You are on page 1of 20

PUSAT PENGAJIAN ILMU KEMANUSIAAN

SEMESTER 1 SIDANG AKADEMIK 2020/2021


HFF 225/2 FALSAFAH DAN ISU SEMASA

SOALAN:

KAEDAH MEMUPUK PERSEFAHAMAN DALAM


KEPELBAGAIAN KAUM DAN AGAMA
MASYARAKAT DI MALAYSIA.

DISEDIAKAN OLEH:

NUR AIN BINTI MOHAMMAD MOKHTAR (141617)

FAWWAZ ILMAN BIN SAHRUL LAIL (151297)

NUR AFIFAH SYAHIRAH ZOFFERI BINTI ABDUL


RAHIM (148677)

NUR ADIBAH BINTI ZAINAL ABIDIN (145548)

DISEDIAKAN UNTUK:

DR. SUHAILA ABDULLAH

KUMPULAN:
46

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

1
SARJANA MUDA SASTERA (KEPUJIAN)

2
1.0 PENGENALAN

Malaysia merupakan sebuah negara berdaulat dan diiktiraf sebagai sebuah

negara yang sah disisi undang-undang antarabangsa. Kepelbagaian kaum di Malaysia

telah memperlihat bahawa rakyat Malaysia mampu hidup sebagai satu entiti tanpa

pemisah sama ada dari sudut agama mahupun etnik. Bagi memastikan kemerdekaan

yang dikecapi pada hari ini dikekalkan selama-lamanya, perlu ada satu keutuhan yang

merapatkan setiap jurang yang wujud. Namun, kita tidak boleh menolak atau

menafikan bahawa masih wujud kemelut-kemelut yang dibangkitkan oleh pihak yang

tidak bertanggungjawab sehingga menggugat keamanan dalam beragama di Malaysia.

Perkara ini telah diperjelaskan oleh Sayuti, Redwan, Burhanudin, dan Mahzan

(2016:2) yang menjadikan surah al-Hujurat sebagai panduan kepada setiap umat

manusia iaitu “Hai manusia, sesungguhnya Kami mencipta kamu dari seorang

laki-laki, seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan

bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenali antara satu sama lain” (al-Hujurat,

49:13). Pandangan Sayuti et el. terhadap suruh al-Hujurat tersebut telah

diterjemahkan dalam konteks kepelbagaian kaum di Malaysia iaitu:

“Malaysia sebagai sebuah negara yang mengamalkan dasar pemerintahan

yang bercorak keislaman telah mengambil inti pati bagi ayat tersebut dengan

membenarkan hak kebebasan beragama bagi golongan bukan Islam untuk

meneruskan kepercayaan asal mereka dan mengamalkan agama tanpa sebarang

gangguan dan paksaan. Kebebasan beragama bagi bukan Islam di Malaysia adalah

1
penting bagi mencapai perpaduan menyeluruh yang merupakan agenda utama negara

dalam menjamin kestabilan politik, ekonomik dan sosial negara.” (2016:2)

Maka, jelaslah bahawa pegangan asas yang kukuh dalam mendidik

masyarakat mampu menjamin kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara yang aman

dan damai. Namun, perlu kita sedar bahawa usaha mendidik dan meningkatkan

persefahaman agama antara masyarakat bukanlah suatu yang mudah dan mampu

dilakukan dalam suatu tempoh yang singkat. Perlaksanaan ini harus dijalankan

dengan giat agar setiap lapisan masyarakat sama ada yang muda mahupun yang tua

tidak terlepas atau tercicir untuk mendapat didikan asas ini. Oleh itu penulisan esei ini

akan memberi fokus kepada menjelaskan kaedah-kaedah yang dilaksanakan bagi

memupuk persefahaman dalam kepelbagaian agama masyarakat di Malaysia.

2.0 KAEDAH-KAEDAH MEMUPUK PERSEFAHAMAN DALAM KEPELBAGAIAN

KAUM DAN AGAMA DI MALAYSIA

2.1 KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM DAN PENDIDIKAN MORAL

Pendidikan merupakan tunjang utama dalam proses pembangunan modal insan

bagi membentuk insan yang berakhlak danberguna kepada seluruh umat manusia.

