You are on page 1of 29

“RASUAH MEMBAWA PADAH”

UQI10202: PENGAJIAN MORAL

SEMESTER 2 SESI 20192020

SEKSYEN 1 (KUMPULAN 7)

NAMA PENSYARAH: DR. SITI MARPUAH


Markah :

NAMA PELAJAR NO. MATRIK


LOI JIA YEE AP190391
ALANY CHACHA JODA DB190155
ESTHER NG KHAI LI AP190414
EVON YEE TZE SAN DE190014
FREDIANA FIONA FRED DB190069
LITIZIA ANAK JAUL CF190159
LORRETA ANAK PUAN DB190110
SAINYIN CHEONG AP190411
TAN VYNNIE SOPHI KOON AE190104
TIFFANY SINDA IKAU CF190134
BIODATA AHLI KUMPULAN

Dan seterusnya…….

i
ABSTRAK

Apa itu rasuah? Apa-apa penerimaan atau pemberian suapan sebagai dorongan atau upah
untuk seseorang kerana melakukan atau tidak melakukan sesuatu perbuatan yang berkaitan
dengan tugas rasmi. Suapan terdiri daripada wang, hadiah, harta, bonus, diskaun, komisen,
jawatan, kontrak pekerjaan, perkhidmatan dan lain-lain tafsiran di bawah Seksyen 3 Akta
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta SPRM 2009). Dalam Kamus Webster
perkataan ‘corruption’ membawa maksud sebarang tindakan perbuatan yang menjejaskan
integriti, kemuliaan ahlak, atau prinsip moral; keadaan yang rosak atau keji; hilang kesucian
atau integriti; menghalang; kejahatan tidak suci; rasuah. Kajian ini bertujuan untuk
mengenalpastikan kesan yang dibawa oleh masalah rasuah. Selain itu juga untuk
mencadangkan langkah untuk mengurangkan kes atau masalah rasuah dalam negara Malaysia.
Kajian ini berbentuk kuantitatif dengan menggunakan soal selidik melalui google form yang
diedarkan kepada responden kajian. Hasil kajian menunjukkan kesan rasuah adalah
menyebabkan berlakunya ketidakadilan dalam masyarakat terutamanya golongan miskin,
menjejaskan imej negara dalam dunia, meningkatkan ketamakan dalam masyarakat, dan
mengancam keselamatana rakyat dan negara. Rasuah politik berlaku di banyak negara dan
mengancam jutaan manusia. Sedangkan cadangan mengurangkan rasuah adalah adanya
SPRM, kempen pencegahan rasuah, penguatkuasaan undang-undang rasuah dan pendidikan
agama serta moral.

ii
ISI KANDUNGAN

Perkara Muka Surat


BIODATA AHLI KUMPULAN i
ABSTRAK xi
ISI KANDUNGAN xii
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Pernyataan Masalah 2
1.3 Objektif Kajian 2
1.4 Kajian Literatur 2
1.5 Metodologi 3
DAPATAN KAJIAN
2.1 Jawapan Daripada Objektif Kajian 5
2.2 Punca-Punca Rasuah 18
2.3 Kesan-Kesannya 19
2.4 Langkah-Langkah Mengatasi Rasuah 20
KESIMPULAN 21
LAMPIRAN 22
RUJUKAN 24

iii
PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Masalah rasuah di negara ini semakin berleluasa dan menjadi ancaman kepada imej
negara. Rasuah bermaksud sogokan atau bermaksud pemberian wang untuk menyogok
sesuatu perkara dapat disembunyikan atau untuk membuat sesuatu dengan ringkas dan cepat
tetapi salah di sisi undang-undang negara. Rasuah merupakan gejala yang menjadi buah mulut
media massa pada masa kini. Gejala rasuah akan menimbulkan beberapa kesan terhadap
pelbagai pihak kerana kegiatan rasuah akan menjejaskan fungsi perjalanan sesuatu organisasi
dan ia bukanlah suatu perkara yang boleh dipandang rendah kerana implikasinya adalah besar
terutamanya terhadap pembangunan sesebuah negara.

Statistik dari tahun 2014 hingga tahun 2019 menunjukkan 46.3 peratus daripada 4,860
individu ditahan atas kesalahan rasuah adalah penjawat awam. Generasi yang berusia bawah
40 tahun pula merangkumi 53.4 peratus. SPRM juga menjalankan soal selidik dan telah
mendapati bahawa terdapat 22.1 peratus responden sanggup menerima rasuah jika
mempunyai kuasa atau kedudukan dalam jawatan disandang. 

Berdasarkan kajian dijalankan SPRM yang memlibatkan kira-kira 1000 pelajar


universiti, sebanyak 16 peratus daripada mereka sanggup menerima rasuah, manakala 18.5
peratus pula sanggup menerima rasuah jika tiada apa-apa tindakan akan berlaku terhadap
perbuatan mereka. Oleh itu, jika usaha untuk membanteras gejala rasuah tidak dimulakan
pada peringkat awal terutama di sekolah maka generasi muda akan menggangapkan perlakuan
rasuah sebagai amalan biasa dan boleh diterima oleh orang lain.

Individu yang berintegriti, ketelusan dan berpengetahuan amat diperlukan untuk


pembangunan sesebuah negara. Dengan berpengetahuan dan berintegriti, individu tersebut
boleh menjadi insan yang efisien dan efektif yang boleh membawa keuntungan kepada diri
sendiri dan negara. Manusia yang efektif dan efisien adalah juga manusia yang mempunyai
sikap yang baik, boleh dipercayai, komited dan bertanggung jawab, bermotivasi tinggi,
bermoral tinggi, berinisiatif untuk belajar, mempunyai motivasi untuk berkongsi informasi
dan pengetahuan ke arah menjadi manusia yang berguna dan berkesan.

