You are on page 1of 439

KESEPADUAN SAINS, AGAMA ISLAM DAN

BAHASA MENURUT PEMIKIRAN AHLI SAINS


MELAYU

HAZWANI BINTI CHE AB RAHMAN

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA


KESEPADUAN SAINS, AGAMA ISLAM DAN BAHASA MENURUT
PEMIKIRAN AHLI SAINS MELAYU

HAZWANI BINTI CHE AB RAHMAN

TESIS YANG DIKEMUKAKAN UNTUK MEMPEROLEHI


IJAZAH DOKTOR FALSAFAH

INSTITUT ALAM DAN TAMADUN MELAYU


UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
BANGI

2018
ii

PENGAKUAN

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

02 October 2018 HAZWANI BINTI CHE AB


RAHMAN
P72876
iii

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Segala puji dan
syukur saya panjatkan kepada Allah yang telah menunjukkan jalan serta memberi
keizinan-Nya untuk saya menyelesaikan kajian yang banyak memerlukan
pengorbanan masa, tenaga dan tanggungjawab.

Pertama sekali, saya amat bersyukur kerana diberi kesempatan oleh Allah
untuk berada di bawah seliaan Prof. Dr. Abdul Latif Samian sebagai penyelia pertama
dan Prof. Madya Dr. Nazri Muslim sebagai penyelia kedua yang telah banyak
memberi tunjuk ajar, teguran, bantuan bahan-bahan rujukan, nasihat dan motivasi
untuk saya teruskan perjuangan menyiapkan kajian ini. Jutaan terima kasih saya
ucapkan dan semoga Allah membalas segala jasa yang dicurahkan dengan sebaik-baik
pembalasan dan kebahagiaan yang berpanjangan.

Begitu juga dengan kakitangan Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)
yang mesra melayan pertanyaan dan melancarkan urusan-urusan yang berkaitan
pelajar, kakitangan Perpustakaan Tun Seri Lanang yang banyak memberikan
kerjasama ketika proses mendapatkan data dari sumber-sumber rujukan terpilih yang
mudah diperoleh dan amat membantu dalam menyiapkan kajian ini, dan kakitangan
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) keseluruhannya; perkhidmatan yang
diberikan amatlah saya hargai dan ribuan terima kasih saya ucapkan. Tidak lupa juga
kepada sahabat-sahabat daripada ATMA, sekalung penghargaan saya tujukan buat
mereka kerana banyak memberikan perangsang untuk saya meneruskan perlaksanaan
kajian ini sehingga selesai. Terima kasih juga saya tujukan kepada Kementerian
Pelajaran Malaysia (KPM) yang menaja kajian ini.

Oleh kerana kajian ini melibatkan pemikiran tokoh, dan data-data yang
diperlukan kebanyakannya dikaji daripada sumber bertulis hasil penulisan tokoh dan
yang berkaitan dengannya, namun tokoh-tokoh yang terlibat dalam kajian ini tetap
memberikan kerjasama untuk melancarkan perlaksanaan kajian. Kerjasama yang
diberikan oleh tokoh-tokoh yang terlibat dalam kajian ini amat menyukacitakan. Oleh
itu, terima kasih saya ucapkan kepada tokoh-tokoh yang terlibat iaitu Prof. Emeritus
Dr. Shaharir Mohamad Zain, Prof. Dato' Dr. Mohd Yusof Hj. Othman dan Prof.
Madya Dr. Tajul Ariffin Noordin. Manakala untuk Prof. Dr. Ungku Omar yang telah
banyak menabur jasa membela hak dan menyumbang kepada kesejahteraan kesihatan
masyarakat Melayu, semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau.

Buat keluarga tercinta, terutamanya suami, En. Mohd Redzuan Ismail, ibu
bapa, Puan Zauyiah Ismail dan En. Che Ab Rahman Che Ismail, ibu bapa mertua En.
Ismail Bedolah dan Pn. Rohana Hamzah, adik beradik saya, Abdul Fattah, Hafizah,
Abdul Hafiz, Abdul Munim, Abdul Muiz, adik beradik ipar dan anak-anak tercinta,
Abdullah Tahir, Muhammad Anas, Aisyah dan Yusuf, jutaan terima kasih saya
tujukan kepada mereka kerana telah banyak berkorban dan membantu untuk
memastikan pengajian di tahap ini terlaksana sehingga ke peringkat terakhir pengajian
walaupun mereka terpaksa melalui liku-liku yang agak sukar.
iv

ABSTRAK

Sebagai usaha mencari idea-idea bernas dalam pembentukan kesepaduan sains, agama
dan bahasa yang sesuai dengan masyarakat Malaysia terutamanya bangsa Melayu,
maka kajian ini dilaksanakan untuk mengkaji pemikiran ahli sains tulen Muslim
Melayu yang terdiri daripada Ungku Omar, Shaharir, Mohd Yusof dan Tajul Ariffin.
Pemilihan tokoh-tokoh ini adalah kerana sumbangan pemikiran dan penglibatan
mereka yang cukup meluas dalam membincangkan konsep kesatuan ini melalui
agenda pengislaman ilmu dengan pendekatan dan cara yang berbeza. Kesatuan sains,
agama dan bahasa dibentuk bagi mengatasi masalah pendidikan negara yang masih
kurang berjaya mewujudkan suatu kurikulum dalam sistem pendidikan yang
menyediakan matapelajaran sains dan matematik yang telah tersedia dihubungkan
dengan ilmu-ilmu Agama Islam, dan dalam masa yang sama tidak meremehkan
kemampuan Bahasa Melayu dalam menyampaikan sains dan teknologi kepada pelajar.
Kajian ini adalah kajian deskriptif dan preskriptif-kualitatif, disamping menggunakan
pendekatan biografi (biographical approach). Pendekatan ini memfokuskan
pemikiran tokoh dalam membincangkan kesatuan sains, agama dan bahasa. Manakala
kaedah yang digunakan dalam pengumpulan data kajian ialah kaedah dokumentasi
dan proses analisis data pula melibatkan dua kaedah iaitu, kaedah analisis isi
kandungan dan kaedah komparatif bagi membandingkan pemikiran mereka dari sudut
persamaan dan perbezaan. Ungku Omar menekankan penyediaan kurikulum yang
seimbang antara matapelajaran agama dengan matapelajaran fardhu kifayah di
samping mementingkan penggunaan Bahasa Melayu. Shaharir pula membincangkan
konsep kesatuan ini melalui konsep pemperibumian sains dan etnosains. Manakala
Mohd Yusof dan Tajul Ariffin masing-masing dengan pendekatan Sains Tauhidik dan
Pendidikan Sepadu. Antara pemikiran tokoh-tokoh yang dipilih ini seterusnya
digabungkan untuk membentuk suatu modul yang boleh dijadikan sebagai cadangan
untuk diterapkan dalam sistem pendidikan negara bagi menggantikan sistem
pendidikan sedia ada yang disifatkan oleh Shaharir sebagai pendidikan Islam-Sekular
selari. Penerapan konsep kesatuan sains, agama dan bahasa dalam sistem pendidikan
negara akan membentuk individu yang berilmu, dalam masa yang sama berpegang
teguh kepada prinsip-prinsip agama serta mempertahankan kedudukan Bahasa Melayu
dan bangsanya.
v

MALAY SCIENTISTS' THOUGHTS ON THE INTEGRATION OF SCIENCE,


ISLAM AND LANGUAGE

ABSTRACT

As an effort to find new ideas in unifying science, religion and language, which is
appropriate to Malaysians, especially the Malays, the study has been carried out to
examine the thoughts of Muslim Malay scientists comprising of Ungku Omar,
Shaharir, Mohd Yusof and Tajul Ariffin. The selection of these figures is due to their
significant contributions and involvements in discussing the concept of the unity
through the agenda of Islamization of knowledge with their different approaches and
ways. The unity of science, religion and language is formed to solve the problem of
creating a curriculum in the education sistem that integrates Islamic values with
Science and Mathematics, without underestimating the ability of the Malay language
in studying science and technology. This study is both descriptive and prescriptive, as
well as biographical. This approach focuses on the thinking processes of the experts in
their efforts to integrate science, religion and language. While the documentation
method is used in data collection, the data analysis process involved two methods,
which are content analysis and comparative in order to examine the similarities and
the differences in their thoughts. Ungku Omar emphasizes the provision of a balanced
curriculum between religious subjects and fardhu kifayah subjects without forgetting
the use of Malay language. Shaharir discusses the concept of unity by the way of
indegenization of science and ethnoscience. Meanwhile, Mohd Yusof and Tajul
Ariffin, each with the approach of Tauhidic science and integrated approach
respectively. The thoughts of these scientists have been analyzed and synthesized to
form a module which can be used as an alternative approach in the national education
sistem in order to improve the existing educational sistem which is characterized by
Shaharir as a parallel Islamic-Secular education. The integration of science, religion
and language in our education sistem will produce a knowledgeable individual who
adheres to religious principles and upholds the Malay language.
vi

KANDUNGAN

Halaman

PENGAKUAN ii
PENGHARGAAN iii
ABSTRAK iv
ABSTRACT v
KANDUNGAN vi
SENARAI ILUSTRASI xi
SENARAI SINGKATAN xii

BAB I PENDAHULUAN
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latar Belakang Kajian 6
1.3 Pernyataan Masalah 8
1.4 Objektif Kajian 13
1.5 Tinjauan Literatur 14
1.6 Metodologi Kajian 30
1.6.1 Kajian Kepustakaan 31
1.6.2 Kerja Lapangan; Temubual 32
1.6.3 Kaedah Dokumentasi 33
1.7 Kepentingan Kajian 35
1.8 Cabaran Kajian 39
1.9 Susunan Penulisan 40
1.10 Kesimpulan 43

BAB II PERKEMBANGAN WACANA PENGISLAMAN


SAINS
2.1 Pengenalan 45
2.2 perkembangan Sains 48
2.3 Wacana Pengislaman Ilmu 56
2.3.1 Definisi Ilmu dan Sains 58
2.3.2 Klasifikasi Ilmu 61
2.3.3 Konsep dan Definisi Pengislaman Ilmu 66
vii

2.3.4 Langkah Pengislaman Ilmu 69


2.4 Perkembangan Pengislaman Ilmu ( Sejak 1970-an) 74
2.4.1 Perkembangan Pengislaman Ilmu di Malaysia 81
2.5 Penubuhan ASASI Sebagai Penggerak Wacana
Pengislaman Ilmu di Malaysia 90
2.6 Kesimpulan 93

BAB III KESEPADUAN SAINS AGAMA DAN BAHASA


SEBAGAI SUATU PENDEKATAN PENGISLAMAN
ILMU DALAM SISTEM PENDIDIKAN DI
MALAYSIA
3.1 Pendahuluan 95
3.2 Sains dan Agama 96
3.3 Sains Menurut Pandangan Islam 101
3.4 Kesepaduan Sains, Agama Islam dan Bahasa: Definisi dan
Konsep 106
3.5 Penerapan Kesepaduan Sains, Agama dan Bahasa dalam
Sistem Pendidikan Negara 112
3.5.1 Penggubalan Falsafah Pendidikan Negara 115
3.5.2 Konsep Pendidikan Sepadu dalam Kurikulum dan
Buku Teks Sekolah Rendah dan Menengah 119
3.5.3 Pelaksanaan Pendidikan Bersepadu di Institusi
Pengajian Tinggi (IPT) 127
3.5.4 Memasyarakatkan Sains 132
3.6 Kesimpulan 138

BAB IV PEMIKIRAN UNGKU OMAR; AHLI PERUBATAN


MELAYU PEDULI AGAMA DAN BANGSA
4.1 Pendahuluan 141
4.2 Latar Belakang, Pendidikan dan Kerjaya Ungku Omar 143
4.3 Sumbangan Ungku Omar dalam membangunkan Bangsa
Melayu 148
4.4 Kesepaduan Ilmu dan Bahasa Untuk Kepentingan
Masyarakat; Sektor Kesihatan dan Pendidikan Bangsa
Melayu 150
4.5 Sumbangan Ungku Omar dalam Membela Hak Bangsa
Melayu dalam Pendidikan 161
4.6 Pemikiran Ungku Omar dalam Kesepaduan Sains, Agama
Islam dan Bahasa Melayu 164
4.7 Kesimpulan 170
viii

BAB V PEMIKIRAN SHAHARIR MOHAMAD ZAIN


DALAM KESEPADUAN SAINS, AGAMA DAN
BAHASA MELALUI AGENDA PEMPERIBUMIAN
SAINS
5.1 Pendahuluan 172
5.2 Latar Belakang Shaharir Mohamad Zain 173
5.3 PengIslaman Sains dan Matematik 176
5.4 Pengaruh Bahasa Melayu kepada Pembangunan Bangsa
Sendiri 189
5.5 Etnosains, Etnomatematik dan Pemperibumian Sains
Membangunkan Agenda Pengislaman Ilmu di Alam
Melayu 194
5.6 Kesimpulan 201

BAB VI PEMIKIRAN MOHD YUSOF BIN HJ. OTHMAN


DALAM PEMBANGUNAN SAINS TAUHIDIK
SEBAGAI SALAH SATU PENDEKATAN
PENGISLAMAN SAINS
6.1 Pendahuluan 203
6.2 Latar belakang Mohd Yusof hj. othman 204
6.3 Pemikiran Mohd Yusof dalam Kesepaduan Sains, Agama
dan Bahasa dengan Pendekatan sejarah dan falsafah sains,
Sains Tauhidik dan Memasyarakatkan Sains melalui
penulisan 207
6.3.1 Karya Pengenalan Sains Tauhidik 210
6.3.2 Karya Sains dalam Maqasid al-Qur’an 217
6.3.3 Karya Sains, Masyarakat dan Agama 223
6.4 Pemikiran Mohd Yusof tentang Pengislaman Sains 229
6.5 Langkah-langkah Pengislaman Sains Mengikut Pemikiran
Mohd Yusof 236
6.6 Memartabatkan Bahasa Melayu 248
6.7 Kesimpulan 253

BAB VII PEMIKIRAN TAJUL ARIFFIN NOORDIN DALAM


KONSEP PENDIDIKAN SEPADU
7.1 Pendahuluan 254
7.2 Latar Belakang Ringkas Tajul Ariffin Bin Noordin 255
7.3 Pendidikan Bersepadu Menurut Pemikiran Tajul Ariffin
Noordin 258
7.4 Penerapan Konsep Bersepadu Dalam Pendidikan Biologi 275
ix

7.5 Kesimpulan 278

BAB VIII ANALISIS KESEPADUAN SAINS, AGAMA ISLAM


DAN BAHASA
8.1 Pendahuluan 280
8.2 Perbandingan Pemikiran Empat Ahli Sains Melayu:
Persamaan dan Perbezaan. 281
8.3 Persamaan Pemikiran Empat Tokoh Sains Melayu Dalam
Kesepaduan Sains, Agama Dan Masyarakat 285
8.3.1 Kepentingan Kesepaduan Sains, Agama Islam dan
Bahasa dalam Pendidikan 287
8.3.2 Konsep Ilmu Tidak Bebas Nilai 295
8.3.3 Matlamat Ilmu dalam Kehidupan Manusia 305
8.3.4 Konsep Tauhid 307
8.3.5 Sejarah dan Falsafah Sains Sebagai Suatu
Pendekatan Membentuk Kesepaduan Sains, Agama
dan Bahasa 311
8.3.6 Memartabatkan Bahasa Melayu 315
8.4 perbezaan Pemikiran Empat Tokoh Sains Dalam Wacana
Sains Islam dan Kesepaduan Sains, Agama Islam Dan
bahasa 323
8.4.1 Takrif dan Konsep: Sains dan Pengislaman Sains 323
8.4.2 Metodologi: Langkah Kesepaduan Sains, Agama
Islam dan Bahasa 334
8.4.3 Kesepaduan Sains, Agama dan Bahasa dalam
Bidang Kepakaran Asal Tokoh 342
8.4.4 Model kesepaduan sains agama dan bahasa 344
8.5 Modul Perlaksanaan Kesepaduan Sains, Agama Islam
Dan Bahasa Dalam Sistem Pendidikan Di Malaysia, Di
semua Peringkat 348
8.6 Penerapan Kesepaduan Sains, Agama dan Bahasa dalam
Pendidikan 361
8.6.1 FASA I; Pembentukan Jawatankuasa dan
Organisasi 363
8.6.2 FASA II; Penyediaan Pakar di Setiap Bidang Sains
dan Kerjasama dengan Pakar Agama dan Pakar
Bahasa 367
8.6.3 FASA III; Proses Penyepaduan Sains, Agama dan
Bahasa 370
8.6.4 FASA IV; Penyediaan Buku Teks untuk Semua
Peringkat Pendidikan 374
8.6.5 FASA V; Perbincangan dengan Pihak Kementerian 376
8.6.6 FASA VI; Penyediaan Guru-Guru 378
8.6.7 FASA VII; Perlaksanaan Sepenuhnya 380
x

8.7 Kesimpulan 380

BAB IX KESIMPULAN

RUJUKAN 392

LAMPIRAN

Lampiran A Kaedah Pengajaran dan Contoh Rancangan Pengajaran


yang Menerapkan Konsep Bersepadu Bagi Matapelajaran
Biologi Oleh Tajul Ariffin 405

Lampiran B Kaedah Pengajaran dan Contoh Rancangan Pengajaran


Sains Keislaman Matematik Oleh Shaharir Mohamad Zain 407

Lampiran C Antara Ayat Al-Quran Bagi Bidang Sains 411


xi

SENARAI ILUSTRASI

No. Rajah Halaman

Rajah 1.1 Kerangka kerja bagi kajian “Kesepaduan Sains, Agama Islam
dan Bahasa Melayu”. 35

Rajah 2.1 Klasifikasi Ilmu Kumpulan Ikhwan al-Safa 63

Rajah 3.1 Carta organisasi dan perlaksanaan kurikulum bersepadu


sekolah menengah untuk mate pekajaran sains 122

Rajah 7.1 Hubungan yang perlu wujud dalam Pendidikan Sepadu


mengikut Pemikiran Tajul Ariffin. 262

Rajah 7.2 Kesepaduan agama sebagai teras kepada aliran lain 265

Rajah 7.3 Tatacara pembinaan kurikulum menurut konsep pendidikan


sepadu 270

Rajah 7.4 Model Pendidikan Sepadu Mengikut Pemikiran Tajul Ariffin 273

Rajah 8.1 Hubungan yang terbentuk dalam pembentukan Pendidikan


Sepadu mengikut Tajul Ariffin dan kerangka Sains Tauhidik
mengikut pemikiran Mohd Yusof. 346

Rajah 8.2 Proses Sains Islam menurut pemikiran Shaharir (1991, 2000) 347

Rajah 8.3 Model Asas Pembentukan Sains Islam dalam membentuk


Kesepaduan Sains, Agama dan Bahasa dalam Pendidikan di
Semua Peringkat Mengikut Tahap 351

Rajah 8.4 Hubungan yang terbentuk daripada entiti Pencipta, manusia,


alam dan benda. 355

Rajah 8.5 Cadangan Perlaksanaan Kursus/Matapelajaran dalam Sistem


Pendidikan Negara di semua Peringkat. 360

Rajah 8.6 Fasa Perancangan Perlaksanaan Kesepaduan Sains Agama dan


Bahasa dalam Pendidikan 362

Rajah 8.7 Organisasi Penyepaduan Sains, Agama dan Bahasa 367

Rajah 8.8 Proses Penyepaduan Sains, Agama dan Bahasa 373


xii

SENARAI SINGKATAN

ABIM Angkatan Belia Islam Malaysia

AJISS American Journal of Islamic Sciences

AMSEE Association of Muslim Scientists and Engineers

AMSS Association of Muslim Sosial Scientists

APM Akademi Pengajian Melayu

ASASI Akademi Sains Islam Malaysia

ATMA Institut Alam dan Tamadun Melayu

FPI Falsafah Pendidikan Islam

FPK Falsafah Pendidikan Kebangsaan

FPN Falsafah Pendidikan Negara

IBKKM Institut Bahasa, Kesusasteraan, dan Kebudayaan Melayu

IIIT International Institute of Islamic Thought

IKIM Institut Kefahaman Islam Malaysia

IMR Institute for Medical Research

INSPEM Institut Penyelidikan Matematik

IPT Institut Pengajian Tinggi

IPTA Institut Pengajian Tinggi Awam

IPTS Institut Pengajian Tinggi Swasta

ISTAC International Institute of Islamic Thought and Civilization

KBSM Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

KBSR Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah

KUSTEM Kolej Universiti Sains dan Teknologi

MARA Majlis Amanah Rakyat

OIC Organisation of Islamic Conferences

PERKIM Persatuan Kebajikan Islam Malaysia


xiii

PMIUM Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya

RTM Radio dan Televisyen Malaysia

SAW Sallallahualaihi wa sallam

SWT Subhanahuwataala

UIAM Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

UKM Universiti Kebangsaan Malaysia

UM Universiti Malaya

UNESCO United Nations Educational, Scientific and Cultural


Organisation

UPM Universiti Putra Malaysia

USIM Universiti Sains Islam Malaysia

WHO World Health Organisation


BAB I

PENDAHULUAN

1.1 PENDAHULUAN

Perincian dan penerokaan suatu bidang ilmu yang mampu dilakukan oleh individu
adalah penting bagi mencari suatu kepastian yang hakiki terhadap suatu ketentuan
atau kejadian alam mengikut aturan yang telah ditetapkan Allah sebagai Pencipta
segala sesuatu. Kesemua agama yang berasal dari langit, mementingkan ilmu yang
benar dan boleh diguna pakai oleh suatu golongan manusia yang boleh menyalurkan
manfaatnya kepada manusia lain keseluruhannya. Ketegasan Islam sebagai suatu
agama yang menekankan kepentingan pembongkaran suatu ilmu dapat dibuktikan
melalui fakta turunnya wahyu pertama kepada utusan yang Maha Agung, Nabi
Muhammad SAW agar membaca. “Baca” inilah yang menjadi perkara utama dalam
membangunkan ilmu pengetahuan. Bahkan ia juga menjadi keperluan utama yang
sangat penting untuk memartabatkan keilmuan yang hakiki.

Manusia moden menganggap sains dan Islam adalah dua cabang perbincangan
dan pengisian yang berbeza, hanya mempunyai persamaan dalam mencari kebenaran.
Namun pada hakikatnya, perbincangan, pengisian dan matlamat Agama Islam, jauh
lebih besar dan lebih utama jika dibandingkan dengan sains. Bahkan perbincangan dan
perkembangan sains seharusnya dirangka mengikut batas-batas yang telah ditetapkan
oleh agama. Justeru itu, kedua-dua bidang ini perlu disepadukan bagi memperoleh
hasil yang mampu membentuk diri sebagai individu berilmu dan dalam masa yang
sama membentuk suatu sistem kepatuhan dalam diri untuk sentiasa taat kepada segala
perintah Pencipta. Manakala bahasa yang digunakan oleh kelompok manusia pula
memainkan peranan penting sebagai alat untuk memberikan kefahaman kepada
huraian sesuatu ilmu. Sains adalah suatu ilmu yang menggunakan pengolahan,
2

pemahaman mengikut penerimaan akal manusia, untuk menyelesaikan masalah


melalui ujikaji dan matematik, manakala ketepatan fakta yang ditetapkan dalam sains
diperoleh melalui penyelidikan, pengalaman dan percubaan dengan kaedah-kaedah
tertentu yang sesuai dengan masa dan keadaan.

Sebaliknya bagi Islam yang bersumberkan wahyu dari Allah, setiap perkara
yang disampaikan melalui kitab Al-Quran dan Hadis Nabi, adalah ilmu yang perlu
dipercayai tanpa ada keraguan dalam hati manusia. Kebenaran faktanya diperoleh
melalui suatu penerokaan dan pemahaman isi kandungan ayat-ayat Al-Quran dan
Hadis yang perlu diyakini benar oleh setiap hamba-Nya yang mengakui Allah sebagai
Pencipta dan Nabi Muhammad SAW sebagai utusan-Nya. Sains bukanlah satu-
satunya jalan untuk manusia menyelesaikan masalah mereka, apatah lagi sains yang
dibentuk mengikut pemikiran Barat langsung tidak menyentuh unsur-unsur
kerohanian, sedangkan penciptaan manusia bukan hanya melibatkan unsur-unsur
jasmani, bahkan juga rohani yang tidak mampu ditafsir dan diselesaikan oleh sains-
sains yang diolah mengikut pemikiran mereka.

Kajian ini membincangkan pemikiran empat sarjana Sains Islam Melayu


daripada Malaysia dalam membahaskan konsep kesepaduan Islam, sains dan bahasa
yang selari dengan agenda pengislaman ilmu. Kesepaduan sebegini penting kepada
usaha membentuk pembangunan sains yang seiring dengan fitrah hidup manusia yang
sentiasa bergantung kepada Pencipta. Kesepaduan sains, Agama Islam dan bahasa
juga merupakan suatu perbincangan yang telah terdapat dalam wacana Sains Islam.
Kesepaduan ini merupakan antara bahan perbincangan sarjana Islam Melayu bagi
mengatasi masalah-masalah yang timbul, akibat daripada keterpisahan yang dicipta
dalam Tamadun Barat, terutamanya menerusi sistem pendidikan yang sekular, yang
turut digunakan dalam pendidikan formal negara-negara di dunia, terutamanya negara-
negara Islam.

Oleh itu, kajian ini berusaha untuk mengkaji pemikiran sarjana sains Melayu
tentang kesepaduan sains, Agama Islam dan bahasa untuk memecahkan tembok
pemikiran Barat yang mengasingkan peranan Tuhan atau agama daripada sains.
Sarjana-sarjana Sains Islam Melayu yang dikaji pemikiran mereka dalam kesepaduan
3

sains, Agama Islam dan Bahasa Melayu adalah Prof. Emeritus Dr. Shaharir Mohd
Zain, Dr. Tajul Ariffin Noordin, Dato’ Dr. Mohd Yusof Othman dan Dr. Ungku Omar
yang masing-masingnya mempunyai keahlian atau kepakaran dalam sains matematik,
sains biologi, sains fizik dan sains perubatan.

Dalam wacana Sains Islam yang menekankan kesepaduan sains, agama dan
bahasa; Syed Muhammad Naquib Al-Attas, Ismail Al-Faruqi dan Seyyed Hossein
Nasr adalah nama-nama besar yang memainkan peranan penting dalam menggerakkan
semula suatu usaha yang dikhususkan untuk merealisasikan kesepaduan ini.
Kesepaduan sains dan Agama Islam adalah suatu proses yang menggunakan kaedah
tapisan ilmu, sandaran pengisian dan landasan yang telah ditetapkan oleh Tuhan,
Pemilik segala ilmu melalui kitab junjungan mulia al-Quran dan Hadis utusan-Nya,
seterusnya menilai semula dan mengkritik sains moden yang dibentuk dalam tradisi
kesarjanaan Barat yang sekular yang bergantung sepenuhnya kepada logik akal.

Kesepaduan sains dan agama atau juga boleh disebut sebagai pengislaman
sains merupakan suatu agenda yang amat penting dan bermakna bagi sarjana Muslim
apabila mereka mula menilai sains bersesuaian dengan ajaran Islam, sehingga ada
komponen sains yang terpaksa dibuang, diubahsuai, dan dibina semula sepenuhnya
bagi menyelaraskannya dengan ajaran Islam dan seterusnya menerbitkan sains yang
benar-benar mengikut lunas yang telah ditetapkan oleh Islam, serta mampu menyaingi
dan menandingi sains yang berada dalam acuan yang dimiliki oleh ilmuwan Barat
(Shaharir 2009a).

Tugas utama umat Islam bergelar sarjana sains yang peka akan kepentingan
agama dan ilmu, adalah memikirkan suatu alternatif baru ke arah membentuk suatu
program penyelidikan sains mengikut acuan Islam. Mereka perlu memahami konsep
agama dengan sejelasnya, agar tidak terlalu mengikut rentak sains sedia ada sehingga
memaksa mereka untuk memperbaiki acuan Islam bagi menyokong kedudukan sains
yang telah dibentuk dengan sifat-sifat kebaratan. Jika acuan Islam dibaiki semata-mata
untuk mengikut rentak sains, maka ini telah meletakkan sains melampaui kebenaran
agama, sedangkan sains boleh sahaja berubah apabila penemuan-penemuan baru
4

menafikan yang sebelumnya, namun berbeza dengan prinsip-prinsip Agama Islam


yang akan kekal sebagai kebenaran.

Sains adalah bersifat sejagat dan hakikatnya tidak wujud suatu pemisah yang
menghalang hubung kait antara sains dan Islam (Shaharir 2009a). Islam dan sains
tidak terpisahkan kerana keduanya lahir dari Pencipta yang sama. Justeru itu, sains
perlu dinilai dan ditapis semula berdasarkan nilai-nilai murni agar seiring dengan
acuan tempatan dan pegangan yang kukuh berlandaskan Islam. Ini amat penting
kepada kesinambungan ilmu, manakala manusia dapat mengetahui cara yang sebenar
untuk meletakkan dan menyandarkan sesuatu perkara pada tempat yang sebenar dan
selayaknya.

Isu nilai dalam pendidikan sains mula dibangkitkan pada awal dekad 1970-an
setelah bermulanya kebangkitan Islam di zaman pasca kolonial. Sebelum itu, sains
dianggap sebagai terpisah atau tidak relevan dengan nilai dan agama kerana
terpengaruh dengan pandangan Barat yang menganggap sains sebagai bebas daripada
sistem nilai. Mulai 1970-an, apabila agenda pengislaman ilmu digerakkan di beberapa
tempat di dunia Islam termasuk di Malaysia, isu hubungan antara nilai-nilai Islam
dengan sains dan teknologi, semakin banyak diperkatakan demi mendepani masalah
penjajahan pemikiran dan sekularisme dalam sistem pendidikan yang bermodelkan
pendidikan Barat (Maisarah 2012). Malaysia turut terkesan oleh kesedaran yang
timbul untuk membentuk kesepaduan sains, Agama Islam dan bahasa, sehinggakan
program pendidikannya terutamanya di peringkat pendidikan tinggi pada awal 1980-
an, sedikit sebanyak telah diubah dan ditambah baik sehingga ke hari ini, demi
kepentingan agama, ilmu, pembangunan individu yang harmoni dan negara yang
aman dan terbela.

Manakala dalam sistem pendidikan di Malaysia pula, agenda pengislaman


ilmu telah mendapat perhatian ilmuan sejak tahun 1970-an, hasil kesedaran ilmuwan
yang peka dengan keadaan pendidikan negara. Pembentukan gagasan ini telah
mencetuskan idea ahli-ahli akademik untuk menubuhkan Akademi Sains Islam
Malaysia (ASASI). Manakala di peringkat institusi pengajian tinggi pula, Kumpulan
Sejarah dan Falsafah Sains, Fakulti Fizik dan Sains Gunaan, Universiti Kebangsaan
5

Malaysia, ditubuhkan pada awal tahun 90-an dengan kerjasama Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Begitu juga dengan penubuhan Sekretariat Falsafah dan Sains Islam, Universiti
Sains Malaysia dan Unit Sejarah dan Falsafah Sains Universiti Malaya yang
ditubuhkan sebagai suatu wadah untuk merangsang dan menggalakkan pembentukan
Sains Islam. Kemudian penubuhan Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun
Islam (ISTAC) pada 1980-an. Seterusnya membawa kepada penubuhan Himpunan
Keilmuan Muslim (HAKIM) dan Institut Antarabangsa Pengkajian Pemikiran dan
Tamadun Islam (INSISTS), yang masing-masing bertempat di Malaysia dan di
Indonesia (Mahadi & Khadijah 2013).

Beberapa tahun sejak tercetusnya idea untuk mengislamkan sains yang


bermula dengan idea cendekiawan hebat seperti Syed Muhammad Naquib Al-Attas
dan Ismail Al-Faruqi, pengislaman sains dikupas sebagai satu aspek gagasan
pengislaman ilmu dengan mendasar dan meluas yang tertumpu kepada aspek-aspek
intelektual berkenaan kefahaman, falsafah, tata kaedah, sejarah, teori, epistemologi
termasuk pelbagai kritikan sosio-politik dan ekonomi politik terhadap Sains Barat
Moden (Adi Setia 2009). Lanjutan daripada kupasan-kupasan yang dilakukan secara
meluas oleh ilmuan-ilmuan ini, Shaharir Mohamad Zain (2001) telah melaksanakan
agenda pengislaman sains melalui kajian ‘pemperibumian sains dan teknologi’ atau
‘indigenization of science and technology’ yang lebih menumpu kepada sains yang
selari dengan Islam dan budaya Alam Melayu. Perkara ini bertujuan untuk memberi
kesedaran kepada manusia bahawa, perlunya usaha membangunkan sains dan
teknologi menurut acuan budaya dan agama tempatan demi kepentingan
pembangunan masyarakat tempatan yang seterusnya diperluaskan ke peringkat
antarabangsa.

Bagi menyahut seruan ilmuwan yang banyak berbakti menabur idea dalam
menyepadukan sains, Agama Islam dan Bahasa Melayu agar meramaikan lagi sarjana
yang ingin turut sama berganding bahu memperkasakan usaha penyepaduan ini, maka
kajian ini dilaksanakan bagi tujuan mengkaji dan membahaskan respons dan
signifikasi kesepaduan sains, agama dan bahasa dari sudut pemikiran empat tokoh
6

sarjana sains Melayu terpilih. Pemilihan ilmuwan dan pemikir ini selaras dengan
kesarjanaan dan sumbangan mereka dalam menyepadukan sains, Agama Islam dan
Bahasa Melayu melalui kaedah tersendiri yang telah ditonjolkan melalui penulisan
mereka.

1.2 LATAR BELAKANG KAJIAN

Kesepaduan sains, agama dan bahasa merupakan suatu usaha yang telah difikirkan
oleh sarjana-sarjana Islam untuk mengatasi masalah kekeliruan yang wujud hasil
daripada pemisahan antara alam dan manusia yang membentuk sains seperti yang
difahami hari ini, dengan Pencipta yang bukan hanya menciptakan, bahkan mengawal
dan mengatur setiap perkara di sepanjang kewujudan mereka sebagai makhluk-Nya.
Kesepaduan ini boleh juga diungkapkan sebagai usaha pengislaman sains. Menurut
Shaharir (2009d), pengislaman ilmu adalah suatu proses pentafsiran dan penghuraian
ilmu yang dihubungkaitkan dengan Pencipta ilmu itu sendiri dan bukanlah bergantung
secara total kepada logik akal seperti yang telah dipraktikkan dalam sains moden.
Proses ini memerlukan sistem tapisan, landasan serta garisan yang menggunakan al-
Quran serta Hadis. Proses-proses yang dilalui akan menyebabkan ada komponen ilmu
yang perlu dibuang, diubahsuai, serta dibina semula sepenuhnya untuk diselaraskan
dengan ajaran Islam.

Sejak kemunduran Tamadun Islam dan akhirnya kejatuhan sistem khilafah


Uthmaniah terakhir di Turki, kebanyakan negara dan umat Islam telah terjajah secara
fizikal, mental dan spiritual. Kesan penjajahan ini telah melahirkan perasaan teruja
dan kagum masyarakat kita yang ada pada hari ini kepada ilmu yang kononnya
didatangkan dari dunia Barat, sehingga melahirkan golongan umat Islam yang melihat
segala-galanya yang ada dalam peradaban Barat perlu dicontohi dan diperlakukan
seperti kelakuan mereka sehingga hilang pedoman utama mereka sebagai umat Islam
yang perlu meletakkan agama melebihi segala perkara. Bagi golongan ini, mereka
menganggap bahawa, untuk umat Islam bangkit semula daripada kejatuhan, maka
mereka perlu menjadikan Barat sebagai model ikutan. Inilah yang menjadi
kebimbangan ilmuwan yang sedar tentang kepincangan Barat dan kehebatan ajaran
Islam, sehinggakan mereka berusaha mencari jalan terbaik mengikut acuan agama,
7

untuk mengembalikan konsep ilmu yang tidak bermodelkan Barat, seterusnya


mengembalikan jiwa umat Islam kepada agama mereka.

Tambahan pula, perkembangan sejarah yang berlaku di Barat telah melahirkan


pelbagai ideologi yang asing buat Islam seperti sekularisme dan liberalisme.
Pensekularan atau sekularisasi inilah yang membimbangkan pemikir-pemikir Islam
yang sedar tentang kepincangan ini sehingga mereka memikirkan keperluan kepada
satu proses yang mampu mengembalikan mereka kepada ajaran Islam yang sebenar.
Proses inilah yang digelar sebagai kesepaduan sains, agama dan bahasa yang
berfungsi sebagai pencegah untuk mengelakkan umat Islam daripada dijangkiti
penyakit tersebut. Akhir-akhir ini, penyebaran sekularisme ini amat kuat pengaruhnya
sehingga terhasilnya fahaman-fahaman lain seperti pluralisme, humanisme dan
seumpamanya. Sains yang bertepatan dengan lunas-lunas yang telah digariskan oleh
Allah melalui kitab junjungan mulia, mampu menyaingi dan menandingi sains yang
berada dalam acuan yang telah dicipta oleh logik akal ilmuwan Barat yang terdahulu
dan kini.

Justeru itu, kajian ini membincangkan usaha intelek ilmuwan dan pemikir
sains Melayu yang telah banyak menyumbang dalam proses merealisasikan usaha
menyepadukan sains, Agama Islam dan Bahasa Melayu melalui perbahasan
pengertian dan pegaruhnya dalam pembangunan insan bagi masyarakat yang berada di
Malaysia khususnya dan dunia amnya. Ilmuan-ilmuan sains yang ditonjolkan dalam
kajian ini adalah tokoh Melayu yang menjadi antara insan penting dalam
menggerakkan dan melaksanakan proses penyepaduan sains, Agama Islam dan
Bahasa Melayu di Malaysia. Kajian pemikiran mereka ini bukan hanya untuk menilai
sumbangan idea mereka, tetapi juga menjadi rujukan untuk membentuk suatu modul
kesepaduan sains, agama dan bahasa bagi tujuan perlaksanaannya dalam sistem
pendidikan di Malaysia.

Menurut Adi Setia (2009), ‘Sains Islam’ yang terhasil daripada usaha
menyepadukan sains, agama dan bahasa boleh difahami sebagai disiplin ilmiah yang
mengkaji perumusan semula gagasan ‘PengIslaman Sains’, sebagai suatu rencana
penyelidikan tajribi, amali atau empiris jangka panjang yang bertujuan melaksanakan
8

nilai-nilai etika dan kognitif Islam dalam semua kegiatan sains dan teknologi kini.
Pengertian ini akan menjadikan “Sains Islam” sebagai satu paradigma dasar yang
baru, atau tata kaedah penyelidikan asas yang baru, bagi semua kegiatan sains kini
agar terbina secara beransur-ansur sains dan teknologi arus perdana yang menzahirkan
pandangan alam Islam ke alam nyata.

Membangunkan pengetahuan sains menjadi tanggungjawab semua kerana


mereka adalah khalifah Allah SWT di muka bumi. Wacana Sains Islam yang
diselongkar oleh ilmuwan Islam memberi suatu gambaran yang cukup jelas kepada
dunia hari ini bahawa sesungguhnya, ilmuwan ini mempunyai impian yang cukup
besar dalam memartabatkan suatu usaha untuk membuang atau menapis terlebih
dahulu sains yang diterima dan dihuraikan mengikut acuan yang dicipta oleh dunia
Barat yang bertentangan dengan perspektif Islam dan seterusnya mengembali dan
menganjurkan kajian sains yang didasarkan kepada garis panduan dan etika Islam
yang berpandukan al-Quran dan As-Sunnah.

1.3 PERNYATAAN MASALAH

Dalam mengatasi masalah budaya sains dan teknologi moden seperti yang dibentuk
melalui sejarah peradaban Barat yang banyak mempengaruhi cara dan pemikiran
masyarakat hari ini, kerana penerapan terutamanya melalui sistem utama yang
membentuk manusia atau generasi bertamadun iaitu sistem pendidikan, maka satu
perancangan teliti untuk membentuk sains yang disepadukan dengan peranan agama
dan bahasa perlu diwujudkan. Tujuan dan usaha itu bukanlah untuk membataskan
skop perbincangan dan kajian sains dan teknologi, tetapi meletakkan sains dalam
kerangka agama yang memperluaskan lagi bidang kajian. Sains yang terbentuk bakal
melahirkan insan yang beretika dengan batasan yang perlu dipenuhi bagi meraikan
fitrah kehendak jiwa manusia yang cintakan kedamaian dan keharmonian, di samping
menyelesaikan masalah keterpisahan antara sains dan agama yang selama ini dibentuk
dalam sistem pendidikan Barat.

Dalam usaha untuk membina rangka falsafah sains yang mengikut acuan
Islam, kita bukanlah perlu membina sesuatu perkara baru dan memberikan makna
yang berbeza secara keseluruhannya daripada yang sedia ada, tetapi kita perlu
9

menoleh ke belakang melihat manusia yang pernah hidup dengan menerokai makna
dalam mentafsirkan kejadian. Kita tidak perlu terperangkap dalam dinamika konsep
masa bergaris lurus seolah-olah manusia sentiasa menuju kesempurnaan tanpa
melakukan kesalahan. Melihat ke belakang bermakna melihat tradisi pemikiran yang
pernah dibina oleh ahli fikir agama dan falsafah pada masa lalu dan mendalami setiap
satunya dengan teliti dan terperinci, sehingga akhir makna yang positif daripada
rangka pemikiran mereka (Baharudin 2008).

Masyarakat daripada tamadun-tamadun sebelum ini yang meletakkan


kepentingan agama sebagai perkara asas dalam kehidupan mereka telah membina dan
membangunkan tamadun mereka yang tersendiri lebih awal daripada pembentukan
tamadun manusia moden. Masyarakat Islam yang mulai sedar akan kepentingan ilmu
dan kerosakan yang ditimbulkan ke atasnya kesan daripada penjajahan kawasan dan
minda perlu membina semula falsafah sains yang memenuhi kehendak Islam.
Pembinaan semula falsafah sains dengan makna dan pengertian yang mengikut
citarasa Islam memerlukan kepada rujukan-rujukan model dan contoh yang berkaitan
daripada Tamadun Islam sebelumnya untuk dijadikan panduan kepada mereka.
Panduan yang memberikan pengertian ke atas sesuatu perkara untuk diserasikan
dengan kehendak Islam ini seterusnya disesuaikan dengan keadaan dan masa kini.

Didikan Sains Barat moden telah membentuk tanggapan bahawa, ilmu yang
bersifat ilmiah dan objektif ialah ilmu yang neutral, yang tidak terpengaruh dan
memihak kepada kepercayaan, budaya, dan fahaman-fahaman tertentu. Walhal, ketika
mereka menyatakan ilmu itu bersifat neutral, ilmu itu tidaklah seneutral yang
disangka. Ia hanya neutral dari nilai-nilai Islam, tetapi tidak kepada nilai-nilai seperti
sekularisme atau liberalisme. Inilah salah satu kekacauan yang diakibatkan oleh
rosaknya konsep dasar tentang ilmu. Peradaban Barat telah membuang nilai-nilai
agama terhadap ilmu pengetahuan. Ilmu yang dahulunya selalu dikaitkan dengan
kekuasaan Allah, sekarang sudah hampir tiada lagi. Ilmu seakan-akan berdiri sendiri
dan dianggap memenuhi hukum sendiri iaitu hukum alam yang terjadi secara semula
jadi (Budi Handrianto 2010). Kepincangan yang wujud dalam sistem ilmu inilah yang
perlu diperbetulkan semula melalui konsep kesepaduan sains, Agama Islam dan
bahasa, agar ilmu atau sains yang terbentuk mampu mempengaruhi penuntutnya,
10

bukan hanya dari sudut percambahan fakta dan maklumat ilmu pengetahuan sahaja,
tapi dalam masa yang sama mempengaruhi cara berfikir dalam mengurus, mengendali
dan mengolah ilmu agar ia tidak tersasar daripada batas-batas Islam. Justeru,
pemikiran yang terhasil daripada konsep kesepaduan bakal membentuk keperibadian
ilmuan yang unggul dari sudut jasmani dan rohani.

Perkara inilah yang menjadi masalah besar yang perlu ditangani untuk
memastikan kepincangan dan kecelaruan yang telah wujud sekian lama diperbetulkan
semula. Bertitik tolak daripada ungkapan Abdul Latif (1999, 2010) yang menyatakan
bahawa, bukan semua masalah agama ialah masalah matematik walaupun dalam
keilmuan matematik Islam, semua masalah matematik adalah masalah keagamaan,
begitu juga masalah ilmu-ilmu lain yang menjadi cabang sains, turut menjadi masalah
keagamaan yang perlu diselesaikan, maka permasalahan ilmu ini harus diselesaikan
dengan cara berhikmah, supaya ia berada dalam kerangka agama yang berlandaskan
Rukun Iman, Islam dan Ihsan seperti yang diterangkan oleh Rasulullah SAW dalam
Hadis baginda. Justeru, dalam menyelesaikan kepincangan yang wujud dalam sistem
ilmu pada hari ini, maka kesepaduan sains, Agama Islam dan bahasa merupakan
jawapan kepada penyelesaian ilmu tersebut.

Agenda dan strategi dalam perlaksanaan kesepaduan sains dan agama, atau
pengislaman sains semestinya masih belum sempurna untuk menyelesaikan masalah
sains dan agama yang telah dipisahkan skop perbincangan dan hubungan antara
keduanya kerana telah sekian lama sains telah disekularkan oleh Peradaban Barat.
Pemisahan antara teologi dengan falsafah tabii yang terjadi di Eropah Barat pada
sekitar 1800M telah membawa kesan yang amat mendalam terhadap falsafah setiap
bidang ilmu pengetahuan. Sebelum pemisahan itu berlaku, bidang-bidang ilmu seperti
kimia, sains hayat dan fizik terletak sepenuhnya dalam mandala keagamaan, tetapi
selepas pemisahan, kesemua bidang keilmuan itu akhirnya tidak mempunyai sebarang
hubungan dengan aktiviti keagamaan (Abdul Latif 1993, 1999).

Di sinilah pentingnya percambahan pendapat oleh ramai ilmuwan dan pemikir


Muslim dari pelbagai bidang dalam agenda pengislaman sains. Idea-idea ini perlu
dikumpul dan disepadukan menjadi satu panduan kepada proses kesepaduan sains,
11

Agama Islam dan bahasa atau pengislaman ilmu yang utuh dan berlandaskan al-Quran
dan Hadis. Bagi tujuan penyepaduan ini, maka empat orang sarjana yang banyak
menyumbang buah fikiran mereka dalam pengislaman sains dipilih untuk dikaji
pemikiran mereka bagi melihat dan mencari penyelesaian terbaik untuk melaksanakan
agenda penyepaduan sains, Agama Islam dan Bahasa Melayu.

Cara kerja gagasan pengislaman ilmu yang membincangkan kesepaduan sains,


agama dan juga bahasa pada umumnya adalah bersifat terlalu abstrak yang tidak
dinyata dan tidak dilakukan mengikut amalan sains empirikal atau amalan-amalan
yang terperinci sehinggakan ramai ilmuwan dan pemikir Muslim yang tidak begitu
jelas tentang bagaimana gagasan ini mampu dilaksanakan secara empirikal dalam
kerja-kerja penyelidikan sains (Mahadi 2014), walaupun pada hakikatnya mereka
sebenarnya menyokong penuh gagasan pengislaman ilmu. Pemikiran mereka
terkongkong dan terbatas oleh keterbiasaan melaksanakan pekerjaan sehari-hari yang
sememangnya telah dibentuk dalam acuan Sains Barat moden menerusi teori, kaedah,
proses penyelidikan, bahan-bahan rujukan dan bacaan, peralatan serta piawaian yang
hampir keseluruhannya telah dihasil, ditetap dan digariskan oleh institusi Sains Barat
moden.

Daripada amalan-amalan yang telah terbiasa dan hampir sebati yang telah
menjadi punca kepada keterbatasan dan menghalang akal untuk melaksanakan
pengislaman ilmu inilah yang mendorong kepada perlunya rujukan pemikiran tokoh-
tokoh falsafah dan falsafah sains Muslim yang telah berusaha untuk keluar dari pola
pemikiran Sains Barat yang mengenepikan kewujudan Tuhan. Tokoh-tokoh ini
jugalah yang lebih dahulu sedar, prihatin, konsisten dan aktif dalam memperjuangkan
agenda pengislaman ilmu agar lebih tepat, terperinci dan diterima oleh Islam, sains
dan manusia sendiri. Justeru, pemikiran Ungku Omar, Shaharir Muhamad Zain, Tajul
Ariffin Noordin dan Mohd Yusof Hj. Othman adalah sarjana-sarjana yang dipilih
dalam kalangan tokoh-tokoh sarjana sains Melayu untuk dijadikan bahan kajian untuk
penyelidikan ini melalui penilisan-penulisan yang relaven dengan konsep kesepaduan
sains, Agama Islam dan Bahasa Melayu.
12

Persoalan yang ingin dikaji melalui kajian kesepaduan sains, agama dan
bahasa mengikut pemikiran ahli sains Melayu yang dipilih adalah kandungan dan ciri-
ciri kesepaduan sains, agama dan bahasa yang telah dibincangkan oleh mereka dengan
penjenamaan kesepaduan yang tersendiri, serta bagaimana penggunaan sains yang
melalui proses pengislaman ini relaven dengan perkembangan masa serta mampu
direalisasikan oleh dunia dan sekali gus mengubah sains yang telah diseleweng atau
disalah tafsir oleh acuan yang terbina daripada dunia Barat. Dalam konteks dunia
moden pada hari ini, sains memainkan peranan yang sangat penting dan boleh
dikatakan tunjang kepada kemudahan dan kemaslahatan masyarakat dan dunia. Secara
umumnya, di dalam dunia keilmuan kini, proses dan gagasan pengislaman sains telah
tersohor di kebanyakan negara, lebih-lebih lagi negara Islam seperti Malaysia.
Sarjana-sarjana yang bergiat aktif dalam gagasan pengislaman sains untuk
mewujudkan kesepaduan sains, agama dan bahasa ini merealisasikan proses ini
melalui landasan konsep dan penafsiran serta gerak kerja mengikut kefahaman dan
kepakaran mereka yang tersendiri.

Negara-negara Islam perlu mencari inisiatif untuk membentuk sistem


pendidikan yang mesra ilmu, manusia dan Islam. Al-Faruqi (1984) ada memerihalkan
antara masalah yang perlu ditangani oleh umat Islam bagi memastikan agenda
pengislaman ilmu terlaksana adalah melalui penyelesaian kepada masalah pendidikan.
Menurut beliau, sistem pendidikan yang tidak dilaksanakan pembaikan akan
membantutkan kemajuan ummah. Justeru itu, sistem pendidikan perlu dibentuk agar
selari dengan agenda pengislaman ilmu melalui pendekatan kesepaduan ilmu dan
agama dengan penggunaan bahasa perantaraan yang mampu difahami sejelasnya oleh
keseluruhan rakyat sesebuah negara.

Proses pengislaman sains penting bagi menilai semula ilmu-ilmu yang ada
pada hari ini, yang kebanyakannya telah dipengaruhi oleh nilai-nilai Barat yang
mengandungi fakta-fakta bertentangan dengan nilai dan etika yang telah digariskan
oleh Islam. Mengikut statistik masyarakat beragama di Malaysia pada tahun 2017,
Islam adalah agama yang paling meluas dianuti, iaitu sebanyak 64.3% daripada
keseluruhan rakyat Malaysia, diikuti Buddha sebanyak 20.2%, Kristian 7.3%, Hindu
6.5%, lain-lain agama 1.7% dan selebihnya 0.5% tidak beragama atau tidak diketahui
13

pegangan agama mereka (Demografi Malaysia 2017). Justeru, negara-negara Islam,


khususnya Malaysia yang mempunyai bilangan penduduk Islam yang ramai
berbanding dengan penduduk beragama Kristian, Budha, dan Hindu, bakal berdepan
dengan persoalan yang berkaitan dengan sains dan perkaitannya dengan tafsiran
agama, maka sarjana-sarjana Islamlah yang perlu mengambil tempat untuk
menyelesaikan persoalan-persoalan yang timbul ini dengan terus mengkaji,
memahami dan menjelaskan kepada masyarakat perkara dan fakta yang patut diguna
pakai atau dibuang dan digantikan semula dengan fakta yang terbaik berlandaskan
kehendak agama.

1.4 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian kesepaduan sains, Agama Islam dan bahasa mengikut pemikiran ahli sains
Muslim Melayu dilaksanakan dengan tujuan untuk mengkaji dan membahaskan
sebahagian respons dan signifikasi kesepaduan sains, Agama Islam dan Bahasa
Melayu sebagai suatu proses pengislaman sains. Usaha ini menyumbang kepada
perluasan dan perlaksanaan sains dari sudut pandang agama dengan penggunaan
bahasa yang jelas difahami secara menyeluruh di Malaysia. Oleh itu, kajian ini
diharapkan mampu memberi dan meningkatkan kefahaman masyarakat tentang peri
pentingnya peranan agama dalam mencorakkan segala urusan dunia, terutamanya
urusan keilmuan yang menepati citarasa Islam, di samping kepentingan bahasa yang
menyampaikan ilmu.

Objektif utama penyelidikan ini dilaksanakan adalah:

a. Menganalisis pemikiran Ungku Omar, Shaharir Muhamad Zain, Tajul Ariffin


Nordin dan Yusof Othman melalui karya-karya terpilih yang relaven dengan
konsep penyepaduan sains, Agama Islam dan Bahasa Melayu.

b. Menganalisis dan mengenengahkan pemikiran yang telah disumbang oleh


sarjana-sarjana Melayu yang dipilih dalam kajian ini dalam memartabatkan
gagasan pengislaman sains di Malaysia melalui usaha menyepadukan sains,
Agama Islam dan Bahasa Melayu.
14

c. Membina modul kesepaduan sains, Agama Islam dan Bahasa Melayu sebagai
hasil daripada analisis pemikiran tokoh untuk dilaksanakan dalam sistem
pendidikan di Malaysia.

1.5 TINJAUAN LITERATUR

Penyepaduan sains, agama dan bahasa merupakan suatu usaha ke arah merealisasikan
perlaksanaan gagasan pengislaman sains yang telah disambut baik oleh sarjana-
sarjana Sains Islam yang berbangsa Melayu di Malaysia ini. Terutamanya yang
menjadi fokus kajian ini iaitu pemikiran Ungku Omar, Shaharir Muhamad Zain, Mohd
Yusof Hj. Othman serta Tajul Ariffin Noordin. Tidak dinafikan ramai lagi sarjana-
sarjana hebat yang bergiat aktif dalam usaha ini, seperti Osman Bakar, Mat Rofa,
Alinor dan banyak lagi, namun kajian ini hanya menumpukan kepada empat pemikir
ini sahaja untuk dijadikan bahan kajian. Mereka yang dipilih ini adalah dalam
kalangan sarjana sains Melayu yang cakna kepada pengamalan sains yang diterima
mengikut fitrah manusiawi. Mereka membincang dan membahaskan kepentingan
usaha menyepadukan sains, agama dan bahasa untuk membentuk suatu peradaban
manusia yang harmoni melalui pelbagai bentuk program, terutamanya di peringkat
dalam negara, seperti pusat-pusat pengajian di semua peringkat, daripada yang
terendah sehingga yang tertinggi.

Usaha menyepadukan sains, Agama Islam dan Bahasa Melayu merupakan


suatu usaha yang perlu melibatkan pelbagai pihak yang pakar dalam bidang akademik,
sains dan Agama Islam agar tidak berlaku suatu percanggahan antara kehendak agama
dengan ketetapan sains. Sekiranya ada yang bertentangan, maka prinsip dan ketetapan
agama harus diutamakan melebihi ilmu sains. Ini kerana, sains boleh sahaja berubah
pada bila-bila masa dengan adanya bukti yang menyangkal fakta sains sebelumnya
sehingga terbentuknya sains yang baru. Sarjana-sarjana sains perlu mendalami ilmu
agama dengan menuntut daripada ilmuwan agama untuk memastikan ilmu agama
yang mereka peroleh adalah jelas dan bukan hanya melalui pembacaan semata-mata.
Cara menuntut ilmu agama oleh seseorang hanya melalui pembacaan tanpa berguru
menjadi perkara yang dilarang dalam Islam. Larangan ini adalah bagi mengelakkan
kesalahfahaman dan terpesong daripada maksud sebenar sesuatu ilmu.
15

Pelbagai bentuk usaha telah diusahakan oleh sarjana yang peka dan sedar akan
pembangunan ummah demi memantapkan dan memastikan agenda yang telah
direncana untuk memartabatkan sains mengikut cita rasa agama terlaksana. Usaha ini
digembelingkan bagi melahirkan gerakan ilmiah antarabangsa yang dikenali umum
sebagai pengislaman ilmu. Pengislaman ilmu adalah pengislaman yang merangkumi
pengislaman sains sosial dan kemanusiaan, sains gunaan dan sains tabii, namun kajian
ini lebih menfokuskan sains tabii yang juga termasuk sains Matematik.

Pandangan dan pendapat untuk melahirkan gagasan pengislaman sains yang


mencetuskan usaha menyepadukan sains dan Agama Islam ini telah lama difikirkan.
Perkara ini kemudiannya menjadi kenyataan dan mula tersebar apabila terlaksananya
sebuah persidangan dunia yang pertama pada 1977, bertempat di Mekkah yang
dianjurkan oleh Universiti Sultan Abdul Aziz. Melalui persidangan ini, sebanyak 150
buah makalah yang ditulis oleh sarjana daripada 40 buah negara telah berjaya
dibentang. Ekoran daripada itu, maka tercetuslah suatu saranan untuk membenihkan
dan seterusnya menyempurnakan sistem pendidikan Islam yang ditadbir urus oleh
umat Islam sendiri daripada seluruh pelusuk dunia, tanpa perlu ada campur tangan
daripada pihak Barat yang sebenarnya mengucarkacirkan pemikiran umat manusia
dan hanya ingin menggagalkan sistem pendidikan umat Islam.

Pembentangan ilmu yang berlaku dalam persidangan yang berlaku di Mekkah


ini antaranya telah memberi perhatian kepada gagasan pengislaman sains yang telah
dibahaskan oleh Syed Muhammad Naquib Al-Attas dalam makalahnya, “Preliminary
Thoughts and The Nature of Knowledge and The Definition and The Aims of
Education” dan Ismail Raji Al-Faruqi dengan makalah yang bertajuk “ Islamicizing
Sosial Science” (Rosnani Hasyim & Imron Rossidy 2000). Bertitik tolak daripada
pemikiran dua tokoh besar ini menerusi makalah yang telah dibentangkan, gagasan
pengislaman sains menarik minat banyak pemikir untuk terus menelusuri pengisian
agendanya dan menjadikan penyebaran maklumat pengislaman sains menjadi suatu
yang pasti dan jelas untuk terus meraih perhatian dan kesedaran daripada ramai lagi
sarjana di dunia. Minat yang ditunjukkan oleh sarjana-sarjana terhadap usaha
pengislaman ini memberikan sinar harapan baharu kepada manusia, terutamaya umat
16

Islam untuk melaksanakan agama mereka dalam segala urusan kehidupan,


terutamanya dalam hal pendidikan yang sangat dititikberatkan agama.

Setelah pengislaman ilmu diwacanakan hasil daripada penyampaian agenda


pengislaman ilmu secara lebih meluas, maka setelah itu, muncul pelbagai respons
daripada ilmuwan dunia, sama ada menerima dengan hati terbuka dan menyambut
baik dengan terus mengembangkan usaha ini seperti Ziauddin Sardar, Osman Bakar
dan Wan Mohd Nor Wan Daud, ataupun mengkritik penubuhan gagasan pengislaman
sains ini seperti Fazlur Rahman, Abdus Salam, dan Bassam Tibi. Namun begitu,
kritikan-kritikan yang ditimbulkan oleh sarjana-sarjana ini tidak mematehkan
semangat mereka yang ingin terus memartabatkan usaha pengislaman ilmu, bahkan
memberikan mereka semangat yang lebih besar untuk terus mencari jalan terbaik
dengan terus berkarya memikirkan perancangan terbaik, memberikan keterangan dan
penyelesaian ilmiah yang mengikut ciri-ciri Islam terhadap sesuatu perkara yang
berbangkit.

Bagi memulakan kajian berhubung penyepaduan sains, agama dan bahasa


yang berkait rapat dengan agenda pengislaman ilmu, terlebih dahulu tinjauan literatur
terhadap beberapa kajian dan penerbitan yang membincangkan gagasan pengislaman
sains dilaksanakan untuk melihat konsep menyepadukan sains dan agama mengikut
pemikiran Ismail Al-Faruqi. Beliau merupakan antara pemikir awal yang membawa
kepada kebangkitan pemikir-pemikir lain untuk meneruskan usaha murni ini. Ismail
Al-Faruqi merupakan seorang sarjana Islam yang banyak menabur budi dan
memainkan peranan penting dalam memberikan kefahaman serta memastikan agenda
pengislaman ilmu terlaksana dan seterusnya berjaya menarik minat pelbagai pihak
untuk meneruskan kesinambungan usaha ini dan memastikan sains tidak dibangunkan
dan disebarkan dengan menyisihkan prinsip-prinsip Islam.

Al-Faruqi telah mengarang pelbagai buku dan artikel untuk menyampaikan


buah fikiran beliau yang membincangkan agenda pengislaman ilmu. Namun di sini,
penulisan beliau yang bertajuk “Islamization of Knowledge: General Principles and
Workplan” (1982) telah dipilih. Tokoh pemikir Islam ini telah membahaskan tentang
kepincangan ilmu yang terdapat pada kebanyakan sistem pendidikan umat Islam yang
17

lemah dan terpengaruh oleh sistem yang dibawa oleh penjajah. Sistem pendidikan
merupakan suatu medan untuk mencorakkan pemikiran pelajar-pelajar Islam.
Kesedaran yang sedia wujud disebatikan dengan kurikulum Barat dalam sistem
pendidikan formal negara, membentuk kekeliruan dalam sistem berfikir ke arah yang
positif atau sebaliknya. Bergantung kepada kehendak seseorang untuk terus berada di
landasan yang betul atau terus menerima sistem pendidikan Barat yang mengelirukan.
Kekeliruan utama yang wujud dalam pemikiran manusia adalah hasil daripada sistem
pendidikan Barat yang sekular, sehingga manusia mengenepikan Pencipta dalam
segala perkara yang dilaksanakan.

Tidak kira sama ada sistem pendidikan yang diterapkan di sekolah-sekolah,


mahupun sistem pendidikan di pusat pengajian tinggi, pemisahan antara pendidikan
sains tulen, sains gunaan atau sains sosial dan kemanusiaan dengan ajaran Islam
bersama hukum, adab dan akhlaknya terus terlaksana dan dikekalkan walaupun
kesedaran dan kesan pemisahan telah diketahui dan terbukti. Tambahan pula,
sebahagian besar umat Islam sendiri tidak berusaha untuk memastikan kukuhnya
binaan asas ilmu dan falsafah pendidikan yang meletakkan ketegasan beragama dalam
segala ketetapan keilmuan. Ekoran daripada inilah, umat Islam kini kurang
berpedomankan agama dalam kebanyakan urusan kehidupan mereka. Agama hanya
digunakan dalam hal-hal ibadah, sedangkan Islam adalah agama yang menyeluruh,
menyentuh segenap perkara dalam urusan kehidupan manusia.

Umat Islam hari ini melupakan, bahkan ada yang tidak pernah tahu perihal
kegemilangan Islam yang pernah dicatatkan dalam sejarah dunia. Bagaimana mereka
mampu untuk keluar daripada kepompong pemikiran Barat yang sekular sekiranya
terlalu sedikit umat Islam yang cuba untuk terus menyelongkar dan menyampaikan
kepada umum akan sejarah kegemilangan Islam, agar segala urusan kehidupan
terutamanya ilmu terarah kepada kebenaran dan kembali kepada Pencipta Alam.
Sejarah kegemilangan ini sepatutnya perlu dijadikan panduan dan impian umat Islam
kini, bukannya terus ditinggal dan dilupakan sehingga generasi seterusnya hilang
rujukan dan contoh daripada tamadun yang mementingkan Agama Islam dalam segala
urusan kehidupan yang sepatutnya menjadi ikutan mereka.
18

Al-Faruqi (1982) menegaskan bahawa tugas utama yang mesti dipikul ialah,
menyelesaikan masalah pendidikan yang pincang ini. Penyatuan untuk melengkapkan
sistem pendidikan Islam dan sistem sekular perlu dilaksanakan dengan teliti agar
penyatuan ini mampu membina suatu sistem baru pendidikan yang ditanamkan
dengan nilai-nilai Islam dan seterusnya menjadikan pengislaman ilmu sebagai suatu
cita-cita yang mampu dicapai dengan jayanya sekiranya mendapat kerjasama daripada
ramai pihak terutamanya dalam kalangan ilmuwan sains, dan ilmuwan agama. Al-
Faruqi dalam tulisannya, “Islamization of Knowledge: General Principles and
Workplan” ini juga telah menerangkan beberapa prinsip iaitu prinsip keesaan Allah,
kesatuan alam, kesatuan kebenaran dan pengetahuan dan kesatuan umat mengikut
aturan-aturan yang telah ditetapkan oleh Allah melalui Agama Islam yang digariskan
melalui sumber perundangan utama Islam iaitu, al-Quran dan Hadis Nabi Muhammad
SAW sebagai kerangka yang paling utama untuk menunjangi agenda pengislaman
ilmu bagi membentuk kesepaduan ilmu dan agama.

Menurut Al-Faruqi dalam tulisannya ini, kebenaran wahyu dan kebenaran akal
fikiran bukan suatu kebenaran yang bertentangan, tetapi saling melengkapi.
Kepercayaan agama yang diasaskan oleh wahyu yang terbentuk dalam Islam
merupakan suatu fitrah yang diletakkan Allah dalam jiwa-jiwa manusia untuk mereka
terus terarah kepada kebaikan jika berada di landasan yang tepat. Kepercayaan inilah
yang tidak ternilai dan tiada tolok bandingnya. Manakala akal pula tentunya juga
merupakan suatu anugerah yang berfungsi untuk menyelongkar dan mencari
kebenaran. Kesatuan kebenaran adalah kebenaran tidak boleh bertentangan dengan
perkara yang nyata seperti; wahyu Allah tidak akan mempunyai pertentangan dengan
perkara nyata, sekiranya berlaku pertentangan, maka perkara yang nyata tersebut
masih belum nyata. Manakala kesatuan kebenaran yang telah dirumuskan antara
wahyu dan kebenaran tidak boleh mempunyai walau sedikitpun pertentangan, ini
merupakan suatu yang mutlak. Kesatuan kebenaran ini merupakan suatu perkara yang
tidak terbatas dan mencapah dalam segala perkara, justeru manusia seharusnya
menerima dengan sepenuh hati sekiranya muncul sesuatu kebenaran yang baru yang
mengikut wahyu Allah.
19

Al-Faruqi telah mengemukakan 12 langkah yang perlu dilaksanakan terlebih


dahulu untuk memastikan kerja-kerja pengislaman sains yang membentuk kesepaduan
sains, agama dan bahasa tercapai. Langkah-langkah tersebut pertamanya adalah setiap
individu Muslim perlu memastikan kemahiran disiplin ilmu moden yang melibatkan
tujuan, masalah, prinsip, metodologi, dan perkembangan ilmu dikuasai dengan sebaik
mungkin untuk mendapat kefahaman yang sejelasnya berhubung sesuatu ilmu.
Keduanya, umat Islam perlu membuat tinjauan disiplin ilmu. Seterusnya langkah
ketiga, mereka perlu menguasai warisan ilmu Islam dan menguasai khazanah ilmu-
ilmu Islam sehingga ke tahap analisis.

Langkah keempat pula adalah menentukan kesesuaian ajaran Islam mengikut


konteks yang terlibat terhadap disiplin-disiplin ilmu. Seterusnya perlu dilakukan
penilaian kritikal terhadap disiplin ilmu dan perkembangannya, serta penilaian
terhadap warisan Islam seiring dengan perkembangan masa dan tempat.
Kemudiannya, mereka yang terlibat perlu meninjau permasalahan utama yang
dihadapi oleh umat Islam dalam mendepani ilmu dan kehidupan. Perkara ini
seterusnya dianalisis dan disintesis secara kreatif. Setelah langkah-langkah ini selesai
dilaksanakan, maka disiplin ilmu-ilmu moden ini perlu diolah semula mengikut
rangka kerja Islam. Seterusnya ilmu-ilmu ini dinyata dan disampaikan melalui
penyediaan buku teks universiti. Kemudiannya, sebagai langkah terakhir, ilmu yang
telah melalui proses pengislaman ilmu ini perlu disebarluaskan agar ia terlaksana dan
tidak terhenti setakat usaha ke atas perubahan ilmu sahaja tanpa disampaikan kepada
pelajar-pelajar terutamanya dalam kalangan umat Islam.

12 langkah yang perlu dilaksanakan untuk menyempurnakan proses


pengislaman sains ini adalah bertujuan untuk memastikan umat Islam menguasai
setiap disiplin ilmu. Dalam masa yang sama, ia bertujuan untuk menguasai warisan
ilmu Islam yang seterusnya membawa kepada usaha membangunkan kewajaran ajaran
Islam dengan disiplin ilmu untuk diserasikan antara keduanya bersama nilai-nilai yang
perlu dilibatkan dalam suatu ilmu. Usaha-usaha yang digerakkan secara istiqamah dan
bersungguh-sungguh, terutamanya oleh sarjana-sarjana Islam akan membawa aliran
pemikiran Islam dalam setiap keadaan, tempat dan masa, sesuai dengan konsep Islam
yang menyeluruh; terpakai dalam segenap perkara.
20

Jika dilihat dari suatu sudut yang berbeza, ilmu yang kononnya didatangkan
dari kemajuan Barat turut memberi sumbangan yang positif kepada umat Islam.
Namun begitu, Al-Faruqi (1992) melihat kemajuan yang dicapai oleh umat Islam,
bukanlah suatu kemajuan yang bertepatan dengan garis panduan yang telah ditetapkan
oleh ajaran agama. Kemajuan yang dicapai hanya bersifat duniawi sahaja dan
langsung tidak menyumbang kepada kehidupan umat Islam yang beragama. Kemajuan
sebegini memerlukan keseimbangan antara kehendak kehidupan duniawi dan bekalan
kehidupan ukhrawi. Segelintir umat Islam, boleh dikatakan secara sengaja atau tidak,
telah berkenalan dan bermesra dengan peradaban Barat. Ekoran dari perkenalan yang
tidak mengehadkan batas dan tiada penggunaan panduan yang benar, maka di sinilah
mereka akan mula hilang tempat bergantung dan tiada lagi pedoman yang
bersumberkan ajaran agama.

Ilmuwan yang mengguna pakai sistem pendidikan sekular Barat sendiri pada
hakikatnya masih belum mampu untuk menghasilkan sesuatu yang setaraf dengan
kreativiti dan kehebatan yang ditonjolkan dalam dunia dan peradaban Barat, ekoran
daripada sikap yang ditonjolkan oleh kebanyakan umat Islam yang sedikitpun tidak
melambangkan agama yang mereka pegang dan langsung tidak mempunyai wawasan
Islam. Situasi yang sebeginilah yang diungkapkan oleh Al-Faruqi (1992) sebagai “the
lack of vision”, suatu kekurangan dan kehilangan yang jelas bagi suatu yang harus
diperjuang oleh umat Islam untuk menepis penularan budaya Barat dan mencapai
matlamat sebenar yang diidam-idamkan oleh pemikir yang celik dan sedar akan
keadaan yang sebenarnya. Walau bagaimanapun, disebalik kehebatan idea ilmuwan-
ilmuwan ini, al-Quran dan Hadis tetap menjadi pilihan sebagai rujukan utama dan
kayu ukur terhadap penerimaan suatu idea yang difikirkan oleh mereka.

Artikel jurnal yang bertajuk “Islamization of Knowledge: An Agenda for


Muslim Intellectuals” (Muhammad Aminul Ahsan et al. 2013) yang mengupas tentang
sumbangan-sumbangan pemikir dalam pengislaman sains, telah membariskan
ilmuwan seperti Abdul Hamid A.Sulaiman, Taha Jabir al-Alwani, ‘Imad al Din Khalil
dan Louay Safi yang telah membincangkan agenda ini dengan mengembangkan serta
mengupas pandangan asal Ismail Al-Faruqi. Usaha dan penilaian yang teliti telah
dilakukan bagi menerima, menolak dan mensintesis isi kandungan pemikiran Al-
21

Faruqi untuk membolehkan pengislaman ilmu benar-benar relevan dan seterusnya


membangunkan ilmu pengetahuan yang Islamik.

Kajian ini turut meninjau artikel jurnal yang lain, yang lebih memberikan
tumpuan kepada kupasan Al-Faruqi iaitu, “The Islamization of Knowledge: Yesterday
and Today” karangan Taha Jabir (1995). Beliau menjelaskan bahawa kritikan-kritikan
oleh pihak tertentu yang wujud dalam perlaksanaan pembinaan gagasan pengislaman
sains merupakan suatu dorongan supaya pemikir-pemikir yang menggalas tugas ini
mencari jalan untuk terus menyelongkar dan seterusnya membuktikan kerelevanan
pengislaman sains ini kepada masyarakat dunia. Fokus utama kajian ini adalah kepada
kritikan membina terhadap cara yang digunakan oleh Muslim terdahulu dan cara yang
dipraktikkan oleh dunia Barat. Perbincangan kajian juga tertumpu kepada pengenalan
kepada pengislaman ilmu pengetahuan dan menjelaskan kewajaran-kewajaran yang
ada padanya.

Kajian literatur seterusnya dilakukan dengan meneliti beberapa kajian yang


lebih cenderung kepada pandangan pengislaman sains yang telah diutarakan oleh Syed
Muhammad Naquib Al-Attas melalui tulisan-tulisan beliau serta penulisan ilmuwan-
ilmuwan lain yang lebih cenderung kepada pemikiran beliau berhubung pengislaman
sains. Syed Muhammad Naquib Al-Attas ini merupakan pengasas utama International
Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC). Menurut Muhammad Makrufi
(2012) dan Wan Mohd Nor (2005), Al-Attas dianggap sebagai orang yang pertama
kali mengupas dan menegaskan tentang perlunya pengislaman pendidikan dan
pengislaman ilmu menerusi makalah yang berjudul “Preliminary Thoughts on The
Nature of Knowledge and The Definition and Aims of Education”. Tulisannya ini
kemudian disempurnakan dengan karangan bukunya,“Islam and Secularism” (1978)
dan “The Concepts of Education in Islam; A Framework for An Islamic Philosophy of
Education” (1980).

Menurut Abdullah Ahmad Na’im (2003) dalam bukunya yang bertajuk


“Pemikiran Islam Kontemporer”, menjelaskan bahawa bagi Al-Attas, pengetahuan
Barat menyumbang kepada kebingungan dan kecelaruan pemahaman. Barat telah
mengangkat perkara-perkara ilmu yang masih dalam keadaan ragu-ragu dan
22

seterusnya memanipulasikannya menurut tata kaedah yang mereka tonjolkan.


Peradaban Barat memandang keraguan-keraguan yang ada ini sebagai epistemologi
yang cukup istimewa untuk menggapai keindahan kebenaran. Ini seterusnya
menyumbang kepada kekacauan tiga makhluk iaitu, haiwan, tumbuhan serta sumber
mineral yang terdapat di muka bumi ini.

Kebenaran mengikut pandangan Barat adalah perkara yang tidak dirumuskan


dan didasarkan kepada pengetahuan wahyu dan keyakinan. Namun begitu, ia berdiri
kerana tradisi budaya yang didukung melalui premis-premis falsafah yang
bersumberkan ramalan-ramalan tertentu, terutamanya yang berkaitan dengan
kehidupan duniawi yang berpusatkan manusia sebagai satu-satunya makhluk yang
mampu berfikir untuk kemandirian dan kelangsungan hidup. Ramalan-ramalan yang
difikirkan ini tidak akan mungkin membuahkan keyakinan seperti yang diperoleh dari
pengetahuan yang berasaskan wahyu yang difahami dan diguna pakai dalam Agama
Islam. Oleh itu, pengetahuan dan nilai-nilai yang diambil daripada acuan Barat
menjadi suatu ilmu yang masih boleh dipertikaikan kebenarannya.

Gagasan pengislaman sains merupakan satu gagasan yang amat penting untuk
memberi sinar baru kepada umat Islam yang berada dalam keadaan lemah dan
mengalami kemerosotan. Kemerosotan ini menjadikan Islam sebagai suatu agama
yang dilihat mundur pada pandangan manusia Zaman kemunduran umat Islam dalam
berbagai bidang kehidupan telah menempatkan mereka pada taraf yang terkebawah
dan ini seterusnya menyumbang kepada sikap umat Islam yang mengagungkan
kemajuan Barat. Hal ini menyebabkan sebahagian umat Islam yang tergoda dengan
kemajuan Barat cuba untuk mentransformasi diri agar selari dengan citatasa Barat
yang diterima secara rela tanpa ditapis terlebih dahulu.

Karya Al-Attas (1980) yang bertajuk, “The Concept of Education in Islam: A


Framework of An Islamic Philosophy of Education” membincangkan konsep
pendidikan dalam Islam. Oleh kerana sistem pendidikan yang hampir sebati dengan
cara Barat ini terus terbangun, maka lahirlah satu generasi yang berpendidikan Barat
secara keseluruhannya, malah generasi ini jugalah yang mengukuhkan lagi peradaban
Barat sehingga menolak konsep pengislaman ilmu. Barat sangat takut dan kurang
23

menggalakkan negara umat Islam untuk terus membangun dengan terbangunnya sains
sebagai asas keutamaan penyelidikan, atau sekurang-kurangnya sama dengan agenda
penyelidikan mereka kerana kurangnya kepentingan mereka dalam agenda seperti ini.
Malah umat Islam pula yang bakal mengatasi pembangunan sains mereka walaupun
mengikut cara yang telah mereka terap dan sebarkan dalam sistem pendidikan. Namun
begitu, perkara-perkara yang memberi keuntungan material dan memenuhi kehendak
mereka, maka tentunya ia menjadi keutamaan untuk terus dikembangkan.

Syed Muhammad Naquib Al-Attas juga telah membuat satu analisis


pengislaman pemikiran pada tahun 1969, ketika mengemukakan teori pengislaman
Kepulauan Melayu-Indonesia (Sa’idu 2000). Beliau mengupas perkara ini dalam
karyanya berjudul “Preliminary Statement on A General Theory of Islamization of The
Malay-Indonesian Archipelago”. Beliau telah menyenaraikan beberapa kesan
kedatangan Islam yang telah merubah watak, peribadi, pemikiran, akhlak serta
pandangan orang Melayu yang suka kepada perkara-perkara yang tahyul, bukannya
kepada perkara-perkara yang lebih bersifat ilmiah dan berteraskan fakta. Beliau
menghuraikan sejarah dan kebudayaan serta proses pengislaman di Kepulauan Melayu
yang menunjukkan bahawa Islam telah merubah bukan sahaja secara lahiriah, bahkan
membentuk perubahan jiwa masyarakat Melayu yang seterusnya merubah pandangan
hidup, kebudayaan dan kenyataan sebenar sesuatu perkara mengikut panduan al-
Quran dan Hadis.

Kajian Al-Attas dalam beberapa karya penulisannya membincangkan


permasalahan pengislaman ilmu yang berdepan dengan Sains Barat yang telah melalui
proses pensekularan sehingga ilmu dianggap tidak terikat dengan nilai, bebas nilai
atau mudahnya disebut sebagai ilmu yang neutral, tidak terikat dengan kuasa yang
mengawal, termasuklah tiada campur tangan Pencipta. Sains Barat yang sekular
banyak mempengaruhi kehidupan, pendidikan dan pemikiran masyarakat Islam, kesan
daripada penjajahan tempat dan minda yang telah dilakukan secara besar-besaran. Al-
Attas memikirkan penyelesaian terbaik yang merujuk kepada kegemilangan Tamadun
Islam yang pernah wujud dan kian dilupakan hanya kerana pengaruh Tamadun Barat
yang telah menguasai masyarakat dunia terutamanya masyarakat Islam.
24

Pengetahuan dan sains yang tersebar ke merata dunia kepada manusia,


termasuk masyarakat Islam hari ini terlalu banyak dipengaruhi budaya dan peradaban
Barat. Segala perkara yang dirumuskan dan disebarkan adalah pengetahuan yang telah
terkesan oleh corak pemikiran yang dibentuk dalam peradaban Barat. Ilmu-ilmu yang
mengikut kaedah dan cara Barat didatangkan khas dari peradaban Barat. Ilmu
pengetahuan yang telah disebatikan dengan budaya dan sistem fikir Barat dituntut
manusia dengan bangganya dalam keadaan tidak perasan dan tidak sedar, umpama
menerima pengetahuan yang suci murni sedangkan ia telah melalui proses yang
menafikan hak ilmu terhadap hakikat kejadiannya. Justeru, peradaban Barat tidak
layak untuk dijadikan contoh teladan kepada masyarakat yang mementingkan
kepentingan pembangunan secara dalaman dan luaran. Ilmu-ilmu mereka tidak
seharusnya digunakan secara yakin akan kebenarannya, sebelum terlebih dahulu
ditapis dengan sehalus-halus tapisan yang sesuai dengan kehendak Agama Islam yang
lebih memahami dan mengikut kehendak jiwa manusia yang sebenar.

Kajian literatur terhadap karangan tokoh-tokoh seperti Al-Attas dan Al-Faruqi


yang banyak menaburkan jasa dan buah fikiran dalam gagasan pengislaman ilmu
adalah bertujuan untuk melihat konsep-konsep pengislaman ilmu yang dibincangkan
bagi membentuk Sains Islam. Pengislaman ilmu dalam konteks kajian ini melihat
kepada pengislaman ilmu yang menyepadukan ilmu yang lebih tertumpu kepada sains
tabii, agama yang merujuk kepada Islam. Manakala bahasa pula merujuk kepada
Bahasa Melayu yang menjadi identiti dan jati diri masyarakat Melayu di Kepulauan
Melayu yang lebih memberi tumpuan kepada Negara Malaysia. Seterusnya, kajian
literatur ini tertumpu kepada penulisan-penulisan tokoh sains Melayu yang terlibat
dalam kajian ini iaitu Ungku Omar, Shaharir, Mohd Yusof dan Tajul Ariffin.

Di Malaysia, telah ada kajian pemikiran tokoh yang membincangkan tentang


konsep kesepaduan sains, Agama Islam dan bahasa, pengislaman ilmu dan seangkatan
dengannya. Contoh kajian yang membincangkan pemikiran tokoh adalah “Analisis
Wacana Pengislaman Sains dan Paradigma Tauhid Menurut Pemikiran Osman Bakar”
oleh Mahadi Abu Hassan (2014) yang antaranya membincangkan penglibatan dan
konsep pengislaman ilmu yang betunjangkan konsep tauhid oleh Osman Bakar.
Manakala dalam kajian Maisarah Binti Hasbullah (2012), iaitu “Respons Pemikir
25

Islam Terhadap Modeniti: Wacana Sains Islam sebagai Kajian Kes di Malaysia”,
merupakan kajian pemikiran tokoh-tokoh Islam, sama ada yang setuju atau yang
menentang agenda pengislaman ilmu. Kajian ini mengkaji usaha-usaha yang wujud
untuk menghadapi cabaran modeniti. Usaha ini melihat kepada dua sudut, iaitu sudut
sosial dan pemikiran. Sudut sosial melibatkan penubuhan organisasi, perancangan
kegiatan di dalam memperjuangkan konsep Sains Islam melalui pertubuhan-
pertubuhan tertentu seperti Akademi Sains Islam Malaysia (ASASI), manakala sudut
pemikiran pula merujuk kepada pemikiran pemikir Islam tempatan dan antarabangsa
yang terpilih, yang menjelaskan bagaimana pemikir-pemikir Islam bertindak balas
terhadap cabaran yang ditimbulkan oleh modeniti melalui wacana Sains Islam dengan
cara dan pendekatan yang tersendiri.

Antara tokoh tempatan yang dibincangkan dalam kajian Maisarah (2012) ini
adalah Shaharir Mohd Zain, yang juga merupakan tokoh pilihan bagi kajian ini.
Kajian Maisarah membincangkan aspek pemikiran tokoh dari sudut perjuangan dan
sumbangan pemikiran mereka dalam merancang dan seterusnya melaksanakan Sains
Islam. Namun begitu, kajian ini tidak menekankan proses dan langkah yang pernah
diguna atau dikemukakan oleh tokoh tempatan seperti Shaharir. Oleh itu, pengkaji
memilih Shaharir untuk dijadikan kajian berhubung pemikiran beliau terutamanya dari
sudut langkah dan proses pengislaman ilmu. Pemikiran Shaharir ini digunakan untuk
merangka konsep kesepaduan sains dan agama yang perlu dilaksanakan dalam
pendidikan negara.

Setelah meneliti kepada kajian-kajian pemikiran, boleh dikatakan kajian


pemikiran bagi tokoh Ungku Omar, Mohd Yusof Hj. Othman dan Tajul Ariffin
Noordin tidak dijumpai oleh pengkaji melainkan hanya penulisan-penulisan berbentuk
bibliografi. Oleh kerana terdapat penulisan dan penglibatan Ungku Omar, Shaharir,
Mohd Yusof dan Tajul Ariffin dalam konsep kesepaduan sains, agama dan bahasa
dengan cara dan pendekatan yang tersendiri, maka pengkaji memilih mereka untuk
dijadikan antara tokoh pilihan untuk di analisis pemikiran mereka. Tambahan pula,
kajian pemikiran ini dihadkan hanya kepada empat tokoh sahaja ekoran daripada
pakar-pakar sains, berbangsa Melayu daripada Malaysia yang juga banyak
26

membincangkan pengislaman ilmu seperti Osman Bakar dan Khalijah Mohd Salleh
telah dikaji pemikiran beliau dalam kajian yang lepas (Mahadi 2014; Maisarah 2012).

Kajian literatur ke atas penulisan-penulisan terpilih Ungku Omar berkaitan


usaha menyepadukan sains, agama dan bahasa seperti "Keadaan Kesihatan di Luar
Bandar Penting untuk Proses Pembangunan dalam Segala Bidang" (1967), “Bahasa
Melayu dalam Lapangan Kesihatan, Perubatan dan Rumah Sakit” (1958), “Usaha-
Usaha Mengumpulkan Istilah Perubatan dalam Bahasa Kebangsaan” (1960),
“Kedudukan Belia di Masa Ini” (1968), “Universitas Indonesia sebagai Pusat
Pembangunan Intelektual dan Perpaduan di Asia Tenggara” (1968) dan “Konsep
Universiti Islam di Malaysia” (1967), adalah masih di peringkat awal setelah Malaysia
baru sahaja berusaha untuk berdikari sendiri setelah bebas dari belenggu penjajahan.

Namun begitu, visi dan misi yang telah beliau laksanakan jelas menunjukkan
keprihatinan Ungku Omar terhadap kepentingan pendidikan bagi membela masyarakat
Melayu pada waktu itu yang ketinggalan dalam pendidikan kerana faktor kemerosotan
tahap kesihatan. Bahasa yang digunakan dalam pendidikan negara ketika itu adalah
Bahasa Inggeris dan bukan bahasa penduduk yang boleh difahami secara jelas dan
yakin oleh masyarakat Melayu. Manakala subjek sains, ekonomi, kejuruteraan dan
lain-lain lagi, yang dimasukkan dalam kurikulum kolej yang beraliran agama adalah
suatu ikhtiar yang cukup bernas untuk meluaskan skop agama yang disempit dan
diasingkan daripada ilmu-ilmu keduniaan, bersesuaian dengan konsep Agama Islam
sebagai sebuah agama yang syumul (menyeluruh).

Seterusnya, kajian literatur ini dilaksanakan ke atas buku dan kertas kerja yang
dipilih bersesuaian dengan konsep kesepaduan sains, agama dan bahasa yang ditulis
oleh Shaharir Mohamad Zain. Antara penulisan beliau yang dipilih adalah seperti
“Pengenalan Sejarah dan Falsafah Sains” (1987, 2000), “Simbiosis Antara Sistem
Nilai dengan Tabii Matematik” (1990) dan lain-lain. Kebanyakan penulisan Shaharir
tertumpu kepada perumusan semula gagasan Sains Islam untuk mengembalikan nilai
sains, serta mengikis pengaruh pemikiran Barat terhadap sains dan dunia pendidikan.
Beliau mengenengahkan ketempangan yang wujud dalam Sains Barat serta kehebatan
Tamadun Islam melalui penjelasan sejarah sains dunia sehingga mampu menyingkap
27

semula zaman kegemilangan Islam yang membentuk ilmuwan yang setia dengan
agama dalam segala urusan dunia. Dalam penulisan-penulisan beliau ini, beliau
menghuraikan suatu kebenaran yang didatangkan bersama dengan bukti kukuh
bahawa sains dan teknologi, terutamanya matematik merupakan sarat nilai, dan
bukannya bebas nilai seperti yang telah dicanang oleh Barat (Shaharir 1990, 2000,
2010). Manakala usaha beliau yang konsisten dalam mempertahankan pembinaan
sains, teknologi dan matematik ini, dipandu oleh sistem nilai Melayu Islam melalui
pemperibumian ilmu, etnosains dan etnomatematik yang menjadi tumpuan utama
kajian beliau.

“Pengislaman Sains Matematik” yang telah ditulis secara bersama oleh


Shaharir Mohamad Zain dan Abdul Latif Samian (1987) memberi fokus kepada sains
matematik dan bukannya sains secara umum. Esei ini boleh dirumuskan sebagai suatu
penulisan yang berkaitan dengan aturcara dan strategi pengislaman sains matematik
yang perlu didasari oleh sekurang-kurangnya tiga perkara yang paling utama dalam
Islam iaitu, tauhid yang menjadi landasan falsafah matematik Islam, keduanya adalah
syariah yang merupakan undang-undang bagi mengawasi tindak tanduk masyarakat
dan seterusnya akhlak yang mulia, yang perlu disemai dalam pendidikan sains
matematik. Usaha ini memberikan suatu pembangunan yang positif dalam wacana
pengislaman ilmu kerana usaha dan perbincangan secara lebih mendalam dan terfokus
telah mula dilaksana, di samping meletakkan kepentingan Bahasa Melayu sebagai
bahasa yang perlu diguna pakai dalam sistem pendidikan negara untuk memberi
kefahaman yang jelas kepada masyarakat Malaysia.

Penulisan-penulisan Mohd Yusof pula banyak membincangkan kedudukan


sains yang memberi manfaat kepada manusia dan perlu digunakan secara berpada-
pada mengikut had-had yang telah diterangkan dalam ajaran Islam melalui Al-Quran.
Dalam kebanyakan penulisan beliau juga, beliau banyak menghubungkaitkan sains,
masyarakat dan agama. Mengikut pemikiran beliau, sains yang dianggap sebagai alat
untuk memahami alam tabii seharusnya dikuasai untuk menggalas tanggungjawab
sebagai seorang khalifah di muka bumi ini. Adapun agama sebagai medium untuk
menuju kepada Allah sebagai Pencipta perlu diletakkan melebihi kedudukan sains
agar hidup dunia dan selepasnya terjamin dari kekecewaan dan kemusnahan.
28

Penulisan Mohd Yusof sebelum tahun 2010 tertumpu kepada sejarah, nilai dan
falsafah sains bersama Sains Insani seperti yang dibincangkan dalam lapan Siri
Wacana Sejarah dan Falsafah Sains. Manakala pada tahun-tahun selepasnya,
penulisan seperti ”Pengenalan Sains Tauhidik” (2014) dan ”Sains dalam Maqasid Al-
Quran” (2013) tertumpu kepada pengisian Sains Tauhidik pula. Sains Tauhidik
dirangka dengan entiti yang menjadi asas kepada pembangunannya untuk diterapkan
dalam sukatan pelajaran di peringkat pengajian tinggi yang kini telah dilaksanakan di
Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM sebagai suatu kursus Fakulti Sains dan
Teknologi yang wajib dilalui oleh pelajar-pelajar Melayu Islam. Sains Tauhidik ini
terhasil daripada pemikiran bersama Mohd Yusof dan rakan-rakan beliau di UKM
yang diketuai oleh Khalijah Mohd Salleh. Kerangka konsep Sains Tauhidik yang
diajukan mempunyai lima entiti utama iaitu entiti Tuhan, entiti manusia, entiti alam,
entiti al-Quran dan entiti al-Sunnah.

Pada kebanyakan penulisan Mohd Yusof seperti “Sains, Masyarakat dan


Agama” (2009), “Isu-Isu dalam Ilmu dan Pemikiran”, “Pengenalan Sains Tauhidik”
(2014) dan banyak lagi, sering kali Mohd Yusof memberi tumpuan kepada isu sains
dan bahasa serta sangkut paut antara keduanya, terutamanya dalam dunia pendidikan
di Malaysia. Isu bahasa merupakan suatu isu yang sangat penting untuk memastikan
sains yang diajar kepada masyarakat Malaysia, disampaikan dalam bahasa yang boleh
diterima dan difahami oleh rakyat seluruhnya. Tambahan pula, isu bahasa di Malaysia
menjadi suatu perkara yang perlu ditekan dan diambil berat kerana isu bahasa
terkandung dalam perlembagaan Malaysia.

Manakala sains dan teknologi perlu dikuasai untuk memastikan agenda


pembangunan negara terlaksana. Sememangnya banyak penulisan-penulisan sains dan
teknologi ditulis dalam Bahasa Inggeris yang diiktiraf sebagai bahasa antarabangsa,
namun begitu, bagi Mohd Yusof sebagai pejuang Bahasa Melayu, beliau menafikan
kenyataan pihak-pihak tertentu yang mengatakan pelajar hanya mampu mempelajari
dan menguasai sains dan teknologi melalui perantaraan Bahasa Inggeris sahaja.
Kenyataan sebegini terlalu mengagungkan bahasa luar dan sekali gus merendah-
rendahkan kebolehan Bahasa Melayu dalam menyampai dan membangunkan sains
dan teknologi.
29

Penulisan Tajul Ariffin pula banyak menumpu kepada isu pendidikan negara
di peringkat rendah, menengah dan tinggi. Beliau bersama rakan-rakannya seperti
Shaharir, Kamal Hasan dan Hasan Langgulung berusaha menerapkan konsep “Sains
Sepadu” dalam semua peringkat pendidikan di Malaysia melalui penerapan nilai dan
perubahan pengisian buku-buku teks sains. Sains sepadu yang dibahaskan oleh Tajul
Ariffin dalam buku-buku beliau seperti “Konsep Asas Pendidikan Sepadu” (1988) dan
“Pendidikan; Suatu Pemikiran Semula” (1990) diasaskan melalui suatu hubungan
yang menghubungkan Allah, manusia dan alam, agar setiap perkara yang dijalankan
dalam sains sentiasa dihalakan ke arah kebaikan mengikut perspektif Islam yang
mentauhidkan Allah sebagai Pencipta segala sesuatu.

Mengikut konsep pendidikan sepadu, aliran agama adalah bersifat teras dan
mesti disepadukan ke dalam aliran lain seperti sains, vokasional serta kemanusiaan
dan di akhir proses pendidikan sepadu, tidak akan wujud lagi aliran-aliran pengajian.
Konsep sepadu ini hanya mengandungi satu aliran sahaja yang bersifat sepadu antara
semua ilmu akal, dengan akidah dan tauhid sebagai teras yang paling utama.
Pendidikan sepadu ini difikir dan dirangka agar dapat mengubah konsep pendidikan
yang berkiblatkan Tamadun Barat dan dapat melahirkan insan yang dapat berperanan
sebagai seorang khalifah Allah yang berjiwa hamba dan bertaqwa, seterusnya
membentuk komuniti ummah yang sentiasa mendambakan ilmu pengetahuan yang
hasilnya bertambah taqwa, mendekatkan mereka kepada Allah serta sentiasa
mendambakan cinta hakiki untuk kesejahteraan hidup bukan hanya di dunia, malah
kebahagiaan yang berkekalan dia akhirat.

Pemikiran yang ditonjolkan melalui penulisan-penulisan tokoh yang terlibat


dalam kajian ini dalam membincangkan usaha murni ke arah mengembangkan wacana
pengislaman ilmu yang membentuk hubungan yang sewajarnya antara sains, Islam
dan Bahasa Melayu merupakan suatu bentuk respons pemikir Melayu Islam. Respons
ini terhasil bagi menangani cabaran yang timbul hasil hubungan antara Islam dan sains
sekular tajaan Barat yang sangat rumit untuk ditangani kerana sebatinya ia dalam
sistem pendidikan rasmi negara. Wacana Sains Islam mencerminkan keinginan sarjana
Islam untuk menapis dan menyahkan pengaruh budaya luar yang bertentangan dengan
Islam sehingga mereka menganjurkan suatu amalan kajian sains yang berlandaskan
30

perspektif Islam yang sebenar. Tokoh-tokoh pemikir dalam kajian ini melihat dan
mengkonsepsikan sains, Islam dan bahasa bagi membolehkan mereka membentuk
sains mengikut acuan Islam, mengikut cara dan pemikiran masing-masing yang
mengikut kehendak Islam.

Usaha murni yang telah ditaburkan melalui lontaran idea, penulisan,


penyampaian kuliah dan sebagainya untuk memperkasakan pengislaman sains perlu
dipuji dan tidak dipandang mudah. Mereka ini merupakan tokoh ilmuwan yang juga
berfungsi menggerakkan gerakan ilmiah dalam gagasan pengislaman ilmu. Meskipun
kita perlu mengakui, kemampuan intelektual para ilmuwan ini mencerminkan latar
pendidikan dan latihan mereka, lalu menghasilkan hasil kerja yang berbeza-beza tahap
mutu dan keberkesananya, maka penghargaan yang tidak seberapa nilainya jika
dibandingkan dengan sumbangan mereka, seharusnya dilakukan. Kajian literatur
inilah yang akan menjadi asas kefahaman pembinaan gagasan pengislaman sains
untuk digunakan dalam merangka dan menyempurnakan kajian ini.

1.6 METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini adalah kajian deskriptif dan preskriptif-kualitatif yang mengkaji pemikiran
Ungku Omar Ungku Ahmad, Shaharir Muhamad Zain, Mohd Yusof Hj. Othman dan
Tajul Ariffin Noordin. Kajian ini merupakan kajian yang mengkaji pemikiran tokoh
sains Melayu yang dihadkan hanya seramai empat orang sahaja bagi melakukan
analisis perbandingan pemikiran antara mereka dalam kesepaduan sains, Agama Islam
dan bahasa. Begitu juga, untuk menilai idea mereka dalam mengembangkan konsep
kesepaduan ini dengan pendekatan masing-masing. Di bahagian perkembangan
wacana pengislaman ilmu, kajian lebih tertumpu kepada perancangan dan agenda
pengislaman ilmu sains yang berlaku, terutamanya di Malaysia sejak 1970-an
sehingga 2015 sahaja.

Pengkaji mendapati, tidak ramai yang benar-benar pakar dalam bidang-bidang


sains memperjuangkan agenda pengislaman sains atau mensepadukan sains, Agama
Islam dan bahasa di Malaysia, yang dibuktikan pula melalui penulisan-penulisan
ilmiah. Oleh kerana empat orang tokoh yang dipilih untuk kajian ini adalah antara
pakar dalam bidang sains mengikut pengkhususan masing-masing, serta
31

memperjuangkan agenda ini dengan penyelidikan dan penulisan mereka, maka tokoh-
tokoh sains ini dipilih untuk kajian ini, memandangkan pakar-pakar sains yang lain
yang juga memperjuangkan agenda pengislaman sains telah dikaji dalam kajian-kajian
yang lebih awal, seperti yang telah dibincangkan pada bahagian Tinjauan Literatur.

Pemikiran tokoh-tokoh yang dipilih ini memfokuskan perbincangan-


perbincangan yang berhubungkait dengan agenda pengislaman ilmu dan agenda
menyepadukan sains, Agama Islam dan bahasa. Perkara-perkara yang dibincangkan
terutamanya melalui penulisan-penulisan tokoh sarjana sains Melayu yang terpilih ini
dikaji menggunakan pendekatan biografi (biographical approach). Pendekatan
biografi ini merupakan suatu pendekatan yang meneliti tentang individu, pemikiran
dan pengalamannya, seterusya dirumus dan ditulis kembali berdasarkan maklumat
atau data-data yang diperoleh daripada dokumen-dokumen, bukti ketokohan dan
pemikiran tokoh yang dikaji (Nor Asiah et al. 2017).

Dalam usaha untuk memastikan kajian ini terlaksana, maka kajian ini telah
melalui dua kaedah kajian, iaitu kajian kepustakaan dan juga kerja lapangan yang
melibatkan temu bual. Namun begitu, penelitian kajian lebih menumpukan kepada
data-data yang diperoleh berasaskan penelitian kepustakaan, terutamanya melalui
buku-buku ilmiah, jurnal, makalah, majalah dan lain-lain karangan tokoh yang
merupakan karangan tokoh sendiri atau yang telah ditulis oleh selainnya berkaitan
dengan tokoh. Dua kaedah kajian yang digunakan untuk perjalanan kajian ini adalah
diterangkan seperti berikut:

1.6.1 Kajian Kepustakaan

Kajian kepustakaan adalah suatu kaedah yang digunakan untuk tujuan pengumpulan
data berhubung proses atau gagasan pengislaman sains serta kesepaduan sains, Agama
Islam dan bahasa yang telah diperjuang atau dibincang oleh tokoh-tokoh yang dipilih
dalam kajian ini iaitu Ungku Omar, Shaharir, Mohd Yusof dan Tajul Ariffin, melalui
penulisan-penulisan atau rakaman-rakaman video yang merekodkan ucapan-ucapan
keilmuan berkaitan dengan fokus kajian ini. Penekanan pengumpulan data lebih
banyak tertumpu kepada sumber primer dan sekunder yang menonjolkan pemikiran-
32

pemikiran tokoh ini dalam wacana pengislaman ilmu untuk menyepadukan sains,
agama dan bahasa.

Kajian kepustakaan ini tentunya bertujuan untuk mendapatkan data-data


kualitatif serta maklumat melalui bahan terpilih dari peringkat tempatan dan
antarabangsa yang terdiri dari pelbagai bentuk seperti buku, jurnal, monograf,
makalah, kertas kerja, akhbar, artikel jurnal, media massa, sumber-sumber penulisan
dan rakaman video. Data diperoleh daripada sumber primer, iaitu sumber daripada
tulisan dan kajian yang telah dijalankan oleh tokoh-tokoh ilmuwan Melayu yang
dikaji ini, manakala data sumber sekunder pula adalah data daripada sumber yang
diperoleh melalui penerbitan dan kajian yang telah dilaksanakan oleh ilmuwan-
ilmuwan lain, terutamanya yang turut sama bergiat dalam gagasan pengislaman sains
dan ada membincangkan aliran pemikiran pengislaman sains oleh keempat-empat
tokoh yang dikaji dalam kajian ini.

Penekanan kaedah ini juga turut tertumpu kepada bahan-bahan perbincangan


seperti kuliah Sains Islam, seminar, persidangan, forum, debat atau diskusi ilmiah, dan
penyelidikan yang berkaitan dengan gagasan pengislaman sains dari dalam dan luar
negara. Bagi bahan-bahan bercetak, kebanyakan sumber data yang diperoleh adalah
didapati daripada;

i. Perpustakaan Tun Seri Lanang, UKM Bangi.


ii. Perpustakaan ATMA, UKM Bangi.
iii. Bilik Sumber Jabatan Matematik, UKM Bangi.
iv. Bilik Sumber Fakulti Pendidikan, UKM Bangi.
v. Pesta buku dari pelbagai tempat
vi. Koleksi buku dan kertas kerja peribadi.

1.6.2 Kerja Lapangan; Temubual

Kerja lapangan merupakan kaedah penyelidikan kedua yang telah dipilih dan
dilaksanakan. Melalui kerja lapangan ini, maklumat-maklumat diperoleh melalui cara
temubual tokoh-tokoh ilmuwan terpilih yang masih hidup iaitu, Shaharir, Mohd Yusof
dan Tajul Ariffin. Temubual dirakam dan hasil rakaman serta penulisan pemikir-
33

pemikir tersebut dijadikan sumber data untuk dianalisa mengikut keperluan


penyelidikan ini, khususnya bagi mengkaji pemikiran pemikir-pemikir sains Melayu
ini mengenai isu-isu tertentu berkaitan pemikiran mereka yang berkisarkan
kesepaduan sains, agama dan bahasa dalam wacana pengislaman sains secara
mendalam.

Kesemua maklumat yang diperoleh daripada data bertulis dan data yang
diperoleh daripada rakaman suara, dikumpul dan dianalisis dengan menggunakan
cerapan analisis terhadap respons dan signifikasi kesepaduan sains, Agama Islam dan
Bahasa Melayu dalam wacana pengislaman sains di Malaysia menurut pemikiran
tokoh-tokoh sains Melayu ini iaitu, Ungku Omar Ungku Ahmad, Shaharir Muhammad
Zain, Mohd Yusof Othman dan Tajul Ariffin. Sementara itu, tokoh-tokoh sains
Melayu Islam yang dipilih untuk dijadikan bahan kajian ini adalah berdasarkan
sumbangan mereka yang cukup meluas di dalam kesepaduan sains, agama dan bahasa
melalui wacana Sains Islam di peringkat tempatan terutamanya dalam dunia
pendidikan negara. Sumbangan mereka banyak dizahirkan melalui pelbagai bentuk
penulisan dan penglibatan dalam perlaksanaan aktiviti-aktiviti yang digerakkan ke
arah merealisasikan agenda pengislaman sains sehingga mereka diiktiraf sebagai
tokoh wacana Sains Islam di peringkat tempatan.

1.6.3 Kaedah Dokumentasi

Kaedah dokumentasi yang digunakan dalam kajian ini merupakan satu cara
pengumpulan data dengan melakukan kajian dan pembacaan terhadap dokumen-
dokumen yang ada hubungan dengan masalah yang diteliti dan dikaji (Imam 1982).
Analisis isi kandungan bahan yang diperoleh melalui data atau dokumen diutamakan
untuk menjadikan penyelidikan ini mencapai objektif yang telah ditetapkan di
peringkat awal kajian. Beberapa pendekatan yang perlu diambil berat semasa
menganalisis maklumat yang diperoleh adalah meneliti terlebih dahulu kandungan
yang menepati kehendak tajuk penyelidikan ini, seterusnya menilai hujah melalui
kaedah analisis data.
34

Secara ringkasnya, kaedah yang digunakan dalam menganalisis data yang


diperoleh adalah;

i. Kaedah analisis isi kandungan; daripada data atau dokumen-dokumen yang


diperoleh, pengkaji mengenalpasti dan mengklasifikasikan maksud, tema dan
tujuan utama yang terkandung dalam keseluruhan perbincangan menurut
pemikiran tokoh-tokoh yang terlibat dalam kajian ini, dalam perkara-perkara
yang melibatkan agenda pengislaman ilmu dan kesepaduan sains, Agama
Islam dan Bahasa Melayu. Analisis isi kandungan ini melibatkan data-data
yang diperoleh melalui penelitian terhadap penulisan dan rakaman temubual
yang disampaikan (ditulis atau diucap) oleh tokoh-tokoh yang terlibat atau
daripada pihak-pihak lain yang membincangkan agenda pengislaman ilmu,
kesepaduan sains, agama dan bahasa serta pemikiran dan ketokohan tokoh-
tokoh dalam kajian ini.

ii. Kaedah komparatif; atau kaedah perbandingan digunakan untuk


membandingkan pemikiran-pemikiran tokoh yang dikaji dalam agenda
pengislaman sains dan kesepaduan sains, agama dan bahasa yang mereka
bincangkan, seterusnya mengklasifikasikan dan menyusun pelbagai data dan
fakta yang diperoleh daripada proses dokumentasi sebelum dirumus atau
disimpulkan.

Kajian ini bertujuan mencari idea besar dalam agenda pengislaman ilmu dan
kesepaduan sains, agama dan bahasa, terutamanya melalui karya-karya penulisan
mereka. Juga bertujuan untuk mendapatkan kefahaman dan gambaran yang lebih jelas
terhadap respons dan signifikasi pemikiran mereka mengenai wacana pengislaman
sains, pendekatan, cara dan hujah yang diguna pakai serta pengaruhnya dalam
pembangunan ilmu dan pembangunan jiwa manusia yang berteraskan kepada Islam.
Seterusnya pemikiran-pemikiran mereka yang difikirkan bersesuaian dan mengikut
keperluan kesepaduan sains, agama dan bahasa, dipilih dan digabungkan untuk
diterapkan dalam sistem pendidikan negara. Kerangka kerja bagi kajian “Kesepaduan
Sains, Agama Islam dan bahasa” ini diringkaskan seperti pada Rajah 1.1.
35

Ungku Omar Ungku Dari sudut: Objektif Kajian:


Ahmad
(Sains Perubatan)
Shaharir Muhamad Zain Pemikiran dalam
(Sains Matematik) kesepaduan sains, Agama a. Menganalisis
Islam dan Bahasa Melayu pemikiran tokoh melalui
Mohd Yusof Hj. Othman atau pengislaman sains
(Sains Fizik) karya terpilih yang
relaven dengan konsep
Tajul Ariffin Noordin penyepaduan sains,
(Sains Biologi) Agama Islam dan
Analisis Bahasa Melayu.

Perbandingan Idea Kesepaduan b. Menganalisis dan


pemikiran sains, Agama mengenengahkan
Islam dan Bahasa sumbangan tokoh dalam
Melayu menyepadukan sains,
Islam dan Bahasa
Melayu.

Penggabungan idea tokoh dengan penambahbaikan


sewajarnya c. Membina modul
kesepaduan sains,
Dapatan Kajian Agama Islam dan
Bahasa Melayu untuk
dilaksanakan dalam
sistem pendidikan di
Modul Perlaksanaan Kesepaduan Sains Agama
Malaysia.
Islam dan Bahasa dalam Pendidikan

Rajah 1.1 Kerangka kerja bagi kajian “Kesepaduan Sains, Agama Islam dan Bahasa Melayu”

1.7 KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian ini membawa kepentingannya yang tersendiri kepada bidang-bidang seperti


bidang ilmu dan pendidikan. Kajian yang mengkaji pemikiran tokoh-tokoh sarjana
sains Melayu dalam kesepaduan sains, Agama Islam dan Bahasa Melayu melalui
wacana pengislaman sains ini diharapkan mampu memberi kesan yang positif dan
boleh menarik pengkaji-pengkaji lain untuk terus menyelongkar konsep dan asas yang
sepatutnya diperlukan dan digunakan dalam melaksanakan pengislaman sains dan
mensepadukan sains, agama dan bahasa menurut pemikiran tokoh-tokoh yang relevan
dengan pengislaman sains. Justeru itu, dengan usaha ini, kefahaman tentang fenomena
pengislaman sains akan sedikit sebanyak membantu dan seterusnya mampu digarap
36

untuk dikembangkan tidak kira di peringkat tempatan, mahupun peringkat


antarabangsa.

Kajian seperti ini diharapkan mampu untuk memberikan suatu penilaian


kepada umum bahawa, antara pemikiran tokoh-tokoh yang dikaji, terdapat idea-idea
hebat yang perlu diiktiraf dan dikembangkan. Idea-idea yang terpilih tersebut
merupakan suatu aset yang amat bernilai kepada pembangunan sistem ilmu dan
pendidikan negara, dan sewajarnya ia dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya untuk
pembangunan negara yang seimbang dari sudut pembangunan jiwa rakyatnya, di
samping pembangunan materialnya.

Melalui kajian ini, pengetahuan yang sedia ada mengenai pengislaman sains
mampu ditingkatkan. Apabila kefahaman yang jelas dalam usaha ini tercapai, maka
ini mendorong ramai lagi pelajar, penyelidik dan sarjana untuk sama-sama berganding
bahu bersama sarjana-sarjana yang bertungkus lumus memastikan agenda
pengislaman sains terlaksana dengan jayanya setelah sains memenuhi ciri-ciri yang
diinginkan oleh Agama Islam mengikut panduan al-Quran dan al-Hadis. Proses
pengislaman sains memerlukan gabungan dan persepaduan ilmu-ilmu yang ada di
dada-dada ilmuwan, ahli sains dan agamawan yang membawa ajaran Islam yang
sebenar. Persepaduan ini merupakan suatu interaksi antara bidang sains dan bidang
Agama Islam yang mencetuskan suatu rencana penyelidikan amali yang lebih meluas
dan bersifat jangka panjang. Di samping itu, membina kerangka paradigma baru
secara berperingkat-peringkat melalui pembaharuan yang terbaik bagi menyatakan
secara jelas pandangan Islam terhadap sains yang perlu dibentuk secara nyata dan
konsisten di peringkat individu, masyarakat dan institusi-institusi yang terlibat.

Sumbangan yang telah disumbangkan oleh tokoh ilmuwan sains Melayu


terpilih ini dalam gerak kerja pengislaman sains merupakan suatu gambaran yang
cukup jelas tentang sikap yang ditonjolkan oleh mereka yang mementingkan peranan
Islam dalam mentadbir sains. Sifat keprihatinan dalam diri mereka memainkan
peranan yang amat penting bagi mencorakkan aspek pembangunan insan, pendidikan
dan pemikiran umat Islam. Usaha kesepaduan sains, agama dan bahasa ini diharapkan
mampu membentuk jiwa hamba dalam diri setiap individu dan menjadi benteng kukuh
37

untuk menepis segala bentuk pentafsiran dan pemahaman sains yang terseleweng
kesan daripada pengaruh Barat.

Pengislaman sains sememangnya diakui sebagai suatu usaha yang bukanlah


mudah untuk dilaksanakan. Ia memerlukan sumbangan tenaga, pemikiran, kewangan
dan sokongan daripada banyak pihak. Ia tidak mampu dicapai dalam suatu waktu yang
singkat. Namun seandainya ia mampu dilaksanakan dengan jaya dan konsisten,
walaupun dalam suatu jangka waktu yang panjang, tentulah hasilnya mampu dilihat
dan ia bakal memberi pengaruh yang cukup besar dalam pembinaan, pembaikan serta
nilai tambah kepada sesebuah peradaban, terutamanya peradaban Melayu.

Ilmu perlu disaring terlebih dahulu dan dibentuk mengikut acuan yang
dikehendaki sebelum ianya disebar dan diterapkan kepada sistem pendidikan negara
untuk digunakan mengikut kegunaan tertentu bagi menjamin kesan yang positif
terhadap pertumbuhan dan perkembangan masyarakat dan negara yang harmoni.
Justeru, sains yang dibentuk dalam acuan yang benar dan bersesuaian dengan sifat
sains itu sendiri, maka penerimaannya akan diterima pakai oleh semua tanpa ada
sesiapa yang akan menafikan hak sifat sains itu sendiri, tetapi jika sebaliknya yang
berlaku, pentafsiran sains tersebut akan berterusan dibidas, disangkal, dikritik sehabis
mungkin, sebelum sains dengan sifatnya yang sebenar mampu dihurai dengan tepat
dan diterima oleh ilmuwan yang mempunyai asas yang cukup kuat dalam
pembangunan sains.

Kepentingan kajian ini kepada pihak awam pula adalah untuk menyedarkan
masyarakat bahawa wujudnya proses dan gagasan pengislaman sains, dan mereka
seharusnya sedar dan tidak menerima sains yang telah dihuraikan melalui kaedah
huraian Barat atau sekularisasi secara “membuta tuli” tanpa perlu berfikir atau
mengkaji terlebih dahulu. Mereka seharusnya sedar bahawa tanggungjawab yang
sebelum ini terbeban hanya di atas bahu ilmuwan dan sarjana Muslim tertentu sahaja
tidak seharusnya berlaku. Pengislaman sains ini seharusnya dipikul oleh keseluruhan
ilmuwan dan sarjana Muslim yang ada pada hari ini dan tidak terus hanyut dengan
sains yang diselewengkan oleh Barat atau sekularisasi. Sokongan yang padu perlu
diberikan kepada para ilmuwan yang berusaha keras memastikan agenda pengislaman
38

sains yang menyepadukan sains, Islam dan bahasa terlaksana. Sentiasa istiqamah,
bergerak dan tidak hanya menjadi “hangat-hangat tahi ayam” yang bergerak hanya
mengikut musim, sedangkan usaha ini perlu dilakukan secara berterusan untuk terus
memperbaiki dan memantapkan idea-idea kesepaduan sains, Agama Islam dan bahasa.

Dimensi pemikiran ilmuwan sains Melayu yang dikaji pemikirannya


berkenaan dengan idea-idea Sains Islam yang telah dibincang dan dibahaskan melalui
buku-buku, kertas kerja, bab buku, syarahan dan sebagainya mempengaruhi
pergerakan sosial, seterusnya masyarakat Islam dalam memahami konsep Sains Islam
yang bertepatan dengan kehendak ajaran yang telah disebar luaskan oleh junjungan
mulia Nabi Muhammad SAW dengan panduan dari Pencipta melalui al-Quran dan
Hadis. Kekuatan idea-idea dalam memartabat dan menjadikan kesepaduan sains,
agama dan bahasa, atau pengislaman sains sebagai suatu usaha yang nyata, berjaya
mempertahankan kedudukan Islam di dalam masyarakat yang menjunjung martabat
ilmu yang bersih dan suci dari pencemaran atau penyelewengan pihak-pihak tertentu
yang mempunyai agenda dan kepentingan tersendiri. Secara tidak langsung, usaha
menyepadukan sains, agama dan bahasa mampu menolak sekularisasi dan menjaga
kepentingan Agama Islam dalam jiwa individu dan masyarakat yang ada pada masa
ini dan masa akan datang.

Penerimaan agama dalam kalangan masyarakat menampakkan kesan yang


cukup positif untuk menghindari fahaman-fahaman yang telah terkesan oleh cara
Barat yang banyak menyumbang nilai-nilai yang negatif kepada masyarakat. Agama
Islam mengharmonikan ilmu dan sikap individu yang telah disekularkan oleh pihak-
pihak yang tidak bertanggungjawab kerana Islam telah berjaya diinstitusikan oleh
insan yang mempunyai kesedaran yang tinggi dan seterusnya turut memberi faedah
kepada keharmonian hidup masyarakat. Justeru itu, penekanan terhadap pendidikan
yang benar di samping budaya beragama dalam kalangan masyarakat yang dicetuskan
melalui pemikiran ilmuwan yang bertungkus lumus menjalankan tanggungjawab
mereka dalam mengharmonikan suasana dan pemikiran dapat menghalang penularan
proses sekularisasi yang berterusan kepada sesuatu fakta dan fahaman.
39

Justeru itu, segala ilmu yang ada pada hari ini, tidak sepatutnya disalahertikan
ekoran daripada penyelewengan dan terkesan dengan pemahaman yang telah diterang
tafsirkan mengikut cara faham Barat. Kefahaman kepada usaha murni kajian ini tidak
seharusnya berlegar dalam suatu organisasi tertentu sahaja, tetapi didokong bersama
ilmuwan yang bukan berada dalam organisasi tersebut, supaya wujud suatu ikatan dan
kesepakatan dalam menterjemahkan usaha-usaha yang dijayakan ini. Maka usaha ini
seterusnya akan membawa kepada kekuatan dan pengukuhan gagasan pengislaman
sains. Bukan sahaja ikatan dan kesepaduan ilmuwan dan sarjana mampu terjana,
malah pembaratan sains yang jauh menyimpang dari ajaran Islam mampu dikesan dan
diselesaikan oleh semua pihak yang memahami konsep tersebut.

1.8 CABARAN KAJIAN

Menjalan dan menyempurnakan kajian ini merupakan azam dan impian yang
semestinya perlu dipenuhi. Dewasa ini, sumber rujukan yang membincangkan
gagasan pengislaman sains mudah didapati di kebanyakan perpustakaan dan internet.
Namun begitu, di sana masih terdapat sedikit kesukaran dalam kajian kepustakaan
melalui pencarian data yang betul-betul merujuk kepada pemikiran tokoh-tokoh sains
Melayu yang terlibat dalam kajian ini. Walaupun begitu, dengan usaha, keyakinan,
dan matlamat yang ingin dicapai, maka kajian ini dilaksanakan mengikut data yang
diperoleh. Begitu juga dengan kesukaran untuk mendapatkan penulisan-penulisan
terbaru daripada tokoh yang telah bersara sepenuhnya dalam kajian ini seperti Tajul
Ariffin dengan penulisan yang paling baru yang berjaya diperoleh sehingga tahun
2007 sahaja. Begitu juga dengan tokoh yang telah meninggal dunia, iaitu Ungku
Omar. Berbeza pula dengan Shaharir dan Mohd Yusof, walaupun telah bersara wajib,
namun masih ada penerbitan baru bagi penulisan mereka sekurang-kurangnya pada
tahun 2015 oleh Shaharir dan 2014 oleh Mohd Yusof.

Dalam usaha untuk menjadikan kajian ini suatu kajian yang tepat dan
bersesuaian dengan tajuk kajian yang dipilih, pengkaji perlu memperuntukkan masa,
turun padang mengadakan temujanji untuk menemubual Tajul Ariffin dan Mohd
Yusof, manakala Shaharir pula ditemubual melalui talian telefon. Usaha ini dilakukan
untuk mendapatkan maklumat yang berharga yang diperoleh sendiri tanpa perlu
40

perantaraan daripada pihak-pihak tertentu, buku-buku, rencana dan pelbagai bentuk


penulisan lain. Penyesuaian masa antara pengkaji dan insan-insan yang terlibat untuk
ditemubual menjadi suatu cabaran kerana mereka ini kebanyakannya adalah orang-
orang yang ternama dan tersohor yang mempunyai peruntukan waktu yang agak
terbatas. Namun begitu, cabaran ini mampu ditangani dengan jayanya, malah telah
membuatkan pengkaji berasa teruja kerana dapat bersua muka atau berbicara dengan
insan-insan hebat yang selama ini banyak menabur bakti dalam bidang mereka
masing-masing.

1.9 SUSUNAN PENULISAN

“Kesepaduan Sains, Agama Islam dan Bahasa Menurut Pemikiran Ahli Sains Melayu”
merupakan satu kajian yang dilaksana dan dizahirkan isi kandungannya menerusi
sembilan bab kesemuanya. Gambaran awal bagi keseluruhan kajian digambarkan
melalui kandungan penulisan Bab 1 yang merangkumi objektif kajian, persoalan
kajian, latar belakang kajian, metodologi kajian, kajian literatur, cabaran serta
sumbangan kajian kepada sektor-sektor yang terlibat. Kajian literatur yang dipaparkan
melalui bab ini cenderung kepada pemerolehan pemahaman serta penilaian konsep
pengislaman sains yang didokong oleh pelbagai ilmuwan dari luar dan dalam negara.
Di sinilah antara bahagian yang perlu diambil perhatian yang cukup untuk
memastikan kesinambungan dan kelancaran perjalanan kajian yang di jalankan ini.

Kemudiannya, pada Bab II yang membawakan tajuk “Perkembangan Wacana


Pengislaman Sains” membincangkan perkembangan ilmu sains yang berlaku secara
umumnya sejak daripada awal pembentukan tamadun awal manusia sehinggalah
kepada kegemilangan Tamadun Islam sebagai zaman keintelektualan yang
mengembangkan ilmu mengikut acuan Islam. Seterusnya diteruskan dengan
perbincangan wacana pengislaman ilmu tentang definisi ilmu dan sains yang perlu
difahami sebelum diteruskan kepada perbincangan-perbincangan selepasnya yang
menyentuh tentang klasifikasi ilmu, konsep, definisi pengislaman ilmu dan langkah-
langkah pengislaman ilmu yang pernah dibincangkan oleh tokoh-tokoh yang terkenal
dalam agenda pengislaman ilmu. Bab ini juga membincangkan perkembangan
pengislaman ilmu di Malaysia yang memfokuskan perkembangannya sejak 1970-an .
41

Seterusnya kajian ini menyentuh tentang apakah peranan yang dimainkan oleh
Akademi Sains Islam Malaysia (ASASI) sebagai penggerak wacana pengislaman ilmu
di Malaysia.

Pada bab ketiga kajian ini, kajian menumpukan kepada konsep kesepaduan
sains, agama dan bahasa. Bab ini membincangkan sains dan agama serta hubungkait
antara keduanya sebelum ditumpukan kepada sains yang merujuk kepada pandangan
Islam. Kesepaduan sains, agama dan bahasa dibincangkan dengan mendefinisikannya
terlebih dahulu bersama konsepnya sebelum membincangkan penerapan kesepaduan
sains, Agama Islam dan bahasa dalam sistem pendidikan negara yang terlaksana
melalui penggubalan Falsafah Pendidikan Negara, konsep pendidikan sepadu dalam
kurikulum, buku teks sekolah dan perlaksanaan pendidikan bersepadu di institusi
pengajian tinggi.

Bab yang ke seterusnya adalah pemikiran empat tokoh yang dipecahkan


kepada empat bab dengan masing-masingnya diletakkan di bawah perbincangan bab
yang berbeza. Pemikiran tokoh pertama yang dibincang di dalam kajian ini adalah
Ungku Omar, dengan tajuk yang diberikan “Pemikiran Ungku Omar sebagai Ahli
Perubatan Melayu Peduli Agama dan Bangsa”. Bab ini akan membincangkan hal-hal
yang berkaitan Ungku Omar terlebih dahulu dari sudut latar belakang, pendidikan dan
kerjaya di sepanjang kehidupan beliau. Seterusnya perbincangan diteruskan dengan
menyentuh sumbangan Ungku Omar dalam membangunkan bangsanya melalui
Bahasa Melayu yang dititik beratkan terutamanya dalam pendidikan negara pada
waktu itu. Seterusnya bab ini menyentuh pemikiran Ungku Omar dalam kesepaduan
sains, agama dan bahasa yang pernah beliau usahakan semasa hayat beliau sebagai
ahli sains Melayu.

Bab yang kelima kajian ini meletakkan perbincangan pemikiran Shaharir


dengan tajuk “Pemikiran Shaharir Mohamad Zain dalam Kesepaduan Sains, Agama
dan Bahasa Melalui Agenda Pemperibumian Sains”. Bab ini membincangkan latar
belakang Shaharir Mohamad Zain untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi.
Perbincangan diteruskan dengan perbincangan pemikiran beliau dalam pengislaman
sains dan matematik dan pengaruh Bahasa Melayu kepada pembangunan bangsa
42

Melayu. Seterusnya menyentuh bidang yang beliau perjuangkan iaitu etnosains,


etnomatematik dan pemperibumian sains yang juga mempunyai persamaan dengan
tujuan dan matlamat agenda pengislaman ilmu di Alam Melayu.

Bab yang keenam kajian ini pula menyentuh pemikiran Mohd Yusof bin Hj
Othman yang banyak menggunakan pendekatan Sains Tauhidik dalam
membincangkan wacana pengislaman sains. Untuk lebih mengenali tokoh yang dikaji
pemikirannya berhubung dengan pengislaman sains ini, bab ini memberikan perhatian
kepada sejarah hidup yang telah dilalui oleh ilmuwan Yusof Othman dari peringkat
awal sehingga 2018 dengan penglibatan keluarganya yang banyak mempengaruhi
perjalanan kehidupan beliau. Latar belakang pendidikan serta laluan kerjaya pemikir
ini juga dijelaskan. Ekoran daripada penglibatan beliau dalam beberapa organisasi
yang berperanan dalam memartabatkan gagasan pengislaman sains dan ketokohan
beliau, kajian turut menyenaraikan bukti keintelektualan yang diterjemahkan melalui
penulisan beliau.

Manakala pada bab yang ketujuh pula, pengkaji telah memilih Tajul Ariffin
Bin Noordin untuk dikaji pemikiran beliau. Bab yang membawakan tajuk “Pemikiran
Tajul Ariffin Noordin dalam Konsep Pendidikan Sepadu” ini pada permulaannya
membincangkan latar belakang beliau untuk memperkenalkan beliau secara ringkas.
Seterusnya, perbincangan menumpukan kepada konsep pendidikan bersepadu yang
diperjuangkan oleh beliau dalam sistem pendidikan negara. Oleh kerana beliau
merupakan ahli atau pakar di bidang sains biologi, maka kajian ini memilih untuk
meninjau penerapan konsep bersepadu dalam pendidikan sains biologi yang telah
beliau bincangkan.

Bab yang seterusnya adalah bab yang kelapan dengan tajuknya, “Analisis
Kesepaduan Sains, Agama Islam dan Bahasa Meleyu”. Bab ini membincangkan kajian
pemikiran empat sarjana Melayu yang mempunyai kepakaran utama dalam bidang
sains tulen yang telah dibincangkan pada bab-bab sebelum ini. Kajian pada bab ini
memaparkan perbandingan pemikiran antara mereka dari sudut persamaan dan
perbezaan yang mereka bawakan dalam membahaskan konsep kesepaduan sains,
agama dan bahasa. Persamaan dan perbezaan pemikiran yang wujud dalam kalangan
43

mereka menjadi identiti dan pendirian diri masing-masing yang sekurang-kurangnya


masih mengikut citarasa dan kehendak Islam dalam mereka mengurus tadbir suatu
ilmu mengikut pengkhususan masing-masing. Seterusnya bab ini juga
membincangkan perlaksanaan yang perlu dilaksanakan bagi memastikan konsep
kesepaduan sains, agama dan bahasa tercapai untuk dilaksanakan dalam sistem
pendidikan negara.

Bab yang kesembilan merupakan bahagian kesimpulan kajian. Di bahagian ini,


sebagai penutup kepada kajian, inti patinya tertumpu kepada rumusan secara
menyeluruh. Rumusan-rumusan yang diperoleh ini, dibincangkan bagi
merangkumkannya dalam satu bab. Sebagai pengakhiran bagi bab perumusan ini,
penutup bagi penulisan kajian ini dinukilkan dalam bahagian kesimpulan yang bukan
sahaja merujuk kepada bab ini semata-mata, tetapi kesimpulan yang mewakili
keseluruhan penulisan.

1.10 KESIMPULAN

Ilmu agama yang bersumberkan al-Quran dan Sunnah Rasulullah adalah saling berkait
rapat dengan ilmu sains yang lahir dari logik akal manusia kerana mereka lahir dari
sumber yang sama iaitu, Allah yang Maha Bijaksana dalam segala sesuatu. Oleh
kerana wujudnya perkaitan antara dua ilmu ini, maka proses pengislaman ilmu amat
penting agar manusia dapat mengetahui cara untuk meletakkan sesuatu perkara pada
tempat dan masa yang sewajarnya.

Dengan meletakkan sesuatu pada tempat dan masa yang sewajarnya, maka
manusia akan sentiasa terpandu ke arah keadilan yang memberikan jaminan kepada
kebahagiaan dan kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat. Generasi yang lahir dari
pendidikan pengislaman sains adalah generasi yang taat kepada segala perintah
Tuhan, bertanggungjawab dan mempunyai disiplin yang tinggi. Generasi ini jugalah
yang akan sentiasa memastikan kemajuan umat akan terus terlaksana dan tercapai.

Kesepaduan sains, Agama Islam dan bahasa menjadi satu titik tolak kepada
proses pengislaman bidang-bidang lain seperti sains sosial, sains kemanusiaan, politik,
dan ekonomi. Dewasa ini, gagasan pengislaman sains menjadi agenda utama bagi
44

golongan ilmuan yang sedar akan kepentingan dan kesinambungannya, usaha ini
memerlukan sokongan dari semua pihak bagi menjayakannya. Jika usaha ini diambil
mudah oleh pihak-pihak yang seharusnya bertanggungjawab dalam menghidupkan
gagasan ini seperti golongan pendidik, pemimpin dan pelajar, maka dibimbangi
seandainya idea besar ini akan menjadi malap dan sukar untuk terus dihidupkan
kembali.
BAB II

PERKEMBANGAN WACANA PENGISLAMAN SAINS

2.1 PENGENALAN

Sarjana yang telah dilahirkan oleh sistem pendidikan Barat tentunya akan mengikut
cara fikir Barat dalam membuat suatu penilaian dan penjelasan ilmu. Mereka menilai
suatu ilmu itu bersifat ilmiah dan objektif melalui huraian ilmu tersebut yang sentiasa
dianggap sebagai neutral atau bebas nilai. Keneutralan ilmu merupakan suatu sifat
bebas nilai yang disandarkan kepada ilmu, ia tidak memihak kepada agama atau
kepercayaan tertentu. Namun begitu, benarkah ilmu tersebut yang mereka anggap
sebagai ilmu yang neutral itu benar-benar neutral dalam konteks neutral yang
sebenarnya? Sedangkan, jika diperhatikan kepada hakikat sebenar, ilmu tersebut
hanya neutral daripada nilai-nilai Islam, nilai-nilai agama, atau mudahnya nilai-nilai
ketuhanan, namun tidak kepada nilai-nilai lain seperti sekularisme atau liberalisme.

Penilaian ilmu yang sebegini adalah salah satu daripada pertimbangan berat
sebelah yang diada-adakan akibat daripada kepentingan tertentu, terutamanya untuk
memahami alam tanpa melibatkan kuasa yang lebih besar, bebas tanpa ada batas yang
menghalang perkembangan sains mengikut kehendak mereka. Nilai-nilai budaya dan
agama yang mempengaruhi ilmu pengetahuan diselindung dan tidak langsung
dilibatkan dalam huraian ilmu. Ini bertujuan untuk memenuhi ciri-ciri ilmu yang
dikatakan neutral atau bebas nilai mengikut cita rasa Peradaban Barat. Hasilnya, ilmu
yang diolah dan seterusnya diperkenalkan terutamanya sains yang menjadi tumpuan
kajian ini, seakan-akan berdiri sendiri dan memenuhi hukum tersendiri. Keterujaan
ilmuwan dan sarjana terhadap ilmu dibataskan kepada hukum alam, dan bukannya
kehebatan Pencipta yang menciptakan hukum-hukum tersebut. Justeru itu, agama
46

yang mentauhidkan Pencipta dipisahkan secara langsung daripada sains sehingga


agama dan sains menjadi dua skop perbincangan yang tidak boleh dipertemukan.

Pada hakikatnya, sains dan Islam adalah dua perkara yang mendokong tujuan
yang sama dalam mencari kebenaran bagi suatu kejadian dan fakta. Namun begitu,
sains tidak akan mampu untuk mencapai kebenaran yang memuaskan jika tidak
dipandu oleh ilmu wahyu yang benar. Menurut Baharudin (2008), sains yang pernah
dibentuk dalam sejarah pemikiran Islam pada zaman lampau tidak sekali-kali
merupakan sains yang tidak praktikal, malah sebenarnya adalah sains yang seimbang.
Ia gagal dibina dalam sains moden disebabkan sejarah pemikiran dan penghidupan
Barat lebih 300 tahun kebelakangan ini umumnya melihat sains dan teknologi dalam
satu rangka pemikiran yang terbatas dan berguna untuk satu-satu tujuan tertentu,
dengan kepentingan tertentu sahaja yang lebih bersifat keduniaan dan kebendaan
untuk memuaskan hawa nafsu mereka.

Sains yang seimbang ini terhasil daripada ilmu sains yang dibentuk melalui
suatu paradigma yang sentiasa disandarkan kepada ketetapan ilmu wahyu. Sains yang
dibentuk mengikut pemikiran Islam perlu dikembalikan semula seperti yang telah
terbentuk pada zaman kegemilangan ilmu Tamadun Islam. Sesungguhnya Islam yang
menggunakan Al-Quran dan Hadis sebagai asas utama ilmu wahyu adalah yang
tertinggi dan tiada yang boleh menandinginya. Justeru, pada zaman tersebut, ilmu
wahyu diutamakan dan diletakkan pada hierarki tertinggi ilmu. Begitu juga dengan
teknologi dalam Peradaban Islam merupakan teknologi yang seimbang antara
keperluan duniawi dan memenuhi kehendak Agama Islam. Perkara ini jelas disebut
oleh Wan Ramli (2010) tentang teknologi adalah suatu cabang ilmu praktik untuk
mencapai tujuan praktik, manakala teknologi Islam pula mempunyai takrif yang lebih
meluas dan terperinci iaitu, ilmu yang mencapai tujuan praktik dan yang
bertunjangkan tawhid, berimbang dan berseimbang dengan alam, terkekang dalam
lingkungan had syariah, terlaksana mengikut sistem etika Islam yang mengutamakan
keadilan dan dipertanggungjawabkan kepada manusia sebagai khalifah dan hamba
Allah di dunia ini.
47

Pada zaman Peradaban Islam, sains dianggap sebagai sebahagian daripada


falsafah yang mengutamakan ilmu wahyu. Sarjana Islam pada zaman kegemilangan
ilmu dalam Tamadun Islam sentiasa menggunakan konsep saling kaitan antara
pelbagai bidang ilmu (Osman Bakar 1987). Begitu jugalah dengan sains yang
dibangunkan, akan sentiasa terkait dengan ilmu wahyu sesuai dengan tarafnya sebagai
ilmu tertinggi. Namun begitu, hubungan antara ilmu tidak lagi dijalinkan secara
harmoni selepas berlakunya revolusi saintifik di Eropah pada abad ke-17, sains
dipisahkan daripada falsafah dan menjadi dua cabang ilmu yang berbeza dan tidak
terkaitkan hanya kerana mereka terlalu mengagung-agungkan sains yang merubah
kegelapan tamadun mereka.