Pendidikan adalah asas kepada pembentukan persefahaman dalam beragaman yang mampu

membentuk personality manusia merangkumi segenap aspek selaras dengan aspirasi

Falsafah Pendididkan Kebangsaan. Keperluan Pendidikan ini diandaikan oleh Faridah dan

Fakhrul (2011:81) sebagai suatu perkara yang mampu membezakan manusia dari segi

kedudukan iaitu orang yang tidak berilmu tidak sama dengan orang yang berilmu. Jika

2
orang yang berilmu dipandang mulia dan diutamakan begitulah juga dengan orang yang

diasuh dengan akhlak mulia akanlebih beradab sopan dalam tingkah lakunya.

Pendidikan kepada setiap agama adalah amat penting bagi membentuk setiap

umat manusia yang tinggi akhlaknya. Oleh itu, bagi mencapai sasaran Kementerian

Pendidikan Malaysia (KPM), pendidikan Islam dan Moral perlu ditekankan dalam

pembelajaran bagi membentuk masyarakat yang mampu kehadapan dalam menangani

cabaran kehidupan seterusnya melahirkan modal insan yang berkualiti tinggi Justeru,

elemen yang penting dalam pendidikan Islam dan Moral ialah kurikulum. Berdasarkan

Akta Pendidikan 1996, Kurikulum Kebangsaan ialah:

“.. suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan


kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua
pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan
dan kepercayaan untuk membantu perkembangan
seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani,
rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan
mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk
menyampaikan pengetahuan.”
Hal ini memperlihat kepentingan peranan pengolahan dan perancangan kurikulum kepada

institusi pendidikan yang akan memenuhi tahap prestasi dan pencapaian pelajar sama ada

di sekolah mahupun di institusi pengajian tinggi. Maka, usaha tersebut dilaksanakan

dengan menetapkan pendidikan Islam sebagai mata pelajaran wajib bagi setiap pelajar

Islam untuk memperoleh Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) manakala pendidikan Moral

sebagai mata pelajaran wajib bagi setiap pelajar bukan Islam sebagai syarat wajib untuk

memperoleh Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Walaupun, wujud perbezaan yang

3
diketengahkan kepada para pelajar, namun objektif kurikulum masih berada dalam

linkungan yang sama bagi menyelaraskan pencapaian pelajar mengikut agama.

Kurikulum pendidikan Islam memainkan peranan utama bagi memupuk

persefahaman antara agama dengan merujuk kepada al-Quran dan al-Sunnah sebagai

pegangan dan asas kepada sukatan mata pelajaran. Berpandukan rujukan tersebut,

pendidikan Islam mengetengahkan soal adab dalam sukatan mata pelajaran dari tingkatan

1 hingga tingkatan 5 agar para pelajar memupuk sikap menyantuni dalam setiap

perbuatan. Menurut Kamaruddin dan Marya (2016:118),

“Dalam pendidikan Islam, aspek toleransi beragama


menerusi sedia menerima perbezaan melalui bersikap sabar
dan berlapang dada serta bersikap terbuka diterapkan dalam
tiga tajuk, iaitu ‘kefahaman surah al-Baqarah ayat 256’
yang menyatakan Islam bukan agama paksaan, keduanya
ialah ‘adab terhadap Muslim dan non-Muslim’ dan
ketiganya bertajuk, ‘rakyat Malaysia bebas mendapat
pendidikan agama.”
Dalam konteks adab, Rasulullah sering dijadikan rujukan utama sebagai panduan dalam

menyantuni orang bukan Islam. Maka, konsep adab amat penting sebagai asas kepada

sikap toleransi sesama agama. Menurut Latifah dan Nasir (2018), toleransi merupakan

satu sikap pegangan kehidupan dalam masyarakat mambawa maksud tidak

mementingkan diri, tidak fanatik, tidak idealisme, - mementingkan diri sendiri;

menghormati hak orang lain, mempunyai sikap keterbukaan, realistik, tolak ansur,

muafakat, dan sabar. Berbeza pula dengan kurikulum pendidikan moral yang

mengutamakan kepercayaan kepada Tuhan mengikut fahaman dan pegangan agama

masing-masing. Perkara ini selaras dengan prinsip Rukun Negara yang mengajar rakyat

4
untuk mempercayai konsep ‘Kepercayaan kepada Tuhan’. Selain itu, dalam pendidikan

moral juga banyak mengutamakan sukatan mata pelajaran yang menekankan tiga tajuk

utama bagi pemupukan sikap toleransi iaitu ‘toleransi menjadi perpaduan, hubungan

mesra dan persefahaman’ (Kamaruddin dan Marya, 2016:119). Secara umumnya, setiap

pendidikan yang diketengahkan kepada para pelajar tetap menekankan konsep timbang

rasa kepada setiap agama agar wujud persefahaman antara penganut agama yang berbeza.