1
1.2 Penyataan Masalah

Pada zaman ini, jenayah rasuah telah menjadi masalah yang semakin serius dalam
kalangan masyarakat ini. Ini adalah kerana nafsu manusia yang tidak dapat dipenuhi dengan
apa yang telah diberi. Masalah rasuah berlaku di seluruh dunia. Kegiatan rasuah semakin
berleluasa di negara kita dan menjadi ancaman kepada imej negara. Rasuah berlaku kerana
terdapat sebahagian individu sanggup menggunakan cara yang salah untuk memaksimumkan
keuntungan personal atau korporat. Tetapi, individu yang terlibat dalam aktiviti rasuah ini
perlukan keadaan di mana mereka tidak dihalang atau digalak daripada berbuat demikian.
Motivasi rasuah dalam sesetangah kes mungkin satu tindakan sukarela yang diambil oleh
pihak yang mempunyai niat yang tersendiri untuk mendapat kelebihan kompetitif.

Rasuah perlu dielakkan kerana ia membawa kepada pelbagai kesan termasuk risiko
pendakwaan jenayah, risiko kerugian kewangan, perdebatan moral, kenaikan kos pembiayaan,
modal operasi dan kos penyelenggaraan sesuatu projek, kenaikan harga hartanah atau utiliti,
atau kenaikan fee untuk mengguna sesuatu kelengkapan. Ia juga boleh mengakibatkan kerja-
kerja yang membahayakan, kurang pelaburan dan penarikan kontraktor beretika dari pasaran.
Selain itu, ia menimbulkan ancaman kepada negara dan individu, ia boleh menyebabkan
pergolakan sosial dan menggalakkan lebih banyak jenayah.

1.3 Objektif
1. Mengenalpastikan kesan yang dibawa oleh masalah rasuah secara berleluasa.
2. Mendapatkan langkah untuk mengurangkan kes atau masalah rasuah dalam negara
Malaysia.

1.4 Kajian Literatur

Data Sekunder

Data sekunder merupakan data yang diperolehi melalui kajian literatur daripada buku-
buku rujukan, majalah, keratan akhbar, bahan ilmiah yang lain. Saya mencari sumber
tambahan di Perpustakaan Tunku Tun Aminah Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Selain
itu, peta dan gambar rajah diperoleh daripada laman web, manakala gambar-gambar pula
telah saya diambil menggunakan telefon bimbit.

2
a) Kepustakaan

Kajian kepustakaan yang diperoleh melalui laman web internet atau dari perpustakaan awam
turut dimanfaatkan sepanjang pelaksanaan kerja kursus ini. Data-data benar dan tepat telah
diperoleh daripada bahan-bahan bertulis seperti buku-buku, majalah, jurnal dan bahan ilmiah
yang diterbitkan. Sumber rujukan adalah penting untuk melihat hasil dapatan dahulu.
Maklumat dikumpulkan dengan menganalisis bahan-bahan tercetak seperti majalah, buku
releven dan kamus. Rujukan dilakukan di Perpustakaan Tunku Tun Aminah Universiti Tun
Hussein Onn Malaysia.

1.5 Metodologi

Terdapat empat kaedah kajian yang digunakan dalam penyelidikan kajian ini iaitu soal
selidik dan kepustakaan. Antara tujuan penyelidikan hasil kajian adalah untuk
menghubungkaitkan objektif kajian dengan hasil kajian. Kaedah ini menggunakan instrumen
borang soal selidik yang mana ianya mudah untuk mendapatkan kerjasama daripada
responden (Marson et.al 1998).Rujukan arkib pula untuk memperoleh informasi relevan
dengan objektif yang telah ditetapkan.

Pengumpulan Data

Menurut kamus dewan edisi keempat (2010), data bermaksud butiran atau maklumat
yang diketahui atau yang telah dikumpulkan tentang sesuatu dan dapat dijalankan asas untuk
membuat kajian. Pengumpulan data yang digunakan dalam kajian ini adalah menggunakan
borang soal selidik dan kepustakaan. Pengumpulan data yang digunakan dalam kajian ini
adalah menggunakan borang soal selidik dan kepustakaan. Soalan kaji selidik telah dibentuk
untuk mendapatkan pandangan daripada mahasiswa dan mahasiswi Universiti Tun Hussein
Onn Malaysia.

Data Primer

Data primer merupakan data yang didapatkan dari sumber asli atau pertama. Ia
merupakan data yang dapat dari sumber pertama, bak daripada individu atau perseorangan.
Kaedah soal selidik bersemukakan dilakukan dengan mahasiswa dan mahasiswi Universiti
Tun Hussein Onn Malaysia.

3
Soal Selidik

Pengkaji telah menjalankan soal selidik dengan menyediakan borang soal selidik dengan
mahasiswa dan mahasiswi Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Instrumen soal selidik yang
dibina menggunakan prinsip KISS (Keep It Short & Simple) iaitu mengemukakan soalan
yang ringkas dan mudah difahami. Soal selidik yang dikemukakan mempunyai dua bahagian
iaitu Bahagian A yang mengandungi data demografi responden, Bahagian B iaitu soalan soal
selidik untuk mengkaji tentang kesan terhadap rasuah dan Bahagian C langkah pencegahan
rasuah dalam Malaysia . Dalam kaedah ini, borang soal selidik diperlukan untuk memudahkan
lagi kajian yang hendak dijalankan. Rasional menggunakan soal selidik adalah untuk
mendapatkan jawapan yang berbeza-beza dan mudah dibandingkan serta jawapan mudah
diproses menerusi skala likert.