Oleh kerana kesedaran untuk mengembalikan kegemilangan ilmu menurut


pemikiran Islam inilah, maka ilmuwan Islam di zaman moden mula sedar akan
kepincangan sistem ilmu melalui pendidikan yang lebih bersifat sekular. Mereka mula
bangkit untuk mengembalikan nilai ilmu dengan nilai-nilai Islam yang luhur. Syed
Naquib Al-Attas, Ziauddin Sardar, Ismail Raji Al-Faruqi dan Syed Hossein Nasr
adalah ilmuwan yang terkenal dalam membangunkan wacana pengislaman ilmu.
Mereka adalah antara ilmuan-ilmuan yang banyak membincangkan konsep ilmu yang
perlu diwujud dan dikembangkan bersesuaian dengan cita rasa Islam serta berusaha
meletakkan Islam pada kedudukan yang tertinggi yang memberi nilai kepada sains
dengan pemikiran yang tersendiri. Sains Islam yang terbentuk melalui proses
pengislaman ilmu ini membuktikan sains mampu dibentuk dalam kerangka Islam yang
bersandarkan kepada panduan ilmu wahyu.

Oleh itu, kajian ini turut membincangkan perkembangan wacana pengislaman


ilmu bagi mendapatkan gambaran tentang kesedaran dan kebangkitan di zaman moden
untuk mengembalikan Sains Islam yang pernah terbentuk dalam Tamadun Islam yang
tersohor dengan pembangunan ilmu pengetahuan, walaupun pada ketika itu, sains atau
ilmu tidak dijenamakan dengan Islam secara langsung. Justeru, bab ini
membincangkan wacana pengislaman ilmu dan perkembangannya di zaman moden ini
terutamanya sejak tahun 1970-an sehingga 2015. Agenda pengislaman ilmu ini telah
mendorong dan mewujudkan usaha-usaha daripada ilmuwan yang sedar tentang
kepentingannya untuk terus membangunkan gagasan pengislaman ilmu dengan
48

percambahan pemikiran yang pelbagai, antaranya adalah etnosains atau


memperibumikan sains dan menyepadukan sains, agama dan bahasa di Malaysia
untuk diterapkan dalam pendidikan rasmi negara, menggantikan pendidikan sains
yang diperkenalkan oleh penjajah dari dunia Barat.

2.2 PERKEMBANGAN SAINS

Sains bukanlah suatu perkara baru yang dibangunkan di dunia ini, tetapi wujudnya
sains setelah wujudnya manusia di muka bumi ini hasil daripada perkara yang
difikirkan untuk memenuhi keperluan dan memudahkan hidup manusia. Bukti yang
jelas tentang perkembangan sains adalah melalui pembinaan tamadun-tamadun yang
telah menapak lebih awal daripada zaman prasejarah. Menurut Abdul Latif & Khairul
Anwar (2003), ilmu sains yang menjadi titik tolak kepada perkembangan sains yang
digunakan sehingga ke hari ini adalah ilmu sains yang telah diasaskan semasa zaman
awal Yunani yang seterusnya dikembangkan ke zaman kegemilangan Tamadun Islam
di Andalus, kemudian berkembang ke zaman Renaisans dan seterusnya zaman moden
pada abad ke-17 sehingga ke hari ini.

Tamadun-tamadun awal kebanyakannya mengamalkan seni pertanian dan


industri secara primitif untuk kelangsungan hidup mereka pada zaman tersebut. Oleh
kerana keperluan yang amat tinggi kepada kemudahan air, maka tamadun awal ini
dibangunkan kebanyakannya di kawasan yang mudah memperoleh bekalan air seperti
lembah, tepi pantai dan muara sungai. Contohnya Tamadun Mesir terletak di muara
Sungai Nil dan Babilonia di Sungai Euphrates untuk memudahkan mereka
mendapatkan bekalan air, sumber makanan daripada sungai atau laut dan bagi
mengairi tanaman mereka.

Untuk memberikan suatu tanda, pembahagian atau ukuran yang jelas kepada
kerja-kerja terutamanya dalam menguruskan tanaman dan memudahkan urusan
kehidupan, manusia yang hidup dalam tamadun awal ini telah menggunakan unit-unit
pengukuran seperti masa, panjang, berat, isipadu, kaedah penambahan, penolakan,
pendaraban, ukuran empat segi sama dan empat segi tepat. Menurut Hussain Othman
(2009), Tamadun Mesir telah memperkenalkan kaedah mengukur tanah dan kaedah
49

inilah yang menjadi asas kepada perkembangan ilmu geometri sehingga ke hari ini.
Unit-unit pengukuran ini jugalah yang menjadi asas kepada pembinaan piramid.

Tamadun-tamadun yang terdahulu seperti China, India dan Yunani telah


menonjolkan kejayaan-kejayaan mereka yang tersendiri dalam pemikiran sains dan
penciptaan teknologi yang terdapat dalam tamadun mereka. Antara penghasilan yang
terdapat dalam Tamadun China adalah kertas dan kompas. Tamadun ini juga telah
membina kemegahan tamadun mereka dengan membina Tembok Besar Negara China
yang masih kukuh sehingga ke hari ini. Begitu juga dengan pembinaan Istana
Maharaja Ming, Temple of Paradise, Tiennamen dan sebagainya. Semua pembinaan
pada zaman Tamadun China dibangunkan dengan semangat dan aspirasi pemerintah
yang memerintah negara dan ketaatan rakyat kepada pemerintah pada waktu itu dalam
membangun tamadun tersebut. Begitu juga dengan tamadun yang dibina dalam
tamadun-tamadun lain yang terdahulu seperti Tamadun Yunani, India dan Amerika
Latin, semuanya dibangunkan atas semangat, aspirasi dan pandangan alam pemerintah
dan rakyatnya ketika itu (Mohd Yusof 2009a).

Manakala dari sudut perkembangan ilmu melalui pemikiran yang terhasil


daripada pembangunan sesebuah tamadun adalah suatu yang boleh dibanggakan
kerana bermula daripada perkembangan inilah, maka ilmu-ilmu ini terus dikembang
dan ditambah baik untuk digunakan oleh generasi seterusnya sehingga ke hari ini.
Tamadun India terkenal dengan sistem penomboran, manakala perkembangan ilmu
banyak dibincangkan bermula daripada awal Tamadun Yunani. Tamadun ini telah
meningkatkan kesedaran manusia kepada kepentingan ilmu, sains dan falsafah.

Sarjana Sains Barat sangat mengagumi sumbangan Tamadun Yunani dalam


perkembangan ilmu, sains dan teknologi. Sehinggakan ahli-ahli falsafah Yunani
dianggap sebagai bapa kepada perkembangan Sains Barat seperti Plato dan Aristotle
yang menekankan pemikiran berdasarkan suatu perkara yang nyata dan yang terkesan
oleh pancaindera manusia. Namun begitu, menurut Shaharir (2000) dan Abdul Latif &
Khairul Anwar (2003), walaupun sarjana Sains Barat dikatakan kagum dengan
perkembangan ilmu dalam Tamadun Yunani, namun kebanyakan karya-karya ilmiah
dicedok daripada kupasan-kupasan yang telah dibahaskan oleh sarjana-sarjana
50

daripada Tamadun Islam yang telah terlebih dahulu mengembangkan sains daripada
Yunani mengikut cita rasa sarjana Islam. Tamadun Yunani yang dikembangkan
dengan perkembangan sains dan teknologi hasil daripada galakan kepercayaan atau
agama mereka telah terbina sejak kurun ke-6 SM. Tamadun ini mencapai zaman
keemasannya pada kurun ke-3 SM hingga ke-5 M dengan perkembangan ilmu seperti
ilmu astronomi dengan fakta-fakta yang masih diwarisi hingga ke hari ini, hasil
daripada usaha tokoh ilmuwan mereka seperti Anaximennes dan Hiraklides. Tamadun
ini akhirnya juga mengalami kejatuhan pada kurun ke-2 M (Shaharir 2000).

Kejatuhan Tamadun Yunani yang banyak menyumbang kepada pembentukan


ilmu mengikut keperluan dan kepercayaan ilmuwan Yunani hampir disia-siakan oleh
Tamadun Roma kerana tiada kegiatan untuk memperoleh ilmu dalam Bahasa Yunani,
terutamanya kegiatan menterjemah ilmu-ilmu ini ke dalam bahasa pemerintahan
Tamadun Roma yang menggunakan Bahasa Latin. Tamadun Roma yang memberi
gambaran kepada perkembangan awal Sains Barat di Eropah ini muncul dalam kurun
ke-1 SM ketika Tamadun Yunani masih lagi belum mengalami kejatuhan. Ilmu-ilmu
yang dibentuk dalam Tamadun Yunani tidak cuba difahami dan dikaji ekoran daripada
sikap masyarakat mereka pada waktu itu yang asobiyyah 1 , tidak mementingkan
kegiatan ilmu tetapi hanya mementingkan ketenteraan. Tamadun yang terkenal
sebagai tamadun tanpa moral ini telah menjadikan Kristian sebagai agama rasmi
mereka sejak dari 305M, namun masyarakatnya bukanlah pengamal Kristian yang
sebenar, bahkan wujud banyak penyelewengan dan penyongsangan agama dalam
kalangan mereka. Pada waktu ini, sains dan ajaran Bible tidak dibenar untuk disatukan
dan pihak gereja tidak menggalakkan penerokaan ilmu akal. Maka menurut Shaharir
(2000), tidak hairanlah, Eropah tidak mempunyai pencapaian sains hingga ke abad-15
sehinggakan ia mempengaruhi pembentukan Zaman Kegelapan antara abad ke-5
hingga ke-12, sebelum beralih ke Zaman Pertengahan yang menyaksikan
pembentukan kegemilangan Tamadun Islam yang memberi kesedaran kepada dunia
Barat akan kepentingan ilmu demi kebangkitan tamadun mereka.

1
Asobiyyah adalah sikap perkauman dalam kalangan masyarakat. Sikap ini juga lebih kepada
rasis, etnosentrik dan nasionalisme sempit.
51

Pada zaman pertengahan, Empayar Islam semakin berkembang dengan pesat


dari sudut keluasan tanah jajahan dan pencapaian kecendekiawanannya. Tamadun
Islam yang terbentuk daripada abad ke-6M hingga ke-13M telah mencapai waktu
kegemilangannya daripada abad ke-9M hingga ke-11M dengan pencapaian-
pencapaian ilmunya yang tidak mampu ditandingi oleh tamadun-tamadun lain di
dunia. Ekoran daripada kejatuhan Tamadun Yunani yang menyebabkan ilmu
pengetahuan yang terdapat di sana hampir musnah, maka Tamadun Islam yang telah
menjadi penyelamat kepada kemusnahan ilmu pengetahuan daripada tamadun ini.
Begitu juga dengan ilmu daripada tamadun-tamadun lain seperti Parsi dan Asiria
(Shaharir 2000), sarjana Islam pada peringkat awalnya menterjemah ilmu-ilmu yang
diperoleh ke dalam Bahasa Arab. Usaha penterjemahan daripada Bahasa Yunani dan
bahasa-bahasa lain yang giat dilakukan telah mampu menghasilkan ratusan ribu buah
buku daripada pelbagai bidang terutamanya sains dan falsafah. Buku-buku ini
dimuatkan di perpustakaan-perpustakaan yang telah dibina seperti Bayt al-Hikmah
(House of Wisdom) pada zaman Khalifah Al-Makmun dan Harun Al-Rasyid untuk
terus dikaji dan dikembangkan agar ilmu-ilmu mengikut paradigma yang selaras
dengan nilai dan ajaran Islam. Hasilnya, sarjana Islam telah membangunkan bidang-
bidang sains yang amat bermanfaat sehingga ke hari ini seperti matematik, astronomi,
perubatan, kimia, optik dan botani.

Pembangunan Tamadun Islam yang didasari oleh ajaran dan panduan al-Quran
dan sunnah yang sangat menggalakkan umatnya mencari ilmu telah membentuk
masyarakat yang mencintai dan berlumba-lumba menyelongkar khazanah ilmu yang
terdapat di dunia ini untuk mencari kebenaran demi mencapai keredhaan dan merasai
keagungan Allah yang Maha Mencipta. Hasil daripada galakan agama jugalah, umat
Islam sedaya-upaya mencari dan membangunkan ilmu-ilmu sains yang diperoleh
daripada pelbagai tamadun yang telah wujud. Usaha pencarigalian ilmu ini telah
menobatkan nama-nama besar sarjana Islam yang sebenarnya semakin dilupai oleh
kebanyakan daripada pendokong ilmu kini seperti Jaber bin Hayyan (721-815M) yang
telah mengasaskan pembinaan makmal kimia pertama di dunia ini (Mohd Yusof
2014). Begitu juga dengan ilmuan Al-Razi (865-925M) yang terkenal dengan
sumbangan beliau mengelaskan sebatian-sebatian kimia, dan Ibnu Sina (980-1037M)
yang telah menerangkan ciri-ciri ubat-ubatan daripada herba. Manakala Yaqub Al-
52

Kindi (801-873M) telah meneroka ilmu fizik, Al-Biruni telah menulis banyak buku
dalam pelbagai bidang sains, Al-Khawarizmi dikenali dunia sebagai pakar matematik
melalui buku pertamanya tentang algebra (Hakim Mohammed Said & Ansar Zahid
Khan 1992) dan ramai lagi sarjana-sarjana Islam yang meneroka pelbagai ilmu dengan
pelbagai sumbangan tersendiri yang amat membanggakan dunia keilmuan.

Pada zaman ketamadunan Islam, sains dan teknologi dibangunkan serasi


dengan ajaran Islam dan dipimpin oleh kepimpinan umat Islam yang berwibawa.
Namun, menurut Mohd Yusof (2000), apabila pemimpin umat Islam
menyalahgunakan kuasa mereka, pembangunan sains dan teknologi juga turut
terbantut, seperti yang berlaku selepas kejatuhan pemerintahan Islam di tangan
Hulagu Khan dalam tahun 1258. Manakala menurut Abdul Wahab (1985) pula,
kejatuhan Tamadun Islam lebih kepada pengikut Islam secara keseluruhannya, bukan
hanya terbatas kepada pemimpin sahaja. Menurut beliau, menjadi perkara yang benar-
benar salah jika dikatakan bahawa kejatuhan Islam adalah berpunca daripada ajaran
Islam yang tidak mampu disesuaikan dengan perkembangan semasa. Tetapi, kejatuhan
Tamadun Islam adalah berpunca daripada sikap pengikut-pengikutnya yang lalai
dengan perintah-perintah agama. Oleh itu, sekiranya masyarakat Islam kembali
kepada ajaran Islam yang menggunakan Al-Quran dan Hadis sebagai sumber
perundangannya, maka tidak mustahil bahawa sebuah Tamadun Islam seperti yang
pernah terbentuk pada zaman kegemilangannya, akan kembali semula.

Selepas kejatuhan pemerintahan Islam tersebut, umat Islam tidak banyak


memberikan sumbangan mereka kepada sains dan teknologi seperti sebelumnya.
Sekitar abad ke-15, barulah muncul ilmuwan Sains Barat selepas kemenangan mereka
di Cordoba, Sepanyol. Pada zaman kegemilangan Islam, masyarakat Barat masih
berada dalam zaman kegelapan dengan kuasa politik dan pemerintahannya dipegang
oleh raja-raja zalim di bawah pengaruh gereja. Hukuman yang ditetapkan dan
dijatuhkan oleh gereka mengatasi hukuman yang dikeluarkan oleh raja mereka. Gereja
juga berperanan dalam mengawal perkembangan ilmu dan sains. Sebarang ilmu yang
menyanggah pegangan gereja akan dikafirkan dan orang yang mengembangkan ilmu
tersebut akan dihukum seperti yang telah berlaku kepada Galile Galileo (1564-1642).
53

Galile Galileo dibuang daripada gereja kerana berpendapat bahawa bumi mengelilingi
matehari dan bertentangan dengan pandangan gereja (Mohd Yusof 2000).

Pemindahan ilmu daripada orang Islam kepada Barat berlaku dalam tiga fasa.
Pertama, kedatangan sarjana-sarjana Barat ke negara-negara Islam untuk mempelajari
ilmu yang telah dilahirkan dan dibangunkan oleh orang-orang Islam. Constantine of
Africa dan Adelhard adalah antara sarjana Barat terawal yang datang ke Sepanyol.
Mereka bukan sahaja belajar, malahan menterjemahkan karya-karya berBahasa Arab
kepada Bahasa Latin. Usaha penterjemahan daripada Bahasa Arab kepada Bahasa
Latin diteruskan oleh sarjana Barat yang lain termasuklah mereka yang terlibat dengan
gereja. Keduanya, sarjana-sarjana Barat ini pulang ke negara mereka dan
mengasaskan pusat-pusat pengajian di negara mereka seperti di Itali dan Perancis
dengan menggunakan sumber-sumber ilmu umat Islam. Akhirnya ilmu Sains Islam
telah dipindahkan ke negara-negara Eropah yang lain melalui Itali dan Perancis
(Hussain Othman 2009). Kemasukan pemikiran dan Sains Islam ke Barat tidak
diterima dengan baik oleh pihak gereja. Falsafah dan sains dianggap bertentangan
dengan ajaran agama mereka. Pengajaran yang berkaitan pemikiran Aristotle dan Ibn
Rushd diharamkan oleh pihak gereja. Penyebaran ilmu sains inilah yang telah
menyebabkan Bruno dibakar hidup-hidup, Kepler dihukum bunuh dan Galileo dipaksa
untuk menarik balik pandangan sains yang telah dikemukakan oleh beliau kepada
masyarakat dan pihak gereja pada waktu itu (Hussain Othman 2009).

Pemikir-pemikir Islam yang mempelajari pemikiran Plato, Aristotle, dan


Plotinus telah berjaya mengharmonikan agama dengan akal dan telah membolehkan
mereka memanfaatkan dunia Islam dan juga Eropah. Keadaan ini sedikit demi sedikit
menyebabkan ahli-ahli Sains Barat mula membenci agama-agama mereka dan
akhirnya mereka menolak peranan agama dalam sains. Pada mulanya mereka nampak
seperti ingin menjadi seperti ilmuwan Islam yang boleh mengharmonikan sains
dengan agama. Sikap gereja dan banyak ketidakserasian antara penemuan sains
dengan ajaran gereja Kristian menyebabkan mereka meninggalkan agama, lalu
meletakkan diri mereka sebagai entiti tersendiri dalam masyarakat. Di sinilah
bermulanya sekularisme dalam sains di Barat. Copernicus dan Galileo yang
menganggap diri mereka beragama, tetap dikafirkan oleh gereja Kristian ekoran
54

daripada pandangan sains mereka yang bertentangan dengan pandangan gereja


(Hussain Othman 2009). Pemisahan agama daripada sains dikatakan oleh sebahagian
ahli Sains Barat sebagai salah satu faktor yang melahirkan kejayaan sains hari ini.
Jadilah sains moden hari ini bebas daripada sebarang fahaman, agama, nilai,
tanggungjawab dan hanya berdasarkan rasional akal manusia yang seterusnya
membentuk faham rasionalisme dan sekularisme.

Abad ke-19 telah menyaksikan perkembangan dalam sains dan industri. Teori
atom yang telah lama wujud dalam dunia Islam mula dikembangkan oleh ahli Sains
Barat seperti John Dalton (1766-1844). Manakala perkembangan ilmu sains pada abad
ke-20 dan 21 lebih rancak dengan amalan-amalan sains gunaan yang melahirkan
berbagai-bagai ciptaan, sama ada untuk tujuan kebaikan ataupun keburukan. Ciptaan
saintifik untuk kebaikan seperti pengangkutan dan teknologi pembinaan banyak
membantu meningkatkan taraf kehidupan manusia. Manakala, dalam usaha untuk
memperoleh sesuatu untuk kepentingan diri sendiri, maka ciptaan yang membawa
kepada keburukan seperti penciptaan senjata-senjata pemusnah untuk peperangan
seperti bom nuklear, senjata kimia, gas beracun, dan sebagainya lebih mendapat
tempat dan perhatian saintis Barat. Natijahnya, seperti yang telah disebut oleh Abdul
Wahab (1985), sains dan teknologi yang dibentuk dalam Tamadun Eropah Moden
membentuk krisis dalam diri manusia dan di antara manusia dengan alam sekitarnya.
Berbeza daripada Tamadun Eropah Moden, tamadun-tamadun sebelumnya seperti
Tamadun Islam, Mesopotamia dan Mesir telah berjaya membentuk sains dan
teknologi dengan sistem perundangan dan keagamaan yang saling melengkapi
sehingga wujud hubungan atau kesalingbergantungan yang harmoni antara manusia
dan alam.

Keterpisahan antara sains dan peranan agama atau sekularisme telah


menjadikan sains sebagai ilmu yang tidak mempunyai batas kepenggunaannya. Sains
yang dibentuk dalam kerangka pemikiran yang berteraskan rasionalisme menganggap
bahawa ia tidak perlu mematuhi sebarang aturan atau had-had kajian dan
kepenggunaannya, yang terkandung dalam ajaran-ajaran agama atau kepercayaan. Ini
kerana, agama dan kepercayaan tidak mampu dibuktikan oleh kuasa akal atau
ringkasnya tidak rasional. Menurut Abdul Wahab (1985) pensekularan merupakan ciri
55

terpenting kepada pembentukan sains moden dan perkara ini pernah disentuh oleh
Maurice Bucaille (Abdul Wahab 1985:19) bahawa; “Golongan terbesar dalam
kalangan ahli sains hari ini, kecuali segelintir, adalah sebenarnya diikat oleh teori-teori
materialisme, dan mereka memandang ringan atau tidak mempedulikan persoalan-
persoalan agama yang mereka selalu menganggap bahawa agama itu didirikan di atas
lagenda”.

Teknologi sains telah dimanipulasi dengan sesuka hati tanpa ada sebarang
landasan yang membatasi setiap ciptaan dan cita-cita ahlinya. Hanya untuk
kepentingan, kepuasan, kekuasaan dan menunjukkan kehebatan dalam penggunaan
sains, mereka sanggup untuk mengesampingkan lumrah hidup bertuhan. Mereka tidak
mempertimbangkan keburukan-keburukan yang bakal diterima hasil dari penciptaan
yang mengubah keadaan semulajadi atau menyalahi etika kehidupan seperti
pengklonan binatang dan manusia, permanian beradas tanpa ikatan perkahwinan dan
pelbagai lagi.

Manusia telah diciptakan Allah dengan sebaik-baik ciptaan dengan roh dan
jasad yang masing-masingnya merupakan perkara yang tidak boleh difikirkan oleh
akal fikiran manusia yang terbatas dan jasad adalah perkara yang boleh difikirkan
penciptaannya oleh akal manusia kerana mampu dirasa dan dilihat oleh seluruh
pancaindera manusia sendiri. Roh dan jasad atau rohani dan jasmani ini adalah saling
melengkapkan, walaupun unsur kerohanian lebih bersifat kekal yang terbatas dan
jasmani pula hanyalah bersifat sementara. Manusia yang lahir dewasa ini
kebanyakannya adalah manusia yang telah banyak terpengaruh oleh kehidupan moden
tajaan Barat. Menurut Ahmad (2012), manusia moden menyisihkan dan mengabaikan
rohani sehingga membawa kepada ketandusan jiwa. Mereka mengutamakan fizikal
dan mengagungkan akal, sehingga bukan hanya diri dan jiwa rosak, tetapi keteraturan
alam juga menjadi porak peranda. Justeru itu, manusia moden perlu dipulihkan semula
dengan nilai-nilai kerohanian untuk mencapai keseimbangan penciptaan Allah atas
diri-diri mereka dengan bersumberkan petunjuk dan ajaran daripada ilmu wahyu.

Dewasa ini, teknologi maklumat menjadi semakin canggih hasil sumbangan


sains perkomputeran, segala bentuk kekacauan dunia tersebar dengan mudahnya
56

walaupun tidak dinafikan di sana masih terdapat kebaikan-kebaikan yang boleh


dimanfaatkan manusia. Teknologi ini telah menguasai kehidupan manusia terutama
masyarakat muda yang sentiasa mendambakan hiburan. Tanpa batasan yang telah
diwujudkan dalam diri, teknologi maklumat ini tentunya melalaikan mereka. Begitu
juga dengan penyalahgunaan sains dalam menghasilkan suatu alatan untuk
penaklukan suatu kawasan. Manusia dibunuh dan diseksa sesuka hati hanya untuk
memenuhi cita-cita rakus mereka sehinggakan masa depan manusia menjadi mangsa,
kabur, sia-sia dan hak-hak mereka dinafikan.

Manusia perlu menjadi masyarakat berilmu yang sedar tentang penguasaan


sains dan teknologi moden, malah mampu membezakan antara kebaikan dan
keburukan teknologi untuk memastikan kesinambungan kesejahteraan kehidupan yang
lebih terjamin. Kerosakan dan kelalaian masyarakat hasil daripada penyalahgunaan
sains dan teknologi pada hari ini, bakal melahirkan masyarakat yang terlalu
mementingkan diri sendiri. Oleh sebab itu, timbulnya kesedaran ilmuwan untuk
mengembalikan sains “ke tempatnya”. Pengembalian ini menjadi suatu harapan besar
kepada ilmuwan yang mempunyai kesedaran, agar bukan sahaja kehidupan manusia,
malah hidupan-hidupan lain terbela daripada kerosakan hasil ciptaan sains dan
teknologi Barat yang menidakkan lumrah hidup berTuhan.

2.3 WACANA PENGISLAMAN ILMU

Penggunaan kata “pengislaman ilmu” masih baru digunakan dalam dunia moden hari
ini sebagai suatu penyelesaian kepada sistem ilmu atau sains yang tidak lagi mengikut
keperluan manusia yang sebenar, yang seimbang antara keperluan kejasmanian dan
keperluan kerohanian. Namun begitu, dari sudut operasinya, “pengislaman ilmu” telah
berlaku sejak zaman Nabi Adam lagi, dan yang paling sempurna bermula apabila
Rasulullah SAW secara rasminya bergelar utusan Allah di usia 40 tahun setelah
menerima wahyu pertama. Menurut Wan Mohd Nor Wan Daud (1998), beliau
menyatakan bahawa amalan pengislaman ilmu ini telah lama dilaksanakan sejak
kedatangan Islam dan al-Quran merupakan contoh dalam melaksanakan pengislaman
ilmu. Pandangan beliau ini merujuk kepada pandangan Naquib Al-Attas yang
menerangkan bahawa pengislaman alam pra-Islam dan pengislaman Bahasa Arab pra-
57

Islam telah berlaku dengan cara yang sistematik bagi menyusun dan membentuk
semula struktur konsep, bidang semantik dan perbendaharaan dalam istilah dan
konsep-konsep.

Al-Quran inilah yang menjadi panduan dan pedoman kepada umat Islam
sehingga ke hari ini, bahkan sehingga ke akhir zaman penghidupan mereka dalam
melakukan segala pekerjaan atau urusan duniawi dan ukhrawi. Ajaran al-Quran ini
jugalah yang menjadi sumber kepada manusia yang patuh kepada setiap ayat-ayat
yang disampaikan, untuk menjaga akhlak, mengawal dan menguruskan nafsu,
perasaan dan percakapan. Nabi Muhammad menyampaikan ayat-ayat al-Quran yang
diwahyukan ke atas baginda untuk merubah masyarakat Arab terutamanya dari sudut
sikap, akhlak dan pandangan masyarakat pada waktu itu melalui proses pengislaman.

Baginda memperbetulkan kepercayaan dan ilmu yang mensyirikkan Allah


kepada kepercayaan dan ilmu yang mentauhidkan Allah sebagai Pencipta. Ilmu
diperbetulkan agar ia didirikan atas pergantungan kepada Allah yang Esa, dan bukan
menyandarkan ilmu-ilmu yang ada kepada kekufuran. Ilmu seni pembinaan
umpamanya disalurkan pada pembinaan-pembinaan yang memberi faedah untuk
manusia, bukan disalurkan hanya kepada pembinaan berhala-berhala untuk menjadi
bahan sembahan orang-orang yang menyekutukan Allah. Melalui ajaran al-Quran
jugalah, yang menjadi sumber perundangan Islam yang pertama. Dalam masa 23
tahun kenabian, baginda Rasulullah merubah hampir seluruh aktiviti dan kepercayaan
Arab Jahiliah kepada aktiviti dan kepercayaan yang disarankan dan tidak bertentangan
dengan ajaran Islam. Tempoh dakwah baginda selama 23 tahun ini diteruskan oleh
umat Islam sehingga ke hari ini.

Hasil daripada dakwah Nabi SAW selama 23 tahun menyebarkan satu-satunya


agama yang diterima di sisi Tuhannya ini, baginda telah berjaya merubah pandangan
hidup masyarakat Jahiliah pada waktu itu tentang hakikat manusia dan penciptaannya,
penciptaan alam semesta, pengurusan kehidupan dunia dan perkara-perkara yang perlu
disediakan untuk menuju alam selepas mati. Kuatnya kepercayaan umat Nabi
Muhammad kepada apa yang dibawa melalui al-Quran dan Hadisnya, sehinggakan
kewafatan baginda langsung tidak melunturkan pegangan mereka, malah pengislaman
58

yang bukan hanya dari sudut kepercayaan, pegangan, peribadi, akhlak, dan
penampilan, malah ilmu terus diperkasakan dan diteruskan oleh para sahabat, tabiin
dan ulama-ulama sehingga umat Islam mencapai kegemilangannya. Bukan hanya
kegemilangan dalam pemerintahan, malah dari sudut perkembangan ilmu,
terutamanya ilmu-ilmu agama dan ilmu-ilmu keduniaan yang pernah dikuasai oleh
ilmuan-ilmuan Islam daripada Tamadun-tamadun Islam yang pernah terbentuk seperti
Tamadun Abasiyyah.

Setelah sekian lama ilmu disampaikan kepada masyarakat dunia terpisah


daripada konsep dan peranan agama. Konsep ilmu sebegini menafikan peranan
Pencipta dalam segala penciptaan alam, hasil daripada pensekularan ilmu dalam
Tamadun Barat Moden. Umat Islam perlu sedar dan mulai bangkit untuk mencari
suatu alternatif untuk membentuk suatu konsep ilmu yang lebih mesra manusia dari
sudut rohani dan jasmaninya, sesuai dengan kehendak Pencipta-Nya.

2.3.1 Definisi Ilmu dan Sains

Penciptaan manusia oleh Tuhan yang Maha Esa adalah seiringan dengan terciptanya
ilmu pengetahuan untuk kegunaan manusia yang boleh dicapai melalui akal fikiran.
Ilmu merupakan suatu perkara yang wajib dituntut oleh semua manusia untuk
memastikan kelangsungan hidup mereka di muka bumi. Dengan berbekalkan akal
yang dikurniakan Allah, mereka sedaya upaya akan berfikir dan membongkar rahsia
alam yang terdapat di dunia ini yang menjadi tanda kepada kebesaran dan kehebatan
Yang Maha Menciptakan segala sesuatu. Allah telah mewahyukan ayat-ayat-Nya
dalam al-Quran yang membincangkan perihal-perihal yang melibatkan ilmu
pengetahuan. Orang-orang yang berilmu dan beriman sangat dicintai Allah sehingga
martabat orang-orang yang berilmu, dalam masa yang sama juga beriman, lebih
tinggi daripada orang yang hanya beriman namun tidak berusaha memenuhkan jiwa
dengan ilmu. Perkara ini telah dicatatkan Allah dalam Al-Quran melalui surah Al-
Mujadalah ayat 11 (Al-Quran, Al-Mujadalah:11) yang bermaksud;

“Allah mengangkat beberapa darjat orang-orang yang beriman dan


orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan”
59

Begitu juga dengan Rasullullah yang sangat mementingkan umatnya untuk


terus menuntut ilmu sehingga baginda menyebut di dalam Hadisnya bahawa,
menuntut ilmu adalah menjadi suatu kewajipan kepada umat Islam iaitu, Hadis yang
bermaksud, “Menuntut ilmu menjadi kewajipan ke atas setiap orang Islam lelaki dan
perempuan”. Manakala Hadis lain yang menggalakkan umatnya menuntut ilmu di
sepanjang hidup adalah yang bermaksud, “Tuntutlah ilmu dari dalam buaian hingga
ke liang lahad”. Namun begitu, apakah yang sebenarnya dimaksudkan dengan ilmu?
Daripada manakah asal perkataan tersebut sehingga ia digunakan sehingga ke hari ini
dan apakah kaitannya pula dengan sains?

“Ilmu” adalah perkataan yang berasal daripada Bahasa Arab ‘ilm yang
diMelayukan. ‘Ilm jika mengikut penggunaan Bahasa Arab, sudah cukup untuk
merujuk kepada sains. Menurut Kamus Dewan (2005) kalimah ilmu berasal dari
perkataan Bahasa Arab yang membawa maksud pengetahuan, kepandaian, tidak kira
sama ada mengenai dunia, akhirat, zahir atau batin dan lain-lain. Manakala menurut
Che Zaharah Abdullah (2011), Ibn Manzur dalam buku karangan beliau, Lisan al-
Arab menghuraikan al-‘ilmu sebagai merujuk kepada sifat-sifat Allah SWT Yang
Maha Mengetahui, yang berlawanan dengan al-jahl, iaitu jahil. Al-‘ilmu ini membawa
maksud ‘arafa, iaitu mengetahui. Manakala al-‘ilmu dengan pengertian al-‘alam
membawa maksud petanda atau alamat.

Menurut Asyraf Muda (2012), ‘ilm ialah perkataan yang berasal daripada kata
dasar ‘alima yang bererti mengetahui atau perbuatan yang bertujuan untuk mengetahui
sesuatu dengan sebenarnya. Manakala dari segi istilah pula, ilmu diberikan
maksudnya sebagai; segala pengetahuan atau kebenaran tentang sesuatu yang datang
dari Allah SWT, yang diturunkan kepada rasul-rasul-Nya dan alam ciptaan-Nya,
termasuk manusia yang memiliki aspek lahir dan batin. Manakala, jika merujuk
kepada Syed Muhammad Naquib Al-Attas (1995), beliau telah mendefinisikan ilmu
sebagai sampainya makna sesuatu pada hati. Beliau turut mendefinisikannya sebagai,
sampainya jiwa kepada makna sesuatu perkara. Merujuk kepada takrif yang
disampaikan oleh Al-Attas ini, suatu ilmu itu haruslah perkara yang boleh diterima
oleh manusia, difahami dengan jelas, malah perkara tersebut haruslah dipercayai
dengan keyakinan yang teguh, serta Allah merupakan sumber segala ilmu
60

pengetahuan yang wajib ditauhidkan. Bagi Wan Mohd Nor (1988), takrif Al-Attas
tersebut sebenarnya telah menjelaskan bahawa suatu ilmu itu bukanlah sebuah
ketetapan fakta atau maklumat bagi sesuatu kejadian atau perkara, walaupun hakikat
ilmu memerlukan fakta dan maklumat yang benar.

Menurut Endang Saifuddin dalam buku karangannya, Ilmu, beliau mengatakan


bahawa, ilmu merupakan suatu pemahaman manusia yang disusun dalam satu sistem
mengenai kenyataan, struktur, pembahagian, hukum-hukum tentang perkara yang
dikaji dari sudut alam, manusia dan agama, sejauh yang dapat dijangkau daya
pemikiran, yang dibantu oleh panca indera manusia (Budi Handrianto 2010).
Mengikut definisi-definisi ilmu yang dibincangkan oleh beberapa pemikir dalam
bahagian ini, ilmu merupakan suatu yang diketahui dan difahami dengan jelas oleh
manusia. Ilmu bukanlah difahami sebagai maklumat dan fakta tetapi maklumat dan
fakta ini hanyalah perkara yang menghuraikan ilmu untuk memberikan kefahaman
kepada manusia. Atau ringkasnya, maklumat dan fakta berfungsi sebagai medium
untuk memberikan keterangan kepada suatu ilmu. Perkara ini jelas berbeza dengan
tanggapan kebanyakan daripada kita yang menganggap ilmu itu merupakan sebuah
fakta dan maklumat, sedangkan ilmu itu merupakan suatu keyakinan dan kepercayaan
hasil kefahaman manusia tentang suatu perkara yang membawa mereka untuk terus
meneguhkan kepercayaan mereka kepada Pencipta ilmu dan kebenaran.
Kesimpulannya, ilmu adalah sebuah pengetahuan yang mampu dicapai oleh akal
fikiran dan jiwa manusia tentang sesuatu perkara yang menerangkan hakikat
penghidupan dunia dan selepasnya, serta hubung kait antara keduanya dalam bidang-
bidang yang mengikut kaedah-kaedah tertentu, yang bersesuaian dengan bidang-
bidang tertentu untuk membangunkan ilmu.

Manakala perbezaan “ilmu” dan “sains” pula, seperti yang ada disebut dalam
awal penulisan bahagian ini, perkataan “ilmu” jika dirujuk dalam Bahasa Arab sudah
menunjukkan maksud sains yang digunakan oleh masyarakat di negara ini dan
kebanyakan negara-negara lain. Menurut Shaharir (2000, 2009a). Sains merupakan
perkataan yang masih baru digunakan dalam Bahasa Melayu yang digunakan secara
rasminya dalam Persekutuan Tanah Melayu atau kininya sebagai Semenanjung
Malaysia sejak 1958 dan di Indonesia menyusul penggunaannya pada tahun 1970-an.
61

Perkataan sains yang digunakan di Semenanjung Malaysia dan Indonesia adalah


menggantikan perkataan “ilmu” yang pernah digunakan sebelumnya. Perkataan sains
ini diambil daripada Bahasa Inggeris, science dengan makna daripada bahasa tersebut
yang mengesampingkan fungsi agama. Menurut Shaharir lagi, pada tahun sebelum
diterimanya perkataan sains untuk menggantikan perkataan ilmu, orang rumpun
Melayu di Alam Melayu ini tidak mahu menerima perkataan science dalam Bahasa
Inggeris atau wetenschap dalam Bahasa Belanda atau ciência dan ciencia yang
masing-masing dalam Bahasa Portugis dan Sepanyol kerana ilmuwan di Alam Melayu
pada waktu itu menganggap bahawa penggunaan kata “sains” tidak sesuai dan tidak
selayaknya untuk dimaknai dengan “ilmu” yang lebih Islami daripada “sains” yang
mendokong falsafah kebaratan. Namun begitu, perkataan “sains” tetap juga digunakan
secara rasminya di Semenanjung Malaysia dan Indonesia yang masing-masing pada
tahun 1958 dan 1970 kerana faktor penjajahan, bukan hanya penjajahan kawasan
takluk, malah turut merangkumi penjajahan pemikiran. Tidak dinafikan masih ada
masyarakat dalam kalangan ilmuan dan agamawan yang sedar dan tidak mahu
menerima perkataan “sains” untuk menggantikan perkataan “ilmu” kerana makna
yang didukung dalam perkataan ini adalah makna daripada bahasa asalnya. Sehingga
sekarangpun, perkataan “sains” seringkali digabungkan dengan perkataan “ilmu” yang
menjadi “ilmu sains” untuk tujuan mendekatkan makna sains sebagai ilmu serta
membezakan sains dan ilmu-ilmu yang lain.

2.3.2 Klasifikasi Ilmu

Apabila membincangkan persoalan ilmu, pelbagai perkara yang menjadi sangkut paut
atau perkaitan kepada ilmu tersebut. Perkaitan-perkaitan ini terdiri daripada sifat-sifat
ilmu, sumber, susunan ilmu dan pelbagai lagi. Justeru, kerana perkaitan-perkaitan
yang menghubungkan sesuatu perkara dengan perkara yang lain sehingga
mewujudkan kesalinghubungan antara bidang-bidang ilmu tertentu, maka diwujudkan
suatu klasifikasi ilmu. Klasifikasi ilmu merupakan suatu pembahagian ilmu mengikut
cabang-cabangnya yang berkaitan supaya mudah difahami dan sistematik dalam
menjelaskan ruang lingkup pengkhususan ilmu, menentukan batas-batasnya dan
menjelaskan hubung kait suatu ilmu dengan ilmu-ilmu yang lain.
62

Klasifikasi ilmu bergantung kepada pemikiran ilmuwan yang cuba untuk


mengelaskan ilmu kepada perkara-perkara tertentu. Klasifikasi ilmu tentunya berbeza
antara setiap ilmuwan kerana kecondongan pandangan masing-masing. Di sini
dicatatkan beberapa klasifikasi ilmu yang berbeza mengikut pemikiran beberapa
ilmuwan yang cuba mengelaskan ilmu kepada beberapa pembahagian. Menurut
Burhanuddin Salam (2005), pada Zaman Purba dan Pertengahan, klasifikasi ilmu
pengetahuan pada zaman ini berdasarkan “artis liberalis” atau “kesenian yang
merdeka”, yang terdiri daripada dua bahagian iaitu Trivium dan Quadrivium.
Klasifikasi Trivium atau tiga bahagian merangkumi gramatik, dialektik dan retorik.
Bahagian gramatik ini adalah bertujuan agar manusia berbicara tentang perkara-
perkara yang baik sahaja, bahagian dialektik pula bertujuan agar manusia dapat
berfikir dengan baik dan sentiasa menggunakan logik akal. Manakala retorik pula
bertujuan agar manusia dapat berbicara dengan baik. Adapun klasifikasi ilmu
Quadrivium atau empat bahagian terdiri daripada aritmatik, geometrik, muzik dan
astronomi. Manakala menurut klasifikasi ilmu klasik pula, ilmu digolongkan dalam
dua klasifikasi utama iaitu sains tabii dan sains sosial.

Aristoteles (384-322SM), seorang ahli falsafah ternama ini juga telah


mengklasifikasikan ilmu mengikut pemikiran beliau. Beliau memberikan suatu
klasifikasi ilmu kepada spekulatif, praktikal, dan produktif. Bahagian ilmu yang
bersifat spekulatif ini bertujuan untuk menerangkan pengetahuan itu sendiri. Ini
adalah sebagai keperluan perkembangan ilmu dan memberikan kefahaman yang jelas
kepada ilmu dengan menggunakan logik akal manusia. Ilmu praktikal pula ialah ilmu
pengetahuan yang bertujuan untuk mencari pengukuran dalam segala tindakan atau
pekerjaan manusia. Manakala ilmu produktif pula ialah ilmu pengetahuan yang
bertujuan untuk menghasilkan suatu hasil karya, alat, dan teknologi (Hadi Kasmaja
2011).

Ilmuwan Islam yang faham dan mengutamakan kehidupan bertuhan


mengelaskan ilmu kepada ilmu yang berguna dan yang tidak berguna kepada manusia.
Kategori ilmu yang berguna; ilmuwan Muslim menghubungkait ilmu-ilmu duniawi,
seperti ilmu perubatan, kedoktoran, fizik, kimia, biologi, geografi, mantik, dan etika
dengan disiplin-disiplin ilmu keagamaan yang khusus. Ilmu sihir, ilmu nujum
63

digolongkan dalam cabang ilmu yang tidak berguna. Klasifikasi inilah yang
membenarkan lumrah hidup dan lumrah ilmu yang berpencipta, sekali gus tidak
membenarkan wujudnya sekularisme dalam kalangan manusia lebih-lebih lagi
masyarakat Muslim. Contoh klasifikasi ilmu yang berguna untuk keperluan hidup
manusia, yang telah wujud dalam sejarah Islam adalah hasil pengelasan oleh
kumpulan Ikhwan al-Safa dalam kurun ke-10M. Pengkelasan ilmu kumpulan falsafah
ini adalah seperti pada Rajah 2.1.

ILMU

SAINS PROPEDENTIK SAINS FALSAFAH

SAINS KONVENSIONAL

1. Membaca dan menulis


2. Tatabahasa 1. Matematik
3. Aritmetik simpan kira 2. Logik/mantik
perdagangan. 3. Ketabiian/tabiisme
4. Puisi. (sains tabii)
5. Mekanik dan azinat 4. Metafizik
6. Perusahaan dan kraftangan
7. Pertanian
8. Sejarah
Sains tabii

1. Bentuk, waktu, ruang dan pergerakan


-prinsip-prinsip jirim
2. Bumi dan langit
3. Pertumbuhan dan pereputan
4. Fenomenon atmosfera
5. Mineralogi
6. Botani
7. Zoologi

Rajah 2.1 Klasifikasi Ilmu Kumpulan Ikhwan al-Safa

Sumber: Mohamad Ali 1985


64

Sarjana Islam Al-Ghazali (1058-1111) mengklasifikasikan ilmu secara


umumnya kepada dua bahagian iaitu, Ilmu Muamalat dan Ilmu Mukasyafah
(Ashabulmuslim 2008; Muhammad Saad 2014). Ilmu Muamalat adalah suatu ilmu
yang diperoleh manusia sama ada melalui utusan Allah, akal, pengalaman dan
pendengaran. Ilmu Muamalat pula dibahagikan kepada dua bahagian utama iaitu ilmu
Fardhu Ain dan ilmu Fardhu Kifayah. Ilmu Fardhu Ain adalah ilmu yang mendirikan
Agama Islam seperti mengucap syahadah, menunaikan sembahyang, mengeluarkan
zakat, berpuasa dan menunaikan fardhu haji bagi yang berkemampuan atau
ringkasnya ilmu syar’iyyat. Manakala Ilmu Fardhu Kifayah adalah ilmu yang perlu
dikuasai oleh sebahagian manusia untuk memenuhi keperluan dan menjaga
kemaslahatan hidup manusia keseluruhannya. Pembahagian kedua pula ialah ilmu
Mukasyafah iaitu, ilmu yang hanya diperoleh oleh manusia menerusi ilham yang
diberikan oleh Allah kepada seseorang setelah mereka melalui peringkat-peringkat
tertentu dalam amalannya. Ilmu ini lebih dikenali dalam kalangan ahli-ahli tasawuf
sebagai ilmu ladunni.

Justeru, klasifikasi ilmu Al-Ghazali meletakkan sains tabii yang merangkumi


ilmu-ilmu akal seperti biologi, fizik, kimia, perubatan, kesihatan, geologi, termasuk
ilmu matematik sebagai ilmu-ilmu yang digolongkan dalam kedua-dua jenis
kumpulan ilmu yang diklasifikasikan oleh Al-Ghazali. Sains dengan cabang-
cabangnya boleh digolongkan dalam ilmu Muamalat kerana ilmu sains ini sinonim
dengan ilmu akal dan ia termasuk dalam ilmu Fardhu Kifayah kerana perlu diteroka
oleh sebahagian umat manusia. Namun begitu, hukumnya juga boleh menjadi Fardhu
Ain atau wajib kepada manusia sekiranya tidak didapati orang-orang yang
berkecimpung dalam bidang-bidang yang asalnya menjadi ilmu Fardhu Kifayah bagi
sesebuah kawasan bermasyarakat. Contoh mudahnya, jika sesebuah kawasan tidak
mempunyai ahli dalam bidang perubatan, maka bidang ini menjadi kefardhuan atau
kewajipan kepada umat manusia untuk memastikan adanya individu yang mahir
dalam bidang-bidang sains ini dalam kalangan mereka untuk kepentingan dan faedah
bersama, demi kehidupan yang harmoni.

Sains tabii juga termasuk dalam ilmu Mukasyafah sebagai ilmu yang hanya
diperoleh oleh manusia menerusi ilham yang diberikan oleh Allah kepada seseorang
65

setelah mereka melalui peringkat-peringkat tertentu dalam amalannya. Atau jelasnya


sains yang diperoleh melalui salah satu kaedah sains yang tidak diiktiraf sebagai
kaedah untuk memperoleh pengetahuan sains dalam kalangan kebanyakan ahli-ahli
sains. Kaedah yang dimaksudkan di sini adalah kaedah intuisi yang diistilahkan
sebagai “gerak hati”. Kaedah ini telah dinyata dan dihuraikan oleh Wan Ramli (2010)
dan Shaharir (1985, 2000) sebagai salah satu kaedah sains walaupun ia tidak diterima
oleh kebanyakan ahli sains kerana kaedah ini tidak boleh diperwariskan kepada
sesiapapun melalui pengajaran atau latihan untuk memperoleh kemahiran berintuisi
ini. Sedangkan tidak ada seorang ahli sainspun yang tidak berintuisi dalam kajian
mereka sekurang-kurangnya pada peringkat awalnya. Kaedah ini telah digunakan oleh
ahli sains silam, dan penggunaan kaedah intuisi inilah yang membezakan kaedah
Sains Barat dengan kaedah sains daripada tamadun-tamadun lain. Justeru, kaedah
intuisi ini juga termasuk dalam kaedah untuk mendapatkan pengetahuan sains, sama
seperti kaedah-kaedah lain seperti kaedah aruhan, kaedah deduksi dan kaedah uji kaji.

Klasifikasi yang difikirkan oleh ilmuwan ini berguna untuk kita sehingga hari
ini, bukan hanya sebagai rujukan, tetapi juga sebagai bahan kajian untuk
menghubungkan maklumat, fakta dan fungsi antara ilmu-ilmu yang diklasifikasikan
dalam kumpulan yang sama dan hubungkaitnya dengan kumpulan yang berbeza.
Kesalingbergantungan antara ilmu dari beberapa sudut terutamanya menerusi operasi
dan fungsi, menjadikan ilmu-ilmu tersebut digolongkan oleh ilmuwan-ilmuwan ini
dalam suatu kumpulan ilmu untuk terus diteroka dan dikembangkan. Bukan hanya
berlegar pada bidang pengkhususan yang terlalu kecil seperti yang berlaku pada dunia
moden hari ini seperti orang yang ahli dalam bidang biologi, kurang mahir ilmu
matematik, begitu juga sebaliknya, bahkan ahli dalam dua bidang ini menyisihkan
bidang metafizik yang selama ini dipisahkan menerusi pendidikan sains. Justeru,
masyarakat hari ini harus sedar tentang kesalingbergantungan ilmu yang wujud dalam
kumpulan yang sama dan kumpulan yang berbeza melalui klasifikasi yang telah
disusun oleh ilmuwan Islam yang peka tentang konsep ilmu. Hubung kait inilah yang
mewujudkan satu kesatuan ilmu yang membawa kepada Pencipta ilmu itu sendiri
untuk terus ditauhidkan oleh hamba-hamba-Nya.
66

2.3.3 Konsep dan Definisi Pengislaman Ilmu

Dewasa ini, ilmu moden dan budaya Barat yang sangat bebas tanpa sebarang pedoman
dibawa masuk ke dalam kehidupan, telah meruntuhkan nilai kemanusiaan dan
memesongkan makna ketenangan dan kebahagiaan jiwa yang selari dengan kehendak
sebenar jiwa manusia. Pengaruh pensekularan Barat telah memberi kesan yang negatif
kepada pembangunan ummah. Pelbagai kecelaruan hasil daripada penjajahan
pemikiran oleh pengaruh Barat yang berkuasa dalam pelbagai medium, bukan hanya
dari sudut pengaruh besarnya yang tersebar melalui media-media penyampai
maklumat, terutamanya teknologi internet, pemerintahan, undang-undang negara,
bahkan juga termasuk penulisan-penulisan ilmiah mereka yang menyampaikan ilmu-
ilmu sekular, yang sentiasa mengenengahkan kuasa alam sebagai kuasa utama yang
mempengaruhi segala keajaiban yang menjadi sains dunia. Justeru, kepincangan yang
seperti sengaja dirancang ini tidak akan terbendung sekiranya manusia terus lena
dalam kemegahan pemikiran dan pengaruh Barat. Maka umat Islam perlu kembali
kepada ajaran agama mereka yang mentauhidkan Pencipta. Jika perkara ini
dilaksanakan, maka segala perkara dan urusan manusia dilakukan berlandaskan suatu
pedoman yang hakiki sehingga lahirlah “baldatun thoyyibatun, wa rabbun ghafur”2
(negeri yang baik dan Tuhan yang Maha Pengampun) dengan kehidupan masyarakat
yang tenang dan bahagia dalam negara yang aman damai.

Justeru, masyarakat perlu membebaskan jiwa dan diri mereka daripada


penjajahan-penjajahan ini, terutamanya penjajahan minda masyarakat menerusi satu
revolusi yang telah diungkapkan oleh Al-Attas sebagai suatu revolusi epistemology,
yang kemudiannya lebih dikenali sebagai pengislaman ilmu kontemporari (Rosnani
Hashim & Imron Rossidy 2006). Pengislaman ilmu yang diusahakan oleh ilmuwan
adalah hasil daripada kesedaran mereka akan kepincangan konsep ilmu atau sains
yang disampaikan pada zaman moden ini. Sains moden ini harus dibangunkan seiring
dengan konsep-konsep Agama Islam sehingga wujud suatu konsep yang

2
“Baldatun Thoiyyibatun wa Rabbun Ghafur” adalah secebis ayat daripada keseluruhan Ayat
15 Surah Saba’ dengan maksudnya “Sungguh, bagi kaum Saba’ ada tanda-tanda (kekuasaan Allah) di
tempat kediaman mereka iaitu, dua buah kebun di sebelah kanan dan di sebelah kiri, (kepada mereka
dikatakan) ‘makanlah olehmu dari rezeki yang (dianugerahkan) Tuhanmu dan bersyukurlah
kepadaNya. (negerimu) adalah negeri yang baik (nyaman) sedang (Tuhanmu) adalah Tuhan yang Maha
Pengampun’” (Al-Quran, Saba’:15).
67

menyepadukan keduanya secara harmoni dan seterusnya mewujudkan suatu hasil


yang bukan hanya bermanfaat kepada struktur sains sendiri, bahkan pengaruhnya
kepada jiwa manusia yang mendalami ilmu-ilmu ini.

Sains Islam bukanlah suatu perkara yang asing dalam masyarakat Islam yang
tahu akan sejarah perkembangan Islam, terutamanya pada zaman keemasan Tamadun
Islam, seperti Tamadun Abasiyyah yang masyhur dengan kegemilangan ilmu yang
dibangunkan oleh intelektual-intelektualnya. Namun begitu, Sains Islam yang pernah
dibangunkan ini diubah paradigmanya agar selari dengan kehendak ilmuwan Barat
setelah jatuhnya empayar Tamadun Islam. Oleh itu, sains yang dibangunkan dalam
paradigma Islam, yang pernah dibangunkan dalam zaman keemasan Tamadun Islam
dahulu perlu dikembalikan semula. Sains yang dibangunkan mengikut paradigma
Barat harus dibentuk semula agar menepati sains yang pernah terbentuk dalam sejarah
pemikiran Islam berteraskan Rukun Islam, Iman dan Ihsan yang berpedomankan al-
Quran dan Hadis. Proses yang diperlukan untuk membentuk sains yang sebegini
merupakan antara perkara yang diperlukan dalam pengislaman sains.

Sayyed Hossein Nasr pernah menyatakan bahawa, tidak pernah ada sains yang
diserap ke dalam sebuah peradaban tanpa penolakan sedikitpun. Seperti badan,
sekiranya kita hanya makan, namun badan kita tidak mengeluarkan sesuatu, maka
dalam beberapa hari sahaja, kita akan mati. Sebahagian makanan perlu diserap,
sebahagian lagi harus dibuang (Budi Handrianto 2010). Kenyataan ini merupakan
suatu gambaran tentang proses pembentukan atau pengolahan sains yang disesuaikan
dengan paradigma sesebuah peradaban. Begitu jugalah dengan sains yang diserap
dalam peradaban Islam yang dikupas dan dikembangkan mengikut paradigma Islam.

Pengislaman ilmu atau pengislaman sains merupakan istilah yang tepat


digunakan untuk menggambarkan proses pembentukan sains yang selari dengan
ajaran Agama Islam. Istilah “pengislaman ilmu” mula digunakan oleh Syed
Muhammad Naquib Al-Attas dalam penulisan buku beliau, Islam and Secularism.
Dalam Bahasa Arab, istilah pengislaman ilmu diungkapkan sebagai Islamiyyat al-
Ma’rifah. Manakala dalam Bahasa Inggeris pula, ia disebut sebagai Islamization of
Knowledge. Menurut Kamus Dewan (2005), pengislaman adalah perkataan
68

berimbuhan daripada perkataan asal Islam, yang bermaksud agama suci dari Allah
SWT, manakala “pengislaman” adalah perkataan yang menggambarkan perbuatan
mengislamkan sesuatu. Manakala “ilmu” pula ialah persepsi, konsep, bentuk sesuatu
perkara atau benda. Ia juga melibatkan suatu proses penjelasan, penyataan dan
keputusan dalam pembentukan pemikiran. Oleh itu, pengislaman ilmu merupakan
suatu proses atau perbuatan yang menghubungkan ilmu kepada ajaran Agama Islam
yang mentauhidkan Penciptanya dalam segala kejadian dan penciptaan alam.

Beberapa ilmuwan Islam di zaman moden yang berusaha untuk


mengembangkan agenda pengislaman ilmu telah mendefinisikan “pengislaman ilmu”
mengikut pemikiran dan pengolahan kata yang tersendiri, tetapi mempunyai tujuan
yang sama iaitu untuk membangunkan ilmu dalam paradigma Islam. Bagi Syed
Muhammad Naquib Al-Attas pula, pengislaman ilmu adalah mengeluarkan ilmu
daripada tafsiran yang berasaskan ideologi sekular, dan daripada makna, serta ekspresi
sekular. Selepas pengasingan tersebut, ilmu ini akan bebas daripada elemen dan
konsep utama yang bersifat kebaratan dan kemudiannya digabungkan dengan elemen
dan konsep utama iaitu, konsep keislaman (Al-Attas 1978a). Al-Attas telah
menggunakan istilah “pengislaman ilmu kontemporari” untuk memberikan gambaran
yang jelas kepada pembaca bahawa, pengislaman ilmu yang perlu dilaksanakan tidak
melibatkan keseluruhan ilmu pengetahuan (Rosnani Hashim & Imron Rossidy 2006).
Ilmu-ilmu yang perlu melalui proses pengislaman adalah ilmu yang telah
dikembangkan mengikut paradigma Barat yang dibina tidak terkait dengan konsep
ketuhanan.

Menurut Ismail Al-Faruqi, pengislaman ilmu adalah pengislaman ilmu baru


dalam ruang lingkup tradisi Islam dengan menghapus, mengubah, mentafsir semula
dan mengadaptasi komponen-komponennya sesuai dengan pandang alam Islam dan
penentu nilai-nilai (Rosnani & Imron Rossidy 2006). Matlamat pengislaman ilmu
adalah meliputi Islamisasi secara keseluruhan kehidupan manusia, namun fokus utama
usaha pengislaman ilmu ini adalah tertumpu kepada ilmu kerana ilmulah yang
menjadi punca kepada kelemahan ummah (Ismail Al-Faruqi 1992). Manakala Sayyed
Hossein Nasr (1994) telah mendefinisikan pengislaman ilmu sebagai suatu proses
mengintegrasikan pelbagai disiplin ilmu moden dalam pandang alam (world view)
69

Islam. Bagi Taha Jabir (1995) yang juga merupakan antara ilmuwan yang banyak
melontarkan buah fikiran menerusi penulisan-penulisan ilmiah berhubung
pengislaman ilmu menyatakan bahawa, pengislaman ilmu merupakan suatu proses
yang bukanlah bertujuan untuk menggantikan ilmu sedia ada dengan ilmu baru yang
telah diislamkan, tetapi ia merujuk kepada suatu proses yang bertujuan untuk
memikirkan suatu reka bentuk metodologi yang perlu untuk mengendalikan ilmu dan
sumbernya, atau sebagai salah satu dari sudut pandang intelektual dalam menguruskan
ilmu tersebut. Manakala menurut Sa’idu Sulaiman (2000), pengislaman ilmu
merupakan suatu proses yang perlu dilaksanakan dari sudut pengisian ilmu, tujuan,
proses dan metodologi, penyelidikan, pengesahan dan menggunakan ilmu-ilmu yang
tidak bertentangan dengan pandang alam Islam.

Syed Muhammad Naquib Al-Attas, Ismail Al-Faruqi dan Seyyed Hossein Nasr
adalah nama-nama besar yang memainkan peranan penting dalam menggerakkan
semula suatu usaha yang dikhususkan untuk merealisasikan pengislaman sains dan
seterusnya disambut baik oleh beberapa ilmuwan Islam seperti Taha Jabir, Sai’du
Sulaiman, Bassam Tibi dan ramai lagi termasuk tokoh-tokoh utama dalam kajian ini
iaitu, Shaharir, Mohd Yusof dan Tajul Ariffin. Definisi yang dikemukakan oleh tokoh-
tokoh pengislaman ilmu ini menunjukkan bahawa pengislaman ilmu yang juga
termasuk ilmu sains, adalah suatu proses yang menggunakan kaedah tapisan ilmu,
sandaran pengisian dan landasan yang telah ditetapkan oleh Tuhan pemilik segala
ilmu melalui kitab junjungan mulia al-Quran dan Hadis utusan-Nya untuk membentuk
suatu metodologi ilmu. Usaha dan hasil ilmu yang diperoleh ini menjadi penilaian
perbandingan dan kritikan terhadap ketempangan atau kelompongan yang wujud
dalam sains moden yang diasaskan dalam tradisi kesarjanaan Barat yang sekular dan
bergantung sepenuhnya kepada logik akal.

2.3.4 Langkah Pengislaman Ilmu

Dalam usaha untuk melaksanakan pengislaman ilmu atau pengislaman sains, ia


bukanlah suatu proses yang sekadar memberikan gambaran Islam kepada sesuatu
ilmu, meletakkan nilai yang bukan dari ilmu tersebut, bukan juga sekadar meletakkan
ayat “bismillahirrahmanirrahim” (dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha
70

Penyayang) di setiap awalan penulisan atau kerja-kerja dalam melaksanakan suatu


kajian, penelitian dan pemberitahuan bagi perkara-perkara tertentu. Begitu jugalah,
proses pengislaman ilmu ini, bukan sekadar menggantikan istilah-istilah asing yang
terdapat dalam suatu ilmu atau sains tertentu dengan istilah-istilah yang nampak lebih
Islam. Namun begitu, perkara yang paling utama yang perlu difahami dalam istilah
pengislaman sains adalah, suatu proses yang melibatkan ‘pembersihan’ ilmu
pengetahuan yang telah disekularkan dan ilmu pengetahuan yang telah didatangkan
dengan nilai-nilai yang bertentangan dengan nilai dan fahaman Islam (Budi
Handrianto 2010). Ilmu-ilmu yang telah melalui proses ‘pembersihan’ inilah yang
kemudiannya akan diisi dengan nilai-nilai serta diserasikan dengan aturan-aturan yang
telah ditetapkan oleh Islam.

Ramai dalam kalangan ilmuwan yang aktif dalam pengislaman ilmu


mengemuka atau mencadangkan langkah-langkah yang perlu diambil untuk
melaksanakan pengislaman ilmu bagi bidang-bidang tertentu yang lebih khusus
seperti matematik, fizik, kimia, biologi dan lain-lain bidang dalam sains tabii,
manakala perbankan, ekonomi, pengurusan dan sebagainya dalam sains sosial dan
kemanusiaan. Antara langkah yang mendapat perhatian adalah langkah yang
diutarakan oleh Ismail Al-Faruqi yang diguna dan disesuaikan kepada ilmu-ilmu lain
selain daripada sains sosial dan kemanusiaan yang menjadi keutamaan Al-Faruqi.

Al-Faruqi telah merangka 12 langkah yang tersusun sebagai suatu cadangan


beliau untuk proses pengislaman ilmu bagi mencapai lima objektif yang telah
ditetapkan untuk menguasai disiplin ilmu moden, menguasai khazanah warisan ilmu-
ilmu Islam, menunjukkan perkaitan Islam yang lebih spesifik bagi cabang-cabang
ilmu moden, mencari cara terbaik untuk sintesis secara kreatif dalam
menghubungkaitkan aturan-aturan Islam dengan ilmu-ilmu moden dan seterusnya
melancarkan dan menggunakan idea-idea keislaman ini. Objektif-objektif ini adalah
seperti yang disebut beliau (Ismail Al-Faruqi 1982: 38) iaitu;

1. To master the modern disciplines. 2. To master the Islamic legacy. 3. To


establish the specific relevance of Islam to each area of modern knowledge. 4.
To seek ways for creative synthesis between the legacy and modern knowledge.
71

5. To launch Islamic thought on the trajectory which leads it to fulfillment of


the divine patterns of Allah (SWT).

Manakala 12 langkah yang dicadangkan bagi melaksanakan pengislaman ilmu,


pertamanya memerlukan kepada penguasaan dan pemahaman secara menyeluruh akan
disiplin ilmu moden dari sudut kategori, prinsip, metodologi, masalah dan tema yang
terlibat bagi suatu bidang ilmu. Keduanya, segala disiplin ilmu moden haruslah dikaji
dari sudut asal usul, sejarah perkembangan, tujuan dan sumbangan ilmu-ilmu tersebut.
Langkah pertama perlu dihadamkan terlebih dahulu sebelum beralih ke langkah kedua
bagi memastikan pengkaji-pengkaji yang ingin menjalankan proses pengislaman ilmu
ini berada di landasan yang tepat dan sememangnya memahami perkara-perkara yang
perlu dilibatkan dan diklasifikasikan dalam proses ini bagi bidang-bidang ilmu yang
terlibat.

Manakala langkah ketiga pula adalah penguasaan ilmu-ilmu Agama Islam dari
sudut ontologinya. Langkah ini memaksa pengkaji untuk turut mahir dalam selok
belok agama ataupun sekurang-kurangnya perlu sentiasa merujuk kepada pakar-pakar
yang khusus dalam bahagian-bahagian tertentu yang terlibat dalam warisan Agama
Islam. Langkah keempat pula diteruskan dengan menganalisis warisan ilmu-ilmu
Islam sebagai suatu usaha untuk menyerasikannya dengan disiplin ilmu moden.
Langkah kelima adalah membina suatu perkaitan antara disiplin-disiplin Agama Islam
dengan disiplin ilmu moden. Langkah ini memerlukan proses pengkajian dan analisis
yang cermat, serta perlu melibatkan ilmuwan yang bukan hanya pakar dalam bidang
sains, tapi juga pakar dalam warisan ilmu-ilmu Islam. Setelah perkaitan diwujudkan
bagi ilmu dan agama, maka bermulanya langkah keenam iaitu penilaian kritikal
kepada hasil yang diperoleh terhadap disiplin ilmu moden dan juga langkah ketujuh
iaitu, penilaian kritikal kepada warisan ilmu-ilmu Islam untuk diserasikan dengan
disiplin ilmu moden.

Langkah pertama sehingga langkah ketujuh pengislaman ilmu, Al-Faruqi


menekankan kepada ilmu sebagai subjek utama yang perlu diislamkan terlebih dahulu,
sebelum beliau meneruskan langkah keseterusnya iaitu langkah kelapan sehingga
langkah kesepuluh yang lebih menumpukan manusia dalam proses pengislaman ilmu
72

ini. Langkah kelapan adalah membuat suatu tinjauan untuk mengenal pasti masalah
utama ummah yang menjadikan mereka lesu, kurang berpendidikan serta kurangnya
penerapan Agama Islam dalam diri mereka sehingga menyebabkan mereka kurang
beradab dan berakhlak. Seterusnya adalah langkah kesembilan yang memerlukan
kepada tinjauan kepada masalah manusia sejagat sebelum diteruskan kepada langkah
kesepuluh iaitu, membuat suatu analisis dan sintesis kreatif terhadap masalah-masalah
yang ada dalam kalangan umat Islam dan manusia sejagat.

Langkah ke seterusnya adalah lebih kepada penerapan hasil yang diperoleh


daripada langkah-langkah sebelumnya ke dalam sistem pendidikan terutamanya
pendidikan formal negara. Langkah kesebelas adalah membentuk semula disiplin ilmu
di bawah paradigma Islam dan disampaikan kepada umum melalui penulisan semula
buku teks, menggantikan buku-buku teks lama yang masih menggunapakai konsep
ilmu-ilmu yang sekular di peringkat kolej dan universiti. Manakala langkah terakhir
adalah menyebarkan ilmu yang telah diislamkan bagi membentuk pemahaman tentang
ilmu yang tidak pernah bebas nilai dalam kalangan manusia.

Bagi Syed Naquib Al-Attas (1993) pula, langkah yang perlu dilaksanakan
dalam pengislaman ilmu memerlukan kepada dua langkah utama. Beliau
mencadangkan ilmu-ilmu kontemporari atau ilmu moden yang dibentuk melalui cara
fikir Barat yang sekular haruslah diasingkan atau dibuang elemen-elemen
kebaratannya. Setelah itu, ilmu-ilmu moden ini perlu diterapkan dengan elemen-
elemen keislaman untuk membentuk suatu hubungkait antara ilmu dan Islam. Elemen-
elemen yang terlibat yang perlu diterapkan dalam ilmu-ilmu ini adalah konsep-konsep
ketuhanan, ketauhidan, wahyu, adab, syariah dan sebagainya yang terdapat dalam
ajaran-ajaran Agama Islam. Setelah ilmu mengikut pandang alam Islam ini dibentuk,
maka ilmu-ilmu ini perlu diterapkan dalam sistem pendidikan yang bermula dengan
pendidikan di peringkat universiti sebelum diteruskan kepada peringkat yang lebih
rendah untuk menggantikan ilmu-ilmu semasa yang belum melalui proses
pengislaman.

Dalam membincangkan langkah pengislaman ilmu, Sayyed Hossein Nasr


(1994b) juga tidak terkecuali dalam menyumbangkan idea beliau. Bagi beliau, dalam
73

proses untuk membentuk Sains Islam, peranan sains moden tidak seharusnya terus
diketepikan. Sains moden perlu melalui suatu sistem tapisan ilmu, sama ada ia boleh
diserap menjadi Sains Islam atau sebalikny, agar ilmu itu tidak bertentangan dengan
kehendak dan aturan agama serta dibentuk mengikut paradigma Islam. Sistem tapisan
yang diperlukan dalam menilai ilmu-ilmu luar terutamanya ilmu yang dibentuk dalam
peradaban dan cara fikir Barat yang sekular ini telah digambarkan melalui kata-kata
Nasr (Budi Hendrianto 2009:1);

Tidak pernah ada sains yang diserap ke dalam sebuah peradaban tanpa
penolakan sedikitpun. Seperti badan, sekiranya kita hanya makan, namun
badan kita tidak mengeluarkan sesuatu, maka dalam beberapa hari sahaja, kita
akan mati. Sebahagian makanan perlu diserap, sebahagian lagi harus dibuang.

Langkah-langkah pengislaman ilmu yang telah dikemukakan oleh Syed


Hossein Nasr (1994b) melibatkan lima perkara. Langkah pertama adalah pengkajian
semula ilmu-ilmu sains dan yang keduanya adalah mengkaji secara mendalam sains
moden dan sains tradisional. Langkah pertama dan kedua ini lebih kepada usaha untuk
memahami pembentukan ilmu sains tertentu secara jelas dan mendalam dan melihat
serta mengkaji bagaimana ia dihurai dan dikembangkan mengikut cara Barat dan cara
tradisional. Melalui langkah ini, secara langsung pengkaji dapat membuat suatu
penilaian terhadap cara fikir serta pendekatan Barat dan tradisional dalam
menyampaikan ilmu. Setelah itu, langkah ketiganya adalah membentuk suatu layanan
baru dalam mengurus dan menghuraikan sains. Seterusnya langkah keempat iaitu,
Sains Islam tradisional perlu dihidupkan semula di samping langkah kelimanya iaitu,
penerapan etika-etika Islam dalam ilmu-ilmu sains.

Melalui langkah-langkah yang diutarakan oleh tokoh-tokoh terkemuka dalam


proses pengislaman ilmu ini iaitu, Ismail Al-Faruqi, Syed Naquib Al-Attas dan
Sayyed Hossein Nasr, dapat disimpulkan bahawa penguasaan sains moden juga
menjadi suatu perkara yang amat penting dalam mengislamkan sains, di samping
persediaan diri dengan ilmu-ilmu agama yang kukuh. Jika pemahaman yang sebenar
tentang sains ini dikuasai oleh ilmuwan, sudah tentu perkara-perkara yang menjadi
74

kepincangan dalam mendirikan agama akan dapat dikesan oleh ilmuwan ini melalui
analisis dan penelitian-penelitian mereka. Sains moden ini bukanlah perlu terus
diambil untuk menjadikannya sebagai Sains Islam, tetapi perlu melalui proses tapisan
ilmu, sama ada ia menepati aturan agama ataupun tidak, sehingga ada elemen-elemen
ilmu yang perlu diserap bahkan ada yang perlu dibuang. Ilmu yang tertapis ini pula
akan dikembangkan, dikritik dan seterusnya dibentuk mengikut pandang alam Islam,
agar Sains Islam yang dibentuk benar-benar menepati atau mengikut aliran Islam yang
sebenar dalam mentauhidkan Penciptanya.

2.4 PERKEMBANGAN PENGISLAMAN ILMU ( SEJAK 1970-AN)

Umum mengetahui bahawa, pengislaman ilmu bukanlah suatu yang baru, namun ia
telah bermula sejak mulanya Agama Islam diwahyukan lagi, bahkan sejak zaman
nabi-nabi sebelum Nabi Muhammad yang menyampaikan dakwah dan kebaikan untuk
manusia pada zaman mereka, walaupun agama suci pada waktu itu bukanlah dikenali
dengan nama Islam secara rasminya. Sehingga zaman kenabian Muhammad SAW,
pengislaman dari seluruh aspek kehidupan dilaksanakan untuk mengembalikan
ummah dan segala urusan keduniaan, termasuk ilmu kepada Penciptanya. Nabi
Muhammad SAW merubah cara berfikir, sikap dan tingkah laku atau akhlak manusia
dengan ilmu pengetahuan Islam dan seterusnya membina sebuah ketamadunan Islam
yang pertama dengan asas kerohanian (Muhammad Amimul Ahsan et al. 2013).
Sesungguhnya, tugas pengislaman ini bukanlah suatu tugas dan tanggungjawab yang
mudah sehingga Nabi Muhammad sendiri terpaksa menempuh pelbagai rintangan,
halangan bahkan kesakitan dan penderitaan hasil dari penentangan umat yang tidak
mahu menerima agenda pengislaman baginda. Namun tetap juga diteruskan, kerana
janji Allah itu pasti, segala usaha untuk menyebarkan kebaikan berlandaskan Islam,
pasti mendapat ganjaran kebaikan, manakala keingkaran kepada perintah-Nya pasti
mengundang kehancuran.

Kerana keyakinan yang teguh ummah kepada Penciptanya, pegangan yang


kuat kepada segala ajaran al-Quran dan Hadis, maka agenda pengislaman ini terus
diperhebatkan walaupun setelah kewafatan baginda Rasulullah. Bukan hanya
mengislamkan manusia, tetapi juga sistem kehidupan termasuk ilmu pengetahuan,
75

sehingga Islam pernah tersebar kepada masyarakat di hampir dua pertiga dunia.
Pengislaman, terutamanya pengislaman ilmu terus diperhebat pada zaman Tamadun
Islam seperti Tamadun Abasiyyah dengan kelahiran intelektual Islam yang cuba
menilai ilmu-ilmu yang diterima daripada tamadun luar sebelumnya seperti Tamadun
Yunani, Parsi dan Cina mengikut paradigma atau pandang alam Islam.

Menurut Shaharir (2009a), pengislaman ilmu berlaku sebaik sahaja sarjana


Muslim menilai ilmu yang diperoleh daripada tamadun-tamadun lain berdasarkan
kepada ajaran Islam. Penilaian inilah yang seterusnya membawa kepada tapisan ilmu,
agar ia dikembangkan mengikut cita rasa Islam. Terdapat komponen-komponen ilmu
yang terpaksa dibuang terutamanya kerana faktor yang mensyirikkan Pencipta, ada
komponen ilmu yang perlu diubahsuai dan ada juga yang dibina semula sepenuhnya
bagi memenuhi ciri-ciri yang telah digariskan oleh Islam. Operasi yang terlaksana ke
atas ilmu pengetahuan inilah yang menerbitkan “ilmu” yang berparadigmakan Islam,
yang seterusnya mampu menandingi ilmu asal yang diperoleh daripada tamadun
sebelumnya.

Menurut Shaharir juga, pengislaman ilmu mula menjadi suram dan tidak
berlaku berpunca dari sikap Muslim sendiri yang malas untuk menilai ilmu-ilmu
asing, apatah lagi mengembang dan membina ilmunya sendiri sejak kejatuhan
Kerajaan Uthmaniyyah pada abad ke-18M lagi, bahkan ada pandangan yang
menyatakan sejak abad ke-14M ketika kejatuhan ketamadunan Islam di tangan
Mongol. Malah menurut Khalijah (1985), perkara ini berlaku lebih awal iaitu pada
awal abad ke-13M lagi. Mereka tidak lagi aktif dalam mengembangkan sains dan pada
waktu ini, umat Islam hanya menumpang nikmat Tamadun Barat. Sains dan teknologi
Islam disambung oleh Barat dengan acuan mereka. Tamadun Barat dengan sains dan
teknologinya terus berkembang sehingga ke hari ini dengan suatu sistem ilmu yang
diwujudkan mengikut paradigma tersendiri yang menjauh daripada pengaruh gereja
dan pengaruh ketuhanan mengikut kepercayaan mereka pada waktu itu (Kristian).

Pada tahun 1970-an, pengislaman ilmu mula mendapat perhatian daripada


beberapa ilmuwan Islam. Namun begitu, sebelum itu juga telah wujud suatu usaha
untuk menghubungkan Islam dengan sains oleh ilmuwan terutamanya pada akhir abad
76

ke-19M dan awal abad ke-20M seperti Jamaluddin Al-Afghani (1837-1897), Sayyid
Abd Rahman al-Kawakibi (1848-1902), Syeikh Muhammad Abduh (1849-1935) dan
Sayyid Ahmad Khan setelah Sains Barat yang ingin diserasikan dengan ajaran agama
Kristian mengalami kegagalan. Bagi ilmuwan-ilmuwan Islam ini, contohnya
Jamaludin Al-Afghani pernah menyatakan hujahan beliau untuk menolak tanggapan
sarjana Barat bahawa, sains dan agama tidak serasi dan tidak boleh disepadukan.
Merujuk kepada perspektif sejarah, Al-Afghani mendedahkan bahawa sains yang
pernah dikembang olek intelektual-intelektual Muslim dalam dunia Arab sentiasa
berkembang dalam keadaan yang serasi dengan ajaran Islam dan tidak terdapat suatu
yang bertentangan dengan prinsip keislaman. Manakala Sayyid Ahmad Khan pula
menekankan umat Islam agar kembali kepada sumber Islam yang sebenar dan dalam
masa yang sama tidak menafikan kepentingan sains dan teknologi (Maisarah 2012).
Cita-cita dan pemikiran untuk membentuk sains yang serasi dengan ajaran Islam terus
ditambah baik dan dikembangkan oleh ilmuan masa kini dalam mewacanakan
pengislaman ilmu.

Semenjak tahun 1970-an, pengislaman ilmu merupakan suatu usaha yang


difikirkan oleh sarjana-sarjana Islam yang sedar tentang kepincangan yang terdapat
dalam ilmu sains moden tajaan Barat. Pemikiran ini terhasil daripada penelitian
mereka terutamanya dalam perspektif sejarah serta kepekaan mereka terhadap
keadaan ummah yang terlalu terpengaruh dengan nilai kebaratan dan menjauh
daripada ajaran-ajaran Agama Islam. Kerana kesedaran dan reaksi intelektual inilah,
maka agenda pengislaman ilmu yang juga merangkumi sains telah dibincangkan
secara serius oleh lebih daripada 350 orang sarjana Islam, yang dijemput daripada 40
buah negara oleh Universiti King Abdul Aziz dalam Persidangan Dunia Pertama
tentang Pendidikan Islam pada tahun 1977, yang bertempat di Mekkah untuk
menangani krisis pendidikan ummah. Antara ilmuwan Melayu yang membentangkan
idea dalam pendidikan Islam adalah Sayyed Muhammad Naquib Al-Attas. Beliau
telah membentangkan pemikiran beliau melalui makalah yang bertajuk Preliminary
Thoughts on The Nature of Knowledge and Definition and Aims of Education.

Persidangan Dunia Pertama tentang Pendidikan Islam ini memberikan


penumpuan kepada tujuan atau matlamat yang ingin dicapai dalam pendidikan
77

keislaman ini, perbincangan dari sudut epistemologi yang mengikut cita rasa Islam
dan metodologi pengislaman bagi keseluruhan cabang ilmu yang berguna. Dalam
persidangan ini juga turut menekankan penerapan Bahasa Arab dalam pendidikan
yang perlu dijadikan sebagai matapelajaran wajib yang perlu diajar dalam negara-
negara Islam dan penubuhan universiti Islam antarabangsa adalah sangat mendesak
untuk ditubuhkan bagi menjadi medan menyepadu atau mengintegrasikan Agama
Islam dengan cabang-cabang ilmu serta menjalankan kajian-kajian ke arah
merealisasikan misi pengislaman ini. Segala perancangan yang dibincangkan melalui
persidangan pertama ini terus dikembangkan dan disusuli pula dengan persidangan
yang dirangka selepasnya bagi mewujudkan suatu kesinambungan perancangan
terlaksana seperti yang telah dirangka melalui persidangan-persidangan sebelumnya.

Persidangan susulan diadakan untuk menjelaskan syor-syor yang di cadangkan


dalam persidangan serta membentuk suatu rangka perlaksanaan bagi aspek-aspek
genting dalam proses mengislamkan sistem pendidikan. Justeru, persidangan yang ke
dua telah diadakan di Islamabad pada 1980 untuk menyemak dan membincangkan
keperluan-keperluan bagi membentuk kurikulum yang bersepadu bagi semua
peringkat dan semua matapelajaran. Manakala persidangan ketiga telah diadakan di
Dhaka pada tahun 1981 bagi membincangkan penyediaan buku-buku teks untuk
kegunaan Muslim dan bukan Muslim. Persidangan keempat telah dilaksanakan di
Jakarta pada tahun 1982 untuk mewujudkan sebuah model teknik pengajaran yang
membincangkan suatu cara atau metode baru mengajar dari sudut pandang yang lebih
islamik. Persidangan seterusnya pula dilaksanakan di Mesir pada tahun 1987 untuk
menyemak dan menilai pencapaian-pencapaian yang telah terhasil daripada
persidangan-persidangan sebelumnya. Manakala persidangan dunia tentang
Pendidikan Islam ini diadakan buat kali keenam dan juga merupakan kali terakhir di
adakan di Cape Town pada 1996. Persidangan terakhir ini membincangkan
penyediaan rancangan pengajaran bagi pelbagai matapelajaran yang menggunakan
contoh daripada Kurikulum Kebangsaan Afrika Selatan yang digunapakai oleh
sekolah Islam kerajaan dan swasta yang dikendalikan oleh guru-guru Muslim mereka
(Ghulam Nabi 2000).
78

Untuk meneruskan cita-cita pengislaman ilmu ini, beberapa universiti dan


institusi dibentuk bagi menjalankan penyelidikan demi penyelidikan ke arah
merealisasikannya. Namun begitu, cita-cita melalui syor-syor yang dibahaskan di
persidangan tentang pendidikan yang islamik, sukatan-sukatan pelajaran yang melalui
proses pengislaman, penyediaan buku-buku teks bagi semua peringkat pendidikan,
metod pengajaran dan perancangan pembelajaran masih belum berjaya dilaksanakan.
Wan Mohd Nor (2005) menyatakan bahawa perlaksanaan yang masih belum berjaya
dicapai sepenuhnya ini berlaku kerana kekurangan dana, namun begitu pandangan ini
telah disangkal oleh Glulam Nabi (2000) apabila beliau mencatatkan bahawa,
kegagalan menerapkan pendidikan yang berunsur keislaman ini bukanlah berpunca
daripada kekurangan dana, tetapi kerana kurangnya kesedaran politik setelah tiada
satupun daripada negara-negara Islam yang bersungguh-sungguh melaksanakan syor
atau usulan-usulan daripada enam persidangan yang telah dilaksanakan. Namun
begitu, Malaysia telah menjadi negara yang melihat pengislaman ilmu sebagai suatu
keperluan yang sangat penting dan melaksanakan hasil perbincangan persidangan di
semua peringkat pendidikan apabila ia pernah menerapkan konsep pendidikan
bersepadu dalam pendidikan, terutamanya melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah
Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM), sedangkan
Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai pelbagai etnik dan pelbagai
pegangan agama dan kepercayaan.

Hasil yang diperoleh dalam perancangan pembentukan Sains Islam dan


Pendidikan Islam sejak dari 1970-an ini juga disifatkan oleh Shaharir (1993) sebagai
masih jauh daripada memuaskan, terutamanya dalam bidang sains bukan sosial seperti
sains tabii. Namun begitu, jika dilihat perkembangan dan penerapan pengislaman ilmu
dalam bidang sains sosial seperti ekonomi, perbankan, perniagaan dan pengurusan,
telah mendapat sambutan yang cukup baik daripada institusi-institusi yang terlibat
dalam bidang-bidang ini, terutamanya dari sudut amalan dan produk-produk yang
patuh syariah, walaupun masih terdapat kekurangan-kekurangan yang masih perlu
diperbaiki dan ditambah baik untuk menjadikan bidang-bidang ini sebagai bidang-
bidang yang bertepatan dengan prinsip dan konsep yang benar-benar mengikut cita
rasa Islam dari segenap sudut. Seterusnya mampu meyakinkan pengguna-pengguna,
bukan hanya dalam kalangan umat Islam, malah bukan Islam untuk mengguna pakai
79

segala yang diperkenalkan melalui bidang-bidang sains sosial ini sebagai sistem yang
terbaik jika dibandingkan dengan sistem konvensional yang sedia ada. Manakala
bidang sains bukan sosial seperti sains tabii yang diserasikan dengan agama terus
dikaji dan dibangunkan agar mampu mencapai suatu hasil, sekurang-kurangnya
seperti yang diperlihatkan oleh bidang-bidang sains sosial.

Pelbagai istilah digunakan untuk menggambarkan proses pengembalian ilmu


kepada konsep yang lebih hampir kepada hakikat ilmu yang memenuhi konsep
bersepadu yang membawa kepada konsep ketauhidan Penciptanya seperti,
desecularization, dewesternization, dan integrasi atau kesepaduan ilmu dan agama.
Begitu jugalah dengan istilah pengislaman ilmu. Namun istilah pengislaman ilmu
adalah istilah yang paling sesuai kerana ia menggambarkan proses yang lebih
menyeluruh dan terbaik untuk menggambarkan proses-proses yang perlu dilalui,
sesuai dengan konsep Agama Islam yang syumul (menyeluruh), iaitu, mencakupi
seluruh urusan kehidupan manusia di dunia dan kehidupan selepasnya. Namun begitu,
jika mengikut kepada penulisan Al-Attas dalam buku beliau, Islam and Secularism,
beliau lebih selesa menggunakan pengislaman ilmu kontemporari (Islamization of
contemporary knowledge) atau pengislaman ilmu masa kini (Islamization of present-
day knowledge) daripada hanya menggunakan istilah pengislaman ilmu (Islamization
of knowledge). Begitu juga dengan Ismail Al-Faruqi (1982) yang menggunakan
pengislaman ilmu moden (Islamization of modern knowledge). Ini kerana perkataan
ilmu lebih bersifat umum dan melibatkan semua jenis ilmu termasuk Ilmu Naqli yang
bersumberkan al-Quran dan as-Sunnah. Sedangkan ilmu yang perlu melalui proses
pengislaman adalah ilmu moden yang dibentuk melalui corak pemikiran Barat yang
dipisahkan daripada konsep agama. Maka, kata ilmu dalam istilah pengislaman ilmu,
bukanlah merujuk kepada keseluruhan cabang ilmu, tetapi hanya melibatkan ilmu-
ilmu yang dipisahkan daripada konsep ketuhanan atau mudahnya, ilmu-ilmu moden
Barat yang sekular.

Perkembangan wacana pengislaman ilmu ini telah dibincang oleh Mohamed


Aslam Haneef (2005) yang membahagikannya kepada tiga peringkat perkembangan
mengikut masa perlaksanaannya. Peringkat pertama adalah pada pertengahan 1970-an
sehingga awal 1980-an, perringkat kedua adalah pada akhir 1980-an sehingga awal
80

1990-an dan peringkat yang ketiga perkembangan wacana ini berlaku pada
pertengahan 1990-an. Peringkat pertama perkembangan atau perjalanan wacana ini
adalah peringkat membina batu asas kepada pengislaman ilmu. Perkara-perkara
seperti pengenalan, latar belakang, arah tuju pengislaman ilmu dan masalah yang
menyumbang kepada krisis ilmu pengetahuan yang mengikut pendekatan Barat,
menjadi mukadimah kepada perlaksanaan pengislaman ilmu. Ia dibincangkan dengan
jelas oleh ilmuwan seperti Al-Attas melalui makalah beliau, Preliminary Thoughts on
The Nature of Knowledge and Definition and Aims of Education, dan Ismail Al-Faruqi
(1982) melalui makalah beliau, Islamization of Knowledge: General Principles and
Workplan.

Pada peringkat kedua perkembangan wacana pengislaman ilmu ini iaitu, pada
akhir 1980-an sehingga awal 1990-an, Mohamed Aslam Haneef mengelaskan
peringkat ini sebagai peringkat penyebaran konsep pengislaman ilmu yang sangat
mendapat sambutan dan dikembangkan dengan penuh semangat sehingga wujudnya
percubaan-percubaan untuk menghasilkan buku-buku teks yang mengandungi ilmu-
ilmu yang telah melalui proses pengislaman. Percubaan-percubaan ini merupakan
sahutan kepada gesaan dan perbincangan daripada beberapa persidangan di peringkat
antarabangsa contohnya persidangan yang dilaksanakan di Islamabad pada tahun 1980
untuk membentuk kurikulum pendidikan sepadu. Persidangan di Dhaka berlangsung
pada tahun 1981, dilaksanakan untuk membincangkan penyediaan dan pembangunan
buku-buku teks, manakala persidangan yang berlangsung di Jakarta pada 1982 telah
menghasilkan sebuah Model Teknik Pengajaran (Syed Ali Ashraf 1985) untuk
diterapkan dalam pendidikan sepadu bagi menggantikan pendidikan sedia ada yang
menggunakan sistem pendidikan mengikut cara dan pemikiran Barat.

Manakala peringkat yang ketiga iaitu, pada pertengahan 1990-an, Mohamed


Aslam Haneef (2005) menyatakan bahawa produk pengislaman ilmu masih belum
berjaya dihasilkan oleh ilmuwan yang aktif dalam agenda pengislaman ilmu. Justeru,
kerana hasil yang kurang memberangsangkan dan kurangnya keterlibatan ilmuwan
untuk meneruskan agenda ini, maka perkara ini menjadi suatu tanda tanya, adakah
pengislaman ilmu ini akan terus dipertahan dan diperkasakan perlaksanaannya? Dan
adakah pengislaman ilmu akan terus dihidupkan pada masa-masa akan datang?
81

Persoalan-persoalan ini, jika disambut dengan kelesuan ilmuwan, ia tentunya


mendukacitakan dunia Islam, manakala ilmuwan yang terus menerus
mempertahankannya akan terus diabaikan pemikiran mereka. Namun begitu, jika
persoalan ini menjadi pembakar semangat kepada mereka yang cintakan Islam dan
ilmu, tentunya agenda pengislaman ilmu akan terus terbela dan terbangun kerana
desakan yang lahir dari kesedaran diri-diri mereka sendiri.

2.4.1 Perkembangan Pengislaman Ilmu di Malaysia

Malaysia merupakan sebuah negara yang asalnya dibentuk melalui gabungan Tanah
Melayu yang kini dikenali sebagai Semenanjung Malaysia, Sabah dan juga Serawak.
Malaysia merupakan sebuah negara yang pernah dijajah oleh banyak kuasa besar
dunia seperti Belanda dan Jepun yang membawa fahaman, sistem pentadbiran, bahkan
sistem pendidikan dari negara-negara mereka, sehingga mempengaruhi cara
masyarakat bumiputera dalam pengurusan negara. Namun begitu, penjajahan yang
paling memberi kesan kepada cara dan pemikiran sebahagian besar masyarakat Tanah
Melayu, tentulah penjajah-penjajah Barat yang terdiri daripada penjajah Portugis,
Sepanyol, Belanda dan Inggeris. Menurut Shaharir (2009a), penjajah-penjajah ini
mula melakukan pembaratan setelah mereka menjajah negara-negara Islam
termasuklah Alam Melayu dan mereka bertindak menyingkirkan hampir semua ilmu
Melayu dari Tamadun Islam dan menggantikan ilmu-ilmu Islam ini dengan science
dan istilah-istilah setaranya dari penjajah, tanpa penapisan yang sewajarnya untuk
diserasikan dengan budaya dan agama masyarakat yang dijajah pada waktu itu
sehingga berkurun-kurun lamanya.

Walaupun setelah Malaysia berjaya memperoleh kemerdekaannya sendiri,


sistem pendidikan moden yang diperkenalkan oleh penjajah masih diteruskan dengan
pengubahsuaian-pengubahsuaian yang dilaksanakan untuk disesuaikan dengan
keperluan rakyat. Kemerdekaan Malaysia yang dicapai pada 1957 telah mendorong
kerajaan pada waktu itu untuk menggubal sebuah sistem pendidikan kebangsaan yang
menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan matapelajaran Agama Islam
sebagai matapelajaran wajib bagi pelajar-pelajar yang berAgama Islam. Dengan
pengubahsuaian atau penambahbaikann kepada sistem pendidikan negara, seolah-olah
82

memberi pendidikan yang ‘bertoleransi’ kepada penduduk Malaysia terutamanya


dengan penambahan matapelajaran Agama Islam. Namun begitu, pada dasarnya, ilmu-
ilmu yang disampaikan masih menggunakan sukatan pelajaran yang diperkenalkan
oleh penjajah yang masih mengguna pakai nilai-nilai sekular dan berparadigmakan
Barat, sehinggakan matapelajaran sains yang diperkenalkan, tiada langsung hubung
kaitnya dengan agama, sehingga membentuk konsep dualisme dalam pendidikan.

Maka dari sini jugalah, tercetusnya usaha untuk menserasikan agama dengan
ilmu atau sains bagi menjamin perkembangan pendidikan yang lebih positif dalam
pembangunan rohani dan jasmani. Mate-matapelajaran yang disampaikan kepada
masyarakat Islam perlu dikaji dan ditapis semula, walaupun terpaksa menghapuskan
bahagian-bahagian tertentu ilmu, agar ia serasi dan tidak bercanggah dengan aturan
dan konsep keislaman. Justeru, di sinilah pentingnya usaha untuk mengembangkan
wacana pengislaman ilmu dan seterusnya menerapkan hasil ilmu yang diperakui
mengikut agama dan konsep ilmu sendiri ke dalam sistem pendidikan negara-negara
Islam terutamanya Malaysia.

Oleh kerana kesedaran demi kesedaran ekoran daripada kepincangan yang


wujud dalam sistem pendidikan Barat sekular yang tidak mampu untuk melahirkan
insan yang terbangun rohani seiring dengan pembangunan akal dan jasmaninya, maka
Malaysia tidak terkecuali dari menjadi negara yang turut menyumbang dalam
perkembangan wacana pengislaman ilmu sejak 1970-an. Terutamanya menerusi usaha
dan pemikiran ilmuwan utama pengislaman ilmu seperti Syed Naquib Al-Attas yang
mewakili Malaysia, memberikan pandangan dan sumbangan idea dalam Persidangan
Dunia Pertama dalam Pendidikan Islam. Pengislaman ilmu juga menjadi agenda yang
diperjuangkan oleh Sayyed Hossain Nasr yang mempunyai anak didik daripada
Malaysia iaitu, Osman Bakar yang juga giat memperjuangkan agenda ini. Sayyed
Hossain Nasr yang terkenal menerusi ungkapan “ilmu mengikut doktrin kosmologi
Islam“, pada peringkat awalnya menumpukan kepada hal-hal berkaitan bukti sejarah
dalam Tamadun Islam yang menyokong gagasan pengislaman ilmu ini. Tema sejarah
dan falsafah sains ini jugalah yang menjadi ikutan kepada anak didik beliau, Osman
Bakar, dan anak didik Osman Bakar sendiri seperti Mat Rofa Ismail dan Abdul Latif
Samian dalam memperjuangkan agenda pengislaman sains (Muhammad Alinor 2008).
83

Persidangan Pertama Antarabangsa tentang Pendidikan Islam telah melibatkan


ilmuwan dunia dan yang paling utama adalah tiga ilmuwan iaitu Syed Naquib Al-
Attas, Ismail Al-Faruqi, dan Sayyed Hossein Nasr dengan idea pengislaman ilmu yang
tersendiri.

Al-Attas dikatakan sebagai pengasas pertama yang menyumbang idea


pengIslaman ilmu. Perkara ini telah diakui sendiri oleh beliau terutamanya setelah
beliau sendiri mendapati bahawa idea utama beliau dalam pengislaman ilmu telah
digunakan oleh Ismail Al-Faruqi (Al-Attas 1993), bukan hanya dari sudut
pengistilahan pengislaman ilmu, malah turut meliputi konsep pendidikan dalam Islam
yang dikembangkan untuk membentuk pelan rancangan pengislaman ilmu milik
Ismail Al-Faruqi melalui penulisan yang bertajuk Islamization of Knowledge. Perkara
ini pernah dibincangkan dan diakui sendiri oleh seorang ilmuwan yang rapat dengan
Syed Naquib Al-Attas iaitu, Wan Mohd Nor (1998, 2005) dan ilmuan lain seperti
Muhammad Alinor (2008) yang mengatakan bahawa Al-Attas merupakan ilmuwan
yang utama yang menukil dan mengasaskan idea pengislaman ilmu walaupun
pengislaman ilmu yang dibawa oleh Al-Faruqi lebih menyerlah.

Sikap yang tidak menyatakan sumber asal ilmu merupakan amalan ilmuwan
Barat ketika mereka membahaskan ilmu yang mereka peroleh daripada ilmuwan Islam
ketika zaman perkembangan intelektual Islam, sehinggakan sumbangan ilmuan Islam
yang sangat besar dalam dunia keilmuan diselindung dan ditutup dengan serapatnya
daripada pengetahuan masyarakat dunia. Bahkan sebahagian besar daripada ilmuwan
Barat memberikan gambaran bahawa orang-orang Islam tidak memberi sebarang
sumbangan dalam pembangunan sains (Shaharir 1985). Kesannya membawa kepada
penghinaan terhadap ilmuwan Islam dan menjatuhkan Islam sebagai agama yang
menggalakkan umatnya menggali dan mengembangkan ilmu pengetahuan mengikut
paradigma Islam. Walaupun ditutup sejarah, namun di sana masih terdapat ilmuan
Barat yang bersikap jujur yang mengakui sumbangan besar ilmuan Islam dalam
mengembangkan ilmu. Perkara ini pernah dibincangkan oleh Shaharir dan beliau
memetik kata-kata G. Sarton yang merupakan sarjana Barat terkemuka dalam bidang
sejarah sains, kata beliau menerusi penulisan beliau (Shaharir 1985:129) pada tahun
1968:
84

Para pengkaji Zaman Pertengahan telah memberikan idea yang palsu sama
sekali kepada kita tentang pemikiran sains Zaman Pertengahan, kerana
tumpuan yang terlalu eksklusif kepada pemikiran Barat, sedangkan
pencapaian-pencapaian yang tertinggi telah diperoleh oleh orang-orang
Timur…sebutkan orang-orang ini kepada mereka, …al-Kindi, al-Khwarizmi,
Thabit Ibnu Qura, …al-Karkhi, …Umar Khayam, yang semuanya seagung
sarjana-sarjana yang dipuja di Barat.

Shaharir menambah lagi, Smith, seorang tokoh ilmuan Barat juga menyanjung
tinggi kehebatan ilmuan Islam sehingga memberi kesan yang sangat besar kepada
pembentukan Tamadun Barat. Smith menyebut dalam penulisan beliau, History of
Mathematics yang diterbitkan pada 1923 bahawa; “Eropah berhutang Renaisansnya
(pembaharuannya) kepada Zaman Keemasan Islam ini” (Shaharir, 1985: 129).

Walaupun berlaku ketidakjujuran dalam menyatakan sumber asal suatu idea,


perkembangan idea yang telah disumbangkan oleh Al-Faruqi melalui penulisan dan
aktiviti-aktiviti untuk mengembang dan memantapkan agenda pengislaman ilmu
merupakan suatu sumbangan yang cukup bermakna dalam wacana pengislaman ilmu.
Sumbangan idea beliau merupakan antara pencetus kepada perlaksanaan pengislaman
kepada cabang-cabang ilmu selain daripada sains sosial yang menjadi keutamaan
tumpuan beliau melalui 12 langkah yang disarankan oleh beliau bagi membentuk
Sains Islam. 12 langkah pengislaman ilmu Al-Faruqi (1982), tentunya berbeza dengan
langkah yang pengislaman ilmu Al-Attas3 walaupun idea asalnya telah digunakan oleh
Al-Faruqi. Langkah yang dibincangkan oleh Al-Faruqi lebih kepada proses untuk
merasionalkan ilmu sains dengan Agama Islam, manakala Al-Attas pula lebih kepada
proses tapisan ilmu terlebih dahulu agar ilmu yang ingin dikembangkan tidak bersifat
kebaratan sebelum ia diserasikan dengan Agama Islam bagi mewujudkan suatu
alternatif kepada ilmu yang bersifat kebaratan tersebut.

Malaysia telah menyambut baik hasil perbincangan persidangan-persidangan


dan seminar-seminar berkaitan wacana pengislaman ilmu yang diadakan di serata

3
Langkah pengislaman ilmu Al-Attas adalah; 1). Memisahkan ilmu daripada elemen dan
konsep utama yang bersifat kebaratan. 2). Memasukkan elemen dan konsep Islam kepada ilmu tersebut.
85

dunia. Ini dibuktikan melalui penubuhan beberapa institusi yang diberi tanggungjawab
untuk menjalankan kajian demi kajian dan seterusnya merealisasikan perlaksanaan
pengislaman ilmu. Institusi yang ditubuhkan untuk memantapkan wacana ini adalah
seperti Akademi Sains Islam Malaysia (ASASI) yang ditubuhkan pada 1978, The
International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC) di Kuala Lumpur
pada tahun 1987, Institut Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu (IBKKM)
pada tahun 1992 dan pelbagai inisiatif-inisiatif lain daripada pelbagai sudut
terutamanya dalam sistem pendidikan yang dilaksanakan terutamanya oleh pihak
kerajaan untuk lebih bersifat kebangsaan agar agenda pengislaman ilmu sampai
kepada sebahagian besar rakyat Malaysia.

Akademi Sains Islam Malaysia (ASASI) pada tahun 1978 telah memainkan
peranan yang cukup penting dalam memastikan agenda pengislaman ilmu
terutamanya di peringkat dalam negara terlaksana dan berjalan untuk mencapai cita-
cita utama dalam pembentukan Sains Islam. ASASI memberikan tumpuan kepada
sains tabii dan kejuruteraan-teknologi. Berbeza dengan aktiviti penyelidikan
pengIslaman ilmu di International Institute of Islamic Thought (IIIT) yang diasaskan
pada tahun 1980-an oleh Ismail Al-Faruqi di Washington. International Institute of
Islamic Thought (IIIT) menumpu kepada sains sosial dan kemanusiaan. Pelbagai
seminar dan forum telah dianjurkan oleh ASASI seperti Seminar on Current Scientific
Thought, Workshop on Islamisation of Mathematical Sciences di Universiti
Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 1987, Seminar on Islamization of Biological
Sciences pada 1988 di Universiti Malaya, Seminar on Islamization of Physics di
Universiti Putra Malaysia pada 1989, Seminar on Islamization of Chemistry di UKM
pada tahun 1992 dan Seminar on The Role of Values in The Development of Science
and Technology di Seremban pada tahun 1993 bagi mengumpulkan idea-idea terbaik
daripada kajian atau penelitian-penelitian yang telah dilaksanakan oleh ahli-ahli yang
telah terlibat. Bukan hanya dari perancangan dan perlaksanaan forum dan seminar
sahaja, malah ASASI turut menerbitkan Majalah Asasains dan jurnal akademik,
Kesturi sejak 1991 (Shaharir Mohamad Zain 1988) yang kini boleh dicapai melalui
pautan internet dan menjadi laman sesawang rasmi ASASI.
86

Manakala penubuhan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada


tahun 1983 menyambut baik saranan penubuhan universiti Islam antarabangsa yang
dibahaskan di persidangan dan seminar-seminar untuk memperkasakan agenda ini,
terutamanya Persidangan Pertama Dunia tentang Pendidikan Islam yang disertai oleh
Al-Attas melalui makalah beliau yang bertajuk Preliminary Thoughts on The Nature
of Knowledge and Definition and Aims of Education yang di dalamnya mengandungi
penjelasan berhubung adab, hakikat manusia, ilmu pengetahuan, pengislaman ilmu
dan konsep universiti Islam. Sambutan Malaysia terhadap agenda pengislaman ilmu
dapat juga dilihat melalui sistem pendidikan Malaysia yang pernah menerapkan
pendidikan sepadu dalam sistem pendidikan kebangsaan. Menurut Ghazali (2012),
kebangkitan dan kesedaran umat Islam pada tahun 1970-an terhadap dasar pendidikan
sekular yang masih diamalkan di Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka telah
memaksa sebuah Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Dasar Perlaksanaan Dasar
Pelajaran dikeluarkan pada tahun 1979. Melalui laporan ini, semua pelajar yang
berAgama Islam diwajibkan untuk menduduki matapelajaran agama disetiap
peperiksaan umum kerajaan, dan sebuah kurikulum baru di peringkat sekolah rendah
hendaklah dilaksanakan bagi memantapkan Pendidikan Islam.

Atas cadangan ini jugalah, Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR)


diperkenalkan pada tahun 1983 dalam sistem pendidikan kebangsaan. Manakala pada
tahun 1989 pula diperkenalkan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)
sebagai suatu kesinambungan usaha pengislaman ilmu daripada KBSR. Manakala
pada peringkat pendidikan tinggi di Malaysia, model pendidikan sepadu dilaksanakan
dengan penubuhan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada tahun 1983.
Di universiti ini, ditempatkan suatu pusat yang dikenali sebagai Pusat Ilmu Teras yang
dikenali sebagai Islamic Revealed Knowledge and Human Science (IRKH). Pusat ini
telah berfungsi untuk menyepadu atau mengintegrasikan ilmu-ilmu yang digolongkan
dalam ilmu-ilmu bukan keagamaan yang bersumberkan akal manusia, atau ilmu aqli
dengan ilmu-ilmu naqli. Program-program yang ditawarkan oleh UIAM ini pula
memenuhi konsep-konsep kesepaduan ilmu (Ghazali 2012).

Manakala di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pula, untuk


menyemarakkan lagi agenda pengislaman ilmu di samping memperkasakan
87

penggunaan Bahasa Melayu sebagai salah satu usaha dalam pengislaman ilmu di
Alam Melayu, maka Al-Attas telah memberikan idea penubuhan Institut Bahasa,
Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu (IBKKM) yang berjaya menjadi kenyataan
pada tahun 1992. Idea ini boleh dilihat melalui syarahan perdana yang pernah di
sampaikan di UKM pada tahun 1972 lagi. Cita-cita dan harapan Al-Attas terhadap
institusi ini boleh dilihat daripada ungkapan beliau (Syed Muhammad Naquib Al-
Attas 1972: 63):

Sungguhpun Bahasa Melayu merupakan bahasa yang terbesar jumlah


penggunanya di Asia Tenggara, namun sebuah pusat atau institusi pengkajian
bahasa, kesusasteraan dan kebudayaan Melayu dan berpengaruh tiada terdapat
di rantau ini. Memandang kepada apa yang saya sebutkan dalam syarahan ini
pada keseluruhannya, khususnya kepada cara ilmiah bagi mengatasi masalah
dalam pengkajian mendalam yang sempurna terhadap kebudayaan Melayu,
maka penubuhan suatu institusi seperti yang dicadangkan di sini memanglah
wajar justeru bagi mengisi kekosongan ilmiah ini. ... Justeru, seandainya
Institut Bahasa Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu di Universiti
Kebangsaan terhasil kelak dalam memberi tempat yang sewajarnya kepada
unsur-unsur Islam dalam kebudayaan Melayu dengan cara gaya
memperluaskan rancangan pengkajian unsur-unsur penting Islam itu dalamnya,
maka barulah dunia luar pada umumnya dan dunia Islam pada khususnya, akan
betul-betul memberikan perhatian kepada pengkajian serta penilaian bahasa
dan kesusasteraan Melayu sebagai hasil daya cipta salah satu kebudayaan
teragung di dunia.

Institusi ini seterusnya menjadi Akademi Alam dan Tamadun Melayu


(ATMA) pada tahun 1990 dan selepas itu kepada Institut Alam dan Tamadun Melayu
yang lebih menjurus kepada kebudayaan dan peradaban Melayu. Cita-cita Syed
Muhammad Naquib Al-Attas untuk terus membentuk Sains Islam melalui agenda
pengislaman ilmu diteruskan dengan idea penubuhan The International Institute of
Islamic Thought and Civilization (ISTAC), yang diasaskan pada tahun 1987. Menurut
(Wan Mohd Nor 1998), usaha yang diasaskan oleh Syed Muhammad Naquib Al-Attas
88

ini diteruskan oleh Universiti Malaya (UM) melalui penubuhan Akademi Pengajian
Melayu (APM) pada tahun 1995.

Begitu juga dengan pendirian yang diambil oleh Universiti Malaya untuk
menitikberatkan pengisian sejarah dan falsafah sains sebagai suatu usaha untuk
melaksana dan meraikan program pengislaman ilmu dengan menawarkan Kursus
Sejarah dan Falsafah Sains di Jabatan Pengajian Sains dan Teknologi. Kursus yang
menyampaikan konsep falsafah ini bertujuan memberikan suatu nilai kepada sains
dalam pemikiran pelajar setelah sains dipisahkan daripada falsafah sejak sekian lama.
Justeru, kursus sebegini menunjukkan bahawa sains merupakan ilmu yang sarat nilai
dan bukanlah bebas nilai mengikut pemikiran sebahagian besar ahli-ahli Sains Barat.

Jabatan Pengajian Sains dan Teknologi di bawah Fakulti Sains, Universiti


Malaya ditubuhkan pada 1997 yang mempunyai dua bidang pengkhususan, iaitu
bidang Sejarah dan Falsafah Sains dan bidang Polisi dan Pengurusan Sains dan
Teknologi, yang dahulunya dikenali sebagai Unit Sejarah dan Falsafah Sains, Pejabat
Dekan, Fakulti Sains. Jabatan ini mempunyai pengalaman menjalankan kursus Sejarah
dan Falsafah Sains lebih dari tiga dekad, bermula dari 1975. Sejarah pengajaran
Kursus Sejarah dan Falsafah Sains sebagai program sains komplimentari di Fakulti
Sains sejak 1975 sehingga 1996 dan dijadikan matapelajaran wajib bagi semua pelajar
sains. Ini adalah hasil inisiatif yang diambil oleh Naib Canselor Universiti Malaya
ketika itu iaitu Prof. Diraja Ungku Aziz. Kursus Sejarah dan Falsafah Sains ini
dirasakan perlu sebagai kursus pelengkap kepada pelajar sains yang perlu didedahkan
dengan kursus bercorak kemanusiaan yang berkaitan dengan sains (Maisarah 2012).

Manakala di Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia,


usaha pengislaman ilmu dapat dilihat daripada inisiatif penubuhan Kumpulan Sejarah
dan Falsafah Sains di UKM pada tahun 1988 oleh ahli-ahli sains UKM (Shaharir
1998) yang seterusnya menatijahkan kursus Sejarah dan Falsafah Sains menjadi
kursus wajib kepada setiap pelajar di fakulti ini. Kursus ini diusahakan terutamanya
oleh pensyarah-pensyarah UKM bagi memberikan pendedahan kepada pelajar, bahkan
kepada para pendidik tentang falsafah dan sejarah sains yang mendedahkan sains tabii
sebenarnya bukanlah lahir dan terhasil daripada pemikiran dan usaha daripada ahli-
89

ahli sains daripada Tamadun Barat semata-mata, tetapi juga melibatkan tamadun-
tamadun besar yang lain, terutamanya Tamadun Yunani dan Tamadun Islam. Usaha
sebegini juga telah dilaksanakan di Universiti Sains Malaysia, apabila mereka
menubuhkan Sekretariat Falsafah dan Sains Islam (SEFSI) pada tahun 1989. Menurut
Shaharir (1998), SEFSI telah berjaya melaksanakan pelbagai seminar dan yang paling
bermakna adalah Seminar Antarabangsa Falsafah dan Sains yang dilaksanakan pada
1989 di Pulau Pinang. Ini kerana, seminar ini telah berlangsung dengan kehadiran
Syed Muhammad Naquib Al-Attas dengan perbentangan kertas kerja beliau yang
bertajuk, Islam and the Philosophy of Science. Hasil penyampaian daripada kertas
kerja ini telah memberi nilai tambah kepada Falsafah Sains Islam. Kertas kerja ini
kemudiannya diterbitkan oleh Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC),
Kuala Lumpur.

Perkembangan pengislaman ilmu terutamanya di Malaysia melalui penubuhan


institusi-institusi yang diberi tanggungjawab untuk melaksanakan segala aktiviti dan
kajian-kajian ilmiah dalam konteks pengislaman ilmu mengikut pengkhususan
masing-masing menjadikan cita-cita untuk membentuk Sains Islam tidak terus suram
dan malap dengan berlalunya masa. Namun begitu, kerana faktor-faktor seperti
sambutan yang kurang menggalakkan daripada ilmuwan Islam, kurangnya kesedaran
dalam kalangan ahli-ahli politik, kekurangan dana dan sebagainya untuk
membangunkan Sains Islam, mendorong kepada sambutan individu yang tidak mahu
bergiat dalam usaha ini, malah ada juga institusi-institusi yang terpaksa dihentikan
operasinya seperti yang pernah berlaku kepada The International Institute of Islamic
Thought and Civilization, ISTAC dan MAAS di India. Walaupun pencapaian yang
dicapai setakat ini dalam usaha untuk membentuk Sains Islam masih tidak mampu
untuk dibanggakan, namun usaha yang masih berterusan diusahakan oleh ilmuwan
Islam seperti Shaharir yang masih aktif dengan pemperibumian sainsnya4 sehingga ke

4
Pemperibumian sains merupakan suatu pendekatan dalam wacana pengislaman ilmu.
Menurut Shaharir (2009b), pemperibumian sains yang dibawa oleh beliau bukan hanya tertumpu
kepada aspek pendidikan yang perlu menghilangkan pemusatan Eropah, malah turut melibatkan
pemindahan ilmu semasa seluruhnya kepada bahasa setempat dan kaedah pendekatan seluruhnya yang
bukan hanya tertakluk kepada aspek sejarah sahaja kepada yang lebih serasi dengan nilai dan psikologi
setempat. Pemperibumian sains memerlukan kepada penilaian semula sains semasa berasaskan nilai-
nilai setempat dan seterusnya membina semula atau membuat inovasi sewajarnya.
90

hari ini merupakan suatu usaha yang perlu dihargai dan dipandang serius bagi
memastikan agenda ini terlaksana.

2.5 PENUBUHAN ASASI SEBAGAI PENGGERAK WACANA PENGISLAMAN


ILMU DI MALAYSIA

Perkembangan wacana pengislaman ilmu sejak di adakan Persidangan Pertama Dunia


tentang Pendidikan Islam pada tahun 1977, pelbagai pencapaian telah diraih walaupun
penerapan secara sepenuhnya ilmu-ilmu yang dibentuk mengikut pandang alam Islam,
ke dalam sistem pendidikan rasmi negara-negara Islam untuk semua peringkat
pendidikan masih belum berjaya dilaksanakan secara sepenuhnya kerana faktor-faktor
yang menghalang perlaksanaannya seperti masalah kewangan negara, kurangnya
keterlibatan ilmuwan dalam menjayakan agenda pengislaman ilmu ini dan tiadanya
sokongan politik dari pemerintah negara. Namun atas dasar untuk terus mempertahan
dan memperjuangkan agenda pengislaman ilmu, Akademi Sains Islam Malaysia, atau
ringkasnya ASASI terus dikekalkan sehingga ke hari ini demi kepentingan ilmu dan
Agama Islam.

Memandangkan kajian ini mengkaji pemikiran ahli-ahli sains tabii dalam


memperjuangkan agenda pengislaman ilmu melalui pendekatan kesepaduan sains,
agama dan bahasa dalam sektor pendidikan, maka ASASI yang terkenal dengan
perjuangan pengislaman ilmu yang lebih menumpukan kepada sains tabii lebih
mendapat perhatian bagi kajian ini. Tambahan pula, ada di antara tokoh yang dipilih
untuk dimuatkan pemikiran beliau dalam kajian ini pernah dan masih menjadi orang
kuat ASASI. Kajian ini cenderung untuk melihat ASASI sebagai sebuah organisasi di
Malaysia yang masih kekal ke hari ini, komited dalam menjalankan aktiviti-aktiviti
ilmiah yang menjurus kepada penerusan usaha pengislaman ilmu, agar ia terus terbela
dan sentiasa diusahakan bagi membentuk Sains Islam yang dicita-citakan.

ASASI merupakan sebuah institusi bukan kerajaan yang ditubuhkan atas


inisiatif ahli-ahlinya yang berlatarbelakangkan sains dan teknologi. Pertubuhan ilmiah
yang telah melebihi usia 40 tahun penubuhannya ini telah dimapankan pada 29 Mei
1977 dan telah diterajui kepimpinannya oleh ilmuwan yang hebat di bidang akademik
mereka. Pada tahun 1978 sehingga 1983, ASASI telah melantik Tengku Mohd
91

Azzman Shariffadeen Tengku Ibrahim sebagai presiden. Pada sesi yang berikutnya
bermula 1984 sehingga 1987, Muhammad Ridzuan Bin Mohd Salleh pula memegang
pucuk pimpinan ASASI. Manakala pada tahun 1988 sehingga 1994, Osman Bakar
telah diberikan kepercayaan untuk menggantikan Muhammad Ridzuan sebelum
ASASI memberikan tanggungjawab ini kepada Shaharir Mohamad Zain bermula 1995
sehingga 2003. Seterusnya, pada tahun 2004 sehingga kini, presidennya adalah Wan
Ramli Wan Daud yang juga merupakan seorang pensyarah kontrak (2018) di Fakulti
Kejuruteraan dan Alam Bina, UKM.

Menurut laman sesawang rasmi ASASI, Kesturi.net yang memperihalkan


ASASI, pada mulanya akademi ini memberikan penumpuannya kepada aktiviti-
aktiviti pengislaman ilmu yang merujuk kepada sains tabii seperti fizik kimia, biologi,
matematik, kejuruteraan dan sebagainya yang memerlukan penganggotaan daripada
ahli-ahli sains tabii, serta ia sememangnya tidak ditujukan kepada ahli sains sosial
atau kemanusiaan. Namun begitu, mulai lebih kurang sedasawarsa penubuhannya,
perlembagaan ASASI dipinda supaya semua ilmuwan dalam bidang apa pun dapat
menganggotainya sesuai dengan makna sains mengikut perspektif Islam yang berkait
antara satu sama lain dan bersepadu untuk menuju kepada konsep ketauhidan
Pencipta. Justeru itu, sehingga kini, keanggotaan ASASI telah melibatkan ilmuan-
ilmuan daripada bidang-bidang ilmu yang tidak hanya terbatas kepada ilmuan yang
berlatarbelakangkan pendidikan sains tabii sahaja.

Agenda pengislaman ilmu yang diperjuangkan oleh barisan kepimpinan dan


ahli-ahli ASASI lahir daripada semangat untuk mendukung cita-cita kesatuan dan
kesepaduan ilmu. ASASI di ditubuhkan untuk menghidupkan semula tradisi Sains
Islam yang berasaskan aturan-aturan al-Quran dan Hadis Rasul-Nya. Tradisi Sains
Islam ini merupakan suatu bentuk kajian tentang alam tabii atau fenomena dan telatah
yang tidak memisahkannya daripada prinsip-prinsip Islam. ASASI berusaha untuk
memperkenalkan dan mendokong konsep dan falsafah Sains Islam bersama-sama
dengan etika Islam dalam kegiatan sains dan penyelidikan yang dijalankan sepanjang
penubuhannya sehingga ke hari ini dan masa-masa mendatang. ASASI juga
merupakan sebuah pertubuhan ilmiah yang menggalakkan perlaksanaan kajian-kajian
sains yang menepati citarasa Islam melalui kepatuhan kajian kepada segala prinsip-
92

prinsip Islam dalam kalangan masyarakat. Justeru, kajian-kajian yang dilaksanakan


perlu menjadikan al-Quran sebagai satu daripada sumber inspirasi, hidayah dan
rujukan dalam setiap kegiatan sains mereka.

ASASI sebagai sebuah pertubuhan yang dibangunkan untuk memastikan


Bahasa Arab menjadi suatu keinginan dan tekad yang teguh dalam kalangan ahlinya
untuk terus diperjuangkan dalam agenda pengislaman ilmu kepada kedudukannya
yang asal dan betul sebagai bahasa sains dalam dunia Islam, kerana peranannya yang
sangat berharga sebagai bahasa al-Quran. Bahasa Arab yang difahami dengan baik
oleh para ilmuan Sains Islam tentunya mendorong mereka untuk lebih mudah
memahami pengisian al-Quran dengan bantuan keterangan atau tafsir daripada pakar-
pakarnya. Selain itu ASASI berusaha untuk melakukan usaha memadu, menyepadu,
mengamir atau mengintegrasi dan menggembleng tenaga dan pemikiran para ilmuwan
Muslim ke arah membangun dan memajukan masyarakat Islam terutamanya dalam
sains dan teknologi. ASASI turut ditubuhkan untuk bekerjasama dengan organisasi-
organisasi lain dari dalam dan luar negara dalam pengurusan, kajian, seminar,
persidangan dan sebagainya sebagai pengisian kepada agenda pengislaman ilmu bagi
memastikan kegunaan ilmu sebagai alat untuk mencapai kebahagian di dunia dan
akhirat dan bukan untuk kemusnahan insan serta kestabilan dan keharmonian alam.

Semenjak penubuhanya pada tahun 1977, ASASI telah berusaha dan berjaya
menerbitkan warkah berita dwitahunannya yang berjudul Asasains. Di samping itu,
sejak 1990, ASASI turut menerbitkan jurnal ilmiah dwitahunannya yang berjudul
Kesturi sebagai usaha yang berterusan dalam memperkasakan agenda pengislaman
ilmu. ASASI juga telah membina laman sesawang rasminya sendiri yang turut diberi
nama sempena nama jurnal ilmiah terbitannya iaitu Kesturi.net. Laman sesawang ini
telah menjadi pemudah cara kepada para pengkaji dan pembaca untuk mendapatkan
maklumat-maklumat berhubung aktiviti yang diadakan oleh ASASI serta
mendapatkan jurnal-jurnal ilmiah yang terpilih yang dimuatkan di sini. Selain
menganjurkan kegiatan wacana, sama ada berbentuk seminar, bengkel, persidangan
dan sebagainya yang kebanyakannya boleh diketahui melalui laman sesawang
Kesturi.net, ASASI dalam waktu yang sama juga turut menerbitkan buku-buku ilmiah
dan pascasidang kepada simposium yang mengungkapkan gagasan tentang
93

pengIslaman ilmu atau isu-isu semasa mengikut perspektif Islam. Antaranya buku-
buku tersebut termasuklah, Siri Wacana Sejarah dan Falsafah Sains (Mohd Yusof Haji
Othman et al.), Pemikiran Sains Masa Kini (Osman bin Bakar), Al-Farabi: Life,
Works and Significance (Osman bin Bakar), Pengenalan Sejarah dan Falsafah Sains
(Shaharir bin Mohamad Zain), A positive Aspect of Tasawwuf. A Preliminary Thought
(Syed Muhammad Naquib Al-Attas) dan lain-lain lagi.

2.6 KESIMPULAN

Usaha menyedarkan masyarakat bahawa wujudnya proses dan gagasan pengislaman


sains merupakan suatu usaha yang penting. Mereka seharusnya sedar dan tidak
menerima sains yang telah dihuraikan melalui kaedah huraian Barat atau sekularisasi
sebagai perkara yang benar-benar memenuhi konsep ilmu tanpa perlu berfikir atau
mengkaji terlebih dahulu. Mereka seharusnya sedar bahawa, tanggungjawab yang
sebelum ini terbeban hanya di atas bahu ilmuwan dan sarjana Muslim tertentu sahaja
tidak seharusnya berlaku. Kajian ini juga seharusnya menyedarkan mereka yang terus-
menerus berada dalam kepompong dan kekangan pola pemikiran Sains Barat supaya
keluar mencari sistem yang benar-benar bertepatan dengan kehendak jiwa manusia
yang bertuhan. Pengislaman sains ini seharusnya dipikul oleh keseluruhan ilmuwan
dan sarjana Muslim yang ada pada hari ini dan tidak terus hanyut dengan sains yang
diselewengkan oleh Barat atau sekularisasi. Kekuatan idea sarjana-sarjana yang
terlibat dalam memartabatkan dan menjadikan pengislaman sains sebagai suatu usaha
yang nyata, diharapkan mampu untuk mempertahankan kedudukan Islam di dalam
masyarakat yang menjunjung martabat ilmu yang bersih dan suci dari pencemaran
atau penyelewengan pihak-pihak tertentu yang mempunyai agenda dan
berkepentingan tersendiri, dan secara tidak langsung mampu menolak sekularisasi dan
menjaga kepentingan Agama Islam di dalam masyarakat yang ada pada masa ini dan
masa akan datang.

Dalam bab yang seterusnya, perbincangan akan tertumpu kepada kesepaduan


antara sains, agama dan bahasa yang menjadi agenda utama dalam gagasan
pengislaman ilmu. Kesepaduan sains, agama dan bahasa, dengan sains yang lebih
dikhususkan kepada sains tabii, agama yang merujuk kepada Agama Islam dan bahasa
94

pula tertumpu kepada Bahasa Melayu ini dilihat dalam konteks pembangunannya di
Malaysia terutamanya melalui perlaksanaan dan penerapannya ke dalam sistem
pendidikan di Malaysia
BAB III

KESEPADUAN SAINS AGAMA DAN BAHASA SEBAGAI SUATU PENDEKATAN


PENGISLAMAN ILMU DALAM SISTEM PENDIDIKAN DI MALAYSIA

3.1 PENDAHULUAN

Kesepaduan sains, Agama Isla dan bahasa merupakan suatu yang diusaha dan
diwujudkan sebagai proses membentuk Sains Islam. Seterusnya, ia perlu diterapkan
dalam sistem pendidikan formal negara. Kesepaduan sains, Agama Islam dan bahasa
merupakan suatu pendekatan untuk menyepadukan ilmu Fardhu Ain dengan ilmu
Fardhu Kifayah, disamping penggunaan bahasa setempat yang mampu difahami oleh
masyarakat setempat dalam menyampaikan ilmu bagi memudahkan kefahaman
mereka, di samping memperkuatkan jati diri suatu bangsa dalam mempertahankan
kedudukan bahasa asal negara mereka. Di Malaysia, usaha membentuk kesepaduan
ilmu yang selari dengan agenda pengislaman ilmu diterapkan dalam sistem pendidikan
formal negara yang lebih dikenali dengan pendidikan sepadu atau pendidikan
bersepadu.

Justeru itu, bolehlah dikatakan bahawa pengislaman ilmu dan pendidikan


sepadu yang menyepadukan sains, Agama Isla dan bahasa merupakan perkara yang
lebih kurang sama. Ini kerana, pendidikan sepadu dan pengislaman ilmu mempunyai
matlamat yang sama dalam menghakis dan membersihkan unsur-unsur sekular dalam
ilmu dan seterusnya menyepadukan ilmu dengan prinsip-prinsip Islam untuk
membentuk konsep ketauhidan kepada Pencipta dalam mencari kebenaran.
Pengislaman ilmu melibatkan peranan yang lebih luas untuk membentuk Sains Islam
bermula dari penyelidikan awal menyerasikan sains dengan Islam, manakala
pendidikan sepadu adalah proses penerapan hasil yang diperoleh daripada kajian-
kajian yang dilaksanakan dalam pengislaman ilmu ke dalam sistem pendidikan
96

negara, bukan hanya untuk menyampaikan Sains Islam kepada pelajar di semua
peringkat pendidikan, malah dalam masa yang sama berperanan dalam pembentukan
syakhsiyah pelajar dan pendidik.

Penerapan ini sebagai usaha untuk memberikan kefahaman yang seimbang


antara keperluan akal, rohani dan pembangunan jasmani kepada masyarakat
terutamanya pelajar-pelajar di semua peringkat atau tahap pendidikan. Boleh
dikatakan hampir seluruh bahagian penghidupan manusia mengalami masalah yang
terdorong daripada terhakisnya kemanusiaan yang sebenar dalam diri-diri mereka,
hasil daripada ketidaksempurnaan pendidikan yang telah dilalui. Pendidikan
merupakan suatu proses yang perlu diperbetulkan dan dibersihkan daripada perkara-
perkara yang bakal merosakkan pembentukan diri pelajar. Justeru, pendidikan
seharusnya menjadi suatu wahana yang menyampaikan serta menerapkan proses
penginsanan bagi melahirkan individu dan masyarakat yang membangun bersama
nilai-nilai kemanusiaan yang bertepatan dengan kehendak Agama Islam yang selari
dengan fitrah keperluan jasmani dan rohani manusia.

Malaysia pernah melaksanakan sistem pendidikan sepadu dalam tempoh lebih


kurang satu dekad pada tahun 1980-an sehingga akhir tahun 1990-an, sebelum diubah
kepada sistem yang sedikit berbeza kerana berlakunya perubahan pucuk pimpinan
Kementerian Pelajaran Malaysia pada waktu itu. Bagi melihat kepada konsep
pendidikan sepadu yang pernah dilaksanakan di Malaysia ini, maka bab ini
membincangkan kesepaduan sains, Agama Islam dan bahasa yang pernah menjadi
cita-cita dan usaha ilmuwan di Malaysia untuk diterapkan dalam sistem pendidikan di
Malaysia. Penerapan ini menjadi suatu keperluan bagi memastikan pendidikan
Malaysia menggunakan sistem pengurusan dan bahan yang terbaik berasaskan
prinsip-prinsip Islam, sekali gus menggantikan sistem pendidikan sekular yang di
amalkan sejak sebelum merdeka lagi di negara ini.

3.2 SAINS DAN AGAMA

Sains dan agama yang disepadukan merupakan suatu keperluan kepada umat manusia
bagi menangani masalah sekularisme dan dualisme yang berleluasa dalam kehidupan
manusia moden terutamanya dalam sistem pendidikan. Oleh kerana hanya agama
97

yang mampu mengawal dan membentuk keperibadian, sikap atau akhlak yang baik,
maka agamalah yang perlu dijadikan landasan penilaian bagi penerimaan dan
perbahasan ilmu pengetahuan agar ia tidak menyimpang atau terpesong daripada
kehendak jiwa manusia yang cintakan kedamaian dan mengejar kebahagiaan yang
hakiki. Namun begitu, agama yang terbaik dan benar daripada Pencipta manusia yang
Maha Memahami segala kehendak dan keperluan manusia perlulah dipilih untuk
diserasikan atau disepadukan dengan sains yang menjadi keperluan kepada
pembangunan kehidupan manusia.

Sememangnya skop perbincangan sains dan agama mempunyai perbezaannya,


namun keduanya adalah ilmu yang perlu dipelajari dan dituntut oleh manusia. Sains
moden hanya berfungsi dalam membangunkan hal-hal keduniaan, manakala agama
menitik beratkan pembangunan dunia dan akhirat, jasmani dan rohani. Walaupun
sains moden hari ini tidak menyentuh persoalan agama, tetapi ruang lingkup
perbincangan agama tentunya ada membahaskan persoalan sains. Namun begitu, jika
sains diolah agar serasi dengan agama, sudah tentu sains bukan hanya mendorong
kepada pembangunan yang bersifat keduniaan, tetapi juga jaminan ukhrawi. Dengan
batas-batas agama yang dijaga rapi dalam membangunkan sains, pastinya mereka
bakal memperoleh ganjaran usaha mereka di akhirat nanti oleh Pencipta mereka.

Boleh dikatakan sains dan agama merupakan dua perkara atau bidang ilmu
yang menggalas tanggungjawab yang sama dalam mencari dan menunjukkan
kebenaran bagi suatu kejadian dan fakta ilmu. Tidak semua persoalan yang timbul di
fikiran manusia berhubung fenomena alam yang terjadi di dunia ini mampu dijawab
oleh sains secara tepat atau sekurang-kurangnya secara kebetulannya. Namun begitu,
agama mampu memberikan jawapan asas kepada persoalan-persoalan yang tidak
terjawab oleh sains melalui rujukan kitab-kitab agama mereka ataupun rekaan
agamawan mereka yang menyandarkan setiap persoalan yang timbul dan ditimbulkan
kepada tuhan atau perantaraan tuhan mengikut ajaran masing-masing. Namun begitu,
agama yang berasal daripada Pencipta yang Maha Bijaksana iaitu Islam mampu
memberikan jawapan yang benar kepada persoalan-persoalan yang tidak terjawab oleh
sains melalui rujukan al-Quran dan Hadis, serta kaedah-kaedah fiqh, sehingga segala
98

permasalahan dan persoalan yang timbul atau mungkin timbul dibahaskan dalam
ajaran Agama Islam.

Setiap penganut bagi ajaran-ajaran agama, tidak kira agama yang dicipta atau
direka sendiri oleh manusia, atau agama-agama yang berasal dari langit, berusaha
untuk membuktikan dengan pelbagai cara dan kaedah membuktikan kebenaran dan
kerelevanan agama mereka kepada manusia keseluruhannya atau sekurang-kurangnya
dalam kalangan yang menganut agama tersebut sahaja. Manusia yang berpegang
kepada kepercayaan agama seringkali ingin menonjolkan kebenaran dan kehebatan
agama yang mereka anuti, walaupun perbandingan agama yang dilakukan oleh pakar
perbandingan agama membuktikan wujudnya pelbagai kelemahan dan kekurangan
dalam sesetengah agama jika dibandingkan dengan agama yang lain. Mereka dengan
lantangnya mengakui bahawa ajaran agama yang mereka dokong mempunyai kaitan
dengan sains, bahkan boleh dibuktikan dengan ilmu sains. Tetapi sejauh mana
kebenaran kelantangan mereka dalam mempertahankan ajaran agama mereka jika
tidak mendasarkan dakwaan tersebut kepada fakta dan kajian-kajian saintifik,
sedangkan bukan segala permasalahan yang timbul mampu dijawab oleh sains yang
sistematik. Namun begitu, apabila kaedah sains dan kemudahan teknologi diletakkan
di kedudukan yang tinggi dalam menyelesaikan masalah kehidupan manusia dan
alam, maka mendorong agamawan-agamawan bagi agama masing-masing untuk
membuktikan kebenaran agama mereka melalui persamaan-persamaan yang terhasil
daripada penyelidikan, kajian atau fakta sains.

