You are on page 1of 29

PANDUAN MENULIS KERJA

KURSUS
Tengok cara memasukkan sumber dalam
penulisan
Tengok cara memasukkan sumber dalam
penulisan
Tengok cara memasukkan sumber dalam
penulisan
PANDUAN MENULIS
DAPATAN DAN
PERBINCANGAN
Contoh 1
8.3 Analisis Bahagian B –
Corak perbelanjaan
peniaga goreng pisang di
Taman Johor Jaya,
Johor Bahru
5.2.1 Analisis corak perbelanjaan bagi
item hiburan
Corak perbelanjaan: Hiburan

6.0
5.00% 0%
Ranking 1
10.00%
Ranking 2
Ranking 3
9.00% Ranking 4
Ranking 5
70.00% Ranking 6

(Sumber : Kajian lapangan)


Carta di atas menunjukkan analisis corak perbelanjaan bagi item
hiburan. Dapatan kajian mendapati bahawa majoriti responden iaitu
seramai 15 daripada 40 orang responden atau 70% berpendapat
bahawa hiburan merupakan aspek perbelanjaan mereka yang paling
tidak utama iaitu ranking ke 6. Menurut temu bual yang telah
dijalankan bersama informan kedua dan ketiga, hiburan seperti
keluar menonton wayang, berkaraoke dan sebagainya merupakan
perkara terakhir yang difikirkan kerana perlu berbelanja untuk
perkara yang lebih penting seperti membeli keperluan makanan
sehari-hari. Kesibukan berniaga menyebabkan mereka tiada masa
untuk berhibur kerana perlu bekerja dengan bersungguh-sungguh
demi kelangsungan hidup mereka. Tambahan pula, kos hidup yang
semakin meningkat menyebabkan mereka lebih bijak berbelanja
untuk barang-barang keperluan mereka. Menurut kajian yang
dilakukan oleh Ali Mahmood (2013) pula, apabila ibu bapa
mementingkan hiburan dan mengabaikan keperluan anak, maka
berkemungkinan besar anak akan menghadapi masalah sosial.
Selain itu, seramai 4 daripada 40 orang responden
atau 5% menyatakan bahawa hiburan merupakan
aspek perbelanjaan mereka yang paling utama iaitu
ranking pertama. Menurut temu bual yang telah
dijalankan bersama informan pertama, beliau
mengatakan hiburan itu perlu kerana dapat
melepaskan penat dan stres selepas bekerja. Ini selari
dengan Ali El Fateh ( 2001) dalam bukunya yang
mengatakan bahawa konsep hiburan ialah untuk
mencari kesejahteraan, ketenangan dan kepuasan,
terlepas dari perasaan bersalah, ketegangan dan
keresahan. Hiburan dapat dilakukan di waktu lapang,
secara individu, bersama keluarga atau kawan-kawan.
Panduan:
• Font hitam - contoh dapatan drpd
analisis soal selidik/ data mentah
• Font purple- contoh dapatan drpd
temu bual
• Font biru- perbincangan/ulasan
• Font merah- support rujukan lain
(cth:kajian lepas/ buku2 ilmiah dll)
Rujukan yang terlibat :
• Ali Mahmood (2013). Peranan ibu bapa
dalam kehidupan sosial anak: Satu
Kajian Tinjauan. Projek Sarjana Muda:
Universiti Teknologi Malaysia
-- > ini rujukan dari tesis
• Ali El Fateh, 2001. Mencari ketenangan
hakiki. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa
dan Pustaka.
-- > ini rujukan dari buku
Contoh 2
Merujuk kepada graf dalam rajah 6.0 yang memaparkan bilangan
responden mengikut jenis barangan yang dibeli oleh penduduk di Zon Teratai,
Taman Johor Jaya, Johor Bahru. Terdapat beberapa jenis barangan yang
disenaraikan iaitu perabot, hiasan, produk pengcahayaan, tekstil, peralatan dapur
dan storan dan pengaturan.
-Dalam perenggan ini, beri analisis/dapatan semua jenis barangan ikea.
bilangan dan peratus
Dapatan kajian menunjukkan majoriti responden iaitu seramai 14 orang
daripada 16 orang responden iaitu sebanyak 87.50% yang membeli perabot dari
Ikea. Menurut informan 1 dan 2, mereka membeli perabot keluaran Ikea kerana
mereka menyatakan bahawa perabot dari Ikea mempunyai kualiti yang bagus
dengan harga yang berpatutan. Selain itu, menurut pengasas Ikea Ingvar
Kamprad, (1999) juga mengatakan bahawa terdapat pelbagai pilihan perabot yang
ditawarkan dan perabot Ikea mudah diselenggara serta mudah dipasang. Tambah
juga ulasan kamu sendiri dalam perenggan ini
Barangan hiasan pula mencatatkan peratusan yang paling rendah iaitu 3
daripada 16 orang responden (18.75%) yang membeli barangan hiasan dari Ikea.
Menurut dapatan daripada temu bual bersama informan 2 dan 3, mereka kurang
berminat untuk membeli barangan hiasan tersebut. kerana mereka beranggapan
bahawa barangan hiasan dari Ikea tidak begitu menarik untuk dibeli dan juga
harga yang kurang berpatutan. Tambah juga ulasan kamu sendiri dalam
perenggan ini
5.3 Analisis Bahagian C :
Faktor-faktor Kekangan
kepada pengamalan
pantang larang masyarakat
Cina di Kampung X, Johor
Bahru
5.3.1 Faktor diri dan keluarga
Jadual 4 : Taburan Frekuensi dan Peratusan Bagi Faktor Diri dan
Keluarga
Item-item Borang Soal Selidik SETUJU (S) TIDAK SETUJU (TS)
Saya kurang mengamalkan pantang-larang Sangat Setuju Tidak Sangat
pada hari pertama Tahun Baru Cina kerana: Setuju (4) (3) setuju tidak
(2) setuju
(1)
I. FAKTOR DIRI DAN KELUARGA f % f % f % f %
 
