You are on page 1of 6

PENGERTIAN DAN MAKSUD ISLAM

Perkataan Islam berasal dari bahasa arab ertinya sejahtera ,


aman, harmoni dan dirujuk dari istilah memberi makna
menyerah diri kepada Pencipta yang Maha Berkuasa dengan
mentauhidkannya dengan penuh kenyakinan serta
melaksanakan segala suruhan dan meninggalkan
larangannya .

Maksud Islam ialah , Agama ciptaan Allah yang lengkap lagi


sempurna dengan segala peaturan dan undang-undang yang
merangkumi penyususnan kehidupan manusia , baik yang
mengenai orang perseorangan , kekeluargaan,
kemasyarakatan dan kenegaraan sekaligus menghubungkan
manusia dengan Tuhan dan manusia dengan alam sejagat
bagi menjamin kesejahteraan , keselamatan , kesempurnaan
dan kebahgiaan di dunia dan akhirat .

Islam sbagai “Ad-Dinn” mengajar dan menyuruh umatnya


berpandangan jauh dengan mengambil kira kepentingan
dunia dan akhirat secara seimbang dan seiring. Islam
memberi perhatian kepada kepentingan jasmani sama diberi
kepada kepentingan rohani, agama dan kemajuan di dunia
dan akhirat.

Pengertian “Ad-Dinn”