Jadual 1 Skala Likert

SKALA PENERANGAN
1 SANGAT TIDAK SETUJU
2 TIDAK SETUJU
3 KURANG SETUJU
4 SETUJU
5 SANGAT SETUJU

DAPATAN KAJIAN

4
2.1 Jawapan Daripada Objektif Kajian

Dalam dapat kajian yang dijalankan, bahagian ini membincangkan analisis data dan
memaparkan hasil penemuan kajian yang telah dilakukan daripada soal selidik yang telah diisi
oleh responden. Data yang dimasukkan diproses bagi mendapatkan statistik seperti peraturan,
min purata dan taburan kekerapan.

Demografi Responden

Seramai 50 orang responden yang terdiri daripada mahasiswa dan mahasisiwi di Universiti
Tun Hussein Onn Malaysia telah disoal selidik. Huraian analisis data berdasarkan latar
belakang responden iaitu melibatkan aspek umur, jantina, bangsa, fakulti dipersembahkan
dalam bentuk rajah dan carta.

Umur

Rajah 2.1.1 Umur Responden.


Berdasarkan hasil kajian, daripada 50 orang responden yang telah mengisi borang soal selidik,
seramai 3(6%) orang responden adalah terdiri daripada umur antara 26 hingga 30 tahun.
Manakala responden daripada 21 hingga 25 tahun yang mengutip jumlah yang paling banyak
iaitu 48(84%) orang. Seterusnya, antara umur 17 hingga 20 tahun mengutip jumlah sebanyak
8(10%) orang. Setiap daripada bilangan umur yang berbeza antara responden ini adalah
responden yang saling berbeza pendapat dang pandangan.

5
Rajah 2.1.2 Jantina responden.
Berdasarkan dapatan kajian pada Rajah 2, responden lelaki ialah seramai 19 orang responden
mewakili 38%. Manakala, responden perempuan pula ialah seramai 31 orang responden iaitu
62% daripada 50 orang responden keseluruhan. Maka dapat dijelaskan bahawa bilangan
responden perempuan lebih ramai berbanding responden daripada lelaki.

Rajah 2.1.3 Kaum Responden.


Rajah 3 menunjukkan responden kepada soal selidik yang dijalankan mengikut kaum
responden. Responden dipilih secara rawak dan terdiri daripada responden yang berbilang
kaum iaitu kaum Melayu, Cina, India dan lain-lain. Sebanyak 24 orang responden dari kaum
Cina mewakili 48%. Seterusnya, responden daripada kaum Melayu ialah seramai 16 orang
mewakili 32%. Manakala, responden daripada kaum lain adalah sebanyak 8 orang yang
mewakili 16%. Responden dari kaum India pula ialah seramai 2 orang sahaja yang mewakili
4% daripada 50 orang responden keseluruhan. Oleh itu, seperti yang dilihat bahawa bilangan
responden daripada kaum cina lebih ramai berbanding dengan kaum-kaum yang lain.

6
Rajah 2.1.4 Fakulti Responden.
Berdasarkan Rajah 4 di atas, daripada 50 orang responden yang telah membuat soal selidik.
Responden yang telah mengisi soal selidik terdiri daripada pelbagai fakulti di Universiti Tun
Hussien Onn Malaysia iaitu FPTV, FKAAB, FPTP, FKEE, FSKTM, FKTP, dan juga FKMP.
Seramai 3 orang (8%) adalah terdiri daripada pelajar dari fakulti FPTV dan pelajar dari
fakulti FKAAB sebanyak 4 orang mewakili 8% . Seterusnya, pelajar dari fakulti FPTP adalah
seramai 6 orang (16%). Selain itu, pelajar FKEE mempunyai jumlah yang paling ramai iaitu
27 orang (54%). Pelajar FSKTM pula seramai 5 orang (10%) dan pelajar dari fakulti FKTP
adalah paling sedikit iaitu seramai 1 orang sahaja (2%). Akhir sekali, pelajar dari fakulti
FKMP pula seramai 4 orang (8%) sama seperti pelajar fakulti FKAAB. Kebanyakan daripada
soal selidik ini ramai pelajar daripada fakulti FKEE.

Analisis Terhadap Rasuah

Pada bahagian ini responden telah diutarakan 2 soalan utama tentang rasuah dimana setiap
soalan utama terdapat 10 soalan kecil yang telah dikhususkan kepada pelajar Universiti Tun
Hussien Onn Malaysia. Dua soalan tersebut adalah kesan-kesan rasuah dan juga langkah-
langkah pencegahan rasuah.

7
Kesan-Kesan Rasuah

Rajah 2.2.1 Rasuah menyebabkan ketidakadilan kepada masyarakat.


Bagi kesan-kesan rasuah, soalan 1 yang diutarakan kepada responden ialah sama ada pelajar
bersetuju atau tidak bersetuju terhadap pandangan mereka kepada rasuah menyebabkan
berlakunya ketidakadilan dalam masyarakat terutamanya golongan miskin. Bagi soalan 1 ini,
3 orang sangat tidak setuju (6%), seorang pula tidak setuju (2%), 2 orang lagi kurang setuju
(4%), seramai 20 orang lagi setuju (40%) dan 29 orang pula sangat setuju (58%). Kebanyakan
responden bersetuju bahawa kesan rasuah boleh menyebabkan berlakunya ketidakadilan
kepada masyarakat miskin.

