You are on page 1of 9

Panduan bakal calon guru

Saya terpanggil untuk melanjutkan sedikit lagi perbincangan tentang ujian bertulis
yang MESTI diduduki calon guru sebelum dipanggil TEMU DUGA.
Sekarang ini, calon guru lepasan Sijil Pelajaran Malaysia sudah pastilah berdebardebar untuk menduduki Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) yang akan diadakan
pada 14 hingga 17 April 2014 nanti.
Selain UKCG, untuk pengambilan guru Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) dan
Diploma Perguruan Lepasan Ijazah (DPLI) calon MESTI menduduki ujian bertulis.
Setiap satunya akan menduduki ujian yang berbeza.

Nota: Saya mengingatkan sekali lagi bahawa format ujian


yang saya kongsikan ini hanyalah untuk Ujian MTeS dan
MDeSI bukan UKCG. Harap maklum. Saya tidak mahu
nanti calon terkeliru setelah membaca entri saya ini.
(Bagaimanapun, sekurang-kurangnya calon dapat
pencerahan apakah komponen yang disoal dalam ujian
bertulis untuk calon guru Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM)
Malaysian Teacher Salection Test (MTES)
MTeST merupakan singkatan bagi Malaysian Teacher Selection Test (Ujian
Pemilihan Calon Guru Malaysia). Ujian ini digunakan sebagai saringan awal untuk
calon yang memohon mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) di institut/
maktab perguruan Malaysia. Calon yang telah menduduki ujian dan mencapai tahap
yang ditetapkan sahaja akan dipanggil temu duga.
KOMPONEN DAN TEMPOH MENJAWAB MTeST
Buku

Komponen

A
B
C
D
E

INSAK
Kuantitatif
Bahasa Inggeris
Analitikal
Verbal

Jumlah
Soalan
135
30
25
20
25

Masa
(minit)
30
30
30
30
30

HURAIAN KOMPONEN MTeST


INVENTORI SAHSIAH GURU (INSAK)
Rasional
Calon perlu memiliki ciri-ciri sahsiah yang terpuji, positif serta kesediaan yang tinggi
untuk memikul tanggungjawab sebagai guru. INSAK merupakan ujian bagi
mengesan kesesuaian sahsiah calon untuk profesion keguruan. Komponen ujian ini
mengandungi gagasan amanah, taat setia, ikhlas dan dedikasi, kawalan emosi,
disiplin, kepekaan, kepimpinan, motivasi, kreatif dan inovatif serta kematangan

fikiran. Komponen INSAK merupakan teras dalam MTeST dan calon perlu mencapai
tahap yang ditetapkan.
Objektif
Komponen ujian ini bertujuan memilih calon selaras dengan keperluan profesion
keguruan; mengenalpasti calon yang mempunyai sahsiah yang sesuai dalam bidang
keguruan.
Format Soalan
Jumlah soalan:
135
Masa:
30 minit
Bentuk soalan:
Soalan objektif dengan dua pilihan jawapan
Panduan Menjawab Soalan
Calon dikehendaki menjawab secara spontan, purata 4 5 soalan dalam masa 1
minit
KUANTITATIF
Rasional
Kebolehan untuk memanipulasi data atau maklumat seperti membuat
perbandingan antara dua kuantiti, mentafsir data dan menyelesai masalah
dianggap sebagai kemahiran asas bagi semua bakal guru. Keupayaan ini
membolehkan mereka membuat keputusan dengan lebih tepat, cekap dan
berwibawa.
Objektif
Komponen ini bertujuan mengenal pasti dan memilih calon guru yang boleh
mengaplikasi asas-asas matematik sekolah menengah (Aritmetik, Algebra dan
Geometri) dalam pelbagai situasi; membuat perbandingan antara dua kuantiti;
membaca, mentafsir dan membuat analisis carta, jadual, graf atau rajah;
menyelesaikan masalah yang melibatkan penggunaan data; membuat ramalan
berdasarkan maklumat kuantitatif dan; membuat keputusan yang terbaik
berdasarkan maklumat kuantitatif.
Format
Komponen kuantitatif mengukur pengetahuan, kefahaman konsep dan kemahiran
asas matematik. Komponen ini menggunakan jenis soalan yang berbentuk
perbandingan kuantitatif
penyelesaian masalah &
mentafsir data.
Jumlah soalan:
Masa:
Bentuk soalan:

15 soalan
15 soalan

30
30 minit
Soalan objektif dengan empat pilihan jawapan

Panduan Menjawab Soalan


Calon diingatkan tidak membazir masa membuat pengiraan yang terlalu tepat
untuk membanding dua kuantiti;
mempertimbang semua jenis nombor sebelum membuat keputusan; gambar rajah
geometri tidak dilukis mengikut skala; perbandingan perlu dibuat berasaskan
pengetahuan matematik.
BAHASA INGGERIS
Rasional:
Bahasa Inggeris merupakan bahasa ilmu yang digunakan di peringkat global. Oleh
yang demikian amatlah penting bagi calon yang mengikuti kursus di maktab
perguruan mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam bahasa tersebut untuk
membolehkan mereka mendapat maklumat daripada pelbagai sumber.

