You are on page 1of 19

UW00202: TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

TUGASAN: ESEI PANJANG

TAJUK ESEI: PENGARUH TAMADUN BARAT TERHADAP


BUDAYA MASYARAKAT DI MALAYSIA

PENSYARAH:

DR. RAPIHI BIN DERIM@WASIHIM AL BANJARI.

SEKSYEN 20

BIL NAMA NO MATRIK


1 MOHD. TAMIMI BIN AG. TAMIN BA15110325
2 MOHD. NORHAFIZZUDDIN BIN MOHD. BA15110318
HASIM

3 MOHD. IZWAN BIN RAHMAN BA15161090


4 ABY AL FAHD BIN ABDULLAH SANI BA15160739

5 MOHD. IZHAM BIN JAIMIN BA15110311

1.0 PENGENALAN
Tamadun merupakan istilah popular dalam kalangan masyarakat Melayu. Namun,
tamadun dalam bahasa Arab, terdapat lima istilah yang boleh dihubungkaitkan
dengan tamadun antaranya, ‘umran (Ibnu Khaldun, 1332-1406M), hadharah,
tamaddun, madinah dan madaniah. Hanya 2 istilah sahaja yang popular dalam
kalangan penulis-penulis Arab iaitu, tamadun dan hadharah . Di dalam istilah barat
pula tamadun disebut Civilization yang berasal daripada perkataan Latin, civitas yang
bererti bandar. Didalam topik ini, hanya 4 tamadun sahaja yang akan dipelajari oleh
pelajar-pelajar ,iaitu Tamadun Cina, Tamadun India, Tamadun Islam serta Tamadun
Melayu.
Agama merupakan asas kepada pembinaan tamadun seperti yang
dipersetujui oleh D.H.Gordon(1996), Morris Justrow(1898), Geoffrey W.Concrad and
Arthur A.Demarest(1984) bahawa komponen penting dalam pembinaan tamadun
adalah agama. Kebanyakkan tamadun akan lahir di lembah sungai atau pantai
kerana air merupakan salah satu sumber yang penting dalam keberlangsungan
hidup. Namun, hanya tamadun Islam sahaja yang lahir di padang pasir yang gersang
dan kering kontang. Tamadun wujud disebabkan oleh beberapa faktor antaranya,
kedudukan tempat yang strategik seperti lembah sungai, orientasi keagamaan dan
kerohanian serta pencapaian bidang teknologi.
Seterusnya, Tamadun Melayu. Tamadun ini sangat berkait rapat dengan
tamadun Islam. Tamadun Melayu merujuk kepada 3 perkara iaitu ras (genetik),
kebudayaan dan bahasa. Sub-keluarga terbahagi kepada beberapa kumpulan iaitu
Melayu, Jawa Melayu, Sunda, Madura, Acheh, Minangkabau, Sasak, Melanau, Iban,
Bajau, Murut, Bugis dan Sulu. Tamadun Melayu terkenal dengan kesenian, antara
kesenian yang terdapat dalam Tamadun Melayu adalah Mak Yong dan Tarian Ulik
Mayang. Tamadun Melayu memiliki artifak yang masih kekal sampai ke zaman kini,
iaitu kain tenunan songket. Ciri-ciri pembinaan dalam Tamadun Melayu lebih
menjurus kepada kesenian Islam, jelas dilihat pada pembinaan masjid dan istana.
Asas kepada Tamadun Melayu adalah agama Islam itu sendiri.

