You are on page 1of 27

SUMBANGAN DATO’ SERI MOHD NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK

SEBAGAI PERDANA MENTERI MALAYSIA DARI TAHUN 2009 HINGGA


TAHUN 2019

1.0 PENDAHULUAN

Gambar 1 : Logo Parlimen Malaysia

Parlimen Malaysia merupakan lambang struktur demokrasi Kerajaan dan mencerminkan

aspirasi rakyat melalui perwakilan yang dipilih. Parlimen Malaysia yang merupakan

badan penggubal undang – undang tertinggi negara terdiri daripada tiga komponen utama:

1. SPB Yang di-Pertuan Agong

2. Dewan Negara

3. Dewan Rakyat

Berikutan pilihan raya umum yang pertama selepas negara mencapai

kemerdekaan, Mesyuarat Penggal Pertama Parlimen Pertama Persekutuan Tanah Melayu

1
diadakan pada 11 September 1959 di Dewan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Pada

tarikh tersebut, Dewan Negara dan Dewan Rakyat buat julung-julung kalinya bersidang

serentak di Dewan Tunku Abdul Rahman. Aturan Urusan Mesyuarat yang pertama ialah

pemilihan Yang di-Pertua bagi kedua-dua dewan tersebut. Ini diikuti oleh majlis

mengangkat sumpah oleh kesemua 38 Ahli Dewan Negara dan 104 Ahli Dewan Rakyat.1

Dalam perlembagaan negara, struktur Parlimen ditakrif dalam Perkara 44-48, termasuk

berkenaan bahagian-bahagian Dewan, bilangan dan pelantikan ahli, dan syarat-syarat

menjadi ahli Dewan. Perkara 55 pula merujuk kepada pelantikan dan tempoh Majlis

Parlimen, pembubaran majlis dan pilihan raya susulan. Selepas itu, Perkara 66-68

menyentuh tentang kuasa Parlimen untuk menggubal sesebuah akta serta tatacara

penggubalan akta. Selain itu, Perkara 40 (2) ada menyentuh tentang Parlimen, yakni

kuasa Yang di-Pertuan Agong untuk melantik Perdana Menteri berdasarkan majoriti

Parlimen serta kuasa membubarkan Parlimen atas nasihat jemaah menteri. 23 Para Ahli

Parlimen adalah tertakluk kepada Akta 237 - Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980 yang

memperuntukkan keistimewaan terhadap para ahli seperti elaun dan perkhidmatan

istimewa melalui statut-statut khas bagi setiap jawatan. 4 Selain itu, terdapat juga Akta 347

- Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952 yang berkisar tentang perihal

perjalanan sidang Majlis Parlimen (Dewan Negara dan Rakyat).5

1
Struktur Parlimen Malaysia, https://www.parlimen.gov.my/pengenalan.html?
view=236&uweb=web&
2
"Perlembagaan Persekutuan - Bahagian IV - Bab 3 - Badan Eksekutif". Jabatan
Perkhidmatan Awam Malaysia. Dicapai pada 9 Ogos 2021.
3
Bunyan, John (8 Ogos 2021). "What's next for our MPs: Wait for the confidence vote in
Parliament or band together and appoint a PM-designate now?". Malay Mail (dalam
bahasa Inggeris). Dicapai pada 9 Ogos 2021
4
"Kemudahan ahli Dewan Rakyat". Parlimen Malaysia. 23 April 2021. Dicapai pada 6
Ogos 2021.
5
"Laws of Malaysia - Act 347 - Houses of Parliament (Privileges and Powers) Act 1952"
(PDF). Parlimen Malaysia (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 6 Ogos 2021
2
Perdana menteri ialah ketua kerajaan di negara yang mempunyai sistem politik

parlimen atau separuh presiden. Dalam sistem sebegitu, perdana menteri—secara

harfiahnya ialah menteri “pertama,” atau yang paling penting—mesti boleh menguasai

majoriti berterusan dalam badan perundangan (biasanya dewan rendah dalam sistem

dwikameral) untuk kekal memegang jawatan.6Hanya dari panggilan jawatan ini sahaja

dapat disangkal bahawa bukan calang calang orang dapat memenangi jawatan ini.

