You are on page 1of 2

TOK KENALI DALAM POLITIK

Menurut sejarah, setelah Tok Kenali tamat pengajian di Makkah, beliau kembali ke tanah air
untuk membina bangsanya dengan berlandaskan Islam. Beliau menjadi guru agama yang
berwibawa di samping menjadi pemimpin kepada majalah Pengasuh yang merupakan media bagi
menyampaikan pengajaran dan pemikiran kepada masyarakat. Untuk itu beliau mendirikan
institusi pondok yang sehingga kini masih diwarisi.
Sahsiah peribadi yang tinggi dan terpuji yang dimiliki oleh Tok Kenali telah menjadikan beliau
seorang ulama rujukan. Bahkan beliau boleh dianggap sebagai seorang intelektual Islam yang
membina bangsanya tanpa ragu. Kewibawaan Tok Kenali bergelombang bukan sekadar di
Kelantan tetapi juga dirasakan oleh seluruh masyarakat tanah air serta Nusantara amnya.

Tegasnya, Tok Kenali telah mengasaskan landas pendidikan yang cukup teguh di Kelantan di
samping ulama-ulama lain di negeri itu. Gelombang ini juga dapat dirasakan dengan lahirnya
ramai cerdik pandai Islam dari negeri itu. Malah terdapat institusi-institusi pondok yang masih
kekal sehingga hari ini walaupun pendekatan dan perkembangannya sudah disesuaikan dengan
aliran zaman. Inilah kesan kewibaan ilmu yang dimiliki oleh Tok Kenali yang sangat mulia di sisi
Allah S.W.T. Dalam kegiatan kemasyarakatan pula, beliau telah melancarkan suatu getakan
perhimpunan umat islam yang di namakan Jam ,iyyatul Asriyyah yang kerap membicangkan
perkara-perkara hangat dalam masyarakat , perbincangan-perbincangan ilmu dan perhimpunan
kerana ibadat. Sebagai megekal gerakan tersebut ,maka satu bangunan telah didirikan di tengahtengah ibu kota dengan nama yang sama, terletak di Jalan Tengku Petra Semarak , Kota Bharu.

Sewaktu melancarkan pengajaran-pengajarannya, Tok Kenali didapati agak gemar sekali


membincangkan hal-hal politik tanah air. Semasa hayatnya Tok Kenali tidak memisahkan politik
daripada bidang pelajaran, malah beliau tidak mengenal pemisahan antara. Agama islam yang
difahami dengan politik. Ini adalah merupakan suatu cara menyesuaikan pengajarannya dengan
masalah-masalah yang dihadapi masyarakat dengan alam keliling. Kerana itu dalam
pengajarannya beliau mengemukakan beberapa anjuran melalui cerita-cerita tauladan yang
berkesan antaranya: ikut bapamu, tetapi takutkan Tuhan kuasailah pengetahuan agama dan politik
ilmu itu apa yang terguris dalam hati pengetahuan manusia terbatas. Mengaku salah jika bersalah.
Sunnah Tuhan sudahlah wajar biar mati adat, jangan mati syarak. Di mana bumi dipijak, di situ

langit dijunjung. Bertanya pada yang tahu. Penjahat itu mencukupi dengan kejahatannya. Doa
adalah senjata orang mukmin. (Cerpen-cerpen Tok Kenali oleh AQHAS - halaman 76), Terbitan
baru dengan tajuk cerpen-cerpen warisan Tok Kenali).

You might also like