Saintis dan sarjana moden hari ini mempunyai pandangan tersendiri yang
mungkin berbeza atau wujud persamaan antara mereka terhadap ajaran agama.
Pandangan-pandangan ini secara keseluruhannya boleh dibahagikan kepada tiga
bentuk. Yang pertamanya adalah pandangan positif terhadap agama, ini menunjukkan
bahawa mereka menerima bahawa sains dan agama adalah dua perkara yang
mendokong tujuan yang sama dalam mencari kebenaran bagi suatu kejadian dan fakta
melalui cara yang berbeza. Agama memperoleh kebenaran daripada kitab-kitab dan
utusan Penciptanya, manakala sains dibuktikan kebenarannya melalui kajian-kajian
saintifik. Mereka berpendapat bahawa dasar agama yang bertunjangkan wahyu
99

sekalipun tidak boleh dibuat kajian secara saintifik sebenarnya terpancar melalui
hasilan-hasilan kajian sains itu sendiri.

Pandangan yang kedua pula adalah pandangan yang tidak tetap. Saintis dan
sarjana yang berpandangan tidak tetap menerima agama pada tempat dan keadaan
tertentu sahaja, manakala dalam keadaan yang berbeza, mereka menafikan kebenaran
agama hanya kerana bertentangan dengan hasil kajian sains yang mereka lakukan.
Mereka tidak menafikan kekurangan kajian yang mereka jalankan, namun menafikan
kebenaran agama. Hal ini berlaku kerana wujudnya kepincangan dalam ajaran agama
yang mereka anuti, atau kajian mereka sendiri. Walhal, antara kesemua ilmu
pengetahuan itu tidak mungkin wujud suatu perbezaan kerana semuanya berasal dari
sumber yang sama iaitu Pencipta ilmu itu sendiri. Pandangan yang tidak tetap ini
terlalu mementingkan diri sendiri dan tidak berpendirian dalam menetapkan suatu
penetapan akhir untuk kajian-kajian yang mereka laksanakan.

Manakala pandangan ketiga pula adalah pandangan yang negatif terhadap


agama. Mereka tidak boleh menerima hakikat dan menolak secara total agama sebagai
suatu kaedah yang membawa kebenaran. Lebih jauh daripada itu, agama dianggap
pembohongan dan sama sekali tidak boleh dibuktikan. Mereka lupa bahawa tidak
semua persoalan yang timbul di fikiran mereka berhubung fenomena yang terjadi di
dunia mampu dijawab oleh sains. Mereka tetap mencuba sedaya upaya mereka untuk
menghuraikan sesuatu kejadian dan fakta dengan menafikan lumrah hidup bertuhan.
Pandangan yang ketiga inilah yang ditanam oleh Tamadun Barat dalam dada-dada
sarjana dan ilmuwan-ilmuwannya selama ini. Mereka memandang agama sebagai
suatu yang tidak boleh dibuktikan melalui kajian-kajian saintifik. Kaedah yang
digariskan dalam perlaksanaan kajian saintifik tidak dapat memenuhi ciri-ciri yang
ada pada agama khususnya yang berkaitan dengan wahyu sebagai sumber ilmu.

Bagi setiap agama yang wujud di dunia ini mempunyai pandangan yang
berbeza tentang sains, ada agama yang ambil peduli akan kepentingan dan
perkembangan sains, dan ada juga sebaliknya. Namun begitu, kebanyakan pengikut
agama yang terlalu ingin membuktikan kebenaran agama mereka, mereka akan
bersungguh-sungguh ingin membuktikannya melalui sains supaya mampu
100

memberikan keyakinan untuk dirinya dan masyarakat yang turut menganut agama
yang sama. Sains bagi mereka umpama alat penting yang digunakan untuk
membuktikan kebenaran suatu ilmu yang ada. Agamawan-agamawan bagi agama
tertentu sanggup mengadakan dialog antara mereka dan ahli Sains Barat untuk
membuktikan kebenaran ajaran mereka. Pembuktian-pembuktian ini ada yang wujud
persamaan, namun ada juga yang wujud suatu percanggahan yang tiada titik temu
antara keduanya.

Menurut Shaharir (2009d), pada akhir abad ke-16 hingga awal abad ke-17 lagi
telah berlaku perbahasan tentang astronomi dan fizik antara Jesuit Kristian dengan
Biarawan Jepun, iaitu tentang unsur asasi benda, bentuk bumi, dan fizik-metafizik
yang berakhir dengan kemenangan ajaran Jesuit yang mewarisi astronomi dan fizik
Aristotle. Namun begitu, menurut Shaharir lagi, dari aspek metafizik, kemenangan
memihak kepada biarawan Jepun kerana metafizik Jepun tidak mahu mengalah
kepada metafizik Kristian. Begitu juga dengan perbahasan astronomi tentang sistem
suria dan peta bintang-bintang yang pernah berlaku antara para Jesuit dengan para
biarawan China di Beijing pada akhir abad ke-16M hingga awal abad ke-17M yang
membawa kepada suatu keputusan yang memaksa para biarawan China menerima
Teori Kopernigh yang dibawa oleh para Jesuit itu, walaupun dari sudut peta
bintangnya diakui oleh para Jesuit jauh lebih superior daripada yang ada padanya.
Melalui perbahasan ini, menunjukkan kepentingan sains yang membawa fakta yang
tepat, bukan sahaja untuk menerangkan suatu keadaan sahaja, malah mampu
menunjukkan kepada pihak lawan, sama ada kehebatan agama yang mereka anuti atau
kecelaruan dalam pembuktian fakta yang akhirnya menjatuhkan kepercayaan terhadap
agama tersebut.

Bagi sesetengah agama yang terlalu memandang tinggi kepada sains, para
agamawan mereka akan berusaha secara bersungguh-sungguh untuk membentuk sains
yang mengikut acuan agama mereka. Dalam usaha untuk membuktikan kebenaran
agama, sarjana bagi agama-agama tertentu, terutamanya agama yang bukan agama
samawi berusaha mengusahakan suatu kaedah yang boleh menerangkan kepada
penganut ajaran agama mereka tentang sains yang tidak pernah menyimpang dari
ajaran agama mereka. Menurut Shaharir (2009d), buku The Tao of Physics karangan
101

Capra dan The Dancing Wu Li Masters: An Overview of The New Physics dikarang
oleh Zukav merupakan antara buku-buku karangan sarjana yang masing-masingnya
beragama Buddha dan Hindu yang cuba untuk menghubungkaitkan agama mereka
dengan sains yang diterokai Barat walaupun penemuan Sains Barat boleh sahaja
berubah dengan adanya penemuan-penemuan baru yang membatalkan atau sekurang-
kurangnya merubah fakta yang sebelumnya.

Sebagai suatu usaha untuk meraih kepercayaan dan keyakinan penganut


sesuatu agama tersebut, maka usaha ini menjadi suatu ikhtiar mereka dalam
membuktikan ajaran agama mereka yang tidak bertentangan dengan Sains Barat yang
dianggap benar itu. Ini sebenarnya kelemahan agama-agama bukan samawi yang
boleh sahaja tunduk kepada sains melebihi kepercayaan kepada agama sendiri yang
sememangnya mempunyai pelbagai kekurangan dalam menghadapi dan memberi
pandangan keagamaan terhadap segala permasalahan yang wujud. Agama-agama
sebegini tentunya tidak memenuhi konsep syumul1 yang perlu ada pada agama yang
benar-benar berasal daripada Tuhan Pencipta alam.

Tahap penerimaan agama-agama yang wujud di dunia ini terhadap sains


adalah berbeza sehingga ada agama yang meletakkan sains sebagai suatu yang utama
dan berada di kedudukan yang tertinggi melebihi agama mereka. Bahkan ada juga
agama yang hanya mementingkan ajaran agama tanpa langsung melihat kepada
perkembangan sains, mungkin kerana agamawan mereka sendiri tidak boleh
menerima sebarang percanggahan yang wujud antara agama mereka dengan sains
yang lebih bersifat logik, sistematik dan empirikal. Justeru, ini tentunya menimbulkan
ragu-ragu dalam hati mereka terhadap agama yang mereka anuti, sama ada benar atau
sebaliknya.

3.3 SAINS MENURUT PANDANGAN ISLAM

Agama-agama lain tentunya berbeza dengan Agama Islam. Ini kerana Agama Islam
merupakan satu-satunya agama yang dijamin oleh Allah melalui sumbernya al-Quran
yang kekal sehingga ke akhir zaman. Berbeza dengan agama-agama samawi lain,
1
Syumul adalah sifat yang dimiliki oleh gama Islam yang bermaksud segala kandungan, aturan
dan prinsip Islam meliputi seluruhnya atau menyeluruh dalam segala urusan kehidupan manusia.
102

sumber rujukan atau kitab yang disampaikan kepada nabi-nabi mereka telah diubah
kepada beberapa kitab seperti; Injil yang asal dikembangkan menjadi beberapa kitab
yang lain seperti Perjanjian Baru yang menggunakan empat Kitab Injil yang diberi
nama Injil Matius, Injil Markus, Injil Lukas dan Injil Yohanes. Manakala kitab Injil
yang asal daripada Allah SWT, hilang dengan adanya kitab-kitab yang diubah
mengikut kesesuaian pemikiran mereka. Berbeza dengan al-Quran, walaupun terdapat
beberapa kitab tafsir, namun tafsirannya berdasarkan kepada keadaan dan sebab ayat
diturunkan pada waktu ia diwahyukan kepada Nabi Muhammad, dan al-Quran masih
terjamin isi kandungan dan ketulenannya sehingga ke hari ini, tanpa ada sedikitpun
perubahan dan campur tangan dari tangan-tangan manusia. Jika ada sekalipun, dengan
keizinan Allah dan janji-Nya, perubahan ini akan terus disedari oleh umat Islam
kerana keyakinan yang tinggi dalam kalangan umat Islam yang mempunyai kesedaran
akan kepentingan menghafaz atau menjaga ayat-ayat al-Quran.

Berbeza dengan sesetengah agama lain yang terlalu memandang tinggi akan
sains sehingga berusaha sedaya upaya untuk membuktikan kebenaran agama mereka
dengan penyelidikan dan bukti-bukti sains. Islam merupakan agama yang meletakkan
prinsip ketauhidan sebagai prinsip yang utama di samping Islam, Iman dan Ihsan.
Perkara-perkara yang bertentangan dengan agama akan terus ditolak. Begitu juga
dengan fakta sains yang boleh sahaja ditolak, bahkan wajib ditolak sekiranya ia
bertentangan dengan ilmu wahyu daripada al-Quran yang merupakan Kalam Allah. Ini
boleh dilihat daripada penolakan umat Islam kepada kepercayaan sains daripada Teori
Evolusi Darwin yang menganggap manusia berasal daripada mawas dan berkembang
melalui proses evolusi sehingga membentuk homo sepiens atau manusia seperti yang
ada pada hari ini.

Penolakan ini dilakukan kerana fakta ilmu yang dinyatakan adalah


bertentangan dengan ilmu wahyu daripada Al-Quran yang menyatakan bahawa
manusia berasal daripada Adam dan Hawa yang dibentuk daripada tanah. Ini
menunjukkan bahawa, Islam mendahulukan ilmu wahyu melebihi ilmu akal Namun
ini tidak bermakna Islam menafikan peranan ilmu akal kerana Islam merupakan
agama yang sangat menggalakkan umatnya agar berilmu. Perkara ini dikuatkan lagi
dengan hujah daripada Imam Al-Ghazali (2012) bahawa Rasulullah melarang
103

umatnya mentakwilkan sesuatu yang di situ diselitkan dengan ayat-ayat al-Quran


dengan tujuan agar diterima akal dan dapat digunakan untuk mencari kesesuaian
hukum alam, sedangkan teori manusia seringkali berubah dengan adanya penemuan-
penemuan yang terbaru.

Islam merupakan suatu agama yang berbeza dengan agama-agama lain. Dalam
Islam, seseorang itu tidak boleh membebaskan sains dari Islam atau memisahkan
kedua-duanya (Cemil Akdogan 2008). Islam tidak meletakkan sains sebagai alat untuk
menerima dan mempercayai apa yang telah Penciptanya terangkan melalui utusan dan
kitab-Nya iaitu, al-Quran. Malah, sekiranya sains dijadikan kayu ukur kepada
penerimaan suatu perkhabaran dari Yang Maha Menciptakan ilmu, maka ini boleh
membatalkan iman dan Islam insan yang berfikiran sebegini, kerana sesungguhnya,
apa yang telah didatangkan oleh Allah adalah suatu yang wajib diterima dan
dipercayai sepenuhnya tanpa ragu-ragu. Seandainya wujud suatu perkara yang telah
disampaikan oleh Allah bercanggah dengan fakta sains, maka fakta sains itu
merupakan suatu fakta yang kurang tepat, dan apa yang Allah sampaikan adalah fakta
yang benar. Ziauddin Sardar (1992:37 ) menyebut bahawa:

Corak dan gaya sains mereka (ahli Sains Islam) boleh dikatakan berbeza
daripada cara sains yang diamalkan pada hari ini biarpun jika beberapa hasil
mereka menjadi asas peningkatan Sains Barat. Perbezaan yang besar adalah
dalam sistem kepercayaan. Sains Islam mempercayai wahyu dan
menganggapnya sebagai satu cara untuk menghampiri tuhan, manakala ahli
Sains Barat mempercayai kerasionalan dan menolak semua bentuk
pengetahuan lain yang dianggap karut.

Walaupun iman dan perhitungan akal manusia berbeza dari sudut sifatnya,
namun menurut Ibn Hazm 2 , keduanya mempunyai matlamat yang sama untuk
memperoleh kebaikan demi kebaikan (Ziauddin Sardar 1992). Perhitungan akal secara

2
Ibn Hazm dilahirkan pada tahun 994M merupakan ilmuan di zaman Keemasan Islam yang
banyak memberikan sumbangan kepada dunia Islam dengan catatan jumlah buku yang ditulis beliau
melebihi 400 judul dalam pelbagai bidang ilmu. Beliau merupakan pakar di bidang fekah, hadis, sejarah
dan bidang akademik disamping ahli politik yang handal. Penguasaan beliau dalam pelbagai disiplin
ilmu menjadikan beliau seorang yang pakar dalam bidang agama. Beliau membesar dalam
pemerintahan Khalifah al-Mansur.
104

sendirinya tidak mampu untuk menyelesaikan segala permasalahan yang wujud


kerana sifat manusia yang terbatas. Justeru, di sinilah pentingnya kesatuan iman dan
perhitungan akal dalam menyelesaikan segala permasalahan yang wujud.

Sains bagi Agama Islam perlu mengimani wahyu dan menghormati akal
manusia untuk mencari keredhaan Allah dan melaksanakan tanggungjawab sebagai
khalifah di muka bumi ini (Hussain Othman 2009). Dalam pengkajian Sains Islam
klasik, ahli-ahli sainsnya menggunakan pelbagai kaedah yang tidak bercanggah
dengan kaedah-kaedah yang lain, malah kaedah-kaedah tersebut saling melengkapi
dan menguatkan lagi fakta suatu ilmu. Kajian saintifik yang bersifat objektif dan
sistematik ditapis pula dengan kaedah yang melibatkan ilmu wahyu yang subjektif
menjadi tunggak utama kepada segala ilmu yang dikembangkan. Ini berbeza dengan
Sains Barat yang menganggap bahawa sains adalah satu-satunya jalan untuk mencari
kebenaran. Sains mengkaji dunia jasmani yang mempunyai perkaitan yang sangat
rapat dengan dunia rohani seperti roh dan jasad manusia. Segala bentuk ilmu
pengetahuan adalah saling berkait dan bertautan dengan ilmu wahyu. Setiap manusia
yang menjalankan kajian sains bukan hanya memperoleh kefahaman tentang dunia
kejasmanian atau kebendaan, bahkan dalam masa yang sama ia merupakan refleksi
kepada realiti kerohanian (Ziauddin Sardar 1992). Oleh itu, ilmu pengetahuan dalam
Islam perlu dituntut semata-mata kerana ketaatan kepada Allah.

Masalah keterpisahan antara sains dan agama berlaku kerana sekularisme yang
diperkenalkan oleh Peradaban Barat dalam pembangunan pengkajian sains mereka.
Justeru, sains yang diperkenalkan Barat dan sains yang sepatutnya mengikut pandang
alam Islam mempunyai perbezaan yang sangat ketara kerana Sains Barat mengabaikan
nilai-nilai, manakala Sains Islam pula mementingkan bukan hanya pembangunan
kejasmanian, tetapi dalam masa yang sama menitikberatkan perkembangan
kerohanian individu agar sentiasa melakukan perkara kebaikan demi keredhaan
Pencipta. Pemisahan antara teologi dengan falsafah tabii yang terjadi di Eropah Barat
pada sekitar tahun 1800 telah membawa kesan yang amat mendalam terhadap falsafah
setiap bidang ilmu pengetahuan. Sebelum pemisahan itu berlaku, bidang-bidang ilmu
sains seperti kimia, sains hayat dan fizik terletak sepenuhnya dalam mandala
105

keagamaan tetapi selepas pemisahan, kesemua bidang keilmuan itu akhirnya tidak
mempunyai sebarang hubungan dengan aktiviti keagamaan (Abdul Latif 1999).

Sains Barat yang sekular meletakkan ciri bebas daripada emosi serta nilai-nilai
atau ringkasnya neutral sebagai kunci kepada kejayaan pengkajian mereka. Sains yang
dibangunkan ini disyaratkan untuk bersifat neutral kerana kononnya tidak mahu ia
dipengaruhi faktor-faktor nilai, emosi, kepercayaan atau budaya yang bagi mereka
menyumbang kepada hasil kajian yang berat sebelah. Sebaliknya sains pada
pandangan Islam, perlu memasukkan emosi dan kesedaran agama yang berasaskan
ilmu wahyu dalam menjalankan segala kajian sains kerana ilmu wahyu menjadi
penunjuk kepada kebenaran dan pembatas kepada kemusnahan serta penyelesaian
kepada kecelaruan akal manusia.

Sains Barat mengambil kedudukan tidak memihak sama ada kepada kebaikan
mahupun keburukan hasil penciptaan atau teknologi mereka. Namun, perkara yang
lebih penting adalah menghayati dan meminati ciptaan sainsnya sahaja demi
kepentingan kehidupan dunia. Sedangkan pada pandangan Islam, sains perlu
menegakkan kebenaran dan segala akibat daripada penciptaan sains hendaklah
diambil kira sebelum ia dicipta dan dikeluarkan untuk kegunaan masyarakat. Sains
Barat mengamalkan pemisahan ilmu dan aktiviti keilmuan kerana mereka
menganggap cara ini akan lebih memudahkan mereka melaksanakan kajian. Sains
pada pandangan Islam perlu berasaskan aktiviti keilmuan yang holistik dan
menyeluruh (Hussain Othman 2009).

Agama Islam adalah suatu agama yang mewajibkan semua penganutnya yakin
dengan setiap perkara yang terdapat dalam ajaran agama yang telah disampaikan
melalui kitab dan utusan-Nya. Islam adalah agama ilmu pengetahuan yang tidak akan
wujud sama sekali ketidakselarasan antara sains dan ilmu-ilmu yang terkandung
dalam ajaran Islam. Sains Islam bukanlah dikatakan sebagai Sains Islam hanya kerana
ia diperkenalkan oleh para saintis Islam, tetapi pada hakikatnya, ramai orang bukan
Islam yang telah menjadi penyumbang kepada pembangunan Sains Islam. Sains ini
layak diberikan jolokan Sains Islam kerana secara konsep dan dasarnya adalah berkait
rapat dengan asas pengajaran Islam iaitu yang paling pentingnya adalah menepati
106

prinsip ketauhidan (Osman Bakar 1991) yang mengEsakan Pencipta dalam pengkajian
tersebut. Prinsip tauhid ini merupakan prinsip yang menjadi matlamat utama sarjana-
sarjana Muslim bagi memperoleh keredaan-Nya. Seterusnya sains yang terhasil ini
diperkenalkan sebagai sains yang universal dan terpakai kepada seluruh manusia tanpa
mengira agama.

Justeru, Sains Barat yang sekular yang mengenepikan peranan agama dan nilai
dalam perkembangan pengkajian sains mereka haruslah dielakkan daripada terus
diguna dan dikembangkan melainkan ditapis, diperbaiki serta ditambah baik terlebih
dahulu selaras dengan prinsip-prinsip Islam. Sains Barat memegang prinsip matlamat
menghalalkan cara, maka segala perkara yang dilakukan atas alasan sains, menjadi
suatu yang baik dan dimaafkan walaupun terpaksa melakukan pelbagai kezaliman
terhadap penghuni alam terutamanya haiwan. Perkara ini tentunya bertentangan
dengan prinsip Islam yang cintakan keamanan dan menjaga kesejahteraan alam. Sains
Islam tidak menerima konsep matlamat menghalalkan cara kerana tidak ada
keistimewaan di antara matlamat dan kaedah sains yang tidak menepati prinsip-prinsip
Islam. Lebih-lebih lagi jika kajian sains yang dilaksanakan perlu melibatkan perkara
atau aktiviti yang mendorong berlakunya kezaliman kepada makhluk hidup. Oleh itu,
matlamat dan kaedah sains yang menjadi cara atau metodologi dalam pengkajian sains
hendaklah menepati kehendak Islam serta mencegah daripada berlakunya
kemungkaran terhadap diri sendiri, masyarakat dan alam.

3.4 KESEPADUAN SAINS, AGAMA ISLAM DAN BAHASA: DEFINISI DAN


KONSEP

Kesepaduan sains, agama dan bahasa yang dibincangkan pada bahagian ini
merupakan suatu usaha yang sehala dan searah dengan agenda pengislaman ilmu yang
cuba mengembalikan ilmu kepada konsep yang menepati citarasa atau prinsip-prinsip
Islam. Menurut Nik Aziz (1999), bersepadu boleh dimaksudkan sebagai suatu perkara
atau hal yang bersatu, bercantum, bergabung, bertaut, bersebati, bekerjasama,
bermuafakat, seia sekata dan bersama-sama, dan perkara atau hal-hal yang
disepadukan ini dikonsepsikan dan direalisasi berasaskan kepercayaan kepada Tuhan.
Konsep kesepaduan dalam pendidikan ini adalah sebuah konsep yang berpusatkan
Pencipta sebagai tujuan untuk mentauhidkan-Nya, untuk kepentingan kehidupan
107

manusia dan alam yang harmoni dan serasi dengan fitrah yang telah ditetapkan oleh-
Nya.

Sistem pendidikan negara dengan penerapan pendidikan bersepadu perlu


terlebih dahulu merangka atau merancang dengan teliti kandungan pendidikan yang
perlu disediakan sebagai kurikulum. Kandungan pendidikan bukan hanya menyentuh
persoalan ilmu semata-mata, tetapi juga melibatkan kemahiran dan sikap. Kemahiran
yang dimaksudkan dalam pendidikan adalah alat untuk mencapai ilmu seperti bahasa
(Hassan Langgulung 1986) yang digunakan haruslah dengan bahasa yang benar-benar
difahami dengan jelas oleh penyampai dan penerima ilmu. Secara jelasnya, sistem
pendidikan harus menggunakan bahasa setempat yang digunakan oleh masyarakat
setempat bagi memudahkan mereka yang terlibat dalam menyampai, menerima serta
memahami suatu ilmu yang disampaikan. Walaupun bahasa bukanlah ilmu, namun ia
adalah suatu alat atau perantara penting untuk menghubungkan manusia dengan ilmu
untuk proses pembangunan yang seterusnya. Manakala tentang sikap, ia tidak berkait
dengan ilmu secara langsung, namun ia lebih berkait dengan pembelajaran (Hassan
Langgulung 1986) agar ia mempunyai sikap yang positif dalam menguruskan ilmu,
pergaulan dengan guru, di samping akhlak yang mulia dalam segala urusan.

Kesepaduan sains, agama dan bahasa yang dibahaskan di sini merujuk kepada
sains yang mewakili sains tabii, sains terapan serta sains sosial dan kemanusiaan,
manakala agama pula merujuk kepada Agama Islam sebagai agama wahyu bersama
nilai-niai sejagat yang membawa pengaruh yang positif dalam kehidupan manusia.
Manakala bahasa pula merujuk kepada bahasa yang digunakan oleh masyarakat
setempat. Namun begitu, oleh kerana kajian ini memberikan penumpuan kepada
pemikiran empat ahli sains tabii Muslim Melayu dalam membincang dan mengkaji
kesepaduan sains, agama dan bahasa, maka sains dalam kajian ini lebih memberikan
tumpuan kepada sains tabii, manakala agama pula tentunya merujuk kepada Agama
Islam kerana kesepaduan yang dibincangkan adalah selari dengan agenda pengislaman
ilmu. Bahasa dalam perbincangan kesepaduan ini pula memfokuskan Bahasa Melayu
yang menjadi bahasa setempat masyarakat di Malaysia.
108

Dalam membincangkan gagasan kesepaduan ilmu, agama dan bahasa, bukan


hanya intipati, konsep, prinsip dan perancangan kerja untuk menggerakkan gagasan
ini dibincangkan, tetapi ilmuwan yang terlibat turut memikirkan istilah terbaik yang
boleh digunakan untuk memberikan gambaran terbaik kepada konsep kesepaduan
sains, agama dan bahasa dalam pendidikan. Kesepaduan sains, agama dan bahasa
dalam pendidikan atau ringkasnya pendidikan bersepadu ini pernah diungkapkan oleh
pakar matematik Shaharir Mohamad Zain sebagai “Pendidikan Terkamir3 ”. Diteliti
daripada penulisan Shaharir (1986), ringkasnya beliau menerangkan “Pendidikan
Terkamir” ini merupakan pendidikan yang membawa manusia lebih hampir kepada
Penciptanya, pendidikan yang mengamirkan atau mensepadukan hal-hal duniawi
dengan ukhrawi, sains kejasmanian dan kebendaan dengan sains wahyu. Sistem
pendidikan bersepadu atau terkamir ini didukung oleh para sarjana Islam yang
menggerakkan agenda pengislaman ilmu. Selain itu, pendidikan terkamir ini juga
merupakan pendidikan yang tidak memisahkan sains dengan sastera, sains dengan
masyarakat, sains dengan bahasa, dan sains dengan budaya.

Penerapan konsep kesepaduan sains, agama dan bahasa dalam sistem


pendidikan Malaysia telah dipandang serius oleh ilmuwan Malaysia yang sedar akan
kepincangan sistem pendidikan sedia ada. Sehingga mereka melaksanakan banyak
persidangan tentang keilmuan dan pendidikan yang menyuarakan kebimbangan
terhadap konsep pendidikan sedia ada yang tidak mampu menyelesaikan persoalan
pembangunan manusia yang berakhlak. Manakala sifat ilmu yang sekular menjadikan
individu yang melalui sistem ini semakin menjauh daripada mentaati dan
mentauhidkan Tuhan mereka (Tajul Ariffin 1990). Oleh kerana kepincangan-
kepincangan inilah, maka suatu seminar telah diadakan untuk menambahbaik dan
seterusnya menggantikan sistem pendidikan di Malaysia. Seminar yang diberi nama
Seminar Pendidikan Sepadu ini telah dianjurkan oleh Fakulti Pendidikan Universiti
Kebangsaan Malaysia pada 30 Oktober 1984.

3
Perkataan terkamir merupakan perkataan Bahasa Melayu yang jarang digunakan dalam
percakapan atau penulisan bidang-bidang ilmu yang lain atau penulisan-penulisan biasa melainkan
dalam bidang matematik. Justeru, perkataan-perkataan seperti ini yang jarang digunakan akan terus
hilang jika tidak disebarkan dan dibiasakan penggunaannya, lebih-lebih lagi sekiranya pendidikan sains
dan matematik menggunakan Bahasa Inggeris sepenuhnya.
109

Daripada seminar ini, beberapa persoalan dasar Konsep Pendidikan Sepadu


telah dibincangkan dan dipersetujui oleh ilmuwan yang terlibat yang terdiri daripada
pendidik tempatan di peringkat pengajian tinggi termasuk falsafah, model dan
pendekatan serta kaedah pembinaan kurikulum. Seminar ini dirancang untuk memberi
peluang kepada ilmuan-ilmuan dari pelbagai bidang untuk bertukar fikiran dalam
pendidikan sepadu disamping memikirkan asas-asas yang kukuh dalam membina
pengertian yang bermakna bagi pendidikan bersepadu. Di samping itu, seminar ini
betujuan untuk menjadikan pendidikan sepadu sebagai kursus teras dalam pendidikan
negara untuk semua peringkat pendidikan di Malaysia bermula daripada peringkat
rendah sehingga ke peringkat pengajian tinggi. Seterusnya merumuskan strategi untuk
melaksanakan konsep pendidikan sepadu (Tajul Ariffin & Abdul Raof 1986) dalam
sistem pendidikan rasmi negara. Hasil gabungan perbincangan dan idea yang
disumbangkan oleh ilmuwan yang terlibat dalam Seminar Pendidikan Bersepadu4 ini,
maka Pendidikan Bersepadu dirumus dan ditakrifkan sebagai “Pendidikan yang
bersumberkan al-Quran dan Hadis di samping adanya integrasi disiplin-disiplin ilmu
akal ke arah membina komuniti ummah dengan akidah sebagai terasnya”.

Ilmuwan yang terlibat dalam seminar ini seperti Mohd Kamal Hassan 5 ,
Shaharir Mohamad Zain 6 , Muhamad Syukri Salleh 7 dan Hassan Langgulung 8 telah
memberikan pandangan dan idea tersendiri dalam membincangkan pendidikan
sepadu. Cendekiawan Islam hari ini telah menyedari bahawa orang-orang Islam akan
hilang identiti beragamanya jika unsur-unsur sekular terus dibiarkan dalam

4
Temubual dengan Tajul Ariffin Noordin pada 21 April 2017 di Sekolah Tahfiz, Seksyen 16,
Bandar Baru Bangi.
5
Dalam Seminar Pendidikan Sepadu yang diadakan di UKM pada 1984 anjuran UKM ini,
Mohd Kamal Hassan telah menyediakan kertas kerja yang bertajuk Penghayatan Islam dalam
Mempelajari dan Mengembangkan Ilmu. Pada waktu tersebut, beliau merupakan seorang pensyarah di
Markaz Ilmu Teras, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
6
Dalam Seminar Pendidikan Sepadu ini, Shaharir Mohamad Zain telah menyampaikan kertas
kerja yang bertajuk Pendidikan Sains Terkamir di Peringkat Universiti. Pada waktu tersebut, beliau
merupakan tenaga pengajar di Jabatan Matematik, Universiti Kebangsaan Malaysia.
7
Dalam Seminar Pendidikan Sepadu ini, Muhamad Syukri Salleh telah menyampaikan kertas
kerja yang bertajuk Beberapa Aspek Kesepaduan Ilmu dalam Islam: Kes Ilmu Pembangunan
Berteraskan Islam. Pada waktu tersebut, beliau merupakan tenaga pengajar di Pusat Pengajian Sains
Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia. Minden, Pulau Pinang.
8
Dalam Seminar Pendidikan Sepadu ini, Hassan Langgulung telah menyampaikan kertas kerja
yang bertajuk Pendidikan Sepadu dan Paradigma Ilmu. Pada waktu tersebut, beliau merupakan tenaga
pengajar di Pusat Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
110

pembangunan ilmu dan pemikiran mereka tanpa ada alternatif untuk menggantikan
unsur-unsur tersebut dengan unsur yang lebih serasi dengan jiwa berfitrah manusia
yang memerlukan Pencipta dan agama dalam segala urusan kehidupan mereka. Bagi
mengatasi dan menyelamatkan Muslim daripada bahaya sekularisme dalam
mempelajari dan mengembangkan ilmu, maka Mohd Kamal Hassan (1986)
menyebutkan bahawa pentingnya pendidikan bersepadu, iaitu pendidikan yang
mengekalkan kaedah integrasi iman, ilmu, amal dan akhlak, juga kesepaduan antara
iman dan ilmu, jasad dan roh, dunia dan Din (agama), fikiran dan hati serta akal dan
wahyu. Iman kepada Allah, ilmu yang bermanfaat, amal yang salih serta akhlak yang
mulia yang kesemuanya bersandarkan doktrin Tauhid dalam mencari, mempelajari,
mengajar dan mengembang ilmu pengetahuan. Maka sikap Muslim dalam
mengendalikan ilmu akan sentiasa tunduk dan patuh kepada tuntutan akidah, syariat
dan akhlak Islam.

Manakala menurut Muhammad Syukri (1986) dalam Seminar Pendidikan


Sepadu ini, beliau menyimpulkan bahawa pendidikan sepadu ini merupakan
pendidikan yang bukan hanya menyepadukan multi-disiplin ilmu semata-mata, tetapi
yang lebih penting ia melibatkan kesepaduan antara akal dengan hati, ilmu dengan
amal, Ilmu Dharuri dengan Ilmu Nadhari dan Ilmu Fardhu Ain dengan Ilmu Fardhu
Kifayah. Kesepaduan iman dan amal terhasil daripada perlaksanaan pengajaran dan
pembelajaran kedua-dua Ilmu Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah. Ilmu Fardhu Ain
bertindak sebagai pendorong dalam menggerakkan amalan seseorang setelah
terbentuknya kekuatan akidah melalui ilmu tauhid, kefahaman syariah melalui ilmu
fiqh dan kemuliaan peribadi melalui ilmu tasawuf. Sehingga ilmu Fardhu Ain ini
menjadi ilmu tunjuk yang mengawal segala urusan perlaksanaan dan amalan ilmu
Fardhu Kifayah. Dalil-dalil aqli yang terbatas hasil pencerapan manusia dalam
membuktikan ilmu adalah terbatas kerana kemampuan manusia yang terbatas, maka
dalil-dalil aqli ini perlu digabungkan dengan dalil-dalil naqli yang bersumberkan al-
Quran dan Hadis bagi mencapai kebenaran ilmu. Dalam usaha mencari dalil-dalil
naqli ini pula, Ilmu Dharuri9 yang hanya boleh ditanggapi dengan pancaindera sahaja

9
Ilmu Dharuri ialah ilmu yang mudah dan senang difahami tanpa memerlukan banyak hujah
atau bahasan. Umpamanya penelitian dan bahasan yang mendalam tentulah tidak diperlukan dalam
memahami satu itu separuh dari dua atau dua itu separuh dari empat atau seumpamanya (Muhammad
Syukri 1986:54).
111

itu tidak lagi mencukupi melainkan dengan bantuan ilmu-ilmu Nadhari10 yang lebih
mendalam. Sehinggakan kadangkalanya, ilmu-ilmu ini hanya mampu dicapai dengan
kefahaman hati, bukan lagi dengan kemampuan akal manusia yang terbatas.

Selain “Pendidikan Bersepadu” atau “Pendidikan Terkamir”, istilah-istilah lain


turut digunakan bagi menggambarkan konsep bersepadu dalam pendidikan. Sidek
Baba (2006) menggunakan istilah “Pendidikan Integratif” dan ada juga yang
menggunakan “Pendidikan Integral” bagi menggambarkan pendidikan bersepadu ini.
Menurut pengertian istilah integratif atau integrasi, ia membawa maksud
penggabungan atau pergabungan dua atau beberapa unsur, bahagian dan lain-lain –
menjadi kesatuan, penyatuan – berpadu – disatupadukan (Kamus Dewan 2005).
Perkataan integral dan integratif merupakan istilah Bahasa Inggeris yang diMelayukan
bagi menggambarkan konsep bersepadu. Berbeza dengan istilah “terkamir” yang
merupakan perkataan Bahasa Melayu yang lebih sesuai digunakan selain daripada
“bersepadu” bagi menunjukkan kemampuan Bahasa Melayu dalam menerangkan
sesuatu hal atau keadaan.

Justeru, konsep kesepaduan sains, agama dan bahasa yang diusahakan oleh
ilmuwan tempatan untuk diterapkan dalam sistem pendidikan negara atau ringkasnya
diperkenalkan dengan “Pendidikan Bersepadu”, merupakan suatu pendekatan yang
menyepadukan ilmu-ilmu akli dengan ilmu-ilmu naqli yang bersumberkan al-Quran
dan Hadis bersama cabang-cabangnya. Ilmu-ilmu Fardhu Ain menjadi kewajipan ilmu
yang perlu dituntut dalam pendidikan seperti syariah, fiqh dan tasawuf untuk
mencapai Iman, Islam dan Ihsan bagi menjamin kesempurnaan Islam dalam diri
seseorang sebagai hamba yang taat. Ilmu-ilmu Fardhu Ain ini yang tersedia dalam diri
setiap individu akan menjadi benteng kepada mereka dalam menilai ilmu yang
menjadi keperluan manusia di dunia iaitu Ilmu Fardu Kifayah. Hasilnya, Ilmu Fardhu
Ain yang disepadukan dengan Ilmu Fardhu Kifayah dibentuk bagi mencapai
kehidupan yang terurus di dunia di samping keredhaan Penciptanya.

10
Ilmu Nadhari ialah ilmu yang memerlukan pemikiran dan bahasa mendalam beserta dengan
dalil-dalil yang memahami dan membuktikan tentang sesuatu perkara atau sesuatu keadaan.
Umpamanya tidak dapat difahami dengan mudah tentang wajib wujudnya Allah, melainkan dengan
perbahasan yang mendalam beserta dengan dalil-dalilnya, baik dalil-dalil aqli, mahupun dalil-dalil naqli
(Muhammad Syukri 1986:54).
112

3.5 PENERAPAN KESEPADUAN SAINS, AGAMA DAN BAHASA DALAM


SISTEM PENDIDIKAN NEGARA

Kesepaduan sains, Agama Islam dan bahasa yang diterapkan dalam sistem pendidikan
Malaysia atau lebih dikenali dengan pendidikan bersepadu atau pendidikan sepadu,
merupakan suatu usaha ke arah memperkasakan agenda pengislaman ilmu di samping
membentuk insan yang berilmu serta membina kekuatan iman serta jati diri yang
kukuh. Konsep pendidikan bersepadu ini difikirkan bagi menggantikan sistem
pendidikan sekular yang diperkenalkan Barat. Sistem pendidikan sekular merupakan
sebuah sistem yang terlalu meletakkan peranan akal yang logik dalam pembentukan
dan pengembangan ilmu sehingga menolak kebenaran agama. Fahaman sekularisme
ini telah memberi kesan terutamanya terhadap perkembangan ilmu, sistem pendidikan
dan pembentukan individu yang seterusnya berkembang kepada sistem pemerintahan,
pentadbiran, politik, ekonomi dan sebagainya.

Perkembangan ini menjadikan agama terus disisihkan dalam segala aktiviti


kehidupan mereka yang melibatkan hal-hal keduniaan sehingga tiada perkara yang
membataskan, walaupun natijahnya hanya menguntungkan sesetengah pihak, tetapi
kesan yang lebih besar terdorong kepada kemusnahan individu, masyarakat dan alam.
Kerana sekularisme yang dicorakkan dalam sistem pendidikan Eropah Barat inilah
yang melahirkan individu yang hanya bercita-cita untuk mengejar kesenangan,
kemewahan, pembangunan dan kuasa. Kemajuan sains bersama perkembangan
teknologi yang mereka laksanakan yang mencetuskan revolusi industri pada abad ke-
18 dan 19 telah menjadikan negara-negara Eropah Barat ini menjadi kuasa besar
sebagai penjajah dunia demi kepentingan mereka tanpa memikirkan nasib negara dan
rakyat yang terjajah hasil daripada sekularisme yang telah sebati dalam diri mereka.

Salah satu kesan yang cukup memberi tekanan kepada umat Islam adalah
negara-negara Islam yang terjajah oleh kuasa-kuasa Barat termasuk Malaysia,
terpaksa menerima sistem pendidikan sekular yang menjauhkan umatnya daripada
peranan agama yang sepatutnya menjadi kekuatan dan benteng dalam diri daripada
melakukan perkara yang sia-sia dan merosakkan. Pemisahan antara pendidikan agama
dan pendidikan sains atau ringkasnya dualisme dalam pendidikan ini tentunya perlu
dihapuskan dan digantikan dengan pendidikan bersepadu yang dibentuk berdasarkan
113

epistemologi Islam. Epistemologi Islam menjelaskan bahawa seluruh bidang keilmuan


adalah bersifat sepadu kerana ia berasal daripada Pencipta yang Tunggal dan segala
yang ada di langit dan di bumi adalah berada di bawah kekuasaan-Nya.

Justeru, kerana kesedaran bahaya pendidikan sekular terhadap perkembangan


umat Islam yang boleh menjauhkan mereka daripada Islam dan seterusnya
memudarkan nilai-nilai Islam seperti yang diistilahkan oleh Al-Attas (1978b) sebagai
deislamization, maka gagasan pengislaman ilmu dan pendidikan bersepadu difikirkan
oleh ilmuwan Islam tempatan sebagai suatu alternatif kepada pendidikan sekular
tajaan Barat itu. Kebangkitan kesedaran umat Islam di seluruh dunia akan
kepincangan yang wujud dalam sistem pendidikan sekular telah mendesak mereka
untuk mencari alternatif kepada sistem pendidikan menggantikan sistem pendidikan
sedia ada. Begitu juga di Malaysia, atas desakan umat Islam untuk menggantikan
dasar pendidikan sekular (Gazali 2012), hasilnya pihak kerajaan Malaysia telah
menubuhkan suatu Jawatankuasa Kabinet pada tahun 1974 untuk mengkaji
perlaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan.

Oleh kerana laporan-laporan yang membincangkan dasar pendidikan negara


sebelum itu, terutamanya yang bermula dengan Laporan Razak 11 pada tahun 1956,
Laporan Rahman Talib 12 pada tahun 1960, dan Dasar Pelajaran Kebangsaan pada
tahun 1970 hanya menumpu kepada penghasilan tenaga kerja mahir dan perpaduan
rakyat dengan kesamarataan sistem pendidikan bagi sekolah-sekolah di Malaysia, di
samping memperkukuhkan lagi peranan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
yang berfungsi dalam menyatukan rakyat, maka berlaku reformasi dalam sistem
pendidikan dengan syor-syor (Saharia 2015) yang dibahaskan dalam “Laporan

11
Laporan Razak 1956 merupakan sebuah laporan yang meletakkan asas dalam perkembangan
sistem pendidikan di Malaysia untuk memupuk semangat perpaduan melalui Sistem Pelajaran
Kebangsaan untuk semua. Manakala Bahasa Melayu pula sebagai bahasa kebangsaan dijadikan bahasa
pengantar utama, di samping kurikulum kebangsaan, sukatan pelajaran, dan sistem peperiksaan yang
sama bagi semua sekolah. Selepas kemerdekaan, sistem pendidikan telah dibentuk bersesuaian dengan
keperluan negara yang merdeka (Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010)
12
Laporan Rahman Talib merupakan sebuah laporan yang dibentuk oleh Jawatankuasa
Rahman Talib pada tahun 1960. Jawatankuasa Rahman Talib ini mengkaji semula perakuan laporan
Razak. Laporan jawatankuasa ini telah dijadikan sebagai asas kepada penggubalan Akta Pelajaran
1961. Akta Pelajaran 1961 menggariskan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama bagi semua
peringkat pendidikan serta penggunaan kurikulum dan peperiksaan yang sama untuk semua pelajar di
Malaysia. Laporan Rahman Talib telah diperakukan dalam Akta Pendidikan 1961(Pelan Induk
Pembangunan Pendidikan 2006-2010:17)
114

Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Dasar Perlaksanaan Dasar Pelajaran” pada tahun


1979. Menurut Tajul Ariffin (1990), suatu kritikan yang seringkali dibuat sebelum ini
ialah sistem pendidikan Malaysia terlalu menekankan aspek kognitif (akal) dan
psikomotor (kemahiran). Akibatnya guru mengajar semata-mata untuk menghabiskan
sukatan pelajaran. Murid pula belajar semata-mata untuk lulus peperiksaan. Maka
dalam proses ini, nilai-nilai kemanusiaan, sikap dan akhlak tidak sempat diberi
tumpuan. Mungkin inilah yang menjadi punca kepada kemerosotan moral, disiplin dan
akhlak murid dan juga guru.

Pembinaan keperibadian insan yang seimbang bersama nilai-nilai murni


merupakan suatu penambahbaikan yang terhasil dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet
Mengkaji Dasar Perlaksanaan Dasar Pelajaran. Laporan ini mengesyorkan semua
pelajar yang berAgama Islam wajib menduduki setiap peperiksaan umum kerajaan
bagi matapelajaran agama dan sebuah kurikulum baru sekolah di peringkat sekolah
rendah hendaklah diperkenalkan bagi memantapkan pendidikan Islam. Daripada
kesedaran yang ditimbulkan melalui laporan yang dikeluarkan ini jugalah, maka
Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) mula diperkenalkan pada tahun 1983
(Rosnani 1996) walaupun di peringkat awal KBSR, kesepaduan yang difokuskan ialah
hubungan antara manusia dan alam sekitar (Tajul Ariffin & Nor Aini 2002), manakala
diperkembang dan dimantapkan dalam KBSM dalam mewujudkan kefahaman dalam
kesepaduan ilmu yang terbentuk melalui perkaitan bukan hanya antara manusia
sesama mereka, manusia dan alam, tetapi turut merangkumi hubungkait antara alam
dan Pencipta bersama penerapan nilai-nilai murni dalam pendidikan.

Konsep pendidikan sepadu telah dibincang, dibahas dan dianalisis dengan


begitu terperinci dan teliti selama 17 tahun setelah pendidikan negara mengalami
proses evolusi yang sihat ke arah merealisasikan pendidikan yang berteraskan agama,
budaya dan tamadun negara ini. Sebagai kesinambungan kepada pendidikan sepadu
yang diterapkan melalui KBSR bagi sekolah rendah, pada tahun 1988 Kurikulum
Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pula diperkenalkan. Kesepaduan yang
difokuskan dalam KBSM dimantapkan lagi dengan hubungkait antara tiga entiti yang
seimbang dan harmoni antara manusia, alam dan Tuhan yang menciptakan (Tajul
115

Ariffin & Nor Aini 2002), disamping penggunaan Bahasa Melayu yang meluas
merentasi kurikulum.

3.5.1 Penggubalan Falsafah Pendidikan Negara

Segala perkara yang dilakukan oleh manusia dipandu oleh suatu perlaksanaan untuk
menuju kepada suatu matlamat tertentu yang perlu ditetapkan. Begitu jugalah dengan
matlamat negara dalam membentuk sebuah sistem pendidikan untuk keperluan
rakyatnya, disamping memastikan perkembangan insan yang seimbang dan harmonis
dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Sistem pendidikan yang dibentuk dan
digunapakai kepada rakyat bertujuan melahirkan suatu masyarakat berilmu,
berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta dapat menyumbang kepada keharmonian dan kemakmuran
keluarga, masyarakat dan seterusnya memberi faedah yang besar dalam pembangunan
dan kesejahteraan negara. Justeru, matlamat inilah yang dirangka dalam Falsafah
Pendidikan Negara yang seterusnya ditukarkan kepada Falsafah Pendidikan
Kebangsaan untuk terus dituju dan dicapai melalui segala perangkaan dan usaha
dalam membentuk dan menjalani sistem pendidikan negara yang berteraskan kepada
konsep pendidikan sepadu.

Konsep pendidikan sepadu telah diberikan pengertian yang jelas melalui


gabungan pemikiran beberapa pemikir dan ilmuwan tempatan seperti Shaharir
Mohamad Zain, Kamal Hassan, Hassan Langgulung, Tajul Ariffin dan Abdul Raof
melalui perbentangan kertas kerja dan perbincangan dalam Seminar Pendidikan
Sepadu yang diadakan pada tahun 1984. Hasilnya, pendidikan sepadu telah dijelaskan
sebagai; “Pendidikan yang berteraskan al-Quran dan as-Sunnah, di samping adanya
integrasi disiplin ilmu akal ke arah membina komuniti ummah dengan berteraskan
aqidah” (Tajul Ariffin 2017).

Anwar Ibrahim yang pada waktu itu bertindak sebagai Menteri Pendidikan
Malaysia memikirkan keperluan kepada pembentukan Falsafah Pendidikan Negara
yang bertindak sebagai payung dan induk untuk seluruh komponen dalam proses
pendidikan. Beliau telah mengarahkan ilmuwan yang terlibat dalam membincangkan
pendidikan sepadu pada Seminar Pendidikan Sepadu atau Forum Pendidikan Sepadu
116

1984 untuk membina Falsafah Pendidikan Negara yang menepati konsep pendidikan
bersepadu dan dalam masa yang sama memenuhi keperluan negara yang berbilang
bangsa dan agama (Tajul Ariffin 2017)13.

Oleh itu, konsep pendidikan sepadu yang dibincangkan melalui forum tersebut
telah dijadikan asas dan model dalam perbincangan-perbincangan untuk menggubal
Falsafah Pendidikan Negara sehingga intisari konsep pendidikan sepadu ini diterima
sebagai komponen yang diungkapkan dalam Falsafah Pendidikan Negara yang
dinyatakan sebagai: “Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan
jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini ialah bagi
melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara” (Tajul
Ariffin 2017).

Perkembangan positif pendidikan bersepadu dan pengislaman ilmu yang


berlaku di Malaysia terutamanya selepas penggubalan dan perlaksanaan Falsafah
Pendidikan Negara pada tahun 1987 adalah atas galakan dan sokongan yang diberikan
oleh pemimpin tertinggi negara pada waktu itu iaitu Mahathir Mohamad dan Anwar
Ibrahim. Menurut Gazali (2012), gagasan pengislaman ilmu turut diperhebat bersekali
dengan dasar penerapan nilai-nilai Islam yang diperkenalkan oleh Mahathir pada
1983. Gandingan dua menteri tertinggi, iaitu Mahathir dan Anwar ini telah
merancakkan lagi usaha-usaha ke arah pengislaman disiplin keilmuan yang
berorientasikan Barat dalam cita-cita mewujudkan sebuah sistem pendidikan sepadu
di Malaysia.

Pendidikan yang selari dengan kehendak pembangunan rohani dan jasmani


merupakan suatu keperluan yang perlu dilalui oleh setiap insan yang berakal, baik
secara formal, mahupun sebaliknya. Pendidikan secara umumnya bolehlah

13
Temubual bersama Tajul Ariffin Noordin Di Sekolah Agama Tahfiz Seksyen 16, Bandar
Baru Bangi pada 21 April 2017.
117

diungkapkan sebagai suatu sistem yang perlu dilalui bagi membentuk suatu perubahan
ke arah menjadi insan atau manusia yang baik disamping beradab (Azhar Hj. Wahid &
Zawawi Jahya 2009). Sehingga mampu melahirkan suatu masyarakat yang saling
melengkapi, berakhlak mulia dan mempunyai pembangunan intelek, kerohanian dan
kejasmanian yang unggul sesuai dengan penciptaan manusia sebagai sebaik-baik
ciptaan seperti yang telah difirmankan Allah melalui Surah At-Tin ( Al-Quran, At-Tin
95:4) yang bermaksud:

“Sesungguhnya kami telah menjadikan manusia dengan sebaik-baik


kejadian”.

Justeru itu, bagi merealisasikan fitrah kejadian manusia yang merupakan


sebaik-baik ciptaan, maka mereka perlu mencari inisiatif terbaik dalam mencari atau
memilih sistem pendidikan yang sesuai dengan fitrah kejadian manusia yang cintakan
kedamaian dan mengejar kebahagian yang hakiki di samping tidak menyisihkan nilai-
nilai budaya dan bahasa setempat untuk meningkatkan jati diri mereka dengan
memperakui kemampuan dan seterusnya memartabatkan bahasa mereka sebagai
bahasa yang mampu menyampai dan mengembangkan ilmu.

Berhubung kejayaan negara menetapkan Falsafah Pendidikan Negara yang


selari dengan keadaan Malaysia yang berpenduduk pelbagai bangsa dan agama,
namun masih menerima serta mengekalkan konsep kesepaduan serta kebebasan
beragama bersama penerapan nilai-nilai murni, Tajul Ariffin Noordin (1993)
menyatakan bahawa sistem pendidikan Malaysia telah memasuki era yang lebih baik
dengan tercetusnya Falsafah Pendidikan Negara pada tahun 1987. Ini merupakan hasil
yang tercetus daripada sikap rakyat dan pemimpin yang mempunyai kesedaran
terhadap pembangunan insan yang seimbang antara rohani dan jasmani disamping
penerapan nilai-nilai dan akhlak yang terpuji dalam kalangan masyarakat seluruhnya.
Falsafah Pendidikan Negara menjadi suatu arah tuju atau matlamat untuk dicapai, juga
sebagai asas dan sumber inspirasi kepada segala perancangan dan usaha yang
dilaksanakan dalam menguruskan dan seterusnya menguasai bidang pendidikan.

Oleh kerana Falsafah Pendidikan Negara (FPN) memberi fokus kepada


masyarakat dan agama yang pelbagai di Malaysia, maka Bahagian Pendidikan Islam,
118

Kementerian Pendidikan Malaysia mengambil inisiatif menggubal falsafah yang


memberikan fokus utama kepada pendidikan Islam. Penggubalan falsafah yang
dinamakan Falsafah Pendidikan Islam (FPI) dinyatakan sebagai:

Pendidikan Islam adalah satu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu,


kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah bagi
membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai
hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri,
masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan
kesejahteraan di akhirat.

Manakala Falsafah Pendidikan Negara yang telah digubal pada tahun 1987
selepas terlaksananya perancangan membentuk sistem pendidikan bersepadu dalam
sistem pendidikan formal negara melalui KBSR yang bermula pada 1983 lagi, telah
disemak semula pada tahun 1996 yang menatijahkan penukaran nama Falsafah
Pendidikan Negara kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) disertai bersama
beberapa perubahan kepada pengisian falsafah asalnya. Falsafah pendidikan
Kebangsaan ini dinyatakan sebagai:

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah


memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada
Tuhan. Usaha ini adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta dapat menyumbang
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan
negara demi mewujudkan masyarakat Malaysia yang taat setia, berdisiplin dan
bersatu padu selaras dengan prinsip Rukun Negara.

Dengan pembinaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, maka menjadi cita-cita


negara untuk mewujudkan sistem pendidikan yang seimbang dan harmonis dengan
pembinaan dan penerapan nilai-nilai dalam pengajaran dan pembelajaran untuk
119

melahirkan rakyat berilmu, berakhlak dan membangun. Menurut Tajul Ariffin (1990),
pembinaan nilai bermaksud setiap matapelajaran yang diajar mestilah dibekal dan
dihayati dengan nilai untuk memuliakan manusia. Nilai-nilai yang diterapkan dalam
menuntut ilmu untuk mencari kebenaran yang hakiki bertujuan untuk mendekatkan
diri kepada Allah. Nilai dalam bahasa pula adalah untuk membina budi pekerti, adab
dan akhlak. Nilai dalam sejarah melahirkan rakyat yang cintakan agama, bangsa dan
negara. Manakala nilai dalam sains pula bertujuan untuk memahami peraturan-
peraturan alam yang diciptakan Allah. Hasilnya, penerapan nilai-nilai positif,
terutamanya nilai-nilai keagamaan yang berteraskan Islam ini akan menghasilkan ahli-
ahli sains yang cemerlang dan bertakwa.

3.5.2 Konsep Pendidikan Sepadu dalam Kurikulum dan Buku Teks Sekolah Rendah
dan Menengah

Walaupun falsafah pendidikan mementingkan penerapan nilai-nilai dalam sistem


pendidikan negara, namun yang masih menjadi persoalan adalah sejauh mana
kesepaduan, terutamanya dalam kurikulum yang menjadi fokus utama pendidikan
telah dibentuk untuk diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran di semua
peringkat pendidikan sehingga ke hari ini. Kurikulum melibatkan seluruh proses
pembelajaran; iaitu dari menentukan matlamat dan objektif, membina kandungan yang
relevan, memikirkan kaedah pengajaran, penilaian tentang keberkesanannya
sehinggalah kepada maklum balas untuk memperbaikinya (Rosnani Hashim 2001).
Persoalan berhubung pembentukan kurikulum yang sepatutnya dibentuk ini
dibangkitkan dalam kalangan ilmuan dan sarjana-sarjana yang mengkaji
perkembangan pendidikan bersepadu.

Pelbagai cadangan dan idea telah dirangka dalam membentuk kurikulum dan
penulisan buku teks yang memenuhi sains keislaman yang sebenar, namun sekiranya
ia hanya sekadar idea di atas kertas dan tidak direalisasikan untuk kegunaan dalam
pendidikan sebenar, maka ia menjadi suatu yang amat merugikan sistem pendidikan
negara kerana mengabaikan idea-idea bernas yang diutarakan oleh ilmuwan Islam ini
daripada terlaksana. Walaupun sistem pendidikan bersepadu telah berjaya mendapat
tempatnya dalam sistem pendidikan negara, namun buku-buku teks yang disediakan
terutamanya untuk matapelajaran sains masih belum berjaya dihasilkan. Perkara ini
120

telah dibangkitkan oleh Shaharir sejak daripada awal perlaksanaan KBSR dan KBSM
lagi, begitu juga dengan Tajul Ariffin (1990:181) yang memberikan idea dalam
perlaksanaan kurikulum bersepadu sekolah menengah untuk matapelajaran sains dan
diterapkan dalam penulisan buku teks seperti yang terdapat pada Rajah 3.1, namun
tetap masih belum berjaya dilaksanakan.

Penyediaan buku-buku teks, terutamanya bagi matapelajaran sains dan


matematik yang memenuhi kehendak pendidikan sepadu yang mengikut agenda
pengislaman ilmu, atau istilah tepatnya sains keislaman, yang menerapkan nilai-nilai
Islam dan sejagat bersama hubung kait proses ilmu menjadi suatu keperluan yang
masih dinanti-nanti untuk dibentuk dan digunakan dalam sistem pendidikan di
Malaysia. Shaharir (1990, 2010, 2018) telah membangkitkan isu ini walaupun pada
tahun itu, KBSR dan KBSM telah terlaksana untuk beberapa tahun dalam sistem
pendidikan negara. Beliau menyatakan bahawa buku-buku matematik KBSM, juga
termasuk buku-buku bagi matapelajaran sains dan cabangnya belum lagi berjaya
ditulis dengan rapi sehingga menampakkan adanya simbiosis antara sistem nilai dan
kepercayaan dengan paradigma dan tabii sains dan cabang-cabangnya di peringkat
sekolah menengah. Begitu juga dengan buku-buku matematik KBSR yang pernah
disoroti oleh Shaharir sendiri. Lebih-lebih lagi dengan buku-buku teks di peringkat
pengajian tinggi, masih belum berjaya dilaksanakan mengikut kehendak ilmu yang
sarat nilai dan bukannya bebas nilai. Menurut beliau lagi (Shaharir 2010b),
matapelajaran sains, matematik, ekonomi, perakaunan, dan lain-lain di semua
peringkat yang diperkenalkan di peringkat sekolah dalam kurikulum sekolah,
mengandungi judul-judul yang langsung tiada hubungan dengan perkara yang dididik
dalam Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah Klasik14.

Sistem pendidikan sebegini masih tidak memenuhi pendidikan sepadu yang


dicita-citakan berteraskan agenda pengislaman ilmu, dan ia dinamakan oleh Shaharir
sebagai pendidikan Islam-sekular selari. Walaupun menjadi suatu kejayaan
melaksanakan agenda pengislaman ilmu melalui penerapan KBSM dan KBSR dalam
sistem pendidikan, namun pendidikan Islam yang sebenarnya masih belum mencapai

14
Fardhu Kifayah Klasik adalah ilmu Fardhu Kifayah yang dibahaskan dalam kitab-kitab fiqh
klasik seperti pengurusan jenazah, hukum jual beli dan lain-lain.
121

matlamatnya kerana buku-buku teksnya tidak pernah berubah pendekatannya. Oleh


kerana penerapan nilai bergantung kepada guru semata-mata, dan tiadanya bahan
rujukan utama, maka sistem pendidikan sendiri tidak mampu untuk memberikan
gambaran yang jelas bagaimana pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam boleh
dikaitkan dengan matapelajaran yang lain seperti sains, matematik, ekonomi,
perdagangan dan lain-lain.

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran bukan hanya tertumpu kepada


pemahaman ilmu, pemindahan fakta, maklumat, nilai, ilmu dan kemahiran, malah
hubungan antara guru dan murid juga merupakan suatu perkara yang perlu dianggap
penting. Kritikan semasa terhadap proses pengajaran dan pembelajaran dalam
pendidikan yang berorientasikan peperiksaan adalah terhadap sukatan pelajaran yang
perlu dihabiskan, peperiksaan dan pensijilan bukannya terfokus kepada pelajar.
Sehinggakan hubungan antara guru dan anak didik menjadi dangkal dan mekanikal.
Ini mengakibatkan para pelajar tersisih, terabai dan hanya dianggap sebagai robot
(Ahmad 2012) atau komputer yang hanya perlu menyimpan maklumat yang
disampaikan oleh guru, dengan maklumat tersebut perlu diluahkan atau disalurkan
kepada kertas-kertas peperiksaan, tanpa perlu ada interaksi yang lebih daripada itu.
Menurut Ahmad (2012), hubungan yang terbentuk sebegini antara guru dan pelajar
bukan sahaja tidak bersifat fitrah, bahkan ia menyebabkan berlakunya dehumanisasi.
Sudah tentu padahnya bakal ditanggung oleh pelajar kerana mereka ketandusan
kemanusiaan yang tercipta daripada sikap guru dan sistem pendidikan yang hanya
mementingkan pencapaian akademik.
122

TAJUK PENGAJARAN
AKHLAK SUMBER WAHYU
SAINS
AL-QURAN,
HADIS
SEMUA
SUB TAJUK
SUMBER
SAINS LAIN

ISU-ISU SOSIAL,
AKHLAK, SAINS,
APLIKASI SAINS
TAJUK KEMAHIRAN
PENGAJARAN
INKUIRI

PENGAJARAN, HIKMAH
DAN MAKLUMAT SAINS

TAJUK BARU

Rajah 3.1 Carta organisasi dan perlaksanaan kurikulum bersepadu sekolah menengah untuk mate
pekajaran sains

Sumber: Tajul Ariffin (1990:181)

Justeru, pelajar yang melalui sesi pembelajaran bagi matapelajaran sains,


matematik dan lain-lain, sangat bernasib baik sekiranya disampaikan oleh guru-guru
yang mempunyai ilmu agama yang kukuh serta bijak menghubungkannya dengan
matapelajaran yang diajar. Namun sebaliknya berlaku kepada pelajar yang diajar oleh
guru-guru yang cetek ilmu agama dan kurang berakhlak, nilai-nilai yang sepatutnya
diterapkan dalam sesi pengajaran mereka tentunya tidak selari dengan kehendak nilai-
123

nilai Islam atau terus diabaikan. Oleh itu, penerapan nilai-nilai dalam setiap
matapelajaran menjadi persoalan nasib kepada para pelajar sekiranya matapelajaran
tersebut tidak diolah dan dibentuk dengan huraian-huraian ilmu yang sedia terterap
dengan ilmu-ilmu Fardhu Ain, Fardhu Kifayah, nilai-nilai bersama sejarah dan
falsafahnya yang seterusnya dizahirkan melalui penulisan buku-buku teks sebagai
rujukan untuk mereka.

Bahkan sehingga ke hari ini, buku-buku teks sekolah rendah dan sekolah
menengah yang masing-masing dengan KBSR dan KBSM, untuk menjadi rujukan
utama kepada guru dan pelajar yang memenuhi konsep kesepaduan ilmu dan nilai
masih kurang berjaya dilaksanakan. Perkara ini dijelaskan oleh Shaharir (2018) 15
bahawa, kesepaduan KBSM bermaksud pendidikan bagi setiap matapelajaran sekolah
menengah diterapkan dengan "nilai murni". Nilai-nilai itu pada amnya bukan daripada
matapelajaran itu sendiri, tetapi dibawa masuk dari luar. Itulah yang dinamakan
"penerapan nilai". Nilai itu diterapkan ke dalam matapelajaran yang tetap tidak
berubah isinya.

Menurut Shaharir lagi, guru cuba menerapkan nilai yang diperakukan itu ke
dalam matapelajaran yang diajarnya, walaupun guru sendiri merasakan nilai itu tak
ada sangkut pautnya dengan ilmu yang diajar itu. Begitu juga dengan buku teks yang
tidak berubah pendekatannya. Itu menjadi satu daripada punca kepada kurang
berjayanya KBSM. Guru dan pensyarah maktab perguruan, bahkan pensyarah di
universitipun kurang tahu bagaimana menerapkan nilai dalam setiap matapelajaran
sekolah itu. Selagi buku teks sekolah yang ditulis oleh guru atau orang yang faham
konsep pengislaman ilmu tidak mampu diterbitkan, maka selagi itulah kesepaduan
ilmu (berpadunya agama dengan ilmu) tidak akan berlaku (Shaharir, 2018)16.

Perkara ini dibuktikan oleh kajian yang telah dijalankan oleh Abdul Rahim dan
Azharul Nizam (2010) apabila dapatan kajian mereka menunjukkan bahawa guru-guru
menghadapi masalah kesukaran untuk mendapatkan buku-buku rujukan tentang

15
Temubual bersama Shaharir Mohamad Zain pada 10 September 2018, jam 10.15 pagi,
Kajang, Selangor.
16
Temubual bersama Shaharir Mohamad Zain pada 10 Septeber 2018, jam 10.15 pagi, Kajang,
Selangor.
124

konsep pendidikan bersepadu dan bagaimanakah caranya untuk menghubungkaitkan


matapelajaran sains yang diterapkan dengan nilai-nilai. Guru-guru sememangnya tahu
tentang pendidikan bersepadu, namun gambaran yang kurang jelas tentang konsep
bersepadu ini menyebabkan mereka terpaksa memahaminya mengikut kefahaman dan
pengalaman sendiri untuk diterapkan dalam sesi pengajaran mereka, atau dengan
mudahnya mereka hanya mengenepikan persoalan nilai yang perlu diterapkan kepada
pelajar dengan hanya memahamkan pelajar akan proses ilmu semata-mata.

Tajul Ariffin (1990:203) adalah antara ilmuan yang banyak memberi idea
dalam pendidikan sepadu selain daripada Shaharir Mohamad Zain dan lain-lain. Dari
segi perlaksanaan kurikulum sains, beliau mencadangkan agar kurikulum sains bagi
semua peringkat pendidikan haruslah mempunyai ciri-ciri berikut:

i- Kurikulum sains haruslah menyedari betapa kaedah saintifik mempunyai


batas-batasnya. Dalam kata lain, kaedah saintifik tidak dapat menjawab
persoalan kebenaran ilmu dan menyelesaikan masalah kehidupan manusia
secara total. Ini disebabkan penggunaan akal, proses sains dan model-model
empirikal semata-mata tidak dapat lari dari kelemahan dan kesilapan.

ii- Kurikulum sains perlulah dapat menyedarkan pelajar akan hukum yang dicipta
oleh Tuhan. Sains bukanlah sekadar untuk memahami hukum-hukum Tuhan.
Dengan kesedaran ini dapatlah dielakkan dari penghasilan ahli-ahli sains yang
mementingkan penemuan sendiri.

iii- Konsep alam semulajadi yang kerap diajar di dalam matapelajaran sains
haruslah ditukar. Ini disebabkan oleh konsep yang bukan hanya bercanggah
dari segi akidah dan agama, malah dari segi disiplin keilmuan, konsep ini
menimbulkan banyak percanggahan yang sukar diterima sebagai suatu teori
sains yang kukuh dan benar. Oleh itu adalah baik kiranya istilah alam
semulajadi atau alam tabii ditukar kepada alam ciptaan Tuhan.

iv- Pendidikan sains bukanlah sekadar untuk menghasilkan ahli-ahli sains yang
cekap dengan kemahiran inkuiri serta memahami nilai-nilai sains untuk
diamalkan di dalam kehidupan harian. Sesungguhnya kurikulum sains harus
125

memenuhi tuntutan yang lebih besar. Iaitu untuk menghasilkan insan yang
dapat memikul amanah Allah.

v- Kurikulum sains juga perlu berupaya menimbulkan kesedaran akan pentingnya


nilai kesejahteraan hidup kepada manusia sejagat. Di samping itu, ahli-ahli
sains yang dihasilkan perlu dapat membuat keputusan dengan bijaksana dan
penuh ketaqwaan.

Umum mengetahui bahawa masalah utama guru-guru hari ini adalah mengejar
masa untuk menghabiskan sukatan pelajaran demi menghadapi peperiksaan, bukan
hanya di peringkat sekolah rendah dan menengah, bahkan turut melibatkan pusat-
pusat pengajian tinggi sehinggakan mereka lupa atau mungkin tidak sempat untuk
menerapkan nilai-nilai, terutamanya nilai-nilai keagamaan yang berteraskan Islam,
serta menghubungkannya dengan setiap perkara yang diajarkan kepada para pelajar.
Maka hasilnya, pelajar hanya mampu menguasai proses ilmu berbanding perkaitan
nilai yang perlu menjadi santapan kerohanian mereka untuk membentuk akhlak yang
mulia dan sikap amanah dalam melakukan setiap pekerjaan.

Oleh itu, jika sekiranya mengabaikan penerapan nilai dalam sesi pembelajaran
sememangnya tidak boleh dielakkan hanya kerana sukatan pelajaran yang perlu
dihabiskan, tambahan pula dalam masa yang sama, perkara itu menjadi kewajipan
yang perlu digalas oleh mereka untuk nantinya tidak dipersalahkan, maka seharusnya
pihak atasan yang membina kurikulum sekolah mengambil inisiatif mencari suatu
penyelesaian untuk diselarikan ilmu dengan nilai. Apabila persoalan nilai dan
perkaitannya dengan proses ilmu di samping sejarah dan falsafahnya dimuatkan dalam
sukatan pelajaran bagi matapelajaran sains dan matematik, serta dijadikan bahan
untuk disoal dalam peperiksaan, maka tidak dapat tidak, guru-guru terpaksa
menyentuh persoalan nilai-nilai, sejarah dan falsafah ilmu yang berkaitan topik-topik
yang diajar dalam setiap sesi pengajaran mereka.

Buku-buku teks yang menjadi sumber rujukan utama bagi pelajar seharusnya
diolah agar tidak hanya menyampaikan ilmu untuk kefahaman proses ilmu semata-
mata, tetapi perlu diselitkan di sana pengisian-pengisian maklumat yang menunjukkan
126

hubungan dan saling perkaitannya dengan nilai-nilai yang mulia terutamanya yang
berteraskan nilai-nilai Islam di samping sejarah dan falsafah ilmu-ilmu yang diajar
kepada pelajar. Buku-buku teks yang lengkap dengan proses ilmu bersama penerapan
nilai, sejarah dan falsafahnya menjadi rujukan bukan hanya kepada pelajar, bahkan
kepada guru-guru. Oleh kerana penerapan nilai dalam sesi pembelajaran bergantung
kepada guru yang menyampaikan dan menghubungkaitkannya, dan jika sekiranya
rujukan yang diperoleh daripada buku-buku teks yang disediakan lengkap dengan
perbahasan ilmu, nilai, sejarah dan falsafahnya, maka tidak timbul lagi masalah-
masalah berbangkit dalam kalangan guru yang menyatakan kesukaran mereka dalam
menerapkan nilai dalam pengajaran.

Masalah-masalah yang menjadi alasan kepada guru-guru dalam menerapkan


nilai dalam mate-matapelajaran sains dan matematik seperti yang telah dinyatakan
oleh Mohd Uzi (2007); alasan pertamanya adalah tanggapan guru yang berbeza
terhadap sesuatu nilai bergantung kepada agama, budaya, pendidikan dan latar
belakang guru tersebut. Manakala keduanya, keengganan guru-guru sains dan
matematik ini menerapkan nilai dalam sesi pengajaran mereka adalah berpunca
daripada anggapan sendiri yang menafikan tugas menerap nilai dalam diri pelajar
adalah tugas mereka, dan itu merupakan tugas yang perlu dilaksana oleh guru-guru
yang mengajar matapelajaran keagamaan seperti Pendidikan Islam dan Pendidikan
Moral. Pengabaian guru dalam menerapkan nilai dalam sesi pembelajaran juga
berpunca daripada tekanan mengejar kecemerlangan dalam peperiksaan yang
memaksa mereka untuk hanya menghabiskan sukatan pelajaran yang hanya
menekankan kefahaman pelajar terhadap proses ilmu semata-mata.

Jika peperiksaan yang dikejar oleh guru dan pelajar, maka persoalan-persoalan
yang melibatkan hubungkait atau kesepaduan antara nilai dan ilmu bersama sejarah
dan falsafahnya juga harus diberikan keutamaan dalam peperiksaan agar konsep
kesepaduan ini sampai kepada mereka. Justeru, penerapan kesepaduan ilmu dan nilai
dalam kalangan pendidik dan pelajar tidak lagi dipandang mudah, sekali gus merubah
tanggapan mereka bahawa konsep kesepaduan ini bukan lagi menjadi pilihan, tetapi
kewajipan kepada mereka untuk memahami penerapan nilai seiring dengan
memahami proses ilmu.
127

3.5.3 Pelaksanaan Pendidikan Bersepadu di Institusi Pengajian Tinggi (IPT)

Perlaksanaan Pendidikan Bersepadu di peringkat institusi pengajian tinggi tidaklah


terlalu mendapat perhatian seperti di peringkat pendidikan rendah dan menengah
kerana perlaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah, KBSR dan Kurikulum
Bersepadu Sekolah Menengah, KBSM yang mendokong prinsip pendidikan bersepadu
sesuai dengan namanya menggunakan kurikulum sekolah yang sama bagi keseluruhan
sekolah rendah dan menengah di Malaysia (melainkan sekolah agama Arab yang
mempunyai penambahan matapelajaran Agama Islam, namun tetap menggunakan
kurikulum yang sama bagi peperiksaan awam Malaysia). Ini berlaku kerana,
perlaksanaan pendidikan bersepadu di peringkat ini bergantung kepada sesebuah
institusi dengan pengurusan dan pentadbiran universiti tersebut, sama ada ingin
melaksanakannya atau setia dengan pendidikan sekular warisan penjajah Barat.

Walaupun tidak semua pusat-pusat pengajian tinggi di Malaysia memilih


pendekatan pendidikan bersepadu bagi kursus-kursus yang ditawarkan, namun di
peringkat inilah, agenda pengislaman ilmu dan pendidikan bersepadu mula dibangkit
dan dikembangkan. Bahkan idea-idea untuk melaksanakan agenda pengislaman ilmu
dan pendidikan bersepadu atau pendidikan keislaman bermula di peringkat pengajian
tinggi sebelum berlangsungnya Persidangan Pendidikan Islam Sedunia Kali Pertama
di Mekkah pada tahun 1977 lagi, yang seterusnya menarik minat ramai lagi ilmuwan
Islam untuk terus bergiat memperjuangkannya selepas berlangsungnya persidangan ini
hasil daripada kesedaran yang dibangkitkan. Pengislaman ilmu dan pendidikan
bersepadu dikatakan mula berkembang di institusi pengajian tinggi kerana ia adalah
komitmen, idea dan usaha yang dilakukan oleh pemikir, pengkaji dan tenaga pengajar
di institusi-institusi pengajian tinggi terutamanya pendokong utama pengislaman ilmu
di Malaysia iaitu, Al-Attas. Menurut Wan Mohd Nor (2005), meskipun belum ada
kajian yang memadai tentang pemikiran dan dasar kebangkitan Islam di Malaysia
sejak 1970-an, banyak pandangan berpendapat bahawa Al-Attas merupakan salah
seorang tokoh yang memainkan peranan penting dalam agenda pengislaman ilmu dan
pendidikan bersepadu di Malaysia.
128

Penglibatan Al-Attas dalam memikirkan agenda pengislaman ilmu di samping


kegiatan akademiknya di peringkat pengajian tinggi, iaitu sejak pertengahan 1960-an
di Universiti Malaya telah membawa masyarakat untuk memahami peranan dan
kedudukan Islam dalam kehidupan, nasionalisme dan kebudayaan Melayu. Perkara ini
telah dibincangkan oleh beliau menerusi penulisan ilmiah beliau seperti The Origin of
the Malay Syair yang telah diterbitkan sejak 1968 lagi, Preliminary Statement on the
Islamization of the Malay-Indonesian Archipelago pada tahun 1969, Islam and
Secularism pada 1978 yang kemudiannya diterjemahkan ke bahasa-bahasa lain seperti
Bahasa Melayu dan Indonesia, serta banyak lagi buku-buku karangan beliau. Dalam
masa yang sama, beliau turut mempunyai kesedaran akan perkembangan jati diri
Melayu terutamanya dari sudut bahasa dan warisan ilmunya, beliau memperjuangkan
penggunaan Bahasa Melayu sebagai wacana intelektual di universiti serta aktif dalam
organisasi Islam seperti Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Gabungan Penulis
Islam Malaysia (GAPIM), Akademi Sains Islam Malaysia (ASASI) (Wan Mohd Nor
1998), di samping berperanan utama dalam menyumbang idea dan menubuhkan
beberapa institusi seperti The International Institute of Islamic Thought and
Civilization, ISTAC pada tahun 1987, dan Institut Alam dan Tamadun Melayu
(ATMA) di UKM yang dulunya dikenali sebagai Institut Bahasa, Kesusasteraan dan
Kebudayaan Melayu (IBKKM) pada tahun 1992.

Menurut Wan Mohd Nor (2005), Al-Attas merupakan tokoh pemikir ulung
yang bertanggungjawab sepenuhnya dalam menubuhkan ISTAC. ISTAC merupakan
sebuah institusi yang dirancang penubuhannya antaranya adalah untuk melaksanakan
kajian-kajian pengislaman ilmu di samping berfungsi sebagai pusat pengajian yang
menawarkan program pascasiswazah. Ia menawarkan sistem pendidikan bersepadu
yang selari dengan agenda dan matlamat pengislaman ilmu melalui perangkaan
kurikulum khas Pengajian Islam. Kurikulum yang diwujudkan ini menjadi kurikulum
yang wajib diikuti oleh semua pelajar yang berdaftar di institut ini. Al-Attas
membentuk suatu pengurusan pengajian di sini dengan penyusunan pengkhususan
pengajian yang tidak disusun dalam bentuk fakulti atau jurusan, tetapi dibentuk
melalui tiga pembahagian besar yang saling berhubungan dan boleh disepadukan, iaitu
Pemikiran Islam, Sains Islam dan Tamadun Islam.
129

Manakala di institusi pengajian tinggi yang lain pula seperti UKM, beberapa
pembangunan ilmu yang menerapkan konsep pendidikan bersepadu melalui agenda
pengislaman ilmu juga telah berlaku. Melalui syarahan perdana yang dibentangkan
oleh Al-Attas (1972) di UKM yang menyuratkan hasrat beliau akan penubuhan
IBKKM, beliau telah mencadangkan agar agama dan persuratan Islam daripada
pelbagai aliran dan mazhab falsafah, teologi dan metafizika menjadi elemen
penyepaduan yang asas di dalam kajian bahasa, sejarah, dan kebudayaan Melayu.
Pengajian bahasa, sejarah, kebudayaan dan peradaban Melayu ini harus dianalisa
perkaitannya dengan falsafah Greek, Yahudi-Kristian dan tradisi zaman pertengahan.
Begitu juga dengan pengajian tentang jiwa kebudayaan dan peradaban sekular Barat
dan bagaimana Islam mengubah sejarah budaya dan dunia moden. Melalui program
akademik yang telah dirangka oleh Al-Attas ini telah menjadikan proses pengislaman
ilmu bagi bidang pengajian bahasa, sejarah, kebudayaan dan peradaban Melayu ini
diperkenal dan terlaksana di peringkat institusi pengajian tinggi (Wan Mohd Nor Wan
Daud 1998).

Pengislaman ilmu dan penerapannya dalam pendidikan turut dan terus


diperjuangkan oleh ilmuwan seperti Osman Bakar dan Wan Mohd Nor Wan Daud
sebagai anak didik Al-Attas sendiri serta ilmuwan lain seperti Shaharir Mohamad
Zain, Wan Ramli Wan Daud, Mohd Yusof Othman, Abdul Latif Samian, Khalijah
Mohd Salleh, Mohamad Alinor Abdul Kadir, Mar Rofa Ismail dan ramai lagi sehingga
ke hari ini. Mereka ini merupakan tenaga pengajar dan pemikir yang aktif di peringkat
institusi pengajian tinggi di Malaysia. Menurut Ghazali (2012), di peringkat pengajian
tinggi, model pendidikan bersepadu dijelmakan dengan tertubuhnya Universiti Islam
Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada 1983 dan Universiti Sains Islam Malaysia
(USIM) pada 2000.

Pada awal penubuhan, UIAM telah mewujudkan Fakulti Undang-Undang,


Fakulti Ekonomi dan Pusat Ilmu Teras. Pusat Ilmu Teras ini berfungsi untuk
mensepadukan ilmu-ilmu akal dengan ilmu-ilmu Agama Islam. Kini, Pusat Ilmu Teras
ini telah dibina sebagai pusat yang terbesar dengan sepuluh buah jabatan, sesuai
dengan peranannya sebagai pusat yang memberikan khidmat kepada semua fakulti
yang dibentuk di bawah UIAM. Jabatan-jabatan yang ditubuhkan dibawah pengurusan
130

pusat ini adalah terdiri daripada Ilmu Wahyu dan Warisan, Komunikasi, Pendidikan,
Falsafah, Sains Politik, Psikologi, Sosiologi dan Antropologi, Sejarah dan Tamadun,
Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab. Begitu juga dengan fakulti, iaitu Fakulti
Kejuruteraan, Fakulti Perubatan, Fakulti Farmasi, Fakulti Pergigian, Fakulti Sains dan
ICT. Sesuai dengan penubuhannya yang menyambut baik cadangan gagasan
pengislaman ilmu, maka program-program pengajian dan kursus-kursus yang
ditawarkan memenuhi kriteria kesepaduan ilmu (Ghazali 2012).

Di peringkat pengajian tinggi, sebagai suatu langkah ke arah mengislamkan


ilmu serta menyepadukan ilmu-ilmu akal dengan nilai, sejarah dan falsafahnya,
institut pengajian tinggi telah memperkenalkan kursus Tamadun Islam sebagai suatu
langkah awal untuk menghubungkaitkannya dengan pembangunan ilmu yang selama
ini hanya membesar dan menonjolkan sumbangan Tamadun Barat. Menurut Wan
Mohd Nor (1994), pada tahun 1980-an, kebanyakan universiti telah mula
memperkenalkan kursus-kursus yang menggunakan pendekatan Islam dalam bidang-
bidang tertentu kepada pelajar-pelajar mereka. Kesedaran pengislaman ilmu di
peringkat institusi pengajian tinggi boleh dilihat apabila salah satu universiti di
Malaysia contohnya Universiti Sains Malaysia (USM) telah mengusahakannya dengan
menawarkan kursus seperti Tuhan dan Manusia dalam Islam, Falsafah Islam, Seni
dalam Islam, Sains dalam Islam dan Asas-asas Pembangunan dalam Islam sebagai
langkah awal ke arah pembentukan ilmu-ilmu Islam.

Agenda Pengislaman ilmu dan pendidikan bersepadu semakin mendapat


perhatian daripada ramai pihak terutamanya dalam kalangan ahli-ahli akademik
apabila pelbagai inisiatif dan cadangan serta perlaksanaan menubuhkan beberapa lagi
Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta atas nama Islam seperti Universiti Sains
Islam Malaysia (USIM), Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS), Kolej Dar al-
Hikmah (KDH) dan banyak lagi institusi-institusi Islam lain yang bercita-cita
melaksanakan pendidikan bersepadu ditubuhkan. Umpamanya, USIM sebagai sebuah
institusi pengajian tinggi yang boleh dikatakan masih baru dinaiktaraf kepada sebuah
universiti dan mendokong agenda pengislaman ilmu, telah memperkenalkan Kursus
Teras Pengajian Islam dan mewajibkan semua pelajar yang berdaftar mengikuti kursus
tersebut. Manakala institusi-institusi yang ditubuhkan lebih awal di Malaysia seperti
131

Universiti Malaya dan Universiti Kebangsaan Malaysia terus membentuk


kurikulumnya yang berunsurkan Islam, kursus-kursus seperti Tamadun Islam, Sejarah
dan Falsafah Sains, dan seumpamanya untuk disepadukan dengan kursus-kursus
akademik daripada ilmu-ilmu akal seperti sains, matematik, ekonomi, perniagaan dan
sebagainya. Kerana kepercayaan yang teguh kepada Agama Islam yang mampu
merubah kehidupan anak bangsa ke arah kehidupan yang harmoni, tenang dan
bahagia, maka institusi-institusi sebegini ditubuhkan untuk melahirkan anak bangsa
yang bukan hanya berilmu, professional dan berwibawa, malah berakhlak mulia,
amanah, ikhlas dan tunduk kepada segala kehendak agama.

Sehingga kini, kursus-kursus untuk menyepadukan sains, agama dan bahasa


terus diperkenal dan dikekalkan. Di UKM umpamanya, terutamanya di Fakulti Sains
dan Teknologi, di samping kursus Sejarah dan Falsafah terus disampaikan sebagai
kursus yang wajib diambil kepada semua pelajar di fakulti tersebut, pihak fakulti telah
mewajibkan pelajar Islam untuk mengikuti Kursus Pengenalan Sains Tauhidik sebagai
suatu kursus yang membincangkan kesepaduan sains, agama dan bahasa. Kursus ini
telah diperkenalkan oleh barisan pensyarah di UKM yang di ketuai oleh seorang
pensyarah dari fakulti tersebut iaitu Khalijah Mohd Salleh dan dikembangkan
antaranya oleh anak didiknya sendiri iaitu, Mohd Yusof Othman.

Menurut Nor Hisyam (2015), penubuhan Centre of Advanced Studies on Islam,


Science and Civilization (CASIS) merupakan suatu pertubuhan yang penting yang
menjadi kesinambungan kepada penubuhan ISTAC yang telah diasaskan oleh Al-
Attas. CASIS adalah sebuah pusat kecemerlangan akademik yang baru sahaja
ditubuhkan di bawah pengurusan Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Pusat ini
telah diterajui oleh Wan Mohd Nor Wan Daud, mantan Timbalan Pengarah ISTAC
yang merupakan anak didik dan orang kanan kepada Al-Attas. CASIS telah
menempatkan hampir keseluruhan tenaga pengajarnya dalam kalangan ilmuwan yang
pernah berkait rapat dan berhubungan dengan ISTAC.

Perkara yang istimewa bagi penubuhannya adalah apabila salah satu dari
objektif penubuhan yang ditetapkan adalah bertujuan untuk melahirkan ulama
berwibawa yang berupaya mengintegrasikan agama dengan sains dan teknologi untuk
132

membangunkan peradaban berdasarkan pandangan alam tauhid. Ulama-ulama


sebeginilah yang diharapkan mampu melahirkan ilmu yang sememangnya layak untuk
digelar sebagai Sains Islam. Objektif sebeginilah yang diperlukan bagi merealisasikan
konsep pendidikan bersepadu menerusi agenda pengislaman ilmu. Bukan hanya
mengharapkan hubungkait yang perlu dilakukan sendiri oleh pelajar apabila mereka
melalui kursus-kursus yang masih menggunakan cara sekular Barat, tetapi dalam masa
yang sama mengikuti kursus-kursus keislaman. Sedangkan ilmu-ilmu akal terus
dikembangkan mengikut cara Barat tanpa ada ikhtiar dari mereka yang benar-benar
pakar untuk menjadikannya sesuai dengan kehendak Islam.

Walaupun kebanyakan institusi pendidikan tinggi hari ini boleh dikatakan


telah mengaplikasikan elemen kesepaduan ilmu Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah,
namun ilmu Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah masih tidak dihubungjalinkan dengan
mesranya menjadi satu. Bahkan akan bergerak dalam arah yang berbeza sekiranya
masih belum ada usaha yang sangat mendalam untuk membentuk kajian-kajian baru
dalam mewujudkan ilmu-ilmu akal yang sudah tersedia dengan prinsip Islamnya.
Kursus-kursus keislaman yang diperkenalkan di institusi pengajian tinggi tidak
seharusnya hanya dikekalkan sebagai kursus, tetapi tidak digunakan dalam
membentuk dan mengubah ilmu yang sekular, kepada ilmu yang boleh dijenamakan
dengan Sains Islam. Justeru, kursus-kursus yang berunsurkan Islam dan tamadunnya
atau Pendidikan Islam sendiri harus dijadikan sebagai suatu sistem pendidikan dan
bukan hanya dikekalkan sebagai kursus yang wajib diikuti oleh seluruh pelajar secara
berasingan dengan kursus-kursus sains. Ia harus diterap dalam semua matapelajaran
ilmu Fardhu Kifayah sebagai suatu sistem pendidikan bersepadu, dan seterusnya
dibukukan sebagai rujukan atau buku teks yang diguna pakai dalam kurikulum
pendidikan bagi seluruh institusi pengajian tinggi. Jika ini berlaku, maka tercapailah
objektif sebenar agenda pengislaman ilmu dan pendidikan bersepadu yang dicita-
citakan dalam membentuk Sains Islam yang sebenar.

3.5.4 Memasyarakatkan Sains

Memasyarakatkan sains adalah antara ikhtiar yang ada untuk meningkatkan taraf
penerimaan dan kepenggunaan sains dan teknologi secara positif untuk pembangunan
133

masyarakat. Pemasyarakatan menurut kamus Dewan (2005) adalah proses atau usaha
memasyarakatkan. Menurut Mohd Yusof (1992) pemasyarakatan bermaksud
memasyarakatkan atau mengubahsuai mengikut keperluan atau kegunaannya oleh
masyarakat. Yang demikian, pemasyarakatan sains adalah merujuk kepada
penerimaan, penggunaan dan penjelmaan hasil kegiatan sains dalam pelbagai urusan
hidup mengikut keperluan khusus masyarakat setempat. Ahli sains memainkan
peranan penting bagi memastikan masyarakat memahami peranan sains dan bukan
hanya menjadi pengguna kepada produk sains semata-mata. Ahli sains tidak terputus
hubungan dan pengaruh sebahagian besar masyarakat dalam segala ciptaan dan gerak
kerja mereka dalam melaksanakan tanggung jawab, tugasan dan kajian dalam bidang
ilmu sains.

Sains adalah suatu bidang ilmu pengetahuan yang dipandang tinggi oleh
masyarakat awam. Di Malaysia, masyarakat awam terutamanya yang berbangsa
Melayu biasa menganggap bahawa, sains sukar difahami oleh mereka yang bukan
berada dalam bidang sains dan ia menjadi suatu perkara yang agak rumit untuk
dimengertikan dalam kehidupan mereka seharian. Penyebab kepada wujudnya situasi
begini di Malaysia antaranya adalah hasil daripada pengasingan bidang sains dan
selainnya seperti perakaunan dan perdagangan di peringkat sekolah menengah lagi.
Pelajar yang mempunyai keputusan yang terbaik daripada sesebuah sekolah akan
diletakkan di bidang sains, dan yang selebihnya diletakkan di bahagian selainnya.
Walaupun pengasingan ini di suatu sudut amat perlu kerana tahap penerimaan dan
kepandaian pelajar yang berbeza (dinilai daripada sistem peperiksaan negara
diperingkat menegah), namun ini secara sedar dan tidak sedar mewujudkan suatu
penilaian kepada bidang ilmu dalam pandangan masyarakat berdasarkan tahap yang
dipunyai oleh pelajar-pelajar yang terpilih untuk berada dibidang sains atau selainnya.
Bagi mereka, bidang sains hanya layak untuk mereka yang bijak dan berintelektual
tinggi, manakala bidang-bidang lain mempunyai martabat yang kurang berbanding
sains. Manakala dalam kalangan pelajar pula, pelajar-pelajar yang berada di bidang
selain sains akan merasa terasing dan rendah diri apabila berada dalam kelompok
pelajar-pelajar sains. Ilmu tidak sepatutnya membawa kepada suatu tahap yang begitu
niskala, yang menjadikan masyarakat terpencil daripada dunia mereka dan golongan
masyarakat yang selainnya, atau kepada kekeliruan dan bukannya petunjuk (Ziauddin
134

1992). Justeru, bagi menghakis sifat rendah diri masyarakat yang bukan berada di
bidang sains dan memastikan perkembangan ilmu tersebut sampai dah difahami oleh
segenap masyarakat dalam menggunakannya dan menghargai ilmu sains yang
diterokai itu, maka sains perlu dimasyarakatkan.

Bagi masyarakat awam pada hari ini, mereka melihat sains hanya pada produk
atau sumbangan yang dihasilkan daripada usaha dan penemuan bijak pandai yang
terdiri daripada saintis-saintis di bidang-bidang tertentu. Manakala intipati yang
terkandung dalam pengetahuan tidak dititikberatkan oleh mereka bagi menjamin cara
penggunaan produk sains atau teknologi sesuka hati tanpa ada kesedaran untuk
menjauhi perkara-perkara yang tidak memberi sebarang manfaat kepada mereka
sebagai pengguna. Produk sains yang menjadi tumpuan belia, bukan hanya di
Malaysia, malah di suluruh dunia adalah terarah kepada teknologi maklumat dan
telekomunikasi seperti telefon bimbit. Penemuan baru melalui ciptaan aplikasi dalam
telefon bimbit yang sentiasa bertambah dan mengalami penambahbaikan mendorong
kepada syarikat-syarikat pengeluaran telefon bimbit menukar model-model baru
telefon bimbit dalam masa beberapa bulan sahaja. Masyarakat awam yang
kebanyakannya belia mengejar teknologi-teknologi baru ini hanya untuk memuaskan
hati dan tidak dilihat ketinggalan. Teknologi-teknologi ini sememangnya
memudahkan masyarakat jika digunakan dengan cara yang betul dan banyak juga
menyumbang kepada kelalaian jika tidak digunakan dengan berhikmah dan berpada-
pada. Kelalaian ini juga yang membawa kepada keruntuhan sistem nilai,
individualistik dan hilangnya jati diri bangsa kerana terpengaruh dengan unsur-unsur
luar yang menyimpang dari budaya dan pegangan agama yang mereka terima,
terutamanya daripada teknologi maklumat dan telekomunikasi dan teknologi satelit.

Menurut Norkumala (2013), penyampaian ilmu dan pembudayaan sains perlu


diberi nafas baru agar ia tidak hanya menjadi sekadar penemuan yang langsung tidak
memberi manfaat bagi masyarakat yang tidak mengenali apa itu sains dalam
kehidupan mereka. Biarpun masyarakat sering dimomokkan bahawa, sains
memudahkan kehidupan namun ia menjadi suatu yang tidak bermakna jika mereka
sendiri tidak mengetahui apakah kegunaan sains dan manfaat serta keburukannya
dalam kehidupan. Sebagai bangsa dan masyarakat yang merdeka, sistem pendidikan
135

harus melahirkan jiwa merdeka yang berani melihat masa depan berdasarkan
perspektif dan nilai masyarakat kita. Kita bukan hanya harus bersifat realistik dan
memahami situasi global, tetapi perlu ada keberanian untuk menentukan haluan masa
depan masyarakat. Perubahan yang pesat dalam ciptaan teknologi harus dijadikan
cabaran daya fikir untuk merumuskan dasar-dasar penggunaan teknologi yang sesuai
dengan nilai hidup untuk menjamin kestabilan alam sekitar (Anwar 1994).

Ramai masyarakat awam melihat sains dan teknologi dari aspek produk,
penciptaan dan penghasilan peralatan yang memberikan perkhidmatan dan
memudahkan urusan kehidupan mereka. Namun begitu, penyalahgunaan produk sains
dan teknologi hanya bakal merosakkan masyarakat itu sendiri. Di sini pentingnya
usaha untuk mendidik diri dan masyarakat terlebih dahulu sebelum membenarkan
mereka menggunakan teknologi atau produk sains tersebut. Produk sains inlah yang
digelar sebagai ‘benda’.Untuk menyelesaikan masalah masyarakat yang terdorong
untuk melakukan penyalahgunaan teknologi, hasil sains atau benda, Mohd Yusof
(2014) telah menggariskan penyelesaian-penyelesaian berikut;

a. Membentuk pekerja berilmu yang mampu menggunakan teknologi baharu yang


diperkenalkan oleh ahli sains dan teknologi. Manakala para pemimpin perlu
berusaha meningkatkan ilmu dan keupayaan rakyatnya dalam menghadapi
perubahan dan sains yang baru ini.

b. Masyarakat perlu mempunyai ikatan yang kuat dalam hubungan sosial.

c. Agenda pendidikan di peringkat keluarga, masyarakat dan negara berasaskan


agama dan budaya perlulah dikembangkan sebaik mungkin.

d. Perlu melahirkan masyarakat yang faham tentang Tuhannya, dan faham tentang
alam yang dicipta oleh Tuhan, serta melahirkan insan sains yang menghormati
autoriti dan peraturan hidup dalam masyarakat.

e. Kerajaan perlu menggubal dasar yang sesuai yang mampu menjana dan
mempromosi sains dan teknologi.
136

Pada April 1986, pihak kerajaan telah mengumumkan Dasar Sains dan
Teknologi Negara sebagai suatu strategi mengutamakan pembangunan sains dan
teknologi negara (Anon 2008). Dasar Sains dan Teknologi Negara adalah bertujuan
untuk menggalakkan penggunaan sains dan teknologi sebagai satu cara dan alat untuk
pembangunan ekonomi, membaiki kedudukan fizikal dan kesejahteraan rakyat dan
untuk melindungi kedaulatan negara yang merupakan sebahagian daripada dasar
pembangunan sosioekonomi negara. Dasar Sains dan Teknologi Negara memberi
fokus kepada usaha-usaha meningkatkan keupayaan berdikari dalam bidang saintifik
dan teknologi untuk membantu aktiviti ekonomi dengan cara mewujudkan suasana
yang baik untuk menggalakkan penciptaan saintifik atau benda dan memperbaiki
infrastruktur dalam bidang saintifik, pelajaran dan lain-lain bidang yang berkaitan.

Masyarakat Malaysia seharusnya dikenali melalui usaha yang dilaksanakan


untuk mencapai kecemerlangan, mereka perlu sedar akan semua kemampuan sebenar
yang dimiliki untuk membangunkan sains dan teknologi, tidak mengalah kepada
sesiapa. Sikap dan usaha positif yang diterapkan ini bakal mewujudkan masyarakat
yang bermoral dan beretika, mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif,
mempunyai daya perubahan tinggi dan memandang ke depan, yang bukan sahaja
menjadi pengguna teknologi tetapi juga menyumbang kepada tamadun saintifik dan
teknologi masa depan melalui penciptaan benda yang memudahkan kerja dan
menjimatkan masa manusia. Juga mewujudkan masyarakat penyayang dalam suatu
sistem sosial yang mana, kepentingan masyarakat lebih utama daripada diri sendiri
dan kebajikan insan tidak berkisar hanya kepada negara atau individu, tetapi termasuk
sistem kekeluargaan yang kukuh. Namun begitu, dalam cabaran strategik

Kepentingan masyarakat sewajarnya tidak boleh diabaikan oleh ilmuan-ilmuan


yang membangunkan sains bersama hasil dan ciptaannya. Ilmu sains yang
dibangunkan seharusnya hanya menyalurkan manfaat kepada masyarakat dan
bukannya memberi kesan yang negatif kepada mereka. Namun begitu, menurut
Ziauddin (1992), fahaman sains yang semata-mata bersifat kegunaan (utilitarian)
sewajarnya ditolak dan pengajaran ilmu pengetahuan yang tulen demi kesempurnaan
masyarakat perlu digalakkan. Sains yang bersifat kabur ini seharusnya hanya perlu
dijadikan sebagai suatu alat yang berfungsi sebagai pemudah cara untuk mencapai
137

matlamat yang lebih mulia dan agung, bukan semata-mata untuk dinikmati atas nama
sains itu sendiri.

Penulisan dan penyampaian sains yang tidak berat dan mesra masyarakat oleh
saintis dibidang masing-masing, serta pembacaan masyarakat yang konsisten adalah
usaha yang bakal menjadikan agenda memasyarakatkan sains menjadi suatu
kenyataan agar pembudayaan ilmu bukan hanya terlihat kepada golongan-golongan
tertentu sahaja, tetapi merangkumi segenap lapisan masyarakat. Namun begitu,
kekurangan yang ada pada masyarakat kita adalah kurangnya minat membaca dan
mencari ilmu. Perkara ini terjadi antaranya kerana kurang dan mungkin tiada bahan
bacaan khusus berbentuk ilmiah yang mengikut citarasa dan tahap penerimaan
mereka. Kerana faktor ini jugalah tokoh-tokoh pilihan dalam kajian ini sangat
menekankan penggunaan Bahasa Melayu terutamanya dalam penulisan dan
penyampaian ilmu bagi memberikan kefahaman yang jelas kepada masyarakat
Malaysia.

Bahasa mempunyai hubungan yang cukup erat dengan sistem berfikir dan
berperanan sebagai perantara, medium pemahaman, pandangan alam dan membentuk
budaya dan jati diri seseorang (Mohd Yusof 2009a). Perkembangan sains dan
teknologi terutamanya di Malaysia dengan budaya Melayu sebagai terasnya
memerlukan penyampaian ilmu sains itu sendiri perlu menggunakan Bahasa Melayu.
Bahasa, budaya, dan pembangunan sains dan teknologi tidak boleh dibangunkan
melalui keterpisahan dengan sistem nilai bagi membentuk dan membangunkan sains
dalam acuan, bahasa, budaya dan cita rasa Melayu.

Karya saintifik bukan hanya untuk mereka yang berada dalam ruang lingkup
sains, tetapi juga boleh disampaikan kepada masyarakat di semua peringkat dalam
bentuk yang disenangi dan nilai-nilainya mudah terserap dalam jiwa masyarakat.
Buku-buku sains perlu ditulis bukan sahaja dalam Bahasa Melayu, malah dengan gaya
penyampaian ilmu yang mudah untuk difahami oleh kebanyakan lapisan masyarakat.
Gaya penulisan sebegini mampu untuk memahamkan masyarakat kepada sains.
138

Memasyarakatkan sains adalah suatu usaha yang perlu digalas oleh ahli-ahli
sains mengikut bidang pengkhususan masing-masing dan mereka perlu peka kepada
keadaan sekeliling di samping mengamalkan etika serta nilai hidup terpuji. Perasaan
ingin tahu ahli sains untuk meneroka dan mencuba perkara-perkara baru dalam sains
perlu bersesuaian dengan suasana persekitaran. Perasaan ingin tahu ini termasuk
dalam hal-hal yang berhubung dengan kemampuan mencerap tabii alam, kemampuan
mencerap perkara-perkara yang berhubung dengan sosial dan kemasyarakatan,
budaya, tradisi dan kelaziman, tatasusila kehidupan dan agama (Mohd Yusof 2012).
Kreativiti dan inovasi sains yang dihasilkan mesti mengambil kira perubahan yang
berlaku dalam masyarakat dan persekitaran. Yang tidak berubah hanyalah konsep,
falsafah, tasawur, dan pegangan hidup. Pemahaman kepada alam yang fizikal
bergantung kepada teori berkenaan sesuatu fenomena. Maka, jika teori kita
mempunyai ralat, pemahaman tentang sesuatu fenomena itupun akan bertambah
ralatnya (Abdul Latif, 2012). Pembangunan diri, masyarakat dan negara tidak boleh
ditegakkan oleh maklumat-maklumat yang tidak benar kerana ia merosakkan usaha
memasyarakatkan sains.

Sistem pendidikan bukanlah suatu sistem yang hanya melibatkan proses


menyampai dan menerima maklumat-maklumat ilmu semata-mata, tetapi suatu sistem
yang cuba untuk mengeluarkan bangsa yang berada di Malaysia daripada belenggu
kejahilan dan ketinggalan zaman. Pembangunan sains menjadi suatu usaha untuk
mewujudkan insan-insan yang celik ilmu dan pakar dalam bidang-bidang yang
menjadi cabang sains. Secara langsung, usaha pembangunan sains melalui fungsi-
fungsinya menjamin pembaharuan serta perubahan kepada masyarakat yang
dahagakan pembangunan dan teknologi sebagai pemudah cara dalam urusan
kehidupan seharian.

3.6 KESIMPULAN

Sememangnya diakui, untuk melaksanakan konsep pendidikan bersepadu yang


bertepatan dengan kehendak gagasan pengislaman ilmu bukanlah suatu perkara yang
mudah, tetapi memerlukan usaha dan komitmen yang sangat besar daripada ramai
pihak dalam pelbagai bidang. Bukan hanya ilmuwan dari bidang-bidang tertentu,
139

tetapi gabungan ilmuwan dari seluruh bidang ilmu yang selama ini dibentuk dengan
fahaman moden atau sekularisme, begitu juga dengan ilmuwan dari bidang agama dan
bahasa, termasuk pelajar, ibu bapa, masyarakat, pentadbir, pemerintah dan barisan
kepimpinan negara perlu bekerjasama dan sama-sama memberikan sumbangan yang
positif dalam membentuk suatu komuniti yang menyumbang dan menggalakkan
pembentukan ilmu yang berteraskan Islam, menggantikan ilmu-ilmu seperti sains,
matematik, ekonomi dan lain-lain yang masih dibelenggu sekularisme dengan ilmu-
ilmu yang telah melalui proses pengislaman ilmu.

Kurangnya komitmen, sokongan dan kerjasama dalam kalangan komuniti


Islam untuk membentuk pendidikan sepadu yang memenuhi pendidikan keislaman
yang sebenar berpunca daripada pelbagai faktor. Antaranya adalah kerana sikap
mereka sendiri yang tidak mencuba untuk memahami konsep ini dengan sejelasnya,
tetapi hanya memilih untuk sekadar tahu istilahnya sahaja dengan pemahaman sendiri,
lebih buruk lagi jika ada sesetengah pihak yang memburuk-burukkan pendekatan ini
sebagai pendekatan yang sia-sia untuk dilaksanakan. Justeru, tidak hairanlah jika ada
dalam kalangan ilmuan Islam sendiri menolak atau tidak berminat untuk
melaksanakannya.

Pendekatan pendidikan bersepadu merupakan suatu pendekatan yang memberi


nilai-nilai agama atau nilai-nilai sejagat kepada ilmu, maka seharusnya pendekatan ini
diusahakan oleh komuniti Islam bagi membendung dan seterusnya menepis
sekularisme, dualisme dan dikotomi antara ilmu-ilmu akal dan ilmu-ilmu Agama
Islam dalam pendidikan yang dibentuk sebagai suatu pendekatan dan sistem ilmu
keseluruhannya. Sekularisme, dualisme dan dikotomi ini menyumbang kepada
kemunduran umat Islam dan menjauhkan mereka daripada fitrah kehidupan manusia
yang memerlukan Pencipta dalam segala urusan kehidupan mereka kerana ia
merupakan suatu pendekatan halus yang digunapakai Barat dalam pemisahan konsep
ilmu yang dihubungkaitkan dengan konsep agama yang mentauhidkan Penciptanya.

Konsep kesepaduan sains, agama dan bahasa yang diterapkan dalam


pendidikan, atau ringkasnya pendidikan bersepadu melalui agenda pengislaman ilmu
ini menjadi perkara utama yang dikaji dalam kajian ini menurut pemikiran empat
140

tokoh yang dipilih, seperti yang terdapat pada Bab 4 dan bab-bab seterusnya yang
membincangkan pemikiran Ungku Omar Ungku Ahmad, Shaharir Mohamad Zain,
Mohd Yusof Othman dan Tajul Ariffin Noordin. Pemikiran tokoh-tokoh ini melihat
kepada perbincangan kesepaduan sains, Agama Islam dan Bahasa Melayu mengikut
pendekatan masing-masing dan seterusnya dianalisis bagi mencari dan melihat kepada
pendekatan terbaik yang dibincangkan oleh mereka dalam melaksanakan agenda ini.
BAB IV

PEMIKIRAN UNGKU OMAR; AHLI PERUBATAN MELAYU PEDULI AGAMA


DAN BANGSA

4.1 PENDAHULUAN

Ungku Omar atau nama sebenarnya Ungku Umar Bin Ungku Ahmad merupakan
seorang tokoh tersohor dan ilmuwan ulung. Terutamanya ketika Malaysia masih lagi
berada pada tahun-tahun awal kemerdekaan. Namun begitu, kini Ungku Omar kian
dilupakan peranan dan sumbangan beliau kepada pembangunan negara terutamanya
pembangunan kesihatan rakyat Malaysia. Walaupun sumbangan Ungku Omar boleh
dikatakan tidak ramai dalam kalangan rakyat Malaysia yang mengetahuinya, namun
nama Ungku Omar menjadi suatu sebutan yang agak biasa meniti di bibir golongan
masyarakat yang berada di dunia pendidikan, hanya kerana nama ini banyak
diabadikan sebagai nama penubuhan beberapa pusat atau bahagian pendidikan seperti
Politeknik Ungku Omar, Kolej Kediaman Ungku Omar di Universiti Kebangsaan
Malaysia dan Kolej Kediaman Ungku Omar di Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Kajian ketokohan Ungku Omar adalah untuk mengkaji respons ahli sains tulen
yang berbangsa Melayu ini terhadap keadaan, kemajuan dan masa depan anak bangsa
Melayu serta pendidikan negara yang dipengaruhi oleh budaya pendidikan Barat yang
sekular. Kajian ini juga mengkaji pendekatan yang telah dilaksanakan oleh beliau
dalam usaha untuk membentuk kesepaduan sains, agama dan bahasa dalam sistem
pendidikan negara. Ungku Omar mempunyai persamaan latar belakang dengan tokoh-
tokoh lain yang menjadi pilihan dalam kajian ini untuk dikaji pemikiran mereka iaitu
Shaharir, Mohd Yusof dan Tajul Ariffin. Persamaan tersebut adalah dari sudut
peranan mereka sebagai ahli sains tulen dan berbangsa Melayu, namun berlainan
bidang pengkhususan dan berada pada zaman yang berbeza.
142

Perjuangan Ungku Omar membela nasib Bangsa Melayu dan Agama Islam di
awal kemerdekaan Tanah Melayu dalam lapangan sains kesihatan, perubatan dan
pendidikan yang lebih mencabar dengan kemudahan dan kelengkapan yang masih
serba kekurangan jika dibandingkan dengan keadaan hari ini. Beliau berdepan dengan
masalah kemunduran, kekurangan kemudahan untuk melaksanakan agenda pembaikan
dan pembangunan. Perkara yang jelas menjadi keutamaan beliau melalui penulisan-
penulisan beliau adalah nasib Bangsa Melayu yang masih ketinggalan dan mundur
dalam pendidikan, kesihatan serta pembangunan.

Kepayahan yang Ungku Omar tempuhi dalam usaha untuk membaik pulih
taraf kesihatan penduduk, menerajui lapangan perubatan, pembangunan dan
pendidikan negara tentu sekali amat sukar ketika negara baru sahaja dilepaskan secara
rasmi oleh penjajah berbanding perjuangan tokoh-tokoh lain dalam bidang pendidikan
yang hanya menyumbang idea dan pemikiran melalui pena di atas kertas, lebih-lebih
lagi dengan tokoh yang mendapat pengiktirafan kerjaya mereka ketika negara sudah
mula membangun dengan dana dan kemudahan yang pelbagai untuk berkhidmat
kepada bangsa dan negara.

Ilmuwan yang bukan berada di bidang sains tulen seperti Al-Attas yang lebih
kepada usaha pembangunan jiwa dan kemanusiaan, kurang memerlukan kerahan
tenaga seperti Ungku Omar yang perlu bekerja keras menghadapi masyarakat,
merawat pesakit, sedaya upaya memikirkan jalan penyelesaian untuk memperbaiki
taraf kesihatan, turun padang menjalankan penyelidikan bagi membasmi wabak-
wabak seperti malaria dan sebagainya. Namun tidak dinafikan, sumbangan yang telah
dilakukan oleh Al-Attas juga terutamanya dalam pendidikan dan pembangunan sistem
pemikiran Islam adalah sangat besar dan tiada tolok bandingnya.

Persamaan yang terdapat pada Ungku Omar dan tiga tokoh lain yang dipilih
dalam kajian ini dari sudut Bangsa Melayu, pendidikan dan kerjaya dalam aliran sains
tulen ini telah mendorong pengkaji untuk melihat apakah latar belakang Ungku Omar,
sehinggakan kebanyakan penulisan beliau terlalu mementingkan keadaan rakyat dan
pendidikan mereka? Bagaimana Ungku Omar memikirkan jalan penyelesaian untuk
menyelesaikan masalah pendidikan yang meminggirkan hak Bangsa Melayu? Apakah
143

pemikiran Ungku Omar dalam mengenengahkan Agama Islam dalam pendidikan


walaupun zaman kegemilangan beliau, pengislaman ilmu masih belum diwacanakan?
Persoalan-persoalan ini dirungkai untuk diperlihatkan kepada umum bahawa,
pembangunan masyarakat Melayu dan pengislaman ilmu turut dibincangkan dan
difikirkan oleh ahli sains tulen Melayu sejak daripada awal kemerdekaan negara,
bahkan lebih awal daripada ilmuwan yang terkenal dalam usaha pengislaman ilmu,
yang kebanyakan mereka adalah ilmuwan dalam bidang sains sosial, kemanusiaan dan
falsafah .

4.2 LATAR BELAKANG, PENDIDIKAN DAN KERJAYA UNGKU OMAR

Ungku Omar merupakan anak kelahiran Johor Bharu daripada kerabat DiRaja Johor
yang dilahirkan pada 18 Januari 1931, hasil perkahwinan antara Penolong Penguasa
Polis, Ungku Ahmad bersama Ungku Intan Maimunah. Pekerjaan Ungku Ahmad
daripada Penolong Penguasa Polis pada tahun 1936 sehingga dinaikkan pangkat ke
peringkat Penolong Pegawai Daerah oleh British Malitary Administration kerana
kecemerlangan yang dicipta beliau dalam menentang pencerobohan musuh, sedikit
sebanyak telah mempengaruhi pendidikan awal Ungku Omar.

Ungku Omar memulakan persekolahan beliau di peringkat awal bermula pada


usia enam tahun dalam aliran sekolah Melayu dan Agama Islam. Oleh kerana ketika
ini, jawatan Penolong Pegawai Daerah yang disandang oleh Ungku Ahmad
memerlukan beliau sentiasa berpindah daripada suatu kawasan ke kawasan yang lain
dalam negeri Johor, maka Ungku Omar turut dipindahkan daripada satu sekolah ke
sekolah yang lain seperti Sekolah Melayu Kluang, Segamat, Pontian dan Tangkak
demi memenuhi keperluan tugas ayahnya.

Setelah beberapa buah sekolah dilalui, Ungku Omar telah diterima masuk ke
Government English School di Kluang apabila berjaya lulus dalam Special Malay
Class. Dalam masa yang sama, di sebelah petang setelah tamat sesi pembelajaran,
beliau tidak melepaskan peluang dan masa untuk terus belajar di sekolah aliran
Agama Islam sehingga ke Darjah VII yang seterusnya melayakkan beliau untuk
menjadi guru agama. Ungku Omar juga pernah melalui pendidikan di Sekolah yang
menggunakan bahasa Jepun sebagai pengantar pada zaman pemerintahan Jepun yang
144

membolehkan beliau memahami Bahasa Nippon-Go serta mengenali tulisan


Katakana, Hiragana dan Kanji.

Setelah peperangan antara Jepun dan Tanah Melayu tamat pada tahun 1945,
Ungku Omar meneruskan pengajian beliau ke peringkat yang lebih tinggi di English
College yang bertempat di Johor Bharu, manakala dua tahun seterusnya beliau
melanjutkan pengajian beliau ke Negeri Perak sebagai pelajar perintis bagi pengajian
menengah dalam jurusan sains di Maktab Melayu Kuala Kangsar yang
menghimpunkan pelajar-pelajar cemerlang dari seluruh Tanah Melayu (Mohd
Zamberi 2012).

Kepintaran Ungku Omar sememangnya diakui sejak dari zaman persekolahan


lagi, ini kerana beliau pernah dianugerahkan Wise and Butler Award kerana
kecemerlangan dalam pelajaran Sejarah, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
sehingga beliau dikenali oleh kebanyakan pelajar dan guru-guru. Lebih
membanggakan apabila beliau berjaya lulus dengan cemerlang dan mendapat Sijil
Pangkat Pertama dalam Peperiksaan School Certificate dan Cambridge Overseas
Examination. Maktab ini banyak mempengaruhi dan membentuk diri Ungku Omar
menjadi insan hebat yang dibanggakan negara suatu ketika dahulu, dan kini jasa dan
bakti beliau kian dilupakan walaupun namanya bukanlah suatu nama yang asing di
Malaysia.

Melalui konsep yang diterap kepada pelajar-pelajar, Maktab Melayu Kuala


Kangsar telah membentuk kebebasan berfikir dalam kalangan mereka. Mereka bebas
memberikan pandangan tentang isu-isu penting terutamanya berhubung pembangunan
negara dari sudut pendidikan, politik dan sebagainya. Penerapan konsep ini sudah
tentu mendedahkan pelajar-pelajar kepada proses berfikir yang mateng dengan idea-
idea yang positif, serta peka dengan masalah yang ada bersama pilihan penyelesaian
terbaik, terutamanya dalam konteks Persekutuan Tanah Melayu pada waktu itu, demi
memperbaiki sebarang kekurangan yang ada serta mencungkil bakat kepimpinan
dalam diri mereka.
145

Menurut Mohd Zamberi (2012), setelah beberapa tahun pengajian Ungku


Omar di Maktab Melayu Kuala Kangsar tamat, Tanah Melayu yang telah
diisytiharkan darurat, mendorong beliau untuk menyertai Pasukan Polis Johor sebagai
Setiausaha Sulit di Ibu Pejabat Polis, Johor Bharu selama beberapa bulan. Setelah itu,
pada tahun 1952, beliau menerima tawaran melanjutkan pengajian ke Universiti
Malaya di Singapura dalam jurusan perubatan dan terus ditempatkan ke pengajian
tahun dua kerana kecemerlangan keputusan peperiksaan yang beliau catatkan di
Maktab Melayu Kuala Kangsar. Dalam tahun kemasukan beliau ke Universiti Malaya,
beliau telah menamatkan zaman bujang dengan mengahwini sepupu dari sebelah
bondanya iaitu, Tengku Khatijah Tengku Sulaiman.

Hasil perkahwinan ini, mereka dikurniakan lima orang cahaya mate, empat
perempuan dan seorang lelaki. Anak yang pertama sehingga anak yang ketiga
dilahirkan sewaktu masih dalam pengajian beliau. Walaupun masanya sebagai pelajar
dan dalam masa yang sama sebagai suami dan ayah adalah amat padat, namun beliau
tetap memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan, sehingga beliau
berjaya dipilih sebagai pelajar terbaik Universiti Malaya bagi sesi pengajian 1954-
1955. Pengajian yang dilalui oleh Ungku Omar selama enam tahun bermula 1952
sehingga 1957 telah membawa kejayaan setelah berjaya memperoleh Ijazah Sarjana
Muda Perubatan dan Pembedahan (M.B.B.S) pada Mei 1957.

Kehidupan Ungku Omar daripada peringkat awal yang sentiasa


menitikberatkan pendidikan memberikan suatu penanda aras kepada masyarakat pada
ketika itu bahawa Ungku Omar adalah daripada keluarga bangsawan kerana pada
waktu ini, hanya golongan atasan yang mendapat peluang pendidikan ke peringkat
yang tinggi, manakala rakyat biasa terpinggir daripada peluang merebut hak
pendidikan. Pendidikan pada zaman sebelum kemerdekaan terutamanya dalam
kalangan masyarakat luar bandar, tidak dilihat sebagai suatu kemestian atau
kewajipan, berbeza dengan keperluan makanan yang perlu dipenuhi dan
dititikberatkan untuk tujuan kelangsungan hidup. Walaupun pendidikan mampu
mengarah kehidupan yang lebih baik dan harmoni, namun perkara ini bukanlah suatu
keutamaan buat mereka kerana faktor desakan hidup.
146

Oleh kerana pendidikan yang mampu merubah kehidupan ke arah yang lebih
baik dititikberatkan oleh keluarga serta kesedaran diri tentang kepentingan ilmu, maka
Ungku Omar menjadi insan yang disegani dan disanjungi dalam setiap usaha dan
pemikiran beliau yang kreatif, kritis dan inovatif dalam mengatur strategi untuk
membangunkan negara dan bangsa, terutamanya dalam bidang kesihatan dan
pendidikan, demi kepentingan anak bangsanya agar terus maju dan seterusnya
meninggalkan kemunduran kehidupan yang dilalui sebelumnya. Justeru, kemudahan
yang beliau lalui dalam hidup dan peluang mendapat pendidikan yang sempurna tidak
menjadikan beliau seorang yang pentingkan diri sendiri, sombong dan lupa akan
tanggungjawab yang perlu dilaksanakan kepada nasib anak bangsa dan negara.

Ungku Omar sebagai anak Melayu perintis dalam bidang perubatan telah
memulakan kerjaya pada 1 Ogos 1957 melalui latihan amali housemanship selama
setahun di Unit Perubatan dan Unit Pembedahan Hospital Besar Johor Bharu. Setelah
itu, beliau berdaftar dengan Majlis Perubatan Tanah Melayu dan Majlis Perubatan
Great Britain sebagai seorang pegawai perubatan dan beliau ditawarkan untuk
menjawat jawatan pegawai perubatan terlatih di Institut Penyelidikan Perubatan
(IMR) yang bertempat di Kuala Lumpur bermula pada 1 Ogos 1958 di Bahagian Kaji
Penyakit. Oleh kerana sifat dan cara kerja berhemah serta cemerlang, dalam jangka
masa yang singkat, beliau dinaikkan pangkat menjadi Pendaftar Kaji Penyakit
sebelum ditempatkan ke Bahagian Kaji Kuman, Bahagian Kaji Tubuh dan seterusnya
bahagian-bahagian lain yang mengambil masa selama enam bulan bagi setiap
bahagian.

Pergerakan beliau daripada satu bahagian ke bahagian yang lain sentiasa


disenangi oleh kakitangan yang berada di bahagian-bahagian tersebut kerana
kemesraan yang ditunjukkan terutamanya kepada kakitangan bawahan. Perkara ini
berbeza dengan tanggapan awal mereka berikutan Ungku Omar yang berasal daripada
keluarga DiRaja dan berpendidikan tinggi yang kebanyakannya agak sukar untuk
didekati golongan bawahan (Mohd Zamberi 2012). Walaupun pada waktu ini,
pegawai-pegawai sains dan perubatan IMR dimonopoli oleh orang-orang berbangsa
Eropah yang menjajah Tanah Melayu, namun institut inilah yang menjadi mercu tanda
kepada keunggulan dan kredibiliti Ungku Omar dalam mengurus, menyelidik dan
147

mentadbir dengan penuh rasa tanggungjawab dan kesedaran sebagai anak Melayu
untuk membangun dan memajukan anak bangsa dalam lapangan kesihatan, perubatan
dan juga pendidikan.

Setelah tiga tahun menjalankan tugas di IMR dengan gigih dan bijaksana,
beliau diberikan peluang oleh kerajaan menyambung pengajian ke peringkat yang
lebih tinggi di England pada 8 Ogos 1961 dalam jurusan kaji penyakit di Universiti
London untuk mendapatkan latihan kepakaran bagi menampung kekurangan doktor
pakar di Tanah Melayu yang hampir tidak mempunyai tenaga pakar dalam kalangan
rakyatnya kerana masih berada dalam tahun-tahun awal kemerdekaan. Dalam
pengajian Ungku Omar di Universiti London, beliau menjadi pendaftar di Jabatan
Pathology, Royal Free Hospital di Fakulti Perubatan, Universiti London pada 1962
dan berjaya memperoleh Diploma in Pathology pada bulan Oktober 1962 yang telah
melayakkan beliau untuk terus mengikuti pengajian di peringkat sarjana dalam bidang
Kimia Hayat dan berjaya menyelesaikan pengajiannya dengan sempurna pada tahun
1963. Dalam waktu yang sama, Ungku Omar juga telah bertugas sebagai pensyarah
perubatan sambilan. Kemuncak pengajian di universiti ini, beliau diterima mengikuti
Ijazah Doktor Falsafah di Fakulti Perubatan dan berjaya menyempurnakannya dalam
hanya 27 bulan dengan tesisnya yang berjudul Electrolytes in Isolated Human
Leucocytes yang menjadi rujukan pelajar perubatan Universiti London sehingga ke
hari ini (Zamberi 2012 ). Seterusnya, beliau pulang semula ke tanah air untuk
menyambung bakti pada Mac 1965.

Ungku Omar memulakan perkhidmatan beliau di IMR setelah kembalinya


beliau ke Malaysia dan kemudiannya diberikan tanggungjawab oleh Kementerian
Kesihatan untuk mengetuai Bahagian Kaji Penyakit dan disenaraikan sebagai orang
kedua terpenting selepas pengarah IMR. Oleh kerana kelulusan tertinggi yang
diterima, beliau telah diundang untuk menyampaikan kuliah perubatan yang bermula
pada 23 Jun 1965 kepada pelajar tahun tiga Fakulti Perubatan Universiti Malaya.
Setelah beberapa bulan menerajui IMR, Ungku Omar dilantik menjadi Pengarah IMR
ke-16 bermula pada 1 Disember 1965 dan sekali gus merupakan pengarah Melayu
pertama yang berjaya menduduki jawatan tertinggi ini.
148

Beliau melakukan pelbagai usaha untuk membentuk dan merangka


perancangan bagi menjadikan IMR sebuah institusi yang aktif, produktif dan tersohor
di mate dunia, dalam masa yang sama memperjuangkan nasib rakyat Malaysia ke arah
yang lebih baik dan terjamin dari sudut kesihatan, pendidikan dan pembangunan.
Ungku Omar meninggal dunia pada 15 Februari 1969 dalam usia 38 tahun setelah
hampir tiga tahun tiga bulan menerajui IMR dengan cemerlang sebagai pengarah
(1965-1969). Hasil kecemerlangan beliau telah menarik perhatian pertubuhan-
pertubuhan perubatan dari luar negara dan mengangkat serta diberikan tanggungjawab
kepada beliau dengan jawatan-jawatan tertentu.

Pemergian beliau adalah suatu ketentuan yang telah diaturkan lebih awal oleh
Pemiliknya dengan sempurna dalam waktu dan usia yang tepat. Justeru, tidak
selayaknya bagi manusia khususnya rakyat Malaysia yang berAgama Islam
memberikan pandangan mereka bahawa pemergian Ungku Omar ini adalah terlalu
awal melainkan pada masa yang sesuai, bukanlah terlalu awal dan bukan juga terlalu
lewat. Segala pencapaian dan kecemerlangan IMR daripada hasil perancangan
cemerlang yang dirangka oleh Ungku Omar yang perlu dikenang, dihargai dan
didoakan agar segala kebaikannya dibawa bersama untuk dijadikan bekalan dunia
sebagai perhitungan dan balasan kebaikan di akhirat.

4.3 SUMBANGAN UNGKU OMAR DALAM MEMBANGUNKAN BANGSA


MELAYU

Kecemerlangan beliau telah mendapat perhatian kerajaan apabila beliau sebagai anak
Melayu pertama diberi kepercayaan menyandang jawatan pengarah IMR. Berbeza
daripada ketika diterajui oleh kepimpinan tokoh perubatan warga asing dan bukan
Melayu, Ungku Omar telah menaikkan nama IMR dengan bidang tugas dan
peranannya yang lebih meluas dan padat. Ungku Omar telah berjaya meletakkan IMR
sebagai suatu institusi yang istimewa sehingga ke peringkat antarabangsa melalui
buah fikiran, usaha gigih dan perancangan yang teliti dan terancang. Beliau telah
menjadikan IMR tumpuan penggiat perubatan dari seluruh dunia dan pusat
kecemerlangan penyelidikan perubatan terulung di rantau ini. Peranan IMR kepada
negara adalah sebagai pusat perkhidmatan rujukan makmal seluruh negara, pusat
149

penyelidikan pelbagai jenis penyakit tropika, pusat pengajian siswazah perubatan dan
lain-lain lagi (Mohd Zamberi 2012).

Bersesuaian dengan tujuan awal penubuhan IMR di bawah Kementerian


Kesihatan Malaysia yang ditubuhkan sejak 1900 untuk memperbaiki taraf kesihatan
dan kehidupan penduduk tempatan, di samping meninjau dan memantau pelbagai
bidang perubatan penyakit tropika, maka usaha-usaha penyelidikan ini menjamin
kepada suatu pembentukan kesejahteraan dan pembaikan kesihatan rakyat Malaysia
khususnya dan masyarakat antarabangsa umumnya (Ungku Omar 1966). Penyelidikan
ini perlu terus diusahakan agar negara boleh menjamin produktiviti dari pelbagai
sektor dengan tahap kesihatan yang unggul jika pihak yang berwajib dan pihak-pihak
lain mempunyai kesedaran serta bersama-sama mengambil tanggungjawab dalam
menangani masalah kesihatan rakyat. Ini boleh mendorong kepada pembentukan
rakyat yang mampu memaksimumkan daya fikir yang unggul dalam pelbagai sudut
kerana tidak terganggu oleh tahap kesihatan yang kurang memuaskan. Kesihatan yang
kurang baik mendorong kepada terbantutnya proses pembelajaran dan pekerjaan yang
seterusnya memberikan kesan yang lebih besar ke arah menjejaskan perkembangan
pendidikan dan pekerjaan dalam kalangan mereka.

Pentingnya kesihatan ini bukan hanya dibincangkan oleh ilmuan-ilmuan yang


pakar dalam bidang sains perubatan dan kesihatan, tetapi perkara ini telah terlebih
dahulu ditekankan oleh Agama Islam dan perlu diamalkan oleh seluruh penganutnya.
Perkara ini boleh dibuktikan apabila Allah mewahyukan ayat-ayat-Nya yang
menyentuh tentang makanan terbaik untuk kesihatan manusia seperti tamar, buah tin,
zaitun, dan manna was salwa. Makanan halal perlu dijadikan pilihan untuk manusia
memilih bagi menampung keperluan kehidupan, manakala makanan haram yang
tercatat di dalam al-Quran bukan hanya membawa kemudaratan kepada manusia dari
sudut kesihatan lahiriahnya, bahkan juga membawa kepada rosaknya rohani.

Islam sebagai agama yang syumul (menyeluruh) meletakkan kesihatan sebagai


suatu perkara yang penting untuk menjamin kesempurnaan ibadah sehinggakan Nabi
pernah bersabda yang bermaksud "Mintalah kepada Allah kesihatan dan
kesejahteraan kerana sesungguhnya tidak ada perkara yang lebih baik dari kesihatan
150

selepas keyakinan (iman)” (Hadis Riwayat Ibnu Majah). Orang-orang yang menjaga
kesihatan serta mengikut segala perintah dan larangan Allah pastinya mendapat
keredhaan daripada Allah serta kesihatan tubuh badan dan jiwa yang sempurna. Nabi
juga pernah menyampaikan Hadis baginda yang bermaksud "Orang mukmin yang
kuat lebih baik dan disukai oleh Allah daripada orang mukmin yang lemah." (Hadis
Riwayat Muslim).

Semangat yang ditunjukkan Ungku Omar untuk menyelesaikan masalah


kemunduran rakyat Malaysia banyak didorong oleh rasa tanggungjawab dan simpati
yang lahir daripada bidang tugasnya untuk mengkaji taraf kesihatan penduduk yang
membawa beliau untuk terus mendekati dan bermesra dengan masyarakat luar bandar
yang tersisih daripada pembangunan dan dunia perubatan moden. Ungku Omar
berusaha memikirkan suatu cara bagi mencari jalan keluar daripada masalah kesihatan
masyarakat kampung yang kebanyakannya terdiri daripada Bangsa Melayu. Masalah
kesihatan menurut Ungku Omar (1966), dipengaruhi oleh faktor-faktor yang
melingkari kehidupan mereka seperti pendidikan, tradisi, agama dan juga persekitaran
mereka. Masyarakat Melayu perlu diberikan kesedaran berhubung kepentingan
kesihatan untuk menjamin kehidupan yang lebih baik, sihat, terurus serta keluar
daripada belenggu kemiskinan yang menyandarkan hidup hanya pada nasib dengan
usaha sekadar untuk meghilangkan rasa lapar.

4.4 KESEPADUAN ILMU DAN BAHASA UNTUK KEPENTINGAN


MASYARAKAT; SEKTOR KESIHATAN DAN PENDIDIKAN BANGSA
MELAYU

Sebagai seorang tokoh perubatan yang mempunyai semangat patriotik yang tinggi
serta prihatin terhadap kesihatan rakyat, beliau telah melakukan pelbagai kajian
berkaitan kesihatan penduduk. Taraf kesihatan penduduk luar bandar menjadi suatu
kajian yang amat beliau titik beratkan. Kajian yang dilaksanakan dan diterjemahkan
melalui penulisan kertas kerjanya yang bertajuk "Keadaan Kesihatan di Luar Bandar
Penting Untuk Proses Pembangunan dalam Segala Bidang" (1967) dibentangkan di
Simposium Masalah Populasi Luar Bandar (Symposium on Problems of Rural
Population) di Universiti Malaya pada September 1967. Begitu juga dengan kertas
kerja, Medical and Health Problems associated with Socio-Economic Development of
Rural Areas in Tropical Malaysia, dibentangkan di First Southeast Asia Regional
151

Seminar on Parasitic Diseases, yang diadakan di Bangkok, Thailand pada Ogos 1967.
Kertas kerja ini (Ungku Omar 1967b, 1967d) mendedahkan tahap kesihatan penduduk
luar bandar yang diabaikan dengan kadar kematian yang tinggi, disebabkan oleh tahap
kesihatan yang rendah serta dijangkiti penyakit-penyakit seperti taun, malaria, untut,
cacing, tibi dan lain-lain.

Menurut Ungku Omar (1967b), dengan keadaan masyarakat yang mempunyai


tenaga badan dan otak yang sangat lemah, proses pembangunan, pelajaran, pertanian
dan ekonomi akan mengalami kegagalan dan kemerosotan. Dalam kertas kerja ini
juga, beliau mengutarakan pendapat berhubung isu pelajaran anak bangsa yang
semakin terpinggir dalam sistem pendidikan di peringkat tinggi kerana penggunaan
Bahasa Inggeris. Sebagai langkah untuk memberikan kesedaran kepentingan kesihatan
khususnya kepada masyarakat luar bandar, pendekatan awal yang digunakan oleh
Ungku Omar adalah menyampaikan kaedah awal dan cara perubatan moden untuk
merubah pemikiran masyarakat dan cara hidup mereka yang masih terikat dengan
perubatan tradisional, yang ada di antaranya hanya menggunakan jampi serapah
sebagai penawar tanpa melibatkan sebarang ubat-ubatan.

Untuk menyelesaikan masalah pendidikan penduduk yang terpinggir, maka


menjadi tanggungjawab Ungku Omar untuk menyelesaikan masalah kesihatan
penduduk terlebih dahulu. Menurut beliau (Ungku Omar 1967b), kemajuan
masyarakat bergantung kepada tenaga badan (kecergasan) dan tenaga otak (keupayaan
berfikir). Jika tahap kesihatan anak-anak sentiasa rendah, maka tentunya mereka akan
gagal dalam pelajaran. Pada waktu tersebut (1967), Ungku Omar mencatatkan
bahawa, mutu kesihatan penduduk di kawasan luar bandar adalah sangat rendah dan
faktor kesihatan menyumbang sehingga lebih daripada 90 peratus untuk mereka gagal
dalam pelajaran. Begitu juga dengan peratus kematian ibu yang tinggi akibat daripada
melahirkan anak, menyebabkan terabainya kesihatan anak-anak yang ditinggalkan.
Justeru, pelajaran mereka juga tentulah terabai dan meminggirkan mereka daripada
memperoleh peluang kehidupan yang harmoni.

Mengikut statistik yang dinyatakan (Ungku Omar 1967b), bagi setiap 100
orang pelajar luar bandar, hanya 10 atau kurang pelajar yang berjaya untuk sampai
152

kepada tahap Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Pencapaian yang diperoleh pula adalah
pada tahap yang sangat rendah iaitu, pada peringkat (gred) tiga dengan kelemahan
yang ketara dalam mate-matapelajaran yang penting. Perkara ini menjadi
kebimbangan utama Ungku Omar kerana bagi beliau, ekonomi dan cerdik pandai
tidak akan mampu dihasilkan oleh negara dengan rakyat yang sangat lemah.