1. Saya berasakan bahawa amalan 12 30 10 25 8 20 10 25
pantang-larang itu kurang penting. 55%  45%
2. Saya berasakan bahawa tiada kesan 20 50 12 30 8 20 0 0.0
buruk akan menimpa saya jika tidak 80% 20%
mengamalkan pantang larang tersebut.  
3. Keluarga saya tidak mendesak saya 24 60 12 30 4 10 0 0.0
untuk mengamalkan pantang larang 90% 10%
tersebut.  

(Sumber : Kajian lapangan,2020)


Rajah 5: Faktor Diri dan Keluarga
100% 90%
90% 80%
80%
70% Setuju
60% 55% Tidak setuju
45%
Peratus

50%
40%
30% 20%
20% 10%
10%
0%
Kurang Tiada kesan Keluarga
penting buruk tidak desak

(Sumber : Kajian lapangan, 2020)


Berdasarkan analisa faktor diri dan keluarga, seramai 22 orang
daripada 40 orang responden atau sebanyak 55% mengatakan
bahawa amalan pantang larang pada hari pertama sambutan Tahun
Baru Cina adalah kurang penting untuk diamalkan manakala
seramai 18 orang daripada 40 orang responden atau sebanyak 45%
mengatakan sebaliknya. Ini kerana mereka terlalu sibuk membuat
persiapan untuk menyambut Tahun Baru Cina hingga mengabaikan
pantang larang pada hari tersebut.
Seterusnya, seramai 32 orang daripada 40 orang responden atau
sebanyak 80% bersetuju mengatakan bahawa tiada kesan buruk
sekiranya mereka tidak mematuhi pantang larang pada hari
pertama sambutan Tahun Baru Cina. Hanya 8 daripada 40 orang
responden sahaja (20%) yang tidak bersetuju dengan pernyataan
ini. Kebanyakan mereka mempercayai bahawa amalan pantang
larang ini akan memberi kesan yang baik dan tidak baik sekiranya
diamalkan.
Tiada rujukan sumber!!
Majoriti responden iaitu seramai 36 orang daripada 40
orang responden iaitu sebanyak 90% bersetuju bahawa
mereka kurang mengamalkan pantang-larang pada hari
pertama Tahun Baru Cina adalah kerana keluarga tidak
mendesak mereka untuk mengamalkan pantang larang
pada hari tersebut manakala hanya seramai 4 orang
daripada 40 orang responden atau sebanyak 10
mengatakan sebaliknya. Ini kerana keluarga mereka tidak
menitikberatkan amalan ini dan seterusnya mengabaikan
pantang larang pada hari tersebut.
Secara keseluruhannya, majoriti responden kajian ini
bersetuju bahawa faktor diri dan keluarga merupakan
faktor yang menyebabkan amalan pantang larang pada hari
pertama sambutan Tahun Baru Cina ini kurang diamalkan.
Tiada rujukan sumber!!
VS
Terdapat tiga ciri yang disenaraikan bagi faktor diri dan
keluarga iaitu ‘amalan pantang larang itu kurang penting’, ‘tiada
kesan buruk jika tidak diamalkan’ dan ‘keluarga tidak mendesak
untuk mengamalkan amalan pantang larang’.
Bagi ciri pertama, seramai 22 orang daripada 40 orang
