latihan guru, emolumen dan pembinaan infrastruktur serta kemudahan asas pendidikan yang telah berhasil meningkatkan penyertaan murid pada peringkat pendidikan rendah dan menengah, termasuk di kawasan luar bandar dan pedalaman. Hasilnya, jurang pencapaian antara sekolah bandar dan luar bandar telah berkurangan.Dalam peperiksaan UPSR, jurang pencapaian murid bandar dan luar bandar telah berkurangan daripada 8% pada tahun 2005 kepada 4% pada tahun 2011.

Pentaksiran pada peringkat antarabangsa menunjukkan pencapaian murid kita dalam beberapa bidang penting seperti Bacaan, Matematik dan Sains masih rendah berbanding murid di negara-negara maju.

Misalnya, daripada 74 buah negara yang mengambil bahagian dalam ujian Programme for International Student Assessment atau PISA 2009, murid Malaysia berada di tempat sepertiga terbawah bagi Bacaan, Matematik dan Sains.

Mengikut Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS)1, 2007, lebih kurang 20% daripada pelajar Malaysia gagal mencapai tanda aras minimum dalam Matematik dan Sains, berbanding dengan hanya 5% dalam Sains dan 7% dalam Matematik pada tahun 2003.

Di samping itu, tenaga kerja secara relatifnya adalah tidak mahir. Sebanyak 77% daripada tenaga kerja hanya mempunyai pendidikan asas selama 11 tahun, iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengannya dan hanya 28% daripada guna tenaga dalam kumpulan pekerjaan berkemahiran tinggi.

Kementerian Pelajaran telah mengkaji semula sistem pendidikan negara pada bulan Oktober 2011. Panel Dialog Nasional Pendidikan Negara telah dibentuk untuk mengumpul pandangan masyarakat umum mengenai langkah-langkah yang perlu diambil oleh kerajaan untuk meningkatkan kualiti pendidikan. Kementerian telah menerima 156 memorandum daripada pelbagai pertubuhan dan individu. Pandangan daripada Panel Penilai Bebas Malaysia dan Antarabangsa telah diperolehi dalam menyediakan Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan. Kementerian juga telah mendapatkan input daripada kajiankajian yang dilakukan oleh UNESCO, OECD, Bank Dunia dan Institusi-Institusi Pendidikan Tinggi Awam tempatan.

Berkat usaha gigih warga pendidik dan kerajaan melaksanakan pelbagai inisiatif di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara bagi sektor pendidikan; Enrolmen murid prasekolah juga telah berjaya ditingkatkan daripada 67% pada tahun 2009 kepada 77% pada tahun 2011.

Penguasaan Literasi dan Numerasi murid juga telah menunjukkan pencapaian yang memberangsangkan. Berdasarkan keputusan ujian LINUS 2011, kadar literasi murid kohort Tahun1 telah meningkat daripada 87% pada tahun 2010, kepada 95% apabila mereka berada di Tahun 2 pada tahun 2011. Begitu juga dengan kadar numerasi murid kohort yang sama telah meningkat daripada 87% pada tahun 2010 kepada 97% pada tahun 2011.

Sistem pendidikan Malaysia diterajui oleh dua kementerian iaitu : 1. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) 2. Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

KPM bertanggungjawab dalam pentadbiran dan pengurusan sistem pendidikan kebangsaan di peringkat sekolah, meliputi : 1. pendidikan prasekolah, 2. pendidikan rendah, 3. pendidikan menengah dan 4. pendidikan lepasan menengah. Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bertanggungjawab ke atas Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) telah dirangka dan dilaksanakan oleh KPM dalam usaha memantap dan meningkatkan kualiti sistem pendidikan kebangsaan di peringkat sekolah. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan ini memberi fokus kepada enam teras strategik iaitu: 1. membina negara bangsa, 2. membangunkan modal insan, 3. memperkasakan sekolah kebangsaan, 4. merapatkan jurang pendidikan, 5. memartabatkan profesion keguruan dan 6. melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan. KPT juga telah menyediakan Pelan Strategik Pendidikan Tinggi ke arah meningkatkan daya saing Malaysia di peringkat global melalui penyampaian pendidikan dan latihan yang berkualiti, berkesan, relevan dan mempunyai komitmen yang tinggi kepada pembelajaran sepanjang hayat dengan membangunkan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) melalui dua pendekatan iaitu pendidikan dan latihan yang berjalan secara bersepadu.

Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan akan memacu pendidikan negara ke arah pendidikan yang berkualiti dan bertaraf antarabangsa Kerajaan mengambil langkah menggubal Pelan Pembangunan Pendidikan(2013-2025). Pelan ini menyediakan kerangka pembangunan yang menyeluruh untuk menzahirkan transformasi sistem pendidikan secara pantas dan mapan sehingga tahun 2025. Berdasarkan inisiatif yang telah diperkenalkan bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara, pelan pembangunan ini menggariskan perubahan yang besar. Antaranya, merangkum aspek pendekatan pembelajaran murid, kaedah pemilihan guru, latihan guru, penyediaan ganjaran kepada guru dan pemimpin sekolah, dan pendekatan pengoperasian Kementerian.

Kerajaan komited melaksanakan transformasi sistem pendidikan negara untuk tempoh 15 tahun akan datang. Transformasi pendidikan ini bermatlamat melengkapkan setiap murid di negara kita dengan segala kemahiran baharu yang diperlukan oleh mereka untuk merebut peluang dan menangani cabaran abad ke-21. Dalam usaha kita untuk bersaing dengan negara termaju di dunia, sistem pendidikan kita perlu berupaya melahirkan generasi muda yang berpengetahuan, mampu berfikir secara kritis dan kreatif, mempunyai kemahiran kepimpinan yang mantap dan berupaya berkomunikasi dengan berkesan pada peringkat global. Tidak kurang pentingnya, setiap murid di negara kita perlu diterapkan dengan nilai, etika dan rasa tanggungjawab sebagai warganegara, agar mereka dapat membuat pilihan yang tepat untuk diri mereka, keluarga dan negara,serta berupaya mengharungi dan mengatasi cabaran masa depan. YAB Tan Sri Dato Hj. Muhyiddin Hj. Mohd Yassin Timbalan Perdana Menteri Merangkap Menteri Pelajaran Malaysia Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (September, 2012)

Sistem pendidikan di Malaysia menjelang tahun 2025 seharusnya berupaya mencapai penyertaan menyeluruh pendidikan peringkat menengah, menempatkan diri pada kedudukan kelompok sepertiga terbaik dalam pentaksiran peringkat antarabangsa, memastikan semua murid menikmati peluang yang sama kepada pendidikan berkualiti dan seterusnya menyemai identiti Nasional dalam kalangan murid. Y. Bhg. Tan Sri Abd. Ghafar bin Mahmud Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 20132025 (September, 2012)

Contoh maklumbalas pihak industri mengenai kompetensi tenaga sumber manusia di Malaysia: begitu susah mencari pengganti tempatnya (CEO Bank HSBC Cyberjaya) dalam kalangan orang tempatan. nampaknya kita seolah-olah kekurangan sesuatu yang dikehendaki mereka. Justru kita kena latih pelajar kita supaya competent dan memenuhi standard syarikatsyarikat multinasional itu. graduan kurang dari segi soft skill seperti komunikasi interpersonal, penguasaan bahasa asing kita perlu melahirkan bakat tempatan bertaraf dunia. " pendidikan bukan melalui 9A atau 10A semata-mata, tetapi harus meliputi aspek kemahiran hidup, mengesan & menyelesaikan masalah serta berpengetahuan luas dan yang terpenting membentuk keperibadian mulia. Tan Sri Dr Mustapha Kamal (2012)

Mengimbangi fokus pendidikan drp berorientasikan akademik & peperiksaan kepada: - Vokasional/teknik & fokus kpd pembinaan potensi pelajar secara seimbang/ menyeluruh/ bersepadu (Transformasi pendidikan vokasional- Alimuddin 2011 & KPM 2012).

Apa Implikasinya- jika pendidikan terlalu berorientasikan akademik ? Hanya golongan pelajar yg mempunyai orientasi minat & kebolehan akademik shj yg berpeluang menunjukkan kebolehan & bakat serta merasai kejayaan & menerima pengiktirafan dlm sistem persekolahan (Amla 2010).