Perdana Menteri Malaysia ialah pemimpin utama Kerajaan Malaysia. Seorang

Perdana Menteri juga bertanggungjawab untuk mengetuai barisan Badan Eksekutif,

Jemaah Menteri. Secara rasmi dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong sebagai selaku Ketua

Negara dan biasanya pemimpin sesebuah parti politik atau parti komponen terkuat dalam

Parlimen (Dewan Rakyat) akan dipilih dan dilantik dan perlu mendapat sokongan majoriti

daripada para Ahli Dewan Rakyat Malaysia. Beliau juga merupakan Ketua Majlis bagi

Parlimen Malaysia yang menentukan permulaan sebuah penggal dan persidangan di

Parlimen. Seseorang yang dilantik sebagai Perdana Menteri mestilah dari kalangan Ahli

Dewan Rakyat Malaysia. Ahli Dewan Negara Malaysia tidak layak untuk dilantik ke

jawatan tersebut. Perdana Menteri adalah Ketua Jemaah Menteri. Ini bermakna beliau

berkuasa mencalonkan sesiapa sahaja untuk dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong sebagai

ahli kabinet. Selain itu, Perdana Menteri juga mempengerusikan mesyuarat Jemaah

Menteri yang diadakan seminggu sekali. Sebagai pengerusi, beliau boleh menentu dan

mengawal agenda mesyuarat (apa yang boleh dibincangkan dan batas-batas yang

mengawal perbincangan perkara-perkara tertentu). Dalam sistem demokrasi berparlimen

yang mempunyai banyak parti berasaskan pelbagai kepentingan, pilihan seorang Perdana

Menteri mengenai siapa yang patut dilantik agak terbatas kerana beliau perlu

mengimbangkan kepentingan-kepentingan ini.


6
Prime Minister Government Official, https://www.britannica.com/topic/prime-minister
3
2.0 LATAR BELAKANG

4
Gambar 2 : Dato’ Seri Najib Razak

Dato’ Seri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak atau biasa dikenal dengan nama Najib

Razak adalah anak lelaki tertua dari perdana menteri Malaysia yang kedua Tun Abdul

Razak Datuk Hussein dengan isterinya Toh Puan Rahah Mohamad Noah. Najib Razak

lahir di Kuala Lipis, Pahang, Federasi Malaya pada tanggal 23 Juli 1953. Setelah

menyelesaikan studinya di University of Nottingham pada tahun 1974 di bidang ekonomi

industri Najib Razak kembali ke Malaysia dan bergabung dengan perusahaan minyak

nasional, Petronas. 7Selepas negara menangis tangisannya atas kematian pemimpin

tercinta, ayahanda Datuk Seri Najib, Datuk Seri Najib dipilih sebagai Ahli Parlimen pada

usia muda berumur 23 tahun, menjadikannya Ahli Parlimen termuda dipilih. Datuk Seri

Najib memegang pelbagai jawatan menteri berprofil tinggi dalam portfolio, yang pertama

pada usia 32. Datuk Seri Najib mengejar pangkat politik UMNO, pada tahap tertentu

disebabkan oleh naungan politik, tetapi mendapat legitimasi daripada partisan sebagai

7
https://m.merdeka.com/datuk-sri-mohd-najib-bin-tun-haji-abdul-razak/profil
5
juara negara perpaduan, ‘survival’ Melayu dan Islam, pembangunan tanah dan penduduk

luar bandar dan bandar yang miskin dan sebagai pelaksana dasar.

Gambar 3 : Najib bersama adik-beradik dan ibu bapanya

Dato' Seri Najib dilahirkan di Kuala Lipis, Pahang. Beliau merupakan anak sulung

kepada Tun Abdul Razak Hussein dan Toh Puan Rahah Mohammad Noah. Najib

mendapat pendidikan rendah dan menengah di Institusi St. John, Kuala Lumpur, dan

kemudian belajar di Kolej Lelaki Malvern di Worchestershire, England. Beliau mendapat

Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dalam bidang Ekonomi Industri daripada

Universiti Nottingham, England pada tahun 1974.8 Pada tahun 1976, Najib berkahwin

dengan Tengku Puteri Zainah Tengku Eskandar dan mendapat tiga anak: Mohd Nizar

Najib (lahir 1978), Mohd Nazifuddin Najib dan Puteri Norlisa Najib. Pada tahun 1987

beliau bercerai dengan Ku Yie dan berkahwin dengan Datin Seri Rosmah Mansor dan

8
Portal Umno Online, https://umno-online.my/presiden/najib/
6
mendapat dua anak lagi: Mohd Norashman Najib dan Nooryana Najwa Najib. Beliau
910

juga sepupu kepada Datuk Hishamuddin Tun Hussein.

