You are on page 1of 8

KERJA KURSUS

IPI702
POLITIK ISLAM KENTEMPORARI

TAJUK
POTENSI DALAMAN DAN LUARAN KEBANGKITAN
SEMULA UMAT ISLAM

DISEDIAKAN OLEH
SHAHRIZAL BIN ISHAK
(2022731183)

DISEDIAKAN UNTUK
USTAZ KHAIRUL FAEZI BIN MOHD SAID
1. PENDAHULUAN

Peranan sejarah Islam dalam membentuk sejarah dunia cukup diambil berat oleh para ahli
sejarah. Walaubagaimana pun, setelah kejatuhan Khilafah Uthmaniah, Islam bukan sahaja
dipandang rendah oleh Barat malah sebahagian besar negara seluruh dunia. Tetapi harus diakui
bahawa sebahagian besar ilmu pengetahuan yang berkembang di Barat adalah hasil ilmu
pengetahuan ulama-ulama Islam.

Kebangkitan Islam merupakan fenomena sejarah yang memulihkan kembali semangat,


pemikiran dan gerakan (harakah) serta jihad. Kebangkitan ini juga menguji umat Islam
sehingga mendorong mereka sedar dan mencari sebab kejatuhan dan kehinaan yang telah
menimpa umat Islam. Bermula daripada kesedaran ini, mereka menemui kesedaran itu lalu
meningkatkan keimanan, menyemarakkan pemikiran dan mengerakkan gerakan Islam. Dalam
hal ini, al-Qur'an telah menceritakan di dalam surah al-Isra':81 dan hadis riwayat Abu Daud
(3740) dalam Kitab al-Malahim (bab apa yang disebut pada kurun ke-100) yang
menjelaskan tentang lahirnya reformis (mujaddid) setiap satu abad. Sejarah Islam telah pun
membuktikan perkara ini.
Mutakhir ini merupakan era kebangkitan Islam di mana telah dibuktikan dengan kemerdekaan
beberapa buah negara Islam. Kebangkitan negara Islam menimbulkan pelbagai pengaruh di
dunia Arab, ia juga merupakan respon dan tentangan terhadap Barat dan sejarah mereka yang
bergerak di negara lain. Dalam erti kata lain, kebangkitan Islam tidak hanya terhad hanya
kepada idea idea Islam saja, bahkan diterjemahkan ke dalam pelbagai usaha.
Antaranya ialah penyertaan Qatar dalam perbahasan sebagai negara yang mewakili
pemerintahan dalam masyarakat yang mempertahankan kewujudan Islam melalui satu
kesatuan yang menjangkaui kawasan geografi. Begitu juga dengan kemunculan pemikir Islam
moden juga sebagai satu tanda yang besar seperti Hasan al-Banna, al-Qardhawi, Ahmad Deedat
serta ramai lagi, mereka bertungkus lumus berusaha mengembalikan kegemilangan umat Islam
melalui penulisan, penerbitan dan juga perbahasan (Zulkifli Hasan,2013).

2. OBJEKTIF

1) Mengetahui gambaran secara ringkas era peradaban Islam terakhir.


2) Mengetahui faktor kelemahan dan kekuatan umat Islam.
3) Mengetahui potensi kebangkitan umat Islam di zaman moden.
3. PENGISIAN

Gambaran ringkas era peradaban Islam yang terakhir.

Sejak berakhirnya era pemerintahan Khilafah Abbasiyah akibat serangan tentera Mongol,
kekuatan politik Islam mengalami kemunduran secara drastik. Beberapa peninggalan sejarah
dan peradaban Islam yang sudah dibina ketika itu banyak yang telah musnah akibat daripada
serangan bangsa Mongol. Wilayah yang satu-satunya menjadi pusat pemerintahan khalifah
telah berpecah mengakibatkan kekuatan politik Islam memilih untuk berada dalam kelompok
kerajaan kecil dan berasingan yang saling bermusuhan antara satu sama lain.

Keadaan politik umat Islam secara keseluruhan kembali berkembang dan maju setelah muncul
beberapa buah kerajaan besar iatu Uthmaniah di Turki, Mughal di India dan Safawi di Parsi.
Ketiga-tiga kerajaan ini memiliki persamaan ketara dalam mengembalikan peradaban Islam
yang telah hancur akibat peristiwa yang telah berlaku sebelum ini.