2.0 HAGEMONI BARAT


Hegemoni merupakan konsep yang tercutus dari pemikiran Barat. Ia bermaksud
penguasaan dominasi atau kepimpinan sesebuah negara atau kumpulan terhadap
negara atau kumpulan lain. Hegemoni berasal daripada perkataan Inggeris iaitu
Hegemoni yang pada asalnya dipinjam daripada bahasa Yunani (Greek) iaitu
hegemoni, datangnya daripada kata hegemon yang bermaksud ketua atau
pemimpin. Hegemon pula datangnya daripada kata hegeisthai yang juga bermaksud
pemimpin. Konsep hegemoni banyak digunakan oleh ahli sosiologi untuk
menjelaskan fenomena terjadinya usaha bagi mempertahankan kekuasaan oleh
pihak penguasa Mujahid. Menurut Fathi Yakan yang merupakan seorang ulama
Islam, hegemoni ialah suatu proses menerima pakai sesuatu yang bersifat
antarabangsa: tidak kira dari sudut budaya, sosial, ekonomi dan politik. Ia juga
bermaksud pensejagatan segala perkara, meskipun melalui kekerasan dan tidak
melalui proses bertahap (Bocock, Robert, 1976).
Menurut Azhar Muhammad & Abdullah Sulong pula, hegemoni merupakan
pengaruh ataupun dominasi sesebuah kuasa yang merangkumi pelbagai aspek
seperti politik, ekonomi, sosial, budaya, ketenteraan, pendidikan, perundangan dan
sebagainya. Menurut pemikiran Antonio Gransci, seorang pemikir sosial
berkebangsaan Italia, hegemoni digambarkan sebagai suatu hubungan yang bersifat
‘monopoli’ dan ‘dominasi’ antara kelas masyarakat atasan dan bawahan dalam
sesebuah Negara bangsa (Femia, J. 1981).
Terdapat pelbagai kesan hasil daripada hagemoni antaranya adalah politik.
Kesan negatif dalam hegemoni Barat ialah sistem pentadbiran telah menjadi kucar-
kacir kerana politiknya tidak stabil. Akibatnya, suasana politik menjadi tidak telus dan
tidak bersih. Golongan rasuah wujud, negara tersebut juga menghadapi keadaan
yang tidak aman dan mempunyai kes-kes jenayah seperti kes penipuan dan
sebagainya. Di samping itu, negara-negara jajahan tidak mempunyai peluang untuk
membuat sesuatu keputusan kerana mereka hendaklah mendapat persetujuan
daripada kuasa Barat. Selain itu, kuasa Barat tidak memberikan layanan yang adil
kepada negara-nagara jajahan dan hal ini menyebabkan pembangunan negara
tersebut tidak dapat dilaksanakan dengan lancar.Tambahan pula, pembersihan etnik,
perang saudara yang terus menerus serta perlanggaran hak asasi manusia juga
antara kesan negatif dalam aspek politik (Muhamad Nadzri Mohamed Noor, 2007)
Walau bagaimanapun, Hegemoni Barat telah pun meningkatkan keharmonian
negara dan masyarakat. Hal ini, demikian kerana kuasa Barat yang besar telah
memberi peluang kepada masyarakat untuk membina blok-blok komunis serta
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu demi menjaga keselamatan mereka sendiri.
Tambahan pula, kuasa Barat berupaya menguasai perkembangan dan percaturan
politik dunia, harga minyak serta mata wang dunia. Lagipun, kuasa Barat dapat
pemantauan yang sistematik dan pemikiran yang berdemokrasi akan dipersetujui
oleh semua masyarakat dunia.
Selain itu, hagemoni juga memberi kesan kepada ekonomi seperti negara-
negara membangun dan mundur bergantung kepada negara Barat kerana mereka
tidak mahir menggunakan teknologi yang tinggi dan juga kekurangan tenaga buruh.
Seterusnya, sesebuah negara itu tidak akan mendapat keuntungan yang lebih untuk
meningkatkan kewangan negara sendiri serta memberi keperluan seharian kepada
rakyat tersebut seperti makanan, pakaian, pendidikan dan sebagainya. Tambahan
pula, negara juga terpaksa menanggung hutang yang berat serta mengatasi kos sara
hidup yang tinggi sehingga membebankan rakyat hidup.
Seterusya, kesan kepada sosial ialah masyarakat dunia pada masa kini telah
banyak melakukan aktiviti harian mereka dengan mengikut cara Barat. Masyarakat
menerima pemikiran Barat sebagai satu kebiasaan. Sebagai contoh, kita bekerja 8
jam sehari, iaitu dari pukul 9 sehingga pukul 5 setiap hari dari hari Isnin hingga
Jumaat. Sebenarnya, ini merupakan salah satu Hegemoni Barat. Mengikut pemikiran
Barat, pekerjaan sepenuh masa merupakan pekerjaan yang memakan masa selama
40 jam seminggu. Masa lebih 40 jam dianggap sebagai overtime. Ahad pula
merupakan hari untuk melakukan ibadat mengikut kepercayaan agama Kristian.
Apabila kita mengikut sistem ini secara langsung kita dipengaruhi oleh masyarakat
Barat.

3.0 PENGARUH BARAT DARI SEGI SOSIAL

Masyarakat adalah sejumlah manusia yang merupakan satu kesatuan golongan yang
berhubungan tetap dan mempunyai kepentingan yang sama. Masyarakat juga
merupakan salah satu kesatuan sosial atau kesatuan hidup manusia. Kehidupan
bermasyarakat mempunyai kepentingan dan pengaruh dalam menentukan indentiti
dan imej seseorang. Masyarakat berperanan untuk membentuk perilaku sosial
anggotanya selain memastikan nilai-nilai dan norma-norma murni dalam kalangan
masyarakat sentiasa dihormati dan dipatuhi. Selain itu, masyarakat turut
memberikan sokongan moral, psikologikal dan kebendaan kepada anggota
masyarakat sekeliling. Dalam masyarakat tradisional di Malaysia pengasingan
individu dan masyarakat jarang wujud. Kedua-dua pihak berpegang pada nilai-nilai
moral yang tertentu yang lazimnya bersumberkan agama atau kepercayaan.
Pengaruh Barat selepas penjajahan amat ketara di negara Asia Tenggara khasnya di
Malaysia. Sejak kebelakangan ini dunia Barat telah meluaskan pengaruh dari segi
kebudayaannya.
Pengaruh Barat yang paling Dominan adalah dari segi hiburan mereka. Jika
kita saksikan pada hari ini filem, muzik, nyanyian, kartun, dan komik telah tersebar
secara meluas di Malaysia dan telah mempengaruhi cara hidup masyarakat di
Malaysia. Sebagai contoh, rancangan American Idol telah tersebar luas sehingga
ditiru oleh negara kita Malaysia. Barat telah menerapkan budaya Globalisasi, di mana
nilai-nilai seperti menghormati dan menjaga perasaan seseorang individu tidak lagi
diutamakan, atas nama keterbukaan di dalam memberi pandangan (Mohd Hazim
Shah, 2008). Selain itu, budaya hidup Barat, yang ditonjolkan melalui jenama-
jenama seperti Coca-cola, McDonalds, Levis’s, dan lain-lain telah menjadi sebahagian
daripada budaya Global. Masyarakat di Malaysia telah terpengaruh dengan makanan,
pakaian, dan hiburan Barat. Seterusnya, selepas kedatangan Barat juga
telah menyebabkan munculnya amalan dan budaya LGBT dalam kalangan
masyarakat di Malaysia. LGBT adalah singkatan bagi perkataan Lesbian, Gay,
Biseksual, dan Transeksual. Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, Lesbian
merujuk kepada perempuan yang mempunyai tarikan seksual terhadap kaum
sejenisnya, iaitu perempuan homoseksual. Seterusnya, Gay merujuk kepada lelaki
yang mempunyai tarikan seksual terhadap kaum sejenisnya. Biseksual pula adalah
kecenderungan untuk melakukan seks dengan kedua dua jantina iaitu lelaki dan
perempuan. Akhir sekali, transeksual pula merupakan seorang lelaki dan perempuan
yang berperasaan seperti perempuan atau sebaliknya dan menampilkan perasaanya
secara nyata sama ada melalui pertuturan, gerak badan, cara berpakaian dan
sebagainya. LGBT ini telah diperkenalkan oleh barat dan menjadi ikutan kepada
masyarakat di Malaysia. Masyarakat Malaysia kini lebih
cenderung untuk berfikir secara logik dan tidak mempercayai unsur tahyul. Perkara
sedikit sebanyak disebabkan oleh pengaruh Barat yang telah bertapak di Malaysia
pada suatu ketika dahulu. Hal ini, seiringan dengan ideologi yang diperkenalkan oleh
barat iaitu rasionalisme. Rasionalisme menganggap akal sebagai sumber tertinggi
untuk mendapatkan kebenaran dan mencapai segala ilmu pengetahuan.
Rasionalisme adalah berasaskan nilai-nilai saintifik di mana jenis pemikiran ini
menolak adanya wahyu dan mukjizat kerana tidak dianggap logik. Ukuran sama ada
sesuatu itu saintifik atau tidak juga terletak pada sama ada ianya logik atau tidak
(Lacey A.R., 1996).