Terdapat perubahan pantas tumpuan daripada Perdana kelima Menteri Tun

Abdullah Ahmad Badawi kepada Timbalan Perdana Menterinya tidak lama selepas bekas

itu mengumumkan keputusannya untuk berundur. Menempa pangkalan bebasnya sendiri

dalam UMNO, Datuk Seri Najib mewarisi bagasi kredibiliti Kerajaan yang tercemar, iaitu

ancaman politik daripada pembangkang terkuat sejak Malaysia kemerdekaan dan tuduhan

pembunuhan, pembelaan yang meragukan kontrak dan salah guna kuasa. Paling penting,

Datuk Seri Najib menghadapi kemerosotan terburuk dalam hubungan kaum di Malaysia

sejak 13 Mei 1969 tragedi negara bersama dengan ekonomi yang terjejas oleh krisis

global. Perjalanan politik panjang Datuk Seri Najib bukan sahaja membuatkan beliau

terdedah kepada kritikan awam kerana kelemahan tetapi juga pujian untuk kekuatannya.

Perintis Khidmat Negara Malaysia dipaparkan kepimpinan berkemahiran dengan bakat

asas dan kecekapan. Lembut bercakap tetapi tegas, dia memulakan reformasi dan

pemodenan di pendidikan, pertahanan dan pembangunan tanah. Perkhidmatan

kerajaannya di lima kementerian, rangkaian penyokong setianya yang luas dan

kesetiaannya sendiri kepada perdana menteri mewakili pemulihan keyakinan sebagai

Malaysia berjuang untuk maruah dan hala tujunya. Bagi lelaki yang percaya bahawa

setiap rakyat Malaysia mempunyai tempat di dalamn

3.0 PENGLIBATAN AWAL

9
"Najib Razak appears secure, but looks can deceive". The Economist. 6 January 2017.
Dicapai pada 6 January 2017.
10
"Malaysian PM Najib to solemnise daughter's marriage to Kazakhstan President's
nephew". The Straits Times. 19 March 2015. Dicapai pada 6 January 2017
7
Gambar 4: Najib Razak terpilih sebagai ahli parllimen termuda pada 1976

Sewaktu mula-mula menyertai politik pada awal 1976, Dato’ Seri Mohd Najib Razak

baru berusia 22 tahun. Dato’ Seri Mohd Najib Razak mula menceburkan diri dalam

bidang politik semasa beliau berumur 22 tahun pada awal 1976. Sebilangan pihak

berpendapat bahawa beliau masih terlalu muda dan hanya mendapat nama disebabkan ia

merupakan anak Perdana Menteri semata-mata. Ada yang menganggap beliau masih

terlalu mentah untuk bidang yang dianggap mencabar itu. Ada juga yang berkata umbun-

umbun politik beliau mash lembut dan tidak mungkin Najib akan dapat bertahan lama.

Andaian kalangan itu di sini adalah Najib terjun ke dunia politik ketika sanjungan

masyarakat terhadap ayahandanya, Tun Abdul Razak yang meninggal dunia pada 14

Januari 1976, berada pada kemuncaknya. Sebaik sahaja sanjungan itu hilang dan Tun

Razak mula dilupakan, maka Najib juga akan bermasalah dalam kerjaya politiknya.
11
Siapa sangka Najib mampu membuktikan bahawa dia layak dan mempunyai kualitas

kepimpinan yang tinggi barangkali mewariskan sifat ketokohan bapanya sebagai seorang

ahli politik. Hal ini terbukti apabila beliau berjaya membuka mata ramai pihak ketika

Chamil Wariya (diterbitkan pertama kali pada 2009), “Najib Razak Pendakian Ke
11

Puncak Kuasa” hlm. xxvii


8
dirinya menang tanpa bertanding sebagai PRK di Parlimen Pekan sekaligus menjadikan

beliau pemecah rekod bagi ahli parlimen termuda sewaktu itu. Beliau sedar bahawa

sebahagian besar pencapaiannya hanya bertumpangkan nama bapanya sahaja dan tidak

berhajat untuk meneruskan kariernya sebegitu rupa. Oleh itu, Najib berkeinginan untuk

membina tapak politiknya sendiri. Bermula dari pemilihan sebagai PRK, satu persatu

jawatan telah disandang olehnya. Antara jawatan yang pernah disandang beliau bagi

mengukuhkan lagi potfolionya adalah jawatan sebagai Timbalan Menteri Pendidikan

pada tahun 1980-1981, Timbalan Menteri Kewangan (1981-1982), Kementerian Belia

dan Sukan|Menteri Kebudayaan, Belia & Sukan (1986-1987), Menteri Pertahanan (1990-

1995, 1999-2008) dan Menteri Pendidikan (1995-1999).