Objektif
Komponen ini bertujuan memilih calon yang mampu: mengesan dan memperbaiki
kesilapan penggunaan bahasa Inggeris dalam pelbagai situasi; menggunakan
bahasa Inggeris yang gramatis dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Format
Terdapat tiga jenis item:
Error identification
10 soalan
Improving sentences
10 soalan
Improving paragraph
5 soalan
Jumlah soalan:
25
Masa:
30 minit
Bentuk soalan:
Soalan objektif dengan empat pilihan jawapan
Panduan Menjawab Soalan
Candidates are required to: answer three types of item i.e. Error Identification,
Improving Sentences and Improving Paragraph; read the instructions for each item
carefully; choose/select the best answer from the four options given in each
question.
ANALITIKAL
Rasional
Keupayaan analitikal merupakan daya taakulan seseorang yang menjadi asas
pembentukan manusia yang saintifik, progresif dan berkeyakinan terhadap
kemampuan diri untuk membolehkannya berdaya suai, berwawasan dan
berteknologi tinggi.
Objektif
Komponen ini bertujuan mengenal pasti dan memilih calon guru yang berpotensi
serta mempunyai keupayaan analitikal dan logikal.
Format
Komponen ini mengandungi 2 bidang
Analitikal
Logikal
Jumlah soalan:
Masa:
Bentuk soalan:

16 soalan
4 soalan
20
30 minit
Soalan objektif dengan empat pilihan jawapan

Panduan Menjawab Soalan


Calon dingatkan bahawa soalan analitikal adalah berdasarkan rangsangan atau
penyataan dan diikuti dengan beberapa soalan. Membuat rajah, jadual atau
membuat catatan ringkas akan membantu calon menjawab soalan jenis analitikal;
logikal adalah berdasarkan rangsangan atau penyataan dan diikuti dengan satu
soalan.
VERBAL
Rasional
Kemahiran verbal mencakupi aspek komunikasi yang menjadi asas penting bagi
setiap individu untuk berinteraksi antara satu sama lain. Sehubungan itu, seseorang
calon guru haruslah menguasai kosa kata yang sempurna serta dapat
menghubungkaitkannya melalui komunikasi. Komponen ini akan menilai

kemampuan calon menguasai kemahiran tersebut. Penguasaan verbal bertujuan


menguji tahap kemahiran menghubung kait, menaakul dan menguasai kosa kata.
Objektif
Komponen ini bertujuan mengenal pasti tahap taakulan verbal calon sebagai alat
komunikasi; mengesan kemampuan calon untuk bertindak secara matang, rasional
dan profesional; membolehkan calon mengaplikasikan kemahiran verbal secara
berkesan.
Format
Komponen verbal mengandungi 3 bidang :
Analogi
Melengkapkan Ayat
Kefahaman
Jumlah soalan:
Masa:
Bentuk soalan:

15 soalan
5 soalan
5 soalan

25
30 minit
Soalan objektif dengan empat pilihan jawapan

Panduan Menjawab Soalan


Calon diingatkan bahawa soalan analogi memfokuskan pasangan perkataan atau
rangkai kata yang memperlihatkan unsur hubungan tertentu. melengkapkan ayat
terdiri daripada satu ayat majmuk dengan satu atau dua tempat kosong kefahaman
menguji sejauh mana calon memahami sesebuah petikan.
MALAYSIAN EDUCATORS SELECTION IVENTORY (MEdSI)
Ujian Inventori Pemilihan Pendidik Malaysia [Malaysian Educators Selection
Inventory (MEdSI)] ialah suatu ujian pemilihan untuk kemasukan ke Program
Pengajian Pendidikan Lepasan STPM/Setaraf di Institut Pengajian Tinggi Awam.
Soalan dalam ujian ini adalah berbentuk psikometrik. Jumlah soalan ialah sebanyak
300 soalan yang perlu dijawab dalam masa 1 jam.
Format Ujian MEdSI
Ujian MEdSI mengandungi 300 soalan dan perlu dijawab dalam masa 1 jam.
Terbahagi kepada 4 bahagian:
Personaliti 110 soalan
Minat Kerjaya 60 soalan
Nilai Integriti 70 soalan
Kecerdasan Emosi 60 soalan
Soalan ujian MEdSI berbentuk aneka pilihan.
Calon dikehendaki memilih pilihan jawapan yang sesuai dengan diri calon dan tiada
jawapan yang betul atau salah.
UJIAN KELAYAKAN CALON GURU (UKCG)
Ujian Bertulis
Mengandungi 195 soalan.
Masa yang diperuntukkan 45minit.
Soalan dibahagikan kepada Bahagian A 135 soalan, dijawab pada kertas OMR
jawapan A dan B pada muka hadapan, dan soalan Bahagian B 60 soalan,
A,B,C,D dijawab pada muka surat belakang.
Ujian Kecergasan Fizikal