Rajah 2.2.2 Rasuah menjejaskan imej negara.


Soalan 2 yang disoal kepada responden ialah sama ada responden bersetuju atau tidak
terhadap kesan rasuah menjejaskan imej negara dalam dunia. 3 orang responden sangat tidak
setuju (6%), seorang responden tidak setuju (2%) dan seorang responden kurang setuju (2%),
14 orang lagi setuju (28%) dan seramai 36 orang sangat setuju (72%). Seperti yang dilihat,

8
rata-rata responden ramai yang bersetuju terhadap kesan rasuah yang boleh mneyebabkan
imej negara terjejas.

Rajah 2.2.3 Rasuah meningkatkan ketamakkan.


Soalan 3 yang diberikan kepada responden ialah kesan rasuah meningkatkan ketamakkan
dalam masyarakat. Sebanyak 3 orang responden sangat tidak setuju (6%), seoorang responden
pula tidak setuju (2%), 5 orang lagi kurang setuju (10%), seramai 23 orang setuju (46%) sama
juga seperti responden yang sangat setuju. Maka, ramai responden yang memilih untuk
bersetuju terhadap kesan rasuah yang membolehkan ketamakkan masyarakat bertambah.

Rajah 2.2.4 Rasuah mengancam keselamatan rakyat dan negara.


Soalan 4 ialah kesan rasuah mengancam keselamatan rakyat dan negara. 5 orang responden
sangat tidak setuju (10%), 2 orang responden pula tidak setuju (4%), 5 orang responden lagi
kurang setuju (10%), 16 orang responden pula setuju (32%) dan seramai 27 orang sangat
setuju (54%). Kebanyakan responden bersetuju rasuah boleh mengancam keselamatan rakyat
dan negara

9
Rajah 2.2.5 Rasuah menyebarkan kecenderungan yang tidak baik.
Soalan 5 yang disoal kepada responden ialah kesan rasuah menyebarkan kecendurangan yang
tidak baik dalam kalangan masyarakat. 3 orang sangat tidak setuju (6%), 1 orang pula tidak
setuju (2%), 4 orang lain kurang setuju (8%), 22 orang responden pula setuju (44%) dan
sebanyak 25 orang sangat setuju (50%). Secara puratanya, ramai responden bersetuju terhadap
rasuah yang boleh menyebarkan kecendurangan yang tidak baik kepada masyarakat.

`
2.2.6 Rasuah menyebabkan berlakunya penyelewengan.
Soalan 6 yang diberikan kepada responden ialah kesan rasuah menyebabkan berlakunya
penyelewengan sehingga hak kurang berkemampuan tidak terpelihara. 2 orang responden
sangat tidak setuju bersamaan 4%, 3 orang responden tidak setuju (6%), 2 orang lagi kurang
setuju (4%), sebanyak 22 orang lagi setuju (44%) dan seramai 26 orang pula sangat setuju
(52%). Ramai responden yang bersetuju terhadap rasuah boleh menyebabkan berlakunya
penyelewengan kepada golongan kurang berkemampuan.

10
Rajah 2.2.7 Rasuah menyebabkan penghancuran negara.
Soalan 7 pula menyoal responden tentang kesan rasuah menyebabkan penghancuran negara. 4
orang sangat tidak setuju (8%), 1 orang responden tidak setuju (2%), 3 orang lagi kurang
setuju (6%), 17 orang pula setuju (34%) dan seramai 29 orang sangat setuju (58%).
Sepertinya, banyak responden bersetuju terhadap rasuah boleh menyebabkan penghancuran
kepada negara.

Rajah 2.2.8 Rasuah menjejaskan hubungan sosial serta kestabilan negara.


Soalan 8 yang diberikan kepada responden tentang kesan rasuah menjejaskan hubungan sosial
serta kestabilan politik dan keselamatan negara. Seramai 2 orang responden yang sangat tidak
setuju, tidak setuju dan kurang setuju (4%), 19 orang pula setuju (38%) dan sebanyak 31
orang sangat setuju (62%). Daripada carta soalan 8, ramai responden bersetuju terhadap kesan
rasuah yang boleh menjejaskan hubungan sosial serta kestabilan politik dan keselamatan
negara.

11
Rajah 2.2.9 Rasuah menjejaskan persaingan dalam perniagaan dan pasaran.
Soalan 9 yang disoal kepada responden ialah kesan rasuah menjejaskan persaingan dalam
perniagaan dan pasaran dalam negara. 4 orang sangat tidak setuju (8%), 2 orang tidak setuju
(4%), 3 orang lagi kurang setuju (6%), 21 orang pula setuju bersamaan 42% dan seramai 24
orang sangat setuju (48%). Kebanyakan responden bersetuju bahawa rasuah boleh
menjejaskan persaingan dalam perniagaan dan pasaran dalam negara.

Rajah 2.2.10 Rasuah menyebabkan nilai moral dan etika semakin berkurang.

Soalan 10 yang telah disoal kepad responden ialah kesan rasuah menyebabkan nilai moral dan
etika di dalam diri individu semakin berkurang. 2 orang responden sangat tidak setuju (4%), 2
orang lain tidak setuju (4%), 4 orang pula kurang setuju (8%), seramai 18 orang setuju (36%)
dan sebanyak 28 orang responden sangat setuju (56%). Responden lebih banyak bersetuju dari
tidak bersetuju dalam soalan rasuah boleh menyebabkan nilai moral dan etika di dalam diri
individu semakin berkurang.