Beliau telah berusaha menyalurkan maklumat-matlamat yang diperlukan


berhubung kesihatan melalui sumber-sumber bertulis yang mampu sampai kepada
masyarakat iaitu melalui akhbar dan majalah tempatan seperti Majalah Bulanan
Dewan Bahasa yang memuatkan penulisan Ungku Omar (1958) yang bertajuk
“Bahasa Melayu dalam Lapangan Kesihatan, Perubatan dan Rumah Sakit”. Dengan
tekad yang jitu untuk membantu masyarakat luar bandar agar terus terbela dan tidak
ketinggalan; sejak 1954 lagi beliau telah berusaha mengumpul istilah perubatan untuk
menerbitkan Kamus Perubatan Bahasa Melayu, serta menulis beberapa buah buku
berhubung penjagaan perubatan dalam Bahasa Melayu. Usaha ini juga adalah suatu
cara untuk mengembangkan Bahasa Melayu dalam pelbagai bidang terutamanya
bidang sains yang ketika ini menggunakan Bahasa Inggeris. Beliau turut
menterjemahkan sebuah buku mengenai ilmu perbidanan untuk menyampaikan
maklumat penting kepada ibu hamil dengan bahasa yang mereka fahami
memandangkan pada waktu itu kadar kematian ibu hamil meningkat semasa
melahirkan bayi mereka (Mohd. Zamberi 2012).

Ungku Omar (1960) berusaha mengumpulkan istilah-istilah perubatan dalam


Bahasa Melayu agar bahasa ini boleh memainkan peranannya sebagai bahasa rasmi
dan bahasa pengantar kepada negara. Usaha ini dijalankan bersama Jawatankuasa
Perubatan Universiti Malaya, Lembaga Istilah Perubatan, Jawatankuasa Penggunaan
Bahasa Kebangsaan Kementerian Kesihatan Persekutuan Tanah Melayu. Mereka turut
menetapkan suatu minggu bahasa kebangsaan bagi memulakan langkah
memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu dan sekali gus berusaha untuk
menggantikan penggunaan Bahasa Inggeris yang lebih meluas dalam bidang
perubatan di negara ini. Bersesuaian dengan konsep bahasa jiwa bangsa, maka
seharusnya usaha sebegini dipandang tinggi oleh masyarakat terutamanya Bangsa
Melayu agar Bahasa Melayu tidak dipandang rendah, mundur dan ia mampu
153

menggantikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa perantara dalam lapangan kesihatan


dan perubatan.

Sebagai usaha untuk memberikan kefahaman yang sepatutnya kepada rakyat


tentang penjagaan kesihatan, maklumat-maklumat ini perlu disampaikan dalam bahasa
yang mampu difahami oleh mereka, iaitu dengan menyampaikan ilmu dalam Bahasa
Melayu. Ungku Omar (1958) telah berusaha mencadangkan penggunaan Bahasa
Melayu terutamanya dalam lapangan perubatan dan hospital untuk membentuk
kefahaman yang jelas antara pegawai perubatan, jururawat dan pesakit. Bahasa
Melayu menjadi bahasa yang wajar digunakan memandangkan ia merupakan bahasa
pertuturan harian yang digunakan oleh sebahagian besar masyarakat Persekutuan
Tanah Melayu berbanding Bahasa Inggeris yang menghalang perkembangan
maklumat dalam kalangan mereka pada waktu itu. Usaha mengubah penggunaan
Bahasa Inggeris kepada Bahasa Melayu ini, terutamanya dalam lapangan kesihatan
dilihat lebih mendesak kerana melibatkan keadaan dan kepentingan kesihatan dan
pendidikan masyarakat Tanah Melayu pada waktu itu yang masih berada pada tahap
yang rendah untuk mereka terus memahami dan menyedari tentang keperluan
kehidupan yang sepatutnya dilalui oleh mereka.

Berbeza dengan pejuang-pejuang bahasa yang memperjuangkan penggunaan


Bahasa Melayu dalam pendidikan sains dan teknologi ketika negara telah berada pada
tahap pendidikan yang baik, berserta kemudahan-kemudahan yang telah tersedia hasil
daripada pemikir-pemikir sebelumnya, mereka menegaskan Bahasa Melayu perlu
dijadikan bahasa pendidikan serta digunakan dalam setiap cabang pendidikan sains
dan teknologi. Namun kebanyakan mereka tidak memfokuskan bidang kepakaran
masing-masing agar terus menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa yang
mempunyai kemampuan menyampaikan ilmu-ilmu bagi bidang pengkhususan
mereka, tidak seperti Ungku Omar yang terlebih dahulu berusaha mengembangkan
Bahasa Melayu dalam lapangan kesihatan yang menjadi kepakaran beliau sebelum
memberikan saranan agar Bahasa Melayu dijadikan bahasa perantara dalam
pendidikan tinggi dalam semua bidang. Ungku Omar memikirkan perlunya Bahasa
Melayu untuk terus dikembangkan kerana kepincangan yang wujud daripada respons
rakyat terhadap penggunaan Bahasa Inggeris yang terus meninggalkan mereka
154

daripada arus kemodenan dengan cabaran-cabaran yang perlu dihadapi ketika negara
baru sahaja mengecapi nikmat kemerdekaan.

Ungku Omar sebagai cendekiawan yang mahukan perubahan kepada


pembentukan negara membangun seiring dengan sikap rakyat yang mempunyai
kesedaran serta berdaya saing, beliau menyasarkan golongan belia sebagai golongan
yang paling utama yang perlu diberikan penekanan untuk disedarkan serta digerakkan
bagi mencetuskan perubahan kerana golongan ini mempunyai pengaruh yang cukup
besar kepada kestabilan negara dari sudut ekonomi, sosial, dan politik negara. Ungku
Omar (1968a) pernah membentangkan kertas kerja yang bertajuk ‘Kedudukan Belia di
Masa Ini’ di Seminar Pertanian dan Perusahaan di Kolej Pertanian, Serdang, pada
Februari 1968. Kertas kerja ini membincangkan agenda membangunkan belia untuk
dijana bagi membentuk negara maju.

Bagi beliau, pemikiran yang waras dan sihat hanya dapat dibentuk apabila
manusia mempunyai kesihatan yang baik. Jika kesihatan rakyat berada pada tahap
yang terlalu rendah, maka sesebuah negara tidak akan boleh dibangun dan dimajukan.
Asas yang kukuh untuk membangunkan negara pertamanya bergantung kepada
kekuatan badan dan tenaga dan keduanya adalah kegiatan otak. Bertepatan dengan
prinsip yang dipegang oleh Ungku Omar (1958) “Kesihatan itulah kemajuan, tak sihat
manakan maju”, beliau menyatakan bahawa, kekurangan makanan berzat disebabkan
kekurangan wang, kekurangan wang disebabkan oleh kekurangan ilmu dan mate
pencarian. Ilmu untuk mendapatkan pendapatan yang lumayan pula disampaikan
dengan Bahasa Inggeris yang menjadi kesulitan kepada rakyat Malaysia untuk
memahaminya, apatah lagi untuk mendalami, mengguna dan mengembangkannya.

Inilah salah satu penekanan yang difikirkan oleh beliau sebagai suatu
keperluan dan perlaksanaan yang sangat mendesak tentang betapa pentingnya
penggunaan Bahasa Melayu dalam sistem pendidikan agar rakyat luar bandar yang
mempunyai tahap kesihatan yang kurang, memperoleh maklumat yang betul tentang
penjagaan kesihatan dan dapat merancang pendapatan yang lebih baik kerana
mempunyai ilmu pengetahuan.
155

Namun begitu, walaupun Ungku Omar memberikan penekanan kepada perkara


ini, sehingga ke hari ini, Bahasa Inggeris masih menjadi bahasa utama yang digunakan
dalam sebahagian besar sistem pendidikan negara terutamanya dalam pendidikan
sains dan teknologi di peringkat pengajian tinggi di kebanyakan institusi pengajian
tinggi, yang sedikit sebanyak menafikan dan meminggirkan penggunaan Bahasa
Melayu sebagai bahasa pendidikan negara. Pada hakikatnya, kekurangan yang dilihat
jika menggunakan Bahasa Melayu dalam menyampaikan ilmu, bukanlah berpunca
daripada kekurangan dan kelemahan Bahasa Melayu, tetapi berpunca daripada sikap
ilmuan Melayu yang terpengaruh dengan perkembangan Barat sehingga tidak mahu
berusaha untuk menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa yang berkemampuan besar
dalam menyampaikan ilmu terutamanya di bidang sains tabii, matematik, sains gunaan
dan lain-lain.

Pada zaman Ungku Omar, sudah ada usaha untuk menjadikan Bahasa Melayu
sebagai medium untuk menyampaikan ilmu. Namun begitu, keadaan hari ini
memperlihatkan kepada kita, betapa pelajar, ahli politik, ahli ekonomi dan ilmuwan
yang tidak mampu menguasai Bahasa Inggeris dilihat janggal dan amat memalukan,
walaupun ilmu yang mereka kuasai lebih meluas dan kukuh jika dibandingkan dengan
mereka yang mahir BerBahasa Inggeris. Sememangnya tidak dinafikan kelebihan
Bahasa Inggeris yang digunakan sebagai medium untuk menyampaikan ilmu
pengetahuan dalam buku-buku ilmiah, namun ini tidak bermakna kita perlu
mempertahankan penggunaan bahasa ini dalam pendidikan dan dalam masa yang
sama menafikan peranan dan kepentingan Bahasa Melayu yang mampu menyalurkan
ilmu dengan kefahaman yang jelas dan jitu kepada Bangsa Malaysia.

Jika penggunaan Bahasa Melayu telah digunakan sebagai bahasa pendidikan


terutamanya sains dan teknologi sejak daripada awal terutamanya daripada zaman
Persekutuan Tanah Melayu lagi, maka ini akan memberikan galakan kepada mereka
yang pakar dalam menterjemah buku-buku ilmiah daripada Bahasa Inggeris atau
bahasa-bahasa lain kepada Bahasa Melayu bagi menyalurkan ilmu dengan
penggunaan bahasa yang mereka fahami dengan jelas. Apabila kefahaman yang jelas
dan jitu berhubung suatu ilmu itu diperoleh, maka perkara ini tentunya mendorong
dan melahirkan lebih ramai ilmuwan yang cuba mengembangkan ilmu-ilmu tersebut
156

dan seterusnya menerbitkan buku-buku ilmiah dalam Bahasa Melayu dari pelbagai
bidang.

Jika seruan untuk menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa yang


menyampaikan ilmu di Malaysia seperti yang telah diusahakan oleh Ungku Omar
(1958, 1960, 1967b, 1967b, 1968b) ini berlaku dari peringkat awal perlaksanaan
sistem pendidikan, maka di bidang ilmu, negara akan mampu mengumpulkan buku-
buku ilmiah dalam Bahasa Melayu yang diterbitkan dalam kuantiti yang sangat besar
berbanding dengan jumlah yang ada pada hari ini untuk dijadikan rujukan kepada
rakyatnya. Malaysia akan menjadi negara yang mampu mengumpulkan pelbagai ilmu
pengetahuan yang disediakan kepada rakyatnya dengan bahasa mereka untuk terus
menjadi rakyat yang berilmu pengetahuan tinggi, dan bukan hanya bergantung kepada
surat-surat khabar Melayu untuk mendapatkan maklumat, memandangkan hanya surat
khabar Melayu yang mudah diperoleh oleh mereka dalam memperoleh berita semasa
dan maklumat berbanding buku-buku ilmiah berBahasa Melayu.

Begitu juga dengan usaha Ungku Omar yang menterjemahkan buku-buku


perubatan seperti buku perbidanan, serta menterjemah istilah-istilah perubatan kepada
Bahasa Melayu (Mohd. Zamberi 2012) seharusnya menyedarkan kita akan
kepentingan penterjemahan kepada pembangunan ilmu Bangsa Malaysia. Justeru,
sekiranya pembangunan sektor penterjemahan negara adalah positif dan
menggalakkan, maka ini bakal menyediakan peluang pekerjaan yang lebih tinggi di
bidang penterjemahan. Jika perkara ini terlaksana, maka ini merupakan suatu
perkembangan yang positif dalam perkembangan ilmu serta memperkukuhkan jati diri
anak bangsa agar membangun dan cemerlang dalam acuan sendiri, serta tidak
mengharapkan pergantungan yang penuh kepada ilmu dan bahasa penjajah bagi
membangunkan bangsa dan negara. Ini juga menjadi antara faktor yang boleh
menyumbang kepada pembentukan rakyat yang berilmu dan bukannya terpinggir
hanya kerana tidak mampu menguasai Bahasa Inggeris seperti yang telah menjadi
kebimbangan Ungku Omar terhadap perkembangan universiti pada waktu itu yang
hanya menggunapakai Bahasa Inggeris. Perkara ini diungkapkan oleh Ungku Omar
(1968b:93);
157

Pelajar-pelajar daripada sekolah menengah atas yang menggunakan Bahasa


Melayu tidak boleh memasuki Universiti Malaysia kecuali dalam jumlah yang
sangat kecil yang terpaksa mengikut segala kuliah-kuliah dalam Bahasa
Inggeris dan menjawab soalan-soalan ujian dalam Bahasa Inggeris.
Kebanyakan mereka ini merasa kecewa dan sangat sulit kerana mereka telah
tertinggal dan kurang cekap apabila dibandingkan dengan pelajar-pelajar dari
sekolah-sekolah Inggeris.

Sememangnya tidak dinafikan wujud dalam kalangan rakyat Malaysia yang


tidak mahu menimba ilmu, malas membaca, tidak mahu meneruskan pengajian ke
peringkat yang lebih tinggi, berhenti separuh jalan dan menjauhkan diri mereka
daripada golongan elit dan ilmuwan hanya kerana tidak mahu menghadapi Bahasa
Inggeris yang menjadi kelemahan mereka. Perkara ini jugalah yang menjadi penyebab
kepada pembentukan beberapa golongan rakyat, rakyat yang berilmu hanya
berhubung sesama mereka, dan begitu juga yang kurang berilmu terus bersama dalam
kalangan mereka kerana sikap rendah diri yang ada dalam diri.

Jika tiada kesedaran dalam diri, yang kurang berilmu akan terus hidup dalam
dunia mereka, yang leka akan terus leka, dan yang berilmu semakin cuba menambah
ilmu tanpa perlu memikirkan sahabat mereka yang ketinggalan. Sekurang-kurangnya
penggubal dasar pendidikan negara perlu mengambil kira keadaan rakyat terutamanya
daripada Bangsa Melayu. Bukan semua Bangsa Melayu mampu menguasai Bahasa
Inggeris dengan baik, walaupun telah melalui pendidikan Bahasa Inggeris yang baik,
namun semua Bangsa Melayu di Malaysia semestinya mampu menguasai Bahasa
Melayu dengan baik, sekalipun ujian Bahasa Melayu mereka tidak memuaskan.

Siaran radio sebagai medium penyampaian maklumat ke udara yang paling


utama menjadi salah satu cara yang digunakan oleh Ungku Omar sejak daripada 1958
sehingga 1961 untuk menyampaikan maklumat kesihatan kepada masyarakat sehingga
beliau digelar sebagai ‘Doktor Radio’ kerana selalu ke udara melalui corong-corong
radio penduduk Persekutuan Tanah Melayu, sebelum beliau beralih kepada medium
penyampaian televisyen Malaysia yang mula diwujudkan pada tahun 1963. Beliau
turut menyampaikan ceramah-ceramah berhubung kepentingan kesihatan di serata
158

tempat terutamanya di institusi-institusi pengajian tinggi seperti di Maktab Perguruan


Bahasa (Mohd Zamberi 2012).

Sasaran utama penyampaian maklumat kesihatan oleh Ungku Omar pada


waktu tersebut adalah kepada masyarakat luar bandar. Namun begitu, maklumat
melalui saluran radio boleh dikatakan tidak mampu sampai kepada masyarakat
seluruhnya kerana tahap kemiskinan penduduk luar bandar pada waktu ini tidak
memungkinkan mereka untuk memiliki radio melainkan mereka berusaha untuk saling
menyampaikan maklumat antara mereka. Tidak dinafikan bahawa usaha ini juga
menjadi antara langkah dah saluran menyampaikan maklumat yang baik untuk terus
memberikan ilmu serta peringatan kepada mereka yang mempunyai kemudahan
tersebut berhubung pengurusan kesihatan.

Antara usaha yang wajar dilakukan untuk memastikan maklumat-maklumat


kesihatan sampai kepada pengetahuan penduduk luar bandar, pada waktu itu pihak
IMR perlu merangka suatu penjadualan yang tetap dan melantik wakil-wakil kesihatan
untuk turun padang ke kawasan-kawasan luar bandar yang terpinggir dari arus
kemodenan untuk menyampaikan maklumat kesihatan secara berdepan dengan
penduduk bagi memastikan mereka mendapat maklumat yang sewajarnya bagi
menimbulkan kesedaran mereka terhadap penjagaan kesihatan seterusnya memajukan
diri dan ekonomi keluarga mereka. Cara ini juga berkesan untuk mendekati mereka
pada zaman ini yang kebanyakannya tidak boleh membaca dan menulis.

Menjadi suatu perkara yang sangat mencabar bagi seorang ilmuan daripada
sains tulen ini apabila perlu menyelamatkan rakyat daripada bangsanya sendiri yang
berhadapan dengan maut kerana masalah kesihatan. Tokoh yang mempertaruhkan
sebahagian besar waktunya untuk menyelesaikan masalah kesihatan, pendidikan, dan
pembangunan rakyat melebihi waktu untuk diri dan keluarga sendiri sukar untuk
dicari ganti. Yang ada pada hari ini kebanyakannya adalah insan-insan yang
menjalankan tugas dengan kelengkapan yang telah tersedia dan hanya mengikut skop
perjalanan tugas mereka.
159

Mereka terlalu kurang berhadapan dengan masalah yang pernah dialami oleh
Ungku Omar yang selalu mengambil berat dan bimbangkan keadaan rakyat serta
berusaha mencari jalan penyelesaian dengan perancangan yang cukup rapi dalam
pelbagai sudut. Jika tiada usaha daripada ahli sains terutamanya dalam bidang
kesihatan dan perubatan seperti Ungku Omar untuk terus menyelamatkan rakyatnya
daripada masalah kesihatan, maka peranan Syed Mohd Naquib Al-Attas sebagai pakar
dalam bidang kemanusiaan Islam untuk terus berfalsafah menyampaikan ilmu
kemanusiaan untuk mengisi jiwa akan terbantut dan hanya berlegar di atas kertas
ekoran daripada masalah kesihatan yang tidak diselesaikan dalam kalangan rakyat,
yang seterusnya menafikan mereka daripada mendapat hak pendidikan dan kehidupan
yang baik.

Penularan wabak demam malaria dalam kalangan rakyat Malaysia


umpamanya, menjadi suatu tanggungjawab yang perlu beliau selesaikan untuk
menyelamatkan rakyatnya daripada terus diabaikan tanpa sebarang pembelaan dan
usaha untuk menyelamatkan mereka daripada terus menderita dan berhadapan dengan
kematian. Penyelidikan khusus untuk pembasmian Malaria menjadi sumbangan yang
sangat besar yang telah dilaksanakan oleh Ungku Omar dengan bersungguh-sungguh
ketika beliau memimpin IMR. Tambahan pula, pada waktu tersebut, demam malaria
menjadi ancaman yang besar kepada penduduk terutamanya masyarakat luar bandar
yang kurang mendapat maklumat berhubung demam Malaria (Ungku Omar 1967a).
Sumbangan sebegini sebahagian besarnya disumbang oleh ilmuwan-ilmuwan daripada
bidang sains tulen dibidang sains kesihatan yang akan sentiasa turun padang
berhadapan dengan masyarakat.

Bagi memberi sumbangan kepada kesejahteraan rakyat dan negara, Ungku


Omar telah memaksimumkan peranan IMR dengan membina dan menyusun semula
pelbagai peranan IMR melalui wawasan rancangan lima tahun yang antara objektifnya
adalah menjadikan IMR sebagai pusat rujukan perkhidmatan makmal negara. Beliau
merangka pembinaaan tujuh buah makmal untuk anggota South East Asian Ministers
of Education Council (SEAMEC), 50 makmal di hospital besar dan hospital daerah
dan 30 buah makmal di pusat kesihatan yang dilengkapi peralatan terkini. Bagi
merealisasikan matlamat yang dirancang, beliau merangka suatu seminar yang
160

dipengerusikan sendiri oleh beliau iaitu, National Seminar and Technical Workshop
on the Standardisation of labaratory Procedures dengan kertas kerjanya “Difficulties
in the Immediate Implementation of the Institute’s Plan” (Mohd Zamberi 2012).
Seminar ini adalah untuk meningkatkan kualiti kerja melalui kaedah piawaian dan
cara kerja di makmal.

Ungku Omar juga merangka program latihan bagi pembantu teknologi makmal
perubatan dengan merancang penubuhan Sekolah Latihan Teknologi Makmal
Perubatan dan Kesihatan yang bukan hanya mendapat peruntukan daripada kerajaan
Malaysia, bahkan turut mendapat pembiayaan daripada pertubuhan kesihatan
antarabangsa seperti SEAMEC dan World Health Organisation (WHO). Pendidikan
menjamin penghasilan tenaga kerja yang berilmu, maka usaha ini adalah untuk
melahirkan graduan-graduan yang mempunyai tenaga kerja yang diiktiraf melalui
saluran pendidikan yang tepat dan menepati piawaian kerja yang diingini dalam
bidang-bidang yang diperlukan oleh bahagian penyelidikan perubatan. Ungku Omar
juga turut menghantar ahli sains dan doktor perubatan ke luar negara untuk menjadi
pakar dalam pengkhususan masing-masing bagi menampung kekurangan tenaga pakar
dan profesional dalam bidang perubatan bagi menguatkan lagi kedudukan IMR
sebagai sebuah pusat penyelidikan perubatan.

Tenaga-tenaga pakar dan profesional daripada luar negara turut dijemput


menyertai IMR menjadi felo penyelidik bagi menyumbang kepakaran mereka. Ungku
Omar meletakkan harapan yang tinggi agar sumbangan kepakaran ini dapat
menjayakan penyelidikan perubatan negara sebagai suatu usaha untuk
mengembangkan kecemerlangan IMR ke serata dunia, beliau turut menandatangani
perjanjian persefahaman dengan institusi perubatan di negara-negara maju. Hasil
usaha gigih dan perancangan yang teliti Ungku Omar, pada awal tahun 1967 IMR
telah diiktiraf sebagai pusat tumpuan dan kegiatan SEAMEC. IMR sentiasa dipenuhi
dengan pelbagai program serta menjadi tuan rumah beberapa seminar dan pertemuan
antarabangsa. IMR seterusnya menjadi gah kerana penglibatan yang meluas dalam
penyelidikan perubatan sains dan kesihatan, penerbitan buku-buku perubatan, dan
makalah-makalah ilmiah dan saintifik (Mohd Zamberi 2012). Pembangunan dan
perkembangan yang positif pada IMR melambangkan pembangunan dan pembaikan
161

tahap kesihatan penduduk Malaysia. Tahap kesihatan penduduk yang terbela dan
terkawal ini cenderung untuk memastikan rakyat mendapat peluang pendidikan yang
disediakan, seterusnya memperbaiki taraf pendidikan rakyat, terutamanya masyarakat
luar bandar.

4.5 SUMBANGAN UNGKU OMAR DALAM MEMBELA HAK BANGSA


MELAYU DALAM PENDIDIKAN

Ungku Omar adalah seorang tokoh ilmuwan yang sangat mementingkan pendidikan
anak Melayu. Beliau telah menumpukan perhatian kepada pendidikan Bangsa Melayu
di peringkat pengajian tinggi yang pada waktu itu membimbangkan beliau sebagai
seorang Bangsa Melayu yang cintakan anak bangsanya. Keunikan Ungku Omar
adalah pada kebolehan beliau menghubungkan hasil analisis dengan situasi sosial,
pendidikan dan pembangunan negara (Pusat Kajian Kecemerlangan Melayu 2017).
Beliau berharap agar mereka terus maju dalam kehidupan yang harmoni dan sejahtera,
seterusnya memulihkan kembali serta membangunkan sebuah bangsa yang cemerlang.

Kajian-kajian yang beliau laksanakan terutamanya melibatkan taburan


penduduk di Malaysia yang terlibat dengan pelbagai penyakit yang kebanyakannya
adalah masyarakat luar bandar dengan jumlah peratusan yang terbesar (Ungku Omar
1966, 1967a,1967b), telah memberikan gambaran yang cukup jelas bahawa
pendidikan dalam kalangan rakyat Malaysia terutamanya Bangsa Melayu adalah
berada di tahap yang sangat kurang memuaskan. Tidak kurang juga dengan kajian
yang dilakukan berhubung peratusan pelajar yang berbangsa Melayu di pusat
pengajian tinggi di peringkat awal iaitu, di Universiti Malaya dalam kursus sains dan
teknologi seperti kejuruteraan, pertanian dan perubatan sejak daripada tahun 1959
sehingga 1966 yang memperlihatkan kenyataan keadaan Bangsa Melayu yang
mempunyai peratusan jumlah pelajar yang sangat rendah berbanding bangsa-bangsa
lain yang berjaya melepasi tahap pendidikan ke peringkat universiti (Ungku Omar
1967c).

Kajian-kajian sebegini telah memberikan dorongan yang kuat kepada Ungku


Omar untuk memperjuangkan nasib bangsanya agar mendapat hak mereka yang
sewajarnya dalam pendidikan. Beliau berusaha dengan tenaga dan pemikiran untuk
162

membantu mereka, bukan hanya dari segi kesihatan, tetapi juga pendidikan yang
beliau usahakan dengan cadangan-cadangan membina, terutamanya cadangan
membangunkan sebuah universiti Islam di Malaysia (1967b, 1967c) yang memenuhi
keperluan Bangsa Melayu serta mengambil kira faktor bahasa pengantar Arab, Bahasa
Melayu dan Inggeris, bukannya hanya menggunakan Bahasa Inggeris sahaja seperti
yang diterapkan oleh Universiti Malaya pada waktu itu.

Cadangan penubuhan sebuah universiti Islam bagi menampung keperluan anak


Melayu adalah hasil pemerhatian dan kajian Ungku Omar (1967b, 1967c) untuk
menangani masalah mereka yang ketinggalan dalam perlumbaan yang tidak adil untuk
mendapatkan tempat di Universiti Malaya yang kurang mengambil kira dan
mempertimbangkan keadaan masyarakat di negara ini pada ketika itu. Dengan
keadaan Bangsa Melayu yang sebahagiannya besarnya berada di kawasan luar bandar
yang kekurangan kemudahan kehidupan, apatah lagi dengan pendidikan, tentunya
telah meminggir dan menafikan hak mereka untuk terus mendapatkan hak-hak mereka
sebagai penduduk asal negara. Cadangan ini sebenarnya telah terlebih dahulu
dibincangkan oleh Ungku Omar (1967c) dalam Seminar Organisasi Islam di Kolej
Islam, Kuala Lumpur pada Ogos 1967 dalam kertas kerja yang bertajuk “Konsep
Universiti Islam di Malaysia” yang bertujuan untuk meninggikan taraf kehidupan
Bangsa Melayu ekoran daripada kemunduran dan kurangnya pembelaan untuk mereka
mendapatkan hak-hak mereka dalam negara sendiri dalam pendidikan rasmi negara.

Demi memartabatkan Bahasa Melayu dan membela anak bangsanya, Ungku


Omar telah memainkan peranan penting dalam penubuhan Universiti Kebangsaan
Malaysia. Beliau telah terlibat secara langsung dalam merangka penubuhan universiti
ini dan dipertanggungjawab untuk memainkan peranannya sebagai Pengerusi
Jawatankuasa Kecil Pentadbiran yang turut dianggotai oleh Abdullah Salleh
(Timbalan Pengerusi), Rashdan Baba, Hamzah Sendut, Hassan Ibrahim, Abdullah
Sanusi Ahmad, Arshad Ayub, Abu Bakar Abdul Hamid dan Jonid bin Abu Saham
(Harith Faruqi t.th). Universiti Kebangsaan Malaysia adalah satu-satunya universiti
yang mempertahankan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
universiti seperti yang pernah beliau cita-citakan untuk mencari jalan penyelesaian
163

kepada masalah pelajar yang berada dalam aliran pendidikan Melayu, cita-cita dan
cadangan beliau ini pernah diungkapkan oleh beliau (Ungku Omar, 1968b:93);

Saya nampak ada dua jalan untuk pelajar-pelajar yang menggunakan bahasa
pengantar Melayu menuju ke perguruan tinggi. Jalan pertama; mendirikan satu
lagi Universiti di Malaysia yang mempunyai otonominya sendiri dan
menggunakan Bahasa Melayu (Kebangsaan) sebagai bahasa pengantar...

Hasil daripada harapan Ungku Omar ini telah meletakkan Universiti


Kebangsaan Malaysia sebagai universiti yang telah mempertahankan penggunaan
Bahasa Melayu dalam pendidikan sehingga ke hari ini, walaupun di sana masih
terdapat segelintir pihak yang memandang mudah akan peranan Bahasa Melayu.
Kemampuan Bahasa Melayu dalam menyampaikan ilmu telah diyakinkan Ungku
Omar (1958) dalam kertas kerjanya yang bertajuk “Bahasa Melayu dalam Lapangan
Kesihatan, Perubatan dan Rumah Sakit”. Pada 18 Mei 1970, setelah lebih setahun
pemergian beliau, Universiti kebangsaan Malaysia berjaya ditubuhkan. Namun,
penubuhan UKM tidak berkesempatan untuk diperlihatkan kepada Ungku Omar
sebelum beliau menghembuskan nafas terakhir, walaupun pada waktu beliau
meninggal dunia, Universiti Kebangsaan Malaysia telah berada di kemuncak
perancangan untuk direalisasikan demi kepentingan pendidikan bangsa dan kemajuan
Bahasa Melayu yang beliau cintai.

Universiti Kebangsaan Malaysia yang mendaulatkan Bahasa Melayu seperti


yang pernah dicita-citakan dan diusahakan Ungku Omar telah menjadi kenyataan,
begitu juga Universiti Islam Antarabangsa Malaysia yang dibina untuk mendaulatkan
Agama Islam bersama ilmu-ilmu aqli yang juga pernah dicita-citakan Ungku Omar
(1967c) melalui penulisan beliau “Konsep Universiti Islam di Malaysia”, juga telah
berjaya ditubuhkan pada tahun 1982, yang antara tujuan penubuhannya adalah untuk
menghidupkan kembali konsep pembelajaran secara Islam dan meluaskan bidang
pilihan kepada umat Islam dalam pengajian peringkat tinggi. Walaupun Universiti
Islam Antarabangsa Malaysia adalah hasil daripada Persidangan Dunia Pertama
tentang Pendidikan Islam, yang diadakan di Mekkah pada tahun 1977 melalui
cadangan Syed Muhammad Naquib Al-Attas sejak 1973, namun penubuhan universiti
164

Islam ini telah difikirkan lebih awal oleh Ungku Omar (1967c) demi mendaulatkan
Agama Islam dalam bidang-bidang pendidikan di Malaysia.

4.6 PEMIKIRAN UNGKU OMAR DALAM KESEPADUAN SAINS, AGAMA


ISLAM DAN BAHASA MELAYU

Terdapat penulisan kebanyakan pengkaji seperti Abu Bakar (2015) yang mencatatkan
bahawa idea pengislaman ilmu pada era moden ini dicetuskan oleh Sayyed Hossein
Nasr pada tahun 1960-an melalui karyanya Science and Civilization in Islam (1968)
dan Islamic Science (1976), manakala usaha pengislaman ilmu ini boleh juga
dikatakan bermula dengan Syed Naquib Al-Attas melalui kajian permulaan yang
mentransformasikan istilah-istilah dan konsep kunci yang terdapat dalam pandangan
alam umat Islam sebagai suatu usaha untuk mengislamkan cara berfikir bagi umat
Islam (Wan Mohd Nor 2005). Oleh kerana manusia juga menjadi objek kepada ilmu
pengetahuan, maka pemikiran manusia juga perlu diislamkan terlebih dahulu sebelum
langkah-langkah pengislaman ilmu ditetapkan. Kajian ini sebagai disertasi kedoktoran
Syed Naquib Al-Attas yang dilakukan dari tahun 1963 hingga 1965 tentang tasawuf
Hamzah Fansuri, penyair dan ahli sufi Melayu.

Jika dilihat kepada permulaan usaha melalui penulisan kedua tokoh ini, Al-
Attas lebih awal memulakan perbincangan ke arah pengislaman ilmu pada tahun 1965
berbanding Sayyed Hossin Nasr melalui penulisannya yang diterbitkan pada 1968.
Namun begitu, Sayyed Hossein Nasr ada membuat catatan akhir dalam sebuah
makalah yang disampaikan pada tahun 1987, yang mendakwa bahawa beliau telah
menyentuh program asas tentang perlunya mengislamisasikan ilmu di dunia moden
hari ini. Program ini diambil dan dibincangkan oleh Al-Attas dan seterusnya mendapat
perhatian Al-Faruqi dan beberapa ilmuan Islam lain (Wan Mohd Nor 2005). Perkara
ini tentunya dilihat janggal kerana usaha pengislaman ilmu oleh Al-Attas lebih awal
berbanding penulisan Nasr yang menjurus ke arah pengislaman ilmu. Tambahan pula,
Wan Mohd Nor (2005) mengesahkan kejanggalan kenyataan Hossein Nasr apabila
bibliografi lengkap karya Sayyed Hossein Nasr diselidiki untuk mengesahkan
dakwaan tersebut, namun tiada yang menunjuk bukti secara langsung dan tiada yang
boleh mengesahkan dakwaan Sayyed Hossein Nasr terhadap dakwaannya kepada Al-
Attas.
165

Tidak kurang juga ada yang berpendapat bahawa Al-Faruqi adalah pencetus
kepada program pengislaman ilmu, sedangkan penulisan beliau The Islamization of
Knowledge berhubung usaha pengislaman ilmu hanya diterbitkan pada 1982. Ilmuan-
ilmuan moden hari ini yang sedar akan kepentingan pengislaman ilmu menganggap
Al-Attas, Nasr, dan Al-Faruqi sebagai ilmuan yang sangat penting dalam memikirkan
agenda pengislaman ilmu, bahkan mereka menegaskan bahawa tokoh-tokoh inilah
yang pertama kalinya memikirkan suatu usaha untuk mengeluarkan sistem ilmu
daripada pola pemikiran Barat yang sekular, kepada sistem yang lebih baik melalui
program pengislaman ilmu.

Jika dilihat kepada latar belakang pendidikan tokoh-tokoh yang tersohor


sebagai pencetus idea pengislaman ilmu di era moden ini, mereka tidak sangat
memiliki kepakaran dalam bidang sains tulen seperti Ungku Omar. Dalam kalangan
mereka ini, boleh dikatakan hampir semua ilmuwan yang diangkat nama mereka ini,
kepakaran mereka adalah di bidang sains sosial, kemanusiaan dan bidang falsafah.
Manakala mereka yang pernah berpendidikan di bidang sains tulen pula hanya di
peringkat ijazah pertama dan kedua sahaja seperti Sayyed Hossein Nasr dan di
peringkat pengajian doktor falsafah, beliau lebih memilih untuk meneruskannya dalam
bidang falsafah, berbanding sains tulen yang terkenal dengan konsep objektif, rasional
dan bebas nilainya.

Sungguhpun begitu, sebagai seorang ilmuwan yang mempunyai kepakaran


utama di bidang sains tulen, Ungku Omar ada membincangkan suatu pandangan
tentang perlunya ilmu sains dan ilmu-ilmu lain diolah dan diserasikan mengikut acuan
Islam sejak tahun 1967 melalui penulisan beliau yang bertajuk “Konsep Universiti
Islam di Malaysia” sebagai suatu langkah ke arah pengislaman ilmu walaupun istilah
‘pengislaman ilmu’ pada waktu itu masih belum diwacanakan. Penulisan pemikiran
Ungku Omar berhubung usaha ke arah meletakkan Agama Islam secara menyeluruh
terutamanya dalam setiap bidang pendidikan seperti sains dan ekonomi, telah
mendahului tulisan dan pandangan daripada Nasr dengan penulisan yang diterbitkan
pada 1968 dan Al-Faruqi pada 1982 dalam konteks pengislaman ilmu. Namun begitu,
nama Ungku Omar tidak pernah disebut sebagai pencetus kepada pemikiran
pengislaman ilmu seperti tokoh-tokoh pengislaman ilmu lain.
166

Pada awal tahun 1967, Ungku Omar telah diberikan tanggungjawab untuk
menerajui kepimpinan Kolej Islam Malaya, Petaling Jaya sebagai Pengerusi Majlis
Kolej Islam selepas diasingkan daripada pentadbiran Universiti Malaya. Lantikan ini
membuktikan kredibiliti Ungku Omar diiktiraf setelah kejayaan beliau dalam bidang
kedoktoran serta kejayaan beliau dalam menerajui IMR menjadi sebuah pusat yang
gah di mate dunia dinilai oleh mereka. Beliau menjadi harapan besar kepada Kolej
Islam ini untuk terus merangka suatu perubahan ke arah meningkatkan mutu
pengurusan pengajian yang melibatkan pendidikan tinggi Islam, walaupun kepakaran
sebenar beliau bukanlah di bidang Agama Islam. Namun begitu, beliau pernah
menerima pendidikan Agama Islam di peringkat awal. Bahkan pernah diberi
tanggungjawab mengajar agama di peringkat awal pendidikan beliau (Mohd Zamberi
2012). Kerana kesedaran berhubung kepentingan agama dalam pendidikan serta
pengalaman dan ilmu pengetahuan yang beliau peroleh ketika menuntut ilmu agama
di peringkat pendidikan menengah, telah memberi suatu galakan yang kuat kepada
beliau, bukan hanya untuk terus menerajui kepimpinan, menyumbang bakti dan idea
kepada institusi pendidikan tinggi Islam di Malaysia, malah memberikan kemudahan
yang pelbagai seperti pembesaran perpustakaan dan kemudahan pengangkutan untuk
keselesaan pelajar dan pekerja (Mohd Zamberi 2012).

Cita-cita Ungku Omar untuk menubuhkan sebuah universiti Islam di Malaysia


melalui kertas kerja “Konsep Universiti Islam di Malaysia” yang dibentangkan di
Kongres Kemajuan Islam Malaysia pada tahun 1967, telah menjadikan Kolej Islam
Malaya sebagai titik permulaan untuk mencapai cita-cita tersebut. Saranan ini lebih
awal daripada saranan penubuhan universiti Islam yang pernah diusulkan Al-Attas
melalui sepucuk surat yang ditujukan kepada Sekretariat Islam yang berpusat di
Jeddah pada 15 Mei 1973 yang menyatakan masalah ilmu pengetahuan adalah
masalah yang mendasar untuk diselesaikan dan penubuhan universiti adalah
penyelesaian terbaik untuk mengharmonikan ilmu-ilmu moden dengan kehendak
agama.

Dalam kertas kerja “Konsep Universiti Islam di Malaysia” ini, Ungku Omar
menggesa agar di universiti Islam ini bukanlah hanya mengajar ilmu-ilmu agama
seperti al-Quran, Hadis, feqah dan sebagainya, tapi turut melibatkan matapelajaran
167

sains, matematik, politik, astronomi, perubatan dan kejuruteraan. Menurut Ungku


Omar (1967c), Islam bukan hanya agama, tapi ia merupakan suatu peradaban dan
sistem hidup dalam setiap waktu dan keadaan yang melibatkan segala perbuatan
manusia sebagai makhluk ciptaan Tuhan yang mempunyai konsep yang jelas untuk
berubah dan terus memperbaiki keadaan ke arah yang lebih baik. Ungku Omar pernah
menyatakan bahawa: “Sesebuah pusat pengajian tinggi Islam bukanlah bererti
mengajar agama sahaja. Mestilah ada pengajian ilmu sains, ekonomi dan sebagainya...
kita mahu mengeluarkan pelajar yang pakar dalam serba serbi lapangan, di samping
bijak pula dalam soal agama” (Mohd Zamberi 2012:132).

Beliau turut mewajibkan pelajar-pelajar yang menggunakan Bahasa Inggeris


sebagai bahasa pengantar, agar mengambil matapelajaran Bahasa Arab atau
Kebudayaan Islam sebagai syarat universiti Islam. Syarat ini bukan hanya untuk
mempraktikkan konsep Islam yang sebenar dalam kalangan pelajar, tetapi turut
menjadi benteng dan penapis kepada mereka untuk menilai dan memahami
matapelajaran yang lain untuk disesuaikan dengan kehendak Islam. Justeru, perkara
inilah yang terdorong kepada pembentukan “manusia sempurna”.

Sebagai usaha untuk memantapkan universiti Islam dengan pelajar-pelajar


yang mempunyai keseimbangan ilmu antara ilmu agama dan ilmu duniawi, Ungku
Omar telah merubah struktur silibus Kolej Universiti Islam dengan menambah
matapelajaran seperti sains, matematik dan kejuruteraan, dan bukan hanya tertumpu
kepada ilmu-ilmu keagamaan tanpa ada interaksi dengan ilmu akal. Sebaliknya ketika
zaman tokoh pengislaman ilmu lain, daripada jurusan sains tulen terutamanya sejak
daripada 1980-an, silibus universiti umpamanya di Fakulti Sains dan Teknologi UKM
telah ditambah sebagai suatu usaha ke arah pengislaman sains dan mereka berusaha
menyiapkan modul pengajaran kursus Sejarah dan Falsafah Sains. Seterusnya
menyampaikannya kepada pelajar sebagai suatu usaha untuk memberi pengetahuan
yang sebenar tentang realiti sains yang bukanlah hanya berasal daripada dunia Barat
yang sekular. Manakala bermula pada tahun 2010 pula, Mohd Yusof dan rakan-rakan
yang lain seperti Khalijah Mohd Salleh telah sekali lagi berusaha untuk menambah
satu lagi matapelajaran atau kursus wajib kepada pelajar, iaitu Sains Tauhidik untuk
memberi panduan kepada pelajar dalam mengendalikan sains secara umum mengikut
168

pandangan agama yang mentauhidkan Allah sebagai Pencipta, serta sebagai langkah
awal untuk memperbetulkan sains mengikut kehendak Islam.

Sebagai usaha untuk menjalankan konsep-konsep Islam dalam mengendalikan


sains, Ungku Omar tidak lepas daripada menjadikan sejarah kegemilangan ilmu
pengetahuan umat Islam terutamanya di zaman Abasiyyah sebagai pedoman atau
contoh yang perlu diikuti untuk memajukan kembali pendidikan umat Islam di
Malaysia. Menurut Ungku Omar (1967c), dunia sains dan hasilnya yang dapat
dinikmati oleh masyarakat kita pada hari ini adalah hasil daripada kemajuan dan usaha
yang telah dicurahkan oleh ilmuwan Islam dalam memajukan sains, matematik dan
ilmu-ilmu lain. Namun akhirnya, zaman kegemilangan ini musnah kerana kejatuhan
kerajaan dan Pusat Kemajuan Islam di Timur Tengah dan Turki, dan seterusnya kian
dilupakan kerana terus dimalapkan oleh Barat yang terus menutup nama-nama
ilmuwan Islam yang telah banyak menyumbang dalam ilmu pengetahuan dan
seterusnya mereka menaikkan nama mereka sebagai pencetus ilmu pengetahuan.

Kepincangan pendidikan yang berunsurkan sekularisme telah disedari Ungku


Omar sejak daripada awal lagi. Ilmuwan di bidang sains tulen biasanya dianggap oleh
masyarakat sebagai ilmuan yang berfikir, berinovasi dan menjalankan tugas hanya
untuk mengatasi masalah yang bersifat luaran atau kebendaan sahaja dan tidak
selayaknya bagi mereka untuk memikirkan masalah yang melibatkan pembangunan
jiwa dan agama. Namun begitu, Ungku Omar bukanlah seperti yang disangka kerana
Ungku Omar mementingkan anak bangsa serta agamanya dalam setiap usaha yang
dilakukan. Walaupun penulisan beliau tidak sedalam dan sefalsafah penulisan
ilmuwan yang diangkat namanya, dan kerana penulisan beliau tidak sedalam kupasan
tokoh-tokoh pengislaman ilmu yang bukan dari bidang sains tulen, maka penulisan
beliau tidaklah meluas dan mendapat tempat di hati pembaca yang ingin mendalami
agenda pengislaman ilmu, namun pengisian yang ingin disampaikan adalah bertepatan
dengan kehendak pengislaman ilmu yang ingin dilaksana agar ilmu disandar dan
diserasikan dengan kehendak Agama Islam. Justeru, peranan agama dalam segala
urusan kehidupan manusia dapat dilaksanakan demi mendapat restu daripada Tuhan
Pencipta.
169

Peranan yang dimainkan oleh Ungku Omar dalam usaha untuk memajukan
Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara terutamanya dalam lapangan kesihatan
dan pendidikan perlu dihargai. Beliau telah mendorong ilmuwan lain yang berada
dalam aliran sains tulen yang sedar akan kepentingan Bahasa Melayu untuk turut sama
mempertahankannya. Beliau sentiasa menekankan kepentingan Bahasa Melayu
melalui kebanyakan penulisan dan ucapan. Bagi beliau, Bahasa Melayu perlu
digunakan sebagai bahasa dalam pengurusan dan pendidikan terutamanya sains, agar
maklumat yang ingin disampaikan mampu memberikan kefahaman yang jelas kepada
para pelajar. Kepentingan Bahasa Melayu ini telah disedari sejak awal lagi oleh
Ungku Omar tentang pengaruhnya yang cukup besar kepada Bangsa Melayu bagi
menjamin kehidupan mereka yang lebih terbela dan seterusnya terbangun.

Beliau telah berusaha mengumpul istilah sains kimia serta perubatan dalam
Bahasa Melayu sejak tahun 1954 semasa masih bergelar mahasiswa perubatan di
Universiti Malaya, Singapura lagi (Mohd. Zamberi 2012). Kepentingan dan
perkembangan Bahasa Melayu ini juga telah dibincangkan oleh Al-Attas (1972)
sebagai salah satu aspek dalam proses pengislaman ilmu di Kepulauan Melayu
Indonesia, dan perkara ini menunjukkan bahawa Ungku Omar adalah antara tokoh
ilmuan yang terawal yang sedar akan kepentingan Bahasa Melayu untuk keperluan
bidang sains dan teknologi dan juga pendidikan yang juga merangkumi bidang-bidang
lain termasuk Agama Islam bagi menjamin pembangunan Agama Islam, Bahasa
Melayu serta bangsanya.

Merealisasikan penggunaan Bahasa Melayu dan mengumpulkan istilah-istilah


penting di kepulauan Tanah Melayu ini secara langsung merupakan suatu usaha ke
arah pengislaman ilmu yang dilaksanakan oleh Ungku Omar, memandangkan Bahasa
Melayu menurut Al-Attas (1972) adalah bahasa yang telah melalui proses
pengislaman. Dewasa ini, Al-Attas dianggap orang yang penting kerana menyedari
kepentingan Bahasa Melayu seperti yang dibincangkan oleh Al-Attas (1972) sebagai
suatu alat untuk menyampaikan agama, memperkembangkan budaya serta membentuk
peradaban seperti yang telah diungkapkan oleh Wan Mohd Nor (2005: 229) iaitu;
“Adalah suatu kenyataan menyedihkan bahawa dalam kalangan pemikir muslim
170

semasa, hanya Al-Attas yang sedar akan kepentingan mendasar bahasa sebagai alat
dan sarana keagamaan, kebudayaan, dan peradaban”.

Ungkapan ini telah sedikit sebanyak menafikan peranan dan sumbangan


Ungku Omar yang juga telah menjadi antara orang yang terawal membela
kepentingan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara. Juga sebagai bahasa yang
telah melalui proses pengislaman oleh pendakwah-pendakwah Islam. Usaha murni
Ungku Omar mengumpulkan istilah-istilah Bahasa Melayu boleh dikatakan lebih awal
daripada usaha Al-Attas mentransformasikan istilah-istilah untuk membentuk cara
fikir Islam dalam penulisan disertasi Doktor Falsafah yang dimulakan hanya pada
tahun 1963 sehingga 1965.

4.7 KESIMPULAN

Penulisan-penulisan yang khusus seperti “Bahasa Melayu dalam Lapangan Kesihatan,


Perubatan, dan Rumah Sakit” yang ditulis sejak tahun 1958, “Usaha-Usaha
Mengumpulkan Istilah Perubatan dalam Bahasa Kebangsaan” (Ungku Omar 1960),
“Keadaan Kesihatan Luar Bandar Penting untuk Proses Pembangunan dalam Segala
Bidang” (Ungku Omar 1967b) dan “Konsep Universiti Islam di-Malaysia” (Ungku
Omar 1967c), menunjukkan keperihatinan beliau terhadap kepentingan Bahasa
Melayu serta kesannya ke atas Bangsa Melayu untuk membina sebuah peradaban
yang gemilang melalui kesihatan yang sempurna, serta otak yang cerdas dengan
maklumat-maklumat yang jelas difahami melalui penggunaan bahasa sendiri.

Disamping itu, penerapan kursus-kursus yang bersifat Fardhu Kifayah atau


ilmu akal seperti sains, matematik, ekonomi dan lain-lain dalam kurikulum Kolej
Islam yang pernah diterajui oleh beliau, yang pada waktu itu hanya mempunyai
kursus-kursus keagamaan sebagai kurikulumnya, merupakan satu langkah ke arah
mensepadukan ilmu-ilmu akal dengan agama serta penggunaan Bahasa Melayu
sebagai bahasa yang dikembangkan peranannya, terutamanya dalam menyampaikan
ilmu kepada pelajar-pelajar dalam kalangan Bangsa Melayu. Langkah awal untuk
membentuk dan menerapkan kesepaduan sains, Agama Islam dan Bahasa Melayu
dalam sistem pendidikan ini merupakan suatu usaha yang telah direalisasikan lebih
171

awal oleh Ungku Omar, jauh sekali jika dibandingkan dengan perlaksanaan KBSR
dan KBSM yang baru sahaja dibentuk pada tahun 1980-an.

Nama beliau tidak diangkat sebagai tokoh yang pernah memikirkan usaha
pengislaman ilmu, serta pernah menaburkan jasa dan bakti yang cukup besar kepada
negara. Nama, sumbangan dan jasa beliau juga jarang menjadi sebutan dan jarang juga
bermain di pena pengkagum yang sentiasa mencoretkan lembaran kertas mereka untuk
santapan dan pengetahuan pembaca yang ramai. Namun begitu, nama Ungku Omar
bukanlah suatu nama yang asing di negara ini, bukan kerana ingatan dan pengetahuan
masyarakat kepada jasa yang pernah dicurahkan untuk pembangunan bangsa dan
negaranya, tetapi dikenali melalui nama-nama bangunan. Penobatan nama beliau
sebagai nama-nama pusat pengajian dan kolej kediaman pelajar, tanpa penuntut dan
penghuninya sendiri tahu apakah sumbangan besar yang telah ditaburkan oleh pemilik
nama tersebut kepada pembangunan negara, terutamanya dalam sektor pendidikan
daripada mula beliau memulakan kerjayanya sebagai pegawai perubatan, sehinggalah
beliau meninggal dunia dalam usia yang muda pada tahun 1969.

Setelah hampir 43 tahun pemergiannya, barulah ada usaha daripada beberapa


pihak seperti Mohd Zamberi (2012) yang menulis tentang Ungku Omar bagi
mengangkat kembali nama Ungku Omar melalui perjalanan kehidupan, kerjaya serta
sumbangan-sumbangan yang telah beliau salurkan demi kepentingan anak bangsa,
negara dan agamanya. Penulisan-penulisan sebegini sekurang-kurangnya memberikan
maklumat yang sepatutnya tentang tokoh ini dan seterusnya memudarkan tanggapan
biasa yang menganggap ahli sains tulen seperti Ungku Omar yang berada dalam
bidang perubatan ini hanya mampu menyelesaikan masalah yang melibatkan perkara
yang bersifat fizikal atau nampak di pandangan mate dan dirasai pancaindera sahaja,
seterusnya menafikan cetusan idea yang pernah lahir dari tokoh ini mampu
menyemarakkan bidang pendidikan yang memenuhi kehendak jiwa manusia yang
bertuhan, serta dahagakan keseimbangan ilmu di samping meraikan penggunaan dan
pengembangan bahasa setempat.
BAB V

PEMIKIRAN SHAHARIR MOHAMAD ZAIN DALAM KESEPADUAN SAINS,


AGAMA DAN BAHASA MELALUI AGENDA PEMPERIBUMIAN SAINS

5.1 PENDAHULUAN

Profesor Emeritus Dr. Shaharir Bin Mohamad Zain merupakan pakar di bidang fizik-
matematik yang tersohor melalui penglibatan beliau yang cukup meluas dalam
memperjuang agenda pengislaman ilmu, pemperibumian sains, serta lantang
mempertahankan penggunaan Bahasa Melayu dalam sistem pendidikan di Malaysia
yang tergugat dengan saranan penukaran peranannya kepada Bahasa Inggeris.
Shaharir juga terkenal sebagai ilmuwan yang rentas bidang ekoran daripada
penglibatan beliau yang bukan hanya tertumpu kepada bidang kepakaran beliau yang
sebenar sahaja iaitu, fizik-matematik, tetapi beliau juga hebat dalam bidang falsafah,
terutamanya falsafah Sains Islam, sejarah, pengurusan, bahasa dan lain-lain.

Ilmuwan yang sebeginilah yang diperlukan dalam dunia Islam, bukan hanya
mengembangkan ilmu yang dimiliki, tetapi terus menyelongkar ilmu-ilmu yang
asalnya bukanlah menjadi bidangnya untuk mencari dan membentuk kesepaduan ilmu
dan dikembalikan kepada Penciptanya melalui prinsip ketauhidan-Nya. Sesungguhnya
umat Islam tidak mungkin akan berada di baris hadapan, menyaingi ahli Sains Barat
dengan ilmu-ilmu yang diolah mengikut cara mereka jika umat Islam hanya
menunggu kajian-kajian dan ilmu yang dikatakan hasil temuan Barat itu, seterusnya
membenar serta menerima sebulatnya setiap ilmu yang diperoleh tanpa ada rasa untuk
mengkritik mengikut pandang alam Islam, apatah lagi tidak bertegas menafikannya
sebagai ilmu jika terang-terangan bertentangan dengan prinsip Islam. Melalui
penyelidikan pengislaman ilmu, ahli Sains Islam berjuang menegak dan
menyandarkan ilmu sains kepada Islam dengan kupasan mendalam dalam
memartabatkan ilmu dan sekali gus menaikkan nama tokoh yang memberikan sinar
baru kepada Sains Islam.
173

Justeru, bagi menyelongkar idea dan pemikiran bernas ilmuan dalam


mengupas ilmu dan pembangunannya yang mengikut kehendak agama dan bangsanya,
maka kajian ini memilih Shaharir Mohamad Zain sebagai tokoh yang banyak
membincangkan kesepaduan sains, agama dan bahasa melalui agenda pengislaman
ilmu dan pemperibumian sains atau yang lebih khususnya etnomatematik yang
menjadi kajian utama beliau kini kerana penglibatan beliau yang cukup aktif dalam
penulisan dan beberapa pertubuhan seperti Akademi Sains Islam Malaysia (ASASI).
Tambahan pula, beliau merupakan ilmuwan Islam dalam bidang sains tulen dengan
pengkhususan kepakaran dalam bidang fizik-matematik serta berbangsa Melayu, yang
menjadi ciri-ciri utama tokoh yang dipilih untuk kajian ini.

5.2 LATAR BELAKANG SHAHARIR MOHAMAD ZAIN

Shaharir Mohamad Zain adalah anak kelahiran Pasir Puteh, Kelantan yang dilahirkan
pada tahun 1948. Beliau pernah memulakan kerjaya beliau di peringkat bawah sebagai
tenaga pengajar yang paling biasa iaitu tutor di peringkat universiti, dan pernah juga
berkhidmat, diberi tugas menyandang antara jawatan tertinggi di peringkat universiti
sebagai Timbalan Naib Canselor UKM, di samping presiden bagi beberapa lagi
pertubuhan yang memperjuangkan sistem pendidikan. Beliau telah memperisterikan
seorang pustakawani dan hasil perkahwinan yang dibina, mereka telah dikurniakan
lima orang cahaya mate dengan dua lelaki dan tiga perempuan. Beliau dikurniakan
anak-anak yang berjaya hasil didikan yang baik daripada kedua ibu bapa mereka yang
sentiasa berada dalam lingkungan ilmu serta mementingkan pendidikan. Dua anak
lelaki beliau masing-masing adalah seorang jurutera komputer dan seorang jurutera
elektronik, manakala tiga orang anak perempuan beliau pula, masing-masingnya
adalah doktor perubatan, jurutera industri dan arkitek (Shaharir 2007).

Di peringkat pendidikan rendah sejak dari tahun 1953 sehingga 1958, Shaharir
telah memulakan pengajian beliau di Sekolah Rendah Kebangsaan Raja, Pasir Puteh.
Manakala menurut Shaharir (2007), di peringkat pendidikan menegah pada 1963
sehingga 1966, beliau telah mendapat pendidikan dalam aliran Melayu sehingga ke
tingkatan 5 dan aliran sains di tingkatan enam di Sekolah Alam Shah yang bertempat
di Kuala Lumpur. Pada tahun 1967, beliau lulus dengan cemerlang dalam Peperiksaan
174

Kemasukan Khas Universiti Malaya untuk ke aliran sains, dan berjaya memperoleh
sijil GCE Cambridge University, juga dalam aliran sains (Syahril 2017).

Berbekalkan kejayaan yang diperoleh melalui pengajian beliau di peringkat


menengah, terutamanya sebagai kumpulan awal bagi aliran sains tingkatan enam yang
dikendalikan dalam Bahasa Melayu, beliau sebagai pelajar perintis dari aliran Melayu
telah terpilih untuk melanjutkan pengajian ke luar negara dengan tajaan Biasiswa
Rancangan Colombo. Beliau seterusnya melanjutkan pengajian ke peringkat yang
lebih tinggi di Universiti La Trobe, Australia sehingga memperoleh Ijazah Sains
dengan Kepujian, Kelas II atas dalam Matematik Tulen dan Gunaan pada tahun 1971
dengan tajuk tesis beliau, “Direc Monople”. Dalam masa yang sama, beliau turut
memperoleh Diploma Pendidikan dari universiti yang sama. Setelah beliau pulang ke
Malaysia, beliau sempat mendapat tawaran daripada UKM dan berkhidmat di sana
sebagai tutor. Sebelum beliau sekali lagi ditawarkan Biasiswa Rancangan Colombo
1967-1974 untuk meneruskan pengajian di peringkat Ph.D dalam matematik-fizik di
universiti yang sama bagi pengajian peringkat ijazah pertama beliau, sehingga beliau
berjaya menamatkannya pada 1974 dengan tesisnya yang bertajuk “The Formulation
Of Quantum Action Principle via Gateaux Variation” (Shaharir 2007).

Hasil pendidikan dan kejayaan yang beliau peroleh melalui Ijazah Ph.D, telah
menjadikan beliau sebagai anak Melayu pertama yang beroleh Ijazah Ph.D dalam
bidang matematik. Beliau seterusnya menyambung khidmat sebagai tenaga pengajar
di Jabatan Matematik UKM. Kerana pencapaian dan pengurusan kerja yang
ditunjukkan, beliau dinaikkan pangkat menjadi Profesor Madya dan dilantik sebagai
Ketua Jabatan Matematik pada tahun 1979. Malah, pada tahun yang sama, beliau turut
menerima gelaran "Commonwealth Exchanged Scholar" setelah menjalankan
penyelidikan Sifat Generik Sistem Hamiltonian, di Universiti Warwick, England.

Menurut Shaharir (2007), beliau beroleh pangkat Profesor di UKM ketika


dalam perkhidmatannya di sana pada tahun 1983 hingga tahun persaraan beliau pada
2005. Pada tahun yang sama, beliau telah memperoleh “Fullbright Scholarship”
untuk menjalankan penyelidikan di Universiti California, Santa Cruz, Amerika
Syarikat dengan kajian beliau, Formulasi Mekanik Kuantum dengan Kamiran
175

Lintasan. Manakala pada tahun selepasnya, beliau dilantik pula sebagai Pengarah
Pusat Pengajian Kuantitatif kerana pencapaian dan latar belakang akademiknya yang
cukup mengagumkan barisan pentadbir dan pensyarah di pusat tersebut. Kerana
pencapaian yang ditunjukkan oleh Shaharir jugalah, beliau dipilih untuk menduduki
jawatan Timbalan Naib Cancelor UKM selama lebih enam tahun bermula pada 1988
sehingga 1994, setelah lima tahun bergelar profesor di universiti tersebut. Di
sepanjang perkhidmatan beliau di UKM, beliau turut aktif dalam beberapa badan
bukan kerajaan. Beliau pernah dilantik sebagai Presiden Persatuan Kakitangan
Akademik UKM pada tahun 1981 sehingga 1985 dan juga pernah diberikan
tanggungjawab menerajui PERSAMA dan ASASI sebagai presiden dengan masing-
masing bermula pada 1995 sehingga 2002 dan 1996 sehingga 2005.

Selepas persaraan beliau pada 2005 dari UKM, beliau telah dilantik sebagai
penyelidik utama di Institut Penyelidikan Matematik (INSPEM) di bawah Universiti
Putra Malaysia (UPM) dengan kajian etnomatematik selama hampir 10 bulan bermula
Ogos 2005 sehingga Mei 2006. Setelah itu, walaupun telah bersara, beliau tetap
meneruskan kerjaya sebagai profesor kontrak di Kolej Universiti Sains dan Teknologi
(KUSTEM) yang kini dinaikkan taraf dan dikenali sebagai Universiti Malaysia
Terengganu bermula Jun 2006. Atas kecemerlangan beliau di bidang akademik,
disamping kajian-kajian terutamanya di bidang matematik yang beliau laksanakan,
telah mendapat perhatian dan pengiktirafan bukan hanya dari dalam negara, bahkan di
peringkat antarabangsa. Beliau telah dilantik sebagai Felo Chartered Mathematician
(FIMA), United Kingdom, sejak 1990, Felo Institute of Mathematics and Its
Aplication (FIA), United Kingdom sejak 1987, Felo di Institut Fizik Malaysia (FIFM)
sejak 1989, Felo di Institut Kemajuan Islam Malaysia (FIKIM) sejak ia ditubuhkan,
Felo Akademi Sains Malaysia (FASc), sejak 1996, dan Ahli Kehormat Muslim
Association for The Advancement of Science (MAAS), India sejak 1993. Beliau juga
pernah disenaraikan dalam World Directory of Matematician pada1980.

Menurut Shaharir (2007), beliau telah menerbitkan pelbagai makalah dalam


jumlah yang amat besar sehingga mencecah ratusan bagi penerbitan dalam dan luar
negara. Makalah-makalah tersebut ditulis dalam bidang mekanik quantum, teori
kenisbian, sejarah dan falsafah sains matematik, pemperibumian dan pengislaman
176

sains matematik, pendidikan sains matematik, kejuruteraan Bahasa Melayu, dan sains
matematik pengurusan dan kewangan. Di samping itu, sesuai dengan peranannya
sebagai tenaga pengajar di institusi pengajian tinggi, beliau telah menghasilkan
puluhan buku teks sains matematik untuk kegunaan pelajar dan pensyarah di peringkat
universiti dalam Bahasa Melayu. Beliau juga telah menterjemah beberapa buah buku
falsafah sains matematik yang terkenal seperti buku Betrand Russell, Thomas Kuhn
dan Imre Lakatos. Perkara yang penting yang menjadikan beliau ilmuwan yang
disegani serta cendekiawan Islam yang memperjuangkan jati diri Melayu kerana
beliau merupakan seorang pengkritik ilmu yang berasaskan sistem nilai Melayu dan
Islam, sehingga mampu mengembangkan ilmu tersebut mengikut acuan yang beliau
kehendaki berasaskan hujah ilmiah yang membina.

5.3 PENGISLAMAN SAINS DAN MATEMATIK

Shaharir merupakan seorang ahli di bidang matematik yang turut bergiat aktif dalam
wacana pengislaman ilmu mengikut pendekatan yang dirasakan wajar demi
kepentingan pembangunan ilmu yang selari dengan prinsip Islam. beliau tegas
mempertahan dan membuktikan prinsip ilmu yang tidak akan pernah bebas daripada
ikatan pengaruh keadaan, kawasan, budaya, serta agama ilmuan yang menemui dan
mengembangkannya. Tugas utama para penggerak dan pengembang wacana
pengislaman ilmu yang sebenar adalah mencipta program penyelidikan mereka
mengikut acuan Islam. Bukannya membenarkan sains sedia ada, seolah-olah
kebenaran sains mengatasi kebenaran dari sumber-sumber yang lain termasuk
kebenaran agama, sehingga terpaksa mencari suatu pendekatan yang nampak Islamik
pula, atau cuba memperbaiki acuan Islam agar ia sesuai dengan Sains Barat yang tegas
dengan prinsip bebas nilainya. Sedangkan ada sahaja ilmu dalam Sains Barat yang
dibuktikan tidak tepat atau sekurang-kurangnya dipertikaikan kebenarannya.

Ilmu adalah bersifat sejagat dan tidak ada pemisah antara ilmu dengan Islam,
termasuk Sains Matematik. Ilmu agama dan sains saling berkait rapat kerana mereka
lahir dari sumber yang satu, iaitu Yang Maha Mencipta. Oleh itu, proses pengislaman
ilmu yang ditekankan Shaharir adalah suatu yang amat penting kepada
kesinambungan ilmu agar manusia pula dapat mengetahui cara yang sebenar untuk
177

meletakkan sesuatu perkara pada tempat dan waktu yang sebenar dan selayaknya.
Menurut Shaharir (2009a), pengislaman ilmu adalah suatu kegiatan yang dihidupkan
kembali untuk menyambung “kepandaian Barat” setelah kegemilangan Tamadun
Islam dengan perkembangan ilmunya dipadamkan. Ilmu-ilmu moden yang diterima
mengikut cara barat yang sekular perlu diolah semula agar mengikut acuan Islam.
Justeru, pengolahan ilmu yang mengikut acuan Islam ini diharapkan mampu menjadi
alternatif yang hebat kepada ilmu-ilmu yang terhasil daripada “kepandaian Barat”
yang seterusnya mampu menundukkan ilmu-ilmu tersebut sekali gus menyedarkan
pengamalnya akan kepincangan yang wujud dalam sistem ilmu yang telah dibentuk
oleh Tamadun Barat itu.

Pengislaman ilmu adalah suatu proses yang menggunakan kaedah tapisan,


sandaran dan landasan yang telah ditetapkan di dalam kitab junjungan mulia, al-Quran
dan al-Hadis kepada pengisian ilmu dan seterusnya mengkritik sains kontemporer
yang bergantung secara total kepada logik akal mengikut cita rasa dan paradigma
Islam. Pengislaman sains berlaku apabila sarjana-sarjana Muslim mula menilai sains
bersesuaian dengan ajaran Islam, sehingga ada komponen ilmu yang terpaksa dibuang,
diubahsuai, serta dibina semula sepenuhnya bagi menyelaraskan atau
menyerasikannya dengan ajaran Islam dan seterusnya menerbitkan sains yang benar-
benar mengikut lunas-lunas yang telah ditetapkan oleh Islam. Sehingga diharapkan
mampu menyaingi serta menandingi sains yang berada dalam acuan yang dimiliki
oleh ilmuan Barat terdahulu.

Penglibatan aktif Shaharir dalam wacana pengislaman sains ini telah diketahui
melalui komitmen yang beliau ditunjukkan kepada Akademi Sains Islam Malaysia
(ASASI) sehingga pernah menerajui kepimpinan akademi ini sebagai presiden
memandangkan di Malaysia ini, ASASI telah menjadi lambang utama kepada
pembentukan Sains Islam. Institusi yang terbina selama lebih 40 tahun ini berperanan
penting sebagai pendukung wacana Sains Islam dan ia merupakan suatu medan yang
disediakan khusus untuk ilmuan dan sarjana terutamanya dari bidang sains dan
teknologi yang peka dengan keperluan wacana Sains Islam dan melaksanakan aktiviti
pengislaman ilmu sains. Mereka diterapkan dengan kefahaman dan kepercayaan
bahawa ilmu dan iman tidak terpisah (Shaharir 2009b). Justeru, itulah yang
178

menjadikan mereka terus berjuang membentuk kesepaduan ilmu dan iman melalui
wacana pengislaman ilmu ini, walaupun ada kalanya sambutan memantapkan wacana
ini dilihat suram oleh segelintir daripada kalangan mereka sendiri.

Menurut Shaharir (2009a, 2009c), ASASI merupakan sebuah pertubuhan yang


boleh dianggap telah mencipta aliran Sains Islamnya yang tersendiri. Dalam
mengembangkan idea pengislaman sains, ada beberapa pendekatan yang digunakan
oleh ilmuan-ilmuan (Wan Ramli & Shaharir 1999). Beliau dan Wan Ramli (1999)
telah membahagikan pendekatan pengislaman ilmu kepada lima pendekatan yang
utama, pertamanya adalah pendekatan remeh atau dikenali dengan pendekatan
Bucailleisme, atau yang digelar oleh Shaharir (2009c) sebagai “tumpang sekakisme”,
yang menyumbang kepada penulisan-penulisan yang disifatkan beliau sebagai “laris
jualan”, namun tidak wajar untuk dijadikan sebagai suatu kegiatan kesarjanaan kerana
membantutkan pengembangan kajian Sains Islam yang sebenar.

Pendekatan “tumpang sekakisme” ini dibahagikan pula kepada tiga bentuk


(2009c), bentuk pertama pendekatan ini adalah pendekatan yang menegaskan bahawa,
pengislaman sains ialah masalah pentafsiran dan penghuraian sains mengikut acuan
Islam 1 . Manakala bentuk pendekatan “tumpang sekakisme” yang keduanya adalah
pendekatan yang hanya melihat implikasi sesebuah teori sains 2, dan yang ketiganya
adalah pendekatan yang menilai keanalogan teori sains kini dengan teori yang pernah
wujud pada zaman Tamadun Islam yang berakhir dengan teori sains moden yang
dianggap mengikut teori Sains Islam.

Pendekatan pengislaman ilmu yang kedua adalah pendekatan tradisi seperti


yang digunakan oleh Sayyed Hossein Nasr dan Syed Naquib Al-Attas. Pendekatan
pengislaman ilmu tradisi Sayyed Hossein Nasr merupakan suatu pendekatan falsafah
tinggi, manakala Syed Naquib Al-Attas pula menggunakan pendekatan tasawuf

1
Mereka yang menggunakan pendekatan “tumpang sekakisme” bagi bentuk pentafsiran sains
mengikut acuan Islam ini berpendapat bahawa, Teori Evolusi (yang secara terang-terangan
bertentangan dengan ayat al-Quran tentang penciptaan manusia yang berasal daripada Nabi Adam yang
dibentuk dengan tanah liat) boleh ditafsirkan semula mengikut acuan Islam sehingga teori tersebut
tampak Islamik dan logik.
2
Apabila teori tersebut berpadanan dengan perkara atau kejadian yang pernah berlaku dalam
kehidupan Islam, maka teori sains tersebut dianggap menepati citarasa Islam (Shaharir 2009c).
179

ortodoks dalam mengembangkan idea pengislaman ilmu beliau. Pendekatan


pengislaman ilmu yang ketiga adalah pendekatan feqah dan salafi, pendekatan ini
telah digunakan oleh Ismail Al-Faruqi dalam mengembangkan idea pengislaman ilmu.
Keempatnya merupakan pendekatan etos Islam yang banyak terdapat pada pandangan
Ziauddin Sardar, kumpulan Ijmali, dan kumpulan Aligarh dalam menegmbangkan
idea pengislaman ilmu mereka.

Manakala pendekatan yang kelima adalah pendekatan ASASI. Menurut


Shaharir (2009c), pendekatan yang digunakan oleh ASASI dalam mengembangkan
pengislaman ilmu adalah melalui konsep pemeribumian ilmu dan penggalian
etnosains Melayu. Pendekatan ASASI inilah yang menghasilkan natijah pengislaman
ilmu yang sama sekali berbeza dengan usah-usaha sebelumnya kerana ASASI telah
berusaha untuk membangunkan etnosains Melayu terutamanya sejak Melayu pra-
Islam lagi. Inilah yang merupakan aspek tambahan kepada pendekatan ASASI dalam
melaksanakan agenda pengislaman ilmunya, selain pendekatan pengislaman sains ke
atas sains kontemporari Barat-sekular yang memang telah lazim dicungkil sebelum
ini.

Sejak daripada awal penglibatan beliau dalam pengislaman ilmu, ketika


ilmuan-ilmuan lain yang bergiat dalam wacana pengislaman ini masih lagi
membincangkan perkembangan wacana di peringkat dasar, kaedah, objektif dan
sebagainya, serta pengislaman ilmu yang hanya banyak dilaksanakan dalam sains
sosial, termasuk memperkenalkan kursus-kursus yang berteraskan Islam sebagai
tujuan untuk disepadukan dengan pendidikan sains, beliau telah bergerak setapak ke
hadapan dengan memulakan agenda pengislaman sains beliau secara mengkhusus,
terus kepada bidang kepakaran beliau iaitu sains matematik setelah beberapa
penulisannya berhubung pengislaman sains matematik diterbitkan. Penulisan beliau ke
arah merealisasikan idea pembentukan Matematik Islam adalah “Pengislaman Ilmu
Matematik” yang pernah ditulis oleh Shaharir (1989) dan penulisan bersama antara
Shaharir dan Abdul Latif (1989).

Konsep ilmu yang bebas daripada sistem nilai yang diterapkan dalam sistem
ilmu Barat telah ditolak oleh semua ilmuan yang memperjuangkan pengislaman ilmu
180

dan sedar akan kepincangan melalui pensekularan sains moden. Shaharir sebagai
ilmuwan yang mempunyai kepakaran dalam bidang sains fizik-matematik yang
memperjuangkan sains dalam kerangka agama atau dengan ungkapan mudahnya
‘pengislaman ilmu’ dengan cara dan pendekatan yang tersendiri mempunyai
pandangan konsep ilmu yang tidak bebas daripada sistem nilai. Oleh kerana
pembangunan sains yang ada pada peradaban manusia sejak dahulu dipengaruhi oleh
pengaruh budaya dan persekitaran, maka seharusnya bagi umat Islam perlu untuk
membangunkan alam ini berlandaskan budaya dan persekitaran yang memenuhi setiap
kehendak dan menjauhi segala larangan yang telah ditetapkan oleh Allah melalui ilmu
wahyu-Nya. Sains yang dikatakan perlu bersifat objektif sepenuhnya sudah tidak
boleh diterima kerana sifatnya yang tidak neutral dan dipengaruhi oleh sosiobudaya
tempatan dan sistem nilai masyarakat atau tasawur atau pandangan alam yang terlebih
dahulu wujud dalam diri pengkaji-pengkaji sains ini (Shaharir 2000).

Ilmu yang dinamakan sebagai ilmu sains yang terbentuk daripada hasil
pemikiran manusia untuk memenuhi keperluan dan kehendak manusia bagi
membentuk kehidupan yang lebih terurus, cekap dan memudahkan. Begitu juga
dengan sains matematik yang menjadi bidang kepakaran utama Shaharir yang banyak
ditekankan untuk membentuk ilmu matematik dengan nilai-nilai yang tersendiri.
Shaharir (2003) menjelaskan bahawa, matematik merupakan suatu ilmu yang terbit
daripada pemikiran manusia untuk memenuhi keperluan urusan kehidupan manusia,
maka ilmu ini juga samalah seperti ilmu-ilmu yang lain, yang banyak mengandungi
nilai dan unsur-unsur kemanusiaan.

Hasil daripada pendidikan matematik negara yang diterapkan berpedomankan


dunia Barat, maka matematik hanya dilihat dari sudut angka, pengiraan-pengiraan
tertentu, simbol, rumus dan lain-lain lagi yang disifatkan berformalis, bermantik dan
berstruktur tanpa kebergantungan kepada budaya dan seterusnya menjauhkan
matematik daripada dilibatkan dengan nilai-nilai kemanusiaan. Menurut Shaharir,
amalan-amalan yang dilingkungi dalam pendidikan matematik yang menganggap
matematik hanya bersifat formalis, mantik dan berstruktur yang hanya menyelesaikan
masalah yang direka-reka tanpa melibatkan masalah kemanusiaan atau alam nyata
181

yang sebenar, maka ilmu matematik ini tercitra sebagai suatu ilmu yang bersifat
objektif, neutral dan bebas daripada sebarang nilai serta pengaruh sekitar.

Justeru, untuk menjadikan matematik suatu ilmu yang tidak bebas nilai, maka
suatu usaha untuk mengembalikan matematik kepada nilai-nilai kemanusiaan yang
sepatutnya perlu difikirkan bersama dalam kalangan pemikir dan ilmuan yang
berkaitan. Shaharir (2003) telah menggariskan beberapa ciri-ciri penginsanan
matematik yang perlu diubah dan diterapkan dalam sistem pendidikan matematik di
Malaysia iaitu, menghakis perbincangan ilmu yang berpedomankan dunia Barat atau
Anglo-Saxon dan digantikan dengan multibudaya, termasuk Budaya Melayu yang
telah diterapkan dengan nilai-nilai Islam. Pendidikan ini juga perlu dibentuk ke arah
mewujudkan suatu pendekatan yang menerangkan bagaimana dan apakah dorongan
utama manusia sehingga berjaya memikirkan suatu unsur matematik dan bukannya
mementingkan formalisme atau cara dan kaedah penyelesaian matematik semata-
mata. Usaha-usaha ini adalah untuk merubah citra matematik yang selama ini
diletakkan dalam keadaan yang tidak mempunyai nilai-nilai kemanusiaan, sedangkan
kegunaannya adalah untuk memenuhi kehendak hidup manusia juga.

Segala kaedah yang digunakan untuk mendapatkan ilmu melalui kitab terbuka
Allah iaitu, alam nyata, bagi menjalankan kajian, memperoleh ilmu termasuk
peniskalaan, formulasi, pentafsiran peramalan, dan perasionalan yang dilakukan ke
atas kajian oleh pengkaji haruslah mengikut aturan-aturan yang telah ditetapkan oleh
Allah melalui ilmu wahyu atau ilmu naqli yang terkandung di dalam kitab yang mulia
al-Quran dan Hadis Nabi Muhammad SAW. Landasan ilmu wahyu yang menjadi
syarat utama kepada proses kajian dan penerimaan ilmu sains adalah sandaran nilai
yang selayaknya untuk membentuk Sains Islam yang menepati kehendak dan aturan
Islam yang mentauhidkan Allah yang Maha Esa. Tambahan pula, ilmu wahyu ini
menjadi salah satu daripada Rukun Iman yang wajib diimani dan dijadikan panduan
dan pedoman oleh orang-orang Islam pada setiap masa dan dalam segala pekerjaan
yang mereka lakukan.

Usaha yang dilakukan oleh ilmuwan untuk mengolah serta menapis ilmu-ilmu
moden yang telah banyak dipengaruhi oleh gaya fikir Barat yang sekular adalah suatu
182

ikhtiar untuk menjadikannya selari dengan ajaran Islam. Ajaran Islam menjadi
penanda aras yang paling utama bagi umat Islam dalam menentukan penerimaan
sesuatu ilmu yang boleh diguna pakai atau tidak, serta tidak mensyirikkan Allah
sebagai Pencipta segala sesuatu. Pengislaman ilmu merupakan suatu pendekatan yang
murni untuk mengolah ilmu agar selari dengan kehendak agama yang antaranya
diusahakan dan difikirkan oleh ilmuwan ini dengan cara dan pemikiran tersendiri.
Ilmu-ilmu yang telah melalui sistem tapisan Islam yang akan diterapkan dalam
pendidikan pada hari ini juga sebagai suatu pendekatan untuk membentuk jiwa anak-
anak muda sebagai pelajar agar tertanam nilai-nilai kemanusiaan yang tinggi mengikut
pemahaman agama serta sentiasa sedar akan keagungan yang Maha Menciptakan
segala sesuatu.

Oleh kerana wujudnya rasa pengabdian diri para ilmuwan kepada Tuhan, maka
segala usaha untuk mengembalikan peranan Islam dalam menilai ilmu dilakukan
dengan rasa penuh tanggungjawab. Justeru, bagi Shaharir (2000), ahli sains dan
teknologi Muslim yang berusaha menjadikan Islam sebagai benteng utama dalam
segala urusan mereka, terutamanya dalam mereka berkarya berlandaskan falsafah
sains dan teknologi Islam, keimanan dan ketaqwaan menjadi motif dan tujuan akhir
dalam segala pekerjaan yang diusahakan. Menurut beliau lagi, segala penilaian dan
telatah mereka dalam mengeksploitasi ilmu sains yang dianugerahkan oleh Tuhan,
akan dilaksanakan di atas landasan yang mentauhidkan Yang Maha Esa. Segala usaha
ilmuan Islam ini mendorong kepada pembentukan keyakinan yang amat teguh kepada
alam ghaib.

Alam ghaib ini bukan hanya berkisar kepada kewujudan Allah sebagai
Pencipta dan Malaikat sebagai hamba-Nya, tetapi juga meliputi alam yang di sana
terdapatnya tempat-tempat pembalasan bagi segala amalan baik dan buruk manusia
mengikut pandangan Allah seperti yang telah dinyatakan dalam al-Quran dan al-
Hadis. Kepercayaan dan keyakinan kepada alam ghaib ini jugalah mendorong
manusia untuk terus melakukan segala perkara kebaikan seperti usaha pengislaman
ilmu ini. Bagi mereka, memperoleh redha Tuhan serta pembalasan baik yang telah
dijanjikan, membendung mereka daripada melakukan kerosakan yang bukan hanya
merosakkan orang yang menggunakan suatu perkara yang membawa kerosakan
183

tersebut, bahkan akhirnya kerosakan tersebut kembali semula kepada mereka ketika
datangnya hari perhitungan amal manusia di alam ghaib nanti.

Shaharir yang terus komited dalam memperjuang dan melaksanakan agenda


pengislaman ilmu telah menerapkan konsep tauhid dalam perbincangan pengislaman
ilmu. Konsep tauhid ini digunakan untuk menunjukkan kepada masyarakat bahawa
Allahlah tujuan yang paling utama dalam mereka melaksanakan usaha pengislaman
ilmu. Segala yang diinginkan oleh Allah kepada hamba-Nya untuk diterima segala
amalan mereka adalah segala yang terkandung dalam ajaran Islam seperti tauhid,
feqah, syariat dan sebagainya yang telah diajarkan oleh Nabi Muhammad SAW
melalui ayat-ayat Allah al-Quran dan as-Sunnah. Namun begitu, walaupun Shaharir
ada menekankan konsep tauhid, beliau terus selesa menggunakan istilah Sains Islam
berbanding selainnya seperti Sains Tauhidik dan sains ketauhidan sebagai hasil
daripada usaha pengislaman ilmu seperti yang telah digunakan oleh ilmuwan seperti
Hossein Nasr dan Ziauddin Sardar. Shaharir juga aktif dalam kajian-kajian
pemperibumian sains atau etnosains yang lebih menekankan agenda pengislaman ilmu
dan penerokaan ilmu-ilmu yang diperoleh daripada Tamadun Melayu.

Sains seperti yang telah dijelaskan Shaharir (2000) adalah diambil daripada
perkataan Inggeris, science. Perkataan ini pula diambil daripada Latin scientia yang
bermaksud ilmu. Beliau juga turut menyenaraikan beberapa takrif yang mengikut cara
penakrifan sesuatu benda melalui takrif secara analisis, takrif secara fungsian dan
takrif secara operasi. Di antara takrif-takrif yang disenaraikan, takrif yang paling
popular adalah pentakrifan secara operasi (Shaharir 2000:25) iaitu; “Sains berupa
analisis fenomenon secara bersistem, mantik, dan objektif dengan kaedah khusus yang
diperantikan untuk mewujudkan penumpukan pengetahuan yang boleh dipercayai.

Namun begitu, takrif ini bukanlah takrif yang diterima oleh Shaharir sebagai
suatu takrif yang sah. Takrif ini tidak boleh diterima serta tidak memenuhi keadaan
sebenar kajian sains dan pengkaji sendiri. Takrif yang sangat serasi dengan Sains
Barat yang sekular ini dijelaskan oleh Shaharir mengikut pemahaman sains sekular
yang tidak melibatkan sistem nilai. Shaharir (2000) menjelaskan bahawa istilah
184

fenomenon adalah merujuk kepada peristiwa yang terdemonstrasi secara objektif dan
tidak melibatkan perkara-perkara ghaib.

Bagi golongan ahli sains konvensional yang percaya kepada konsep sains yang
tidak bertujuan untuk mengkaji fenomena yang ada hubungan dengan kuasa ghaib,
mereka berpendapat bahawa kuasa ghaib itu hanya diiktiraf oleh orang yang jahil
sahaja. Menurut Shaharir (2000), sains yang difahami dengan cara sebegini adalah
bertentangan dengan sains mengikut perspektif Islam kerana sebarang fenomena yang
berlaku di alam ini adalah tanda-tanda kewujudan Allah yang Maha Esa yang bersifat
ghaib. Manakala konsep objektif yang diletakkan dalam takrif sains pada pandangan
ahli sains sekular, menetapkan kajian saintifik tidak boleh dipengaruhi oleh sistem
nilai yang ada pada pengkaji dan pengaruh kehidupan sekelilingnya. Namun begitu,
prinsip keobjektifan ini perlu dianggap sebagai suatu prinsip yang memperakui
bahawa sesuatu yang ketara hampir nyata fungsinya dianggap nyata pada masa dan
tempat berkenaan itu.

Konsep mantik yang dibahaskan oleh Shaharir (2000) pula adalah suatu
konsep yang berasaskan kepada akal dan rasional manusia. Mantik sebenarnya tidak
mempunyai hubungan dengan kebenaran. Konsep mantik yang diperkenalkan oleh
Barat berpaksikan kepada akal semata-mata, manakala konsep mantik yang menepati
aturan Islam pula membentuk rasionalis yang mengiktiraf kemampuan akal manusia
yang terbatas bersesuaian dengan manusia sebagai makhluk yang mempunyai
keterbatasan dalam berfikir terutamanya yang melibatkan perkara ghaib. Oleh kerana
takrif sains yang diutarakan ini lebih bersifat sekular, maka Shaharir (2000)
mentakrifkan semula sains sebagai:

Sains ialah kegiatan memahami sesuatu keadaan, tabii atau fenomenon benda
oleh seseorang sarjana mengikut pandangan alamnya sendiri atau pandangan
alam ikutannya yang membentuk paradigma atau pagar persekitaran
pemikirannya dengan menerapkan kaedah-kaedah sains yang sudah mapan
(aruhan dan deduksi) atau kaedah-kaedah sains yang kurang diketahui umum
tabiinya (intuisi, heuristik, hikmah dan sebagainya). Sains-sains yang terhasil
daripada kegiatan ini berbeza bergantung kepada pandangan alam itu.
185

Takrif sains ini menepati konsep atau kajian sains yang dibentuk berlandaskan
sistem nilai dan bukannya sains yang dibentuk dalam kerangka pemikiran Barat yang
dikatakan perlu bebas daripada nilai melalui konsep objektif, mantik atau rasional
yang bertuhankan akal manusia. Manakala kaedah untuk memperoleh ilmu bukanlah
terhad kepada proses uji kaji yang rasional dan objektif yang turut melibatkan kaedah
aruhan dan deduksi sahaja, tetapi kaedah-kaedah seperti kaedah intuisi dan heuristik
juga boleh diiktiraf menjadi antara kaedah-kaedah yang diterima sebagai suatu kaedah
sains. Takrif ini bukan hanya menggunakan istilah fenomenon sebagai suatu peristiwa
yang mempunyai atribut yang terdemonstrasi secara objektif, tetapi juga istilah
keadaan dan tabii yang menggambarkan sesuatu yang fitrah. Fitrah yang paling utama
dalam diri manusia adalah fitrah yang menetapkan rasa bertuhan dalam hati setiap
manusia sebagai tempat kebergantungan segala sesuatu. Sains Islam yang dibentuk
melalui takrif sains yang bersifat agak umum ini perlu disesuaikan dengan pandangan
alam yang mengikut aturan Islam serta pengaruh budaya sekelilingnya yang
mentauhidkan Allah serta tidak mensyirikkan-Nya.

Shaharir (2000) menegaskan bahawa, kaedah sains tidak boleh dianggap


sebagai suatu cara yang semestinya membawa kepada suatu penemuan sains,
tambahan pula jika ada yang berpandangan bahawa kaedah sains sebagai kaedah yang
semestinya membawa kepada penemuan sains, maka orang-orang ini bolehlah
dianggap sebagai orang-orang yang mewarisi pendapat ahli fikir Inggeris awal kurun
ke-9, John Stuart Mills (1806-1873) dan pendapat ahli statistik dan ahli fikir Jerman
awal kurun ke-20, Karl Pearson (1857-1936). Sedangkan dalam zaman yang sama,
ada ilmuan Barat yang berpendapat bahawa penemuan sains yang didapati ahli sains
bukanlah diperoleh melalui kaedah sains yang melibatkan analisis fenomenon secara
bersistem, objektif dan mantik dengan kaedah khusus yang diperantikan semata-mata,
tetapi ada yang memperoleh suatu ilmu atau benda hanyalah melalui ramalan sendiri
yang tidak melibatkan sebarang proses atau kaedah sains yang diperakui dan
dipercayai.

Kewujudan Allah ini bukan diterima seperti pembinaan ilmu sains yang
bermula dari konsep andaian terlebih dahulu, tetapi konsep kewujudan Allah ini
adalah perkara yang paling utama diterima, diyakini berserta kepercayaan yang teguh
186

dan jitu dalam diri setiap umat Islam bagi memastikan mereka adalah Muslim yang
sebenar. Manusia pula bertindak sebagai khalifah Allah yang melaksanakan segala
urusan kehidupan mereka terhadap manusia sesama mereka serta alam seluruhnya
bagi membentuk kehidupan yang lebih tersusun, bertanggungjawab, adil dan saksama.
Manakala konsep alam pula dijelaskan sebagai suatu penciptaan Allah yang telah
ditetapkan segala tabiinya sehinggakan manusia mampu memahami dan meramalkan
kebanyakan perkara yang berlaku yang seterusnya membentuk suatu ilmu untuk
kegunaan manusia. Namun begitu, tabii alam yang dikatakan hampir tetap ini berlaku
hanya dengan izin Penciptanya. Sesuai dengan konsep makhluk yang tidak akan
pernah kekal, maka begitu jugalah konsep alam ini yang tidak mutlak dan boleh
berubah. Walaupun bersalahan dengan kefahaman dan logik akal manusia, segala
perkara yang berlaku pastinya akan tetap berlaku sekiranya diizinkan oleh Allah,
manakala manusia pula perlu beriman dengan kekuasaan dan kebijaksanaan Tuhan.

Di peringkat universiti, sebagai usaha untuk menyedarkan masyarakat


terutamanya pelajar akan kepentingan pengislaman ilmu, maka beliau menggunakan
gaya, penulisan dan skop perbincangan yang tersendiri yang dirasakan sepatutnya dan
terbaik mengikut pemikiran beliau. Shaharir menggunakan pendekatan dan kaedah
‘membuka mate’ para ilmuwan, pendidik dan pelajar untuk memberikan suatu
kesedaran bahawa sains yang ada pada hari ini bukanlah datang dari kehebatan dan
kepandaian Barat semata-mata, tetapi datang daripada tamadun-tamadun sebelumnya
termasuk Tamadun Islam yang menjadi pedoman untuk ilmuwan Islam pada zaman
moden ini. Tamadun Islam juga tidak terkecuali daripada mengambil kesempatan
daripada tamadun luar untuk memperoleh ilmu-ilmu tertentu daripada mereka (Abdul
Latif 2012). Ilmuan Islam daripada Tamadun Islam ini berusaha menapis, mengolah
semula serta membangunkan ilmu yang diperoleh tersebut bersesuaian dan serasi
dengan kehendak dan aturan-aturan Islam.

Shaharir memperkenalkan masyarakat terutamanya dalam kalangan pelajar


dan sahabat ilmuwan beliau dengan penjelasan sejarah dan falsafah sains yang lebih
bersifat mengkhusus dengan perbincangan yang lebih bersifat matematik dalam
menyelesaikan kekeliruan dan permasalahan sains. Bersesuaian dengan sifat ilmu
matematik yang bertindak sebagai asas terpenting dalam pembinaan ilmu sains dan
187

teknologi sehinggakan ia menjadi syarat penting dalam pembinaan tamadun manusia


yang cemerlang (Abdul Latif 2012). Melalui penulisan Shaharir (1987, 2000), sejarah
dan falsafah sains dijelaskan dengan terperinci bersama definisi-definisi yang terlibat
serta cara-cara pemerolehan ilmu sains melalui kaedah-kaedah yang telah biasa
diguna, seperti kaedah aruhan dan induksi serta kaedah-kaedah yang tidak diiktiraf
oleh ilmuwan Barat yang berpegang kepada rasional akal seperti intuisi dan heuristik.
Beliau turut memperincikan pencapaian ilmu pengetahuan daripada tamadun-tamadun
yang telah wujud seperti sistem penulisan angka dari Tamadun Mesir Purba, Zaman
Babilonia, Tamadun Yunani, Arab dan Eropah sebelum kedatangan Islam.

Shaharir memperincikan sejarah perkembangan asas astronomi yang menjadi


bidang penting kerana banyak melibatkan konsep-konsep sains yang paling asas dan
utama seperti jisim, gerakan, masa, ruang, penggunaan matematik dan sebagainya.
Sejarah perkembangan ini dihuraikan mengikut tamadun-tamadun yang telah
memberikan sumbangan dalam ilmu seperti Tamadun Mesir Purba, Babilonia, India
Purba dan China Purba dalam mengenal pasti jenis-jenis bintang yang menjadi
penanda arah bagi mereka serta kejadian gerhana. Manakala tamadun yang lebih
terkehadapan dalam mengembangkan ilmu astronomi ini adalah Tamadun Yunani dan
Tamadun Helenis melalui sarjana-sarjana mereka seperti Pithagoras, Plato,
Aristoteles, Hipparkhus dan sebagainya yang memperkenalkan model-model
pemikiran mereka dalam bidang astronomi.

Namun begitu, kehebatan Tamadun Islam yang membentuk ilmuwan Islam


yang mempunyai kepakaran dalam bidang astronomi ini tidak boleh dipertikai dan
melampaui pencapaian keilmuan daripada tamadun-tamadun yang lain. Menurut
Shaharir (2000), dalam masa yang singkat daripada abad ke-6 hingga ke-13,
pencapaian sains khususnya dalam bidang astronomi tidak ada tolok bandingnya
dalam sejarah tamadun manusia. Pada zaman inilah yang menyaksikan sains
astronomi dan agama bersatu dan saling melengkapi, berbeza daripada Tamadun Barat
yang kebanyakan ilmuannya menyisihkan agama dalam aktiviti sains mereka. Islam
bukan hanya disanjung sebagai suatu agama bagi ilmuwan Islam, tetapi menjadi
motivasi utama yang berteraskan al-Quran untuk mereka terus berkarya dan
membangunkan ilmu sains mereka.
188

Pengenalan kepada sejarah dan falsafah yang disediakan oleh Shaharir (1987,
2000) untuk rujukan atau sebagai buku teks kepada pelajar-pelajar terutamanya di
universiti tempat beliau berkhidmat, UKM bertujuan untuk memberikan kesedaran
kepada umat Islam akan kehebatan sains yang pernah dicipta atau ditemui oleh
tamadun-tamadun sebelum Barat, terutamanya Tamadun Islam yang pernah gemilang
dengan perkembangan ilmunya. Melalui kesedaran dan keterujaan yang timbul hasil
daripada pengetahuan yang diperoleh, sudah tentu memudarkan kepercayaan dan
kekaguman mereka yang asalnya kepada pembangunan ilmu daripada Tamadun Barat.
Malah kejujuran dan ketelusan ilmuwan Barat boleh sahaja dipertikaikan apabila
mereka mengakui kebanyakan ilmu yang dicedok daripada “orang-orang Arab” adalah
ilmu yang dirintis oleh mereka, seterusnya diubah mengikut paradigma Barat.
Pengetahuan-pengetahuan sebegini menjadi harapan baru kepada umat Islam untuk
terus menggali, menyelongkar, mencari atau membentuk semula ilmu-ilmu yang
pernah dikembangkan mengikut acuan agama oleh ilmuwan Islam dalam tamadun
mereka sehingga menghasilkan sebuah ketamadunan ilmu yang gemilang, yang
membentuk pembangunan kerohanian dan kebendaan yang seimbang.

Namun begitu, aspek sejarah dan falsafah sains bukanlah satu-satunya aspek
yang perlu ditekankan dalam usaha untuk membentuk Sains Islam. Menurut Shaharir
(1996), tanggapan sarjana Islam yang hanya melihat kepada satu-satu aspek tertentu
untuk membangunkan Sains Islam harus diperbetulkan. Pemahaman Sains Islam yang
hanya dilihat dari aspek sejarah, atau hanya dari aspek falsafah, nilai, atau
epistemologi ilmu semata-mata adalah suatu pendekatan yang tidak tepat dan tidak
lengkap. Justeru itu, oleh kerana penerapan nilai semata-mata dalam ilmu merupakan
suatu usaha yang masih belum mencukupi untuk mencapai pembentukan Sains Islam,
maka penerapan pendidikan sepadu dalam sistem pendidikan negara melalui
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR), Kurikulum Bersepadu Sekolah
Menengah (KBSM) dan kini digunakan pula Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(KSSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) yang mementingkan
penerapan nilai dibandingkan dengan aspek-aspek selainnya seperti sejarah, falsafah,
189

epistemologi, hermaneutik dan lain-lain, merupakan suatu usaha pengislaman ilmu


yang masih belum mencukupi (Shaharir 2018)3.

Oleh itu, penilaian dan pembentukan Sains Islam itu perlu melibatkan seluruh
aspek yang melibatkan sejarah dan falsafah sains, etika, akhlak dan nilai,
epistemologi, hermeneutik serta memenuhi aspek Iman, Islam dan Ihsan. Gabungan
atau kesepaduan aspek-aspek ini penting dalam pembentukan Sains Islam bagi
merealisasikannya sebagai sains alternatif, menggantikan sains moden tajaan Barat
yang masih kekal berada dalam sistem pendidikan di Malaysia dan negara-negara
Islam pada hari ini. Ketidakseimbangan pembangunan yang terhasil daripada
pendidikan ilmu Barat yang hanya menekankan kebendaan atau kejasmanian, hanya
akan membantut dan menghalang pembangunan kerohanian ke arah yang positif
dalam diri setiap individu demi kesejahteraan hidup yang hakiki.

5.4 PENGARUH BAHASA MELAYU KEPADA PEMBANGUNAN BANGSA


SENDIRI

Isu Melayu terutamanya dari sudut bahasa, menjadi suatu perkara yang penting untuk
diperjuang dan dititikberatkan bagi memastikan Tamadun Melayu terus terbela dan
diiktiraf sebagai antara tamadun yang terbaik dan kaya dengan sumber ilmunya.
Bahasa Melayu memainkan peranan penting kepada pembinaan tamadunnya dalam
mencorakkan pemikiran penduduknya. Perkara ini telah dipertahankan oleh ilmuwan
yang sedar akan kepentingannya di Alam Melayu atau Melayonesia untuk terus
dipertahankan dan dikaji walaupun pemikiran kebanyakan penduduk Alam Melayu
telah terjajah sehingga cuba untuk memperbesar-besarkan Bahasa Inggeris yang
menjadi bahasa utama dalam Tamadun Barat.

Melayonesia merupakan istilah yang digunakan oleh Shaharir sekurang-


kurangnya sejak 2009 yang merujuk kepada Alam Melayu dan kemudiannya lebih
merujuk kepada “Alam Indonesia dan Melayu”. Istilah Melayonesia ini berasal
daripada Melayunesia yang dicipta oleh George Earl, seorang ahli etnografi Inggeris
yang menjalankan penyelidikan di rantau ber-lingua franca Bahasa Melayu (Shaharir,
2015a). Isu Melayu menjadi isu yang perlu diambil berat oleh ilmuan di kepulauan ini

3
Temubual bersama Shaharir pada 10 September 2018, jam 10.15 pagi. Kajang Selangor.
190

kerana kebudayaan Melayu adalah termasuk dalam lingkungan kebudayaan Islam.


Tambahan pula, sejarah perkembangan dan kesusasteraan Melayu perlu difahami
dengan sebaiknya kerana perkara ini adalah antara proses pengislaman ilmu di
kepulauan Melayu dan Indonesia (Al-Attas 1972).

Justeru, Melayu merupakan suatu permasalahan yang perlu diambil berat dan
dipertahankan terutamanya dari sudut bahasanya, serta warisan ilmu yang telah wujud
sekian lama dalam Tamadun Melayu ini melalui penemuan prasasti serta manuskrip-
manuskrip lama. Oleh kerana Bahasa Melayu yang telah banyak dipengaruhi oleh
alim ulama’ Islam, maka Al-Attas menekankan bahawa Bahasa Melayu ini termasuk
dalam agenda pengislaman ilmu bagi Alam Melayu. Dalam usaha untuk menjadikan
pengislaman ilmu menjadi suatu agenda yang terus diusahakan, maka Shaharir secara
konsisten telah memperjuang dan mempertahankan peranan Melayu dari sudut bahasa
dan ilmunya dengan pendekatan yang tersendiri untuk membela bangsa dan bahasa
dalam saluran pendidikan di Malaysia melalui kajian, seminar, ucapan serta penulisan-
penulisan beliau.

Perjuangan mempertahankan penggunaan Bahasa Melayu dalam sistem


pendidikan di Malaysia adalah menjadi perkara yang penting untuk menjadikan
bahasa ini sebagai bahasa ilmu dan bahasa perantara dalam pendidikan rakyat
Malaysia khususnya, dan Indonesia umumnya dalam memberikan kefahaman yang
jelas dan sepatutnya kepada pelajar-pelajar di semua peringkat pendidikan
terutamanya dalam bidang sains. Ini bertujuan untuk memastikan rakyat Malaysia
terutamanya Bangsa Melayu menerima ilmu dengan kefahaman yang benar melalui
bahasa yang mereka fahami dan bukannya samar-samar hanya kerana menggunakan
bahasa penjajah sebagai medium penyampaian sesuatu ilmu. Peranan bahasa sendiri
yang memberi kefahaman yang jelas kepada penuntutnya dalam memahami sesuatu
ilmu telah dijelaskan oleh Allah dalam Kitab-Nya (Al-Quran, Ibrahim14:4) bahawa;

Kami tidak mengutus seorang rasulpun, melainkan dengan bahasa


kaumnya supaya dia (rasul) dapat memberi penjelasan dengan terang
kepada mereka.
191

Oleh kerana kepentingan dan kesedaran memberikan kefahaman yang jelas


terhadap sesuatu ilmulah, maka kerajaan Islam Abasiyyah membina Baitul Hikmah
sebagai perpustakaan atau pusat pendidikan yang turut menjalankan aktiviti
penterjemahan ilmu-ilmu yang mereka peroleh daripada tamadun luar kepada bahasa
yang mereka benar-benar faham iaitu Bahasa Arab. Seterusnya mengolah dan
membangunkan semula untuk diserasikan dengan pandangan Islam.

Bahasa menjadi salah satu unsur yang membina serta memberi nilai kepada
sesuatu ilmu, malah melalui bahasalah nilai itu dibangunkan. Shaharir banyak
memainkan peranannya sebagai penyelidik Tamadun Melayu untuk menyerlahkan
kehebatan dan kecemerlangan Bangsa Melayu melalui kajian pemperibumian sains
dan matematik atau etnosains dan etnometamatik untuk terus mempertahan dan
memperkukuhkan kedudukan Melayu sebagai suatu bangsa yang hebat. Mengikut
Shaharir (2010a) berhubung Bahasa Melayu, atau dahulunya dikenali dengan Bahasa
Kunlun, ia pernah melalui zaman kegemilangannya sejak abad ke-5 M sehingga abad
ke-18 M, terutamanya dalam ilmu pengetahuan. Kewujudan catatan ilmu-ilmu yang
ada diperoleh daripada bukti-bukti dan penemuan-penemuan yang terdapat di Alam
Melayu. Sarjana dari negara-negara luar seperti China dan Eropah, berusaha
menguasai bahasa dan memahami Budaya Melayu untuk mereka mendapatkan ilmu-
ilmu yang banyak di sini.

Perkara ini dibuktikan melalui penemuan prasasti-prasasti dan ribuan


manuskrip Melayu yang mencatatkan ilmu-ilmu penting bagi kehidupan manusia. dan
kemudiannya diterjemahkan kepada bahasa-bahasa mereka. Namun begitu, menurut
Shaharir (2010a), mulai abad ke-19 hingga kini sahaja Bahasa Melayu tidak lagi
menjadi bahasa yang dipandang tinggi oleh penduduk dunia mahupun di Alam
Melayu sendiri kerana sikap kebanyakan orang Melayu yang memperlekehkan
kemampuan bahasa sendiri dan seterusnya meninggalkan bahasa mereka, terutama
dalam pendidikan sains dan matematik, sehingga mereka tidak lagi berkarya dalam
bahasa sendiri. Malah, yang lebih teruk lagi, kebanyakan daripada mereka
mengagung-agungkan bahasa penjajah yang pernah menzalimi kehidupan bangsa
mereka.
192

Jika Bahasa Melayu yang telah dipengaruhi oleh nilai-nilai Islam tidak lagi
digunakan sebagai bahasa ilmu di negera asal bahasa ini seperti Malaysia, maka
proses pengislaman ilmu menjadi suatu yang agak sukar untuk dijalankan. Ini kerana
penggunaan bahasa penjajah dalam pendidikan negara mendorong penuntutnya
melihat kepada negara penjajah yang serba moden tersebut terlebih dahulu dengan
tujuan asalnya hanya untuk mereka memahami dan mendalami bahasa penjajah, iaitu
Bahasa Inggeris sebagai usaha utama mereka untuk memahami ilmu yang mereka
ingin dalami kerana disampaikan dalam bahasa tersebut. Perkara ini tentunya memberi
pengaruh yang lebih awal kepada penuntut ilmu berhubung kehidupan dan cara
berfikir Barat yang sekular. Seterusnya mereka bakal menguasai cara Barat yang tidak
meletakkan agama sebagai suatu cara hidup.

Bagi Bangsa Melayu yang mempunyai jiwa yang kental, kuat pegangan
agamanya serta sentiasa menjaga jati diri bangsa, pengaruh budaya Barat ini mungkin
dapat dielakkan jika niat mereka hanya untuk menimba ilmu. Namun begitu,
mampukah Bangsa Melayu dalam kalangan anak muda yang masih menuntut ilmu
dalam sistem pendidikan yang kurang menitikberatkan aspek agama pada hari ini
melawan pengaruh-pengaruh Barat yang sekular dari terus menguasai mereka?
Sedangkan kebanyakan anak muda pada hari ini lebih gemarkan hiburan-hiburan yang
amat melalaikan, tempias daripada dunia Barat yang mereka bangga-banggakan.
Perkara ini seterusnya mengundang kepada hilangnya jati diri suatu bangsa, bahkan
terhakisnya peranan agama dalam kehidupan.

Bahasa mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan pemikiran. Bahasa


juga banyak dipengaruhi oleh budaya asal penuturnya. Pemahaman sesuatu perkara
termasuk permasalahan yang melibatkan sains, berbeza mengikut penyampaian
bahasa tertentu kepada bangsa pemilik bahasa tersebut kerana budaya dan persekitaran
yang berbeza antara suatu bangsa dengan bangsa yang lain. Oleh kerana bahasa bagi
suatu bangsa banyak dipengaruhi oleh budaya sekeliling, maka menurut Shaharir
(2010c) dalam usaha untuk menjadikan Bangsa Melayu mencapai suatu tahap yang
tinggi dalam sains, mereka perlu menjadikan sains sebahagian daripada budaya
masyarakat Melayu. Maka, memasyarakatkan sains merupakan suatu tugas yang perlu
dilaksanakan. Bangsa Melayu perlu melalui pembudayaan ilmu agar ilmu yang
193

mereka peroleh, difahami dengan sepenuhnya dan sebati dalam diri mereka.
Pembudayaan ilmu yang bertujuan untuk membentuk individu yang memahami ilmu
dengan sebenar-benarnya berkemungkinan besar hanya mampu dipastikan sekiranya
ilmu disampaikan menggunakan bahasa sendiri.

Tahap berilmu dengan kefahaman yang jelas dengan menggunakan bahasa


yang benar-benar sebati dalam jiwa penuntut ilmu adalah suatu tahap yang penting
untuk memastikan ilmu tersebut terus dihargai, dipraktik, dinilai dan seterusnya
dikembangkan ke arah yang lebih baik untuk pembangunan ilmu dan teknologi.
Shaharir (2015c) mempunyai keyakinan yang amat tinggi dalam perkembangan ilmu
yang positif dan kukuh di Malaysia sekiranya bahasa ibunda yang menjadi bahasa
pertuturan seharian digunakan dalam sistem pendidikan sains dan matematik kerana
bagi beliau, contoh kemajuan sains dan teknologi telah terserlah daripada bangsa-
bangsa yang membangunkan sains dan teknologi mereka dengan sistem pendidikan
yang menggunakan bahasa ibunda mereka sendiri. Bukannya seperti negara yang
mengagungkan bahasa asing yang kurang kreatif dalam mengendalikan ilmu.

Bangsa-bangsa yang menghayati serta mempertahankan kedudukan bahasa


mereka dalam pendidikan telah mendorong mereka untuk terus berkarya dan
seterusnya menyumbang kepada pembangunan ilmu sains dan matematik sehingga
mereka berjaya mendapat pengiktirafan dunia melalui hadiah Nobel dan anugerah-
anugerah keilmuan lain. Contoh paling mudah adalah rakyat Jepun yang boleh
dikatakan, sebahagian besar daripada rakyat mereka tidak pandai berBahasa Inggeris,
termasuk kalangan ilmuan walaupun sudah bergelar doktor falsafah. Kekurangan
tersebut bukanlah menjadi kekurangan yang menghimpit mereka seperti yang terjadi
di Malaysia, tetapi kekurangan yang mampu membina ilmu bersama perkembangan
yang positif untuk mereka kerana mereka berpeluang mengembangkan ilmu melalui
bahasa sendiri yang mampu menyumbang kepada kefahaman yang sejelasnya untuk
mereka. Kekurangan yang sebenarnya kelebihan inilah, yang menjadikan mereka
sebagai antara bangsa terunggul kerana memartabatkan bahasa dan budaya sendiri.
Sehinggakan pada tahun 2008 sahaja, penerima hadiah Nobel Fizik daripada Jepun
adalah seramai tiga orang daripada ahli fizik Jepun.
194

5.5 ETNOSAINS, ETNOMATEMATIK DAN PEMPERIBUMIAN SAINS


MEMBANGUNKAN AGENDA PENGISLAMAN ILMU DI ALAM MELAYU

Etnosains, etnomatematik atau etno-x4 merupakan suatu bidang yang bukanlah terlalu
baru dikembangkan di Malaysia, namun masih ramai yang bukan hanya dalam
kalangan masyarakat biasa, bahkan ada dalam kalangan sarjana dan ilmuwan sendiri
masih tidak memahami apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan etnosains.
Seperti yang ada disebutkan pada awal bab ini, di bahagian pengislaman ilmu bahawa,
pendekatan yang digunakan oleh ASASI dalam mengembangkan pengislaman ilmu
adalah melalui konsep pemeribumian ilmu dan penggalian etnosains Melayu.
Pendekatan ASASI inilah yang menghasilkan natijah ¨pengislaman ilmu¨. Oleh kerana
Shaharir pernah menjadi orang kuat yang mengepalai ASASI, dan masih terus aktif
sehingga ke hari ini dalam memperjuangkan agenda pengislaman ilmu bersama
akademi ini, maka pendekatan inilah juga yang diperjuangkan oleh Shaharir dalam
mengembangkan wacana Sains Islamnya.

Beliau terus bergerak aktif dalam memperjuangkan wacana Sains Islam


melalui kajian-kajian yang dilaksanakan dalam mencari gali khazanah ilmu-ilmu
Melayu yang pernah wujud sejak berkurun lamanya. Bukan hanya daripada zaman
bermulanya Ketamadunan Islam sejak diutuskan Nabi Muhammad, tetapi melangkaui
zaman-zaman sebelumnya. Beliau bersama ahli-ahli ASASI lain dalam akademi ini
dan barisan kepimpinan baru ASASI seperti Wan Ramli Wan Daud dan Mohd Alinor
telah berusaha untuk membangunkan etnosains Melayu. Etnosains, etnomatematik,
dan etno-x bagi pelbagai bidang lain inilah yang merupakan aspek tambahan kepada
pendekatan ASASI dalam melaksanakan agenda pengislaman ilmunya.

Pada peringkat awalnya, etnosains merupakan suatu pengkajian ilmu yang


dianggap sebagai kajian yang boleh dikatakan sebagai sia-sia untuk dikembangkan
pada pandangan Barat kerana ia tidak memenuhi falsafah Barat. Shaharir (2005a)
menyatakan bahawa, sains yang selain daripada sains yang dapat dikaitkan dengan
Bangsa Eropah dinamai etnosains. Sains Eropah ini dikenali juga dengan sains moden
atau Sains Barat. Manakala sains yang tidak memenuhi ciri-ciri sains moden atau

4
Etno-x, dengan x mewakili bidang-bidang ilmu tertentu contohnya, jika x mewakili botani,
maka etno-x adalah etnobotani.
195

Sains Barat yang memegang falsafah ilmu yang berasaskan ateisme, deisisme,
sekularisme, tabiisme dan lain-lain, akan dianggap primitif atau berada pada taraf
yang rendah. Pengaruh pemikiran Barat yang cukup kuat dalam mempengaruhi sistem
ilmu dunia telah meletakkan etnosains sebagai suatu ilmu yang dianggap sebagai sains
suku kaum tertentu sahaja, atau sains bagi suatu bangsa tertentu yang telah lama
ketinggalan zaman. Malah bagi Barat, etnosains ini wujud sebagai suatu warisan
tradisi dan budaya bangsa yang kecil, tidak perlu dipeduli kerana tidak bererti dan
tidak menyumbang kepada pembangunan ilmu Eropah.

Perkataan etnosains adalah perkataan yang diMelayukan ejaannya daripada


perkataan Inggeris, ethnoscience. Perkataan ethno-x ini telah diperkenalkan dalam
5
tahun 1960-an oleh Garfinkel apabila beliau menggunakan perkataan
ethnomethodology bagi menggambarkan kaedah penyelidikan untuk mendapatkan
ilmu dari sesebuah masyarakat atau kumpulan etnik. Perkataan ethno adalah perkataan
imbuhan Bahasa Inggeris yang merujuk kepada ethnic yang membawa maksud
kumpulan budaya yang berbeza, namun bagi Bahasa Inggeris Amerika, ethnic
merujuk kepada kumpulan minoriti. Manakala dalam Kamus Inggeris-Belanda,
etnosains diterjemahkan sebagai sains daripada sesuatu kumpulan etnik, atau sains
dari kawasan suatu kumpulan etnik (Shaharir 2015a). Justeru itu, sains yang dijumpai
dalam suatu kumpulan etnik, tentunya berbeza dengan sains yang ada pada suatu
kumpulan etnik yang lain kerana pengaruh kawasan, budaya dan agama yang berbeza
antara mereka.

Etnosains ini tidak mendapat perhatian dan tidak diiktiraf oleh Sains Barat
kerana mereka menganggap sains mereka adalah sains yang terbaik dan perlu diserap
ke dalam sistem pendidikan negara-negara dunia bagi tujuan penguasaan untuk
memusatkan dunia kepada mereka. Maka, penjajahan Bangsa Eropah telah
mendorong mereka untuk menggantikan sistem pendidikan yang mesra bangsa bagi
sesuatu kawasan yang dijajah dengan suatu sistem pendidikan yang mengikut falsafah
ilmu Barat. Falsafah ilmu Barat yang dipaksa masuk kedalam sistem pendidikan
negara yang dijajah, tentunya berbeza dengan falsafah ilmu bagi sesuatu bangsa atau
etnik yang sesuai dengan struktur geografi, ras, bahasa, budaya dan agama mereka.

5
Garfinkel adalah seorang ahli sosiologi–antropologi dari Amerika Syarikat.
196

Kesan penerapan ini adalah sangat besar kepada bangsa yang dijajah kerana ilmu-ilmu
yang terbangun dalam bangsa ini akan terus dilupakan dan terpadam kerana tiada
pembelaan untuk terus diwujudkan. Bahkan yang lebih teruk lagi, ilmu-ilmu yang
pernah terbangun dalam bangsa mereka terus hanya dianggap sebagai adat yang tidak
mendatangkan sebarang faedah, bukan hanya oleh penjajah, bahkan juga oleh
kalangan bangsa mereka sendiri kerana tidak memenuhi konsep ilmu ciptaan Barat.

Perjuangan Shaharir dalam etnosains dan etnomatematik Melayu bagi


membuktikan bahawa sains adalah suatu ilmu yang sarat dengan nilai, bahkan
munculnya sesuatu sains itu terdorong oleh faktor-faktor budaya, kawasan dan agama
penduduk yang terlibat dalam suatu kumpulan yang sama. Justeru, pemahaman dan
tanggapan yang dibentuk dalam perkataan etnosains sebagai sains yang wujud bagi
suatu kumpulan etnik sebagai tidak bermanfaat, sia-sia atau dipandang lekeh, tahyul
dan mitos, serta tidak bermanfaat untuk dikaji dan dikembangkan, perlu diperbetulkan
semula, agar bidang ini menjadi bidang yang mampu meraikan pencapahan sains yang
sesuai dengan suatu kumpulan etnik, dan bukannya sains Eropah sahaja yang perlu
diterima.

Kefahaman dan tanggapan yang sempit terhadap etnosains sehingga menafikan


sains yang memenuhi ciri-ciri masyarakat sesuatu kawasan daripada terus digunakan
dan digantikan pula dengan sistem pendidikan yang berpusatkan Eropah, merupakan
suatu penindasan ke atas sesuatu bangsa yang sepatutnya membangunkan ilmu
mengikut acuan mereka. Ini juga disifatkan oleh Shaharir seperti yang telah
ditegaskan oleh D’Ambrosio, sebagai suatu penyelewengan sejarah dan menjejaskan
psikologi masyarakat atau bangsa tertentu yang melalui pendidikan seperti ini. Malah
yang lebih penting lagi adalah, membantutkan kefahaman anak bangsa memahami
ilmu, terutamanya sains dan matematik kerana tiadanya keserasian dengan bahasa dan
kebudayaan mereka, seterusnya menghakis semangat patriotisme.
197

Oleh kerana kepincangan ini, maka D’Amrosio6 telah memberikan nafas baru
kepada etnosains bermula tahun 1980-an. Beliau telah memberikan penakrifan baru
kepada etnomatematik dan merubah tanggapan negatif yang telah terbentuk terhadap
etnosains dengan menjadikan etnosains sebagai sebuah penyelidikan pendidikan sains
yang besar di peringkat antarabangsa, yang seterusnya berkembang konsepnya
keseluruh dunia mengikut bangsa masing-masing. Termasuklah Malaysia yang
memperjuangkan etnosainsnya dengan sains warisan Bangsa Melayu. D’Ambrosio
mentakrifkan etnomatematik, dengan etno sebagai ras, bangsa atau kaum yang
dicirikan oleh budaya, kehidupan dan alam sekitarnya dan digabungkan dengan
perkataan matematik 7 . Etnosains pada pandangan beliau adalah kesenian teknik
memahami , menerangkan, menjelaskan, mempelajari dan menangani serta mengurus
kehidupan kumpulan kaum manusia dengan cara tersendiri, sesuai dengan kaum itu
(Shaharir 2015b). Projek penyelidikan etnosains yang beliau khususkan dalam bidang
matematik, iaitu etnomatematik telah mendapat kelulusan daripada sebuah pertubuhan
antarabangsa, International Congeress of Mathematical Education (ICME) yang
berada di bawah naungan International Mathematical Union (IMU) (Shaharir 2015a).

Menurut Shaharir, di Malaysia, istilah ini mula digunakan oleh beliau pada
tahun 1990-an setelah istilah ini diMelayukan kepada etnosains untuk sains dan
etnomatematik untuk matematik. Etnosains ini telah dimuatkan dalam kursus wajib
kepada pelajar matematik, “Sejarah dan Falsafah Sains” kelolaan Shaharir sendiri
bermula pada 1982, di Universiti Kebangsaan Malaysia (Shaharir 2015b). Namun
begitu, menurut beliau lagi, sebelum etnosains tajaan D’Ambrosio sampai kepada
pengetahuan beliau, Shaharir sejak dari tahun 1984 lagi juga telah menjalankan
penyelidikan matematik Melayu melalui buku-buku matematik dalam Bahasa Melayu
yang dikarang sebelum 1957. Penyelidikan yang beliau jalankan ini adalah selari

6
D’Ambrosio atau nama sebenarnya Ubiratan D’Ambrosio adalah seorang ahli matematik
Brazil yang mengaitkan etnosains dengan sejarah sains Negara Brazil yang kian dilupa bahkan
terpadam kerana sistem yang digunapakai adalah terlalu berpusatkan Eropah. Oleh kerana beliau
merupakan ahli matematik, maka beliau memberikan penumpuan kepada matematik melalui istilah
yang dibentuk sendiri iaitu ethnomatematicae yang diterjemahkan kepada istilah Melayu sebagai
etnomatematik.
7
Menurut D’ Ambrosio, Matematik adalah gabungan antara “matema” (perkataan Yunaninya,
mathema) dan “tik”, dengan matema bermaksud memahami, menerangkan, menjelaskan, mempelajari,
menengani, dan mengurus persekitaran tabii, sosial dan politik menerusi proses seperti pembilangan,
penyukatan, pengisihan, penerbitan dan pentaabiran (daripada sesuatu budaya). Manakala “tik” pula
membawa maksud teknik (Shaharir 2015b).
198

dengan konsep etnosains dan etnomatematik D’Ambrosio, maka beliau turut


menggunakan istilah ini bagi memberikan gambaran yang tepat kepada projek
penyelidikan beliau.

Ketika konsep etnomatematik dan etnosains D’Ambrosio mendapat perhatian


Shaharir, dalam masa yang sama beliau juga sedang bergiat aktif dalam wacana
pengislaman ilmu hasil kesedaran Islam yang dicetuskan dalam tahun 1970-an yang
membawa kepada penubuhan ASASI dengan penilaian dan pembangunan semula
ilmu mengikut perspektif Islam. Justeru, beliau menyelaraskan idea D’Ambrosio ini
dengan pengislaman ilmu, seterusnya membina “pemperibumian ilmu” dengan
penakrifan etnomatematik yang lebih luas meliputi aspek sejarah ilmu untuk
keperluan pendidikan, dan aspek sejarah untuk memperlihatkan perbezaan nilai dan
pandangan alam yang tersirat di dalam ilmu daripada sesuatu bangsa. Pemperibumian
ilmu ini menurut beliau adalah penjenamaan semula pengislaman ilmu dan
pengetnosaisan Melayu.

Beliau (Shaharir 2015b) mentakrifkan pemperibumian serta pengislaman sains


dan matematik ini sebagai pendekatan, kritikan, pengubahsuaian, penginovasian dan
pembinaan baharu ilmu kontemporer ciptaan semua bangsa termasuklah ciptaan
manusia Malayonesia 8 dengan memasukkan ilmu itu dalam acuan bersistem nilai
orang Malayonesia yang berteraskan Islam. Menurut Shaharir (2015d) lagi, dalam
membicarakan pemperibumian sains, sains Malayonesia-Islam 9 ialah, sains yang
diolah semula, ditafsirkan, disesuaikan dan dibangunkan oleh mereka yang
berpandangan alam Malayonesia, yang tidak bercanggah dengan nilai-nilai Islam.
Manakala proses membina sains berasaskan pandangan alam Malayonesia-Islam
inilah yang diistilahkan sebagai pemperibumian atau indigenisasi sains di
Malayonesia. Pemperibumian sains ini merupakan realisasi pengislaman sains di
Malayonesia.

8
Malayonesia merupakan perkataan lain bagi Alam Melayu yang meliputi kawasan di Asia
Tenggara menjangkau ke utara hingga ke Taiwan, ke selatan hingga ke New Zealand, Ke Timur hingga
ke Pulau Easter dan ke Barat hingga ke Medagaskar. Namun begitu, istilah Alam Melayu kemudiannya
semakin diambil alih oleh “Alam Indonesia dan Melayu.”
9
Sains Malayonesia-Islam yang dibincangkan oleh Shaharir merujuk kepada sains yang
dibangunkan dalam kawasan Malayonesia yang menggunakan Bahasa Melayu dan berAgama Islam.
199

Dalam kajian etnosains Shaharir, beliau bukan hanya mementingkan ilmu atau
sains yang terbentuk dalam sesuatu bangsa mengikut pengaruh budaya, agama,
kesenian, kesusasteraan, kemahiran dan lain-lain sahaja, malah perkara yang diambil
berat oleh Shaharir adalah bahasa sesuatu bangsa. Peranan bahasa dalam pembinaan
etnoilmu ini tidak disentuh oleh D’Ambrosio dalam memperjuangkannya. Inilah yang
menjadi perbezaan antara beliau dan Shaharir, bahkan aspek bahasa dalam
pengembangan etnosains inilah yang menjadi nilai tambah kepada kajian etnosains
dan etnomatematik Shaharir. Shaharir sentiasa menegaskan bahawa, bangsa yang
maju sains dan teknologinya, membina budaya dan tradisi sains teknologinya dalam
bahasanya sendiri. Bahasa tidak seharusnya dilihat dalam suatu sudut yang
menyempitkan peranannya hanya sebagai bahasa perpaduan dan jati diri bangsa
semata-mata, tetapi lebih dari itu. Bahasa yang digunakan dalam pendidikan
memainkan peranan yang cukup besar dalam memahamkan masyarakat kepada ilmu
dengan pemahaman yang cukup jelas sehingga ilmu-ilmu tersebut mampu dibangun
dan dikembangkan.

Penggunaan bahasa selain daripada bahasa setempat, contohnya Bahasa


Inggeris yang digunakan sebagai bahasa sains dan Matematik dalam pendidikan
Malaysia, menggantikan Bahasa Melayu sebagai bahasa setempat masyarakatnya,
bukan hanya mendorong kepada terbantutnya pemahaman pelajar untuk memahami
sains dan matematik, tetapi dalam masa yang sama menjadikan bangsa tersebut
ketinggalan daripada pembangunan ilmu yang menyumbang kepada kehidupan yang
mundur. Sebagai tindak balas Shaharir kepada dasar pendidikan Malaysia yang
memperbesarkan peranan Bahasa Inggeris dalam pendidikan melangkaui peranan
bahasa sendiri, beliau (Shaharir 2015f) menyatakan bahawa, Bahasa Inggeris yang
dijadikan bahasa pengantar dalam pendidikan sains dan matematik, menggantikan
Bahasa Melayu mulai tahun 2003 sememangnya “memukul mati” arena pembangunan
Bahasa Melayu dalam sains dan teknologi, sedangkan bahasa sendiri mampu menjadi
mangkin penjanaan idea berilmu yang tersendiri.

Bagi Shaharir (2015e), menjadikan sains sebagai sebahagian daripada budaya


merupakan suatu perkara penting yang perlu dipastikan terlaksana untuk mencapai
tahap yang tinggi dalam sains. Pembudayaan ilmu ini hanya mampu dicapai apabila
200

masyarakat khususnya para penuntut ilmu, memahami ilmu yang dipelajarinya


sehingga mencapai tahap yang diistilahkan oleh Shaharir (2015e) sebagai jelira10 atau
berpalutnya ilmu tersebut kepada mereka. Menjadi suatu yang agak mustahil bagi
pelajar yang belajar dalam bahasa asing boleh mencapai tahap jelira dan palut,
melainkan ilmu tersebut disampaikan dalam bahasa yang benar-benar sebati dalam
diri mereka. Kefahaman yang jelas yang dicapai dalam ilmu menjadikan mereka
berada pada tahap berilmu. Tahap ini merupakan tahap penting yang menjadi penentu
kepada seseorang sama ada mampu untuk terus berkarya dan memberi sumbangan
kepada ilmu yang ada dalam diri, atau sebaliknya.

Sains yang terbentuk di dunia ini bukanlah boleh kita kelaskan hanya kepada
satu bentuk sahaja kerana sains adalah berbeza dan pelbagai citarasanya. Sains
terbentuk di muka bumi ini mengikut pengaruh ilmuwan atau masyarakat yang
membangunkannya. Maka tidak wajar sekiranya sains yang dibentuk di Eropah atau
terkenalnya dengan Sains Barat atau sains moden perlu dianggap sebagai satu-satunya
sains yang relevan dan terpakai untuk seluruh dunia, sedangkan budaya, kawasan dan
pegangan kepercayaan Bangsa Eropah tentu sekali berbeza dengan bangsa-bangsa lain
di dunia. Justeru itu, bagi menyelongkar kembali dan mengangkat ilmu-ilmu yang
pernah wujud di Alam Melayu atau Malayonesia ini, maka suatu pengkajian yang
bersungguh perlu dilaksanakan. Bukan hanya untuk kepentingan dan pembelaan
kepada masyarakat sesuatu bangsa, tetapi dalam masa yang sama mengurangkan
pemusatan sistem pendidikan kepada Eropah. Seterusnya membuktikan kemampuan
bangsa sendiri dalam membangunkan sains mengikut acuan bangsa masing-masing
tanpa perlu lagi bergantung sepenuhnya kepada Sains Barat.

Menjadi harapan besar bagi Shaharir agar, bidang etnosains Malayonesia-


Islam, etnomatematik Malayonesia-Islam, pemperibumian sains dan pengislaman ilmu
terus dikembangkan di Malaysia oleh ilmuan dan sarjana, agar ilmu-ilmu Melayu
terus diselongkar, diterbit, dikembang dan digunakan semula oleh masyarakat. Ekoran
daripada hasil bidang etnosains Melayu atau Malayonesia yang masih belum berjaya

10
Jelira dan palut merupakan perkataan dalam dialek Kelantan yang membawa maksud yang sama
antara keduanya. Menurut Shaharir (2015e), Jelira dan palut membawa maksud yang lebih dalam lagi
daripada mesra, tekal, teradun, terpenulis dan sebagainya.
201

sepenuhnya dilaksanakan, bagi bidang etnomatematik, Syaharir (2015d:40) ada


mengungkapkan:

Sejak tahun 1991, bidang etnosains telah diiktiraf kepentingannya dengan


menjadikannya satu daripada subbidang sains dalam pengelasan mengikut
Mathematical Reviews, dan sudah ada beberapa buah buku berkenaannya.
Sesungguhnya bidang ini sepatutnya menjadi satu daripada bidang tujahan
penyelidikan di negara-negara yang prihatin kepada nasib etnik yang
menghadapi masalah dalam sains matematik seperti umat Islam, khususnya
umat Melayu. Malangnya hal ini belum berlaku di Malayonesia.

Justeru itu, Shaharir terus komited memperjuangkan agenda pengislaman


ilmunya melalui pendekatan etnosains atau pemperibumian sains ini. Bidang kajian
etnosains ini merupakan suatu bidang yang tertumpu kepada aspek sejarah dan
falsafah sains, dan ia dikaitkan dengan pendidikan yang menepati citarasa dan budaya
sesuatu bangsa. Justeru, bagi Shaharir (2015d), penjelmaan semula Sains
Malayonesia-Islam memerlukan kegiatan menyelidik atau mencungkil dan
menyerlahkan dengan kritisnya unsur-unsur etnosains yang terbenam di Malayonesia.
Etnosains yang terbenam ini adalah sains yang tersirat dalam cara hidup orang-orang
Malayonesia dahulu melalui bahasa, budaya, kesenian, kesusasteraan, kemahiran atau
pertukangan, struktur geografi dan lain-lain lagi yang menjadi amalan dan cara hidup
yang melingkungi kehidupan masyarakat.

5.6 KESIMPULAN

Daripada kebanyakan penulisan Shaharir, beliau konsisten memperjuangkan sains,


terutamanya matematik yang menjadi bidang kepakaran utama beliau untuk terus
dibentuk mengikut acuan Budaya Melayu atau umumnya Malayonesia dan Agama
Islam. Beliau turut memperjuangkan pengekalan penggunaan Bahasa Melayu dalam
pendidikan Malaysia bagi memastikan masyarakat Malaysia memahami ilmu dengan
sejelas-jelasnya untuk mencapai tahap berilmu. Penentangan yang beliau lakukan
ketika berlakunya perubahan dasar dalam pendidikan negara yang cuba mencabuli hak
Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dengan menggantikannya dengan Bahasa
Inggeris telah mendorong beliau untuk melaksanakan pelbagai kajian keilmuan demi
202

membuktikan kepentingan bahasa sendiri, sekali gus mencungkil ilmu Bangsa Melayu
yang pernah wujud di rantau Malayonesia.

Perjuangan beliau terdorong daripada pendirian beliau terhadap konsep ilmu


yang sarat nilai dan sekali gus menafikan konsep ilmu Barat yang dikatakan bebas
nilai atau neutral itu. Sains moden yang dibentuk dalam Tamadun Barat mengikut cita
rasa ilmuwannya, semestinya berbeza dengan ilmu yang terbentuk dalam Tamadun
Islam yang meletakkan sumber wahyu sebagai rujukan ilmu yang paling utama. Ilmu
Barat sendiri sarat dengan nilai-nilai yang dibentuk oleh ilmuwan mereka melalui
konsep falsafah ilmu Barat yang berasaskan sekularisme, ateisme, dan lain-lain.
Namun begitu, nilai-nilai yang terbentuk dalam pembinaan Sains Barat adalah
bertentangan dengan fitrah kejadian manusia yang tidak mungkin meminggirkan
Penciptanya dalam segala urusan kehidupan.

Justeru, etnosains Malayonesia-Islam, etnomatematik Malayonesia-Islam,


pemperibumian sains dan matematik serta pengislaman sains dan matematik, di
samping bidang kepakaran beliau iaitu matematik telah dipilih untuk beliau terus
bergiat sebagai bidang keutamaan beliau sejak daripada awal pembabitan beliau dalam
arena pendidikan, terutamanya sejak beliau bersama ASASI, demi memartabatkan
ilmu yang mengikut acuan Islam dan dalam masa yang sama, mempertahankan jati
diri bangsa dalam konteks yang sebenar. Ilmuwan seperti inilah yang diperlukan oleh
Malaysia sekiranya rakyat Malaysia ingin menjadikan bangsanya sebagai bangsa yang
disegani, terbela serta tidak mudah dicabuli oleh insan-insan yang berkepentingan.
BAB VI

PEMIKIRAN MOHD YUSOF BIN HJ. OTHMAN DALAM PEMBANGUNAN


SAINS TAUHIDIK SEBAGAI SALAH SATU PENDEKATAN PENGISLAMAN
SAINS

6.1 PENDAHULUAN

Bab ini akan membincangkan pemikiran Profesor Dr. Mohd Yusof Bin Othman dalam
wacana pengislaman sains melalui rujukan karya terpilih. Beliau banyak
membincangkan kedudukan sains yang banyak memberikan manfaat kepada manusia
dan perlu digunakan secara berpada-pada mengikut had-had yang telah diterangkan
dalam ajaran Islam melaui kitab-Nya, al-Quran. Manakala wacana pengislaman sains
ini merupakan suatu penyelesaian kepada permasalahan atau kepincangan yang
terdapat dalam sains moden tajaan Barat. Sains Barat umpama sudah sebati dalam
jiwa kebanyakan sarjana dan intelektual, sebelum mereka disedarkan oleh insan-insan
yang bertanggungjawab dalam memurnikan semula sains yang telah disekularkan
dengan mengenepikan peranan Pencipta sains itu sendiri. Pengislaman sains ini juga
adalah hasil daripada cetusan pendapat ilmiah dan respons intelektual terhadap isu
yang dibincangkan berhubung kepincangan sains moden Barat.