5 Check Point Ujian Kecergasan Fizikal dalam


Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG)

Sebelum ini saya ada berkongsi tentang Ujian Kecergasan Fizikal untuk Ujian
Kelayakan Calon Guru (UKCG) 2014.
Bagaimanapun, maklumat yang dikongsikan itu tidak berapa jelas. Setelah saya
mencari maklumat tentang Ujian Kecergasan Fizikal untuk UKCG ini, saya ketemui
pengalaman sendiri seorang calon UKCG 2014 yang telah melaluinya.
Saya kira pengalaman ini amat berharga untuk dikongsikan bersama. Hal ini
demikian kerana tidak banyak sumber atau bahan yang boleh dirujuk dalam
Internet ini. Tahniah diucapkan kepada Ahmad Amiruddin yang sudi berkongsi.

UJIAN KECERGASAN FIZIKAL UKCG 2014


Masa Ujian:
Ujian ini dijalankan selama 30 minit setiap kolompok. Anda akan diberikan satu
kertas kecil bernombor 1-5.
Ujian ini ada 5 check point yang anda perlu selesaikan dalam masa 30 minit.
5 CHECK POINT UJIAN KECERGASAN FIZIKAL
1. Check Point Pertama (1)
Check point pertama adalah ukuran berat badan dan tinggi (BMI).

2. Check Point Kedua (2)


Check point kedua ialah, menjalani ujian ketegangan urat anda iaitu
mengandungi 5 tahap.
Tahap pertama dalam keadaan tidur, lutut dan paha mestilah berada 90
darjah. Anda dikehendaki meluruskan tangan anda dan bangun, tangan
mestilah mengenai lutut.
Tahap kedua luruskan tangan tapi siku anda mestilah mengenai lutut.
Tahap ketiga silangkan tangan seperti dalam keadaan solat, kemudian
bangun dan rapatkan kepala anda sehingga ke lutut.
Tahap 4, silangkan tangan diatas kepala, dan pastikan tangan dan kepala
sama-sama terangkat dan mestilah mengenai lutut.
Tahap kelima ialah silangkan tangan di belakang kepala, pastikan kepala
mengenai lutut.
3. Check Point Ketiga (3)
Check point ke 3 ialah anda dikehendaki lompat selama 10 saat dan dilarang
terpijak garisan. Garisan tersebut berbentuk tambah + anda dikehendaki lompat
secepat mungkin keempat-empat ruangan dalam petak tambah.
4. Check Point Keempat (4)
Check point keempat ialah, anda dikehendaki membuka kaki sekurangkurangnya satu hasta, kemudian tangan anda mesti menyentuh lantai, kemudian
berpaling ke belakang dan menyentuh dinding. Setiap 1 dinding disentuh dikira satu
mata. Ujian ini dijalankan selama satu minit, untuk mendapatkan markah penuh
anda mesti selesaikan 45 kali.
5. Check Ponit Kelima (5)
Check point kelima ialah, anda dikehendaki lari sejauh 20meter secara ulang
alik. Check point ini mengandungi 6 tahap, setiap satu tahap anda dikehendak
berlari ulang alik sebanyak 3 kali, iaitu 120 meter, setiap satu tahap. Check point ini
adalah yang paling mencabar kerana ketika ini ramai calon pitam dan pengsan
ketika berlari.
Kredit Sumber: Ahmad Amiruddin-Pengalaman Menduduki UKCG 2014

Panduan Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG)


untuk Kemasukan ke IPG
Assalamualaikum.
UKCG - IPG
Tarikh permohonan kemasukan ke Program Perguruan Lepasan Sijil Pelajaran
Malaysia, Ambilan Jun 2014 berbaki kurang enam (6) hari sahaja lagi akan ditutup,
iaitu pada 30 Mac 2014.
Oleh itu, kepada calon lepasan SPM yang berminat untuk memohon masih
mempunyai masa untuk berbuat demikian.
Di sini juga, saya ingin membuat peringatan kepada calon bahawa permohonan
program perguruan ini harus melalui beberapa tapisan sebelum ditawarkan
mengikuti Program Persediaan Ijazah Sarjana M.uda Perguruan.