Najib juga pernah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Penternakan

(Majuternak) pada tahun 1977-1979. Kepimpinan beliau teruji dan terus diberi

tanggungjawab oleh pucuk pimpinan negara. Dalam UMNO, beliau dipilih sebagai Ketua

Pemuda UMNO Bahagian Pekan dan ahli EXCO Pemuda UMNO pada 1976. Kemudian

beliau dipilih sebagai ahli Majlis Tertinggi UMNO mulai tahun 1981. Pada tahun 1982,

Najib memenangi kerusi Naib Ketua Pemuda UMNO tanpa bertanding setelah Datuk

Mokhtar Hashim mengosongkan jawatan itu. Pada 1987, beliau diumumkan sebagai

Pemangku Ketua Pergerakan Pemuda UMNO oleh Anwar Ibrahim setelah Anwar didesak

bertanding Naib Presiden UMNO. Beliau menjadi ketua pada 25 Mei 1988 setelah

UMNO ditubuhkan semula. Pada tahun 1993 pula, beliau bertanding jawatan Naib

Presiden UMNO, ekoran langkah Anwar untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden

UMNO. Beliau terus mempertahankan jawatan Naib Presiden dalam pemilihan parti pada

tahun 1993, 1996 dan 2000.

9
Kemudiannya, beliau dilantik Timbalan Perdana Menteri pada 7 Januari 2004,

berkhidmat di bawah Perdana Menteri Tun Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, sebelum

menggantikan Badawi setahun selepas Barisan Nasional (BN) mengalami kerugian besar

dalam pilihan raya 2008.12 Prestasi Najib yang kian meningkat secara konsisten dari

peringkat awal ini akhirnya membuahkan hasil setelah beliau memenangi jawatan

presiden UMNO tanpa bertanding pada 2 November 2008. Pegangan utama yang

dijadikan pembakar semangat bagi Najib untuk menvertai politik pada usia semuda itu

iaitu untuk meneruskan perjuangan bapanya yang belum selesai rancangan-rancangannya

dan wawasannya yang masih belum terlaksana terhadap bangsa dan negara. Satu lagi

pegangan Najib dalam kehidupan politiknya adalah di samping berusaha, beliau cukup

percaya pada ketentuan Allah. Setiap kali beliau mendapat kedudukan yang lebih tinggi

dan dan apabila diajukan pertanyaan apakah beliau bercita-cita untuk berada di puncak

kuasa akhirnya. Najib pasti akan menjawab “Allah akhirnya akan menentukan saya

sampai ke situ atau tidak. Sebagai seorang insan, kita hanya perlu bekerja dengan hati-

hati dan jiwa raga yang tulus ikhlas dan melakukan sesuatu selari dengan ketentuan Allah

apa yang diharapkan daripada kita. Saya suka berfikir bahawa jika kita berbuat sesuatu

dengan jiwa raga kita, Allah yang akhirnya akan merestui apa yang kita buat." Jelaslah

bahawa Kejayaan Najib pada Mac 2009 merupakan berkat beliau dalam mencari redha

Allah semasa menjalankan tugasnya.

12
MOHD NAJIB ABDUL RAZAK, https://pru.sinarharian.com.my/calon/263/mohd-
najib-abdul-razak
10
Gambar 5 : Najib angkat sumpah sebagai perdana menteri

4.0 PENCAPAIAN

11
Dato’ Seri Najib Razak baru sahaja menjadi Perdana Menteri selama 2 penggal, namun

telah banyak sumbangan yang telah beliau berikan kepada rakyat Malaysia, mengatasi 8

tahun pemerintahan Tun Mahathir, bapa pemodenan Malaysia dahulu. Antara tindakan

beliau sepanjang menjadi Perdana Menteri ialah mengurangkan kadar faedah pinjaman

