You are on page 1of 7

Kelemahan Sekularisme

Kuasa politik menjadi semakin tidak demokratik merupakan salah satu kelemahn
sekularisme yang dikenal pasti.Hal ini dapat dilihat apabila kekuasaan yang dipegang
oleh tampuk kepimpinan yang tidak demokratik,hidup memerah dan membolot
kekayaan untuk kroni mereka,menggenggam kekuasaan sebagai hak mutlak peribadi
dan bukan amanah Allah,enggan mengamalkan dan melaksanakan pemerintahan
mengikut ajaran Islam pastinya akan menyebabkan matlamat dan hala tuju sesebuah
Negara kucar-kacir. Akhirnya amalan politik akan hanya untuk kepentingan kumpulan
kecil dan diri sendiri mengikut corak yang telah diajar oleh fahaman kapitalis dan
materialis.Kemelut ini sudah tentu melahirkan iklim politik dan budaya social yang
menyimpang jauh daripada keluhuran,ketelusan dan nilai-nilai tamadun yang tinggi.
Persempadan baru dan akta pilihan raya lebih bertujuan untuk menghimpit rakyat dan
parti lawan.
(https://www.scribd.com/doc/163120189/Kebaikan-Dan-Keburukansekularisme)

Selain itu, sekularisme turut menyebabkan akta undang-undang menjadi tidak adil. Hal
ini dapat dilihatkan ciri undang-undang yang adil ialah yang lahir daripada Tuhan yang
Maha Adil.Dalam hal ini umat Islam berkeyakinan bahawa undang-undang yang
saksama ialah undang-undang yang berlandaskan kepada ajaran Islam atau nilai-nilai
kebaikan sejagat.Amalan menangkap lawan atau musuh politik dengan tuduhan .Selagi
amalan-amalan buruk dan zalim ini berleluasa dalam negara sukar untuk negara
berkenaan untuk dilabelkan sebagai negara Islam.Hal ini menyebabkan ketidakadilan
dalam perundangan dan pelaksanaannya semakin berleluasa. Sesungguhnya
pemisahan agama daripada politik dan pemerintahan hanya mengundang seribu satu
masalah dan bencana. Ini kerana kehadiran agama adalah untuk mengatur dan
menegakkan keadilan dalam kalangan rakyat dan persamaan, bukan sebaliknya.
Terdapat banyak nas al-Qur’an, hadis dan pandangan-pandangan ulama’ yang
menerangkan bahawa syariah Islam adalah satu-satunya ketuanan yang sebenar di
dalam kehidupan manusia. Ia tidak boleh ditinggalkan atau dipisahkan daripada mana-
mana aspek kehidupan terutama politik. Antaranya ialah:-
1. Surah An-Nisa’ ayat 59 yang bermaksud:

“Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul(nya) dan pemerintah
di kalangan kamu. Jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu maka kembalikan ia
kepada Allah (al-Qur’an) dan Rasul (sunnahNya), jika kamu benar-benar beriman
kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih
baik akibatnya”

Di dalam ayat ini ialah Allah S.W.T menyeru umat Islam (rakyat) supaya mentaati para
pemerintah apabila pemerintah itu terlebih dahulu mentaati Allah S.W.T dan Rasulnya
iaitu al-Qur’an dan al-Hadis. Manakala ketaatan kepada Allah tidak akan terjadi kecuali
dengan melaksanakan segala suruhanNya dan menjauhi segala laranganNya

Sekularisme turut mengundang kepada budaya barat yang menjadi jadi.Keruntuhan


sahsiah kesan sosialism yang tidak terkawal dan budaya asing yang inginkan
keseronokkan dunia semata-mata kini semakin mendapat tempat di hati
ummat Islam.Sebab itu juga gejala black metal menulari golongan remaja.Pesta seks di
mana hubungan seks di kalangan muda-mudi yang bukan mahram kembali menjengah
oleh golongan politikus yang ingin mendapatkan kerusi kekuasaan. Kemajuan teknologi
juga telah membuatkan ramai generasi muda lebih mengiatkan diri dalam
menggunakannya demi keseronokan semata-mata.Perkara ini dapat dilihatkan apabila
mereka menggunakan aplikasi seperti `Tik Tok’ bagi tujuan menunjuk- nunjuk
kemewahan, membuka aib seseorang dan memdedahkan aurat mereka sewenang-
wenangnya.