4.0 PENGARUH BARAT DARI SEGI KESENIAN

Sebelum kedatangan Barat di Malaysia, masyarakatnya telah mengamalkan kesenian


yang berunsur tradisional. Kesenian Melayu merupakan hasil sentuhan kreativiti
manusia berasaskan kepada ciri tradisi dan budaya masyarakat Melayu. Masyarakat
Melayu amat mementingkan kesenian dalam kehidupan seharian dan menjadikan
seni sebagai amalan dalam kehidupan seharian mereka. Kesenian Malaysia terbahagi
kepada pelbagai cabang antaranya kesusteraan, muzik, tarian, seni bina, ritual, adat
isitiadat dan sebagainya.

4.1 Kesenian Malaysia sebelum kedatangan Barat.

Dalam kesenian muzik tradisional ianya dipelopori oleh masyarakat Melayu. Muzik
merupakan bunyian yang digunakan untuk hiburan dan juga untuk tujuan tertentu.
Masyarakat Melayu menggunakan muzik untuk mengiringi persembahan seperti
nyayian dan tarian. Sebagai contoh, adalah muzik Ghazal. Ghazal merupakan satu
kesenian tradisional masyarakat Melayu Johor yang popular. Seni muzik ini disebut
sebagai Qamat atau nyanyian riuh rendah dan ianya berasal dari tanah Arab. Di
istana, kesenian muzik Ghazal ini telah mendapat perhatian daripada sultan,
pembesar negeri dan golongan istana. Alat muzik yang digunakan dalam kesenian
Ghazal adalah peti harmonium, biola, gambus, gendang, tamborin, dan marakas.
Seterusnya, dalam bidang tarian masyarakat Malaysia tradisional
menggunakan seni tari yang menarik untuk di persembahkan kepada raja dan majlis
keramaian atau perkahwinan. Contohnya, tarian Adai-adai adalah tarian suku Brunei
yang berdasarkan pada kehidupan kaum nelayan. Tarian ini merupakan cerita
kumpulan nelayan yang pergi menangkap ikan di laut manakala kaum wanita
menunggu kepulangan mereka di kawasan pantai untuk membantu mengumpul hasil
tangkapan yang diperoleh. Dalam masyarakat di Malaysia, seni tarian merupakan
sebuah cabang kebudayaan sejak zaman silam seperti yang digambarkan dalam
cerita-cerita rakyat dan hikayat-hikayat Melayu. Menurut Ismail Hamid (1991), dalam
kebudayaan Melayu terdapat berbagai-bagai jenis tarian antaranya seperti Zapin,
Inang dan Mak yong.
Selain itu, sebelum kedatangan Kolonial Barat Malaysia sangat terkenal dalam
seni pertukangan. Dari segi reka bentuk seni bina rumah-rumah Melayu
memperlihatkan wujudnya pengaruh unsur-unsur lain di alam Melayu. Sebagai
contoh, reka bentuk rumah Melayu dicipta berdasarkan keperluan, kepercayaan,
keselamatan dan keselesaan penghuninya. Di samping itu, masyarakat masyarakat
Melayu juga memiliki pelbagai jenis kelengakapan persenjataan yang digunakan
untuk mempertahankan diri, keluarga serta negara yang tercinta. Contohnya, adalah
keris, pedang, tombak dan sebagainya. Kemudian, dari segi pertanian dan
perikanan, masyarakat Melayu telah menghasilkan alat pertanian, peralatan
menangkap ikan, perahu dan kapal (Mohd. Koharuddin Mohd. Balwi, 2005).

4.2 Kesenian Malaysia selepas Kedatangan Barat.

Selepas penjajahan Barat, mereka telah meninggal kesan yang amat katara di
Malaysia terutamanya dari segi seni Bina. Reka bentuk bangunan dan gaya seni bina
bangunan barat mempunyai keunikan tersendiri dari segi latar belakang negara
Kolonial tersebut. Dengan kedatangan Inggeris, seni bina Islam Moghul dan dan ilmu
handasah 1 untuk membentuk kubah, serta batu bata dan atap genting sebgai
bahan binaan dibawa masuk melalui arkitek Inggeris (Wan Ramli Wan Daud, 2000).
Pengaruh seni bina Barat amat kuat di Malaysia bukan sahaja dalam pembinaan
pejabat, institusi dan rumah kerajaan yang sepenuhnya dibina dengan gaya Inggeris
malahan ianya juga turut mempengaruhi seni bina istana dan masjid. Perubahan
yang paling ketara adalah pebinaan masjid konkrit berbumbung lima. Sebagai
contoh, Masjid Melayu Lebuh Acheh, Pulau Pinang yang dibina pada tahun 1808
masihi (Othman Mohd Yatim dan Abdul Halim Nasir, 2000).
Selain itu, Barat juga membawa pengaruhnya dari segi muzik. Muzik Barat
telah menyebabkan Muzik tradisional Melayu kian tenggelam. Kesesuainnya di zaman
kini menyebabkan Muzik Barat lebih dominan kerana memiliki unsur moden dan
menarik. Seterusnya, muzik barat juga amat diminati oleh masyarakat di Malaysia
terutamanya golongan muda yang merasakan alunan muzik Barat lebih
menyelesakan berbanding alunan muzik Melayu Tradisional. Contohnya, dalam muzik
Black Metal, Pop, Jazz, Hip Hop dan sebagainya. Antara jenis muzik tersebut Black
Metal merupakan antara muzik yang membawa kepada kehancuran akhlak remaja.
Muzik ini diperkenalkan di Barat yang terkenal dengan muzik berentak keras, bingit
serta liriknya kasar, menjerit dan tidak jelas sebutannya. Mesej yang di bawa dalam
setiap lagu ialah menolak kewujudan tuhan, menggalakkan seks rambang dan
keganasan.

