You are on page 1of 3

(Contoh Penulisan Pengenalan – sepatutnya dalam 3 – 4 muka surat)

4.0 Pengenalan
Tema yang telah dipilih ialah Ekologi: Alam Sekitar dan tajuk kajian pengkaji adalah
seperti berikut; “Pencemaran Persekitaran Terhadap Penduduk Di Flat Sri Lanang Taman
Desa Tebrau, Johor Bahru”. Seiring dengan pembangunan negara, pencemaran alam sekitar
yang berlaku turut berleluasa sebagai kesan sampingan pembangunan negara yang pesat.
Walaupun pelbagai tindak balas telah diambil oleh kerajaan untuk mengatasi masalah ini,
pencemaran alam sekitar terus berlaku.

Menurut Kamus Dewan Bahasa edisi keempat (2015), definisi “pencemaran”


ditakrifkan sebagai perbuatan yang mencemarkan (mengotorkan) pengotoran alam atau
perbuatan yang mencemarkan kebersihan alam sekeliling dengan sampah sarap. Definisi ini
tepat menjelaskan akan perbuatan manusia yang menjejaskan kualiti alam sekitar dalam usaha
membangunkan tamadun tanpa mengambil kira ekologi alam sekitar. Menurut Darmono
(1995), pencemaran adalah segala bentuk perubahan alam dan iklim yang ada di bumi akibat
kegiatan manusia yang tidak dikehendaki oleh alam. Kegiatan ini seperti halnya penebangan
hutan secara haram atau membakar hutan untuk pertanian. Seterusnya, persekitaran pula
didefinisikan daripada Kamus Dewan Edisi keempat (2012) sebagai kawasan di sekeliling
tempat atau kawasan sekitar. Dalam konteks kajian ini, pencemaran persekitaran yang
dimaksudkan adalah di sekitar kawasan Flat Sri Lanang, Taman Desa Tebrau, Johor Bahru.
Pencemaran persekitaran yang dimaksudkan ...................... (perlu buat perkaitan dengan
kajian anda, yang di atas cara biasa iaitu diberi definisi [defini boleh ambil dari kamus atau
kajian laian atau kedua-duanya sekali] dan kemudian dikaitkan dengan tajuk kajian)

Selain itu, menurut Jamaluddin Md.Jahi (2000), telah melaporkan bahawa punca
pencemaran udara disebabkan pembakaran bahan api fosil daripada kenderaan bermotor,
operasi industri dan pembakaran secara terbuka. Lebih 70% bahan pencemaran udara adalah
berpunca daripada kenderaan 4 bermotor, pembakaran terbuka dan pembakaran hutan . Dalam
konteks ini, pembebasan asap kenderaan bermotor serta operasi industri merupakan
sumbangan yang terbesar terjadinya pencemaran persekitaran kawasan perindustrian Taman
Air Biru, Pasir Gudang, Johor. (Seterusnya boleh dibuat perkaitan dengan tajuk bermula
dengan definisi jargon yang seterusnya, ini kaedah “terbalik” iaitu sebut kajian lain dan
kemudiannya dikaitkan dengan kajian anda )
Menurut Jabatan Alam Sekitar Malaysia (2002) , pula menyatakan bahawa masalah
aduan pencemaran berlaku pada masa kini berada dalam yang semakin kritikal. Masalah
aduan pencemaran alam yang paling serius adalah masalah pencemaran udara iaitu sebanyak
71% telah dicatatkan. Sementara itu, pencemaran air pula merupakan masalah pencemaran
alam yang berada di peringkat kedua kritikal pada tahun 2002 iaitu sebanyak 16% manakala
peratus aduan bagi pencemaran bunyi merupakan nilai yang paling rendah iaitu sebanyak 1%.
Di samping itu, masalah aduan pencemaran lain-lain pula dicatatkan sebanyak 12%. Oleh
yang demikian, sumber ini telah dijadikan sebagai panduan pengkaji untuk melakukan kajian
berkaitan dengan tajuk pengkaji. (buat kaitan dengan tajuk sebagai pengukuhan)

Rasional kajian pengkaji adalah merujuk kepada jumlah penduduk Malaysia semakin
bertambah menyebabkan permintaan perumahan jaya juga meningkat. Hal ini menyebabkan
banyak taman baru dibina bagi memenuhi permintaan seperti Pangsapuri Taman Desa
Belantik. Jumlah penduduk Malaysia pada tahun 2016 meningkat sebanyak 0.5 juta
berbanding 31.2 juta orang pada tahun sebelumnya. Jabatan Perangkaan Malaysia berkata
jumlah tersebut menunjukkan kadar pertumbuhan penduduk tahunan sebanyak 1.5 peratus
bagi tempoh yang sama. Seiring dengan peningkatan penduduk, masalah pencemaran
terhadap alam sekitar terutama sekali penduduk yang tinggal di kawasan perumahan.
Kehidupan manusia sememangnya berkait rapat dengan alam sekitar. Setiap aktiviti yang
dilakukan sedikit sebanyak memberi impak kepada alam sekeliling.

(Perenggan ini telah dipadamkan)

Kesimpulannya, isu pencemaran alam sekitar semakin hari semakin parah dan tidak
terkawal. Hal ini dikatakan demikian kerana sikap manusia yang tidak bertanggungjawab
yang lebih memikirkan diri sendiri berbanding persekitaran yang bersih dan kesihatan yang
terjamin. Pencemaran alam sekitar akan menyebabkan bumi kita menjadi musnah dan
seterusnya memberi kesan negatif kepada manusia dan kehidupan flora dan fauna.
Percemaran persekitaran kawasan Flat Sri Lanang Taman Desa Tebrau, Johor Bahru telah
menyebabkan penduduk sekitar mendapat kesan negatif sehingga penduduk sekitar berasa
kurang selesa dan mudah mendapat penyakit kerana keadaan persekitaran yang kotor adalah
disebabkan masyarakat di kawasan persekitaran yang menjadi punca utama pencemaran
berlaku.

Peringatan bab Pengenalan perlu ada perkara2 berikut:


1. Sekitar 3-4 muka surat
2. Dimulai dgn pernyataan tema dan tajuk kajian
3. Disusuli dengan huraian definisi / jargon iaitu perkataan2 utama dalam tajuk anda
sahaja, BUKAN tema kajian yang diterangkan. Seterusnya dikaitkan dengan konteks
kajian kamu. Ini untuk mengelakkan tabiat buruk “copy paste” yang tidak tentu arah
yang pasti berlaku nanti.
4. Dihuraikan juga RASIONAL kajian, ingat ini tak sama dgn objektif kajian. Rasional
kajian ialah kenapa kamu kaji tajuk ini dan apa yang kamu nak capai.
5. Kesimpulan kecil/rumusan untuk bab ini dalam 3-4/5 baris.

You might also like