Hal ini dapat menunjukkan bahawa kurikulum yang dilaksanakan oleh KPM mampu

untuk melahirkan masyarakat yang menghormati antara satu sama lain.

2.2 MENDALAMI HAL ETIKA DAN CARA HIDUP KEPELBAGAIAN

KAUM DAN AGAMA DI MALAYSIA

Setiap agama yang wujud di atas muka bumi ini menyeru umatnya untuk

membuat kebaikan dan mencegah kemungkaran tidak kiralah agama samawi mahupun

agama budaya. Setiap agama ini menuntut penganutnya mempunyai hubungan yang baik

antara satu sama lain. Dalam konteks ini, etika dan agama merupakan dua perkara yang

sangat penting dalam kehidupan manusia walaupun manusia itu lahir dari berbeza agama

dan budaya (Osman Raliby, 1965). Justeru, persefahaman antara satu sama lain amat

penting bagi mengekalkan hubungan harmoni dan menjadikan ukhwah antara pelbagai

kaum dan agama dijalinkan secara berterusan. Oleh itu, kita boleh mewujudkan

persefahaman dengan cara mendalami hal etika dan cara hidup yang diamalkan oleh

masyarakat di Malaysia.

Salah satu langkah yang boleh dipraktikkan dalam isu ini ialah mengukuhkan lagi

ikatan muhibah dan nilai persefahaman antara agama dengan cara menerima dan

5
menghormati segala kepelbagaian yang wujud dalam kalangan masyarakat berlainan

agama. Dengan cara ini, kita boleh memahami dengan lebih jelas bahawa setiap individu

adalah unik dan mempunyai perbezaan budaya dan agama yang tersendiri. Etika adalah

suatu sistem tata nilai suatu masyarakat tertentu yang berfungsi mengajar manusia

tentang tingkah laku yang baik dan menjauhkan diri dari tingkah laku yang buruk

(Juhaya, 2005). Jadi, setiap masyarakat ini perlulah mendalami etika setiap agama supaya

mereka tidak melakukan sesuatu perkara yang boleh menjejaskan hubungan sesama

sendiri. Justeru, pemahaman tentang etika agama boleh melahirkan masyarakat yang

bersikap rasional terhadap semua norma. Yakni, masyarakat akan sentiasa berfikiran

rasional sebelum melakukan pekara yang boleh menggugat sensitiviti agama-agama lain.

Pengamalan ikatan muhibah yang boleh diterapkan daripada aktiviti seperti

berkunjung ke rumah jiran tetangga yang berbilang kaum, menghadiri majlis kesyukuran

dan mengadakan rumah terbuka dengan menjemput kenalan dan jiran-jiran yang

berlainan agama ini secara tidak langsung boleh mengukuhkan hubungan baik dan lebih

utuh. Jadi, institusi perkauman di negara kita akan bertambah baik, waima dapat

mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara satu sama lain dan menguatkan

persefahaman antara etnik agama. Oleh itu,kita seyogianya perlu menggembleng tenaga

bagi memupuk semangat ikatan muhibah dalam diri masing-masing untuk

menghindarkan diri daripada terjerumus ke lembah perpecahan institusi yang akan

merugikan masyarakat, agama dan negara kelak.

Dalam pada itu, konsep memahami antara satu sama lain dan bertoleransi dalam

pelbagai aspek tanpa mengenal erti kaum juga boleh menjalinkan persefahaman antara

6
agama. Hal ini dikatakan penting untuk dipraktikkan kerana sebilangan besar masyarakat

yang berbilang kaum di Malaysia dilihat kurang mengerti dengan kepelbagaian aspek dan

budaya yang diterapkan dalam sesebuah agama tersebut. Umumnya, pemahaman tentang

amalan ini adalah penting unutk memastikan setiap masyarakat bertanggungjawab

dengan menghormati cara hidup agama lain. Perkara ini sejajar dengan falsafah agama

yang lebih berfokuskan kepada sifat agama secara keseluruhan dan tidak tertakluk kepada

perspektif yang hanya berpaksikan kepada fahaman individualistik semata-mata.

