You are on page 1of 16

Soalan 3

Wawasan 2020 yang dibuat penetapan semula kepada wawasan 2025 adalah dasar pandangan
jauh dikemukakan Tun Dr Mahathir bin Mohamad menerusi kertas Kerja Khas bertajuk ‘Malaysia
Langkah Ke Hadapan’ pada persidangan pertama Majlis Perdagangan Malaysia pada 1 Mei 1991.

Ianya bertujuan mencapai maklumat berikut Kecuali

A. Negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yang serupa dan dikongsi Bersama
B. Masyarakat yang mempunyai jurang sosio budaya, ekonomi dan taraf Pendidikan
C. Masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju dengan keyakinan terhadap diri sendiri,
bangga dengan apa yang dicapai serta gagah menghadapi pelbagai masalah
D. Masyarakat saintifik dan progresif, mempunyai daya perubahan tinggi dan memandang ke
hadapan

Soalan 4

Salah SATU (1) faktor utama yang mempengaruhi pembentukan negara bangsa di dalam konteks
Malaysia adalah

A. Jurang Sosio ekonomi


B. Polarisasi agama
C. Patriotisme
D. Budaya Hedonisme

Soalan 5

Satu elemen penting dalam sistem pilihan raya ialah seseorang memilih itu mestilah berdaftar
dengan Suruhanjaya Pilihan Raya sebelum dia boleh mengundi dalam pilihan raya bagi Dewan
Rakyat atau Dewan Undangan Negeri

Di Malaysia, Seseorang itu layak untuk mengundi jika dia

I. Warganegara Malaysia
II. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh kelayakan
III. Seorang penduduk di mana-mana bahagian pilihan raya di Malaysia
IV. Tidak hilang kelayakan
A. i dan ii
B. i dan iii
C. i, ii dan iv
D. Semua di atas
Soalan 7

Di antara berikut, yang manakah padanan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang TIDAK BENAR

A. Majlis Daerah – Kawasan luar bandar


B. Majlis Tempatan – pekan dan Kampung
C. Majlis Perbandaran – bandar kecil
D. Dewan Bandaraya – bandar raya besar

Soalan 8

Perdana Menteri ialah Ketua Pemerintahan tertinggi Kerajaan Malaysia yang dipilih dalam Kalangan
pemimpin sebuah Parti Politik atau Parti komponen terkuat dalam Parlimen

Perdana Menteri secara rasmi dilantik oleh

A. Yang di-Pertuan Agong


B. Ketua Hakim Negara
C. Hakim-Hakim Besar
D. Majlis Raja-Raja

Soalan 8

Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi berparlimen di bawah pentadbiran Raja


pelembagaan

Berikut adalah Satu (1) kriteria di dalam Sistem Demokrasi Berparlimen daripada tiga (3)
bahagian di dalam pemerintahan iaitu

A. Parlimen
B. Kerajaan
C. Eksekutif (Pentadbiran)
D. Raja

Soalan 9

Yang di Pertuan Agong ke-16 ialah

A. Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah
Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billal Shah
B. Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V
C. Duli yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Syed Sirajuddin
ibni Al Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail
D. Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah
Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah
Soalan 10

Berikut Merupakan Komponen-Komponen utama berdasarkan undang-undang anatarabangsa di


dalam kewujudan sesebuah negara KECUALI

A. Sempadan yang Jelas


B. Mempunyai penduduk
C. Kerajaan yang memerintah
D. Kemudahan Infrastruktur yang lengkap

Soalan 13

Nama Bendera Malaysia telah diisytiharkan oleh Tun Dr Mahathir bin Mohammad pada
…………………… sempena Hari Kemerdekaan negara yang ke-40, pengisytiharan Jalur Gemilang
dilakukan pada jam 11.58 malam di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

A. Malam 31 Ogos 1996


B. Malam 31 Ogos 1997
C. Malam 31 Ogos 1998
D. Malam 31 Ogos 1999

Soalan 15

Kementerian ini menetapkan Misi iaitu melestarikan Sistem Pendidikan yang Berkualiti
membangunkan Potensi Individu bagi memenuhi aspirasi negara

Kementerian seperti yang dinyatakan ADALAH

A. Jabatan Perdana Menteri


B. Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
C. Kementerian Pendidikan Malaysia
D. Kementerian Belia dan Sukan Malaysia

Soalan 15

Sehingga Tahun 2019, bilangan Universiti Awam (UA) yang terdapat di Malaysia adalah berjumlah

