You are on page 1of 2

SOALAN 2

KETOKOHAN ULAMA’

1. AL-MATURIDI
Imam al-Maturidi atau nama sebenarnya ialah Abu Mansur Muhammad bin Muhammad bin
Mahmud al-Maturidi. Panggilan al-Maturidi diambil sempena nama tempat asalnya iaitu,
Maturid. Seperti ulama’ lain,Imam al-Maturidi juga mempunyai sekolah sebagai tempat
untuk menyebarkan Akidah mazhab Ahli Sunnah. Beliau telah wafat pada tahun 333 H/ 944
M.Imam AlMaturidi turut mempunyai aliran mazhab nya iaitu aliran Maturidiyah.

Aliran fahaman
Antara salah satu pegangan aliran ini ialah mengakui bahawa manusia mempunyai
kebebasan kehendak serta ianya lebih cenderung kepada pendapat Imam Abu Hanifah
dalam perkara akidah. Ini kerana beliau merujuk risalah-risalah dan buku-buku yang ditulis
oleh Imam Abu Hanifah seperti Fikh Akbar, Fikh Absat, Kitab Ilm dan sebagainya.Aliran ini
ialah satu dari kelompok Ahli Sunnah wal jamaah yang datang bersama aliran
Asy’ariah.Kedua dua aliran ini tampil memenuhi kehendak masyarakat untuk
menyelamatkan masyarakat dari golongan ekstrimis tekstualis yang mana golongan yang
paling menonjol adalah dari kalangan pengikut imam ibnu Hambal.Turut dikatakan aliran
maturidi berasaskan pemikiran jalan tengah antara aliran Muktazilah dan Asy’ariyah (aliran
menerima rasional dalil dan wahyu)

Pendidikan
Beliau mula-mula menuntut ilmu daripada Abu Nasr al Iadhi, dan pernah berguru dengan
silsilah ulama’ yang bersambung sehingga Imam Abu Hanifah RA. Selain itu beliau pernah
belajar dengan Muhammad bin Maqatil ar Razi. Bapanya juga seorang ulama yang pernah
berguru dengan Abu Ahmad al Iadhi, dan Abu Bakar al Iadhi.

Kealiman beliau akhirnya telah melahirkan ulama’-ulama’ terkemuka, antaranya ialah Abu
Qasim Ishaq bin Muhammad bin Ismail (340 H), Abu Hassan Ali bin Sa’id ar Rastaghfani,
Imam Abu Muhammad Abdul Karim bin Musa al Yazdawi (390 H), dan Imam al Laith al
Bukhari yang terkenal.

Penulisan kitab
Titian sirat

Bincangkan 3 perkara pokok yang menjadi usul bagi golongan muktazilah

Konsep amar makruf dan nahi mungkar


menyeru kebaikan dan melarang kemungkaran. Menyeru kebaikan terdapat dua jenis, satu yang
wajib seperti tanggangjawab agama (al-faraid) apabila seseorang meninggalkannya (dayya'aha)
dan yang sunat (al-nafila) apabila seseorang meninggalkannya (tarakaha). Dan bagi melarang
kemungkaran, ia wajib kerana kemungkaran itu adalah salah (qabih). Jika boleh, melarang
kemungkaran itu mestilah jalan yang tidak menyusahkan atau menjadikan kemungkaran itu tidak
begitu teruk, dengan matlamat supaya kemungkaran itu tidak berlaku langsung.

Tafsiran Muktazilah berbeza dengan tafsiran ulama’-ulama’ ahli as-sunnah wal-jamaa’h. Di mana
muktazilah berpendapat bahawa menyuruh kepada perkara yang ma’ruf dan mencegah perkara
kemungkaran mestilah dengan hati terlebih dahulu, kemudian dengan lidah, kemudian dengan
tangan dan sekiranya tidak mencukupi dengan lidah dan tangan maka dengan menggunakan
pedang. Mereka tidak membezakan antara yang berkuasa dengan tidak berkuasa. Mereka
berdalil dengan firman Allah Ta’ala[

‫وإن طائفان اقتلوا فأصلحوا بينهما فإن بغت احدمها على األخرى فقاتلوا الىت تبغى حىت تفىء إىل‬
‫أمر اهلل‬
Maksud: "Dan jika dua puak dari orang yang beriman berperang maka damaikanlah di antara
keduanya dan jika salah satu di antara keduanya berlaku zalim terhadap yang satu lagi maka
lawanlah puak yang zalim itu sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah."

You might also like