Selain kerajaan Uthmaniah yang memulakan kebangkitan, ia juga merupakan kerajaan yang
terbesar dan paling lama bertahan jika dibandingkan dengan dua kerajaan lagi. Kerajaan
Uthmaniah dianggap sebagai empayar yang mampu mencetuskan kebangkitan umat Islam
setelah lama mengalami kemunduran politik. Mereka memiliki pelbagai bentuk kemajuan
seperti kekuatan ketenteraan (Badri Yatim, 2008), bidang kebudayaan dan kesenian, bidang
keagamaan, bidang ekonomi serta politik (Abu Hanifah haris, 2020) sehingga berlaku keluasan
wilayah jajahan yang luas dan cepat.

Tetapi terdapat beberapa perkara yang merunsingkan ketika pemerintahan kerajaan


Uthmaniah. Tentera yang terdiri daripada bukan Islam iaitu Kristian dibawa masuk dan dididik
dengan ilmu kepimpinan. Rakyat juga didedahkan dengan kebudayaan dan kesenian asing
sehingga mereka digelar dengan bangsa yang suka dan mudah untuk melakukan asimilasi.
Ulama ketika tidak mempunyai kewibawaan di dalam mengeluarkan fatwa. Ini adalah
disebabkan mereka hanya melakukan penterjemahan teks ulama terdahulu dan tidak
melakukan pembaharuan mengikut peredaran zaman.

Setelah hampir 9 abad kerajaan Uthmaniah mencapai kemajuan yang membanggakan umat
Islam, maka bermula era kejatuhan. Banyak faktor yang menyebabkan perkara tersebut berlaku
antaranya:

a) Wilayah jajahan terlalu luas sehingga berlaku kesukaran dalam urusan pentadbiran.

b) Masyarakat yang terdiri dari pelbagai agama, etnik ras dan istiadat. Disebabkan perbezaan
ini, kerap berlaku pertikaian, pergaduhan dan pemberontakan.

c) Kelemahan pemerintah. Lahir pemerintah yang lemah dalam pemerintahan selepas


pemergian Sultan Sulaiman al-Qanuni.
d) Sogokan dan rasuah yang menjadi budaya dan kebiasaan dikalangan pegawai pemerintah
menyebabkan hilang sifat Amanah dalam menjalankan tugas.

e) Kemerosotan ekonomi disebabkan berlaku peperangan yang berlarutan kerana kerajaan


terpaksa membelanjakan peruntukan yang besar untuk menanggung pembiayaan dan
keperluan tentera.

f) Bidang sains dan teknologi kurang berkembang kerana berlaku pembaziran ke atas angkatan
tentera. Kepentingan ilmu adalah sangat kecil dan tiada perhatian yang mendalam diberikan
kepada sains.

1. Faktor kelemahan umat Islam.

2.1. Faktor Kelemahan

Terdapat beberapa kelemahan yang berlaku dikalangan umat Islam untuk bangkit bagi
mengharungi arus perdana dan mencapai kemajuan sepertimana yang dilakukan oleh Barat
antaranya:

a. Daya pemikiran umat islam terhad kepada bentuk tradisional tanpa mencuba untuk
melaksanakan pembaharuan mengikut peredaran semasa.

b. Kebebasan berfikir secara klasik. Malah kebebasan ini semakin mundur setelah al-Ghazali
mengkritik hebat terhadap pemikiran falsafah di dalam buku yang berjudul “Tahafut al-
Falasifah” yang bermaksud kecelaruan falsafah.

c. Al-Ghazali menghidupkan ajaran tasawwuf yang hanya mengutamakan kehidupan ukhrawi


berbanding kemajuan yang seiring dengan kehidupan duniawi.

d. Kekuasaan Islam banyak berpecah dan dipengaruhi oleh Barat. Ini termasuk pusat-pusat
pengembangan ilmu berada di luar wilayah Islam dan dikuasai oleh pemikir bukan Islam.
Disebabkan perkara tersebut, karya dan penulisan ilmiah banyak dikarang dan berkembang
di dalam bahasa lain seperti Parsi, Turki dan India. Umat Islam sukar untuk memahami dan
mendalami ilmu dan kemajuan.