Firman Allah S.W.T  yang bermaksud:

“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat


pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan
mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang
zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan
tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka
melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau
anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau
anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara
mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba
mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan
kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat
perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan
apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada
Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu Berjaya” (Surah An-Nur : Ayat
31)

Akhirnya, sekularisme merupakan antara penghalang yang kuat kepada keberkesanan


pengajaran dan pembelajaran pendidikan islam.Ideologi sekularisme yang diterapakan
melahirkan golongan pemikir yang ingin mengasingkan sistem pendidikan yang
berteraskan ilmu duniawi dan ilmu agama yang menyebabkan sistem pendidikan
agama islam hilang dan tidak diamalkan. Hal ini menjadi penghalang dan benteng bagi
generasi muda mendapatkan pendidikan agama islam yang menyeluruh dan berkesan.
Sistem pengajaran dan pembelajaran juga tidak ketinggalan dalam di pengaruhi
kefahaman sekularisme di mana pihak Barat telah menggunakan sistem pengajaran
dan pendidikan sebagai salah satu medium atau saluran utama umat Islam. Natijahnya,
berlaku perubahan terhadap moral umat Islam sehingga menjadi lemah, lupa diri dan
jahil mengenai kekuatan diri dan keupayaan sendiri, serta merasa rendah diri sehingga
menjadi mundur dan keterpinggiran. Umat Islam telah hilang personaliti dan
kedinamikan serta menjadi pelajar yang sentiasa patuh kepada pengaruh sekularisme
dan barat (Mohd Kamil 2002).

Menurut Abdul Halim El-Muhammady (1991), dalam sistem pengajaran dan


pembelajaran ini, sekolah-sekolah dan institusi-institusi pendidikan Barat ditubuhkan di
negara-negara umat Islam dengan bermatlamat mengambil kanak-kanak Muslim yang
masih lembut ubun-ubun untuk dibentuk dan ingin menjadikan mereka menjauhkan diri
daripada ajaran agama Islam. Maka akhirnya lahirlah golongan Muslim yang semakin
mengagumi tamadun Barat dan merasa rendah diri serta kurang selesa dengan
tamadun Islam dan nilai-nilai ketimuran. Sistem pendidikan Malaysia diperkukuhkan
melalui sekolah-sekolah moden Barat dan caranya melalui buku teks, kurikulum, dan
pemikiran guru-guru yang lebih cenderung kepada pemikiran Barat termasuklah
kefahaman sekular.

Sekularisme yang telah meresap ke dalam diri telah membawa kepada kemunduran
umat Islam hari ini.Sekularisme secara imtiharnya melangkaui makna yang lebih luas
kerana gagasan falsafah itu memiliki pandangan alam yang mengeluarkan atau
mengasingkan makna rohaniah daripada kesedaran manusia dan alam tabii. Alam
semesta berdasarkan pandangan kelompok sekular hanya apa yang dapat dilihat,
dirasa dan diukur oleh ilmu sains semasa.Ia juga menafikan terdapatnya nilai dan
prinsip kekal abadi, sekali gus mengatakan semua perkara perlu berubah mengikut
tuntutan masyarakat dan sejarah. Sarjana Islam yang sedar terus-menerus mendidik
umat mengenai bahaya besar aliran pemikiran sekularisme. Negara yang kental
pegangan agamanya sekalipun turut dicengkam trend sekularisme yang kuat. Fahaman
seumpama ini jelas bertentangan dengan ajaran Islam kerana Islam adalah ad-din yang
merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia. Ia terangkum dalam firman Allah S.W.T
di dalam surah al An’am ayat 162 yang bermaksud:

“Katakanlah : Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku,


hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam”.

Menurut Ibn al-Jawzi (w. 597h), “dan hidupku” dalam ayat ini bermaksud seluruh
kehidupanku dalam ketaatan kerana Allah S.W.T Oleh yang demikian menjadi suatu
kewajipan bagi seorang muslim mentaati syariah dan titah perintah Allah S.W.T dalam
seluruh aspek kehidupannya termasuk politik, sosial dan ekonomi.
Kekuatan Sekularisme