Perkataan “Ad-Dinn”dalam bahasa arab membawa


pengertian kepada agama. Maksudnya suatu cara hidup atau
atau bentuk hidup atau peraturan hidup atau suatu pegangan
hidup . Islam ialah agama dan tidak semua agama itu Islam .
Maka jika dua perkataan itu digandingan , ia menjadi Agama
Islam yang memabwa maksud suatu pegangan hidup atau
cara hidup yang menjamin segala keselamatan di dunia dan
akhirat . Firman Allah ;“Sesungguhnya agama di sisi Allah
ialah Islam .”, Al-Imran ayat 19.
5. PERKEMBANGAN DAN PENYEBARAN AGAMA ISLAM DI SEMENANJUNG TANAH MELAYU Sejarah
Melayu menggambarkan Kerajaan Melaka mempunyai suasana pentadbiran dan politik yang teguh
dan stabil (Mohd. Jamil Mukmin 2014). Tindakan Parameswara menganut agama Islam pada tahun
1414 Masehi dengan gelaran Megat Iskandar Shah telah merancakkan perkembangan Islam di
Nusantara dan meletakkan Melaka sebagai pusat penyebaran Islam di rantau ini. Kedudukan ajaran
Islam semakin kukuh pada era pemerentahan Sultan Muzaffar Syah, Sultan Mansur Syah dan Sultan
Alauddin Riayat Syah (Mohd. Jamil Mukmin 2014). Penguasaan dan kestabilan politik Kerajaan
Melaka semakin meluas pada abad ke-15 sehingga sampai ke Selangor. Antara daerah-daerah yang
dikuasainya seperti Kelang, Jeram, Langat, Jugra dan Kuala Selangor. Melalui penguasaan ini baginda
telah menghantar pendakwahpendakwah bagi menyebarkan agama Islam dan mendapat sambutan
yang baik di kalangan masyarakat tempatan (Mohd. Jamil Mukmin 2014). Perkembangan ajaran
Islam terus tersebar ke daerah Beruas, Manjung dan Hulu Perak di Perak pada pemerintahan Sultan
Mahmud Syah. Pengguasaan kerajaan Melaka ke atas Beruas dan Manjung memudahkan lagi para
pendakwah bagi menyebarkan ajaran Islam kepada masyarakat tempatan. Apabila kerajaan Melaka
ditewaskan oleh Portugis, Raja Beruas berundur ke Kampar. Di mana ia diperintah oleh Tun Saban
anak Bendahara Tun Perak. Pada 1928 Raja Muzaffar Syah putera Sultan Mahmud Syah telah
ditabalkan sebagai Sultan Perak yang pertama dengan gelaran Sultan Muzaffar Syah (Mohd. Jamil
Mukmin 2014). Begitu juga penyebaran agama Islam negeri Johor dan kepulauan Riau iaitu pada
awal kurun ke16. Antara daerah-daerah yang dikuasai seperti Wurawari, Hujung Mendili, Sayong,
Seluang, PERSIDANGAN ANTARABANGSA PENGAJIAN ISLAMIYYAT KALI KE-3 (IRSYAD2017) 3 rd
INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIYYAT STUDIES (IRSYAD2017) (IRSYAD2017( ‫المؤتمر الدولي الثالث‬
145 ‫ للدراس;;ات; اإلس;;المية‬Muar, Pulau Tinggi, pulau Pemanggil Pulau Laut dan Pulau Tioman turut
menganut ajaran Islam. Selepas kejatuhan kerajaan Melaka ditangan Portugis pada 1511 Masehi,
terbentuk sebuah Kerajaan Melayu Johor dibawah pemerintahan Sultan Mahmud Syah yang menjadi
warisan rajaraja Melayu Melaka (Mohd. Jamil Mukmin 2014). Seterusnya penyebaran Islam ke
negeri Pahang berlaku melalui proses peluasan kerajaan Melaka pada era pemerintahan Sultan
Mansur Syah. Baginda telah menghantar Bendahara Tun Perak mengetuai angkatan perang untuuk
menakluki Pahang pada tahun 1459. Ini disebabkan pahang telah membantu Siam menyerang
Melaka pada pemerintahan Sultan Muzaffar Syah dan Sultan Mansur Syah, namun dapat
ditumpaskan. Di Kedah pula, dipercayai agama Islam telah bertapak sejak abad ketujuh atau awal ke-
10 Masehi lagi. Batu nisan Sheikh Abdul Kadir Ibn Husin Shah Alam ( Beliau seorang ulama dan
pedagang berketurunan Parsi. Dalam batu nisan tercatat yang bertarikh 29 atau 290 Hijrah
bersamaan 651M atau 920M.) dijumpai pada tahun 1962 di Tanjung Aris Mukim Langgar, Alor Setar
menjadi bukti kewujudan Islam di Kedah. Berdasarkan bukti ini, Islam telah bertapak di Kedah lebih
awal berbanding perkembangan agama Islam di Terengganu, Kelantan dan Melaka (Mohd. Jamil
Mukmin 2014). Kedatangan Islam telah wujud pada abad ke-14 di Terengganu melalui akiviti
perdagangan yang dilakukan oleh pedagang-pedagang Arab, India dan China di Kuala Berang.
Penemuan batu bersurat yang berbahasa Melayu dengan tulisan jawi oleh Saiyed Husin bin Ghulam
Al-Bukhari pada tahun 1902 di daerah Kampung Buloh, Kuala Berang, Ulu Terengganu menjadi bukti
kewujudan perkembangan agama Islam di sana. Prof. Dr. Syed Naquib Al-Atas mencatatkan bahawa
ia bertarikh 4 Rejab 702 Hijrah bersamaan dengan 22 Februari 1303. Tarikh tersebut adalah lebih
awal 100 tahun dari tarikh Melaka menerima Islam (Mohd. Jamil Mukmin 2014). Mengikut ahli
sejarah, ajaran Islam telah tersebar di Kelantan sejak tahun 1181 Masehi lagi. Ini disebabkan
Kelantan menjadi pelabuhan penting di pantai timur Tanah Melayu. Penyebaran agama Islam dibawa
oleh pedagang-pedagang Islam dari Timur Tengah. Ia dibukikan dengan penemuan wang dinar di
bekas tapak Kota Istana Kubang Labu pada tahun 1914. Wang dinar tersebut terdapat ukiran
perkataan Arab ’al-Mutawakkil’ dan bertarikh 577 Hijrah bersamaan dengan 1181 Masehi (Mohd.
Jamil Mukmin 2014)
Peranan dan kepentingan agama dalam kehidupan manusiaAgama adalah
pegangan yang harus ada dalam diri setiap manusia.Tanpa peganganagama, maka
akan goyahlah kehidupan manusia.Peranan agama yang paling dominantadalah ia
dapat menjadi pemangkin kepada pembangunan manusia. Pegangan agama juga
boleh menjadi asas kepada ketamadunan dan acuan kepada latar
budayamasyarakat.Agama juga dapat membentuk pandangan semesta seseorang
dan sesebuah masyarakatserta perilaku dan tindakan mereka dalam kehidupan. Ini
dapat dilihat dari segi pertuturan, perilaku dan gaya hidup seseorang manusia.
Selain itu agama memainkan peranan yang penting dalam membentuk pandangan
dunia dalam kehidupan manusiaserta mendatangkan ketengan dan keamanan di
kalangan penduduk dunia sehinggakanagama itu dijadikan sebagai sumber kekuatan
dan mekanisme yang berpengaruh dalam pembentukan keselamatan serantau. Ini
dibuktikan dengan prinsip agama Islam yang bencikan peperangan. Agama islam
juga melarang umatnya untuk memulakan peperangan dan menggalakkan
menyelesaikan masalah dengan aman (perbincangan).Agama dan tamadun
merupakan perkara yang sinonim. Tanpa agama sesuatu tamaduntidak akan
membangun dengan cepat. Ini kerana agama mampu memberikan suatulonjakkan
paradigma kepada tamadun yang sedang ingin membangun dan ia jugamerupakan
salah sayu elemen yang menolak dan menggerakkan sesebuah tamadundalam
kehidupan. Mari kita singkap sejarah inasti Sung  yang tidak bermoral
keranamaharajanya secara dictator dan kejam. inasti ini pernah di
labelkan !"aman pencerobohan orang gasar!. Akibat kerajaan maharaja yang kejam
dan tidak bermoralrakyatnya memberontak di ba#ah pimpinan petani dan akhirnya
dinasti tersebut berjayadigulingkan.engan ini dapat disimpulkan baha#a agama
memainkan peranan yang amat $ital dalamkehidupan manusia dan seterusnya
dalam pembinaan tamadun