2.2. Faktor Kelemahan umat Islam di Malaysia

Pengurusan dan pentadbiran Islam di Malaysia masih lagi berada di tahap yang lemah dan perlu
diperbaiki dari masa ke semasa. Ini adalah berikutan daripada beberapa perkara seperti berikut
(Muhammad Syahir Abu Bakar, Wan Fariza Alyati Wan Zakaria, Kamaruddin Salleh, 2016):

a. Penolakan politik secara Islamik. Walaupun Malaysia mengamalkan demokrasi


berpalimen, namun perkembangan dan pelaksanaan Islam hanya dalam skop yang sempit.
Ia hanya tertumpu kepada beberapa perkara yang berkaitan dengan keagamaan sahaja.
Ramai dikalangan pentadbir termasuk ahli politik petah bercakap dalam soal agama.
Sebahagian daripada mereka pandai mengkritik pemimpin agama. Tetapi dalam soal
pelaksanaan, mereka hanya berdiam diri dan tidak memberi sokongan apabila sesuatu isu
berkaitan agama perlu diberikan keutamaan. Kerajaan perlu lebih berani untuk
melaksanakan pentadbiran Islam kerana terdapat banyak perkara kemungkaran yang telah
dilakukan. Sehubungan itu, pihak berkuasa perlu memainkan peranannya semaksima yang
boleh bagi menjayakan misi sebagai seorang yang beragama Islam.

b. Pengaruh Ideologi dan Sistem Barat. Kelemahan pendekatan sistem pentadbiran Islam
adalah berpunca daripada pengaruh dan fahaman barat yang sangat kuat di dalam diri dan
kehidupan umat Islam. Ia secara tidak langsung mengakibatkan sistem sekular
mempengaruhi dan menerajui kehidupan manusia dan menghasilkan kepincangan dan
pertentangan fahaman dalam masyarakat terutama dalam bidang agama. Kelemahan ini
ditonjolkan apabila berlaku isu rasuah, penyelewengan kuasa, pecah Amanah dan
sebagainya. Kemajuan ekonomi dan teknologi dalam menyelesaikan masalah kehidupan
bukanlah satu jalan yang terbaik, tidak dapat tidak hendaklah kembali kepada agama.

c. Masalah sosial dan jenayah berleluasa. Setiap negara di dalam dunia mengalami masalah
sosial dan jenayah seperti mencuri, merompak, zina, rogol, sumbang mahram, judi, minum
arak, membunuh dan lain-lain perbuatan yang menyalahi agama. Semua masalah ini akan
membantutkan usaha-usaha mengembalikan syiar Islam khususnya di dalam pengurusan
dan pentadbiran negara. Walaupun negara kita telah melaksanakan hukuman seperti denda,
penjara dan lain-lain, ia tidak mampu untuk membendung masalah sosial dan jenayah
tersebut. Kerajaan perlu mengambil langkah yang lebih progresif dan kembali kepada al-
Quran dan al-Sunnah bagi menyedarkan manusia tentang kemungkaran yang telah
dilakukan.

2. Potensi kebangkitan umat Islam

3.1. Kebangkitan dalaman

a. Bersatu hati. Umat Islam hendaklah bersatu di dalam semua perkara samada bangsa, warna
kulit, bahasa dan secara khususnya di dalam politik yang sedang dibincangkan sekarang ini.
Umat Islam perlu melihat kepada kesan yang lebih besar sekiranya perkara tersebut tidak
diberi keutamaan. Allah SWT berfirman di dalam Surah al-Hujurat: 10 yang bermaksud:
“Sesungguhnya orang yang beriman itu adalah bersaudara”.

b. Disiplin. Salah satu elemen penting dalam Islam ialah disiplin. Menurut Abdullah
Gymnastiar (2015), kebanyakan kejayaan hasil daripada kekuatan disiplin. Ramai daripada
generasi awal Islam begitu kuat kerana mereka begitu disiplin di dalam semua perkara
sehingga mampu berdakwah ke daerah yang jauh dalam masa yang singkat.