Tambahan pula, jika inisiatif tersebut tidak diamalkan oleh masyarakat masa kini, maka

akan berlakunya perselisihan faham yang seterusnya boleh menjejaskan hubungan

harmoni antara agama dan menjejaskan nama baik Malaysia.

Seterusnya, menghidupkan nilai-nilai agama dalam pengimarahan manfaat etika

dalam konteks kepelbagaian agama. Perkara ini sangat efisien untuk diamalkan kerana

perkara ini berkait rapat dengan falsafah agama iaitu mengetengahkan konteks

kepercayaan agama, doktrin dalam agama, perbahasan agama dan sejarah agama. Hal ini

bertepatan dengan kenyataan yang mengungkapkan bahawa setiap agama mempunyai

nilai keunikan yang tersendiri bagi meneguhkan lagi fahaman dan ajaran yang diadaptasi

oleh semua jenis agama. Jika penerapan nilai-nilai agama ini tidak diambil sebagai

tunjang utama kepada pengimarahan manfaat etika maka sebilangan besar masyarakat

tidak akan dapat menilai setiap intipati yang tersirat pada setiap fahaman yang dibawa

oleh setiap agama. Sebagai contoh, penerapan sifat siddiq, amanah, tabligh dan fatanah

sudah menjadi satu nilai utama dalam menjadi penggerak kepada wawasan Islam yang

sebenar. Oleh itu,semua masyarakat perlulah menerapkan setiap nilai agama agar tradisi

7
asas keagamaan akan menjadi lebih teguh dan secara tidak langsung dapat mengenal

dengan lebih mendalam tentang perbezaan nilai yang diterapkan oleh setiap agama yang

berlainan.

2.3 MENGUKUHKAN KEPELBAGAIAN KAUM DAN AGAMA DI

MALAYSIA

Perpaduan didefinisikan sebagai hubungan erat atau bersifat toleransi yang

diwujudkan secara sengaja dalam kalangan kaum dan etnik yang berbeza untuk mencapai

matlamat bersama secara jujur dan ikhlas. Dengan kata lain perpaduan ialah satu proses

menyatupadukan seluruh masyarakat untuk membentuk satu identiti dan nilai bersama

serta perasaan cinta dan bangga akan negara. Perpaduan tidak akan tercapai jika ada

segelintir pihak yang cuba menjadi batu api dan menyemarakkan lagi isu perkauman dan

agama dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Namun begitu, dasar

perpaduan yang telah diwujudkan oleh pihak kerajaan adalah untuk memastikan

perpaduan kaum di negara Malaysia lebih terancang dan harmoni. Dengan adanya

pegangan dasar ini, semua rakyat Malaysia tidak mengira agama dan bangsa hanya akan

memegang kepada prinsip dan satu wawasan sahaja tanpa mewujudkan isu perbalahan

antara penganut agama dan bangsa lain.

Terdapat beberapa dasar yang berkait rapat dengan perpaduan kaum dan

agama di Malaysia yang telah diwujudkan oleh mantan Perdana Menteri terdahulu. Salah

satunya Pelan Intergriti Nasional (PIN) yang diilhamkam oleh Perdana Menteri yang

kelima iaitu Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 23 April 2004 selaras dengan cabaran

8
keempat Wawasan 2020 untuk membentuk sebuah masyarakat yang membentuk

masyarakat yang mantap ciri-ciri moral dan etikanya, nilai keagamaan serta budi pekerti

yang luhur. Falsafah-falsafah PIN tersebut adalah untuk mencapai objektif untuk

merealisasikan hasrat Wawasan 2020 iaitu ingin menjadi sebuah negara maju

mengikut acuan sendiri dengan membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri

moral dan etika dengan para warganya mempunyai nilai keagamaan dan

kerohanian yang utuh serta ditunjangi oleh budi pekerti yang luhur.