Iktibar Untuk Abad Akan Datang

Bagi menghadapi cabaran abad mendatang gagasan "Kebangkitan semula Islam" mesti
diteruskan. Bagi memastikan gagasan ini mencapai matlamatnya dicadangkan supaya:

1. Sebarang penyelewengan dalam ajaran agama yang bertentangan dengan akidah mesti
dihindarkan. Misalnya arus pemikiran falsatah dalam agama yang dibawa akal yang tidak
ada had dan batas yang berkembang dalam agama Hindu telah menyerap masuk ke dalam
pemikiran setengah ulama Sufi dan Syiah sehingga terjadilah persa- maan taraf antara
Tuhan dengan manusia dalam teori Wahdah al- Wujud (Ahmad Syatabi, Muqaranah al-
Adyan, Adyan al-Hind al- Kubra, Maktabah al-Nahdah al-Misriyyah, al-Qahirah, 1964, him.
67). Fahaman seperti ini adalah bertentangan dengan ajaran al Qur'an, Firman Allah: " "
yang bermaksud, "Tidak ada sesuatu yang menyerupai-Nya" (al-Syura: 11).

2. Mempelajari dan menguasai bahasa al-Qur'an bagi mendalami ilmu pengetahuan agama
serta membuat penelitian terhadap pemikiran yang terkandung di dalam al-Qur'an dan
Hadis. Selama ini keban- yakan ulama di Alam Melayu hanya mempelajari kitab-kitab agama
yang disalin dan diterjeman daripada bahasa Arab dan Parsi yang sudah ditentukan arah dan
pemikirannya; dan banyak pula yang mengandungi unsur-unsur israiliyat (cerita-cerita
dongeng yang direka dan diada-adakan oleh golongan Ahl al-Kitab Nasrani dan Yahudi) bagi
tujuan menyelewengkan akidah umat Islam. Di antara unsur-unsur israiliyat itu termasuklah
kisah-kisah keburukan dan kelemahan atau kecacatan para Nabi dan Rasul yang dicatatkan
dalam kitab Qisas al-Anbiya''.

3. Mempelajari dan menguasai ilmu-ilmu bukan bercorak agama seperti ilmu sains,
matematik, perubatan, geografi, sejarah, ekonomi dan Iain-lain. Dengan mengetahui ilmu-
ilmu tersebut dapat menghindar- kan daripada unsur-unsur khurafat dan kepercayaan-
kepercayaan karut yang selalu membelenggu kehidupan masyarakat Melayu sejak dahulu
hingga sekarang. Setakat ini belum ada kitab Jawi yang ditemui mengandungi ilmu-ilmu
bukan agama yang dinyatakan di atas, pada hal ilmu-ilmu tersebut sudah berkembang maju
di dunia Islam di sebelah barat seperti Sepanyol dan Baghdad sejak berabad- abad yang lalu.
Ini sudah tentunya dipengaruhi oleh sistem pendidi- kan pada waktu itu. Dengan ketiadaan
ilmu-ilmu tersebut orang Melayu sering terperangkap dengan unsur-unsur mitos dan
khurafat, dan setelah itu terpaksa pula bergantung hidup kepada bangsa- bangsa asing yang
menjajah mereka.