PTPTN kepada 1% juga diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN: 20% atas baki hutang

untuk penyelesaian penuh pinjaman; 10% untuk bayaran sekurang-kurangnya 50%

daripada baki hutang dalam sekali bayaran; dan 10 % untuk bayaran balik melalui

potongan gaji atau debit terus mengikut jadual, pembinaan Lebuhraya Pan Borneo,

Lebuhraya CSR atau Lebuhraya KL-Kelantan melalui Merapoh, Lebuhraya Rawang yang

semuanya bebas tol, memberi subsidi untuk tambang MRT, menghapuskan Akta

Keselamatan dalam Negeri (ISA), meneruskan projek LPT ke Terengganu dan Kelantan

juga membina Lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai, menghapuskan yuran sekolah,

pemberian bantuan sekolah sebanyak RM100, pemberian buku teks percuma; Bantuan

Rakyat 1Malaysia (BR1M); Baucar Buku 1Malaysia (BB1M), mewujudkan Klinik

Bergerak 1Malaysia; Klinik 1Malaysia dengan bayaran RM1, melaksanakan gaji

minimum kepada RM1000, kenaikan pencen sebanyak 2 % setiap tahun, mewujudkan

Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M), program perumahan untuk rakyat:

PPRT, SPNB (gaji bawah RM3000 dan ada tanah, dengan subsidi kerajaan sebanyak

RM25 ribu), SPNB Plus (gaji RM3000 ke atas dan ada tanah), PR1MA (gaji bawah

RM10,000), bantuan musim tengkujuh sebanyak RM600 untuk 3 bulan kepada 440 ribu

penoreh getah serta skim elaun sara hidup nelayan sebanyak RM300 sebulan.1314

13
http://www.utusan.com.my/rencana/utama/memakmur-ekonomi-inklusif-1.544122
14
http://www.utusan.com.my/berita/politik/yang-kaya-jangan-baca-nanti-tidak-percaya-
1.668939
12
Gambar 6 : Najib menjelaskan rasional Lebuhraya Pan Borneo tidak dikenakan tol

4.1 Bantuan Rakyat 1Malaysia

Bantuan Rakyat 1Malaysia atau BR1M merupakan satu bantuan kewangan yang

diwujudkan oleh Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia, untuk membantu rakyat

Malaysia yang miskin dan tidak berkemampuan dalam pembentangan Belanjawan

Malaysia 2012 dengan pengagihan dilaksanakan secara berperingkat bermula Januari

sehingga Mac 2012 dalam bentuk baucer. Pada 25 Ogos 2018, Perdana Menteri Mahathir

bin Mohamad mengumumkan BR1M akan dikurangkan sedikit demi sedikit sebelum

dihapuskan dalam masa terdekat.15 Bagi pendapatan isi rumah di bawah RM3000, anda

boleh dapat RM950, bagi pendapatan isi rumah di bawah RM3000 hingga RM4000, anda

boleh dapat RM750 dan bagi individu bujang 21 tahun ke atas dan berpendapatan tidak

Safina Ramli (25 Ogos 2018). "BR1M akan dikurangkan dan dihapuskan". Utusan
15

Malaysia. Dicapai pada 25 Ogos 2018.


13
melebihi RM2,000 sebulan, anda boleh dapat RM350. 16
Usaha memberi bantuan

kewangan kepada golongan berpendapatan rendah telah lama diguna pakai oleh negara-

negara lain seperti Oportunidades di Mexico, Bolsa Familia di Brazil dan Public

Assistence (PA) di Singapura. Program itu diperkenalkan membasmi kemiskinan dengan

menyediakan bayaran tunai kepada keluarga dengan tujuan mengurangkan kemiskinan

dan meningkatkan kesihatan serta pencapaian pendidikan di kawasan-kawasan di mana ia

telah digunakan.17 Di Arab Saudi, bantuan tunai dimasukkan ke dalam akaun. Di

Singapura, melalui akaun Kumpulan Wang Simpanan Pusat (CPF). Di Amerika Syarikat

(AS), bantuan diberi melalui setem makanan untuk membeli barang di kedai atau pasar

raya. Malaysia memberi bantuan dalam bentuk tunai supaya boleh digunakan di pasar

raya, pasar tani dan sebagainya.18 Pemberian bantuan tunai kepada rakyat ini terbukti

keberkesanannya dalam meningkatkan penggunaan domestik turut diakui sekumpulan

tokoh ekonomi Britain pada 2016. Laporan The Guardian pada tahun berkenaan (2016)

memetik 35 pakar ekonomi Britain termasuk Lord Robert Skidelsky dan Herman Daly

yang mahu bank pusat negara itu melaksanakan pemberian bantuan tunai bagi mengatasi

kelembapan ekonomi berbanding melaksanakan pemotongan kadar faedah.