A. 15
B. 20
C. 25
D. 30
Soalan 16

YBhg Prof Dr Mohd Nazip Suratman telah dilantik sebagai

A. Timbalan Naib Canselor (Akademik Dan Antarabangsa)


B. Timbalan Naib Canselor (Penyelidan & Inovasi)
C. Timbalan Naib Canselor (Pembangunan)
D. Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri, Komunitit & Alumni) (ICAN)

Soalan 16

Pelantikan YBhg. Datin Vivy Yusof di Universiti Teknologi Mara (UiTM) adalah sebagai

A. Duta
B. Pro Canselor
C. Ahli Lembaga Pengarah Universiti
D. Ahli Pengurusan Eksekutif

Soalan 16

Berdasarkan Struktur Tadbir Urus UiTM, Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti (LPU) berasa di
Peringkat

A. Pertengahan
B. Operasi
C. Eksekutif
D. Strategik

Soalan 16

Berapakah bilangan Kampus Cawangan Universiti Teknologi MARA (UiTM)

A. 13

B. 38

C. 7

D. 12

Soalan 18

Akta ini dianggap penting kerana ia menyediakan garis panduan untuk penyelenggaraan dan
kelancaran pentadbiran serta perkara-perkara lain yang berkaitan. Akta ini juga bertindak sebagai
perakuan peralihan institusi dari sebuah institute kepada sebuah universiti, berserta kuasa yang
diberi untuk membolehkan ia berfungsi seperti Universiti-universiti lain, termasuklah penawaran
penawaran kursus-kursus pengajian dan penganugerahan ijazah pada semua peringkat.
Apakah Akta yang dimaksudkan

A. Universiti Teknologi Mara Akta 173


B. Universiti Teknologi Mara Akta 172
C. Universiti Teknologi Mara Akta 171
D. Universiti Teknologi Mara Akta 170

Soalan 18

Institut teknologi Mara (ITM) ditubuhkan pada tahun 1967 untuk menjadikan ITM sebagai katalis
bagi menjana ke semua sumber yang ada dan melahirkan serta melipatkan gandakan jumlah
graduan bumiputera yang terlatih dan berkelayakan

Siapakah Perdana Menteri Malaysia yang terlibat dalam usaha membentuk ITM ini?

A. Tun Mahathir Mohamad


B. Tunku Abdul Rahman
C. Tun Abdul Razak
D. Tun Hussein onn

Soalan 18

Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad mengumumkan pertukaran nama ITM kepada universiti Teknologi
Mara (UiTM) pada tahun?

A. 1996
B. 1997
C. 1998
D. 1999

Soalan 21

Ia ditubuhkan untuk memperkukuhkan keupayaan dan Daya Saing Melayu dan Bumiputera dalam
semua bidang di dalam dan di luar negara.

Jabatan yang dimaksudkan adalah

A. Kursi Institusi Raja-Raja Melayu


B. Institut Kepimpinan Dan Pemikiran Melayu
C. Institut Kepimpinan Dan Pembangunan
D. Institut Kualiti Pengembangan Ilmu
Soalan 24

Jabatan yang menguruskan Program Mobiliti Pelajar dalam dan luar negara di Universiti Teknologi
MARA UiTM ialah

A. Pejabat Hal Ehwal Pelajar


B. Pejabat Hal Ehwal Antarabangsa (OIA)
C. Pejabat Hal Ehwal Akademik
D. Pejabat Hal Ehwal Jaringan Industri, Komuniti dan Alumni

Soalan 25

Program Pra Ijazah yang ditawarkan di Pusat Asasi, UiTM Cawangan Selangor, Kampus Dengkil
adalah seperti berikut KECUALI

A. Asasi Sains
B. Asasi Undang-undang
C. Asasi Perdagangan
D. Asasi Kejuruteraan

Soalan 28

Berapakah jumlah Pro Canselor di Universiti Teknologi Mara (UiTM)

A. 6
B. 5
C. 4
D. 7

Soalan 31

Apakah gugusan yang terdapat di Universiti Teknologi Mara (UiTM)

i. Sains & Teknologi


ii. Sains Sosial & Kemanusian
iii. Pengurusan & Perniagaan
iv. Kejuruteraan
A. I dan ii
B. Ii dan iv
C. I, ii dan iii
D. Semua di atas
Soalan 34

Lembaga Pengarah Universiti (LPU) UiTM dianggotai oleh seorang Pengerusi dan lapan (8) orang
ahli serta dibantu oleh Seorang Setiausaha

Siapakah yang dilantik sebagai Setiausaha LPU?