79

Ilmu-ilmu yang dinyatakan di atas mestilah disepadukan dengan ilmu- ilmu agama kerana
tanpa persepaduan ini akan berlaku dikotomi seperti yang berlaku sejak zaman penjajahan
hingga sekarang ini, di mana telah melahirkan dualisme dalam sistem pendidikan.

4. Kaum wanita mesti memainkan peranan dalam bidang-bidang yang diperlukan,


khususnya dalam bidang intelektual. Di sepanjang sejarah perkembangan pemikiran Islam di
Alam Melayu belum ada seorang wanita yang tampil menghasilkan karya yang berbentuk
pemikiran: hampir kesemua bidang dimonopoli oleh kaum lelaki. Justeru itu banyak masalah
fikah, terutama berhubung nikah kahwin (munakahat) dan mu "amalat ditafsir mengikut
kemahuan dan kefa- haman kaum lelaki sahaja; pada hal ada perkara-perkara yang ber-
sangkutan dengan nikah kahwin lebih banyak diketahui oleh kaum wanita daripada kaum
lelaki.

5. Ilmu tasawuf yang sudah lama berkembang di rantau ini tidak seha- rusnya menjadi
penghalang kepada kemajuan. Akan tetapi, di seha- liknya, ia harus dilihat sebagai suatu
disiplin ilmu yang dapat menyumbang ke arah menghidupkan jiwa dan semangat orang
Melayu bagi menghadapi cabaran dan perkembangan dunia semasa. Selama ini arus
pemikiran tasawuf seolah-olah telah terhumban jauh ke pinggiran desa yang tidak bermaya
serta kehilangan fungsi dan wadah yang sebenar bagi memhangunkan masyarakat dan
negara.

6. Jadikan agama sebagai pegangan hidup yang sejati. Pengalaman lalu menunjukkan
terdapat segolongan manusia yang cuba menjadikan agama sebagai "batu loncatan" bagi
mendapatkan pengaruh dan kuasa. Mereka berlagak seperti ulama, tetapi apabila sampai
masanya mereka mengambil peluang berbaik-baik dengan pihak istana. Pada ketika itu
hidup mereka menjadi lebih selesa kerana sudah diterima sebagai ulama istana. Apabila
berada di dalam lingkungan istana, maka hati raja dan pembesar-pembesarnya ter- paksa
dijaga; setiap permintaannya mesti dipertimbangkan, jika tidak, raja akan murka (lihat
conlohnya dalam kitab Hikayat Habib Hasain bin Habib Ahmad al-Qadri yang disusun oleh
Muhammad Zain bin Faqih Jalal al-Din).

7. Masyarakat Melayu, khususnya di kalangan pemimpin, mesti bersa- tu tanpa mengira


mazhab atau ideologi politik. Sejarah telah membuktikan bahawa faktor utama kejatuhan
umat Islam adalah disebabkan perpecahan. Dalam konteks Alam Melayu di kalangan ulama
dan pemimpin sering berpecah. Justeru tamakkan pangkat dan kuasa ada pula yang sanggup
memihak kuasa asing bagi meme- rangi bangsanya sendiri yang seagama. Sebagai contoh,
ketika

80

dengan Belanda terdapat pemimpin-pemimpin Melayu memihak kepada lentera Portugis


dan Belanda. Sebagai balasannya mereka dianugerahkan gelaran "Sultan". Namun begitu,
kuasa politik dan ekonomi Sultan adalah di tangan penjajah. Sultan Pontianak, misal- nya
hanya diberi gaji bulanan oleh kerajaan Belanda. Samalah keadaannya dengan Sultan-sultan
di Tanah Melayu di bawah pemer- intahan British dahulu. Pendek kata, kejatuhan kerajaan-
kerajaan Islam di rantau ini adalah disebabkan pemimpin-pemimpinnya tidak bersatu,
termasuklah pemimpin-pemimpin agama dan politik. Akibatnya, apabila perpecahan berlaku
dan Melaka jatuh ke tangan Portugis, maka Tanah Melayu dijajah selama lebih dari empat
abad. Dalam tempoh yang begitu lama dijajah, akhirnya pemikiran orang Melayu menjadi
beku dan tidak kreatif.

8. Mengadakan hubungan dan kerjasama dengan negara-negara luar, khususnya dengan


negara-negara Islam yang lain bagi tujuan pembangunan mental dan fizikal dan penyatuan
pemikiran agama dan politik di kalangan umat Islam. Hasil penyatuan ini kelak akan
mencetuskan kesatuan dan perpaduan ummah. Inilah wawasan pemikiran Islam yang
sebenar.

81

You might also like