Tambahan pula, Dasar Pembangunan Negara (DPN) juga merupakan satu

dasar yang berkait rapat dengan perkauman dan keagamaan. DPN ialah dasar yang

meneruskan dan mengekalkan strategi asas Dasar Ekonomi Baharu (DEB) iaitu

pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat untuk memperbaiki

ketidakseimbangan sosial dan ekonomi antara kaum dan dengan ini akan

menyumbangkan ke arah mengukuhkan perpaduan negara. Secara ringkasnya, DPN akan

dapat membangunkan sebuah masyarakat Malaysia yang bersifat progresif di mana

semua rakyat menikmati kesejahteraan hidup yang tinggi di samping mempunyai

nilai-nilai sosial dan kerohanian yang positif. Hal ini disebabkan oleh wujudnya

keseimbangan ekonomi negara iaitu segala kekayaan negara dapat dikongsi secara adil

dan saksama kepada semua rakyat Malaysia. Kesannya, isu berkaitan dengan

ketidakseimbangan dan ketaksamaan sosial dan ekonomi negara antara kaum dan agama

tidak akan wujud sekiranya perkara ini diadili dengan sebaik-baiknya. Hal ini secara

tidak langsung dapat mengukuhkan lagi hubungan antara kaum dan agama di Malaysia.

9
Kewujudan dasar ini telah memberikan pemahaman kepada setiap

masyarakat di Malaysia supaya sentiasa memahami dan menghormati budaya bangsa

lain. Hal ini demikian kerana perpaduan masyarakat juga diibaratkan sebagai tiang

kemakmuran dan kedamaian sesebuah negara di samping ianya berperanan menyumbang

keamanan dan kestabilan negara. Sekiranya kepelbagaian bangsa dan agama menjadi

punca percanggahan dan pertelagahan maka suasana aman yang diimpikan oleh sesebuah

negara tidak akan menjadi kenyataan dan ianya sukar dikekalkan sekiranya setiap etnik

bersikap etnosentrik. Justeru itu, jika masalah perkauman dapat dibendung secara tidak

langsung isu perkauman dan rusuhan seperti yang pernah berlaku sebelum ini juga dapat

dielakkan. Misalnya, peristiwa berdarah 13 Mei 1969 yang berlaku dahulu telah

menyebabkan hubungan etnik di Malaysia menjadi kucar-kacir dan hubungan antara

etnik menjadi tegang (Abdul Rahim Ismail, 2007). Jadi, situasi sebegini semestinya

menjadi mimpi ngeri dan pastinya kita tidak mahu ianya berulang kembali. Oleh itu,

salah satu formula untuk mencegah ketegangan hubungan etnik masa kini ialah semua

rakyat Malaysia perlulah kembali memahami dan menerima Kontrak Sosial iaitu suatu

persetujuan bersama yang dilakukan oleh kaum-kaum yang berbeza agama dan bangsa

untuk saling menerima, memahami dan menghormati serta bertolak ansur mengenai

status quo masing-masing dalam usaha mewujudkan perpaduan dan persefahaman antara

satu sama lain.

2.4 PERTUKARAN IDEA DAN DIALOG AGAMA ANTARA

KEPELBAGAIAN KAUM DAN AGAMA DI MALAYSIA

10
Pemupukan persefahaman dalam kepelbagaian agama bagi masyarakat di

Malaysia juga boleh dilihat dari segi kaedah pertukaran idea. Sebagaimana yang kita

sedia maklum, Malaysia merupakan negara yang mempunyai kepelbagaian kaum, agama

dan bangsa. Oleh sebab itu, kerajaan Malaysia telah mengatur beberapa strategi jangka

masa panjang untuk menyelesaikan segala permasalahan yang berlaku dalam kalangan

etnik agama. Misalnya, pembaharuan dasar-dasar pendidikan pada tahun 1970an seperti

menyeragamkan perubahan aliran bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu dan

sebagainya. Hal ini bertepatan dengan Perlembagaan Malaysia yang menjadikan

bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan bahasa-bahasa lain juga boleh

digunakan untuk situasi tertentu.

Kerajaan juga telah menyasarkan kaedah ini kepada kalangan pelajar sekolah dan

pelajar institusi pengajian tinggi. Tujuannya adalah untuk mendidik pelajar-pelajar ini

untuk memperkembangkan lagi nilai-nilai positif untuk mengalakkan perpaduan sejak

peringkat awal lagi. Hal ini demikian kerana kebudayaan dan jati diri sesuatu agama tidak

akan terhapus hanya kerana mereka telah bercampur dengan pelbagai kaum sejak kecil lagi.