A. Pendaftar UiTM
B. Bendahari UiTM
C. Ketua Timbalan
D. Ketua Timbalan Pendaftar, Bahagian Governan dan Sekretariat Universiti

Soalan 35

Timbalan Naib Canselor yang dilantik di Universiti Teknologi MARA (UiTM) adalah seperti berikut
Kecuali

A. Timbalan Naib Canselor (Akademil dan Antarabangsa)


B. Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar)
C. Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)
D. Timbalan Naib Canselor (Institut Kepimpinan dan Pembangunan)

Soalan 36

Apakah Prinsip Dasar Luar Malaysia yang diamalkan demi menjaga hubungan diplomatik dengan
negara-negara luar?

A. Menyelesaikan masalah antara negara lain melalui perundingan atau meja bulat dan
menolak sekeras-kerasnya pendebatan apatah lagi secara kekerasan dan paksaan
B. Mencari Perlindungan daripada kuasa-kuasa besar
C. Bekerjasama dengan negara lain untuk mempertahankan kepentingan Bersama
D. Membayar Cukai perlindungan kepada negara-negara besar.

Soalan 37

Dasar Pandang ke Timur, 1982 merupakan dasar ekonomi dimana kerajaan Malaysia dan swasta
menjadikan negara jepun dan korea Selatan sebagai contoh etika bekerja. Perubahan Struktur
merupakan salah satu bidang tumpuan Dasar Pandang ke Timur.

Berikut adalah Perubahan struktur yang telah diaplikasikan melalui Dasar ini Kecuali

A. Penggunaan Kad Perakam Waktu Kerja (Punch Card)


B. Penggunaan Tanda Nama (Name Tag)
C. Konsep Bersih, Cekap dan Amanah (BCA)
D. Fail Meja dan Manual Prosedur Kerja
Soalan 37

Dasar Pendidikan Kebangsaan bermatlamat untuk mengeratkan perpaduan antara etnik dan kaum
di Malaysia. Manakah antara berikut merupakan antara strategi yang telah digubal untuk mencapai
matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan?

A. Menempatkan guru dari luar negara di sekolah-sekolah luar bandar


B. Mewujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi semua
C. Menyediakan program rancangan Makanan Tambahan (RMT)
D. Memperkemaskan Kurikulum pra-sekolah

Soalan 38

Berikut merupakan Sembilan cabaran strategik yang Malaysia mesti atasi untuk mencapai
Wawasan 2020, KECUALI

A. Membina Bangsa Malaysia yang bersatu padu


B. Membina Masyarakat yang maju dan cantik
C. Memupuk dan membina Masyarakat demokratik yang matang
D. Membina masyakarat yang kreatif dan inovatif

Soalan 41

Perpaduan Nasional menerusi Pendidikan merupakan salah satu penyataan dasar yang penting
dalam menerapkan nilai-nilai perpaduan di kalangan para pelajar

Berikut merupakan strategi-strategi pelaksanaannya di bawah Dasar Pendidikan Kebangsaan


KECUALI

A. Menjadikan Bahasa kebangsaan sebagai bahan pengantar utama


B. Mewajibkan Bahasa Kebangsaan di Institusi Pendidikan yang Bahasa pengantar utama
bukan Bahasa kebangsaan
C. Menerapkan unsur liberalisme di dalam program Pendidikan
D. Mempelbagai, memperkukuh dan memperluaskan aktiviti kokurikulum untuk memupuk
semangat Perpaduan

Soalan 42

Dasar Penswastaan mencerminkan Hasrat kerajaan untuk mengurangkan penglibatannya dalam


ekonomi serta mengurangkan skop dan tahap perbelanjaan awam

Manakah antara berikut merupakan jabatan kerajaan yang telah diswatakan?

i. Pos Malaysia
ii. Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB)
iii. PLUS Expressway Berhad (Projek Lebuhraya Utara Selatan)
iv. Tenaga Nasional Berhad (TNB)
A. I, ii dan iii
B. I, ii dan iv
C. I, ii dan iv
D. Semua di atas

Soalan 43

Meningkatkan Kesejahteraan Rakyat merupakan salah satu daripada enam (6) teras strategik
Rancangan Malaysia Ke Sebelas (RMKe-11)

Inisiatif utama bagi teras strategik ini adalah seperti berikut

I. Pelaburan dalam penjagaan kesihatan bergerak, perkhidmatan kecemasan bergerak,


dan Ambulans
II. Sebuah rumah untuk setiap isi rumah berpendapatan rendah dah sederhana
III. Gaji setimpal untuk semua
IV. Menjadikan Masyarakat lebih selamat
A. i, ii dan iii
B. i, ii dan iv
C. I, iii dan iv
D. Semua di atas

Soalan 43

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi) merupakan lonjakan bagi
mencapai aspirasi sistem dan aspirasi pelajar

Manakah antara berikut merupakan lonjakan berkenaan?