Namun begitu , sekularisme mampu menjadi ilmu yang menjaga keamanan


negara.Golongan berpendidikan dapat memanfaatkan ilmu-ilmu sekular untuk
membangun negara dan masyarakat. Etika yang diilhamkan oleh fahaman sekularisme
juga telah diguna pakai untuk membentuk sistem perundangan, terutama sekali
perundangan antarabangsa.Perundangan ini telah membawa kepada kerukunan
kehidupan duniawi. Sumbangan sekularisme yang paling besar ialah manfaatnya pada
dasar sistem politik dan kenegaraan. Ini telah menyumbang kepada keharmonian sosial
yang dinikmati oleh umat Islam khususnya yang hidup dalam masyarakat majmuk.
Fahaman awal sekularisme telah menjalani proses evolusi sehingga lahirnya satu aliran
ekstrem yang keras menentang agama dan konsep keTuhanan dan aliran ini tidak
boleh diterima dan telah ditolak sepenuhnya oleh sarjana-sarjana agama.
RUJUKAN:

1. Dr. Yusuf al-Qardawi (1995), Faiwa Masa Kini Jilid 3 & 4, Kuala Lumpur: Pustaka Salam.

Kamus Dewan Edisi Keempat (2007), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

2. Mohd Yusuf Ahmad (2004), Falsafah dan Sejarah Pendidikan Islam, Kuala Lumpur:

Penerbit Universiti Malaya.

3. Sabri bin Abd Ghani, Pengaruh pendidikan Sekular-Liberal terhadap umat Islam, diakses
Dari http://gemaislam.net/artikel/PENGARUH%2OPENDIDIKAN%20SEKULAR
%2OLIBERAL%2011.pdf

4. Muhammad 'Uthman El-Muhammady, Persoalan Sekularisme dalam Pendidikan dan


Kesusasteraan, diakses dari
http://www.geocities.com/traditionalislam/PersoalanSekularismeDImPendidikandanKesusa
steraan.htm,

5. Kashmir, Sekularisme di Malaysia: Suatu Catatan, diakses dari


http://www.BicaraMuslim_com%20%20View%20topic%20
%20sekularisme/020malaysia.htm

6. Info Siasatan- statistik, diakses dari http://www.bprgov.my/cda/m_info/sta_main.php?


year=2007

7. PANEL ISU-ISU SEMASA WANITA ISLAM MALAYSIA (PISWI) JABATAN KEMAJUAN ISLAM
MALAYSIA (JAKIM) diakses dari http://piswi.islam.gov.my/index.php/isu-semasa/87-
sekularisme-kian-meresapi-pemikiran-ummah
8. Hassan, H. (2000). Sekularisme: Sejarah Kelahiran Dan Kesannya Terhadap Peradaban Islam
Dengan Penumpuan Terhadap Serangan Pemikiran. Universiti Malaya.
9. Salleh, M. A. (1999). Sekularisme Dalam Politik: Satu Kajian Menurut Perspektif Islam.
Universiti Malaya.
10. Rashidi, H. . (1972). Sekularisme Dalam Persoalan Lagi. Jakarta: Yayasan Bangkit.
11. Al-Attas, S. N. (1977). Islam, Faham Agama dan Asas Akhlak. Kuala Lumpur: Angkatan Belia
Islam Malaysia (ABIM).
12. Ismail, D. A. M., & Haidar, M. (2010). Serapan Ideologi dan Pemikiran Asing: Pengaruh dan
Kesannya Terhadap Masyarakat Islam. Selangor. Retrieved
from http://www.jais.gov.my/sites/default/files/artikel_asas/rnd/2010/ogos/SerapanIdeolo
giAsing.pdf
13. Che Mamat, C. Y. (1988). Sekularisme Perkembangan Dalam Masyarakat Musim. Kuala
Lumpur: al-Rahmaniah.
14. Nordin, S. (2001). Sejarah Pemikiran 1: Sumber Ilmu, Perbandingan Ideologi dan ’Orde Baru
Dunia (Edisi Febr). Bangi: Pusat Pengajian Umum Universiti Kebangsaan Malaysia.
15. Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). (2015). Gejala Agnostik Satu Ancaman Akidah. (Majlis
Agama Islam Selangor (MAIS), Ed.) (Cetakan Pe). Shah Alam: Majlis Agama Islam Selangor
(MAIS).
16. Masod, M. A. (2012). Serangan Ideologi Barat Terhadap Pemikiran Umat Islam dan
Implikasinya Kepada Iman. Jurnal Penyelidikan Islam, 25, 100–116.
17. Mohd. Salleh, N., Ismail, A. M., Mohd. Haridi, N. H., & Daud, Z. (2015). Pemikiran Tidak
Beragama Dalam Kalangan Belia Islam Di Malaysia. Satu Kajian Rintis. Jurnal Islam Dan
Masyarakat Kontemporari, 11, 40–51.

You might also like