c. Pendidikan. Pendidikan amatlah penting dalam menentukan hala tuju kehidupan. Ilmu
merupakan kayu ukur dalam kehidupan kita dalam menentukan samada perkara
tersebut baik atau tidak. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Barangsiapa yang menempuh satu jalan untuk m enuntut ilmu maka Allah SWT
akan memudahkan baginya jalan untuk ke Syurga. Tidaklah satu kumpulan
berkumpul di dalam sebuah rumah di antara rumah -rumah Allah, membaca
kitab Allah (al-Qur’an) dan mempelajarinya sesama mereka melainkan akan
turun kepada mereka sakinah (ketenangan), diliputi ke atas mereka rahmat dan
dinaungi oleh malaikat serta Allah SWT akan menyebut mereka pada malaikat
yang berada di sisi-Nya”. [Riwayat Muslim (4867)] (U m a r M u k h t a r M o h d
N o o r ,2016).

Telah terbukti bawah institusi pendidikan Gerakan Islam samada berbentuk sufi, pondok,
sosial-kebajikan dan politik semakin berkembang dan mendapat sambutan ramai. Gerakan
Islam membuktikan bahawa mereka sebenarnya berperanan membangunkan sistem dan
institusi pendidikannya sendiri disamping sebahagiannya terlibat secara langsung dalam
arus pendidikan nasional (Badlisham Mohd Nasir, 2010).

3.2. Kebangkitan luaran

a. Ekonomi. Umat Islam hendaklah mengukuhkan ekonomi sesama Islam sebaik mungkin.
Sesebuah kerajaan atau negara memerlukan sumber kewangan yang kuat untuk membentuk
strategi bagi menyaingi negara bukan Islam. Disaat ini, kewangan dikuasai oleh orang bukan
Islam. Mereka mampu untuk melakukan apa sahaja dan ke atas mana-mana individu atau
negara yang mereka rasakan akan menentang mereka. Barat sanggup melakukan apa sahaja
dalam memastikan ekonomi umat Islam tidak akan maju dan dapat bangkit untuk menyaingi
dan menjatuhkan mereka.

b. Penyatuan politik negara Islam. Melihat kepada politik era Erdogan di Turki ketika mana
beliau memenangi pilihanraya negara tersebut, Turki secara berperingkat Kembali kepada
identitinya yang asal iaitu Negara Islam. Mereka masih mengekalkan modenisasi dalam
masa yang sama Islam terus dikukuhkan dan dikembangkan. Erdogan menyebut “sistem
ideologi hendaklah berdasarkan nilai-nilai dan prinsip-prinsip Islam dalam masa yang sama
mempertahankan kemodenan politik, demokrasi menjadi manifesto utama” (Zaklyyah
Widad Zaenal, Dyah Wahyu Kusuma Ningrum, 2018). Seluruh negara yang mempunyai
majoriti umat Islam hendaklah menjadikan Erdogan sebagai pencetus kepada penyatuan
politik.

c. Ilmu pengetahuan. Sejarah telah membuktikan, bahwa kemajuan ilmu pengetahuan di


dunia moden menjadi fakta sejarah yang tidak dapat dinafikan, bahkan banyak yang
berpendapat bahwa ilmu pengetahuan bermula dari dunia Islam yang kemudian mengalami
transmision (penyebaran) dan poliferation (percambahan) ke dunia Barat yang sebelumnya
dunia Barat dilanda dark ages (masa kegelapan) sehingga muncul zaman enlightenment
(menyerlah) di Eropa. Melalui dunia Islam, mereka mendapat akses untuk mendalami dan
mengembangkan ilmu pengetahuan moden sebagaimana diungkapkan Gore Barton bahwa
orang-orang Barat dalam mengembangkan ilmu pengetahuan tidak merujuk sepenuhnya
kepada sumber-sumber Yunani melainkan kepada sumber-sumber Arab. Gustaye Lebon
seorang orientalis Barat mengatakan bahawa orang-orang Arablah yang membuat kita
memiliki peradaban selama lebih kurang 6 (enam) abad, memang kemajuan peradaban kita
saat ini tidak lepas dari kerja keras para ilmuwan dan cendikiawan Islam, bahkan para
ilmuan Islam sering digelar sebagai pelopor peradaban dunia, sebab mereka telah mampu
mengembangkan peradaban Yunani kuno kepada peradaban yang lebih elegan dan maju.
Bahkan, mereka juga mengembangkan pola pemikiran dan kecerdasan manusia sehingga
menemukan pelbagai ilmu pengetahuan dalam berbagai bidang, maka tidak pelik apabila
banyak kalangan ilmuan Barat yang mengatakan bahwa ilmuwan Islam memegang peranan
penting bahkan merupakan penyumbang kemajuan peradaban dunia (Syafri Gunawan,
2019).