I. Graduan Holistik, Berciri Keusahawanan dan Seimbang


II. Kecemerlangan Bakat
III. Ekosistem Inovasi
IV. Keunggulan Global
A. I, ii dan iii
B. I,ii dan iv
C. I, iii dan iv
D. Semua di atas
Soalan 44

Dasar Sosial Negara (DSN) adalah satu dasar pembangunan sosial yang berteraskan nilai-nilai
Murni dan Peningkatan Keupayaan insan bagi mencapai kesepaduan dan kestabilan sosial,
ketahanan nasional dan kesejahteraan hidup masyarakat Malaysia yang maju dan mantap.

Berikut adalah Objektif Khusus Dasar Sosial Negara Kecuali

A. Memastikan keperluan asas individu, keluarga dan masyarakat dipenuhi


B. Menjana Sinergi multisektor
C. Membangun dan memperkasakan insan sepanjang hayat
D. Memperkukuh Perpaduan Kaum dan etnik

Soalan 45

Dasar Ekonomi Baru, 1971-1990 memberikan tumpuan kepada pembasmian kemiskinan tanpa
mengira etnik dan penghapusan pengenalan etnik mengikut fungsi ekonomi.

Dasar Pembangunan Nasional, 1991-2000 pula memberikan tumpuan kepada

A. Pembinaan Keutuhan dan daya Saing negara


B. Pencapaian Pembangunan yang seimbang antara sektor utama ekonomi dan wilayah
C. Pembangunan Perindustrian di Kawasan luar bandar
D. Pembangunan kereta nasional

Soalan 46

Dasar ini telah diperkenalkan pada 22 Mei 2006 untuk membantu usaha transformasi dan
integrasi industri automotive tempatan secara optimum ke dalam jaringan industri serantau dan
global.

Apakah Dasar berkenaan?

A. Dasar Automotif Tempatan


B. Dasar Automotif Nasional
C. Pelan Induk Perindustrian Ketiga
D. Dasar Semasa Automatif Negara
Soalan 49

Dasar ini menekankan keperluan mengekalkan sekitaran Kawasan kepentingan strategik negara
yang stabil dan aman

Apakah Dasar yang dinyatakan?

A. Dasar Keselamatan Negara


B. Dasar Pertahanan Negara
C. Dasar Sosial Negara
D. Dasar Pecah dan Perintah

Soalan 51

Jadual berikut Menunjukkan jatuhan pin peserta dalam satu Liga Tertutup Boling Jabatan

Pasukan Nama Pusingan 1 Pusingan 2 Pusingan 3 Jumlah

Merah Haslina 432 521 435 1,388

Mai 430 X 393 1,267

Biru Fisya 522 471 491 Y

Zaharah 450 478 448 1,376

Hijau Azman 524 395 405 1,324

Hadi 352 383 Z 1,135

Berapakah Beza jatuhan Pin antara pasukan Merah dan pasukan hijau pada Pusingan 2?

A. 161

B. 179

C. 187

D. 191
Soalan 51

Setiap Bulan, Ali membelanjakan 8% daripada gajinya bagi membayar kad kredit berjumlah
RM80.00

Jika gaji beliau dinaikkan sebanyak 20%, berapakah jumlah yang perlu dibayar bagi kad kreditnya?

A. RM90.00
B. RM100.00
C. RM96.00
D. RM99.00

Soalan 56

Razman dapat menjawab enam (6) soalan Matematik Tambahan dalam masa Sembilan (9) minit.

Berapakah Jumlah soalan Matematik Tambahan yang boleh dijawab oleh Razman dalam masa 1
jam 15 minit?

A. 55
B. 50
C. 40
D. 45

Soalan 58

Data di bawah menunjukkan bilangan pelanggan yang datang ke kedai serbaneka dari lima buah
taman berhampiran pada satu (1) bulan

Taman Bilangan Pelanggan


Aman 4,000
Desa 2,300
Permai 4,500
Mewah 3,500
Jaya 2,200

Cari nilai keberangkalian bagi seseorang pelanggan dari Tanah Aman yang datang ke kedai
Serbaneka tersebut.

A. 8/35
B. 8/33
C. 18/33
D. 3/8
Soalan 59

Sembilan (9) pasukan bola jaring mengambil bahagian dalam sebuah pertandingan.

Jika perlawanan diadakan secara liga (setiap pasukan mesti bertemu antara satu sama lain)
berapakah jumlah permainan yang akan dilangsungkan dalam pertandingan tersebut?