12
Langkah-Langkah Pencegahan Rasuah

Rajah 2.3.1
Penubuhan
Suruhanjaya
Pencegahan
Rasuah
(SPRM).
Soalan 1
yang disoal
kepada
responden ialah langkah langkah pencegahan rasuah iaitu Penubuhan Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah (SPRM). 1 orang sangat tidak setuju (2%), 1 orang lain tidak setuju (2%),
21 orang pula kurang setuju (2%), 20 orang lagi setuju bersamaan dengan 40%, dan 31 sangat
setuju (62%). Ramai responden yang bersetuju langkah untuk menubuhkan Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah (SPRM). Dengan adanya SPRM, gejala rasuah dapat dikurangkan sedikit
demi sedikit dan tidaklah rasuah menjadi duri dalam daging dalam negara.

Rajah 2.3.2 Mengadakan kempen kesedaran mengenai rasuah.


Soalan 2 pula yang diberikan kepada responden ialah sekolah, syarikat atau organisasi
mengadakan kempen kesedaran mengenai rasuah. 1 orang sangat tidak setuju (2%), 1 orang
lagi tidak setuju (2%), 5 orang kurang setuju (10%), sebanyak 23 orang setuju (46%), dan
seramai 24 orang sangat setuju (48%). Rata-ratanya, responden bersetuju terhadap langkah
pihak sekolah, syarikat atau organisasi untuk mengadakan kempen kesedaran mengenai
rasuah.

13
Rajah 2.3.3 Pihak berkuasa melaksanakan penguatkuasaan undang-undang.

Soalan 3 yang ditujukan kepada responden ialah pihak berkuasa perlu melaksanakan
penguatkuasaan undang-undang. 3 orang sangat tidak setuju (6%), 1 orang tidak setuju (2%),
3 lagi kurang setuju (6%), 17 orang lagi setuju (34%) dan seramai 30 orang sangat setuju
(60%). Seperti yang dilihat, kebanyakan responden memilih untuk bersetuju terhadap pihak
berkuasa perlu melaksanakan penguatkuasaan undang-undang dalam memerangi rasuah
supaya masyarakat lebih takut untuk melakukan rasuah.

Rajah 2.3.4 Penerapan nilai murni di sekolah.


Soalan 4 pula disoal kepada responden ialah penerapan nilai murni di sekolah (Pendidikan
Islam, Pendidikan Moral, Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan). 3 orang sangat tidak
setuju bersamaan dengan 6%, 1 orang lagi tidak setuju bersamaan dengan 4%, 2 orang
kurang setuju bersamaan dengan (4%), 19 orang lagi setuju (38%), dan 29 orang pula sangat
setuju (58%). Sepertinya, kebanyakan responden menyokong untuk bersetuju terhadap
penerapan nilai murni di sekolah.

14
Rajah 2.3.5 Memaparkan iklan kesedaran rasuah.

Soalan 5 ialah memaparkan iklan kesedaran rasuah melalui poster atau pun dalam media
sosial. 1 orang sangat tidak setuju (2%), 1 orang lagi juga tidak setuju (2%), 4 orang kurang
setuju (8%), 21 orang pula setuju (42%), dan seramai 27 orang sangat setuju (54%).
Responden lebih ramai bersetuju dengan memaparkan iklan kesedaran rasuah melalui poster
atau pun dalam media sosial.

Rajah 2.3.6 Kerajaan menjatuhkan hukuman lebih berat kepada pesalah rasuah.
Soalan 6 ditujukan kepada responden ialah pihak kerajaan harus menjatuhkan hukuman yang
lebih berat kepada pesalah rasuah. 3 orang sangat tidak setuju (6%), 2 orang tidak setuju
(4%), 1 orang kurang setuju (2%), 16 orang lagi setuju (32%) dan 32 orang pula sangat setuju
(64%). Ramai responden memilih untuk bersetuju terhadap pihak kerajaan harus menjatuhkan
hukuman yang lebih berat kepada pesalah rasuah.

15
Rajah 2.3.7 Pihak sekolah wajar dan wajib mengadakan ceramah.
Soalan 7 yang disoal kepada responden ialah pihak sekolah wajar dan wajib mengaadakan
ceramah tentang rasuah. 1 orang sangat tidak setuju (2%), 1 orang lagi pula tidak setuju (2%),
3 orang lagi kurang setuju (6%), sebanyak 24 orang setuju (48%) dan seramai 25 orang sangat
setuju (50%). Sepertinya banyak responden yang bersetuju supaya pihak sekolah mewajarkan
dan mewajibkan mengadakan ceramah tentang rasuah.

Rajah 2.3.8 Didikan agama dan nilai moral daripada ibu bapa.
Soalan 8 yang diberikan kepada responden ialah didikan agama dan nilai moral daripada ibu
bapa sejak kecil. 1 orang sangat tidak setuju bersamaan 2%, 3 orang tidak setuju (6%). 1
orang kurang setuju (2%), 18 orang lagi setuju (36%) dan 31 orang pula sangat setuju (62%).
Kebanyakan responden menyokong untuk bersetuju terhadap didikan agama dan nilai moral
daripada ibu bapa sejak kecil.