4.2 Kedai Rakyat 1Malaysia

16
Syarat Kelayakan BR1M 2015 Bantuan Rakyat 1Malaysia,
https://www.1malaysianews.com/syarat-kelayakan-br1m-2015-bantuan-rakyat-
1malaysia/
17
"salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-09-02. Dicapai pada 2021-
10-03.
18
http://www.utusan.com.my/berita/nasional/br1m-bukan-rasuah-8211-pm-1.652394
14
Gambar 7 : Kedai Rakyat 1 Malaysia

Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Najib

Razak pada tahun 2011. Projek perintis model KR1M di Stesen LRT Kelana Jaya

dirasmikan pada 22 Jun 2011. Kedai Rakyat 1Malaysia menjadi medium untuk mengawal

harga barang dan mengurangkan monopoli sesetengah barang keperluan yang telah lama

didominasi oleh pengilang-pengilang multinasional. KR1M diinspirasikan oleh Perdana

Menteri, Datuk Seri Najib bin Tun Razak. KR1M mensasarkan kumpulan pengguna yang

mempunyai bajet yang terhad serta keperluan yangpaling asas. Matlamat utama KR1M

bukanlah untuk mengaut keuntungan, sebaliknya untukmeringankan beban tanggungan

perbelanjaan golongan tersebut. Namun demikian KR1M tidak menghadkan kepada

sebarang kumpulan pengguna, maka sesiapa sahaja boleh melangkah masuk keKR1M

dan mendapatkan produk 1Malaysia.Beliau prihatin terhadap golongan penduduk

berpendapatan rendah di kawasan bandar. Idea itu juga selari dengan slogan ‘Rakyat

Didahulukan’ yang telah diperkenalkan oleh beliau sendiri.19


19
TUJUAN KEWUJUDAN KEDAI RAKYAT 1MALAYSIA,
https://www.coursehero.com/file/16669256/TUJUAN-KEWUJUDAN-KEDAI-
15
4.3 Rang Undang-Undang Majlis Keselamatan Negara 2015

Pada Disember 2015, Rang Undang-Undang Majlis Keselamatan Negara 2015 telah

diluluskan di Parlimen selepas perdebatan selama enam jam maraton. Rang undang-

undang itu memberikan Perdana Menteri Malaysia dengan kuasa yang tidak pernah

berlaku sebelum ini, seperti keupayaan untuk menentukan apa yang menjadi isu

keselamatan dan juga menganggap mana-mana bahagian Malaysia suatu kawasan

keselamatan.20 Di dalam kawasan itu, pihak berkuasa boleh membuat tangkapan,

menjalankan carian atau merampas harta tanpa waran.21 Rang undang-undang itu dikritik

oleh kumpulan hak asalkan mengundang penyalahgunaan kerajaan. 22


Peguam Malaysia

memanggilnya sebagai "cergas ke arah kerajaan autoritarian"23Kerajaan telah

mempertahankan rang undang-undang itu, dengan menteri kabinet Shahidan Kassim

mengatakan undang-undang itu perlu untuk membolehkan penyelarasan yang lebih baik

dan tindak balas seragam sekiranya negara menghadapi ancaman keselamatan, dan

undang-undang itu tidak melanggar hak asasi manusia asas Di bawah perlembagaan

persekutuan.

5.0 Anugerah dan penghargaan

RAKYAT-1MALAYSIA/
20
"Two alarm bells for Malaysians". 7 December 2015. Dicapai pada 8 December 2015.
21
"Malaysia defends passing of controversial security bill". 4 December 2015. Diarkibkan
daripada yang asal pada 2015-12-07. Dicapai pada 8 December 2015.
22
"Malaysian Security Law Invites Government Abuses, Rights Groups Say". 3
December 2015. Dicapai pada 8 December 2015.
23
"The National Security Council Bill 2015 is a Lurch Towards an Authoritarian
Government". 3 December 2015. Dicapai pada 8 December 2015.
16
Gambar 8 : Najib terima anugerah tertinggi UAE

Tahun Anugerah Pemberi

2017 King Hamad Order for Raja Hamad Isa Al Khalifa

Development

2012 Imam Khalifah Agung24 Pertubuhan Seni Silat

Pusaka Gayong Malaysia

(PSSPGM)

2012 Anugerah Pencapaian Majlis Perniagaan Global

Sepanjang Hayat25 Forum Ekonomi China

(WCEF)