HALA TUJU PENDIDIKAN DI MALAYSIA DALAM MENYEDIAKAN KESAMARATAAN AKSES KEPADA PENDIDIKAN BERKUALITI BERTARAF ANTARABANGSA

Hala tuju pendidikan di Malaysia adalah berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, yang digubal bertujuan untuk melahirkan generasi masa depan yang seimbang dan harmoni daripada segi intelek, emosi, rohani dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan

HALA TUJU PENDIDIKAN DI MALAYSIA DALAM MENYEDIAKAN KESAMARATAAN AKSES KEPADA PENDIDIKAN BERKUALITI BERTARAF ANTARABANGSA

HALA TUJU PENDIDIKAN DI MALAYSIA DALAM MENYEDIAKAN KESAMARATAAN AKSES KEPADA PENDIDIKAN BERKUALITI BERTARAF ANTARABANGSA

HALA TUJU PENDIDIKAN DI MALAYSIA DALAM MENYEDIAKAN KESAMARATAAN AKSES KEPADA PENDIDIKAN BERKUALITI BERTARAF ANTARABANGSA

PPPM 2013-2025 tidak mengubah dasar semasa, sebaliknya hanya membabitkan penambahbaikan dan anjakan operasi dan strategi sistem pendidikan negara" Dr Khair Mohamad Yusof, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Pembangunan Profesionalisme Keguruan)

GGGC6033 ISU-ISU PENDIDIKAN DI MALAYSIA

ASPIRASI NKRA PENDIDIKAN


Aspirasi pendidikan di Malaysia untuk meningkatkan keberhasilan pelajar dan menyediakan akses kepada pendidikan berkualiti kepada semua pelajar di seluruh Negara. Peningkatan pencapaian pelajar amat krusial dalam membangunkan modal insan bagi menghasilkan tenaga kerja Malaysia, sebagai negara membangun berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Memastikan pendidikan berkualiti dapat dikecapi oleh semua bagi menambahbaik taraf kehidupan penduduk Malaysia. Dalam konteks ini, inisiatif yang dirancang adalah sebagai langkah pertama bagi mencapai aspirasi negara, disamping langkah seterusnya dikenalpasti bagi mencapai hasrat negara.

NKRA Pendidikan
Di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia, NKRA Pendidikan iaitu meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan, empat sub NKRA telah dikenalpasti iaitu: 1. Prasekolah Meningkatkan kadar penyertaan kanak-kanak berumur (4+dan 5+) kepada 87% menjelang 2012; serta meningkatkan kualiti pendidikan prasekolah dengan menjadikan prasekolah swasta dan agensi-agensi lain sebagai sebahagian daripada sistem pendidikan kebangsaan. Dimana peningkatan 20% penyertaan kanak-kanak 5 tahun keatas ke pendidikan prasekolah dengan menjadikan pendidikan prasekolah sebagai aliran perdana dalam sistem pendidikan kebangsaan pada tahun 2012

NKRA Pendidikan
2. Literasi dan Numerasi (LINUS) Setiap kanak-kanak menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi selepas mengikuti 3 tahun pendidikan rendah pada akhir tahun 2012. Dimana semua kanak-kanak yang tidak mempunyai masalah pembelajaran boleh menguasai kemahiran literasi dan numerasi sebelum melangkah ke tahun 4 pada tahun 2012.

NKRA Pendidikan
3. Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) Mewujudkan Sekolah Berprestasi Tinggi yang mempunyai etos, karakter dan identiti tersendiri.Sekolah-sekolah ini akan melonjakkan kecemerlangan pelajar ke peringkat paling tinggi. Dimana usaha KPM membangunkan 100 buah Sekolah Berprestasi Tinggi termasuk Sekolah Amanah pada akhir tahun 2012.

NKRA Pendidikan
4.Tawaran Baru Kepada Pemimpin Sekolah Memperkenalkan penilaian berasaskan pencapaian untuk menilai Pengetua dan Guru Besar (PGB) dengan menawarkan ganjaran yang menarik kepada PGB yang melepasi sasaran serta membantu PGB yang lemah.

Dimana baiah atau akujanji kepada PGB berdasarkan prestasi pencapaian mulai tahun 2010

Rasional NKRA Pendidikan


Dalam bidang Pendidikan, NKRA Pendidikan diperkenalkan kerana perkara-perkara berikut: telah

Selepas lebih 50 tahun merdeka, Malaysia telah mencapai banyak kemajuan dalam bidang pendidikan. Kita telah mencapai kadar penyertaan pendidikan rendah yang universal dan peningkatan penyertaan pendidikan menengah yang menggalakkan.