5.0 PENGARUH BARAT DARI ASPEK EKONOMI

5.1 Sistem Ekonomi Campuran

Malaysia merupakan antara salah satu negara yang mengamalkan sistem ekonomi
campuran. Sistem ekonomi campuran adalah gabungan antara sistem kapitalisme
dan sosialis. Sistem kapitalisme merupakan sistem yang mengamalkan dasar pasaran
bebas dan pemilikan harta persendirian. Dalam sistem ini,  manusia bebas mentadbir
dan menggunakan sumber-sumber yang ada tanpa banyak campur tangan daripada
kerajaan. Kerajaan tidak mengawal sumber dan tidak juga menetapkan upah dan
harga. Ini semua ditentukan oleh permintaan dan penawarnya. Di bawah sistem ini ,
individu dan pihak lain termasuk syarikat boleh memiliki harta, menjual dan
memindahkannya dengan bebas. Namun begitu, untuk menjamin bahawa sistem ini
berjalan lancar dan tidak mempunyai sebarang unsur penindasan dan penipuan di
antara pihak pembekal dan pengguna, kerajaan dalam keadaan-keadaan tertentu
boleh memainkan peranan dalam pasaran. Biasanya penglibatan ini terhad kepada
pengenalan serta pelaksanaan peraturan dan undang-undang bagi menjamin
kegiatan ekonomi dapat berjalan dengan teratur.
Manakala, sistem ekonomi sosialis merupakan satu sistem yang mengenakan
beberapa sekatan ke atas kuasa pasaran dan pemilikan harta persendirian. Dalam
sistem ini, kerajaan mengawal dan memiliki sumber-sumber keperluan utama seperti
bekalan elektrik, air, telekomunikasi, tenaga, industri-industri berat dan sumber-
sumber pertanian. Manakala pihak swasta atau persendirian pula hanya di benar
mengendalikan dan memiliki perniagaan-perniagaan kecil dan tidak penting. Dengan
itu, kerajaan menguasai pasaran dan menjadi peserta utama yang menetapkan upah
harga dalam pasaran.
Namun begitu, Sistem ekonomi campuran merupakan satu sistem ekonomi
hasil daripada campuran dia atara sistem kapitalis dan sistem sosialis. Melalui sistem
ini, kerajaan dan pihak persendirian atau swasta bekerjasama untuk membentuk
satu pasaran yang lebih adil. Dasar-dasar kerajaan digubal secara menyeluruh dan
merangkumi semua pihak termasuk pihak swasta atau persendirian. Kerajaan
sebagai pentadbir walau bagaimanapun boleh campur tangan dalam pasaran serta
urusan ekonomi dan kewangan apabila keadaan memerlukan.
Hak milik kerajaan dan persendirian akan digembleng untuk kebaikan rakyat.
Malaysia adalah di antara negara yang mengamalkan sistem ekonomi campuran.
Rakyat Malaysia bebas memiliki harta persendirian dan kekayaan. Namun begitu,
kerajaan boleh campur tangan apabila keadaan memerlukan.

5.2 Aktiviti Ekonomi

Sebelum kedatangan penjajah British, aktiviti ekonomi di Tanah Melayu lebih bersifat
ekonomi sara diri atau ekonomi tradisional. Ekonomi sara diri ialah kegiatan ekonomi
yang bertujuan atau sekadar mampu untuk menampung keperluan harian keluarga.
Maknanya, hasil kegiatan ekonom akan digunakan untuk keluarga mereka. Segala
kelebihan pengeluaran akan dijual, hasil jualan tersebut akan digunakan untuk
membeli barangan keperluan yang lain yang juga menjadi asas keperluan seperti
pakaian dan sebagainya.
Kegiatan ekonomi sara diri yang utama ialah bercucuk tanam, menangkap
ikan dan sebagainya. Bentuk ekonomi penduduk Tanah Melayu yang lebih bersifat
sara diri telah berubah kepada sektor berorientasikan perdagangan dan eksport
dengan pengenalan tanaman baru seperti teh, tebu, kopi, getah dan nenas. Sektor
perladangan, perlombongan dan perindustrian juga telah diperkenalkan oleh
pemodal Eropah yang mempunyai modal yang banyak. Banyak kawasan perladangan
yang besar telah diterokai. Tenaga buruh telah dibawa dari China dan India bagi
memenuhi permintaan tenaga buruh yang tidak mencukupi.