2011 Anugerah Kepimpinan Forum Ekonomi Cina

Transformasi26 Dunia

2010 AFC Diamond of Asia27 Persekutuan Bola Sepak


24
"Najib dinobat Imam Khalifah Agung Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia". Diarkibkan
daripada yang asal pada 2012-02-25. Dicapai pada 2012-02-26
25
"WCEF Kurnia Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat Kepada Najib". Diarkibkan
daripada yang asal pada 2012-11-16. Dicapai pada 2012-02-26.
26
"Najib Dapat Anugerah Kepimpinan Transformasi Daripada Forum Ekonomi Cina
Dunia". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-11-16. Dicapai pada 2012-02-26
17
Asia (AFC)

2010 King Abdul Aziz Order of Raja Abdullah Abdulaziz

Merit (Kelas Pertama)28 Al-Saud

2010 Anugerah Persatuan Kesatuan Telekomunikasi

Telekomunikasi dan Antarabangsa (ITU)

Maklumat Dunia 201029

2010 Darjah Kerabat Sri Indera Sultan Pahang, Sultan

Mahkota Pahang Yang Ahmad Shah Al Musta'in

Amat Dihormati (DK II) Billah

2007 Darjah Utama Negeri Yang Dipertua Negeri

Melaka (DUNM)30 Melaka, Tun Mohd Khalil

Yaakob

5.0 KESIMPULAN

27
"Najib Penerima Anugerah AFC Diamond Of Asia". Diarkibkan daripada yang asal
pada 2012-11-16. Dicapai pada 2012-02-26.
28
http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=468922
29
http://www.kpkk.gov.my/index.php?
option=com_content&view=article&id=1068%3Abernama-10-mei-2010-najib-terima-
anugerah-persatuan-telekomunikasi-dan-maklumat-
dunia&catid=189%3Abernama&Itemid=145&lang=bm
30
"Najib Ketuai Senarai Penerima Anugerah Kebesaran Negeri Melaka". Diarkibkan
daripada yang asal pada 2014-01-13. Dicapai pada 2012-02-26.
18
Pada 9 Mei 2018, Dato' Seri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak gagal

mempertahankan jawatan Perdana Menteri susulan kegagalan Barisan Nasional

membentuk kerajaan dalam Pilihan Raya ke-14, jawatan telah disandang oleh Parti

Pribumi Bersatu Malaysia, salah satu parti komponen baharu dalam Pakatan Harapan dan

menyaksikan perubahan landskap politik baharu selepas 61 tahun kerajaan ditadbir oleh

parti komponen Barisan Nasional.31 Pada pilihan raya umum Malaysia 2018, Barisan

Nasional telah dikalahkan buat pertama kali di dalam sejarah negara, memenangi 79

daripada 222 kerusi di Dewan Rakyat. Najib menerima keputusan pilihan raya dan

berjanji akan membantu memudahkan peralihan kuasa. 32Pada 3 Julai 2018, Najib ditahan

oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di kediamannya.33

LAMPIRAN

31
Era Pentadbiran Dato' Sri Najib Razak (2009-2018),
https://ms.wikipedia.org/wiki/Perdana_Menteri_Malaysia#Senarai_bekas_Perdana_Ment
eri_yang_masih_hidup
32
"Najib congratulates Dr Mahathir over PM appointment". New Straits Times. 11 May
2018.
33
"Najib ditahan SPRM". Berita Harian. 3 July 2018.
19
Gambar 1 : logo parlimen Malaysia

Gambar 2 : Dato’ Seri Najib Razak

20
Gambar 3 : Najib bersama adik-beradik dan ibu bapanya

Gambar 4 : Najib Razak terpilih sebagai ahli parlimen termuda pada tahun 1976

21
Gambar 5 : Najib mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia

Gambar 6 : Najib menjelaskan rasional Lebuhraya Pan Borneo tidak dikenakan tol

22
Gambar 7 : Najib terima anugerah tertinggi UAE

Gambar 8 : Kedai Rakyat 1 Malaysia

23
BIBLIOGRAFI

SUMBER PRIMER

"Perlembagaan Persekutuan - Bahagian IV - Bab 3 - Badan Eksekutif". Jabatan


Perkhidmatan Awam Malaysia. Dicapai pada 9 Ogos 2021.

Bunyan, John (8 Ogos 2021). "What's next for our MPs: Wait for the confidence vote in
Parliament or band together and appoint a PM-designate now?". Malay Mail (dalam
bahasa Inggeris). Dicapai pada 9 Ogos 2021

"Kemudahan ahli Dewan Rakyat". Parlimen Malaysia. 23 April 2021. Dicapai pada 6
Ogos 2021.