UJIAN KELAYAKAN CALON GURU (UKCG)


A. Sesi Ujian Bertulis
Terdiri daripada Bahagian A dan Bahagian B yang MESTI dijawab oleh calon
dalam tempoh 45 minit.
B. Sesi Ujian Kecerdasan Fizikal

Semua calon MESTI menjalani Ujian Kecergasan Fizikal.


Calon yang memilih Pendidikan Jasmani sebagai opsyen pertama (1) atau
kedua (2) MESTI menjalani Ujian Amali Pendidikan Jasmani.
Calon MESTI menandatangani Surat Akuan Calon dan diserahkan kepada
pengawas yang bertugas sebelum ujian dilaksanakan .
SESI TEMU DUGA
Temu duga akan dilaksanakan pada hari yang berasingan dengan UKCG.
Calon yang memohon Pendidikan Muzik, Pendidikan Islam dan Bahasa Arab
akan menjalani ujian amali semasa sesi temu duga.
PEMILIHAN
Calon yang terpilih untuk mengikuti program yang ditawarkan, adalah
bergantung kepada keputusan UKCG, prestasi dan skor merit semasa temu
duga serta perakuan panel (Kelulusan oleh Ahli Mesyuarat Jawatankuasa
Kerja Penajaan KPM adalah muktamad).
Panduan UKCG
Bagi ujian bertulis, calon mestilah bersedia untuk menjawab soalan Kuantitatif,
Bahasa Inggeris, INSAK (Inventori Sahsiah Keguruan), Analitikal dan Verbal.

Rujuk juga entri ini:


1.
2.
3.
4.

SEMAKAN UJIAN KELAYAKAN CALON GURU 2014


CONTOH SOALAN INSAK UNTUK UKCG
ETIKA PAKAIAN MENGHADIRI UKCG
5 CHECK POINT UJIAN KECERGASAN FIZIKAL

Panduan Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG)


untuk Kemasukan ke IPG
Assalamualaikum.

UKCG - IPG
Tarikh permohonan kemasukan ke Program Perguruan Lepasan Sijil Pelajaran
Malaysia, Ambilan Jun 2014 berbaki kurang enam (6) hari sahaja lagi akan ditutup,
iaitu pada 30 Mac 2014.
Oleh itu, kepada calon lepasan SPM yang berminat untuk memohon masih
mempunyai masa untuk berbuat demikian.
Di sini juga, saya ingin membuat peringatan kepada calon bahawa permohonan
program perguruan ini harus melalui beberapa tapisan sebelum ditawarkan
mengikuti Program Persediaan Ijazah Sarjana M.uda Perguruan.

UJIAN KELAYAKAN CALON GURU (UKCG)


A. Sesi Ujian Bertulis
Terdiri daripada Bahagian A dan Bahagian B yang MESTI dijawab oleh calon
dalam tempoh 45 minit.
B. Sesi Ujian Kecerdasan Fizikal

Semua calon MESTI menjalani Ujian Kecergasan Fizikal.


Calon yang memilih Pendidikan Jasmani sebagai opsyen pertama (1) atau
kedua (2) MESTI menjalani Ujian Amali Pendidikan Jasmani.
Calon MESTI menandatangani Surat Akuan Calon dan diserahkan kepada
pengawas yang bertugas sebelum ujian dilaksanakan .
SESI TEMU DUGA
Temu duga akan dilaksanakan pada hari yang berasingan dengan UKCG.
Calon yang memohon Pendidikan Muzik, Pendidikan Islam dan Bahasa Arab
akan menjalani ujian amali semasa sesi temu duga.
PEMILIHAN
Calon yang terpilih untuk mengikuti program yang ditawarkan, adalah
bergantung kepada keputusan UKCG, prestasi dan skor merit semasa temu
duga serta perakuan panel (Kelulusan oleh Ahli Mesyuarat Jawatankuasa
Kerja Penajaan KPM adalah muktamad).
Panduan UKCG
Bagi ujian bertulis, calon mestilah bersedia untuk menjawab soalan Kuantitatif,
Bahasa Inggeris, INSAK (Inventori Sahsiah Keguruan), Analitikal dan Verbal.
Rujuk juga entri ini:
1.
2.
3.
4.

SEMAKAN UJIAN KELAYAKAN CALON GURU 2014


CONTOH SOALAN INSAK UNTUK UKCG
ETIKA PAKAIAN MENGHADIRI UKCG
5 CHECK POINT UJIAN KECERGASAN FIZIKAL

You might also like