4. PENUTUP
Cabaran yang dihadapi oleh umat Islam kini bukan hanya datang dari bentuk serangan fizikal,
tetapi serangan tersebut juga melibatkan pemikiran dalam proses melakukan perubahan.
Kebanyakan pemikir dan sarjana barat cuba menyerang umat Islam dari sudut psikologi setelah
kejatuhan khalifah terakhir iaitu Khalifah Uthmaniyah dengan mengatakan musuh mereka
adalah Islam. Mereka telah mencipta pelbagai spekulasi dan andaian buruk terhadap agama
Islam agar dapat melakukan serangan fizikal ke atas umat Islam. Minda umat Islam juga telah
dijajah dengan kemewahan dan kemodenan agar jauh dan terpesong dari akidah yang benar.
Oleh yang demikian, umat Islam haruslah bangkit semula daripada kemunduran fizikal dan
mental serta menguasai dunia dengan kaedah baru yang dapat menyaingi dunia barat. Ia hanya
dapat dilakukan sekiranya umat Islam sedar bahawa agama Islam adalah satu-satunya agama
yang dapat membawa manusia dalam menghadapi arus perdana yang penuh dengan cabaran
dan rintangan di dunia dan akhirat.
5. RUJUKAN
1. Zulkifli Hasan, Yusuf al-Qaradawi dan Sumbangan Pemikirannya, Fakulti Syariah dan Undang-
Undang, Universiti Sains Islam Malaysia, (June 2013).
2. Badri Yatim, Sejarah Peradaban Islam: Dirasah Islamiyah II, Jakarta: PT Raja Gravindo
Persada, (2008).
3. Abu Hanifah Haris, Sejarah Kerajaan Turki Uthmaniyah Dan Sumbangannya Dalam Bidang
Sosiopolitik Abad Ke-14hingga Abad Ke-20, Journal of Al-Tamaddun, Vol. 15 (1), (2020).
4. Laila Ngindana Zulfa, Sejarah Pemikiran Dan Peradaban Islam Masa Pertengahan (Dinasti
Safawi, Mughal, Dan Usmani).
5. Muhammad Syahir Abu Bakar, Wan Fariza Alyati Wan Zakaria, Kamaruddin Salleh, Faktor-
Faktor Kelemahan Pengurusan Dan Pentadbiran Islam Di Malaysia Serta Langkah-Langkah
Mengatasinya, Ilmi Journal Jilid 6 (2016): 89-104.
6. Abdullah Gymnastiar, 5 Disiplin: kunci kekuatan dan kemenangan. Emqies Publishing,
Bandung. (1 Jun 2015).
7. Zaklyyah Widad Zaenal, Dyah Wahyu Kusuma Ningrum, Potensi Kebangkitan Politik Islam:
Transformasi Kemalisme Ke Adalet Ve Kalkinma Partisi Era Erdogan, Mahasiswi Hubungan
Internasional UNIDA Gontor, Proceeding Conference On Islamic Civilization University Of
Darussalam Gontor. (15-16 September 2018).
8. U m a r M u k h t a r M o h d N o o r , Irsyad Al-Hadith Siri Ke-109: Kelebihan Menuntut
Ilmu, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. (16 Ogos 2016).
9. Badlisham Mohd Nasir, Pendidikan Dalam Gerakan Islam Di Malaysia: Satu Tinjauan, Journal
Of Islamic And Arabic Education 2(1), (12 Januari 2010).
10. Syafri Gunawan, Peranan Islam Dalam Pembangunan Pradaban Dunia, Jurnal El-Qanuny
Volume 5 Nomor 1 (Edisi Januari – Juni 2019).

You might also like