16
Rajah 2.3.9 Memudahkan urusan menggunakan ICT.
Soalan 9 yang ditujukan kepada responden ialah memudahkan urusan menggunakan ICT. 1
orang sangat tidak setuju bersamaan 2%, 3 orang tidak setuju (6%), 6 orang lagi kurang setuju
(12%), sebanyak 26 orang setuju (52%), dan seramai 18 orang sangat setuju (36%). Ramai
responden bersetuju dengan langkah langkah rasuah iaitu memudahkan urusan menggunakan
ICT.

Rajah 2.3.10 Individu harus tegas kepada diri sendiri.


Soalan 10 yang disoal kepada responden ialah individu harus tegas kepada diri sendiri untuk
tidak menerima rasuah atau memberi rasuah. 2 orang sangat tidak setuju (4%), 1 orang tidak
setuju (2%), 1 orang lagi kurang setuju (2%), 14 orang pula setuju (28%) dan seramai 38
orang sangat setuju (76%). Seperti yang dapat dilihat, rata-ratanya responden ramai bersetuju
kepada individu harus tegas kepada diri sendiri untuk tidak menerima rasuah atau memberi
rasuah.

17
2.2 Punca-Punca Rasuah

Rasuah merupakan gejala yang sinonim dengan masyarakat kita pada hari ini dan kini
menjadi trend pada masi kini dan juga menjadi buah mulut pihak media massa. Media massa
selalu menyiarkan pelbagai kes rasuah yang melibatkan pegawai berprofil tinggi sebagai
bukti isu ini sangat berleluasa pada masa sekarang seperti cendawan tumbuh selepas hujan.
Menurut laporan Transparency International, Indeks Persepsi Raasuah (CPI), malaysia berada
pada kedudukan tangga yang ke 50 daripada 175 buah negara pada tahun 2014. Persoalannya,
mengapakan permasalahan rasuah tersebut wujud dan bagaimanakah kita sebagai rakyat yang
bertanggungjawab patut menyelesaikan masalah rasuah ini semakin berleluasa berlaku.
Antara punca berlakunya gejala rasuah termasuklah kurangnya didikan agama dan
moral dalam diri masyarakat yang sepatutnya diamalkan dalam kehidupan seharian. Semua
agama di dunia menyeru perkara yang sama kepada seluruh umatnya, iaitu mementingkan
kebaikan dan melarang kemudaratan. Namun demikian, seseorang yang tidak mempunyai
iman yang kuat mudah terpengaruh dengan perkara yang tidak baik dan terjebak dalam
melakukan perkara yang boleh mencemarkan nama baik. Mereka akan leka mengejar
kekayaan tanpa mengira baik dan buruknya perbuatan yang dilakukan dengan mengambil
rasuah untuk kepentingan diri sendiri. Jelaslah di situ bahawa anutan agama dan moral yang
kurang dipraktikan akan menyebabkan seseorang melibatkan diri dalam gejala rasuah.
Seterusnya, permasalahan lain yang boleh dilihat ialah masalah ketelusan sistem
pentadbiran kerajaan kita. Masyarakat menganggap masalah rasuah ini bermaharajalela
kerana kerajaan tidak memiliki satu sistem yang telus dan jujur terutamanya aspek pemberian
tender, kontrak dan projek dalam pembinaan yang menyebabkan ramai pekerja awam
mengambil kesempatan daripada kelemahan ini untuk mengaut keuntungan dengan
memberikan rasuah. Lagipun, ketiadaan sistem permantauan berkesan yang bak melepaskan
batuk di tangga menyebabkan ramai pekerja awam tidak kurang juga pekerja dari sektor
swasta teransang untuk melakukan jenayah yang tidak bermoral ini.
Disamping itu, penguatkuasaan undang-undang yang lemah dalam sistem
perundangan negara kita turut menyumbang kepada penularan gejala rasuah dalam negara
kita. Tindakan mahkamah yang menjatuhkan hukuman ringan kepada pesalah-pesalah rasuah
berbanding dengan jumlah rasuah yang diambil oleh mereka telah menimbulkan pandangan
negatif terhadap keupayaan sistem kehakiman negara kita untuk menangani isu ini berlaku.
Selain itu, terdapat juga tanggapan masyarakatan bahawa masih ada pihak tertentu yang
mengambil rasuah tetapi tidak dibawa ke muka pengadilan. Hal ini telah mengikis

18
kepercayaan dan keyakinan rakyat terhadap keikhlasan kerajaan untuk menangani masalah
ini berlaku.
Kesimpulannya, rasuah merupakan wabak sosial yang perlu dicegah dan dibanteras
hingga ke akar umbi di mana iainya dapat merosakkan dan menghnacurkan negara. Semua
pihak tidak kira pangkat atau harta seharusnya bekerjasama dan berganding bahu untuk
mengatasi gejala rasuah dari merebak di negara kita. Maka, tindakan yang adil adan saksama
yang dikenakan terhadap pesalah rasuah tanpa mengira kedudukan juga dapat meningkatkan
kepercayaan dan keyakinan rakyat. Lantas, negara kita dapat terus maju dan berkembang
dengan luas serta muncul sebagai negara kelas pertama di pentas dunia dan juga bebas dari
gejala rasuah.