Gagasan pengislaman sains, atau diajukan oleh Mohd Yusof dan beberapa
tokoh ilmuwan lain sebagai Sains Tauhidik, dan Sains Islam oleh sesetengah pihak
lain, adalah satu usaha untuk memastikan pembangunan dunia Islam berlaku dalam
suasana yang harmoni, tidak hanya mementingkan kebendaan dan yang paling
penting, tidak mensyirikkan Tuhan sebagai Pencipta Yang Maha Melihat segala
sesuatu serta terpandu oleh ajaran-Nya melalui ilmu wahyu. Pada zaman tamadun
kegemilangan Islam, ilmu wahyu ini dianggap lebih tinggi tarafnya berbanding
dengan ilmu empirikal yang ada pada sains. Manakala, sarjana Islam pada waktu itu
amat percaya dengan konsep saling keberkaitan antara pelbagai disiplin atau cabang
ilmu (Osman Bakar 1999). Oleh kerana saling berkaitan inilah, ilmuwan-ilmuwan
204

perlu meletakkan peranan agama dalam sains, agar sains boleh dianggap serasi dengan
agama dan digunapakai dalam sistem pendidikan hari ini terutamanya di negara-
negara Islam yang ingin menjaga kedudukan agama mereka.

6.2 LATAR BELAKANG MOHD YUSOF HJ. OTHMAN

Mohd Yusof bukanlah satu nama asing dalam pendidikan tinggi di Malaysia. Beliau
merupakan anak kelahiran Paya Keladi, Seberang Perai, Pulau Pinang. Beliau
dilahirkan pada 12 Ogos 1952. Anak bongsu daripada lapan orang adik beradik ini
berayahkan seorang guru agama yang menyandang jawatan ketua kampung, penghulu
kampung serta imam di masjid yang berada bersebelahan kediaman beliau. Menurut
Mohd Yusof (2015) 1 , Masjid yang menjadi tempat penyampaian ilmu agama oleh
ayahanda Mohd Yusof ini adalah masjid yang telah dibina oleh keluarga beliau di atas
sebidang tanah yang telah diwakafkan oleh datuk beliau sendiri.

Sekolah Kebangsaan Paya Keladi merupakan sekolah pertama yang menjadi


tempat Mohd Yusof menerima pembelajaran secara formal. Pada tahun 1972, Mohd
Yusof berjaya melanjutkan pengajian ke Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Pada asalnya, beliau mendapat tawaran kursus Matematik, namun begitu apabila
masuk sahaja ke sesi pengajian, beliau memilih untuk menggabungkan antara
Matematik dan Fizik. Oleh kerana kelas-kelas yang terlibat dalam Kursus Matematik
adalah kelas-kelas yang banyak membincangkan teori matematik tanpa ada unsur
aplikasi, Mohd Yusof menjadi terpinga-pinga kerana amat sukar untuk beliau
memahami apa yang diajar oleh pensyarah pada ketika itu. Inilah yang menjadi punca
utama mengapa beliau agak ketinggalan dalam kursus matematik. Pada tahap
pengajian ijazah pertama ini, pernah ada waktu, Mohd Yusof menjadi agak celaru
memikirkan antara matematik dan fizik, sedangkan pensyarah yang mengajar beliau
subjek matematik sebenarnya menyampaikan suatu ilmu yang menjadi alat kepada
pemahaman ilmu sains terutamanya fizik. Menurut Mohd Yusof (2015), kita kelam-

1
Temubual bersama Yusof Othman pada jam 10:00 pagi, 29/08/2015 di Institut Islam Hadhari,
Universiti Kebangsaan Malaysia.
205

kabut memahamkan ilmu yang ada dalam subjek matematik sehingga terlupa tantang
kegunaannya yang lebih penting dalam dunia fizik2.

Beliau adalah dalam kalangan kumpulan yang ketiga setelah penubuhan UKM
yang telah memilih bidang fizik. Pada tahun 1976, Mohd Yusof telah berjaya
menamatkan pengajian ijazah pertamanya. Setelah itu, beliau berkhidmat di Universiti
Kebangsaan Malaysia. Ketika perkhidmatan Mohd Yusof bermula, UKM adalah
terletak di Jalan Pantai, Kuala Lumpur, bersebelahan dengan Universiti Malaya,
sebelum UKM berpindah pada Oktober 1977 ke premis sekarang yang menjadi
kampus utama di Bangi. UKM3 pada awal penubuhannya terdiri daripada tiga fakulti
perintis iaitu Fakulti Sastera, Fakulti Sains dan Fakulti Islam (Mohamad Ezuan 2011)
dengan tenaga pengajar yang ramainya diambil dari Indonesia4.

Mohd Yusof mengenal dunia kerjaya selepas menamatkan pengajian di


peringkat ijazah pertama pada April 1976 di Matrikulasi UKM, Sabah untuk beberapa
bulan sebelum melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana di Bedford College,
University of London dalam bidang Solid State Physic pada September 1976. Selepas
tamat pengajian pada bulan Disember 1977, beliau menyambung semula kerjaya
sebagai pensyarah di UKM yang ketika itu masih bertempat di Jalan Pantai. Setelah
tiga tahun berkhidmat, beliau menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Doktor
Falsafah (Ph.D) dalam bidang Pam Haba Pepejal (Solid Heat Pam) pula. Apabila
tamat pengajian, beliau pulang semula ke Malaysia pada tahun 1984, sekali lagi beliau
menyambung kerjaya beliau sebagai pensyarah di UKM untuk terus mendidik pelajar-
pelajar agar terus berilmu dan berjaya.

2
Temubual bersama Yusof Othman pada jam 10:00 pagi, 29/08/2015 di Institut Islam Hadhari,
Universiti Kebangsaan Malaysia.
3
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) merupakan sebuah universiti ”rakyat” yang lahir
daripada aspirasi nasionalis untuk memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan seterusnya
membentuk percambahan pemikiran saintifik, menyalurkan pandangan berguna, dan pemindahan
pengetahuan. Usaha untuk menubuhkan sebuah universiti kebangsaan pertama ini telah dicadangkan
pada tahun 1923 oleh penulis Abdul Kadir Adabi sebagai langkah menentang penjajahan British. Inilah
arus nasionalis yang merangsang intelektual Melayu ketika itu, namun usaha ini terpaksa menempuh
pelbagai jenis penindasan British. Cetusan idea bersejarah ini tidak menarik perhatian penjajah British
dan pembesar Melayu yang rapat dengan British. Mereka memberi alasan rakyat kebanyakan tidak akan
yakin dengan idea ini, walhal dasar penjajah itu sendiri tidak memberi ruang pelajaran tinggi kepada
rakyat di Tanah Melayu ketika itu (Mohd Zahedi Daud 2005).
4
Wikipedia, 2014, en.m.wikipedia.org/wiki/National_University_of_Malaysia.
206

Beliau terus mengorak langkah sebagai seorang pensyarah dengan


melaksanakan pelbagai kajian untuk memberi kefahaman yang lebih jitu khususnya
kepada pelajar-pelajar dalam bidang ini. Kajian yang pertama beliau adalah
“Pengeringan Suria di Malaysia” dan daripada hasil kajian tersebut, telah mendorong
Mohd Yusof untuk menulis sebuah buku yang bertajuk “Teknologi Pengeringan di
Malaysia”. Buku ini merupakan buku pertama karangan beliau yang telah diterbitkan
oleh Dewan Bahasa dan Pustaka5.

Pada tahun 1989, beliau dinaikkan pangkat sebagai Profesor Madya dan diberi
tanggungjawab sebagai Ketua Jabatan Fizik pada tahun 1990. Perkhidmatan beliau
sebagai pensyarah yang bertaraf Profesor Madya telah ditempuh dengan jayanya
selama lebih lima tahun dan berakhir pada tahun 1994 yang sekali gus menganjakkan
beliau ke tangga yang lebih tinggi dengan pangkat Profesor penuh. Pada tahun 1994
ini jugala, melalui pengurusan yang ditunjukkan ketika memegang jawatan sebagai
ketua jabatan dilaksanakan dengan cekap, sistematik dan teratur, maka beliau telah
sekali lagi diberi pengiktirafan dan tanggungjawab untuk memikul tugas sebagai
Timbalan Dekan Fakulti Fizik dan Sains Gunaan bagi memastikan kelancaran
pengurusan fakulti ini terjamin, diakui dan dipercayai.

Pada tahun 2002, beliau dilantik menjadi Pengarah Pusat Pengurusan


Penyelidikan. Pusat Pengurusan Penyelidikan berfungsi mewujudkan usaha-usaha
yang menjurus kepada usaha untuk menyediakan Universiti Kebangsaan Malaysia
sebagai sebuah universiti penyelidikan di Malaysia. Manakala pada 1 Julai 2007,
UKM telah mengorak langkah ke hadapan dengan menubuhkan Institut Islam Hadhari
yang pertama di Malaysia dan telah dirasmikan oleh Abdullah Ahmad Badawi,
Perdana Menteri Malaysia yang kelima. Penubuhan institut ini adalah langkah proaktif
yang diambil bagi memperkasakan pendekatan Islam Hadhari dalam pembangunan
masyarakat Islam rantau Asia Tenggara dan dunia seluruhnya (Hasliza Hassan 2008).
Menurut Dr. Sarjit Singh Gill (2008), seorang pensyarah daripada Universiti Putra
Malaysia, beliau percaya Institut Islam Hadhari yang diterajui oleh Mohd Yusof sudah
tentu akan memperkasakan lagi wacana mengenai Islam Hadhari dengan lebih subur

5
Temubual bersama Mohd Yusof pada jam 10:00 pagi, 29/08/2015 di Institut Islam Hadhari,
Universiti Kebangsaan Malaysia
207

dan murni dalam kalangan masyarakat Malaysia. Bagi beliau, apa yang menjadi
perkara yang penting adalah, umat Islam perlu memiliki kekuatan untuk terus
menjalankan penyelidikan untuk mencari kesimpulan kepada suatu permasalahan
supaya maklumat yang diperoleh dapat disampaikan dan seterusnya mendidik umat
Islam kearah memperkasa diri serta melakukan perubahan ke arah yang lebih baik
berpandukan ilmu yang ada (Hasliza Hassan 2008).

6.3 PEMIKIRAN MOHD YUSOF DALAM KESEPADUAN SAINS, AGAMA DAN


BAHASA DENGAN PENDEKATAN SEJARAH DAN FALSAFAH SAINS,
SAINS TAUHIDIK DAN MEMASYARAKATKAN SAINS MELALUI
PENULISAN

Mohd Yusof, ahli sains fizik Melayu adalah salah seorang daripada pemikir yang
terjun ke bidang wacana Sains Islam bagi merealisasikan gagasan pengislaman ilmu
sejak daripada awal usaha ini bertapak di Universiti Kebangsaan Malaysia melalui
pengenalan Kursus Sejarah dan Falsafah pada tahun 1980-an. Sehinggakan Kumpulan
Sejarah dan Falsafah Sains, Fakulti Fizik dan Sains Gunaan, Universiti Kebangsaan
Malaysia, pada awal tahun 1990-an ditubuhkan dengan kerjasama Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Mohd Yusof banyak membicarakan perihal sains yang perlu dibangunkan


dalam acuan Agama Islam dan bukannya agama yang perlu diolah agar mengikut
acuan sains. Falsafah dan pemikiran beliau adalah hasil daripada rujukan utama al-
Quran, Sunnah Rasulullah SAW dan tokoh-tokoh terdahulu yang bergiat dalam
gagasan pengislaman ilmu. Ini dibuktikan apabila beliau telah membuat suatu
pembahagian objektif daripada seluruh isi kandungan al-Quran berhubung dengan
sains atau lebih dikenali dengan sains dalam maqasid al-Quran. Malah, beliau
merupakan intelektual Islam yang sentiasa bersiap sedia menjawab persoalan-
persoalan globalisasi dengan pendekatan sains yang seterusnya dihubungkaitkan
dengan ajaran agama serta meletakkan sejarah dan falsafah sains sebagai domain yang
amat penting dalam pembangunan ilmu.

Hubungkait antara sains, masyarakat dan agama yang telah dihuraikan oleh
Mohd Yusof merupakan suatu hubungkait dan kesepaduan yang penting dalam
membangunkan ilmu. Mengikut pemikiran beliau, sains yang dianggap sebagai alat
208

untuk memahami alam tabii seharusnya dikuasai untuk menggalas tanggungjawab


sebagai seorang khalifah di muka bumi ini. Adapun agama sebagai medium untuk
menuju kepada Allah sebagai pencipta perlu diletakkan melebihi kedudukan sains
agar hidup dunia dan selepasnya masing-masing terjamin dari kekecewaan dan
kemusnahan.

Hubungkait antara agama, masyarakat dan agama yang dijelaskan oleh Mohd
Yusof (2009a) melalui karya penulisan beliau telah mendapat pujian yang membina
daripada beberapa pihak. Jawiah Dakir (2011) ada mencatatkan bahawa, dalam
membincangkan dan menghurai isu-isu tersebut (sains, masyarakat dan agama) satu
persatu, Mohd Yusof membawakan hujah, maklumat dan data ilmiah melalui
persembahan dan gaya bahasa yang cukup mudah difahami oleh setiap lapisan
pembaca dan menarik untuk dibaca. Buku Sains, Masyarakat dan Agama (2009) telah
digarap dengan baik secara ilmiah oleh penulisnya, kerana beliau sendiri adalah
merupakan seorang ahli sains yang berwibawa dalam bidangnya. Buku ini dapat
memberikan maklumat yang berguna dan perangsang kepada ahli penyelidik, ahli
sains dan sarjana lain umumnya, untuk memikirkan, berusaha dan bertindak ke arah
usaha memartabatkan ilmu agama seterusnya menyepadukan ilmu sains dengan ilmu
agama.

Mohd Yusof (2009a, 2014) menyarankan agar paradigma berfikir diubah


kepada paradigma; al-Quran itu mutlak, manakala sains ini baru dan tidak mutlak
kerana teorinya yang berubah-ubah. Manakala, sains adalah bersifat relatif, tetapi al-
Quran itu tidak relatif. Menurut belia, al-Quran menunjukkan sebuah kerja yang
saintifik, kajian yang sampai hari ini juga berterusan menunjukkan hebatnya kajian
itu. Keaslian al-Quran adalah suatu perkara yang wajib diyakini kerana Allah pernah
berjanji melalui kitab-Nya itu akan memeliharanya sehingga ke hari kiamat (Mohd
Yusof 2009a).

Pedekatan yang digunakan oleh Mohd Yusof untuk mengembangkan wacana


pengislaman sains adalah melalui pendekatan Sains Tauhidik. Menurut Khalijah
(2009), Sains Tauhidik adalah sains yang memperakui dan menerima kehadiran Tuhan
Yang Maha Esa sebagai Pencipta manusia dan alam, dan segala yang terkandung di
209

dalam alam, dijelmakan dalam konsep Tauhid. Kerangka konsep Sains Tauhidik yang
diajukan ini mempunyai lima entiti utama iaitu, entiti Tuhan, entiti manusia, entiti
alam, entiti al-Quran dan entiti al-Sunnah. Beliau telah menggunakan istilah baru yang
dikenali sebagai ‘Kecerdasan Tauhid’ atau Tauhidic Quotient (TQ) untuk menjelaskan
kecerdasan manusia dalam berinteraksi dengan alam yang didominasi oleh kesedaran
mereka terhadap Pencipta. Melalui kecerdasan ini, manusia mampu mengenal Tuhan
dan menyedari peranan-Nya dalam kehidupan. Setelah mengenal Tuhannya, mereka
yang terbangun TQ-nya, akan berusaha untuk memberikan respons dan
tanggungjawab sewajarnya berdasarkan kecerdasan tauhid yang mereka miliki,
seterusnya dapat menjalankan tugas serta bertindak untuk memakmurkan alam.

Mohd Yusof adalah seorang yang tegas dalam memperjuangkan dan


mempertahankan penggunaan Bahasa Melayu dalam pengajaran dan pembelajaran
sains agar pengisian yang diajarkan difahami dengan baik oleh para pelajar di
peringkat sekolah rendah, sekolah menengah, malah di peringkat universiti sendiri.
Mohd Yusof (2009a) ada menjelaskan bahawa, untuk membangunkan sains dan
teknologi di Malaysia dengan Budaya Melayu sebagai terasnya, maka penyampaian
ilmu sains itu sendiri perlu menggunakan Bahasa Melayu. Bahasa, budaya dan
pembangunan sains dan teknologi tidak boleh dipisahkan daripada sistem nilai dan
dalam masa yang sama, budaya tidak boleh disempitkan ruang lingkupnya hanya
dalam beberapa aspek bidang seni sahaja. Dengan demikian, sains dan teknologi tidak
boleh dibangunkan terpisah dengan cita rasa dan aspirasi umat. Dengan kata lain, kita
perlu membangunkan sains dan teknologi dalam acuan kita, dengan menggunakan
bahasa kita, dan dengan budaya dan citarasa kita.

Dalam kesibukan dengan pelbagai jawatan yang disandang terutamanya di


Universiti Kebangsaan Malaysia sebagai pensyarah, penyelidik di bahagian sains fizik
dan pentadbir, beliau tetap memperuntukkan masa beliau untuk melontarkan buah
fikiran, menulis dan membicarakan usaha pengislaman sains melalui Sains
Tauhidiknya serta peranan dan perjalanan sejarah dan falsafah sains dengan lebih
komprehensif dan sistematik. Usaha beliau ke arah menghidupkan gagasan
pengislaman sains dilihat konsisten bagi memastikan kelangsungan gerak kerja
pengislaman ilmu tidak terhenti separuh jalan. Karya beliau dalam bentuk makalah,
210

kertas kerja, prosiding dan buku-buku ilmiah terutamanya berkaitan Sains Tauhidik
tidak pernah terhenti dan sentiasa ada tajuk-tajuk baru melalui penulisan dan
penyampaian lisan beliau walaupun pengisiannya menegaskan perkara yang sama
seperti yang terdapat pada tajuk-tajuk penulisan yang sebelumnya .

Sebelum memulakan suatu penulisan atau penyampaian seminar, kuliah,


ceramah atau sebagainya yang berhubung usaha pengislaman sains, Mohd Yusof akan
sentiasa menyentuh soal sejarah dan falsafah sains di permulaannya sebelum
diteruskan kepada isi penyampaian yang ingin disampaikan. Menurut Mohd Yusof
(2013), sejarah sains yang beliau sampaikan adalah untuk memberikan keyakinan
kepada pembaca bahawa sains bukannya bermula pada zaman Barat. Sains bukan baru
bermula sejak wujudnya pemikir-pemikir seperti Galileo Galilie, Nicolaus Copernicus
dan Francis Bacon, bahkan jauh lebih awal dari itu. Malah sains juga bermula jauh
lebih awal daripada munculnya cendekiawan Islam seperti Jabeer Bin Hayyan, Al-
Farabi, Al-Biruni, atau Ibn Sina. Bukan setakat itu sahaja, bermulanya sains jauh lebih
awal daripada bermulanya zaman Firaun atau Shih Huang Ti.

Intelektual Melayu ini komited dalam mewacanakan pengislaman sains dan


peradaban Islam. Ini boleh dilihat daripada usaha beliau menulis makalah-makalah
untuk dimuatkan dalam buku Siri Wacana Sejarah dan Falsafah Sains yang dalam
masa yang sama, beliau berperanan sebagai penyelenggara kepada buku ini sejak dari
awal tahun 1990-an lagi. Walaupun penerbitan lapan jilid buku ini telah berakhir pada
tahun 1999, ini bukanlah bermaksud berakhirnya sumbangan Mohd Yusof dalam
gagasan ini. Bahkan ini menjadikan beliau lebih bergiat dan bersungguh-sungguh
untuk memastikan wujudnya kesinambungan usaha pengislaman sains melalui
penerbitan ilmiahnya yang lain. Penulisan beliau yang santai dan mudah untuk
difahami oleh pembaca juga merupakan suatu ikhtiar untuk memasyarakatkan sains.

6.3.1 Karya Pengenalan Sains Tauhidik

Pengenalan Sains Tauhidik merupakan sebuah buku yang mengupas persoalan yang
sering kali ditimbulkan oleh masyarakat, antaranya persoalan tentang sains dan
masyarakat, tentang sains dan agama, tentang ibadah yang dilakukan oleh umat Islam
melalui penerangan saintifik, tentang isu yang berhubung dengan atom, pembentukan
211

cakerawala, dan kejadian manusia dan alam. Buku ini ditulis dengan menggunakan
pendekatan tanya dan jawab. Persoalan yang sentiasa menjadi tanda tanya di minda
masyarakat dijawab secara mudah tetapi dikuatkan dengan hujah berfakta dan ilmiah.
Menurut Mohd Yusof (2014), para ilmuwan silam terutamanya ilmuwan Islam pernah
menggunakan pendekatan sebegini dalam penulisan mereka. Maka bukanlah menjadi
suatu perkara yang pelik, tidak dibuat orang atau menjadi masalah penyalahgunaan
cara untuk membentuk sebuah buku yang menggunakan konsep tanya dan jawab ini.

Buku ini telah mengupas tentang idea Sains Tauhidik yang diketengahkan oleh
penulis Mohd Yusof, iaitu pendekatan untuk memahami tabii alam, sama ada alam
fizikal, alam haiwan, alam tumbuhan dan manusia dengan berpaksikan ajaran agama.
Buku ini membantu pembaca mencari penyelesaian terhadap kekusutan dan
kesalahfahaman tentang sains dan agama. Pengisian Bab I menghuraikan serba sedikit
tentang sejarah sains. Pengisian yang terdapat dalam bab ini adalah untuk memberi
keyakinan kepada pembaca bahawa sains bukan bermula pada zaman Barat, namun ia
telah bermula dan tercipta seiringan dengan penciptaan manusia. Sains secara tidak
sedar merupakan suatu keperluan untuk memastikan kelangsungan hidup terjamin.

Pada bab kedua, Mohd Yusof telah mengupas pengisian awalnya yang
berhubung dengan takrif sains, tujuan sains dan bagaimana sains berkembang,
sebelum perbincangan ditumpukan kepada skop perbincangan tentang sains dan
agama. Terdapat banyak isu yang dapat kita fahami sekiranya kita memahami dengan
jelas apakah yang dimaksudkan dengan sains. Isu tersebut termasuklah, isu yang
mengatakan sains adalah pengetahuan mutlak yang boleh menerangkan segala-
galanya, isu yang mengatakan sains ialah pengetahuan universal atau sejagat yang
lebih tinggi daripada ilmu-ilmu pengetahuan lain, isu yang membincangkan tentang
pendekatan sains yang digunakan dalam memahami psikologi atau ilmu kejiwaan
manusia, isu tentang pendekatan sains yang digunakan dalam membangunkan sistem
muamalat dan ekonomi dan pelbagai isu-isu lain lagi yang dibincangkan untuk
menerangkan sains serta peranannya. Memahami pengertian sains membolehkan kita
mengetahui sains dibangunkan dan ditransformasikan daripada satu generasi kepada
generasi berikutnya.
212

Bab yang ketiga telah membicarakan kecerdasan-kecerdasan yang perlu ada


kepada setiap manusia yang berilmu. Pembangunan pengetahuan sains berhubung
secara langsung dengan isu yang berkaitan dengan pembangunan kecerdasan manusia
atau kecerdasan intelek (IQ- intelligence Quotient). Pada suatu ketika dahulu, di
puncak pembangunan pemikiran sains, manusia pintar dianggap manusia yang tinggi
kemampuan inteleknya. Maka dibentuk manusia yang tinggi tahap rasional dan logik
akalnya, sehinggakan logik akal dianggap sebagai penentu atau kayu ukur kepada
pembentukan dan pembangunan seseorang insan. Tahap kepintaran manusia diukur
dengan menggunakan kaedah IQ oleh ahli psikologi melalui penggunaan pendekatan
kaedah saintifik. Tetapi yang anehnya, manusia pintar ialah manusia yang kurang
hubungan sosialnya. Malah, jika dikaji latar belakang manusia yang tinggi kecerdasan
intelek saintifik ini, didapati hubungan sosial mereka dalam keluarga menjadi suatu
isu yang besar kepada mereka. Kebanyakannya gagal menjadi contoh yang baik dalam
membina rumah tangga, mendidik dan membesarkan anak-anak mereka sendiri. Oleh
kerana timbulnya kegagalan-kegagalan ini, maka seterusnya diperkenalkan pula
kecerdasan emosi (EQ- Emotional Quotient). Kecerdasan emosi ini menjadi suatu
yang begitu penting sehingga mendorong kepada lahirnya mereka yang berusaha
mengukur emosi ini melalui pendekatan saintifik. Bukan setakat IQ dan EQ sahaja,
malah kini diperkenalkan pula dengan kecerdasan yang baru iaitu, kecerdasan spiritual
(SQ- Spiritual Quotient).

Dalam keghairahan membangunkan pengetahuan sains yang berkait dengan


kecerdasan-kecerdasan manusia yang terdiri daripada IQ, EQ, dan SQ, telah
mendorong kepada lahirnya suatu pendekatan baru yang dikenali sebagai pendekatan
ESQ (Emotional & Spiritual Quotient), iaitu kecerdasan emosi dan spiritual secara
sepadu dengan intelek, walaupun emosi yang dimaksudkan langsung tidak menyamai
konsep nafs yang dimaksudkan dalam Islam dan konsep spiritual berbeza langsung
dengan konsep rohani yang difahami oleh sarjana Islam. Malangnya, ada kalangan
sarjana Islam menerima konsep emosi sama dengan konsep nafs dan konsep spiritual,
sama dengan konsep rohani. Konsep rohani mempunyai perkaitan yang rapat dengan
Tuhan, sedangkan konsep spiritual yang difahami olehpemikir-pemikir Barat tiada
kaitan dengan Tuhan. Malah kalimah rohani yang berasal daripada kalimah Roh
merupakan suatu perkataan yang diambil daripada al-Quran. Ulasan berhubung
213

kecerdasan-kecerdasan ini adalah merupakan idea dan ulasan awal kepada


perbincangan yang lebih besar iaitu Sains Tauhidik. Sains Tauhidik tidak menolak
sains konvensional, atau dengan kata lain, kecerdasan tauhidik tidak menolak
kecerdasan intelek, kecerdasan emosi dan kecerdasan spiritual, tetapi kecerdasan
tauhidik ialah kecerdasan yang berpaksikan Tuhan Yang Maha Esa.

Pengisian seterusnya tertumpu kepada penerangan berhubung sains dan


masyarakat yang dimuatkan dalam bab yang keempat. Kepentingan sains dalam
membantu manusia memahami sifat alam tabii ini memungkinkan manusia
mengambil manfaat daripadanya. Sains amat penting kepada manusia. Negara maju
ialah negara yang aktif dalam kegiatan sains dan teknologinya. Sumber bumi dan
segala khazanahnya yang diamanahkan Allah SWT kepada kita tidak mungkin dapat
dimanfaatkan tanpa pembangunan dan pelaburan dalam bidang sains dan teknologi.
Namun begitu, sains dan teknologi bukanlah segala-galanya. Sains dan teknologi
hanyalah suatu alat, wasilah atau wahana untuk memastikan wujudnya tamadun dan
pembangunan dan ia bukanlah matlamat yang perlu digapai. Sekiranya penekanan
hanya diberikan kepada alat, wasilah dan wahana semata-mata, iaitu kepada sains dan
teknologi dan tidak kepada pembangunan kemanusiaan itu sendiri, manusia akan
hilang panduan dan matlamat akhir dalam hidupnya. Persoalan asas seperti siapa
manusia, ke mana manusia akan pergi, ke mana kemajuan yang ada akan membawa
manusia, apakah akhir hidup ini, pastinya tidak terjawab hanya dengan sains dan
teknologi. Jawapan-jawapan tersebut hanya terdapat dalam pengisian ajaran-ajaran
agama. Dalam buku ini, Mohd Yusof (2014) berusaha menjawabnya dari sudut
pandangan Islam.

Sebagai sambungan kepada bab 2, yang membicarakan pengertian sains, Bab 3


yang membicarakan kecerdasan manusia dan bab 4 membicarakan sains dan manusia,
Mohd Yusof menumpukan bab 5 kepada perbincangan tentang Sains Tauhidik.
Kebanyakan pembaca yang mengikuti perkembangan falsafah sains akan bertanya
kenapa Mohd Yusof menggunakan istilah Sains Tauhidik dan bukannya Sains Islam
seperti yang biasa disebut dan diwacanakan oleh Sayyed Hossein Nasr, Ismail Al-
Faruqi, Ziauddin Sardar, dan Osman Bakar. Walaupun di sini wujudnya penggunaan
istilah yang berbeza antara Mohd Yusof dan pemikir-pemikir lain dalam usaha untuk
214

menggambarkan sains yang terhasil dari proses pengislaman sains, melalui tulisan
Mohd Yusof, beliau tidak sedikitpun menolak pandangan pemikir-pemikir hebat yang
telah banyak berbakti dalam memperkasakan agenda pengislaman ilmu. Malah
pandangan mereka inilah yang menjadi asas dan panduan kepada perbincangan dalam
buku Sains Tauhidik ini. Beliau sedar pelbagai istilah telah digunakan untuk
menggambarkan ilmu yang terhasil daripada pengislaman ilmu. Sayyed Hossein Nasr
pernah menggunakan istilah Sains Kudus (Scientia Sacra) yang menjadi dasar kepada
Sains Islam yang beliau ajukan itu.

Pada bahagian yang seterusnya, Mohd Yusof telah memberikan tumpuan


kepada isu sains dan bahasa serta sangkut paut antara keduanya. Isu bahasa
merupakan suatu isu yang sangat penting untuk memastikan sains yang diajar kepada
masyarakat Malaysia disampaikan dalam bahasa yang boleh diterima dan difahami
oleh rakyat seluruhnya. Tambahan pula, isu bahasa di Malaysia menjadi suatu perkara
yang perlu ditekan dan diambil berat kerana isu bahasa terkandung dalam
perlembagaan Malaysia. Manakala sains dan teknologi perlu dikuasai untuk
memastikan agenda pembangunan negara terlaksana. Sememangnya banyak
penulisan-penulisan sains dan teknologi ditulis dalam Bahasa Inggeris yang diiktiraf
sebagai bahasa antarabangsa. Namun begitu, bagi Mohd Yusof sebagai pejuang
Bahasa Melayu menafikan kenyataan pihak-pihak tertentu yang mengatakan pelajar
hanya mampu mempelajari dan menguasai sains dan teknologi melalui perantaraan
Bahasa Inggeris sahaja. Kenyataan yang terlalu mengagungkan bahasa luar dan sekali
gus merendah-rendahkan kebolehan Bahasa Melayu untuk menjelaskan dan
membangunkan sains dan teknologi. Dalam bahagian sains dan bahasa ini, Mohd
Yusof menjelaskan kemampuan bahasa ibunda untuk dikembangkan bagi
membangunkan sains dan teknologi.

Pelbagai persoalan berkaitan bahasa ditimbulkan untuk dijelaskan dalam


bahagian ini, antaranya, bolehkah penguasaan Bahasa Inggeris ditingkatkan melalui
aktiviti sains dan teknologi? Bolehkah sains dan teknologi dibangunkan hanya dengan
menggunakan Bahasa Inggeris? Apakah kita boleh membenarkan Bahasa Inggeris
mengambil alih Bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan dan bahasa pengantar
ilmu di Malaysia? Apakah Bahasa Melayu tidak mampu untuk membangunkan sains
215

dan teknologi? Siapa yang layak untuk memastikan Bahasa Melayu menjadi bahasa
ilmu termasuk sains dan teknologi? Apakah yang akan berlaku kepada Bahasa Melayu
sekiranya sains diajar dalam Bahasa Inggeris, sedangkan pendekatan saintifik sedang
menular dalam bidang ilmu yang secara tradisinya bukan sains? Bagaimana jati diri
bangsa di Malaysia dapat dibangunkan melalui pendekatan sains dan teknologi yang
diajar dalam Bahasa Inggeris? Menurut Mohd Yusof (2014), berdasarkan pengalaman
mengajar sains dan teknologi Universiti Kebangsaan Malaysia selama lebih daripada
36 tahun, berdasarkan kepada penulisan saintifik yang pernah ditulis oleh Mohd Yusof
sendiri, berdasarkan karya yang selama ini dilakukan oleh beliau dalam bidang sains,
berdasarkan pembacaan beliau dalam isu bahasa ini, setakat ini masih belum timbul
suatu keyakinan dalam diri beliau bahawa Bahasa Inggeris mampu menjadi suatu
pilihan terbaik untuk digunakan secara sepenuhnya dalam pengajaran dan
pembelajaran sains dan teknologi terutamanya di peringkat sekolah rendah, menengah
mahupun di peringkat pengajian tinggi.

Bab 7 yang terkandung dalam buku Pengenalan Sains Tauhidik ini telah
membawakan tajuk Sains, Kesihatan dan Agama untuk dihuraikan oleh Mohd Yusof.
Perbincangan bab ini berkisarkan apa yang dimaksudkan dengan kesihatan, apa yang
dimaksudkan dengan manusia sihat hanya sihat tubuh badan lahiriahnya sahaja, atau
konsep kesihatan yang merangkumi konsep kesihatan yang lebih luas yang mencakupi
komponen qalb, nafs, akal dan rohani, dan seterusnya berkisarkan peranan puasa
dalam membina komponen kerohanian. Menurut beliau, sains telah menular ke bidang
lain termasuk bidang agama sehinggakan wujud suatu kecenderungan dalam kalangan
pembaca dan masyarakat awam yang berusaha untuk memberikan tafsiran ibadah
khusus dalam Islam melalui pendekatan saintifik.

Hakikatnya ramai dalam kalangan ilmuan sains yang sensitif terhadap isu
agama berusaha memberikan keyakinan kepada masyarakat menggunakan pendekatan
sains dalam ibadah seperti ini. Sebagai contoh, Yusof Othman telah membicarakan
hubungan antara ibadah puasa dengan kesihatan. Apabila menjelang bulan Ramadhan,
radio, televisyen dan juga media massa yang lain akan memaparkan pandangan ahli
sains, terutamanya mereka yang pakar dalam sains kesihatan dan sains perubatan
untuk menjelaskan hubungan sains dengan ibadah puasa.
216

Oleh kerana terlalu terpesona dengan kesan kesihatan yang lahir daripada
ibadah puasa, kita menjadi seolah-olah lupa bahawa ibadah puasa merupakan suatu
ibadah yang terkandung dalam Rukun Islam dan telah diwajibkan ke atas umat Islam
dalam keadaan-keadaan tertentu. Menurut pandangan Mohd Yusof (2014), perkara ini
adalah bercanggah dengan konsep ibadah puasa itu sendiri. Ini kerana, menurut al-
Quran melalui surah al-Baqarah (2:183), matlamat terakhir berpuasa adalah untuk
meningkatkan darjah ketakwaan seseorang dan bukannya darjah sihatnya seseorang
itu, walaupun ibadah puasa dalam masa yang sama memberikan faedah kesihatan
yang baik untuk orang-orang yang melaksanakannya mengikut kaedah dan cara yang
betul sebagaimana yang telah digariskan oleh Agama Islam.

Bab 8 diberikan tajuk Etika dalam Sains: Tauhidik dan Sekular. Bab ini telah
mengupas secara lebih khusus berhubung perbezaan sains konvensional dan sains
lazim. Perbezaan ini bukanlah sekadar perbincangan perbezaan pada takrif dan tujuan
sains semata-mata, tetapi perbezaannya juga terletak pada etika sains lazim dan Sains
Tauhidik itu sendiri. Dalam bab ini, pengertian etika telah dibincangkan seperti yang
biasa difahami oleh sarjana Barat seperti etika deskriptif, etika normative, dan etika
meta. Perbincangan juga dilakukan ke arah membentuk etika seorang ahli sains seperti
etika untuk menjalankan penyelidikan, etika dalam penulisan saintifik dan etika yang
berhubung dengan masyarakat dan orang awam, termasuk mereka yang
berkepentingan dalam kajian yang dijalankan. Perbandingan antara etika dalam Sains
Tauhidik dengan Sains Sekular juga dibincangkan.

Buku Pengenalan Sains Tauhidik diakhiri dengan bab 9 yang membawakan


tajuk, Salah Faham Sains dan Al-Quran. Dalam bab ini, Mohd Yusof telah
membicarakan beberapa salah faham tentang sains. Sains merupakan suatu alat yang
amat penting untuk digunakan dalam memastikan wujudnya pembangunan. Menurut
beliau, tiada sebuah negarapun yang dapat membangun tanpa dokongan yang kuat
daripada pembangunan sains dan teknologi. Hebatnya pengetahuan sains hari ini
sehinggakan semua bidang ilmu yang lain turut menggunakan pendekatan saintifik
dalam membangun ilmu mereka, walhal disiplin bidang ilmu tersebut tiada kene
mengena dengan sains. Natijahnya, ilmu sains menjadi suatu ‘isme’, atau juga digelar
sebagai saintisme yang menjadi dasar kepada hampir kesemua ilmu lain. Dalam kes
217

Islam, ramai juga yang berusaha melihat hujah Islam dari sudut pandangan saintisme
ini. Oleh kerana kurang arifnya masyarakat awam tentang epistemologi sains, maka
wujud suatu kesalahfahaman berhubung pengetahuan sains dan Islam itu sendiri.
Dalam bab ini, Mohd Yusof menjelaskan tentang batas-batas pemerhatian sains yang
boleh digunakan sebagai panduan dalam memperihalkan penghujahan saintifik
terhadap keterangan ayat-ayat al-Quran.

6.3.2 Karya Sains dalam Maqasid al-Qur’an

Sains dalam Maqasid al-Qur’an adalah sebuah buku yang telah diterbitkan pada tahun
2013 oleh Institut Islam Hadhari dan Perpustakaan Universiti Kebangsaan Malaysia,
Bangi, Selangor. Buku yang terdiri daripada 79 muka surat ini adalah sebuah buku
yang terhasil daripada Syarahan Tun Seri Lanang pada 9 Oktober 2013 dan diadakan
di Bilik Sanggar Ilmu, Perpustakaan Tun Seri Lanang, Universiti Kebangsaan
Malaysia. Buku ini membincangkan lapan tajuk utama yang tidak termasuk
pendahuluan dan kesimpulan.

Menurut Mohd Yusof (2013), sains adalah pengetahuan yang berhubung


dengan bagaimana seseorang memahami tabii alam, manakala teknologi adalah
pengetahuan yang berhubung dengan bagaimana pengetahuan sains tersebut
dimanfaatkan untuk pembangunan keseluruhannya. Sains adalah ilmu sepanjang
zaman yang merupakan warisan hidup manusia dan membantu membina peradaban.
Al-Quran adalah kitab yang diturunkan oleh Allah SWT kepada Rasulullah SAW
untuk disampaikan kepada pengikut baginda untuk menjadi panduan dalam
membangun diri, masyarakat dan agama. Tiada pembangunan peradaban tanpa sains
dan teknologi. Dalam peradaban Barat, ilmu wahyu tidak ada peranannya. Malah
kehadiran ilmu wahyu, mengganggu kelancaran pembangunan sains dan teknologi itu
sendiri. Dengan demikian, bagi sarjana Barat, ilmu wahyu, nilai, pengaruh budaya dan
fahaman, perlu diabai dan dikesampingkan.

Natijahnya, pembangunan hari ini menjadi tempang sehingga penekanan yang


keterlaluan diberikan kepada pengetahuan objektif dan mengabiakan pengetahuan
subjektif. Inilah yang menyebabkan tiada penyelesaian tuntas kepada isu alam sekitar
dan pemanasan global, isu eksploitasi dan manipulasi sumber alam sehingga
218

menjejaskan sistem ekonomi dan kewangan dunia. Begitu juga dengan isu sosial yang
amat menjelekkan, yang melahirkan insan yang tidak tahu menghormati ibu bapanya
sendiri, keruntuhan institusi rumah tangga dan mempromosi gaya hidup lesbian, gay,
biseksual dan transgender (LGBT).

Syarahan ini membincangkan kedudukan sains dalam al-Quran dan tuntutan


membangunkan pengetahuan sains yang tidak terlepas daripada tanggungjawab
sebagai seorang khalifah Allah di muka bumi. Kita perlu mengetengahkan isu ini
kerana pembangunan sains tanpa agama adalah buta, sehingga matlamat
pembangunan untuk melahirkan insan yang bahagia dan sejahtera tidak tercapai.
Manakala agama tanpa sains adalah tempang, sehingga tuntutan agama tidak dapat
dilaksanakan dengan sempurna tanpa pembangunan sains dan teknologi yang
sewajarnya.

Pada bahagian pendahuluan buku Sains dalam Maqasid Al-Quran ini, Mohd
Yusof (2013) telah membincangkan pembangunan sains dan teknologi yang wujud
seiring dengan pembangunan peradaban yang telah dibangunkan oleh manusia.
Namun di sana terbentuk suatu permasalahan yang lahir dari pemahaman dan
pembawaan sains yang mengenepikan Pencipta sains itu sendiri. Sains bukanlah suatu
ilmu yang mutlak, malah langsung tidak mampu untuk menerangkan dan
membuktikan semua keadaan dan kejadian yang ada bukan hanya di dunia ini, bahkan
alam semester. Oleh kerana sains yang dibentuk oleh Barat yang menjadi sanjungan
kebanyakan masyarakat diletakkan di tempat yang tinggi, dan dijadikan penentu
kepada penerimaan sesuatu perkara, maka sains telah mendominasi segala aspek
kehidupan manusia. Sehinggakan ilmu-ilmu lain yang tidak memerlukan penerangan
sainspun, perlu dijustifikasikan secara saintifik untuk menjamin penerimaannya secara
sejagat.

Suasana beginilah yang mendorong kepada pengabaian ajaran agama, adat


budaya dan lahirnya mereka yang berfahaman saintisme iaitu, menerima suatu perkara
hanya jika dibuktikan benar oleh sains. Sanjungan yang melebihi segalanya kepada
sains melahirkan suatu sistem ilmu yang menolak agama. Maka, buku dari syarahan
Mohd Yusof ini mengupas kedudukan sains dalam sistem eko ilmu wahyu yang lebih
219

luas dan seterusnya mencadangkan pendekatan baru dalam pengajaran sains dan
teknologi dalam sistem pendidikan hari ini; pendidikan sains yang lebih bersifat
ketuhanan, mesra alam dan mesra masyarakat yang beliau namakan sebagai Sains
Tauhidik.

Tajuk yang kedua, Ketempangan Sains Kini membincangkan aktiviti sains dan
teknologi yang dijalankan, tidak menjamin kepada penghasilan yang mampu
membawa kesan positif dan manfaat kepada manusia dan alam sekitar. Aktiviti sains
dan teknologi hari ini banyak bertujuan untuk mengeksploitasi segala sumber alam
tanpa memikirkan kesan dari semua sudut dan terlalu mementingkan pihak-pihak
tertentu sahaja. Ini mendorong kepada pelbagai musibah yang terjadi akibat daripada
jiwa mereka yang tidak terdidik dengan pendidikan yang benar, yang merangkumi
aspek objektif dan subjektif. Penekanan aspek objektif dan mengabaikan aspek
subjektif dalam pembangunan ilmu, melahirkan mereka yang berfahaman saintisme,
yang terlalu bersifat kebendaan dan mengabaikan nilai-nilai insan.

Tajuk yang ketiga, Ketempangan Pembangunan Alam Sekitar pula


membincangkan kesan-kesan yang perlu ditanggung oleh masyarakat dunia hasil
daripada penggunaan sains melalui petunjuk Barat. Kerakusan mengeksploitasi alam
membawa kepada ekosistem yang kucar-kacir dan tidak mengikut kebiasaan seperti
sebelumnya. Kesan-kesan penyalahgunaan ini dapat dilihat melalui suhu dunia yang
meningkat hasil daripada pemanasan global, hujan lebat di luar musim, salji turun di
tempat yang tidak pernah menerima salji dan kebakaran hutan yang tidak terkawal
oleh kuasa manusia. Pembangunan yang langsung tidak mementingkan persoalan
subjektif yang terdapat dalam ajaran agama, dan adat budaya mendorong kepada
kerosakan luar jangka dan yang telah dijangka dari awal oleh sains sendiri.

Tajuk keempat yang dibincangkan dalam buku ini adalah Ketempangan Sistem
Ekonomi dan Kewangan. Perbincangan ini berkisar peningkatan pembangunan
ekonomi negara yang menggunakan pendekatan sains yang mengesampingkan agama
dan budaya. Kegiatan ekonomi pada asalnya merupakan suatu kegiatan yang
dianjurkan oleh agama. Namun begitu, aktiviti ekonomi kini, kebanyakannya adalah
hanya bertujuan untuk keuntungan dan mengenepikan tanggungjawab sosial dan
220

tanggungjawab terhadap alam. Menurut Mohd Yusof (2013), Francis Fukuyama,


seorang mahaguru terkenal dalam bidang ekonomi dan pengurusan mengatakan,
situasi ekonomi akan menjerat kehidupan manusia apabila mereka terlalu
mementingkan keuntungan dan menggunakan pendekatan saintifik yang menolak
agama dalam pembangunan ekonomi sesebuah negara. Pendekatan saintifik dalam
pembangunan ekonomi yang terlalu mementingkan keuntungan dan tidak
mengamalkan nilai-nilai etika yang terpuji akan menjurus kepada kemusnahan
kestabilan ekonomi tersebut dan merosakkan sistem kewangan negara dan dunia.

Tajuk yang kelima dalam buku syarahan ini adalah, Ketempangan Sistem
Sosial. Pada bahagian ini, Mohd Yusof (2013) membincangkan pendekatan saintifik
yang diguna untuk memahami psikologi manusia sehingga pendekatan ini dijadikan
kayu ukur bagi menentukan tingkah laku manusia. Melalui pendekatan inilah,
timbulnya Teori Darwin yang menolak konsep tuhan sebagai pencipta semua
makhluk. Pelbagai kajian secara saintifik telah dilakukan oleh banyak pihak daripada
Barat berhubung tingkah laku manusia. Hasil kajian yang diperoleh, digunakan untuk
membina suatu sistem pendidikan iaitu, sistem pendidikan Barat. Dasar sistem ini
adalah tuhan tidak wujud dan agama tidak berperanan dalam membina perspektif
hidup manusia. Hasilnya, sistem pendidikan ini melahirkan insan-insan yang
menyeleweng dari fitrah hidup bertuhan dan mengenepikan ajaran agama. Sejarah
telah membuktikan suasana sosial yang kucar kacir dan tidak bersistem boleh
meruntuhkan sesebuah tamadun.

Pada bahagian seterusnya iaitu, Pengertian Sains, Mohd Yusof (2013)


menerangkan apakah pengertian-pengertian sains yang difahami oleh sarjana Barat
sebelum beliau meneruskan penerangannya kepada sains dalam maqasid al-Quran.
Dari segi istilah sains, Peter Medawar mengatakan sains adalah istilah baru yang tidak
terdapat dalam tamadun sebelumnya. Manakala pengetahuan sains adalah
pengetahuan yang maklumatnya dijana dan dikembangkan secara bersistem dengan
kaedah-kaedah tertentu berdasarkan premis tertentu oleh pencerapnya sehingga
menumpukkan pengetahuan yang boleh dipercayai, samada melalui eksperimen atau
hujah mantik secara teori. Sains yang dianjurkan sarjana Barat ditakrifkan dengan
pengetahuan yang bersistem dan terurus. Menurut Kamus Dewan (2005), sains adalah
221

kajian secara bersistem berdasarkan kepada pencerapan dan eksperimen. Daripada


takrif-takrif tersebut dapat dilihat bagaimana individu-individu yang terlibat
mentakrifkan sains melalui apa yang mereka faham melalui pencerapan dan
pemerhatian alam tabii. Namun begitu, takrif-takrif yang diutarakan bukanlah suatu
takrif yang benar-benar tetap dan bukan juga salah, namun masih boleh diperbaiki,
ditambah baik dan dihujahkan lagi.

Pada bahagian yang seterusnya, Mohd Yusof (2013) membincangkan beberapa


andaian asas yang menjadi premis kepada pembangunan ilmu Sains Barat. Falsafah
tulen yang didokong oleh Barat memerlukan tiga andaian asas. Premis pertama yang
menjadi asas pembangunan sains adalah, alam tabii hanya akan difahami melalui
pendekatan saintifik sekiranya mereka yakin dan percaya bahawa tabii alam adalah
teratur dan saling berhubung antara satu dengan yang lain mengikut peraturan atau
hukum tertentu. Manakala premis kedua mengandaikan bahawa manusia mampu
menghuraikan sebab kejadian suatu fenomena tabii alam yang dicerap. Premis ketiga,
Barat menganggap bahawa ilmu sains bersifat objektif dan sejagat. Bagi ilmuwan
aliran Barat, sains adalah cara manusia mencerap fenomena tabii alam dengan akal
fikiran manusia, manakala teknologi pula adalah ilmu teknik untuk memanfaatkan
alam yang dicerap.

Sebelum diteruskan kepada tajuk Sains dalam Maqasid al-Quran, penerangan


mengenai al-Quran terlebih dahulu diterangkan. Al-Quran merupakan kitab yang
diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW untuk disampaikan kepada manusia
tentang ajaran-ajaran yang terkandung dalamnya. Himpunan wahyu yang mendirikan
al-Quran adalah untuk dijadikan pedoman dan bimbingan kepada manusia. Pada
bahagian seterusnya iaitu, Sains dalam Maqasid Al-Quran membincangkan
kedudukan sains pada pandangan ajaran Islam yang terkandung dalam kitab al-Quran.
Menurut Mohd Yusof (2013), objektif atau maqasid al-Quran daripada keseluruhan
ayat-ayat al-Quran dibahagikan kepada empat kategori iaitu, hubungan antara manusia
dan Allah SWT, hubungan sesama manusia, hubungan antara alam dan Tuhannya dan
hubungan manusia dengan alam sekitar.
222

Hubungan antara manusia dan Tuhan adalah suatu hubungan perhambaan


manusia kepada Penciptaannya dalam semua keadaan terutamanya dalam beribadah.
Bagi umat Islam, ucapan syahadah (Mengakui tiada tuhan yang disembah melainkan
Allah dan Nabi Muhammad pesuruh Allah) yang menjadi tunjang kepada akidah
Islam adalah suatu falsafah dan konsep asas dalam Islam yang padanya terdapat rukun
dan prinsip keimanan kepada Allah. Allah SWT melantik manusia sebagai khalifah di
muka bumi ini untuk mentadbir alam agar sentiasa terjamin keharmonian, keamanan
dan mencapai sebuah peradaban. Manusia diberikan tanggungjawab sebagai khalifah
kerana mereka telah diberikan Allah dengan lima perkara iaitu roh, qalb, akal, nafs
dan jasad dengan fungsinya masing-masing. Manakala kategori yang kedua iaitu,
hubungan sesama manusia yang ada dicatatkan Allah dalam al-Quran melalui surah
al-Hujurat ayat ke-13 bahawa, kemuliaan manusia tidak pernah dibezakan melalui
bangsa, keturunan dan kedudukan, tetapi tahap ketaqwaan mereka kepada Allah SWT.
Al-Quran melalui surah al-Hujurat ayat ke-11 dan 12 juga telah menggariskan adab-
adab dan akhlak-akhlak yang perlu ada pada seseorang Muslim dalam pergaulan atau
muamalat sesama manusia. Pembangunan sistem sosial yang baik, pembangunan
sistem ekonomi dan pembangunan sistem politik adalah suatu usaha yang amat perlu
untuk digerakkan berlandaskan akidah, syariah dan akhlak Islam agar kesejahteraan
hidup sesama manusia terjamin.

Kategori yang ketiga adalah hubungan antara alam dan Penciptanya. Alam
merupakan suatu makhluk yang mempunyai tabii tersendiri dan tidak pernah
melepaskan dirinya daripada kekuasaan Allah seperti ayat yang telah diterangkan oleh
Allah melaui surah An-Nur ayat ke-41. Adapun dari pandangan Sains Barat, alam
mempunyai tabii tersendiri yang dikaji dan difahami secara bersistem, mantik dan
objektif. Kajian sains perlu dilakukan berterusan dan terperinci, namun masih
bergantung kepada pemurnian pemerhatian, iaitu tidak mutlak. Mengikut perspektif
Islam pula, tabii alam juga tidak mutlak. Tetapi bukanlah seperti Sains Barat, tidak
mutlak disudut Islam kerana segala tabii alam yang menjadi fitrah kepada alam hanya
akan terjadi sekiranya diizinkan oleh Allah. Manakala kategori yang keempat pula
iaitu hubungan manusia dengan alam sekitar, menerangkan Islam adalah sebuah
agama yang mementingkan umatnya menguasai sains dan teknologi dan mendorong
kepada kemampuan manusia untuk mencerap tabii alam secara sistematik, mantik dan
223

objektif, namun dalam masa yang sama, menggalas tanggungjawab sebagai khalifah
yang perlu patuh kepada setiap perintah dan larangan Allah.

Menurut Mohd Yusof (2013) sekiranya kita membangunkan manusia hanya


dengan menggunakan pendekatan saintifik yang bersifat objektif, pembangunan
manusia tidak akan sempurna kerana komponen roh, qalb dan nafs yang bersifat
subjektif tidak akan terbangun, yang terbangun hanyalah jasad dan aqal sahaja. Oleh
kerana ketempangan atau kepincangan yang ada pada sains tajaan Barat bakal
meruntuhkan sistem hidup manusia yang memerlukan keharmonian, keamanan dan
kedamaian, maka sains alternatif yang lebih lestari, mesra manusia dan alam serta,
serta bertanggungjawab kepada penciptanya harus dirangka. Sains ini digelar oleh
Mohd Yusof sebagai Sains Tauhidik.

6.3.3 Karya Sains, Masyarakat dan Agama

Sains, Masyarakat dan Agama merupakan sebuah buku yang mempunyai 274 muka
surat, karangan Mohd Yusof Bin Haji Othman yang telah diterbitkan pada tahun 2009
oleh Utusan Publications and Distributors Sdn. Bhd. Buku ini merupakan cetusan
pemikiran penulis berdasarkan kepada beberapa rencana terdahulu yang pernah
diamanahkan kepada Mohd Yusof untuk dikupas dan dianalisis. Rencana asalnya
ditulis berdasarkan kepada nota kuliah untuk memenuhi keperluan pengajaran bagi
kursus Sejarah dan Falsafah Sains dan kursus Etika dalam Kegiatan Sains dan
Teknologi yang disediakan untuk pelajar yang menuntut di Fakulti Sains dan
Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Nota tersebut telah dikembangkan menjadi rencana untuk International


Conference on Mathematical Sciences ICMO’07; Integrating Mathematical Sciences
within Society, yang telah dianjurkan oleh Pusat Pengajian Sains Matematik,
Universiti Kebangsaan Malaysia dengan kerjasama Persatuan Matematik Malaysia
pada 28-29 Disember 2007. Begitu juga untuk Seminar Perkembangan Islam
Nusantara bersempena dengan perayaan Jubli Emas Majlis Agama Islam Serawak dan
Universiti Teknologi Mara UiTM di Hotel Crown Plaza, Kuching, Sarawak pada 22-
24 September 2005, Seminar Sains, Agama dan Budaya di Alam Melayu, anjuran
Universiti Malaya dan Dewan Bahasa dan Pustaka di Bilik Wawasan, Rumah
224

Universiti, Universiti Malaya pada 6 dan 7 Disember 2006, dan beberapa rencana lain
yang berhubung dengan sains dan teknologi. Begitu juga dengan Seminar Bahasa dan
Sastera sempena Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia (MABBIM)
yang diadakan di Hotel Orchid Garden, Bandar Seri Begawan pada 14 hingga 16 Mac
2006, serta siri dan syarahan yang telah diminta untuk dihuraikan tajuk yang
seumpama dengannya oleh beliau (Mohd Yusof 2009a).

Buku ini dimulakan dengan Bab I yang membawakan tajuk Sains dan
Teknologi dalam Sejarah. Bab ini membincangkan sejarah perkembangan sains dan
teknologi secara sepintas lalu untuk meyakinkan pembaca bahawa sains dan teknologi
bukanlah warisan Tamadun Barat semata-mata, tetapi sains dan teknologi bermula
seiringan dengan kehadiran manusia di atas muka bumi. Ini bermakna sains dan
teknologi merupakan suatu perkara dan aktiviti yang baru jika dibandingkan dengan
usia bumi.

Melalui kelebihan yang telah dianugerahkan Tuhan kepada Manusia dalam


mengurus alam, manusia mampu untuk memahami tabii alam, dan mengadakan
pelbagai inovasi yang kreatif. Namun begitu, sains dan teknologi silam bukanlah
seperti sains neutral yang dibangun dan diagung-agungkan Barat, yang kononnya
langsung tidak dipengaruhi oleh sebarang pegangan dan kepercayaan. Sains dan
teknologi silam tidak pernah terpisah dengan nilai kemanusiaan, budaya, gaya hidup
manusia yang menjadi dasar kepada fahaman agama, falsafah, prinsip, dan budaya
untuk membina falsafah hidup manusia yang bersesuaian dengan tuntutan zaman
mereka.

Menurut Mohd Yusof dalam buku ini, sejarah tamadun silam membuktikan
kenyataan yang mengatakan, Firaun membangunkan tamadunnya dengan sains dan
teknologi zamannya yang sesuai dengan impian Firaun. Begitu juga dengan tamadun
yang telah dibina oleh She Huang Ti, Tamadun Greek, Tamadun Mesir, Tamadun
Maya, dan Tamadun Islam itu sendiri. Pendek kata, sains dan teknologi sentiasa
menjadi wasilah, wahana dan platform yang utuh untuk membina sesebuah tamadun.
Malangnya sewaktu Tamadun Barat diperkenalkan pada abad ke-17, sains dan
teknologi bukan sahaja menjadi wahana, tetapi sains dan teknologi menjadi fahaman
225

hidup, nilai dan budaya yang akhirnya meminggirkan ajaran agama, budaya dan adat
resam untuk menerima nilai-nilai sekular yang terdapat dalam ilmu sains dan
teknologi ciptaan mereka.

Sains Tanpa Agama, Buta dan Agama Tanpa Sains, Tempang, adalah tajuk
bagi Bab 2 bagi buku Sains, Masyarakat dan Agama ini yang membincangkan
kepincangan masyarakat hasil daripada sains dan teknologi ciptaan Barat. Bab ini
menghuraikan secara ringkas berhubung kesan dan natijah Sains Barat sebelum
membincangkan Bab 3 yang membawa tajuk ‘Apakah Sains?’ yang membincangkan
takrifan sains daripada perspektif Barat. Mereka yang menerima sains dan teknologi
dalam acuan Barat telah memisahkan sains dan teknologi daripada fahaman agama
dan budaya, yang akhirnya melahirkan apa yang disebut sebagai saintisme. Saintisme
adalah suatu fahaman hidup dan pandangan alam yang memisahkan kegiatan sains
dan teknologi daripada fahaman hidup beragama dan budaya manusia seperti yang
dibincangkan dalam Bab 4 (Natijah Sains Barat) dan Bab 5 (Natijah Saintisme).

Bab 6, ‘Pandangan Sarjana Islam tentang Sains’, telah mengupas tentang


pandangan sarjana-sarjana Islam tentang sains dan teknologi secara ringkas untuk
melihat kepincangan dan natijah daripada sains dan teknologi yang diperkenalkan
Barat. Agama Islam bukan hanya merupakan agama yang tidak pernah menolak sains
dan teknologi, bahkan sejarah telah menunjukkan bahawa Agama Islam telah
melahirkan sarjana-sarjana yang hebat berfikir, aktif mencari dan mengumpul ilmu
serta bersungguh-sungguh untuk membangunkan sains dan teknologi. Mereka
menjalankan pelbagai kegiatan sains dan teknologi untuk dimanfaat dan digunakan
oleh manusia dengan batas-batas yang tertentu. Pandangan daripada beberapa sarjana
Islam tersohor tentang sains dan teknologi telah dibincangkan dalam bab yang
seterusnya iaitu, Bab 7 yang diberikan tajuk ‘Isu Sains dan Teknologi dari Perspektif
Sarjana Islam’.

Mohd Yusof merupakan seorang tokoh yang tegas dan bergiat aktif dalam
memperjuangkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan agar tidak diperlekeh
dan diketepikan oleh terutamanya Bangsa Melayu sendiri. Pendirian ini dibincangkan
dalam Bab 8 yang bertajuk ‘Bahasa dan Persuratan dalam Menjana Sains dan
226

Teknologi’. Kenyataan yang mengatakan bahawa, untuk memudahkan pengajaran


sains dan teknologi, Bahasa Inggeris perlu digunakan sebagai bahasa pengantar bagi
sains dan teknologi telah menyentapkan pendirian Mohd Yusof dalam
mempertahankan Bahasa Melayu. Namun begitu, bagi Mohd Yusof (2009), beliau
tidak pernah menafikan kepentingan Bahasa Inggeris yang telah digunakan di
peringkat global, tetapi untuk menjadikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar
dalam mengajar dan belajar subjek sains dan teknologi, terutamanya di peringkat yang
terlalu awal merupakan suatu kesilapan yang besar.

Bahasa adalah pembangunan budaya, nilai dan citra bangsa. Manakala sains
dan teknologi bertindak sebagai alat yang digunakan untuk memahami percaturan
Allah dalam tabii alam. Pemahaman kita tentang tabii alam membolehkan kita
mengambil manfaat daripadanya dengan meningkatkan keupayaan manusia untuk
berinovasi dan kreatif. Gabungan antara potensi memahami tuntutan agama, budaya,
nilai dan citra manusia dan potensi sains dan teknologi membolehkan manusia
membangun dan bertanggungjawab kepada Tuhannya dalam segala urusannya.

Bahasa Melayu merupakan suatu bahasa yang telah lama digunakan di rantau
ini untuk mengembangkan ilmu pengetahuan termasuk sains dan teknologi. Sejarah
ada mencatatkan bahawa orang-orang Melayu di rantau ini telah maju dalam sains dan
teknologi sebelum kedatangan penjajah Barat lagi. Kemajuan ini terserlah dalam
sektor pembinaan, pembuatan, pertukangan, perkapalan, pertanian dan seni bina.
Bahasa Melayu adalah jati diri kepada penduduk rantau ini walaupun penduduknya
terdiri daripada pelbagai latar belakang budaya dan cara hidup. Setelah kedatangan
Islam ke rantau ini, Bahasa Melayu telah mengalami suatu perubahan yang positif
dengan masuknya ciri dan nilai-nilai Islam ke dalam budaya Melayu. Perubahan yang
ada, dapat dilihat kepada perubahan nama orang Melayu pada waktu itu, cara
menyebut dan menghitung hari, dan penggunaan kalimah-kalimah yang digunakan
dalam ajaran Agama Islam dan Bahasa Arab seperti alim, adil, ilmu, syukur, sabar,
masyarakat, amanah, ikhlas dan banyak lagi.

Bab 9 telah diberikan tajuk ‘Dampak Sains dan Teknologi kepada Masyarakat’
yang memperihalkan kesan dan kepentingan sains dan teknologi kepada masyarakat.
227

Sains dan teknologi telah banyak mempermudahkan urusan hidup manusia. Sains dan
teknologi telah membawa perubahan dan menghasilkan peralatan yang canggih yang
boleh menggantikan penggunaan peralatan tradisional seperti penggunaan binatang
dalam sistem pertanian kepada penggunaan jentera membajak. Bukan setakat itu
sahaja, sains dan teknologi bahkan telah berjaya merubah perspeksi materialistik dan
individualistik manusia kepada erti hidup yang lebih harmoni. Manusia menjadi
materialistik dan individualistik dengan kehadiran sains dan teknologi, di samping
mengabaikan tanggungjawab sosial dan agama kepada masyarakat

Kita sedang menyaksikan dunia Barat yang sebahagian masyarakatnya


menolak nilai-nilai agama dalam kehidupan seharian mereka. Hari ini, gereja, kuil,
tokong dan rumah-rumah ibadah tidak lagi menjadi tempat asas dalam pembinaan
sesebuah keluarga. Malah masyarakat Barat kini tidak lagi segan dan silu untuk
bersekedudukan dan tinggal bersama seperti suami isteri, walaupun hakikatnya
mereka tidak pernah bergelar suami dan isteri mengikut tradisi agama mereka.
Kehadiran sains dan teknologi sebenarnya telah memberikan dampak yang besar
kepada kehidupan berkeluarga. Masalah ini sebenarnya telah ada yang ditiru oleh
umat Islam yang mengenepikan ajaran agama. Sebelum ia menjadi parah dalam
kalangan umat Islam, kita perlu memikirkan dan mengambil tindakan sewajarnya agar
sains dan teknologi diletakkan di tempatnya yang sebenar, hanya sekadar sebagai
suatu alat untuk mencapai kemajuan, bukan sebagai matlamat atau tujuan utama
dalam usaha untuk mengejar suatu kemajuan.

Kemuncak kepada pengiktirafan yang tinggi kepada sains dan teknologi,


manusia telah meletakkan kemampuan akal berfikir secara rasional dan objektif
sebagai kemuncak kepada pencapaian manusia. Manusia yang hebat dikatakan sebagai
manusia yang mempunyai kecerdasan intelek yang tinggi apabila mereka mampu
untuk memberikan alasan secara sebab musabab dengan mengabaikan atau
mengesampingkan hal-hal yang berhubung dengan agama, adat resam, dan budaya
mereka sendiri.

Mereka dikatakan mempunyai kecerdasan yang tinggi apabila boleh berfikir


secara universal atau sejagat dengan mengabaikan nilai-nilai dan budaya tempatan
228

yang mereka miliki. Akhirnya mereka mengabaikan ajaran agama, adat resam, budaya
dan mereka meninggalkan bahasa mereka sendiri dan mengagungkan kecerdasan
intelek yang ketandusan jati diri. Hal ini perlu diatasi sehinggakan Mohd Yusof
(2009) mencadangkan agar manusia perlulah membangunkan kecerdasan intelek (IQ),
kecerdasan emosi (EQ), kecerdasan rohani (SQ) dan kecerdasan tauhid (TQ) secara
sepadu dan tercanai dalam diri walaupun setiap satunya mempunyai pendekatan dan
ciri yang berbeza.

Setelah memahami tentang kepentingan sains dan teknologi dan dampaknya


kepada masyarakat dan pemikiran mereka, Bab 11 diteruskan huraiannya berhubung
‘Pembangunan dan Alam Sekitar’. Alam sekitar menjadi perkara yang menjadi
kebimbangan sebahagian besar masyarakat dunia hari ini. Hujan yang turun di luar
musim, kemarau teruk yang menyebabkan bumi menjadi kering kontang, salji yang
turun melebihi kebiasaan dan turun di tempat yang tidak pernah turunnya salji,
kebakaran hutan yang tidak terkawal oleh kuasa akal dan usaha manusia, ribut taufan
yang menimpa sebahagian besar negara di dunia, dan jerebu tebal yang menutup
penglihatan manusia. Fenomena-fenomena ini merupakan suatu fenomena yang bakal
merubah alam menjadi tempat yang tidak lagi tetap keadaannya, bahkan menjadi
tempat yang amat sukar untuk difahami oleh manusia.

Perbincangan buku ini diakhiri dengan Bab 12 yang membincangkan tajuk


‘Al-Quran dan Sains’. Al-Quran merupakan sebuah kitab yang telah diwahyukan oleh
Allah SWT kepada utusan-Nya yang mulia, Nabi Muhammad SAW untuk dijadikan
panduan dan rujukan kepada seluruh umat Islam. Manakala sains pula merupakan
suatu ilmu yang dianggap sebagai suatu alat untuk membantu memudahkan urusan
manusia terutamanya dalam memahami tabii alam. Sains dan teknologi merupakan
suatu pemudah cara kepada manusia untuk menguruskan kehidupan mereka agar lebih
sistematik dan berjalan lancar. Sains dan teknologi perlu dikuasai oleh manusia untuk
memastikan setiap daripada kita mampu untuk menjadi khalifah di dunia yang
sementara ini, manakala ajaran agama perlu diutamakan dan dijunjung tinggi untuk
mendapatkan redha dan hidayah daripada Tuhan Pencipta sains dan teknologi itu
sendiri.
229

Daripada karya penulisan Mohd Yusof, hubungan sains dan Islam melalui
penjenamaan Sains Tauhidik ini dilihat sebagai respons beliau untuk menangani
cabaran yang timbul daripada konsep sains tajaan Barat yang sekular. Secara
keseluruhannya, berdasarkan karya-karya terpilih beliau yang dimuatkan pada
bahagian ini mempunyai persamaan idea antara karya-karya beliau yang lain.
Persamaan tersebut boleh dilihat pada perbincangan-perbincangan berhubung peranan
bahasa, hubungan yang mendasari pembentukan Sains Tauhidik serta kecerdasan
intelek (IQ), kecerdasan emosi (EQ), kecerdasan rohani (SQ) dan kecerdasan tauhid
(TQ) yang perlu wujud dalam setiap individu Muslim.

6.4 PEMIKIRAN MOHD YUSOF TENTANG PENGISLAMAN SAINS

Ilmu sains berfungsi sebagai suatu alat untuk mencipta teknologi bagi kemajuan
negara dan menjadi antara salah satu teras kepada pembinaan jati diri bangsa melalui
saluran pendidikan. Oleh kerana sains yang ada pada hari ini diterima mengikut
fahaman yang dibentuk oleh Tamadun Barat yang liberal, sekular serta ilmu yang
dirangka dan disebar berasaskan sifat, keperibadian dan kebudayaan Barat, maka
usaha pengembalian sains tersebut ke tempatnya melalui wahana Agama Islam perlu
dijadikan suatu tanggungjawab yang wajib dipikul bersama oleh para ilmuwan.
Sumber ilmu bagi Agama Islam berbeza dengan agama-agama lain seperti Agama
Kristian, Buddha dan Hindu kerana sumber ilmu bagi Muslim yang berpegang teguh
dan faham Islam, wajib bagi mereka meletakkan al-Quran dan as-Sunnah sebagai
rujukan asas keilmuan. Al-Quran yang dijadikan rujukan utama umat Islam dalam
segala urusan kehidupan dan bidang keilmuan merupakan sebuah kitab yang dijamin
oleh Penciptanya, Allah SWT akan kekal segala isi kandungannya sama seperti yang
telah disampaikan kepada Nabi Muhammad SAW sehingga ke hari ini.

As-Sunnah atau al-Hadis adalah setiap perbuatan dan kata-kata Rasulullah


SAW yang telah dirakamkan oleh sahabat-sahabat yang bersama baginda, menyaksi
dan mendengar dengan sejelasnya segala yang disampaikan. Mereka ini adalah
sahabat-sahabat yang mempunyai akhlak yang unggul menurut pandangan Islam yang
menjadi syarat utama kepada penerimaan al-Hadis untuk dijadikan panduan dan
hukum kepada segala urusan umat baginda SAW kerana sesungguhnya Nabi
230

Muhammad merupakan uswatun hasanah (ikutan terbaik), bukan hanya kepada umat
Islam, bahkan manusia seluruhnya.

Justeru usaha-usaha mengembalikan sains kepada kerangka Islam daripada


sistem sekular yang mengenepikan peranan Tuhan memerlukan kepada rujukan
pemikiran tokoh yang membangunkan sains mengikut kehendak dan pandangan
Agama Islam. Tokoh ilmuwan Muslim Melayu yang telah lama bersara yang
menyumbang dalam usaha mengintegrasikan sains dan agama diketengahkan dalam
kajian ini untuk menonjolkan pemikiran dan usaha beliau dalam membangunkan sains
dalam kerangka Agama Islam. Mohd Yusof yang telah mempertahankan penggunaan
Bahasa Melayu dalam pendidikan dan mempopularkan Sains Tauhidik, adalah antara
ilmuwan yang telah memberikan buah fikiran melalui penulisan, penyampaian lisan
dan pelbagai aktiviti kemasyarakatan. Bidang Sains Tauhidik menjadi suatu bidang
yang amat beliau gemari setelah banyak usaha dan pemikiran berhubung bidang ini
telah beliau usahakan.Rujukan kepada pemikiran Mohd Yusof sebagai tokoh yang
berada di dunia pendidikan ini dilakukan sebagai suatu penilaian pemikiran dalam
konteks pembangunan sains dan usaha untuk mengembalikan jati diri umat Islam agar
tidak terus berada dalam asuhan dan propaganda Barat yang terlalu mengagungkan
ciptaan mereka dan mengenepikan peranan Tuhan.

Pengislaman Sains menurut pemikiran Mohd Yusof bukanlah menatijahkan


Sains Islam seperti yang diajukan oleh Al-Faruqi, Al-Attas, dan Nasr, tetapi beliau
telah memperkenalkan Sains Tauhidik sebagai jawapan dan suatu pendekatan kepada
proses pengislaman sains. Sains Islam dan Sains Tauhidik tidak mempunyai
perbezaan yang ketara, malah memainkan peranan yang amat penting dalam
memperkasakan gagasan pengislaman ilmu. Sains Islam diperkenalkan dalam
pendekatan falsafah dan hujah epistemologi, yakni mengkaji tentang teori ilmu sains
itu sendiri dan kebanyakan mereka yang arif dan membicarakannya adalah dalam
kalangan pemikir-pemikir dalam bidang falsafah (Mohd Yusof 2014). Manakala Sains
Tauhidik lebih kepada membincangkan pembangunan sains berteraskan tauhid dan
mengikut landasan al-Quran oleh sebahagian ilmuan-ilmuan yang berada di bidang
sains tulen.
231

Sebelum Mohd Yusof mempopularkan Sains Tauhidik, beliau ada


membincangkan agenda pengislaman ilmu melalui penjenamaan Sains Insani.
Perbincangan Sains Insani ada dimuatkan di dalam buku Wacana Sejarah Dan
Falsafah Sains yang menjadi pengisian kepada silibus universiti melalui kursus wajib
fakulti sains dan teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia iaitu, STPD Pengenalan
Sejarah dan Falsafah Sains. Kursus pengenalan Sejarah dan Falsafah sains dan Sains
Insani ini adalah suatu usaha ke arah menggerakkan agenda pengislaman ilmu. Sains
Insani ialah sains yang tidak mengabaikan aspek kerohanian, ketuhanan dan
tanggungjawab manusia dengan Tuhannya. Malah Sains Insani adalah sains yang
bukan sahaja dikembangkan berdasar kepada kemampuan manusia berfikir secara
rasional berdasarkan pengamatan secara tabii alam, tetapi menggunakan persepsi
insan sepenuhnya termasuk rohani, akal, qalbu dan juga emosi dalam memberikan
penilaian, pentafsiran dan pengertian kepada fenomena yang dicerap.

Perbincangan Sains Insani seterusnya diperluaskan dengan konsep yang sama,


namun beralih kepada suatu penjenamaan pengislaman sains yang baru iaitu, Sains
Tauhidik. Perkataan tauhidik dianggap lebih sesuai untuk digandingkan bersama
perkataan sains yang melalui proses pengislaman. Sains Tauhidik yang diajukan oleh
Mohd Yusof adalah suatu pendekatan pengislaman ilmu yang sama dengan Sains
Islam kerana konsep tauhid yang terdapat pada Sains Tauhidik terkandung dalam
ajaran Islam. Sains Tauhidik adalah berasaskan kajian-kajian berhubung integrasi
antara sains dan agama yang telah dijalankan oleh penyelidik di Fakulti Sains dan
Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia yang telah diketuai oleh Khalijah Mohd
Salleh. Manakala Mohd Yusof adalah antara penyelidik yang telah menjelaskan
kepada masyarakat awam tentang konsep sains ini. Mohd Yusof telah berusaha untuk
menjadikan kursus yang membincangkan Sains Tauhidik sebagai kursus yang wajib
diambil oleh pelajar di Fakulti Sains Teknologi Universiti Kebangsaan Malaysia.

Kursus Pengenalan Sains Tauhidik yang diperkenalkan, mendedahkan


integrasi antara sains, agama dan bahasa. lebih berorientasikan ketuhanan,
kemanusiaan dan juga alam intelek serta al-Quran sebagai sumber ilmu. Justeru,
kursus ini berfungsi menyediakan persediaan dan bekalan ilmu sains berlandaskan
Islam kepada para pelajar sains yang ramai di antara mereka adalah pelajar Muslim
232

Melayu, maka adalah wajar kursus yang berkaitan pandang alam Islam dalam konteks
sains ini ditawarkan kepada mereka (Khalijah&Mohd Yusof, 2009). Sebagai rujukan
kepada kursus Sains Tauhidik ini, Mohd Yusof telah mengarang sebuah buku khusus
yang diberikan tajuk Pengenalan Sains Tauhidik (2014) hasil daripada nota-nota
kuliah yang telah beliau sampaikan dalam pengajaran beliau di Universiti Kebangsaan
Malaysia.

Analisis pemikiran berdasarkan pendekatan terminologi Pengislaman Sains


Menurut Pemikiran Mohd Yusof meneliti kepada definisi wacana pengislaman sains
yang telah diutarakan Mohd Yusof. Dalam membincangkan pengertian sains yang
pelbagai dan berbeza oleh beberapa orang sarjana seperti Peter Medawar, Crump dan
Shaharir (1987), Mohd Yusof (2013) menyatakan bahawa sebenarnya, tiada takrif
khusus, tunggal dan disepakati untuk menerangkan apakah sebenarnya yang
dimaksudkan dengan perkataan sains. Namun begitu, perkara yang lebih penting
sebagai asas dalam pembangunan ilmu sains adalah kaedah untuk memahami tabii
alam sehinggakan ilmu ini digelar sebagai ilmu tabii alam.

Sebagai kesimpulan yang telah dibuat oleh Mohd Yusof daripada pelbagai
takrif yang telah dikemukakan oleh ramai pemikir, Mohd Yusof (2013) mengajukan
penakrifan sains mengikut pemikiran beliau bahawa, sains tulen adalah pengetahuan
yang berpaksikan kepada bagaimana manusia mampu untuk mencerap dan memerhati
alam tabii yang berkelakuan mengikut fitrahnya. Hasil pencerapan secara sistematik
ini kemudiannya dihujahkan dan dianalisis secara mantik dan objektif, dilakukan
eksperimen dan perbandingan dengan andaian teorinya. Maksud sains yang diutarakan
oleh Mohd Yusof ini lebih kepada ringkasan dan penjelasan daripada tafsiran yang
telah diutarakan oleh Shaharir (2000) iaitu, sains berupa analisis fenomenon secara
bersistem, mantik dan objektif dengan kaedah khusus yang diperatikan untuk
mewujudkan suatu penumpukan pengetahuan yang boleh dipercayai. Takrif ini
merupakan takrif yang menghuraikan sains sebagai suatu penemuan yang objektif.
Manakala hubungan sains dengan kuasa ghaib terutamanya kuasa Pencipta
dilenyapkan tanpa perlu dipertikai. Bagi Mohd Yusof (2014) lagi, sains adalah suatu
bidang ilmu yang berhubung rapat dengan keagamaan dan melaluinya kita mampu
233

memahami kehebatan ciptaan Tuhan. Oleh itu, sains perlu disampaikan dengan
penjelasan yang tidak menafikan dan memadamkan peranan Tuhan sebagai pencipta.

Sains yang hanya bersifat mantik, objektif, terkesan oleh panca indera lahiriah
dan tiada sangkut paut dengan kuasa yang ghaib merupakan suatu tanggapan kepada
sains yang tidak menepati kehendak ajaran Agama Islam. Ini kerana, Agama Islam
telah menetapkan umatnya, agar segala urusan termasuk sains harus menjadikan
Pencipta dan segala perintahnya sebagai landasan yang utama. Sains yang diterima
oleh Islam seharusnya menepati Rukun Islam, Rukun Iman dan Rukun Ihsan untuk
melayakkan ia digelar Sains Islam, Sains Tauhidik atau sains-sains lain yang telah
melalui proses pengislaman sains. Ilmu sains yang diterima oleh Islam adalah ilmu
yang tidak menafikan kepercayaan kepada Tuhan sebagai Pencipta, sains yang tidak
menafikan malaikat sebagai makhluk ghaib, kitab sebagai panduan kepada manusia,
rasul sebagai utusan Pencipta untuk menyampaikan segala aturan hidup, taqdir
sebagai ketentuan yang telah diaturkan, hari kiamat sebagai hari pembalasan kepada
setiap amalan umat manusia.

Sains Darwin yang popular dengan teori evolusinya menyatakan bahawa


manusia berasal daripada mawas dan berevolusi kepada beberapa tahap sehingga
terbentuknya homo sepien yang digelar sebagai manusia seperti yang ada pada hari
ini. Teori ini dibincangkan bukan hanya dalam sistem pendidikan Sains Barat, malah
turut terdapat dalam sistem pendidikan negara-negara Islam. Namun begitu,
persoalannya, adakah teori sains yang dikemukakan oleh Darwin ini boleh diterima
pada pandangan Islam? Tidak menjadi suatu kesalahan bagi umat Islam jika sekadar
mengambil teori ini sebagai suatu pandangan ilmuwan yang mengenepikan peranan
Tuhan. Namun begitu, jika ada umat Islam menerima Teori Darwin ini sebagai suatu
yang boleh dipercayai, maka ini bukan hanya menjadi suatu kesalahan tetapi mampu
menggugat akidah seseorang sebagai umat Islam. Ini kerana, teori ini bukan hanya
menafikan keterangan kitab al-Quran berhubung ayat-ayat yang menjelaskan tentang
kejadian manusia, dalam masa yang sama membawa kepada penafian kebenaran
Rasul dalam menyampaikan ayat-ayat Allah, menafikan peranan malaikat yang
menurunkan ayat-ayat Allah daripada langit dunia kepada Rasulullah, menafikan
takdir Allah yang menjadikan manusia bermula daripada penciptaan Adam, malah
234

menafikan kewujudan dan peranan Allah yang menciptakan manusia. Sains yang
sebegini tentu sekali tidak boleh diterima oleh sains yang ingin dibentuk mengikut
kehendak agama.

Sains yang terbentuk dalam acuan Islam juga seharusnya tidak memburuk
serta menghalang umat Islam daripada memenuhi arahan Pencipta. Sains ini perlu
memenuhi dan tidak menafikan perkara-perkara yang terdapat dalam Rukun Islam.
Segala perintah yang terdapat dalam Rukun Islam adalah suatu perkara yang bukan
hanya menjamin kemaslahatan hidup di akhirat, bahkan lebih-lebih lagi untuk
kesejahteraan hidup di dunia. Sains yang mengikut kehendak Islam, menguatkan umat
kepada kalimah syahadah mereka bahawa, sesungguhnya tiada tuhan melainkan Allah
dan Nabi Muhammad pesuruh Allah. Syahadah mengandungi ungkapan tauhid yang
mengakui keesaan Allah pada zat-Nya, sifat-Nya dan perbuatan-Nya ke atas seluruh
alam serta Nabi Muhammad menjadi utusan-Nya yang berperanan menyampaikan
perkara-perkara daripada segala suruhan Allah. Sains sebegini menggalakkan mereka
kepada ibadah sembahyang, puasa, zakat dan haji untuk terus menjadi manusia yang
membangun spiritual dan mental, rohani dan jasmani. Allah sudah pasti menjamin
keselamatan hidup umat-Nya yang memenuhi segala perintah kerana Islam
merupakan satu-satunya agama yang diterima oleh Allah.

Rukun Ihsan adalah salah satu daripada tiga rukun yang mendirikan agama
yang diterima oleh Allah. Mengikut pengertian yang telah dinyatakan oleh Rasulullah
dalam hadisnya bahawa, ihsan adalah penjelmaan perasaan umat Islam ketika
menyembah Pencipta mereka, seolah-olah mereka melihat-Nya, namun jika mereka
tidak dapat menjelmakan perasaan tersebut, maka perlu diyakinkan bahawa
sesungguhnya Allah sedang memerhati segala perilaku hamba-hamba-Nya. Ibadah
dan segala urusan kehidupan yang dilakukan yang memenuhi Rukun Ihsan
menumpukan segala perkara hanya kepada Allah. Justeru, Rukun Ihsan ini
membentuk peribadi Muslim yang sentiasa berwaspada, bertanggungjawab dan jujur
di atas segala tindak tanduk dalam menguruskan kehidupan. Begitu juga sains yang
terbentuk mengikut Rukun Ihsan, sains sebegini mampu mengawal dan menghalang
kepada kerosakan negara dan masyarakat, rohani dan jasmani hasil daripada
penciptaan teknologi kerana sikap pengguna sains itu sendiri.
235

Sains yang dipopularkan oleh Mohd Yusof sebagai sains yang melalui proses
pengislaman ilmu dinamakan dengan Sains Tauhidik. Istilah Sains Tauhidik ini
diperkenalkan memandangkan dorongan utama pembangunan sains ini ialah ajaran
Islam yang bersumberkan ilmu wahyu yang mutlak yang disampaikan melalui al-
Quran dan al-Hadis dan pandangan para ulama yang muktabar. Sains Tauhidik yang
telah diajukan oleh Mohd Yusof (2013) sebagai natijah atau pendekatan kepada proses
pengislaman sains adalah sains yang menjelaskan makna yang terkandung dalam
fenomena alam tabii dan berteraskan konsep tauhid iaitu, konsep yang mengesakan
Allah sebagai Pencipta segala sesuatu seperti yang telah diajar dalam ajaran Islam.
Sains Tauhidik dapat juga dijelaskan sebagai sains yang amat mementingkan aspek
ketuhanan dalam memikirkan aktiviti saintifik, malah semangat dan matlamat terakhir
mereka melakukan segala aktiviti keilmuan adalah semata-mata kerana Allah SWT.

Menurut Mohd Yusof (2014), Sains Tauhidik ialah pengetahuan sains yang
bukan sahaja mampu menjelaskan fenomena tabii alam yang berada di sekitar kita,
tetapi Sains Tauhidik ialah sains yang dapat menjelaskan kepada kita makna yang
terkandung dalam fenomena alam yang dikaji. Dengan demikian, Sains Tauhidik akan
menjelaskan makna yang terkandung dalam fenomena alam tabii dan hubungannya
dengan yang Maha Mencipta, dan juga makna dan perasaan diri insan yang terasuh
dan terdidik dengan Sains Tauhidik. Sebagai hasilnya, Sains Tauhidik akan
membentuk ahli sains yang beretika dan bertanggungjawab kepada Penciptanya.

Konsep yang digunakan oleh Mohd Yusof (2014) dalam pengislaman sains
jelas melalui Sains Tauhidik yang diajukan oleh beliau. Konsep utama yang menjadi
asas dalam pembinaan dan pemahaman Sains Tauhidik adalah konsep tauhid yang
merujuk kepada konsep ketuhanan. Konsep ketuhanan yang diperlukan untuk
membina Sains Tauhidik yang membincangkan tentang keEsaan Allah taala dalam
mengatur perjalanan alam. Namun begitu, konsep ini bukanlah satu-satunya konsep
yang ada untuk memahami Sains Tauhidik, tetapi Sains Tauhidik perlu melibatkan
sembilan konsep lain iaitu konsep agama, konsep tuhan, konsep khalifah, konsep
insan, konsep ilmu, konsep alam, konsep kebijaksanaan, konsep adil dan konsep
kebenaran.
236

6.5 LANGKAH-LANGKAH PENGISLAMAN SAINS MENGIKUT PEMIKIRAN


MOHD YUSOF

Analisis pemikiran berdasarkan pendekatan metodologi pengislaman sains menurut


pemikiran Mohd Yusof meneliti kaedah pengislaman sains, prinsip pengislaman sains
dan gerak kerja pengislaman sains yang telah diutarakan oleh Mohd Yusof. Sains
Tauhidik adalah berasaskan kajian-kajian berhubung integrasi antara sains dan agama
yang telah dijalankan oleh penyelidik di Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti
Kebangsaan Malaysia yang telah diketuai oleh Khalijah Mohd Salleh. Manakala
Mohd Yusof adalah antara penyelidik yang telah menjelaskan kepada masyarakat
awam tentang konsep sains ini.

Mohd Yusof telah berusaha untuk menjadikan kursus Sains Tauhidik sebagai
kursus yang wajib diambil oleh pelajar di Fakulti Sains Teknologi, Universiti
Kebangsaan Malaysia. Kursus ini mendedahkan integrasi antara sains dan agama, dan
lebih berorientasikan ketuhanan, kemanusiaan dan juga alam intelek serta al-Quran
dan Hadis sebagai sumber ilmu. Kursus ini berfungsi sebagai bekalan kepada para
pelajar sains yang ramai di antara mereka adalah pelajar Muslim Melayu, maka adalah
wajar kursus yang berkaitan pandang alam Islam dalam konteks sains ini ditawarkan
kepada mereka (Khalijah & Mohd Yusof 2009). Sebagai rujukan kepada kursus Sains
Tauhidik ini, Mohd Yusof telah mengarang sebuah buku khusus yang diberikan tajuk
Pengenalan Sains Tauhidik (2014), hasil daripada nota-nota kuliah yang telah beliau
sampaikan dalam pengajaran beliau di Universiti Kebangsaan Malaysia.

Kerangka sains yang dibangunkan dalam kerangka sains tajaan Barat hanya
melibatkan hubungan antara manusia dan alam sahaja. Mereka menggunakan
kecerdasan intelek dan logik akal semata-mata untuk memahami tabii alam yang
sistematik melalui pengamalan kaedah saintifik. Manakala alam dimanfaatkan oleh
mereka melalui teknologi yang mereka hasilkan untuk kepentingan manusia atau
orang-orang tertentu sahaja. Menurut teori Thomas Kuhn, kebenaran sains bergantung
kepada paradigma yang menghasilkannya. Namun begitu, paradigma bukanlah mutlak
kerana ia boleh berubah apabila wujud banyak pemalsuan dan lahirnya paradigma
baru (Abdul Latif 2000).
237

Adapun dalam kerangka Sains Tauhidik, hubungan yang membina


kerangkanya adalah Pencipta, manusia dan alam yang secara jelas dipecahkan kepada
tiga hubungan utama iaitu, hubungan antara Tuhan dan alam, hubungan antara Tuhan
dengan manusia dan hubungan antara manusia dengan alam. Sains Tauhidik adalah
sains yang bercanggah dengan prinsip Sains Barat kerana mengutamakan peranan
Tuhan sebagai Pencipta segala sesuatu dengan konsep tauhid yang mempunyai kuasa
mentadbir alam secara mutlak. Manakala kerangka konsep yang membina Sains
Tauhidik terdiri daripada lima entiti yang utama iaitu, entiti Tuhan, entiti manusia,
entiti alam, entiti al-Quran dan entiti al-Sunnah. Tuhan berperanan sebagai Pencipta,
manusia dan alam bertindak sebagai makhluk manakala al-Quran dan al-Sunnah juga
sebagai kalam Allah yang berfungsi dalam memberikan panduan, batas kajian, bahkan
petunjuk kepada alam dunia yang sistematik dan kehidupan selepasnya.

Pemikiran Mohd Yusof mengupas agenda pengislaman ilmu terarah kepada


ilmu sains tulen sahaja terutamanya bidang fizik yang menjadi bidang utama beliau.
Sains sebagai suatu ilmu yang kebanyakan daripada kita menganggap ia hanya
bersifat rasional, mantik dan objektif boleh diluaskan lagi penerangan dan huraiannya
dengan kebergantungan kepada Pencipta ilmu itu sendiri. Perbincangan mengenai
langkah-langkah untuk merealisasikan usaha pengislaman ilmu melalui penjenamaan
Sains Tauhidik di peroleh daripada penulisan-penulisan serta ucapan Mohd Yusof.
Lapan langkah yang terkumpul ini disusun mengikut keutamaan dan
pengkhususannya. Penyenaraian ini menggambarkan pemikiran Mohd Yusof untuk
membentuk sains yang terpelihara sifat asasnya yang rasional dan penentu yang
menjadikannya rasional hanyalah Tuhan yang mencipta dan yang telah menetapkan
segala ketetapan yang dianggap semula jadi oleh ilmuwan yang mengenepikan
peranan Tuhan dalam membangunkan pengetahuan sains.

Langkah-langkah yang tersenarai merupakan suatu ikhtiar untuk menyemarak


dan menjadikan agenda pengislaman ilmu terlaksana tanpa menafikan peranan
Pencipta dan peranan sains dalam memajukan umat manusia. Langkah-langkah yang
perlu ada untuk menyahut seruan pengislaman sains melalui pendekatan Sains
Tauhidik mengikut pemikiran Mohd Yusof adalah seperti berikut.
238

1. Memperakui dan menerima kehadiran Tuhan sebagai Pencipta manusia, alam


dan segala kejadian (Mohd Yusof 2015, 2014, 2013, 2010, 2009a).

Kewajipan pertama umat manusia yang hidup di atas muka bumu ciptaan
Allah adalah mengenali dan beriman dengan-Nya. Sekiranya manusia tidak mengenali
Pemiliknya, maka mereka akan hidup dalam keadaan tiada tujuan hidup tanpa
mengetahui kenapa mereka diwujudkan. Manusia sebegini akan terus melakukan
kebinasaan di dunia dengan perbuatan dan tindakannya yang buruk kerana mereka
tidak pernah bekerja untuk mendapat keredaan Tuhan.

Langkah ini merupakan langkah yang paling utama dan menjadi syarat yang
wajib ditetapkan dalam hati setiap individu Muslim sebelum memulakan kerja-kerja
sains. Bukan hanya dalam kerja-kerja sains, bahkan dalam segala urusan kehidupan,
manusia. Mereka perlu meletakkan Allah sebagai Pencipta di kedudukan yang
tertinggi dan berkuasa melakukan segala sesuatu walaupun tidak mampu difikirkan
oleh kudrat akal manusia yang terbatas. Pengakuan ini menjadi titik tolak kepada
pegangan insan yang beragama. Tauhid merupakan asas akidah umat Islam yang
mengEsakan Allah, bersesuaian dengan perkataan tauhidik yang disandarkan kepada
perkataan sains yang merujuk kepada kata sifat, maka Sains Tauhidik menginginkan
umatnya agar menetapkan niat atas segala tindakan dan matlamat adalah untuk
mendapat keredaan Allah.

2. Memahami tiga jenis hubungan iaitu (i) Tuhan dan alam, (ii) Tuhan dan
manusia dan (iii) manusia dengan alam. Hubungan-hubungan ini perlu
difahami mengikut cita rasa Islam yang menjadikan al-Quran dan as-Sunnah
sebagai rujukan utama (Mohd Yusof 2013, 2014).

Kerangka konsep Sains Tauhidik mempunyai lima entiti utama iaitu Tuhan,
manusia, alam, al-Quran dan as-Sunnah. Allah selaku Pencipta memainkan peranan
utama kepada makhluk-makhluk-Nya dalam meneruskan kehidupan. Kelima-lima
entity ini merupakan asas kepada pembinaan Sains Tauhidik dan daripada entiti-entiti
inilah yang membentuk hubungan antara mereka iaitu alam, Pencipta dan manusia,
manakala al-Quran dan as-Sunnah sebagai panduan kepada manusia. Hubungan-
239

hubungan ini perlu difahamkan seperti yang dikehendaki oleh Islam. Tidak seperti
ajaran Islam yang mementingkan hubungan antara Tuhan, alam dan manusia.
Manakala sains konvensional hanya mementingkan hubungan antara alam dan
manusia sahaja.

3 Membangunkan pengetahuan sains melalui kemampuan untuk mencerap


fenomena tabii alam secara sistematik, mantik dan objektif dengan kaedah
khusus yang diperantikan atau dibuat sedemikian, sehingga dapat
menumpukkan atau menambah pengetahuan tentang fenomena yang dicerap
(Mohd Yusof 2015,2014, 2013, 2009a). Kaedah yang digunakan mestilah
kaedah yang boleh dipercayai oleh orang ramai. Dalam analisis sains,
kebolehpercayaan ini dapat dilakukan dengan menggunakan teori ralat; sama
ada menggunakan analisis berangka, atau analisis secara graf.

Dalam usaha untuk mendapatkan suatu ilmu terutamanya sains, andaian-


andaian atau premis-premis tertentu perlu terlebih dahulu dibuat untuk menjadikan ia
suatu yang relevan dan diterima. Ahli sains yang menjalankan kajian mereka perlu
meletakkan andaian asas atau premis tertentu dalam pencerapan mereka. Andaian
pertama yang biasanya digunakan oleh mereka adalah, yakin dan percaya bahawa
alam tabii berada dalam suatu sistem yang teratur dan terancang. Premis ini
merupakan premis yang paling asas untuk memahami alam secara saintifik dan
seterusnya membangunkan ilmu sains. Manakala premis yang kedua, manusia perlu
mempunyai kemampuan untuk berhujah dan memberi alasan yang rasional kepada
setiap kejadian tabii alam yang mereka cerap. Premis-premis ini dibangunkan bersama
langkah-langkah membangunkan sains mengikut cara Barat untuk memastikan
pengetahuan sains mereka, neutral atau bebas nilai.

Langkah ini merupakan suatu langkah yang perlu untuk mencapai pengetahuan
sains dari pemikiran Barat kerana ia tidak melibatkan kemasyarakatan dan peranan
Tuhan sebagai Pencipta ilmu. Langkah ini disenaraikan sebagai antara langkah untuk
membangunkan agenda pengislaman sains melalui pendekatan Sains Tauhidik
mengikut pemikiran beliau kerana beliau (Mohd Yusof 2014) menyatakan bahawa
tidak menjadi suatu kesalahan bagi umat Islam untuk memahami sains menggunakan
240

pendekatan Barat. Malah Islam amat menggalakkan umatnya memahami suatu


fenomena alam yang telah Allah jadikan secara tersusun, terancang dan bukannya
secara kebetulan. Langkah yang ketiga ini menjadi harmoni mengikut kehendak
agama setelah melalui langkah-langkah yang sebelum dan selepas daripadanya.

Berasaskan kepada analisis ayat al-Quran yang telah dihuraikan oleh Mohd
Yusof (2014), beliau menyatakan bahawa alam yang menjadi objek kepada sains
diciptakan oleh Allah dengan peraturan-peraturan tersendiri, mengikut hukum-hukum,
kadar tertentu dan tersukat dengan sebaik-baik ciptaan. Ciri-ciri yang terdapat pada
objek alam merupakan sunnatullah yang tetap dengan peraturan-peraturan tertentu
namun masih di bawah kekuasaan dan keizinan Allah. Oleh itu, melalui ciri-ciri yang
ditunjukkan, maka ramalan-ramalan boleh dibuat walaupun ia tertakluk kepada qada
dan qadar Allah.

Namun begitu, seandainya cara Barat yang mengesampingkan Pencipta dalam


mengolah sains, diterima oleh kita sebagai umat Islam yang mentauhidkan Allah
dalam segala urusan kehidupan, tentulah perkara ini menjadikan kita sebagai umat
yang tercela. Sebagai contoh, tetamu yang berkunjung ke sebuah rumah tuannya dan
menjalankan aktiviti kehidupan dengan segala peralatan milik tuannya sewenang-
wenang, tanpa langsung meminta izin, tidak pula mengaitkan tuannya sebagai pemilik
segala peralatan tersebut dan seterusnya mendakwa segala peralatan yang digunapakai
di dalam rumah tersebut bukanlah milik tuannya dan tidak langsung dikaitkan dalam
segala aktiviti yang beliau lakukan di rumah tersebut. Seandainya pinggan milik tuan
rumah hanya ditafsirkan kegunaannya sebagai suatu alat untuk mengalas makanan
untuk tetamu itu, menjadi suatu yang tidak wajar melainkan pinggan tersebut
ditafsirkan oleh tetamu tersebut sebagai alat yang dimiliki oleh tuan rumah dan
digunakan untuk mengalas makanan kepada tetamu tersebut dengan keizinannya, jika
tanpa keizinan dan kehendak tuan rumah, bukan hanya pinggan, malah makananpun
langsung tidak akan diberikan kepada tetamu tersebut.

Perkara ini bukan hanya suatu sifat yang amat tercela dan tidak
bertanggungjawab, bahkan tetamu sebegini perlu dihindari agar tidak memberi kesan
buruk kepada pembangunan dan kesejahteraan hidup manusia. Manakala tetamu yang
241

beradab dan sedar akan perkara yang hak akan sentiasa berhati-hati, mengikut segala
ketetapan sebagai tetamu dan dizahirkan melalui perbuatan dan kata-katanya ketika
berada di rumah tuan tersebut. Justeru, gambaran ini hanyalah untuk sesama manusia
dengan hak yang tersendiri, maka lebih-lebih lagi hak Allah sebagai Pencipta dan
Pemilik segala sesuatu, wajiblah dipenuhi oleh hamba-hamba-Nya, melampaui hak
sesama mereka.

Perkara yang dinyatakan oleh Mohd Yusof bahawa, tidak menjadi suatu
kesalahan bagi umat Islam untuk memahami sains menggunakan pendekatan Barat
menjadi sedikit janggal kerana persoalan, “sekiranya kaedah Sains Barat diterima,
apakah gunanya dibangunkan Sains Islam yang mengikut fitrah dengan adab-adab
sebagai manusia dan hamba yang berTuhan?” bakal dibangkitkan. Tambahan pula
Tajul Ariffin (1990) menyatakan, kaedah saintifik yang merupakan suatu proses
berfikir yang sistematik untuk membuktikan fenomena tertentu yang dikatakan
mengikut keteraturan alam adalah suatu kaedah yang menolak konsep penciptaan oleh
Allah dan menggantikannya dengan konsep “semulajadi”. Kaedah saintifik
membentuk suatu tanggapan bahawa peraturan alam tabii dikira wujud dan terjadi
dengan sendirinya tanpa ada sebarang hubungan dengan Allah sebagai Pencipta yang
berhak ke atas setiap penciptaan-Nya.

4. Memahami dan memasukkan konsep-konsep yang perlu ada untuk


membangunkan Sains Tauhidik yang lebih beretika dalam menilai dan
menapis penerimaan sains kontemporari.

Oleh kerana Sains Tauhidik yang dibincangkan oleh Mohd Yusof tidak
menolak penggunaan atau cara-cara untuk mendapatkan ilmu daripada cara yang
disampaikan Barat yang tidak melibatkan Pencipta dan nilai-nilai, selagi ia tidak
menyimpang daripada ajaran agama, ilmu tersebut boleh diguna pakai dan disebarkan,
maka konsep-konsep yang diterangkan oleh agama perlu dimasukkan dalam huraian
sains untuk mengharmonikan sains agar bersesuaian dengan kehendak agama yang
mentauhidkan Allah. Konsep yang digunakan oleh Mohd Yusof (2014) dalam
pengislaman sains amat jelas melalui Sains Tauhidik yang diaujukan oleh beliau.
Konsep utama yang menjadi asas dalam pembinaan dan pemahaman Sains Tauhidik
242

adalah konsep tauhid yang merujuk kepada konsep ketuhanan. Konsep ketuhanan
yang diperlukan untuk membina Sains Tauhidik membincangkan tentang keEsaan
Allah dalam mengatur perjalanan alam. Namun begitu, konsep ini bukanlah satu-
satunya konsep yang ada untuk memahami Sains Tauhidik, tetapi Sains Tauhidik
perlu melibatkan sembilan konsep iaitu, konsep tuhan, konsep khalifah, konsep insan,
konsep ilmu, konsep alam, konsep kebijaksanaan, konsep adil dan konsep kebenaran.

Konsep agama adalah merujuk kepada konsep Agama Islam dan tidak
melibatkan ajaran dari agama-agama selain daripadanya. Agama Islam ini menjadi
sandaran kepada Sains Tauhidik untuk dijadikan landasan utama. Konsep agama
dalam Islam tidak terbatas kepada aktiviti ibadah semata-mata, tetapi konsep agama
merangkumi segala perkara yang bersifat luaran atau dalaman, kelakuan, dan
pekerjaan. Islam perlu dijadikan suatu cara hidup bagi semua penganutnya bagi
memastikan keharmonian hidup di dunia dan selepasnya. Oleh itu, sains yang menjadi
antara perkara penting dalam kehidupan seluruh manusia perlulah berlandaskan
konsep agama agar selari dengan fitrah hidup bertuhan.

Konsep Tuhan merupakan konsep utama yang membentuk agama. Konsep ini
dijelaskan melalui konsep Rububiyyah dan Uluhiyyah. Konsep tuhan telah
digambarkan oleh 99 nama Tuhan yang Maha Mulia dan Maha Terpuji. Nama-nama
ini melambangkan sifat-sifat-Nya sebagai pencipta sekalian alam. Sains Tauhidik
yang terbentuk melalui konsep khalifah membentuk pengamalnya bertanggungjawab
kepada Tuhannya dan segala perkara yang telah dilakukan terutamanya dalam aktiviti
sains bagi menjamin keharmonian antara manusia, alam dan Penciptanya. Manusia
seluruhnya telah dipertanggungjawabkan Allah untuk menjadi khalifah di bumi ini.
Untuk menggalas tugas yang diamanahkan ini, khalifah-khalifah ini perlu
menggunakan kebolehan akal dengan sebaiknya dan di tempat yang betul agar mampu
mengurus dan memahami tabii alam dan seterusnya melahirkan ahli Sains Tauhidik
yang peka kepada aturan alam dan ajaran Tuhan. Konsep insan adalah konsep yang
mendirikan manusia dalam aspek lahiriah dan rohani.

Terdirinya manusia dengan lima perkara iaitu, roh, qalb, nafs, akal dan jasad.
Semua komponen ini perlu dibangunkan secara sepadu dan seimbang untuk
243

pembangunan diri seorang insan. Dalam perbincangan berhubung konsep ilmu, ilmu
terbahagi kepada dua iaitu, ilmu naqli dan ilmu aqli. Ilmu naqli adalah ilmu yang
diperoleh daripada wahyu Allah iaitu, al-Quran yang telah Allah turunkan melalui
perutusan rasul-Nya serta hadis Rasulullah SAW. Manakala ilmu aqli adalah ilmu
yang disandarkan kepada akal manusia yang diperoleh daripada pengamatan dan
kajian oleh manusia. Seorang ahli Sains Tauhidik perlu menguasai kedua-dua
pengkelasan ilmu ini agar segala perancangan keilmuan terpandu ke arah yang benar.

Manakala konsep alam dalam Islam merangkumi alam fizik dan alam yang
tidak fizikal. Alam dunia yang bersifat fizikal ini adalah tempat untuk manusia
melakukan segala kebaikan dan mengambil manfaat daripadanya untuk pembangunan
diri dan masyarakat. Manakala alam barzakh dan alam akhirat menjadi tujuan utama
kepada segala aktiviti yang dilakukan di alam dunia. Alam barzakh dan alam akhirat
ini jugalah yang menjadi pedoman kepada ahli Sains Tauhidik untuk terus melalukan
segala kegiatan yang mengikut batas ajaran agama. Konsep kebijaksanaan
merangkumi konsep hikmah dan strategi untuk memahami tabii alam dan mengambil
manfaat daripadanya, menjauhi sifat eksploitasi, manipulasi dan spekulasi yang akan
merosakkan alam ini.

Konsep adil membawa pengertian, meletakkan sesuatu pada tempatnya. Allah


ada memperihalkan adil dalam kitab suci-Nya. Allah berfirman dalam al-Quran, surah
al-Maidah, ayat 8 (al-Quran, al-Maidah:8) yang bermaksud:

"Hai orang-orang yang beriman hendaklah kamu menjadi orang-


orang yang menegakan (kebenaran) kerana Allah, menjadi saksi
dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap satu
kaum, mendorong untuk kamu berbuat tidak adil. Berlaku adillah
kerana adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertaqwalah kepada
Allah, sesungguhnya Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan".

Manakala ayat yang menunjukkan bahawa Allah sangat menyukai umatnya yang
berlaku adil adalah daripada surah al-Mumtahanah, ayat 8 (al-Quran, al-
Mumtahanah:8) yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil,


244

Konsep keadilan adalah suatu konsep yang amat dititikberatkan oleh agama
kerana konsep ini menjamin keamanan dalam interaksi antara semua makhluk Allah.
Konsep yang ada dalam Sains Tauhidik yang berlandaskan keadilan boleh mencegah
dan menghalang sifat tamak atau mementingkan diri dalam menggunakan sains dalam
suatu penciptaan dan penemuan dalam pembangunan. Menurut Mohd Yusof (2014),
konsep kebenaran bukanlah semata-mata dilihat dari aspek kebenaran saintifik sahaja,
tetapi yang lebih utama adalah kebenaran dalam beragama. Kebenaran saintifik yang
tidak mutlak seharusnya diselaraskan atau ditundukkan kepada kebenaran agama yang
sememangnya bersifat mutlak, dan menjangkaui batas alam fizikal. Kebenaran
saintifik dan kebenaran agama perlu diserasi dan disepadu untuk menghasilkan aktiviti
saintifik yang lebih harmoni.

5. Menerapkan etika dalam sains

Mohd Yusof menekankan etika-etika Islam perlu diterapkan dalam membangunkan


sains. Etika Islam lebih sinonim dengan sebutan adab dan akhlak yang menjadi
tatacara manusia yang diterima oleh Islam dalam menjalani kehidupan seharian. Bagi
Mohd Yusof (2009a & 2014), perbezaan asas antara sains yang bersifat ketuhanan
yang beliau gelarkan dengan Sains Tauhidik dengan sains sekular adalah terletak
kepada etika yang mereka amalkan dalam membangunkan sains dan teknologi
mereka. Oleh kerana sains moden yang dibangunkan hari ini dibentuk dalam Tamadun
Barat yang tidak beretika, maka sains ini menyumbang kepada kemusnahan alam,
hasil daripada kerakusan manusia mengeksploitasi alam untuk kepentingan tertentu
semata-mata.

Sains yang telah sekian lama terpisah daripada sistem nilai perlu disatukan
semula dengan etika-etika Islam agar sains yang terbentuk diterima sekali gus oleh
agama dan sains sendiri. Agama Islam merupakan agama yang mewajibkan umatnya
mengaplikasi dan mematuhi aturan-aturan Islam dalam semua pekerjaan dan tindak
tanduk manusia. Justeru, umat Islam perlu berusaha memikirkan langkah agar agama,
sains dan falsafah yang selama ini terpisah sejak zaman kegemilangan Tamadun Barat
ditapis, dihubungjalin dan diharmonikan semula. Begitu juga dengan sains dan etika
yang boleh menstabilkan kehendak sains dan kehendak jiwa manusia yang
245

memerlukan adab-adab berTuhan dalam mengendalikan sains dan kehidupan. Perkara


ini bakal memberi kesan yang mendalam terhadap kesejahteraan keseluruhan umat
manusia kerana perasaan tanggungjawab kepada Tuhan menjadi kayu ukur kepada
setiap tindak tanduk mereka dalam membangunkan sains dan teknologi demi
menuruskan kehidupan mereka.

Etika adalah suatu perkataan yang diambil daripada Bahasa Inggeris. Namun
begitu, Bahasa Melayu lebih sinonim dengan istilah-istilah daripada Bahasa Arab
yang menggambarkan etika yang mengikut garis panduan Islam iaitu adab, akhlak dan
tertib. Manakala sains perlu dihuraikan serta dianalisa menggunakan pendekatan-
pendekatan yang diterima mengikut perspektif Islam dengan berpandukan kepada
rujukan utama umat Islam iaitu, al-Quran dan Hadis. Manakala sains tidak boleh
dianggap sebagai sumber rujukan utama untuk menentukan suatu kebenaran kerana
sifat sains sendiri yang tidak mutlak serta boleh berubah apabila datangnya suatu
paradigma baru yang mematikan hujah sains sebelumnya.

6. Memperkenalkan subjek sejarah sains supaya masyarakat dapat mengetahui


sejarah sains yang sebenarnya, iaitu bukannya bermula dari Barat. Sains
sebenarnya lahir bersama-sama dengan kehadiran manusia di muka bumi ini,
dan peradaban Islam telah melahirkan sains yang mendahului Barat.

Sejarah merupakan suatu ilmu yang mengkaji dan membincangkan suatu


perkara yang telah berlaku pada zaman lampau yang mampu untuk menarik minat
manusia untuk terus membangunkan wawasan diri dan menjadikan ia sebagai langkah
awal untuk memulakan sesuatu perancangan tertentu. Ilmu sains yang disampaikan
dalam sistem pendidikan kini terutamanya di Malaysia, kebanyakannya hanya
menaikkan dan menonjolkan nama-nama ilmuwan Barat sebagai ilmuwan awal yang
memperkenalkan suatu ilmu sains. Sedangkan sains tersebut lebih awal telah
diperkenalkan oleh ilmuwan daripada zaman sebelumnya. Tektik ini digunakan oleh
Barat untuk manusia terus mengangkat dan menyanjung mereka. Maka kajian sejarah
sebenar harus dilakukan dengan teliti agar penemuan-penemuan, pembangunan
tamadun serta sains yang terbentuk dapat diketahui dengan jelas agar dapat
memberikan pedoman kepada manusia agar kembali kepada yang Haq.
246

7. Memperkenalkan subjek falsafah sains supaya masyarakat mengetahui bahawa


sains itu lahir daripada tuntutan manusia untuk hidup. Sains juga lahir
berdasarkan persepsi manusia terhadap hidup. Yang membangunkan sains
ialah tasawur (pandangan alam manusia). Falsafah sains sekular ialah falsafah
yang tidak mengambil kira ajaran agama dan budaya. Maka ini perlu
diperbetulkan agar ia bersesuaian dengan kehendak agama. Subjek sejarah dan
falsafah sains yang sebenarnya bakal menyedarkan masyarakat tentang
kepentingan sains.

8. Memperkenalkan subjek etika dalam amalan sains. Subjek itu pula perlulah
meliputi konsep adab, akhlak dan ketertiban atau keutamaan.

Subjek ini diperkenalkan kepada pelajar-pelajar untuk meletakkan perkara asas


dalam pemahaman pelajar kepada sains agar mereka mampu membuat pertimbangan
sendiri atas setiap ilmu yang diterima oleh mereka terutamanya sains. Subjek etika ini
perlu diperkenalkan atas nilai ketuhanan. Nilai ketuhanan ini lahir daripada
kepercayaan yang bersungguh-sungguh daripada ahli sains bahawa, Allah itu Maha
Berkuasa dan Maha Menjadikan. Manakala saintis tauhidik ialah seorang sarjana sains
yang dapat menzahirkan konsep ketuhanan dalam diri ketika berinteraksi dengan
segala aktiviti sains (Mohd Yusof 2010).

9. Mengajarkan sains dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Indonesia agar mudah
difahami oleh setiap warga Malaysia

Menurut Mohd Yusof (2009a), bahasa mempunyai hubungan yang cukup erat
dengan sistem berfikir seseorang. Berfikir tidak boleh dipisahkan dengan bahasa yang
dengannya pemikir dapat berfikir. Justeru, langkah yang kelapan ini lebih
menumpukan kepada penyediaan sistem pendidikan sains di Malaysia yang perlu
menggunakan Bahasa Melayu. Untuk membangunkan sains dan teknologi dalam
budaya di Malaysia dengan budaya Melayu sebagai terasnya, maka penyampaian ilmu
sains perlu dilakukan dengan perantaraan Bahasa Melayu. Bagi beliau lagi, sains dan
teknologi tidak boleh dibangunkan terpisah dengan citarasa dan aspirasi umat, dengan
247

kata lain, sains dan teknologi perlu dibangunkan dalam acuan sendiri melalui bahasa,
budaya dan cita rasa sendiri.

Jika dilihat secara menyeluruh kepada langkah-langkah pengislaman ilmu


melalui pendekatan Sains Tauhidik ini, langkah pertama memegang konsep tauhid
bersesuaian dengan penjenamaan Sains Tauhidik yang memerlukan sains disandarkan
kepada Pencipta yang Maha Esa. Langkah kedua yang mementingkan hubungan
antara Pencipta, manusia dan alam merupakan hubungan yang mendorong kepada
manusia tahu dan faham dengan pengisian yang terdapat dalam ilmu-ilmu akidah,
syariah, adab dan akhlak yang telah diajar oleh Islam. Langkah pertama ini menjadi
suatu tapisan awal kepada langkah seterusnya dalam membangunkan sains yang
bersesuaian dengan kehendak Islam.

Langkah ketiga yang menerangkan cara-cara memperoleh ilmu sains


menunjukkan kepada kita bahawa jika sains tidak melalui sistem tapisan agama, maka
manusia akan terus hanyut dalam dunia rasional tanpa mempedulikan agama dan
kemanusiaan yang lebih bersifat subjektif. Langkah ini tidak melibatkan peranan
agama dan budaya, dan digunakan hanya untuk memahami tabii alam semata-mata,
ilmu sains yang diperoleh melalui cara ini perlu melalui tapisan agama terlebih dahulu
dengan melalui langkah satu dan langkah dua sebelum ilmu sains tersebut perlu
diterima, ditolak atau diubahsuai mengikut penerimaan Agama Islam. Ilmu sains yang
diterima setelah melalui langkah satu, dua dan tiga diterapkan dengan konsep-konsep
Islam pada langkah keempat untuk membentuk jiwa manusia yang yakin dengan
setiap ketentuan yang telah dirancang oleh Tuhan.

Manakala langkah kelima, keenam dan ketujuh lebih menumpu kepada sistem
pendidikan yang perlu dilaksanakan oleh pihak yang bertanggungjawab dalam
pendidikan di Malaysia. Mereka harus menjadikan saranan-saranan yang terdapat
dalam ketiga-tiga langkah ini sebagai suatu silibus wajib bagi sekurang-kurangnya
semua sekolah di peringkat menengah dan pusat-pusat pengajian tinggi. Pendedahan
sejarah dan falsafah sains ini bertujuan membentuk jiwa pelajar yang yakin dengan
masa depan Sains Islam kerana sains adalah antara ilmu yang giat diasas dan
dibangunkan di zaman kegemilangan Islam terutamanya pada tahun 700 sehinggalah
248

1350. Langkah ini seterusnya bakal memupuk minat pelajar untuk terus mendalami
Sains Islam dan seterusnya memperjuangkannya sehingga Sains Islam mengganti dan
menguburkan sains yang terbentuk dalam acuan Barat.

Langkah yang terakhir yang menjadi perkara yang seringkali dititikberatkan


oleh Mohd Yusof dalam kebanyakan penulisan dan ucapan beliau adalah suatu
langkah untuk memberikan kefahaman yang sebenar terutamanya kepada para pelajar
tentang suatu yang mereka pelajari melalui penggunaan atau perantaraan bahasa yang
difahami oleh mereka. Langkah-langkah yang pernah diungkapkan oleh Mohd Yusof
melalui lisan dan penulisan beliau adalah untuk menyemarakkan agenda pengislaman
ilmu melalui pendekatan Sains Tauhidik serta berusaha untuk mencapai objektif-
objektif yang sepatutnya perlu dicapai bagi mengembangkan usaha-usaha
pengislaman sains. Langkah pertama dan kedua adalah untuk memenuhi fitrah
manusia yang bertuhan dan sentiasa bertanggungjawab kepada Allah dalam
melakukan segala pekerjaan bagi menjamin pekerjaan yang bukan hanya bermanfaat
untuk kehidupan manusia dan alam semata-mata, bahkan memperoleh redha Ilahi.
Manakala objektif bagi langkah ketiga adalah untuk manusia menguasai disiplin serta
metodologi ilmu sains moden yang ada pada hari ini. Manakala gabungan langkah
pertama, kedua, ketiga dan keempat lebih menjurus kepada objektif untuk menentukan
kebolehterimaan Islam terhadap ilmu sains moden. Manakala langkah kelima, keenam
dan ketujuh adalah untuk mencapai objektif kesedaran manusia tentang pembangunan
sains melalui hubungkait khazanah pembangunan ilmu dalam peradaban manusia
terutamanya zaman kegemilangan Islam dengan ilmu sains moden. Langkah
kesembilan adalah untuk mencapai objektif agar manusia memahami sains secara
tepat melalui perantaraan bahasa yang mampu difahami secara keseluruhannya.

6.6 MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU

Mohd Yusof merupakan antara pejuang Bahasa Melayu yang lantang


mempertahankan penggunaan Bahasa Melayu dalam sistem pendidikan negara.
Menurut Al-Attas (1972), Bahasa Melayu menggunakan perbendaharaan kata serta
istilah-istilah Islam, bahasa yang logik, bahasa pemikiran akliah yang mengutamakan
analisa dan ulasan saintifik, bahasa yang banyak mengandungi kesan pengaruh para
249

penulis yang menggunakan Bahasa Melayu yang terdiri daripada ahli-ahli tasawuf,
ulama, ilmuwan, penterjemah dan pendidik yang kesemuanya membawa pengaruh al-
Quran dalam menyanjung nilai penjelasan dan sifat akliah dalam ulasan, pertuturan
dan penulisan.

Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di semua peringkat pendidikan perlu


dimantapkan supaya mampu menjadi bahasa ilmu. Dalam kebanyakan buku karangan
beliau, seperti buku “Pengenalan Sains Tauhidik” (2014) dan buku “Sains,
Masyarakat dan Agama” (2009a), terdapat bab yang khusus membincangkan
kepentingan Bahasa Melayu. Manakala pada tahun 2006, Mohd Yusof (2006) ada
membentangkan kertas kerja yang bertajuk “Keunggulan Bahasa Melayu:
Menyongsong Tatanan Baru Dunia” dalam Seminar Bahasa dan Sastera sempena
Majlis Bahasa Brunei-Indonesia-Malaysia (MABBIM). Hasil pemikiran beliau dalam
penulisan buku dan kertas kerja yang sebegini telah menyerlahkan lagi kepentingan
kepenggunaan Bahasa Melayu terutamanya dalam pendidikan sains dan teknologi.
Usaha yang beliau tunjukkan dalam mempertahankan penggunaan Bahasa Melayu
melalui penulisan, seminar dan ceramah yang beliau hadiri menjadi suatu usaha yang
bermakna untuk memastikan kepentingan Bahasa Melayu terjamin untuk kepentingan
bangsanya sendiri.

Mohd Yusof telah memberikan tumpuan kepada isu sains dan bahasa serta
sangkut paut antara keduanya. Isu bahasa merupakan suatu isu yang sangat penting
untuk memastikan sains yang diajar kepada masyarakat Malaysia disampaikan dalam
bahasa yang boleh diterima dan difahami oleh rakyat seluruhnya. Tambahan pula, isu
bahasa di Malaysia menjadi suatu perkara yang perlu ditekan dan diambil berat kerana
isu bahasa terkandung dalam perlembagaan Malaysia. Manakala sains dan teknologi
perlu dikuasai untuk memastikan agenda pembangunan negara terlaksana.
Sememangnya banyak penulisan-penulisan sains dan teknologi ditulis dalam Bahasa
Inggeris yang diiktiraf sebagai bahasa antarabangsa, namun begitu, bagi Mohd Yusof
(2014) sebagai pejuang Bahasa Melayu, beliau menafikan kenyataan pihak-pihak
tertentu yang mengatakan pelajar hanya mampu mempelajari dan menguasai sains dan
teknologi melalui perantaraan Bahasa Inggeris sahaja. Kenyataan ini terlalu
250

mengagungkan bahasa luar dan sekali gus merendah-rendahkan kebolehan Bahasa


Melayu untuk menjelaskan dan membangunkan sains dan teknologi.

Kebanyakan ahli sains tabii terutamanya yang mendapat pendidikan dari


negara Barat akan sentiasa mengagung-agungkan penggunaan Bahasa Inggeris
sehingga lupa kemampuan dan peranan Bahasa Melayu yang lebih utama untuk
memahamkan ilmu kepada rakyat di negara ini. Ini berbeza dengan pendirian yang
dipegang oleh Mohd Yusof yang terus menerus mempertahankan penggunaan Bahasa
Melayu walaupun beliau pernah mendapat pendidikan di peringkat tinggi di negara
Eropah. Pemahaman yang terbantut dalam kalangan pelajar tentang sesuatu ilmu
membentuk perasaan rendah diri dan sukar untuk mereka menguasai bidang ilmu
tersebut, sedangkan jika diajar dalam Bahasa Melayu, mereka menerima suatu ilmu
tersebut dengan mudah. Justeru, penggunaan Bahasa Melayu dalam sistem pendidikan
Malaysia akan meramaikan bilangan pelajar yang berilmu, mencintai ilmu, berinovasi
dengannya dan seterusnya dikembangkan.

Orang Melayu perlu berfikiran positif terhadap kemampuan bahasanya sendiri


kerana Bahasa Melayu mampu berkembang maju sebagai bahasa ilmu sekiranya
masyarakat di negara kita menyokong penuh dasar memartabatkan Bahasa Melayu
sebagai sebuah bahasa rasmi dan bahasa perantaraan utama dalam sistem pendidikan
negara di semua peringkat iaitu peringkat rendah menengah dan tinggi. Pelbagai
persoalan berkaitan bahasa ditimbulkan berhubung kepentinagn Bahasa Melayu
sebagai sebuah bahasa perantaraan dalam pendidikan di Malaysia, antaranya,
bolehkah penguasaan Bahasa Inggeris ditingkatkan melalui aktiviti sains dan
teknologi? Bolehkah sains dan teknologi dibangunkan hanya dengan menggunakan
Bahasa Inggeris? Apakah kita boleh membenarkan Bahasa Inggeris mengambil alih
Bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan dan bahasa pengantar ilmu di Malaysia?
Apakah Bahasa Melayu tidak mampu untuk membangunkan sains dan teknologi?
Siapa yang layak untuk memastikan Bahasa Melayu menjadi bahasa ilmu termasuk
sains dan teknologi? Apakah yang akan berlaku kepada Bahasa Melayu sekiranya
sains diajar dalam Bahasa Inggeris, sedangkan pendekatan saintifik sedang menular
dalam bidang ilmu yang secara tradisinya bukan sains? Bagaimana jati diri bangsa di
Malaysia dapat dibangunkan melalui pendekatan sains dan teknologi yang diajar
251

dalam Bahasa Inggeris? Menurut Mohd Yusof (2014), berdasarkan pengalaman


mengajar sains dan teknologi Universiti Kebangsaan Malaysia selama lebih daripada
36 tahun, berdasarkan kepada penulisan saintifik yang pernah ditulis oleh Mohd Yusof
sendiri, berdasarkan karya yang selama ini dilakukan oleh beliau dalam bidang sains,
berdasarkan pembacaan beliau dalam isu bahasa ini, setakat ini masih belum timbul
suatu keyakinan dalam diri beliau bahawa Bahasa Inggeris mampu menjadi suatu
pilihan terbaik untuk digunakan secara sepenuhnya dalam pengajaran dan
pembelajaran sains dan teknologi terutamanya di peringkat sekolah rendah, menengah
mahupun di peringkat pengajian tinggi.

Pendidikan adalah suatu hasil daripada bahasa dan akan sentiasa bergantung
kepada bahasa untuk melaksanakannya. Ini kerana pendidikan melibatkan
penyampaian, tafsiran, analisis, sintesis, pendalaman dan pengamalan konsep, idea,
sekali gus mencerminkan hakikat yang kesemuanya sangat memerlukan bahasa (Wan
Mohd Nor 2005). Menurut Mohd Yusof, apabila Bahasa Melayu tidak lagi menjadi
bahasa yang menyampaikan pengetahuan sains dan teknologi, maka akan hilanglah
nilai-nilai agama dan budaya orang Melayu yang sememangnya tidak terpisah dengan
Islam. Sebagai seorang saintis beliau amat yakin bidang sains dan teknologi perlu di
ajar dalam bahasa kebangsaan. Penggunaan Bahasa Inggeris dalam pendidikan di
bidang sains dan teknologi bukan hanya boleh membawa kepada pembinaan
kefahaman yang tidak kukuh dan nyata kepada keseluruhan pelajar tentang sains,
memalapkan peranan Bahasa Melayu, malah melahirkan generasi yang terlalu
mengagungkan sains dari dunia Barat yang langsung tidak menyediakan ruang untuk
membincangkan peranan Tuhan dan agama dalam sains mereka.

Bagi Mohd Yusof (2009a), bahasa mempunyai hubungan yang cukup erat
dengan sistem berfikir dan berperanan sebagai perantara, medium pemahaman,
pandangan alam dan membentuk budaya dan jati diri seseorang. Dalam usaha untuk
mengembangkan sains dan teknologi terutamanya di bumi Malaysia dengan budaya
Melayu sebagai terasnya, maka penyampaian ilmu sains itu sendiri perlu
menggunakan Bahasa Melayu. Bahasa budaya, dan pembangunan sains dan teknologi
tidak boleh dibangunkan melalui keterpisahan dengan sistem nilai bagi membentuk
dan membangunkan sains dalam acuan kita dengan penggunaan bahasa kita, budaya
252

dan cita rasa kita. Beliau amat bangga kerana ditakdirkan oleh Allah untuk membina
kerjaya di Universiti Kebangsaan Malaysia sebagai satu-satunya universiti di dunia
yang bermatlamat untuk memartabatkan bahasa ini dalam semua bidang ilmu,
terutamanya sains dan teknologi yang menjadi kepakaran beliau. Sumbangan beliau
dalam mempertahankan Bahasa Melayu sebagai suatu asas jati diri bangsa Melayu
telah diperakui oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Kementerian ini telah
menganugerahkan beliau Tokoh Akademik Bahasa Melayu pada tahun 2013. Malah,
Dewan Bahasa dan Pustaka telah memberikan kepercayaan yang tinggi kepada saintis
ini untuk menjadi salah seorang ahli jawatankuasa Penerbitan pada tahun 2012
sehingga 2014.

Peranan Bahasa Melayu telah dilunturkan oleh penjajah (Belanda di Indonesia


dan Inggeris di Malaysia) dengan menyempitkan kepenggunaan bahasa itu daripada
bahasa besar dan bahasa perhubungan luas menjadi bahasa setempat atau bahasa
vernakular yang hanya berfungsi sebagai bahasa perhubungan sehari-hari dan lebih
untuk lingkungan masyarakat Melayu (Awang Sariyan 2009). Masalah kepentingan
Bahasa Melayu telah lebih dahulu disedari oleh Syed Muhammad Naquib Al-Attas
(1972) apabila beliau menyatakan kebimbangan beliau terhadap Bahasa Melayu yang
semakin dilupakan kepentingan dan fungsinya. Syed Muhammad Naquib Al-Attas
telah mencetuskan gagasan pengislaman ilmu sejak tahun 1970-an melalui
perencanaan ilmiah pengajian bahasa, kesusasteraan, dan kebudayaan Melayu di
Universiti Kebangsaan Malaysia. Menurut beliau, penggunaan, pengkajian bahasa dan
kesusasteraan Melayu terlalu sedikit dilaksanakan. Kajian bahasa dan kesusasteraan
Melayu perlu meliputi kajian agama, falsafah, sejarah dan kesenian orang Melayu dan
lain-lain lagi.

Kementerian Pendidikan Malaysia telah menganugerah Mohd Yusof dengan


Tokoh Akademik Bahasa Melayu pada tahun 2013. Anugerah Tokoh Akademik
Bahasa Melayu merupakan salah satu inisiatif strategik yang terkandung dalam Pelan
Tindakan Memartabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu di universiti awam di
bawah objektif “Memartabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu”. Anugerah ini
merupakan anugerah terunggul dan berprestij bagi mengiktiraf sumbangan individu
253

daripada golongan akademik dalam memartabatkan Bahasa Melayu di peringkat


Kementerian Pendidikan Tinggi.

6.7 KESIMPULAN

Bangsa Melayu seharusnya memantapkan jati diri mereka dengan pengamalan ajaran
Islam dalam segala urusan kehidupan mereka, lebih-lebih lagi di bidang pendidikan
yang memberikan manfaat untuk kehidupan di dunia dan kehidupan selepasnya.
Mereka perlu sedar dan mengelak untuk terus berada dalam kepompong dan kekangan
pola pemikiran Sains Barat dan berusaha mencari sistem yang benar-benar bertepatan
dengan kehendak jiwa manusia yang bertuhan. Di sinilah pentingnya rujukan kepada
pemikiran tokoh yang membangunkan sains dalam acuan sendiri yang bertunjangkan
akidah Islamiah. Tambahan pula, tokoh dalam kajian ini merupakan tokoh Melayu
Muslim yang mempunyai persamaan bangsa, bahasa dan agama dengan majoriti
rakyat Malaysia.

Pembangunan sains yang berlandaskan ajaran Agama Islam adalah suatu


ikhtiar ke arah menyelesaikan masalah keterpisahan antara sains dan agama kerana
telah sekian lama sains telah disekularkan oleh peradaban Barat. Kajian pembangunan
sains menurut pemikiran Mohd Yusof dilihat dari sudut penglibatan Mohd Yusof
dalam pembangunan sains, memasyarakatkan sains, memartabatkan Bahasa Melayu
serta pengislaman sains. Kajian ini adalah suatu usaha mengatasi masalah kekurangan
kajian yang mengkaji ahli sains kita sendiri dalam menonjolkan kelebihan idea
pembangunan sains serta mendokumenkan pemikiran mereka sebagai seorang tokoh
sains Melayu.

Tambahan pula, kekuatan idea dalam memartabatkan dan menjadikan


kemajuan sains yang selari dengan kehendak agama sebagai suatu usaha yang nyata,
akan mampu untuk mempertahankan kedudukan Islam di dalam masyarakat yang
menjunjung martabat ilmu yang bersih dan suci dari pencemaran atau penyelewengan
pihak-pihak tertentu yang mempunyai agenda dan berkepentingan tersendiri. Justeru,
secara tidak langsung, mampu menolak sekularisasi dan menjaga kepentingan Agama
Islam di dalam masyarakat yang ada pada masa ini dan masa akan datang.
BAB VII

PEMIKIRAN TAJUL ARIFFIN NOORDIN DALAM KONSEP PENDIDIKAN


SEPADU

7.1 PENDAHULUAN

Bab ini membincangkan pemikiran seorang tokoh yang pernah aktif dalam
membincangkan pembentukan sistem pendidikan negara Malaysia melalui pendekatan
pendidikan sepadu. Beliau ialah Dr. Tajul Ariffin Bin Noordin, bekas pensyarah di
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Pemilihan sarjana ini adalah
kerana latar belakang beliau yang mempunyai kesarjanaan dalam bidang sains bukan
sosial dan kemanusiaan atau ringkasnya sains tabii yang berbangsa Melayu. Di
samping itu, pemikiran beliau dipilih adalah berdasarkan sumbangan beliau yang
cukup banyak dalam memperjuangkan isu-isu pendidikan negara agar berada pada
landasan yang terbaik mengikut keperluan pendidikan yang tidak berasaskan kepada
pendidikan sekular.

Kandungan pemikiran beliau dalam mengupas isu-isu pendidikan akan dilihat


daripada konsep pendidikan yang ingin diwujudkan dalam sistem pendidikan negara
yang dirasakan menepati dengan konsep kesepaduan antara sains, agama dan bahasa
untuk dilaksanakan dalam pendidikan rakyat Malaysia, terutamanya anak bangsanya
sendiri. Beliau turut menekankan peranan guru dan ibu bapa dalam pembentukan
pendidikan yang sempurna untuk anak-anak, di samping pembentukan akhlak atau
disiplin, bukan hanya ditekankan dalam diri anak-anak pelajar, tetapi juga kepada
guru yang menjadi model ikutan atau cerminan akhlak kepada pelajar-pelajar mereka
demi pembangunan ummah yang seimbang antara kejasmanian atau kebendaan
dengan kerohanian.

Pendidikan sepadu yang ditekankan oleh Tajul Ariffin menekankan agar


sistem pendidikan negara di semua peringkat pendidikan menggunakan prinsip
255

pendidikan sepadu dalam seluruh aspek pendidikan terutamanya dalam kurikulum


mereka. Walaupun jika dilihat dari sudut perbincangan kebanyakan penulisan, beliau
menekankan kepada pendidikan di peringkat menengah dan rendah, namun beliau
turut memberikan penekanan yang sama kepada pendidikan di peringkat tinggi agar
melaksanakan konsep pendidikan sepadu. Pendidikan sepadu ini merupakan suatu
alternatif yang difikirkan beliau ekoran daripada sistem pendidikan sekular yang
digunapakai dalam sistem pendidikan Malaysia menyumbang kepada pembangunan
yang tidak seimbang dan kekacauan pembangunan kerohanian pelajar, malah guru-
guru sendiri.