Bagaimanapun, pencapaian pendidikan di Malaysia menunjukkan penurunan berbanding Singapura dan HongKong semenjak beberapa tahun kebelakangan ini

Rasional NKRA Pendidikan


Perkara yang amat membimbangkan ialah jurang pencapaian pelajar semakin lebar. Contohnya, 20%pelajar Malaysia tidak mencapai tahap penanda aras minimum (TIMSS) untuk Sains dan Matematik pada tahun 2007, berbanding dengan penanda aras minimum 5 - 7% pada tahun 2003.

Akses kepada pendidikan berkualiti bergantung kepada pendapatan keluarga.

Penurunan dalam kualiti pendidikan secara keseluruhan memerlukan perhatian kerana perkara ini akan menyumbang kepada pembangunan modal insan Negara dan seterusnya pembangunan ekonomi Negara.

PENDIDIKAN BERKUALITI
CIRI-CIRI PENDIDIKAN BERKUALITI Oleh kerana terlalu sukar bagi kita menentukan kriteria pendidikan berkualiti, maka kita harus kembali kepada Falsafah Pendidikan Negara (FPN) untuk rujukan. Di sini (FPN) terdapat yang tersirat dan yang tersurat bagi ciri-ciri kualiti yang kita cari:-

"Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara".

PENDIDIKAN BERKUALITI
Dari sini jelas dapat dilihat pendidikan berkualiti ialah pendidikan yang dapat menghasilkan manusia seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Manusia yang ingin dilahirkan ini ialah manusia yang mempunyai ilmu pengetahuan, yang beramal dengan ilmunya, yang baik akhlaknya dan yang bertanggungjawab serta tenang hidupnya dengan sihat tubuh badannya. Dalam aspek-aspek tersebut ada terkandung unsur-unsur kualiti seperti kecemerlangan, kepuasan hati, ketahanan dan lain-lain yang semuanya menggambarkan kebaikan.

PENDIDIKAN BERKUALITI
Kita sempitkan terjemahan kita kepada pengajaran dan pembelajaran di sekolah secara formal dan gambaran yang kita dapat dan fahami erti pendidikan berkualiti itu; 1. Ramai yang lulus dengan cemerlang dalam peperiksaanpeperiksaan awam kerajaan (UPSR, PMR, SPM, STPM dan lain-lain). 2. Ramai yang cemerlang dalam bidang sukan dan permainan yang mencapai tahap yang ditentukan. 3. Ramai yang berakhlak baik. Bagi yang Islam umpamanya ramai yang melakukan ibadat, membaca Al-Quran dan sebagainya. 4. Ramai yang mempunyai kesedaran sivik yang mendalam jika dilihat melalui perbuatan mereka setiap hari.

PENDIDIKAN BERKUALITI
Ciri-ciri tersebut mungkin boleh dijadikan ukuran bagi pendidikan berkualiti, namun masih terdapat beberapa kelemahannya: 1. Ia terbatas kepada pendidikan formal. 2. Terdapat ciri-ciri kriteria yang sukar diukur tahap kualitinya. Kalau pun boleh, ianya hanya dibuat secara pandangan kasar sahaja.

FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI PENDIDIKAN BERKUALITI


Dalam konteks sistem pendidikan yang ada, khususnya yang formal dan boleh kita anggap terbaik setakat ini kerana cuba memperseimbangkan unsur-unsur kemanusiaan dan unsur-unsur keTuhanan, Terdapat enam faktor utama yang mempengaruhi pendidikan berkualiti: 1. Kemudahan yang kondusif Tempat belajar yang selesa amat perlu bagi menentukan apa yang diterima dengan tenang oleh murid. Bangunan, bilik darjah, kerusi, meja dan sebagainya perlulah sesuai mengikut keselesaan murid.

FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI PENDIDIKAN BERKUALITI


2. Tenaga manusia Guru adalah amat yang penting bagi menentukan bentuk manusia yang dikeluarkan oleh sistem pendidikan, Guru yang berkesan akan mengeluarkan hasil yang baik. 3. Kurikulum Isi pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan sangat besar mempengaruhi bentuk pendidikan yang diberi kepada murid. bentuk manusia yang dikeluarkan juga bergantung kepada kurikulum yang disediakan.

FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI PENDIDIKAN BERKUALITI


4. Murid Murid yang normal perlu wujud untuk nenentukan hasil yang berkualiti. Murud yang tidak normal, yang terganggu inteleknya, rohaninya, emosinya dan jasmaninya tidak menolong pendidikan berkualiti. 5. Bahan bantu mengajar Alat bantu mengajar seperti buku, alat sukan dan lain-lain yang bermutu memberi kesan kepada kualiti manusia yang dikeluarkan. 6. Kepimpinan Pendidikan berkualiti yang bergantung kepada kepimpinan pentadbir organisasi. Kepimpinan yang dapat mewujudkan satu suasana pengurusan dan budaya kerja yang baik boleh menambah produktiviti dari segi pengajaran dan pembelajaran.

SITUASI SEMASA??
Selepaslebih 55tahun merdeka, Malaysia telah mencapai banyak kemajuan dalam bidang pendidikan. Kita telah mencapai kadar penyertaan pendidikan rendah yang universal dan peningkatan penyertaan pendidikan menengah yang menggalakkan.

SITUASI SEMASA??

Kerajaan juga telah memperuntukkan secara tekal sebanyak 16% daripada bajet Negara setiap tahun untuk Kementerian Pelajaran

SITUASI SEMASA??
Latihan guru, emolument dan pembinaan infrastruktur serta kemudahan asas pendidikan yang telah berhasil meningkatkan penyertaan murid pada peringkat pendidikan rendah dan menengah, termasuk di kawasan luar Bandar dan pedalaman

SITUASI SEMASA??
Jurang pencapaian antara sekolahbandar dan luar Bandar telah berkurangan. Dalam peperiksaan UPSR, jurang pencapaian murid Bandar dan luar Bandar telah berkurangan daripada 8% pada tahun 2005 kepada 4% pada tahun 2011

SITUASI SEMASA??
Bidang Keberhasilan Utama Negara bagi sector pendidikan, enrolmen murid prasekolah juga telah Berjaya ditingkatkan daripada 67% pada tahun 2009 kepada 77% pada tahun 2011

SITUASI SEMASA??
Penguasaan Literasi dan Numerasi murid juga telah menunjukkan pencapaian yang memberangsangkan. Berdasarkan keputusan ujian LINUS 2011, kadar literasi murid kohort Tahun1 telah meningkat daripada 87% padatahun 2010, kepada 95% apabila mereka berada di Tahun 2 pada tahun 2011. Kadar numerasi murid kohort yang sama telah meningkat daripada 87% pada tahun 2010 kepada 97% pada tahun 2011.

LINUS NKRA

Sistem pendidikan yang berkualiti mampu melahirkan tenaga kerja yang boleh menjadi global player dengan ciri-ciri peribadi unggul seperti sifat jati diri yang tinggi, inovatif, produktif, berkemahiran, berdayasaing, berdayatahan, dan kreatif bagi menangani cabaran Negara dan arus globalisasi

Sistem pendidikan yang berkualiti akan dapat menyumbang kearah memenuhi hasrat kerajaan untuk mewujudkan budaya pembelajaran sepanjang hayat. Input pendidikan yang berkualiti samaada berbentuk fizikal atau bukan fizikal adalah antara factor utama yang dapat meningkatkan kualiti system pendidikan

Perubahan landskap Negara dan antarabangsa yang berubah dan semakin kompetitif menuntut agar kedudukan sistem pendidikan Malaysia pada masa kini dan halatuju Negara pada masa depan dikaji semula

74 buah negara yang mengambil bahagian dalam PISA 2009+, prestasi Malaysia berada di tempat sepertiga terbawah bagi Bacaan, Matematik dan Sains. Ini merupakan kali pertama Malaysia mengambil bahagian dalam pentaksiran PISA, dan purata prestasi murid Malaysia dalam ketiga-tiga bidang ini sangat rendah berbanding purata kedua-dua peringkat antarabangsa

Statistik ini membimbangkan kerana PISA mentaksir kemahiran berfikir aras tinggi dan kebolehan murid menyelesaikan masalah dalam persekitaran sebenar kemahiran yang sangat penting pada abad ke-21.