Menurut laporan Barnes (1950) menunjukkan bahawa matlamat untuk menuju ke arah

perpaduan negara mestilah berpandukan kepada pendidikan yang seragam yang berasaskan

berbagai kaum. Jadi, sistem pendidikan vernakular telah dibubarkan dan digantikan dengan

satu jenis sekolah yang sama untuk semua kaum dan agama iaitu sekolah kebangsaan seperti

mana yang kita dapat lihat pada hari ini. Pertukaran idea juga dapat dilihat dengan lebih

jelas dalam aktiviti yang melibatkan kerja berkumpulan sama ada dalam kalangan pelajar,

pekerja dan masyarakat setempat. Keadaan ini membolehkan semua pihak menjalankan proses

11
interaksi dengan baik serta menjalankan sesuatu aktiviti bersama-sama tidak mengira kaum

atau agama dalam usaha mencapai perpaduan kaum di Malaysia (Abdul Rahim Hamdan &

Siti Norashikin Moin).

Dalam pada itu, Menurut Datuk Hussein Haniff dalam sidang media Pertubuhan

Bangsa Bersatu (PBB) dalam sidang akhbar baru-baru ini mengatakan bahawa selain

usaha kerajaan, masyarakat juga memainkan peranan yang penting dalam memupuk

persefahaman (Berita Harian, 2014). Masyarakat perlu berkongsi idea dan pengetahuan

masing-masing supaya boleh merapatkan hubungan antara pelbagai kaum dan agama. Beliau

percaya jika usaha ini berlaku secara berterusan ia mampu memupuk budaya keamanan dan

cara ini adalah cara yang paling berkesan untuk meningkatkan kesefahaman dan

penerimaan antara kepelbagaian kaum dan kepercayaan agama. Pertukaran idea juga boleh

dikatakan sebagai dialog perbicaraan antara satu pihak dengan pihak yang lain. Hal ini

demikian kerana dialog ini boleh menunjukkan sesuatu pendapat daripada pihak yang

berfikiran berbeza dengan kita malahan ia juga adalah salah satu cara berfikir yang baru.

Dengan cara ini kita boleh belajar sesuatu dan mendapat ilmu serta maklumat baru

daripada orang lain (Azizan Baharuddin, 2005).

Justeru itu, keharmonian dan kesejahteraan dalam hubungan masyarakat dapat

diwujudkan jika semua pihak mempunyai pemahaman yang baik dan jelas terhadap

peranan masing-masing dalam interaksi harian. Melalui pertukaran idea juga kita boleh

mengelakkan berlakunya salah faham dalam kalangan masyarakat yang berbeza kaum

kerana kita sedia maklum bahawa masing-masing mempunyai pendapat dan kefahaman

yang tersendiri. Oleh itu, setiap individu mestilah memberikan peluang kepada individu l

12
ain yang ingin memberikan pendapat atau pandangannya dalam sesuatu isu tanpa

mengira status agama seseorang itu asalkan pendapatnya bernas dan boleh diguna pakai

maka ia tidak perlu menjadi satu masalah yang perlu dibahaskan.

Jadi, kaedah pertukaran idea perlulah digalakkan dalam kalangan masyarakat

pelbagai kaum dan agama kerana kaedah ini mampu mematangkan tahap pemikiran

masyarakat iaitu masyarakat akan lebih berfikiran terbuka dan boleh berfikir dengan

lebih rasional (Desy Damayanti, 2020). Hal ini kerana apabila kita sentiasa belajar menerima

pandangan orang lain secara tidak langsung kita dapat meningkatkan ilmu pengetahuan

baru di samping dapat mengukuhkan persefahaman antara kaum. Misalnya, melalui

diskusi ringkas dalam kalangan masyarakat berbilang kaum yang dilihat mampu

melakarkan semangat perkauman yang harmonis di Malaysia.