2.3 Kesan-Kesan Rasuah

Rasuah merupakan satu tindakan kurang baik yang dilakukan oleh seseorang dengan
tujuan untuk mendapatkan faedah diri sendiri. Secara amnya rasuah bermaksud kuasa yang
telah diberikan kepada seseorang individu disalahgunakan dan bertindak untuk kebaikan diri
sendiri dan bersikap ‘pilih kasih’ dalam tindakannya. Kesannya amat buruk kepada diri,
keluarga, masyarakat, malah kepada agama, bangsa dan negara.
Gejala rasuah sememangnya akan meninggalkan pelbagai implikasi terhadap pelbagai
pihak. Antaranya ialah kegiatan rasuah akan melumpuhkan fungsi perjalanan sesuatu
organisasi. Hal ini kerana, tiada sesiapa akan dapat mengagak tindakan seseorang atau hasil
daripada sesuatu rancangan untuk masa depan. Kemajuan sesebuah negara bergantung
kepada sikap profesional dan cerdik pandai rakyatnya. Kegiatan rasuah akan menghakiskan
kepercayaan orang awam terhadap individu yang cerdik pandai negara masing-masing.
Jika gejala rasuah gagal dibendung, wang cukai rakyat akan dibelanjakan secara
membazir. Kesan amalan pembaziran amat berbahaya kerana rakyat akan menanggung beban
kenaikan cukai secara langsung dan tidak langsung. Bukan itu sahaja, mutu kerja untuk
rakyat jatuh merudum dan akan mencetuskan lebih banyak masalah lain. Kegiatan rasuah
juga menyebabkan institusi (kerajaan) tidak dapat menjalankan kewajipannya kepada rakyat.
Kesannya, segala perancangan kerajaan untuk memenuhi keperluan rakyat akan gagal dan ia
akan membangkitkan kemarahan rakyat. Perasuah akan bermaharajalela memberi kuasa dan
undang-undang demi memenuhi cita-cita mereka.

19
2.4 Langkah-langkah Mengatasi Rasuah

Gejala rasuah sudah menjadi amalan dalam kalangan segelintir penjawat awam
walaupun gejala ini menyalahi undang-undang, bak kata pepatah alah bisa tegal biasa.
Sehubungan itu, pelbagai langkah telah dilakukan untuk membendung masalah ini tetapi
hanya sekadar melepaskan batuk di tangga sahaja. Persoalannya apakah cara-cara untuk
membendung gejala rasuah di negara kita? Oleh itu, terdapat pelbagai langkah untuk
membendung gejala rasuah di negara. Antaranya ialah memperkuatkuasakan undang-undang
dan hukuman. Hukuman yang berat perlu dijatuhi kepada pesalah agar mereka serik untuk
melakukan gejala rasuah di kemudian hari. Hal ini bagi memastikan masyarakat akan sedar
betapa bahayanya aktiviti rasuah ini.
Seterusnya, peranan pihak kerajaan dalam membendung gejala ini. Hal ini demikian
kerana pihak kerajaan melalui agensi SPRM perlu mengambil tindakan yang lebih agresif
tanpa mengira pangkat dan kedudukan seseorang dalam melaksanakan tugas kerana anggota
SPRM merupakan sebuah badan bebas yang dilantik. Anggota SPRM perlu turun padang
untuk menyiasat aduan yang telah dilaporkan tentang kes rasuah. Dengan berbuat demikian
golongan yang terlibat dalam rasuah akan ditangkap dan dihukum undang-undang. Oleh itu,
siasatan terhadap golongan pekerja tanpa mengira kedudukan oleh SPRM sangat penting
untuk mencegah gejala rasuah ini berleluasa.
Langkah lain ialah pendedahan awal tentang bahayanya gejala rasuah sejak di bangku
sekolah lagi. Ini merupakan langkah yang bijak bagi menangani gejala rasuah. Generasi muda
haruslah dididik agar membenci gejala rasuah ini supaya pada masa hadapan mereka lebih
bersikap jujur, telus dan amanah semasa menjalankan tugas mereka. Pendedahan awal
tentang gejala rasuah ini boleh diterapkan dalam sukatan pelajaran di sekolah dalam mata
pelajaran Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral. Mempermudahkan urusan menggunakan
kemudahan teknologi maklumat (ICT). Proses yang panjang dan sukar semasa melakukan
urusan harus dipermudahkan menggunakan kelebihan ICT. Melalui cara ini, seseorang
individu lebih cenderung berurusan dengan menggunakan perkhidmatan atas talian yang
lebih cepat dan cekap sekaligus membendung gejala rasuah yang mudah berlaku.

20
KESIMPULAN

Rasuah merupakan suatu jenayah atau kesalahan undang-undang dimana seseorang


mendapat kebebasan, kontrak atau keistimewaan dari pihak berkuasa atau
sesebuah syarikat selepas memberi wang, hadiah, keraian kepada pihak-pihak tersebut.
Menurut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia terdapat empat kesalahan rasuah iaitu
meminta atau menerima rasuah, menawar atau memberi rasuah, membuat tuntutan palsu dan
menyalahguna jawatan atau kedudukan.
Terdapat dua kaedah kajian yang digunakan dalam penyelidikan kajian ini iaitu soal
selidik dan kepustakaan. Seramai 50 orang responden yang terdiri daripada mahasiswa dan
mahasisiwi di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia telah disoal selidik. Majoriti responden
terdiri daripada 21 hingga 25 tahun iaitu 48(84%) orang. Seterusnya, antara umur 17 hingga
20 tahun mengutip jumlah sebanyak 8(10%) orang. Setiap lapisan umur akan memberikan
pandangan yag berbeza terhadap kajian kami. Manakala, responden perempuan seramai 31
orang responden iaitu 62% daripada 50 orang responden keseluruhan telah menyumbang
dalam menjawab soal selidik kami. Responden dipilih secara rawak dan terdiri daripada
responden yang berbilang kaum iaitu kaum Melayu, Cina, India dan lain-lain. Sebanyak 24
orang responden dari kaum Cina mewakili 48%. Seterusnya, responden daripada kaum
Melayu ialah seramai 16 orang mewakili 32%. Responden yang telah mengisi soal selidik
terdiri daripada pelbagai fakulti di Universiti Tun Hussien Onn Malaysia iaitu FPTV,
FKAAB, FPTP, FKEE, FSKTM, FKTP, dan juga FKMP.
Dalam kajian ini, kami mengkaji tentang kesan rasuah dan langkah-langkah untuk
mengatasi rasuah. Kesannya termasuklah menyebabkan berlakunya ketidakadilan dalam
masyarakat terutamanya golong miskin, mejejaskan imej negara dalam dunia, meningkatkan
ketamakan dalam masyarakat, dan mengancam keselamatana rakyat dan negara. Rasuah
politik berlaku di banyak negara dan mengancam jutaan manusia.