"Laws of Malaysia - Act 347 - Houses of Parliament (Privileges and Powers) Act 1952"
(PDF). Parlimen Malaysia (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 6 Ogos 2021

"Najib Razak appears secure, but looks can deceive". The Economist. 6 January 2017.
Dicapai pada 6 January 2017.

"Malaysian PM Najib to solemnise daughter's marriage to Kazakhstan President's


nephew". The Straits Times. 19 March 2015. Dicapai pada 6 January 2017

Chamil Wariya (diterbitkan pertama kali pada 2009), “Najib Razak Pendakian Ke Puncak
Kuasa” hlm. xxvii

Safina Ramli (25 Ogos 2018). "BR1M akan dikurangkan dan dihapuskan". Utusan
Malaysia. Dicapai pada 25 Ogos 2018.

"salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-09-02. Dicapai pada 2021-10-
03.

24
"Two alarm bells for Malaysians". 7 December 2015. Dicapai pada 8 December 2015.

"Malaysia defends passing of controversial security bill". 4 December 2015. Diarkibkan


daripada yang asal pada 2015-12-07. Dicapai pada 8 December 2015.

"Malaysian Security Law Invites Government Abuses, Rights Groups Say". 3 December
2015. Dicapai pada 8 December 2015.

"The National Security Council Bill 2015 is a Lurch Towards an Authoritarian


Government". 3 December 2015. Dicapai pada 8 December 2015.

"Najib dinobat Imam Khalifah Agung Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia". Diarkibkan
daripada yang asal pada 2012-02-25. Dicapai pada 2012-02-26

"WCEF Kurnia Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat Kepada Najib". Diarkibkan


daripada yang asal pada 2012-11-16. Dicapai pada 2012-02-26.

"Najib Dapat Anugerah Kepimpinan Transformasi Daripada Forum Ekonomi Cina


Dunia". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-11-16. Dicapai pada 2012-02-26

"Najib Penerima Anugerah AFC Diamond Of Asia". Diarkibkan daripada yang asal pada
2012-11-16. Dicapai pada 2012-02-26.

"Najib Ketuai Senarai Penerima Anugerah Kebesaran Negeri Melaka". Diarkibkan


daripada yang asal pada 2014-01-13. Dicapai pada 2012-02-26.

"Najib congratulates Dr Mahathir over PM appointment". New Straits Times. 11 May


2018.

"Najib ditahan SPRM". Berita Harian. 3 July 2018.

25
SUMBER SEKUNDER

Struktur Parlimen Malaysia, https://www.parlimen.gov.my/pengenalan.html?


view=236&uweb=web&

https://m.merdeka.com/datuk-sri-mohd-najib-bin-tun-haji-abdul-razak/profil

Portal Umno Online, https://umno-online.my/presiden/najib/


MOHD NAJIB ABDUL RAZAK, https://pru.sinarharian.com.my/calon/263/mohd-najib-
abdul-razak

http://www.utusan.com.my/rencana/utama/memakmur-ekonomi-inklusif-1.5441

http://www.utusan.com.my/berita/politik/yang-kaya-jangan-baca-nanti-tidak-percaya-
1.668939

Syarat Kelayakan BR1M 2015 Bantuan Rakyat 1Malaysia,


https://www.1malaysianews.com/syarat-kelayakan-br1m-2015-bantuan-rakyat-
1malaysia/

http://www.utusan.com.my/berita/nasional/br1m-bukan-rasuah-8211-pm-1.652394

TUJUAN KEWUJUDAN KEDAI RAKYAT 1MALAYSIA,


https://www.coursehero.com/file/16669256/TUJUAN-KEWUJUDAN-KEDAI-
RAKYAT-1MALAYSIA/

http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=468922
http://www.kpkk.gov.my/index.php?
option=com_content&view=article&id=1068%3Abernama-10-mei-2010-najib-terima-
anugerah-persatuan-telekomunikasi-dan-maklumat-
dunia&catid=189%3Abernama&Itemid=145&lang=bm

26
Era Pentadbiran Dato' Sri Najib Razak (2009-2018),
https://ms.wikipedia.org/wiki/Perdana_Menteri_Malaysia#Senarai_bekas_Perdana_Ment
eri_yang_masih_hidup

27

You might also like