Pemikiran dalam memperjuangkan isu-isu pendidikan yang selari dengan


kehendak Islam dilihat amat bertepatan dengan konsep kesepaduan sains, agama dan
bahasa yang diperlukan bagi mengembangkan wacana pengislaman sains untuk
membentuk Sains Islam di Malaysia. Justeru, beliau dipilih untuk dimuatkan
pemikirannya pada bab ini, dan seterusnya pemikiran beliau dianalisis di bab yang
kelapan, terutamanya melalui analisis perbandingan dengan tokoh-tokoh lain yang
terdapat pada bab-bab sebelum ini.

7.2 LATAR BELAKANG RINGKAS TAJUL ARIFFIN BIN NOORDIN

Tajul Ariffin bin Noordin merupakan seorang tokoh yang tidak asing di bahagian
pendidikan atau pelajaran Malaysia ketika negara sedang didesak untuk melakukan
perubahan sistem pendidikannya. Ini kerana sumbangan dan penglibatan beliau yang
cukup meluas dalam menjalankan kajian-kajian perlaksanaan sistem pendidikan
sepadu di Malaysia, terutamanya melalui perlaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah
Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) bagi seluruh
sekolah di Malaysia yang mengambil peperiksaan yang telah diselaraskan di seluruh
negara. Penglibatan beliau dalam menjayakan konsep pendidikan sepadu didorong
oleh kesedaran beliau akan kepincangan yang wujud dalam sistem pendidikan negara
yang menggunakan contoh pendidikan sekular Barat, ditambah pula dengan kepakaran
beliau yang memang telah dikhususkan di bahagian pendidikan dan sains teknologi
yang melayakkan beliau untuk terus memperjuangkan pendekatan pendidikan sepadu
di Malaysia.
256

Beliau merupakan salah seorang bekas pendidik di Fakulti Pendidikan,


Universiti Kebangsaan Malaysia, dan dalam masa yang sama pernah berkhidmat
menaburkan ilmunya kepada pelajar-pelajar Fakulti Sains dan Teknologi di universiti
yang sama. Beliau berasal daripada Pulau Pinang dan dilahirkan pada 15 April 1951.
Beliau mendapat pendidikan awal yang cemerlang sebelum menuruskan pengajian
beliau di peringkat menengah di Sekolah Menengah Alam Syah, Kuala Lumpur
sehingga tamat dengan memperoleh Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) pada
tahun 1970. Dengan kelulusan yang diperoleh, beliau mendapat tawaran yang
melayakkan beliau untuk terus ke peringkat pengajian tinggi di Universiti Kebangsaan
Malaysia (UKM).

Di UKM, beliau telah mendapat pendidikan dalam dua ijazah di bidang yang
berbeza dalam masa yang sama. Pertamanya adalah Ijazah Sarjana Muda Sains
(Kepujian) dalam bidang Sains Biologi, dan yang keduanya adalah Ijazah Diploma
Pendidikan dari universiti yang sama pada tahun 1975 bagi kedua-duanya serentak1.
Setelah itu, beliau sempat berkhidmat sebagai guru di sekolah menengah selama
beberapa bulan sebelum mendapat tawaran daripada UKM untuk bertugas sebagai
tutor di sana. Selepas itu, beliau mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran beliau
terus ke peringkat Ijazah Ph.D dalam bidang Behavioural Ecologi di Universiti
Manchester, England.

Bidang ini menjadi pilihan beliau atas dasar; bidang ini merupakan bidang
yang mengkaji tingkah laku haiwan dan manusia dengan konsep yang ada pada
kejadian haiwan dan manusia adalah merupakan bidang sains tabii, iaitu sains biologi.
Manakala konsep “tingkah laku” pula adalah berkait secara langsung dengan bidang
pendidikan. Namun begitu, ia tidaklah mengembirakan beliau kerana bidang ini
merupakan suatu bidang yang disasarkan kepada Teori Evolusi tajaan Darwin yang
bercanggah dengan konsep penciptaan manusia menurut Agama Islam. Maka bidang
ini bukan hanya tidak dapat dikaitkan dengan agama, malah boleh sahaja terdorong
kepada pudarnya kekuatan akidah jika kurangnya pengetahuan dan pegangan agama
seseorang.

1
Pada waktu ini, bidang-bidang yang ditawarkan, iaitu bidang pendidikan dan bidang sains
tulen yang beliau jalani di sini perlu diambil secara berasingan, tidak seperti yang ditawarkan oleh
universiti hari ini hanya dalam satu ijazah pendidikan sains sahaja.
257

Daripada kepincangan atau percanggahan dan kekurangan yang terdapat pada


Sains Barat ini, maka Tajul Ariffin mendapat kesedaran untuk mensepadukan ilmu,
pendidikan dan Agama Islam2. Sekembalinya beliau ke tanah air setelah tamat ijazah
Ph.D, beliau mula menulis berhubung isu-isu pendidikan dalam rangka untuk
merancang strategi penyelesaian masalah pendidikan. Di sinilah beliau mula
menyedari bahawa keseluruhan pendidikan formal negara adalah berpaksi kepada
Barat (Tajul Ariffin 1990).

Pendekatan Barat dalam sistem pendidikan negara tidak akan mampu untuk
membangunkan tamadun negara sekiranya tamadunnya ingin dibentuk berlandaskan
pembangunan ilmu yang seiring dengan pegangan agama dan budaya. Pembentukan
akhlak mulia dalam kalangan rakyat tidak akan terlaksana selagi model pendidikan
masih diambil sepenuhnya daripada Barat. Justeru itu, atas kesedaran inilah, maka
Tajul Ariffin mencadangkan agar Malaysia membina falsafah dan dasar
pendidikannya sendiri yang seiring dengan kehendak Islam, agar rakyat yang terbina
melalui sistem pendidikan yang berteraskan falsafah dan dasar pendidikan sebegini
berakhlak mulia, bermaruah, bertanggungjawab dan mempunyai kekuatan dan daya
tahan yang tinggi dalam membela agama, bangsa dan negara mereka.

Sekembalinya beliau dari England setelah berjaya memperoleh Ijazah Ph.D


pada tahun 1978, beliau telah menyambung perkhidmatan beliau sebagai pensyarah di
dua fakulti berbeza di UKM, iaitu Fakulti Sains dan Teknologi dan Fakulti
Pendidikan. Manakala pada tahun 1982, beliau sekali lagi meneruskan pengajian
Ijazah Diploma Lanjutan di bidang Pembangunan Kakitangan dalam Pendidikan
Tinggi, di Universiti Surrey, England, sebelum kembali semula bertugas di UKM.
Setelah beberapa tahun perkhidmatan beliau di UKM dengan pelbagai kelayakan
akademik yang beliau peroleh, beliau telah dipilih untuk dinaikkan pangkat sebagai
Profesor Madya pada tahun 1984. Bermula pada tahun 1984, beliau telah diberi
tanggungjawab untuk mengetuai projek pendidikan sepadu. Atas komitmen dan
pencapaian yang ditunjukkan terutamanya dalam projek pendidikan bersepadu ini,
beliau telah berjaya memperoleh pengiktirafan profesional dalam pembangunan

2
Temubual bersama Tajul Ariffin di Sekolah Maahad Tahfiz, Seksyen 16, Bandar Baru Bangi
pada jam 10:00 pagi, 21 April 2017.
258

sekolah menengah sains, pendidikan kanak-kanak daripada Universiti York pada


tahun 1986.

Sepanjang karier beliau sebagai pendidik, beliau terus memperjuang isu-isu


pendidikan kerana pendidikan merupakan bidang utama yang memberi impak yang
besar dalam pembentukan diri individu sama ada untuk terus berada dalam
keharmonian, atau sentiasa leka dengan keasyikan dan kekayaan dunia. Justeru itu,
Tajul Ariffin (1990) memegang kepada prinsip; pendidikan mestilah dihidupkan
berteraskan sejarah, nilai, budaya dan tamadun ilmu sesebuah negara. Maka dari
prinsip inilah, pendidikan negara akan terus berkembang secara harmonis, seimbang
dan bersepadu antara ilmu-ilmu seluruhnya menuju kepada ketauhidan kepada
Pencipta sebagai sumber ilmu yang tunggal. Bertitik tolak daripada premis inilah,
maka beliau begitu bersungguh-sungguh meneroka setiap isu pendidikan.

7.3 PENDIDIKAN BERSEPADU MENURUT PEMIKIRAN TAJUL ARIFFIN


NOORDIN

Tajul Ariffin Noordin sememangnya terkenal melalui penulisan-penulisan yang


menekankan pendidikan bersepadu. Pendidikan bersepadu merupakan suatu usaha dan
pendekatan untuk membentuk keharmonian hidup melalui hasil hubung kait Agama
Islam dengan ilmu yang menjadi pengisian utama dalam kurikulum. Kurikulum yang
dibentuk perlu berteraskan ilmu wahyu daripada sumber al-Quran dan as-Sunnah bagi
semua peringkat pendidikan yang terdiri daripada peringkat sekolah rendah, sekolah
menengah dan peringkat pengajian tinggi. Penulisan beliau digunakan sehingga ke
hari ini untuk dijadikan rujukan kepada konsep pendidikan bersepadu bagi ilmuwan
yang bergerak cergas pada hari ini untuk terus memantapkan usaha merealisasikan
sains bersepadu.

Kesepaduan antara sains, agama dan bahasa ini boleh juga dikatakan sebagai
suatu usaha merealisasikan agenda pengislaman ilmu seperti yang telah diwacanakan
dan dibincangkan dalam satu persidangan sedunia berhubung Pendidikan Islam yang
pertama kalinya berlangsung pada tahun 1977 di Mekkah yang diadakan setelah
sekian lama selepas runtuhnya kerajaan-kerajaan Islam yang gemilang. Pembangunan
Tamadun Barat yang berjaya, namun dalam masa yang sama mengesampingkan
259

peranan agama dalam sistem pendidikan mereka telah merebak ke dunia luar melalui
penjajahan yang mereka lakukan. Justeru, ini memberikan kesan sekularisme sebagai
ideologi Barat kepada negara-negara luar terutamanya negara-negara Islam, bukan
hanya dari sudut pentadbiran, politik, sosial, tetapi bermula dari akar umbi
pembangunan manusia iaitu, sistem pendidikan negara.

Penulisan-penulisan ilmiah serta usaha yang telah disumbangkan oleh Tajul


Ariffin untuk memantapkan pendidikan negara agar memenuhi keperluan fitrah
kehendak jiwa manusia adalah terdorong daripada bidang pendidikan dengan
pengkhususan dalam aliran sains tulen yang dipilih dan dipelopori oleh beliau sebagai
kerjaya yang utama. Menurut Tajul Ariffin dan Nor Aini (2002) pemikiran saintifik
yang dibentuk mengikut kerangka pemikiran Barat hanyalah bersifat kebendaan,
rasional, eksperimental dan empirikal semata-mata, sehinggakan manusia kehilangan
potensi kerohanian dan membentuk sebuah kehidupan tanpa pedoman serta
bertentangan dengan lumrah insani yang telah ditanam dalam hati-hati manusia oleh
Pencipta mereka. Keadaan ini tentunya menafikan keperluan jiwa manusia dan
seterusnya memusnahkan kualiti kehidupan mereka. Oleh itu, penghayatan pendidikan
sepadu amat ditekankan oleh Tajul Ariffin agar dilaksanakan dalam pendidikan sains
bagi menangani permasalahan ini di peringkat akar umbi. Konsep pendidikan sepadu
yang memberikan fokus kepada pelajar dan pendidik Islam yang difikir dan
dilaksanakan oleh beliau adalah berkisar kepada falsafah keilmuan Islam untuk
mencapai suatu tahap perkembangan keintelektualan, memperoleh dan meningkatkan
ketaqwaan kepada Allah.

Sains yang menggunakan pedoman dan tapisan ilmu wahyu yang diperoleh
melalui al-Quran dan Hadis Nabi Muhammad merupakan antara suatu usaha yang
utama yang diwujudkan ke arah menjadikan pendidikan bersepadu menjadi suatu
kenyataan dan seterusnya membentuk kehidupan yang sejahtera di dunia dan juga di
akhirat. Beliau konsisten dalam kebanyakan penulisannya untuk menyemarakkan
usaha ini dengan konsep pendidikan atau pendekatan “bersepadu” atau “sepadu”.
Berbeza dengan ilmuwan sains tulen lain yang juga berusaha ke arah menyepadukan
agama dan ilmu seperti Shaharir yang lebih selesa menggunakan pendekatan
pengislaman ilmu atau Sains Islam, dan kini dengan pendekatan pemperibumian ilmu
260

atau etnosains yang lebih tertumpu kepada etnomatematik yang membincang dan
mengkaji pengislaman ilmu secara mengkhusus kepada tamadun bangsa Malayonesia-
Islam.

Sistem pendidikan Barat yang dibanggakan oleh dunia hari ini terutamanya
negara-negara Islam, bukan sahaja mendorong kepada pengamalan nilai-nilai
Tamadun Barat yang sekular serta menjauhkan mereka daripada mendalami dan
mempraktikkan nilai akhlak yang telah digariskan dalam Agama Islam, malah ia
memberi sumbangan yang besar ke arah keruntuhan sesebuah tamadun yang
meletakkan Islam sebagai pegangan hanya pada kata-kata, tanpa ada cita-cita untuk
membangunkan Islam dalam segala aspek kehidupan, lebih-lebih lagi dalam
pendidikan manusia. Kesedaran yang wujud tentang kepincangan sistem pendidikan
negara yang kebanyakannya diambil daripada cara Barat yang telah membentuk
pemikiran yang bersifat humanisme ini telah mendorong Tajul Ariffin untuk terus
berbakti kepada masyarakat agar kembali kepada aktiviti berilmu yang
berpedomankan sumber hakiki dan nyata daripada panduan-panduan yang telah
digariskan oleh Allah melalui kitab al-Quran serta Hadis Nabi Muhammad. Pemikiran
yang bersifat humanisme ini hanya membentuk hubungan diantara manusia dan alam
semata-mata. Manusia hanya perlu memikirkan sesuatu perkara yang bersangkutan
dengan diri, masyarakat dan alam serta kesalingbergantungan antara keduanya bagi
meneruskan rantai kehidupan yang hanya bersifat dan berorientasikan kehidupan
dunia.

Manakala fungsi agama yang memperkenalkan Tuhan bersama perintah,


peranan dan kekuasaan-Nya bukan hanya diketepi dan dilupakan, malah terus
menjadikan ia tidak lagi relevan untuk dibincangkan dalam pendidikan terutamanya
pendidikan sains. Kombinasi dan kesalingbergantungan antara manusia, alam dan
Agama Islam yang menjadi panduan yang menyeluruh perlu diwujudkan untuk
menjamin kehidupan yang lebih sempurna serta tenang, bukan hanya untuk dunia,
tetapi juga untuk kehidupan selepasnya yang juga perlu dipersiapkan melalui
pendidikan. Tajul Ariffin memberikan gambaran terhadap kesepaduan ilmu yang perlu
dibentuk sebagai suatu usaha ke arah menapis, memperbaiki dan seterusnya menukar
sistem pendidikan sekular dan dualisme yang digunapakai dalam pendidikan sekular
261

tajaan Barat sehingga mengabai, malah menafikan peranan Tuhan sebagai Pencipta
dan Penentu segala kejadian alam. Beliau (Tajul Ariffin 1990:5-6) menyebut bahawa;

Kesepaduan ilmu bermaksud integrasi di antara ilmu pengetahuan menerusi


akal dengan ilmu wahyu iaitu, ilmu daripada al-Quran dan Hadis. Dengan
kesepaduan ini, setiap topik yang akan diajar perlulah menunjukkan gabung
jalin yang harmoni di antara manusia sesama manusia, manusia dengan alam
sekitar dan seterusnya manusia dengan Pencipta. Dengan kesepaduan ilmu,
dapatlah dibina akhlak yang mulia dalam diri manusia dan juga akhlak yang
tersirat di dalam setiap matapelajaran.

Keseimbangan antara pembangunan jasmani dan rohani menjadi matlamat


yang paling utama untuk terus dibina melalui usaha penerapan konsep Pendidikan
Sepadu. Matlamat ini bukan hanya memenuhi kehendak kehidupan di dunia, malah
menjaga kepentingan kehidupan akhirat. Melalui perkara yang diungkapkan ini,
hubungan antara manusia, alam dan Pencipta perlu dititikberatkan dalam
menyampaikan serta membahaskan sesuatu ilmu agar membentuk suatu keharmonian
hubungan dan kebergantungan alam dan manusia yang paling utama adalah kepada
Allah dalam segala urusan manusia sesama mereka, serta ketika menguruskan alam.
Hubungan yang wujud antara alam, manusia dan Allah digambarkan oleh Tajul
Ariffin (1990:200) melalui Rajah 7.13.

Konsep pendidikan yang dibincang oleh Tajul Ariffin dan Nor Aini (2002)
mempunyai beberapa konsep seperti ta’lum, ta’dib, irsyad, tadris, dan tarbiah yang
perlu dihayati secara bersepadu untuk mendapatkan kefahaman yang jelas berhubung
ilmu serta memahami pembangunan manusia yang selaras dengan kehendak Islam.
Konsep ini menjalankan fungsi yang berbeza seiring dengan istilahnya yang berbeza
walaupun jika didefinisikan mengikut bahasa, hampir semuanya adalah merujuk
kepada perkaitan belajar.

3
Rajah 7.1 ini juga mempunyai persamaan dengan kerangka asas yang dibincang oleh Mohd
Yusof (2014, 2013) yang dijadikan sebagai asas kepada kerangka Sains Tauhidik yang diperkenalkan
selepas lebih daripada 20 tahun dibincangkan oleh Tajul Ariffin dalam menjelaskan konsep Pendidikan
Sepadu.
262

Ta’lum adalah pembelajaran yang membentuk manusia yang mampu


mengembangkan segala potensinya ke atas pembentukan perlakuan dan sikap murni
yang diterima mengikut pandangan Islam. Irsyad pula adalah petunjuk ke arah
kebenaran untuk kehidupan dunia dan akhirat mengikut panduan al-Quran dan as-
Sunnah. Manakala tarbiah adalah suatu proses pendidikan untuk membentuk jiwa
insan agar terus memohon keredhaan Allah. Manakala tadris pula adalah proses
pengajaran yang melibatkan interaksi dan pelengkap antara guru, pelajar dan
matapelajaran yang disampaikan.

ALLAH

MANUSIA
(INSAN)
MANUSIA ALAM
(INSAN)

Rajah 7.1 Hubungan yang perlu wujud dalam Pendidikan Sepadu mengikut Pemikiran Tajul Ariffin

Sumber:Tajul Ariffin (1990:200)

Dalam konsep-konsep yang diutarakan ini, manusia menjadi fokus utama


dalam pendidikan. Oleh itu, manusia perlu memperlengkapkan diri untuk memimpin
masyarakat untuk memperoleh kesejahteraan hidup di dunia dan juga akhirat. Manusia
perlu terus menyampaikan ilmu pengetahuan yang mereka peroleh bagi menjamin
kesinambungan ilmu kepada generasi yang seterusnya. Usaha ini adalah untuk
memastikan kehidupan masyarakat berilmu yang berkualiti serta cemerlang
terlaksana. Manusia perlu menghayati nilai-nilai murni dan akhlak al-Quran untuk
memelihara keutuhan dan kesatuan masyarakat sebagai seorang khalifah Allah yang
bertanggungjawab.

Konsep pendidikan Islam ada dibincang oleh Al-Attas yang menyentuh


kepentingan kesepaduan ilmu. “Ta’díb” adalah istilah yang diguna oleh Al-Attas
263

untuk menggambarkan konsep pendidikan Islam. Bagi beliau, pendidikan adalah suatu
usaha untuk menerapkan adab mengikut panduan Islam kepada manusia seperti yang
telah disabdakan oleh Nabi Muhammad yang maksudnya;“Tuhanku telah mendidikku
dalam bidang adab, dan dia telah menjadikan pendidikanku (adab) yang terbaik.
Oleh yang demikian, pendidikan dalam Islam adalah sebenarnya pembentukan adab
(akhlak)” (Wan Mohd Nor 2005).

Konsep ta’dib yang diketengahkan oleh Al-Attas adalah untuk mencapai suatu
matlamat pembentukan manusia atau insan ke arah kebaikan dan kesempurnaan
perilaku mengikut cita rasa Islam dengan perkataan yang digunakan iaitu, “insan
kamil’. “Insan kamil” bagi Al-Atttas, pertamanya adalah merujuk kepada manusia
yang mempunyai keseimbangan dan kesepaduan dalam kepatuhan sebagai seorang
hamba kepada Tuhannya dan bertindak sebagai khalifah yang mempunyai
tanggungjawab terhadap manusia, persekitaran dan Tuhannya. Manakala yang
keduanya adalah insan yang mempunyai keseimbangan dalam ilmu, iman dan
amalnya. Kedua-dua perkara yang menerangkan konsep “insan kamil” boleh
dilaksanakan dan dicapai menerusi pendekatan pendidikan bersepadu.

Perkara yang dibahaskan oleh Tajul Ariffin berhubung konsep pendidikan


bersepadu adalah merujuk kepada takrif asal pendidikan bersepadu yang telah
diperkenal dan digubal daripada hasil perbincangan melalui Seminar Pendidikan
Sepadu yang dianjurkan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia pada 30 Oktober 1984
iaitu: “Pendidikan yang berteraskan al-Quran dan as-Sunnah di samping adanya
integrasi disiplin ilmu dan akal ke arah membina komuniti ummah dengan berteraskan
aqidah”. Takrif ini telah meletakkan sumber ilmu wahyu daripada al-Quran dan as-
Sunnah menjadi perkara pertama yang perlu dikuasai dan dititik beratkan agar
menjadi penentu, undang-undang atau penapis kepada ilmu yang diperoleh dan diolah
bagi memenuhi lumrah manusia berTuhan yang mengikut kehendak Islam. Takrif ini
telah memberikan penanda aras baru kepada ilmu dan berlainan daripada konsep
pendidikan Sains Barat yang hanya berorientasikan akal semata-mata.

Takrif yang digubal hasil daripada Seminar Pendidikan Sepadu ini dijelaskan
oleh Tajul Ariffin dan Nor Aini (2002) dengan ungkapan sepadu yang merujuk kepada
264

kesepaduan ilmu dan akal, perlu dibentuk dan diolah mengikut citarasa ilmu wahyu
daripada al-Quran dan as-Sunnah. Akal manusia yang hanya bertaraf makhluk
semestinya mempunyai banyak keterbatasan untuk berfikir secara tepat dan
mendalam, maka manusia memerlukan panduan daripada Kalam Allah untuk
mengatasi kekeliruan dan menguruskan segala urusan kehidupan terutamanya dalam
mengurus ilmu pengetahuan melalui pendidikan.

Al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad menjadi sumber pertama dan paling
utama dalam mengendalikan pendidikan sepadu agar membentuk kefahaman yang
jelas dalam kalangan penuntut akan kepentingan ilmu dalam semua bidang pengajian
serta hubungkaitnya dengan Pencipta. Manakala tauhid, iaitu mengEsakan Allah
dalam segala perkara, begitu juga dengan aqidah Islam yang mengikut kehendak yang
telah digariskan melalui al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad menjadi teras
pendidikan sepadu agar segala urusan yang dilakukan terutamanya dalam bidang
pendidikan terkawal dan terarah kepada kebaikan dan kesejahteraan yang sebenarnya.

Perlaksanaan konsep bersepadu memastikan ilmu agama, akidah dan akhlak


menjadi teras ilmu dan ia seterusnya diterapkan secara sistematik ke dalam
matapelajaran yang menjadi ilmu akal daripada aliran sains, vokasional dan
kemanusiaan. Dengan perlaksanaan ini, maka ilmu agama akan terlebih dahulu
dihayati dan disepadukan dengan ilmu-ilmu akal. Perkara ini digambarkan oleh Tajul
Ariffin dan Nor Aini (2002) pada Rajah 7.2. Mengikut konsep Pendidikan Sepadu,
aliran agama bersifat teras dan mesti disepadukan ke dalam aliran lain seperti sains,
vokasional serta kemanusiaan.

Konsep sepadu ini hanya mengandungi aliran yang bersifat sepadu antara
semua ilmu akal dengan akidah dan tauhid sebagai teras yang paling utama.
Pendidikan sepadu ini difikir dan dirangka agar dapat mengubah konsep pendidikan
yang berkiblatkan Tamadun Barat dan dapat melahirkan insan yang dapat berperanan
sebagai seorang khalifah Allah yang berjiwa hamba dan bertaqwa, seterusnya
membentuk komuniti ummah yang sentiasa mendambakan ilmu pengetahuan yang
hasilnya bertambah taqwa, mendekatkan mereka kepada Allah serta sentiasa
265

mendambakan cinta hakiki untuk kesejahteraan hidup bukan hanya di dunia, malah
kebahagiaan yang berkekalan dia akhirat.

Ilmu
Pelengkap
-Sains,
vokesional dan
Ilmu Teras kemanusiaan
(Aliran
Agama)

Rajah 7.2 Kesepaduan agama sebagai teras kepada aliran lain

Sumber:Tajul Ariffin dan Nor Aini (2002)

Rajah 7.2 menggambarkan bahawa pelajar-pelajar yang berAgama Islam perlu


dipersiapkan dengan ilmu-ilmu agama. Manakala al-Quran dan as-Sunnah menjadi
sumber utama dan titik asalan bagi Rajah 7.2. Ilmu-ilmu agama ini menyediakan
persiapan dalam diri mereka untuk menilai dan menerima ilmu-ilmu lain seperti sains,
teknologi, dan ekonomi melalui hubungkait antaranya dengan memberi keutamaan
kepada prinsip agama tanpa perlu mengalah dengan fakta sains yang bertentangan
dengan ajaran Islam.

Ini adalah suatu usaha ke arah pembentukan kesepaduan inter yang dijelaskan
oleh Tajul Ariffin dan Nor Aini Dan (2002), yang bermaksud roh pendidikan Islam
hendaklah dihayati secara sepadu ke dalam kurikulum matapelajaran lain agar pelajar
mampu untuk meletakkan semua maklumat yang diperoleh dan ilmu yang dipelajari
dalam kerangka epistemologi ilmu yang berpaksikan prinsip tauhid, iaitu prinsip yang
mengakui kekuasaan Allah sebagai kuasa tunggal yang menguasai segala sesuatu.
Konsep kesepaduan inter yang memerlukan kepada persediaan dalam diri dengan
asas-asas agama adalah selari dengan pandangan Al-Faruqi dalam agenda
266

pengislaman ilmu beliau. Perkara ini telah menjadi perbincangan Al-Faruqi (1989)
bahawa, setiap Muslim perlu melengkapkan diri dengan ilmu-ilmu agama
sepenuhnya, termasuk etika atau adab, syariah atau undang-undang Islam dan sejarah
dan peradaban Islam untuk mereka berhujah ketika berhadapan dengan pelbagai hujah
dan ideologi sekular dengan hujah Islam yang tepat, logik bersama bukti-bukti yang
jelas.

Kesepaduan berbentuk inter ini perlu diwujudkan terlebih dahulu sekiranya


penstrukturan semula ilmu melalui perubahan menyampaikan dan perbahasan ilmu,
agar menepati citarasa Islam dalam mata-matapelajaran diwujudkan yang belum
dilaksanakan. Perkara ini adalah merujuk kepada usaha membentuk kesepaduan intra
seperti yang dinyatakan oleh Tajul Ariffin dan isterinya 4 sebagai kesepaduan yang
terbentuk di antara pelbagai komponen di dalam isi kandungan dan huraian
pendidikan Islam yang dapat membina kekuatan dalaman melalui kefahaman, amalan
dan penghayatan tasawur Islam yang jelas sehingga membentuk peribadi ilmuan
muslim yang seimbang dan harmoni. Contohnya, matapelajaran sains yang akan
diajarkan kepada pelajar perlu melalui perubahan dan pembaharuan agar ia boleh
dibahaskan mengikut citarasa Islam dalam setiap sumber rujukan utamanya seperti
buku teks, sehingga terbentuknya Sains Islam yang mengikut takrifan ringkas Abdul
Latif (2009) sebagai sains yang terletak dalam ruang lingkup Islam dalam segenap
aspeknya.

Tajul Ariffin (1990) merumuskan bahawa, pendidikan sepadu merupakan


suatu gabung jalin antara pendidikan moden dan pendidikan Islam, dan ia
digambarkan melalui rumus berikut;

Pendidikan sepadu= pendidikan moden + pendidikan Islam Tradisional.

4
Isteri Tajul Ariffin, Nor Aini Dan, merupakan bekas pendidik di Fakulti Sains dan Teknologi,
UKM yang pernah menjalani pengajian ijazah pertama dan ijazah Ph.D di tempat dan masa yang sama
dengan suaminya. Beliau juga banyak menyumbang dalam membentuk konsep pendidikan bersepadu
terutamanya melalui medan penulisan bersama suaminya. Beberapa buah buku telah diterbitkan hasil
daripada penulisan bersama suaminya seperti “Pendidikan dan Wawasan 2020”, terbitan 1992 dan
“Pendidikan dan Pembangunan Manusia: Pendekatan Bersepadu” terbitan 2002.
267

Pendidikan moden merupakan gabungan kaedah saintifik, analisa secara


empirikal, logik dan falsafah, manakala pendidikan Islam tradisonal pula merujuk
kepada pendidikan kerohanian dan keagamaan ke arah meningkatkan akidah dan
ketakwaan yang berasaskan sumber utama iaitu al-Quran dan Hadis. Namun begitu,
pendidikan moden yang dimaksudkan di sini haruslah merupakan pendidikan yang
telah ditapis penerimaannya oleh prinsip Islam yang mentauhidkan Allah sebagai
Pencipta dan seterusnya barulah di tambah dengan konsep-konsep Islam yang
bersesuaian dengan keadaan dan masanya.

Tatacara pembinaan kurikulum menurut konsep pendidikan sepadu (Tajul


Ariffin, 1990) seperti yang terdapat pada Rajah 7.3 adalah bermula daripada
pembinaan, pengemaskinian dan penambahbaikan falsafah pendidikan agar mampu
merubah pemikiran yang sebelumnya untuk mencapai matlamat untuk
mengembangkan ilmu pengetahuan dalam konteks yang lebih luas dan menyeluruh
serta mampu membangunkan insan mengikut fitrah insani. Falsafah menjadi cermin
untuk menilai dan identiti keseluruhan budaya pendidikan sesebuah negara. Tajul
Ariffin (1993) berpandangan bahawa sistem pendidikan negara telah melangkah ke
suatu fasa yang lebih baik setelah Falsafah Pendidikan Negara pada tahun 1987
digubal dan dilaksanakan.

Falsafah ini telah memberikan gambaran sebenar kepada hala tuju pendidikan
yang ingin dibentuk dan dicapai bagi melahirkan masyarakat yang mempunyai akhlak
yang baik, disamping pembangunan intelek, rohani, emosi dan jasmani yang seimbang
dan menepati kehendak agama bagi mencapai redha daripada Pencipta. Falsafah
Pendidikan Negara yang dinyatakan pada tahun 1987 ini ditetapkan sebagai:

Pendidikan di Malaysia ialah suatu usaha berterusan ke arah


memperkembangkan lagi potensi individu ke arah perkembangan secara
menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepada
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini ialah melahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
268

memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan


negara”

Falsafah Pendidikan Negara ini merupakan suatu falsafah yang difikirkan untuk
memulakan sebarang perubahan dalam pendidikan. Konsep kesepaduan pendidikan
ini bukan hanya perlu meniti di bibir sahaja, tetapi perlaksanaannya harus dipikul
bersama oleh kepimpinan negara yang diuruskan melalui Kementerian Pendidikan,
guru-guru serta pelajar sendiri.

Konsep pendidikan bersepadu yang menjadi pengisian utama dalam Falsafah


Pendidikan Negara telah terlebih dahulu terlaksana sebelum falsafah ini diwujudkan.
Konsep pendidikan bersepadu terlaksana dalam sistem pendidikan negara melalui
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah
Menengah (KBSM). Menurut Tajul Ariffin dan Abdul Rahman (1987), perlaksanaan
konsep pendidikan bersepadu melalui KBSR telah dimulakan sepenuhnya pada tahun
1983 dan mencapai tahap pelaksanaan penuh pada tahun 1988, manakala Falsafah
Pendidikan Negara hanya terbentuk dalam empat tahun selepasnya iaitu pada 1987.
Agenda pendidikan bersepadu ini diteruskan pula dengan KBSM yang dilaksanakan
sepenuhnya pada tahun 1989 dan mencapai tahap pelaksanaan penuh pada tahun 1993
sebagai kesinambungan kepada KBSR yang menekankan perkembangan potensi insan
secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu.

Menurut Tajul Ariffin, pendidikan merupakan suatu jaminan kepada


keseimbangan kehidupan masyarakat, negara dan ummah, yang memupuk dan
meningkatkan kesedaran sehingga kita mampu mengikut fitrah manusia yang cintakan
kesejahteraan dengan konsep yang diperkenalkan melalui ajaran-ajaran Islam.
Matlamat yang menjadi tujuan kepada konsep bersepadu seterusnya dirangka bermula
dengan usaha pengolahan dan pembaikan kandungan kurikulum agar selari dengan
pendekatan sepadu yang meletakkan perundangan Islam sebagai dasarnya.

Perkara ini seterusnya dipersiapkan untuk menjadi bahan pengajaran dan


pembelajaran untuk disampaikan kepada para pelajar sebagai perlaksanaan cubaan
bagi proses penilaian kepada kebolehterimaan cadangan-cadangan tersebut. Sekiranya
269

hasil perlaksanaan tersebut memberikan hasil yang positif, bukan hanya dalam
pembangunan ilmu tetapi juga pembangunan insan, maka ia dikira sebagai suatu
perlaksanaan yang berjaya. Namun jika sebaliknya, maka falsafah pendidikan harus
dikemaskini dan diperbaiki mengikut keperluan yang dirasakan mampu membentuk
sistem pendidikan yang berjaya serta selari dengan kehendak Islam.

Konsep pendekatan bersepadu bukan hanya membentuk pembangunan akal,


jasmani dan rohani, malah lebih daripada itu. Konsep hamba kepada Penciptanya
bakal terbentuk dalam diri insan yang seimbang antara ilmu, iman dan amal untuk
mereka terus mendekatkan diri dan memperoleh cinta hakiki daripada Allah. Tajul
Ariffin (1988) telah menjalankan suatu kajian untuk mencari punca-punca yang
mendorong kepada terbentuknya beberapa masalah pendidikan di peringkat universiti
yang memerlukan kepada pendekatan Pendidikan Bersepadu sebagai suatu jalan
penyelesaian untuk mengatasinya. Masalah utama adalah berpunca daripada konsep
matapelajaran atau kursus yang bersifat terlalu mengkhusus sehingga tidak dapat
memberikan gambaran secara menyeluruh dan menyekat pencapahan minda yang
mendorong kepada kurangnya penghayatan ilmu dalam kalangan pelajar. Masalah
ilmu yang disediakan melalui kursus-kursus yang terpisah dan terlalu mengkhusus
menyumbang kepada faktor kurangnya kreativiti pelajar dalam menguruskan ilmu
yang mereka pelajari.

Manakala penyempitan ilmu mendorong kepada masalah yang mengakibatkan


wujudnya polarisasi ilmu yang membawa kepada pembentukan kelompok-kelompok
pemikiran serta bidang pengajian tertentu. Ilmu dan cara berfikir yang dibentuk dan
diperoleh melalui sistem pendidikan yang telah disediakan mencorakkan gaya berfikir
serta identiti pelajar yang bakal dibentuk oleh sesebuah pusat pendidikan dengan
sistem yang diguna pakai. Sekiranya sistem pendidikan yang diwujudkan hanya
menyediakan ilmu-ilmu yang sempit, terhad dan tidak menyeluruh untuk memberi
peluang kepada pelajar memahaminya dari pelbagai sudut, maka hasilnya hanyalah
pelajar-pelajar yang tidak mampu menilai ilmunya melebihi daripada apa yang mereka
peroleh. Perkara ini tentu sekali merugikan diri sendiri, bangsa, agama, bahkan
merugikan negara dalam penghasilan ilmuwan yang cekap, mampu menilai dan
menapis ilmu-ilmu yang mereka terima dan bakal disampai dan diwarisi kepada
270

generasi seterusnya. Berdasarkan kaedah yang terdapat dalam sistem pendidikan di


peringkat universiti inilah, ilmu-ilmu serta pengisianya difikirkan semula untuk
menjamin keberkesanan ilmu yang diajar untuk perkembangan secara keseluruhannya
(Tajul Ariffin & Abdul Raof 1986).

Falsafah Matlamat Pengembangan Kurikulum Kandungan dan


Pendidikan Ilmu dan Pembangunan Struktur Organisasi
Insan Kursuss

Perlaksanaan Strategi Pembelajaran dan


sepenuhnya Pengajaran

berjaya tidak berjaya

Perlaksanaan Penyediaan bahan


cadangan/ cubaan Pengajaran dan
Penilaian
Pembelajaran

Rajah 7.3 Tatacara pembinaan kurikulum menurut konsep pendidikan sepadu

Sumber: (Tajul Ariffin 1990)

Selepas negara mencapai kemerdekaan, pendidikan menjadi perkara yang amat


dititikberatkan oleh barisan kepimpinan negara kerana kesedaran yang wujud akan
kepentingan pendidikan sehingga terbentuknya Penyata Razak pada tahun 1956,
Penyata Rahman Talib pada tahun 1960, Jawatan Kuasa Kabinet pada tahun 1974 dan
seterusnya menghasilkan Laporan Jawatan Kuasa Kabinet mengenai pelajaran pada
tahun 1979 bagi menjamin perpaduan, kesejahteraan negara, membentuk negara
membangun, pembentukan individu dan bangsa berilmu yang meliputi kebudayaan,
sosial, ekonomi, politik serta memupuk semangat patriotik dalam kalangan rakyat
seluruhnya.

Menurut Tajul Ariffin (2002), kemajuan dalam aspek kebudayaan, sosial,


ekonomi, sains dan teknologi, politik dan industri yang menjadi sasaran adalah untuk
mempercepat serta memperkukuhkan perpaduan rakyat yang berbilang kaum di
271

Malaysia. Manakala masalah-masalah yang dikenalpasti oleh Jawatan Kuasa Kabinet


berkaitan kurikulum pada waktu itu untuk diatasi dan diperbaiki, pertamanya adalah
masalah yang berkaitan kandungan kurikulum yang terlalu padat sehinggakan pelajar
dibebankan dengan jumlah matapelajaran yang banyak sejak di peringkat rendah lagi.

Masalah yang kedua pula adalah penilaian ke atas pelajar terhadap


keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran melalui kurikulum yang terlalu
berorientasikan peperiksaan sehinggakan terbentuk suatu ketetapan, bukan hanya
dalam diri pelajar, malah guru-guru serta ibu bapa sendiri bahawa, kejayaan dalam
peperiksaan menjadi perkara yang paling utama dan terakhir dalam pendidikan.
Justeru, kerana ketetapan yang diwujudkan sendiri dalam diri individu hasil daripada
sistem yang digunakan dalam pendidikan, maka konsep pendidikan sepanjang hayat
yang menekankan pembangunan potensi manusia, terabai kerana terhenti di tahap
pendidikan tertentu sahaja. Masalah yang ketiga adalah kurikulum yang terlalu
bersifat akademik. Perlaksanaan sistem pendidikan lebih mementingkan pengisian,
perbincangan dan maklumat yang hanya disampaikan dalam bentuk teori ilmu
berbanding konsep yang nyata dan lebih jelas dalam aspek amali sehingga membentuk
pelajar yang hanya pandai menjawab persoalan di kertas peperiksaan daripada
menyatakan kefahaman mereka dalam bentuk kemahiran praktikal yang lebih jelas.

Masalah seterusnya adalah berpunca daripada faktor penjurusan yang ketat dan
terlalu awal. Sistem pendidikan yang berorientasikan peperiksaan meletakkan Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM) sebagai had penilaian kepada pelajar untuk meneruskan
pengajian ke peringkat yang lebih tinggi dengan penjurusan tertentu mengikut
keputusan yang diperoleh pelajar. Menurut Tajul Ariffin, penjurusan di peringkat ini
adalah terlalu awal dan tidak mampu menyediakan persediaan yang cukup untuk
sebahagian besar pelajar ke alam pekerjaan di akhir dua tahun peringkat menengah
atas. Penekanan yang diberikan ke atas penjurusan bidang pengajian kepada pelajar,
sedikit sebanyak telah memberikan kesan yang kurang baik ke arah pembangunan
kerohanian pelajar.

Penjurusan bidang pengajian ini telah membentuk kemahuan dalam diri pelajar
untuk terus menarik mereka agar memikirkan pengajian yang lebih khusus serta alam
272

pekerjaan yang bakal mereka pohon setelah tamatnya pengajian. Pembentukan


pemikiran secara langsung dan tidak langsung ini mendorong mereka untuk terus
mengabaikan kepentingan pembangunan rohani, akhlak dan nilai-nilai positif.
Masalah seterusnya adalah daripada pemisahan yang nyata bagi sebahagian aktiviti
ko-kurikulum dan kurikulum formal yang dijalankan di bilik darjah. Ko-kurikulum
dijadikan aktiviti yang hanya bermatlamatkan kemenangan dan kejayaan demi
sekeping sijil dan mengangkat nama sekolah atau pusat pengajian mereka, tanpa
mereka yang bukan hanya pelajar, malah guru-guru, memikirkan nilai persahabatan
yang juga perlu dijaga dan dihargai bersama pengajaran-pengajaran hasil daripada
aktiviti yang mereka lakukan bersama.

Allah telah mengurniakan akal fikiran kepada manusia sebagai alternatif untuk
memilih sama ada baik atau buruk. Kebebasan untuk memilih antara keduanya telah
diberikan oleh Allah (Tajul Ariffin et al. 2007), dengan petunjuk yang telah tersedia
daripada kitab-kitab dan rasul-rasul mengikut zaman dengan al-Quran dan Nabi
Muhammad sebagai penutup kepada petunjuk kebenaran yang relevan sepanjang
zaman. Justeru untuk mengatasi masalah atau punca kepada kelemahan sistem
pendidikan, maka konsep pendidikan bersepadu dipilih, difikir dan dibincangkan oleh
ilmuwan seperti Tajul Ariffin yang sedar akan kepentingan Agama Islam serta nilai-
nilai yang mengikut lunas agama yang perlu diterapkan kembali dalam sistem
pendidikan di Malaysia.

Pendekatan bersepadu ini digunakan sepenuhnya dalam semua aspek


pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan di Malaysia dan ia memberikan
penekanan kepada perkembangan potensi individu secara menyeluruh antara ilmu,
penghayatan ilmu yang telah melalui penilaian agama, penghayatan Agama Islam atau
iman serta amal atau praktikal yang tidak bertentangan dengan nilai-nilai Islam yang
berkaitan ilmu-ilmu yang mereka peroleh seperti yang telah ditekankan oleh Tajul
Ariffin melalui modul pendidikan sepadu pada Rajah 7.4 yang meletakkan iman, amal
dan ilmu sebagai suatu keperluan yang perlu disepadukan. Untuk memahami
bagaimana perjalanan proses yang terlibat dalam pendidikan Sepadu, Tajul Ariffin
(1990) telah meletakkan suatu Model Pendidikan Sepadu yang mementingkan
keseimbangan ilmu akal dan ilmu wahyu yang menggunakan panduan al-Quran dan
273

Hadis untuk memupuk rasa cinta kepada agama dan ilmu, disamping memantapkan
iman dan menguatkan taqwa.

IMAN

AMAL ILMU

Alam Akhirat Al-Quran &


Hadis

Alam Dunia
Pembinaan
model
Sumber
Ilmu
Ujian
Hasil
Keputusan Asas

Rajah 7.4 Model Pendidikan Sepadu Mengikut Pemikiran Tajul Ariffin

Sumber:Tajul Ariffin (1990)

Shaharir (1990, 2010, 2018) sebagai ilmuan yang bergiat cergas telah berkali-
kali mengungkapkan permasalahan penyediaan buku teks di semua peringkat
pendidikan yang masih belum berjaya dilaksanakan sepenuhnya mengikut kehendak
wacana pengislaman ilmu. Pembinaan dan penyediaan buku teks ini turut menjadi
perkara yang ditekankan oleh Tajul Ariffin bagi memberikan sumber rujukan yang
telah dibentuk mengikut acuan Islam yang memenuhi konsep pendidikan sepadu yang
dianjurkan. Menurut Tajul Ariffin dan Nor Aini (1992), kesepaduan yang perlu wujud
dalam pendidikan, adalah kesepaduan bahan seperti buku teks dan strategi pengajaran
dan pembelajaran.

Begitu juga dengan kesepaduan berbentuk dalaman, juga perlu diusaha dan
diwujudkan, iaitu kesepaduan yang dibentuk melalui perkara atau pengisian yang
274

diajar dalam setiap matapelajaran yang diperkenalkan mengikut peringkat pendidikan.


Aktiviti pendidikan yang melibatkan teori ilmu perlu dikembangkan bersama
kemahiran praktikal bagi membentuk kefahaman yang jelas dan jitu untuk
menggalakkan pelajar berfikir secara kreatif dan inovatif atau menggalakkan potensi
akal serta mampu mengembangkan potensi rohani, intelek, emosi dan jasmani untuk
diaplikasi dan diamalkan dalam perjalanan kehidupan seharian.

Manakala kesepaduan seterusnya yang perlu diwujudkan mengikut pemikiran


Tajul Ariffin (1990) adalah kesepaduan yang berbentuk luaran iaitu, yang berlaku
melalui hubung kait antara suatu matapelajaran dengan matapelajaran yang lain,
contoh yang paling mudah adalah konsep ilmu yang sememangnya ada hubungan
yang saling melengkapkan seperti fizik, ekonomi dan matematik, bagaimana ilmu
matematik mengoperasikan pembahagian harta pusaka atau faraid dan zakat yang
terkandung dalam matapelajaran Agama Islam, serta hubungkait matapelajaran
biologi dan matapelajaran Agama Islam serta status kebolehterimaan Islam terhadap
fakta yang dibincangkan dalam matapelajaran biologi dan sebagainya. Kesepaduan
dalam menjalankan aktiviti kurikulum dengan aktiviti ko-kurikulum juga perlu
dilaksanakan agar pembudayaan dan pengamalan ilmu sentiasa berlaku dalam
keadaan sedar dan harmoni. Contohnya, nilai-nilai murni yang diperoleh melalui
pendidikan Agama Islam perlu diterapkan dalam segala aktiviti ko-kurikulum, agar
adab, aurat dan keterbatasan pergaulan antara pelajar terpelihara mengikut batasan
syariat yang telah ditetapkan melalui al-Quran dan Hadis Nabi Muhammad.

Konsep bersepadu ini diwujudkan untuk membentuk sikap pelajar agar suka
meneroka pelbagai bidang ilmu di samping mahir dalam ilmu wahyu, kreatif, inovatif
serta berdaya saing hasil daripada kemahiran belajar yang dibentuk untuk kehidupan
masyarakat yang membangun dan harmoni. Pelajar yang mampu meneroka pelbagai
ilmu sedikit sebanyak mampu mencontohi ilmuwan Islam seperti Abu Ali Al-Hussain
Ibn Sina yang lebih dikenali dengan Ibnu Sina, yang bukan hanya mahir dalam selok
belok agama, tetapi turut mempunyai kepakaran dalam bidang perubatan dan fizik.
Begitu juga dengan Al-Ghazali atau nama sebenar beliau, Muhammad Bin
Muhammad Abi Hamid Al-Ghazali dengan karya terkenalnya, Ihya Ulumuddin yang
ditulis di penghujung usianya. Beliau mahir dalam pelbagai bidang seperti falsafah
275

dan politik, tetapi Agama Islam menjadi pedoman utama dalam segala urusan
kehidupan, lebih-lebih lagi dalam beliau berkarya untuk menyampaikan ilmu (Mohd
Yusof 2014).

Justeru, ilmuwan Islam perlu dijadikan contoh dalam pembentukan pendidikan


dan pemikiran yang bersepadu bagi mencapai matlamat yang paling utama untuk
menghapuskan pengaruh sekular dan dualisme dalam sistem pendidikan negara, dan
seterusnya bidang-bidang lain seperti ekonomi, politik, dan sosial yang memberi
pengaruh yang besar terhadap urusan kehidupan serta pemikiran mereka dengan
rujukan al-Quran dan Hadis yang menjadi sumber kepada ilmu wahyu dijadikan teras
kepada ilmu-ilmu akal secara keseluruhannya sesuai dengan konsep Agama Islam
yang syumul, iaitu meliputi segenap perkara yang diciptakan oleh Allah.

7.4 PENERAPAN KONSEP BERSEPADU DALAM PENDIDIKAN BIOLOGI

Oleh kerana bidang utama beliau dalam sains tulen adalah dalam bidang biologi, maka
dalam kebanyakan penulisan yang beliau tekankan untuk dilaksanakan konsep
bersepadu ini banyak menyentuh secara khusus terhadap konsep bersepadu dalam
bidang biologi yang beliau fikirkan. Usaha inilah yang diperlukan dalam
menggerakkan gagasan pengislaman ilmu yang bukan lagi membincangkannya dalam
konteks yang umum, tetapi terus mengkhusus kepada pengislaman ilmu bagi bidang-
bidang pengkhususan sains. Perbincangan dan pemikiran pengislaman ilmu tidak akan
tercapai dan terlaksana jika tenaga pakar bagi bidang-bidang tertentu terutamanya
dalam bidang-bidang sains tidak mencuba untuk mengislamkan ilmu-ilmu melalui
pengkajian bidang-bidang pengkhususan atau bidang-bidang kepakaran mereka yang
sudah tentu telah difahami dengan sejelasnya konsep ilmu tersebut.

Dalam bidang biologi yang menjadi bidang kepakaran Tajul Ariffin, beliau
telah mengemukakan idea untuk mewujudkan konsep pendidikan biologi yang selari
dengan prinsip-prinsip Islam atau jelasnya menepati konsep pendidikan sepadu. Oleh
kerana kurikulum biologi yang diperkenalkan dalam sistem pendidikan negara adalah
lebih menjurus kepada kurikulum biologi daripada Barat yang sekular, maka, Tajul
Ariffin mencadangkan agar kurikulum biologi haruslah dibina berlandaskan dengan
konsep-konsep nilai dan falsafah pendidikan Islam. Tajul Ariffin (1990) telah
276

menekankan pembentukan kurikulum dan pembelajaran biologi yang tidak boleh


dipisahkan daripada proses pendidikan biologi secara keseluruhannya. Penyusunan
kurikulum biologi yang baik tidak akan memberi kesan yang positif ke atas pelajar
dan guru sekiranya mereka tidak berusaha untuk memperbaiki mutu pengajaran dan
pembelajaran. Seterusnya beliau mencadangkan agar corak dan aliran kurikulum
biologi hendaklah mempertimbangkan dasar-dasar pendidikan yang dianjurkan oleh
Islam.

Mengikut kajian yang dilaksanakan oleh Abdul Rahim dan Azharul Nizam
(2010) yang menguji tahap kefahaman guru terhadap konsep pendidikan bersepadu
dalam pengajaran, dapatan kajian tersebut menunjukkan bahawa konsep pendidikan
bersepadu ini agak abstrak dari segi matlamatnya dan agak sukar bagi mendapatkan
buku tentang konsep pendidikan bersepadu. Ini menunjukkan bahawa mereka
mengetahui tentang konsep pendidikan bersepadu, tetapi gambaran konsep itu tidak
begitu jelas kerana ia terlalu abstrak dan kesukaran mendapatkan buku bagi
memantapkan lagi pemahaman menyebabkan mereka memahami konsep itu secara
sendiri. Ini menunjukkan bahawa guru-guru tidak secukupnya disediakan dengan
contoh yang jelas bagaimanakah pendidikan bersepadu ini boleh dilaksanakan dalam
pengajaran mereka. Walaupun pada pandangan guru-guru, kegagalan dalam
melaksanakan konsep pendidikan bersepadu ini salah satunya berpunca daripada
kesukaran untuk mendapatkan contoh pengajaran yang menerapkan konsep
bersepadu, namun ini tidak bermakna pendekatan ini perlu terus dihentikan sedangkan
contoh kaedah pengajaran yang menggunakan pendekatan ini ada disediakan oleh
Tajul Ariffin (1990) dan Shaharir (1986), masing-masingnya seperti di Lampiran B
dan Lampiran A. Contoh-contoh rancangan mengajar ini adalah bertujuan untuk
memberikan gambaran dan dijadikan panduan kepada guru-guru merancang
pengajaran mereka.

Pendekatan pendidikan bersepadu yang digunakan oleh Tajul Ariffin adalah


melibatkan empat strategi utama untuk menjadikan bidang biologi sebagai suatu
bidang yang mampu melahirkan individu yang bukan hanya terbangun dari sudut
kejasmaniannya sahaja (kebendaan), malah turut memberi kesan yang cukup besar
dalam pembangunan kerohanian mereka. Strategi pertama adalah menjadikan al-
277

Quran dan Sunnah sebagai sumber teras kepada pembinaan ilmu biologi dan strategi
kedua adalah, sains biologi hendaklah dipelajari dengan kesepaduan iman dan amal.
Manakala strategi ketiga perlu melibatkan kesepaduan aspek-aspek keduniaan dan
aspek-aspek ukhrawi. Manakala strategi keempat adalah menetapkan matlamat untuk
melahirkan pelajar-pelajar yang sentiasa mendekatkan diri mereka dengan Pencipta.
Strategi-strategi ini diharapkan mampu melahirkan manusia yang berkualiti dalam
kehidupan yang harmoni.

Dalam merancang pembentukan pendidikan biologi yang mengikut konsep


pendidikan bersepadu, Tajul Ariffin telah merangka suatu cadangan untuk
melaksanakannya bagi memberi fokus kepada pembangunan manusia. Cadangan
pembentukan pendidikan biologi yang menepati konsep pendidikan bersepadu ini
melibatkan beberapa sasaran perlaksanaan. Sasaran pertama perlaksanaan adalah di
peringkat organisasi yang memerlukan kepada pembentukan pelan tindakan jangka
panjang penyelidikan dan pembangunan yang perlu disediakan oleh pihak pengurusan
dan pentadbiran. Pelan ini perlu digarap dalam paradigma ilmu yang menyeluruh dan
bersepadu yang berteraskan kerohanian. Di samping itu, misi dan visi pendidikan
sains biologi perlulah digubal berlandaskan kepada fitrah insaniah dan keharmonian
alam, di samping penerapan nilai-nilai murni.

Sasaran kedua perlaksanaan adalah di peringkat pengisian yang melibatkan


pembentukan kurikulum, program dan kursus untuk pelajar. Di sini Tajul Ariffin
menekankan agar sains biologi tempatan diterapkan dalam pendidikan biologi, ini
selaras dengan usaha pemperibumian sains atau etnosains yang diusahakan oleh
Syaharir seperti yang telah dibincangkan pada bab kelima kajian ini. Manakala
sasaran perlaksanaan ketiga adalah di peringkat kakitangan yang terlibat dalam
pengajaran dan pembelajaran biologi. Mereka perlu melalui latihan iktisas dalam
pendidikan untuk menguasai bidang pengkhususan biologi, bidang pedagogi, bidang
ketrampilan diri, ko-kurikulum dan lain-lain lagi sebagai persediaan kepada mereka
untuk memastikan pendidikan biologi dilaksanakan oleh insan yang selayaknya.

Manakala sasaran perlaksanaan yang terakhir adalah diperingkat pelajar.


Pelajar perlu diberikan pendidikan dengan sempurna untuk membentuk kekuatan
278

dalam akademik, keterampilan diri dan penglibatan yang tidak terkecuali dalam ko-
kurikulum. Di samping itu, dalam masa yang sama mereka perlu diterapkan dengan
pendidikan agama untuk mengukuhkan akidah dan mampu menangkis unsur-unsur
negatif yang wujud, di samping penerapan dan penghayatan nilai-nilai murni yang
perlu diberikan perhatian. Dengan cadangan yang perlu dilaksanakan dalam usaha
untuk membentuk konsep pendidikan bersepadu dalam pendidikan biologi ini,
menjadi harapan besar Tajul Ariffin agar ia terlaksana dan mampu memberikan
kebaikan bukan hanya untuk memastikan pembangunan ilmu berteraskan prinsip-
prinsip Islam terlaksana, tetapi dalam masa yang sama memberi kesan yang cukup
besar dalam pembentukan sahsiah pelajar dan pendidik.

7.5 KESIMPULAN

Pemikiran Tajul Ariffin dalam mengembangkan konsep pendidikan bersepadu


merupakan suatu sejarah bermakna dalam sistem pendidikan negara, terutamanya
melalui perlaksanaan KBSR dan KBSM yang mempunyai perkaitan dengan agenda
pengislaman ilmu. Namun begitu, konsep pendidikan bersepadu ini telah digantikan
dengan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard
Sekolah Menengah (KSSM) di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(PPPM) 2013-2025. Menurut Nor Asiah, Mohd Othman dan Hafizah (2017),
sekiranya diperhalusi secara mendalam, aspirasi sistem pendidikan PPPM 2013–2025
amat bertentangan dengan konsep kesepaduan dan Islamisasi ilmu. Keseluruhan
aspirasi sistem pendidikan yang baru diperkenalkan ini adalah lebih bercorak
materialistik, persaingan individu, pencapaian akademik, rasionalisme, dualisme, dan
sekularisme yang sememangnya dibimbangi oleh semua pendokong pendidikan
bersepadu seperti Tajul Ariffin.

Kebimbangan Tajul Ariffin dalam penerusan pendidikan bersepadu bukanlah


baru bermula sejak PPPM 2013-2025 di laksanakan, namun lebih awal daripada itu.
Terutamanya sejak bermulanya idea pengkorporatan pendidikan di peringkat institusi
pengajian tinggi sejak tahun 1995 lagi. Perkara ini bagi beliau memberikan kesan
yang cukup mendukacitakan. Budaya ilmu dan pendidikan akan mengalami
kesuraman, institusi pengajian tinggi tidak lagi meletakkan ilmu dan pembangunan
279

manusia sebagai sasaran, sebaliknya digantikan dengan konsep memperniagakan ilmu


dan pendidikan demi mengaut keuntungan.

Justeru, konsep pendidikan bersepadu ini perlu dipertahan, ditambah baik dan
dibangunkan. Bukannya menukar dengan sistem baru yang belum tentu mampu
membentuk keseimbangan pembangunan kerohanian dan kejasmanian. Dibimbangi,
sekiranya tiada langkah yang diambil untuk merubah dasar pendidikan baru sedia ada
kepada dasar untuk memantapkan pendidikan bersepadu, maka pembangunan ilmu
yang seiring dengan pembentukan sahsiah masyarakat yang sejahtera bakal terbantut
dan bertambah buruk. Jangan sampai, yang di kejar tak dapat, yang dikendong
berciciran.
BAB VIII

ANALISIS KESEPADUAN SAINS, AGAMA ISLAM DAN BAHASA

8.1 PENDAHULUAN

Pemikiran empat orang tokoh ilmuwan sains tulen iaitu, Ungku Omar, Shaharir, Mohd
Yusof dan Tajul Ariffin yang membincangkan kesepaduan sains, agama dan bahasa
masing-masing pada Bab III, Bab IV, Bab V dan Bab VI, terutamanya melalui agenda
pengislaman ilmu, mengikut cara dan pendekatan tersendiri merupakan suatu
sumbangan yang bermakna dalam menggerakkan suatu usaha murni mengembalikan
kegemilangan sebuah tamadun ilmu yang bertunjangkan tasawur, akidah, tauhid dan
syariah Islam.

Walaupun cita-cita ini dilihat sebagai suatu yang sukar untuk dilaksanakan
kerana meluas dan menebalnya pengaruh Tamadun Barat yang sekular dan liberal
dalam kalangan masyarakat hari ini, namun usaha menyepadukan sains, agama dan
bahasa seharusnya mendapat perhatian dan sokongan daripada pelbagai pihak seperti
sarjana, pendidik, penggubal dasar, pemerintah, malah penuntut dan pelajar sendiri,
agar perlaksanaannya dirangka secara bersama bagi memenuhi keperluan pendidikan
negara secara sah dan menyeluruh. Usaha penyepaduan sains, agama dan bahasa juga
merupakan suatu usaha untuk mengembalikan zaman kegemilangan Sains Islam.

Bab ini membincangkan kajian pemikiran empat sarjana Melayu yang


mempunyai kepakaran utama dalam bidang sains tulen yang telah dibincangkan pada
bab-bab sebelum ini. Kajian pada bab ini memaparkan perbandingan pemikiran antara
mereka dari sudut persamaan dan perbezaan yang mereka bawakan dalam
membahaskan konsep kesepaduan sains, agama dan bahasa. Persamaan dan perbezaan
pemikiran yang wujud dalam kalangan mereka menjadi identiti dan pendirian masing-
281

masing yang sekurang-kurangnya masih mengikut cita rasa dan kehendak Islam
mengikut pengkhususan bidang ilmu masing-masing. Pemikiran berhubung
kesepaduan sains, agama dan bahasa yang dibincangkan oleh keempat-empat sarjana
ini dikaji untuk mendapatkan persamaan dan perbezaan pemikiran antara mereka,
terutamanya melalui penulisan-penulisan mereka.

Setelah penelitian kepada model dan unsur kesepaduan sains, agama dan
bahasa melalui agenda pengislaman ilmu yang dibincangkan oleh Ungku Omar,
Shaharir, Tajul Ariffin dan Mohd Yusof di bab-bab sebelum ini, maka bab ini pula
membincangkan modul kesepaduan sains, agama dan bahasa mengikut keperluan
negara Malaysia yang perlu menjadikan Islam dan Bahasa Melayu masing-masing
sebagai agama dan bahasa rasmi negara berdasarkan rujukan dan hasil daripada
pertimbangan yang dilakukan ke atas hasil pemikiran mereka. Modul ini sedikit
sebanyak memberikan nilai tambah untuk melaksanakan konsep kesepaduan sains
agama dan bahasa. Dalam masa yang sama, modul ini juga turut terpakai untuk
melaksanakan agenda pengIslaman sains. Khususnya untuk negara ini dan negara-
negara yang majoriti penduduk Melayu yang lain seperti Indonesia dan Brunei.

8.2 PERBANDINGAN PEMIKIRAN EMPAT AHLI SAINS MELAYU:


PERSAMAAN DAN PERBEZAAN.

Empat tokoh ahli sains Melayu daripada bidang sains perubatan, sains biologi, sains
fizik dan sains matematik yang masing-masingnya adalah Ungku Omar, Tajul Ariffin,
Mohd Yusof dan Shaharir telah dipilih hanya daripada bidang sains tulen kerana
kegiatan dan penulisan mereka yang banyak membincangkan pembentukan
kesepaduan sains, agama dan bahasa melalui agenda pengislaman ilmu yang
diperjuangkan. Mereka adalah ahli di bidang sains tulen jika dibandingkan dengan
tokoh-tokoh pengislaman ilmu lain yang membahaskan kesepaduan sains, agama dan
bahasa, yang kebanyakannya bukanlah mempunyai kepakaran dalam bidang sains
tulen seperti Syed Naquib Al-Attas, Ismail Al-Faruqi yang pakar dalam bidang
falsafah dan agama, manakala Seyyed Hossein Nasr1 pakar dalam bidang sejarah dan

1
Seyyed Hossein Nasr pakar dalam bidang sejarah dan falsafah sains, bukan sangat di bidang
sains tabii, walaupun pengajian di peringkat ijazah pertama dalam bidang fizik dan sarjana beliau dalam
bidang geofizik dan geologi.
282

falsafah sains.

Ungku Omar adalah tokoh yang dipilih daripada bidang sains perubatan
sebagai tokoh yang ada memperjuangkan konsep kesepaduan sains, agama dan
bahasa. Semangat yang ditunjukkan beliau dalam memperjuangkan pendidikan anak
bangsanya melalui idea agar ilmu-ilmu agama dipelajari seiring dengan ilmu-ilmu
akal, di samping memberatkan penggunaan Bahasa Melayu sebagai keperluan
bangsanya untuk memajukan diri, keluarga, masyarakat dan negara. Kerana kecintaan
yang ada dalam diri terhadap agama, bangsa dan negara, beliau memperjuangkan
nasib anak bangsanya sendiri. Beliau berusaha dengan penuh rasa tanggungjawab
memastikan kesihatan anak bangsanya terbela dan terbangun dalam keadaan negara
yang masih berada di peringkat awal kemerdekaan.

Dengan kelengkapan yang serba kekurangan dan minda rakyat yang telah
terbasuh dan terpengaruh oleh ideologi Barat pada waktu tersebut, tidak menjadikan
Ungku Omar terus mementingkan diri dan sombong, sebaliknya beliau terus
memperjuangkan nasib anak bangsanya untuk merasai nikmat kehidupan yang lebih
baik. Beliau merupakan ilmuwan yang sedar akan kepincangan dan kekurangan yang
terdapat pada nasib bangsanya setelah negara berjaya dikeluarkan dari era penjajahan.
Beliau berusaha membuat perubahan agar Bahasa Melayu digunakan dalam lapangan
perubatan dan pendidikan untuk membela nasib Bangsa Melayu yang terpinggir
daripada pembangunan serta memperoleh hak pendidikan yang formal. Kepentingan
agama, sains dan bahasa jelas dilihat sebagai suatu perkara yang mendesak dalam
pemikiran Ungku Omar melalui penulisan-penulisan beliau ketika menerajui Kolej
Islam terutamanya melalui perancangan beliau untuk menubuhkan universiti Islam di
Malaysia.

Manakala tokoh sarjana sains tulen dalam bidang sains Matematik pula adalah
Shaharir Mohamad Zain yang memperjuangkan sains, terutamanya sains Matematik
mengikut acuan sendiri. Beliau merupakan seorang ilmuan yang tegas dalam
memperjuangkan Bahasa Melayu sebagai bahasa yang perlu digunakan dalam
pendidikan formal negara terutamanya dalam kesemua subjek sains dan matematik.
Kajian beliau banyak menumpukan kepada pemperibumian sains atau etnosains yang
283

juga merupakan usaha pengislaman sains atau kesepaduan sains, agama dan bahasa.
Penganjuran pemperibumian sains ini bukan hanya memperlihatkan kehebatan ilmu
yang terdapat pada Alam Melayu, tetapi turut menunjukkan bahawa Alam Melayu
juga mempunyai sains yang dibangunkan bersama nilai-nilai yang wujud dalam
kebudayaan mereka, bukan hanya setelah Islam tersebar ke Alam Melayu, bahkan
sebelumnya, selagi ilmu-ilmu tersebut tidak bertentangan dengan prinsip-prinsip
Islam.

Manakala tokoh seterusnya adalah, Tajul Ariffin Noordin yang bukan hanya
mempunyai kepakaran dalam bidang sains biologi, namun dalam masa yang sama
beliau berkepakaran dalam bidang pendidikan. Beliau cuba mencari jalan keluar
daripada sistem pendidikan sekular dan menggantikannya dengan sistem pendidikan
yang mengikut fitrah manusia. Konsep pendidikan sepadu yang diusahakan oleh Tajul
Ariffin dalam menyepadukan sains, agama dan bahasa dalam pendidikan Malaysia di
peringkat rendah, menengah dan pengajian tinggi merupakan suatu usaha yang pernah
dilaksanakan, walaupun terhenti kerana faktor pengurusan pendidikan yang
melakukan perubahan di peringkat pentadbiran. Konsep yang dibincang oleh Tajul
Ariffin dah rakan ilmuwan lain untuk membangunkan pendidikan sepadu ini jugalah
yang menjadi salah satu inti pati utama dalam pembentukan Falsafah Pendidikan
Negara (FPN) sebagai titik awal permulaan membangunkan konsep kesepaduan dalam
pendidikan negara sebelum disusuli dengan tindakan-tindakan yang perlu.

Mohd Yusof Othman pula merupakan ilmuwan Sains Islam Melayu yang
mempunyai kepakaran dalam bidang sains fizik. Beliau memperjuangkan Sains
Tauhidik dalam membangunkan sains yang tidak mengesampingkan peranan Tuhan
yang Maha Esa sebagai Pencipta sekalian alam. Pencipta, manusia dan alam menjadi
entiti utama yang dibincangkan dalam pembangunan Sains Tauhidik dengan
menggunakan panduan al-Quran dan Sunnah sebagai rujukan yang paling utama
dalam mentadbir sains. Sains Tauhidik yang dibincangkan oleh Mohd Yusof dan
dibangunkan bersama rakan-rakannya yang lain, didasari paradigma tauhidik yang
mengEsakan Allah dalam segala perkara.
284

Konsep Sains Tauhidik diperkasa menerusi bidang pendidikan pengajian


tinggi, terutamanya di UKM di peringkat epistemologi untuk membentuk perubahan
dan peralihan daripada konsep sains yang bersifat sekular kepada perbincangan sains
yang sarat dengan nilai-nilai kemanusiaan, kesedaran, dan yang paling utama adalah
nilai-nilai keIslaman. Melalui Sains Tauhidik ini jugalah Mohd Yusof membincang
dan menekankan kepatuhan terhadap etika-etika Islam dalam menjalankan
penyelidikan sains. Selain itu, ia turut menerapkan konsep pembudayaan dan
pemasyarakatan Sains Islam terutamanya di negara ini agar sains dan teknologi bukan
terpakai kepada masyarakat hanya sebagai pengguna semata-mata tanpa perlu
melengkapkan diri dengan etika-etika kepenggunaan teknologi tersebut.

Tokoh-tokoh yang dikaji pemikiran mereka dalam kajian ini sudah tentu
mempunyai perbezaan idea antara mereka dalam mengembangkan idea pengislaman
ilmu dan kesepaduan sains, agama dan bahasa. Apatah lagi jika dilakukan
perbandingan dengan tokoh-tokoh utama pengislaman ilmu seperti Al-Attas dan Al-
Faruqi. Perbezaan-perbezaan tersebut wujud kerana faktor yang pelbagai antaranya
kerana bidang kepakaran yang berbeza antara mereka. Al-Faruqi dan Al-Attas sebagai
tokoh pengislaman Ilmu yang awal sejak 1970-an tentulah terdapat pandangan yang
berbeza dengan tokoh-tokoh kajian seperti Ungku Omar yang berada di bidang sains
perubatan, Shaharir di bidang sains matematik, Tajul Ariffin di bidang sains biologi
dan Mohd Yusof di bidang sains fizik. Tambahan pula ada dalam kalangan tokoh yang
dikaji baru sahaja berjinak dengan agenda pengislaman ilmu sekitar tahun 1980-an
dan 1990-an.

Bagi tokoh-tokoh yang dikaji di dalam kajian ini selain daripada Ungku Omar,
pada zaman mereka mula berjinak dengan agenda pengislaman ilmu, sumber rujukan
daripada pemikir-pemikir yang awal yang membangunkan agenda pengislaman ilmu
telah boleh diperoleh walaupun masih kurang, dan kelebihan ini kurang dirasai oleh
Al-Faruqi dan Al-Attas yang memperjuangkannya sebagai perintis dan perlu membuat
rujukan dan perbandingan sendiri daripada sumber-sumber ilmu dan sumber-sumber
agama. Pengislaman ilmu yang digalas oleh kedua tokoh ini diletakkan sebagai suatu
tanggungjawab yang wajib dipikul oleh mereka bagi menjamin pembangunan ummah
285

yang selari dengan kehendak Islam dalam segenap sudut terutamanya dari sudut
pendidikan.

2
Pada pandangan Al-Faruqi (1982), ilmu yang perlu melalui proses
pengislaman bukan hanya melibatkan ilmu sains sosial, sains terapan dan sains tulen
sahaja, tetapi melibatkan semua jenis ilmu termasuk ilmu-ilmu khazanah Islam seperti
ilmu tasawuf. Manakala dalam penulisan-penulisan Ungku Omar, Shaharir, Mohd
Yusof dan Tajul Ariffin, mereka lebih menumpukan proses pengislaman kepada ilmu
sains tulen. Namun, mereka ada juga menyentuh tentang keperluan kepada
pengislaman ilmu sains sosial namun hanya melibatkan penulisan yang terlalu ringkas
dan tidak mendalam, sekadar untuk memberi pandangan bahawa ilmu sains sosial dan
sains bukan sosial perlu melalui proses pengislaman ilmu. Kupasan berhubung
pengislaman sains sosial tidak menjadi keutamaan kepada mereka dalam agenda
pengislaman ilmu yang dibincangkan kerana mereka bukanlah ahli di bidang
berkenaan. Namun begitu, mereka tidak pernah membincangkan ilmu-ilmu khazanah
Islam perlu melalui proses pengislaman seperti yang telah dibincangkan oleh Al-
Faruqi terutamanya dalam penulisan beliau Islamization of Knowledge: Problems,
Principles and Prospective (1982b).

8.3 PERSAMAAN PEMIKIRAN EMPAT TOKOH SAINS MELAYU DALAM


KESEPADUAN SAINS, AGAMA DAN MASYARAKAT

Sistem pendidikan Sains Barat yang digunakan oleh sebahagian besar negara-negara
di dunia pada hari ini telah memadamkan sistem pendidikan sains yang telah dibentuk
dalam tamadun-tamadun terdahulu terutamanya Tamadun Islam yang tentu sekali
meletakkan panduan agama sebagai batas kepada perlaksanaannya yang
mengutamakan Tuhan sebagai pencipta pada setiap tata cara kerja mereka dalam
mengembangkan dan membangunkan ilmu. Oleh kerana pengaruh sistem pendidikan
Barat yang meluas sehingga memudar dan seterusnya memadamkan peranan tamadun
sebelumnya dalam pengembangan sains, maka sistem pendidikan Barat ini terus
menonjol dan diterima sebagai satu-satunya sistem rasmi yang wajar digunapakai oleh
seluruh umat manusia tanpa mereka memikirkan kesan yang bakal terjadi dalam jiwa-
2
Bidang kepakaran utama Ismail Al-Faruqi menjurus kepada bidang falsafah klasik dan
pemikiran tradisi Barat. Beliau juga mempunyai kepakaran dalam pengajian Islam kerana beliau pernah
menyambung pengajian di Universiti Al-Azhar pada tahun 1959-1961.
286

jiwa manusia yang pada hakikatnya terlalu bergantung kepada Pencipta mereka.
Pengaruh pendidikan Barat ini telah memisahkan peranan ilmu-ilmu agama yang
memberi panduan kepada kehidupan yang sejahtera dan membesarkan kedudukan
Pencipta, dengan ilmu-ilmu sains. Pemisahan yang sengaja dicipta untuk memastikan
kelancaran pembinaan dan pengembangan sains ini seterusnya menguasai pemikiran
ilmuwan yang bukan hanya dari agama-agama lain, bahkan ilmuwan Islam sendiri.

Perkara ini telah menarik perhatian beberapa ilmuwan Muslim yang sedar akan
kepincangan yang wujud dalam sistem pendidikan sains sedia ada. Mereka berusaha
mencari alternatif terbaik bagi menyedarkan dan mengeluarkan umat manusia
terutamanya umat Islam daripada terus dikuasai pemikiran mereka yang mengikut
cara Barat. Gagasan pengislaman ilmu merupakan suatu gagasan yang dibentuk untuk
mengatasi masalah yang dibentuk hasil daripada penerapan sistem pendidikan Sains
Barat. Pada peringkat awal bermulanya usaha pengislaman ilmu ini, antara pemikir
yang memainkan peranan penting dalam memastikan agenda pengislaman ilmu
terlaksana dan terus dikembangkan adalah seperti Syed Naquib Al-Attas dan Ismail
Al-Faruqi. Manakala Ungku Omar yang lebih awal atau boleh juga dikatakan
seangkatan dengan Al-Attas dan Al-Faruqi, serta tiga tokoh lain yang dikaji pemikiran
mereka dalam kajian ini, iaitu Shaharir, Mohd Yusof dan Tajul Ariffin merupakan
ilmuwan yang menyambung usaha mereka mengislamkan ilmu mengikut cabang
kepakaran masing-masing. Tokoh-tokoh inilah yang menjadi penerus dalam
menjayakan agenda pengislaman ilmu yang memberi tumpuan kepada ilmu sains tulen
melalui pendekatan masing-masing.

Berbeza dengan Al-Faruqi dan Al-Attas, Ungku Omar, Mohd Yusof, Shaharir
dan Tajul Ariffin tidak mendapat pendidikan agama sehingga ke peringkat tinggi
melainkan hanya diperingkat awal ataupun dalam pendidikan yang tidak formal.
Mereka berada di bidang sains tabii sejak daripada awal peringkat pendidikan tinggi.
Kesedaran yang terbit dalam diri tokoh-tokoh ini untuk terus memperjuangkan agenda
pengislaman sains merupakan suatu usaha yang lahir dalam diri mereka yang sedar
akan kepincangan yang wujud dalam cara kerja dan penyampaian ilmu sains.
Walaupun latar belakang akademik mereka dilingkungi sains tabii yang telah dibentuk
oleh tamadun Barat yang meminggirkan peranan Tuhan dalam sistem ilmu sains,
287

namun mereka merupakan antara insan yang cuba sedaya upaya menyahut cabaran
untuk mengharmonikan sains dengan Agama Islam melalui sumbangan idea menerusi
konsep pengislaman sains dalam bentuk penulisan dan penyampaian lisan.

Perkembangan dan kebangkitan wacana Sains Islam dalam kalangan sarjana


sains ini berlaku banyak dipengaruhi oleh sarjana Islam diperingkat antarabangsa
seperti Ismail Al-Faruqi, Ziauddin Sardar, Seyyed Hossein Nasr, dan Syed Naquib Al-
Attas yang kebanyakan daripada mereka ini, kepakaran utamanya bukan dalam bidang
sains. Tidak dinafikan, politik turut memainkan peranan penting dalam memastikan
usaha penyepaduan sains, agama dan bahasa berjalan lancar, terlaksana secara meluas
di Malaysia terutamanya dalam pendidikan formal negara dan sekali gus menarik
minat lebih ramai lagi sarjana-sarjana Islam untuk terus mendalami Sains Islam serta
memperkukuhkannya.

Pada tahun 1970-an dan 1980-an, ketika era pemerintahan Mahathir Muhamad
sebagai Perdana Menteri dan Anwar Ibrahim sebagai Menteri Pelajaran telah
menyumbang ke arah merealisasikan penyepaduan sains, agama dan bahasa dalam
pendidikan negara. Sebagai hasilnya, penyepaduan ini pernah berjaya diusahakan
setelah difikirkan bersama oleh kalangan sarjana yang turut melibatkan Shaharir dan
Tajul Ariffin atas cadangan bersama ahli-ahli politik untuk diserap ke dalam
pendidikan di peringkat menengah dan rendah melalui Kemahiran Bersepadu Sekolah
Rendah (KBSR) dan Kemahiran Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) (Tajul
Ariffin 2017) 3 . Namun begitu, kesepaduan sains, agama dan bahasa yang diserap
dalam pendidikan negara melalui KBSR dan KBSM telah dihentikan pada penghujung
tahun 1990-an kerana perubahan kepimpinan kementerian yang berkaitan dengan
pendidikan.

8.3.1 Kepentingan Kesepaduan Sains, Agama Islam dan Bahasa dalam Pendidikan

Persamaan yang dapat dilihat pada pemikiran empat tokoh ini adalah berkaitan dengan
sumber masalah yang mendorong kepada usaha pengislaman ilmu. Sistem pendidikan
menjadi saluran utama dalam menyampaikan ilmu kepada rakyat sesebuah negara dan
3
Wawancara bersama Tajul Ariffin Noordin, di Sekolah Agama Bandar baru Bangi Seksyen
16, 21 April 2017.
288

sistem pendidikan inilah yang menjadi sumber masalah kepada umat Islam dalam
menjelaskan ilmu-ilmu moden terutamanya sains yang menolak sistem nilai dan
agama. Kebanyakan negara mendokong sistem pendidikan Barat yang sekular
terutamanya kesan daripada penjajahan pihak Barat yang menusuk masuk ke dalam
sistem pendidikan negara. Masalah pendidikan ini juga telah disentuh oleh Al-Faruqi
(1982) dalam objektif dan langkah-langkah untuk melaksanakan pengislaman ilmu
dalam penulisannya, Islamization Of Knowledge: General Principles And The
Workplan. Dalam penulisan ini, beliau menekankan permasalahan utama berhubung
pendidikan yang menjelaskan penyepaduan antara sistem pendidikan madrasah yang
menyampaikan ilmu-ilmu Agama Islam dengan sistem pendidikan sekular Barat di
peringkat sekolah dan universiti bagi membentuk sistem pendidikan yang mampu
menyampaikan ilmu yang selari dengan tuntutan agama. Penyepaduan antara dua jenis
pendidikan ini memberi harapan kepada umat Islam untuk merasai sistem sekular
yang dikupas dan disesuaikan dengan kehendak agama sekali gus memenuhi
keperluan kehidupan manusia dan sains moden layak untuk diletakkan dalam
kerangka sistem pendidikan yang memenuhi kehendak Islam (Al-Faruqi 1982).

Sistem pendidikan yang dibangunkan di negara Islam dewasa ini adalah suatu
sistem yang memisahkan antara peranan pendidikan dengan sangkut paut agama atau
lebih sinonim dengan istilah dualisme, maka menurut Al-Faruqi (1982), sistem
pendidikan yang menafikan atau mengesampingkan peranan Tuhan ini harus
diperbetulkan semula. Sistem pendidikan yang ada pada hari ini perlu diserasikan
dengan kehendak agama, menerapkan etika-etika Islam seperti yang juga telah
ditekankan oleh Ungku Omar, Shaharir, Mohd Yusof dan Tajul Ariffin agar etika-
etika Islam diterapkan dalam jiwa pelajar bagi memastikan perjalanan hidup mereka
lebih terarah kepada perkara yang lebih bersifat positif kerana tidak menafikan
kehendak jiwa bertuhan.

Keperluan utama kepada usaha kesepaduan sains, agama dan bahasa adalah
dalam sistem pendidikan. Kandungan kurikulum pendidikan negara merupakan
perkara utama yang perlu dikaji semula dan seterusnya diperbetulkan selaras dengan
aturan Islam. Perkara ini penting bagi memastikan ilmu disampaikan dalam keadaan
yang bersesuaian dengan fitrah manusia yang berTuhan serta tidak membentuk suatu
289

kekeliruan pemikiran dalam memahami hakikat alam yang bukan hanya wujud secara
zahirnya, tetapi juga secara batinnya, yang bukan wujud secara semulajadi, tetapi ada
‘kuasa’ lain yang mewujudkannya. Bagi Al-Attas, kemunduran dan kelemahan umat
Islam terutamanya ketika di bawah kekuasaan penjajah Barat pada abad ke-18 telah
mendorong para elit politik Muslim melakukan perubahan dalaman untuk
mendekatkan jurang pemisah antara umat Islam dengan orang Barat yang dipandang
tinggi (Wan Mohd Nor 2005). Usaha ini telah membentuk jurang yang besar antara
umat Islam dan agama yang perlu dijadikan pedoman utama mereka dalam melakukan
segala aktiviti kehidupan. Justeru, perkara ini memberikan implikasi yang cukup besar
kepada umat Islam kerana ia mendorong berlakunya pelbagai perubahan dalam
pandangan dan pemahaman keagamaan yang semakin membawa kepada kebingungan
dan kelemahan umat Islam.

Syed Muhammad Naquib Al-Attas berpendapat bahawa punca kepada


kemunduran dan kelemahan umat Islam ini terbentuk hasil daripada persoalan
kurikulum pendidikan formal negara. Persoalan ini timbul daripada kekeliruan tentang
hakikat dan ruang lingkup ilmu pengetahuan dan kekeliruan terhadap makna agama,
kata-kata kunci, dan aspek-aspek Islam serta kekeliruan tentang jiwa, sains dan
institusi peradaban lain khususnya institusi peradaban Barat. Maka penyelesaian yang
perlu untuk mengatasi kekeliruan umat Islam yang timbul hasil daripada kelemahan
mereka sendiri adalah melalui proses pendidikan terutamanya di peringkat pengajian
tinggi (Wan Mohd Nor 2005). Perkara ini turut disokong oleh Tajul Ariffin (1990,
2017) yang berada di bidang pendidikan sains. Beliau menegaskan bahawa persoalan
yang lebih utama untuk diperjelaskan dalam pendidikan negara adalah konsep
pendidikan yang sebenarnya, pengisian serta strategi dalam melaksanakan program-
program pendidikan.

Walaupun pandangan dan pemikiran Mohd Yusof bersifat lebih umum dan
tidak mendalam seperti yang telah dibahas oleh Shaharir dan Tajul Ariffin, namun
Mohd Yusof (2009a) turut melihat persoalan pendidikan sebagai suatu persoalan yang
perlu diperbetulkan daripada pengaruh-pengaruh Barat yang bersifat sekularisme,
meterialisme dan dualisme dalam sistem pendidikan terutamanya pendidikan sains
yang menjadi fokus utama sarjana-sarjana dalam kajian ini. Begitu juga dengan
290

Ungku Omar yang mementingkan sistem pendidikan dengan kurikulum yang perlu
seimbang antara ilmu-ilmu agama dan ilmu-ilmu akal. Persoalan pendidikan ini telah
dikupas secara mendalam dan berfalsafah oleh Al-Attas (1991, 1978) melalui
penulisannya seperti The Concept of Education in Islam dan Islam and Sucularism.
Sistem pendidikan yang ada pada hari ini terutamanya Malaysia, adalah hasil daripada
cetusan idea pemikiran Sains Barat moden yang bermula pada pertengahan abad ke-
18. Mohd Yusof berpendapat bahawa pendidikan hari ini hanya menumpukan aspek
teknikal, bersifat utiliti dan kebendaan yang memisahkan aspek teknikal, prosedur dan
proses. Pandangan ini juga bertepatan dengan pemikiran Tajul Ariffin (2000, 1990)
berhubung sistem pendidikan Malaysia yang terlalu menekankan aspek kognitif dan
psikomotor sehinggakan pendidik hanya mengajar untuk menyudahkan sukatan
pelajaran dan pelajar pula belajar hanya untuk lulus peperiksaan sehinggakan nilai-
nilai kemanusiaan, etika dan akhlak tidak sempat diterapkan dalam jiwa pelajar,
bahkan pendidik sendiri. Justeru, kepincangan-kepincangan sistem pendidikan yang
dibentuk, bukan hanya berpunca daripada kelemahan sistem itu sendiri, malah turut
melibatkan sikap institusi pengajian, pendidik dan pelajar ini, memerlukan kepada
penilaian semula serta perancangan yang baru yang lebih teliti dari pelbagai sudut,
sesuai dengan falsafah, konsep dan matlamat pendidikan.

Selaras dengan perkara ini juga, Tajul Ariffin (1990) menegaskan bahawa
punca utama yang membentuk pendidikan sekular dan dualisme dalam pengajian
adalah berpunca daripada sistem demokrasi-liberal yang membentuk konsep
keterpisahan agama dan ilmu dalam diri pelajar, sehingga mereka mengabaikan
hakikat kewujudan Tuhan dalam setiap penciptaan alam. Justeru, pendidikan yang
perlu diterapkan adalah pendidikan yang menerapkan pendidikan sains dengan sistem
nilai untuk membangunkan insan yang bertanggungjawab kepada Tuhannya. Sistem
pendidikan yang perlu diterapkan dengan prinsip-prinsip agama bertujuan
membangunkan insan yang berilmu, dan dalam masa yang sama tidak pernah
mengenepikan peranan agama dalam membentuk kehidupan yang lebih terarah.
Sistem pendidikan perlu dibentuk agar mementingkan pembentukan dan pengisian
kurikulum yang memenuhi penyepaduan ilmu sains tulen dengan kehendak dan aturan
Agama Islam seperti yang telah digariskan melalui al-Quran dan as-Sunnah.
291

Pendidikan sains perlu diterapkan dengan sistem nilai, agar ilmu yang
disampaikan melalui sistem pendidikan yang diiktiraf oleh Islam mampu membentuk
insan yang lebih bersyukur serta menggunakan kekuatan akal untuk terus berfikir,
mengkaji dan berinovasi, tetapi menggunakan batas-batas agama bagi mengawasi
segala tingkah laku dalam segala aktiviti untuk mengembang dan menggunakan ilmu.
Proses yang turut terlibat dalam pendidikan Islam seperti berfikir dan mengkaji bagi
melihat kehebatan dan kebesaran Tuhan yang Maha Mencipta mendorong kepada
wujudnya perasaan taqwa dan perasaan terlalu kerdil dipandangan Tuhan.

Sains Islam yang terbentuk hasil daripada kajian Muslim, meyakini bahawa
punca atau sebab akibat kepada suatu kejadian adalah kehebatan Allah dalam
menyampaikan ilmu kepada manusia melalui alam yang mempunyai keteraturan yang
sistematik. Namun begitu, kajian-kajian yang dilakukan terhadap keteraturan alam
tidak mampu untuk menggugat kepercayaan mereka kepada Pencipta kerana mereka
meyakini bahawa segala kejadian berlaku hanya dengan izin Pencipta. Tambahan
pula, sains bukanlah suatu ilmu yang mutlak yang mampu untuk menjelaskan segala
kejadian alam. Justeru, ia perlu disampaikan dalam sistem pendidikan yang turut
mementingkan pembangunan rohani, moral, adab, dan akhlak. Sistem pendidikan
terutamanya di Malaysia perlu menggunakan suatu pendekatan yang tidak menafikan
hak manusia dengan memenuhi cita rasa dan aspirasi mereka sesuai dengan keperluan
agama, budaya dan bahasa mereka.

Pemikiran Ungku Omar juga menjelaskan perkara yang sama seperti tiga
sarjana lain yang diketengahkan dalam kajian ini yang mementingkan sistem
pendidikan untuk membentuk kesepaduan sains, agama dan bahasa. Walaupun
pemikiran Ungku Omar yang dijelaskan melalui penulisan-penulisan beliau yang
membincangkan persoalan pendidikan tidaklah mendalam dan sebanyak penulisan-
penulisan yang diperoleh daripada penulisan Shaharir, Tajul Ariffin dan Mohd Yusof,
namun penulisannya yang ada sudah cukup untuk menggambarkan pemikiran Ungku
Omar yang sangat mementingkan penambahbaikan sistem pendidikan di Malaysia
terutamanya dalam sistem pendidikan Kolej Islam yang pernah diterajui oleh Ungku
Omar seperti yang telah diperjelaskan dalam bab sebelum ini.
292

Ungku Omar merangka suatu sistem pendidikan yang menyepadukan sains,


agama dan bahasa apabila beliau memasukkan kursus-kursus sains dalam kurikulum
Kolej Islam yang sebelum itu hanya memfokuskan kursus-kursus cabang Agama
Islam. Penulisan-penulisan ilmiah Ungku Omar yang dilihat kurang bilangannya
berbanding penulisan Shaharir, Tajul Ariffin dan Mohd Yusof adalah kerana
kekangan waktu serta bidang tugas beliau yang sangat banyak untuk terus berkhidmat
kepada masyarakat dalam dan luar negara. Tambahan pula, umur Ungku Omar adalah
singkat jika dibandingkan dengan umur Shaharir, Tajul Ariffin dan Mohd Yusof yang
masih hidup sehingga kini (2018) untuk terus menabur bakti kepada masyarakat.

Adapun Al-Attas menerangkan implikasi yang cukup jelas terhadap konsep,


kurikulum dan kaedah pendidikan Islam melalui konsep dan realiti Tuhan dalam
metafiziknya. Metafizik Islam ini tidak dibahaskan secara mendalam oleh keempat-
empat tokoh dalam kajian ini, hanya secara umum sahaja melalui penulisan dan
ucapan-ucapan mereka, berbeza dengan cara Al-Attas. Al-Attas meyakini bahawa
metafizik Islam adalah sintesis daripada idea dan teori yang secara tradisional dianut
oleh para teolog, ahli falsafah dan ahli tasawuf. Manakala metafizik yang dikupas oleh
Al-Attas dalam penulisan beliau adalah berpijak kepada pemahamannya tentang Al-
Quran, Sunnah Nabi Muhammad, dan doktrin tasawwuf yang asli. Menurut Al-Attas
melalui bukunya A Commentary on The Hujjat Al-Siddiq of Nur AL-Din Al-Raniri,
metafizik Islam yang beliau gelarkan sebagai tasawuf ilmiah atau intelektual
merupakan suatu sistem terpadu yang secara positif menerangkan hakikat wujud dan
kewujudan yang sebenar melalui gabungan antara akal dan pengalaman dengan
tingkatan lebih tinggi, yang terdapat dalam dimensi suprarasional dan transempirikal
kesedaran manusia. Tasawuf mengikut definisi Al-Attas adalah amalan syariat pada
tingkat ihsan, manakala ihsan ini adalah tingkat tertinggi dalam realisasi kehidupan
beragama dan lebih tinggi daripada praktik keislaman dan keimanan (Wan Mohd Nor
1995).

Ihsan yang diterangkan oleh Nabi Muhammad melalui hadis baginda adalah;
“Kamu menyembah Allah seolah-olah kamu melihat-Nya, jika kamu tidak dapat
melihat Dia, maka sesungguhnya Dia melihat kamu”. Mengikut konsep Ihsan ini,
segala ibadah yang dilakukan termasuk ibadah sunat dan wajib perlulah dilakukan
293

dengan sebaik-baiknya dari sudut zahirnya dan seiring dari sudut batin dengan penuh
rasa taqwa serta menumpukan perhatian kepada hubungan manusia dan Allah sebagai
hamba kepada Penciptanya. Konsep Ihsan yang ada dalam diri melalui keyakinan dan
kepercayaan seseorang kepada Pencipta yang sentiasa memerhatikan setiap
pergerakannya melahirkan rasa tanggungjawab dan amanah dalam setiap pekerjaan
yang menjadi ibadah dalam kehidupannya walaupun dalam keadaan sukar. Konsep
Ihsan diperlukan untuk memperoleh kesempurnaan ibadah sebagai hamba yang terlalu
lemah di sisi Tuhannya terutamanya dalam ibadah wajib yang utama melalui praktik
keimanan dan keislaman.

Iman, Islam dan Ihsan adalah syarat kepada kesempurnaan agama yang perlu
dilakukan oleh umat Islam untuk menjadi manusia yang diterima agamanya disisi
Tuhannya kerana penerapan konsep dan praktik Iman, Islam dan Ihsan dalam diri
menanam rasa tanggungjawab, ikhlas, istiqamah dan penumpuannya hanyalah kepada
Tuhannya. Begitu juga dengan agenda pengislaman ilmu, ilmu-ilmu yang melalui
proses ini perlu memenuhi konsep Rukun Islam, Iman dan Ihsan yang memberi kesan
kepada objek ilmu iaitu pengamal atau penerima ilmu tersebut. Iman, Islam dan Ihsan
ini telah diterangkan oleh Rasulullah SAW melalui hadis riwayat Muslim (Abdul Latif
2018:8-9).yang bermaksud:

Sayidina Umar Al-Khattab radiyallahu ‘anh meriwayatkan bahawa:


Suatu hari, sewaktu kami sedang duduk bersama-sama dengan
Rasulullah SAW, datang seorang lelaki berpakaian amat putih dengan
rambut yang sangat hitam; tanpa ada sebarang kesan perjalanan dan
tidak seorangpun di kalangan kami yang mengenali beliau. Beliau
berjalan ke Rasulullah SAW dan duduk berhadapan Baginda,sambil
meletakkan kepala lututnya di kepala lutut SAW dan kedua tapak
tangannya di atas kedua peha beliau, lalu berkata: Wahai Muhammad,
khabarkan kepadaku tentang Islam? Rasulullah SAW bersabda: Islam
itu naik saksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah, dan Muhammad
adalah Rasulullah, mendirikan solat, membayar zakat, berpuasa
Ramadhan dan mengerjakan haji jika berkemampuan. Yang bertanya
berkata: Kamu telah bercakap benar, membuat kami yang mendengar
terkejut kerana beliau yang bertanya dan beliau juga mengiakannya.

Kemudian orang ini bertanya: Khabarkank kepada ku tentang Iman.


Rasulullah SAW bersabda: Iman itu mempercayai Allah, para
malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, para rasul-Nya, hari akhirat dan
294

empercayai qadar-Nya, yang baik dan yang buruk. Yang bertanya


berkata lagi: Kamu telah bercakap benar.

Seterusnya orang ini bertanya lagi: Khabarkan aku tentang ihsan.


Rasulullah SAW bersabda: Ihsan itu ialah menyembah Allah seolah-
olah engkau melihat Dia walaupun kamutidak nampak Dia,
sesungguhnya Dia melihat kamu.

Seterusnya orang ini bertanya lagi: Khabarkan aku tentang Saat itu.
Rasulullah SAW bersabda: Orang yang ditanya tidak tahu
mmengenainya lebih dari orang yang menanya. Orang itu bertanya
lagi: Khabarkan aku tanda-tandanya. Rasulullah SAW bersabda:
Apabila hamba perempuan melahirkan tuannya dan kamu melihat
kaum pengembala yang tidak berkasut, telanjang, miskin berlumba-
lumba membina bangunan-bangunan besar yang hebat.

Selepas itu orang yang bertanya tadi bangun dan pergi,sementara aku
terus berada di situ. Kemudian Rasulullah SAW bersabda: Wahai
Omar, tahukah engkau siapa orang yang bertanya tadi? Aku menjawab:
Allah dan Rasul-Nyalah yang paling tahu. Baginda lantas bersabda:
Itulah Jibril, yang datang kepada kamu mengajar agama kamu.

Hadis ini adalah suatu pemberitahuan kepada perkara-perkara yang mendirikan


Agama Islam. Syarat Iman, Islam dan Ihsan, menjadi rukun utama kepada manusia
untuk menjadikan mereka umat Islam yang sebenar dan diterima agama mereka di sisi
Tuhan. Rukun-rukun ini bukan hanya melibatkan ibadah-ibadah yang berbentuk
fizikal, malah mementingkan suatu kepercayaan dan keyakinan yang berbentuk
batiniah yang menghubungkan jiwa hamba dengan kebesaran Pencipta mereka.

Hadis ini juga menunjukkan berlakunya proses pendidikan diantara malaikat


Jibril dengan Rasullullah serta para sahabat yang ada pada majlis ilmu tersebut.
Malaikat Jibril menjadi utusan Allah untuk menyampaikan ilmu kepada hamba-
hambanya. Menurut Mustafa (2005), pengajaran kepada ilmu Allah tidak mungkin
diketahui dan difahami kecuali dengan belajar. Oleh sebab itu, manusia yang
beragama wajib mempelajari pengajaran agama serta memahaminya supaya dapat
beriktiqad dan beramal dengan cara yang dikehendaki oleh Allah dan Rasul-Nya.
Ilmu-ilmu agama inilah yang akan menjadi penapis kepada ilmu-ilmu lain
terutamanya sains untuk digunakan dalam kehidupan.
295

Konsep pengislaman ilmu yang telah dibincangkan oleh At-Attas menekankan


semua bidang ilmu pengetahuan yang telah terkesan oleh peradaban Barat yang
sekular. Kupasan dasar ilmu yang dibincangkan oleh Al-Attas secara terperinci dan
merangkumi konsep ilmu secara keseluruhannya berlandaskan matefizik Islam4 yang
bertunjangkan konsep tauhid. Menurut Al-Attas (1996), proses pengislaman ilmu
hanya melibatkan ilmu-ilmu yang berada dalam kategori Fardhu Kifayah 5 untuk
menghapuskan unsur-unsur kebaratan yang sekular dan menerapkannya dengan
konsep-konsep murni yang terdapat dalam ajaran Islam.

Interaksi antara ilmu-ilmu agama dan sains perlu diwujudkan bukan hanya
untuk diri sendiri, tetapi perlu diterapkan dalam sistem pendidikan dan diterjemahkan
melalui penulisan buku-buku rujukan sains untuk dijadikan panduan bersama dalam
mengendalikan sains yang selari dengan kehendak Islam. Perkara ini jika diusahakan
secara konsisten dengan kerjasama daripada semua pihak, maka pensekularan dalam
pendidikan sains dan minda masyarakat yang terlalu membanggakan cara dan budaya
Barat sekurang-kurangnya boleh diubah sedikit demi sedikit dan seterusnya
dihapuskan oleh sistem pendidikan baru yang lebih “mesra insan”.

8.3.2 Konsep Ilmu Tidak Bebas Nilai

Kesedaran yang cukup tinggi dalam diri para ilmuwan yang mempunyai kepakaran
dalam bidang sains tabii amat diperlukan di samping persediaan, kelengkapan dan

4
Metafizika Islam juga disebut oleh Al-Attas sebagai tasawuf ilmiah. Tasawuf menurut Al-
Attas (1978) adalah amalan syariah Islamiah pada tahap Ihsan (konsep Ihsan ini telah dinyatakan
melalui hadis Nabi (Mustafa 2005:72-73). Konsep tasawuf ini melibatkan psikologi, kosmologi dan
ontologi.
5
Ilmu-ilmu yang digolongkan oleh Al-Attas (1996) sebagai ilmu Fardhu Kifayah adalah:
a) Ilmu-ilmu kemanusiaan.
b) Ilmu-ilmu sains.
c) Ilmu-ilmu sains gunaan.
d) Ilmu-ilmu teknologi.
e) Perbandingan agama
f) Kebudayaan Barat
g) Ilmu linguistik: Bahasa Islam
h) Sejarah Islam
296

kefahaman terhadap ilmu-ilmu Agama Islam. Perkara ini adalah persediaan kepada
ilmuan-ilmuan untuk memastikan pembangunan sains yang melalui model dan setiap
prosesnya adalah bertepatan dengan cita rasa agama dan bukan hanya mengikut cara
Barat atau hanya membenarkan sahaja sains tersebut sehingga merubah konsep Islam
sebagai tujuan untuk kononnya menyerasikan agama dengan penemuan sains yang
belum tentu mencapai tahap kebenaran yang tepu sehingga tidak lagi boleh dipertikai,
sedangkan sains seringkali dipertikai apabila ada penemuan-penemuan baru yang
menyangkal fakta sedia ada dan ia terus diperbaiki, bahkan digantikan terus dengan
penemuan-penemuan baru. Perkara ini pernah disentuh oleh Imam Al-Ghazali (2012)
apabila beliau menyebut bahawa Rasulullah melarang umatnya mentakwilkan sesuatu
yang di situ diselitkan ayat-ayat al-Quran dengan tujuan agar diterima akal dan dapat
digunakan untuk mencari kesesuaian hukum alam, sedangkan teori manusia sering
sahaja berubah.

Dalam konteks Negara Malaysia, perkembangan wacana Sains Islam di


peringkat awal kebangkitannya terutamanya selepas berlangsungnya Persidangan
Pendidikan Islam Pertama Dunia pada tahun 1977 di Mekkah, kebanyakannya
menarik perhatian dan minat sarjana-sarjana yang berpendidikan Barat daripada
bidang sains tulen. Begitu jugalah dengan tokoh-tokoh yang dipilih di dalam kajian
ini. Ungku Omar, Shaharir, Tajul Ariffin dan Mohd Yusof merupakan tokoh-tokoh
yang menekankan pentingnya konsep Islam yang perlu diterapkan dalam sains.
Mereka adalah daripada golongan sarjana yang memperoleh pendidikan di negara-
negara Barat terutamanya di peringkat pendidikan tertinggi. Minat dan tanggungjawab
yang dipikul oleh ahli Sains Islam ini untuk terus mendalami ilmu sains dan teknologi
dan dalam masa yang sama mementing dan mengikut aturan-aturan Agama Islam
dalam segala perkara, merupakan perkara utama yang mendorong mereka untuk terus
menyemarakkan usaha menyepadukan sains, agama dan bahasa.

Tambahan pula, ilmu sains yang disampai dan diolah mengikut citarasa
Tamadun Barat sebagai ilmu yang neutral, objektif dan empirikal dilihat secara jelas
oleh sarjana-sarjana Sains Islam ini akan kepincangan yang wujud melalui konsep
sains yang bebas daripada sistem nilai serta tidak terikat dengan kuasa yang paling
utama dalam mengawal segala keteraturan alam. Kritikan-kritikan Sains Barat yang
297

wujud telah memberikan suatu kesedaran dan inspirasi untuk melihat semula kepada
sejarah kebangkitan ilmu Islam dan seterusnya memperjuangkan agenda penyepaduan
ini sebagai suatu tanggungjawab mereka terhadap ilmu serta meletakkan Agama Islam
di kedudukan yang tertinggi dan tiada yang melebihinya. Mereka pulang ke Malaysia
bukan hanya untuk menyampaikan ilmu yang mereka peroleh, malah cuba memberi
nilai tambah kepada ilmu untuk sekurang-kurangnya tidak mengesampingkan peranan
Tuhan serta nilai-nilai murni yang perlu ada dalam mentaabir sains.

Al-Attas (1973) telah menyatakan bahawa ilmu menjadi suatu permasalahan


utama yang dihadapi oleh umat moden kini. Ilmu yang bersalahan dengan prinsip
Islam yang mentauhidkan Allah akan menyumbang kepada permasalahan lain, kesan
daripada ilmu yang tidak mampu membentuk jiwa manusia ke arah kebaikan. Beliau
menekankan bahawa ilmu dan pendidikan adalah suatu yang sangat memberi kesan
yang mendalam dalam kehidupan dan jiwa manusia. Pendidikan yang menepati ciri-
ciri yang dikehendaki Islam memainkan peranan penting bukan hanya untuk
memastikan sosioekonomi yang cemerlang tetapi dalam masa yang sama membentuk
spiritual manusia yang murni.

Dari sudut epistemologi, Al-Attas, Shaharir, Tajul Ariffin, Mohd Yusof,


Ungku Omar dan sesiapa sahaja yang memperjuangkan Sains Islam, bahkan yang
hanya menyokong dari jauh mempunyai pandangan yang sama terhadap ilmu yang
tidak bebas nilai. Mereka percaya bahawa ilmu bukanlah bebas nilai, tetapi sarat
dengan nilai-nilai tertentu mengikut ilmu-ilmu yang ada. Al-Attas (1973) dalam
penulisannya, Risalah untuk Kaum Muslimin menerangkan bahawa ilmu pengetahuan
itu tidaklah bersifat neutral. Ini kerana bagi sesuatu ilmu, kebudayaan yang berbeza
memahami ilmu tersebut dengan cara yang berbeza mengikut pengaruh budaya
mereka, ini jugalah yang diperjuangkan oleh Shaharir dalam mengembangkan
etnosains, etnomatematik dan pemperibumian sains yang mementingkan pencarigalian
ilmu daripada Tamadun Melayu yang membawa identiti bangsa dan budaya Melayu,
dalam masa yang sama tidak bercanggahan dengan Islam. Namun begitu tetap tidak
dinafikan masih terdapat persamaan dalam memahami ilmu tersebut dari sudut-sudut
yang lain pula.
298

Shaharir, Tajul Ariffin, Mohd Yusof dan Ungku Omar berpegang kepada
konsep ilmu pengetahuan yang tidak bebas daripada sistem nilai kerana ilmu
pengetahuan telah dipengaruhi oleh faktor budaya, agama, pandangan hidup serta
peradaban manusia. Maka kerana itulah tokoh-tokoh ini turut memperjuangkan
kepentingan bahasa sendiri dalam menyampai dan menuntut ilmu di negara sendiri.
Menurut Wan Mohd Nor (2005), dikatakan bahawa ilmu pengetahuan itu tidak bebas
nilai kerana ilmu itu sendiri menjadi suatu sifat kepada manusia. Segala sesuatu yang
berada di luar akal fikiran bukanlah ilmu pengetahuan, melainkan fakta dan maklumat
yang kesemuanya adalah objek ilmu pengetahuan.

Shaharir mendokong konsep ilmu yang tidak bebas daripada nilai. Ini
dibuktikan oleh beliau melalui kajian-kajian yang beliau laksanakan dalam mengkaji
etnosains, etnomatematik Melayu dan pemperibumian sains yang membongkar ilmu-
ilmu yang pernah dikembangkan mengikut pengaruh budaya, agama dan bahasa
Bangsa Melayu. Wujudnya ilmu dalam kalangan suatu bangsa terdorong oleh
keperluan dan keadaan bangsa kepada ilmu tersebut. Justeru ilmu tersebut terbangun
dengan pengaruh budaya dan keadaan sesuatu bangsa yang menafikan konsep
neutralnya ilmu pada pandangan Barat.

Begitu juga dengan usaha yang ditunjukkan oleh Tajul Ariffin dan Ungku
Omar yang berusaha menyepadukan kurikulum sekolah dengan pendidikan agama dan
pendidikan ilmu akal dalam sistem pendidikan negara. Manakala Mohd Yusof dalam
kebanyakan penulisan beliau juga mempunyai pandangan yang sama berhubung ilmu
iaitu ilmu pengetahuan adalah tidak bebas nilai dan lahir daripada dorongan nilai yang
menjadi sasaran kajian secara sedar ataupun tidak. Menurut Mohd Yusof (2009a)
Sains Barat moden yang mencanangkan ilmu dan kajian yang dilaksanakan perlu
bebas daripada nilai sama ada nilai pengkaji ilmu itu sendiri atau nilai kemanusiaan
kerana bagi mereka, ini bertujuan untuk menjamin keaslian atau keneutralan ilmu.
Namun begitu, apabila manusia berinteraksi dengan sains, sudah pasti berlaku
interaksi nilai antara pengkaji sains dan bahan sains yang dikaji.

Justeru, ini menunjukkan bahawa ilmu pengetahuan tidak boleh dibebaskan


daripada nilai kerana manusia berfikir bukanlah seperti robot yang hanya ditumpukan
299

kepada perkara yang nampak secara fizikalnya sahaja, tetapi manusia berfikir
melibatkan dorongan-dorongan nilai tertentu yang menjadi kekuatan untuk mereka
meneruskan kajian mereka untuk menggunakan ilmu-ilmu yang dijumpai dan
dikembangkan. Contohnya boleh dilihat di bidang sains pertanian, pelbagai kajian
dilakukan dengan pelbagai cara untuk mendapatkan ilmu yang menunjukkan
bagaimana hasil tanaman dapat mengeluarkan hasil dengan cepat dan berlipat kali
ganda daripada sebelumnya. Tentu sekali maju dan berjayanya kajian ini adalah
dorongan daripada nilai kemanusiaan pengkaji yang berjiwa murni untuk memberikan
makanan yang cukup kepada masyarakat, manakala untuk pengkaji yang
mementingkan keuntungan semata-mata, maka nilai meterialisme terlibat untuk
kepuasan diri mereka. Tanpa nilai-nilai yang menjadi dorongan untuk mereka
meneruskan kajian bagi memperoleh ilmu-ilmu demi kepentingan tertentu,
menyebabkan ilmu-ilmu begini tidak akan terbangun.

Shaharir, Ungku Omar, Mohd Yusof dan Tajul Ariffin memegang prinsip yang
sama bahawa sumber asal serta tujuan ilmu pengetahuan adalah Allah. Oleh itu,
mereka terus memperjuangkan agenda pengislaman ilmu dan kesepaduan sains,
agama dan bahasa mengikut pendekatan masing-masing sebagai tujuan untuk
mentauhidkan Pencipta. Perkara ini telah diterapkan oleh Agama Islam bahawa segala
yang ada di dunia ini adalah daripada Allah melalui penentuan qada’ dan qadar Allah
ke atas makhluknya termasuk ilmu pengetahuan. Allah juga telah menjelaskan bahawa
Allah berkuasa ke atas segala perkara dan Dialah penguasa bagi segala ilmu melalui
ayat-Nya (Al-Quran At-Thalaq 65:12) yang bermaksud:

“Allah yang menciptakan tujuh petala langit dan (Ia menciptakan)


bumi seperti itu; perintah Allah berlaku terus menerus di antara alam
langit dan bumi. (Berlakunya yang demikian) supaya kamu mengetahui
bahawa sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu, dan
bahawa sesungguhnya Allah tetap meliputi ilmuNya akan tiap-tiap
sesuatu.”

Tujuan utama Agama Islam sebagai suatu cara hidup adalah untuk
mengembalikan kesedaran umat manusia akan jati diri mereka dan nasib spiritualnya
melalui ilmu pengetahuan yang bertepatan dengan kehendak Islam bersama tingkah
laku yang baik. Inilah sebenarnya tujuan semua bentuk kehidupan duniawi, iaitu
300

semua kehidupan berada dalam proses kembali kepada Tuhan. Manakala ilmu
pengetahuan dan tingkah laku yang baik adalah berteraskan kepada wahyu-Nya serta
tanda-tanda alam yang menggambarkan kekuasaan Pencipta yang diperoleh daripada
pelbagai cabang ilmu pengetahuan dengan perlaksanaan akhlak-akhlak Islam yang
murni (Wan Mohd Nor 2005).

Konsep ilmu yang bebas daripada sistem nilai yang diterapkan dalam sistem
ilmu Barat telah ditolak oleh semua ilmuan yang memperjuangkan pengislaman ilmu
dan mereka sedar akan kepincangan melalui pensekularan sains moden. Mohd Yusof,
Shaharir, Tajul Ariffin dan Ungku Omar sebagai ilmuwan yang masing-masing
mempunyai kepakaran dalam bidang sains fizik dan sains matematik, sains biologi
dan sains perubatan yang memperjuangkan sains dalam kerangka agama atau dengan
ungkapan mudahnya ‘pengislaman ilmu’ dengan cara dan pendekatan yang tersendiri
turut mempunyai pandangan yang hampir sama berhubung konsep ilmu yang tidak
bebas daripada sistem nilai.

Kemunculan ilmu sains adalah berasaskan pengaruh dan budaya persekitaran


seseorang dan seterusnya mendorong kepada usaha untuk membangunkan kehidupan
serta peradaban mereka. Oleh kerana pembangunan sains yang ada pada peradaban
manusia sejak dahulu dipengaruhi oleh pengaruh budaya dan persekitaran, maka
seharusnya bagi umat Islam perlu untuk membangunkan alam ini berlandaskan
budaya dan persekitaran yang memenuhi setiap kehendak dan menjauhi segala
larangan yang telah ditetapkan oleh Allah melalui ilmu wahyu-Nya. Menurut Mohd
Yusof, Shaharir dan Tajul Ariffin, dalam pembentukan sains yang memenuhi
kehendak Islam, al-Quran dan Sunnah Nabi memainkan peranan penting dalam
memberikan panduan kepada manusia untuk membangunkan sains dan teknologi bagi
memastikan manusia dan alam ini sentiasa berada dalam keadaan yang terbaik sesuai
dengan kehendak Penciptanya.

Manakala konsep ilmu yang tidak bebas daripada sistem nilai ini telah
dibahaskan oleh Shaharir. Sains yang dikatakan perlu bersifat objektif sepenuhnya
sudah tidak boleh diterima kerana sifatnya yang tidak neutral dan dipengaruhi oleh
sosiobudaya tempatan dan sistem nilai masyarakat atau tasawur atau pandangan alam
301

yang terlebih dahulu wujud dalam diri pengkaji-pengkaji sains ini (Shaharir 2000).
Ilmu yang dinamakan sebagai ilmu sains yang terbentuk daripada hasil pemikiran
manusia untuk memenuhi keperluan dan kehendak manusia bagi membentuk
kehidupan yang lebih terurus, cekap dan memudahkan. Begitu juga dengan ilmu-ilmu
matematik yang menjadi bidang kepakaran utama Shaharir yang banyak ditekankan ke
arah membentuk ilmu matematik juga mempunyai nilai-nilai kemanusiaan. Shaharir
(2003) menjelaskan bahawa matematik merupakan suatu ilmu yang terbit daripada
pemikiran manusia untuk memenuhi keperluan urusan kehidupan manusia, maka ilmu
ini juga samalah seperti ilmu-ilmu yang lain yang banyak mengandungi nilai dan
unsur-unsur kemanusiaan.

Hasil daripada pendidikan matematik negara yang diterapkan berpedomankan


dunia Barat, maka matematik hanya dilihat dari sudut angka, pengiraan-pengiraan
tertentu, simbol, rumus dan lain-lain lagi yang disifatkan berformalis, bermantik dan
berstruktur tanpa kebergantungan kepada budaya dan seterusnya menjauhkan
matematik daripada dilibatkan dengan nilai-nilai kemanusiaan. Menurut Shaharir
(2003), amalan-amalan yang dilingkungi pendidikan matematik yang menganggap
matematik hanya bersifat formalis, mantik dan berstruktur yang hanya menyelesaikan
masalah yang direka-reka tanpa melibatkan masalah kemanusiaan atau alam nyata
yang sebenar, maka ilmu matematik ini tercitra sebagai suatu ilmu yang bersifat
objektif, neutral dan bebas daripada sebarang nilai serta pengaruh sekitar.

Justeru, untuk menjadikan matematik suatu ilmu yang tidak bebas nilai, maka
suatu usaha untuk mengembalikan matematik kepada nilai-nilai kemanusiaan yang
sepatutnya perlu difikirkan bersama dalam kalangan pemikir dan ilmuan yang
berkaitan. Shaharir (2003) telah menggariskan beberapa ciri pemanusiaan matematik
yang perlu diubah dan diterapkan dalam sistem pendidikan matematik di Malaysia
iaitu menghakis perbincangan ilmu yang berpedomankan dunia Barat atau Anglo-
Saxon dan digantikan dengan multibudaya termasuk budaya Melayu yang telah
diterapkan dengan nilai-nilai Islam. Pendidikan ini juga perlu dibentuk ke arah
mewujudkan suatu pendekatan yang menerangkan bagaimana dan apakah dorongan
utama manusia sehingga berjaya memikirkan suatu unsur matematik dan bukannya
mementingkan formalisme atau cara dan kaedah penyelesaian matematik semata-
302

mata. Usaha-usaha ini adalah untuk merubah citra matematik yang selama ini
diletakkan dalam keadaan yang tidak mempunyai nilai-nilai kemanusiaan sedangkan
kegunaannya adalah untuk memenuhi kehendak hidup manusia juga.

Bagi Mohd Yusof (2014), ahli sains yang diterima ilmunya adalah ahli sains
yang mempunyai akal yang pintar dan cerdas dalam memberi hujah dan alasan, sebab
musabab dan berfikir secara rasional tetapi mereka tidak akan terlepas daripada
pengaruh budaya, agama dan lingkungan yang membina kecerdasan mindanya.
Malah, atas dorongan agama dan budayalah, pemikiran secara rasional dan logik
seharusnya dibangunkan. Maka, kerana nilai jugalah terbangunnya suatu ilmu dalam
masyarakat. Inilah yang menunjukkan bahawa ilmu tidak pernah terlepas daripada
nilai sama ada mereka sedar ataupun sengaja menafikan. Menurut Mohd Yusof
(2009d) lagi, dalam kita ghairah melihat keagungan sains moden, kritikan kepada
beberapa aspek sains moden membawa kepada kehancuran manusia sekiranya
kesemua sains moden diambil dan diguna pakai tanpa disandarkan kepada sistem nilai
terlebih dahulu, terutamanya nilai-nilai Islam.

Perkara ini telah terlebih dahulu diyakinkan oleh Ismail Al-Faruqi (1984)
melalui penulisan beliau yang menafikan konsep ilmu yang bebas daripada pengaruh
nilai, beliau menegaskan bahawa ilmu secara lumrahnya tidak bebas daripada nilai,
bahkan ia sarat dengan nilai yang terus menguatkannya. Walaupun ilmu yang diterima
dan dijunjung oleh ilmuan Barat perlu bebas daripada sistem nilai, namun pada
hakikatnya ilmu yang dikata bebas nilai itu, masih mempunyai nilai-nilai tersendiri
yang wujud daripada pemisahan antara sistem ilmu dan agama yang tentunya
bertentangan dengan nilai-nilai yang ada dalam Agama Islam bagi membentuk
jasmani dan rohani manusia yang harmoni, berilmu dan berpendirian tegas dalam
menegakkan konsep-konsep agama.

Perbincangan pengislaman ilmu dari sudut sains sosial, Al-Faruqi (1981)


menjelaskan bahawa bukan semua data-data berhubung tingkah laku manusia dapat
diperhatikan oleh deria. Justeru itu ia mestilah dinilai kerana ia tidak sama kepada
semua manusia, tetapi bergantung kepada faktor tradisi budaya, agama dan
kecenderungan mereka. Elemen-elemen yang bersifat kerohanian ini sukar untuk
303

diasingkan dari jiwa-jiwa manusia dan ia tentu sekali tidak tertakluk kepada
kuantitatif yang menjadi satu-satunya sistem utama pengukuran dalam sains. Sains
menganggap elemen ini tidak relevan untuk dikaitkan dengan perkembangan sains.

Tuntutannya terhadap penganalisisan bagi setiap pemerhatian yang berkait


dengan elemen-elemen semulajadi dalam tabiat manusia dan desakan untuk
menjelaskan perlakuan manusia menghasilkan teori-teori yang tidak teratur dan
penjelasan yang tidak lengkap. Untuk memastikan analisis itu sentiasa kekal dalam
keadaan saintifik, ahli-ahli sains sosial secara tidak sah mengurangkan komponen-
komponen moral dan kerohanian dalam realiti sosial kepada kesan kebendaan atau
puncanya. Pengetahuan berkenaan realiti tidak akan wujud tanpa nilai, dan tidak akan
ada agama atau nilai moral kecuali di dalam ummah. Ilmu yang diperoleh hasil
daripada cerapan manusia yang menggunakan kaedah berfikir secara logik, mantik
dan rasional bukanlah suatu ilmu yang mutlak seperti mutlaknya ilmu-ilmu yang
terkandung dalam al-Quran dan al-Hadis yang datangnya terus daripada Pencipta yang
maha Bijaksana melalui utusan-Nya, Nabi Muhammad kerana ia boleh berubah
dengan adanya penemuan baru yang menafikan fakta sebelumnya.

Dalam Islam, sains tulen yang difahami kini merupakan salah satu ilmu yang
dapat digunakan oleh manusia untuk mengetahui rahsia alam. Sains tulen bukanlah
satu-satunya ilmu untuk mengetahui rahsia alam kerana ia bukanlah suatu yang
mutlak dan muktamad tetapi pelbagai pendekatan boleh digunakan oleh manusia
untuk memahami alam contohnya melalui ilmu-ilmu wahyu yang tentu sekali bersifat
mutlak. Persamaan pendapat antara keempat-empat tokoh ini menjelaskan bahawa
ilmu yang dicerap oleh usaha dan akal manusia tidak bersifat mutlak, menurut Al-
Faruqi (1981), tidak ada prinsip-prinsip yang suci di dalam sains dan kesemua prinsip-
prinsip tersebut boleh dipersoalkan. Ini bermakna, ilmu-ilmu hasil cerapan manusia
tidak boleh dikatakan tepat sepenuhnya, ia mungkin tepat untuk suatu jangka masa
dan keadaan tertentu tetapi tidak relevan untuk waktu dan keadaan yang lain. Begitu
juga ia mungkin berguna kepada suatu kelompok manusia dengan pengamalan budaya
mereka yang tersendiri dengan keadaan tempat yang tertentu, namun tidak kepada
kelompok manusia yang lain. Justeru, ilmu sains ini boleh sahaja berubah sebaik
304

sahaja ada fakta baru yang mencabar kesahihannya, atau ada keadaan-keadaan yang
terpaksa meminggirkan penggunaannya.

Shaharir, Ungku Omar, Mohd Yusof dan Tajul Ariffin mempunyai persamaan
pandangan berhubung ilmu-ilmu Barat terutamanya mengikut bidang pengkhususan
masing-masing dalam sains tulen. Mereka berpandangan bahawa ilmu yang diperoleh
daripada dunia Barat yang sekular masih boleh digunakan untuk tujuan memperoleh
dan memahami ilmu selagi ia tidak bercanggah dengan ajaran Agama Islam. Namun
begitu, bagi Shaharir (2009a), ia juga perlu dihurai, dikembang dan dibangunkan
dengan paradigma Islam. Manakala bagi, Mohd Yusof (2014a, 2014b, 2013, 2009),
beliau berpendapat bahawa tidak salah sekiranya menggunakan Sains Barat untuk
memahami sains, ini merupakan salah satu cara untuk memahami sains daripada
pemikiran Barat walaupun langkah ini tiada komponen agama, etika, nilai dan budaya
yang terlibat dalam penjelasannya.

Penerimaan kepada pengaruh ilmu Sains Barat yang sekular juga dikesan
melalui penulisan Al-Faruqi (1982) dalam bukunya, Islamization of Knowledge:
General Principles and Work Plan melalui lima sasaran utama yang perlu dicapai
dalam perlaksanaan pengislaman ilmu, pertamanya adalah mereka yang berusaha
kearah pengislaman ilmu perlu menguasai disiplin-disiplin ilmu moden. Penguasaan
disiplin moden ini menunjukkan bahawa Al-Faruqi juga menerima cara ilmu dikaji
berdasarkan ilmu moden untuk memahami ilmu atau sains. Walaupun disiplin ilmu-
ilmu moden ini tidak melibatkan aspek ketuhanan, budaya, nilai dan etika pada
awalnya, namun selagi ia tidak bercanggah dengan ajaran agama, maka ilmu tersebut
seharusnya diterima. Ilmu-ilmu ini seterusnya diharmonikan dengan langkah-langkah
yang telah dibincangkan oleh Al-Faruqi untuk mencapai objektif atau sasaran
seterusnya iaitu menguasai khazanah Islam, menentukan ralevansi Islam yang spesifik
pada setiap bidang ilmu pengetahuan moden, mencari cara-cara untuk melakukan
hubung kait antara khazanah Islam dengan khazanah ilmu pengetahuan moden dan
seterusnya membentuk pemikiran Islam yang memenuhi pola perancangan Tuhan.
305

8.3.3 Matlamat Ilmu dalam Kehidupan Manusia

Usaha yang dilakukan oleh sarjana-sarjana Islam untuk mengolah serta menapis ilmu-
ilmu moden yang telah banyak dipengaruhi oleh gaya fikir Barat yang sekular adalah
suatu ikhtiar untuk menjadikannya selari dengan ajaran Islam. Ajaran Islam menjadi
penanda aras yang paling utama bagi umat Islam dalam menentukan penerimaan
sesuatu ilmu yang boleh diguna pakai atau tidak, serta tidak mensyirikkan Allah
sebagai Pencipta segala sesuatu. Pengislaman ilmu merupakan suatu pendekatan yang
murni untuk mengolah ilmu agar selari dengan kehendak agama yang antaranya
diusahakan dan difikirkan oleh keempat-empat ilmuan ini, Mohd Yusof, Shaharir,
Tajul Ariffin dan Ungku Omar6, dengan cara dan pemikiran tersendiri. Ilmu-ilmu yang
telah melalui sistem tapisan Islam yang akan diterapkan dalam pendidikan pada hari
ini juga sebagai suatu pendekatan untuk membentuk jiwa anak-anak muda sebagai
pelajar agar tertanam nilai-nilai kemanusiaan yang tinggi mengikut pemahaman
agama serta sentiasa sedar akan keagungan yang Maha Menciptakan segala sesuatu.

Segala usaha yang membangunkan Islam dalam setiap perkara adalah suatu
bukti ketaatan mereka kepada Pencipta seperti yang dikehendaki Allah terhadap
makhluk-Nya yang berakal melalui ayat-Nya yang bermaksud, “Tidak Aku jadikan
manusia dan jin melainkan untuk beribadah kepadaku”(Surah Az-Zaariyat:56). Oleh
kerana wujudnya rasa pengabdian diri para ilmuan kepada Tuhanlah, maka segala
usaha untuk mengembalikan peranan Islam dalam menilai ilmu dilakukan dengan
penuh tanggungjawab.

Justeru, bagi Shaharir (2000), ahli sains dan teknologi Muslim yang berusaha
menjadikan Islam sebagai benteng utama dalam segala urusan mereka terutamanya
dalam mereka berkarya berlandaskan falsafah sains dan teknologi Islam, keimanan
dan ketaqwaan menjadi motif dan tujuan akhir dalam segala pekerjaan yang
diusahakan. Menurut beliau lagi, segala penilaian dan telatah mereka dalam
mengeksploitasi ilmu sains yang dianugerahkan oleh Tuhan, akan dilaksanakan di atas

6
Pengislaman ilmu merupakan juga perjuangan Ungku Omar dalam sistem pendidikan negara
melalui konsep kesepaduan sains, agama dan bahasa yang beliau pernah terapkan dalam Kolej Islam
yang telah diuruskan oleh beliau, walaupun pada waktu tersebut, pengislaman ilmu masih belum
diwacanakan.
306

landasan yang mentauhidkan Allah Yang Maha Esa. Segala usaha ilmuwan Islam ini
mendorong kepada pembentukan keyakinan yang amat teguh kepada alam ghaib.

Alam ghaib ini bukan hanya berkisar kepada kewujudan Allah sebagai
Pencipta dan Malaikat sebagai hamba-Nya, tetapi juga meliputi alam yang di sana
terdapatnya tempat-tempat pembalasan bagi segala amalan baik dan buruk manusia
mengikut kalam Allah seperti yang telah dinyatakan dalam al-Quran dan al-Hadis.
Kepercayaan dan keyakinan kepada alam ghaib ini jugalah mendorong manusia untuk
terus melakukan segala perkara kebaikan seperti usaha pengislaman ilmu ini, bagi
mereka, memperoleh redha Tuhan serta pembalasan baik yang telah dijanjikan dan
seterusnya membendung mereka daripada melakukan kerosakan yang bukan hanya
merosakkan orang yang menggunakan suatu ciptaan atau penghasilan, bahkan
akhirnya kerosakan tersebut kembali semula kepada mereka ketika datangnya hari
perhitungan amal manusia di alam akhirat nanti.

Selari dengan pandangan Shaharir, Mohd Yusof (2016), begitu juga dengan
Tajul Ariffin (2002, 1990) pula menjelaskan bahawa matlamat hidup manusia yang
menjadikan Islam sebagai suatu cara hidup, tentu sekali mendambakan kehidupan
yang harmoni di dunia dan selepasnya sebagai seorang hamba yang taat kepada segala
perintah Tuhannya. Ilmu pengetahuan yang dibangunkan oleh ilmuwan Muslim perlu
memahami ajaran Islam yang sebaiknya agar segala aktiviti keilmuan yang dijalankan
mengikut tuntutan Islam dan tidak terkeluar dari landasan-landasan yang telah
ditetapkan oleh Allah melalui ilmu-ilmu wahyu-Nya. Manakala tujuan akhir bagi
segala aktiviti sains yang dilakukan oleh sarjana-sarjana Muslim yang menggunakan
pendekatan sains yang selari dengan persetujuan Islam adalah dilakukan untuk
mendapat keredaan Allah semata-mata bagi memperoleh ketenangan dan kebahagiaan
dalam erti kata yang sebenar.

Pemikiran berhubung Allah sebagai sumber asal dan tujuan kepada ilmu
pengetahuan telah dikuatkan oleh Shaharir (2000), Mohd Yusof (2014) dan Tajul
Ariffin (1999) dengan huraian yang tersendiri sebagai seorang ilmuwan yang
mempunyai kepakaran dalam bidang sains dan tidak mempunyai kepakaran dalam
bidang falsafah seperti Al-Attas. Maka perbincangan berhubung perkara ini dijelaskan
307

oleh tokoh-tokoh ini, tidak sedalam perbincangan Al-Attas melalui setiap


penulisannya walaupun perkara pokok yang ingin disampaikan adalah sama. Bagi
Mohd Yusof (2014), dalam usaha untuk manusia melaksanakan tanggungjawab
mereka untuk mengurus dan mentadbir alam, ilmu pengetahuan menjadi suatu perkara
yang penting dipersiapkan dalam diri manusia.

Namun begitu, manusia hanya perlu memahami tabii alam, manakala perkara
yang lebih penting adalah memahami matlamat hidup untuk mengurus alam tersebut.
Matlamat itu adalah untuk umat manusia tersebut menjadi hamba Allah yang
mempunyai akidah yang kukuh dan akhlak yang mulia. Akhlak-akhlak ini telah
digaris dan disampaikan melalui wahyu Allah iaitu Al-Quran sebagai petunjuk kepada
manusia yang ingin mendapat redha Allah sebagai Pencipta dan Penguasa Alam serta
Sunnah Nabi Muhammad. Keyakinan manusia kepada Tuhan sebagai “Penyebab
Utama” kepada segala fenomena yang dijelaskan mengikut acuan Islam menghalang
mereka daripada terus melakukan kemusnahan diri sendiri, masyarakat atau alam.
Halangan ini terbentuk hasil daripada perasaan tanggungjawab sebagai khalifah yang
mengurus alam seperti yang telah disarankan oleh Islam.

8.3.4 Konsep Tauhid

Mohd Yusof, Shaharir dan Tajul Ariffin yang terus komited dalam memperjuang dan
melaksanakan agenda pengislaman ilmu telah membawa konsep tauhid dalam
perbincangan usaha pengislaman ilmu. Manakala perbincangan pengislaman Ungku
Omar masih diperingkat awal, namun tetap berusaha membawa masyarakat untuk
mendekatkan diri dengan aturan-aturan agama di samping mengamalkan ilmu-ilmu
keduniaan. Konsep tauhid ini digunakan untuk menunjukkan kepada masyarakat
bahawa Allahlah tujuan yang paling utama dalam mereka melaksanakan usaha
pengislaman ilmu.

Segala yang diinginkan Allah kepada hambanya untuk menerima segala


amalan mereka adalah di bataskan oleh ajaran Islam seperti tauhid, feqah, syariat dan
sebagainya yang telah diajarkan Nabi Muhammad saw melalui ayat-ayat Allah al-
Quran dan as-Sunnah. Oleh kerana konsep tauhid yang ingin diwujudkan dalam sains
308

yang melalui usaha pengislaman sains ini, maka Mohd Yusof7 dan rakan-rakan yang
memperjuangkan pengislaman ilmu bersamanya seperti Khalijah Salleh, lebih
memilih untuk menggunakan istilah ‘Sains Tauhidik’ yang memberi gambaran kepada
sains yang bersifat tauhid. Namun begitu, walaupun Shaharir (2000) dan Tajul Ariffin
(1999) ada menekankan konsep tauhid, beliau terus menggunakan istilah Sains Islam
sebagai hasil daripada usaha pengislaman ilmu seperti yang telah digunakan oleh
ilmuan seperti Hossein Nasr, Ziauddin Sardar dan lain-lain. Manakala Tajul Ariffin
pula dengan pendekatan bersepadu yang diperjuangkan dalam sistem pendidikan
negara.

Menurut Mohd Yusof (2013, 2014) tauhid ialah suatu konsep ketuhanan bagi
Islam seperti yang telah difirmankan oleh Allah melalui Surah al-Ikhlas (Al-Quran Al-
Ikhlas:1-4)yang bermaksud:

Katakanlah Dialah Allah yang Maha Esa. Tuhan bagi segala


pergantungan. Dia tidak beranak dan diperanakkan. Dan tiada sekutu
bagiNya.

Surah ini menjelaskan keadaan Tuhan yang menjadi tempat bergantung segala
makhluknya terutamanya bagi manusia yang mempunyai akal untuk berfikir. Konsep
tauhid yang diterangkan dalam ayat-ayat ini menjelaskan sifat Allah yang tunggal
serta tiada sekutu bagi-Nya dari zat dan sifat-sifat yang selayaknya bagi Allah.

Bagi Shaharir (1987, 2000, 2003) dan Mohd Yusof (2014), ilmu pengetahuan
yang meletakkan Allah sebagai sumber asal, matlamat, tujuan atau objektif adalah
bertujuan untuk mendapatkan kebahagiaan sebenar yang sepatutnya dirasai oleh
manusia. Ilmu pengetahuan yang baik yang mampu membentuk jiwa manusia untuk
terus berkelakuan baik dengan akhlak-akhlak yang mulia berlandaskan aturan-aturan
Islam adalah bertujuan untuk membina kebahagiaan dalam diri manusia untuk
kehidupan dunia dan selepasnya. Al-Attas (1993), mendefinisikan kebahagiaan
berkekalan ini dengan cara mengintegrasikannya dengan keyakinan terhadap
kebenaran mutlak, iman serta perilaku berakhlak. Menurut Al-Attas, kebahagiaan

7
Khalijah Salleh lebih awal menggunakan istilah “Sains Tauhidik” dan seterusnya
dikembangkan kepada masyarakat oleh Mohd Yusof dengan lebih agresif.
309

spiritual terjadi secara bersamaan dengan kebahagiaan fizikal dan psikologi. Orang
yang merasai kebahagiaan ini tidak akan melakukan sebarang perkara yang
bertentangan dengan prinsip-prinsip Agama Islam. Jika kebahagiaan ini diperoleh,
maka sebarang penderitaan yang ditanggung diterima dengan redha dan berlapang
dada kerana keyakinan yang teguh pada janji-janji Allah. Kebahagiaan dalam Islam
adalah kebahagian yang dapat dirasai oleh diri sendiri, tersebar kepada insan
sekeliling terutamanya melalui konsep dakwah dan sedekah, serta mampu membawa
kepada cinta Tuhan yang kekal abadi.