Kesimpulannya, semua faktor dan langkah mengatasi gejalah rasuah ini harus diteliti
dan dipantau oleh semua pihak dengan berkesan. Kelewatan untuk mengatasi masalah ini
mampu menjadikan negara kita satu negara yang begitu sukar untuk dipercayai dan diuruskan
pada masa hadapan. Mungkin konsep mencegah daripada mengubatinya lebih berkesan
dalam memastikan rasuah terus berkubur dalam tempat yang sepatutnya. Oleh itu, semua
pihak perlu menjauhi sifat tamak yang boleh menyebabkan perbuatan rasuah.

21
RUJUKAN

 Berita Harian. (2020, Februari 20) Lima penjawat awam hadapi tuduhan rasuah,
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2020/02/657587/lima-penjawat-awam-
hadapi-tuduhan-rasuah

 Berita Harian. (2019, Ogos 1) Gaji rendah bukan punca rasuah – Latheefa,
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/08/591398/gaji-rendah-bukan-punca-
rasuah-latheefa

 Berita Harian. (2017, November 12) Dedah kesan negatif rasuah mulai bangku
sekolah, https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2017/11/349753/dedah-kesan-
negatif-rasuah-mulai-bangku-sekolah

 Berita Malaysia. (2020, Januari 23) Indeks Persepsi Rasuah meningkat, Malaysia kini
di tangga 51, http://www.astroawani.com/berita-malaysia/indeks-persepsi-rasuah-
meningkat-malaysia-kini-di-tangga-51-228803

 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. (2020). Isu Semasa Media Tahun 2020.
https://www.sprm.gov.my/arkib-keratan-akhbar/keratan-akhbar-tahun-2020

 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. (2020). Kenali Rasuah.


https://www.sprm.gov.my/index.php/pendidikan/kenali-rasuah

 Biani Mawal. (2019) Gejala Rasuah: Maksud, Punca, Kesan Negatif dan cara
Menanganinya. https://www.slideshare.net/BIANIMAWAL/gejala-rasuah-maksud-
punca-kesan-negatif-dan-cara-menanganinya

 Noraida Harun, Jady@Zaidi Hassim & Noor ‘Ashikin Hamid. (2014). Penipuan,
Rasuah dan Pencurian Maklumat Dalam Urus Niaga Tanah: Cabaran dan
Penyelesaian. http://jurnalkanun.dbp.my/wordpress/wp-content/uploads/2014/05/1-
Penipuan-.pdf

22
 Nur Syakiran Akmal Bt Ismail & Md Zawawi Abu Bakar. Rasuah….? Katakan
Tidak. http://repo.uum.edu.my/1908/1/47.pdf

 Sarah Dina Mohd Adnan & Mohd Adib Ismail. (2013). Impak Rasuah Kepada
Pertumbuhan Ekonomi.
http://www.ukm.my/fep/perkem/pdf/perkemVIII/PKEM2013_1E4.pdf

 Enida Daud, Low Hock Heng & Ahmad Muhyuddin Hassan. (2019). Faktor-Faktor
Yang Mempengaruhi Niat untuk Melakukan Rasuah Di Kalangan Penjawat Awam
Pihak Berkuasa Tempatan.
http://myjms.moe.gov.my/index.php/JeA/article/view/6673/2748

 Hairuzzaki Bin Mohd Yusof. (2014). Rasuah Politik Dalam Kalangan Ahli Politik Di
Malaysia. http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/71061/1/FEM%202015%2067%20-
%20IR.pdf

 Mencegah Rasuah: Pendekatan Integriti Dan Tadbir urus Yang Berkesan.


http://www.ilkap.gov.my/download/kertaspenyelidikan/Research16.pdf

 Sukri Bin Bakar. (2011). Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Kesedaran


Membanteras Jenayah Rasuah Di Kalangan Pegawai Tentera Darat.
http://etd.uum.edu.my/3005/2/1.Sukri_Bakar.pdf
 Ahmad Nasyran Azrae, Haji Hairuddin Megat Latif & Khadijah Mohamed. (2018).
Penglibatan Rasuah Di Kalangan Agensi Penguatkuasaan Kerajaan.
http://www.ijlgc.com/PDF/IJLGC-2018-13-12-19.pdf

LAMPIRAN
23
Aktiviti: Perbincangan dalam kumpulan.

Tarikh: 2 Mac 2020

Masa: 3:00pm

Tempat: C1-001

Antara perkara yang dibincangkan termasuklah:

1. Pembahagian tugas penyediaan laporan kepada setiap ahli kumpulan.


2. Perbincangan punca dan kesan rasuah.
3. Penyediaan soalan soal selidik menggunakan platform Google Form.

24
25

You might also like