Jelaslah bahawa pertukaran idea ataupun dialog antara agama mampu

meneruskan kesinambungan hubungan etnik, perpaduan dan menghindarkan konflik dalam

kalangan masyarakat majmuk di Malaysia (Berita Harian, 2018). Malahan juga kaedah ini

juga dianggap sebagai suatu perbincangan atau saling bertukar-tukar pandangan yang

melibatkan dua atau lebih pihak yang mempunyai perbezaan pandangan dengan cara yang

beretika mengenai sesuatu isu bagi mencari dan mewujudkan persefahaman dan

seterusnya mewujudkan keharmonian dan keamanan dalam menjaga hubungan kepelbagaian

agama di Malaysia.

3.0 KESIMPULAN

13
Negara Malaysia perlulah mengekalkan identitinya sebagai negara contoh

dari segi perpaduan kaum. Persefahaman, kerjasama, tolak ansur dan saling

hormat-menghormati antara pelbagai agama dan kepercayaan di Malaysia perlulah kekal

menjadi amalan penting dalam usaha mewujudkan identiti Malaysia.

“Sejarah telah mengajar kita bahawa mana-mana


negara yang gagal menguruskan ketegangan yang berlaku
antara penganut agamanya akan menyaksikan rakyatnya sengsara
akibat konflik yang berlaku, yang langsung tidak menguntungkan
siapa- siapa. Kita tidak boleh membiarkan keadaan itu
berlaku di Malaysia”
(P. Waythamoorthy, 2019)

Justeru itu, pemerintah dan rakyat seharusnya memainkan peranan yang

penting iaitu sedaya upaya untuk tidak mengubah atau menghilangkan kebudayaan

masing-masing dengan cara sentiasa mencari persefahaman dan saling hormat

menghormati budaya dan agama masing-masing serta sentiasa menyedari sensitiviti

agama dan budaya demi menjaga keharmonian antara kaum. Jadi, sebagai rakyat

Malaysia yang bertanggungjawab dan mempunyai jati diri yang tinggi semestinya perlu

menjadi kewajipan kepada kita untuk sentiasa mempertahankan keamanan dan

keharmonian dengan bersabar dan menahan diri daripada melakukan perbuatan

provakasi dan keganasan yang boleh mengakibatkan konflik dan kekacauan hubungan

perkauman di Malaysia.

Hal ini juga bersesuaian dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaaan iaitu

mewujudkan insan seimbang dan harmoni dari segi capaian intelek, rohani, emosi dan

jasmani (JERI) dengan berlandaskan kepada kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah

untuk melahirkan masyarakat yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak

14
mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta boleh

memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran negara, masyarakat dan

keluarga.

15
RUJUKAN

Aziz, A. A., Yakob, M. A., & Alias, B. (2016). Hubungan Etnik: Sejarah dan Praktis di
Malaysia (2nd ed.). Taman Keramat Tengah: Tech Production.Baharuddin, S. A. (2012).

Abdul Aziz Bari. (2005). Islam Dalam Perlembagaan Malaysia. Petaling Jaya: Intel Multimedia
and Publication.

Abdul Rahim Hamdan & Siti Norashikin Moin. (2010). Tahap Perpaduan Pelbagai Kaum
Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB). Fakulti Pendidikan:
Universiti Teknologi Malaysia

Abdul Rahman. (2018, November 12). BAYAN LINNAS SIRI KE- 152: HAD BERINTERAKSI
DENGAN AGAMA LAIN DI DALAM RUMAH IBADAT MEREKA DI MALAYSIA.
Diakses daripada
https://muftiwp.gov.my/artikel/bayan-linnas/2755-bayan-linnas-siri-ke-152-had-berintera
ksi-dengan-agama-lain-di-dalam-rumah-ibadat-mereka-di-malaysia
ALI, H. M. (2019, Mac 8). Menghidupkan nilai-nilai agama – antara retorika dengan fahaman
sebenar. Diakses daripada
https://berita.mediacorp.sg/mobilem/commentary/komentar-menghidupkan-nilai-nilai-ag
ama-antara-retorika-dengan/4249174.html
Abdul Rahman Embong. (2000). Negara-Bangsa: Proses dan Perbahasan. Penerbit
UKM: Bangi.
Azizan Haji Baharuddin. (2005). Dialog Peradaban: Peranan dan Kepentingannya di Malaysia.
Petaling Jaya: Institut Perkembangan Minda (INMIND) & Pusat Dialog Peradaban,
Universiti Malaya