Kebahagiaan yang diterangkan oleh Mohd Yusof (2014, 2013) pula adalah
hasil daripada penggunaan ilmu pengetahuan sains tabii yang banyak memberikan
kemudahan kepada manusia. Sains dan teknologi adalah semata-mata berfungsi
sebagai alat dan batu loncatan untuk manusia memudahkan urusan kehidupan mereka.
Sains dan teknologi juga bukanlah menjadi matlamat utama yang perlu dicapai oleh
manusia tetapi lebih kepada kebahagiaan kehidupan dunia dan selepasnya. Insan yang
berakhlak mulia dengan sifat-sifat yang menyuruh kepada kebaikan dan mencegah
sebarang kemungkaran akan membentuk dan membangunkan manusia yang bahagia
dan alam sekeliling yang harmoni bersama pembangunan ilmu-ilmu yang baik dan
berguna. Membentuk kebahagiaan hakiki adalah idaman manusia yang diredhai
Tuhannya. Kebahagiaan dan kesejahteraan manusia boleh dicapai sekiranya berlaku
kesepaduan antara dua ilmu iaitu, ilmu sains yang berfungsi dalam menjelaskan tabii
alam dan ilmu sains sosial dan kemasyarakatan yang menjelaskan tentang
pembangunan budaya dan jati diri insan yang mengikut cita rasa Islam.

Konsep tauhid, adalah perkara yang menjadi persamaan pemikiran bagi


keempat-empat tokoh yang dikaji, begitu juga dengan Al-Attas dan Al-Faruqi serta
ilmuan-ilmuan lain yang mendokong agenda pengislaman ilmu. Tauhid yang
didokong oleh tokoh-tokoh ini menjadi kayu ukur dan tonggak utama dalam
membincangkan agenda pengislaman ilmu. Al-Faruqi (1982) menegaskan bahawa
tauhid merupakan suatu perkara asas dan inti sari kepada terbentuknya suatu ilmu
pengetahuan. Manakala tauhid menjadi suatu asas yang paling utama dalam
membangunkan Agama Islam sebagai agama yang sentiasa meletakkan Allah di
kedudukan tertinggi serta menjadi perkara yang mustahil bagi-Nya sebarang sekutu.
310

Konsep tauhid telah membentuk suatu kerangka yang menghubungkan


pendirian agama dan sains agar sains diterima dan melengkapi kehendak dan garisan
Agama Islam. Menurut Al-Faruqi (1982) lagi, tauhid adalah suatu perintah Tuhan
yang paling utama dalam segala urusan kehidupan kerana sesungguhnya perkara yang
paling awal perlu dilakukan dalam beragama adalah mengenal Allah (Ma’rifatullah)
sebagai pencipta yang Maha Esa, yang tidak akan sesekali mempunyai sekutu.

Peradaban Islam merupakan sebuah peradaban yang didirikan berasas dan


berlandaskan prinsip-prinsip dan aturan Islam itu sendiri dengan konsep Tauhid
sebagai tunjang utamanya. Tauhid menjadi suatu asas dan kekuatan kepada Islam
sebagai satu-satunya agama yang diterima di sisi Tuhan (Al-Faruqi 1986). Kalimah
“tauhid” merupakan suatu penyaksian yang terdapat dalam ungkapan syahadah bagi
umat Islam iaitu “tiada tuhan melainkan Allah” yang mengakui keTunggalan atau
keEsaan Allah sebagai Pencipta seluruh alam. Ungkapan syahadah ini pula disusuli
dengan penyaksian bahawa Nabi Muhammad sebagai pesuruh Allah yang merupakan
syarat utama kepada setiap manusia untuk memperakui dirinya sebagai umat Islam.
Ungkapan syahadah ini terkandung dalam rukun Islam sebagai rukun yang menjadi
syarat pertama untuk umat Islam meyakini dengan hati tanpa sebarang syak dan
perasaan ragu serta membenarkanya dengan kata-kata bahawa dia adalah seorang
Muslim.

Namun begitu, Islam bukanlah suatu agama yang hanya berdiri dengan konsep
Tauhid, melainkan di sana juga terdapat beberapa sudut lain yang harus diambil berat
dalam menegakkan agama seperti syariah, fiqh, tasawwuf dan akhlak. Konsep-konsep
yang ada dalam mendirikan Islam yang sebenar adalah perlu memenuhi konsep Rukun
Islam, Iman dan Ihsan bagi menjamin kualiti Islam yang sebenar. Oleh itu, kerana
konsep tauhid diterapkan dalam ilmu sains dan jiwa-jiwa pendukungnya sebagai suatu
konsep yang meletakkan Allah sebagai tujuan utama, maka mereka semestinya
menjalankan aktiviti sains dan penyelidikan sains untuk tujuan yang diredhai Allah
dan bukanlah tujuan yang menjurus kepada maksiat dan merosakkan alam demi
keuntungan material atau kebendaan dan kepentingan diri. Manusia
dipertanggungjawabkan Allah untuk bertindak sebagai khalifah di muka bumi ini,
maka mereka perlu bertanggungjawab kepada Tuhan mereka dalam merancang,
311

merangka dan seterusnya melaksanakan segala aktiviti dan penyelidikan. Ini


semestinya mendorong mereka melakukan kerja-kerja yang terlibat semata-mata
untuk memperoleh redha daripada Tuhan.

Konsep tauhid yang diterangkan oleh Allah menjelaskan bahawa sifatNya


yang Maha Esa, tidak mungkin mempunyai sekutu dan tiada suatupun yang boleh
dibandingkan dengan kehebatan Allah. Segala perkara yang berlaku, penciptaan
seluruh makhluk, perjalanan dan fitrah kehidupan mereka semuanya bergantung
kepada keizinan Allah. Konsep tauhid yang dibawa oleh Mohd Yusof (2014, 2009k)
menjelaskan Tuhan merupakan Penyebab yang paling utama kepada segala fenomena
yang menjadi tabii alam. Malah, atas nama Tuhan jugalah, pengetahuan untuk
menjelaskan fenomena tabii alam yang menjadi pengetahuan sains itu dibangunkan.
Tauhid merupakan asas akidah yang paling utama bagi umat Islam yang menjelaskan
ketunggalan atau keesaan Allah bersama sifat-sifat Allah yang tergambar melalui 99
nama yang maha mulia seperti sifat Maha Mencipta, Maha Bijaksana, Maha
Menguasai dan Maha Kaya.

8.3.5 Sejarah dan Falsafah Sains Sebagai Suatu Pendekatan Membentuk Kesepaduan
Sains, Agama dan Bahasa

Pemikiran yang menjadi suatu persamaan pendekatan pengislaman sains pada tokoh-
tokoh yang dikaji ini dengan gaya, penulisan dan skop perbincangan yang tersediri
mengikut pemikiran mereka adalah melalui suatu kaedah ‘membuka mate’ para
ilmuan, pendidik dan pelajar. Ini bertujuan memberikan suatu kesedaran bahawa sains
yang ada pada hari ini bukanlah datang dari kehebatan dan kepandaian Barat semata-
mata, tetapi datang daripada tamadun-tamadun sebelumnya termasuk Tamadun Islam
yang menjadi pedoman untuk ilmuwan Islam pada zaman moden ini.

Tamadun Islam juga tidak terkecuali pernah mengambil faedah dan


kesempatan daripada tamadun luar untuk memperoleh ilmu-ilmu tertentu daripada
mereka yang seterusnya dikembangkan mengikut cita rasa mereka sesuai dengan
prinsip-prinsip yang dipegang oleh mereka. Ilmuwan Islam daripada Tamadun Islam
ini berusaha menapis, mengolah semula serta membangunkan ilmu yang diperoleh
tersebut bersesuaian dan serasi dengan kehendak dan aturan-aturan Islam. Pendekatan
312

sejarah sains ini dibincangkan dalam kebanyakan penulisan Shaharir dan Mohd Yusof
yang kebanyakannya menafikan penghargaan yang membanggakan sarjana Barat yang
kononnya digelar sebagai pelopor, peneroka, perintis dan pengasas kepada bidang
sains dan teknologi. Kebanyakan penulisan Shaharir dan Mohd Yusof yang
membahaskan pengislaman sains, serta kuliah-kuliah yang mereka kendalikan sebagai
suatu usaha ke arah ini; sejarah sains menjadi perkara paling awal yang dikupas untuk
membuka mate dan keyakinan kepada para pembaca serta pelajar-pelajar bahawa
sains bukanlah suatu ilmu yang hanya bermula daripada zaman kebangkitan dan
kegemilangan Barat.

Sains merupakan suatu ilmu yang terhasil daripada dorongan kehidupan


manusia terhadap keperluan-keperluan tertentu seperti penghasilan makanan, tempat
tinggal dan pakaian. Mohd Yusof (2009,2014, 2013) mencatatkan bahawa kronologi
peradaban manusia yang berlaku sejak 10 000 SM lagi yang dirujuk daripada Canby,
telah menafikan pengaruh besar Barat sebagai pencetus kepada sains, malah ia
membuktikan bahawa Barat hanyalah pendatang baru dalam kegiatan sains dan
teknologi. Peradaban manusia daripada tamadun-tamadun sebelum Tamadun Barat
telah dibuktikan oleh Mohd Yusof melalui lawatan-lawatan beliau ke kawasan-
kawasan yang menempatkan tamadun-tamadun terdahulu.

Tamadun-tamadun terdahulu ini menyerlahkan kepakaran sains mereka seperti


Piramid Raja Khafre di Gizah, Mesir, arena dan amfiteater tinggalan Tamadun Roma,
Tembok Besar China dan pelbagai binaan hasil kepakaran sains yang ada pada mereka
yang berada dalam tamadun-tamadun sebelum Barat. Manakala dunia Islam
mencatatkan suatu sumbangan sains yang cukup besar melalui penglibatan ilmuwan-
ilmuwannya, dan kegemilangan Sains Islam ini tercetus hasil dorongan Agama Islam
sendiri.

Ungku Omar (1967c), Mohd Yusof (2009, 2013, 2014) dan Shaharir (1985,
2000) mencatatkan bahawa, sumbangan besar sarjana Sains Islam yang gemilang
sejak abad kelapan pada zaman pemerintahan Abbasiyyah sehingga abad ke-15 telah
memberi pengaruh besar dalam dunia sains dan teknologi dari pelbagai bidang,
bahkan sarjana-sarjana Islam ini mendahului sarjana-sarjana Barat yang lebih dikenali
313

oleh dunia pendidikan hari ini. Demi menunjukkan kepada dunia akan sumbangan dan
pengaruh yang besar Eropah dalam dunia pendidikan sains, maka sarjana mereka
mengubah sejarah agar perpihak kepada mereka dan dilihat bangsa yang terbaik untuk
dijadikan contoh. Mereka langsung tidak menyatakan sumber ilmu yang mereka
peroleh daripada Tamadun Islam sehinggakan sumbangan sarjana-sarjana Islam dalam
pembangunan sains terus dipadam dalam lipatan sejarah sains.

Manakala pendekatan yang digunakan oleh Shaharir pula dengan


memperkenalkan kepada manusia moden pada hari ini tentang penjelasan sejarah dan
falsafah sains lebih bersifat mengkhusus dengan perbincangan yang lebih bersifat
matematik dalam menyelesaikan kekeliruan dan permasalahan sains. Bersesuaian
dengan sifat ilmu matematik yang bertindak sebagai asas terpenting dalam pembinaan
ilmu sains dan teknologi sehinggakan ia menjadi syarat penting dalam pembinaan
tamadun manusia yang cemerlang (Abdul Latif 2012). Melalui penulisan Shaharir
(1987, 2000), sejarah falsafah sains dijelaskan dengan terperinci bersama definisi-
definisi yang terlibat serta cara-cara pemerolehan ilmu sains melalui kaedah-kaedah
yang telah biasa digunakan seperti kaedah aruhan dan induksi serta kaedah-kaedah
yang tidak diiktiraf oleh ilmuwan Barat yang perpegang kepada rasional akal seperti
intuisi dan heuristik. Beliau turut memperincikan pencapaian ilmu pengetahuan
daripada tamadun-tamadun yang telah wujud seperti sistem penulisan angka dari
Tamadun Mesir Purba, Zaman Babilonia, Tamadun Yunani, Arab dan Eropah
sebelum kedatangan Islam.

Shaharir memperincikan sejarah perkembangan asas astronomi yang menjadi


bidang penting kerana banyak melibatkan konsep-konsep sains yang paling asas dan
utama seperti jisim, gerakan, masa, ruang, penggunaan matematik dan sebagainya.
Sejarah perkembangan ini dihuraikan mengikut tamadun-tamadun yang telah
memberikan sumbangan dalam ilmu ini seperti Tamadun Mesir Purba, Babilonia,
India Purba dan China Purba dalam mengenalpasti jenis-jenis bintang yang menjadi
penanda arah bagi mereka serta kejadian gerhana. Manakala tamadun yang lebih
terkehadapan dalam mengembangkan ilmu astronomi ini adalah Tamadun Yunani dan
Tamadun Helenis melalui sarjana-sarjana mereka seperti Pithagoras, Plato,
314

Aristoteles, Hipparkhus dan sebagainya yang memperkenalkan model-model


pemikiran mereka dalam bidang Astronomi ini.

Namun begitu, kehebatan Tamadun Islam yang membentuk ilmuan-ilmuan


Islam yang mempunyai kepakaran dalam bidang ini tidak boleh dipertikai dan
melampaui pencapaian keilmuan daripada tamadun-tamadun yang lain. Menurut
Shaharir (2000), dalam masa yang singkat daripada Abad ke-6 hingga ke-13,
pencapaian sains khususnya dalam bidang Astronomi tidak ada tolok bandingnya
dalam sejarah tamadun manusia. Pada zaman inilah yang menyaksikan sains
astronomi dan agama bersatu dan saling melengkapi, berbeza daripada Tamadun Barat
yang kebanyakan ilmuwannya menyisihkan agama dalam aktiviti sains mereka. Islam
bukan hanya disanjung sebagai suatu agama bagi ilmuwan Islam, tetapi menjadi
motivasi utama yang berteraskan al-Quran untuk mereka terus berkarya dan
membangunkan ilmu dan terus berinovasi dengan sains mereka.

Dalam melaksanakan agenda pengislaman ilmu melalui saluran pendidikan,


Al-Faruqi (1982) telah mencadangkan agar kursus Tamadun Islam diwajibkan kepada
pelajar-pelajar universiti. Ini bertujuan membuka minda mereka tentang hakikat
sebenar kehebatan ilmu yang dibangunkan oleh zaman kegemilangan Tamadun Islam
terutamanya pada zaman Abbasiyyah dan seterusnya memudarkan tanggapan mereka
tentang kehebatan ilmu hanya dilahirkan dari Tamadun Barat. Perkara ini juga
bertepatan dengan usaha pengislaman ilmu dalam mengatasi isu dualisme dalam
pendidikan sains tulen moden oleh Shaharir, Tajul Ariffin dan Mohd Yusof yang
menekankan agar kursus sains tulen perlu disajikan bersama aspek sejarah sains itu
sendiri. Justeru, dalam bahagian sejarah inilah yang menjelaskan kehebatan Tamadun
Islam dalam mengembangkan pelbagai ilmu mengikut kerangka dan aturan Islam agar
dapat digunakan untuk kebaikan dari pelbagai sudut seperti yang telah dicadangkan
oleh Al-Faruqi.

Pendidikan adalah suatu isu yang melibatkan umat manusia dan mereka yang
ingin membangunkan umat, negara dan tamadunnya. Hanya manusia yang terdidik
dan terbangun jiwa dan diri mampu memberikan sumbangan kepada pembangunan
negara dan dunia tanpa menghilangkan rasa tanggungjawab kepada Tuhan dalam
315

setiap perancangan yang dilakukan. Untuk menuju kepada proses pengislaman ilmu
melalui cara mengatasi isu dualisme dalam pendidikan sains tulen kini perlu
dilaksanakan melalui langkah pertamanya, menyajikan kursus sains tulen kepada
pelajar bukan hanya dari sudut subjek sainsnya sahaja, tetapi turut merangkumi
prinsip-prinsip keagamaan yang berteraskan prinsip Islam bersama aspek sejarah ilmu
sains itu sendiri. Langkah keduanya adalah menyajikan kursus sains bersama falsafah
sains, langkah ketiga adalah Bahasa Melayu perlu dijadikan bahasa perantaraan untuk
membangunkan sains di Malaysia, manakala langkah ke empat memerlukan kepada
usaha pendidikan sains tulen yang perlu diajar bersama-sama ilmu lain agar manusia
yang menguasai sains tulen bukan hanya menggunakan sains untuk membangunkan
diri dan bidang disiplinnya sahaja malah mengeksploitasi alam semahunya, tetapi
mampu melihat kepada pembangunan tamadun dalam skop yang lebih luas untuk
kesejahteraan manusia dan alam keseluruhannya.

8.3.6 Memartabatkan Bahasa Melayu

Isu Melayu terutamanya dari sudut bahasa, menjadi suatu perkara yang penting untuk
diperjuang, dititikberat dan dipertahan oleh bangsanya sendiri. Bukannya terus
menerus memperjuangkan bahasa luar yang tidak pernah melambangkan identiti
bangsa sendiri. Ini bertujuan memastikan Tamadun Melayu terus terbela dan diiktiraf
sebagai antara tamadun yang terbaik dan kaya dengan sumber ilmunya. Bahasa
Melayu memainkan peranan penting kepada pembinaan tamadunnya dalam
mencorakkan pemikiran penduduknya.

Perkara ini telah dipertahankan oleh ilmuwan yang sedar akan kepentingannya
di Alam Melayu atau Melayonesia untuk terus dipertahankan dan dikaji walaupun
pemikiran kebanyakan penduduk Alam Melayu telah terjajah, sehingga ada dalam
kalangan mereka yang memperbesar-besarkan peranan Bahasa Inggeris yang menjadi
bahasa utama dalam Tamadun Barat melebihi peranan Bahasa Melayu yang lebih
besar pengaruhnya kepada Bangsa Melayu. Isu Melayu menjadi isu yang perlu
diambil berat oleh ilmuwan di kepulauan ini kerana kebudayaan Melayu adalah
termasuk dalam lingkungan kebudayaan Islam.
316

Tambahan pula, sejarah perkembangan dan kesusasteraan Melayu perlu


difahami dengan sebaiknya kerana perkara ini adalah antara proses pengislaman ilmu
di kepulauan Melayu dan Indonesia seperti yang telah dibahaskan oleh Al-Attas,
(1972) untuk menyedarkan rakyat Malaysia terutamanya Bangsa Melayu akan
kepentingan dan kelebihan yang ada pada sejarah bangsa dan Bahasa Melayu. Oleh
kerana Bahasa Melayu telah banyak dipengaruhi oleh alim ulama’ Islam, maka Al-
Attas menekankan bahawa Bahasa Melayu ini termasuk dalam agenda pengislaman
ilmu bagi Alam Melayu.

Dalam usaha untuk menjadikan pengislaman ilmu menjadi suatu agenda yang
terus diusahakan, maka Ungku Omar, Mohd Yusof, Shaharir dan Tajul Ariffin secara
konsisten telah memperjuang dan mempertahankan peranan Bahasa Melayu dengan
pendekatan yang tersendiri untuk membela bangsa dan bahasa dalam saluran
pendidikan di Malaysia melalui kajian, seminar, ucapan serta penulisan-penulisan
mereka. Justeru, Bahasa Melayu perlu dijadikan suatu agenda yang perlu diambil
berat, diperjuang dan dipertahankan di samping warisan ilmu yang telah ditinggalkan
sekian lama dalam Tamadun Melayu. Walaupun isu Bahasa Melayu merupakan isu
yang dipertahankan oleh mereka, namun dari sudut warisan ilmu yang terdapat di
Alam Melayu, ia hanya diusahakan oleh sebahagian kecil pengkaji seperti Shaharir
dan ahli-ahli ASASI lain melalui kajian etnosains, etnomatematik, dan
pemperibumian sains yang menjadi agenda utama pengislaman ilmu mereka.

Oleh kerana ilmu menjadi antara identiti bangsa yang hebat, maka usaha
mencari dan mengkaji ilmu-ilmu yang pernah terbangun dalam Tamadun Melayu
seharusnya mendapat perhatian, sokongan dan sambutan daripada ramai lagi ilmuwan
dan sarjana yang cuba untuk bersama-sama mereka menjejaki warisan ilmu yang
pernah wujud di Alam Melayu ini. Penemuan ilmu warisan Melayu ini boleh dilihat di
dalam “Etnobotani Tertua dalam Bahasa Melayu” (Shaharir 2015g), “Etnosains dan
Etnoteknologi dalam Bahasa Melayu Sebelum Penjajahan Eropah” (Shaharir 2015h),
“Sistem Nombor dan Angka dalam Bahasa Melayu Berdasarkan Kajian Etimologi dan
Penyukatan” (Shaharir & Abdul Razak 2015), “Unsur Matematik Malayonesia dalam
Bahasa Melayu Akhir Kurun Ke-18 Masihi Hingga Awal Kurun Ke-20 Masihi” (Mat
Rofa & Shaharir 2015), “Bintang Tujuh dan Bintang Dua Belas dalam Pengetahuan
317

Tabii Malayonesia” (Baharrudin 2015). Usaha ini sememangnya suatu usaha yang
sangat sukar untuk dilaksanakan, namun begitu, dengan usaha dan iltizam yang tinggi,
tidak mustahil ilmu-ilmu hasil tinggalan Tamadun Melayu mampu diperoleh dan
dihidupkan semula. Usaha Shaharir dan rakan-rakannya dalam mencari gali ilmu yang
pernah terbangun dalam Tamadun Melayu telah dibuktikan melalui kajian mereka
dengan penemuan pelbagai warisan ilmu daripada Tamadun Melayu.

Begitu juga dengan Tajul Ariffin, Mohd Yusof dan Ungku Umar, mereka juga
merupakan antara tokoh ilmuwan yang memperjuangkan penggunaan Bahasa Melayu
terutamanya dalam sistem pendidikan di Malaysia. Mereka konsisten menekankan
kepentingan ilmu diajar dalam Bahasa Melayu dalam kebanyakan penulisan dan
ceramah-ceramah mereka. Mereka menegaskan bahawa, berfikir tidak boleh
dipisahkan dengan bahasa yang dengannya pemikir dapat memahaminya dan berfikir
dengan jelas dan tepat. Bahasa merupakan alat perantara yang menjadi sumber kepada
kemajuan sesebuah bangsa (Mohd Yusof 2014, Shaharir 2015b, Tajul Ariffin 2000,
Ungku Omar 1958, 1960).

Usaha Ungku Omar untuk menukarkan penggunaan Bahasa Inggeris kepada


Bahasa Melayu dalam lapangan kesihatan dan pendidikan boleh dikatakan lebih awal
daripada ilmuwan lain, ini kerana usaha beliau menterjemahkan perkataan-perkataan
Inggeris kepada Bahasa Melayu untuk digunakan dalam lapangan kesihatan telah
bermula sejak 1950-an lagi melalui kertas kerja beliau seperti “Bahasa Melayu dalam
Lapangan Kesihatan, Perubatan dan Rumah Sakit” pada tahun 1958, dan “Usaha-
Usaha Mengumpulkan Istilah Perubatan Dalam Bahasa Kebangsaan” pada tahun
1960. Walaupun idea Ungku Omar masih di peringkat awal memperkasakan
penggunaan Bahasa Melayu, namun usaha dan asas yang telah beliau cadangkan
membuktikan bahawa beliau merupakan ilmuwan yang peka akan kepentingan bahasa
dan bangsanya.

Namun begitu, masyarakat terutamanya dalam kalangan ilmuwan dan sarjana


lebih mengiktiraf Al-Attas sebagai ilmuwan yang terlebih dahulu berusaha
memartabatkan Bahasa Melayu dengan pelbagai usaha yang telah beliau fikirkan
untuk memartabatkan Bahasa Melayu di dunia pendidikan negara jika dibandingkan
318

dengan sumbangan Ungku Omar yang semakin dilupakan, malah langsung tidak
diketahui oleh mereka, apatah lagi untuk dihargai sekurang-kurangnya melalui
penghargaan dalam bentuk penulisan. Sememangnya diakui, Al-Attas adalah orang
penting yang bertanggungjawab dalam usaha menjadikan Bahasa Melayu sebagai
bahasa pengantar di fakulti dan universiti di Malaysia, dan beliau terpaksa
menghadapi tentangan para pensyarah lain yang tidak bersetuju dengan cadangan
tersebut.

Pada tahun 1970, Al-Attas merupakan salah seorang pengasas utama UKM
yang berusaha menggantikan penggunaan Bahasa Inggeris bagi institusi-institusi
pengajian tinggi di Malaysia dengan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di
UKM (Wan Mohd Nor 2005). Begitu juga dengan Ungku Omar yang telah
memainkan peranannya dalam perancangan penubuhan UKM (Universiti Malaya
1999) yang ingin menjadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Pengantar, namun
namanya tidak diangkat hanya kerana penubuhan UKM terlaksana setelah beliau
meninggal dunia.

Dalam usaha untuk memperjuangkan penggunaan Bahasa Melayu dalam


sistem pendidikan di Malaysia, kebanyakan penulisan Mohd Yusof, Shaharir dan
Tajul Ariffin telah menjelaskan bagaimana Bahasa Melayu menjadi perkara yang
penting sebagai bahasa ilmu dan bahasa perantara dalam pendidikan rakyat Malaysia
khususnya, dan Indonesia umumnya untuk memberikan kefahaman yang jelas dan
sepatutnya kepada pelajar-pelajar di semua peringkat pendidikan terutamanya dalam
bidang sains yang menjadi bidang keutamaan mereka.

Mohd Yusof (2009a, 2014), Shaharir (2015c) dan Tajul Ariffin (1990)
menjelaskan bahawa bahasa bangsa dan masyarakat menjadi perkara penting yang
perlu dipertahankan bagi memastikan rakyat menerima ilmu dengan kefahaman yang
benar melalui bahasa yang mereka fahami dan bukannya samar-samar hanya kerana
menggunakan bahasa penjajah sebagai bahasa perantaraan untuk menyampai dan
menerima suatu ilmu. Peranan bahasa sendiri yang memberi kefahaman yang jelas
kepada penuntutnya dalam memahami sesuatu ilmu telah dijelaskan oleh Allah dalam
Kitab-Nya (Al-Quran Ibrahim 14:4) yang bermaksud;
319

Kami tidak mengutus seorang rasulpun, melainkan dengan bahasa


kaumnya supaya dia (rasul) dapat memberi penjelasan dengan terang
kepada mereka.

Oleh kerana kepentingan dan kesedaran memberikan kefahaman yang jelas


terhadap sesuatu ilmulah, maka kerajaan Islam Abbasiah membina Baitul Hikmah
sebagai perpustakaan atau pusat pendidikan yang turut menjalankan aktiviti
penterjemahan ilmu-ilmu yang mereka peroleh daripada tamadun luar. Seterusnya
mengolah dan membangunkan semula untuk diserasikan dengan pandangan Islam.

Usaha mewujudkan kesepaduan sains, agama dan bahasa, atau lebih mudah
jika diungkapkan dengan Sains Islam yang diterapkan dengan penggunaan bahasa
yang mampu difahami dengan baik oleh bangsa-bangsa tertentu seperti Bahasa
Melayu bagi Malaysia dan Bahasa Jepun bagi Negara Jepun akan berjaya
dilaksanakan sekiranya sesuatu bangsa itu bersungguh-sungguh membela dan
mempertahankan kepentingan bahasa dan budaya mereka, terutamanya dalam sistem
pendidikan mereka. Bahasa menjadi salah satu unsur yang membina serta memberi
nilai kepada sesuatu ilmu, malah melalui bahasalah terbentuk dan terbangunnya suatu
nilai. Mohd Yusof (2009a) telah membuat suatu pembahagian perkataan yang
digunakan dalam pertuturan dan persuratan untuk memberikan gambaran kepada
umum tentang kepentingan pendidikan sains dan teknologi yang melibatkan proses
berfikir yang kreatif perlu dilaksanakan dalam bahasa yang difahami dan dijiwai oleh
sesuatu bangsa.

Pembahagian yang melibatkan tiga bentuk ini membincangkan fungsi dan


peranan perkataan. Pembahagian pertama melibatkan perkataan yang menunjukkan
nama objek seperti manusia, rumah dan tempat. Perkataan-perkataan ini tidak
memerlukan kepada proses berfikir yang tinggi, hanya sekadar mengetahuinya melalui
bentuk, keadaan dan kedudukan dalam masa-masa tertentu. Manakala pembahagian
kedua melibatkan perkataan-perkataan yang menggambarkan suatu proses seperti
daya, tenaga, momentum, osmosis, fotosintesis dan lain-lain. Perkataan-perkataan ini
diterima oleh akal manusia melalui proses berfikir yang kreatif yang bukan hanya
stakat mengetahui, malah memahami sebab musababnya. Pembahagian kedua ini
memerlukan kepada bahasa yang difahami oleh penuntut ilmu untuk memberikan
320

kefahaman yang jelas kepada mereka. Kegagalan memahamkan sesuatu proses dengan
sewajarnya mendorong kepada terbantutnya proses membangun dan memajukan
pengetahuan sains dan teknologi.

Pembahagian perkataan yang ketiga pula melibatkan perkataan-perkataan yang


menjelaskan konsep, prinsip atau falsafah. Perkataan-perkataan ini terkandung unsur
nilai-nilai tertentu mengikut peradaban manusia bagi kawasan-kawasan dan masa-
masa tertentu. Pembahagian ketiga ini melibatkan perkataan seperti adil, ikhlas,
amanah, adab, amal, sabar dan sebagainya. Perkataan-perkataan ini berbeza fungsi dan
kesesuaiannya mengikut masa, fahaman budaya dan agama manusia yang
menggunakannya. Tiga pembahagian perkataan ini perlu dihubungjalinkan agar ilmu
sains yang difahami dengan jelas mengikut bahasa sendiri bukanlah sains yang bebas
nilai dan berfahaman sekular yang hanya mementingkan pembangunan serta
memisahkan sains dari peranan agama mereka.

Shaharir banyak memainkan peranannya sebagai penyelidik Tamadun Melayu


untuk menyerlahkan kehebatan dan kecemerlangan Bangsa Melayu melalui kajian
pemperibumian sains dan matematik atau etnosains dan etnometamatik. Kajian-kajian
sebegini bertujuan untuk terus mempertahan dan memperkukuhkan kedudukan
Melayu sebagai suatu bangsa yang hebat. Mengikut Shaharir (2010a), berhubung
Bahasa Melayu, atau dahulunya dikenali dengan Bahasa Kunlun, pernah melalui
zaman kegemilangannya sejak abad ke-5 M sehingga abad ke-18 M, terutamanya
dalam ilmu pengetahuan. Kewujudan catatan ilmu-ilmu yang ada diperoleh daripada
bukti-bukti dan penemuan-penemuan yang terdapat di Alam Melayu. Sarjana dari
negara-negara luar seperti China dan Eropah berusaha menguasai Bahasa dan
memahami Budaya Melayu untuk mereka mendapatkan ilmu-ilmu yang banyak yang
terdapat di sini.

Perkara ini dibuktikan melalui penemuan prasasti dan ribuan manuskrip


Melayu yang mencatatkan ilmu-ilmu penting bagi kehidupan manusia. Kemudiannya,
sumber-sumber ilmu yang diperoleh seterusnya diterjemahkan kepada Bahasa Melayu
yang digunapakai pada hari ini. Namun begitu, menurut Shaharir (2010a), mulai abad
ke-19 hingga kini sahaja, Bahasa Melayu tidak lagi menjadi bahasa yang dipandang
321

tinggi oleh penduduk dunia mahupun di Alam Melayu kerana sikap orang Melayu
sendiri yang kurang mempercayai kemampuan bahasa sendiri dan seterusnya
meninggalkan bahasa ini terutama dalam pendidikan sains dan matematik sehingga
mereka kurang berkarya dan mengembangkan ilmu dalam bahasa sendiri, malah
mereka mengagung-agungkan bahasa penjajah yang pernah mengsengsarakan
kehidupan datuk nenek mereka yang terdahulu.

Jika Bahasa Melayu yang telah dipengaruhi oleh nilai-nilai Islam tidak atau
kurang digunakan sebagai bahasa ilmu di negeri asal bahasa ini seperti Malaysia,
maka proses pengislaman ilmu menjadi suatu yang agak sukar untuk dijalankan. Ini
kerana penggunaan bahasa penjajah dalam pendidikan negara mendorong penuntutnya
melihat kepada negara penjajah yang serba moden tersebut terlebih dahulu dengan
tujuan asalnya hanya untuk mereka memahami dan mendalami bahasa penjajah, iaitu
Bahasa Inggeris sebagai usaha utama mereka untuk memahami ilmu yang mereka
ingin dalami kerana disampaikan dalam bahasa tersebut.

Perkara ini tentunya memberi pengaruh yang lebih awal kepada penuntut ilmu
berhubung kehidupan dan cara berfikir Barat yang sekular. Seterusnya mereka bakal
menguasai cara Barat yang tidak meletakkan agama sebagai suatu cara hidup. Bagi
Bangsa Melayu yang mempunyai jiwa yang kental, kuat pegangan agamanya serta
sentiasa menjaga jati diri bangsanya, pengaruh Budaya Barat ini mungkin dapat
dielakkan jika niat mereka hanya untuk menimba ilmu. Namun begitu, mampukah
Bangsa Melayu dalam kalangan anak muda yang masih menuntut ilmu dalam sistem
pendidikan yang kurang menitikberatkan aspek agama pada hari ini melawan
pengaruh-pengaruh Barat yang sekular dari terus menguasai mereka? Sedangkan
kebanyakan anak muda pada hari ini lebih gemar mencari kebahagiaan melalui
hiburan duniawi yang amat melalaikan, pengaruh daripada dunia Barat. Perkara ini
seterusnya mengundang kepada hilangnya jati diri suatu bangsa bahkan agama.

Bahasa mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan pemikiran dan bahasa
juga banyak dipengaruhi oleh budaya asal penuturnya. Pemahaman sesuatu perkara
termasuk permasalahan yang melibatkan sains, berbeza mengikut penyampaian
bahasa tertentu kepada bangsa pemilik bahasa tersebut kerana budaya dan persekitaran
322

yang berbeza antara suatu bangsa dengan bangsa yang lain. Oleh kerana bahasa bagi
suatu bangsa banyak dipengaruhi oleh budaya sekeliling, maka menurut Shaharir
(2010a) dalam usaha untuk menjadikan Bangsa Melayu mencapai suatu tahap yang
tinggi dalam penguasaan sains, mereka perlu menjadikan sains sebahagian daripada
budaya masyarakat Melayu. Bangsa Melayu perlu melalui pembudayaan ilmu agar
ilmu yang mereka peroleh, difahamai dengan sepenuhnya dan sebati dalam diri
mereka. Pembudayaan ilmu yang bertujuan untuk membentuk individu yang
memahami ilmu dengan sebenar-benarnya berkemungkinan besar hanya mampu
dipastikan sekiranya ilmu disampaikan menggunakan bahasa sendiri.

Tahap berilmu dengan kefahaman yang jelas dengan menggunakan bahasa


yang benar-benar sebati dalam jiwa penuntut ilmu adalah suatu tahap yang penting
untuk memastikan ilmu tersebut terus dihargai, dipraktik, dinilai dan seterusnya
dikembangkan ke arah yang lebih baik untuk pembangunan ilmu dan teknologi.
Shaharir (2015c) mempunyai keyakinan yang amat tinggi dalam perkembangan ilmu
yang positif dan kukuh di Malaysia sekiranya bahasa ibunda yang menjadi bahasa
pertuturan seharian digunakan dalam sistem pendidikan sains dan matematik kerana
bagi beliau, contoh kemajuan sains dan teknologi telah terserlah daripada bangsa-
bangsa yang membangunkan sains dan teknologi mereka dengan sistem pendidikan
yang menggunakan bahasa ibunda mereka sendiri dan bukannya seperti negara yang
mengagungkan bahasa asing yang kurang kreatif dalam mengendalikan ilmu.

Bangsa-bangsa yang menghayati serta mempertahankan kedudukan bahasa


mereka dalam pendidikan telah mendorong mereka untuk terus berkarya dan
seterusnya menyumbang sains dan matematik sehingga mereka berjaya mendapat
pengiktirafan dunia melalui hadiah Nobel dan anugerah-anugerah keilmuan lain.
Contoh paling mudah adalah rakyat Jepun yang kebanyakan mereka tidak pandai
berBahasa Inggerispun walaupun sudah bergelar doktor falsafah, namun mereka
adalah antara bangsa terunggul kerana memartabatkan bahasa dan budaya sendiri
sehinggakan pada tahun 2008 sahaja, penerima hadiah Nobel Fizik daripada Jepun
adalah seramai tiga orang daripada bidang fizik.
323

8.4 PERBEZAAN PEMIKIRAN EMPAT TOKOH SAINS DALAM WACANA


SAINS ISLAM DAN KESEPADUAN SAINS, AGAMA ISLAM DAN BAHASA

Usaha yang dilakukan oleh Shaharir, Mohd Yusof, Ungku Omar dan Tajul Ariffin
untuk memastikan terlaksananya agenda pengislaman ilmu dan kesepaduan sains,
agama dan bahasa mempunyai tujuan yang sama, iaitu untuk memastikan ilmu
dibentuk dalam acuan Islam dan masyarakat terutamanya Bangsa Melayu mendapat
pendidikan yang seimbang antara keperluan jasmani dan rohani. Tujuan ini bukanlah
untuk kepentingan diri sendiri, tetapi untuk kepentingan pembangunan anak bangsa
yang lengkap dengan ilmu Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah, di samping pembinaan
jati diri yang terbangun dengan akhlak Islamiah yang sempurna.

Walaupun tujuan dan matlamat tokoh-tokoh ini melaksana dan


mengembangkan agenda pengislaman sains serta menyepadukan sains, agama dan
bahasa adalah sama, namun dari segi perlaksanaan dan pemikiran mereka sudah tentu
ada yang berbeza. Perbezaan inilah yang menjadi nilai tambah kepada usaha
menyepadukan sains, agama dan bahasa, di samping menggalakkan lebih ramai
ilmuan dan sarjana untuk terus bersama-sama terlibat dalam agenda ini. Bukan sahaja
untuk membuat penilaian, mengkritik, bahkan daripada perbezaan inilah mendorong
kepada penambahbaikan-penambahbaikan yang boleh mencetuskan perkembangan
agenda pengislaman sains yang positif.

Perbezaan pemikiran empat tokoh sains dalam wacana Sains Islam dan
kesepaduan sains, agama dan bahasa dilihat daripada beberapa sudut seperti takrif dan
konsep yang mereka ketengahkan dalam menghuraikan sains dan pengislaman ilmu,
metodologi yang mereka gunakan untuk membentuk kesepaduan sains, agama dan
bahasa, dan usaha pengislaman sains atau kesepaduan sains, agama dan bahasa yang
telah mereka laksanakan terhadap bidang kepakaran mereka masing-masing.

8.4.1 Takrif dan Konsep: Sains dan Pengislaman Sains

Sains seperti yang telah dijelaskan Shaharir (2000), adalah diambil daripada perkataan
Inggeris, science. Perkataan ini pula diambil daripada Latin, scientia yang bermaksud
ilmu. Beliau juga turut menyenaraikan beberapa takrif yang mengikut beberapa sudut
324

cara penakrifan seperti takrif secara analisis, takrif secara fungsian dan takrif secara
operasi. Di antara takrif-takrif yang disenaraikan, takrif yang paling popular adalah
penakrifan secara operasi iaitu; “Sains berupa analisis fenomenon secara bersistem,
mantik, dan objektif dengan kaedah khusus yang diperantikan untuk mewujudkan
penumpukan pengetahuan yang boleh dipercayai” ( Shaharir 2000:25).

Namun begitu, takrif ini bukanlah takrif yang diterima oleh Shaharir sebagai
suatu takrif yang sah. Takrif ini bagi beliau merupakan takrif yang masih tidak boleh
diterima sepenuhnya serta tidak memenuhi keadaan sebenar kajian sains dan pengkaji
sendiri. Takrif yang sangat serasi dengan Sains Barat yang sekular ini dijelaskan oleh
Shaharir mengikut pemahaman sains sekular yang tidak melibatkan sistem nilai, maka
ia tidak memenuhi takrif yang menerangkan sains sesuai dengan konsep Sains Islam.
Shaharir (2000) menjelaskan bahawa istilah fenomenon daripada takrif tersebut adalah
merujuk kepada peristiwa yang terdemonstrasi secara objektif dan tidak melibatkan
perkara-perkara ghaib. Bagi golongan ahli sains konvensional yang percaya kepada
konsep sains yang tidak bertujuan untuk mengkaji fenomenon yang ada hubungan
dengan kuasa ghaib, mereka berpendapat bahawa kuasa ghaib itu hanya diiktiraf oleh
orang yang jahil sahaja.

Menurut Shaharir, sains yang difahami dengan cara sebegini adalah


bertentangan dengan sains mengikut perspektif Islam kerana sebarang fenomena yang
berlaku di alam ini adalah tanda-tanda kewujudan Allah yang Maha Esa yang bersifat
ghaib. Manakala konsep objektif yang diletakkan dalam takrif sains pada pandangan
ahli sains sekular, menetapkan kajian saintifik tidak boleh dipengaruhi oleh sistem
nilai yang ada pada pengkaji dan pengaruh kehidupan sekelilingnya. Namun begitu,
prinsip keobjektifan ini perlu dianggap sebagai suatu prinsip yang memperakui
bahawa sesuatu yang ketara hampir nyata fungsinya dianggap nyata pada masa dan
tempat berkenaan itu.

Konsep mantik yang dibahaskan oleh Shaharir adalah suatu konsep yang
berasaskan kepada akal dan rasional manusia. Mantik sebenarnya tidak mempunyai
hubungan dengan kebenaran. Konsep mantik yang diperkenalkan oleh Barat
berpaksikan kepada akal semata-mata, manakala konsep mantik yang menepati aturan
325

Islam pula membentuk rasionalis yang mengiktiraf kemampuan akal manusia yang
terbatas bersesuaian dengan manusia sebagai makhluk yang mempunyai keterbatasan
dalam berfikir terutamanya yang melibatkan perkara ghaib. Oleh kerana takrif sains
yang diutarakan ini lebih bersifat sekular maka, Shaharir (2000) mentakrifkan semula
sains dengan takrif yang meraikan ketidakneutralan sains sebagai:

Sains ialah kegiatan memahami sesuatu keadaan, tabii atau fenomenon benda
oleh seseorang sarjana mengikut pandangan alamnya sendiri atau pandangan
alam ikutannya yang membentuk paradigma atau pagar persekitaran
pemikirannya dengan menerapkan kaedah-kaedah sains yang sudah mapan
(aruhan dan deduksi) atau kaedah-kaedah sains yang kurang diketahui umum
tabiinya (intuisi, heuristik, hikmah dan sebagainya). Sains-sains yang terhasil
daripada kegiatan ini berbeza bergantung kepada pandangan alam itu.

Takrif sains ini menepati konsep atau kajian sains yang dibentuk berlandaskan
sistem nilai dan bukannya sains yang dibentuk dalam kerangka pemikiran Barat yang
dikatakan perlu bebas daripada nilai melalui konsep objektif, mantik atau rasional
yang bertuhankan akal manusia. Manakala kaedah untuk memperoleh ilmu bukanlah
terhad kepada proses uji kaji rasional dan objektif yang turut melibatkan kaedah
aruhan dan deduksi sahaja , tetapi kaedah-kaedah seperti kaedah intuisi dan heuristik
juga boleh diiktiraf menjadi antara kaedah yang diterima sebagai suatu kaedah sains.
Takrif ini bukan hanya menggunakan istilah fenomenon sebagai suatu peristiwa yang
mempunyai atribut yang terdemonstrasi secara objektif, tetapi juga istilah keadaan dan
tabii yang menggambarkan sesuatu yang fitrah. Fitrah yang paling utama dalam diri
manusia adalah fitrah yang menetapkan rasa bertuhan dalam hati setiap manusia
sebagai suatu tempat kebergantungan segala sesuatu (Shaharir 2000). Sains Islam
yang dibentuk melalui takrif sains yang bersifat agak umum ini perlu disesuaikan
dengan pandangan alam yang mengikut aturan Islam serta pengaruh budaya
sekelilingnya yang mentauhidkan Allah serta tidak mensyirikkan-Nya.

Berbeza dengan pemikiran Shaharir, Mohd Yusof (2009a:249, 2009b:281,


2009c:326, 2009d:483, 2009e:680) mentakrifkan sains tulen secara umumnya sebagai;
326

Ilmu sains yang berpaksikan pada bagaimana manusia mampu untuk mencerap
dan memerhati alam tabii yang berkelakuan mengikut fitrahnya. Hasil
pencerapan secara sistematik ini kemudiannya dihujahkan dan dianalisis secara
mantik dan objektif, dilakukan eksperimen dan perbandingan dengan andaian
teorinya. Pengetahuan ini terus dipupuk dan dikembangkan kemudiannya
untuk menambahkan khazanah keilmuan itu sendiri

Takrif ini adalah takrif yang dinyatakan oleh Mohd Yusof setelah beliau
mengemukakan takrif yang diutarakan oleh Shaharir( 2000:25) iaitu; “Sains berupa
analisis fenomenon secara bersistem, mantik, dan objektif dengan kaedah khusus yang
diperantikan untuk mewujudkan penumpukan pengetahuan yang boleh dipercayai”.

Takrif yang dikemukakan oleh Shaharir ini adalah suatu takrif yang boleh
diterima pakai dalam kebanyakan penulisan Mohd Yusof, walaupun sebenarnya
Shaharir sendiri mempersoal dan mempertikai kewajaran serta kebolehgunaannya
sebagai takrif yang sah dan tidak bertentangan dengan konsep Agama Islam yang
mentauhidkan Allah sebagai Pencipta bagi semua perkara dalam seluruh alam. Takrif
ini dirasakan wajar dan amat sesuai sekali digunakan dalam konteks penyelidikan
sains (Mohd Yusof 2009g).

Namun begitu, dalam kebanyakan penulisan beliau ini, ada juga di Bab 22 dan
47 dalam buku “Wacana Sejarah dan Falsafah Sains: Sains dan Masyarakat” yang
mencatatkan bahawa takrif yang diutarakan oleh Shaharir yang juga didokong oleh
kebanyakan sarjana Barat ini mempunyai banyak kelemahannya, malah tidak tepat,
namun tidak dihuraikan dengan jelas oleh Mohd Yusof kenapa takrif ini merupakan
takrif yang masih belum memenuhi takrif sains sebenar. Pandangan beliau berhubung
ketidaktepatan takrif ini adalah ekoran daripada perbincangan yang telah dibuat oleh
Shaharir sendiri terhadap takrif tersebut. Namun tetap juga digunakan oleh beliau
dalam kebanyakan penulisan beliau untuk menerangkan maksud sains.

Manakala menurut pemikiran Tajul Ariffin (1990:177), sains merupakan usaha


pencarian ilmu yang berasas kepada pengamatan, pemerhatian dan kemampuan akal
manusia dalam usaha untuk memahami fenomena-fenomena serta peraturan-peraturan
327

yang diwujudkan oleh Pencipta. Manakala pendidikan sains pula bertujuan untuk
membekalkan pelajar dengan pengetahuan, kemahiran serta nilai-nilai akhlak yang
akan dapat membantunya memahami peraturan dan perhubungan yang wujud dalam
alam. Dengan ini pendidikan sains dapat membentuk insan yang harmonis
perkembangannya dengan daya pemikiran, sikap dan amalan yang bertanggungjawab
sebagai pemakmur alam demi kesejahteraan manusia sejagat.

Daripada takrif-takrif sains yang telah dikemukakan oleh Shaharir, Mohd


Yusof dan Tajul Ariffin, disimpulkan bahawa takrif yang diutarakan oleh Tajul Ariffin
dan Mohd Yusof ini merupakan gambaran umum kepada sains, dan ia tidak
melibatkan pengaruh-pengaruh serta batasan-batasan yang perlu wujud dalam proses
mentaabir sains seperti yang telah ditakrifkan oleh Shaharir pada takrif sains yang
beliau persetujui. Takrif yang telah dinyatakan oleh Mohd Yusof adalah takrif
mempunyai maksud yang sama dengan takrif (Shaharir 2000:25) yang tidak
dipersetujui oleh Shaharir sebagai takrif yang menepati takrif sains yang sepatutnya.
Begitu juga dengan takrif umum yang telah dicatatkan oleh Tajul Ariffin (1990:177),
merupakan takrif ringkas kepada takrif Shaharir (2000:25) dan hanya ditambah takrif
tersebut dengan hasil ciptaan Allah untuk menunjukkan asal penciptaan sesuatu
perkara yang menjadi kajian sains.

Pengislaman ilmu melalui pendekatan Sains Insani menurut Mohd Yusof


(2009c) adalah;

Suatu usaha untuk membentuk sains yang tidak mengabaikan aspek


kerohanian, ketuhanan dan tanggungjawab manusia dengan Tuhanya. Proses
pengislaman sains ini memerlukan kepada proses mengembangkan sains
melalui kemampuan manusia berfikir secara rasional berdasarkan pengamatan
secara tabii alam dan dalam masa yang sama, menggunakan persepsi insan
sepenuhnya termasuk rohani, akal, qalbu dan juga emosi dalam memberikan
penilaian, pentafsiran dan pengertian kepada fenomena yang dicerap.

Proses pengislaman ilmu melalui pendekatan Sains Insani menurut


pendefinisian Mohd Yusof ini pertamanya menekankan kepada objek ilmu
328

pengetahuan iaitu ilmu itu sendiri. Manakala ilmu yang dimaksudkan pula lebih
menjurus kepada ilmu sains tabii dan seperti tidak melibatkan ilmu-ilmu selainnya
seperti sejarah, kemasyarakatan dan sebagainya. Pendefinisian ini dijuruskan kepada
pengislaman ilmu yang merujuk kepada sains tabii kerana bersesuaian dengan
kepakaran beliau yang berada di bidang sains tabii.

Walaupun pengislaman ilmu melalui pendekatan sains Insani pertamanya


menumpukan kepada ilmu sains, persiapan diri ilmuwan dari sudut rohani, akal, qalbu
dan juga emosi yang terlibat dalam mengislamkan ilmu diperlukan terlebih dahulu
sebelum mereka menumpukan kepada objek pengislaman ilmu, iaitu ilmu itu sendiri
dalam membuat penilaian, pentafsiran dan pengertian kepada fenomena yang dicerap.
Maksud ini juga jelas menunjukkan pengislaman pemikiran ilmuwan dan ilmu perlu
seiring bagi memastikan pengislaman ilmu berada pada landasan yang sewajarnya dan
menepati cita rasa Islam yang sebenar.

Manakala jika merujuk kepada maksud pengislaman ilmu melalui pendekatan


Sains Tauhidik pula, Mohd Yusof (2014) menyatakannya bahawa sains bukan hanya
berfungsi untuk menjelaskan fenomena alam tabii, tetapi ia juga menjelaskan kepada
kita makna yang terkandung dalam fenomena alam yang dikaji di samping hubungan
yang sedia terbentuk dengan Pencipta sehingga terbentuk ahli sains yang beretika dan
bertanggungjawab kepada Penciptanya. Justeru, Sains Tauhidik yang diajukan oleh
Mohd Yusof ini merupakan suatu pendekatan yang mementingkan konsep ketuhanan
dalam menjalankan segala aktiviti saintifik yang bermatlamat untuk memperoleh
redha Allah SWT.

Melalui pendekatan Sains Tauhidik, yang menjadi kesinambungan kepada


Sains Insani juga mengutamakan objek islamisasi ilmu iaitu, ilmu itu sendiri. Ilmu
yang menjadi keutamaan dalam pentafsiran ini juga seperti pengislaman ilmu melalui
pendekatan sains insani yang nampaknya lebih merujuk kepada sains tabii dan tidak
kepada cabang-cabang ilmu selainnya. Ilmu sains tabii yang ingin dibentuk adalah
ilmu yang diperjelaskan dengan wujudnya hubungkait dengan Penciptanya. Manakala
daripada aktiviti keilmuan yang mementingkan konsep ketuhanan yang bersifat tauhid
seterusnya membentuk ilmuwan sains yang mempunyai akhlak-akhlak yang mulia.
329

Melalui ungkapan penulisan Mohd Yusof berhubung Sains Tauhidik ini, etika yang
baik ataupun akhlak yang mulia hanya akan terhasil selepas aktiviti sains tersebut dan
tidak sebelumnya.

‘Pengislaman’ atau juga disebut ‘Islamisasi’ merupakan suatu proses untuk


mengislamkan. Mengikut Kamus Dewan (2005), Islamisasi dijelaskan sebagai suatu
usaha atau proses menjadikan patuh kepada atau sejajar atau sesuai dengan ajaran
Agama Islam. Ia juga merujuk kepada perihal mengislamkan Manakala menurut Al-
Faruqi (1988) pula, Islamisasi adalah suatu usaha mendefinisi atau mentafsir kembali,
menyusun ulang data, memikirkan kembali hujah dan rasionalisasi yang berkaitan
dengan data itu, menilai kembali kesimpulan dan tafsiran, merancang semula tujuan-
tujuan dan melakukan semua itu sedemikian rupa sehingga disiplin-disiplin ini
memperkaya wawasan Islam dan bermanfaat bagi mencapai cita-cita.

Pengislaman ilmu melalui pendekatan sains insani yang pernah dibincangkan


oleh Mohd Yusof (2009c) pula boleh diungkapkan sebagai suatu usaha untuk
membentuk sains yang tidak mengabaikan aspek kerohanian, ketuhanan dan
tanggungjawab manusia dengan Tuhanya. Proses pengislaman sains ini memerlukan
kepada proses mengembangkan sains melalui kemampuan manusia berfikir secara
rasional berdasarkan pengamatan secara tabii alam dan dalam masa yang sama,
menggunakan persepsi insan sepenuhnya termasuk rohani, akal, qalbu dan juga emosi
dalam memberikan penilaian, pentafsiran dan pengertian kepada fenomena yang
dicerap.

Manakala jika merujuk kepada maksud pengislaman ilmu melalui


perbincangan berhubung pendekatan Sains Tauhidik pula, bersesuaian dengan
perkataan ‘tauhidik’ yang merujuk kepada kata sifat (Mohd Yusof 2014), maka secara
terminologinya proses pengislaman ilmu melalui pendekatan ini bolehlah dikatakan
sebagai suatu usaha untuk membentuk ilmu pengetahuan sains yang mempunyai sifat-
sifat yang mencirikan tauhid atau dengan kata mudahnya membentuk ilmu sains yang
mempunyai sifat-sifat keEsaan Allah.
330

Menurut Mohd Yusof (2014) melalui penjelasan berhubung Sains Tauhidik


pula, maka pengislaman ilmu sains boleh dikatakan sebagai suatu proses membina
ilmu pengetahuan sains yang bukan sahaja mampu menjelaskan fenomena tabii alam
yang berada disekitar kita, malah sains yang dibina ini juga dapat menjelaskan kepada
kita makna yang terkandung dalam fenomena alam yang dikaji berserta hubungannya
dengan yang Maha Mencipta, dan perasaan diri insan untuk melahirkan ahli sains
yang beretika dan bertanggungjawab kepada Penciptanya. Sains Tauhidik merupakan
suatu pendekatan yang mementingkan konsep ketuhanan dalam menjalankan segala
aktiviti saintifik bersesuaian dengan matlamat terakhir mereka yang semata-mata
kerana Allah SWT.

Merujuk kepada huraian berhubung maksud pengislaman ilmu oleh Mohd


Yusof dan Al-Faruqi, pada awalnya bolehlah dikatakan bahawa pengislaman ilmu
yang merujuk kepada pemikiran Al-Faruqi lebih mengutamakan permasalahan ilmu
itu sendiri yang perlu melalui proses pengislaman tanpa perlu ‘mengislamkan’
pemikiran ilmuwan yang mendokong usaha ini terlebih dahulu. Namun begitu, bagi
pengkaji, ilmu yang diusahakan untuk mendefinisi atau mentafsir kembali, menyusun
ulang data, memikirkan kembali hujah dan rasionalisasi yang berkaitan dengan data
itu, menilai kembali kesimpulan dan tafsiran serta merancang semula tujuan-tujuan
perlu dilakukan hanya oleh ilmuwan yang telah ‘Islam’ pemikirannya bagi
memastikan setiap usaha yang mereka lakukan dalam pengislaman ilmu berada pada
landasan yang betul seperti yang telah digariskan oleh ajaran Islam. Usaha yang
digariskan oleh Al-Faruqi melalui maksud pengislaman ilmu ini tidak mungkin akan
menepati kehendak Islam yang sebenar seandainya ilmuwan yang terlibat dalam usaha
ini masih dibelenggu oleh pemikiran Sains Barat yang tidak mempedulikan pengaruh
agama dan Pencipta.

Adapun pengislaman ilmu yang dijelaskan oleh Mohd Yusof melalui


pendekatan Sains Insani berbeza dengan pengislaman ilmu Al-Faruqi yang lebih
mengutamakan ilmu. Melalui huraian maksud pengislaman ilmu melalui pendekatan
sains Insani sahaja sudah menjelaskan bahawa persiapan diri ilmuwan dari sudut
rohani, akal, qalbu dan juga emosi yang terlibat dalam mengislamkan ilmu diperlukan
terlebih dahulu sebelum mereka menumpukan kepada objek pengislaman ilmu, iaitu
331

ilmu itu sendiri dalam membuat penilaian, pentafsiran dan pengertian kepada
fenomena yang dicerap. Maksud ini juga jelas menunjukkan pengislaman pemikiran
ilmuwan dan ilmu perlu seiring bagi memastikan pengislaman ilmu berada pada
landasan yang sewajarnya dan menepati cita rasa Islam yang sebenar.

Manakala pengislaman ilmu Mohd Yusof melalui pendekatan Sains Tauhidik


yang menjadi kesinambungan kepada sains insani ini, perbincangan dari sudut
maksudnya sahaja berbeza dengan sains insani dari sudut keutamaan tumpuan
pengislamannya. Pengislaman ilmu melalui pendekatan Sains Tauhidik ini
mempunyai persamaan pula dengan maksud pengislaman ilmu Al-Faruqi yang lebih
mengutamakan objek islamisasi ilmu iaitu, ilmu itu sendiri jika hanya merujuk kepada
makna yang telah diutarakan oleh Mohd Yusof (2014) tanpa melibatkan perbincangan
keseluruhan yang turut merangkumi metodologi pengislaman ilmu yang
dibincangkannya.

Manakala bagi Tajul Ariffin, beliau telah mengenengahkan konsep pendidikan


bersepadu sebagai suatu pendekatan dalam agenda pengislaman ilmu. Pengertian
pendidikan bersepadu yang didokong oleh beliau adalah “Pendidikan yang
bersumberkan al-Quran dan Hadis di samping adanya integrasi disiplin-disiplin ilmu
akal ke arah membina komuniti ummah yang berteraskan aqidah” (Tajul Ariffin &
Abdul Raof 1986:10). Dalam menjelaskan konsep ini, beliau menyatakan bahawa
sepadu itu bererti kesepaduan antara ilmu akal yang berteraskan wahyu kerana akal
mempunyai batas-batas tertentu, maka ia perlu tunduk kepada wahyu. Sumber agung
dalam pendidikan sepadu yang berteraskan aqidah dan tauhid, bagi seluruh bidang
pengajian dan matapelajaran ialah Al-Quran dan Sunnah. Dengan konsep ini, hasilnya
diharapkan mampu untuk membentuk insan yang dapat berperanan sebagai khalifah
yang berjiwa hamba dan bertaqwa. Seterusnya menghasilkan komuniti ummah yang
dapat membina kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.

Merujuk kepada konsep pendidikan bersepadu ini, Shaharir telah


mengistilahkan konsep ini sebagai “Pendidikan Terkamir”. “Pendidikan Terkamir” ini
merupakan pendidikan yang membawa manusia lebih hampir kepada Penciptanya,
pendidikan yang mengamirkan atau mensepadukan hal-hal duniawi dengan ukhrawi,
332

sains kejasmanian dan kebendaan dengan sains wahyu. Sistem pendidikan bersepadu
atau terkamir ini didukung oleh para sarjana Islam yang menggerakkan agenda
pengislaman ilmu. Selain itu, pendidikan terkamir ini juga merupakan pendidikan
yang tidak memisahkan sains dengan sastera, sains dengan masyarakat, sains dengan
bahasa, dan sains dengan budaya (Shaharir 1986).

Pengislaman ilmu yang memenuhi konsep kesepaduan sains, agama dan


bahasa mengikut pemikiran Shaharir pula berbeza dengan pemikiran Mohd Yusof
yang membawa pendekatan sains Insani dan sains Tuhidik beliau. Shaharir
mengembangkan pengislaman ilmu beliau melalui bidang etnosains, etnomatematik
dan pemperibumian sains. Menurut Shaharir (2015b:15-16), pengislaman sains dan
matematik menurut pemikiran beliau yang memberi fokus kepada ilmu-ilmu Alam
Melayu adalah:

Pengislaman sains dan matematik adalah pendekatan, pengkritikan,


pengubahsuaian, penginovasian, dan pembinaan baharu ilmu kontemporer
ciptaan semua bangsa termasuklah ciptaan manusia Malayonesiaa dengan
mememasukkan ilmu itu dalam acuan bersistem nilai orang Malayonesia yang
berteraskan Islam. Apabila berbincang tentang ilmu dalam Bahasa Melayu,
istilah Bahasa Melayu perlu dipersetujui dan tidak mengikut persempadanan
negara bangsa sekarang.

Daripada proses pengislaman ilmu menurut Shaharir ini, maka terhasillah


Sains Malayonesia-Islam yang ditakrifkan sebagai sains yang diolah semula,
ditafsirkan, disesuaikan dan dibangunkan oleh mereka yang berpandangan alam
Malayonesia yang tidak bercanggah dengan nilai-nilai Islam. Proses membina sains
berasaskan pandangan alam Malayonesia-Islam inilah yang boleh diistilahkan sebagai
pemperibumian sains di Malayonesia dan berupa realisasi pengislaman sains di
Malayonesia (Shaharir 2015d). Menurut Shaharir lagi, isu utama dalam pembinaan
sains Malayonesia-Islam ialah pembinaan budaya dan tradisi baharu sains dalam
Bahasa Melayu. Hal ini merupakan unsur yang mesti dan paling asas dalam segala
usaha pemperibumian ilmu atau pengislaman ilmu.
333

Daripada takrif pengislaman ilmu menurut pemikiran Shaharir ini, jelas


menunjukkan ia memenuhi konsep kesepaduan sains, agama dan Bahasa Melayu.
Manakala pengislaman ilmu melalui pendekatan Sains Insani dan Sains Tauhidik
menurut pemikiran Mohd Yusof, konsep bahasa yang tidak terkandung dalam
pendefinisian tersebut menunjukkan bahawa pengislaman ilmu yang diperjuangkan
oleh Mohd Yusof kurang menepati konsep kesepaduan sains, agama dan Bahasa
Melayu, namun hanya melibatkan kesepaduan antara sains dan agama sahaja, serta
tidak dipengaruhi oleh faktor budaya dan bangsa. Istilah “Tauhidik” yang digunakan
merupakan istilah Inggeris yang ditulis dalam ejaan Melayu, sedangkan istilah ini
boleh sahaja diMelayukan menjadi “ketauhidan”. Sedangkan, dalam perbincangan
yang lain pula, Mohd Yusof adalah antara pejuang yang mempertahankan penggunaan
Bahasa Melayu dalam sistem pendidikan negara.

Begitu juga dengan dua takrif yang dikemukakan oleh Tajul Ariffin dan
Shaharir masing-masingnya dengan pendidikan bersepadu dan pendidikan terkamir.
Takrif pendidikan bersepadu oleh Tajul Ariffin dilihat sempurna kerana prosesnya
perlu melibatkan rujukan daripada Al-Quran dan Sunnah, namun di sana tidak
dinyatakan peranan bahasa dan budaya yang mampu memberi kesan kepada
pendidikan yang dilaksanakan di Malaysia. Manakala takrif yang dikemukakan
Shaharir pula tidak diselitkan dengan jelas rujukan ilmu dan pendidikan yang perlu
menggunakan Al-Quran dan Sunnah, namun konsep kesepaduan ilmu wahyu dalam
takrif tersebut sudah cukup untuk menggambarkan penggunaan Al-Quran dan Sunnah
sebagai rujukan. Tidak cukup dengan itu, beliau menambah lagi konsep kesepaduan
ini dengan sains dengan sastera, sains dengan masyarakat, sains dengan bahasa, dan
sains dengan budaya. Di sini jelas menunjukkan konsep kesepaduan sains, agama dan
bahasa dipenuhi dan dinyatakan dengan jelas oleh takrif “Pendidikan Terkamir” oleh
Shaharir jika dibandingkan dengan takrif “Pendidikan Sepadu”yang dikemukakan
Tajul Ariffin.

Takrif sains dan pengislaman ilmu melalui pendekatan-pendekatan tertentu


menurut pemikiran Ungku Omar tidak dapat dikemukakan di sini kerana sumber-
sumber penulisan beliau tiada yang menyatakan takrif sains dan pengislam ilmu
mengikut pemikiran beliau. Namun begitu usaha-usaha ke arah membentuk
334

kesepaduan sains, agama dan bahasa yang menepati agenda pengislaman ilmu telah
dibuktikan oleh beliau melalui penulisan-penulisan beliau yang mencadangkan agar
ilmu-ilmu atau kursus-kursus yang bersifat fardhu kifayah perlu diterapkan bersama
dalam institusi pengajian tinggi yang hanya dilengkapi dengan kursus-kursus Agama
Islam sahaja (Ungku Omar 1967c). Manakala penekanan beliau terhadap penggunaan
Bahasa Melayu dalam pendidikan juga dititikberatkan bersama kesepaduan ilmu
agama dan ilmu akal. Perkara ini telah dibincangkan beliau apabila berlakunya
masalah anak bangsanya yang terpinggir dari terus mendapatkan hak pendidikan ke
peringkat yang lebih tinggi kerana dasar-dasar pendidikan pada waktu itu yang hanya
mementingkan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar pendidikan sehingga beliau
mencadangkan agar Malaysia mewujudkan satu universiti baru yang menjadikan
Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar universiti tersebut (Ungku Omar 1968b).

8.4.2 Metodologi: Langkah Kesepaduan Sains, Agama Islam dan Bahasa

Shaharir, Mohd Yusof, Tajul Ariffin dan Ungku Omar mempunyai langkah-langkah
yang tersendiri dalam membentuk kesepaduan sains dan agama melalui agenda
pengislaman ilmu dengan pendekatan masing-masing. Shaharir telah mengemukakan
langkah yang perlu dilalui dalam membentuk Sains Islam seperti yang telah beliau
gambarkan pada Rajah 8.2. Beliau juga pernah mengemukakan langkah-langkah ke
arah pengislaman pendekatan ilmu sains yang harus dimulakan oleh institusi
pengajian tinggi. Langkah-langkah tersebut dimulakan dengan peranan fakulti yang
perlu mewujudkan muzakarah bulanan untuk mempelajari dan memahami konsep
pengislaman pendekatan terhadap ilmu. Usaha yang gigih perlu dilakukan oleh
pemimpin akademik untuk menarik minat tenaga pengajar di bidang sains untuk
sama-sama melaksanakan projek pengislaman pendekatan terhadap ilmu. Apabila
ahli-ahli yang melaksanakan pendekatan tersebut mencukupi, maka kurikulum baru
hendaklah dibina mengikut tatacara model pembinaan kurikulum yang diperakui oleh
ahli-ahli pendidik. Manakala, ahli akademik perlu melaksanakan pendekatan Islam
menerusi kursus yang dikendalikannya. Jabatan pula perlu menjadikan pendekatan
Islam sebagai projek penyelidikan rasmi. Seterusnya, peringkat tertinggi universiti
harus menunjukkan kesungguhan mereka merealisasikan gagasan ini bagi memastikan
ia benar-benar terlaksana.
335

Manakala Tajul Ariffin pula membincangkan langkah-langkah pengislaman


ilmu atau kesepaduan sains, agama dan bahasa ini melalui pendekatan pendidikan
bersepadu. Langkah ini dinamakan beliau sebagai “Strategi empat tahap bersepadu”.
Tahap pertama atau tahap asas ialah pendidikan yang membina komuniti yang terdiri
daripada individu yang perlu menghayati dan mengamalkan ajaran agama, akhlak,
etika, dan nilai-nilai estetika. Matlamatnya adalah untuk membentuk insan yang baik.
Manakala pada tahap kedua pula adalah membina budaya hidup yang baik yang perlu
dibina seiring dengan pembinaan aqidah. Strategi pada tahap ketiga adalah
menerapkan pendidikan yang menghasilkan individu yang cinta dan
bertanggungjawab kepada negara dan bangsanya. Manakala strategi terakhir adalah
merealisasikan budaya berdaya maju (Tajul Ariffin & Nor Aini 2002)

Dalam perlaksanaan pendidikan bersepadu mengikut pemikiran Tajul Ariffin


(1990), beliau menitik beratkan aspek falsafah, aspek matlamat, aspek kurikulum,
aspek pengkaedahan dan aspek penilaian. Dalam aspek falsafah, beliau menyatakan
bahawa ilmu hendaklah dilihat daripada semua sudut. Bukan hanya daripada Barat,
tetapi juga daripada pemikiran bangsa-bangsa Timur dan Islam perlulah juga
diterapkan. Dengan ini barulah konsep ilmu lebih adil dan menyeluruh, terutamanya
apabila unsur-unsur dualisme dan sekularisme dihapuskan. Manakala pada aspek
matlamat, pendidikan Malaysia haruslah mempunyai matlamat yang seimbang dalam
kecemerlangan berfikir, kecekapan psikomotor dan kemahiran bekerja di samping
pembinaan akhlak yang mulia. Pada aspek kurikulum pula, ia perlu dibentuk agar
membentuk konsep hubungan tiga hala antara Pencipta, manusia dan alam dengan
berpandukan kepada Al-Quran. Tentang aspek pengkaedahan di dalam pendidikan
pula adalah pendekatan yang harus digunakan ialah kaedah mengajar dan aliran
pemikiran yang pelbagai. Manakala aspek terakhir adalah aspek penilaian yang
menilai semula program akademik, gaya pentadbiran dan aliran di dalam program ko-
kurikulum agar tidak bercanggah dengan falsafah keilmuan Islam.

Seterusnya langkah kesepaduan sains, agama dan bahasa mengikut pemikiran


Ungku Omar pula adalah seperti yang telah beliau laksanakan dalam Kolej Islam yang
diterajui oleh beliau. Langkah yang beliau laksanakan adalah menerapkan kurikulum
pengajian Islam dengan kursus-kursus sains, ekonomi, perdagangan dan sebagainya,
336

di samping penggunaan Bahasa Melayu yang mampu difahami dengan jelas oleh
Bangsa Melayu yang kebanyakannya pada waktu itu mendapat pendidikan dalam
aliran Melayu dan dalam kalangan masyarakat luar bandar. Pelajar-pelajar di aliran
Melayu dan agama ini mendapat pembelaan daripada Ungku Omar apabila mereka
seumpama disisihkan dan dinafikan daripada mendapatkan hak pendidikan hanya
kerana penggunaan Bahasa Inggeris yang tidak dikuasai oleh mereka. Ungku Omar
cuba menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa utama yang digunakan dalam Kolej
Islam yang beliau terajui, di samping cadangan-cadangan lain untuk menubuhkan
sebuah universiti yang menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantarnya. Cita-
cita beliau terlaksana apabila tertubuhnya UKM yang mendaulatkan Bahasa Melayu
sebagai bahasa pengantarnya walaupun pada waktu penubuhannya, Ungku Omar telah
meninggal dunia.

Daripada takrif “Ilmu sains yang berpaksikan pada bagaimana manusia


mampu untuk mencerap dan memerhati alam tabii yang berkelakuan mengikut
fitrahnya. Hasil pencerapan secara sistematik ini kemudiannya dihujahkan dan
dianalisis secara mantik dan objektif, dilakukan eksperimen dan perbandingan dengan
andaian teorinya. Pengetahuan ini terus dipupuk dan dikembangkan kemudiannya
untuk menambahkan khazanah keilmuan itu sendiri” (Mohd Yusof 2009a:249,
2009b:281, 2009c:326, 2009d:483, 2009e:680), Mohd Yusof (2014) membuat
kesimpulan awal terhadap konsep yang diperlukan untuk membangunkan pengetahuan
sains.

Kesimpulan awal ini adalah lanjutan daripada takrif yang telah diutarakan oleh
Shaharir mengikut pentafsiran Sains Barat, yang menjelaskan bahawa, dalam usaha
untuk membangunkan sains, perlunya kemampuan untuk mencerap fenomena tabii
alam secara sistematik, mantik dan objektif dengan kaedah khusus yang diperantikan
atau dibuat sedemikian sehingga dapat menumpukkan atau menambah pengetahuan
tentang fenomena yang dicerap, dengan menggunakan kaedah-kaedah tertentu yang
membolehkan orang ramai mempercayai kajian atau hujah yang diberikan terhadap
fenomena yang dikaji.
337

Setelah beliau menjelaskan kesimpulan awal terhadap usaha membangunkan


pengetahuan sains, beliau menegaskan bahawa budaya dan agama tidak memberi
pengaruh atau terlibat dalam proses untuk memahami tabii alam. Beliau
mengungkapkan perkara ini melalui tulisan beliau (Mohd Yusof 2014:38) iaitu;
“Beginilah caranya bagaimana seorang ahli sains membangunkan pengetahuan
mereka untuk memahami ciri atau tabii alam. Budaya dan agama tidak dilibatkan
dalam proses untuk memahami tabii alam, malah ia perlu dikesampingkan’.

Pandangan Mohd Yusof berhubung perkara ini yang melibatkan pemahaman


pengetahuan sains yang boleh dilakukan tanpa melibatkan budaya dan agama adalah
menjadi suatu yang agak dangkal kepada sains yang ingin dibentuk yang menepati
ciri-ciri yang telah digariskan oleh Allah melalui Al-Quran. Bagi pengkaji, sains yang
dibentuk dan difahami perlu melibatkan peranan agama dan budaya kerana ia
bertindak sebagai penapis kepada penjelasan kepada kajian sains yang dikaji atau
dibuktikan kebenarannya.

Mohd Yusof juga menegaskan bahawa, tidak menjadi kesalahan seandainya


kajian saintifik yang dilakukan untuk memahami tabii alam tidak melibatkan agama
dan kemasyarakatan. Namun begitu, agama mestilah dijadikan landasan utama bagi
umat Islam dalam melakukan segala pekerjaan lebih-lebih lagi melibatkan ilmu
pengetahuan yang bakal disebarkan kepada masyarakat. Perkara ini dijelaskan oleh
beliau (Mohd Yusof 2014:60) seperti berikut:

Pendekatan untuk memahami tabii alam secara saintifik yang terpisah dengan
hal-hal yang berhubung dengan agama dan kemasyarakatan, yang bersifat
sekular (terpisah daripada agama) sebenarnya tidak salah, malah Islam amat
menggalakkan umatnya memahami suatu fenomena alam, kerana Allah SWT
tidak mungkin menjadikan sesuatu hanya secara kebetulan, tetapi sebaliknya
Allah SWT meminta kita mengambil iktibar tentang kejadian fenomena alam
ini. Kalau tidak masakan Allah berfirman (Al-Quran, Al-Nahl 16:43)yang
bermaksud:
338

“ ... maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan,


jika kamu tidak mengetahui.”

Perbincangan keterpisahan antara kajian membangunkan sains dan agama serta


kemasyarakatan dilihat dari sudut ilmu sains fizik yang menjadi bidang keutamaan
Mohd Yusof. Contohnya boleh dilihat dalam pembuatan kapal terbang, ilmu yang
diperlukan untuk membina kapal terbang difahami tanpa melibatkan peranan agama
dan kemasyarakatan, namun bagi pengkaji, di sana masih terdapat peranan agama dan
kemasyarakatan yang perlu dilibatkan dalam memahami dan seterusnya menghasilkan
kapal terbang contohnya perlunya kepada konsep halal haram, penyediaan ruang solat,
tandas dan tempat wuduk. Begitu juga dengan unsur ketahanan bahan binaannya
untuk keselamatan serta kepentingannya kepada masyarakat, bukan hanya
berorientasikan keuntungan semata-mata.

Konsep halal haram ini lebih jelas lagi terutamanya dalam kajian di bidang
sains kimia yang menghasilkan sesuatu bahan hasil ujikaji kimia. Unsur-unsur halal
dan haram perlu diterapkan dalam kajian mereka untuk memastikan masyarakat
terutamanya masyarakat Islam menggunakan produk hasil teknologi ujikaji kimia
yang menepati hukum syarak tanpa ragu-ragu. Perkara ini menunjukkan bahawa,
segala tindakan ahli sains dalam menghasilkan ilmu sains perlulah melibatkan peranan
agama dan kepentingan masyarakat bagi menjamin keharmonian hidup sebagai umat
Islam yang meletakkan Agama Islam di tempat yang tertinggi dah selayaknya. Jika
dirujuk kepada pandangan Mohd Yusof dalam perkara yang dibincangkan ini sahaja,
seperti tidak bertepatan dengan konsep sains yang ingin dibentuk mengikut kerangka
Islam. Namun begitu, Mohd Yusof mengharmonikan perbincangan ini dalam
kupasan-kupasan yang lain seperti menerapkan konsep-konsep Islam dalam ilmu
sains.

Walaupun Mohd Yusof menerima kaedah atau pendekatan sains sekular yang
tidak disandarkan kepada agama dan budaya sebagai suatu kaedah yang boleh
diterima pakai dan tidak menjadi suatu kesalahan kepada ilmuwan untuk
membangunkan sains, namun Shaharir (2000) menegaskan bahawa kaedah sains tidak
339

boleh dianggap sebagai suatu cara yang semestinya membawa kepada suatu penemuan
sains, tambahan pula jika ada yang berpandangan bahawa kaedah sains sebagai
kaedah yang semestinya membawa kepada penemuan sains, maka orang-orang ini
bolehlah dianggap sebagai orang-orang yang mewarisi pendapat ahli fikir Inggeris
awal kurun ke-9, John Stuart Mills (1806-1873) dan pendapat ahli statistik dan ahli
fikir Jerman awal kurun ke-20 Karl Pearson (1857-1936). Sedangkan dalam zaman
yang sama, ada ilmuwan Barat yang berpendapat bahawa penemuan sains yang
didapati ahli sains bukanlah diperoleh melalui kaedah sains yang melibatkan analisis
fenomenon secara bersistem, objektif dan mantik dengan kaedah khusus yang
diperantikan semata-mata, tetapi ada yang menemui suatu ilmu atau benda hanyalah
melalui ramalan sendiri yang tidak melibatkan sebarang proses atau kaedah sains yang
diperakui dan dipercayai.

Dalam usaha membangunkan agenda pengislaman ilmu, Mohd Yusof, Tajul


Ariffin dan Shaharir telah menjadikan Al-Faruqi sebagai contoh kerana menjadikan
tauhid sebagai prinsip asas dalam langkah pengislaman ilmu mengikut pendekatan
masing-masing. Mohd Yusof (2014) mengembangkan prinsip ini melalui pendekatan
Sains Tauhidik, begitu juga dengan Shaharir melalui Rajah 8.2 dan Tajul Ariffin
melalui Rajah 8.1 dengan konsep pengislaman ilmu yang dibangunkan melibatkan
lima entiti utama iaitu Tuhan, manusia, alam, al-Quran dan as-Sunnah. Kelima-lima
entiti ini merupakan asas kepada pembinaan Sains Tauhidik, Sains Islam menurut
Shaharir dan pendidikan sepadu menurut Tajul Ariffin.

Daripada entiti-entiti ini jugalah yang membentuk hubungan antara alam,


Pencipta dan manusia, manakala al-Quran dan as-Sunnah sebagai panduan kepada
manusia untuk mengurus alam dan mengenal Penciptanya. Hubungkait entiti ini juga
membentuk tiga hubungan yang utama iaitu, pertama hubungan antara Tuhan dan
alam, kedua, hubungan antara Tuhan dan manusia dan ketiganya hubungan antara
manusia dengan alam, berbeza dengan sains konvensional yang hanya melibatkan dua
entiti utama iaitu alam dan manusia yang seterusnya hanya membentuk satu hubungan
antara alam dan manusia sahaja. Hubungan-hubungan ini perlu difahami dan
diperjelaskan mengikut cita rasa Islam yang menjadikan al-Quran dan As-Sunnah
sebagai rujukan utama (Mohd Yusof 2013, 2014).
340

Langkah-langkah pengislaman ilmu menurut pemikiran Mohd Yusof dan Tajul


Ariffin tidaklah mempunyai perbezaan yang ketara dengan pemikiran Al-Faruqi. Al-
Faruqi (1982) mengembangkan prinsip utama tauhid yang menjadi tunjang utama
dalam agenda pengislaman ilmu kepada lima jenis prinsip kesatuan yang utama dalam
metodologi Islam iaitu, kesatuan Allah, kesatuan penciptaan, kesatuan kebenaran dan
kesatuan ilmu, kesatuan kehidupan, dan kesatuan kemanusiaan. Prinsip kesatuan
kepada Allah iaitu prinsip pertama yang sendirinya menjelaskan konsep tauhid dan
prinsip ini jugalah prinsip yang utama dalam agama kerana perkara utama dalam kita
beragama adalah mengenal Allah.

Penjelasan kepada prinsip kesatuan Allah juga menerangkan konsep yang


sama seperti penjelasan entiti Allah mengikut pemikiran mereka. Manakala prinsip
kesatuan penciptaan adalah menumpukan kepada makhluk Allah yang diciptakan iaitu
alam. Prinsip penciptaan ini menjelaskan hubungan sebab akibat dalam setiap
penciptaan Allah untuk mewujudkan suatu keseimbangan antara manusia, hidupan
serta alam seluruhnya. Kesatuan ini juga menjelaskan perkara yang sama seperti yang
telah dibincangkan oleh Mohd Yusof (2014) berhubung entiti alam dan entiti manusia
yang merupakan makhluk atau penciptaan Allah. Kesatuan yang ketiga adalah
kesatuan kebenaran dan kesatuan ilmu, menurut Al-Faruqi (1982) kesatuan ilmu
adalah lebih menjurus kepada persoalan epistemologi, manakala kesatuan kebenaran
membincangkan ilmu yang benar yang diperoleh daripada ilmu wahyu terus daripada
Allah. Kesatuan kebenaran dan kesatuan ilmu yang membincangkan ilmu yang benar,
lahir daripada ilmu wahyu mengikut pemikiran Mohd Yusof dalam perbincangan
entiti al-Quran dan As-Sunnah.

Kesatuan seterusnya adalah kesatuan kehidupan yang menghendaki manusia


hidup dalam keadaan harmoni dengan melaksanakan segala perintah Allah melalui
wahyu-Nya dan meninggalkan segala perkara yang menjadi tegahan agama. Prinsip
kesatuan kehidupan ini juga mempunyai persamaan dengan perbincangan entiti alam
menurut pemikiran Shaharir, Tajul Ariffin dan Mohd Yusof. Manakala prinsip
kesatuan kemanusiaan dijelaskan Al-Faruqi (1982), semua manusia yang terdiri
daripada pelbagai kaum, berbeza warna kulit, bahasa dan rupa adalah sama pada
pandangan Tuhan namun yang membezakan antara mereka ialah ketaqwaan kepada
341

Penciptanya. Prinsip entiti manusia mengikut pemikiran Mohd Yusof lebih terarah
kepada sains tulen. Maka prinsip-prinsip asas kerangka kerja metodologi yang
dibincangkan mengikut pemikiran Mohd Yusof, Shaharir, Tajul Ariffin dan Al-Faruqi
turut mempunyai persamaan dalam skop perbincangan, dan yang membezakannya
adalah dari sudut terminologi dengan ungkapan entiti oleh Mohd Yusof dan kesatuan
oleh Al-Faruqi. Juga berbeza dari sudut aplikasi yang lebih menjurus kepada sains
tulen bagi Shaharir, Ungku Omar, Mohd Yusof serta Tajul Ariffin, dan sains sosial
bagi Al-Faruqi.

Menurut Wan Mohd Nor (2005), Al-Attas menjelaskan bahawa pengislaman


ilmu masa kini perlu melibatkan dua proses yang saling berhubungan. Proses pertama
adalah pemisahan unsur dan kefahaman asas yang membentuk kebudayaan dan
peradaban Barat daripada setiap cabang ilmu pengetahuan masa kini khususnya ilmu-
ilmu sains sosial dan kemanusiaan, ilmu sains tabii dan ilmu sains gunaan. Manakala
proses yang kedua pula adalah memasukkan unsur-unsur Islam dan kefahaman asas ke
dalam setiap cabang ilmu pengetahuan masa kini yang relevan. Konsep dasar yang
perlu diterapkan dalam semua jenis ilmu adalah konsep agama, konsep manusia,
konsep ilmu, konsep hikmah, konsep keadilan, konsep amal yang benar dan konsep
universiti.

Merujuk kepada proses pertama islamisasi ilmu pengetahuan menurut


pemikiran Al-Attas, unsur-unsur dan kefahaman yang dibentuk mengikut gaya
kebudayaan dan peradaban Barat yang sekular perlulah dipisahkan agar ilmu
pengetahuan yang dipelajari oleh umat Islam bebas daripada pengaruh yang mampu
menggugat iman mereka. Menurut Al-Attas daripada kajiannya mendapati bahawa,
walaupun ilmu pengetahuan yang benar itu terdapat pada pemikiran Barat yang lebih
difahami dan digembar-gemburkan sebagai ilmu pengetahuan dan kebenaran itu
sebenarnya adalah pendapat, keinginan yang subjektif, dan kesimpulan yang menolak
kebenaran, yang menurut perspektif al-Quran sebenarnya adalah berlawanan daripada
ilmu pengetahuan dan kebenaran itu sendiri (Wan Mohd Nor 2005).

Proses pertama pengislaman ilmu pengetahuan yang telah diutarakan oleh Al-
Attas ini berbeza dengan pandangan yang telah diutarakan oleh Mohd Yusof (2014)
342

kerana bagi beliau, pendekatan untuk memahami tabii alam secara saintifik yang
terpisah daripada hal-hal yang berhubung dengan agama dan kemasyarakatan, yang
bersifat sekular bukanlah menjadi suatu kesalahan. Beliau menjelaskan perkara ini
dengan mengatakan bahawa Islam amat menggalakkan umatnya memahami suatu
fenomena alam, dan Allah tidak mungkin menjadikan sesuatu secara kebetulan, tetapi
sebaliknya Allah meminta hambanya agar mengambil iktibar dalam setiap
penciptaannya di alam ini.

Manakala merujuk kepada proses kedua pengislaman ilmu pengetahuan


mengikut pemikiran Al-Attas pula, iaitu konsep dasar yang perlu diterapkan dalam
semua jenis ilmu adalah konsep agama, konsep manusia, konsep ilmu, konsep
hikmah, konsep keadilan, konsep amal yang benar dan konsep universiti. Konsep-
konsep ini dijelaskan sebagai bahagian integral daripada pandangan alam metafizika
Islam yang diambil daripada-Nya seperti yang difahami dan dialami oleh para ahli sufi
tingkat tinggi yang secara peribadi dicontohkan oleh Al-Attas dan secara sepadu
dijelaskannya dalam satu siri risalah (Wan Mohd Nor 2005).

Konsep-konsep yang perlu dimasukkan dalam ilmu pengetahuan terutamanya


sains tabii sebagai suatu etika mengikut pemikiran Mohd Yusof (2009a, 2009b, 2010,
2013, 2014) pula sebagai suatu proses pengislaman ilmu adalah melibatkan konsep
Agama, konsep Tuhan, konsep Khalifah, konsep Insan, konsep Ilmu, konsep Alam,
konsep Kebijaksanaan, konsep Adil dan konsep Kebenaran. Walaupun konsep-konsep
ini telah diutarakan oleh Mohd Yusof dan tidak mempunyai perbezaan yang ketara
dengan konsep pengislaman ilmu oleh Al-Attas, namun konsep-konsep yang
diutarakan oleh beliau ini tidak dijelaskan secara terperinci bagaimana skop
perbincangan yang lebih khusus yang sebenarnya ingin disampaikan oleh Mohd
Yusof, dan perkara ini telah diakui oleh beliau sendiri dalam kebanyakan penulisan
beliau apabila menyebut tentang konsep-konsep yang beliau utarakan ini.

8.4.3 Kesepaduan Sains, Agama dan Bahasa dalam Bidang Kepakaran Asal Tokoh

Agenda pengislaman ilmu dan gagasan kesepaduan sains, agama dan bahasa
merupakan suatu cita-cita yang telah diperjuang oleh empat tokoh dalam kajian ini
dengan pemikiran mereka yang tersendiri bagi memperluas dan memperbanyakkan
343

idea membangunkannya dan seterusnya direalisasikan. Seperti yang telah dinyatakan


sebelum ini, Shaharir telah bergerak ke hadapan apabila beliau melaksanakan
pengislaman ilmu dalam bidang pengkhususan beliau iaitu pengislaman sains
matematik sejak daripada 1980-an lagi, dan bukan lagi memperjuangkannya di
peringkat sains yang umum lagi. Begitu juga dengan Tajul Ariffin yang telah
melaksanakan konsep kesepaduan sains, agama dan bahasa yang diperjuangkan dalam
bidang pengkhususan beliau iaitu sains Biologi, walaupun usaha yang dilakukan oleh
Tajul Ariffin tidaklah sedalam dan sekritis Shaharir, sekurang-kurangnya beliau telah
memberi penekanan kepada bidang pengkhususan beliau untuk melalui proses
kesepaduan sains, agama dan bahasa.

Namun begitu, perbincangan dan pendekatan yang digunakan oleh Mohd


Yusof dalam mengembangkan agenda pengislaman ilmu masih diperingkat sains yang
umum, dan tidak mengkhusus kepada kepakaran beliau di bidang fizik. Dalam
kebanyakan penulisan beliau, pengkaji tidak menjumpai penulisan sains fizik yang
cuba beliau ketengahkan atau bincangkan yang telah melalui proses pengislaman sains
fizik. Begitu juga dengan Ungku Omar yang tidak dijumpai penulisan-penulisan
beliau ke arah mengislamkan bidang sains perubatan, melainkan hanya usaha untuk
menyepadukannya dengan Bahasa Melayu di samping turut mementingkan
pendidikan Agama Islam.

Setelah disemak penulisan-penulisan empat tokoh yang dibincangkan dalam


kajian ini, Shaharir dan Tajul Ariffin menunjukkan cara yang jelas yang tidak
dilakukan oleh ilmuwan lain dalam menunjukkan cara pengajaran yang perlu
diterapkan atau dilaksanakan dengan konsep kesepaduan sains, agama dan bahasa
dalam sistem pendidikan melalui proses pembelajaran dan pengajaran yang
melibatkan guru dan pelajar. Tajul Ariffin (1990) dan Shaharir (1986) ada
mencatatkan contoh perjalanan pengajaran yang perlu dilakukan oleh seorang guru
dalam menerapkan konsep pendidikan bersepadu dalam pengajaran matematik seperti
yang masing-masingnya terdapat pada Lampiran A dan Lampiran B untuk dijadikan
panduan kepada mereka yang ingin melaksanakan pengajaran berkonsepkan
kesepaduan sains, agama dan bahasa.
344

Contoh bagi cara mengajar yang menerapkan konsep bersepadu telah


dicadangkan oleh Shaharir (1986). Contoh cadangan tersebut adalah untuk
mengendalikan pengajaran matapelajaran atau kursus matematik yang menjadi
pengkhususan kepakaran beliau. Manakala Tajul Ariffin pula mengutarakan contoh
pengajaran yang melibatkan subjek sains biologi yang didorong oleh keahlian beliau
dalam bidang ini. Oleh itu, ilmuwan yang mempunyai kepakaran dalam bidang-bidang
lain seperti Mohd Yusof dalam bidang fizik dan Ungku Omar dalam bidang
perubatan, dan ilmuwan lain yang mempunyai kepakaran masing-masing perlu
mendalami ilmu yang lebih dalam bidang Agama Islam bersama nilai-nilainya, di
samping pengetahuan falsafah dan sejarah yang benar tentang bidang mereka untuk
mereka merancang pelan pengajaran, mengusahakan agenda pengislaman bagi
bidang-bidang mereka dan seterusnya membentuk buku-buku teks sebagai rujukan
utama dalam bidang mereka untuk digunapakai dalam sistem pendidikan negara.

8.4.4 Model kesepaduan sains agama dan bahasa

Sebagai suatu usaha untuk menjadikan proses pengislaman ilmu berjalan dan
terlaksana, Mohd Yusof (2013, 2014) mengetengahkan kerangka Sains Tauhidik yang
menunjukkan hubungan dan kesepaduan antara entiti Tuhan, manusia, alam, al-Quran
dan al-Sunnah yang menjadi teras kepada aktiviti Sains Tauhidik yang beliau
popularkan seperti pada Rajah 8.1. Namun begitu, rajah ini telah terlebih dahulu
digunakan oleh Tajul Ariffin (1990) untuk menerangkan hubungan yang perlu wujud
dalam konsep pendidikan sepadu sebelum ia diketengahkan oleh Mohd Yusof yang
hanyalah pada 2010-an, setelah kajian konsep Sains Tauhidik diusahakan oleh beliau
dan rakan-rakannya yang diketuai oleh Khalijah Mohd Salleh di UKM.

Interaksi yang wujud antara entiti yang terlibat dalam Sains Tauhidik ini
melahirkan kegiatan Sains Tauhidik yang berpaksikan kepada konsep tauhid, dengan
Tuhan sebagai entiti yang paling utama mengawal serta menentukan segala fenomena
alam. Sesuai dengan penjenamaan ‘Sains Tauhidik’ yang digunakan, maka perkara
yang paling utama dalam membentuk sains adalah sains yang mengutamakan
kewujudan dan keesaan Allah sebagai Pencipta.
345

Kewujudan Allah ini bukan diterima seperti pembinaan ilmu sains yang
bermula dari konsep andaian terlebih dahulu, tetapi konsep kewujudan Allah ini
adalah perkara yang paling utama diterima, diyakini berserta kepercayaan yang teguh
dan jitu dalam diri setiap umat Islam. Bagi memastikan mereka adalah Muslim yang
sebenar. Manusia pula bertindak sebagai khalifah Allah yang melaksanakan segala
urusan kehidupan bersama manusia sesama mereka, serta alam seluruhnya bagi
membentuk kehidupan yang lebih tersusun, bertanggungjawab, adil dan saksama.
Manakala konsep alam pula dijelaskan sebagai suatu penciptaan Allah yang telah
ditetapkan segala tabiinya, sehingga manusia mampu memahami dan meramalkan
kebanyakan perkara yang berlaku dan seterusnya membentuk suatu ilmu untuk
kegunaan manusia.

Namun begitu, tabii alam yang dikatakan hampir tetap ini berlaku hanya
dengan izin Penciptanya. Sesuai dengan konsep makhluk yang tidak akan pernah
kekal, maka begitu jugalah konsep alam yang tidak mutlak dan boleh berubah.
Walaupun bersalahan dengan kefahaman dan logik akal manusia, segala perkara yang
berlaku pastinya akan tetap berlaku sekiranya diizin Allah, manakala manusia pula
perlu beriman dengan kekuasaan dan kebijaksanaan Penciptanya.

Berbeza dengan pemikiran Mohd Yusof, Shaharir lebih menekankan kerangka


atau model yang melibatkan proses membentuk Sains Islam yang selari dengan
kehendak agama. Proses Sains Islam mengikut pemikiran Shaharir ini juga secara
langsung melibatkan entiti Tuhan, entiti manusia sebagai pengkaji, pemikir dan
pengguna, entiti alam sebagai bahan kajian, manakala entiti al-Quran dan al-Sunnah
sebagai bahan rujukan, sumber utama ilmu pengetahuan serta tapisan kepada
penjelasan serta penerimaan hujah sains. Proses yang diperlukan untuk membentuk
Sains Islam dibincangkan dengan jelas oleh Shaharir (2000) seperti pada Rajah 8.2
untuk memberikan panduan yang diperlukan kepada ilmuwan yang ingin
melaksanakan pengislaman bidang-bidang sains.
346

Allah

Manusia

Manusia Alam

Rajah 8.1 Hubungan yang terbentuk dalam pembentukan Pendidikan Sepadu mengikut Tajul
Ariffin dan kerangka Sains Tauhidik mengikut Mohd Yusof

Sumber:Tajul Ariffin (1990:200) dan Mohd Yusof (2013, 2014)

Dalam Rajah 8.2, alam nyata yang dicatatkan dalam proses Sains Islam
menurut Shaharir (2000:31), adalah segala tingkah laku atau telatah dan fenomenon
yang dapat dikesan oleh pancaindera atau dicerap atau dibayang oleh akal fikiran
seseorang yang berupa manifestasi alam ghaib. Mengikut fahaman Islam, alam ghaib
ini difahami menggunakan akal fikiran yang berpandukan ilmu wahyu. Manakala
fahaman sekular pula hanya memerlukan akal fikiran seseorang sahaja untuk
memahami alam nyata. Semua aliran proses pengkajian yang terlibat dalam proses
Sains Islam seperti peniskalaan dan formulasi yang membawa kepada proses
pentafsiran, peramalan dan perasionalan ini akan sentiasa terikat dan patuh dengan
ketetapan ilmu wahyu. Kawalan ilmu wahyu inilah yang memberi nilai kepada ilmu
Sains Islam dan seterusnya membezakannya daripada ilmu yang berkembang tanpa
ada sebarang pedoman dan sekatan yang boleh membawa kepada kemusnahan jiwa,
sikap, negara, serta bangsa mereka.
347

ALAM GHAIB

Tauhid

Sains &
teknologi, Sistem nilai yang
penenang berasaskan al-Quran
jiwa dan & al-Hadith (ilmu
keimanan wahyu)

Alam nyata formulasi


peniskalaan
Lulus

gagal
Kaedah
sains
(*)

sorotan ujian

pentafsiran
Sains aqli Keputusan
yang belum asas
teruji

Penunjuk:

(*); Kaedah sains ini lebih luas daripada kaedah sains sekular (Shaharir 2000)

Rajah 8.2 Proses Sains Islam menurut pemikiran Shaharir

Sumber:Shaharir (1991, 2000:31),


348

8.5 MODUL PERLAKSANAAN KESEPADUAN SAINS, AGAMA ISLAM DAN


BAHASA DALAM SISTEM PENDIDIKAN DI MALAYSIA, DI SEMUA
PERINGKAT

Di Malaysia, matapelajaran sains yang ditawarkan di semua peringkat pengajian


masih tidak disepadukan dengan konsep agama. Matapelajaran sains diajarkan secara
terpisah dengan matapelajaran Agama Islam. Menurut Shaharir (2010b), sains dan
matematik di semua peringkat umpamanya, mengandungi judul-judul yang langsung
tidak dihubungkan dengan perkara-perkara yang bersangkutan dengan ilmu-ilmu
Agama Islam. Menurut Shaharir lagi, sistem pendidikan yang mengasingkan
komponen Agama Islam daripada matapelajaran sains dan matematik yang sebegini
hanya layak dinamai sistem pendidikan Islam-sekular selari, dan masih jauh daripada
konsep kesepaduan sains, agama dan bahasa yang ingin dibentuk dalam satu
matapelajaran sains, matematik dan cabang-cabangnya.

Bahkan menurut Shaharir (2010b), konsep kesepaduan sains, agama dan


bahasa yang cuba diterapkan dalam sistem pendidikan Malaysia melalui KBSM yang
terkenal dengan slogan “pendidikan sepadu” oleh Tajul Ariffin, “pendidikan terkamir”
oleh Shaharir, dan “penerapan nilai murni” yang telah dianggap sebagai sejenis
pendidikan Islam, tidak mencapai matlamatnya. Ini kerana, buku-buku teks yang
disediakan bagi peringkat pendidikan menengah ini tidak pernah berubah
pendekatannya8. Matapelajaran sains dan agama terus menjadi dua cabang ilmu yang
berbeza dan dipisahkan tanpa ada usaha untuk menyepadukannya sehingga berjaya.

Oleh kerana kepincangan yang masih wujud dalam sistem pendidikan hari ini
yang masih mengamalkan dualisme, maka sebuah model seperti pada Rajah 8.3,
dipertimbangkan untuk dilaksana dalam sistem pendidikan negara. Ini bertujuan untuk
menghapuskan pendekatan ilmu yang diolah mengikut kepompong pemikiran Barat
yang merosakkan jati diri bangsa yang beragama. Ilmu Agama Islam, iaitu ilmu
Fardhu Ain dan ilmu Fardhu Kifayah perlu menjadi teras dalam pendidikan di
Malaysia untuk diterapkan dalam diri pelajar dan pendidik bagi mempersiapkan diri
individu dengan sumber-sumber yang mengutuhkan kerohanian dan akhlak yang

8
Temubual bersama Shaharir pada 10 September, jam 10.15 pagi, melalui talian telefon di
Kajang, Selangor.
349

mulia. Ilmu-ilmu ini perlu terlebih dahulu atau seiringan di laksanakan dengan
pendidikan sains yang telah melalui proses pengislaman dalam sistem pendidikan.

Di bahagian ilmu-ilmu sains dan matematik, sebelum proses pengislaman ini


dilaksanakan, sarjana dan ilmuwan sains perlu terlebih dahulu mendalami cabang-
cabang utama ilmu Agama Islam yang dipecahkan kepada beberapa pengkhususan
agar mereka sebati dengan konsep Islam yang sebenar. Setelah konsep Islam
mempengaruhi pemikiran sarjana-sarjana, ini memberikan galakan kepada mereka
untuk terus merujuk kepada hukum-hukum atau undang-undang Islam melalui alim
ulama sedia ada yang diiktiraf ilmu mereka, kitab utama perundangan Islam iaitu Al-
Quran, Hadis, dan kupasan-kupasan yang terperinci oleh ulama-ulama terdahulu
seperti Al-Ghazali melalui kitab-kitabnya. Rujukan ini perlu dilakukan untuk
memastikan usaha kesepaduan sains, agama dan bahasa dibentuk melalui kefahaman
yang cukup jelas sehingga menggalak dan merealisasikan pembentukan Sains Islam.

Setelah ilmu agama sebati dalam diri sehingga sarjana mampu


menghubungkannya dengan prinsip-prinsip keagamaan, maka dengan sendirinya
agama akan memandu mereka dalam melakukan segala perkara. Oleh itu, wujudlah
suatu hubungan yang dibentuk melalui tiga entiti iaitu Allah sebagai Pencipta,
manusia dan juga alam berlandaskan kepada kitab Al-Quran dan Hadis. Ilmu-ilmu
sains yang sedia ada dikaji dan diolah semula mengikut cita rasa agama. Di sinilah
bermulanya suatu perhubungan yang saling bergantung antara pakar-pakar sains
dengan pakar-pakar agama.

Justeru, jika usaha ini berterusan, maka selepas ini bakal lahirlah pakar-pakar
agama dalam kalangan pakar sains seperti ilmuwan Sains Islam di zaman
kegemilangan Tamadun Islam seperti Ibnu Sina. Seterusnya proses pengislaman sains
dijalankan mengikut proses pengislaman Islam seperti pada Rajah 8.3 untuk
mendapatkan Sains Islam yang terbaik yang dirangka, untuk digunapakai dalam
pendidikan negara menggantikan pendidikan sains sedia ada. Rajah 8.3, iaitu rajah
dengan dua dimensi ini merupakan gabungan pemikiran antara empat tokoh yang
dikaji dalam kajian ini. Dalam dimensi pertama yang mempunyai dua lingkaran, ilmu
agama menjadi terasnya dan sains di lingkaran selepasnya. Manakala dalam dimensi
350

kedua adalah dalam lingkaran sains yang menunjukkan proses yang perlu
dilaksanakan untuk membentuk Sains Islam bersama penerapan dalam sistem
pendidikan formal di Malaysia agar ia terlaksana dengan jayanya.

Dalam Rajah 8.3, terdapat suatu kitar yang melibatkan tiga entiti yang saling
berhubungan iaitu Allah, alam dan manusia merupakan suatu hubungan yang dibentuk
melalui pembentukan Sains Islam, kitar ini adalah daripada idea Tajul Ariffin (1990)
dan Mohd Yusof (2014) yang membincangkan agenda masing-masing dalam usaha
untuk membentuk kesepaduan sains dan agama seperti pada Rajah 8.1. Manakala
proses Sains Islam 9 yang perlu melalui beberapa langkah yang dimuatkan dalam
Rajah 8.3 ini pula merupakan idea daripada Shaharir (1986, 2000) untuk membentuk
Sains Islam yang tidak lagi terkesan oleh pengaruh Barat yang sekular.

Merujuk kepada Rajah 8.1 yang diketengahkan oleh Tajul Ariffin dan Mohd
Yusof, alam yang menjadi salah satu entiti yang membentuk hubungan dengan entiti
Tuhan dan manusia adalah merujuk kepada dunia, bumi, segala yang ada di langit dan
di bumi seperti bintang-bintang, tenaga, daya, keadaan bumi, iklim, penduduk,
geografi dan lain-lain (Kamus Dewan 2005). Ringkasnya, bolehlah dikatakan bahawa
alam adalah perkara atau unsur yang wujud yang bukan terhasil daripada ciptaan
manusia, tapi terus daripada Allah. Ilmu atau sains terbentuk sebagai tujuan untuk
memahami alam, namun begitu dalam kalangan umat Islam kini, terutamanya
masyarakat Melayu, sains tidak terlalu mendapat tempat di hati mereka. Sains hanya
dilihat sebagai ilmu semata-mata dan kurangnya usaha dari kalangan intelektual
Melayu yang cuba menunjukkan sains sebagai suatu ilmu berguna untuk mewujudkan
kemudahan kepada kehidupan mereka daripada ciptaan-ciptaan yang diistilahkan
sebagai ‘benda’.

9
Proses Sains Islam seperti pada Rajah 8.2
MEMBENTUK INDIVIDU YANG SENTIASA
MENGHUBUNGKAN TIGA ENTITI DALAM AKTIVITI
SAINS

PERLAKSANAAN
SEPENUHNYA ILMU-ILMU SAINS PROSES PENGISLAMAN
SAINS

ILMU TERAS
(AGAMA ISLAM)-TAUHID, SYARIAH, FEQAH

PENYEDIAAN BUKU TEKS


(DALAM BAHASA MELAYU)
MEMPERSIAPKAN
GURU DAN PARA
PENDIDIK DENGAN
STRATEGI
PEMBELAJARAN
DAN PENGAJARAN
DALAM BAHASA
MELAYU

Rajah 8.3 Model Asas Pembentukan Sains Islam dalam membentuk Kesepaduan Sains, Agama dan Bahasa dalam Pendidikan di Semua Peringkat Mengikut Tahap

351
352

Tambahan pula, ilmuwan Melayu terutamanya tokoh-tokoh dalam kajian ini,


mementingkan hubungan antara alam dan manusia, manakala diwujudkan pula
hubungan dengan Pencipta sebagai suatu inisiatif ke arah pembentukan dan
pembangunan kerohanian yang harmoni. Sehingga di sana wujud suatu kelompangan
yang cukup besar apabila mereka tidak berusaha untuk mewujudkan suatu hubungan
yang lain, hasil daripada kepandaian sains yang mereka terima. Dewasa ini,
sememangnya ‘benda-benda’ yang terhasil daripada sains telah banyak wujud. Namun
begitu, ciptaan-ciptaan itu dilakukan oleh masyarakat bukan Islam yang lebih peka
kepada keperluan kehidupan manusia, walaupun tujuan ciptaan mereka untuk
mengejar keuntungan dan kemewahan. Sedangkan masyarakat Islam, terutamanya
masyarakat Melayu terus menjadi pengguna kepada ‘benda-benda’ ciptaan orang
bukan Islam. Benda yang memudahkan kehidupan ini tidak diterapkan sebagai suatu
tanggungjawab dan jihad sains untuk mereka sendiri hasilkan. Penciptaan benda yang
memudahkan kerja serta menjimatkan masa manusia ini tidak dilihat penting dari
sudut menghasilkannya, tetapi hanya penting dari sudut memiliki dan
menggunakannya sahaja. Maka tanggungjawab ini diserahkan sepenuhnya kepada
yang lain, namun yang mengambil peluang dan menyedari kepentingan penghasilan
benda-benda yang memudahkan ini hanyalah dalam kalangan pemikir sains bukan
Islam. Manakala umat Islam, termasuk ilmuwan mereka, terutamanya yang berbangsa
Melayu, mereka hanya perlu tunggu, lihat dan guna sahaja.

Hasil inovasi sains atau benda diwujudkan bagi memudahkan kehidupan


manusia, di samping mengurangkan penggunaan masa dan tempat. Benda-benda yang
terdiri daripada kenderaan, mesin, jam, pakaian serta banyak lagi, merupakan hasil
ciptaan sains yang terbentuk daripada sikap ilmuwan dan pakar-pakar sains yang
mementingkan hubungan antara manusia dan ciptaan kemudahan untuk mereka, atau
seperti yang diungkapkan oleh Abdul Latif (2017) sebagai hubungan manusia dengan
benda. Justeru itu, hubungan untuk membentuk suatu kehidupan berilmu yang
harmoni dan mengikut prinsip-prinsip Islam tidak seharusnya hanya melibatkan entiti
Pencipta, alam dan manusia sahaja, tetapi di sana harus juga mementingkan entiti
benda agar keseimbangan yang terbentuk lebih membentuk kehidupan masyarakat
Islam yang membangun dan hebat di samping pengamalan nilai-nilai agama yang
353

tinggi. Hubungan yang terbentuk daripada entiti pencipta, alam, manusia dan benda
ini digambarkan seperti pada Rajah 8.4.

Umat Islam terlepas pandang kepentingan hubungan yang juga perlu


diwujudkan antara manusia dan benda, bukan hanya hubungan antara Pencipta dan
alam, Pencipta dan manusia serta alam dan manusia. Oleh kerana konsep agama yang
wujud dalam hubungan antara Pencipta, alam, manusia dan benda, maka nilai-nilai
murni dan adab-adab yang berteraskan Islam diterapkan dalam membangunkan
hubungan yang terbentuk. Hubungan alam dan benda yang di ambil berat dalam
pendidikan sains di samping penerapan Agama Islam menghasilkan umat Islam yang
peka akan keperluan dan kemudahan masyarakat yang seagama dengan mereka,
beradab dalam mengurus dan menghasilkan kemudahan, serta mengambil
tanggungjawab mencipta kemudahan sebagai suatu jihad sains dan sedekah daripada
mereka.

Contoh yang paling mudah, Islam telah membahagikan najis kepada tiga jenis
iaitu, najis mukhaffafah 49 , najis mutawassitah 50 dan najis mughalladzoh 51 , maka
daripada konsep mensucikan najis mengikut cara Islam ini, sebagai tujuan untuk
memudahkan dan meyakinkan umat Islam, terutamanya kaum ibu yang sering kali
berhadapan dengan masalah najis dan penyakit was-was, maka seharusnya ada dalam
kalangan ilmuan Islam yang mencipta suatu alat atau benda yang mampu membersih
dan mensucikan najis-najis sehingga selesai, mengikut pilihan najis yang ditetapkan
untuk memudahkan manusia dan seterusnya menghilangkan rasa was-was seseorang
akan kesucian sesuatu tempat bagi mengerjakan ibadah.

Contoh lain yang memudahkan umat Islam, yang perlu dihasilkan oleh umat
Islam adalah alat-alat yang mampu mengesan halal haram suatu makanan atau produk
kegunaan manusia dalam masa yang amat singkat dan mampu milik. Mencipta alat
49
Najis Mukhaffafah adalah najis ringan yang dibersihkan dengan memercikkan air ke
bahagian yang terkena najis. Najis jenis ini adalah air kencing bayi lelaki yang masih menyusu ibu
ketika usianya masih belum mencecah dua tahun.
50
Najis Mutawassitah adalah najis pertengahan yang disucikan dengan membasuh tempat
yang terkeno kotoran dengan air mutlak sehingga hilang bau, rasa dan warna.
51
Najis Mugholladzoh adalah najis berat. Tempat yang terkena najis ini disucikan dengan
membasuh dengan tujuh kali basuhan, dan satu daripadanya adalah air tanah sehingga hilang bau,
warna dan rasa.
354

untuk melupuskan sampah sarap dan sebagainya. Penciptaan kemudahan ini


merupakan suatu sedekah dan jihad sains yang disumbang kepada umat dan Agama
Islam. Jihad sains ini merupakan sumbangan yang cukup besar ahli-ahli sains kepada
umat Islam untuk menguruskan kehidupan. Segala kebaikan yang dilakukan oleh umat
Islam merupakan suatu sedekah, bukannya untuk mengejar kekayaan dunia hasil
daripada ciptaan-ciptaan tersebut. Menurut Ali Akbar (2012), daripada Hadis riwayat
Bukhari, Rasulullah telah bersabda yang bermaksud, “Setiap kebaikan adalah
sedekah”. Ini jelas menunjukkan segala kemudahan yang dihasilkan oleh umat Islam
akan mendapat ganjaran kebaikan sedekah atas segala usaha mereka di sisi Tuhan.

Jika penciptaan kemudahan ini dianggap dan ditanam sebagai jihad sains
dalam diri ahli-ahli sains, maka menjadi suatu tanggungjawab kepada mereka untuk
memastikan penciptaan kemudahan ini tercapai dalam pelbagai urusan kehidupan
bagi menjimatkan tenaga, memudahkan kerja serta menjimatkan masa umat Islam.
Menurut Talib Samad (1987), pengertian jihad menurut Islam adalah segala daya
usaha muslim, sehingga mereka sanggup mengorbankan nyawa dan harta untuk
menghapuskaan kemungkaran di atas muka bumi. Jihad bukanlah bukanlah sekadar
bermaksud memerangi orang kafir, malah ia meliputi maksud yang cukup luas. Jihad
meliputi semua kegiatan yang menyeluruh yang melibatkan usaha yang menyeluruh
kepada perkara-perkara kebaikan serta mencegah kemungkaran untuk mentaati Allah.
Oleh itu, ahli-ahli sains perlu mengambil konsep jihad ini untuk melakukan kebaikan
dengan menyediakan alat-alat atau benda-benda yang memudahkan urusan kehidupan
melalui sumbangan hasil pemikiran yang diperoleh melalui ilmu-ilmu sains.
Penciptaan benda atau alat-alat kemudahan inilah yang menjadi jihad kepada ahli-ahli
sains menggunakan ilmu dan akal fikiran. Inilah yang dinamakan jihad sains kepada
ahli-ahli sains untuk mengejar keuntungan dan ganjaran keredhaan dan darjat yang
tinggi di sisi Allah.

Justeru, sistem pendidikan negara harus mementingkan hubungan antara


Pencipta, alam, manusia dan benda, bukan hanya hubungan antara Pencipta, alam dan
manusia sahaja. Sistem pendidikan yang mementingkan hubungan dengan benda ini
akan menggalakkan pelajar untuk berfikir secara kreatif, kritis dan terus mencari idea
355

baru mencipta kemudahan kepada manusia. Konsep penciptaan kemudahan ini selari
dengan ayat Allah (Al-Quran, Al-Qasas 28:77) yang bermaksud:

Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu


(kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan
bahagianmu dari (kenikmaten) duniawi dan berbuat baiklah (kepada
orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu, dan
janganlah kamu berbuat kerosakan di (muka) bumi. Sesungguhnya
Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerosakan.

Di samping itu, pelajar yang dibentuk dalam suasana sebegini, akan


mempunyai keyakinan diri yang tinggi serta keluar dengan misi dan visi yang jelas
untuk meneruskan kehidupan yang sebenar dengan segala aturan dan batasan agama
yang telah sebati dalam diri.

Pencipta

Manusia Alam
Manusia

Benda

Rajah 8.4 Hubungan yang terbentuk daripada entiti Pencipta, manusia, alam dan benda

Setelah menyentuh kesepaduan sains dan agama, maka seterusnya di sini


adalah kesepaduan yang melibatkan bahasa pula. Proses-proses yang melibatkan ilmu
sains yang perlu dilaksanakan dan disampaikan dalam Bahasa Melayu merupakan idea
utama daripada Ungku Omar yang banyak berjuang untuk melebarluaskan
penggunaan bahasa ini dalam sistem pendidikan sains di Malaysia. Agenda
memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa pendidikan juga merupakan agenda
yang turut sama diusahakan oleh Shaharir, Mohd Yusof dan Tajul Ariffin. Gabungan
356

pemikiran tokoh-tokoh inilah, maka perancangan untuk memastikan penyepaduan


sains, Agama Islam dan Bahasa Melayu terlaksana bersama sokongan dan usaha yang
melibatkan ramai pihak, terutamanya pakar-pakar sains, pakar-pakar agama, pakar-
pakar bahasa, dan kepimpinan negara.

Sains yang terhasil setelah melalui proses pengislaman, perlu diakui dan
disepakati bersama oleh pakar-pakar Sains Islam dan pakar-pakar Agama Islam untuk
menggantikan sains sedia ada. Seterusnya diterapkan dalam pendidikan di semua
peringkat mengikut tahap-tahapnya. Seterusnya penyelidikan atau kajian-kajian ini
perlu dizahirkan melalui penulisan-penulisan buku-buku teks sekolah, modul
pengajaran dan pembelajaran serta buku-buku rujukan yang menggunakan Bahasa
Melayu, sebagai suatu langkah dalam membentuk kesepaduan sains, agama dan
bahasa. Buku-buku ini akan digunakan bukan hanya oleh para pelajar, bahkan juga
para pendidik. Setelah Sains Islam ini menggantikan sains tajaan Barat yang sekular,
lama-kelamaan, Sains Islam akan bertapak kukuh di hati ilmuwan dan sarjana. Maka
hasilnya, sains ini akan terus relevan dengan peredaran zaman serta mampu mendidik
jiwa ke arah kebaikan.

Sesetengah ilmuwan atau sarjana hanya menekankan proses pengislaman


hanyalah pada ilmu sains dan cabang-cabangnya sahaja untuk membentuk kesepaduan
sains, agama dan bahasa. Sedangkan jiwa individu juga perlu dibentuk ke arah
kebaikan terlebih dahulu untuk membina benteng yang kukuh dalam diri daripada
menerima perkara-perkara yang merosakkan rohani dan jasmani. Model ini
menekankan pembangunan ilmu-ilmu agama seiring dengan pembangunan Sains
Islam agar pembinaan struktur ilmu sains dan cabang-cabangnya bersama persediaan
kerohanian dalam diri pelajar dan pendidik dilaksanakan secara serentak.

Model pada Rajah 8.5 adalah model yang ditambah baik daripada model yang
telah diperkenalkan oleh Tajul Ariffin dalam melaksanakan Sains Sepadu. Pada Rajah
8.5, ilmu teras yang terdiri daripada ilmu tauhid, syariah, ihsan, konsep jihad sains dan
sedekah, sejarah dan falsafah sains, sains dan matematik, serta konsep inovasi,
kreativiti atau penciptaan kemudahan kepada manusia, perlu diterapkan dalam sistem
pendidikan di semua peringkat pendidikan yang bersesuaian mengikut tahap pengajian
357

mereka. Keutamaan perlu diberikan kepada ilmu teras terlebih dahulu sebagai
persediaan untuk diri pelajar dan para pendidik secara jasmani dan rohani untuk
menghadapi sains yang masih dibelenggu sekularisme. Model yang diperkenalkan
oleh Tajul Ariffin menekankan ilmu teras iaitu cabang-cabang ilmu agama serta ilmu
sains sahaja. Manakala model ini pula menekankan sejarah dan falsafah sains serta
inovasi, kreativiti dan penciptaan kemudahan sebagai tambahan yang perlu diterapkan
dalam pendidikan di semua peringkat bersesuaian mengikut tahap pendidikan pelajar.

Ilmu teras yang menekankan tauhid, syariah, ihsan, jihad dan sedekah perlu
diterapkan dalam kurikulum pelajar dan para pendidik kerana ilmu-ilmu ini menjadi
ilmu yang paling asas dalam usaha untuk membentuk Sains Islam. Sains Islam adalah
sains yang berpandukan kepada Al-Quran dan As-Sunnah serta berteraskan Rukun
Iman, Rukun Islam dan Rukun Ihsan (Abdul Latif 2010). Jihad sains yang dilakukan
oleh ahli sains dalam mencipta kemudahan merupakan pengorbanan dan sumbangan
idea yang menjadi sumbangan besar kepada pembinaan tamadun yang gemilang, jihad
sains ini juga merupakan suatu usaha untuk menjadikan umat Islam sebagai umat yang
unggul di mate dunia, lebih-lebih lagi dengan ganjaran dan redha dari Tuhannya. Ilmu
teras yang menjadi kepercayaan dalam diri setiap pelajar akan menjadi suatu benteng
dan penanda aras kepada mereka dalam menerima sesuatu ilmu agar tidak bersalahan
dengan kehendak agama yang menjadi pegangan dan kepercayaan mereka. Penerapan
ini menggalakkan aktiviti berfikir dalam kalangan pelajar untuk menghubungkan
aturan agama dengan keperluan sains yang mereka terima melalui pendidikan sains
sedia ada.

Model ini lebih mengkhususkan ilmu teras kepada beberapa cabang utama
ilmu Agama Islam untuk membangunkan Islam, Iman dan Ihsan. Dengan tambahan
penekanan kepada Rukun Ihsan sebagai kesempurnaan Islam yang kurang dan hampir
tiada ditekankan dalam sistem pendidikan formal negara ini. Maka diharapkan agar
perasaan hamba kepada Allah dalam diri pelajar khususnya, dan segala perkara yang
dikerjakan dalam kehidupan bakal dibentuk. Pelajar-pelajar yang terdidik dengan
ilmu-ilmu agama sebagai ilmu teras yang memenuhi konsep dan Rukun Islam, Iman
dan Ihsan akan membentuk suatu generasi yang peka dengan keperluan agama dalam
segala tindak tanduk mereka.
358

Oleh kerana terdapat berbagai-bagai kaedah untuk mempelajari falsafah, sama


ada mengikut pengurutan sejarahnya dengan meninjau isu-isu semasa dalam konteks
falsafah dan secara umumnya falsafah menjelaskan lagi tanggapan kita terhadap
perkara yang kita fikirkan (Abdul Latif 1997), maka sejarah dan falsafah yang
diterapkan perlu dihubungkan dengan ilmu teras yang telah sedia diterapkan dalam
sistem pendidikan yang ingin dibentuk, dan seterusnya dilihat dari perspektif
kreativiti, jihad sains dan sedekah bagi menggalakkan inovasi dalam kalangan pelajar
untuk mencipta kemudahan terutamanya kepada masyarakat Islam dan masyarakat
dunia keseluruhannya.

Sejarah dan falsafah sains yang diterapkan dalam sistem pendidikan juga
bertujuan untuk menghapuskan pengaruh Tamadun Barat terhadap pembentukan sains
moden hari ini. Ini juga sedikit sebanyak menghilangkan rasa keterujaan mereka untuk
mencontohi Barat dalam ilmu dan segala aktiviti kehidupan terutamanya pembelajaran
dan pekerjaan. Seterusnya pandangan kesukaan dan kekaguman mereka kepada
pembangunan ilmu Barat yang pernah berlaku mampu dialihkan kepada hakikat
sebenar pembangunan dan kegemilangan ilmu yang pernah wujud dalam tamadun-
tamadun sebelumnya. Ilmu-ilmu sains yang membentuk kegemilangan ilmu dalam-
tamadun-tamadun tertentu perlu terus diselongkar dan dikuasai sekiranya ilmu-ilmu
tersebut lebih sesuai dengan jiwa insan yang mengikut fitrah penciptaan mereka.

Justeru, kerana kepentingan ilmu berhubung sejarah dan falsafah sains juga
perlu dipertimbangkan bagi menghapuskan kebergantungan dan keterujaan yang
tinggi masyarakat pada hari ini terhadap sains tajaan Barat yang sekular, maka ia perlu
diterapkan terutamanya dalam sukatan pelajaran di semua peringkat pendidikan
mengikut tahap. Perkara ini bukan hanya untuk memberi kesedaran kepada
masyarakat yang terlalu menyanjung tinggi ilmu-ilmu Barat bersama nilai-nilai yang
dibawa, tetapi berperanan untuk mengalihkan tumpuan dan keterujaan mereka kepada
kegemilangan ilmu yang pernah dibangunkan oleh ilmuwan daripada Tamadun Islam.
Ilmuwan Islam membangunkan tamadun mereka berteraskan pegangan agama mereka
yang sangat kukuh sehinggakan setiap kajian dan huraian ilmu yang mereka terokai
tidak akan sesekali menyimpang daripada peranan Allah sebagai Pencipta kepada
setiap ciptaan, aturan dan kehendak agama mereka.
359

Seterusnya sistem pendidikan negara harus menyediakan kurikulum sains dan


matematik yang telah dikupas dan diserasikan dengan prinsip-prinsip agama daripada
ilmu-ilmu teras, bersama sejarah dan falsafahnya agar dualisme dalam pendidikan
dihapuskan. Sehingga sains dikupas dalam konteks Agama Islam dan falsafahnya,
serta konsep sedekah dan jihad sains yang jelas. Usaha ini bakal menjadikan umat
Islam sebagai umat yang disegani, beransur-ansur melenyapkan pendirian Barat yang
menganggap sains sebagai bebas nilai, dan mengalihkan tumpuan dunia kepada
kepadaian umat Islam pula. Di samping ilmu teras, sejarah dan falsafah sains yang
dilihat dari perspektif kreativiti, jihad sains dan sedekah serta mate-matapelajaran
sains dan matematik yang telah tersedia dengan prinsip agama, sejarah dan
falsafahnya dalam modul pengajaran dan pembelajaran serta buku-buku teks, kukuh
diterapkan dalam pendidikan pelajar Islam, seterusnya sistem pendidikan harus
menyediakan galakan, ruang dan peluang untuk mereka terus berinovasi dengan sains
yang mereka peroleh untuk mencipta kemudahan kepada kehidupan manusia.
360

Inovasi/kreativiti/ Penciptaan Kemudahan

Cabang-Cabang Sains&Matematik -- Sains&Matematik Islam

Sejarah & Falsafah Sains (kreativiti)

Ilmu Teras
Tauhid, Syariah, Ihsan
Jihad Sains dan sedekah.

Rajah 8.5 Cadangan Perlaksanaan Kursus/Matapelajaran dalam Sistem Pendidikan Negara di semua Peringkat

360
361

8.6 PENERAPAN KESEPADUAN SAINS, AGAMA DAN BAHASA DALAM


PENDIDIKAN

Dalam usaha untuk merangka suatu agenda merealisasikan kesepaduan sains, agama
dan bahasa, maka suatu perancangan yang cukup teliti perlu dilakukan oleh pihak-
pihak tertentu yang sudah sekian lama bergerak aktif dalam mengusahakan Sains
Islam terutamanya melalui sesebuah organisasi seperti ASASI. Usaha ini semestinya
memerlukan gabungan tenaga daripada pakar-pakar dalam bidang-bidang sains,
Agama Islam dan pakar Bahasa Melayu. Usaha dan kajian menyepadukan sains,
agama dan bahasa yang dilakukan oleh pakar-pakar yang hanya dizahirkan melalui
penulisan untuk bacaan umum sudah tentu belum mampu untuk merubah struktur
pemikiran masyarakat dan pelajar yang terus-terusan disajikan dengan sains dan cara
hidup Barat.

Maka di sinilah pentingnya agenda ini diteruskan sehingga ia berjaya


menggantikan Sains Barat yang sebati dalam jiwa masyarakat berilmu pada hari ini.
Justeru, penerapannya dalam pendidikan formal negara di semua peringkat perlu
diusahakan sehingga berjaya agar ia terus mendapat sambutan dan sentiasa terbangun
dengan terbangunnya pendidikan negara. Pembangunan Sains Islam yang terhasil
daripada penerapannya dalam sistem pendidikan formal negara tentunya
menggalakkan lebih banyak lagi kajian-kajian Sains Islam dilaksanakan sehingga
menggalakkan pembaikan demi pembaikan untuk membentuk Sains Islam yang
sempurna mengikut piawaian Agama Islam. Penerapan ini akan melahirkan pelajar-
pelajar beradab yang bukan hanya celik sains, malah pintar dalam beragama di
samping memelihara kepentingan Bahasa Melayu.

Oleh itu, proses penyepaduan sains, agama dan bahasa dalam sistem
pendidikan seperti pada Rajah 8.8 direalisasikan dengan tujuh fasa atau peringkat
seperti di Rajah 8.6 sehingga ia benar-benar berjaya diterapkan dalam pendidikan
formal negara. Tujuh fasa yang terdapat pada Rajah 8.6 merupakan peringkat-
peringkat yang perlu dilalui dan dilaksanakan oleh organisasi yang dibentuk, bagi
memastikan konsep kesepaduan sains, Agama Islam dan Bahasa Melayu terlaksana
dalam sistem pendidikan negara, menggantikan konsep sedia ada yang masih lagi
menggunakan pendekatan sekular dalam pendidikan sains. Manakala melalui
362

penerapan yang kukuh dalam sistem pendidikan negara secara menyeluruh inilah
diharapkan mampu merubah sedikit demi sedikit struktur pemerintahan negara,
industri, pertanian dan sebagainya ke arah yang lebih harmoni demi kesejahteraan
hidup yang bukan hanya berorientasikan keuntungan tanpa memikirkan risiko yang
lebih besar kepada masyarakat.

FASA I Pembentukan Jawatankuasa dan Organisasi

FASA II Penyediaan Pakar di Setiap Bidang Sains dan Kerjasama dengan Pakar
Agama dan Bahasa.

FASA III Proses Penyepaduan Sains, Agama dan Bahasa

FASA IV Penyediaan buku-buku teks untuk semua peringkat Pendidikan

FASA V Perbincangan dengan pihak kementerian untuk menggantikan buku teks


sains lama dengan buku baru dengan konsep kesepaduan.

FASA VI Penyediaan Guru-Guru dan Pensyarah

FASA VII Perlaksanaan Sepenuhnya

Rajah 8.6 Fasa Perancangan Perlaksanaan Kesepaduan Sains Agama dan Bahasa dalam
Pendidikan
363

8.6.1 FASA I; Pembentukan Jawatankuasa dan Organisasi

Fasa pertama iaitu pembentukan organisai merupakan fasa yang paling utama yang
perlu dirancang dan dipilih dengan teliti serta bijaksana oleh ilmuan-ilmuan yang
sepakat menjayakan pengislaman sains di Malaysia. Organisasi mengikut Kamus
Dewan (2005) adalah kesatuan atau susunan yang terdiri daripada bahagian-bahagian
dalam suatu pertubuhan, perkumpulan dan perbadanan untuk tujuan tertentu.
Manakala menurut Robbins (2003), organisasi adalah merupakan suatu pertubuhan
yang dianggotai oleh individu-individu yang mempunyai kepakaran-kepakaran
tertentu untuk menjalankan tugas dan peranan tertentu, untuk mencapai tujuan yang
sama. Oleh itu, pembentukan organisasi yang dilaksanakan dengan pemilihan ahli
yang cukup teliti adalah untuk memastikan tanggungjawab yang telah ditetapkan
kepada setiap individu dalam organisasi tersebut terlaksana mengikut bidang tugas
dan masa yang ditetapkan ke atas mereka. Justeru, dengan komitmen dan usaha
bersama dalam organisasi ini, maka agenda menyepadukan sains, agama dan bahasa
ini bakal tercapai sehingga ia berjaya diterapkan dalam sistem pendidikan rasmi
negara di semua peringkat pendidikan.

Sains yang ingin disepadukan dengan agama dan bahasa adalah merujuk
kepada cabang-cabang sains seperti fizik, kimia, biologi, sains pemakanan dan banyak
lagi, termasuk matematik. Penglibatan pakar-pakar daripada bidang pengkhususan
sains tulen dalam mengusahakan penyepaduan sains, agama dan bahasa adalah terlalu
diperlukan kerana kefahaman yang mendalam mereka dalam bidang masing-masing.
Pakar-pakar ini perlu sentiasa mengadakan perbincangan dengan pakar-pakar agama
untuk membentuk kesepaduan yang harmoni antara agama dan sains sebelum
disampaikan dalam Bahasa Melayu. Oleh kerana itulah, suatu usaha memberi dan
menyebarkan kesedaran Sains Islam adalah perlu dipergiat dan diperluaskan oleh
pihak-pihak yang mempunyai cita-cita besar untuk merealisasikan Sains Islam melalui
penyepaduan sains, agama dan bahasa agar mampu menarik minat pakar-pakar sains
untuk memberikan khidmat kepakaran mereka dalam menyepadukan sains, agama dan
bahasa. Agama dalam penyepaduan sains, agama dan bahasa adalah merujuk kepada
Agama Islam yang menggunakan sumber al-Quran dan al-Hadis sebagai sumber
364

perundangan utamanya, bahasa pula merujuk kepada Bahasa Melayu sebagai bahasa
rasmi Negara Malaysia serta lambang utama jati diri Bangsa Melayu.

Ada dalam kalangan pakar sains hari ini jika dilihat secara mate kasar dari
sudut percakapan mereka terutamanya dalam sesi pembelajaran, sememangnya
mereka berminat dengan ajaran-ajaran Agama Islam dan suka mengaitkan ajaran-
ajaran sains dengan kebesaran Pencipta, walaupun mereka bukanlah ahli dalam
organisasi-organisasi yang menggerakkan Sains Islam. Pakar-pakar sains ini
mempunyai peratusan yang cukup besar untuk memberikan kerjasama dalam
penyepaduan sains, agama dan bahasa. Namun begitu, mereka ini perlu disediakan
cara kerja pembentukan Sains Islam dan diperkenalkan dengan pakar-pakar agama
untuk mereka menilai hasil kerja mereka agar bersesuaian dengan kehendak Islam.
Oleh kerana keperluan inilah, FASA II akan membincangkan cara-cara Sains Islam
secara umum dibentuk untuk sekurang-kurangnya membantu pakar-pakar sains
menjalankan usaha penyepaduan cabang sains yang menjadi kepakaran mereka
dengan agama dan bahasa.

Pemimpin dan ahli organisasi perlu dipilih bersesuaian dengan kepakaran


mereka untuk mengendalikan bidang tugas yang telah ditetapkan kepada mereka.
Proses pengorganisasian ini penting untuk menentukan kerja-kerja yang wajib
dilaksanakan untuk memenuhi matlamat dan objektif yang ingin dicapai dalam agenda
menyepadukan sains, agama dan bahasa ini. Pengumpulan bidang tugas yang telah
dirangka dan dikumpulkan, dibahagikan kepada individu-individu yang memegang
jawatan-jawatan yang bersesuaian dengan tugas dan kepakaran mereka. Contoh
organisasi ringkas untuk menjalankan tugas dan peranan masing-masing mengikut
bidang tugas yang ditetapkan kepada mereka dalam menyepadukan sains, agama dan
bahasa adalah seperti pada Rajah 8.7.

Kajian atau gerak kerja untuk menjayakan usaha menyepadukan sains, agama
dan bahasa ini sebaiknya perlu dilakukan di universiti yang mempunyai kepakaran
yang ramai dalam bidang-bidang sains, agama dan bahasa. Manakala pakar-pakar
yang masih belum tersedia di sana, dipinjam daripada institusi lain bagi mengukuhkan
perjalanan proses pembentukan Sains Islam melalui penyepaduan sains, agama dan
365

bahasa ini. Penaung atau penasihat sebagai jawatankuasa tertinggi haruslah dilantik
dalam kalangan orang-orang yang mempunyai jawatan tertinggi dan berpengaruh
dalam universiti untuk mendapatkan pengaruh dan memudahkan perjalanan kerja
menyepadukan sains, agama dan bahasa ini. Sebaik-baiknya, agenda penyepaduan
untuk membentuk Sains Islam ini perlu melantik sekurang-kurangnya Naib Cancelor
sebagai penaung, atau yang paling berpengaruh iaitu Cancelor sesebuah universiti itu
sendiri.