A. 28
B. 36
C. 49
D. 72

Soalan 62

Berikut adalah prinsip-prinsip perolehan Kecuali

A. Akauntabiliti Awam
B. Nilai faedah terbaik
C. Keutamaan syarikat Bumiputera
D. Adil dan Saksama

Soalan 63

Cukai merupakan hasil kerajaan dan terbahagi kepada cukai langsung dan cukai tidak langsung.

Berikut adalah cukai tidak langsung Kecuali

A. Duti setem
B. Duti Kastam
C. Cukai Jualan
D. Cukai Perkhidmatan

Soalan 63

Pada 1 Julai 2019, kerajaan telah melaksanakan Duti Eksais ke atas minuman bergula

Berapakah Kadar duti berkenaan?

A. RM0.30 per liter


B. RM0.40 per liter
C. RM0.50 per liter
D. RM0.60 per liter
Soalan 65

Berapakah tempoh masa wang di dalam akaun bank yang tidak lagi dikendalikan atau tidak aktif
tertakluk di bawah akta Wang tak Dituntut 1965?

A. Lebih dari 5 Tahun


B. Lebih dari 6 Tahun
C. Lebih dari 7 Tahun
D. Lebih dari 8 Tahun

Soalan 66

Yang manakah antara berikut adalah BENAR tentang pendapatan Bercukai?

A. Jumlah Pendapatan ditolak Pelepasan Cukai


B. Jumlah Pendapatan ditolak Jumlah Pelepasan Cukai dan Rebat
C. Jumlah Pendapatan ditolak jumlah caruman KWSP, PERKESO dan Zakat
D. Jumlah Pendapatan ditolak jumlah Pelepasan Cukai dan Potongan Cukai Berjadual (PCB)

Soalan 67

Antara berikut hasil yang dikutip oleh kerajaan bagi membiayai perbelanjaan negara KECUALI

A. Hasil Cukai
B. Hasil Bayaran Zakat
C. Terimaan Bukan Cukai
D. Hasil Wilayah Persekutuan

Soalan 68

Berdasarkan Akta Cukai Perkhidmatan 2018, Cukai Perkhidmatan dikenakan pada kadar

A. 5%
B. 6%
C. 10%
D. 15%

Soalan 70

Apakah dokumen Kewangan berkaitan peruntukan Kerajaan?

A. Buku Lejer
B. Buku Vot
C. Lembaran Imbangan
D. Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan
Soalan 72

Setiap Kakitangan kerajaan Persekutuan, negeri dan badan berkanun perlu mematuhi akta,
peraturan, pekeliling, garis panduan dan araham yang berkuat kuasa dari semasa ke semasa.

Berikut adalah beberapa peraturan dan garis panduan yang paling tepat menjadi sumber rujukan
KECUALI

A. Perintah-perintah Am dan Arahan-arahan Pentadbiran


B. Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam (PKPA) dan Perintah-perintah Am
C. Pekeliling Kemajuan Persidangan Awam (PKPA) dan Pekeliling Perkhidmatan
D. Arahan-arahan pentadbiran, Pekeliling Perkhidmatan dan Pekeliling-Pekeliling Pentadbiran

Soalan 72

Seorang Pegawai layak memohon Cuti Tanpa Gaji mengikut kelayakan seperti berikut.

A. 180 hari sepanjang tempoh perkhidmatan


B. 360 hari sepanjang tempoh perkhidmatan
C. 1085 hari sepanjang tempoh perkhidmatan
D. 30 hari sepanjang tempoh perkhidmatan

Soalan 77

Kemudahan Cuti menjaga anak tidak layak dipohon sekiranya pegawai wanita mempunyai anak
berikut Kecuali

A. Anak Saudara
B. Anak Berumur 8 tahun dan ke atas
C. Anak angkat
D. Anak Angkat de facto

Soalan 79

Pergerakan Gaji Biasa layak dibayar kepada pegawai mengikut tarikh Pergerakan Gaji seperti
berikut KECUALI

A. Julai
B. Disember
C. April
D. Oktober

Soalan 80

Kelayakan menduduki rumah kerajaan adalah termaktub dalam peraturan Perintah Bab E iaitu
Rumah dan Bangunan Pejabat Kerajaan.
Berikut adalah ketetapan yang tepat berkaitan dengan Perintah Bab E iaitu

A. Kategori Gred Utama B dan Ke atas: kelayakan Kelas Rumah C


B. Kategori Gred Utama C: Kelayakan Kelas Rumah B
C. Kategori Gred 53 dan 54: Kelayakan Kelas Rumah A
D. Kategori Gred 27 hingga 40: Kelayakan Kelas Rumah B

You might also like