You are on page 1of 3

7 cara perkenalkan diri

1. Latar Belakang (Biodata)

Assalamualaikum & selamat pagi, terima kasih kepada penemu duga kerana memberikan peluang
kepada saya untuk ditemu duga pada hari ini. Nama saya Mohd Tamimi Bin Ag. Tamin, saya berumur
25 tahun. Saya berasal daripada Kg. Kota Klias Beaufort, Sabah. Kg saya terletak lebih kurang 120KM
dari pusat temu duga ini, dan saya menaiki kereta ke pusat temu duga ini dan memakan masa lebih
kurang 2 jam 8 minit untuk sampai ke destinasi. Saya merupakan anak ketiga daripada tiga orang adik
beradik, Ibu saya merupakan Guru, ayah saya pula seorang pesara guru.

2. Akademik

Saya telah menamatkan pengajian tertinggi saya iaitu Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian Sejarah,
di insitusi Pengajian Tinggi Universiti Malaysia Sabah pada tahun 2018. (dan) saya mendapat CGPA,
3.30. sebelum itu, saya telah mengambil sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) di SMK. Kota Klias
pada tahun 2014, dan CGPA saya adalah 3.84. manakala, sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diambil di
SMK Weston pada tahun 2012.

3. Pengalaman Kerja

Sebelum ini, saya pernah bekerja di 99 Speedmart sebagai Assistant Branch Manager. Tugasan saya
pada ketika itu adalah, mengurus kedai, staff-staff, memastikan barangan kedai dalam keadaan baik
dan mencukupi, mengurus kewangan dan sebagainya. Sumbangan saya adalah mendapat jualan
tertinggi pada ketika itu, iaitu RM27 ribu, dalam masa satu hari. Saya bekerja selama 16 jam sehari
ketika berada di 99 speedmart.

Saya berhenti sebagai Assistant Branch Manager kerana mendapat peluang daripada kerajaan Negeri
untuk mengikuti Skim Singkatan Latihan Siswazah (SSL) di bawah seliaan Jabatan Perkhidmatan
Awam Negeri (JPAN). Saya di tempatkan di Pejabat Daerah Beaufort selama 8 bulan.
4. Sumbangan kepada syarikat/jabatan

Ketika berada di Pejabat Daerah Beaufort, saya pertama sekali di tempatkan di bahagian
Pentadbiran. Saya diberikan tugasan untuk membuat surat rasmi, mengurus barangan keperluan
pejabat seperti, ink, kertas, sampul surat dan sebagainya. Selepas itu, saya ditempatkan di bahagian
Lesen berniaga, di bahagian tersebut saya diberikan tugas untuk mengurus dan mendaftarkan lesen
berniaga sama ada yang baru mahu memulakan perniagaan atau yang ingin memperbaharui lesen.
Kemudian, saya juga membantu kerani akaun untuk mengurus dan memasukkan data, elaun
Pengerusi (RM500) dan setiausaha (RM300) Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK). Di bawah
unit Pembangunan, saya dilantik sebagai urusetia untuk membuat minit Mesyuarat. Antara
mesyuarat yang saya pernah sertai adalah, Mesyuarat hari kemerdekaan, mesyuarat Tanah Rezab
Kerajaan, Mesyuarat Tindakan Daerah, Mesyuarat Fokus Group dan sebagainya.

Untuk makluman tuan, ketika di Pejabat Daerah, saya turut menjadi Petugas SPR, sebagai kerani
pengundian, ketika PRK Kimanis yang lepas. Selain itu, saya turut dilantik menjadi kerani kewangan
yang berperanan untuk memasukkan data-data petugas bagi pembayaran elaun. saya juga pernah
ditempatkan di bahagian fail, dimana saya diajar berkaitan susun atur, fail-fail lama dan baharu.
Ketika bertugas di bahagian stor pula, saya turut mebantu pihak pejabat untuk melakukan pelupusan
fail dan barangan lama yang tidak diperlukan lagi. Pelupusan ini dilakukan atas pemerhatian
Kementerian Kewangan pada ketika itu. Tuan & Puan yang saya hormati sekalian, sekiranya saya
diberikan peluang untuk memegang jawatan ini, saya tiada masalah untuk menjalankan tugasan yang
diberikan kepada saya kelak. Dimana melalui kajian yang saya lakukan sebagai pegawai arkib, kita
akan membantu jabatan kerajaan di dalam mengurus dokumen lama, penjagaan dokumen lama,
serta pelupusan.

Selain itu, saya turut pernah menyandang jawatan sebagai penyelia banci penduduk. Jawatan
untuk makluman telah dibatalkan ekoran Covid 19. Namun terdapat perkara menarik untuk dikongsi
selama 2 minggu saya bertugas sebagai penyelia banci penduduk. Antaranya, banci pada tahun 2020
lebih mudah dan canggih ekoran banci yang dilakukan secara atas talian melalui sistem E-Cencus.
Walaubagaimanapun, bagi kawasan pendalaman yang tidak memiliki capaian internet, banci
dilakukan secara bersemuka. Pada minggu pertama saya bekerja saya dilatih oleh Jabatan
Perangkaan tentang cara banci. Selain itu, saya turut melakukan Quick qount ataupun kiraan cepat ke
atas rumah di Lingkungan Banci saya. Pada minggu kedua, saya mempersiapkan barang untuk
pembanci dan menjadi penceramah untuk mengajar cara-cara pembancian selama 3 hari. Namun
Banci 2020 telah dibatalkan dan akan diadakan semula sehingga tarikh yang akan dimaklumkan
kelak.

5. Aktiviti Luar/sumbangan di luar tugasan hakiki

Ketika PKP yang lepas, saya menyertai pejabat daerah Beaufort, di dalam memberikan sumbangan
kepada golongan yang terjejas akibat covid 19. Bantuan yang diberikan adalah melalui senarai yang
dipilih daripada Unit E-Kasih. Golongan yang dibantu terdiri daripada golongan B40. Bantuan
tersebut adalah daripada Sawit Malaysia, FAMA, dan wakil rakyat. Bantuan tersebut terdiri daripada
beras, kicap, minyak dan sebagainya.
6. Tujuan Memohon jawatan

Saya memohon jawatan ini kerana saya sangat minat sejak tamat pengajian tinggi lagi dan saya terus
memohon jawatan ini. Saya juga turut melakukan persediaan dan kajian terhadap jawatan ini dan
saya telah memahami peranan-peranan jabatan tempat saya akan bekerja kelak.

7. Nyatakan Harapan

Akhir sekali, saya memohon jawatan ini disebabkan saya sangat berminat dan saya sangat yakin pada
diri saya. Sekiranya tuan/puan memberikan peluang untuk memegang jawatan ini dengan latar
belakang, pengalaman dan nilai diri yang saya miliki, saya pasti boleh memegang jawatan ini dengan
cemerlang dan saya boleh melaksanakan tugas dan perkhidmatan yang terbaik serta saya tidak akan
menghampakan pihak tuan dan puan.

You might also like