LANGKAH YANG DIAMBIL


Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 yang telah diperkenalkan, 11 anjakan yang perlu dilakukan bagi menghasilkan perubahan yang diingini oleh seluruh rakyat Malaysia Anjakan yang pertama adalah menyediakan kesamarataan akses kepada Pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa.

LANGKAH YANG DIAMBIL


ANJAKAN 1 Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa. 1. Menanda aras keupayaan dalam kemahiran membaca, matematik dan sains dengan standard antarabangsa 2. Melancarkan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) dan semakan semula Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) pada 2017. 3. Merombak peperiksaan dan pentaksiran kebangsaan untuk meningkatkan tumpuan terhadap kemahiran berfikir aras tinggi pada sesi 2016 4. Meningkatkan kualiti prasekolah dan meningkatkan enrolmen kepada 100% menjelang 2020 dengan program pengekalan yang disasarkan dan 5. Latihan vokasional sebagi persediaan untuk pekerjaan 6. Pengajaran kepada murid dengan keperluan khusus

LANGKAH YANG DIAMBIL


Kementerian akan melancarkan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang disemak semula pada tahun 2017. Kementerian juga akan menimbang pindaan kepada peraturan sedia ada untuk memberikan kelonggaran kepada sekolah mengamalkan jadual anjal selagi sekolah boleh menyampaikan hasil pembelajaran dan kandungan yang digariskan dalam kurikulum

VIDEO KSSR

LANGKAH YANG DIAMBIL


Seiring dengan pelaksanaan kurikulum baharu ini, kementerian akan mengkaji kemungkinan melaksanakan laluan pembelajaran pintas selain pendidikan arus perdana. Ini termasuklah membenarkan murid berpencapaian tinggi menamatkan pengajian sekolah menengah dalam masa empat tahun berbanding lima tahun sekarang, dan menamatkan sekolah rendah dalam masa lima tahun berbanding enam tahun.

LANGKAH YANG DIAMBIL


Peperiksaan dan pentaksiran kebangsaan akan dirombak untuk meningkatkan tumpuan terhadap kemahiran berfikir aras tinggi, seiring dengan pelaksanaan kurikulum baharu. Sebagai contoh menjelang tahun 2016, peperiksaan UPSR dan SPM akan mengandungi soalan berbentuk pemikiran aras tinggi.

LANGKAH YANG DIAMBIL


Tempoh pendidikan wajib juga akan dilanjutkan daripada 6 tahun sekarang kepada 11 tahun, dengan disokong oleh pelbagai inisiatif untuk mengekalkan murid dalam system pendidikan, termasuk memperluaskan laluan pendidikan dan latihan teknik dan vokasional.

LANGKAH YANG DIAMBIL


Kerajaan akan meningkatkan pelaburan bagi sumber fizikal dan pengajaran kepada murid dengan keperluan khusus. Murid Orang Asli dan kumpulan minoriti, serta murid kurang upaya fizikal dan pembelajaran, akan menerima bantuan tambahan supaya mereka juga menikmati peluang yang sama seperti murid lain.

Di manakah kedudukan sistem pendidikan kita berbanding sistem negara lain? Adakah apa yang kita anggap baik sebenarnya sudah cukup baik?

Kementerian Pelajaran akan ; memberikan keutamaan kepada kualiti pengajaran dan pembelajaran, akses kepada maklumat yang boleh dipercayai dan bermakna, kebertanggungjawaban dan ketelusan, serta persekitaran dan infrastruktur pembelajaran yang sesuai. memastikan semua kanak-kanak yang memasuki alam persekolahan berpeluang mengikuti pendidikan awal tanpa mengira status socioekonomi mereka. beriltizam untuk meningkatkan kualiti pengajaran di sekolah dengan memperkukuh amalan terbaik sedia ada dan memberikan ganjaran kepada guru berkualiti dalam bentuk laluan kerjaya yang lebih baik untuk mereka. menyemak semula kurikulum pendidikan untuk menerap dan membangunkan kemahiran abad ke 21 seperti berfikiran kritis dan kreatif , serta menggalakkan perkembangan sahsiah murid yang holistik dan seimbang.