5.3 Institusi Kewangan atau Bank

Pihak penjajah telah menubuhkan institusi kewangan atau bank untuk


mempercepatkan dan melicinkan urusan kewangan. Ia bertujuan menyediakan
kemudahan pinjaman kepada para pelabur. Sistem pinjaman yang diperkenalkan
telah memajukan dan memesatkan lagi industri getah dan bijih timah. Penubuhan
bank turut memperkenalkan sistem kewangan moden yang berorientasikan
keuntungan dengan mengenakan kadar faedah yang tinggi.Dana dari luar juga dapat
disalurkan ke Tanah Melayu dengan lebih cepat dan mudah.Bank juga dapat
bertindak sebagai ejen pembayar kepada pengeksport dan pengimpot dan
menjadikan perniagaan antarabangsa lebih licin.Bank pertama di Tanah Melayu ialah
Mercantile Bank, pada 1859.
Bank Eropah lebih mengutamakan pedagang Eropah manakala pedagang
tempatan hanya boleh mendapatkan perkhidmatan bank melalui orang tengah atau
komprador.Komprador ialah ahli masyarakat tempatan yang diberi kepercayaan oleh
bank menjadi penaja kepada peminjam. Awal abad 20, pemodal tempatan
mengambil inisiatif menubuhkan bank sendiri. Kwong Yik Bank adalah bank
tempatan pertama, diikuti oleh Bank of Malaya, Ban Hin Lee Bank..Bank
perdagangan di Sarawak adalah seperti Kwong Lee Bank dan Sarawak Chinese
Banking Corporation Limited. Orang Melayu menubuhkan Malay National Banking
Corporation Bhd tetapi tidak bertahan lama.

5.4 Penggunaan Sistem Mata Wang Kertas

Masyarakat Melayu telah menggunakan sistem mata wang sejak zaman Kesultanan
Melayu Melaka untuk tujuan melicinkan urusan perdagangan. Selain mata wang
emas, perak dan timah yang digunakan di Melaka, pelbagai mata wang primitif lain
igunakan di Tanah Melayu seperti :Dinar emas di Kelantan,Wang dan kupang emas
di Terengganu, Jongkong tampang di Pahang. Pedagang Eropah telah
memperkenalkan penggunaan mata wang asing di Tanah Melayu.Mata wang perak
Sepanyol diperkenalkan pada 1580.Pada 1897, Kerajaan British menubuhkan sebuah
pesuruhjaya iaitu Lembaga Pesuruhjaya Wang untuk mengeluarkan wang kertas bagi
Negeri Selat di bawah Ordinan XIII.
Mata wang kertas mempunyai piawaian emas sebagai aset rizab negara
tersebut. Wang kertas boleh ditukarkan kepada emas di bank pengeluar pada nisbah
tertentu. Meninjau sejarah ringkas Dolar Amerika, dalam perjanjian Brettown Woods
1994, persetujuan dicapai untuk menjadikan Dolar Amerika sebagai mata wang
antarabangsa baru menggantikan paun sterling. Walaubagaimanapun, pada tahun
1971, Amerika Syarikat telah menghapuskan sistem piawaian emas dimana Amerika
Syarikat memerlukan perbelanjaan besar bagi membiayai ketenteraan dalam perang
Vietnam. Nilai yang dicetak di atas wang kertas kini ditentukan oleh kerajaan yang
mengeluarkannya dan kuasa pasaran. Ini bermakna nilainya bergantung kepada
permintaan dan manipulasi pihak yang mengeluarkannya. Wang kertas tidak
disokong oleh apa-apa aset yang nyata. Namun begitu, wang kertas masih
digunakan kerana masyarakat seluruh dunia termasuk Malaysia telah bersetuju dan
memperakui bahawa wang kertas itu mempunyai nilai untuk digunakan dalam
urusan ekonomi.
6.0 Politik

6.1 Sebelum campur tangan kuasa barat

Sebelum campur tangan kuasa barat di malaysia sistem pemerintahan terbahagi


kepada dua iaitu golongan pemerintah dan golongan diperintah. Golongan
pemerintah terdiri daripada kerabat diraja dan para pembesar. Sumber ekonomi
golongan ini berpunca daripada tiga sumber utama iaitu cukai, kawalan tenaga
buruh dan perdagangan. Golongan diperintah pula terdiri daripada rakyat. Sumber
ekonomi mereka adalah berasaskan pertanian seperti penanaman padi. Rakyat juga
dikehendaki menyerahkan sepersepuluh daripada hasil mereka kepada pembesar
sebagai memenuhi tanggungjawab tradisi.
Negeri-negeri melayu diperintah oleh raja-raja melayu. sultan dan raja
menduduki heirarki tertinggi dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran negeri
masing-masing. Pentadbiran di negeri-negeri melayu sebelum campur tangan kuasa
barat dibahagikan kepada pentadbiran peringkat negeri, daerah dan kampung. Unit
politik tertinggi di peringkat negeri diketuai raja, sultan, yang di pertuan besar.
Manakala di peringkat daerah pula diketuai oleh pembesar daerah. Di peringkat
kampung pula diketuai oleh penghulu atau penggawa.
Peringkat negeri merupakan unit pentadbiran tertinggi dan terbesar. Kuasa
tertinggi dipegang oleh sultan, raja atau yang di pertuan besar. Sultan atau raja
berkuasa mutlak contohnya melaksanakan hukuman bunuh. Sultan atau raja
menjalankan pemerintahan dengan dibantu oleh pembesar-pembesar. Pembesar
menjadi tulang belakang dalam menjalankan pentadbiran peringkat negeri. Sultan
atau raja juga dibantu oleh raja muda atau putera mahkota.
Peringkat daerah merupakan unit pentadbiran yang kedua terbesar.
Sesebuah negeri dibahagikan kepada beberapa buah daerah untuk memudahkan
urusan pentadbiran. Pembesar diberi surat tauliah yang bercop mohor oleh sultan
atau yang di pertuan besar. Jawatan pembesar akan diwarisi secara turun temurun.
Antara tugas pembesar ialah memungut cukai dan menyerahkan sebahagian
daripada cukai kepada pusat pentadbiran iaitu kepada raja sebagai tanda taat setia
pembesar.
Peringkat kampung pula merupakan pentadbiran paling kecil dan ditadbir
oleh pembesar daerah. Penghulu masih berada di bawah kawalan pembesar daerah
walaupun mempunyai surat tauliah daripada raja. Penghulu juga menjadi pengantara
antara penduduk kampung dengan pembesar daerah. Penghulu bertanggungjawab
menjaga keamanan kampung, memungut cukai, memastikan rakyat di kampungnya
taat setia kepada raja.