Pengarah yang dipilih merupakan pemimpin sebenar yang mengarahkan setiap


ahli-ahlinya menjalankan kerja-kerja mengikut peruntukan tugas yang telah ditetapkan
kepada mereka. Sesungguhnya, Islam adalah sebuah agama yang sangat
mementingkan pemilihan, perlantikan serta kepatuhan kepada setiap arahan yang
dikeluarkan oleh pemimpin yang telah dilantik. Kepatuhan kepada pemimpin yang
berada dilandasan yang benar merupakan suatu kewajipan yang perlu ditunaikan oleh
individu muslim, perkara ini telah dinyatakan oleh Allah melalui firman-Nya dalam
Surah An-Nisa (Al-Quran, An-Nisa 4:59).yang bermaksud;

“Hai orang-orang yang beriman, taatilah Rasul (Nya) dan uli al-amri
dalam kalangan kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat
tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al-Quran) dan
Rasul (Sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan
hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik
akibatnya.”

Dalam ayat ini, ahli tafsir berpendapat bahawa perkataan uli al-amri
merupakan suatu perkataan yang merujuk kepada pemerintah dan pemimpin tertinggi
dalam sesebuah negara (Al-Qurtubi 1967). Namun begitu, ahli-ahli tafsir yang lain
pula berpendapat bahawa uli al-amri dalam ayat ini adalah merujuk kepada ilmuwan
atau para pemikir yang mampu dijadikan tempat untuk dirujuk bagi menyelesaikan
permasalahan-permasalahan yang wujud dalam kalangan mereka (Sa’id Hawa 1975).
Ayat ini turut dibincangkan oleh Sayyid Qutb (1995) dalam kitab karangan beliau Fi
Zilal Al-Quran yang menyatakan bahawa kepatuhan dan ketaatan kepada setiap
perintah pemimpin adalah suatu kewajipan yang perlu dilaksanakan oleh setiap ahli
yang berada di bawah pemerintahannya. Ketaatan kepada pemimpin yang dituntut ini
adalah sama kedudukannya dengan kewajipan mentaati segala perintah Allah dan
366

Rasul-Nya. Kepatuhan terhadap setiap kepimpinan Islam merupakan syarat kepada


penerimaan iman dan kesempurnaan agama.

The Liang Gie (1968) mencatatkan bahawa seseorang yang dilantik menjadi
seorang pemimpin haruslah mempunyai kemahiran, faham dan mempunyai
pengetahuan yang cukup luas dalam mengurus dan mengarah setiap ahli menjalankan
segala proses pengurusan dalam setiap interaksi antara mereka untuk mencapai
matlamat yang sama. Tugas Pengarah adalah melibatkan perencanaan bersama cara-
cara perlaksanaan tugas tersebut perlu dilakukan oleh beliau untuk mencapai objektif
yang telah ditetapkan. Pengarah juga perlu bijak dalam membuat suatu keputusan
untuk kepentingan organisasi dan projek yang dilaksanakan. Arahan-arahan yang
dikeluarkan oleh pengarah kepada organisasi untuk menyepadukan sains, agama dan
bahasa perlu disertakan dengan bimbingan, perintah, arahan dan petunjuk untuk
menunjukkan perkara-perkara atau bidang tugas yang lebih jelas yang perlu dilakukan
oleh setiap daripada mereka.

Organisasi Penyepaduan Sains, agama dan bahasa terdiri daripada ahli-ahli


yang bertanggungjawab menjalankan kerja-kerja penyepaduan sains agama dan
bahasa mengikut kepakaran masing-masing. Ahli jawatankuasa ini dibentuk dalam
tiga kelompok utama iaitu kelompok pakar bidang-bidang sains, kelompok pakar
agama dan pakar bahasa. Ketiga kelompok ini akan sentiasa berinteraksi dan
berbincang bagi memastikan perjalanan kerja menyepadukan sains dan agama selari
dan tidak bertentangan dengan aturan-aturan agama. Jika kerjasama antara pakar-
pakar sains, pakar agama dan pakar bahasa diwujudkan, maka tidak akan wujud suatu
alasan kurangnya ilmu agama, atau kurangnya kepakaran berbahasa dalam kalangan
ahli atau pakar sains untuk tidak melaksanakan agenda pengislaman sains mengikut
bidang pengkhususan mereka. Kerjasama yang terjalin ini juga bakal menghapuskan
jurang yang sedia wujud dalam kalangan pakar sains, pakar bahasa dan pakar agama
kerana kesalingbergantungan yang diwujudkan bagi membentuk kesepaduan sains,
agama dan bahasa.
367

Organisasi Penyepaduan Sains, Agama dan Bahasa

Pakar Sains Pakar Agama Islam Pakar Bahasa Melayu


-Matematik -Tafsir Al-Quran
Matematik Tulen -Tafsir Hadis
Statistik -Tauhid, Feqh
Sains Aktuari -Usuluddin
-Biologi -Syariah
Bioteknologi
Sains Pemakanan
Dan lain-lain
-Kimia
Biokimia
Dan lain-lain
-Fizik
Cabang-cabang fizik
-Kejuruteraan
Cabang-cabang kejuruteraan
-Perubatan/Hospitaliti
Cabang-cabang Hospitaliti.
Dan lain-lain

Rajah 8.7 Organisasi Penyepaduan Sains, Agama dan Bahasa.

Tidak dinafikan, perkara yang dirancang ini bukanlah suatu perkara yang
mudah untuk dilaksanakan, namun dengan semangat dan kerjasama daripada ramai
pihak, pembentukan Sains Islam yang mungkin dianggap mustahil bagi sesetengah
individu terutamanya ilmuan, akan terlaksana sehingga berjaya diterapkan dalam
sistem pendidikan negara di semua peringkat mengikut tahap pengajian mereka.
sehingga Sains Islam yang diusahakan ini akan berjaya menyaingi sains yang sedia
ada jika diusahakan dengan sebaiknya.

8.6.2 FASA II; Penyediaan Pakar di Setiap Bidang Sains dan Kerjasama dengan
Pakar Agama dan Pakar Bahasa

Pada Fasa kedua ini, bidang tugas utama yang perlu dilaksanakan adalah memikirkan
dan menyampaikan langkah-langkah atau proses terbaik yang difikirkan secara
bersama tentang pembentukan kesepaduan sains agama dan bahasa secara umum
sebelum dikembangkan oleh pakar-pakar yang terlibat mengikut pengkhususan
368

cabang-cabang sains. Antara proses yang boleh digunakan dalam membentuk


kesepaduan sains, agama dan bahasa adalah seperti di Rajah 8.8. Penyediaan kertas
kerja pembentukan dan penerapan kesepaduan sains, agama dan bahasa dalam
pendidikan rasmi negara di semua peringkat pendidikan perlu dirangka dengan
sebaiknya untuk menetapkan suatu objektif atau sasaran yang jelas terhadap usaha ini.
Perkara ini juga perlu dilaksanakan dan diputuskan melalui mesyuarat-menyuarat
yang dirangka bagi mendapatkan idea-idea yang pelbagai dan bernas. Konsep
menyuarat ini juga menepati kaedah “syura” yang telah diketengahkan dalam Islam
sejak dari zaman Rasulullah lagi bagi mendapatkan keputusan yang terbaik dan
dipersetujui oleh majoiriti ahlinya.

Pembentukan carta organisasi setelah pemilihan ahli-ahli jawatan kuasa yang


telah dilaksanakan pada Fasa I, dengan bidang tugas yang telah diperincikan melalui
kertas kerja yang dibentuk, merupakan perkara utama yang perlu dijalankan dengan
teliti agar setiap objektif mampu dicapai dan dilaksanakan dengan lancar. Tugas ahli-
ahli sains yang mempunyai kepakaran dalam bidang masing-masing adalah lebih
besar jika dibandingkan dengan tugas-tugas pakar agama dan pakar bahasa kerana
mereka lebih memahami bidang mereka dengan mendalam. Pakar-pakar agama akan
bertindak sebagai rujukan pakar-pakar sains ini untuk memastikan kesepaduan sains
dan agama yang dilaksanakan selari dan tidak bertentangan dengan aturan agama.
Namun begitu, pakar-pakar agama perlu sentiasa memberikan komitmen yang tinggi
dalam menjayakan usaha ini dan sentiasa mengadakan kelas-kelas agama untuk pakar-
pakar sains dan ahli-ahli organisasi sebagai suatu santapan rohani secara tetap dan
wajib mengikut masa-masa yang ditetapkan melalui penyampaian ilmu-ilmu agama
kepada pakar-pakar sains dan ahli-ahlinya. Ini bertujuan untuk memberikan mereka
kefahaman agama secara jelas dan mendalam memandangkan kebanyakan daripada
mereka menerima pendidikan daripada negara-negara Barat yang sekular dan sekian
lama telah berada dalam konsep sekularisme ilmu. Tambahan pula, ilmu-ilmu agama
ini adalah sebagai persediaan untuk mereka melaksanakan kesepaduan sains, agama
dan bahasa dengan lebih yakin dan bersedia.

Manakala pakar-pakar bahasa perlu sentiasa berinteraksi dengan pakar-pakar


sains tentang istilah-istilah sains untuk diMelayukan agar istilah yang gunakan adalah
369

istilah Melayu yang tepat. Bukan hanya menggunakan perkataan Inggeris yang dieja
dengan tulisan Melayu, melainkan benar-benar tidak wujud atau tidak kedapatan
perkataan-perkataan sains yang tertentu dengan istilah Bahasa Melayu yang sesuai.
Jika selama ini, perkataan-perkataan sains hanya diMelayukan oleh pakar-pakar sains
yang cakna dengan kepentingan Bahasa Melayu seperti Shaharir daripada bidang
Matematik yang pernah menjadi editor dan penyusun kepada Kamus Matematik
(1990), Kamus Matematik Analisis (1993), dan Istilah-Istilah Matematik (1976).
Manakala Ungku Omar (1956) juga pernah mengeluarkan istilah-istilah sains
perubatan untuk di Melayukan bagi memberikan kefahaman yang jelas kepada
masyarakat kerana bahasa sesuatu bangsa hanya mampu difahami dengan jelas oleh
bangsanya sendiri. Di sinilah pakar-pakar bahasa harus mengambil tempatnya bagi
mengeluarkan istilah-istilah Melayu yang terbaik untuk istilah-istilah sains. Gabungan
pemikiran dan tenaga antara pakar-pakar sains dan pakar bahasa memberi sedikit
keyakinan, kemudahan dan keringanan kepada pakar-pakar sains dalam melaksanakan
kesepaduan sains, agama dan bahasa.

Sebagai usaha untuk menghayati isi kandungan kitab Al-Quran dan Hadis
sebagai sumber perundangan Islam yang pertama, kalaupun pakar-pakar sains tidak
mampu untuk menghafaz 30 juzuk al-Quran di samping pemahaman tafsirnya secara
jelas, sekurang-kurangnya mereka perlu meneroka dan menghafaz isi kandungan al-
Quran di samping pentafsirannya yang jelas akan ayat-ayat yang berkaitan dengan
bidang sains yang menjadi pengkhususan mereka. Sebahagian ayat-ayat yang
mengikut bidang sains adalah seperti pada Lampiran C Usaha ini bukan hanya
mendekatkan diri mereka dengan ayat-ayat Allah, malah mampu untuk menguatkan
lagi hujah kajian-kajian mereka dalam menyepadukan sains, agama dan bahasa yang
menggunakan al-Quran sebagai sumber perundangan utama dalam segala urusan.

Penjelasan ayat-ayat al-Quran atau pentafsirannya memerlukan tenaga pakar


agama dari bidang Tafsir Al-Quran untuk memperjelaskan secara terperinci kepada
pakar-pakar sains bagi mengelakkan kesalahtafsiran ayat mengikut pemahaman
sendiri. Tambahan pula, di dalam Islam, umat Islam perlu menimba ilmu secara
berguru dengan guru-guru yang ahli dalam suatu bidang, terutamanya berkaitan
Agama Islam. Tidak cukup jika hanya melalui buku-buku atau kitab Al-Quran sahaja
370

secara sendiri tanpa berguru bagi mendapatkan ilmu yang jelas dan benar-benar
difahami dengan pemahaman yang benar. Ini kerana menurut Muhammad Shulfi
(2014), Imam As-Syafie pernah berkata: “Barangsiapa yang bertafaqquh (cuba
memahami agama) melalui isi kandungan buku-buku, maka dia akan mensia-siakan
hukum (kefahaman yang sebenar)”. Perkara ini dikuatkan lagi dengan sabda Nabi
daripada Hadis riwayat Ahmad, “Barangsiapa menghuraikan Al-Quran dengan akal
fikirannya sendiri (tanpa guru) dan merasa benar, maka sesungguhnya dia telah
berbuat kesalahan”.

Begitu jugalah dengan cabang-cabang ilmu sains yang lain, pakar-pakar sains
dengan bantuan pakar Al-Quran dan Tafsir harus membuat kajian tentang ayat-ayat
Al-Quran yang berkaitan dengan bidang-bidang sains mengikut pengkhususannya.
Ayat-ayat yang dibahagikan mengikut bidang ini bukan hanya perlu dihafal dan
difahami dengan pentafsiran yang jelas oleh pakar-pakar sains dengan pengkhususan
masing-masing, tetapi juga perlu menjadi hafalan dan pemahaman tafsirannya oleh
keseluruhan pendidik yang mengajar sains serta pelajar-pelajar. Usaha ini menjadikan
ayat-ayat Allah sentiasa berada dalam lingkungan kehidupan mereka dan menjadikan
Al-Quran benar-benar sebagai kitab rujukan mereka dalam menguruskan sains dan
menetapkan segala hukum. Tambahan pula, ia melahirkan lebih ramai insan yang
celik Al-Quran dan mengurangkan kadar buta Al-Quran dalam kalangan masyarakat
yang sangat ketara pada hari ini.

8.6.3 FASA III; Proses Penyepaduan Sains, Agama dan Bahasa

Contoh Proses Penyepaduan Sains, Agama dan Bahasa yang dicadangkan untuk
dilaksanakan adalah seperti pada Rajah 8.8. Proses penyepaduan ini bermula daripada
proses pembentukan sains yang bersepadu dengan agama sehingga berjaya diterapkan
dalam sistem pendidikan rasmi negara di semua peringkat pendidikan mengikut tahap
rendah, menengah dan tinggi. Proses yang dirangka ini adalah untuk menggantikan
pendidikan sains sedia ada yang masih belum disepadukan dengan agama dan Bahasa
Melayu secara bersungguh-sungguh. Sains yang terhasil, di bincang dan dibahaskan
setelah melalui proses penyepaduan dengan agama dan bahasa perlu disahkan, diakui
dan disepakati bersama oleh pakar-pakar sains, pakar-pakar Agama Islam dan pakar-
371

pakar Bahasa Melayu untuk menghasilkan sains yang mesra agama dan Bahasa
Melayu.

Seterusnya penyelidikan atau kajian-kajian ini perlu dizahirkan melalui


penulisan-penulisan buku-buku teks sekolah, modul pengajaran dan pembelajaran
serta buku-buku rujukan yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai suatu langkah
kesepaduan sains, agama dan bahasa. Buku-buku ini akan digunakan bukan hanya
oleh para pelajar, bahkan juga para pendidik. Setelah sains yang dibentuk dengan
berteraskan konsep agama dengan medium penyampaian ilmu menggunakan Bahasa
Melayu ini menggantikan sains tajaan Barat yang sekular, lama-kelamaan diharapkan
sains ini menjadi sains yang sentiasa relevan dengan peredaran zaman serta mampu
mendidik jiwa ke arah kebaikan dalam kehidupan yang harmoni.

Dalam Rajah 8.8, sains dan teknologi yang ingin dibangunkan adalah sains
teknologi yang dihubungkan dengan Islam, Iman dan Ihsan dan berlandaskan kepada
ketetapan ilmu wahyu yang bersumberkan Al-Quran dan Hadis. Hubungan inilah yang
membentuk suatu ketaatan kepada Pencipta dengan konsep tauhid yang mengEsakan
Allah dalam segala penciptaan-Nya. Semua aliran proses kajian sains yang terlibat
dalam proses menyepaduakan sains, agama dan bahasa seperti peniskalaan dan
formulasi yang membawa kepada proses pentafsiran, peramalan dan perasionalan ini
akan sentiasa berlandaskan kehendak Agama Islam serta patuh dengan ketetapan ilmu
wahyu. Manakala sejarah dan falsafah sains yang juga cuba diterapkan dalam sains
adalah bertujuan untuk memberikan kefahaman yang jelas tentang kedudukan sains
dan sejarahnya, dan dalam masa yang sama menghapuskan pengaruh pemikiran Barat
serta memadamkan rasa keterujaan masyarakat terhadap Tamadun Barat yang sekular.

Ilmu wahyu menjadi suatu penanda aras kepada penerimaan ilmu sains
terutamanya dari sudut huraian ilmunya serta hukum-hukum alam yang selama ini
dianggap terjadi secara semula jadi tanpa dihubungkan sedikitpun dengan yang
menciptakan hukum-hukum yang dianggap semulajadi tersebut. Ilmu wahyu ini
jugalah yang memberi nilai kepada ilmu sains dan teknologi yang dibentuk dalam
penyepaduan sains, agama dan bahasa sehinggakan ia menjadi penanda aras yang
utama untuk membezakan sains yang melalui proses penyepaduan ini dengan sains
372

yang telah sebati dalam pemikiran masyarakat pada hari ini. Sains Barat yang
dibangunkan dengan konsep bebas nilai berkembang tanpa ada peraturan
penggunaannya yang menjurus kepada keharmonian alam dan sekatan. Sains Barat
sekular yang mengenepikan peranan Pencipta dalam pembentukan alam membawa
kepada kemusnahan jiwa bangsa beragama, sikap-sikap negatif, serta negara yang
celaru. Perkembangan sains yang dibentuk melalui cita rasa Barat adalah
pembangunan yang berkepentingan dan mengesampingkan akibat buruk dari sudut-
sudut yang lain.
373

Rukun Iman,
Islam & Ihsan

tauhid

Sains&
teknologi Sistem nilai yang Falsafah dan
(matematik, berasaskan al-Quran SejarahSains
kimia, fizik, & al-Hadith (ilmu Islam
biologi dll ) naqli)

formulasi
Alam nyata
peniskalaan

Kaedah sains

lulus Lulus
gagal

ujian
pentafsiran
sorotan
Keputusan
Sains aqli asas
yang belum
teruji

Penyediaan
Membukukan
Pengumpulan buku teks Perjanjian :
hasil kajian
Istilah sains untuk semua Penggunaan
dalam Bahasa
tahap Buku Teks/
Melayu. pendidikan Modul
dalam Bahasa Pengajaran Dan
Melayu. Pembelajaran
Dikekalkan
Untuk sebaik-
baiknya untuk
Penerapan dalam 15 Tahun.
sistem Pendidikan Penyediaan guru
Rasmi Negara dan para pendidik

Rajah 8.8 Proses Penyepaduan Sains, Agama dan Bahasa


374

8.6.4 FASA IV; Penyediaan Buku Teks untuk Semua Peringkat Pendidikan

Setelah proses pembentukan sains yang berpedomankan ilmu wahyu berjaya


dilaksanakan, maka proses untuk menterjemahkan kajian-kajian tersebut dalam bentuk
penulisan merupakan perkara yang juga sangat penting dirancang dan dilaksanakan
dengan sebaik mungkin. Penulisan ini merupakan suatu penyampaian ilmu kepada
pembaca yang membentuk kefahaman dan kepercayaan mereka disamping
penyampaian lisan yang jelas dan bernas. Bagi menyempurnakan usaha penyepaduan
sains, agama dan bahasa, maka penulisan-penulisan ini perlu dilaksanakan dalam
Bahasa Melayu, dan dalam masa yang sama turut menekankan penyampaiannya
dalam tulisan Jawi. Ini kerana tulisan jawi menjadi lambang kepada Bahasa Melayu.
Tambahan pula, jika perkara ini tidak diusahakan dalam sistem pendidikan negara
melalui matapelajaran-matapelajaran yang dianggap penting oleh masyarakat harini,
maka tulisan jawi terus dianggap tidak penting dan terus dipinggirkan.

Penggunaan tulisan Jawi ini adalah untuk mengembalikan penggunaan tulisan


Jawi agar ia tidak terus dipinggir dan dilupakan oleh generasi yang ada pada hari ini
dan masa akan datang. Dengan usaha ini diharapkan tulisan Jawi tidak lagi menjadi
tulisan yang mustahil untuk menyampaikan ilmu-ilmu sains di Malaysia. Begitu juga
dengan penulisan buku-buku ilmiah dalam Bahasa Melayu akan menjadikan bahasa
ini sebagai bahasa ilmu yang mampu menyampaikan ilmu dengan jelas dalam semua
bidang terutamanya sains dan matematik. Seterusnya segala rujukan yang diperlukan
untuk ilmu-ilmu aqli ini mampu diperoleh dalam Bahasa Melayu tanpa perlu lagi
bergantung kepada buku-buku Bahasa Inggeris seperti yang berlaku pada hari ini.

Sesungguhnya buku-buku rujukan sains dan bidang-bidangnya termasuk


matematik sangat sukar diperoleh dalam Bahasa Melayu walaupun ada sahaja
pengarang-pengarang buku-buku ilmiah dalam kalangan Bangsa Melayu. Ini
menunjukkan bahawa Bangsa Melayu tidak meraikan kelebihan bahasa sendiri yang
mampu memberikan kefahaman yang jelas kepada anak bangsanya. Mereka memilih
untuk tidak menggunakan Bahasa Melayu dalam setiap penulisan ilmiah kerana
faktor-faktor tertentu seperti hanya memikirkan keuntungan daripada jualan buku-
buku atau artikel-artikel mereka, tidak yakin dengan keupayaan bahasa sendiri untuk
375

menyampaikan ilmu, dan terlalu mengagung-agungkan Bahasa Inggeris.


Sememangnya tidak dinafikan, penggunaan Bahasa Inggeris dalam penyampaian hasil
kajian atau pemikiran boleh disampaikan sehingga ke peringkat antarabangsa, namun
ini tidak bermakna mereka harus terus meminggirkan bahasa dan bangsa sendiri.
Mereka perlu diberikan kesedaran agar menghargai pembangunan bahasa sendiri dan
kepentingan pembangunan ilmu dalam kalangan anak bangsa mereka. Kesedaran ini
bakal menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, dan segara rujukan ilmu
mampu didapati dalam bahasa ini.

Istilah-istilah sains perlu dikumpulkan, dihuraikan maksudnya dengan jelas


dan diserahkan kepada pakar-pakar Bahasa Melayu yang mahir dengan perkataan-
perkataan Melayu untuk diterjemahkan kepada Bahasa Melayu. Penglibatan pakar-
pakar bahasa ini, sekurang-kurangnya tidak membebankan pakar-pakar sains untuk
menterjemah kajian mereka dengan istilah-istilah Bahasa Melayu yang sesuai dan
terbaik. Istilah-istilah yang telah melalui proses penterjemahan yang terkumpul, perlu
dikamuskan dan diterbitkan. Istilah-istilah sains ini perlu terus digunakan dalam
seluruh penulisan ilmiah agar ia tidak lagi menjadi suatu yang janggal. Contohnya,
perkataan “pengkamiran” (dalam matematik) pernah menjadi suatu perkataan yang
biasa digunakan ketika sistem pendidikan negara di peringkat menengah masih
mengekalkan menggunakan Bahasa Melayu sebagai medium penyampaian ilmu.
Namun begitu, di peringkat pengajian tinggi (dalam negara yang sama), perkataan ini
menjadi janggal atau pelik setelah mereka lebih sinonim dengan perkataan
“integration” kerana pendidikan matematik mereka bukan lagi dalam bahasa bangsa
sendiri. Justeru, menjadi suatu yang tidak mustahil jika pendidikan sains dan teknologi
terus dibangunkan dengan bukan bahasa sendiri, maka perkataan-perkataan Bahasa
Melayu yang penting ini akan hilang di bibir ilmuwan dan masyarakat Melayu sendiri.
Begitu juga dengan cita-cita yang ingin menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa
ilmu, bahasa sains dan teknologi bakal terkubur dengan terkuburnya penggunaan
perkataan-perkataannya dalam pendidikan.

Mereka yang terlibat dalam menyepadukan sains, agama dan bahasa yang
terdiri daripada pakar-pakar sains dan ahli-ahli yang telah berusaha sehingga ke tahap
pengumpulan istilah-istilah sains, perlu merangka dan menyediakan buku-buku teks
376

serta modul pengajaran dan pembelajaran sains, matematik dan cabang-cabangnya


untuk semua peringkat pendidikan mengikut tahap daripada peringkat rendah,
menengah dan tinggi dalam Bahasa Melayu. Rujukan-rujukan ini perlu disediakan
bukan sahaja dalam bentuk buku yang menggunakan helaian kertas, malah juga perlu
disediakan dalam bentuk elektronik untuk memudahkan capaiannya terutamanya
melalui telefon pintar yang sinonim dengan zaman kini. Aplikasi pendidikan yang
mengikut peredaran zaman ini lebih memudahkan masyarakat, guru dan pelajar.

Antara pengisian yang juga perlu dititik beratkan dalam buku teks, modul
pengajaran dan pembelajaran adalah ayat-ayat Al-Quran yang menyentuh tentang
bidang-bidang sains. Di samping memahami ilmu-ilmu sains, ayat-ayat yang terlibat
ini perlu dijadikan tugasan wajib kepada mereka untuk dihafal dan difahami. Sebagai
contoh, sekiranya ayat al-Quran terkumpul yang ada menyentuh tentang ilmu-ilmu
matematik adalah sebanyak 100 ayat, maka ayat-ayat ini perlu dibahagikan kepada
beberapa ayat untuk dihafal selama setahun bagi peringkat pendidikan rendah selama
enam tahun dan beberapa ayat lagi untuk setahun bagi peringkat menengah selama
lima tahun sehingga mencapai jumlah terkumpul sebanyak 100 ayat tersebut, dan
begitu jugalah dengan bidang-bidang sains yang lain.

8.6.5 FASA V; Perbincangan dengan Pihak Kementerian

Perbincangan dengan pihak kementerian untuk menggantikan buku teks sains yang
masih menggunakan pendekatan sekular dengan buku baru dengan konsep
kesepaduan sains, Agama Islam dan bahasa; Setelah mendapat pengiktirafan atau
pengesahan daripada pakar-pakar sains, agama dan bahasa yang terlibat di semua
tahap pendidikan, organisasi penyepaduan sains, agama dan bahasa ini perlu
merancang dengan teliti agar buku-buku teks ini berjaya diterima masuk ke dalam
sistem pendidikan rasmi di Malaysia. Ini bertujuan agar buku-buku teks ini mendapat
tempat dalam sistem pendidikan rasmi dan sekali gus menggantikan buku-buku teks
sedia ada yang masih menggunakan pendekatan selain daripada konsep kesepaduan
sains, agama dan bahasa.

Setelah sains yang disepadukan dengan agama dan bahasa berjaya mendapat
tempat dalam pendidikan rasmi negara, maka perkara yang perlu diselitkan dalam
377

perbincangan atau mensyuarat perlaksanaan dengan pihak Kementerian Pendidikan


Malaysia sebagai suatu perjanjian dengan pihak Kementerian Pendidikan yang perlu
dipatuhi berhubung penggunaan buku-buku teks, modul pengajaran dan pembelajaran
yang disediakan ini perlu dikekalkan penggunaan konsep kesepaduan sains agama dan
bahasa ini untuk sebaik-baiknya selama 15 tahun dalam sistem pendidikan di
Malaysia dengan penambahbaikan dari masa ke masa.

Perjanjian ini adalah untuk mengelakkan berlakunya perubahan dan penukaran


modul dan konsep pendidikan sains sekiranya berlaku perubahan pucuk pimpinan di
bahagian Kementerian Pendidikan Negara. Sebaik-baiknya 15 tahun yang diperlukan
bagi penggunaan dan penerapan sains yang disepadukan dengan agama dan bahasa,
adalah bertujuan untuk mewujudkan satu generasi yang telah melalui pendidikan sains
dengan konsep kesepaduan sains, agama dan bahasa ini, sepanjang pengajian beliau
iaitu, enam tahun di peringkat pendidikan rendah, lima tahun di peringkat menengah,
sekurang-kurangnya setahun di peringkat matrikulasi atau seangkatan dengannya, dan
tiga tahun di peringkat pengajian tinggi (ijazah pertama), yang mengambil masa
sekurang-kurangnya 15 tahun pengajian.

Generasi yang terhasil daripada pendidikan yang menerapkan kesepaduan


sains, agama dan bahasa, sebaik-baiknya selama 15 tahun inilah yang diharapkan
mampu membela konsep kesepaduan ini untuk terus dikekalkan dalam sistem
pendidikan rasmi negara. Generasi ini jugalah yang diharapkan mampu menjadi
contoh kepada negara akan kesan pendidikan yang berteraskan agama ini terhadap
sikap, peribadi, perilaku atau akhlak serta amalan kehidupan mereka yang sentiasa
merasai kewujudan Yang Maha Memerhati dalam segala urusan kehidupan mereka.

Konsep Iman, Islam dan Ihsan yang diterapkan dalam pendidikan generasi ini
terutamanya dalam pendidikan sains menjadi faktor penting dalam pembentukan jiwa
mereka yang terlahir dalam segala amalan mereka. Konsep Islam menjadikan mereka
mematuhi akan segala perintah Allah melalui rukun-Nya yang lima melalui ibadah-
ibadah yang wajib mereka kerjakan sebagai santapan kerohanian mereka. Konsep
Iman membentuk jiwa mereka untuk mentauhidkan Allah, meyakini perkara-perkara
ghaib dan mempercayai akan adanya pembalasan bagi segala perkara yang dilakukan
378

di dunia. Manakala konsep Ihsan pula membentuk jiwa individu yang taqwa, takut
kepada Penciptanya dan sentiasa merasakan kehadiran Pencipta dalam segala tindakan
untuk membentuk benteng dalam diri daripada melakukan perkara yang sia-sia, dan
yang merosakkan diri sendiri, masyarakat, alam dan agama.

8.6.6 FASA VI; Penyediaan Guru-Guru

Setelah segala persetujuan untuk menerapkan sains yang telah dibentuk melalui
kesepaduan sains, agama dan bahasa dicapai, maka perkara seterusnya yang perlu
dilakukan oleh organisasi penyepaduan sains, agama dan bahasa ini adalah merancang
dan menyediakan suatu kursus persediaan mengajar untuk para pendidik (mengikut
tahap pengajaran mereka) dengan ilmu-ilmu sains, cara penyampaian ilmu disamping
akhlak-akhlak mulia yang perlu diikuti oleh para pendidik untuk dijadikan contoh
kepada pelajar mereka. Para pendidik juga diwajibkan untuk menghafaz dan
memahami setiap ayat yang terkandung dalam al-Quran yang berkaitan dengan bidang
mereka. Ini bukan hanya bertujuan untuk memudahkan pengajaran mereka, tetapi juga
untuk pengisian jiwa mereka agar para pendidik menjadikan al-Quran sebagai suatu
kitab yang penting untuk mereka di samping membiasakan mereka dengan ayat-ayat
al-Quran.

Setelah penyediaan buku teks yang lengkap dengan ilmu-ilmu yang telah
dihuraikan mengikut konsep kesepaduan sains, agama dan bahasa, maka tidak menjadi
masalah yang besar kepada guru untuk mendapatkan rujukan bagi melaksanakan
konsep ini dalam pengajaran mereka. Ditambah pula dengan persediaan kepada guru
dari sudut pedagogi yang memerlukan guru menguasai ilmu yang diajar mereka
dengan cemerlang di samping penguasaan kemahiran dan ilmu kaedah yang
menimbulkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Bagi menjayakan
konsep pedagogi yang dinyatakan ini, Tajul Ariffin dan Nor Aini (2002) telah
menggariskan beberapa prinsip yang perlu dikuasai oleh guru-guru iaitu:

a. Guru perlu menguasai ilmu dalam bidang kepakaran dengan cukup cemerlang

b. Menguasai kemahiran teknik dan kaedah mengajar yang sesuai dengan setiap
sesi pengajaran.
379

c. Dapat mengenal pasti dan membetulkan salah konsep yang terdapat dalam
kalangan pelajar.

d. Dapat mengaitkan isi pengajaran dengan pengalaman sebenar pelajar dalam


kehidupan

e. Kemampuan memindahkan isi pelajaran kepada pelajar dalam bentuk yang


berkesan.

f. Kemampuan menggunakan analogi dan contoh yang yang pelbagai untuk


mengembangkan kefahaman pelajar mengenai konsep yang diajar dan
mengaitkan tajuk pengajaran dengan pengalaman sebenar pelajar.

Bagi memastikan guru-guru matematik dan sains mempunyai pengetahuan


agama yang tinggi sebagai suatu langkah untuk mereka menyepadukan ilmu dan
agama dalam pengajaran mereka, seluruh tenaga pengajar harus disebatikan dengan
ilmu-ilmu agama. Tenaga-tenaga pengajar bukan hanya perlu bertindak sebagai
pengajar, namun dalam masa yang sama mereka juga adalah pelajar. Kementerian
Pendidikan negara, Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah harus
mewajibkan seluruh sekolah yang mempunyai tenaga pengajar berAgama Islam
melaksanakan kelas-kelas agama yang mengajar hal-hal agama seperti tauhid, syariah,
adab, akhlak, aurat dan sebagainya kepada seluruh tenaga pengajar mereka dengan
penyertaan yang diwajibkan.

Memandangkan hampir keseluruhan sekolah atau pusat pengajian di semua


peringkat pendidikan di Malaysia mempunyai tenaga pengajar di bidang agama yang
mendapat kelulusan daripada pusat pengajian tinggi dari dalam dan luar negara, maka
seharusnya pihak kementerian menggunakan khidmat mereka ini untuk
menyampaikan ilmu-ilmu agama kepada sahabat-sahabat guru mereka demi
memastikan kalangan guru yang berAgama Islam di Malaysia mempunyai
pengetahuan dan pegangan agama yang kukuh. Perkara ini penting bukan hanya untuk
pembangunan kerohanian guru tersebut, tetapi juga mempengaruhi anak didik mereka
yang sentiasa melihat guru sebagai contoh teladan.
380

8.6.7 FASA VII; Perlaksanaan Sepenuhnya

Apabila para pendidik telah diberikan suatu pendedahan tentang sains yang
berkonsepkan kesepaduan sains, agama dan bahasa di samping pendedahan cara
mengajar, maka sampailah kepada matlamat agenda kesepaduan sains, agama dan
bahasa untuk diterapkan dalam pendidikan rasmi negara bagi melahirkan generasi
yang celik ilmu, celik agama, dan dalam masa yang sama mempunyai jati diri yang
kukuh. Generasi yang sebeginilah yang diperlukan untuk memastikan negara sentiasa
harmoni dengan rakyat yang bertanggungjawab.

Sebagai usaha untuk terus memperbaiki dan menjadikan konsep kesepaduan


sains, agama dan bahasa melalui agenda pengislaman ini sebagai konsep yang terbaik
sehingga mampu menyaingi keberadaan ilmu-ilmu barat, maka pakar-pakar sains yang
bergabung tenaga dengan pakar-pakar agama, dan bahasa perlu terus menjalankan
kajian demi kajian dalam kesepaduan sains, agama dan bahasa untuk terus
memantapkan sains ini.

8.7 KESIMPULAN

Bab ini telah menggabungkan pemikiran empat tokoh yang dikaji dalam kajian ini.
Melalui perbandingan pemikiran antara mereka dari sudut persamaan dan perbezaan
yang mereka bawakan dalam membahaskan agenda pengislaman ilmu yang
memenuhi konsep kesepaduan sains, agama dan bahasa. Persamaan dan perbezaan
pemikiran yang wujud dalam kalangan tokoh-tokoh sains Melayu Islam ini menjadi
identiti dan pendirian diri masing-masing dalam mengembangkan pemikiran mereka.

Melalui pemikiran mereka ini jugalah, pengkaji cuba membentuk suatu


cadangan modul perlaksanaan konsep kesepaduan sains, Agama Islam dan Bahasa
Melayu untuk diterapkan dalam sistem pendidikan negara yang memerlukan
kerjasama dari pelbagai pihak, dari peringkat atasan sehinggalah peringkat pelajar.
Selaras dengan konsep yang diterapkan dalam pendidikan ini, diharapkan aspek
kerohanian, agama dan ketuhanan turut sama dititik beratkan oleh masyarakat
Malaysia yang berAgama Islam. Semua pihak khususnya Bangsa Melayu seharusnya
menghayati dan mengamalkan ilmu yang memenuhi konsep kesepaduan ini sebagai
381

suatu usaha untuk membentuk masyarakat dan individu yang mempunyai jiwa yang
merdeka daripada unsur-unsur sekularisme yang menjauhkan mereka dengan konsep
agama dan ketuhanan.

Kini, Malaysia telah mempunyai pelbagai kekuatan dan kebebasan untuk


mengembangkan pelbagai bidang sendiri tanpa perlu ada campur tangan dari pihak
luar, termasuklah bidang pendidikan. Maka sewajarnya peluang ini diambil untuk
mengembangkan ilmu melalui sistem pendidikan negara, mengikut konsep yang
terbaik untuk kepentingan rakyat, perkembangan jenerasi berilmu dan pembangunan
negara yang seimbang, harmoni dan tidak hanya mengejar keuntungan dunia yang
melalaikan..
382

BAB IX

KESIMPULAN

Ilmu sains merupakan suatu wahana untuk manusia memahami alam dengan lebih
mendalam ekoran daripada keteraturan alam yang diciptakan oleh Allah dalam
keadaan yang sistematik untuk manusia menguruskannya dalam keadaan yakin serta
mampu meramalkan sebab dan akibatnya. Sains juga berfungsi sebagai alat untuk
mencipta teknologi bagi kemajuan negara dan ilmu yang dibangunkan atas kehendak
dan pengaruh agama, budaya dan kawasan sesuatu bangsa menjadi antara salah satu
teras kepada pembinaan jati diri bangsa mereka. Oleh kerana sains yang ada pada hari
ini diterima mengikut fahaman yang dibentuk oleh Tamadun Barat yang liberal dan
sekular, maka suatu usaha untuk membentuk semula sains agar ia lebih serasi dengan
fitrah manusia perlu diwujudkan. Ini menjadi tanggungjawab yang wajib dipikul oleh
para ilmuwan dan agamawan untuk membentuk semula sains mengikut kehendak dan
cita rasa agama. Pembentukan sains perlu mengikut citarasa Agama Islam kerana
hanya agama yang menyampaikan ilmu kebenaran daripada Pencipta, sedangkan sains
atau ilmu hanyalah penemuan manusia yang masih boleh dipertikaikan kebenarannya.
Maka seharusnya sains dibentuk mengikut cita rasa agama agar ia tidak jauh
menyimpang dari hakikat sebenar kehidupan manusia yang tidak lari daripada
kebergantungan hidup mereka kepada Pencipta.

Pengislaman Ilmu adalah wacana yang tidak pernah dipandang mudah oleh
mereka yang sedar akan tanggungjawab yang wajib dipikul bagi meletakkan ilmu
pada tempatnya mengikut fitrah kejadian. Islam tidak melabelkan ketepatan suatu
ilmu seharusnya tidak bebas nilai seperti yang telah digariskan oleh Tamadun Barat.
Bahkan ilmu adalah sarat nilai dan kebergantungan serta ikatan antara ilmu dan
Penciptanya tidak mungkin dapat dileraikan. Pengislaman ilmu adalah suatu usaha
yang telah lama digerakkan dalam tamadun awal Islam, bahkan mereka terlalu
383

cemerlang dalam mengembangkan ilmu mengikut acuan Islam. Pengislaman ilmu


adalah suatu istilah yang tidak digunakan dalam Tamadun Islam kerana aktiviti umat
Islam waktu itu adalah wajib menguruskan ilmu dengan cara Islam serta dibentuk
mengikut citarasa Islam.

Sejarah telah menunjukkan gambaran kegemilangan intelektual Islam yang


berusaha menghubungjalinkan falsafah Islam dan sains. Ilmuwan awal Islam berusaha
mendapatkan ilmu-ilmu dari tamadun-tamadun lain, membuat tapisan dan
menyeimbangkan ilmu-ilmu tersebut dengan ajaran-ajaran agama. Adapun ilmu-ilmu
yang bertentangan dengan Islam dibuang agar umat Islam terpelihara dari fahaman
yang menyimpang dan mensyirikkan Allah SWT. Hasilnya, Tamadun Islam dijulang
ke zaman emas di persada teratas kemajuan dan kecemerlangan ilmu di peta dunia
seawal abad ke-3M dan ke-4M lagi (Syed Muhammad Dawilah 2003). Namun begitu,
pengislaman ilmu bukanlah baru bermula pada zaman ini, tetapi usaha pengislaman
ilmu ini telah terjadi sejak zaman Rasulullah SAW dan para sahabat pada saat
turunnya al-Quran dalam Bahasa Arab, bahkan semenjak turunnya Nabi Adam ke
bumi lagi. Pada zaman diturunkan Al-Quran, Islam telah merubah pandangan hidup
mereka tentang alam semesta dan kehidupan dunia. Pengislaman ilmu ini diteruskan
oleh para sahabat, tabi’in dan alim ulamak sehingga umat Islam mencapai
kegemilangan dalam ilmu.

Usaha-usaha ke arah merealisasikan dan memperoleh hasil yang tepat dan


diterima oleh agama dan sains melalui aktiviti pengislaman merupakan usaha yang
bukan mudah, ia memerlukan komitmen daripada banyak pihak. Sains dan agama
masing-masing seperti tulang paha dan dagingnya, manakala usaha pengislaman sains
ini umpama memasukkan semula tulang paha manusia ke dalam daging bahagiannya
yang telah lama dipisahkan untuk memastikan ia boleh menjalankan fungsinya kepada
manusia, bukan hanya memerlukan usaha daripada pakar supaya proses ini dilakukan
dengan betul dan berhati-hati, tetapi sokongan dari pihak-pihak lain walaupun ia
terlalu rumit dan menyakitkan. Kepayahan ini adalah hasil daripada keterpisahan
antara agama dan sains yang wujud sekian lama yang bermula daripada Tamadun
Barat dengan revolusi sains mereka untuk menghidupkan tamadun yang sekian lama
berada dalam kegelapan.
384

Walaupun telah diperkatakan bahawa kegiatan dan kreativiti sains dan


teknologi telah bermula sejak tahun 30 000 SM, tidak pula dapat kita nafikan bahawa
sains dan teknologi yang ada dalam negara ini merupakan warisan dari Barat
(Khalijah et al. 2003). Namun begitu, dalam gagasan pengislaman sains, bukanlah
Timur dan Barat yang menjadi isu utama, tetapi sistem epistemologinya (Khalijah et
al. 2003). Oleh kerana keterpisahan yang wujud sekian lama inilah, pengislaman ilmu
memerlukan jalan ikhtiar daripada pelbagai sudut termasuklah sejarah dan falsafah
sains untuk menghubungjalinkan semula hubungan yang terpisah antara sains dan
agama yang telah terpadam dalam cara fikir dan gerak kerja sains.

Sejarah kegemilangan intelektual Islam telah memperlihatkan kepada kita


wujudnya hubungan yang fitrah antara sains dan falsafah. Melalui dua domain ini,
Tamadun Islam melalui perkembangan ilmunya ke peringkat teratas kemajuan dan
kecemerlangan ilmu ketika berada di zaman Abbasiyyah terutamanya semasa
pemerintahan Khalifah Harun Ar-Rashid dan Khalifah Al-Ma’mun yang dianggap
sebagai pelopor ke arah pembangunan pendidikan pada zamannya. Hubungan
kepentingan antara falsafah dan sains telah melalui tribulasi yang sangat panjang
untuk berhadapan dengan pelbagai cubaan dalam era globalisasi. Intelektual Islam
perlu meletakkan tanggungjawab pengislaman ilmu sebagai Fardhu Ain ke atas
mereka. Perspektif yang kukuh, komprehensif dan konklusif merupakan syarat yang
harus ada dalam diri mereka untuk memastikan semangat anjakan paradigma
mengikut rangka kerja epistemologi Islam konsisten dan tidak sekadar hangat-hangat
tahi ayam.

Bagi Agama Islam yang bersumberkan wahyu dari Allah, setiap perkara yang
disampaikan melalui kitab Al-Quran dan Hadis Nabi adalah ilmu yang perlu
dipercayai tanpa ada keraguan dalam hati manusia. Kebenaran faktanya diperoleh
melalui suatu penerokaan dan pemahaman isi kandungan ayat-ayat Al-Quran dan
hadis, dan ia perlu diyakini benar oleh setiap hambanya yang mengakui Allah sebagai
Pencipta dan Nabi Muhammad SAW adalah utusan-Nya. Persoalan-persoalan yang
timbul atau ditimbulkan dalam kalangan manusia berkenaan segala perkara tidak akan
mampu diselesaikan dengan penjelasan dan kajian sains kerana sifat sains itu sendiri
terbatas dengan terbatasnya kemampuan manusia membuktikan sains itu sendiri
385

setepatnya. Namun begitu, skop perbincangan Agama Islam sebagai agama yang
sempurna daripada Pencipta meliputi seluruh urusan alam sehingga ia mampu
menyelesaikan seluruh permasalahan kehidupan manusia melalui rujukan Al-Quran,
Sunnah dan ulama’-ulama’ atau pakar-pakar agama dalam bidang-bidang tertentu.

Selama ini sains dan Islam dipisahkan melalui sekularisme ilmu sehinggakan
sains dan Islam dilihat dalam skop perbincangan yang berbeza dan tidak mungkin
untuk melihat keserasian antara keduanya. Fakta sains boleh sahaja diterima walau ia
secara terang-terangan bersalahan dengan konsep Agama Islam, manakala agama
terus dibincangkan dalam skop yang terlalu sempit, yang jelas menafikan sifat
syumulnya. Sedangkan pada hakikatnya, sains yang disampaikan kepada umat Islam
harus dinilai oleh umat Islam itu sendiri sama ada ia menepati cita rasa agama atau
tidak, sekiranya tidak, mereka seharusnya memikul tanggungjawab agar Agama Islam
berperanan membetulkan sains yang bertentangan dengan prinsip-prinsipnya. Islam
dan sains tidak terpisahkan kerana keduanya lahir dari Pencipta yang sama. Justeru
itu, kedua-dua bidang ini perlu disepadukan bagi memperoleh hasil yang mampu
membentuk diri sebagai individu berilmu dengan ilmu yang berada dilandasan yang
benar. Dalam masa yang sama membentuk suatu sistem kepatuhan dalam diri untuk
sentiasa taat pada segala perintah Pencipta melebihi hal-hal keduniaan walaupun sains
menjanjikan kehidupan yang selesa di dunia. Sains perlu dinilai dan ditapis semula
berdasarkan nilai-nilai murni agar seiring dengan acuan tempatan dan pegangan yang
kukuh berlandaskan Islam. Ini amat penting kepada kesinambungan ilmu dan
pengaruhnya kepada manusia.

Dari sudut bahasa dan ilmu pula, sekalipun keduanya dilihat sebagai dua
perkara yang berbeza, namun keduanya mempunyai sangkut paut dan hubungan yang
saling menguatkan. Bahasa yang digunakan oleh kelompok manusia memainkan
peranan penting sebagai alat untuk memberikan kefahaman kepada kelompok manusia
tersebut kepada pembinaan dan huraian bagi sesuatu ilmu itu. Sains adalah suatu ilmu
yang menggunakan pengolahan, pemahaman dan penerimaan akal manusia. Justeru
itu, sains perlu disampaikan kepada bangsa mereka dengan bahasa yang mampu
difahami dengan jelas dan mendalam bagi memastikan sains tersebut sampai kepada
kefahaman bangsa tersebut. Jika ia disampaikan melalui bahasa yang kurang difahami
386

oleh bangsanya, maka ilmu-ilmu tersebut mungkin sahaja akan terabai dan terhenti
setakat itu kerana kurangnya perhatian dari bangsanya.

Kesepaduan sains, agama dan bahasa merupakan pendekatan yang digunakan


untuk melaksanakan pengislaman ilmu. Wacana pengislaman ilmu sudah terkenal
melalui tokoh-tokoh besarnya seperti Syed Muhammad Naquib Al-Attas, Ismail Al-
Faruqi dan Seyyed Hossein Nasr yang memainkan peranan penting
membangunkannya. Kesepaduan sains dan agama adalah suatu proses pengislaman
ilmu yang menggunakan kaedah tapisan ilmu, sandaran pengisian dan landasan yang
telah ditetap dan digariskan al-Quran dan Sunnah Nabi. Proses ini juga memerlukan
kepada penilaian semula dan kritikan ke atas sains moden yang dipengaruhi oleh
pemikiran dan budaya Barat yang mengasingkan ilmu daripada ajaran agama mereka.

1970-an merupakan tahun bermulanya kebangkitan Islam setelah sekian lama


pemikiran umat Islam terjajah oleh pengaruh Barat yang sekular. Pemikiran yang
terjajah ini hasil daripada sistem pendidikan negara, sistem pentadbiran dan lain-lain
yang mencontohi Barat. Begitu juga dengan Malaysia, idea gagasan pengislaman ilmu
dan wacana Sains Islam juga hangat dibicarakan sejak tahun 1970-an lagi.
Keprihatinan mendalam sarjana Islam terhadap keperluan Sains Islam telah
mendorong mereka untuk menubuhkan Akademi Sains Islam Malaysia (ASASI) pada
1978 dan penubuhan Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (ISTAC)
sejak lewat tahun 1980-an yang berperanan penting memastikan agenda ini terlaksana.
Begitu juga dengan usaha-usaha pengislaman ilmu pusat-pusat pengajian tinggi yang
menubuhkan pelbagai kumpulan penyelidikan dan menyediakan pelbagai kursus yang
bertujuan untuk melaksanakan agenda pengislaman ilmu. Penawaran kursus-kursus
akademik secara formal dalam bidang sejarah dan falsafah sains di beberapa institusi
pengajian tinggi awam tempatan, khasnya di Universiti Kebangsaan Malaysia,
Universiti Malaya, Universiti Sains Malaysia dan Universiti Putra Malaysia.

Perkembangan wacana pengislaman ilmu yang dipelopori ilmuwan seperti Al-


Attas, Al-Faruqi dan Nasr ini telah disambut baik oleh sebahagian ilmuan-ilmuan
Malaysia untuk sama-sama bergiat dalam agenda ini. Antara pemikir-pemikir Islam
Melayu yang turut sama mengembangkan idea pengislaman ilmu mengikut
387

pendekatan mereka yang tersendiri adalah seperti Shaharir Mohd Zain, Tajul Ariffin
Noordin dan Mohd Yusof yang menjadi tokoh pilihan dalam kajian ini. Manakala
Ungku Omar pula merupakan tokoh pengislaman ilmu yang pernah menjalankan
usaha-usaha menyepadukan sains, agama dan bahasa sebelum pengislaman ilmu
masih belum diwacanakan lagi. Justeru, kajian ini membincangkan pemikiran empat
sarjana sains Melayu daripada Malaysia dalam membahaskan konsep kesepaduan
Islam, sains dan bahasa yang selari dengan agenda pengislaman ilmu. kesepaduan
sebegini penting kepada usaha membentuk pembangunan sains yang seiring dengan
fitrah hidup manusia yang berPencipta. Kesepaduan sains, agama dan bahasa juga
merupakan suatu perbincangan yang telah terdapat dalam wacana Sains Islam.
Kesepaduan ini merupakan suatu bentuk respons sarjana Melayu bagi mengatasi
masalah-masalah yang timbul akibat daripada keterpisahan yang dicipta oleh sistem
pendidikan barat yang sekular yang digunakan dalam pendidikan formal negara-
negara di dunia terutamanya negara-negara Islam.

Shaharir Mohd Zain, Tajul Ariffin Noordin, Mohd Yusof Othman dan Ungku
Omar yang masing-masingnya mempunyai keahlian atau kepakaran dalam sains
matematik, sains biologi, sains fizik dan sains perubatan. Shaharir merupakan tokoh
pengislaman ilmu yang banyak bergiat dengan kajian-kajian etnosains, etnomatematik
dan pemperibumian sains sebagai satu wadah pengislaman ilmu di Malaysia. Tajul
Ariffin pula mengembangkan agenda pengislaman ilmu melalui konsep pendidikan
sepadu yang diterapkan dalam sistem pendidikan negara bagi mewujudkan ilmu yang
bersepadu dengan konsep agama di samping mampu menghasilkan insan yang
cemerlang dan seimbang antara keperluan jasmani dan rohani. Manakala Mohd Yusof
pula lebih gemar dengan pendekatan Sains Tauhidik sebagai salah satu medium untuk
membentuk Sains Islam mengikut pemikiran beliau. Berbeza dengan tokoh-tokoh lain
dalam kajian ini, Ungku Omar merupakan seorang tokoh pejuang bangsa yang
menjayakan konsep kesepaduan sains, agama dan bahasa melalui saluran pusat
pengajian tinggi untuk Bangsa Melayu, beliau bergerak dalam keadaan negara masih
berada di peringkat awal pembebasan belenggu penjajah.

Persamaan yang utama dalam pemikiran empat sarjana sains yang


memperjuangkan kesepaduan sains, agama dan bahasa mengikut kajian ini adalah dari
388

sudut komitmen yang diberikan dalam usaha merealisasikan Sains Islam melalui
penulisan dan lisan ke arah membuktikan kepincangan yang wujud dalam pendekatan
Sains Barat sehingga ia tidak lagi relevan digunakan terutamanya masyarakat Islam
yang mentauhidkan Allah dalam segala urusan mereka. Hubung kait yang hanya
melibatkan alam dan manusia serta mengesampingkan faktor nilai dan Pencipta dalam
kajian sains mengikut pendekatan Barat, menjadi perkara utama yang telah ditolak
oleh sarjana-sarjana sains Melayu ini. Mereka berusaha melakukan kajian untuk
mencari sains alternatif yang lebih mengikut fitrah manusia serta selari dengan
pandangan alam Islam bagi menggantikan sains yang mengikut pendekatan Barat
yang sekular. Menurut Hassan (1985), fitrah adalah potensi-potensi yang dimiliki oleh
manusia. Potensi-potensi tersebut merupakan suatu keterpaduan yang tersimpul dalam
nama-nama Allah yang juga menggambarkan sifat-sifat Allah. Fitrah merupakan
perkataan yang berasal daripada Bahasa Arab fathara yang bermaksud menjadikan,
secara etimologinya, fitrah bermaksud kejadian asli, agama, ciptaan, sifat semula jadi,
potensi dasar dan kesucian.

Kajian-kajian yang mereka lakukan dalam mewujudkan kesepaduan sains,


agama dan bahasa disampaikan melalui ucapan lisan dan penulisan-penulisan ilmiah
untuk membuka mate masyarakat Islam yang masih setia dengan Sains Barat serta
menguatkan lagi model dan perlaksanaan kesepaduan sains, agama dan bahasa.
Kritikan-kritikan terhadap Sains Barat dihujahkan bersama alasan-alasan yang
mengikut pandangan alam Islam. Oleh kerana kesepaduan sains, agama dan bahasa
yang menjadi cita-cita Ungku Omar, Shaharir, Tajul Ariffin dan Mohd Yusof
memerlukan kerjasama daripada banyak pihak terutamanya sokongan dan dokongan
politik untuk dilaksanakan secara menyeluruh di semua peringkat pendidikan, maka
perlaksanaannya di peringkat praktikal masih belum berjaya dilaksanakan dengan
jayanya dan mereka masih lagi terpaksa menerima sains dan teknologi dengan
pendekatan sedia ada diteruskan di semua peringkat pendidikan.

Usaha Ungku Omar, Shaharir, Tajul Ariffin dan Mohd Yusof menyepadukan
ilmu sains dan ajaran Islam bersama kepentingan mengikut tahap kajian mereka
masing-masing untuk memperbetulkan sains mengikut perspektif Barat yang
melanggar etika kemanusiaan dan interaksinya secara harmoni dengan alam, serta
389

sistem nilai yang dikesampingkan sehingga melahirkan manusia yang rakus


menguasai alam demi kepentingan peribadi tanpa ada pedoman yang mengawalnya
dari dalam diri sendiri ekoran daripada pendekatan sains dan teknologi yang telah
diterapkan dalam pendidikan mereka. Mereka berusaha membentuk paradigma sains
agar selari dengan kehendak Islam dan seterusnya menolak epistemologi Sains Barat.
Usaha mereka ini perlu diperluaskan lagi kepada skop yang lebih mengkhusus kepada
bidang mereka, sebagai contohnya, Mohd Yusof Othman perlu berusaha untuk
melaksanakan kesepaduan sains, agama dan bahasa dalam bidang pengkhususan
beliau iaitu bidang fizik dengan lebih jelas dan mendalam.

Manakala, memandangkan kajian ini lebih banyak menumpukan data-data


yang diperoleh melalui penulisan tokoh, maka untuk kajian-kajian selepas ini,
bolehlah diperluaskan dengan kajian yang mengkaji kesepaduan sains agama dan
bahasa mengikut pemikiran tokoh melalui ucapan-ucapan mereka. Oleh kerana masih
ramai lagi ilmuan-ilmuan sains tulen yang bergiat dalam pengislaman ilmu, maka
kajian-kajian yang akan datang perlu memperluaskan lagi kajian sebegini dengan
mengkaji pemikiran-pemikiran mereka yang terlibat untuk mencari dan
mengedepankan idea-idea yang mampu membangunkan Sains Islam demi
kepentingan agama dan umat Islam sendiri.

Walaupun di peringkat praktikal terutamanya dalam pendidikan, penyelidikan


dan industri, Sains Barat masih lagi digunakan, namun mereka cuba untuk
menerapkan konsep nilai dan etika Islam agar sains dan teknologi di peringkat
praktikal terpandu oleh nilai-nilai Islam. Nilai-nilai ini diharapkan mampu untuk
‘memanusiakan’ mereka dalam mengendalikan sains dan teknologi daripada
melakukan perkara-perkara yang bukan hanya merosakkan diri sendiri, bahkan
manusia dan alam. Kesepaduan sains, agama dan bahasa melalui wacana pengislaman
sains memberikan ruang seluasnya kepada sarjana-sarjana Sains Islam, terutamanya
sarjana yang diketengahkan dalam kajian ini iaitu, Shaharir, Ungku Omar, Tajul
Ariffin dan Mohd Yusof untuk terus memikirkan langkah terbaik mengikut bidang
pengkhususan mereka dan pemikiran tersendiri ke arah merealisasi dan
memperkasakan Sains Islam berpandukan sumber perundangan utama Islam iaitu Al-
Quran dan Hadis.
390

Oleh kerana kebebasan sarjana memikirkan jalan terbaik ke arah


merealisasikan kesepaduan sains, agama dan bahasa, maka di sana tentunya terdapat
perbezaan pendekatan, langkah atau perancangan mengikut pemikiran sarjana-sarjana
ini dalam memantapkan wacana pengislaman sains. Perbezaan pemikiran ini adalah
pencapahan pendapat yang perlu diraikan bersama selagi ia masih selari dengan
kehendak Islam. Perbincangan kesepaduan sains, agama dan bahasa yang
dibincangkan oleh Shaharir lebih menumpukan kepada etnosains atau pempribumian
sains, Tajul Ariffin dengan pendidikan sepadu, Mohd Yusof dengan Sains
Tauhidiknya serta Ungku Omar sebagai antara pencetus kepada kesepaduan sains
agama dan bahasa.

Perbincangan kesepaduan sains, agama dan bahasa dalam pemikiran empat


sarjana yang dipilih ini boleh dikatakan bukanlah hanya di peringkat dasar, namun
mereka bergerak dan berusaha sesuai dengan zaman mereka. Ungku Omar
melaksanakan kesepaduan sains, agama dan bahasa di peringkat pengajian tinggi
melalui kursus-kursus sains yang dimasukkan dalam senarai kursus Kolej Islam serta
usaha beliau dalam membincangkan penubuhan universiti Islam dan universiti
kebangsaan yang memperjuangkan Islam, sains dan bahasa menerusi pendidikan.
Begitu juga dengan usaha yang ditunjukkan oleh Shaharir yang mengembangkan
kajian beliau dalam pemperibumian sains. Beliau terus mengkaji Sains Islam
terutamanya dalam rantau alam Melayu untuk mencungkil ilmu-ilmu yang wujud di
alam Melayu sebagai suatu alternatif untuk mencari jalan keluar daripada belenggu
pendekatan Sains Barat yang menguasai sistem pendidikan negara. Manakala Tajul
Ariffin pula pernah berjaya melaksanakan kesepaduan sains, agama dan bahasa dalam
sistem pendidikan negara terutamanya di peringkat rendah dan menengah. Mohd
Yusof pula membincangkan kesepaduan sains, agama dan bahasa melalui pendekatan
Sains Tauhidik yang menerapkan paradigma Tauhidik dalam aktiviti penyelidikan
sains di peringkat pengajian tinggi di samping mempertahankan kedudukan bahasa
dan Bangsa Melayu.

Walaupun usaha menyepadukan sains, agama dan bahasa kini dilihat kurang
mendapat sambutan kerana kurangnya penglibatan sarjana-sarjana baru untuk terus
mendalami Sains Islam secara serius, namun pengisian yang dibincangkan dalam
391

kesepaduan ini terus dimantapkan terutamanya oleh Shaharir. Sarjana-sarjana sains


yang terus cuba mendalami Sains Islam sehingga ke hari ini menunjukkan bahawa,
kesepaduan sains, agama dan bahasa tetap terus diperjuang dan tidak terhenti separuh
jalan kerana rasa tanggungjawab mereka kepada Islam walaupun usaha ini tidak
mendapat sambutan yang cukup untuk menambahkan lagi semangat sarjana sedia ada.
Sebagai tujuan untuk terus memantapkan lagi pengisian dan perbincangan mereka
dalam kesepaduan sains, agama dan bahasa. Kesepaduan ini bukan hanya merubah
corak ilmu tetapi memberikan implikasi yang sangat besar kepada pembangunan
masyarakat seiring dengan pembangunan jiwa agar membentuk kehidupan yang
berilmu, harmoni serta mapan.
392

RUJUKAN

Al-Quran. 2012. Kajang: Humaira Bookstore Enterprise.

Abdul Latif Samian. 1993. Kuhnnian paradigm as a methodology to demarcate


Islamic and Western mathematical sciences. Jurnal Pendidikan Islam. 6(1):91-
103.

Abdul Latif Samian. 1997. Pengenalan Sejarah dan Falsafah Sains. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdul Latif Samian. 1999. Falsafah Matematik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Abdul Latif Samian. 2000. Perkembangan Sains Dan Peradaban Manusia. Bangi:
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Abdul Latif Samian. 2009. Al-Quran dan Sunah dalam falsafah sains. Dlm. Mohd
Yusof Hj. Othman (pnyt.). Wacana Sejarah Dan Falsafah Sains: Sains dan
Masyarakat, hlm. 313-323. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdul Latif Samian. 2010. Sains Ketauhidan dalam Melestarikan Ketamadunan.


Prosiding Bengkel Pengajaran Sains Tauhidik, hlm. 142-148.

Abdul Latif Samian. 2012. Memetakan Metamatematik. Bangi: Penerbit Universiti


Kebangsaan Malaysia.

Abdul Latif Samian. 2017. 1001 Akal Budi Melay. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Abdul Latif Samian. 2018. Puisi Hadith;Arba’in Imam Nawawi. Batu Caves: PTS
Media Group SDN. BHD.

Abdul Latif Samian & Khairul Anwar Mastor. 2003. Perkembangan Sains Dan
Peradaban Manusia. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Abdul Wahab Bin Hj Ismail. 1985. Falsafah sains dan teknologi moden menurut
Islam. Dlm. Shaharir Mohamad Zain (pnyt.). Pengenalan Tamadun Islam
dalam Sains dan Teknologi, hlm 1-33. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka. Kementerian Pelajaran Malaysia.

Abdullah Ahmad Na’im. 2003. Pemikiran Islam Kontemporer. Yogyakarta: Penerbit


Jendela.

Abu Bakar Adenan Siregar. 2015. Islamisasi ilmu pengetahuan. Ihya al 'Arabiyah.
5(1): 91-100.

Adi Setia Mohd Dom. 2009. Sains Islam Berdepan Sains Moden Dalam Pemikiran
Ahli Sains Melayu Muslim. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
393

Afifah Abdullah & Norlaila Muhammad. 2009. Transkrip Temubual Prof. Dato’ Dr.
Mohd Yusof Bin Haji Othman Mengenai Sumbangan Beliau Dalam Bidang
Terma Suria. Shah Alam: Universiti Teknologi Mara.

Ahmad Mohamad Said. 2012. Memanusiakan Pendidikan, Memanusiakan Kehidupan.


Jurnal Pendidikan Islam Jun-Dis 2012: 5-19.

Ali Akbar Bin Agil. 2012. Bersedekah Tanpa Harta. https://www.hidayatullah. com/
ramadhan/ mutiara-ramadhan/read/2012/08/07/61515/bersedekah-tanpa-harta-
bag-1.html [5 Mac 2018].

Anon. 2008. Dasar Sains Dan Teknologi Negara. Http://Pmr.Penerangan. Gov.


My/Index.Php/Maklumat-Kenegaraan/247-Dasar-Sains-Dan-Teknologi-
Negara.Html [6 April 2016].

Anon. 2009. Peristiwa Penting Tnb 1949-2009. Kuala Lumpur: Tenaga Nasional
Berhad.

Anon. 2014. Prof. Dato’ Dr. Yusof Othman Rcstss 2014. Regional Conference On
Science, Technology And Sosial Science, hlm. 1.

Ashabulmuslim. 2008, Klasifikasi Ilmu Menurut Imam Al-Ghazali.


https://ashabulmuslim.wordpress.com/2008/06/09/klasifikasi-ilmu-menurut-
imam-al-ghazali/ [4 Mac 2017].

Asyraf Muda. 2012. Pengertian Ilmu Dalam Islam.


http://asyrafmuda.blogspot.my/2012/09/pengertian-ilmu-dalam-islam.html. [5
Julai 2017]

Azhar Hj. Wahid & Zawawi Jahya. 2009. Pendidikan Pembangunan Modal Insan.
Tanjung Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Baharrudin Zainal. 2015. Bintang Tujuh dan bintang dua belas dalam pengetahuan
tabii Malayonesia. Dlm. Shaharir Mohamad Zain (pnyt.). Unsur Etnosains
Malayonesia dalam Bahasa Melayu Sejak Abad Ke-5 Masihi, hlm 560-584.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Baharudin Ahmad (pnyt.). 2008. Agama dan Sains Moden. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Budi Handrianto. 2010. Islamisasi Sains. Jakarta Timur: Pustaka Al-Kautsar.

Burhanuddin Salam. 2005. Pengantar Filsafat. Jakarta: Penerbit Bumi Aksara.

Cemil Akdogan. 2008. Sains dalam Islam dan Barat. Dlm. Baharudin Ahmad (pnyt.).
Agama Dan Sains Moden, hlm 199. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Che Zaharah Abdullah. 2011. Konsep ilmu dalam Islam. Dlm. Pisol Maidin (pnyt).
Kesepaduan Agama dan Sains, hlm 1-17. Shah Alam: Penerbit Universiti
Teknologi Mara.
394

Demografi Malaysia. 2017. https://ms.wikipedia.org/wiki/Demografi_Malaysia


[9September 2018].

Ghazali Basri. 2012. Perlaksanaan pendidikan sepadu: Pengalaman Malaysia dan


negara Brunai Darussalam. Jurnal Pendidikan Islam (Jun-Dis) 2012 :21-37.

Ghulam Nabi Saqeb. 2000. Some reflections on islamization of education since 1977
Makkah conference: accomplishments; failures and tasks ahead. Intellectual
Discourse 2000 8(1): 45-68.

Hadi Kasmaja. 2011. Makalah Filsafat Ilmu: Klasifikasi & Hirarki Ilmu. http:
//hadikasmajads .blogspot.my/2011/01/makalah-filsafat-ilmu-klasifikasi.html
[Jun 2017].

Hakim Mohammed Said & Ansar Zahid Khan. 1992. Al-Biruni: Zaman, Kehidupan
dan Peranannya. Terj. Abdul Latif Samian. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Harith Faruqi Sidek. t.th. Sejarah Pengasas dan Pelopor Penubuhan UKM. Bangi:
Bahagian Koleksi Arkib, Galeri dan Khas Perpustakaan Tun Seri Lanang.

Hasliza Hassan. 2008. Institut Islam Hadhari Perlu Penambahan. Berita Harian 12
April 2008:5.

Hassan Langgulung. 1985. Pendidikan Dan Peradaban Islam. Jakarta:Pustaka Al-


Husna

Hassan Langgulung. 1986. Pendidikan sepadu dan paradigma ilmu. Dlm. Tajul Ariffin
& Abdul Raof (pnyt.). Pendidikan Sepadu: Seminar Pendidikan Sepadu 30
Oktober 1984, hlm. 63-77. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Hussain Othman. 2009. Wacana Asasi Agama Dan Sains. Johor: Penerbit Universiti
Tun Hussein Onn.

Imam Barnadib. 1982. Arti dan Metode Sejarah Pendidikan. Yogyakarta: Yayasan
Penerbitan FIB – IKIP.

Al-Ghazali. 2012. Minhajul Abidin: Wasiat Imam Ghazali. Terj. Ir. Zakaria Adham.
Batu Caves: Victory Agencie.

Ismail Al-Faruqi. 1981. Proses pengislaman sains sosial. Dlm. Sains Sosial Dan Sains
Tulen, hlm. 24-38. Terj. Mohamad Rafie Abdul Malek. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Ismail Al-Faruqi. 1982. Islamization of Knowledge: General Principles and


Workplan. Washington DC: International Institute of Islamic Thought.

Ismail Al-Faruqi. 1984. Islamisasi Ilmu Pengetahuan. Terj. Anas Mahyuddin.


Bandung: Pustaka Bandung.
395

Ismail Al-Faruqi. 1986. The essence of islamic civilization. Dlm. The Cultural Atlas
of Islam, hlm. 73-91. New York: Macmillan Publishing.

Ismail Al-Faruqi. 1988. Islamization of knowledge: Problems, principles and


prospective. Dlm. Islam: Source And Purpose of Knowledge. Jeddah: King
Abdul Aziz University.

Ismail Al-Faruqi. 1992. Al-Tawhid: Its Implication for Thought and Life. Ed. Ke-2.
Virginia: International Institute of Islamic Thought.

Kamus Dewan. 2005. Ed. ke-4. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kamus Matematik. 1990. Ampang: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kamus Matematik Analisis. 1993. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Khalijah Mohd Salleh. 1985. Tamadun Islam dalam bidang fizik. Dlm. Shaharir
Mohamad Zain (pnyt.). Pengenalan Tamadun Islam Sains dan Teknologi, hlm
44-74. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka & Kementerian Pelajaran
Malaysia.

Khalijah Mohd Salleh. 2009. Sains Tauhidik: Model, Ciri-Ciri, Kegiatan dan Amalan.
Kertas Kerja Seminar Pendidikan Sains & Teknologi Maklumat (Stem’09), 14-
16 Dis 2009.

Khalijah Mohd Salleh & Mohd Yusof Hj. Othman. 2009. Sains Tauhidik Sebagai Satu
Kursus STPD. Kertas Kerja Seminar Pendidikan Sains & Teknologi Maklumat
(Stem’09). 14-16 Dis 2009.

Khalijah Mohd Salleh, Mohd Yusof Hj. Othman & Baharudin. 2003. Pengaruh
budaya dalam membentuk masyarakat celik sains. Dlm. Mohd Yusof Hj.
Othman (pnyt.). Wacana Sejarah dan Falsafah Sains: Sains Teknologi dan
Globalisasi, hlm. 23-28. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mahadi Abu Hassan. 2014. Analisis wacana pengislaman sains dan paradigma tauhid
menurut pemikiran Osman Bakar. Tesis Dr. Falsafah. Jabatan Akidah dan
Pemikiran Islam, Universiti Malaya.

Mahadi Abu Hassan & Khadijah Mohd Khambali@Hambali. 2013. Pengislaman sains
dan pengaruhnya dalam peradaban: Respons ilmuan muslim terpilih. Journal
of Human Capital Development. 6(1): 133-150.

Maisarah Binti Hasbullah. 2012. Respons pemikir Islam terhadap modeniti: Wacana
Sains Islam sebagai kajian kes di Malaysia. Tesis Dr. Fal, Fakulti Sains,
Universiti Malaya.

Mat Rofa Ismail & Shaharir Mohamad Zain. 2015. Unsur matematik Malayonesia
dalam Bahasa Melayu akhir kurun ke-18 Masihi hingga awal kurun ke-20
Masihi. Dlm. Shaharir Mohamad Zain (pnyt.). Unsur Etnosains Malayonesia
dalam Bahasa Melayu Sejak Abad Ke-5 Masihi, hlm. 443-515. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa Dan Pustaka.
396

Mohamad Ali Bin Hasan. 1985. Tamadun Islam dalam bidang geologi. Dlm. Shaharir
Mohamad Zain (pnyt.). Pengenalan Tamadun Islam Sains dan Teknologi, hlm
75-98. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka & Kementerian Pelajaran
Malaysia.

Mohamad Ezuan Mohd Saad. 2011. Lakaran Sejarah Penubuhan Ukm. Kuala
Lumpur: Penerbitan Harakah.

Mohamed Aslam Haneef. 2005. A Critical Survey on Islamization of Knowledge.


Kuala Lumpur: International Islamic University Malaysia.

Mohd Kamal Hassan. 1986. Penghayatan Islam dalam mempelajari dan


mengembangkan ilmu. Dlm. Tajul Ariffin Noordin dan Abdul Raof Dalip
(pnyt.). Pendidikan Sepadu: Seminar Pendidikan Sepadu 30 Oktober 1984,
hlm 11-36. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohd Uzi Bin Dollah. 2007. Penerapan nilai dalam pengajaran guru matematik
sekolah menengah: Satu kajian kes. Tesis Ijazah Doktor Falsafah. Universiti
Sains Malaysia.

Mohd Yusof Hj. Othman. 1992. Pendidikan Tinggi Sains: Ke Arah Reformasi
Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd Yusof Othman. 2000. Menjejak Kualiti Menjana Kecemerlangan . Kuala


Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd Yusof Hj Othman. 2006. Keunggulan Bahasa Melayu: Menyongsong Tatanan


Baru Dunia. Kertas Kerja Seminar Bahasa Dan Sastera Sempena Majlis
Bahasa Brunei-Indonesia-Malaysia (Mabbim).

Mohd Yusof Hj Othman. 2009a. Sains, Masyarakat Dan Agama. Kuala Lumpur:
Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

Mohd Yusof Hj Othman. 2009b. Isu dalam pemikiran sains. Dlm. Mohd Yusof Hj.
Othman (pnyt.). Wacana Sejarah Dan Falsafah Sains: Sains dan Masyarakat,
hlm. 278-304. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd Yusof Hj Othman. 2009c. Mengembalikan Sains Insani. Dlm. Mohd Yusof Hj.
Othman (pnyt.). Wacana Sejarah Dan Falsafah Sains: Sains dan Masyarakat,
hlm. 324-337. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd Yusof Hj Othman. 2009d. Etika dalam penyelidikan sains. Dlm. Mohd Yusof
Hj. Othman (pnyt.). Wacana Sejarah Dan Falsafah Sains: Sains dan
Masyarakat, hlm. 476-505. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd Yusof Hj Othman. 2009e. Beberapa kritikan terhadap Sains Barat moden. Dlm.
Mohd Yusof Hj. Othman (pnyt.). Wacana Sejarah Dan Falsafah Sains: Sains
dan Masyarakat, hlm. 144-161. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
397

Mohd Yusof Hj Othman. 2009f. Kepentingan dan kedudukan ilmu sains asas dalam
perkembangan ilmu. Dlm. Mohd Yusof Hj. Othman (pnyt.). Wacana Sejarah
Dan Falsafah Sains: Sains dan Masyarakat, hlm. 675-693. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd Yusof Hj Othman. 2009g. penyelidikan sains: Konsep, metodologi dan krisis
nilai. Dlm. Mohd Yusof Hj. Othman (pnyt.). Wacana Sejarah Dan Falsafah
Sains: Sains dan Masyarakat, hlm. 385-401. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.

Mohd Yusof Hj Othman. 2009h, Isu dalam pemikiran sains. Dlm. Mohd Yusof Hj.
Othman (pnyt.). Wacana Sejarah Dan Falsafah Sains: Sains dan Masyarakat,
hlm. 278-304. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd Yusof Hj Othman. 2010. Mengapa dunia memerlukan Sains Tauhidik.


Prosiding Bengkel Pengajaran Sains Tauhidik, hlm. 10-20.

Mohd Yusof Hj Othman. 2012. Gagasan 1Malaysia: Kreativiti & Inovasi Dalam
Pembinaan Peradaban. Putrajaya: Akademi Kenegaraan BTN, Jabatan
Perdana Menteri.

Mohd Yusof Hj Othman. 2013. Sains dalam Maqasid Al-Quran. Bangi: Perpustakaan
Tun Seri Lanang.

Mohd Yusof Hj Othman. 2014. Pengenalan Sains Tauhidik. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa Dan Pustaka.

Mohd Yusof Hj Othman. 2015. Pendekatan Sains Tauhidik. Bangi. Temu bual 29
Ogos.

Mohd Zahedi Daud. 2005. Pelan Integriti Nasional; Strategi Perlaksanaan Peringkat
Institusi Pengajian Tinggi. Shah Alam: Pusat Penerbitan Universiti.

Mohd Zamberi A. Malek. 2012. Ungku Omar Ahmad: Tokoh Negara Tersohor. Kuala
Lumpur: Anjung Media Resources.

Muhamad Syukri Salleh. 1986. Beberapa aspek kesepaduan ilmu dalam Islam: Kes
ilmu pembangunan berteraskan Islam. Dlm Tajul Ariffin Noordin & Abdul
Raof Dalip (pnyt.). Pendidikan Sepadu: Seminar Pendidikan Sepadu 30
Oktober 1984, hlm 47-62. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Muhammad Alinor Abdul Kadir. 2008. Sains Islam Melampaui Metafizik-Mekanisme.


http://www.kesturi.net/?p=584. [5 Mac 2016].

Muhammad Amimul Ahsan, Abul Kalam Mohammad Shade & Afzal Ahamad. 2013.
Islamization of knowledge: An agenda for muslim intellectuals. Global
Journal Of Management And Business Research Administration And
Management. 13(10).
398

Muhammad Makrufi. 2012. Hasil Konferensi Mekkah: Syed M. Naquib Al-Attas Dan
Ismail R. Al-Faruqi. http://makrufimuhammad.blogspot.my/2012/03/hasil-
konferensi-mekkah.html [5April 2016]

Muhammad Saad. 2014. Klasifikasi Ilmu Menurut Imam Al-Ghazali Sebagai Asas
Pendidikan Islam. http://inpasonline.com/klasifikasi-ilmu-menurut-imam-al-
ghazali-sebagai-asas-pendidikan-islam/. [6 Jan 2016].

Mustafa Abdul Rahman. 2005. Hadith 40 (Terjemahan Dan Syarahnya). Shah Alam:
Dewan Pustaka Fajar

Nik Azis Nik Pa. 1999. Kesepaduan Dalam Pendidikan Matematik. Kuala Lumpur:
Jabatan Pendidikan Islam Dan Moral, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Noor Hisham Md Nawi. 2015. Perjuangan Pendidikan: Dari Kesepaduan Ke


Islamisasi. Pengkalan Chepa: Penerbit Universiti Malaysia Kelantan.

Nor Asiah Ibrahim Shah, Mohd Othman Yussoff & Hafizah Kusnek@Khusni. 2017.
Pendekatan integratif Syed Muhammad Naquib Al-Attas: Pelaksanaan ke atas
sistem pendidikan di Malaysia. Persidangan Antarabangsa Pengajian
Islamiyyat Kali ke-3 (IRSYAD2017).

Osman Bakar. 1991. Tawhid and Science: Essay on the History and Philosophy of
Islamic Science. Pakistan: Suhail Academy Lahore.

Osman Bakar. 1987. Perkembangan-perkembangan penting dalam pemikiran sains


masakini; Satu tinjauan umum. Dlm. Osman Bakar (pnyt.). Islam Dan
Pemikiran Sains Masa Kini, hlm. 50-57. Bangi: Akademi Sains Islam
Malaysia.

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010. Kementerian Pendidikan


Malaysia.

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Kementerian


Pendidikan Malaysia.

Pusat Kajian Kecemerlangan Melayu. 2017. https://www.facebook.com/pkkm.um/ [3


Jun 2017.

Al-Qurtubi, Muhammad B. Ahmad Al-Ansari. 1967. Jami Li Ahkam Al-Quran.


Kaherah: Dar Al-Kitab Al-‘Arabi.

Rosnani Hashim. 1996. Educational Dualism In Malaysia: Implications For Theory


And Practice. Kuala Lumpur: Oxford University Press.

Rosnani Hashim. 2001. Kurikulum Pendidikan Dari Perspektif Islam. Jurnal


Pendidikan Islam. 9(4).

Rosnani Hasyim & Imron Rossidy. 2000. Islamization of knowledge: A comparative


analysis of the conceptions of Al-Attas and Al-Faruqi. Intellectual Discourse,
2000. 8(1):19-44.
399

Rosnani Hasyim & Imron Rossidy. 2006. A comparative analysis of the conceptions
of Al-Attas and Al-Faruqi. Dlm. Mohd Yusof Hussain (pnyt.). Islamization of
Human Sciences, hlm, 115-140. Kuala Lumpur: Universiti Islam Antarabangsa
Malaysia.

Robbins, P. Stephen. 2003. Organization Behaviour. Ed. ke-10. San Diego: Prentice
Hall

Sa’id Hawa. 1975. Al-Asas Fi Al-Tafsir. Bairut: Dar As-Salam.

Sa’idu Sulaiman. 2000. Islamization Of Knowledge, Background, Models And The


Way Forward. Nigeria: The International Institute Of Islamic Thought.

Saharia Hj. Ismail. 2015. Pembangunan insan dalam falsafah pendidikan kebangsaan.
Journal Of Human Capital Development. 8(2):1985-7012

Sarjit Singh Gill. 2008. Rukun Negara Berkesan Perkukuh Perpaduan Kaum. Berita
Harian, 19 Sept 2008:14.

Sayyid Qutub. 1995. Fi Zilal Al-Quran. Kaherah: Dar Al-Syuruq.

Sidek Baba. 2006. Pendidikan Rabbani: Mengenal Allah Melalui Ilmu Dunia. Shah
Alam: Karya Bestari Sdn. Bhd.

Shaharir Mohamad Zain (pnyt.). 1976. Istilah-Istilah Matematik. Bangi: Universiti


Kebangsaan Malaysia.

Shaharir Mohamad Zain. 1985. Tamadun Islam dalam bidang matematik. Dlm.
Shaharir Mohamad Zain (pnyt.). Pengenalan Tamadun Islam dalam Sains dan
Teknologi, hlm 125-174. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka &
Kementerian Pelajaran Malaysia.

Shaharir Mohamad Zain, 1986. Pendidikan Sains Terkamir Di Peringkat Universiti.


Dlm. Tajul Ariffin & Abdul Raof (pnyt.). Pendidikan Sepadu: Seminar
Pendidikan Sepadu 30 Oktober 1984, hlm. 37-46. Bangi: Penerbit Universiti
Kebangsaan Malaysia.

Shaharir Mohamad Zain Mohd Zain. 1987. Pengenalan Sejarah Dan Falsafah Sains.
Kuala Lumpur: Akedemi Sains Islam Malaysia (ASASI)

Shaharir Mohamad Zain. 1989. Pengislaman ilmu matematik. Dlm Osman Bakar
(pnyt.). Islam Dan Pemikiran Masa Kini. Hlm 49-72. Kuala Lumpur: Akademi
Sains Islam Malaysia

Shaharir Mohamad Zain. 1990. Simbiosis Antara Sistem Nilai Dengan Tabii
Matematik. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia

Shaharir Mohamad Zain. 1993. Pengamiran Islam dengan sains: Gusutan dan
pelepasnya. Kertas kerja Dibentangkan Di Seminar Islam Dan Ilmu Dalam
Pembangunan Tamadun, Di Kolej Agama Sultan Zainal Abidin (KUSZA)
Kuala Terengganu, 19 Sept 1993.
400

Shaharir Mohamad Zain. 1996. Islamic Science: A Misunderstood Subject. MAAS


Journal Of Islamic Science. 12(1): 57-73.

Shaharir Mohamad Zain. 1998. Towards a quantum leap in the development of


islamic science in Malaysia. Dlm Anuar Ab Razak & Abu Bakar Abdul
Majeed (pnyt.). Islam: Science And Technology, hlm 47-76. Kuala Lumpur:
Institute of Islamic Understanding Malaysia.

Shaharir Mohamad Zain. 2000. Pengenalan Sejarah dan Falsafah Sains. Bangi:
Akademi Sains Islam Malaysia.

Shaharir Mohamad Zain. 2001. Indigenization of technology and challenge of


glabalization: The case of Malaysia. Journal Of Islamic Science. 15 (1-2): 109-
134.

Shaharir Mohamad Zain. 2003. Nilai-nilai kemanusiaan dalam matematik sekolah.


Jurnal Pendidik Dan Pendidikan. 2002/2003(18): 15-28.

Shaharir Mohamad Zain. 2007. Selamat Bertemu.


http://shaharirbmz.blogspot.my/2007/09/selamat-bertemu.html [2Jun 2016]

Shaharir Mohamad Zain. 2009a. Menormalkan Sains Islam.


http://www.kesturi.net/?p=77 [7 Mei 2016].

Shaharir Mohamad Zain. 2009b, Etnomatematik Menambah Nilai Pendekatan


Matematik. https://www.majalahsains.com/etnomatematik-menambah-nilai-
pendekatan-matematik/ [1 April 2016].

Shaharir Mohamad Zain 2009c. Haluan Pengisian ASASI dalam Sains Islam.
Www.Kesturi.Net/Archives/68 [12 Julai 2016].

Shaharir Mohamad Zain. 2009d. Sains Islam Bukan Hasil Bucaillisme.


Http://Www.Kesturi.Net/?P=876 [2 Jun 2017].

Shaharir Mohamad Zain. 2010a. Ahli Akademik Mesti Artikulasikan Ilmu Dengan
Massa. https://www.majalahsains.com/ahli-akademik-mesti-artikulasikan-
ilmu-dengan-massa-prof-dr-shaharir-mohamad-zain/ [2 Jun 2016].

Shaharir Mohamad Zain. 2010b. Pendidikan Islam Yang Sebenar: Yang Mana
Satukah Sebenarnya Tempat Pendidikan Islam?
http://shaharirbmz.blogspot.my/2010/04/pendidikan-islam-yang-sebenar.html
[2 Mac 2017].

Shaharir Mohamad Zain (pnyt.). 2015a. Unsur Etnosains Malayonesia Dalam Bahasa
Melayu Sejak Abad Ke-5 Masihi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Shaharir Mohamad Zain. 2015b. Etnomatematik dalam Bahasa Melayu. Dlm. Shaharir
Mohamad Zain (pnyt.). Unsur Etnosains Malayonesia Dalam Bahasa Melayu
Sejak Abad Ke-5 Masihi, hlm 3-28. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
401

Shaharir Mohamad Zain. 2015c. Keperluan menjadikan Bahasa Melayu terlestari


demi pembangunan sains dan matematik. Dlm. Shaharir Mohamad Zain
(pnyt.). Unsur Etnosains Malayonesia Dalam Bahasa Melayu Sejak Abad Ke-
5 Masihi, hlm 121-162. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Shaharir Mohamad Zain. 2015d. Pembinaan sains Malayonesia-Islam. Dlm. Shaharir


Mohamad Zain (pnyt.). Unsur Etnosains Malayonesia Dalam Bahasa Melayu
Sejak Abad Ke-5 Masihi, hlm 29-54. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Shaharir Mohamad Zain. 2015e. Peranan bahasa sendiri dalam pembangunan sains
sepanjang zaman. Dlm. Shaharir Mohamad Zain (pnyt.). Unsur Etnosains
Malayonesia Dalam Bahasa Melayu Sejak Abad Ke-5 Masihi, hlm 75-120.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Shaharir Mohamad Zain. 2015f. Keperluan menjadikan Bahasa Melayu terlestari demi
pembangunan sains dan matematik. Dlm. Shaharir Mohamad Zain (pnyt.).
Unsur Etnosains Malayonesia Dalam Bahasa Melayu Sejak Abad Ke-5
Masihi, hlm 121-162. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Shaharir Mohamad Zain. 2015g. Etnobotani tertua dalam Bahasa Melayu. Dlm.
Shaharir Mohamad Zain (pnyt.). Unsur Etnosains Malayonesia Dalam Bahasa
Melayu Sejak Abad Ke-5 Masihi, hlm 278-316. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.

Shaharir Mohamad Zain. 2015h. Etnosains dan etnoteknologi dalam Bahasa Melayu
sebelum penjajahan Eropah. Dlm. Shaharir Mohamad Zain (pnyt.). Unsur
Etnosains Malayonesia Dalam Bahasa Melayu Sejak Abad Ke-5 Masihi, hlm
319-379. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Shaharir Mohamad Zain. 2018. Kesatuan Sains, Agama dan Bahasa. Kajang. Temu
bual 10 September.

Shaharir Mohamad Zain & Abdul Latif Samian. 1987. Pengislaman Sains Matematik.
Jurnal Pendidikan Islam ABIM. 2(7): 13-55.

Shaharir Mohamad Zain & Abdul Latif Samian. 1989. Pengislaman Sains Matematik.
Dlm. Osman Bakar (pnyt.). Islam Dan Pemikiran Sains Masa Kini. Petaling
Jaya: Akademi Sains Islam Malaysia.

Shaharir Mohamad Zain & Abdul Razak Salleh. 2015. Sistem nombor dan angka
dalam Bahasa Melayu berdasarkan kajian etimologi dan penyukatan. Dlm.
Shaharir Mohamad Zain (pnyt.). Unsur Etnosains Malayonesia Dalam Bahasa
Melayu Sejak Abad Ke-5 Masihi, hlm 515-442. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.

Shaharir Mohamad Zain Dan Wan Ramli. 1999. PeMelayuan, pemalaysiaan dan
pengislaman ilmu sains dan teknologi dalam konteks dasar sains negara.
Kesturi. 9 (2): 1-34.
402

Syahril Kadir. 2017. Anak Melayu Pertama Ada Ph.D Matematik. https://www
.mynewshub. cc/utama-sensasi/anak-Melayu-pertama-ada-phd-matematik/ [3
Jun 2017]

Sayyed Hossein Nasr 1994. A Young Muslim Guide To The Modern World. Kuala
Lumpur: Mekar Publisher.

Sayyed Hossein Nasr. 1994b. The Islamic Worldview And Modern Science. MAAS
Journal of Islamic Science. 10(2): 33-50.

Syed Ali Ashraf. 1985. New Horizons In Muslim Education. Cambridge: The Islamic
Academy U.K.

Syed Muhammad Naquib Al-Attas. 1972. Islam dalam Sejarah dalam Kebudayaan
Melayu. Bangi:UKM

Syed Muhammad Naquib Al-Attas. 1978a. Islam And Secularism. Kuala Lumpur:
Angkatan Belia Islam Malaysia.

Syed Muhammad Naquib Al-Attas. 1978b. Aims And Objectives Of Islamic


Education. Jeddah: King Abdul Aziz University.

Syed Muhammad Naquib Al-Attas. 1980. The Concept Of Education In Islam: A


Framework Of An Islamic Philosophy Of Education. Kuala Lumpur:
International Institute of Islamic Thought and Civilization.

Syed Muhammad Naquib Al-Attas. 1989. Islam And The Philosophy Of Science.
Kuala Lumpur; ISTEC.

Syed Muhammad Naquib Al-Attas. 1993. The Meaning And Experience Of Happiness
In Islam. Kuala Lumpur: ISTEC.

Syed Muhammad Naquib Al-Attas. 1995. Islam Dan Filsafat Sains. Terj. Bandung:
Penerbit Mizan.

Syed Naquib Al-Attas. 1996. Konsep Pendidikan Dalam Islam. Terj. Bandung:
Penerbit Mizan.

Syed Muhammad Dawilah. 2003. pengaruh budaya dalam membentuk masyarakat


celik sains. Dlm. Mohd Yusof Hj. Othman (pnyt.). Wacana Sejarah dan
Falsafah Sains: Sains Teknologi dan Globalisasi. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Taha Jabir Al-Alwani. 1995. The Islamization Of Knowledge: Yesterday And Today,
Virginia: IIIT.

Tajul Ariffin Noordin. 1988. Konsep Asas Pendidikan Sepadu. Kuala Lumpur: Nurin
Interprise.

Tajul Ariffin Noordin. 1990. Pendidikan: Suatu Pemikiran Semula. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
403

Tajul Ariffin Noordin. 1993. Perspektif Falsafah Dan Pendidikan Di Malaysia. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Tajul Ariffin Noordin. 2017. Konsep Pendidikan Sepadu. Bangi. Temu bual 21 April.

Tajul Ariffin Noordin & Abdul Rahman Kurais. 1987. KBSM Dari Pandangan Kita.
Jurnal Pendidikan Islam. 2(6):44–73.

Tajul Ariffin Noordin & Abdul Raof Dalip. 1986. Pendidikan Sepadu. Dlm Tajul
Ariffin Noordin dan Abdul Raof Dalip (pnyt.). Pendidikan Sepadu: Seminar
Pendidikan Sepadu 30 Oktober 1984. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan
Malaysia.

Tajul Ariffin Noordin & Nor Aini Dan. 1992. Pendidikan Dan Wawasan 2020:
Falsafah, Perguruan Dan Persekolahan. Kuala Lumpur: Arena Ilmu Sdn.
Bhd.

Tajul Ariffin Noordin & Noor Aini Dan. 2002. Pendidikan Dan Pembangunan
Manusia: Pendekatan Bersepadu. Bandar Baru Bangi: Assyabab Media.

Tajul Ariffin Nordin, Roslee Ahmad & Rahimawati Abdul Rahim. 2007. Membina
Pelajar Cemerlang : Evolusi Pembelajaran Sepanjang Hayat. Johor Bahru:
Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.

Talib Samad. 1987. Berjihad Menerusi Tulisan. Shah Alam: Marwilis Publisher SDN.
BHD.

The Liang Gie. 1968. Pertumbuhan Pemerintahan Daerah Di Negara Republik


Indonesia. Jakarta:PT. Gunung Agung

Ungku Omar Ungku Ahmad. 1958. Bahasa Melayu dalam lapangan kesihatan,
perubatan dan rumah sakit. Dlm. Collected Words Of Ungku Omar, hlm. 1-5.
Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Ungku Omar Ungku Ahmad. 1960. Usaha-usaha mengumpulkan istilah perubatan


dalam bahasa kebangsaan. Dlm. Collected Words Of Ungku Omar, hlm. 9-11.
Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Ungku Omar Ungku Ahmad. 1966. Urgent medical problems which endanger rural
development and socio-economic progress of Malaysia. Dlm. Collected Words
Of Ungku Omar, hlm. 13-25. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Ungku Omar Ungku Ahmad. 1967a. Malaria eradication in West Malaysia. Dlm.
Collected Words Of Ungku Omar, hlm. 26-29. Kuala Lumpur: Universiti
Malaya.

Ungku Omar Ungku Ahmad. 1967b. Keadaan kesihatan di luar bandar penting untuk
proses pembangunan dalam segala bidang. Dlm. Collected Words Of Ungku
Omar, hlm. 31-37. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
404

Ungku Omar Ungku Ahmad. 1967c. Konsep universiti Islam di Malaysia. Dlm.
Collected Words Of Ungku Omar, hlm. 42-49. Kuala Lumpur: Universiti
Malaya.

Ungku Omar Ungku Ahmad. 1967d. Medical and health problems associated with
socio-economic development of rural areas in Tropical Malaysia. Dlm.
Collected Words Of Ungku Omar, hlm. 30. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Ungku Omar Ungku Ahmad. 1968a. Kedudukan belia di masa ini. Dlm. Collected
Words Of Ungku Omar, hlm. 85-90. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Ungku Omar Ungku Ahmad. 1968b. Universitas Indonesia sebagai pusat


pembangunan intelektual dan perpaduan di Asia Tenggara. Dlm. Collected
Words Of Ungku Omar, hlm. 91-98. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Wikipedia. 2014, En.M.Wikipedia.Org/Wiki/National_University_Of_Malaysia. [5


April 2016]

Wan Mohd Nor Wan Daud, 1988. Budaya Ilmu: Konsep Prasyarat Dan Perlaksanaan
Di Malaysia. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise.

Wan Mohd Nor Wan Daud. 1998. The Educational Philosophy and Practice of Syed
Muhammad Naquib Al-Attas: An Exposition of the Original Concept of
Islamization. Kuala Lumpur: International Institute of Islamic Thought.

Wan Mohd Nor Wan Daud. 2005. Falsafah Dan Amalan Pendidikan Islam Syed M.
Naquib Al-Attas: Satu Huraian Konsep Asli Islamisasi. Kuala Lumpur:
Penerbit Universiti Malaya.

Wan Ramli Wan Daud, 2010. Kejuruteraan: Seni atau Sains. Bangi: Universiti
Kebangsaan Malaysia.

Ziauddin Sardar. 1992. Hujah Sains Islam. Terj. Abdul Latif Samian. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
405

LAMPIRAN A

KAEDAH PENGAJARAN DAN CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN YANG


MENERAPKAN KONSEP BERSEPADU BAGI MATAPELAJARAN BIOLOGI
OLEH TAJUL ARIFFIN

Kaedah Pengajaran

Menurut Tajul Ariffin (1990:219-220), kaedah pengajaran adalah kesepaduan di


antara kaedah pemikiran (rasional), proses saintifik, kaedah analisa empirical,
penghayatan ilmu wahyu dan akidah. Dalam kata lain kaedah ini digunakan
berasaskan ajaran al-Quran untuk menghayati dan menyedari kebesaran Allah.

Sebuah Rancangan Mengajar harus mempunyai kelonggaran yang sesuai


dengan suasana pengajaran dan pembelajaran. Bagi menjelaskan konsep pendidikan
sepadu, maka Tajul Ariffin mengemukakan satu cadangan bentuk rancangan mengajar
iaitu:

Contoh:

TAJUK: Kepelbagaian benda hidup

TUJUAN: Memahami konsep kehidupan yang merangkumi tumbuhan dan haiwan

OBJEKTIF: i) dapat menerangkan sejarah penciptaan hidupan

ii) dapat mengenalpasti ciri-ciri dan pengkelasan hidupan

iii) menyedarkan adanya keseimbangan dan keharmonian dalam


kehidupan

RUJUKAN: i) Al-Quran, surah An-Nur 24:45

ii) Buku-buku teks sekolah

iii) Majalah dan Surat Khabar

iv) Lain-lain sumber

Langkah Pengajaran

Permulaan:

Diperkenalkan tajuk mengikut perkembangan sains semasa kemudian dikaitkan


dengan pengajaran dari Al-Quran, Surah An-Nur 24:45
406

Perkembangan:

Dihuraikan isi pengajaran dengan mengikut kaedah saintifik dan empirical. Misalnya
sifat-sifat am dan sifat-sifat khas haiwan, ciri-ciri pengkelasan hidup menurut tertib
kaedah saintifik. Juga dilakukan latihan amali seperti menimbang, mengira dan
mengukur ciri-ciri morfologi dan anatomo kehidupan. Dalam masa yang sama,
dipadukan maklumat ini dengan pengajaran dari surah An-Nur 24:45 seperti asas
penciptaan hidup dari air dan sifat-sifat hidupan.

Kesimpulannya, dari perkembangan di atas, guru boleh membuat peneguhan


tentang prinsip-prinsip sains. Akhirnya pelajar perlu disedarkan betapa prinsip-prinsip
sains sebenarnya adalah merupakan hukum dan peraturan Allah.

Dari contoh rangcangan mengajar ini menunjukkan bahawa prinsip-prinsip


saintifik dan empirikal bukan sahaja tidak diabaikan, malah terus dikembangkan dan
disepadukan pula dengan ilmu wahyu yang bersumberkan al-Quran.
407

LAMPIRAN B

KAEDAH PENGAJARAN DAN CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN SAINS


KEISLAMAN MATEMATIK OLEH SHAHARIR MOHAMAD ZAIN

Contoh Pendekatan Kuliah Sains Keislaman Matematik

Menurut Shaharir (1986: 42-45), segala tajuk yang dibincangkan, kaitan dengan
sejarah tamadun Islam (jika ada) dan sistem nilai Islam mestilah dibabitkan serta
menjadi motivasi dan pertimbagan pembicaraan perkara tersebut.

Ciri-ciri konkrit pendekatan Keislaman kepada sesuatu tajuk kuliah ialah


seperti berikut:

i. Penghayatan budaya Islam


ii. Pengaitan dengan sejarah Sains Islam (jika ada)
iii. Penonjolan kaedah sains Aqli dan sebagai usaha memahami rahsia
penciptaan Allah dan seterusnya memperkuatkan iman.
iv. Penonjolan sains sebagai bahan pendidikan bukan pemvokasian
v. Penonjolan kelemahan manusia, hal-hal kontroversi dan yang belum
diketahui atau yang tak mungkin diketahui menerusi sains.
vi. Pengolahan bahan yang menempakkan kesatuan ilmu.

Contoh Rancangan Pengajaran Kuliah Kalkulus Pembezaan Tahun I yang


Menerapkan Konsep Pendidikan Terkamir Keislaman (Bersepadu)

Kuliah dikendalikan oleh pensyarah muslim kepada sekelompok pelajar yang di


dalamnya terdapat pelajar muslim.

Perjalan kuliah adalah seperti berikut:

1) Kuliah dimulakan dengan Bismillah.


2) Memberi salam
3) Mengajak pelajar (muslim) bersama-sama membaca Al-Fatihah bagi
memberkati sesi pengkuliahan dan doa.
4) Catatkan isi yang akan dibicarakan seperti berikut:

i) Kenapa Kalkulus: Sejarah 4 Motivasi dan pembinaan model dinamik

-contoh/latihan

ii) Takrif Terbitan- sistem nombor nyata, had dan keselanjaran


408

-contoh/latihan

iii) Berbagai tafsiran kepada terbitan

-contoh/latihan

iv) kajian sains yang memerlukan konsep terbitan-teorem-teorem terbitan. Pembuktian


beberapa teorem pilihan

Pengisian-pengisian yang perlu disampaikan kepada pelajar bukanlah dilaksanakan


dalam satu-satu pengkuliahan sahaja.

5) Pentakrifan

Takrif Kalkulus dari segi bahasa dan rasional penetapan istilah ini. Ceritakan dan
tunjukkan bagaimanakah kajian benda yang bergerak, berevolusi, berubah dan
sebagainya memerlukan konsep nombor atau konsep masa, sungguhpun ujikaji tidak
memerlukan kewujudan nombor nyata. Konsep kadar perubahan kepada kuantiti yang
terpaksa (sengaja) dianggap memenuhi kehendak intuisi dan menyesuaikannya dengan
tahap kemampuan manusia sebagai makhluk. Hubungkan dengan proses sains.

Terangkan yang takrif terbitan yang termotivasi daripada pertimbangan kadar


perubahan itu memerlukan kewujudan nombor nyata, konsep had dan sekurang-
kurangnya konsep keselanjaran. Terangkan makna wujud. Beri contoh termasuk
contoh sangkalan.

6) Penumpuan kepada Matematik Nombor Nyata

Pembinaan sistem nombor. Sumbangan sarjana Islam. Beri satu dua ayat al-Quran
yang dikatakan menjadi motivasi kepada penemuan sistem nombor. Keangkuhan
Kronecker sebagai contoh mewakili falsafah hidup sarjana Barat. Konsep
Kekardinalan. Pernyataan aksiom nombor nyata dan aksiom pilihan, hipotesis
kontinum. Implikasinya kepada konsep kebenaran matematik. Nyatakan benda yang
kita tak tahu dan yang tak mungkin diketahui berkenaan dengan nombor itu.
409

Perbincangan tentang sistem nombor harus dibuat sedikit-sedikit pada


beberapa tempat yang berbeza sehinggalah sampai kepada ketaksamaan ( yang sesuaai
dibincang di bawah sains hubungan dan sains pengurusan) dan akhirnya pembinaan
Cantor (sesuai dalam analisis sahaja).

Latihan atau contoh juga dijalankan di dalam kelas.

7) Penumpuan kepada Matematik Had yang diperlukan untuk Pembezaan.

Beri keterangan had dari segi bahasa, segi matematik, intuisi dahulu, diikuti dengan
cara formal (iaitu cara analisis tak piawai dan cara ε-σ). Sedikit sejarah perkembangan
pemformalan konsep had. Konsep sistem nilai ahli matematik dan falsafah hidupnya.
Konsep kewujudan Aljabarnya. Tumpu kepada cara ε-σ dan intuisi sahaja sambil
menyatakan sebabnya.

Latihan atau contoh juga dijalankan di dalam kelas.

8) Penumpuan Kepada Keselanjaran

Kewujudan keselanjaran secara intuisi, kesesuaiannya dengan sains. Terangkan


bagaimana konsep ini boleh diterima sebagai model sahaja. Hubungkan dengan sistem
nombor.

Takrif selanjar secara intuisi performalannya cara ε-σ sahaja. Aljabarnya.

Latihan atau contoh juga dijalankan di dalam kelas.

9) Takrif Terbitan dalam bentuk Had

Konsep kewujudan terbitan. Sejarah penemuannya. Tatatanda terbitan. Tunjukkan


kewujudan terbitan kepada suatu kuantiti yang diminati hanya berupa satu model
sahaja. Beri contoh fungsi selanjar di mana-mana sahaja tetapi tak terbezakan di
mana-mana, keselanjaran bertentangan dengan sifat jirim, dan sebagainya. Beri
beberapa tafsiran sains dan geometri tentang terbitan dan perkuatkan betapa benarnya
kewujudan terbitan dalam sains itu hanya berupa model semata-mata.

Pengiraan mudah cara klasik dan moden.

Keperluan teorem-teorem dan bukti beberapa teorem.

Latihan atau contoh juga dijalankan di dalam kelas.

10) Pengiraan Terbitan secara Berangka

Pilih satu kajian sains yang kaya dengan masalah yang memerlukan penerokaan
petua-petua terbitan (hasil tambah, pendaraban, gubahan dan sebagainya),
410

umpamanya dinamik zarah. Bukti Teorem terbitan hasil darab dan gubahan sahaja.
Pengiraan. Latihan/contoh dalam kelas.

11) Ceritakan yang medel terbitan ini tak begitu sesuai untuk kebanyakan sains,
kerana

a) Pembolehubah dalam sains banyak

b) banyak benda tak terbezakan

c) banyak benda tak pasti; Tuhan sahaja yang tahu dengan pastinya. Usaha
membentuk terbitan stokastik memang ada.

12) Sebelum Tamat Kuliah

a) cuba ulang isi kandungan yang telah disampaikan;

b) memberi salam atau membaca surah Al-Asr dan diikuti salam.


411

LAMPIRAN C

ANTARA AYAT AL-QURAN BAGI BIDANG SAINS

Ayat-ayat al-Quran yang wajib menjadi hafalan dan difahami tafsirnya secara jelas
mengikut bidang adalah seperti berikut:

a) Ayat-Ayat Al-Quran Berkaitan Sains Matematik

40 ayat antara ayat-ayat al-Quran berkaitan dengan ilmu-ilmu matematik yang wajib
menjadi hafalan pakar-pakar sains matematik bersama tafsirnya adalah seperti berikut:

1. (Al-Qamar: 49) yang bermaksud;

“Sesungguhnya kami menciptakan segala sesuatu menurut ukuran”

2. (Al-Furqan: 2) yang bermaksud;

“…Dan Dia telah menciptakan segala sesuatu, dan Dia menetapkan ukuran-
ukurannya dengan serapi-rapinya.”

Dua ayat ini menunjukkan segala perkara yang diciptakan oleh Allah adalah
diciptakan mengikut aturan-aturan Allah yang teratur dan teliti mengikut aturan,
hukum dan ukuran-ukuran tertentu yang menjadi kajian manusia pada hari ini dalam
bidang sains.

3. (Al-Kahfi: 25) yang bermaksud;

“dan mereka tinggal di dalam gua mereka 300 tahun dan ditambah 9 tahun”

Ini merupakan ayat al-Quran yang meyebut tentang operasi penambahan atau
penjumlahan.

4. (Al-Baqarah: 196) yang bermaksud;


412

“dan sempurnakanlah ibadah haji dan umrah kerana Allah. Jika kamu terkepung
(terhalang oleh musuh atau kerana sakit), maka (sembelihlah) korban yang mudah
didapati, dan jangan kamu mencukur kepalamu sebelum korban sampai di tempat
penyembelihannya. Jika ada antara kamu yang sakit atau ada gangguan di kepalanya
(lalu ia bercukur), maka wajiblah atasnya fidyah. Iaitu; berpuasa, atau bersedekah,
atau berkorban, apabila kamu telah merasa aman, maka bagi siapa yang ingin
mengerjakan umrah sebelum haji ( di dalam bulan haji), (wajiblah ia menyembelih)
korban yang mudah didapati. Tetapi jika ia tidak menemukan (binatang korban atau
tidak mampu), maka wajib berpuasa tiga hari dalam masa haji dan tujuh hari (lagi)
apabila kamu telah pulang kembali. Itulah 10 (hari) yang sempurna. Demikian itu,(
kewajipan membayar fidyah) bagi orang-orang yang keluarganya tidak berada di
sekitar Masjidil Haram. Dan bertakwalah kepada Allah dan ketahuilah bahawa Allah
sangat keras siksaanNya.”

Ayat ini juga menyentuh operasi penambahan dalam ayat “Tetapi jika ia tidak
menemukan (binatang korban atau tidak mampu), maka wajib berpuasa tiga hari
dalam masa haji dan tujuh hari (lagi) apabila kamu telah pulang kembali. Itulah 10
(hari) yang sempurna”, iaitu;

3 hari (dalam waktu haji) + 7 hari (setelah kembali) = 10 hari.

5. (Al-Ankabut:14) yang bermaksud;

“dan sesungguhnya kami telah mengutuskan Nuh kepada kaumnya, maka ia tinggal di
antara mereka seribu tahun kurang 50 tahun. Maka mereka ditimpa banjir besar, dan
mereka adalah orang-orang yang zalim”

Ayat ini merupakan ayat yang menggambarkan operasi tolak.

6. (al-Baqarah: 185) yang bermaksud;

“(beberapa hari yang ditentukan ituialah) bulan Ramadhan, bulan yang didalamnya
diturunkan Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan
mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara yang haq dan yang batil), kerana itu,
413

barang siapa nara kamu hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, maka
hendaklah ia berpuasa pada bulan itu, dan barang siapa sakit atau dalam perjalanan
(lalu ia berbuka), mska (wajiblah baginya berpuasa) sebanyak hari yang
ditinggalkannya itu, pada hari-hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan
bagimu, dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya, dan hendaklah kamu
mengagungkan Allah atas atas petunjukNya yang diberikan kepada mu, supaya kamu
bersyukur.”

Dalam ayat ini, Allah mengisyaratkan manusia agar berpuasa pada bulan Ramadhan,
dan sekiranya mereka meninggalkan puasa tersebut atas alasan yang dibenarkan
agama, maka wajiblah mereka menggantikan puasa yang ditinggalkan sebanyak
jumlah hari yang ditinggalkan di bulan-bulan selepasnya.

7. (Al-Baqarah: 261) yang bermaksud;

“bandingkan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah,


ialah sama seperti sebiji benihyang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, setiap tangkai
itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan
pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya,
lagi meliputi ilmu pengetahuanNya”

Ayat ini pula menggambarkan operasi darab atau gandaan dengan biji benih, a yang
tumbuh atau disedekahkan, manakala pahala yang bakal diperoleh adalah fungsi
f(a)=(7*100*a) apabila a mewakili nilai yang disedekahkan pada jalan Allah.

8. (Al-Baqarah: 265)

“Dan perumpamaan orang-orang yang membelanjakan hartanya Karena mencari


keridhaan Allah dan untuk keteguhan jiwa mereka, seperti sebuah kebun yang terletak
di dataran Tinggi yang disiram oleh hujan lebat, Maka kebun itu menghasilkan
buahnya dua kali ganda. Jika hujan lebat tidak menyiraminya, Maka hujan gerimis
(pun memadai). dan Allah Maha melihat apa yang kamu perbuat.”
414

Ayat ini juga mempunyai ayat yang menggambarkan penggunaan operasi darab atau
gandaan.

9. (An-Nisa: 7) yang bermaksud;

“Bagi orang lelaki ada hak bahagian dari harta peninggalan ibu bapa dan
kerabatnya, dan bagi orang wanita ada hak bahagian dari harta peninggalan ibu-
bapa dan kerabatnya, baik sedikit atau banyak menurut bahagian yang Telah
ditetapkan."

10. (An-Nisa’:11) yang bermaksud;

“Allah mensyariatkan bagimu tentang (pembahagian pusaka untuk) anak-anakmu.


iaitu: bahagian seorang anak lelaki sama dengan bahagian dua orang anak
perempuan; dan jika anak itu semuanya perempuan lebih dari dua, Maka bagi
mereka dua pertiga dari harta yang ditinggalkan; jika anak perempuan itu seorang
sahaja, Maka ia memperoleh separuh harta. Dan untuk dua orang ibu-bapa, bagi
masing-masingnya seperenam dari harta yang ditinggalkan, jika yang meninggal itu
mempunyai anak; jika orang yang meninggal tidak mempunyai anak dan ia diwarisi
oleh ibu-bapanya (sahaja), Maka ibunya mendapat sepertiga; jika yang meninggal itu
mempunyai beberapa saudara, Maka ibunya mendapat seperenam. (Pembahagian-
pembahagian tersebut di atas) sesudah dipenuhi wasiat yang ia buat atau (dan)
sesudah dibayar hutangnya. (Tentang) orang tuamu dan anak-anakmu, kamu tidak
mengetahui siapa di antara mereka yang lebih dekat (banyak) manfaatnya bagimu. Ini
adalah ketetapan dari Allah. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi Maha
Bijaksana”

11. (An-Nisa’:12) yang bermaksud

“Dan bagimu (suami-suami) seperdua dari harta yang ditinggalkan oleh isteri-
isterimu, jika mereka tidak mempunyai anak. jika Isteri-isterimu itu mempunyai anak,
Maka kamu mendapat seperempat dari harta yang ditinggalkannya sesudah dipenuhi
wasiat yang mereka buat atau (dan) seduah dibayar hutangnya. para isteri
memperoleh seperempat harta yang kamu tinggalkan jika kamu tidak mempunyai
415

anak. jika kamu mempunyai anak, Maka para isteri memperoleh seperlapan dari
harta yang kamu tinggalkan sesudah dipenuhi wasiat yang kamu buat atau (dan)
sesudah dibayar hutang-hutangmu. jika seseorang mati, baik laki-laki maupun
perempuan yang tidak meninggalkan ayah dan tidak meninggalkan anak, tetapi
mempunyai seorang saudara lelaki (seibu) atau seorang saudara perempuan (seibu),
Maka bagi masing-masing dari kedua jenis saudara itu seperenam harta. tetapi jika
saudara-saudara seibu itu lebih dari seorang, Maka mereka bersekutu dalam yang
sepertiga itu, sesudah dipenuhi wasiat yang dibuat olehnya atau sesudah dibayar
hutangnya dengan tidak memberi mudharat (kepada ahli waris). (Allah menetapkan
yang demikian itu sebagai) syariat yang benar-benar dari Allah, dan Allah Maha
mengetahui lagi Maha Penyantun.”

12. (An-Nisa:176) yang bermaksud;

“Mereka meminta fatwa kepadamu (tentang kalalah). Katakanlah: "Allah memberi


fatwa kepadamu tentang kalalah (iaitu): jika seorang meninggal dunia, dan ia tidak
mempunyai anak dan mempunyai saudara perempuan, Maka bagi saudaranya yang
perempuan itu seperdua dari harta yang ditinggalkannya, dan saudaranya yang laki-
laki mempusakai (seluruh harta saudara perempuan), jika ia tidak mempunyai anak;
tetapi jika saudara perempuan itu dua orang, Maka bagi keduanya dua pertiga dari
harta yang ditinggalkan oleh yang meninggal. dan jika mereka (ahli waris itu terdiri
dari) Saudara-saudara laki dan perempuan, Maka bahagian seorang saudara laki-
laki sebanyak bahagian dua orang saudara perempuan. Allah menerangkan (hukum
ini) kepadamu, supaya kamu tidak sesat. dan Allah Maha mengetahui segala
sesuatu.”

Kalalah dalam ayat ini ialah seseorang yang meninggal yang tidak meninggalkan ayah
dan anak.

Ayat 7, 11, 12 dan 176 dalam surah an-Nisa ini memerlukan kemahiran matematik
untuk diamalkan dalam kehidupan nyata. Penggunaan operasi bahagi atau konsep
416

pecahan merupakan operasi utama yang diperlukan dalam menyelesaikan


permasalahan harta pusaka yang ditinggalkan oleh seseorang yang meninggal dunia.

13. (Al-Muzammil: 20) yang bermaksud;

“Sesungguhnya Tuhanmu mengetahui bahwasanya kamu berdiri (sembahyang)


kurang dari dua pertiga malam, atau seperdua malam atau sepertiganya dan
(demikian pula) segolongan dari orang-orang yang bersama kamu. Dan Allah
menetapkan ukuran malam dan siang. Allah mengetahui bahawa kamu sekali-kali
tidak dapat menentukan batas-batas waktu-waktu itu, maka Dia memberi keringanan
kepadamu, karana itu bacalah apa yang mudah (bagimu) dari Al Quran. Dia
mengetahui bahawa akan ada di antara kamu orang-orang yang sakit dan orang-
orang yang berjalan di muka bumi mencari sebagian karunia Allah; dan orang-orang
yang lain lagi berperang di jalan Allah, maka bacalah apa yang mudah (bagimu) dari
Al Quran dan dirikanlah sembahyang, tunaikanlah zakat dan berikanlah pinjaman
kepada Allah pinjaman yang baik. Dan kebaikan apa saja yang kamu perbuat untuk
dirimu niscaya kamu memperoleh (balasan)nya di sisi Allah sebagai balasan yang
paling baik dan yang paling besar pahalanya. Dan mohonlah ampunan kepada Allah;
sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”

Ayat ini menunjukkan pembahagian malam melalui konsep pecahan daripada


keseluruhan waktu malam.

14. (Al-Qadr:3) yang bermaksud;

“malam Al-Qadr itu lebih baik dari 1000 bulan”

Ayat ini merupakan ayat yang menggambarkan penggunaan tanda “ a > b ”,


digunakan dalam matematik dalam ketaksamaan yang menunjukkan hubungan
diantara dua nilai apabila mereka adalah berbeza. Dengan a mewakili malam al-Qadr
dan b mewakili 1000 bulan. Manakala “ a > b ” memberi maksud nilai atau darjat
malam al-Qadr, a adalah lebih besar daripada 1000 bulan, b.

15. (An-Najm:9) yang bermaksud;


417

“Maka jadilah dia dekat (pada Muhammad sejarak) dua hujung busur panah atau
lebih dekat lagi”

Dalam ayat ini juga menunjukkan penggunaan konsep ketaksamaan atau relasi dalam
matematik yang menggambarkan jarak antara malaikat Jibril dengan Nabi
Muhammada adalah dalam jarak y iaitu dalam jarak antara dua hujung busur panah, x
atau lebih dekat lagi yang ditulis secara matematiknya adalah

y ≤ x,

dengan y mewakili jarak antara nabi Muhammad dengan malaikat Jibril, manakala x
mewakili jarak antara dua hujung busur panah.

16. (As-Shaffat:147) yang bermaksud;

“dan Kami utus dia kepada seratus ribu orang atau lebih ”

Ayat ini menceritakan kisah Nabi Yunus yang diutuskan kepada umatnya seramai 100
000 orang atau lebih. Ini bolehlah ditulis secara matematiknya,

x≥100 000, dengan x mewakili bilangan umat nabi Yunus sewaktu baginda diutuskan.

17. (Al-Fatihah: 6) yang bermaksud;

“Tunjukkan kami jalan yang lurus”

Ayat ini menunjukkan penggunaan kata “jalan yang lurus” yang mengikut konsep
garis lurus, y=mx+c, dalam matematik dengan kecondongan m, dan pitasan c.

18. (Al-Mulk: 3) yang bermaksud;

“Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat
pada ciptaan. Tuhan Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang. Maka
lihatlah berulang-ulang, adakah kamu lihat sesuatu yang tidak seimbang?”
418

Ayat ini mengguna ayat “Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan. Tuhan Yang
Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang”, menunjukkan penggunaan matematik
geometri yang menggambarkan penggunaan konsep keseimbangan dalam
penciptaanNya.

19. (Al-Fathir: 1) yang bermaksud;

“Segala puji bagi Allah Pencipta langit dan bumi, yang menjadikan malaikat sebagai
utusan-utusan (untuk mengurus berbagai macam urusan) yang mempunyai sayap,
masing-masing (ada yang) dua, tiga, dan empat. Allah menambahkan pada ciptaan-
Nya apa yang dikehendaki-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala
sesuatu.”

20. (An-Nur: 45) yang bermaksud;

“Dan Allah telah menciptakan semua jenis haiwan dari air, Maka sebahagian dari
haiwan itu ada yang berjalan di atas perutnya dan sebahagian berjalan dengan dua
kaki sedang sebahagian (yang lain) berjalan dengan empat kaki. Allah menciptakan
apa yang dikehendaki-Nya, Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.”

Ayat satu dan 45 masing-masing daripada surah Al-Fathir dan An Nur merupakan dua
ayat yang menggambarkan penggunaan Teori Set dalam Matematik. Teori set adalah
suatu cabang ilmu matematik yang mengkaji tentang koleksi objek yang di panggil
set. Menurut maksud yang dicatatkan pada ayat satu surah Al-Fathir, Malaikat yang
diciptakan oleh Allah sebagai utusan-Nya dikelaskan kepada tiga jenis, iaitu malaikat
yang mempunyai dua sayap, malaikat yang mempunyai tiga sayap dan malaikat yang
mempunyai empat sayap. Secara matematiknya bolehlah digambarkan set malaikat M
sebagai:

M = {malaikat bersayap dua, malaikat bersayap tiga, malaikat bersayap empat}

Manakala dalam surah An-Nur, ayat 45, penggunaan teori set digambarkan dalam ayat
ini adalah pada pengkelasan haiwan yang di kelaskan kepada tiga jenis dengan jenis
pertama adalah haiwan yang berjalan di atas perutnya (tanpa kaki), jenis kedua adalah
419

haiwan berkaki dua, dan jenis ketiga adalah haiwan berkaki empat. Secara
matematiknya bolehlah digambarkan set haiwan H sebagai:

H = {haiwan tanpa kaki, haiwan berkaki dua, haiwan berkaki empat}

21. (Taha: 6) yang bermaksud;

“Milik Dialah apa yang ada di langit, apa yang ada di bumi, apa yang ada antara
keduanya dan apa yang ada di bawah tanah”

Ayat ini juga merupakan salah satu ayat yang melibatkan teori set yang menghimpun
segala milik Allah.

22. (Al-A’raf: 54) yang bermaksud;

“Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang Telah menciptakan langit dan bumi
dalam enam masa, lalu dia bersemayam di atas Arasy…”

23. (Al-Furqan:59) yang bermaksud;

“Yang menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada antara keduanya dalam enam
masa, Kemudian dia bersemayam di atas Arasy, (Dialah) yang Maha pemurah, Maka
tanyakanlah (tentang Allah) kepada yang lebih mengetahui (Muhammad) tentang
Dia.”

24. (As-sajdah: 4) yang bermaksud;

“Allah lah yang menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya
dalam enam masa, Kemudian dia bersemayam di atas 'Arasy…”

25. ( Qaf: 38) yang bermaksud;

“Dan Sesungguhnya Telah kami ciptakan langit dan bumi dan apa yang ada antara
keduanya dalam enam masa, dan kami sedikitpun tidak ditimpa keletihan.”
420

Al-A’raf: 54, Al-Furqan:59, As-sajdah: 4, Qaf: 38 adalah ayat-ayat yang


menggunakan angka enam untuk menggambarkan masa (mengikut sukatan dan masa
Allah) yang diambil dalam penciptaan langit dan bumi.

26. (Al-Fajr:1-3) yang bermaksud;

“demi waktu fajar, dan demi malam yang 10. Dan demi yang genap dan yang ganjil”

Pada ayat ini, Allah mengungkapkan angka 10 serta genap dan ganjil.

27. (Yusuf: 4) yang bermaksud;

“Ingatlah ketika Yusuf berkata kepada ayahnya, ‘wahai ayahku, sungguh aku
(bermimpi), melihat sebelas bintang, matehari dan bulan, ku lihat semuanya sujud
kepadaku’”

Pada ayat ini pula Allah mengungkapkan jumlah bintang yang dilihat oleh Nabi Yusuf
melalui mimpi baginda.

28. (Al-Hajj: 47) yang bermaksud;

“Dan mereka meminta kepadamu agar azab itu disegerakan, padahal Allah sekali-
kali tidak akan menyalahi janji-Nya. Sesungguhnya sehari disisi Tuhanmu adalah
seperti seribu menurut perhitunganmu.”

Ayat ini menggunakan konsep persamaan atau fungsi untuk menggambarkan masa
sehari bagi Allah seumpama 1000 tahun mengikut perhitungan manusia.

f(x )= 1000x tahun,

dengan f(x) adalah fungsi bilangan masa untuk manusia dalam tahun apabila x adalah
bilangan hari dalam hitungan Allah.

29. (Al-Maarij: 4) yang bermaksud:


421

“Malaikat-malaikat dan Jibril naik (menghadap) kepada Tuhan dalam sehari yang
kadarnya lima puluh ribu tahun.”

Mengikut tafsir Quraish Shihab, malaikat-malaikat dan Jibril jika menghadap Allah
memakan waktu selama satu hari. Apabila dilakukan oleh manusia, memakan waktu
lima puluh ribu tahun. Ayat ini juga menggunakan konsep persamaan yang
menunjukkan bahawa masa sehari yang dilalui oleh para malaikat adalah bersamaan
dengan 50 000 tahun masa yang perlu ditempuh oleh manusia. Persamaan atau fungsi
ini secara matematiknya adalah,

f(y) = 50 000y tahun,

dengan f(y) adalah fungsi persamaan masa (dalam tahun) bagi manusia apabila y
mewakili bilangan hari yang dilalui oleh malaikat.

30. (Al-Anfal: 65) yang bermaksud;

“Wahai Nabi (Muhammad) kobarkanlah semangat para mukmin untuk berperang.


Jika ada 20 orang yang sabar antara kamu, nescaya mereka dapat mengalahkan 200
orang musuh. Dan jika ada 100 orang yang sabar antara kamu, nascaya mereka
dapat mengalahkan 1000 orang kafir, kerana orang-orang kafir itu adalah kaum yang
tidak mengerti”

Ayat ini juga mempunyai pengisian yang boleh diungkapkan dalam bentuk fungsi atau
persamaan linear seperti;

f(z) = 10z,

dengan f(z) mewakili bilangan musuh yang mampu dikalahkan oleh z, orang yang
sabar.

31. (Al-Anfal: 66) yang bermaksud;


422

“Sekarang Allah telah meringankan kamu kerana Dia mengetahui ada kelemahan
pada kamu. Maka jika antara kamu ada 100 orang yang sabar, nascaya mereka dapat
mengalahkan 200 orang musuh, dan jika antara kamu ada 1000 orang (yang sabar),
nescaya mereka dapat mengalahkan 2000 orang dengan izin Allah. Allah beserta
orang-orang yang sabar.”

Ayat ini adalah sambungan kepada ayat (Al-Anfal: 65) dengan fungsinya f(z)=10z.
Dalam ayat ini Allah memberikan kelebihan kepada orang-orang sabar yang
berperang dijalan Allah mampu menewaskan musuh kurang daripada bilangan musuh
di ayat sebelumnya kerana kelemahan yang ada pada mereka dengan;

f(s) = 2s,

dengan f(s) mewakili bilangan musuh yang mampu dikalahkan oleh s, orang yang
sabar dalam peperangan.

32. (Ibrahim: 34) yang bermaksud:

“dan Dia telah memberikan kepadamu (keperluanmu) dan segala yang kamu
mohonkan kepadanya, dan jika kamu menghitung nikmat Allah, tidaklah dapat kamu
menghinggakannya. Sesungguhnya manusia itu sangat zalim dan sangat mengingkari
(nikmat Allah)”

33. (An-Nahl: 18) yang bermaksud;

“dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak dapat menentukan
jumlahnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha pengampun lagi Maha
Penyayang”

Ayat Ibrahim: 34 dan An-Nahl: 18 menerangkan nikmat Allah yang tidang mampu
dihitung oleh manusia kerana jumlahnya yang tidak terhingga. Tidak terhingga ini
adalah salah satu konsep yang wujud dalam ilmu matematik.

34. (Al-Baqarah: 275) yang bermaksud;


423

“Orang-orang yang makan (mengambil) riba tidak dapat berdiri melainkan seperti
berdirinya orang yang kemasukan syaitan lantaran penyakit gila (tekanan). Keadaan
mereka yang demikian itu adalah disebabkan mereka berkata (berpendapat),
sesungguhnya jual beli itu sama dengan riba, padahal Allah telah menghalalkan jual
beli dan mengharamkan riba. Orang-orang yang telah sampai kepadanya larangan
dari Tuhannya, lalu terus berhenti (dari mengambil riba) maka baginya apa yang
telah diambilnya dahulu (sebelum datangnya larangan);dan urusannya (terserah)
kepada Allah, orang-orang yang mengulangi ( mengambil riba), maka orang itu
adalah penghuni-penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya”

35. (Al-Baqarah: 276) yang bermaksud;

“Allah memusnahkan riba dan menyuburkan sedekah. Dan Allah tidak menyukai
setiap orang yang tetap dalam kekafiran dan selalu berbuat dosa.”

36. (Al-baqarah: 277) yang bermaksud;

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman, mengerjakan amal soleh, mendirikan


sembahyang dan menunaikan zakat, mereka mendapat pahala di sisi Tuhannya, tidak
ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak pula mereka bersedih hati.”

37. (Al-baqarah: 278) yang bermaksud;

“hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allahdan tinggalkan


sisa riba (yang belum dipungut) jika kamu orang-orang yang beriman”

Ayat 275, 276, 277 dan 278 daripada surah Al-Baqarah ini membahaskan persoalan
riba yang diharamkan oleh Allah. Riba juga dijelaskan melalui kaedah matematik iaitu
pertambahan nilai yang ditetapkan daripada jumlah nilai asal apabila berlakunya
pinjaman. Di dalam ayat ini juga Allah menyebut tentang zakat yang juga
memerlukan ilmu matematik untuk mengamalkannya mengikut sukatan pembahagian
tertentu daripada jumlah harta yang dimiliki oleh seseorang.

38. (Yunus: 5) yang bermaksud;


424

“Dialah yang menjadikan matehari bersinar dan bulan bercahaya dan ditetapkan-
Nya manzilah-manzilah (tempat-tempat) bagi perjalanan bulan itu, supaya kamu
mengetahui bilangan tahun dan perhitungan (waktu). Allah tidak menciptakan yang
demikian itu melainkan dengan haq. Dia menjelaskan (tanda-tanda kebesaranNya)
kepada orang-orang yang mengetahui”

39. (An-Nisa:103) yang bermaksud;

“Maka apabila kamu telah menyelesaikan solat(mu), ingatlah Allah di waktu berdiri,
di waktu duduk dan di waktu berbaring. Kemudian apabila kamu telah merasa aman,
maka dirikanlah solat itu (seperti biasa), sesungguhnya solat itu adalah fardu yang
ditentukan waktunya atas orang-orang yang beriman”

40. (Al-Isra’: 78) yang bermaksud;

“dirikanlah solat dari sesudah matehari tergelincir sampai gelap malam dan
(dirikanlah pula solat) subuh, sesungguhnya solat subuh itu disaksikan (oleh
malaikat)”

Ayat-ayat ini, (Yunus: 5), (An-Nisa:103), dan (Al-Isra’: 78) merupakan ayat-ayat
petunjuk kepada manusia daripada Allah untuk menetapkan suatu waktu melalui bulan
dan matehari, terutamanya waktu-waktu ibadah seperti penentuan waktu solat,
penentuan awal bulan dan awal tahun hijrah yang boleh dihitung mengikut pengiraan
matematik yang dibahaskan melalui ilmu aqli dalam astronomi atau ilmu falak.

b) Ayat-Ayat Al-Quran Berkaitan Ilmu Kimia

Di bahagian sains kimia pula, antara pengisian dalam menyepadukan sains kimia,
agama dan bahasa adalah mendalami dan mendekatkan diri mereka dengan ayat-ayat
al-Quran. Antara ayat-ayat al-Quran yang berkaitan dengan ilmu-ilmu kimia yang
perlu difahami, dan dihafaz oleh pakar-pakar dan ahli-ahli kimia adalah seperti
berikut:
425

1. Anbiya’:30, 2. Al-Baqarah:74, 3. An-Nahl:68, 4. AN-Nahl:69, 5. Ali Imran:14, 6.


At-Taubah:34, 7. Az-Zukhruf:33-53, 8. Al-Hajj:23, 9. Al-kahfi:31, 10. Al-Hadid:25,
11. Al-Isra’:51, 12. Al-Kahfi:96, 13. Saba’:10, 14. Saba’:11, 15. Al-Hajj:21, 16. Al-
Kahfi:96, 17. Ibrahim:50, 18. Al-Zalzalah:7, 19. Al-Zalzalah:8, 20. Saba’:22, 21. Al-
Kahfi:29, 22. Al-Maarij:8, 23. Al-Maarij:9, 24. Ad-Dukhan:45, 25. Ad-Dukhan:46,
26. Al-Hijr:26, 27. Ar-Rum:20, 28. Al-Fussilat: 11, Al-Fussilat:12, 29. Al-A’raaf:58,
30. Yaasin:40, Az-Zariat: 49, 31. Al-baqarah:164, 32. An-Nahl:10, 33. An-Nahl:11,
34. Al-Qaaf:9, 35. Al-Baqarah:29, 36. Al-Qamar:49, 37. Yunus:61, 38. An-Nisa’:40,
39. Al-Fatir:33, 40. As-Soffat: 46-47.

c) Ayat-Ayat Al-Quran Yang Berkaitan Ilmu Biologi

Antara ayat-ayat al-Quran yang berkaitan dengan ilmu-ilmu biologi adalah seperti
berikut:

1. Anbiya’:30, 2. An-Nur:45, 3. Al-Insan:2, 4. Sod:71, 5. Sod:72, 6. Toha:53, 7. Al-


Haj: 5, 8. Asy-Syuara’:11, 9. Al-Hijr::22, 10. Yaasin:36, 11. Asy-Syuara’:29, 12. Al-
Ankabut:41, 13. Al-Mulk: 19, 14. An-Nahl:68, 15. An-Nisa’:56, 16. An-Nahl:65, 17.
Al-Fath:11, 18. Al-Mukmin:67, 19. Al-Mukmin: 68, 20. Yasin:33, 21. Al-Zumar:21,
22. Al-Fathir:9, 23. Al-Fathir:27, 24. Al-Fathir:28, 25. Yasin:34, 26. Yasin:35, 27.
(53:45), 28. (53:46), 29. (75:36), 30. (75:37) 31. (23:14), 32. (31:14), 33. (56:57), 34.
(56:58), 35. (56:59), 36. (76:2), 37. (32:7), 38. (32:8), 39. (96:1-3), 40. (39:6).

You might also like