Faridah Husain dan Fakhrul Kadir. (2011). Sukatan Pendidikan Akhlak dan Moral di Sekolah
Kementerian Pelajaran Malaysia: Satu Tinjauan Umum. Al-Basirah, Vol 1, No. 1, 79-91

Hisyam, N. (2020, Januari 17). Agama Dan Falsafah : Pertembungan Dalam Mencari
Kebenaran. Diakses daripada
https://lestarihikmah.com/2020/01/agama-dan-falsafah-pertembungan-dalam-mencari-ke
benaran/
Jalal, P. M. (2018, Disember 15). Kepelbagaian agama, budaya perlu dihormati. Diakses
daripada

16
https://www.bharian.com.my/kolumnis/2018/12/509258/kepelbagaian-agama-budaya-per
lu-dihormati
Juhaya S. Praja. (2005). Aliran-aliran Filsafat dan Etika. Jakarta: Kencana
Kajian Isu dan Cabaran Hubungan Antara Penganut Agama di Malaysia. (1975, December 1).
Diakses daripada https://www.researchgate.net/publication/288827698

Kamarudin Salleh dan Marya Khahar. (2016). Unsur-unsur Persefahaman antara Agama dalam
Kurikulum Pendidikan Islam dan Moral. Islamiyyat, 38(2), 111 – 120. Doi:
http://dx.doi.org/10.17576/islamiyyat-2016-3802-03

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2019). Kurikulum Kebangsaan. Akta Pendidikan 1996.


Diakses daripada https://www.moe.gov.my/index.php/dasarmenu/kurikulum-kebangsaan

Latifah Majid dan Nasir Majid. (2018). Persaudaraan dan Toleransi Antara Muslim dan Non-
Muslim dalam Islam. Rahmah Li Al-alamin. Diakses daripada
http://www.ukm.my/bicaradakwah/wp-content/uploads/2018/10/PERSAUDARAAN-
DAN-TOLERANSI-ANTARA-MUSLIM-DAN-NON-MUSLIM-DALAM-ISLAM.pdf

NADI NEGARA. (2018, Disember 18). KEPELBAGAIAN AGAMA, BUDAYA PERLU


DIHORMATI. Diakses daripada
http://www.nadinegara.com/uncategorized/kepelbagaian-agama-budaya-perlu-dihormati/
Naser, X. (2019, September 10). Mengapa wajib falsafah? Diakses daripada
https://www.sinarharian.com.my/article/47228/KOLUMNIS/Mengapa-wajib-falsafah
Osman Raliby. (1965). Ibnu Khaldun tentang Masyarakat dan Negara. Jakarta: Bulan Bintang

Sayuti Ghani, Redwan Yasin, Burhanudin Jalal dan Mahzan Awang. (2016). Kepelbagaian
Budaya Di Malaysia: Analisis Dari Perspektif Islam. Diakses daripada
https://www.researchgate.net/publication/319271624_Kepelbagaian_Budaya_Di_Malays
ia_Analisis_Dari_Perspektif_Islam/stats

Sinar Harian. (2019). Malaysia sesuai jadi contoh perpaduan kaum. Diakses daripada
https://www.sinarharian.com.my/article/14219/BERITA/Nasional/Malaysia-sesuai-jadi-
contoh-perpaduan-kaum

Syed Muhammad Naquib al-Attas (1972), Islam Dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu.
Bangi: Penerbit UKM.

Utusan Borneo Online. (2017, Jun 28). Rumah terbuka landasan kukuhkan muhibah,
persefahaman, toleransi, saling menghormati. Diakses daripada
https://www.utusanborneo.com.my/2017/06/28/rumah-terbuka-landasan-kukuhkan-muhi
bah-persefahaman-toleransi-saling-menghormati

17
Zaidi, A. (2016, May 23). Peranan Agama dalam Memupuk Hubungan Etnik yang Harmoni di
Malaysia. Diakses daripada https://www.scribd.com/doc/313551877/Peranan-Agama-
dalam-Memupuk-Hubungan-Etnik-yang-Harmoni-di-Malaysia.

Zakaria Stapa. (2003). Akhlak Islam dan Gaya Hidup Muslim Semasa: Analisis Konsep dan
Agenda Bertindak. Jurnal YADIM. 3: 1

18

You might also like