usaha akan dilakukan untuk memperkasa kepimpinan sekolah menerusi pemantapan kaedah pemilihan, latihan persediaan dan program pementoran sokongan. memastikan setiap sekolah menerima pelbagai bentuk sokongan yang diperlukan. memberikan tumpuan kepada usaha menyediakan peluang yang luas untuk generasi muda Malaysia menguasai pelbagai keupayaan, bakat dan minat masing-masing. Misalnya, memperkasa laluan untuk pendidikan vokasional dengan menyediakan kemahiran praktikal yang diperlukan dalam bidang keusahawanan dan bidang lain yang menuntut kepakaran khusus. akan terus menyediakan peluang dan laluan terbaik untuk murid sekolah agama, sukan, seni dan laluan pendidikan lain.

Pembangunan modal insan bertaraf dunia di Malaysia memerlukan usaha yang komprehensif dan bersepadu daripada sektor awam dan swasta serta masyarakat. Sehubungan ini, kolaborasi antara pelbagai kementerian dan sektor swasta perlu diperkukuhkan untuk meningkatkan keberkesanan pembangunan modal insan dan memanfaatkan semua lapisan masyarakat. Pendekatan holistik akan memenuhi keperluan setiap rakyat Malaysia di sepanjang peringkat kehidupan. Sistem pendidikan adalah penting untuk memperkukuh daya saing negara dan membangunkan 1Malaysia. Status sekolah kebangsaan akan terus diperkukuhkan bagi menjadikannya sekolah pilihan kepada semua rakyat Malaysia melalui peningkatan piawaian dan merapatkan jurang prestasi antara sekolah kebangsaan.

VIDEO

RUJUKAN
www.moe.gov.my/.../Preliminary-Blueprint-ExecSum http://www.moe.gov.my/userfiles/file/RMK10bab5%2014_6_ 10.pdf 14/10/13 http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20120913/re_0 1/Menganjak-pendidikan-negara NKRA Pendidikan -Dr.Norliza Zakuan Pegawai KPI Kepada YAB Menteri Pelajaran dan diterbitkan untuk siaran oleh Unit Komunikasi Korporat, KPM.

RUJUKAN
Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 2025 Ahmad Muhammad Said. 2012. Pendidikan Di Malaysia: Suatu Pemikiran Semula http://www.yayasanselangor.org.my/index.php?option=com_content&vie w=article&id=143:14-isu-yang-dibentangkan-di-konvensyen-halatujupendidikan-negara-&catid=35:notisterkini&Itemid=79 dimuatturun pada 10 Oktober 2013 Roseman Abdul Rahman. 2012. Pendidikan Prasekolah Malaysia: Satu Penilaian Semulahttp://www.yayasanselangor.org.my/index.php?option=com_cont ent&view=article&id=143:14-isu-yang-dibentangkan-di-konvensyenhalatuju-pendidikan-negara-&catid=35:notisterkini&Itemid=79 dimuatturun pada 10 Oktober 2013

RUJUKAN
Tajul Ariffin bin Noordin. 2012. Falsafah Pendidikan Kebangsaan (Fpk): Merupakan Kekuatan Pendidikan Negara Yang Mesti DiperkasaSemula Dan Dilaksanakan Sepenuhnya http://www.yayasanselangor.org.my/index.php?option=com_content&view=article&id =143:14-isu-yang-dibentangkan-di-konvensyen-halatuju-pendidikan-negara&catid=35:notisterkini&Itemid=79 dimuatturun pada 10 Oktober 2013 http://www.slideshare.net/mdnorihk/dasar-dasar-dan-hala-tuju-pendidikan-malaysia11844934dimuatturun pada 10 Oktober 2013 http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PPPMpelengkaphalatujupendidikan/Arti cle/dimuatturun pada 10 Oktober 2013 http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20120913/re_01/Menganjakpendidikan-negara#ixzz2httWyeSA dimuatturun pada 10 Oktober 2013 http://belognilam.blogspot.com/2011/03/falsafah-dan-hala-tuju-pendidikandi.htmldimuatturun pada 10 Oktober 2013 http://lowchunboey.blogspot.com/2011/11/dasar-dasar-dan-hala-tuju-pendidikandi.htmldimuatturun pada 10 Oktober 2013 http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/halatuju-pendidikan-negaramuhammad-nazreen dimuatturun pada 10 Oktober 2013

You might also like