6.2 Selepas campur tangan kuasa barat

Setelah kedatangan kuasa barat ke malaysia sistem pemerintahan telah berubah.


Barat telah memperkenalkan sistem demokrasi. Demokrasi bermaksud suatu bentuk
kerajaan dengan kuasa menggubal undang-undang dan struktur kerajaan ditentukan
oleh rakyat. Sesebuah Negara atau kerajaan yang mengamalkan sistem demokrasi
dipanggil Negara atau kerajaan yang demokratik. Sistem ini telah Berjaya
menghapuskan sistem feudal melayu zaman sebelum campur tangan kuasa barat
yang mengamalkan sistem pemerintahan beraja.Tamatnya sistem feudal
menyebabkan raja kehilangan aspek dalam pemerintahan di malaysia. demokrasi
mengutamakan suara rakyat dan rakyat berkuasa penuh dalam penentuan pemimpin
mereka.
Malaysia mengamalkan demokrasi berparlimen yang diperkenalkan oleh
barat. Secara ringkasnya, demokrasi berparlimen boleh ditakrifkan sebagai
pemerintahan daripada rakyat kepada rakyat dan rakyat melibatkan diri dalam
sistem pemerintahan Negara. Dalam sistem demokrasi berparlimen ini juga
mengamalkan kaedah pemerintah yang dipilih sendiri oleh rakyat. Di Malaysia proses
pemilihan pemerintah ini ditentukan melalui pilihan raya. Terdapat tiga jenis pilihan
raya di Malaysia iaitu pilihan raya umum, pilihan raya negeri dan pilihan raya kecil.
Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berparlimen di bawah
pentadbiran raja berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda yang Di-Pertuan
Agong sebagai ketua Negara. Perlembagaan Negara telah digubal dengan
mengadakan syarat-syarat tertentu. Salah satu syarat sistem demokrasi berparlimen
adalah pembahagian kuasa kepada tiga bahagian di dalam pemerintahan iaitu
perundangan, kehakiman dan pentadbiran atau eksekutif.
Sebelum sistem raja berperlembagaan digunakan sistem raja
berkuasa mutlak telah dipraktikan dalam pemerintahan di Malaysia. Sistem raja
berperlembagaan digunakan pada tahun 1957 secara rasmi apabila Malaysia
mencapai kemerdekaan. Raja berperlembagaan merupakan sistem pemerintahan
beraja mengikut peruntukan dalam perlembagaan Malaysia dimana yang di-pertuan
agong bertindak berdasarkan perlembagaan persekutuan Malaysia dan atas nasihat
perdana menteri. Apabila baginda ingin melaksanakan tanggungjawabnya, baginda
tidak boleh bertindak sendirian kecuali dalam perkara tertentu yang memerlukan
pertimbangan atau budi bicara baginda dalam membuat keputusan.

7.0 PENDIDIKAN

7.1 Pendidikan Sebelum Kedatangan Barat

Sebelum kedatangan Barat, sistem pendidikan pondok telah diamalkan di Tanah


Melayu sejak awal abad ke 19. Sistem pendidikan ini merupakan pengaruh yang
dibawa dari Patani, Sumatera, Jawa dan Acheh. Kaedah pengajarannya adalah sama
dengan kaedah pengajaran di Masjidil Haram, Mekah. Sekolah pendidikan ini juga
dikenali sebagai Madrasah.
Sekolah-sekolah pondok ini kebanyakannya dibina di negeri Kelantan,
Terengganu dan Kedah. Pengajian sekolah ini diadakan di surau atau masjid pada
waktu malam dengan dihadiri oleh orang dewasa lelaki dan perempuan. Sekolah ini
diusahakan oleh para alim ulama dan masyarakat tempatan di Tanah Melayu ketika
itu. Pelajar-pelajar sekolah pondok menjalankan kerja harian seperti bertani,
menangkap ikan, mencari kayu api, mengangkat air bagi membantu tuan guru
menyara kehidupan mereka.
Sekolah pondok pertama yang didirikan ialah di Kelantan pada tahun 1820 M
oleh Tuan Guru Haji Abdul Samad bin Abdullah. Sekolah pondok pertama tersebut
dikenali sebagai pondok Pulai Chondong. Lepasan pendidikan sekolah ini juga dapat
melanjutkan pelajaran ke Universiti al Azhar di Mekah. Sistem pendidikan ini mula
berkembang pesat pada tahun 1909 sehingga Perang Dunia Kedua.

7.2 Pendidikan Semasa Kedatangan Barat

Bermula pada tahun 1824, pendidikan di Tanah Melayu mula dicampur tangan oleh
pihak penjajah barat iaitu pihak British. Matlamat pendidikan penjajah adalah
semata-mata untuk memberi pendidikan kepada segolongan rakyat bagi
membolehkan sebahagian mereka memenuhi keperluan tenaga dan ekonomi.
Kemudiaan, sistem pendidikan plural (Plural Educational Sistem) telah
diperkenalkan oleh pihak British disebabkan oleh wujudnya masyarakat berbilang
kaum di Tanah Melayu iaitu orang Melayu, Cina dan India. Sistem pendidikan plural
ini dikendalikan dalam lima aliran Bahasa iaitu Inggeris dan sekolah-sekolah
vernakular seperti bahasa Melayu, Cina, Tamil dan Arab. Sistem pendidikan ini tidak
dapat menyemai serta memupuk semgangat kebangsaan di kalangan penduduk
yang berbilang kaum.

