You are on page 1of 2

Pentadbiran menurut Kamus Dewan memberi maksud perbuatan mentadbirkan, pengelolaan,

pengurusan atau pemerintahan. Muhammad A.Al-Buraey telah menjelaskan bahawa perkataan


pentadbiran atau ‘administration’ di dalam bahasa Inggeris diambil daripada bahasa Latin iaitu
administrare yang membawa maksud pengurus. H.G.Federickson mendefinisikan pentadbiran
sebagai pentadbiran sebuah negara secara sistematik untuk tujuan kebajikan dan bagi memenuhi
keperluan sosial. Secara umumnya, pentadbiran ini merupakan satu proses perlaksanaan untuk
mencapai satu matlamat atau projek tertentu yang melibatkan penyelarasan tenaga manusia agar
mengikuti perancangan dan objek yang telah ditetapkan.

Pengurusan Islam pula ialah satu proses yang dilalui untuk mencapai matlamat tertentu.
Pengurusan mengikut Kamus Dewan bermaksud sebagai perihal kerja atau sebagainya,
menguruskan sesuatu, perihal mengurus syarikat, organisasi perniagaan dan lain-lain. Ahmad
Ibrahim Abu Sin mendefinisikan pengurusan sebagai satu kajian ilmiah terhadap bakat dan
kebolehan serta kemahiran seseorang untuk mengurus. Beliau telah menyenaraikan tiga pendapat
sarjana lain mengenai pengurusan:

i. Satu kajian ilmiah yang berpandukan kepada perinsip yang dirancang dari semasa ke
semasa dan kemampuan seseorang pemimpin melaksanakan rancangan tersebut.
ii. Satu bentuk kemahiran dan bakat mengurus.
iii. Satu pengkhususan yang berasaskan kepada perinsip dan peraturan tertentu.

Secara kesimpulannya, pengurusan adalah satu proses merancang,mengorganisasi,


mmemimpin dan mengawal daya usaha anggota organisasi dan matlamat yg telah ditetapkan.

Perkataan Masjid berasal daripada perkataan sajada ─ yasjudu ─ masjidun yang bererti tempat
sujud atau tempat solat, tempat menyembah Allah s.w.t. Perkataan ini berdasarkan firman Allah
dalam surah Ali-Imran yang bermaksud;

“Dan tidak kami ciptakan jin dan manusia kecuali untuk sujud (beribadah).”

Pada zaman awal sejarah Islam, masjid telah dijadikan sebagai tempat kegiatan sosial masyarakat
selain daripada tempat untuk beribadah. Masjid disinonimkan dengan tempat beribadah. Definisi
Masjid menurut Kamus Dewan ialah satu bangunan khas tempat umat Islam melakukan solat
Jumaat dan ibadah-ibadah yang lain.
Definisi Masjid menurut undang-undang mengikut seksyen 57, ertinya suatu bangunan
yang digunakan bagi sembahyang Jumaat dan kegiatan yang berkaitan yang diluluskan atau
digalakkan oleh Agama Islam. Mana-mana masjid atau surau yang telah disenaraikan dalam Rekod
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang telah memberi kebenaran sebagai Masjid.

Tempat untuk setiap orang Islam menunaikan ibadat tidak kira di mana pun di atas bumi
kecuali di atas kubur atau di tempat yang bernajis atau tempat-tempat yang tidak menepati syarak
dan tidak sesuai dijadikan tempat ibadat. Matlamat utama masjid didirikan adalah untuk beribadah
kepada Allah s.w.t dan bukanlah sebagai tanda aras kemajuan sesebuah negara kerana peranan nya
penting dalam memupuk benih-benih iman dan taqwa bagi individu,keluarga dan ummah.
Sehubungan dengan itu, tidak hairanlah wujudnya perpustakaan kecil, bilik seminar atau kelas-
kelas bimbingan bagi semua golongan masyarakat dalam pembentukan ummah yang harmoni.

You might also like