responden atau sebanyak 55% bersetuju bahawa amalan pantang
larang pada hari pertama sambutan Tahun Baru Cina adalah
kurang penting untuk diamalkan manakala seramai 18 orang
daripada 40 orang responden atau sebanyak 45% mengatakan
sebaliknya. Ini kerana mereka terlalu sibuk membuat persiapan
untuk menyambut Tahun Baru Cina hingga mengabaikan pantang
larang pada hari tersebut. Menurut temubual bersama informan 2
dan 3, mereka mengatakan bahawa amalan pantang larang
semasa sambutan Tahun Baru Cina sudah tidak relevan pada masa
sekarang kerana zaman sudah moden.
Seterusnya bagi ciri kedua, seramai 32 orang daripada 40
orang responden atau sebanyak 80% bersetuju mengatakan
bahawa tiada kesan buruk sekiranya mereka tidak mematuhi
pantang larang pada hari pertama sambutan Tahun Baru Cina.
Hanya 8 orang daripada 40 orang sahaja (20%) yang tidak
bersetuju dengan pernyataan ini. Kebanyakan mereka
mempercayai bahawa amalan pantang larang ini tidak akan
memberi kesan yang tidak baik sekiranya tidak diamalkan.
Dapatan ini selaras dengan kajian yang telah dijalankan oleh
Saud, M. S. & Foong, L. M. (2007). Dalam kajian ini, mereka
mendapati bahawa perkataan yang tidak sopan dan bermakna
buruk tidak digalak sempena perayaan Tahun Baru Cina iaitu
seperti perkataan mati,hantu ataupun cakap kotor amat
dielakkan pada masa hari raya.Ini kerana kaum cina mempercayai
bahawa ini akan membawa perkara buruk sepanjang tahun
tersebut.
Majoriti responden iaitu seramai 36 orang daripada 40
orang responden atau sebanyak 90% bersetuju dengan ciri
ketiga iaitu mereka kurang mengamalkan pantang-larang pada
hari pertama Tahun Baru Cina adalah kerana keluarga tidak
mendesak mereka untuk mengamalkan pantang larang pada
hari tersebut manakala hanya 4 orang responden (10%)
mengatakan tidak bersetuju. Ini kerana keluarga mereka tidak
menitikberatkan amalan ini dan seterusnya mengabaikan
pantang larang pada hari tersebut. Pengaruh keluarga sangat
besar dalam menentukan tindakan seseorang (Haryati Rahman,
2014).
Dapatan kajian menunjukkan majoriti responden bersetuju
bahawa faktor diri dan keluarga merupakan faktor yang
menyebabkan mereka kurang mengamalkan amalan pantang
larang pada hari pertama sambutan Tahun Baru Cina.
Rujukan yang terlibat:

• Saud, M. S. & Foong, L. M. (2007). Perayaan


Tahun Baru Cina dan kepercayaannya.
European Juournal of Education, 34(1), 23-41
-- > ini rujukan dari jurnal
• Haryati Rahman (2014, 10 November).
Keluarga dan pengaruh persekitaran
terhadap remaja. Utusan Malaysia
-- > ini rujukan dari surat khabar

You might also like