7.2.1 Sekolah Vernakular Melayu

Penubuhan sekolah Melayu bermula pada tahun 1821 di Gelugor, Pulau


Pinang. Pada tahun 1856, dua buah sekolah Melayu telah dibuka di Singapura iaitu di
Teluk Belanga dan Kampung Gelam. Sebuah lagi telah didirikan di Bayan Lepas,
Pulau Pinang danKlang sekitar tahun 1875. Pada tahun 1877 pula, sekolah Melayu
telah dibuka di Sayong, Perak.
Tujuan utama sekolah-sekolah Melayu yang diasaskan pada abad ke-19 dan
awal abad ke-20 adalah bagi membolehkan anak-anak Melayu terus kekal
di desa-desa, mewarisi kemiskinan keluarganya dan membantu ibu bapa mereka.
Mereka sekadar diharapkan dapat menjadi petani dan nelayan yang lebih baik’
daripada yang lebih baik daripada ibu bapa mereka. Oleh itu, pendidikan yang
berbentuk sekular dalam bahasa Melayu dihadkan kepada empat tahun sahaja
dengan skop dan kokurikulum yang terhad.
Pada tahun 1903, R.J. Wilkinson telah memperkenalkan tulisan dan ejaan
Rumi untuk sekolah-sekolah vernakular Melayu. Tujuan utamanya ialah untuk
membakukan ejaan dan sebutan bahasa Melayu bagi memudahkan
penerbitan surat-surat rasmi kerajaan danseterusnya bahan-bahan penulisan
dan sastera. Seterusnya pada tahun 1916, R.O. Winstedt, Timbalan Pengarah
Pendidikan ketika itu telah berusaha memperbaiki kurikulum sekolah-sekolah
Melayu dengan menjadikan kurikulum lebih releven dengan cara hidup masyarakat
setempat. Beliau telah memperkenalkan kurikulum vokasional seperti
pertanian, membuat bakul, membuat tikar, membuat jarring, dan ilmu masakan.

7.2.2 Sekolah Vernakular Cina


Penubuhan sekolah-sekolah Cina telah bermula di Negeri-negeri Selat. sekolah Cina
pertama telah didirikan di Tanah Melayu pada tahun 1815 oleh Persatuan Mubaligh
London di negeri Melaka. Pada tahun 1819 tiga buah sekolah cina dibuka di
Singapura. Pada tahun 1900, dua orang menteri dan pendidik dari negeri China,
Kang You Wei dan Liang Qi Chau, mendirikan sekolah vernakular cina
menggabungkan pengajaran Conficious dengan pengajaran Sains Barat.
Kurikulumnya ialah seperti hafalan klasik lama, Bahasa, Ilmu Hisab, Lukisan,
Nyanyian, Latihan Jasmani, Sejarah, Ilmu Alam, dan juga Moral. Bahasa pengantar
yang digunakan ialah dialek tempatan. Buku-buku teks dan guru didatangkan dari
negara China. Dalam kurikulum tersebut murid-murid akan diajar mata
pelajaranEtika, lukisan, geografi, sejarah, sains, matematik, nyanyian dan
pendidikan Jasmani. Disamping itu, bahasa pengantar beberapa dialek tempatan
seperti Kongfu, Teochew dan Hokkien telah diubah ke bahasa Mandarin.
Pada tahun 1920, British telah meluluskan Enakmen Pendaftaran Sekolah
dengan tujuan untuk memberi kuasa undang-undang kepada Jabatan Pelajaran
menutup sekolah-sekolah Cina yang tidak menurut syarat-syarat yang ditetapkan
dari segi kurikulum, pengurusan dan peraturan kesihatan. Menjelang tahun 1938,
terdapat 305 buah sekolah Cina bantuan penuh pihak British, 18 buah sekolah
dikendali oleh mubaligh, 33 buah sekolah di bawah pengendalian
pertubuhan-pertubuhan swasta Cina. Perkembangan sekolah Cina adalah
sehingga peringkat menengah atas.

7.2.3 Sekolah Vernakular India

Sejarah penubuhan sekolah vernakular Tamil bermula pada tahun 1816


selepas penubuhan Penang Free School dengan menawarkan kelas bahasa Tamil
bagi orang India yang ingin menghantar anak-anak ke sekolah. Faktor penubuhan
adalah didorong oleh pembukaan ladang-ladang kopi dan getah oleh pihak British.
Kehadiran buruh-buruh India amat penting bagi kepentingan perdagangan British.
Kod Buruh 1925 telah dikuatkuasakan hasil daripada konfrensi
Residen-residen di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu iaitu dengan mewajibkan setiap
ladang yang terdapat kanak-kanak lebih daripada 10 orang dalam lingkungan umur
persekolahan (4-7 tahun) hendaklah menyediakan sekolah dan guru. Di samping itu,
seorang nazir seorang nazir sekolah Tamil berbangsa Eropah dilantik pada tahun
1930 bagi mengendalikan pengurusan sekolah-sekolah vernakular Tamil tetapi
jawatan tersebut telah dimansuhkan pada tahun 1932 dan diwujudkan semula dalam
tahun 1938.

7.3 Pendidikan Selepas Kedatangan Barat

Malaysia kini telah maju, perkembangan pendidikan terkini telah berubah.


Perkembangan pendidikan sekarang harus dititik beratkan agar ia dapat menerapkan
unsur-unsur pembaharuan dan inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran.
Perkembangan era teknologi maklumat, kerajaan telah mengubah pembangunan
pendidikan dengan lebih maju lagi. Kerajaan kini telah memulakan sekolah Bestari.
Pendidikan Malaysia kini mempunyai peringkat, bermula dari pra-sekolah, sekolah
rendah, sekolah menengah sehingga ke universiti.
Kini, terdapat 19 Universiti Awam di Malaysia. Pelbagai program yang telah
ditawarkan adalah bidang perniagaan dan perdagangan, kejuruteraan, perhubungan,
pengajian kreatif, teknikal, atau vokasional, pelancongan, teknologi maklumat, seni
dan banyak lagi. Di samping itu, lepasan-lepasan ijazah juga boleh melanjutkan
pelajaran di institusi pengajian luar negara seperti University Harvard dan University
of Oxford.

