You are on page 1of 2

Jawab semua soalan.

1. Vokal ialah bunyi suara yang dilambangkan dengan huruf-huruf a, e, i, o, u dan Ə


dalam sistem ejaan bahasa Melayu. Selain enam vokal tersebut terdapat juga tiga
bunyi lain yang disebut diftong yang terletak di awal, tengah dan akhir perkataan
bahasa Melayu.
a Huraikan maksud diftong yang terdapat dalam sistem ejaan bahasa Melayu.
[5 markah]

b Sediakan satu jadual atau senarai untuk menunjukkan perbezaan kedudukan


diftong dalam sistem ejaan bahasa Melayu dan sertakan beberapa contoh
perkataan bagi mewakili setiap diftong tersebut.
[10 markah]

2. Huruf Jawi mempunyai 36 huruf, iaitu 20 huruf daripadanya mempunyai padanan satu
lawan satu dengan huruf Rumi. Huruf Jawi juga dapat digolongkan dalam 3 kelompok
iaitu huruf pemutus, huruf perangkai dan huruf perumah.

a Kemukakan lima contoh daripada huruf-huruf Jawi tersebut berserta dengan


padanan huruf Rumi yang terdapat dalam sistem ejaan Jawi.
[5 markah]

b Jelaskan dengan ringkas kelompok-kelompok huruf yang terdapat dalam


sistem ejaan Jawi berserta dengan contoh-contohnya:
i huruf pemutus
ii huruf perangkai
iii huruf perumah
[10 markah]
BAHAGIAN B
( 40 markah )

Jawab dua soalan.

1. Bahasa Sanskrit, bahasa Arab dan bahasa Inggeris merupakan tiga bahasa yang sangat
besar pengaruhnya dalam proses peminjaman kosa kata kepada bahasa Melayu.
Huraikan setakat manakah pengaruh bahasa-bahasa berkenaan sehingga berlakunya
peminjaman kosa kata oleh bahasa Melayu. Huraian anda hendaklah berdasarkan faktor-
faktor yang menyebabkan berlakunya peminjaman kosa kata dengan disertakan
beberapa contoh kata pinjaman daripada ketiga-tiga bahasa tersebut.
[20 markah]

2.

Gambar rajah 1

Berdasarkan Gambar rajah 1 di atas, tuliskan satu karangan menggunakan tulisan Jawi
yang panjangnya tidak kurang 100 patah perkataan.
[20 markah]

3. Arus pemodenan dalam pendidikan sedikit sebanyak telah memberi kesan kepada
penguasaan tulisan Jawi dalam kalangan murid-murid. Kebanyakan daripada mereka
tidak berminat dan sukar untuk menguasai dalam pembacaan dan penulisan Jawi.
Sebagai seorang bakal guru bahasa, cadangkan langkah-langkah yang boleh diambil
untuk mengembalikan minat dan penguasaan murid terhadap tulisan Jawi di sekolah.

[20 markah]

You might also like