8.0 Kesimpulan

Sebagai kesimpulannya jelaslah bahawa pengaruh tamadun barat menyebabkan


perubahan terhadap budaya masyarakat di Malaysia. Antara perubahan yang dibawa
oleh tamadun barat ini adalah dari segi sosial, kesenian, pendidikan, ekonomi, politik
dan sebagainya. Perubahan ini jelas berlaku setelah Malaysia mencapai
kemerdekaan. Tidak semua perubahan yang berlaku ini membawa impak yang positif
malah impak negatif turut berlaku terhadap budaya masyarakat di Malaysia.
Dari segi sosial telah berlaku perubahan pemikiran, di mana masyarakat
Malaysia memiliki pemikiran yang lebih bersifat moden dan tidak lagi mempercayai
perkara yang karut. Selain itu, dari segi kekeluargaan pula secara perlahan-lahan
sistem kekeluargaan barat ini telah mula diamalkan oleh masyarakat Malaysia seperti
bersedudukan tanpa nikah, pasangan sejenis, kehidupan berkelompok ikut sistem
kelas dan sebagainya.
Dalam aspek kesenian pula, Malaysia telah mula terpengaruh dengan gaya
hiburan barat terutamanya muzik. Contohnya muzik rock, pop, jazz dan sebagainya
yang bertentangan dengan budaya di Malaysia. Selain itu, reka bentuk bangunan di
Malaysia berkonsepkan barat. Sebagai contoh, Menara Berkembar Petronas.Sebelum
penjajahan kuasa barat sistem sekolah Malaysia lebih kepada sekolah agama islam
(madrasah). Semasa penjajahan kuasa barat pula mereka telah memperkenalkan
sekolah vernakular dan seterusnya selepas penjajahan kuasa barat telah wujudnya
sekolah kebangsaan, universiti dan pendidikan berperingkat iaitu bermula dari
prasekolah, pendidikan rendah, pendidikan menengah dan pengajian tinggi.
Dari segi ekonomi, wujudnya sistem ekonomi campuran iaitu gabungan
antara sistem kapitalis dan sosialis. Sebelum kedatangan kuasa barat sistem ekonomi
barat lebih bersifat sara diri kemudian berubah kepada perindustrian. Contohnya,
industri getah, biji timah dan sebagainya. Selain itu, pengunaan sistem mata wang
juga berubah. Penggunaan mata wang yang berasaskan emas dan perak mula
dihapuskan dan digantikan dengan mata wang kertas.Dari segi politik, kuasa barat
telah memperkenalkan sistem demokrasi.
Sistem ini telah berjaya menghapuskan sistem feudal yang mengamalkan
pemerintahan beraja berkuasa mutlak. Malaysia mengamalkan demokrasi
berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan Yang Di Pertuan
Agong sebagai ketua Negara. Malaysia merupakan negara yang terdiri daripada
pelbagai kaum. Pelbagai corak budaya, adat, amalan dan sebagainya yang perlu
dikekalkan untuk menjaga keharmonian antara kaum dan agama. Oleh itu, kita
sebagai rakyat Malaysia perlulah mempertahankan imej dari segi bangsa dan
kebudayaan di Malaysia walaupun sedikit demi sedikit budaya kita kian lumpuh.
Rujukan

Abdullah Sani Yahaya. 2003. Perkembangan Pendidikan Di Malaysia. Pahang: Pts


Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Arthur Nussbaum. 1958. A History of the Dollar, C 2. New York: Columbia University Press.

Abdul Rahman Abdul Aziz. 1971. Demokrasi Di Malaysia. Malaysia: Institut Terjemahan &
Buku Malaysia Berhad.

Bocock, Robert. 1986. Hegemony. London: Ellis Horwood.

Dr Saedah Hj. Siraj, Shahril@Charil Marzuki. 1993. Pendidikan Di Malaysia. Kuala Lumpur:
Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Femia, J. 1981. Gramsci’s political thought: Hegemony, consciousness, and the


revolutionary process. London: Oxford University Press.

Halimi A.J. 2008. Sejarah dan tamadun bangsa Melayu. Malaysia: Utusan Publications.

Ismail Hamid. 1991. Masyarakat dan Budaya Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Jomo, K.S. 1990. Growth and Structural Change In The Malaysian Economy . London:
Macmillan.

Kamus Dewan, Edisi 4, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Lacey, A.R. 1996. A Dictionary of Philosophy 1 st edition. London, UK: Routledge.

Mohd Yusof Ahmad. 2002. Falsafah Dan Sejarah Pendidikan Islam . Kuala Lumpur: Penerbit
Universiti Malaya.

Mohd. Koharuddin Mohd. Balwi. 2005. Peradaban Melayu. Johor: Universiti Teknologi
Malaysia.

Muhamad Nadzri Mohamed Noor. 2007. Hegemoni hubungan kuasa dalam konstruksi
budaya politik Melayu: satu analisis . Tesis Sarjana, Program Sains Politik, Universiti
Kebangsaan Malaysia.

Omar Mohd Hashim. 1991. Pengisian Misi Pendidikan. Selangor: Dewan Bahasa Dan
Pustaka.
Othman Mohd Yatim dan Abdul Halim Nasir. 2000. Seni Bina Melayu Islam: Pengaruh
Agama dalam Alam Bina dalam Tamadun Islam di Malaysia . Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Sufean Hussin. 1996. Pendidikan Di Malaysia; Sejarah, Sistem Dan Falsafah . Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Wan Ramli Wan Daud. 2000. Teknologi Melayu: Melani Ragam Hidup Sepanjang Zaman
Dalam Tamadun Islam Di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

You might also like